Anda di halaman 1dari 15

 

BAHAGIAN TEKNIK DAN VOKASIONAL


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN
PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA     
 
KOLEJ VOKASIONAL TEMERLOH
NOTA KULIAH 1
SEMESTER SEMESTER 2 SESI 2020/2021

JABATAN JABATAN PERNIAGAAN

PROGRAM DIPLOMA PENGURUSAN PERNIAGAAN

KOD/KURSUS DBF 2113 - MAKROEKONOMI

KOMPETENSI 01 PENGENALAN KEPADA MAKROEKONOMI


1.1 Definisi makroekonomi
1.2 Matlamat makroekonomi
1.3 Isu makroekonomi
KOMPETENSI UNIT
1.4 Pemboleh ubah makroekonomi
1.5 Polisi makroekonomi

Pada akhir kursus, pelajar boleh:


1. Menerangkan konsep makroekonomi, permintaan
aggregate dan penawaran agregat serta wang dan
bank. (C2, PLO1)
2. Menentukan keseimbangan pendapatan negara dalam

KOMPETENSI ekonomi dua sektor menggunakan pendekatan agregat


PEMBELAJARAN permintaan-agregat penawaran. (C3, PLO1)
3. Mencadangkan penyelesaian kepada masalah
makroekonomi menggunakan polisi monetari dan fiskal.
(A3, PLO6)

NO KOD DBF2113/K 01/NK 01-05


MUKA: 01 DARIPADA 15
NO KOD JPK TIADA
1
Muka Surat / Page : 2 Drp / Of
NO. KOD / CODE NO. DBF 2113/ K 01/NK 01-05
15

BAB 1 PENGENALAN KEPADA MAKROEKONOMI

1.1 DEFINISI MAKROEKONOMI


Makroekonomi menjelaskan kegiatan ekonomi sesebuah negara secara menyeluruh iaitu
mengkaji kegiatan dan interaksi sektor isi rumah, firma, kerjaan dan negara asing
yang menentukan tingkat pencapaian ekonomi.

1.2 MATLAMAT MAKROEKONOMI


1.2.1 Mencapai Tingkat Guna Tenaga Penuh
 Dalam pendekatan ekonomi, guna tenaga penuh bermaksud kadar
pengangguran sesebuah negara kurang daripada 4%.
 Guna tenaga penuh bukan sahaja menggambarkan daya pengeluaran
purata sesebuah negara adalah tinggi malahan juga menunjukkan rakyat
negara tersebut menikmati kebajikan dan kesejahteraan dalam
kehidupannya.

1.2.2 Mencapai Kestabilan Tingkat Harga Umum


 Tingkat harga umum yang stabil membolehkan ekonomi bertumbuh
dengan pesat.
 Sebaliknya kenaikan dan penurunan tingkat harga umum yang tidak
menentu boleh mengakibatkan ketidakstabilan ekonomi dalam sesebuah
ekonomi.
 Kadar inflasi dalam lingkungan 2% - 3% boleh menjamin pertumbuhan
ekonomi yang stabil.

1.2.3 Meningkatkan Pertumbuhan Ekonomi


 Pertumbuhan ekonomi dikaitkan dengan pertambahan dalam Keluaran
Negara Kasar benar.
 Semakin tinggi kadar pertumbuhan ekonomi, semakin baik ekonomi
dalam negara tersebut.
 Pertumbuhan ekonomi sesebuah negara bukan sahaja dipengaruhi oleh
faktor-faktor ekonomi dalam negara tersebut tetapi juga dipengaruhi oleh
faktor ekonomi luar terutamanya apabila ekonomi negara itu adalah
ekonomi terbuka.

2
Muka Surat / Page : 3 Drp / Of
NO. KOD / CODE NO. DBF 2113/ K 01/NK 01-05
15

1.2.4 Memperbaik Imbangan Pembayaran


 Imbangan pembayaran didefiniskan sebagai penyata yang menunjukkan
nilai semua urus niaga dan aliran wang yang berlaku di antara satu
negara dengan negara-negara lain dalam jangka masa satu tahun.
 Ekonomi sesebuah negara berada dalam keadaan stabil jika imbangan
pembayaran negara tersebut adalah seimbang atau lebihan.
 Akan tetapi, jika imbangan pembayaran negara adalah kurangan, ia bukan
sahaja akan mengurangkan rizab negara, malahan ia membawa nilai
mata wangnya menurun.
 Dengan itu, kedudukan kewangan negara akan menjadi semakin lemah.

1.3 ISU MAKROEKONOMI


1.3.1 Kitara Dagangan (Trade Cycle)
Ekonomi akan mengalami penurunan dan peningkatan. Sehubungan dengan itu,
makroekonomi akan mengkaji sumber-sumber yang menyumbang kepada
perubahan ekonomi dan dasar-dasar kerajaan yang boleh digunakan untuk
mengatasi masalah ekonomi tertentu.

1.3.2 Pengangguran (Unemployment)


Pengangguran adalah situasi di mana seseorang berhasrat untuk bekerja tetapi
tidak dapat memperoleh pekerjaan. Ia akan meningkat apabila penurunan ekonomi.
Walau bagaimanapun, pengangguran akan wujud walaupun ekonomi adalah baik.
makroekonomi mengkaji sumber pengangguran, jenis pengangguran dan kaedah
untuk mengatasi masalah ini.

1.3.3 Inflasi (Inflation)


Inflasi adalah kenaikan tingkat harga umum yang biasanya diukur terhadap indeks
standard kuasa beli. Soalan biasa yang timbul dalam kajian makroekonomi adalah
mengapa kadar inflasi adalah berbeza sepanjang sesuatu tempoh tertentu dan
mengapa ia tidak sama untuk setiap negara.

1.3.4 Imbangan Pembayaran Defisit (Deficit Balance Of Payment)


Imbangan pembayaran defisit boleh mendatangkan banyak kesan buruk ke atas
ekonomi negara. Maka, masalah ini harus dielakkan.

1.4 PEMBOLEHUBAH MAKROEKONOMI


1.4.1 Pendapatan negara / Keluaran negara

3
Muka Surat / Page : 4 Drp / Of
NO. KOD / CODE NO. DBF 2113/ K 01/NK 01-05
15

 Pendapatan negara didefinisikan sebagai jumlah pendapatan faktor


yang diterima oleh sesebuah negara untuk tempoh setahun.
Pendapatan faktor meliputi sewa, faedah bersih, upah, untung, dan
pendapatan perusahaan persendirian.
 Keluaran negara didefinisikan sebagai jumlah nilai barang akhir dan
perkhidmatan yang dikeluarkan dalam sesebuah negara untuk tempoh
setahun.
 Pertambahan pendapatan negara / keluaran negara merupakan satu
peningkatan dalam pencapaian ekonomi kerana keadaan tersebut
menunjukkan bahawa:
(a) Lebih banyak peluang pekerjaan telah diwujudkan, maka lebih banyak
faktor-faktor pengeluaran digunakan dan kadar pengangguran menurun.
(b) Tingkat kebajikan dan taraf hidup rakyat meningkat.
 Pengurangan pendapatan negara / keluaran negara akan menurunkan
tingkat pencapaian ekonomi dan memerlukan perhatian dan tindakan
yang sewajarnya daripada kerajaan.

1.4.2 Guna Tenaga Dan Tenaga Buruh


 Tenaga buruh ialah jumlah penduduk dalam usia kerja (15-64 tahun)
yang sedang bekerja atau sedang aktif mencari pekerjaan, tidak termasuk
suri rumah dan pelajar.
 Guna tenaga ialah jumlah tenaga buruh yang digunakan dalam
pekerjaan produktif untuk mengeluarkan output negara.
 Formula:
(a) Jumlah Tenaga Buruh = Jumlah Guna Tenaga + Jumlah Penganggur
(b) Kadar Pertumbuhan Tenaga Buruh

(c) Jumlah Guna Tenaga = Jumlah Tenaga Buruh - Jumlah Penganggur


(d) Kadar Guna Tenaga

4
Muka Surat / Page : 5 Drp / Of
NO. KOD / CODE NO. DBF 2113/ K 01/NK 01-05
15

(e) Kadar Pertumbuhan Guna Tenaga

1.4.3 Pengangguran
 Pengangguran sebagai keadaan di dalam ekonomi yang mempunyai
sejumlah tenaga buruh yang sanggup bekerja tetapi tidak mendapat
pekerjaan.
 Pengangguran berpunca daripada penggantian buruh dengan mesin,
kemunduran dalam industri, kemelesetan ekonomi dan sebab-sebab lain.
 Penganggur ialah jumlah tenaga buruh yang sanggup bekerja tetapi
belum mendapat sebarang pekerjaan.
 Formula:
(a) Jumlah Penganggur = Jumlah Tenaga Buruh - Jumlah Guna Tenaga
(b) Kadar Pengangguran

Atau

1.4.4 Inflasi
 Inflasi ialah kenaikan tingkat harga umum yang berlaku secara
berterusan dan tidak terbatas.
 Inflasi berpunca daripada lebihan perbelanjaan yang wujud dalam sesebuah
ekonomi yang telah mencapai guna tenaga penuh, kenaikan kos
pengeluaran dan harga barang import.
 Inflasi dianggap sebagai satu masalah ekonomi yang menyebabkan kos
hidup masyarakat meningkat dan seterusnya taraf hidup masyarakat
akan menurun.
 Harga umum ialah harga purata semua barang dan perkhidmatan yang
dipasarkan dalam negara.
 Tingkat harga umum dapat diukur melalui indeks harga pengguna (IH).
 Indeks harga pengguna (IH) adalah indeks harga yang mengukur tingkat
harga purata bagi barangan dan perkhidmatan yang digunakan oleh
pengguna.
 Formula:
Kadar inflasi

5
Muka Surat / Page : 6 Drp / Of
NO. KOD / CODE NO. DBF 2113/ K 01/NK 01-05
15

 Contoh pengiraan 1:
IH tahun 2018 = 125
IH tahun 2017 = 120
Kadar inflasi tahun 2018

1.4.5 Imbangan Pembayaran


 Imbangan pembayaran merupakan suatu rekod aliran keluar masuk
pembayaran antara satu negara dengan negara-negara lain dalam tempoh
setahun.
 Jika pembayaran yang diterima melebihi pembayaran yang dilakukan ke luar
negara, ia disebut imbangan pembayaran lebihan (positif).
 Lebihan dalam imbangan pembayaran menguntungkan negara itu dan
seterusnya menambahkan rizab pertukaran asing negara tersebut.
 Jika pembayaran yang dibuat ke luar negera melebihi pembayaran yang
diterima dari luar negara, ia disebut imbangan pembayaran kurangan
(defisit).
 Kurangan dalam imbangan pembayaran merugikan negara itu dan
seterusnya mengurangkan rizab pertukaran asing negara tersebut.
Kurangan dalam imbangan pembayaran merupakan satu masalah ekonomi
yang memerlukan campur tangan kerajaan melalui kawalan langsung dan
sebagainya.

1.4.6 Pertumbuhan Ekonomi


 Pertumbuhan ekonomi didefinisikan sebagai keadaan pembangunan
ekonomi berbentuk fizikal seperti berlakunya pertambahan dalam
keluaran barangan dan perkhidmatan dalam sesebuah negara.
 Pertumbuhan ekonomi merupakan pengukur prestasi pembangunan
sesebuah negara.
 Formula:

6
Muka Surat / Page : 7 Drp / Of
NO. KOD / CODE NO. DBF 2113/ K 01/NK 01-05
15

Pertumbuhan ekonomi

1.5 POLISI MAKROENOMI


Dasar belanjawan terdiri daripada Dasar Fiskal dan Dasar Kewangan. Tujuan dasar belanjawan
ini diperkenalkan adalah untuk:
 mengawal turun naik dalam perbelanjaan agregate (AE), terutamanya jika ketidakstabilan
AE disebabkan oleh komponen pelaburan yang tidak menentu (dikawal melalui kadar
bunga).
 mengawal turun naik dalam kegiatan ekonomi, terutamanya jika terdapat masalah deflasi
dan inflasi (dikawal melalui jumlah bekalan wang).
 Deflasi
Deflasi ialah berlaku penurunan harga barang dan perkhidmatan secara umum. Deflasi
berlaku apabila kadar inflasi jatuh dibawah sifar peratus (kadar inflasi bernilai negatif). Ia
meningkatkan nilai sebenar wang dan membolehkan seseorang membeli lebih banyak
barangan tetapi dengan jumlah wang yang sama. Faktor berlakunya deflasi ialah
pengurangan bekalan wang atau kredit, pengurangan perbelanjaan dan permintaan dalam
segi pengurangan perbelanjaan kerajaan, perbelanjaan peribadi atau perbelanjaan
pelaburan, dan kos pengeluaran barang berkurang akibat perkembangan teknologi yang
kurang.
 Inflasi
Inflasi merujuk kepada kenaikan harga bagi barang dan perkhidmatan dalam satu tempoh
masa. Inflasi akan menurunkan nilai wang dan kuasa beli pengguna. Faktor yang
menyebabkan inflasi ialah permintaan yang tinggi terhadap barang dan perkhidmatan,
kenaikan kos pengeluaran, jangkaan harga dan ketidakstabilan ekonomi serta politik.
 memajukan sektor-sektor ekonomi tertentu yang boleh meningkatkan pertumbuhan
ekonomi.
 sebagai instrumen untuk menjana pendapatan kepada kerajaan dan instrumen untuk
pengagihan pendapatan di kalangan penduduk melalui cukai yang dikenakan.
 meningkatkat pertumbuhan ekonomi dengan memberi tumpuan kepada pertambahan
pengeluaran barang dan perkhidmatan secara fizikal.
 sebagai instrumen sokongan dan galakan kepada sektor awam untuk meningkatkatkan
pertumbuhan ekonomi secara agregate.

7
Muka Surat / Page : 8 Drp / Of
NO. KOD / CODE NO. DBF 2113/ K 01/NK 01-05
15

1.5.1 Polisi Fiskal / Dasar fiscal


a) Dasar Fiskal
Dasar fiskal ialah langkah-langkah kerajaan dalam mengubah perbelanjaan kerajaan (G)
dan sistem atau kadar cukai (T). Dasar ini dilaksanakan melalui belanjawan negara. Tujuan
dasar ini ialah mencapai keadaan ekonomi yang stabil tanpa inflasi dan pengganguran,
dan mencapai pengagihan pendapatan yang lebih adil dan saksama dengan merapatkan
jurang pendapatan. Dasar fiskal terdiri daripada dua jenis iaitu dasar fiskal budibicara
(diskrisioner) dan penstabil automatik.
i) Dasar fiskal budibicara
Dasar fiskal budibicara ialah langkah-langkah kerajaan mengubah jumlah dan
corak perbelanjaannya dan mengubah sistem atau kadar cukai yang terdapat
dalam ekonomi. Terdapat tiga cara dalam melaksanakan dasar ini iaitu
 membuat perubahan terhadap jumlah dan corak perbelajaan kerajaan (G).
Perubahan tersebut biasanya dibuat setiap tahun. Kerajaan boleh
mengurangkan atau menambahkan perbelanjaannya bagi mencapai tujuan
ekonomi yang ditetapkan. Terdapat dua kategori perbelanjaan kerajaan
iaitu perbelanjaan pengurusan (gaji kakitangan awam, perbelanjaan
faedah-faedah kepada kakitangan awam dan pembelian peralatan,
perkakas untuk mengerakkan sektor awam) dan perbelanjaan
pembangunan (pembinaan sekolah, jalanraya, sistem pengairan dan
sebagainya. Perbelanjaan kerajaan akan memberikan pendapatan kepada
sektor swasta termasuk firma dan isi rumah. Pendapatan yang dimiliki ole
sektor swasta akan digunakan ke atas barang-barang yang dikeluarkan
oleh ekonomi (Permintaan agregat meningkat).
 membuat perubahan terhadap sistem atau kadar cukai (T).
Cukai boleh ditambah peratusannya, dimansuhkan atau diperkenalkan
cukai yang baru. Cukai dikenakan ke atas sektor firma dan isi rumah yang
bertujuan untuk menggalakkan produktiviti firma ataupun menggalakkan
peningkatan perbelanjaan agregat. Terdapat dua jenis cukai iaitu cukai
langsung (cukai yang dikenakan secara langsung kepada pembayar cukai
dan tidak boleh dipindahkan kepada orang lain) dan cukai tak langsung
(cukai yang dikenakan kepada pembayar cukai tetapi boleh dipindahkan
kepada orang lain).

 membuat perubahan secara serentas terhadap kedua-dua instrumen.


Kejaraan boleh mengubah perbelanjaannya dan cukai secara serentak.
Contohnya, jika kerajaan meningkatkan perbelanjaannya dan perbelanjaan

8
Muka Surat / Page : 9 Drp / Of
NO. KOD / CODE NO. DBF 2113/ K 01/NK 01-05
15

ini dibiayai oleh cukai yang dikutip. Ini bermaksud kerajaan menaikkan
perbelanjaannya dan menaikkan cukai.

Terdapat tiga jenis dasar fiskal iaitu:


 dasar fiskal menguncup (T>G)
digunakan semasa ekonomi menghadapi inflasi dan kerajaan akan meningkatkan
kadar cukai dan mengurangkan perbelanjaan kerajaan bagi mengurangkan
perbelanjaan agregat untuk mengatasi masalah inflasi.

Rajah 1.5.1 (a): Dasar Fiskal Mengungup

 dasar fiskal mengembang (T<G)


digunakan semasa ekonomi menghadapi deflasi, kerajaan akan mengurangkan
kadar cukai dan menambahkan perbelanjaan kerajaan bagi meningkatkan
perbelanjaan agregat untuk mengatasi masalah penggangguran.

Rajah 1.5.1 (b): Dasar Fiskal Mengembang

9
Muka Surat / Page : 10 Drp / Of
NO. KOD / CODE NO. DBF 2113/ K 01/NK 01-05
15

 dasar fiskal seimbang (T=G)


digunakan semasa ekonomi menghadapi deflasi, kerajaan akan menambahkan
perbelanjaan kerajaan dan kadar cukai dengan jumlah yang sama bagi
meningkatkan perbelanjaan agregat, pengurangkan kadar pengangguran dan
peningkatan pendapatan negara. Dengan ini, dapat menggalakkan pertumbuhan
ekonomi.

ii) Dasar fiskal penstabil automatik


Dasar fiskal penstabil automatik digunakan oleh kerajaan sebagai instrumen
yang dapat mengecilkan keadaan melambung-meleset ekonomi secara
automatik. Ia dapat menstabilkan ekonomi secara automatik. Kerajaan tidak
perlu mengubah dasar fiskal atau dasar kewangan yang sedia ada. Akan tetapi,
ia tidak dapat mengatasi masailah inflasi dan pengangguran sepenuhnya hanya
dapat melambatkan perkembangan ekonomi atau kemelesetan ekonomi. Jenis-
jenis penstabil automatik ialah:
 cukai progresif dan cukai berkadar
Cukai progresif ialah cukai yang dikenakan semakin tinggi jika pendapatan
meningkat. Contohnya jika pendapatan RM1000 maka peratus cukai ialah 2%.
Manakala jika pendapatan naik menjadi RM2000, peratus cukai ialah 5%. Cukai
berkadar pula merujuk kepada peratus cukai yang dikenakan adalah
sama.Contohnya, peratus cukai ialah 5% bagi setiap tingkat pendapatan. Jumlah
cukai yang dibayar semakin tinggi jika pendapatan semakin tinggi.

Semasa ekonomi melambung, pendapatan masyarakat akan meningkat,


seterusnya akan meningatkan permintaan agregat. Keadaan ini akan
meningkatkan tingkat harga umum. Pengenaan cukai akan mengurangkan
pendapatan masyarakat dan mengakibatkan penurunan dalam permintaan
agregat. Keadaan ini dapat mengecilkan kenaikan tingkat harga umum.

Semasa ekonomi meleset, pendapatan masyarakat akan berkurangan dan


seterusnya mengurangkan permintaan agregat. Keadaan ini menyebakan firma
mengurangkan penawaran barang dan perkhidmatan serta penggunaan buruh,
seterusnya kadar pengangguran meningkat. Pengenaan cukai akan
menyebabkan kutipan cukai pendapatan berkurangan mengikut pengurangan
pendapatan masyarakat. Ini bermakna pengurangan pendapatan tidak begitu
besar, seterusnya pengurangan permintaan agregat dikecilkan. Keadaan ini

10
Muka Surat / Page : 11 Drp / Of
NO. KOD / CODE NO. DBF 2113/ K 01/NK 01-05
15

dapat mengecilkan kenaikan kadar pengangguran.

 bayaran pindahan kerajaan


Bayaran pindahan kerajaan ialah bayaran bukan atas sumbangan faktor
pengeluaran produktif seperti bayaran pencen, biasiswa, elaun pengangguran,
bunga atas pinjaman kerajaan dan bunga atas pinjaman pengguna. Semasa
ekonomi melambung, jumlah penganggur berkurang. Oleh itu, bayaran elaun
turut dikurangkan. Keadaan ini akan mengurangkan kenaikan permintaan
agregat dan mengurangkan kenaikan kadar inflasi. Sebaliknya, semasa ekonomi
meleset, jumlah penganggur bertambah. Oleh itu bayaran elaun turut
bertambah. Keadaan ini akan mengurangkan kejatuhan permintaan agregat dan
menggalakkan pemulihan ekonomi.

 dasar harga minimum dan dasar harga maksimum


Kedua-dua dasar ini secara automatik menjamin kestabilan tingkat harga dalam
ekonomi. Dasar harga minimum ialah satu polisi kerajaan yang menetapkan
harga bagi produk tertentu dimana harga produk ini tidak boleh lebih rendah
daripada harga minimum yang telah ditetapkan. Kebiasaannya, harga lebih
tinggi daripada pasaran. Ini adalah bertujuan untuk menjamin pendapatan sektor
tertentu (pengeluar). Ia digunakan semasa kemelesetan ekonomi berlaku, dasar
harga minimum akan menghalang penurunan tingkat harga kurang daripada
tingkat harga minimum.

Dasar harga maksimum ialah satu polisi kerajaan yang menetapkan harga bagi
produk tertentu dimana harga produk ini tidak boleh lebih tinggi daripada harga
maksimum yang telah ditetapkan. Kebiasaannya, harga lebih rendah daripada
pasaran. Ini adalah bertujuan untuk membantu para pengguna. Ia digunakan
semasa ekonomi melambung, dasar harga maksimum akan menghalang
kenaikan tingkat harga lebih daripada tingkat harga maksimum.

1.5.2 Dasar Kewangan


Dasar kewangan ialah dasar kerajaan melalui bank pusat mengawal bekalan wang
dan kadar bunga dalam ekonomi untuk mempengaruhi kegiatan dalam ekonomi. Boleh
dibahagikan kepada 2 jenis iaitu dasar kewangan kuantitatif, dan dasar kewangan
kualitatif
a) Dasar Kewangan Kuantitatif
Bertujuan untuk mengawal bekalan wang dan kadar bunga dalam ekonomi.

11
Muka Surat / Page : 12 Drp / Of
NO. KOD / CODE NO. DBF 2113/ K 01/NK 01-05
15

Semasa ekonomi mengalami inflasi, langkah bank pusat mengurangkan


bekalan wang dan meningkatkan kadar bunga akan mengurangkan permintaan
agregat dalam ekonomi seterusnya membendung masalah inflasi. Sebaliknya
semasa ekonomi meleset, langkah kerajaan menambahkan bekalan wang dan
menurunkan kadar bunga akan merangsangkan kegiatan ekonomi dan
seterusnya memulihkan negara. Antara alat dasar kewangan kuantitatif adalah
seperti berikut:
i. Operasi pasaran terbuka
 Merupakan tindakan bank pusat menjual-beli sekuriti kerajaan di pasaran
terbuka untuk mengawal bekalan wang dalam ekonomi.
 Semasa kemelesetan ekonomi dan masalah pengganguran berlaku,
tindakan bank pusat membeli sekuriti kerajaan di pasaran terbuka akan
menambahkan kecairan bank perdagangan. Ini akan menambahkan
keupayaan bank perdagangan mencipta kredit. Tambahan bekalan wang
akan menurunkan kadar bunga dan seterusnya menggalakkan
perbelanjaan penggunaan dan kegiatan pelaburan. Kenaikan
perbelanjaan agregat meningkatkan pendapatan negara dan
mengurangkan lompang deflasi dalam ekonomi.
 Apabila masalah inflasi, tindakan bank pusat menjual sekuriti kerajaan
akan mengurangkan kecairan bank perdagangan dan mengehadkan
proses penciptaan kredit. Pengurangan bekalan wang menaikkkan kadar
bunga dan seterusnya mengurangkan perbelanjaan penggunaan dan
tingkat pelaburan. Oleh itu, perbelanjaan agregat yang berlebihan dapt
dikurangkan dan lompang inflasi dapat diutup.

ii. Kadar diskaun/ kadar bank


 Merupakan kadar bank pusat mendiskaunkan bil-bil perbendaharaan
bank perdagangan apabila bank-bank perdagangan ingin meperoleh
pinjaman daripada bank pusat.
 Semasa deflasi, penurunan kadar diskaun akan mengurankan kos
pinjaman bank-bank perdagangan daripada bank pusat. Bank
perdagangan akan mengurangkan kadar bunga atas pinjaman dan
meningkatkan kemampuan serta keinginan orang ramai untuk meminjam
daripada bank. Perbelanjaan penggunaan melalui pinjaman dan
pelaburan akan bertambah dan lompang deflasi dapat ditutup dengan
kenaikan perbelanjaan agregat.
 Semasa inflasi, kenaikan kadar diskaun akan menaikkan kos pinjaman
12
Muka Surat / Page : 13 Drp / Of
NO. KOD / CODE NO. DBF 2113/ K 01/NK 01-05
15

bank-bank perdagangan daripada bank pusat. Bank perdagangan pula


akan meningkatkan kadar bunga atas pinjaman untuk memindahkan
kenaikan kos itu kepada pelanggan. Perbelanjaan penggunaan melalui
pinjaman dan pelaburan merosot kesan daripada kenaikan kadar bunga.
Tekanan inflasi berkurang apabila perbelanjaan agregat dalam ekonomi
berkurangan.

iii. Nisbah rizab


 Rizab berkanun
Merupakan suatu peratusan simpanan khas oleh bank perdagangan
dan institusi kewangan di Bank Negara Malaysia. Perubahan dalam
keperluan rizab berkanun oleh Bank Negara akan memberi kesan
kepada paras simpanan dan pinjaman yang boleh disokong oleh saiz
rizab sistem bank.

 Mudah tunai
Bank Negara Malaysia mensyaratkan Bank Perdagangan dan syarikat
kewangan menyimpan mudah tunai minimum dalam bentuk harta mudah
tunai terhadap tanggungan mereka. Harta mudah tunai terdiri daripada
wang tunai,baki penjelasan dengan Bank Negara Malaysia, baki bersih
dengan bank lain, wang panggilan dan bil-bil perbendaharan.

 Semasa inflasi, bank pusat akan menaikkan kadar nisbah rizab berkanun
dan nisbah mudah tunai. Kenaikan kadar itu mengurangkan lebihan rizah
bank-bank perdagangan dan seterusnya mengurangkan keupayaan bank
untuk mencipta kredit.
 Semasa deflasi, bank pusat akan menurunkan kadar nisbah rizab
berkanun dan nisbah mudah tunai untuk merangsang kegiatan ekonomi.
Penurunan nisbah rizah itu meningkatkan keupayaan bank perdagangan
untuk mencipta kredit dan seterusnya bekalan wang dalam ekonomi akan
bertambah.

iv. Pendanaan semula


 Merupakan langkah bank pusat mengurangkan pengeluaran bil-bil
perbendaharaan yang bersifat jangka pendek dan menambahkan
pengeluaran surat-surat jaminan yang mempunyai tempoh matang yang
panjang. Langkah ini digunakan ketika ekonomi mempunyai bekalan
13
Muka Surat / Page : 14 Drp / Of
NO. KOD / CODE NO. DBF 2113/ K 01/NK 01-05
15

wang yang berlebihan dan sedang mengahdapi tekanan inflasi.


Pendanaan semula memanjangkan tempoh matang surat-surat jaminan
kerajaan dan mengurangkan lebihan kecairan dalam ekonomi. Keadaan
ini mengurangkan bekalan wang dalam ekonomi dan mengurangkan
tekanan inflasi.
b) Dasar Kewangan Kuanlitatif
Mempunyai 2 alat yang mengawal bentuk serta corak pinjaman dan pelaburan
dalam ekonomi.

i. Kawalan kredit terpilih


Bentuk dan jumlah pinjaman yang dikeluarkan oleh bank perdagangan.
Antara alat-alat kawalan kredit terpilih ialah syarat margin, kredit
ansurans, dasar kadar bunga, arahan khas dan kawalan keatas kadar
janji. Kawalan kredit terpilih boleh dilakukan dengan:
 Mengawal keperluan margin
Kawalan keperluan margin mengehadkan jumlah pinjaman untuk tujuan
pembelian saham. Contohnya jika kadar keperluan margin ialah 45%. Ini
bermakna individu perlu membayar 45% daripada harga saham dan
yang baki 55% dapat dibiayai melalui pinjaman bank.

Maka, penetapan kadar keperluan margin yang lebih tinggi akan


mengurangkan kemampuan orang ramai untuk membeli saham melalui
pinjaman. Kawalan sedemikian mengurangkan permintaan wang untuk
tujuan spekulasi dan mengurangkan tekanan inflasi.
 Mengawal kredit ansuran
Kawalan kredit ansuran mempengaruhi kegiatan pembelian barangan
melalui pinjaman, Syarat kredit ansuran yang longgar seperti penurunan
kadar minimum bayaran pendahulan dan pemanjangan tempoh bayaran
balik pinjaman akan menggalakkan kegiatan pembelian secara kredit,
dan sebaliknya.

 Kawalan gadai janji


Kawalan gadai janji mengawal pinjaman untuk membeli hartanah secara
gadai janji. Syarat gadai janji yang longgar menggalakkan orang ramai
membeli hartanah secara gadai janji dan seterusnya menggalakkan
proses penciptaan kredit, dan sebaliknya.

14
Muka Surat / Page : 15 Drp / Of
NO. KOD / CODE NO. DBF 2113/ K 01/NK 01-05
15

 Arahan khas
Bank pusat boleh mengeluarkan arahan khas meminta bank-bank
perdagangan memperuntukkan sebahagian rizabnya untuk dipinjamkan
kepada sektor-sektor tertentu seperti sektor pertanian yang terlibat dalam
pengeluaran makanan serta perusahaan kecil dan sederhana.
ii. Pujukan moral
Bank Negara Malaysia mengadakan pertemuan langsung dengan bank-
bank perdagangan untuk meminta bank-bank perdagangan melaksana
langkah-langkah yang sesuai untuk menjayakan dasar-dasar kerajaan.
Contohnya, bank-bank perdagangan digalakkan untuk menambahkan
pinjaman kepada sektor-sektor ekonomi tertentu bagi membantu
kerajaan dalam usaha mengembangkan sektor tersebut. Sebaliknya,
semasa inflasi, bank-bank perdagangan dipujuk supaya menyalurkan
pinjaman ke sektor-sektor yang produktif dan mengurangkan pinjaman
untuk membiayai kegiatan yang berbentuk spekulatif.

BIBLIOGRAFI:

1. Sarimah Aman Shah, Abd. Rashid Mohd Ali, Nirsela A.Manaf (2017). Principle of Economics
Third Edition. Oxford Fajar Sdn. Bhd.
2. Sabariah Ali (2017). Makroekonomi Penggal 2, Edisi Ketiga. Oxford Fajar Sdn. Bhd.
3. Ku ‘Azam Tuan Lonik (2015). Makroekonomi Asas. Utusan Publications & Distributors Sdn.
Bhd.

15

Anda mungkin juga menyukai