Anda di halaman 1dari 5

1.

0  PENGENALAN

Kehidupan manusia di dunia ini adalah berdasarkan kepada etika yang diamalkan
dalam kehidupan mereka bagi menentukan kejayaan dalam hidup seseorang. Individu
yang beretika akan melahirkan masyarakat, bangsa dan negara yang beretika.
Masyarakat yang beretika adalah masyarakat yang berpegang teguh kepada falsafah
moral dan etika untuk menjamin kesejahteraan dan keharmonian negara. Penghayatan
kepada falsafah moral dan etika dan seterusnya mengamalkannya adalah penting
kerana kemajuan dari segi material semata-mata akan menyebabkan sesebuah
masyarakat dan negara itu pincang.

Selain etika yang diterapkan dalam diri individu, etika dalam bentuk kolektif juga
perlu diamalkan dalam sesebuah organisasi. Perkara ini bagi menjamin kelangsungan
sesebuah organisasi. Jika sesebuah organisasi mempunyai sekumpulan pekerja yang
mengamalkan etika profesional, maka tidak ada alasan untuk organisasi tersebut
memperoleh kejayaan dan seterusnya memberikan keuntungan bukan sahaja kepada
organisasi tersebut, malah kepada bangsa dan negara pada keseluruhannya.

Negara kita semestinya mempunyai rakyat yang mengamalkan etika dan budaya
yang positif dan unik yang membantu menaikkan industri perlancongan
negara. Menurut Pengurus Besar Sekretariat Tahun Melawat Malaysia 2014, Nor
Yahati Awang Sehingga September 2013 yang lalu, Malaysia menerima kedatangan
46 juta orang dan daripada jumlah berkenaan 23 juta orang adalah pelancong. Ia
menjadikan negara mencatatkan kemasukan 25,032,708 pelancong asing, berbanding
24,714,324 pelancong asing yang direkodkan pada tahun sebelumnya.
Kepentingan etika profesional juga dapat dilihat melalui aspirasi mantan Perdana
Menteri ke empat Tun Doktor Mahathir Mohamad dalam Wawasan 2020. Pada
cabaran yang ketujuh untuk membentuk sebuah masyarakat berbudi yang berbudaya
penyayang, sebuah sistem sosial yang lebih mementingkan masyarakat daripada diri
sendiri, dengan kebajikan rakyat tidak diasaskan kepada negara mahupun individu
tetapi pada sistem kekeluargaan yang mantap. Wawasan 2020 bertujuan
mentransformasikan Malaysia kepada sebuah negara maju berdasarkan acuannya
sendiri tanpa meniru negara-negara maju yang lain. Kemajuan yang dicita-citakan
ialah kemajuan yang sempurna mengikut acuan budaya tersendiri masyarakat kita dan
tidak hanya diukur daripada sudut pembangunan materialistik sahaja. Oleh itu, dalam
gagasan ini kerajaan bertekad untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang sempurna
berlandaskan kepada nilai-nilai moral dan etika yang tinggi.
2.0  DEFINISI

-ETIKA

Kajian berkenaan etika telah lama menjadi perbahasan ilmuan. Sebelum


melangkah kepada perbincangan yang lebih mendalam berkaitan etika, adalah lebih
baik untuk kita menyusuri definisi etika.

Menurut Kamus Dewan (Edisi Keempat) mendefinisikan etika sebagai prinsip


moral atau akhlak atau nilai-nilai akhlak yang menjadi pegangan seseorang individu
atau sesuatu kumpulan. White (1993) mendefinisikan etika sebagai salah satu cabang
falsafah yang berkaitan dengan kebaikan moral (virtue moral) dan menilai tindakan
manusia. Pendekatan secara peribadi kepada etika adalah menerusi kajian tingkah
laku tentang moraliti melalui rasional yang dilihat kepada kehidupan manusia.
Menurut Sahakian et.al. (1993), etika berasal daripada bahasa Greek kuno
iaitu ethos yang bermaksud “falsafah moral”. Etika merupakan salah satu cabang
utama falsafah yang merangkumi kelakuan betul dan kehidupan baik. Salah satu
aspek utama etika ialah kehidupan yang baik, iaitu kehidupan yang bernilai atau
memuaskan. Pencarian summum bonum atau “kebaikan yang terbaik” merupakan
salah satu isu utama dalam etika.

Kesimpulannya etika ialah prinsip-prinsip tingkah laku yang akan menentukan


tindakan yang diambil oleh seseorang individu itu boleh diterima daripada segi moral
atau sebaliknya. Setiap individu perlu mempunyai etika yang boleh diterima oleh
setiap anggota masyarakat di sekelilingnya. Individu yang tidak mempunyai etika
akan menyebabkan wujudnya konflik sosial seperti rasuah, pecah amanah, tidak
bertanggungjawab, cuai dalam tugas dan sebagainya.
-TANGGUNGJAWAB SOSIAL

Pada masa kini, isu tanggungjawab sosial dan etika sering menjadi bahan bualan
masyarakat. Tanggungjawab sosial sesebuah organisasi yang berorientasikan
perniagaan dan keuntungan (for-profit business organization) menjadi sasaran utama
pihak media massa dan masyarakat. Perkara ini berlaku kerana organisasi perniagaan
ini mengawal sebahagian besar sumber bahan mentah yang ada untuk mengeluarkan
produk dan perkhidmatan untuk masyarakat di persekitaran organisasi tersebut. Sama
ada organisasi ini bertanggungjawab atau tidak bertanggungjawab kepada
masyarakatnya, mereka tetap menjadi perhatian.

Adakalanya kita mempersoalkan sama ada organisasi ini telah melaksanakan


tanggungjawab mereka kepada masyarakat. Kadang-kala kita bertanya sejauh mana
peranan atau sumbangan mereka dan bagaimana mereka memperbaiki kualiti
perkhidmatan organisasi ini kepada masyarakat. Sekiranya kita merasakan bahawa
sesebuah organisasi itu tidak bertanggungjawab kepada masyarakat, kita ingin
mengetahui sebab dan langkah yang akan diambil bagi memperbaiki keadaan
tersebut.

Walau bagaimanapun, kita tidak seharusnya menilai perkara yang negatif sahaja,
tanggungjawab organisasi juga sering dilihat dari sudut positif. Contohnya sebuah
kilang kain di Malden, US, milik Aaron Feuerstein. Semasa berlaku kebakaran,
kilangnya telah musnah akibat kebakaran tersebut. Walau bagaimanapun, menyedari
tanggungjawab sosialnya terhadap pekerja-pekerja beliau, Aaron telah membayar gaji
kepada semua pekerjanya sehinggalah kilang tersebut siap dibina semula. Perbuatan
ini menjadikan Aaron seorang yang terkenal dengan seorang pengurus yang beretika
dan bertanggungjawab kepada masyarakatnya.
Sebaliknya, terdapat sesetengah pendapat yang menentang bahawa organisasi
mempunyai tanggungjawab sosial terhadap masyarakatnya. Mereka mengatakan
bahawa organisasi sememangnya mempunyai tanggunjawab sosial tetapi bukan
kepada masyarakat atau individu di dalam organisasi itu sendiri, sebaliknya
tanggungjawab sosial tersebut adalah terhadap pemegang-pemegang saham syarikat.
Kenapa? Hal ini terjadi disebabkan oleh kepentingan ekonomi yang menjadi
keutamaan. Organisasi perlu menjaga kepentingan sosial pemegang-pemegang saham
ini kerana mereka yang menentukan untung-rugi sesebuah organisasi tersebut.
Justeru, organisasi ini mempunyai tanggungjawab sosial kepada pemegang saham
mereka dan bukannya kepada masyarakat atau individu dalam organisasi itu sendiri.

Anda mungkin juga menyukai