Anda di halaman 1dari 12

OUMH1103:LEARNING SKILLS FOR OPEN DISTANCE LEARNERS

2012

1.0 PENGENALAN Proses globalisasi dan liberalisasi ekonomi dunia sedang rancak berlaku dan dijangka akan menimbulkan berbagai-bagai cabaran dan tekanan terhadap pembangunan ekonomi dan sumber tenaga di Negara kita. Cabaran terkini tenaga kerja ialah menangani proses anjakan paradigma struktur gunatenaga daripada yang berasaskan pengeluaran. Dalam menghadapi krisis ekonomi global yang melanda seluruh dunia hari ini, para graduan dan pencari kerja perlu melengkapkan diri mereka dengan pelbagai ilmu dan kemahiran sampingan yang diperlukan oleh bakal majikan. Kelulusan akademik sahaja bukan lagi menjadi faktor utama kepada para majikan dalam pengambilan pekerja yang sesuai untuk berkhidmat dalam syarikat atau firma miliknya. Menyedari hakikat inilah, modal insan, nilai etika dan integriti yang mantap dan konsisten menjadi kayu pengukur kepada para majikan dalam membuat pemilihan dan pertimbangan untuk mengambil seseorang graduan itu bekerja dengannya. Masalah pengangguran di kalangan graduan universiti dikaitkan dengan isu kekurangan dan kelemahan graduan yang dikeluarkan oleh pihak institusi pengajian tinggi itu sendiri. Graduan dikatakan tidak mampu berfikiran secara kritikal, kurang kemahiran menyelesaikan masalah, kurang kemahiran berkomunikasi dan kerja berkumpulan, kurang kemahiran menggunakan kemudahan ICT dan lemah berbahasa Inggeris adalah luahan yang sering diutarakan oleh pihak majikan (P & P. Edisi 2 Sept 2004). Oleh hal yang demikian, para graduan perlulah melengkapkan diri dengan kemahiran-kemahiran tersebut sebelum memasuki alam pekerjaan.

2.0 KEMAHIRAN-KEMAHIRAN YANG PERLU ADA PADA BAKAL GRADUAN Kepentingan kemahiran insaniah dan teknikal dikalangan graduan dikatakan satu kriteria yang penting di pasaran tenaga kerja. Kemahiran insaniah ini berkisar tentang isu bagaimana hendak mempersiapkan diri para bakal graduan supaya diterima sebagai pekerja dan meningkatkan peluang employability seseorang graduan. Ia bukan berkisar setakat mana pencapaian akademik semata-mata. Antara elemen kemahiran insaniah yang perlu dikuasai oleh bakal graduan Malaysia adalah: 2.1 Kemahiran berkomunikasi Kajian oleh MTEN pada tahun 2005 (Marlina Ali & Shaharom Noordin 2006) mendapati terdapat beberapa faktor yang menyebabkan siswazah gagal mendapat
1

OUMH1103:LEARNING SKILLS FOR OPEN DISTANCE LEARNERS

2012

pekerjaan. Satu daripada tiga kriteria teratas yang disenaraikan oleh pihak majikan ialah kemahiran komunikasi yang baik manakala pencapaian akademik pula berada di tempat yang kelapan. Kemahiran berkomunikasi melibatkan komunikasi berkesan dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dalam konteks yang berlainan dengan peserta komunikasi yang berlainan. Di dalam perkembangan dunia pada hari ini, yang mana diperhatikan semakin maju dan serba moden, komunikasi adalah satu alat yang penting terutama di dalam sesebuah organisasi yang sering berhubung terus dengan pelbagai pihak dalaman dan juga luaran. Komunikasi juga merupakan asas kepada kemajuan dan kejayaan kepada sesebuah organisasi yang sedang beroperasi, di mana sesebuah organisasi yang berjaya adalah organisasi yang mempunyai tahap komunikasi yang baik dengan persekitarannya. Komunikasi melibatkan pemindahan atau penyaluran maklumat daripada individu, kumpulan dan sebagainya. Secara ringkasnya, kemajuan organisasi bergantung kepada kadar kejayaan komunikasi ahli kumpulan. Maka sekiranya sesebuah organisasi tersebut gagal dalam persaingan, ia secara tidak langsung memperlihatkan ahli sesebuah organisasi itu tidak mempunyai komunikasi yang baik dengan persekitarannya. Kemahiran

komunikasi ini memang perlu dikuasai oleh para graduan. Ada beberapa sebab mengapa kemahiran berkomunikasi perlu ada pada semua bakal graduan antaranya: a) Temuduga - Apabila menghadiri temuduga, kemahiran berkomunikasi akan teruji. Di sini adalah medan di mana graduan berusaha untuk 'menjual diri' melalui kemahiran berkomunikasi. Sekiranya graduan berjaya menarik perhatian dan meyakinkan panel penemuduga, ini bermakna para graduan sudah berjaya berkomunikasi dengan berkesan. b) Menjalankan tugas dengan baik - Percaya atau tidak apabila berada dalam suasana bekerja, kita memerlukan kemahiran berkomunikasi yang mantap. Apabila bertugas, keperluan mendapatkan maklumat, perbincangan,

mengeluarkan arahan, bekerja di dalam satu kumpulan, berinteraksi dengan rakan sekerja, dan memberi perkhidmatan kepada client memerlukan kemahiran hubungan kemanusiaan.
2

OUMH1103:LEARNING SKILLS FOR OPEN DISTANCE LEARNERS

2012

c) Maju di dalam kareer - Apabila menjadi ahli sesebuah organisasi, menjadi pekerja yang proaktif sangat dialu-alukan. Majikan memerlukan seorang pekerja yang boleh berfikir, memikirkan inisiatif dan boleh menyelesaikan masalah. 2.2 Kemahiran ICT Dalam komponen kemahiran generik yang perlu dikuasai oleh para bakal graduan, kemahiran ICT menjadi matlamat kerana kemahiran ini akan dapat melahirkan bakal graduan yang mesra teknologi maklumat dan komunikasi serta berketrampilan. Ini dapat dibuktikan dari Berita Harian, 7 Ogos 2002 yang menyatakan 80% daripada 16,000 orang graduan yang mengikuti Skim Latihan Graduan (SLG) bertujuan membantu meningkatkan kemahiran berkomunikasi dan teknologi maklumat (ICT) telah berjaya mendapat pekerjaan walaupun belum tamat latihan sepenuhnya.Walaupun Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau Information Communication Technology (ICT) telah lama bertapak namun ia masih boleh dianggap baru dalam kalangan masyarakat Malaysia. Penggunaan ICT hampir meliputi seluruh urusan sesebuah negara seperti pengurusan pentadbiran kerajaan, pembangunan negara, meramal perkembangan ekonomi negara dan sebagainya. Walaupun penggunaannya amat meluas, masih terdapat segelintir masyarakat kita yang masih belum mendapat pendedahan tentang penggunaan ICT dalam kehidupan harian dan ada juga yang masih sangsi dengan kemajuan teknologi sehinggakan masih mengamalkan corak konvensional dalam pengurusan aktiviti harian. Sebagai sebuah negara yang sedang membangun sedang mengamalkan prinsip globalisasi, sememangnya Malaysia perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan ICT yang terkini supaya tidak ketinggalan berbanding dengan negara-negara lain. Kemahiran ICT amat penting untuk mencapai wawasan negara dalam melahirkan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi dan profesional (Megat Aman Zahiri Megat Zakaria, Baharudin Aris, Jamalludin Harun, na). Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) merangkumi aspek teknologi maklumat dan teknologi komunikasi. Teknologi maklumat ditakrifkan sebagai teknologi yang digunakan oleh individu
3

OUMH1103:LEARNING SKILLS FOR OPEN DISTANCE LEARNERS

2012

untuk mengumpul data dan menganalisis data menjadi maklumat berguna dan bermakna, serta untuk menghasilkan maklumat dalam pelbagai bentuk seperti teks, grafik, suara, animasi dan maya. Data dan maklumat sentiasa diperlukan untuk tujuan tertentu seperti bagi tujuan peningkatan ilmu pengetahuan, pengalaman, kemahiran dan kemampuan. Teknologi komunikasi membolehkan individu atau kelompok individu bertukar data dan maklumat dalam ruang waktu dan tempat yang tidak terbatas, dengan cepat dan dalam masa yang sama melalui rangkaian setempat atau global (Rozina Jamaludin, 2000). Teknologi Maklumat atau lebih dikenali dengan singkatan IT (Information Technology) telah menjadi satu keperluan dalam kehidupan kita pada masa kini. IT merupakan alat utama dalam era maklumat kerana IT menjadi teras dalam komunikasi antara manusia dan pembekalan maklumat kepada masyarakat. Oleh itu, pengetahuan tentang IT adalah penting bagi membentuk masyarakat yang bermaklumat. 2.3 Kemahiran Berfikir dan Kemahiran Menyelesaian Masalah (Critical Thinking and Problem Solving ) (CTPS) Kemahiran berfikir dan kemahiran menyelesaikan masalah (CTPS) melibatkan kebolehan berfikir secara kritis, kreatif, inovatif, analitis, serta kebolehan mengaplikasikan pemahaman dan pengetahuan kepada masalah baru dan berlainan. Keterangan tiga kemahiran CTPS adalah seperti berikut: a) CTPS1 - Kebolehan mengenal pasti dan menganalisis masalah dalam situasi kompleks dan kabur, serta membuat penilaian yang berjustifikasi. b) CTPS2 - Kebolehan mengembang dan membaiki kemahiran berfikir seperti menjelaskan, menganalisis dan menilai perbincangan. c) CTPS3 - Kebolehan mencari idea dan mencari penyelesaian alternatif. Perkembangan teknologi yang canggih serta cabaran dunia yang semakin hebat memerlukan modal insan yang berintegriti. Dalam alam pekerjaan, kualiti dan kuantiti kerja sangat dikehendaki oleh mana-mana majikan. Kemampuan dan kebolehan dalam melakukan pelbagai kerja sangat diperlukan serta tugasan yang dikehendaki perlu diselesaikan dalam masa yang singkat. Pensyarah-pensyarah
4

OUMH1103:LEARNING SKILLS FOR OPEN DISTANCE LEARNERS

2012

contohnya mempunyai tugas yang mencabar untuk melahirkan geraduan yang menjadi perhatian mana-mana syarikat atau agensi pekerjaan. Pensyarah seharusnya mempunyai berbagai-bagai kemahiran selain daripada mengajar seperti kemahiran menjalankan kajian, membuat penerbitan, mentadbir, mengelola, menyelia, mengadakan perundingan dan sebagainya. Masalah yang timbul perlu diselesaikan, keputusan perlu dibuat dan tindakan perlu dijalankan. Saranan kepada kemahiran berfikir kreatif dan kritis mampu memberi sumbangan dalam menyahut cabaran serta masalah yang muncul dan dengan cara tidak langsung melicinkan perjalanan kerja. Keyakinan menjana keputusan dan dalam keadaan yang rumit boleh bentuk dengan kemahiran dan seterusnya menjadikan kita berani serta bersedia mengambil risiko, menerima dan mencuba idea-idea baru. Para geraduan tidak boleh lagi menganggap bahawa kemahiran berfikir merupakan satu kelebihan, sebaliknya keperluan yang mesti ada terutamanya dalam mencari pekerjaan. Kelulusan akademik dan pengetahuan teknikal sahaja tidak mencukupi kerana kemahiran dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah, menilai sesuatu tindakan, menjana idea-idea baru dan lain-lain lagi sangat menjadi kepentingan. Satu kajian kemahiran pemikiran mendapati bahawa antara diperlukan oleh majikan ialah: a) Membaca dan menganalisis laporan b) Mempersembahkan idea-idea kepada pekerja-pekerja lain c) Menyelesaikan masalah dengan sendiri atau dalam kumpulan Oleh itu, para graduan seharusnya melatih diri dan meningkatkan kemahiran berfikir seperti kemahiran kreatif, analitikal, logikal dan kritikal.

2.4 Kemahiran Kerja Berpasukan (Team Work Skills) (TS)

Kemahiran kerja berpasukan melibatkan kebolehan untuk bekerjasama dengan orang lain daripada pelbagai latar belakang sosiobudaya untuk mencapai matlamat yang sama. Keterangan tiga tahap kemahiran kerja berpasukan adalah seperti berikut: a) TS1- Kebolehan membina hubungan baik, berinteraksi dan bekerja secara efektif bersama untuk mencapai objektif yang sama.

OUMH1103:LEARNING SKILLS FOR OPEN DISTANCE LEARNERS

2012

b) TS 2 - Kebolehan memahami dan mengambil peranan bersilih ganti antara ketua kumpulan dan ahli kumpulan. c) TS 3 - Kebolehan mengenali dan menghormati sikap, kelakuan, dan kepercayaan orang lain. Dalam sesebuah organisasi samada formal atau tidak formal, kesatuan memainkan peranan penting bagi memastikan kejayaan. Dalam hal ini, kerja berpasukan merupakan salah satu bentuk pengurusan dan prasyarat penting bagi membina kesatuan demi mencapai kejayaan organisasi tersebut. Sehebat mana pun seseorang itu dalam melakukan kerja, dia pasti memerlukan bantuan serta gandingan orang lain. Kerja yang dilakukan oleh sebuah pasukan tentunya lebih baik berbanding kerja yang dilakukan secara bersendirian dari segi kualiti dan kuantiti. Allah SWT mencintai mereka yang gemar melakukan kerja secara berpasukan atau melalui organisasi yang tersusun, sehingga digambarkan mereka itu seumpama sebuah bangunan yang kukuh serta utuh. Firman Allah SWT: Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berjuang untuk membela agama-Nya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh. (as-Saff: 4). Pasukan merupakan sejenis kumpulan yang khusus. Menurut Greenbery dan Baron (1995) pasukan didefinisikan sebagai satu kumpulan yang keahliannya memiliki kemahiran yang saling bergantung dan komited terhadap tujuan bersama atau matlamat kerja yakni mereka sedia mengambil tanggungjawab secara bersama. Sesebuah organisasi atau syarikat lazimnya mempunyai ahli yang boleh dikatakan sebagai pasukan. Pasukan memainkan peranan yang penting dalam sesebuah organisasi atau syarikat. Ini adalah kerana pasukan mempunyai banyak kelebihan daripada individu secara perseorangan. Kelebihan begitu ketara dari segi pengalaman, kemahiran, perolehan maklumat, pembahagian kerja dan pengembelingan kerja. Oleh yang demikian, kerjasama berpasukan amat penting terutamanya dalam

melaksanakan sesuatu program mahupun aktiviti. Kemahiran kerja berpasukan (TS) melibatkan kebolehan untuk bekerjasama dengan orang lain daripada pelbagai latar belakang sosiobudaya untuk mencapai matlamat yang sama. Kemahiran kerja berpasukan digalakkan supaya sesuatu kerja yang berat akan menjadi ringan. Ada
6

OUMH1103:LEARNING SKILLS FOR OPEN DISTANCE LEARNERS

2012

banyak kemahiran kerja berpasukan yang perlu diterokai seperti komunikasi dalam pasukan, membuat keputusan beramai-ramai, mengendalikan konflik, membina kreativiti, kepemimpinan, memotivasikan, membuat penilaian, memberi ganjaran, dan banyak lagi.. Dalam dunia pengurusan moden dan korporat, 80 peratus syarikat yang tersenarai di Fortune 500 menggunakan konsep kerja berpasukan. Antaranya ialah Toyota, General Elektrik dan FedEx. Kejayaan organisasi tidak lagi dikaitkan secara langsung dengan prestasi individu. Malahan kejayaan demikian dilihat sebagai fungsi sempurna sebagai sebuah organisasi atau sebuah pasukan. Bagi menyerlahkan prestasi ini, setiap anggota mesti berupaya berkomunikasi secara terbuka dan jujur antara satu sama lain, berani menghadapi konflik dan bersedia menerima perbezaan pendapat. Memahami dan mengenal pasti ciri-ciri kerja berpasukan boleh membantu mengukuhkan organisasi bagi mencapai matlamat yang ditetapkan. Antara ciri-ciri kerja berpasukan yang perlu diketahui ialah: a) Usaha kolektif - Bekerja bersama-sama boleh dicapai jika usaha kolektif dijadikan sebagai prinsip bekerja kerana semua kekuatan dan seumber dapat digembleng ke arah pencapaian matlamat yang satu. b) Positif - Kesepaduan di antara peranan ahli dan prestasi akan menggalakkan idea yang lebih kreatif dan mengurangkan jurang perbezaan pendapat. c) Kerjasama - Cabaran besar organisasi bagi menarik perhatian anggotanya ialah mendedahkan peluang yang bakal dinikmati jika bergerak secara berkumpulan. Di peringkat awal, komunikasi yang lebih kerap sesama ahli dapat meningkatkan 'espirit de corp' untuk mereka saling kenal-mengenal seterusnya memahami aspirasi organisasi. d) Saling lengkap melengkapi - Proses lengkap-melengkapi di dalam organisasi akan mewujudkan integrasi yang lebih kukuh dan menjadi teras kepada kejayaan yang lebih besar.

2.5 Kemahiran Kepimpinan (Leadership Skills) (LS) Kemahiran kepimpinan (LS) melibatkan keupayaan untuk mengamalkan ciri-ciri kepimpinan dalam pelbagai aktiviti. Keterangan tahap LS adalah seperti berikut: a) LS 1 - Pengetahuan tentang teori asas kepimpinan.
7

OUMH1103:LEARNING SKILLS FOR OPEN DISTANCE LEARNERS

2012

b) LS 2 - Kebolehan untuk memimpin projek. c) LS 3 - Kebolehan untuk memahami dan mengambil peranan bersilih ganti antara ketua pasukan dan anggota pasukan. Kecemerlangan sesebuah organisasi adalah disebabkan oleh banyak faktor. Walaubagaimanapun ramai pengurus dan penyelidik dalam bidang kepimpinan dan pengurusan cenderung untuk melihat kepimpinan sebagai penyumbang utama atau penyebab langsung kepada pencapaian organisasi. Antaranya adalah Andersen (2002) yang mengatakan bahawa literatur mengenai kepimpinan secara umumnya banyak berasaskan andaian bahawa kepimpinan adalah penyebab kepada keberkesanan organisasi. Selain Andersen, Fiedler (1967) juga berpendapat, kepimpinan berkesan sering dilihat sebagai sesuatu yang amat penting dalam menerangkan atau membuat ramalan tentang kejayaan organisasi. Bennis dan Nanus (1985), menyatakan kejayaan sesebuah organisasi adalah disebabkan oleh kepimpinan. Begitu juga Yukl (1998) yang turut berpendapat, kepimpinan memberi impak yang positif terhadap kejayaan organisasi. 3.0 CADANGAN Berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara, matlamat utama pendidikan negara adalah untuk menghasilkan individu yang seimbang serta harmoni dari segi intelek, rohani, emosi dan fizikal, berasaskan pegangan teguh dan kepercayaan kepada Tuhan. Oleh itu, aktiviti pengajaran dan pembelajaran harus difokuskan kepada pencapaian hasil pembelajaran dalam empat domain utama, iaitu kognitif (pengetahuan), psikomotor (kemahiran fizikal), afektif, dan sosial. Namun, sistem pendidikan yang sedia diamalkan hanya boleh dianggap berjaya dalam memberikan kemahiran kognitif dan sebahagian besar kemahiran psikomotor. Justeru, Kemahiran Insaniah (KI) domain afektif dan sosial yang sangat perlu bagi pembentukan insan kamil yang seimbang amat jauh ketinggalan. Akibatnya, produk sistem pendidikan kini ataupun modal insan yang dibentuk tidak seimbang seperti yang dihasratkan. Persaingan yang semakin meningkat di peringkat global memerlukan tenaga kerja yang cukup kompeten, beretika, kreatif serta mempunyai daya saing yang tinggi. Kemahiran Insaniah (Soft Skills) dalam kalangan mahasiswa bukan lagi merupakan isu baru. Malah ia sudahpun menjadi isu global. Oleh hal yang
8

OUMH1103:LEARNING SKILLS FOR OPEN DISTANCE LEARNERS

2012

demikian, semua pihak perlu memainkan peranan yang penting untuk melahirkan graduan yang seimbang dari pelbagai aspek. Antara cadangan cadangan bagi memupuk elemen kemahiran insaniah dalam diri para mahasiswa ialah 3.1 Pihak Universiti dan Badan Kerajaan Secara umumnya Kemahiran Insaniah di IPT boleh dilaksanakan dengan menggunakan model mata pelajaran mandiri (stand alone subject) dan model terapan (Embedded) dalam kurikulum akademik dan bukan akademik. Kedua-dua model diterangkan seperti berikut; a) Model Mata Pelajaran Mandiri ( Stand Alone Subject ) Mata pelajaran mandiri yang ditawarkan oleh kebanyakan IPT adalah dalam kategori mata pelajaran teras yang mana memenuhi tujuh elemen Kemahiran Insaniah seperti kemahiran keusahawanan, kemahiran berfikir kreatif, etika dan moral, kemahiran komunikasi dan sebagainya lagi. Di antara mata pelajaran yang bersifat mandiri ialah mata pelajaran asas-asas keusahawanan, kemahiran komunikasi, bahasa Inggeris, kemahiran berfikir dan sebagainya lagi. Justeru para pelajar yang diwajibkan mengambil mata pelajaran berkenaan akan diterapkan elemen-elemen Kemahiran Insaniah secara langsung. b) Model Terapan (Embedded) Model Terapan menggunakan pendekatan yang menerapkan Kemahiran Insaniah secara merentas kurikulum pada aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran yang diikuti. Model ini tidak memerlukan pelajar mengikuti mata pelajaran khusus seperti yang dinyatakan dalam Mata Pelajaran Mandiri. Sebaliknya, pelajar dilatih untuk menguasai Kemahiran Insaniah melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran formal yang dirancang dan dilaksanakan mengikut kaedah tertentu tanpa mengubah dan mengurangkan kandungan dan hasil pembelajaran yang perlu dicapai (KPT, 2006). Terapan Kemahiran Insaniah boleh dilakukan menerusi lima kaedah penyampaian iaitu, kuliah, kajian kes, viva, kerja makmal dan kerja kumpulan.

OUMH1103:LEARNING SKILLS FOR OPEN DISTANCE LEARNERS

2012

3.2 Para bakal graduan Antara pendekatan yang boleh diambil oleh para bakal graduan untuk meningkat kemahiran insaniah dan teknikal pada diri mereka ialah :a) Aktiviti Kokurikulum Kokurikulum dilihat sebagai medium serta wadah terbaik yang mampu menerapkan aspek keterampilan dalam diri pelajar. Melalui penglibatan pelajar dalam pelbagai aktiviti, aspek keterampilan dapat diterap dan disemai dalam diri pelajar sama ada disedari atau tidak. Peter Maguire and Carolyn Pitceathly (2002) dalam kajian mereka mengemukakan pendapat bahawa kemahiran komunikasi hanya boleh diperoleh apabila individu terbabit melalui sendiri pengalaman dengan cuba berinteraksi dengan masyarakat sekeliling dalam menyampaikan sesuatu mesej. Dalam menjalani aktiviti kokurikulum, pelajar berpeluang untuk berinteraksi dengan rakan dan juga pensyarah. Perkara ini membolehkan pelajar berkomunikasi dan mendengar maklumat yang disampaikan dengan baik. Pendapat ini disokong oleh Ahmad et. al (2005), yang mengatakan kegiatan kokurikulum dapat membina kemahiran komunikasi dalam kalangan pelajar yang mengikutinya dan kemahiran tersebut berpotensi membantu mereka apabila mereka bekerja kelak. Proses kepimpinan terbentuk apabila seorang ketua mampu untuk mengemudi kumpulan atau orang yang dipimpin dengan baik Gary Yukl (2001). Dalam konteks kokurikulum, kemahiran kepimpinan merupakan aspek yang diterapkan apabila melibatkan aktiviti gerak kerja luar yang memerlukan seorang pemimpin dalam kalangan pelajar untuk menjadi ketua bagi menjamin akiviti yang dijalankan berlangsung dengan lancar dan jayanya. Pendapat ini disokong oleh Helen M. Gunter (2001) yang menyatakan pendapatnya bahawa melalui penglibatan dalam aktiviti kokurikulum, seseorang individu mampu untuk memimpin kerana telah berorganisasi dan mempunyai matlamat tertentu untuk dicapai.

10

OUMH1103:LEARNING SKILLS FOR OPEN DISTANCE LEARNERS

2012

Kemahiran Insaniah walaupun pada dasarnya dilaksanakan untuk kepentingan masa depan pelajar namun ianya perlu juga diterapkan kepada semua staf universiti bagi memantapkan lagi sistem penyampaian sesebuah universiti. a) Kemahiran Insaniah staf universiti Latihan diperlukan oleh seseorang untuk memperolehi pengetahuan dan kemahiran baru bagi mempertingkatkan kemahiran dan pengetahuan yang sedia ada (Nadler dan Leonard, 1983). Halloren (1981) menyatakan latihan bukan sahaja untuk pekerja baru, bahkan pekerja lama juga memerlukannya bagi membolehkan mereka mencapai tahap optimum dan menghasilkan prestasi kerja yang lebih produktif. Bagi Philip C. McGraw (2001) kursus begini boleh membantu para kakitangan mengawal bagaimana untuk bertindak balas dan merasionalkan sesuatu perkara. Selain itu elemen-elemen yang boleh membawa kejayaan seseorang individu iaitu; minat yang mendalam, kepercayaan yang tinggi, strategi, nilai yang jelas, tenaga, kuasa hubungan kemanusiaan dan kemahiran berkomunikasi juga boleh diterapkan untuk memperkasakan lagi staf universiti (Anthony Robbins, 2003) Menurut Jack Canfield (2005), 99% kegagalan individu adalah datangnya dari sikap yang suka memberikan alasan. Justeru Setiap individu haruslah diterapkan bahawa mereka mempunyai impak yang besar kepada organisasi walau apa jua jawatan dan peringkat yang mereka duduki. Selain itu Adli Azamin Shukri dan Muhammad Ali Shukri (2008) menjelaskan bahawa bagi tenaga muda di universiti tidak boleh lagi diurus dengan kaedah hukuman dan ganjaran sebaliknya kepuasan kebebasan untuk membuat keputusan dan melahirkan kreativiti haruslah diberikan keutamaan. Justeru para kepimpinan universiti amat memerlukan pendedahan kursus Kemahiran Insaniah bagi memantapkan lagi kepemimpinan di Universiti. 4.0 PENUTUP Secara kesimpulan, para graduan perlu melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran untuk memancing majikan - majikan untuk mendapatkan pekerjaan. Antara beberapa kriteria yang perlu diambil kira oleh para bakal graduan ialah mereka perlu menonjolkan diri dengan kualiti yang baik kerana majikan memerlukan pekerja yang
11

OUMH1103:LEARNING SKILLS FOR OPEN DISTANCE LEARNERS

2012

berdaya saing dan dapat memberi kelebihan pada syarikat. Proses temuduga peluang kepada majikan menilai potensi dan kelebihan yang boleh diperoleh daripada bakal pekerjanya. Dengan itu, bakal graduan perlu menggunakan peluang ini untuk menunjukkan potensi masing-masing. Selain berusaha mempromosikan diri kepada majikan, graduan perlu sedar dunia pekerjaan sebenar jauh berbeza dan bukan diperoleh secara terus menerusi sesi kuliah di tempat pengajian. (2998 patah perkataan)

5.0

BIBLIOGRAFI Alpern, M. (1997). Critical Workplace Competencies : Essential? Generic? Core? Employability? Nontechnical? Whats in a Name. Canadian Vocational Journal, 32 (4), 6-16.

Anon. (2002, 26 September 2002). SLG: lebih 80% daripada 10, 851 siswazah dapat kerja. Utusan Malaysia, p. 8.

Anon. (2005, 14 April 2004). Tabung pembangunan kemahiran diaktifkan. Utusan Malaysia, p. 14.

Anon. (2006, 24 January 2006). IPT berkualiti jika berjaya hidupkan budaya ilmu. Berita Harian.

Dr Mohd Yahya Mohamed Ariffin. (2010, 29 Julai 2007) Kemahiran insaniah tingkat kualiti pelajar. Berita Harian.

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. (2006). Modul pembangunan kemahiran insaniah (SOFT SKILLS) untuk Institusi Pengajian Tinggi Malaysia. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Smigiel, H. Dan Merrit, L. (1999). A New Approach to Communication Training In The Workplace. Journal of Vocational Education & Training. Vol 51. pg 629-640
12

Anda mungkin juga menyukai