Anda di halaman 1dari 12

PROGRAM PSIKOLOGI & KAUNSELING

PUSAT PENGAJIAN PSIKOLOGI GUNAAN, DASAR DAN KERJA SOSIAL

KOLEJ SASTERA DAN SAINS

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

SEMESTER 2 2020/2021

COURSE CODE        : SSKC 2343

COURSE                    : ETIKA DAN AKTA KAUNSELOR

LECTURER               : DR. AZLIZAMANI ZUBIR            

TUGASAN BERKUMPULAN (KUMPULAN 2)

LAPORAN ETIKA KAUNSELING ORGANISASI

BIL. NAMA AHLI KUMPULAN NO. MATRIK

1. NURUL SYAKIRIN BINTI ABDUL RASHID 263345

2. RIZAELA SUHADA BINTI MOHD RAZAKI 263378

3. ADIYATULIYANA BINTI ROSLAN 263604

4. AYUNI DAHLIA BT IDRIS 263602

5. HAFNI ATHIRAH BT MOHD GHANI 263569

ISI KANDUNGAN
BIL. KANDUNGAN HALAMAN

1. PENGENALAN 1

2. PERANAN ETIKA KAUNSELING DALAM 1-3


KAUNSELING ORGANISASI
3. ISU ETIKA DALAM KAUNSELING ORGANISASI 3-5

4. KEPENTINGAN ETIKA DALAM KAUNSELING 5-6


ORGANISASI

5. KESAN KOD ETIKA KAUNSELING DI DALAM 6-8


ORGANISASI

6. KESIMPULAN 8

7. RUJUKAN 9
1.0 PENGENALAN

Etika adalah suatu perbuatan yang perlu dipatuhi berdasarkan peraturan yang
telah ditetapkan di mana perbuatan itu akan menunjukkan tindakan yang betul
ataupun salah. Menurut Othman Mohamed (2005), kod etika ialah kawalan terhadap
ahli sesuatu profesion untuk bertindak melakukan sesuatu. Dengan adanya kod
etika dapat membantu ahli profesional menunjukkan perbuatan yang betul mengikut
kod etika masing-masing. Ianya menunjukkan cerminan asas terhadap sesuatu
latihan profesional. Menurut Persatuan Kaunseling Malaysia (PERKAMA),
kaunseling ialah satu proses dalam membantu seseorang atau klien dalam
meleraikan masalah yang dihadapi mereka dengan kaedah yang sistematik dan
berkesan berasaskan prinsip psikologi. Dijalankan oleh kaunselor profesional untuk
mencapai perubahan atau perkembangan seseorang klien ke arah yang lebih baik.
Sesi kaunseling ini juga bertujuan untuk mendapatkan penyesuaian peribadi klien
yang baik dan meningkatkan motivasi klien. Organisasi pula ialah dalam kajian
Suhana Binti Ibrahim mendefinisikan organisasi sebagai sekumpulan manusia yang
mempunyai aktiviti-aktiviti atau tugas-tugas yang ditentukan ke arah satu objektif
yang sama.
         Dalam bidang kaunseling, etika sangat penting semasa sesi kaunseling
kerana untuk melindungi cerita yang dibawa oleh klien itu dan juga melindungi
daripada tersebar di luar sesi kaunseling. Dalam sebuah organisasi, kaunseling
sangat penting terutamanya di bahagian pengurusan manusia supaya dapat
melindungi kesejahteraan pekerja dan untuk mendapatkan suasana kerja yang
tenang. Kaunseling di organisasi dapat melahirkan pekerja yang positif secara
keseluruhannya. Majikan mestilah sentiasa melindungi pekerjanya iaitu antaranya
dengan mewujudkan unit kaunseling di organisasi. Hal ini kerana dapat menjaga dan
melindungi pekerjanya kerana pekerja di sesebuah organisasi merupakan aset
sumber manusia yang mempunyai pengaruh tinggi terhadap pencapaian syarikat.

2.0 PERANAN ETIKA KAUNSELING DALAM KAUNSELING ORGANISASI

Secara umumnya, Etika kaunseling ini sememangnya memainkan peranan


penting terutamanya dalam organisasi.  Menurut Suhana Ibrahim (2003). melalui
Etika kaunseling ini, kaunselor dapat  mematuhi polisi dan prosedur organisasinya
1
dan juga haruslah berusaha untuk mempertingkatkan lagi keberkesanan dan
kecekapan perkhidmatannya dengan organisasi. Hal ini demikian telah termaktub
dalam kod Etika kaunseling dalam bahagian  D.1.g Polisi majikan.  Dimana setelah
kaunselor menggalas atau dilantik untuk menjawat satu posisi dalam sesebuah
organisasi ataupun iagensi,  ia bermaksud bahawa kaunselor tersebut telah
menyetujui hal-hal berkaitan dengan polisi dan juga prinsip umum organisasi,  atau
agensi dimana mereka ditempatkan. Oleh itu, sebagai seorang kaunselor yang
berprofesional, mereka haruslah berusaha sebaik mungkin untuk mendapatkan
persetujuan bersama dengan pihak majikan untuk melakukan sebarang
penstrukturan semula polisi organisasi agar  lebih kondusif untuk perkembangan dan
pertumbuhan klien, iaitu pekerja dalam organisasi atau institusi tersebut. Sebagai
contoh, sekiranya terdapat polisi atau prosedur yang mengekang perkembangan
pekerja, kaunselor harus mendapatkan persetujuan pihak majikan untuk
menambahbaik polisi yang sedia ada demi perkembangan pekerja yang lebih
proaktif.
Selain itu, peranan Etika kaunseling dalam organisasi juga amat penting
supaya kaunselor dapat mematuhi segala perjanjian yang telah ditandatangani
dengan organisasi di mana beliau berkhidmat. Menurut Kamus Dewan Edisi
Keempat (2010), perjanjian merupakan persetujuan  bersama antara kedua-dua
belah pihak atau lebih iaitu pihak majikan dan juga kaunselor. Dalam kod akta dan
Etika kaunseling sendiri telah menekankan betapa pentingnya seseorang kaunselor
mematuhi segala perjanjian yang ditetapkan oleh organisasi tersebut meliputi
kerahsiaan. Ianya termaktub dalam kod etika D.1,d Kerahsiaan yang menjelaskan
bahawa seseorang kaunselor haruslah menjaga batasan kerahsiaan dengan rakan
sejawat mereka dan juga organisasinya.
Sebagai contoh, sebagai seorang kaunselor yang berprofessional, mereka
seharusnya mematuhi dan mengikut segala perjanjian dan peraturan yang telah
ditetapkan oleh organisasinya terutamanya dari segi etika, kerahsiaan, batasan dan
sebagainya. Dalam erti kata lain, etika kaunseling dalam organisasi ini memerlukan
seorang kaunselor yang amanah dalam melakukan kerja  bagi mematuhi peraturan
dan menjaga kerahsiaan yang terdapat dalam organisasi serta tidak boleh
sewenang-wenangnya membocorkan rahsia atau rekod-rekod organisasinya kepada
orang lain atau organisasi lain. Secara keseluruhannya, Etika kaunseling dalam
organisasi ini memainkan peranan penting dalam membendung sekiranya, isu etika
2
dan  salahlaku kaunselor timbul dalam kaunseling organisasi ini. Oleh itu, amat
penting kepada kaunselor untuk mematuhi Etika kaunseling dalam organisasinya
bagi menjaga nama baik profesion kaunselor ini sendiri daripada dipandang serong
dalam organisasi ataupun pihak luar.

3.0 ISU ETIKA DALAM KAUNSELING ORGANISASI

Mansur (1998),  setiap individu yang bekerja di sesebuah organisasi sama


ada dalam kerajaan, swasta mahupun persendirian cenderung untuk memerlukan
kaunseling disebabkan oleh kepentingannya yang tidak dapat disangkal lagi. Hal ini
didorong oleh faktor dimana pekerja di mana-mana sektor sudah pasti akan
mengalami permasalahan dan konflik yang terjadi di tempat bekerja. Menurut Roslee
Ahmad & Sharif Mustaffa (2002), masalah yang biasa timbul dalam kalangan pekerja
adalah masalah stress, hubungan majikan dan pekerja dan masalah low self-
esteem.
Megat Ayop & Abd Halim (2016) menyatakan bahawa dalam sesebuah organisasi
akan sering mengharungi macam-macam isu dan jenis halangan dari inter dan intra-
organisasi yang akan boleh menjejaskan prestasi, produktiviti dan juga sebarang
perancangan masa hadapan syarikat tersebut. Punca utama daripada timbulnya
permasalahan halangan ini adalah berkait rapat dengan isu etika dalam organisasi
itu sendiri yang mana ahli di dalam syarikat itu sendiri berkemungkinan menjadi
faktor penyumbang kepada isu etika yang memusnahkan keharmonian sesebuah
organisasi.
         Menurut Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (2013), kebiasaannya
kekurangan nilai integriti dan isu etika dalam diri ahli organisasi yang akan
menimbulkan isu seperti wujudnya gejala rasuah, salah laku guna kuasa,
penindasan, gangguan seksual dan pelbagai lagi isu etika lain yang terjadi dalam
sesebuah organisasi. Bahkan, Nik Azmi Awang & Azmi (2012) menemukan dalam
kajian bahawa prestasi organisasi dan perkhidmatan awam dalam Malaysia berada
pada tahap yang merisaukan dan bermasalah. Hal ini telah mengukuhkan lagi
dimana isu etika dalam organisasi khususnya di dalam negara adalah kritikal dan
jelas dilihat betapa pentingnya kesedaran isu etika di dalam diri setiap pekerja dan
majikan.

3
         Antara isu etika yang utama akan dibahaskan adalah isu etika berkaitan
rasuah. Menerusi (International Transparency, 1995-2010) laporan yang telah
membuktikan permasalahan isu etika ini dapat dilihat dalam Corruption Perception
Index (CPI) Malaysia mendapat tempat yang agak tinggi dalam kalangan negara
Asia Tenggara sejak dahulu lagi. Laporan ini jelas menunjukkan berlakunya
kesalahan etika dalam kalangan pekerja di organisasi dalam negara. Ernst & Young
(1996) mengenalpasti bahawa sebanyak lebih 70 peratus kes seperti rasuah yang
mengambil tempat dalam organisasi yang mengakibatkan berlakunya keruntuhan
sesebuah sistem organisasi dalam negara dan berpunca daripada pekerja sendiri.
Peningkatan aduan kes rasuah terhadap badan penguatkuasaan mengesahkan hal
ini adalah saban tahun menunjukkan trend menaik iaitu jumlah aduan yang diterima
oleh PDRM pada tahun 2000 adalah sebanyak 1,208 kes aduan berdasarkan (Nik
Azmi Awang & Azmi, 2012).
         Isu etika kaunseling di organisasi yang seterusnya adalah gangguan seksual
dalam kalangan pekerja di organisasi. Menurut Ahmad Shamsul (2002), isu masalah
seksual dalam organisasi terutamanya dalam negara semakin menarik perhatian
media apabila berlakunya pendedahan dan dakwaan dari pihak mangsa. Secara
tidak langsung kesan daripada penekanan isu ini telah menimbulkan kesedaran
dalam kalangan masyarakat. Hal ini kerana, kebanyakan individu di tempat kerja
yang telah menjadi mangsa gangguan seksual ini kurang mengetahui mengenai hak
sebenar mereka. Lazimnya, mereka sekadar akan mendiamkan diri dan mengambil
tindakan drastic untuk meletakkan jawatan daripada terus menjadi mangsa. Hal ini
akan memberi peluang lebih besar kepada golongan yang menzalimi untuk terus
melakukan perbuatan kurang senonoh tersebut.
         Zaitun Nasir (1996) menyatakan bahawa Malaysia Trade Union Congress
(MTUC) mentakrifkan gangguan seksual ditakrifkan sebagai perlakuan atau
pertuturan yang dilakukan dengan berulang, tidak terkecuali melalui gerak fizikal,
bahasa badan, mahupun pengucapan yang sangat tidak profesional dalam kalangan
pekerja. Perlakuan sebegini secara langsung akan memberikan mangsa yang
terkena gangguan seksual ini berasa tidak selesa di tempat kerja. Menurut Zaleha
Kamaruddin (1999), gangguan seksual boleh terjadi dalam beberapa kondisi iaitu
berasaskan jantina, perbuatan menggoda, paksaan seks, rasuah seks, dan desakan
seksual.

4
         Isu etika yang seterusnya pula adalah mengenai isu pekerja yang menolak
kepada perubahan dalam organisasi. Dalam isu ini, pekerja dilihat menjadi
penentang sama ada secara terbuka atau tersembunyi dalam menyatakan
ketidaksetujuan mengenai perubahan dalam sesebuah organisasi. Menurut Azila
Mohd Noor (2012), sinisme pekerja terhadap perubahan organisasi adalah dikenali
lebih dengan perkataan sinisme perubahan. Hal ini adalah khusus buat pekerja yang
bersikap sinis terhadap apa-apa pembaharuan dibawa oleh kepimpinan majikan
organisasi syarikat tersebut. Walaupun terdapat banyak kebaikan yang akan
diperoleh sekiranya perubahan dilakukan dalam sesebuah organisasi, pihak majikan
tidak akan lari daripada kemungkinan berlakunya penentangan daripada pihak
pekerja (Kotter & Schlesinger, 1979; Strebel, 1996). Hal ini bukan sahaja akan
mengganggu suasana kelancaran perubahan tetapi juga akan menyebabkan
keharmonian sesebuah organisasi itu akan tergugat dan pekerja tidak akan dapat
memiliki suasana pekerjaan yang tenang dan kondusif sekiranya isu etika ini tidak
diatasi dengan baik dan sempurna.

4.0 KEPENTINGAN ETIKA DALAM KAUNSELING ORGANISASI

Etika kaunselor merupakan satu bentuk panduan dalam menjalankan tugas


sebagai seorang kaunselor yang profesional. Melalui panduan yang telah ditetapkan
dalam etika kaunselor ini, segala permasalahan yang timbul dalam bidang kerjaya ini
dapat diselesaikan dengan mudah. Oleh yang demikian, hal ini akan secara tidak
langsung menjamin kestabilan sesebuah organisasi. Etika ini juga memberitahu
bahawa seseorang kaunselor tentang positif dan negatif serta kesan daripada
perlakuan mereka dalam menjalankan tugas sebagai seorang kaunselor. 
Seterusnya, etika kaunselor juga ada menetapkan dengan sangat jelas
beberapa perkara yang dianggap sebagai tingkah laku negatif ataupun
menyeleweng yang dilarang daripada dilakukan oleh seorang kaunselor. Antara
tingkah laku negatif adalah membocorkan isu klien kepada pihak ketiga tanpa
persetujuan dari klein serta tanpa sebab-sebab tertentu, menipu klien tentang
kelayakan diri kaunselor, meletakkan nilai yang tinggi kepada klien, mengambil
kesempatan serta menjalinkan hubungan dengan klien. Terdapat tingkah laku yang
tidak baik dapat dilihat dengan sangat jelas dan sebaliknya. Kesan yang timbul hasil

5
daripada kelakuan yang tidak senonoh akan membuatkan klien lebih trauma dan
kesan buruk kepada profesion kaunseling.
         Dalam usaha untuk membantu klien meneroka dan mencari penyelesaian
kepada permasalahan mereka dan untuk melancarkan proses kaunseling tanpa
mendatangkan kesan negatif kepada diri klien, kaunselor perlu mempunyai
kemahiran-kemahiran membantu yang terbaik. Disamping itu, kaunselor juga perlu
tahu akan batas yang perlu dipatuhi dalam perhubungan semasa menjalankan sesi
kaunseling. Kaunselor mesti menjalankan tugas mereka dengan jujur dan ikhlas
serta tidak mempunyai sebarang kepentingan peribadi terhadap klien. Oleh yang
demikian, profesion kaunseling akan dapat penghormatan yang lebih baik dari
pelbagai pihak.
Kepentingan etika turut dilihat dalam konteks sejagat iaitu melalui individu, keluarga,
masyarakat dan organisasi serta ianya penting dalam mengendalikan kehidupan
mereka. Etika turut membantu kejayaan sesebuah organisasi dan seseorang
individu dalam melaksanakan tanggungjawab. Individu yang berpegang kepada
etika akan mendapat kebaikan ataupun kelebihan dari pelbagai sudut iaitu fizikal,
perasaan dan ketenangan dalam jiwa. Individu yang beretika juga dapat memelihara
dirinya daripada melakukan perkara yang negatif dan menerapkan nilai-nilai murni
dalam diri. Malahan itu, pengurusan etika yang bagus bagi setiap individu akan
memberikan seseorang individu keyakinan untuk terus kekal dalam sesebuah
organisasi.
         Etika sangat berperanan penting dalam menetapkan kejayaan dan
kelancaran sesebuah organisasi. Ia dapat menjamin penerapan nilai positif dalam
organisasi dengan sikap bertanggungjawab dan keprihatinan pada kebajikan
masing-masing. Ia juga dapat meningkatkan kredibiliti, produktiviti, kestabilan dan
juga menjaga reputasi organisasi. Kepentingan etika dalam sesebuah masyarakat
pula adalah untuk menjaga keamanan, kesejahteraan dan keadilan. Masyarakat
yang berpegang kepada etika juga dapat membentuk persekitaran yang sihat dan
dapat mencegah daripada masalah sosial yang negatif seperti rompakan dan
penyeludupan barangan haram berleluasa.

5.0 KESAN KOD ETIKA KAUNSELING DI DALAM ORGANISASI

6
Pelaksanaan Kod Etika Kaunseling di dalam kaunseling di sesebuah
organisasi merupakan perkara yang wajar sebagai garis panduan kepada kaunselor
di organisasi dalam melaksanakan sesi kaunseling. Kesan daripada
perlaksanaannya lebih ke arah yang lebih baik (positive). Terdapat beberapa kesan
Kod Etika Kaunseling di organisasi kepada kaunselor, klien atau rakan sejawat serta
sesebuah organisasi tersebut. Kesan pelaksanaan Kod Etika Kaunseling di dalam
sesebuah organisasi ialah kaunselor dapat menjalankan tugas profesion dan
bertindak secara beretika di dalam organisasi kaunselor berkhidmat serta dapat
mempertingkatkan tahap profesionalisme kaunselor. Sebagai contoh, kaunselor
dapat bertindak dengan mengekalkan prinsip kerahsiaan (Confidentiality) dengan
lebih baik kerana prinsip ini merupakan prinsip yang sangat penting bagi kaunselor
sewaktu melaksanakan sesi kaunseling (Nwadinobi, 2019).
Selain itu, kaunselor dapat melaporkan pelanggaran etika di dalam
organisasi.  Sebagai contoh, Menurut American Counseling Association (2005), kod
etika bahagian H iaitu melaporkan pelanggaran etika (Reporting ethical violation).
Sekiranya pelanggaran etika yang dikenal pasti berlaku dan memberi tekanan,
kemudaratan serta konflik, atau memberi permasalahan kepada seseorang atau
organisasi dengan teruk, dan tidak wajar untuk diselesaikan dengan cara selain
pendekatan formal, serta tidak boleh diselesaikan dengan pendekatan yang lebih
mudah dan baik, kaunselor perlu sedaya upaya untuk menyelesaikan dengan
mengambil tindakan yang lebih wajar dan boleh di aplikasikan di dalam konflik
tersebut. Kesannya kaunselor dapat membendung segala kesalahan etika di dalam
sesebuah organisasi. 
Seterusnya, pelaksanaan Kod Etika Kaunseling dapat memberi perlindungan
kepada klien daripada layanan atau tindakan tidak profesional kaunselor. Sebagai
contoh, kod etika bahagian B iaitu mengemukakan maklumat rahsia. Apabila
kaunselor melakukan sesi bersama rakan di sesebuah organisasi, kaunselor perlu
bersifat teguh serta menjaga maklumat klien atau rakan sejawat yang membawa
kepada pendedahan maklumat sulit sesebuah organisasi. Namun, jika terdapat
situasi yang mendatangkan isu dan permasalahan kepada klien dan organisasi,
kaunselor dikehendaki untuk memperoleh persetujuan daripada klien (American
Counseling Association, 2005).
Selain itu, Kod Etika Kaunseling berperanan sebagai panduan kepada
pengamal kaunseling di organisasi. Etika digunakan bagi menentukan pilihan dan
7
menyokong tindakan (Australian Institute of Professional Counsellors, 2008).
Sebagai contoh, Menurut American Counseling Association (2005), Kod etika
bahagian D iaitu Polisi dan amalan negative (Negative conditions) dalam organisasi.
Kaunselor boleh memberi pendekatan yang terbaik dalam organisasi tersebut dan
membantu memberi perubahan yang lebih baik dalam prosedur dan polisi yang
diamalkan oleh organisasi berkenaan melalui tindakan yang sistematik dan
profesional. Ini dapat membantu sesebuah organisasi mengubah tindakan negatif
yang lama ke prosedur atau tindakan yang lebih baik.
Akhir sekali, Kod Etika Kaunseling dapat menyediakan bantuan perlindungan
untuk para kaunselor daripada tindakan perundangan jika terjadi perkara atau situasi
yang bukan disebabkan oleh kesilapan ahli kaunselor di sesebuah organisasi. Bagi
Clarkson dalam Australian Institute of Professional Counsellors (2008), berpendapat
bahawa semua anggota persatuan profesional menggunakan Kod Etika profesion
mereka adalah demi melindungi orang awam.  Hal ini penting terutamanya apabila
berada dalam sesebuah organisasi dan Kod Etika dapat memberi perlindungan
secara meluas kepada kaunselor, klien dan organisasi.

6.0 KESIMPULAN

Perkhidmatan unit kaunseling memainkan peranan yang sangat penting


dalam dunia hari ini terutamanya dalam sesebuah organisasi. Hal ini kerana dengan
wujudnya perkhidmatan kaunseling, prestasi dan keadaan di organisasi dapat
dikawal. Pekerja di sesebuah organisasi merupakan individu yang perlu diberi
perhatian kerana mereka inilah merupakan penyumbang kepada peningkatan atau
penurunan prestasi di organisasi. Pihak pengurusan organisasi mestilah sentiasa
peka dengan keadaan pekerja atau suasana di tempat kerja. Sangat penting untuk
dititikberatkan mengenai kesesuaian pekerjaan seseorang pekerja dengan
personaliti yang ada dalam diri pekerja. Hal ini dapat mengelakkan timbulnya situasi
tertekan.
Organisasi yang terlalu memfokuskan kepada matlamat organisasi akan
memberi kesan kepada motivasi pekerja dan akhirnya menjejaskan pencapaian
pekerja di organisasi tersebut. Keadaan ini akan menimbulkan suasana tempat kerja
yang dipenuhi dengan tekanan. Pihak pengurusan organisasi mestilah mendalami
mengenai ilmu kaunseling kerana secara tidak langsungnya dapat mengurangkan
8
pekerja yang bermasalah. Hal ini juga dapat mewujudkan suasana tempat kerja
yang kondusif dan mempunyai aura positif. Tekanan di tempat kerja juga dapat
dielakkan dan prestasi kerja juga dapat ditingkatkan kerana emosi pekerja yang
stabil. Oleh itu, pentingnya kaunseling di organisasi kerana dapat menghasilkan
prestasi kerja yang baik di syarikat tersebut. Majikan mestilah peka dengan keadaan
dan suasana sekeliling di tempat kerja. Hal ini menunjukkan keprihatinan majikan
terhadap pekerja-pekerjanya dan seterusnya dapat memberikan impak positif
kepada syarikat. Pekerja merupakan aset penting kerana mempunyai pengaruh
tinggi terhadap pencapaian prestasi organisasi.

9
RUJUKAN

American Counseling Association. (2005). ACA code of ethics. Dimuat turun pada
April 29, 2021 daripada www.counseling.org
Australian Institute of Professional Counsellors. (2009). Ethics and ethical codes in
counselling. Dimuat turun pada April 29, 2021 daripada
https://www.counsellingconnection.com/index.php/category/counselling-
theory/
Ahmad Shamsul Abd Aziz & Mumtaj Hassan (2002). Kesalahan Gangguan Seksual
di Tempat Kerja: Hak Pekerja dan Liabiliti Majikan. National Human Resource
Management Conference, 1-10.
Kotter, J. P. & Schlesinger, L. A. (1979). Choosing strategies for change. Harvard
Business Review 57(2), 106-114.
Megat Ayop Megat Arifin & Abd. Halim Ahmad (2016). Kepentingan budaya integrity
dan etika kerja dalam organisasi di Malaysia: Satu tinjauan umum. Malaysian
Journal of Society and Space 12(9), 138-149.
Nwadinobi, V.N. (2019). Ethical and professional responsibility in counselling.
Dimuat
turun pada April 29, 2021 daripada
https://www.researchgate.net/publication/336027036
Nik Hairi Omar, and Azmi Awang, and Azmi Abdul Manaf (2012) Integriti dari
perspektif pengaduan awam: kajian kes di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
Malaysia. Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan 7 (1), 141-155.
Nor Azila Mohd Noor (2012). Faktor Penentu kepada Sinisisme Pekerja terhadap
Perubahan Khusus dan Hubungannya dengan Niat untuk Menentang
Perubahan dalam Sistem Politeknik di Malaysia. Jurnal Pengurusan 35, 71 –
86.
Mohamed Mansur Abdullah (1998). Komunikasi dalam pengurusan. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip, Mohammad Nasir Bistaman, Ahmad Jazimin
Jusoh, Syed Sofian Syed Salim & Md. Noor Saper (2009). Kemahiran
Bimbingan Kaunseling. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Strebel, P. (1996). Why do employees resist change? Harvard Business Review, 86-
92.
Suhana Binti Ibrahim (2003). Peranan kaunselor di dalam organisasi: Satu kajian
kes di enam buah organisasi terpilih di Malaysia. Fakulti Sains Kognitif dan
Pembangunan Manusia: UMS.
Othman Mohamed (2005). Prinsip Psikoterapi dan Pengurusan dalam Kaunseling:
Etika dan Perundangan Kaunseling. Serdang: Universiti Putra Malaysia.
Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat (2010). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Zaitun Nasir (1996). Ancaman seks di pejabat. Kuala Lumpur: Dewan Masyarakat.
Zaleha Kamaruddin (1999). Wanita dan Keadilan. Kuala Lumpur: ANZ Charisma.
Ahmad Roslee & Mustaffa Mohamed. (2002). Keperluan Kaunseling Dalam
Organisasi Di Alaf 21. Seminar Pengurusan dan Pembangunan Sumber
Manusia, 2-11.

10

Anda mungkin juga menyukai