Anda di halaman 1dari 2

LIMITASI ANALISIS PENYATA KEWANGAN

Walaupun analisis penyata kewangan banyak memberi menfaat kepada pihak-pihak


berkepentingan sama ada luaran atau dalaman, analisis ini juga mempunyai
beberapa kekangan atau kelemahan. Antaranya :
1. apabila perbandingan dibuat antara satu firma dengan satu firma yang lain,
pastinya setiap firma mempunyai perbezaan dari segi penggunaan pelbagai
kaedah untuk menilai serta mempersembahkan item-item dalam penyata
kewangan. Misalnya untuk penilaian inventori, ada syarikat menggunakan
kaedah MDKD dan ada yang menggunakan kaedah MKKD menyebabkan
nilai inventori akhir tidak dapat dbandingkan dengan tepat.

2. data penyata kewangan yang digunakan sebagai asas pengiraan dinyatakan


pada nilai kos sejarah dan bukannya pada nilai semasa. Ini bermakna
keputusan yang akan dibuat untuk tindakan pada masa akan datang adalah
berdasarkan kepada prestasi lepas.

3. penyata kewangan mengandungi banyak data yang diperoleh melalui


anggaran contohnya peruntukan hutang ragu dan susutnilai. Ini
mengakibatkan pengiraan menjadi tidak tepat.

4. bagi syarikat yang mempunyai pelbagai subsidiari pastinya setiap subsidiari


menjalankan perniagaan yang berbeza dengan syarikat lain. Oleh itu nisbah
seperti pusing ganti inventori adalah tidak selaras.

5. masalah kemanusiaan juga membataskan pemilihan nilai-nilai untuk dianalisis


dan penilaian dalam membuat keputusan pastinya tidak sama.

6. kesan perubahan harga juga memberi kesan ke atas penilaian analisis.

7. firma yang berlainan akan mempunyai pola pemilikan aset yang berbeza
walaupun dalam industri yang sama, contohnya syarikat yang menyewa
bangunan dan memiliki bangunan sendiri. Nilai aset juga mungkin tidak dapat
dibandingkan sekiranya sebuah syarikat itu telah membuat penilaian semula
aset pada tahun tersebut tetapi syarikat yang dibandingkan belum membuat
penilaian semula asetnya pada tahun yang sama.

Anda mungkin juga menyukai