Anda di halaman 1dari 9

 

O U M M 3 2 0 3 E t i k a P r o f e s i o n a l
Faktor-faktor yang Membentuk Etika Individu
 
1.0 PENGENALAN
 
Pada 28 Februari 1991, mantan Perdana Menteri Malaysia yang keempat iaitu Tun
Dr Mahathir Mohamed telah membentangkan satu kertas kerja bertajuk ”Malaysia –
 Melangkah
ke Hadapan” semasa pelancaran Majlis Perdagangan Malaysia.
 Kertaskerja tersebut mengandung satu gagasan pemikiran dan rangka kerja
mengenaimatlamat Malaysia menjadi sebuah negara maju pada tahun
2020. Gagasan
tersebut kemudiannya dikenali sebagai ”Wawasan 2020”.
 
Matlamat utama yang dicita-citakan dalam wawasan ini ialah pembentukansebuah
negara Malaysia yang benar-benar maju menjelang tahun 2020. Kemajuanyang
dimaksudkan bukan sahaja terhad kepada bidang ekonomi sahaja
malahmerangkumi politik, sosial, kerohanian, kejiwaan dan kebudayaan. Ini
bermaknaWawasan 2020 bertujuan mentransformasikan Malaysia kepada sebuah
negaramaju berdasarkan acuannya sendiri tanpa meniru cara dan corak negara-
negaramaju yang wujud sekarang. Kemajuan yang dicita-citakan ialah kemajuan
yangsempurna dan tidak hanya diukur daripada sudut pembangunan
materialistiksahaja. Oleh itu, dalam gagasan ini kerajaan bertekad untuk
mewujudkan sebuahmasyarakat yang sempurna berlandaskan kepada nilai-nilai
moral dan etika yangtinggi. Kehendak ini adalah bertepatan dengan cabaran ketujuh
yang terkandungdalam Wawasan 2020. Cabaran ketujuh tersebut
adalah membentuk sebuahmasyarakat berbudi yang berbudaya penyayang, sebuah
sistem sosial yang lebihmementingkan masyarakat daripada diri sendiri, dengan
kebajikan rakyat tidakdiasaskan kepada negara mahupun individu tetapi pada sistem
kekeluargaan yangkukuh lagi mantap.
 
Masyarakat yang sempurna seharusnya berpegang teguh kepada falsafahmoral dan
etika yang tinggi demi untuk kesejahteraan dan keharmonian
sesebuahnegara. Menghayati dan mengamalkan falsafah moral dan etika adalah
pentingkerana kemajuan daripada segi kebendaan sahaja akan menyebabkan
sesebuahmasyarakat dan negara itu pincang. Penghayatan dan amalan nilai-nilai
moral danetika oleh setiap anggota masyarakat akan menjadi penghalang dalaman
kepadamereka untuk tidak menyalahgunakan kemahiran atau kelebihan
yang dimiliki untukmengganggu hak orang lain.
2.0 Definisi
 
Pembentukan etika yang baik adalah bermula daripada diri seseorang individu
itusendiri. Seseorang itu perlu memiliki satu set panduan dan peraturan
yangberhubung kait dengan tingkah laku bagi mengawal dirinya dalam setiap
tindakanyang dilakukan. Dengan berasaskan etika yang ada maka konflik
terhadapkeinginan boleh diselesaikan dan seterusnya meningkatkan fungsi
sosial seseorang

 
individu. Secara umumnya etika merupakan teori yang berkaitan dengan
tindakan,hujah dan tujuan yang mengarah kepada makna sesuatu tindakan. Etika
tidakbersangkutan dengan fakta atau fizikal manusia tetapi merupakan satu disiplin
ilmuyang mengkaji tentang moral, prinsip moral, kaedah moral dan tindakan
sertakelakuan manusia yang betul.
 
Daripada sudut bahasa, etika atau
’ethics’ 
 
bermaksud sikap dan adat yangmenentukan tingkah laku sesuatu golongan. White
(1993) mendefinisikan etikasebagai salah satu cabang falsafah yang berkaitan
dengan kebaikan moral (
virtuemoral 
) dan menilai tindakan manusia. Falsafah etika adalah berbeza daripadaundang-
undang keagamaan dan budaya. Pendekatan secara peribadi kepada etikaadalah
menerusi kajian tingkah laku tentang moraliti melalui rasional yang dilihatkepada
kehidupan manusia. Menurut Sahakian et.al. (1993), etika berasal daripadabahasa
Greek kuno iaitu
ethos
yang bermaksud ”falsafah moral”.
 Etika merupakansalah satu cabang utama falsafah yang merangkumi kelakuan
betul dan kehidupanbaik. Liputan etika adalah lebih luas daripada menganalisis apa
yang betul dansalah.
Salah satu aspek utama etika ialah ”kehidupan baik”, iaitu kehidupan yang
bernilai atau memuaskan. Pencarian
summum bonum
atau ”kebaikan yang terbaik”
merupakan salah satu isu utama dalam etika. Tindakan yang betul akan
membuahkan kebaikan yang terbaik, manakala tindakan yang tidak bermoral akan
mengakibatkan hasil yang sebaliknya.
 
Etika boleh juga didefinisikan sebagai sains moral dan prinsip-prinsip moral,iaitu
sesuatu yang dipertanggungjawabkan untuk menentukan tindakan seseorangitu
sama ada baik ataupun buruk (Ahmad Khamis, 1999). Berdasarkan definisi
etikayang telah dibincangkan, etika berkaitan dengan konsep-konsep moral
sepertikebaikan, kejahatan, benar, salah, kewajipan, tanggungjawab, keadilan
dansebagainya. Oleh itu dapatlah disimpulkan bahawa etika ialah prinsip-
prinsiptingkah laku yang bertanggungjawab untuk menentukan tindakan yang
diambil olehseseorang individu itu boleh diterima daripada segi moral atau
sebaliknya. Setiapindividu perlu mempunyai etika yang boleh diterima oleh setiap
anggota masyarakatdi sekelilingnya. Individu yang tidak mempunyai etika yang
seimbang akanmembawa kepada konflik sosial seperti rasuah, pecah amanah,
tidakbertanggungjawab, cuai dalam tugas dan sebagainya.
 
2.1 Etika Profesional
 
Profesional boleh ditakrifkan sebagai keupayaan dan kecekapan
dalammelaksanakan sesuatu tanggungjawab berdasarkan ilmu, latihan
dankepakaran. Etika professional pula merujuk kepada etika dalam sesuatu
profesiondan bidang profesional. Menurut Mohd Janib Johari (2001), etika
profesionalmerupakan satu alat kawalan sosial terhadap golongan profesional
yangmembolehkan organisasi dan masyarakat mengawasi dan menilai tingkah
lakumereka dari semasa ke semasa. Secara ringkasnya, etika profesional
bolehdisimpulkan sebagai satu panduan dan tatacara yang menentukan kualiti
moral,profesional dan nilai.
 

 
 Dalam sesuatu profesion, etika profesional dijadikan sebagai panduan olehsetiap
kakitangan dalam melakukan tugasan yang mereka pikul. Etika tersebut
perludipatuhi untuk mengelakkan sebarang masalah atau konflik sosial seperti
jenayahketika menjalankan tanggungjawab. Kesimpulannya, etika profesional ialah
satugaris panduan yang bertujuan untuk meningkatkan tahap disiplin, kualiti
danproduktiviti seseorang kakitangan dalam sesebuah organisasi. Etika
profesionalmemberi penekanan terhadap semua aspek yang berkaitan dengan
peraturan,peradaban, peranan nilai serta tingkah laku profesion dalam
masyarakat. Prinsipetika ini perlu difahami dan diaplikasikan oleh setiap anggota
masyarakat dalam apa juga perkara yang dilakukan.
 
3.0 Faktor-faktor Mempengaruhi Etika Individu
 
Etika individu dipengaruhi oleh beberapa faktor. Faktor-faktor tersebut ialahkeluarga,
rakan, pengalaman hidup, nilai peribadi dan prinsip moral dan faktorkeadaan.
3.1 Pengaruh Keluarga
 
Secara umumnya, kanak-kanak akan meniru atau mencontohi perilaku dan etika
ibubapa mereka. Sekiranya ibu bapa beretika, maka kanak-kanak juga
akanberetika. Begitu juga jika berlaku sebaliknya.
 
3.2 Pengaruh Rakan
 
Faktor pengaruh rakan merupakan salah satu faktor yang paling berpengaruh
dalampembentukan etika seseorang individu. Untuk melihat keperibadian
seseorang, kitahanya perlu melihat keperibadian rakan mereka. Jika kita berkawan
denganseseorang yang beretika dan mempunyai keperibadian yang baik, maka kita
jugaakan turut mempunyai etika dan keperibadian yang baik. Begitu juga sebaliknya.
 
3.3 Pengalaman Hidup
 
Pengalaman hidup juga amat berpengaruh dalam membentuk
etikaindividu. Sekiranya sesuatu perbuatan yang tidak bermoral seperti mencuri
tidakmendapat teguran atau hukuman, maka perbuatan mencuri itu dianggap bukan
satukesalahan. Tetapi sekiranya seseorang itu dihukum kerana kesalahan
mencuri,maka dia akan mengetahui perbuatan tersebut adalah satu kesalahan.
 
3.4 Nilai Peribadi dan Prinsip Moral
 
Faktor ini dipengaruhi oleh kedudukan seseorang. Individu
yang mengutamakankedudukan pangkat dan kewangan akan bertindak berdasarkan
keuntungan tanpamengira implikasinya terhadap individu lain.
 
3.5 Faktor Situasi
 

 
 
 Apa yang paling utama ialah, undang-undang dapat dijadikan sebagaipanduan
untuk pilihan moral. Ini bermaksud seseorang individu di dalam
sesebuahmasyarakat
 
perlu merujuk kepada undang-undang apabila berhadapan dengandilema etika
sama ada di dalam atau di luar organisasi. Setiap individu yang tinggaldi dalam
negara Malaysia tertakluk di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88)yang
bertujuan untuk melindungi rahsia keselamatan negara. Akta ini bolehdijadikan
panduan untuk bertindak apabila berlaku situasi seperti berikut. Romeo,anak
seorang imigran daripada sebuah negara jiran kini bertugas sebagai anggotapolis di
sebuah daerah di pantai timur Sabah. Walaupun keluarga Romeo sudahlama
menetap di Malaysia, namun mereka masih mempunyai hubungan yang
rapatdengan ahli-ahli keluarga di negara asal mereka. Romeo menghadapi dilema
etikaapabila berlaku konflik di antara kerajaan dengan sebuah kumpulan militan di
negaraasal ayahnya.Sepupu kepada ayahnya, seorang jeneral dalam kumpulan
tersebut memintaRomeo untuk menyalurkan maklumat tentang rahsia dan kekuatan
pihak polis didaerah tersebut kepadanya. Romeo percaya maklumat tersebut akan
digunakanuntuk menyerang balai-balai polis di daerah tersebut. Sebelum mengambil
tindakanyang sesuai, Romeo terpaksa menimbangkan beberapa faktor seperti
talipersaudaraannya dengan jeneral tersebut, keselamatan keluarganya dan
jugakesetiaannya kepada negara. Sebagai anggota keselamatan, Romeo
merujukkepada undang-undang sebagai panduan kepadanya untuk
bertindak. Sekiranyadia bersetuju untuk menyampaikan maklumat tentang kekuatan
dan rahsia polistersebut kepada pihak musuh, kemungkinan besar Romeo akan
dianggap sebagaipengintip. Seksyen 3 iaitu pengintipan bagi maksud
yang mudarat kepadakeselamatan atau kepentingan Malaysia dalam Akta Rahsia
Rasmi 1972 (Akta 88)memperuntukan penjara seumur hidup kepada
pesalahnya. Atas nilai etika yangtinggi dalam diri dan kesetiaannya kepada negara,
akhirnya Romeo mengambilkeputusan bijak menolak permintaan jeneral
tersebut dengan tegas.
 
Walaupun Romeo telah menolak permintaan jeneral tersebut, dia masihpercaya
bahawa kumpulan militan tersebut pasti akan mengotakan hasrat merekauntuk
menyerang balai-balai polis di daerah tersebut dalam masa yang terdekat.Romeo
juga sebenarnya masih lagi menghadapi dilema etika, kerana berpandukankepada
Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88) dia masih lagi boleh dikenakan tindakanundang-
undang. Ini kerana mengikut Seksyen 7 (a) akta yang sama, dia masihboleh
dipenjara tidak kurang daripada satu tahun tetapi tidak lebih daripada limatahun atas
kesalahan tidak melaporkan kejadian bahawa terdapat individu yangmeminta rahsia
rasmi. Sebagai seorang anggota polis yang menjunjung tinggiundang-undang dan
rasa tanggungjawab untuk mengekalkan keselamatan dankeamanan, akhirnya dia
melaporkan perihal jeneral dan kumpulan militan tersebutkepada pegawai
atasannya.
 
Undang-undang juga boleh dijadikan panduan untuk bertindak apabilaberhadapan
dengan dilema etika di dalam jabatan-jabatan kerajaan. Contohnya,
 
seorang pembantu jurutera telah menemui bukti bahawa seorang jurutera awam
disebuah jabatan kerajaan telah menerima rasuah untuk memberikan kelulusan
sijillayak menduduki bangunan apartmen kos sederhana yang
telah siapdibina. Setelah membuat pemeriksaan, pembantu jurutera tersebut telah
mendapatibanyak spesifikasi yang tidak dipatuhi dan berkemungkinan menimbulkan
masalahkeselamatan pada masa akan datang. Dia ingin membuat aduan kepada
pihak-pihak berwajib mengenai perkara tersebut tetapi bimbang tindakannya itu
bolehmenjejaskan kerjaya dan keselamatan dirinya. Atas nasihat rakan-rakan serta
nilaietika yang tinggi, akhirnya dia melaporkan perkara tersebut kepada pihak
berwajibkerana yakin dia akan dilindungi oleh Akta Perlindungan Pemberi Maklumat
2010(Akta 711) yang dikuatkuasakan pada 15 Disember 2010. Akta yang baru
digubal inimemperuntukan perlindungan terhadap pemberi maklumat yang telah
mendedahkansesuatu kelakuan tidak wajar. Perlindungan yang diberikan
merangkumi,perlindungan maklumat sulit, kekebalan daripada tindakan sivil atau
jenayah yangcuba dikenakan terhadap pemberi makumat dan juga perlindungan
terhadaptindakan yang memudaratkan.
 
KESIMPULAN
 
Etika merupakan salah satu unsur yang penting dalam
kehidupanmanusia. Berdasarkan kepada perkara-perkara yang telah dibincangkan
sebelumini, ternyata etika membantu membentuk keharmonian, kesejahteraan,
kerukunandan kedamaian hidup. Daripada sudut individu, seseorang yang beretika
sentiasamenjaga perilaku dirinya agar tidak bertentangan dengan nilai dan
kehendak moralsesebuah masyarakat.
 
Individu yang beretika mempunyai kualiti emosi yang membantunyamembentuk
sifat-sifat sabar, pengasih, rasional, bertimbang rasa dansebagainya. Dari segi
mental pula, orang yang beretika mulia tidak gemarmemikirkan perkara-perkara
yang tidak berfaedah. Individu seperti ini akan sentiasamembuat pertimbangan
daripada sudut baik dan buruk sesuatu perkara sebelummengambil
sesuatu tindakan. Oleh itu, individu yang sentiasa mengamalkan etikayang baik
mempunyai sifat-sifat terpuji dan siasah diri yang unggul walau di manasahaja dia
berada kerana nilai etika telah membentuk falsafah hidup, gaya berfikirdan tindak-
tanduknya.Sesebuah kelompok manusia yang dipenuhi oleh individu-individu
yangmempunyai nilai etika yang tinggi, akan membentuk keluarga, organisasi
danmasyarakat yang lebih progresif, aman, damai dan harmonis. Negara
juga akanturut aman, damai, maju dan mempunyai imej yang tinggi di
peringkatantarabangsa. Selagi sesuatu bangsa itu dapat mengekalkan tahap amalan
etikayang tinggi, selama itulah bangsa itu akan terus maju dan
berkembang. Sejarahtelah membuktikan perkara ini di mana beberapa tamadun
agung yang pernahmengukir nama akhirnya tumpas dan lenyap seperti tamadun
Babylon di Iraq, Mesir,

 
Rome, Melaka dan banyak lagi hanya disebabkan oleh pemimpin dan
ahlimasyarakatnya sudah tidak bermoral dan beretika lagi.
 
2, 924 patah perkataan
 
RUJUKAN
 Ahmad Khamis. (1999).
Etika (Pendidikan Moral)
 
untuk Institusi Pengajian Tinggi 
.Selangor: Budiman Sdn Bhd.
 
Dr Ho Jo Ann & Dr Tee Keng Kok. (2011).
Professional Ethics
. Selangor DarulEhsan:OUM.
 
Mohd Jabib ohari. (2001).
Etika Profesional 
. Johor: Universiti Teknologi Malaysia.
 
Prof Dr Ansary Ahmed et. Al. (2007).
Pengenalan Pendidikan Moral 
. SelangorDarul
 
Ehsan: OUM
 
Rahmad Shukor. (2009).
Pendidikan Moral: Tahun 3
. Selangor DarulEhsan: OUM.
 
Sahakin et.al. (1993).
Ideas of the Great Philosophers
. Pg31. Barnes and NobleBooks.
 
White, T.I (1993
 ). Busines Ethics: A philosophical Readar 
. New York: MacMiller 
 
Pub. Co.
 
www. Agc.gov.my/Akta/vol.2/Akta 88.pdf (Diakses 7 Mac 2013)

Anda mungkin juga menyukai