Anda di halaman 1dari 11

National Innovation Competion Through Exhibition (iCompEx’15)

KAJIAN KOMPETENSI PENGURUSAN KEWANGAN PERIBADI DI KALANGAN


PELAJAR KOLEJ KOMUNITI KULIM

Norfitriah binti Zainul Abidin¹


Kolej Komuniti Kulim
(norfitriahzainulabidin@gmail.com)

Nurul Husna binti Mohammad Taib²


Kolej Komuniti Kulim
(nuyu_usna@yahoo.com)

ABSTRAK
Kompetensi merujuk Kamus Dewan bermaksud kecekapan manakala kewangan bermaksud perihal wang. Secara
mudahnya, kompentensi pengurusan kewangan di kalangan belia perlu diterapkan bagi membantu mereka
menguruskan atau mengendalikan kewangan mereka setelah berupaya berdikari dengan pendapatan sendiri. Kajian
menggunakan kaedah kuantitatif iaitu soal selidik.Seramai 75 orang pelajar Kolej Komuniti Kulim diambil sebagai
responden. Konstruk bagi pembentukan item soal selidik meliputi empat dimensi yang menilai kompetensi
pengurusan kewangan peribadi di kalangan pelajar Kolej Komuniti Kulim. Dimensi-dimensi itu meliputi (i) latar
belakang responden (8 item), (ii) tahap kompetensi pengurusan kewangan (13 soalan pilihan), (iii) mengenalpasti
cabaran yang dihadapi pelajar mengurus perbelanjaan (12 item), (iv) mengetahui langkah-langkah yang perlu
diambil pelajar dalam pengurusan kewangan yang cekap (9 item). Data-data yang diperolehi dianalisis
menggunakan Statistik deskriptif melalui Program Statistical Package for the Sosial Science (SPSS) Versi 18.0.
Nilai kebolehpercayaan soal selidik ialah α = 0.787. Dapatan kajian yang diperolehi menunjukkan tahap
kompetensi pengurusan kewangan pelajar masih di bawah tahap sederhana iaitu pada nilai min 3.23 dan perlu
ditingkatkan. Dapatan kajian kepelbagaian cabaran dalam perbelanjaan menyebabkan pengurusan kewangan
responden tidak terkawal dan berada pada tahap sederhana rendah dengan min berjumlah 2.35. Di akhir kajian,
penyelidik mengemukakan cadangan kepada beberapa pihak dalam memberi pendedahan dan pendidikan mengenai
pengurusan kewangan yang berkesan dalam kalangan pelajar. Kajian lanjutan juga turut dicadangkan untuk
penyelidikan pada masa akan datang.

KATA KUNCI: Kompetensi, pengurusan kewangan

1.0 PENGENALAN

Wang merupakan satu aset yang memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian terutamanya apabila dalam
keadaan ekonomi yang tidak menentu. Ini adalah kerana di mana sahaja kita berada, wang sentiasa diperlukan. Ada
pepatah mengatakan wang bukan segala-galanya namun dalam realiti kehidupan sekarang hampir segala urusan
kehidupan memerlukan wang. Oleh kerana wang penting dalam kehidupan maka ia perlu diurus dengan baik bagi
meningkatkan kualiti hidup.
Menjadi seorang pelajar sudah tentunya bukan tugas yang mudah. Selain daripada mengulang kaji pelajaran
serta menyiapkan tugasan, mereka juga perlu menguruskan wang dengan baik supaya dapat meneruskan kehidupan
tanpa gangguan. Sekiranya pelajar tidak mampu menguruskan kewangan mereka, ianya boleh menjejaskan tumpuan
seterusnya memberi kesan ke atas pembelajaran mereka. Sebaliknya, jika bijak menguruskan kewangan, maka para
pelajar akan kurang menghadapi masalah kewangan di sepanjang pengajian dan tentunya tidak mengganggu proses
pembelajaran.
Perancangan kewangan adalah segala yang berkaitan dengan mengurus kedudukan ekonomi atau kewangan
seseorang individu dengan mengambil kira perkara-perkara yang ingin/perlu dilakukan. Sebagai contoh, seorang
pelajar perlu merancang perbelanjaan seperti bayaran yuran pengajian, belian buku rujukan, makan dan minum, sewa
bilik/yuran asrama, membeli motorsikal atau merancang membeli telefon pintar. Begitu juga bagi individu yang telah
bekerja iaitu perlu merancang untuk membeli aset seperti kereta atau rumah, membayar semula pinjaman pendidikan
dan merancang untuk berkahwin atau memiliki anak. Melalui perancangan kewangan, seseorang individu dapat
mengenal pasti cara-cara membuat belanjawan, menabung dan membelanjakan wang dalam suatu tempoh masa yang
tertentu.
National Innovation Competion Through Exhibition (iCompEx’15)

Semasa membuat perancangan kewangan setiap individu perlu membezakan diantara keperluan dan
keinginan. Keperluan diertikan sebagai suatu perkara asas yang mesti diperoleh, dimiliki dan digunakan dalam
kehidupan seseorang seperti pakaian, makanan dan tempat tinggal manakala kehendak pula merupakan keinginan
seseorang terhadap sesuatu yang lebih baik daripada keperluan asas seperti menjamu selera di restoran eksklusif,
membeli pakaian berjenama dan keinginan memiliki kereta mewah (Ismail Ab.Wahab et.al., 2008). Setiap masalah
akan menjadi mudah dalam mengurus wang sekiranya kita berjaya membezakan keinginan dan keperluan dalam
melaksanakan tuntutan perbelanjaan harian kita. Begitu juga dalam situasi sebagai pelajar. Mereka juga tidak
terkecuali untuk bijak dapat membezakan antara keperluan dan kehendak dalam menguruskan kewangan peribadi.
Kebimbangan timbul apabila graduan yang mulai bekerja dan memperolehi pendapatan berhadapan dengan
pelbagai godaan untuk memiliki harta benda sedangkan pengetahuan kewangan yang dimiliki sangat cetek. Gaya
hidup di luar kemampuan sering menjadi cabaran utama masalah kewangan yang semakin meruncing sehingga
memaksa sebahagian darinya meningkatkan jumlah hutang. Hal ini membawa kepada bebanan hutang pada usia
muda akibat berbelanja secara berlebihan berbanding pendapatan yang diperolehi. Akibatnya ramai belia walaupun
bergelar graduan boleh diisytihar bankrap sekiranya tidak mampu menanggung hutang.
Amalan dan pengetahuan pengurusan kewangan peribadi semasa bergelar pelajar kebiasannya akan menjadi
amalan semasa memperolehi pendapatan apabila bekerja. Sekiranya pelajar mampu menguruskan sumber kewangan
dengan baik maka tidak mustahil mereka mampu menguruskan sumber kewangan apabila bekerja. Sebaliknya jika
pelajar gagal dalam menghadapi cabaran mengurus perbelanjaan menggunakan sumber kewangan yang diperolehi
maka terdapat kemungkinan bahawa mereka juga akan menghadapi masalah dalam menguruskan kewangan apabila
bekerja. Justeru kami terpanggil untuk menguji kompentensi pengurusan kewangan peribadi kalangan pelajar kolej
komuniti.

1.1 Pernyataan Masalah

Penubuhan Kolej Komuniti Kementerian Pendidikan Malaysia adalah bermatlamat menjadi institusi yang
menyediakan keperluan latihan dan kemahiran pada semua peringkat dengan memberi peluang pendidikan kepada
lepasan menengah sebelum ke pasaran tenaga kerja atau melanjutkan pendidikan ke peringkat lebih tinggi. Laporan
Pengesanan Graduan Kementerian Pendidikan Malaysia bagi tahun 2013 menunjukkan seramai 5,727 graduan
peringkat sijil di kolej komuniti telah bergraduat. Sebanyak 91 peratus dikenalpasti telah bekerja. Manakala Laporan
Pengesanan Graduan Kolej Komuniti Kulim menunjukkan hampir 60 peratus graduan telah bekerja. Ini
menunjukkan majoriti pelajar menjadikan program pengajian yang diikuti di Kolej Komuniti Kulim sebagai institusi
pengajian yang terakhir sebelum menjejaki alam pekerjaan. Sepanjang tempoh pengajian, para pelajar dilihat tiada
kurikulum yang memberikan pendedahan mengenai pengurusan kewangan peribadi.
Dalam satu laporan dan statistik dikeluarkan Jabatan Insolvensi Malaysia, hampir 45,000 individu yang
berumur di bawah 35 tahun di negara ini diisytiharkan muflis sejak tiga tahun lalu. Daripada jumlah itu, secara
purata 41 individu muflis setiap hari akibat kegagalan menjelaskan bebanan bayaran kad kredit, yuran perubatan,
sewa beli dan hutang along. Tahap pengetahuan rendah mengenai pengurusan kewangan menjadi salah satu punca
kepada kemelut bebanan hutang golongan ini. Kajian Pusat Penyelidikan dan Sumber Pengguna (CRRC)
membuktikan 47 peratus daripada mereka dibebani hutang serius dan pemerhatian lanjut mengenai perilaku dan
tabiat kewangan golongan pekerja muda, 37 peratus daripada kelompok ini mengakui mereka berbelanja melebihi
gaji bulanan (Metro, 26 Februari 2014). Merujuk laporan ini, sememangnya pengetahuan pengurusan kewangan
penting kepada setiap individu. Namun, sejauh mana kompetensi pelajar kolej komuniti mengurus kewangan
peribadi semasa bergelar pelajar dan bakal mengurus pendapatan melalui pekerjaan apabila bekerja. Adakah mereka
juga bakal berhadapan situasi di atas?
Sehubungan itu kajian ini dijalankan bagi melihat sejauh manakah kompetensi pelajar dalam menguruskan
kewangan peribadi? Apakah cabaran yang dihadapi oleh pelajar ketika berbelanja dan bagaimana cara-cara mereka
boleh lakukan dalam menghadapi cabaran pengurusan kewangan yang cekap?

1.2 Objektif Kajian

1.2.1 Mengkaji tahap kompetensi pengurusan kewangan peribadi di kalangan pelajar Kolej Komuniti Kulim
1.2.2 Mengenalpasti cabaran yang dihadapi pelajar Kolej Komuniti Kulim dalam mengurus perbelanjaan
1.2.3 Mengenalpasti langkah-langkah yang perlu diambil oleh pelajar dalam pengurusan kewangan peribadi yang
cekap dan berkesan.
National Innovation Competion Through Exhibition (iCompEx’15)

1.3 Persoalan Kajian

1.3.1 Bagaimanakah tahap kompetensi pengurusan kewangan peribadi pelajar Kolej Komuniti Kulim?
1.3.2 Apakah cabaran yang dihadapi oleh pelajar Kolej Komuniti Kulim dalam menguruskan kewangan?
1.3.3 Apakah langkah-langkah yang perlu diambil oleh pelajar dalam pengurusan kewangan yang cekap dan
berkesan?

1.4 Kepentingan Kajian

1.4.1 Pelajar
Hasil kajian ini penting untuk pelajar supaya mengetahui pengurusan kewangan yang bijak. Sebagai pelajar, mereka
perlu memahami teknik pengurusan kewangan yang cekap dan sistematik supaya tidak mengalami krisis kewangan.
Perkara ini penting supaya pelajar mengambil langkah bersesuaian dengan situasi dan permasalahan yang dihadapi
dalam menjalani kehidupan semasa bergelar pelajar. Malah kajian ini juga bermanfaat kepada pelajar iaitu sebagai
persediaan mereka dalam menghadapi alam pekerjaan yang mana pastinya pengurusan kewangan lebih mencabar
dengan persekitaran yang lebih kompetitif.

1.4.2 Institusi
Penyelidik berharap dapatan kajian yang diperolehi akan menjadi input kepada kolej-kolej komuniti amnya dan
Kolej Komuniti Kulim khasnya dalam menyediakan latihan dan kemahiran yang komprehensif bukan sahaja
berkaitan bidang pengajian malah pengetahuan perakaunan. Ianya yang penting untuk dibekal dan diaplikasikan iaitu
pendedahan mengenai pengurusan kewangan peribadi.

1.5 Batasan Kajian

Kajian ini hanya dijalankan di Kolej Komuniti Kulim tanpa melibatkan mana-mana kolej komuniti yang lain.
Responden kajian adalah terdiri daripada pelajar Sijil Akauntansi dan Sijil Multimedia Pengiklanan yang berada
dalam semester 2 dan semester 3 Sesi November 2014. Jumlah responden adalah seramai 75 orang.

2.0 SOROTAN KAJIAN DAN PEMBINAAN HIPOTESIS

Kajian oleh Ratna Khuzaimah Mohamad (2010) yang melihat ke dalam jantina dan perbandingan sektor kerja dalam
perancangan kewangan peribadi disebabkan oleh hakikat bahawa dengan mempunyai perancangan kewangan
peribadi, ia boleh membantu untuk mengurangkan masalah kewangan. Kajian ini meneliti sama ada terdapat
perbezaan antara jantina dan sektor bekerja dengan mengambil kira celik kewangan, sikap untuk perancangan
kewangan peribadi, dan kekerapan dalam menguruskan kewangan peribadi. Bagi tujuan kajian ini, lima item telah
dimasukkan di bawah perancangan kewangan peribadi, pengurusan simpanan, perancangan pengurusan kredit,
perancangan pelaburan, perancangan insurans dan persaraan. Hasil kajian menunjukkan kekerapan menguruskan
perancangan kewangan peribadi memberikan perbezaan yang signifikan antara jantina lelaki dan wanita, tetapi tiada
perbezaan yang signifikan di antara sektor awam dan swasta.
Celik kewangan boleh ditakrifkan sebagai satu cara untuk memberi pengetahuan mengenai pengurusan
wang dan membuat keputusan kewangan yang kukuh (Hogarth, 2002). Dalam Sates Kingdom, firma pelaburan,
perancang kewangan dan kerajaan telah menyatakan minat yang semakin meningkat dalam meningkatkan celik
pengguna di kawasan pendapatan kerana sebab-sebab yang celik kewangan membawa kepada pengurusan kewangan
yang lebih baik. Menurut penyelidikan sebelumnya, celik kewangan didapati adalah penting dan perlu dirancang
dengan betul. Tanpa celik mengenai perancangan kewangan orang cenderung mempunyai lebih banyak masalah
dengan hutang (Lusardi and Tufano, 2009). Berdasarkan penyelidikan sebelumnya, wanita umumnya menunjukkan
pengetahuan kewangan yang kurang, mempunyai masalah kewangan yang lebih, dan kurang yakin tentang keadaan
kewangan mereka (Hira and Mugenda, 2000; Negara Endowmen bagi pendidikan kewangan, 2000).
Menurut kajian yang dijalankan oleh Chen dan Volpe (2002) dalam menentukan pengetahuan umum
kewangan peribadi, simpanan dan pinjaman, insurans dan pelaburan dengan 924 jawapan yang boleh digunakan,
keputusan mereka menyokong penemuan sebelum ini bahawa terdapat perbezaan jantina dalam celik kewangan.
Wanita kurang berpengetahuan daripada lelaki dalam semua bidang celik kewangan diperiksa. Mereka juga
mendapati bahawa untuk kedua-dua lelaki dan wanita, pendidikan akan meningkatkan celik kewangan. Satu kajian
ke atas kesejahteraan kewangan 1841 lelaki yang lebih tua dan wanita (berusia lebih 55 tahun) di Semenanjung
Malaysia diukur celik kewangan sebagai salah satu pembolehubah (Jariah, Aizan dan Laily, 2010) Keputusan
National Innovation Competion Through Exhibition (iCompEx’15)

menunjukkan bahawa terdapat perbezaan antara lelaki dan perempuan responden. Responden perempuan dilaporkan
mempunyai skor min yang tinggi daripada responden lelaki dalam celik kewangan.
Penyelidikan yang dilakukan oleh Lai dan Tan (2009) bahawa soal selidik yang digunakan kajian ke atas
sampel rawak daripada 400 orang awam Malaysia, menunjukkan bahawa responden menunjukkan sikap yang positif
terhadap wang sebagai faktor bajet untuk berbelanja dan bajet bijak. Kajian ke atas rakyat Malaysia menunjukkan
perbezaan dalam sikap antara jantina. Lebih ramai lelaki (61%) memilih "sangat setuju" bahawa kewangan peribadi
adalah penting berbanding dengan wanita yang hanya 55% yang sangat setuju (Chen dan Volpe, 2002). Dalam kajian
mereka, Lai dan Tan (2009) mendapati bahawa rakyat Malaysia mempunyai sikap yang negatif kepada perancangan
persaraan. Selain perbandingan jantina, Lai dan Tan (2009) mendapati bahawa responden Cina bajet wang lebih
positif apabila dibandingkan dengan responden Melayu dan India.

3.0 METODOLOGI KAJIAN

1.1 Rekabentuk kajian


Kajian menggunakan kaedah kuantitatif iaitu soal selidik. Konstruk bagi pembentukan item soal selidik meliputi
empat dimensi yang menilai kompetensi pengurusan kewangan peribadi di kalangan pelajar Kolej Komuniti Kulim.
Dimensi-dimensi itu meliputi (i) latar belakang responden (8 item), (ii) tahap kompetensi pengurusan kewangan (13
soalan pilihan), (iii) menegnalpasti cabaran yang dihadapi pelajar mengurus perbelanjaan (12 item), (iv) mengetahui
langkah-langkah yang perlu diambil pelajar dalam pengurusan kewangan yang cekap (9 item). Item soal selidik bagi
semua dimensi diadaptasi dari soal selidik Kompetensi Pengurusan Kewangan Dalam Kalanagn Masiswa (Dr Hussin
Bin Salamaon). Data-data yang diperolehi dianalisis menggunakan Statistik deskriptif melalui Program Statistical
Package for the Sosial Science (SPSS) Versi 18.0.

1.2 Populasi dan sampel


Menurut Mohamad Najib Abdul Ghafar (1999), populasi merupakan semua ahli dalam kelompok iaitu keseluruhan
subjek yang dikaji. Oleh itu, bagi menggambarkan gambaran sebenar populasi dikaji, perwakilan yang menyeluruh
diperlukan dalam kajian ini sebagai sampel. Manakala sampel pula adalah sebahagian daripada populasi yang
diambil sebagai responden dalam sesuatu kajian. Sampel boleh diambil secara rawak mahupun diambil secara
bertujuan (purposive sampling). Di dalam kajian ini, sampelnya terdiri daripada pelajar semester 2 dan 3 yang
mengikuti kursus Sijil Akauntansi dan Sijil Multimedia Pengiklanan di Kolej Komuniti Kulim. Jumlah keseluruhan
responden dalam seramai 75 orang.

4.0 ANALISIS DAN KEPUTUSAN

4.1 Analisis Data


Soal selidik yang dikumpulkan, dianalisis dengan menggunakan perisian window “Statistical Package for the Social
Sciences for Windows vesion 18.0 (SPSS Windows 18.0)” bagi mendapatkan data yang tepat. Dapatan analisis
dipaparkan dalam bentuk jadual yang menunjukkan kekerapan, peratusan dan juga min. Nilai skor min dikelaskan
kepada tiga tahap iaitu:

Jadual 4.1
Nilai Skor Min Tahap
3.67 hingga 5.00 Tinggi
2.34 hingga 3.66 Sederhana
1.00 hingga 2.33 Rendah
Sumber: (Richard I. Levin and David S. Rubin, 2000)

4.2 Dapatan Kajian


Bagi menjelaskan dapatan keseluruhan item, penyelidik menyediakan analisis keseluruhan dapatan yang telah
diperolehi melalui soal selidik yang telah dilakukan terhadap semua responden dan nilai min masing-masing. Hasil
keseluruhannya adalah seperti berikut:
National Innovation Competion Through Exhibition (iCompEx’15)

4.2.1 Demografi Responden

Ciri Kekerapan Peratus


Jantina
Lelaki 27 36.0
Perempuan 48 64.0
Umur
18 - 20 tahun 61 81.3
21 - 23 tahun 9 12.0
24 tahun ke atas 5 6.7
Bangsa
Melayu 54 72.0
India 21 28.0
Bilangan adik-beradik
1-3 orang 27 36.0
4-6 orang 38 50.7
7 dan ke atas 10 13.3
Kedudukan dalam adik-beradik
Sulung 23 30.7
Pertengahan 31 41.3
Bongsu 21 28.0
Bidang pengajian akademik
SAK 41 54.7
SMP 34 45.3
Tempat kediaman
Bandar 41 54.7
Pinggir bandar 13 17.3
Kampung 21 28.0
Sumber kewangan
Biasiswa 48 64.0
Pinjaman 9 12.0
Ibu bapa/sendiri 18 24.0
Jadual 1: Demografi Responden
National Innovation Competion Through Exhibition (iCompEx’15)

4.2.2 Mengenalpasti Tahap Kompetensi Pengurusan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti

Tahap Kompetensi Pengurusan Kewangan Pelajar

Saya memperuntukkan sejumlah wang yang diterima untuk simpanan kecemasan dan jangka masa panjang. 3.37

Saya sentiasa mengutamakan perkara yang penting dalam berbelanja. 3.39

Saya sentiasa menyenaraikan perbelanjaan yang dibuat dan selalu menyemak kembali untuk memperbaiki tahap pengurusan kewangan saya. 2.88

Sebagai seorang pelajar, saya perlu melatih diri untuk menguruskan kewangan dengan cekap dan sistematik 3.67

Pinjaman yang diperolehi setiap semester mencukupi jika saya bijak menguruskannya 3.17

Saya selalu boros berbelanja ketika wang pinjaman/biasiswa pelajaran baru diperolehi dan hanya berjimat setelah wang tersebut semakin berkurang 2.41

Saya membuat perancangan yang sistematik untuk mengurus wang pada setiap semester. 3.12

Saya pernah merancang perbelanjaan harian saya. 3.31

Saya akan hadapi banyak masalah jika tidak menguruskan kewangan dengan baik 3.59

Saya tahu kaedah yang betul untuk urus kewangan 3.05

Saya sedar mengenai kepentingan mempunyai pengetahuan yang jelas tentang cara menguruskan kewangan 3.51

Saya sangat mengambil berat tentang pengurusan kewangan 3.43

Saya dapat menguruskan kewangan saya dengan baik 3.05

Jadual 1: Mengenalpasti Tahap Kompetensi Pengurusan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti


National Innovation Competion Through Exhibition (iCompEx’15)

Berdasarkan jadual 1, terdapat 13 item yang telah digunakan untuk mengkaji tahap kompetensi pengurusan
kewangan pelajar Kolej Komuniti Kulim. Nilai min keseluruhan bagi objektif pertama ini ialah 3.23. Ini
menunjukkan nilai min keseluruhan berada pada tahap sederhana. Daripada dapatan kajian objektif pertama ini, nilai
min yang tertinggi ialah 3.67 iaitu pada item 10 yang membincangkan mengenai sebagai seorang pelajar, pelajar
perlu melatih diri untuk menguruskan kewangan dengan cekap dan sistematik. Manakala nilai min yang paling
rendah pula adalah terhadap item 8 dengan min 2.41. Melalui item ini, kebanyakan responden memberikan respon
mereka sentiasa mengamalkan sifat berjimat cermat dalam berbelanja. Item 8 ini berada pada tahap sederhana dalam
objektif pertama. Menurut kajian daripada (Bank Negara Malaysia, 2000) pengurusan kewangan pelajar ke arah
mernbentuk pengurusan kewangan yang bijak di kalangan golongan muda, dapatan kajian kompetensi pengurusan
peribadi pelajar ini merupakan satu langkah ke arah pembentukan pelajar yang yang bijak dalam keperluan
pengurusan kewangan.

4.2.3 Mengenalpasti Cabaran Yang Di Hadapi Pelajar Kolej Komuniti Kulim Dalam Mengurus Perbelanjaan
National Innovation Competion Through Exhibition (iCompEx’15)

Mengenalpasti Cabaran yang Dihadapi Pelajar Kolej Komuniti Mengurus Perbelanjaan

Saya banyak membelanjakan wang saya untuk menambah nilai telefon bimbit saya melebihi peruntukan yang dirancang. 2.08

Saya banyak membelanjakan wang untuk mengisi minyak dan menyelenggara kenderaan saya. 2.39

Saya sentiasa membeli pakaian dan barang-barang perhiasan untuk kelihatan cantik dan bergaya. 1.84

Saya berbelanja lebih untuk makan. 2.63

Wang perbelanjaan yang diterima tidak cukup untuk tampung perbelanjaan saya selama satu semester. 2.63

Saya sering keluar bersama rakan di hujung minggu untuk tujuan hiburan, menonton wayang dan bersiar-siar. 2.05

Saya amat mementingkan jenama dalam membeli sesuatu keperluan. 2.09

Saya gemar membeli barangan yang berjenama dan berkualiti walaupun tinggi harganya. 2.12

Semasa membeli-belah, saya selalu membeli barangan yang tidak termasuk dalam senarai pembelian saya kerana tertarik kepada tawaran istimewa atau jenamanya. 2.33

Saya sering berbelanja melebihi daripada apa yang saya rancang. 2.45

Saya terdorong membeli apa sahaja yang saya suka. 2.24

Saya menghabiskan sebahagian besar wang untuk keperluan harian. 2.84


National Innovation Competion Through Exhibition (iCompEx’15)

Jadual 2: Cabaran Yang Di Hadapi Pelajar Kolej Komuniti Kulim Dalam Mengurus Perbelanjaan

Jadual di atas menunjukkan 12 item soalan daripada objektif kedua yang mana untuk mengenalpasti cabaran yang di
hadapi pelajar Kolej Komuniti Kulim dalam mengurus perbelanjaan. Purata min keseluruhan bagi item-item ini
adalah 2.35 iaitu berada pada tahap sederhana . Nilai min tertinggi bagi objektif kedua ini adalah 2.84 iaitu pada item
14. Berdasar kepada hasil dapatan ini, responden mengakui bahawa mereka menghabiskan sebahagian besar wang
untuk keperluan harian. Manakala nilai min yang terendah dalam objektif kedua ini pula adalah pada item 23 yang
mana nilai min terkumpul adalah 1.84. Responden menyatakan kurang setuju bahawa mereka sentiasa membeli
pakaian dan barang-barang perhiasan untuk kelihatan cantik dan bergaya. Hasil dapatan ini, menunjukkan pelajar
masih keliru dalam mengenalpasti keperluan perbelanjaan utama sebagai seorang pelajar. Merujuk kepada (Amy
Dacyczyn, 2001), keperluan adalah item-item yang diperlukan untuk kehidupan keluarga seperti perlindungan,
makanan, pakaian, dan pengangkutan. Setiap individu memang ingin menjadi seorang pembeli yang bijak, tetapi
hanya segelintir sahaja yang berjaya mencapai matlamat tersebut. Ini disebabkan kebanyakan item yang dibeli tidak
menggambarkan keperluan hidup harian individu tersebut. Masalah yang timbul sebenarnya berpunca daripada
kekeliruan dalarn pengenalpastian antara barang-barang yang diperlukan dan barang-barang yang diingini. Masalah
akan menjadi ringan dan kita berupaya menjirnatkan arnaun wang yang banyak sekiranya berjaya rnembezakan
keinginan daripada keperluan. Ini rnenunjukkan keperluan adalah senang untuk dikenalpasti.

4.2.4 Mengetahui Langkah-Langkah yang Perlu Diambil Pelajar Dalam Pengurusan Kewangan yang Cekap
Dan Berkesan
National Innovation Competion Through Exhibition (iCompEx’15)

Mengetahui Langkah-langkah yang Perlu Diambil Pelajar Dalam Pengurusan


Kewangan Peribadi

Saya berpendapat pelajar perlu sentiasa merancang perjalanan mengikut jadual dan keperluan sahaja. 3.37

Saya berpendapat tanpa pengurusan yang sistematik saya tidak akan dapat mengawal keinginan saya untuk berbelanja. 3.44

Saya rasa berjimat-cermat dapat mengawal pengaliran keluar wang tanpa tujuan. 3.53

Amalan berjimat cermat mampu menguruskan kewangan dengan lebih sistematik dan mengelak pembaziran. 3.63

Saya berpendapat melakukan kerja sambilan boleh menambahkan sumber kewangan sekiranya pelajar mampu untuk membahagikan masa kerja dengan masa belajar. 3.31

Saya rasa membeli barangan akademik perlu diutamakan berbanding untuk perkara lain dalam perbelanjaan. 3.43

Saya rasa berhutang bukanlah satu jalan yang baik untuk menyelesaikan masalah dalam kewangan. 3.41

Saya berpendapat dengan mencatat aliran keluar wang pada setiap hari adalah satu langkah yang bijak untuk cekap berbelanja supaya dapat membantu pelajar mengawal segala pengeluaran wang di ATM. 3.24

Saya tahu banyak langkah yang boleh diambil pelajar bagi menguruskan kewangan yang baik. 3.31

Jadual 3: Langkah-langkah yang perlu di ambil oleh pelajar dalam pengurusan kewangan peribadi

Berdasarkan kepada jadual 3, terdapat 9 item soalan yang telah digunakan bagi mengetahui langkah-langkah yang
perlu diambil pelajar dalam pengurusan kewangan yang cekap dan berkesan. Analisis kesemua 10 item ini
menunjukkan jumlah min keseluruhan berada pada tahap yang sederhana dengan nilai min yang diperolehi 3.41.
Nilai min yang tertinggi dalam bahagian untuk objektif ketiga ini adalah 3.63 iaitu pada item 31. Kajian mendapati
responden (83%) bersetuju bahawa amalan berjimat cermat dapat mengawal pengaliran keluar wang tanpa tujuan.
Hasil analisis mendapati nilai min yang berada pada kedudukan paling rendah daripada 9 item di atas adalah 3.24
iaitu pada item 27. Mereka bersetuju dengan pernyataan mencatat aliran keluar wang pada setiap hari adalah satu
langkah yang bijak bagi mengawal pengeluaran wang di ATM. Mengikut Barjoyai Bardai, Mohd Fairuz
Salleh (1996), dengan mempunyai satu belanjawan kita akan tahu di mana wang disalurkan dan
boleh mnengurangkan perbelanjaan yang tidak penting, tetapi hasil kajian ini mendapati
kesedaran pelajar masih lagi berada pada tahap sederhana dalam dan kurang memahami
langkah yang sebaiknya dalam pengurusan kewangan.

5.0 RUMUSAN

Secara keseluruhan kajian ini dapat dirumuskan bahawa responden mengetahui tentang pengurusan kewangan
peribadi yang baik dan mengakui ianya penting sebagai asas ilmu dalam kehidupan seharian. Responden juga
menyedari akibat sekiranya tidak mengamalkan pengurusan kewangan yang bijak, namun rata-rata responden masih
berada di tahap sederhana. Rentetan dari tidak memiliki tahap kompetensi yang teguh, responden-responden sukar
menghadapi cabaran dalam menguruskan perbelanjaan. Mereka didapati kurang mengamalkan pengurusan
kewangan yang cekap dan sistematik. Ini dapat dilihat apabila kebanyakannya masih gagal membezakan di antara
keperluan dan kehendak dalam membuat sesuatu perbelanjaan.
National Innovation Competion Through Exhibition (iCompEx’15)

Walaupun terdapat responden yang menyedari akan kepentingan pengurusan kewangan dan mengakui bahawa
terdapat banyak langkah yang boleh diamalkan untuk mencapai pengurusan kewangan yang berkesan. Namun, kajian
mendapati mereka masih kurang mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian.

6.0 CADANGAN

6.1 Pelajar
Penyelidik mencadangkan supaya para pelajar mengambil langkah yang bijak dalam menguruskan kewangan
dengan sentiasa berusaha meningkatkan pengetahuan dalam pengurusan kewangan yang cekap dan berhemah.
Pelajar juga perlu prihatin dan mengambil berat mengenai pengurusan kewangan peribadi serta sentiasa mengambil
berat terhadap implikasi pengurusan kewangan yang lemah.

6.2 Institusi
Cadangan terpenting adalah percambahan pemikiran serta ilmu kewangan perlu diterap sewaktu pelajar beradadi
kolej komuniti melalui kolaborasi dengan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) supaya pengurusan
kewangan dan perbelanjaan yang matang dapat diaplikasikan. Manfaat ilmu ini bukan sahaja untuk pengurusan
sumber kewangan semasa belajar malah adalah lebih penting sebagai bekalan apabila menempuh alam pekerjaan
yang sangat mencabar dan perlu berhadapan dengan persekitaran yang kompetetif. Pendedahan perlu diberikan
kepada setiap pelajar tanpa mengambil kira bidang pengajian yang diikuti.

7.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya pengurusan kewangan merupakan salah satu aspek penting yang perlu dikuasai oleh setiap
pelajar dalam menguruskan sumber kewangan dan perbelanjaan harian. Tanpa pengurusan yang sistematik, pelbagai
masalah akan timbul. Kesedaran dalam pengurusan kewangan perlu dipupuk dan sentiasa dipertingkatkan dalam diri
setiap pelajar. Apabila timbul kesedaran, maka dengan sendirinya para pelajar mampu memperbaiki kesilapan dan
kelemahan dalam diri. Pelajar juga akan lebih bersedia untuk dibimbing dan bagi mempertingkatkan prestasi
kewangan peribadi ke arah lebih sistematik serta membuat perbelanjaan yang berhemah.
Penyelidik mencadangkan kajian sebegini amat perlu diperluaskan ke kolej-kolej komuniti yang lain
memandangkan kajian ini hanya diuji terhadap pelajar-pelajar Kolej Komunit Kulim sahaja. Dalam kajian ini,
penyelidik hanya menilai tahap kompetensi pengurusan kewangan peribadi terhadap cabaran-cabaran yang dihadapi
dalam mengurus perbelanjaan serta pengetahuan terhadap langkah-langkah yang perlu diambil untuk mencapai
pengurusan kewangan yang cekap dan berkesan. Sehubungan itu, adalah dicadangkan supaya kajian pada masa
hadapan memperluaskan pemboleh ubah-pemboleh ubah mengenai keperluan pengurusan kewangan peribadi kepada
pelajar.

RUJUKAN
________ (2013). Pengurusan Kewangan Perlu Dipupuk Awal. Utusan. 9 Oktober 2013.

Anuar Haniff & Mohd Nizal Haniff. (2009). Perancangan Kewangan Hayat. Selangor: August Publishing Sdn. Bhd.

Hazeline Ayoup et.al. (2006). Duit Banyak Bertambah Banyak. Selangor: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Ismail Ab.Wahab, Zarina Salleh & Siti Zahrah Buyong. (2008). Budaya Keusahawanan Panduan Memulakan
Perniagaan. Selangor: Arah Pendidikan Sdn. Bhd.

Mohamad Najib Abdul Ghafar. (1999). Penyelidikan Pendidikan. Johor: Universiti Teknologi Malaysia.

Nor Afizah Bujang. (2007). Pengurusan Kewangan Mahasiswa: Tinjauan Terhadap Pelajar Tahun 1 Dan 2, Sarjana
Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam), Fakulti Pendidikan, UTM. Tesis Sarjana Muda Sains Serta
Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.

Siti Alida John Abdullah, Halimah@Nasibah Ahmad. (2007). Kewangan & Pelajar IPT. Kuala Lumpur : Utusan
Publications & Distributors Sdn Bhd.

Anda mungkin juga menyukai