Anda di halaman 1dari 4

SOALAN 1 (25 markah)

(a) Nyatakan maksud kepimpinan beretika. C1

[2 markah]

Pemimpin beretika menetapkan etika sebagai tone-at-the-top dengan berkelakuan penuh


beretika dan menjadi galakan kepada pekerja untuk melakukan perkara yang sama.
Pemimpin jenis ini menjadi contoh dan galakan kepada pekerja untuk mengambil inisiatif
sewaktu menyelesaikan masalah secara adil dan beretika.

(b) Senaraikan LIMA (5) nilai baik yang perlu ada pada seorang pemimpin yang beretika C1

[5 markah]

1. Kebertanggungjawaban (Responsibility)
- Bertanggungjawab untuk melaksanakan/menyelesaikan tugas yang telah di
amanahkan. Mereka akan bertindak secara telus/jujur. Mereka akan
menanggung setiap kesan dan akibat daripada keputusan yang di ambil.

2. Kesetiaan (Loyalty)
- Mengabaikan kepentingan sendiri dan mengutamakan kepentingan pihak-pihak
yang berkepentingan. Membuat keputusan yang sangat tepat dan melindungi
maklumat sulit organisasi.

3. Bersikap adil (Fairness)


- Membuat keputusan yang adil dan saksama. Melayani semua orang/pekerja
secara samarata dan menghormati semua orang.

4. Kewarganegaraan/Keahlian (Citizenship)
- Mereka bertindak sebagai ahli yang baik dalam sesebuah masyarakat/organisasi.
Mereka akan mengelakkan sebarang keputusan yang boleh menjejaskan
pesekitaran organisasi.

5. Hormat (Respect)
- Mereka akan memberi pertimbangan dari segi perasaan, harapan dan hak orang
lain.

6. Kecekapan (Competence)
- Mereka mempunyai keupayaan untuk menguruskan organisasi dan memenuhi
segala keperluan pihak-pihak yang berkepentingan kea rah mencapai matlamat
organisasi.
(c) Terdapat dua tonggak kepimpinan beretika. Terangkan bagaimana seseorang itu

menggunakan kuasanya sebagai pengurus mengikut dua tonggak kepimpinan

beretika tersebut.

C2

[8 markah]

Tonggak pengurus bermoral mewakili usaha proaktif pengurus dalam mempengaruhi kelakuan
pekerjanya secara beretika dan tidak beretika. Tonggak pengurus bermoral pula menyatakan
bahawa seseorang ketua bukan sahaja perlu menjadi contoh tingkah laku beliau juga mesti
menggunakan kuasanya untuk membina suasana dan sistem kerja yang menggalakkan amalan
beretika dan mengelakkan sikap tidak beretika. Sebagai contoh, pengurus bermoral menyediakan
sistem ganjaran yang menggalakkan kebolehpercayaan peribadi dan menerapkan sistem disiplin
yang memberi hukuman ke atas amalan tidak beretika dalam organisasi.

Pengurus bermoral juga sentiasa mengingatkan tentang kepentingan etika dan nilai kepada pekerja-
pekerjanya secara konsisten dan kerap. Beliau mesti berusaha untuk menerapkan nilai etika dan
kepercayaannya kepada pekerja-pekerjanya supaya suasana kerja beretika dapat diwujudkan.

Pengurus beretika mesti meastikan semua keputusan yang dibuat adalah selari dengan nilai etika
yang dipegangnya. Beliau tidak boleh takut untuk menolak urus niaga yang tidak selaras dengan nilai
etika organisasi. Tindakan ini mesti diketahui oleh semua pekerja untuk menadapatkan perhatian
mereka.

(d) Nyatakan LIMA (5) tindakan kepimpinan yang tidak beretika yang selalu dilakukan

dalam organisasi dan terangkan langkah untuk mengatasi tindakan tidak beretika

tersebut.

C3

[10 markah]

1. Budaya kerja silo


Bagaimana mengatasinya: Mengadakan mesyuarat yang melibatkan semua jabatan sekali atau dua
kali sebulan adalah cara baik untuk berkongsi tentang apa yang sedang berlaku di jabatan masing-
masing, termasuk kejayaan dan cabaran yang dihadapi. Para pemimpin boleh mengambil peluang ini
untuk mengutarakan idea bagaimana jabatan-jabatan ini dapat bekerjasama bagi menyelesaikan
sesuatu masalah atau mengambil kesempatan daripada hasil yang memberangsangkan. Dengan cara
ini, mereka betul-betul dapat mengeluarkan anak buah mereka daripada gelembung pasukan dan
memberi perspektif yang lebih meluas tentang sumbangan mereka kepada organisasi secara
keseluruhannya.

2. Tiada pemimpin yang ketara

Bagaimana mengatasinya: Pemimpin yang efektif melibatkan diri dengan pasukan sepanjang masa.
Mereka sentiasa ada untuk memberi sokongan yang diperlukan. Penting bagi seseorang pemimpin
untuk mudah dihubungi oleh kakitangannya. Mereka perlu bersifat proaktif dalam mengenal pasti
apa yang diperlukan oleh kakitangan untuk menjalankan tugas dengan lebih baik.

3. Tatkala cabaran menjelma, suasana menjadi senyap dan sunyi

Bagaimana mengatasinya: Ini mungkin pahit untuk ditelan tetapi apabila semua orang diam seribu
bahasa, inilah masanya pemimpin harus membuka bicara. Inilah masanya untuk mengeluarkan kata-
kata yang berani. Ia adalah tugas sang pemimpin untuk menyuarakan pendapat orang lain yang tidak
berani bersuara. Mungkin ada sesetengah daripada mereka yang kurang selesa berbicara tentang
kepayahan yang dialami dan mengapa ia timbul, tetapi inilah satu-satunya cara untuk mengemudi
pasukan anda untuk mencapai penyelesaian. Janganlah lari daripada masalah, ia hanya akan
menjadikannya lebih besar dan lebih sukar untuk ditangani.

4. Tiada penghargaan diberi. Tak pernah.

Bagaimana mengatasinya: Pemimpin perniagaan tidak mempunyai banyak alasan untuk tidak
melibatkan diri dengan kakitangan yang mereka jumpa setiap hari. Tidak perlu mengumumkan
Pengisytiharan Nilai kepada kakitangan yang membuat tugasannya dengan baik. Tunjukkan
penghargaan kepada sumbangan kakitangan anda dengan kata-kata seperti, “Hei Tony, terima kasih
kerana menyediakan slaid itu untuk saya – bagus kerja kamu, saya sangat menghargainya.” Itu sudah
cukup untuk membuat pekerja anda merasa dihargai. Kalau anda ingin menunjukkan lebih rasa
terima kasih, anda boleh juga berbelanja mereka makan tengah hari di luar, atau belikan mereka
tiket menonton wayang. Sebagai seorang pemimpin, anda boleh menunjukkan yang anda prihatin
dalam pelbagai cara, dan yang paling mudah adalah dengan memberikan pujian ikhlas kepada
kakitangan atau rakan sekerja setiap hari. Biasakan diri membuatnya tetapi ia haruslah ikhlas dan
spesifik. Anda mungkin akan terkejut dengan perbezaan yang terhasil.

5. Tiada ‘kita’ atau ‘kami’

Bagaimana mengatasinya: Gunakan perkataan ‘kita’ dan ‘kami’ sebanyak mana yang mungkin dalam
pelbagai cara yang membina dan positif dan letakkan orang lain sebagai tumpuan utama. Syarikat
anda mendapat kontrak yang besar itu? Bagus! Wara-warakan kejayaan ahli pasukan yang
mendapatkan kontrak tersebut ke seluruh organisasi. Matlamat suku tahun terkini masih belum
tercapai? Sukarnya keadaan itu! Pastikan anda yang memikul tanggungjawab itu. Ada yang mungkin
berkata bahawa kegagalan patut ditanggung bersama, seperti juga kejayaan. Tetapi apabila keadaan
menjadi sulit, kakitangan akan memerlukan pemimpin yang membuat keputusan, dan pemimpin
yang baik adalah mereka yang tidak menuding jari kepada orang lain, tidak kira dalam apa jua
keadaan.

Anda mungkin juga menyukai