Anda di halaman 1dari 16

FAKULTI PERNIAGAAN DAN PENGURUSAN

SEMESTER SEPTEMBER 2020

OUMM3203
(ETIKA PROFESIONAL)

NO. MATRIKULASI : 971229016863002


NO. KAD PENGENALAN : 971229016863
NO. TELEFON : 0108463848
E-MEL : azrydinie97@gmail.com
PUSAT PEMBELAJARAN : MELAKA
1.0 PENGENALAN

1.1 MAKNA ETIKA

Menurut Kamus Dewan (Edisi Keempat), etika didefinisikan sebagai prinsip moral
atau akhlak atau nilai-nilai akhlak yang menjadi pegangan seseorang individu atau
sesuatu kumpulan. White (1993) mendefinisikan etika sebagai salah satu cabang
falsafah yang berkaitan dengan kebaikan moral (virtue moral) dan menilai tindakan
manusia. Pendekatan secara peribadi kepada etika adalah menerusi kajian tingkah
laku tentang moraliti melalui rasional yang dilihat kepada kehidupan manusia.
Menurut Sahakian et.al. (1993), etika berasal daripada bahasa Greek kuno,
iaitu ethos yang bermaksud “falsafah moral”. Etika merupakan salah satu cabang
utama falsafah yang merangkumi kelakuan betul dan kehidupan baik. Salah satu
aspek utama etika ialah kehidupan yang baik, iaitu kehidupan yang bernilai atau
memuaskan. Pencarian summum bonum atau “kebaikan yang terbaik” merupakan
salah satu isu utama dalam etika. Kesimpulannya, etika ialah prinsip-prinsip tingkah
laku yang akan menentukan tindakan yang diambil oleh seseorang individu itu boleh
diterima dari segi moral atau sebaliknya. Setiap individu perlu mempunyai etika yang
boleh diterima oleh setiap anggota masyarakat di sekelilingnya. Individu yang tidak
mempunyai etika akan menyebabkan wujudnya konflik sosial seperti rasuah, pecah
amanah, tidak bertanggungjawab, cuai dalam tugas dan sebagainya.

Kehidupan manusia di dunia ini adalah berdasarkan kepada etika yang diamalkan
dalam kehidupan mereka bagi menentukan kejayaan dalam hidup seseorang. Individu
yang beretika akan melahirkan masyarakat, bangsa dan negara yang beretika.
Masyarakat yang beretika adalah masyarakat yang berpegang teguh kepada falsafah
moral dan etika untuk menjamin kesejahteraan dan keharmonian negara. Penghayatan
kepada falsafah moral dan etika dan seterusnya mengamalkannya adalah penting
kerana kemajuan dari segi material semata-mata akan menyebabkan sesebuah
masyarakat dan negara itu pincang. Selain etika yang diterapkan dalam diri individu,
etika dalam bentuk kolektif juga perlu diamalkan dalam sesebuah organisasi. Perkara
ini bagi menjamin kelangsungan sesebuah organisasi. Jika sesebuah organisasi
mempunyai sekumpulan pekerja yang mengamalkan etika profesional, maka tidak ada
alasan untuk organisasi tersebut memperoleh kejayaan dan seterusnya memberikan
keuntungan bukan sahaja kepada organisasi tersebut, malah kepada bangsa dan negara
pada keseluruhannya. Negara kita semestinya mempunyai rakyat yang mengamalkan
etika dan budaya yang positif dan unik yang membantu menaikkan industri
perlancongan negara. Menurut Pengurus Besar Sekretariat Tahun Melawat Malaysia
2014, Nor Yahati Awang, sehingga September 2013 yang lalu, Malaysia menerima
kedatangan 46 juta orang dan daripada jumlah berkenaan 23 juta orang adalah
pelancong. Ia menjadikan negara mencatatkan kemasukan 25,032,708 pelancong
asing, berbanding 24,714,324 pelancong asing yang direkodkan pada tahun
sebelumnya. Kepentingan etika profesional juga dapat dilihat melalui aspirasi mantan
Perdana Menteri keempat dan ketujuh Tun Doktor Mahathir Mohamad dalam
Wawasan 2020. Cabaran ketujuh memperlihatkan bahawa negara memerlukan sebuah
sistem sosial yang lebih mementingkan masyarakat daripada diri sendiri (keluarga)
bagi membentuk sebuah masyarakat berbudi yang mengamalkan budaya
penyayang. Wawasan 2020 bertujuan mentransformasikan Malaysia kepada sebuah
negara maju berdasarkan acuannya sendiri tanpa meniru negara-negara maju yang
lain. Kemajuan yang dicita-citakan bersifat sempurna mengikut acuan budaya
masyarakat kita sendiri dan tidak diukur dari segi pembangunan materialistik
sahaja. Gagasan ini menonjolkan tekad kerajaan untuk mewujudkan sebuah
masyarakat yang sempurna berlandaskan kepada nilai-nilai moral dan etika yang
tinggi.

1.2 MAKNA TANGGUNGJAWAB SOSIAL

Tanggungjawab sosial bermaksud satu kewajipan atau tanggungjawab pihak


pengurusan organisasi dalam membuat keputusan dan mengambil tindakan yang
sewajarnya demi menjaga kebajikan dan kepentingan masyarakat serta organisasi.
Tanggungjawab sosial juga bermaksud satu kepercayaan bahawa fungsi organisasi
dan pengurus sebagai pembuat keputusan mestilah berasaskan kepentingan sosial dan
ekonomi.

Kini, isu tanggungjawab sosial dan etika sering menjadi bahan diskusi
masyarakat. Tanggungjawab sosial sesebuah organisasi yang berorientasikan
perniagaan dan keuntungan (for-profit business organization) menjadi sasaran utama
pihak media dan masyarakat. Perkara ini berlaku kerana organisasi perniagaan ini
mengawal sebahagian besar sumber bahan mentah yang ada untuk mengeluarkan
produk dan perkhidmatan untuk masyarakat melalui organisasi tersebut.

Adakalanya kita mempersoalkan sama ada organisasi ini telah melaksanakan


tanggungjawab mereka kepada masyarakat. Kadang-kala kita bertanya sejauh mana
peranan atau sumbangan mereka dan bagaimana mereka memperbaiki kualiti
perkhidmatan organisasi ini kepada masyarakat. Sekiranya kita merasakan bahawa
sesebuah organisasi itu tidak bertanggungjawab kepada masyarakat, kita ingin
mengetahui sebab dan langkah yang akan diambil bagi memperbaiki keadaan
tersebut.

Walau bagaimanapun, kita tidak seharusnya menilai perkara yang negatif sahaja,
tanggungjawab organisasi juga sering dilihat dari sudut positif. Contohnya sebuah
kilang kain di Malden, US, milik Aaron Feuerstein. Semasa berlaku kebakaran,
kilangnya telah musnah akibat kebakaran tersebut. Walau bagaimanapun, menyedari
tanggungjawab sosialnya terhadap pekerja-pekerja beliau, Aaron telah membayar gaji
kepada semua pekerjanya sehinggalah kilang tersebut siap dibina semula. Perbuatan
ini menjadikan Aaron seorang yang terkenal dengan seorang pengurus yang beretika
dan bertanggungjawab kepada masyarakatnya.

Sebaliknya, terdapat sesetengah pendapat yang menentang bahawa organisasi


mempunyai tanggungjawab sosial terhadap masyarakatnya. Mereka mengatakan
bahawa organisasi sememangnya mempunyai tanggunjawab sosial, tetapi bukan
kepada masyarakat atau individu di dalam organisasi itu sendiri, sebaliknya
tanggungjawab sosial tersebut adalah terhadap pemegang-pemegang saham syarikat.
Hal ini terjadi disebabkan oleh kepentingan ekonomi yang menjadi keutamaan.
Organisasi perlu menjaga kepentingan sosial pemegang-pemegang saham kerana
mereka yang menentukan untung dan rugi sesebuah organisasi. Organisasi
mempunyai tanggungjawab sosial kepada pemegang saham mereka dan bukannya
kepada masyarakat atau individu dalam organisasi itu sendiri.
2.0 TINJAUAN LITERATUR

2.1 ETIKA

Menurut kajian Ainuddin Bin Mohd Isa (UUM), etika merupakan bidang falsafah
yang memberi keutamaan dalam memahami nilai hidup, cara kehidupan ini boleh kita
lalui dan faktor-faktor yang membentuk perilaku yang betul. Dalam kajian tersebut,
Ainuddin menyatakan bahawa etika kerja yang digunakan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia adalah berlandaskan kepada nilai-nilai akhlak mulia. Etika juga bertujuan
untuk meningkatkan disiplin diri dan menghasilkan perkhidmatan yang cemerlang
kepada semua pelanggan dan organisasi. Tingkah laku beretika merupakan segala
tindak tanduk seseorang terhadap setiap peraturan moral secara tekal dan penuh
komitmen.

Dalam kajian bertajuk ‘Kajian Kes Perlaksanaan Etika Kerja Islam (EKI) di Johor
Corporation (JCorp): Tumpuan kepada Perlaksanaan dan Faedahnya’ (Noh et.al,
2015) etika merupakan tanggungjawab atau akibat tingkah laku seseorang atau
profesion terhadap masyarakat. Kajian menyatakan bahawa elemen etika dihasilkan
melalui kewujudan elemen nilai dalam diri individu sehingga memaksa individu
mengikut dorongan yang dibawa oleh nilai tersebut. Kajian tersebut membincangkan
pelaksanaan etika kerja Islam dalam pentadbiran dari segi pelaksanaan, faktor dan
cabaran serta faedahnya ke arah pembentukan etika kerja yang berkualiti. Kajian ini
juga menunjukan pelaksanaan etika kerja Islam terhadap pembangunan pekerja secara
holistik seterusnya cara etika dapat mempengaruhi output organisasi.

Kajian yang seterusnya adalah mengenai pengamalan etika kerja Islam dalam
kalangan pelajar UMP yang dikaji oleh pensyarah di UMP. Kajian ini menunjukkan
pelaksanaan etika kerja Islam dapat memberi kesan yang baik kepada pemimpin dan
organisasi iaitu kurangnya masalah kepada amalan pentadbiran seperti menurunnya
masalah seperti ketidaktelusan, pengabaian pekerja, penyalahgunaan kuasa, kurang
integriti dan juga dapat mengelakkan berlaku gejala sosial. Ia juga membawa kepada
kepada penerapan nilai dan etika yang tidak mengasingkan nilai‐nilai dan etika asas
dalam Islam antaranya adil, amanah, jujur, ihsan dan sebagainya dalam amalan atau
pelaksanaan pentadbirannya (Mohd Noh, Basir dan Wan Hussin, 2014).
2.2 TANGGUNGJAWAB SOSIAL

Menurut kajian Abd Razak Minhat (2016), tanggungjawab sosial korporat banyak
memberikan kesan yang positif kepada syarikat-syarikat di Malaysia serta
meningkatkan nilai pasaran syarikat. Selain itu, kajian ini menyatakan bahawa
tanggungjawab sosial korporat membantu meningkatkan prestasi kewangan,
meningkatkan imej dan meningkatkan keupayaan untuk menarik dan mengekalkan
tempat kerja yang terbaik, yang menyumbang kepada nilai pasaran syarikat. Buku
Perak yang diterbitkan oleh Jawatankuasa Putrajaya merupakan salah satu inisiatif
tanggungjawab sosial korporat yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia bagi operasi
perniagaan di negara ini.

Seterusnya, kajian mengenai kesedaran terhadap Tanggungjawab Sosial Korporat


(CSR) dalam kalangan usahawan kecil dan sederhana di Malaysia. Berdasarkan kajian
ini, majoriti Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di Malaysia pernah terlibat dengan
aktiviti keusahawanan sosial sama ada dalam bentuk memberi sumbangan kewangan,
harta benda dan bantuan yang diperlukan oleh masyarakat setempat. Walaupun pada
awal konsep CSR diperkenalkan, tidak ramai usahawan IKS yang menyedari
kepentingan tanggungjawab sosial kepada masyarakat. Namun, seiring dengan
peningkatan tamadun manusia dan nilai-nilai kemanusiaan, usahawan IKS telah sedar
akan tanggungjawab sosial penting untuk kesejahteraan masyarakat dalam jangka
masa panjang. Nadiah dan Sarmila menyatakan bahawa hasil program CSR terhadap
pendidikan pelaburan yang dijalankan ini berpotensi untuk membantu peserta yang
terlibat membuat keputusan mengenai pelaburan melalui elemen pengetahuan,
kefahaman, kesedaran dan penyampaian maklumat tentang pelaburan. Keputusan
kajian oleh Kanmai dan Husniyah (2012) memberi implikasi terhadap beberapa pihak,
termasuk pengguna dan persatuan pengguna. Kajian ini mendapati bahawa pelajar
mempunyai asas pengetahuan pelaburan melalui kursus pelaburan yang dihadiri. Oleh
itu, kajian mencadangkan agar pihak kerajaan dan pihak-pihak berkaitan perlu
memberi pendidikan pelaburan yang efektif dan berkesan bagi meningkatkan
kemahiran pelaburan serta membekalkan maklumat yang benar tentang aktiviti
pelaburan demi kepentingan pelajar dan pengguna secara umumnya.
2.3 KEPENTINGAN ETIKA

2.3.1 INDIVIDU

Secara individu, seseorang yang beretika akan dapat menikmati kebaikan fizikal,
rohani dan mental. Orang yang beretika akan sentiasa menjaga tingkah laku agar tidak
melanggar norma masyarakat. Begitu juga dengan kemurnian hati dan kawalan emosi
atau kualiti emosi yang membantu membentuk sifat sabar, penyayang, rasional,
bertimbang rasa dan sebagainya. Dari segi mental, orang yang beretika mulia tidak
gemar memikirkan perkara-perkara yang tidak mendatangkan perhitungan buruk dan
baik sebelum melakukan sesuatu. Seseorang itu akan menampilkan sifat-sifat terpuji
dan sahsiah diri yang unggul walau di mana jua berada kerana nilai etika telah
membentuk falsafah hidup, gaya berfikir dan tindak tanduknya. (Nazirmuddin,2005).
Sebagai contoh, pada zaman ini, pelbagai isu mengenai masalah sosial dalam
kalangan remaja seperti gejala merempit, dadah, membuang bayi dan sebagainya.
Kita dapat melihat sebenarnya moral dan etika penting bagi mendidik remaja untuk
menjadi seseorang yang berakhlak mulia ketika melakukan sesuatu. Hal ini
menunjukkan nilai-nilai moral perlu diterapkan dalam kalangan remaja seperti
bertanggungjawab, hormat-menghormati, berdisiplin dan lain-lain lagi. Remaja perlu
dididik oleh ibu bapa atau guru mengenai nilai moral dan etika dalam kehidupan sejak
kecil lagi. Pembentukan akhlak penting dalam diri seseorang untuk mencerminkan
sifat dan perlakuan mereka. Menurut Yalchin, seperti yang dilaporkan oleh Ahmad
Mohd Salleh (1998), akhlak boleh disimpulkan sebagai mengandungi aspek berikut:
sifat semula jadi yang dimiliki menerusi latihan, rangsangan atau sebagainya yang
akhirnya menjadi adat atau tabiat dan akhlak meliputi dua dimensi, iaitu batin
(kejiwaan) dan zahir dalam bentuk perlakuan. Menurut Yalchin lagi, akhlak
merupakan prinsip dan dasar serta pendekatan yang ditentukan oleh wahyu untuk
mengatur pelakuan individu, membatasi atau membentuk hubunganya dengan
individu lain sehingga mencapai matlamat kewujudannya di dunia ini dalam konteks
yang terbaik. Oleh itu, moral dan etika memainkan peranan utama dalam membentuk
akhlak mulia seseorang individu supaya dapat melakukan sesuatu perkara dengan
betul dan dapat memberi kesan positif.
2.3.2 KELUARGA
Sebuah keluarga yang mempunyai amalan etika yang tinggi bukan hanya wujud
perasaan tanggungjawab yang tinggi dan saling hormat-menghormati antara satu sama
lain, malah berjaya mewujudkan suasana mesra, aman, harmonis, kerukunan rumah
tangga, keutuhan kekeluargaan dan setiap ahli keluarga akan berasa selamat dan
bahagia. Misalnya, orang Melayu, Cina dan India menilai keluarga sebagai asas
sebuah komuniti. Mereka menekankan nilai menghormati ibu bapa, warga emas dan
orang yang bijaksana. Sebagai contoh, seseorang anak perlu menghormati ibu bapa
mereka dan sentiasa mematuhi perintah dan larangan ibu bapa mereka selagi tidak
melanggar peraturan agama.  Nilai hormat-menghormati ini dapat mengeratkan
hubungan antara anak dan ibu bapa tanpa sebarang persengketaan. Bagi menerapkan
nilai-nilai dalam kalangan ahli keluarga, ibu bapa perlu memainkan peranan penting
untuk mendidik anak-anak mereka sejak kecil lagi. Anak-anak perlu dibimbing
dengan nilai-nilai moral dan etika yang betul seperti cara berkomunikasi, bergaul
dengan baik, nilai kejujuran, hidup sederhana dan lain-lain. Ibu bapa juga sewajarnya
mendidik anak-anak tentang etika mengikut acuan Islam sejak kecil. Bak kata
pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya.  Ini kerana setiap agama amat
mementingkan hubungan baik dengan pencipta, sesama manusia dan alam sekitar.
Oleh itu, nilai-nilai moral dan etika amat penting untuk membentuk keluarga yang
bahagia tanpa sebarang perbalahan.

2.3.3 ORGANISASI

Nilai etika dalam sesebuah organisasi atau institusi amat penting. Etika organisasi
ialah garis panduan untuk menjalankan tugas seperti berpegang kepada perinsip
bersih, cekap, amanah, jujur, benar, telus, bertanggungjawab dan adil. Seandainya
seluruh organisasi memiliki nilai etika yang tinggi, masalah disiplin organisasi seperti
ponteng kerja, rasuah, penyalahgunaan kuasa, gangguan seksual dan sebagainya tidak
akan timbul sehingga mewujudkan budaya kerja positif yang mementingkan
produktiviti dan kualiti yang tinggi, persekitaran organisasi yang kondusif, semangat
kekeluargaan dalam organisasi berkenaan yang meningkatkan keuntungan organisasi.
Sebagai contoh, kebanyakan organisasi tidak kira sama ada kerajaan atau swasta,
mereka telah menetapkan etika bagi pekerja supaya matlamat organisasi mereka
tercapai. Sebagai contoh, organisasi perbankan, pekerja perlu bercakap dengan sopan
dan sentiasa melemparkan senyuman kepada pelanggan. Apabila pengurusan
organisasi mengamalkan etika yang baik, keuntungan tersebut akan turut dikongsi
bersama pekerja. Organisasi dan pekerja sama-sama menikmati kemakmuran.
Organisasi yang memperoleh keuntungan yang tinggi akan berkongsi keuntungan
bersama pekerja dengan memberikan bonus atau ganjaran setiap hujung tahun.

2.3.4 MASYARAKAT

Etika yang baik dalam masyarakat harus dipupuk, diterap dan disuburkan bagi
mengekalkan peradaban manusia. Jika masyarakat mengamalkan nilai yang baik,
masyarakat tersebut mampu hidup harmoni dan berkembang maju. Etika nilai penting
dalam kehidupan masyarakat kerana dikaitkan dengan tingkah laku masyarakat sama
ada baik atau buruk. Perkara paling penting untuk mencapai keharmonian dalam
masyarakat, setiap anggota masyarakat perlu mematuhi peraturan dan undang-undang
setempat. Dalam konteks sosial, menurut Abdul Rahman Md. Aroff (1999) dalam
penulisan Yusoff et. al (2015), berdasarkan definisi ethos dan mores, etika dikaitkan
dengan peraturan masyarat yang terdiri daripada tatasusila atau tatatertib masyarakat.
Menurut beliau lagi, peraturan masyarakat biasa juga dimaksudkan sebagai tradisi,
norma, kebiasaan atau adat, kod, nilai dan pantang larang masyarakat. Melalui
peraturan tersebut, masyarakat perlu mematuhi dan melaksanakannya dalam
kehidupan seharian. Antara peraturan masyarakat berkaitan konsep atau nilai ialah
berdikari, hormat-menghormati, kasih-sayang, keberbersihan dan kerjasama. Sebagai
contoh, di Malaysia, penerapan nilai-nilai ini telah menyatukan masyarakat pelbagai
kaum yang terdiri daripada tiga kaum utama, iaitu Melayu, Cina dan India. Setiap
perbezaan yang ada di negara ini tidak kira kaum, agama, budaya, kepercayaan
perlulah dihormati dan dihargai kerana itulah antara faktor yang menjadikan Malaysia
sebuah negara yang unik di mata dunia. Pengenalan konsep 1 Malaysia oleh Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib bin Tun Abdul Razak juga menerapkan nilai-nilai moral
kepada masyarakat. Nilai-nilai aspirasi yang digagaskan dalam konsep 1Malaysia
merupakan nilai-nilai yang perlu ada dalam masyarakat progresif dan dinamik yang
akan memacu negara bagi mencapai status negara maju. Oleh itu, moral dan etika
menjadi panduan untuk masyarakat hidup secara aman dan harmoni.

3.0 KEPENTINGAAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL

Menurut Richard L. Daft di dalam buku, Organization theory and design


tanggungjawab sosial korporat bermaksud kewajipan pengurusan sesebuah organisasi
untuk membuat keputusan dan mengambil tindakan yang akan membantu dalam
kebajikan dan kebaikan kepada masyarakat dan juga organisasi. Di Malaysia, terdapat
pelbagai organisasi yang telah melaksanakan tanggungjawab sosial mereka dengan
baik, terutamanya ketika berlaku bencana alam atau malapetaka dalam sesebuah
keluarga atau masyarakat.

Antara syarikat yang sering melaksanakan tanggungjawab sosialnya ialah Syarikat


Beras Faiza dengan kerjasama MediaPrima Berhad. Kedua-dua syarikat ini telah
melaksanakan sebuah program yang diberi nama Bersamamu. Program Bersamamu
merupakan sebuah program khidmat masyarakat yang membantu rakyat miskin.
Mereka bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain di seluruh Malaysia untuk
membantu golongan fakir miskin. Program terbitan Tv3 ini mendapat sambutan
hangat sejak ia mula diperkenalkan pada tahun 2005. Program yang ditayangkan pada
jam 6.30 petang, setiap ahad ini diharap dapat menimbulkan kesedaran masyarakat
untuk membantu golongan fakir miskin.

Antara syarikat korporat melaksanakan tanggungjawab sosial untuk berpotensi


meningkatkan keuntungan. Skala dan cara syarikat melaksanakan tanggungjawab
sosial adalah berbeza. Hal ini kerana setiap syarikat mempunyai skala yang berbeza
dan mereka perlu melaksanakan tanggungjawab sosial mengikut kemampuan syarikat.
Orlitzky, Schmidt, dan Rynes memdapati ada kaitan antara prestasi syarikat dan
prestasi kewangan. Apabila sesebuah syarikat melaksanakan tanggungjawab sosialnya
seperti Ronald Mcdonald House, pelanggan (orang awam) berminat membeli produk
mereka untuk turut menyumbang dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai
anggota masyarakat. Walau bagaimanapun, sesebuah syarikat mungkin tidak
meramalkan pulangan dalam jangka masa pendek apabila membangunkan strategi
tanggungjawab sosial mereka. Hal ini disebabkan oleh penyusutan keuntungan
apabila beberapa peratus daripada keuntungan didermakan kepada badan kebajikan
seperti rumah orang-orang tua.

Selain itu, tanggungjawab sosial korporat juga dapat meningkatkan imej syarikat. Hal
ini kerana apabila sesebuah syarikat itu melaksanakan tanggungjawab sosial seperti
syarikat Samsung yang bukan sahaja menderma kepada mangsa tsunami di Balik
Pulau, Pulau Pinang, malah menghantar beberapa staf mereka untuk membantu
mangsa tsunami yang telah trauma dengan kejadian yang berlaku pada 26 Disember
2004 itu. Aktiviti yang dijalankan ini menyebabkan bukan sahaja orang ramai, malah
ahli korporat mempunyai perspektif yang positif terhadap syarikat elektronik dari
Korea ini. Mereka berpendapat syarikat Samsung ini prihatin dan sedia membantu
rakyat yang ditimpa kesusahan. Peningkatan imej syarikat memudahkan syarikat
melakukan pelbagai aktivti seperti mempromosikan produk mereka. Hal ini
disebabkan jenama produk mereka yang popular disebabkan amalan murni mereka.

Orang awam, terutamanya golongan fakir miskin yang paling banyak menerima
faedah daripada tanggungjawab sosial korporat. Hal ini kerana mereka merupakan
golongan sasaran dan pelanggan utama tanggungjawab sosial korporat. Segala
khidmat bakti dan sumbangan disalurkan kepada mereka. Golongan fakir miskin akan
menerima sumbangan bukan sahaja dari segi kewangan, malah barangan elektrik
seperti barangan LG, makanan sepeti beras, serta pendidikan untuk kanak-kanak. Hal
ini seterusnya membantu golongan yang berpendapatan paling rendah ini
mengharungi kehidupan mereka dengan lebih lancar pada zaman inflasi tinggi ini.
Selain itu, anak-anak mereka juga dapat melanjutkan pelajaran bukan sahaja ke
sekolah rendah, menengah dan pusat latihan, malah institusi pengajian tinggi seperti
yang dipapar oleh Tv3 dalam rancangan Bersamamu baru-baru ini.

4.0 PENDEKATAN UNTUK MENGEKALKAN ETIKA DAN


TANGGUNGJAWAB SOSIAL

-PENDEKATAN UTILITARIAN
 Model ini menilai kesan gelagat dan keputusan seseorang individu terhadap pihak
lain.
 Tindakan yang dipilih mesti memberi kebaikan atau faedah kepada majoriti
individu dalam masyarakat. Sesuatu keputusan yang dibuat bergantung kepada
faedah yang diperoleh untuk kepentingan majoriti.
 Sesuatu keputusan yang dibuat bergantung kepada hasil yang diperoleh daripada
pelaksanaannya.
 Contoh: suatu pembangunan projek empangan di suatu daerah boleh dilaksanakan
walaupun terpaksa memindahkan 100 penghuni kawasan berkenaan kerana
memberi faedah kepada 10 juta penduduk yang lain, kerana 100 orang mangsa
pemindahan tidak memberi makna besar kepada kebaikan yang diberi kepada 10
juta orang lain.

-PENDEKATAN INDIVIDUALISME

 Keputusan yang memberi kebaikan jangka panjang kepada seseorang individu itu
dianggap tindakan yang betul.
 Kepentingan individu perlu diutamakan dan menjadi kayu pengukur dalam
membuat sesuatu keputusan.
 Apabila semua individu berlumba-lumba untuk menjaga kepentingan masing-
masing, kebaikan bersama akhirnya dapat dihasilkan kerana semua individu akan
belajar untuk bertoleransi dengan orang lain untuk menjaga kepentingan jangka
panjang mereka.
 Kesan pendekatan individualisme boleh membawa kepada kejujuran dan integriti
untuk diaplikasikan dalam jangka masa panjang.
 Contoh: jika seseorang usahawan membuat penipuan untuk kepentingan diri
jangka pendek boleh mempengaruhi rakan-rakan perniagaan mereka juga
membuat penipuan. Tindakan seseorang memberi impak kepada individu lain.

-PENDEKATAN HAK MORAL


 Menggariskan bahawa setiap individu mempunyai hak asasi dan kebebasan yang
tidak boleh dicabuli oleh keputusan yang dibuat seseorang individu.
 Keputusan beretika adalah langkah yang terbaik diambil untuk mengekalkan hak
setiap individu yang terlibat.
 Enam hak moral harus diteliti semasa membuat keputusan:

 Hak memberi persetujuan. Setiap individu berhak memberi persetujuannya


sebelum mengambil apa-apa tindakan.
 Hak privasi. Kehidupan peribadi setiap individu berhak dihormati apabila di
luar bidang pekerjaannya dan dia berhak mengawal kehidupan peribadinya.
 Hak kebebasan suara hati. Setiap individu berhak mencegah daripada
melakukan apa-apa yang boleh melanggari moral atau norma-norma
agamanya.
 Hak kebebasan bersuara. Setiap individu berhak menyuarakan pendapat
berkenaan etika individu lain terhadapnya atau kesan-kesan daripada
tindakan mereka mengikut tatatertib undang-undang.
 Hak untuk dibicarakan. Setiap individu berhak untuk mendapatkan
perbicaraan yang adil dan layanan yang saksama.
 Hak untuk hidup dan keselamatan. Setiap individu berhak untuk hidup tanpa
gangguan atau pencabulan kesihatan dan keselamatannya.
 Contohnya, seseorang majikan perlu menghormati hak pekerja walaupun ini
bertentangan dengan keperluan majikan untuk melihat pekerja lebih cemerlang
dan lebih produktif

-PENDEKATAN KEADILAN

 Keputusan moral yang hendak dibuat berdasarkan piawaian ekuiti, keadilan dan
kesaksamaan.
 Keputusan dan gelagat beretika dinilai dari segi keadilan semasa mengagihkan
kos dan faedah dalam kalangan individu dan kumpulan.
 Tiga jenis keadilan yang dititikberatkan oleh setiap pengurus:
 Pengagihan keadilan
1. Setiap individu perlu dilayan sama rata tanpa diskriminasi.
2. Individu tidak boleh dilayan dengan cara yang berbeza berdasarkan warna
kulit, bangsa, agama dan sebagainya.
3. Contohnya, pekerja lelaki dan wanita tidak harus menerima gaji yang
berlainan jika mereka melakukan kerja yang sama.
 Keadilan berprosedur
1. Semua peraturan ditadbir dengan saksama.
2. Peraturan-peraturan tersebut haruslah dinyatakan dengan jelas dan
dikuatkuasakan secara konsisten.
 Keadilan pampasan
1. Setiap individu harus diberi pampasan sekiranya mendapat kecederaan oleh
pihak yang bertanggungjawab.
2. Individu tidak seharusnya dipertanggungjawabkan untuk perkara-perkara di
luar bidang kuasa mereka.
(3309 patah perkataan)
RUJUKAN

Abd Razak, M. (2016). Kesan tadbir urus korporat, tanggungjawab sosial korporat


dan modal intelek ke atas prestasi syarikat tersenarai di Malaysia (Doctoral
dissertation, Universiti Utara Malaysia).

Ainuddin, M. I. (2018). Penaakulan moral, nilai profesional dan membuat keputusan


terhadap amalan etika akademik dalam kalangan pensyarah Institut Pendidikan
Guru (Doctoral dissertation, Universiti Utara Malaysia).

Daft, R. L., Murphy, J., & Willmott, H. (2010). Organization theory and design (Vol.
10). Mason, OH: South-Western Cengage Learning.

Noh, M. M. M., Basir, S. A., Taib, L., Ahmadun, M., & Husin, W. N. H. W. (2015).
Kajian kes perlaksanaan etika kerja Islam (EKI) di Johor Corporation (JCorp):
Tumpuan kepada perlaksanaan dan faedahnya. Jurnal Pengurusan (UKM Journal of
Management), 45.

Yusoff, M. Z. M., & Hamzah, A. (2015). Direction of moral education teacher to


enrich character education. Jurnal Ilmiah Peuradeun, 3(1), 119-132.

Zakie, N. M., & Md Sum, S. (2018, March 30). Sumbangan Tanggungjawab Sosial
Korporat Terhadap Amalan Pelaburan: Kajian Kes Program Seminar 360 Hari 1
Malaysia. Jurnal Wacana Sarjana, 2(1). Retrieved from
http://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/83

http://etd.uum.edu.my/6909/2/s93222_01.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/81031/1/IdrisAbdulRashidMSKA2019.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5014/5/BAB_3_METODOLOGI_KAJIAN.pdf
http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/19118/1/pbmsk-2017-rashidi-Pengamalan
%20Etika%20Kerja%20Islam%20Kajian%20Dalam%20Kalangan%20Pelajar.pdf
http://etd.uum.edu.my/6769/2/s93509_01.pdf
http://gbse.com.my/isi15/GBSE%201(1),%2077-84%20(2015).pdf
file:///C:/Users/User10/Downloads/83-Article%20Text-122-1-10-20180501.pdf
https://www.researchgate.net/publication/318393617_Tanggungjawab_Sosial_Korpor
at_dan_pembangunan_ekonomi_komuniti_Kajian_kes_perspektif_komuniti_penerim
a
https://www.researchgate.net/publication/323454258_ETIKA_SEBAGAI_PANDUA
N_HIDUP

Anda mungkin juga menyukai