Anda di halaman 1dari 349

MODUL

POLITEKNIK
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

P 5127
KEWANGAN PERNIAGAAN

NORZALINA BT. A. AZIZ (PUO),


AHMAD DAUD B. AHMAD NAWAWI (PUO),
HANIZA BT. MOHAMAD NADZRI (PUO).

http://modul2poli.blogspot.com/
P5127 KEWANGAN PERNIAGAAN (i)

GRID KURIKULUM

Grid Kurikulum modul ini adalah berdasarkan kepada kurikulum yang sedang digunakan
di Politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia.

Topik Unit
Pengurusan Kewangan - Pengenalan 1
Pulangan dan Risiko 2 3
Analisis Kewangan 4
Pengurusan Modalkerja
a) Polisi dan pengurusan modalkerja 5
b) Pengurusan tunai dan sekuriti bolehpasar 6
c) Pengurusan penghutang 7
d) Pengurusan inventori 8
Pembiayaan Jangka Pendek/Jangka Panjang 9 10
Belanjawan Modal 11 12
Leveraj 13 14

UNIT 1: Pengurusan Kewangan – Pengenalan (2 JAM)


1.1 Peranan dan perkembangan pengurusan kewangan
1.2 Objektif memaksimumkan keuntungan dan memaksimumkan kekayaan
(perbezaan).
1.3 Fungsi pengurus kewangan

UNIT 2: Pulangan dan Risiko (2 JAM)


2.1 Konsep dan ukuran pulangan .
2.2 Kadar pulangan yang di kehendaki dan kadar pulangan yang di jangka
2.3 Pengiraan sisihan piawai, kadar pulangan di jangka dan kovarian bagi
sekuriti-sekuriti.

UNIT 3: Pulangan dan Risiko (2 JAM)


3.1 Pengiraan nilai bagi sekuriti-bon, saham keutamaan dan saham biasa.
3.2 Kadar pulangan yang di jangka bagi sekuriti- bon, saham keutamaan dan
saham biasa.
3.3 Jenis-jenis risiko dan perkaitan antara risiko dan pulangan

UNIT 4: Analisis Kewangan (2 JAM)


4.1 Bentuk penyata-penyata kewangan
4.2 Penggunaan nisbah-nisbah kewangan
4.3 Kelebihan dan kelemahan nisbah-nisbah serta cara memperbaiki prestasi
firma.
4.4 Limitasi dalam penggunaan nisbah

http://modul2poli.blogspot.com/
P5127 KEWANGAN PERNIAGAAN (ii)

UNIT 5: Pengurusan Modal Kerja (2 JAM)


a) Polisi dan Pengurusan Modal Kerja
5.1 Konsep modalkerja, modalkerja bersih serta komponen-komponen
modalkerja.
5.2 Pengurusan modalkerja-mengurus aset semasa dan liabiliti semasa serta
kesan ke atas risiko dan pulangan
5.3 Tahap modalkerja yang sesuai-hedging, konsevatif dan agresif.

UNIT 6: Pengurusan Modal Kerja (2 JAM)


b) Pengurusan Tunai dan Sekuriti Boleh Pasar
6.1 Objektif dan fungsi pengurusan tunai
6.2 Aturcara dalam pengutipan dan pembayaran tunai.
6.3 Jenis-jenis sekuriti boleh pasar dan pelaburan dalam sekuriti bolehpasar.
6.4 Cara-cara untuk meningkatkan kecekapan dalam pengurusan tunai dan
memadankaan kos dan faedah dalam pengurusan kewangan.

UNIT 7: Pengurusan Modalkerja. (2JAM)


c) Pengurusan Penghutang
7.1 Konsep penghutang dan polisi kredit
7.2 Kos efektif pemberian kredit
7.3 Kos perubahan polisi kredit dan kesannya ke atas penghutang

UNIT 8: Pengurusan Modalkerja (2 JAM)


d) Pengurusan Inventori
8.1 Jenis dan keperluan inventori perniagaan serta kepentingan kawalan
inventori
8.2 Teknik pengurusan inventori - Kos-kos yang berkaitan dengan inventori -
kos penyimpanan, pemesanan, jumlah kos inventori, Kuantiti Pesanan
Ekonomi (EOQ), tingkat pesanan semula, inventori purata dan bilangan
pesanan tahunan.

UNIT 9: Pembiayaan Jangka Pendek dan Jangka Panjang (2 JAM)


9.1 Sumber-sumber pembiayaan jangka pendek- pembiayaan bercagaran dan
pembiayaan tidak bercagaran
9.2 Kos kredit/pembiayaan jangkapendek
9.3 Kelebihan dan kelemahan pembiayaan jangkapendek

UNIT 10: Pembiayaan Jangka Pendek dan Jangka Panjang (2 JAM)


10.1 Ciri-ciri alat hutang jangkapanjang- bon, saham biasa dan saham utama
serta kelebihan dan kelemahan alat-alat hutang jangka panjang.

http://modul2poli.blogspot.com/
P5127 KEWANGAN PERNIAGAAN (iii)

UNIT 11: Belanjawan Modal (3 JAM)


11.1 Maksud belanjawan modal dan proses pembelanjawan modal.
11.2 Kaedah-kaedah menilai projek- Kaedah tempoh bayar balik, nilai kini
bersih, kadar pulangan dalaman dan indeks keberuntungan. Kelebihan
dan kelemahan setiap kaedah penilaian projek.

UNIT 12: Belanjawan Modal (2 JAM)


12.1 Aliran tunai projek-penyediaan dan pengiraan tempoh bayar balik, nilai
kini bersih, kadar pulangan dalaman dan indeks keberuntungan.

UNIT 13: Leveraj (2 JAM)


13.1 Risiko perniagaan dan risiko kewangan serta kaitannya dengan konsep
leveraj
13.2 Objektif analisis pulang modal dan pengiraan Titik Pulang Modal (TPM
dalam unit dan RM) berdasarkan analisis margin sumbangan dan algebra.

UNIT 14: Leveraj (3 JAM)


14.1 Konsep leveraj operasi, leveraj kewangan dan leveraj gabungan.
14.2 Darjah Leveraj Operasi (DLO), Darjah Leveraj Kewangan (DLK), Darjah
Leveraj Gabungan (DLG) dan implikasinya.

http://modul2poli.blogspot.com/
P 5127 KEWANGAN PERNIAGAAN (iv)

PANDUAN MENGGUNAKAN MODUL

1. Modul ini dibahagikan kepada 14 unit. Setiap unit disediakan dalam jilid yang sama.
2. Muka surat dinomborkan berdasar kepada kod subjek, unit dan halaman.

P 5127 / UNIT 1 / 5

Subjek
Unit
1 Halaman
5

3. Pada permulaan unit, objektif am dan khusus dinyatakan.


4. Setiap unit mengandungi urutan aktiviti dan diberikan simbol berikut:-

OBJEKTIF
Bahagian ini mengandungi objektif am dan khusus setiap
pembelajaran.

INPUT
Input mengandungi maklumat yang akan anda
pelajari

AKTIVITI
Bahagian ini mengandungi proses pembelajaran secara
aktif untuk menguji kefahaman anda. Anda perlu ikuti
dengan teliti dan melaksanakan arahan yang diberikan.

http://modul2poli.blogspot.com/
P5127 KEWANGAN PERNIAGAAN (v)

MAKLUMBALAS KEPADA AKTIVITI


Bahagian ini mengandungi jawapan kepada soalan-
soalan yang dikemukakan dalam aktiviti.

PENILAIAN KENDIRI
Penilaian kendiri menguji kefahaman anda dalam
setiap unit.

MAKLUMBALAS KEPADA PENILAIAN KENDIRI


Bahagian ini mengandungi jawapan kepada soalan-
soalan yang dikemukakan dalam penilaian kendiri.

5. Anda perlu mengikuti unit demi unit yang disediakan.


6. Anda boleh meneruskan unit selanjutnya setelah berjaya melalui unit sebelumnya dan
yakin dengan pencapaian anda.

http://modul2poli.blogspot.com/
P 5127 KEWANGAN PERNIAGAAN (vi)

PERNYATAAN TUJUAN

Modul ini disediakan untuk kegunaan pelajar-pelajar Semester 5 bagi kursus Diploma

Pengajian Perniagaan dan Semester 6 bagi kursus Diploma Akauntasi dan Diploma

Kewangan dan Perbankan di Jabatan Perdagangan, Politkenik Ungku Omar. Ianya

bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang sesuatu unit, ke arah

pembelajaran kendiri atau dengan bimbingan pensyarah.

PRA SYARAT KEMAHIRAN DAN PENGETAHUAN

Pra-syarat untuk mengikuti modul ini adalah lulus dalam semua matapelajaran semester

sebelumnya.

OBJEKTIF AM
Di akhir modul ini, pelajar-pelajar akan dapat:-

o Mempelajari dan memahami peranan pengurusan kewangan, pengurus

kewangan dan objektif firma. Mengetahui perbezaan di antara objektif

memaksimumkan keuntungan dan objektif memaksimumkan kekayaan serta

pengukur pencapaian objektif firma.

http://modul2poli.blogspot.com/
P5127 KEWANGAN PERNIAGAAN (vii)

o Mempelajari dan memahami konsep dan ukuran pulangan serta risiko dan

menjelaskan hubungan antara risiko dan pulangan.

o Menyelesaikan nisbah-nisbah kewangan mengikut kategori dan kegunaan

nisbah-nisbah kewangan serta had-had penggunaannya.

o Mempelajari dan memahami polisi-polisi modalkerja, pengurusan tunai dan

sekuriti boleh pasar, pengurusan penghutang dan pengurusan inventori.

o Mempelajari dan memahami jenis-jenis kredit jangka pendek dan kos

pembiayaan kredit. Memahami sumber-sumber pembiayaan jangka panjang

saham biasa, bon, saham keutamaan.

o Mempelajari dan memahami konsep belanjawan modal dan kaedah-kaedah

penilaian projek. (NPV, IRR, TBB, PI). Mengetahui perbandingan kaedah-

kaedah penilaian projek

o Mempelajari dan memahami konsep leveraj dan kaitan dengan risiko

perniagaan dan risiko kewangan. Mengetahui pengiraan leveraj operasi,

leveraj kewangan dan leveraj gabungan serta kesan ke atas EBIT dan EPS.

PERALATAN DAN SUMBER YANG PERLU DIGUNAKAN BERSAMA

MODUL.

1. Kalkulator

2. Jadual Nilai Kini dan Nilai Kini Anuiti

3. Formula

http://modul2poli.blogspot.com/
P5127 KEWANGAN PERNIAGAAN (viii)

RUJUKAN

1. Eugene, F. Brigham, Fundamentals of Financial Management, Fourth Edition,

The Dryden Press.

2. James C. Van Horne, Asas Pengurusan Kewangan, Dewan Bahasa dan Pustaka

1987.

3. Faudziah Zainal Abidin, Faizah Ismail dan Nasruddin Zainuddin, Prinsip

Pengurusan Kewangan, Mei 2000, Prentice Hall.

4. Arthur J. Keown, David F. Scoot Jr, John, Basic Financial Management, Third

Edition, Prentice Hall of India 1985.

5. Van Hoore, Financial Management and Policy, Prentice Hall of India. Dewan

Bahasa dan Pustaka 1986.

6. Emile Woolf, Suresh Tanna, Koram Singh, Financial Management, Mac

Donald& Evans.

http://modul2poli.blogspot.com/
P 5127/ UNIT 1/ 1
PENGURUSAN KEWANGAN-PENGENALAN

OBJEKTIF

Objektif Am:

Mempelajari dan memahami peranan pengurusan kewangan, pengurus kewangan dan


objektif firma. Mengetahui perbezaan di antara objektif memaksimumkan keuntungan
dan objektif memaksimunkan kekayaaan serta pengukur pencapaian objektif firma.

Objektif Khusus:
Di akhir unit ini, anda sepatutnya dapat:
o Menghuraikan peranan pengurusan kewangan.
o Menghuraikan objektif firma.
o Membezakan antara objektif memaksimumkan untung dan objektif
memaksimumkan kekayaan serta pengukur pencapaian objektif firma.
o Menghuraikan peranan pengurus kewangan di dalam sesebuah
perniagaan.

http://modul2poli.blogspot.com/
P 5127/ UNIT 1/ 2
PENGURUSAN KEWANGAN-PENGENALAN

INPUT

1.0 Pengenalan
Sejak beberapa dekad kebelakangan ini, pengurusan kewangan menjadi begitu
kompleks dalam persekitaran kewangan yang semakin mencabar disertai dengan
perubahan yang pantas. Kewangan ialah bidang yang terlibat dalam penentuan nilai dan
membuat keputusan yang terbaik. Fungsi kewangan ialah untuk mengagih sumber-
sumber termasuk memperoleh, melabur dan mengurus sumber-sumber ini.
Kewangan juga adalah berkaitan dengan proses dan instrumen yang melibatkan
pemindahan wang di antara individu, perniagaan dan kerajaan. Oleh itu, pengurusan
kewangan memerlukan pihak-pihak yang terlibat dengannya berupaya membuat
keputusan dengan tepat dan cepat. Pengurusan kewangan melibatkan penggunaan sumber
dengan cekapnya untuk menaikkan nilai firma serta kekayaan pelaburannya.

1.1 Peranan dan perkembangan pengurusan kewangan


Pengurusan kewangan mengaplikasikan prinsip-prinsip kewangan dalam sesuatu
organisasi untuk mewujudkan dan megekalkan nilai melalui proses membuat keputusan
dan pengurusan sumber yang cekap. Keputusan-keputusan pengurusan kewangan pula
adalah bergantung kepada konsep asas dan prinsip kewangan.
Keputusan-keputusan ini boleh dibahagikan kepada 3 jenis utama: keputusan
pelaburan, keputusan pembiayaan dan keputusan pengurusan. Keputusan pelaburan
adalah di mana pihak pengurusan kewangan membuat keputusan untuk melabur atau
tidak di dalam sesuatu sekuriti manakala keputusan pembiayaan pula di mana pihak
pengurusan kewangan harus membuat keputusan berkenaan dengan bagaimana untuk
membiayai sesuatu pinjaman ke atas pelaburan tersebut. Sama ada pihak pengurusan
ingin membiayai pinjaman tersebut menggunakan pembiayaan jangka pendek atau jangka
panjang.

http://modul2poli.blogspot.com/
P 5127/ UNIT 1/ 3
PENGURUSAN KEWANGAN-PENGENALAN

Keputusan pengurusan pula adalah di mana pihak pengurusan kewangan membuat


keputusan tentang urusan pengurusan syarikat seperti keputusan untuk menggunakan
jenis promosi untuk menarik perhatian pelanggan.

http://modul2poli.blogspot.com/
P 5127/ UNIT 1/ 4
PENGURUSAN KEWANGAN-PENGENALAN

AKTIVITI 1(a)

Ujikan kefahaman anda sebelum meneruskan input selanjutnya.


Sila semak jawapan anda pada maklum balas di halaman berikutnya.

1.1 Huraikan 2 peranan pengurusan kewangan dalam sesebuah syarikat. (4 markah).

http://modul2poli.blogspot.com/
P 5127/ UNIT 1/ 5
PENGURUSAN KEWANGAN-PENGENALAN

MAKLUM BALAS 1(a)

1.1
(i) Mengaplikasikan prinsip-prinsip kewangan dalam sesuatu organisasi,
melalui proses membuat keputusan (2 markah).
(ii) Melalui pengurusan sumber yang cekap. (2 markah).

http://modul2poli.blogspot.com/
P 5127/ UNIT 1/ 6
PENGURUSAN KEWANGAN-PENGENALAN

INPUT

1.2 Objektif Firma

Objektif firma terbahagi kepada 2 iaitu (i) objektif memaksimakan keuntungan firma
dan (ii) objektif memaksimakan kekayaan pemegang saham. Memaksimumkan
keuntungan firma adalah merupakan tujuan utama sesebuah syarikat. Keuntungan firma
menekankan kecekapan penggunaan sumber modal dalam sesebuah syarikat manakala
objektif memaksimumkan kekayaan pula adalah merujuk kepada memaksimakan harga
pasaran saham syarikat tersebut. Terdapat beberapa perbezaan di antara
memaksimumkan kekayaan pemegang saham dan memaksimumkan keuntungan
syarikat.

Teori moden pengurusan kewangan beroperasi atas andaian bahawa matlamat utama
dan yang paling penting bagi sesebuah syarikat ialah untuk memaksimumkan kekayaan
pemegang saham. Pemilikan dalam sesebuah syarikat ditunjukkan dengan pemilikan
saham biasa syarikat. Oleh itu, kekayaan pemegang saham digambarkan oleh harga
pasaran saham syarikat itu dan mengambilkira faktor masa dan risiko.
Objektif memaksimumkan keutungan pula adalah tidak menyeluruh seperti
memaksimumkan kekayaan pemegang saham kerana ia gagal mengambilkira (i)
ketidakpastian atau risiko pulangan dan (ii) masa (timing) pulangan diterima.

http://modul2poli.blogspot.com/
P 5127/ UNIT 1/ 7
PENGURUSAN KEWANGAN-PENGENALAN

AKTIVITI 1(b)

Ujikan kefahaman anda sebelum meneruskan input selanjutnya.


Sila semak jawapan anda pada maklum balas di halaman berikutnya.

1.2 (a) Nyatakan 2 objektif firma. (4 markah).


(b) Bezakan antara objektif memaksimumkan keuntungan firma dengan objektif
memaksimumkan kekayaan pemegang saham. (6 markah)

http://modul2poli.blogspot.com/
P 5127/ UNIT 1/ 8
PENGURUSAN KEWANGAN-PENGENALAN

MAKLUM BALAS 1(b)

1.2 (a)
(i) Memaksimumkan keuntungan-keuntungan firma menekankan kecekapan
penggunaan sumber modal dalam sesebuah syarikat. (2 markah).

(ii) Memaksimumkan kekayaan pemegang saham – memaksimumkan harga pasaran


saham syarikat tersebut. (2 markah).

(b)
(i) Memaksimumkan keuntungan firma – tidak mengambilkira faktor masa dan
risiko. (3 markah)
(ii) Memaksimumkan kekayaan pemegang saham – mengambilkira faktor masa dan
risiko. ( 3 markah).

http://modul2poli.blogspot.com/
P 5127/ UNIT 1/ 9
PENGURUSAN KEWANGAN-PENGENALAN

INPUT

1.3 Fungsi pengurus kewangan


Pengurus kewangan menguruskan perihal aktiviti kewangan syarikat. Di antara
tanggungjawab yang dijalankan adalah analisis dan perancangan kewangan syarikat,
mengurus modal kerja syarikat, mengurus aset tetap syarikat dan menentukan
pembiayaan jangka panjang syarikat.
Tanggungjawab pengurus kewangan ialah untuk mendapatkan dan menggunakan sumber-
sumber kewangan syarikat agar nilai syarikat dapat dimaksimumkan (selaras dengan
objektif syarikat). Berikut ialah beberapa aktiviti tertentu yang dijalankan oleh pengurus
kewangan.

(a) Menjalankan analisis kewangan dan perancangan.


Pengurus kewangan akan menukarkan data kewangan menjadi suatu bentuk yang
boleh digunakan untuk memantau kedudukan kewangan syarikat. Beliau seharusnya
berinteraksi dengan eksekutif-eksekutif lain dalam syariakt bagi merancang dan
membangunkan masa depan syarikat.

(b) Membuat keputusan pelaburan.

Sesebuah syarikat yang berjaya selalunya berkembang dengan pesat. Peningkatan


dalam jualan memerlukan pelaburan dalam bangunan, peralatan dan inventori.
Pengurus kewangan akan membantu dalam menentukan kadar perkembangan
optimum jualan, dan beliau juga seharusnya menentukan campuran dan jenis aset
yang akan diperolehi. Beliau akan menentukan tahap optimum setiap jenis aset
semasa, dan juga jenis aset tetap yang perlu dibeli. Adakah aset tetap yang ada
sekarang ini perlu diganti, diperbaiki atau dilupuskan? Keputusan sebegini adalah

http://modul2poli.blogspot.com/
P 5127/ UNIT 1/ 10
PENGURUSAN KEWANGAN-PENGENALAN

penting kerana ia dapat mempengaruhi kejayaan syarikat dalam mencapai


objektifnya.

(c) Membuat keputusan pembiayaan


Di sini pengurus kewangan akan menentukan campuran terbaik pembiayaan di
antara pembiayaan jangka pendek dan jangka panjang, dan antara pembiayaan
berbentuk pinjaman atau ekuiti. Kemudian barulah beliau akan memilih di antara
berbagai sumber pembiayaan yang ada dan bertepatan dengan masanya selaras
dengan objektif syarikat.

(d) Pemantauan dan pengawalan


Pengurus kewangan seharusnya berinteraksi dengan eksekutif-eksekutif lain
untuk memastikan bahawa syarikat beroperasi dengan efisien. Semua pengurus
seharusnya menyedari bahawa semua keputusan perniagaan mempunyai implikasi
kewangan. Sebagai contoh, keputusan pemasaran akan mempengaruhi jualan dan
secara langsung akan mempengaruhi keperluan pembiayaan.

(e) Berurusan dengan pasaran kewangan.


Tindakan dan keputusan setiap syarikat akan mempengaruhi dan dipengaruhi oleh
pasaran. Oleh itu, pengurus kewangan seharusnya terlibat sama dalam urusniaga
pasaran wang dan modal, di mana di sinilah sumber dana diperolehi, sekuriti
diniagakan, dan pelabur memperolehi keuntungan atau mengalami kerugian.

http://modul2poli.blogspot.com/
P 5127/ UNIT 1/ 11
PENGURUSAN KEWANGAN-PENGENALAN

AKTIVITI 1(c)

Ujikan kefahaman anda sebelum meneruskan input selanjutnya.


Sila semak jawapan anda pada maklum balas di halaman berikutnya.

1.3 Huraikan 4 peranan pengurus kewangan. (8 markah).

http://modul2poli.blogspot.com/
P 5127/ UNIT 1/ 12
PENGURUSAN KEWANGAN-PENGENALAN

MAKLUM BALAS 1(c)

1.3
(i) Menjalankan analisis kewangan dan perancangan.
♦ Menukarkan data kewangan menjadi suatu bentuk yang boleh memantau
kedudukan kewangan syarikat. (1 markah).
♦ Berinteraksi dengan eksekutif syarikat bagfi membuat perancangan dan
membangunkan masa depan syarikat. (1 markah).

(ii) Membuat keputusan pembiayaan.


♦ Pengurus tentukan campuran terbaik pembiayaan di antara pembiayaan
jangka pendek dan jangka panjang. (1 markah).
♦ Pengurus akan memilih di antara berbagai sumber pembiayaanbertepatan
dengan masanya dan objektif syarikat. (1 markah).

(iii) Membuat keputusan pelaburan.


♦ Pengurus membantu dalam menentukan jenis pelaburan. (1 markah).
♦ Pengurus membantu dalam menentukan kadar perkembangan optimum
jualan, belian dan campuran serta jenis aset. (1 markah).

(iv) Pemantauan dan pengawalan.


♦ Pengurus berinteraksi dengan eksekutif untuk memastikan bahawa
syarikat beroperasi dengan efisyen. (1 markah).
♦ Pengurus harus menyedari setiap keputusan perniagaan mempunyai
implikasi kewangan. (1 markah).

http://modul2poli.blogspot.com/
P 5127/ UNIT 1/ 13
PENGURUSAN KEWANGAN-PENGENALAN

PENILAIAN KENDIRI

Anda telah menghampiri kejayaan. Sila cuba semua soalan dalam penilaian kendiri ini
dan semak jawapan anda pada maklum balas yang disediakan.
Jika ada masalah yang timbul, sila berbincang dengan pensyarah anda.
Selamat mencuba semoga berjaya!!

SOALAN 1-1

a. Nyatakan 2 peranan pengurusan kewangan (4 markah).


b. Bezakan objektif memaksimumkan keuntungan firma dengan objektif
memaksimumkan kekayaan pemegang saham ( 6 markah).

http://modul2poli.blogspot.com/
P 5127/ UNIT 1/ 14
PENGURUSAN KEWANGAN-PENGENALAN

MAKLUM BALAS KEPADA PENILAIAN KENDIRI

Adakah anda telah mencuba dahulu?


Jika “YA”, sila semak jawapan anda.

JAWAPAN 1-1

a. (i) Mengaplikasikan prinsip-prinsip kewangan dalam sesuatu organisasi, melalui


proses membuat keputusan. (2 markah).
(ii) Melalui pengurusan sumber yang cekap. (2 markah).

b. (i) Memaksimumkan keuntungan firma – tidak mengambilkira faktor masa dan


risiko. (3 markah).
(ii)Memaksimumkan kekayaan pemegang saham – mengambilkira faktor masa
dan risiko. (3 markah).

http://modul2poli.blogspot.com/
P 5127/ UNIT 2 / 1
PULANGAN DAN RISIKO

OBJEKTIF

Objektif Am:

Memahami maksud dan kadar ukuran pulangan. Mengetahui pentakrifan kadar pulangan
yang dikehendaki dan kadar pulangan yang dijangka. Boleh mengira tahap risiko (sisihan
piawai) dan pulangan dijangka serta ko-varian bagi sesuatu sekuriti.

Objektif Khusus:

Di akhir unit ini, anda sepatutnya dapat:


o Memahami konsep dan maksud ukuran pulangan.
o Memahami maksud kadar pulangan dijangka dan kadar pulangan
dikehendaki.
o Mengira tahap risiko, pulangan dijangka dan ko-varian bagi sesuatu sekuriti.

http://modul2poli.blogspot.com/
P 5127/ UNIT 2 / 2
PULANGAN DAN RISIKO

INPUT

2.0 Pengenalan

Dalam bidang kewangan, risiko dimaksudkan sebagai peluang untuk menghadapi


keuntungan dan kerugian. Ia perlu dititikberatkan ketika usaha untuk mencapai objektif
firma iaitu memperkayakan pemilik saham. Dengan ini nilai risiko perlu di perolehi
sebelum keputusan pelaburan di buat oleh pengurus kewangan.

2.1 Konsep dan Ukuran Pulangan


Pulangan dari segi perakaunan merupakan apa yang tercatat di penyata kewangan iaitu
di Penyata Untung Rugi. Pulangan ini adalah dinyatakan sebagai untung bersih. Tetapi
pulangan terutamanya penggunaannya dalam pengukuran risiko lebih bercorak aliran tunai
di masa depan. Oleh itu, aliran tunai patut digunakan untuk mengukur pulangan dan
bukannya keuntungan perakaunan. Ia digunakan untuk apa saja jenis sekuriti sama ada
saham utama, saham biasa ataupun campuran daripada ini.

http://modul2poli.blogspot.com/
P 5127/ UNIT 2 / 3
PULANGAN DAN RISIKO

AKTIVITI 2(a)

Ujikan kefahaman anda sebelum meneruskan input selanjutnya.


Sila semak jawapan anda pada maklum balas di halaman berikutnya.

2.1 Apakah maksud pulangan yang digunakan untuk mengukur risiko sekuriti?
(2 markah).

http://modul2poli.blogspot.com/
P 5127/ UNIT 2 / 4
PULANGAN DAN RISIKO

MAKLUM BALAS 2(a)

2.1 Pulangan untuk mengukur risiko terutamanya risiko sekuriti ialah aliran tunai
bukannya keuntungan perakaunan. (2 markah)

http://modul2poli.blogspot.com/
P 5127/ UNIT 2 / 5
PULANGAN DAN RISIKO

INPUT

2.2 Kadar Pulangan Yang Dikehendaki dan Kadar Pulangan Dijangka

2.2.1 Kadar Pulangan Yang Dikehendaki


Kadar pulangan yang dikehendaki pelabur ialah kadar minimum yang diperlukan
untuk menarik pelabur membeli atau memegang sesuatu sekuriti tersebut. Ini
dipertimbangkan dengan pelabur mengambilkira kos melepas melaksanakan sesuatu
pelaburan; iaitu, jika pelaburan dibuat, pelabur mesti terlepas pulangan dari pelaburan
yang terbaik berikutnya. Pulangan yang terlepas ini adalah kos dana terlepas dan
merupakan kadar pulangan dikehendaki pelabur.

2.2.2 Kadar Pulangan DiJangka


Pulangan dijangka sesuatu pelaburan itu dihasilkan dalam bentuk aliran tunai,
bukannya “keuntungan perakaunan”. Aliran tunai perlu digunakan untuk mengukur
pulangan. Prinsip ini adalah benar bagi segala bentuk sekuriti sama ada saham biasa,
saham utama atau lain-lain sekuriti.

http://modul2poli.blogspot.com/
P 5127/ UNIT 2 / 6
PULANGAN DAN RISIKO

AKTIVITI 2 (b)

Ujikan kefahaman anda sebelum meneruskan input selanjutnya.


Sila semak jawapan anda pada maklum balas di halaman berikutnya.

2.2 Apakah yang dimaksudkan dengan kadar pulangan yang dikehendaki pelabur.
(2 markah)

http://modul2poli.blogspot.com/
P 5127/ UNIT 2 / 7
PULANGAN DAN RISIKO

MAKLUM BALAS 2 (b)

2.2 Kadar pulangan yang dikehendaki pelabur bermaksud kadar pulangan minimum yang
dikehendaki oleh pelabur untuk mengekalkan sekuriti dalam pegangan atau melabur
dalam sekuriti seterusnya. (2 markah)

http://modul2poli.blogspot.com/
P 5127/ UNIT 2 / 8
PULANGAN DAN RISIKO

INPUT

2.3 Tahap Risiko (sisihan piawai ) dan Kadar Pulangan Dijangka Serta Ko Varian
Bagi Sekuriti.

2.3.1 Mengira Kadar Pulangan Dijangka


Dalam dunia sebenar, mengira alir tunai dijangka adalah amat sukar. Tetapi
adalah perlu untuk mengira kadar pulangan dijangka pelbagai pelaburan dengan risiko
masing-masing. Untuk menerangkannya, berikut ialah contoh:-

Andaikan anda sedang mempertimbangkan pelaburan Jali bernilai RM100 000,


di mana aliran tunai di masa hadapan memegang sekuriti tersebut bergantung
kepada keadaan ekonomi. Maklumat adalah seperti berikut:-

Jadual 2.1 : Peratus kebarangkalian, aliran tunai dan peratus pulangan


Keadaan Kebarangkalian Alir Tunai dari % Pulangan
ekonomi pelaburan
Meleset 0.2 12 000 12%
Biasa 0.5 14 000 14%
Pesat 0.3 16 000 16%

http://modul2poli.blogspot.com/
P 5127/ UNIT 2 / 9
PULANGAN DAN RISIKO

Daripada maklumat ini kita perlu mengira kadar pulangan dijangka. Ia boleh
dikira melalui cara berikut:-

R = R1 P (R1) + R2 P (R2) + ………. + Rn P (Rn )


atau
n
R = ∑ Ri P ( Ri)
i=1

dimana:
⎯R = kadar pulangan dijangka
Ri = pulangan pada keadaan i
P = kebarangkalian pada keadaan i

Dalam contoh di atas:

⎯R = (.2) 12% + (0.5) 14% + (0.3) 16%


= 14.2%

http://modul2poli.blogspot.com/
P 5127/ UNIT 2 / 10
PULANGAN DAN RISIKO

AKTIVITI 2 ( c )

Ujikan kefahaman anda sebelum meneruskan input selanjutnya.


Sila semak jawapan anda pada maklum balas di halaman berikutnya.

2.3 Karim sedang mempertimbangkan untuk membuat pelaburan di dalam sekuriti yang
mempunyai taburan kebarangkalian dan pulangan seperti berikut:

Kebarangkalian 0.10 0.20 0.30 0.30 0.10


Kemungkinan Pulangan -0.10 0.00 0.10 0.20 0.30

Kirakan:
i. Kadar pulangan dijangka. ( 2 markah)

http://modul2poli.blogspot.com/
P 5127/ UNIT 2 / 11
PULANGAN DAN RISIKO

MAKLUM BALAS 2 ( c)

2.3 R = (0.10) (-0.10) + (0.20) (0.0) + (0.30) (0.10) + (0.30) (0.20) + (0.10) (0.30)
= 11 % ( 2 markah).

http://modul2poli.blogspot.com/
P 5127/ UNIT 2 / 12
PULANGAN DAN RISIKO

INPUT

2.3.2 Sisihan Piawai (Risiko)


Risiko ialah potensi alirtunai di masa depan yang mempunyai pelbagai kemungkinan
keadaannya. Semakin luas kemungkinan keadaan berlaku, semakin tinggi risiko. Untuk
memahami risiko dengan lebih mendalam, pertimbangkan 2 jenis pelaburan:-

1. Pelaburan ke atas Bil Perbendaharaan Kerajaan yang menjanjikan pulangan


tahunan 7%. Sekiranya kita memegang bil ini, kita akan dijanjikan tidak lebih
dan tidak kurang 7%. Oleh itu, risiko untuk kerugian tidak wujud (ataupun risko
0) kerana ia dijamin oleh kerajaan.
2. Pelaburan kedua melibatkan contoh di muka surat 8 iaitu pelaburan Jali:

Jadual 2.2 : Peratus kebarangkalian, aliran tunai dan peratus pulangan


Keadaan Kebarangkalian Alir Tunai dari pelaburan % Pulangan
ekonomi
Meleset 0.2 12 000 12%
Biasa 0.5 14 000 14%
Pesat 0.3 16 000 16%

Kadar pulangan dijangka ialah 14.2%. (R = 14.2%).

http://modul2poli.blogspot.com/
P 5127/ UNIT 2 / 13
PULANGAN DAN RISIKO

Membandingkan pelaburan Bil Perbendaharaan yang menawarkan 7% pulangan, sedangkan


pelaburan Jali adalah 14.2%, tetapi dalam pelaburan Jali adalah lebih berisiko; iaitu, adalah
lebih tinggi ketidak ketentuan ke atas keputusan akhir. Ini bermaksud, terdapat lebih
pelbagaian ke atas kemungkinan pulangan dan ini adalah lebih berisiko. Walaupun pulangan
daripada pelaburan Jali adalah lebih tidak pasti dibandingkan dengan Bil Perbendaharaan,
pengukuran ke atas risiko amat perlu kerana kadangkala perbezaan antara 2 pelaburan tidak
jelas. Pengukuran ini dilakukan melalui sisihan piawai:

n
σ = √ ∑ (Ri - ⎯R)2 P (Ri )
i=1

di mana:
n = bilangan kemungkinan
Ri = nilai kadar pulangan yang ke i.
⎯R = kadar pulangan dijangka
P ( Ri ) = kebarangkalian kemungkinan pulangan ke i akan berlaku

Untuk pelaburan Jali:-

σ = √ (12% - 14.2%) 0.2 + (14%-14.2%) 0.5 + (16% - 14.2%) 0.3


= √ 2.14
= 1.4 %

Oleh itu, untuk menilai sesuatu sekuriti itu perlulah membuat perbandingan. Sekiranya
sesuatu sekuriti itu mempunyai kadar pulangan yang sama dengan pelaburan Jali iaitu
14.2% tetapi mempunyai sisihan piawai yang lebih tinggi misalnya, maka adalah jelas
pelaburan Jali adalah lebih baik kerana risiko (sisihan piawai) Jali adalah lebih rendah.

http://modul2poli.blogspot.com/
P 5127/ UNIT 2 / 14
PULANGAN DAN RISIKO

AKTIVITI 2 (d)

Ujikan kefahaman anda sebelum meneruskan input selanjutnya.


Sila semak jawapan anda pada maklum balas di halaman berikutnya.

2.4 Soalan adalah seperti di muka surat 10:

Karim sedang mempertimbangkan untuk membuat pelaburan di dalam sekuriti yang


mempunyai taburan kebarangkalian dan pulangan seperti berikut:

Kebarangkalian 0.10 0.20 0.30 0.30 0.10


Kemungkinan Pulangan -0.10 0.00 0.10 0.20 0.30

Kadar pulangan dijangka ialah 11% (R= 11%).

i. Kirakan sisihan piawai. ( 4 markah)

http://modul2poli.blogspot.com/
P 5127/ UNIT 2 / 15
PULANGAN DAN RISIKO

MAKLUM BALAS 2 (d)

i. σ = √ (-0.10 - 0.11) 0.10 + (0.0 - 0.11) 0.20 + (0.10 – 0.11) 0.30 +

√ (0.20 – 0.11) 0.30 + (0.30 – 0.11) 0.10

= √ 129

= 11.36 % (4 markah).

http://modul2poli.blogspot.com/
P 5127/ UNIT 2 / 16
PULANGAN DAN RISIKO

INPUT

2.3.3 Ko-Varian (Koefisien Variasi)


Kadangkala sisihan piawai sebagai mengukur risiko juga tidak dapat memutuskan
pilihan yang patut dibuat. Bagaimanakah kita perlu memilih sekiranya perlu
mempertimbangkan 2 pelaburan yang saling menyingkir sekiranya satu projek itu
memberi pulangan dijangka yang lebih tinggi tetapi juga mempunyai sisihan piawai
lebih tinggi. Satu penyelesaian kepada masalah ini ialah membandingkan ko-varian
kedua-dua pelaburan. Ko-varian adalah dikira seperti berikut:-

σ
CV = ------
⎯R

di mana:
CV = ko-varians
σ = sisihan piawai
⎯R = kadar pulangan dijangka

Ko-varian menunjukkan amaun risiko per ringgit kadar pulangan dijangka. Oleh
itu, lebih rendah ko-varian adalah lebih baik.

http://modul2poli.blogspot.com/
P 5127/ UNIT 2 / 17
PULANGAN DAN RISIKO

Contoh (berdasarkan pelaburan Jali pada muka surat 12):

Jadual 2.3 : Peratus kebarangkalian, aliran tunai dan peratus pulangan


Keadaan ekonomi Kebarangkalian Alir Tunai dari pelaburan % Pulangan
Meleset 0.2 12 000 12%
Biasa 0.5 14 000 14%
Pesat 0.3 16 000 16%

Kadar pulangan dijangka ialah 14.2%. (R = 14.2%).

Sisihan piawai adalah 1.46% (σ = 1.46%)

CV = σ

1.4 6%
= ------
14.2 %

= 0.1028

http://modul2poli.blogspot.com/
P 5127/ UNIT 2 / 18
PULANGAN DAN RISIKO

AKTIVITI 2 (e)

Ujikan kefahaman anda sebelum meneruskan input selanjutnya.


Sila semak jawapan anda pada maklum balas di halaman berikutnya.

2.5 Soalan adalah tentang pelaburan Karim seperti di muka surat 14:

Karim sedang mempertimbangkan untuk membuat pelaburan di dalam sekuriti yang


mempunyai taburan kebarangkalian dan pulangan seperti berikut:

Kebarangkalian 0.10 0.20 0.30 0.30 0.10


Kemungkinan Pulangan -0.10 0.00 0.10 0.20 0.30

Kadar pulangan dijangka ialah 11% (R= 11%).


Sisihan piawai adalah 11.36 (σ = 11.36)

i. Kirakan ko-varian untuk pelaburan Karim. ( 2 markah).

http://modul2poli.blogspot.com/
P 5127/ UNIT 2 / 19
PULANGAN DAN RISIKO

MAKLUM BALAS 2(e)

σ
i. CV = -----
R

11.36
= ----------
11

= 1.03 ( 2 markah).

http://modul2poli.blogspot.com/
P 5127/ UNIT 2 / 20
PULANGAN DAN RISIKO

PENILAIAN KENDIRI

Anda telah menghampiri kejayaan. Sila cuba semua soalan dalam penilaian kendiri ini dan
semak jawapan anda pada maklum balas yang di sediakan.
Jika ada masalah yang timbul, sila berbincang dengan pensyarah anda.
Selamat mencuba semoga berjaya!!!

SOALAN 2-1
Andaikan anda sedang mempertimbangkan pelaburan yang menghadapi keadaan ekonomi
yang berbeza di tahun mendatang. Tiga keadaan ekonomi boleh berlaku; ekonomi pesat
dengan keberangkalian 0.4; ekonomi sederhana dengan kebarangkalian 0.5; dan ekonomi
meleset dengan kebarangkalian 0.1. Tiga alternatif setahun yang memberikan pulangan
seperti berikut:-

Keadaan ekonomi Kebarangkalian Hasil Pelaburan


A B C
Pesat 0.4 3000 2800 3200
Sederhana 0.5 2700 2300 2500
Meleset 0.1 2200 2000 1900

i. Kirakan
ii. Risiko dan pulangan dijangka bagi setiap alternatif pelaburan tersebut.
Pelaburan dalam alternatif manakah yang menjadi pilihan anda? ( 25 markah)

http://modul2poli.blogspot.com/
P 5127/ UNIT 2 / 21
PULANGAN DAN RISIKO

MAKLUM BALAS KEPADA PENILAIAN KENDIRI

Adakah anda telah mencuba dahulu?


Jika “YA”, sila semak jawapan anda.

JAWAPAN 2-1
Pelaburan A
Pulangan dijangka ⎯Xa = .4 (3 000) + .5 (2 700) + .1 (2 000)
= 1 200 + 1 350 + 200
= 2 750 (2 markah)

Sisihan Piawai, σA = √.4 (3 000 – 2 750) 2 + .5 (2 700 – 2 750)2 + .1 (2 000 – 2 750)2

= √2 5000 + 1 250 + 56 250

= √ 82 500

= 287 ( 4 markah)

Ko-varian, CV = 287 = 0.1044 ( 1 markah)


2 750
Pelaburan B
Pulangan dijangka , ⎯XB = 0.4 (2 800) + 0.5 (2 300) + 0.1 (2 000)
= 1 120 + 1 150 + 200
= 2 470 ( 2 markah)

Sisihan Piawai, σB = √ 0.4 (2 800 – 2 470)2 + 0.5 (2 300 – 2 470)2 + 0.1 (2 000 – 2 470)2

= √ 43 560 + 14 450 + 22 090

= √80 100
= 283 ( 4 markah)

http://modul2poli.blogspot.com/
P 5127/ UNIT 2 / 22
PULANGAN DAN RISIKO

Ko-varian, CV = 283
2 470

= 0.1146 ( 1 markah)

Pelaburan C

Pulangan dijangka, ⎯X = 0.4 (3 200) + 0.5 (2 500) + 0.1 (1 900)


= 1 280 + 1 250 + 190
= 2 720 ( 2 markah)

Sisihan Piawai, σC = √ 0.4 (3 200 – 2 720)2 + 0.5 (2 500 – 2 720)2 + 0.1 (1 900 – 2 720)2

= √ 92 160 + 24 200 + 67 240

= √ 183 600
= 428 ( 4 markah)

Ko-varian, CV = 428
0.1574
= 0.1574 ( 1 markah)

Berasaskan kepada perbandingan risiko per ringgit jangkaan pulangan, pelaburan A patut
dipilih kerana ia mempunyai ko-varian yang paling rendah. (4 markah)

http://modul2poli.blogspot.com/
P 5127/ UNIT 3/ 1
PULANGAN DAN RISIKO

OBJEKTIF

Objektif Am:
Mempelajari dan memahami pengiraan nilai dan kadar pulangan dijangka bagi sekuriti serta
mengetahui jenis-jenis risiko dan perkaitan antara risiko dan pulangan.

Objektif Khusus:
Di akhir unit ini, anda sepatutnya dapat :
o Mengira nilai bagi sekuriti-sekuriti - bon, saham utama dan saham
biasa.
o Mengira kadar pulangan yang di jangka bagi sekuriti-sekuriti - bon,
saham utama dan saham biasa .
o Menerangkan jenis-jenis risiko dan perkaitan antara risiko dan
pulangan.

http://modul2poli.blogspot.com/
P 5127/ UNIT 3/ 2
PULANGAN DAN RISIKO

INPUT

3.0 Pengenalan
Konsep nilai yang di gunakan dalam penilaian sekuriti-sekuriti kewangan ini adalah
berdasarkan nilai intrinsik. Ini kerana penganalisis kewangan percaya bahawa nilai
intrinsik meletakkan sesuatu aset pada nilai sebenar. Penilaian sekuriti-sekuriti ini
mengambilkira tempoh matang sesuatu sekuriti, pulangan perlu pelabur dan kadar kupon
serta jumlah aliran tunai sesuatu sekuriti.

3.1 Penilaian Sekuriti-Sekuriti Kewangan- Bon, Saham Terutama dan Saham


Biasa.
3.1.1. Penilaian Bon
Bon ialah sekuriti hutang jangkapanjang yang dikeluarkan oleh sesebuah
organisasi, sama ada daripada sektor swasta mahupun awam yang menjanjikan
kepada pemegangnya bayaran semula amaun pokok pada tarikh matang di samping
bayaran faedah yang tetap secara berkala berasaskan kadar kupon bon tersebut.

Proses penilaian bon mengambilkira:


o jumlah aliran tunai
o tempoh matang bon
o kadar kupon
o pulangan perlu pelabur

http://modul2poli.blogspot.com/
P 5127/ UNIT 3/ 3
PULANGAN DAN RISIKO

Secara ringkasnya, aliran tunai yang diterima oleh pelabur boleh digambarkan dengan
garisan masa seperti berikut:

Jadual 3.1: Aliran tunai digambarkan dengan masa

0 1 2 3 4 5 n-1 n

I I I I I I M

I = amaun faedah
M = nilai muka bon
n = bilangan tempoh bon akan matang

Oleh kerana penilaian sekuriti kewangan menggunakan konsep nilai intrinsik maka nilai
bon adalah nilai kini aliran tunai yang diterima oleh penilai atau pemegang bon
berkenaan.
Pembayaran faedah bon dilakukan menggunakan 2 cara:
i) pembayaran faedah setiap tahun
ii) pembayaran faedah setengah tahun

i) Pembayaran faedah setiap tahun.


Penilaian bon:

Formula
Nilai bagi bon biasa boleh dirumuskan seperti berikut:

I I I M
Vb = + +………+ +
1 2 n n
(1+i) (1+i) (1+i) (1+i)

http://modul2poli.blogspot.com/
P 5127/ UNIT 3/ 4
PULANGAN DAN RISIKO

Bon merupakan sekuriti kewangan berpendapatan tetap. Faedah (I) yang


ditentukan oleh kadar kupon yang tetap akan menghasilkan aliran tunai yang sekata.
Oleh kerana faedah ini diterima oleh pemegang bon pada jarak tempoh yang sama,
faedah yang diterima itu merupakan satu anuiti. Dengan itu persamaan di atas di
ringkaskan seperti berikut:

Vb= Σ 1 M
+
t n
(1+i) (1+i)

Pengiraan nilai bon yang membayar faedah setiap tahun menggunakan persamaan di atas
boleh menggunakan jadual nilai kini seperti di bawah:

Vb= I (PVIFAi ,n) + M (PVIFi, n)

Simbol-simbol yang digunakan dalam persamaan di atas melambangkan makna berikut:

Vb = nilai bon
I = amaun faedah
i = kadar pulangan yang diperlukan
M = nilai muka bon
n = bilangan tempoh bon akan matang
PVIF = faktor faedah nilai kini
PVIFA = faktor faedah nilai kini bagi anuiti

http://modul2poli.blogspot.com/
P 5127/ UNIT 3/ 5
PULANGAN DAN RISIKO

Pengiraan faedah bagi bon adalah menggunakan persamaan seperti di bawah:

Faedah = nilai par bon (nilai muka bon) x kadar kupon bon

Contoh : Pengiraan nilai bon (faedah dibayar setiap tahun)


Syarikat Maju Jaya Bhd telah menerbitkan bon yang mana harga pasarannya pada masa
itu ialah RM 1100.00. Bon tersebut mempunyai nilai par RM1,000 dan kadar kupon bon
adalah 14% di buat secara tahunan. Bon tersebut di jangka matang dalam masa 10 tahun.
Bon jenis ini di jangkakan kadar pulangan perlunya adalah 12%.

Penyelesaian
Pengiraan faedah: I= (1000x14%)=RM 140.00
Pengiraan menggunakan persamaan ( jadual nilai kini)
Vb= I (PVIFA i , n ) + M ( PVIF i, n )
= RM140(PVIFA 12%, 10 ) + 1000 (PVIF 12% , 10 )
=140(5.6502) + 1000( 0.3220 )
= RM 791.028+322
= RM 1113.03

Kesimpulan: Dari pengiraan di atas di dapati nilai bon Syarikat Maju Jaya Bhd ialah
RM 1,113.03. Ini bermakna, bagi pelabur yang mempunyai kadar pulangan perlu
setinggi 12%, RM 1,113.03 adalah nilai yang sewajarnya bagi bon tersebut. Jika bon
tersebut di jual di pasaran pada harga yang lebih tinggi daripada bon tersebut, ia di
anggap mahal oleh pelabur. Oleh itu pelaburan ke atas bon tersebut adalah tidak wajar
kerana pada pandangannya nilai bon tersebut sepatutnya RM 1,113.03 . Tetapi jika
harga pasaran semasa bon tersebut lebih rendah daripada RM 1, 113.03 pembelian bon
ini merupakan pelaburan yang baik kerana harganya adalah lebih murah daripada nilai
hakiki bon tersebut iaitu RM 1, 113.03.

http://modul2poli.blogspot.com/
P 5127/ UNIT 3/ 6
PULANGAN DAN RISIKO

Contoh: ii) Pembayaran faedah setengah tahun (lebih kerap dalam setahun).
Contoh (i) di atas mengandaikan faedah dibayar secara tahunan. Tetapi dalam keadaan
sebenar, kebanyakan bon membayar faedah lebih daripada sekali dalam setahun.
Apabila pemegang bon menerima faedah yang lebih kerap, kaedah penilaian bon perlu di
ubahsuai seperti berikut:

Vb= I (PVIFA i/m , mn) + M (PVIF i/m , mn )

m= bilangan pembayaran faedah dalam setahun.

Contoh : Pengiraan nilai bon ( faedah dibayar lebih kerap dalam setahun )
Syarikat XYZ menerbitkan bon yang mempunyai kadar kupon sebanyak 9% dan nilai par
bon sebanyak RM 1000. Pnjaman ini akan matang selama 6 tahun dari sekarang dan
kadar pulangan yang diperlukan oleh pelabur ialah 8% pada masa itu. Jika faedah
dibayar setiap setengah tahun, berapakah nilai bon tersebut?

Penyelesaian:
Pengiraan faedah: (RM1000 x 6/12 tahun x 9% ) = RM 45.00 (untuk setengah tahun)

Pengiraan menggunakan persamaan ( jadual nilai kini)

Vb= I (PVIFA i /m , mn ) + M ( PVIF i/m, mn )


= 45 (PVIFA , 8/2 , 2 x 6 ) + 1000 (PVIF 8/2 ,2x6 )
= 45 ( 9.3852 ) + 1000 ( 0.6246 )
= RM 1046.93

http://modul2poli.blogspot.com/
P 5127/ UNIT 3/ 7
PULANGAN DAN RISIKO

Nota Tambahan:
(i) Apabila kadar pulangan perlu bon adalah bersamaan dengan kadar kupon bon,
bon tersebut akan dijual pada nilai par.
(ii) Kadar pulangan perlu bon adalah sentiasa berubah, tetapi kadar kupon bon akan
tetap setelah bon diterbitkan. Apabila kadar pulangan perlu bon lebih daripada
kadar kupon bon, harga bon akan menjadi lebih rendah daripada nilai par bon.
Bon jenis ini dipanggil diskaun bon.
(iii) Apabila kadar pulangan perlu bon kurang daripada kadar kupon bon, harga bon
akan menjadi lebih tinggi daripada nilai par bon. Bon jenis ini di panggil
premium bon.

http://modul2poli.blogspot.com/
P 5127/ UNIT 3/ 8
PULANGAN DAN RISIKO

3.1.2 Penilaian Saham Terutama


Saham terutama mempunyai ciri-ciri hutang, bon dan saham biasa. Saham
terutama tidak mempunyai tarikh matang dan ia tidak di jamin pembayaran dividen
walaupun saham terutama mendapat peruntukan tetap dari segi pembayaran
dividen. Tuntutan terhadap dividen dalam saham terutama adalah kumulatif
bermakna jika dividen di janjikan tidak dapat di bayar kepada pemegang saham
biasa sehingga tunggakan dividen saham terutama di bayar terlebih dahulu
termasuk yang belum di bayar pada tahun-tahun kebelakangan tersebut. Setelah
dividen di bayar kepada pemegang saham terutama barulah pemegang saham biasa
di bayar dividen .

Penilaian saham terutama:


Formula:

Vps = D
Rps

Simbol-simbol yang di gunakan dalam persamaan di atas melambangkan


makna-makna berikut:

Vps = nilai saham terutama


D = dividen yang diterima pada akhir tempoh
Rps = kadar pulangan yang diperlukan bagi saham terutama.

http://modul2poli.blogspot.com/
P 5127/ UNIT 3/ 9
PULANGAN DAN RISIKO

Contoh :
Saham terutama Syarikat. Maju Mundur kini dijual pada harga RM 85.00.
Saham itu menghasilkan dividen sebanyak RM 11.00 setiap tahun kepada
pemegangnya. Manakala kadar pulangan perlu 12%. Apakah nilai saham
terutama Syarikat Maju Mundur tersebut?
Penyelesaian:
Vps= RM11.00
0.12
= RM 91.67
Kesimpulan: Harga pasaran saham tersebut adalah RM85.00 manakala pelabur
menilai RM 91.67 ini bermakna keadaan ini menggalakkan pelabur untuk
membeli saham tersebut kerana saham ini dianggap murah berbanding nilai
sebenar.

3.1 .3 Penilaian Saham Biasa


Saham biasa adalah instrumen kewangan yang melambangkan pemilikan ke atas
syarikat. Pemegang saham biasa sesebuah syarikat adalah pemilik sebenar syarikat itu.
Pemegang saham ini tidak dijamin apa-apa perolehan pulangan tetapi akan mendapat
perolehan dividen sekiranya syarikat mendapat keuntungan.

Penilaian saham biasa (pegangan untuk satu tempoh)


Formula
Vcs = D 1 + P1
1 1

(1+Rcs) (1+Rcs)

Simbol-simbol yang di gunakan dalam persamaan di atas melambangkan makna-


makna berikut:

http://modul2poli.blogspot.com/
P 5127/ UNIT 3/ 10
PULANGAN DAN RISIKO

Vcs = nilai saham biasa


D1 = dividen yang diterima pada akhir tempoh
P1 = harga saham yang dijangka pada akhir tempoh
Rcs = kadar pulangan yang di perlukan bagi saham ini.

Penilaian saham biasa (Kadar pertumbuhan sifar)


Apabila kadar pertumbuhan dividen dikatakan sifar, ini bermakna tidak
ada peningkatan dividen yang berlaku. Dividen yang akan diterima pada masa
akan datang di jangkakan sama dengan dividen yang telah dibayar pada tahun
lepas. Ini bermakna pemegang saham akan menerima dividen yang sama pada
tahun kedua dan ketiga serta tahun-tahun seterusnya.
Formula:
Vcs= D
Rcs

Contoh: Penilaian saham biasa (Kadar pertumbuhan sifar)


Sejak beberapa tahun yang lalu Syarikat. Binajaya telah membayar dividen
tahunan sebanyak RM0.50 sesaham dan ia dijangka akan terus membayar dividen
yang sama untuk tempoh yang tidak dapat dipastikan. Sekiranya kadar pulangan
perlunya 15%, apakah nilai saham syarikat tersebut?

Penyelesaian:
Vcs= D
Rcs
= 0.50/ 0. 15
= RM 3.33

http://modul2poli.blogspot.com/
P 5127/ UNIT 3/ 11
PULANGAN DAN RISIKO

Penilaian Saham Biasa (Kadar pertumbuhan malar/ konstan)


Tidak semua dividen akan mengalami kadar pertumbuhan yang sama
setiap tahun. Jika dividen mengalami pertumbuhan positif, dividen akan
meningkat pada kadar pertumbuhan tersebut. Dividen pada masa depan adalah
dividen yang lepas ditambah dengan peningkatan mengikut kadar yang
dinyatakan. Di dalam bentuk persamaan pengiraan adalah seperti formula di
bawah:

Formula:
D1 = Do ( 1+g)

Vcs= D1
Rcs-g

Simbol-simbol yang di gunakan dalam persamaan di atas melambangkan makna-


makna berikut:

D1 = dividen tahun pertama


Do = dividen sekarang
g= kadar pertumbuhan dividen

Daripada formula di atas, didapati bahawa dividen pada tahun ini adalah dividen
pada tahun lepas yang telah ditambahkan dengan peningkatannya mengikut kadar
pertumbuhan dividen yang di berikan.

http://modul2poli.blogspot.com/
P 5127/ UNIT 3/ 12
PULANGAN DAN RISIKO

Contoh: Penilaian saham biasa (kadar pertumbuhan konstan atau malar)


(i) Syarikat Putraputri telah membayar dividen sebanyak RM 0.35 persyer baru-
baru ini. Dividen ini dijangka akan meningkat pada kadar 7% setahun dari
sekarang. Apakah dividen yang dijangkakan pada tahun hadapan?
(ii) Syarikat ini membayar dividen tahun ke dua dengan menggunakan dividen
tahun pertama yang ditambahkan dengan peningkatannya di mana kadar
pertumbuhannya kekal sebanyak 7%. Tentukan dividen tahun ke dua syarikat
tersebut dan kirakan nilai saham tersebut jika kadar pulangan perlu saham
tersebut adalah 14%.

Penyelesaian
(i) D1 = 0.35 (1+0.07)
=RM 0.37

(ii) D2= D1(1+g)


= 0.37 (1+ 0.07)
= RM0.40

Nilai saham ialah:

Vcs = D2
Rcs-g
= D2(1+g)
Rcs –g
= 0.40(1.07) = RM 6.11
0.14-0.07

http://modul2poli.blogspot.com/
P 5127/ UNIT 3/ 13
PULANGAN DAN RISIKO

AKTIVITI 3 (a)

Ujikan kefahaman anda sebelum meneruskan input selanjutnya.


Sila semak jawapan anda pada maklum balas di halaman berikutnya.

3.1.1 Bon Syarikat XYZ mempunyai tempoh matang selama 15 tahun dan nilai par
sebanyak RM1,000 dengan kadar faedah sebanyak 14% setahun. Harga pasaran
bon ialah RM1,085. Bon ini mempunyai kadar pulangan perlu sebanyak 15%.
Kirakan nilai bon tersebut. (3markah)

3.1.2 Syarikat ABC mempunyai saham terutama (nilai par RM100) yang dijual pada
harga RM95.00 dan membayar dividen tahunan RM13.00. Kadar pulangan perlu
bagi saham ini ialah 15%. Kirakan nilai saham terutama tersebut. (3markah)

3.1.3 Syarikat RXZ mempunyai saham biasa (nilai par RM20.00) yang mana baru-baru
ini telah membayar dividen tahunan sebanyak 10%. Kadar pertumbuhan dividen
adalah konstan iaitu pada kadar 8%. Saham tersebut mempunyai kadar pulangan
sebanyak 20%. Kirakan nilai saham tersebut. (4 markah)

http://modul2poli.blogspot.com/
P 5127/ UNIT 3/ 14
PULANGAN DAN RISIKO

MAKLUM BALAS 3 (a)

3.1.1 Vb=I(PVIFA i,n) +M(PVIF i,n)


140(5.8474)+1000(0.1229)
RM=941.54 (3 markah)

3.1.2 Vps = D
Rps
Vps = 13.00
0.15
=RM 86.67 (3 markah)

3.1.3 D1=D0 (1+g)


=2 (1+0.08)
=2.16 ( 2 markah)
Vcs=D1 / Rcs-g
Vcs= 2.16 /20%-8%
Vcs=RM 18.00 (2 markah)

http://modul2poli.blogspot.com/
P 5127/ UNIT 3/ 15
PULANGAN DAN RISIKO

INPUT

3.2 Kadar Pulangan Di Jangka Bagi Sekuriti


Kadar pulangan dijangka ditentukan sebelum sesuatu keputusan dibuat. Kadar ini
dapat dianggarkan sama ada berdasarkan harga-harga yang pernah dicapai oleh saham
tersebut pada masa lalu, dengan andaian arah aliran harga tersebut akan stabil untuk
menjangka harga masa hadapan dan kebarangkalian pulangan yang akan diperolehi dalam
keadaan-keadaan tersebut.
Kadar pulangan dijangka akan dibandingkan dengan kadar pulangan perlu pelabur
dan sesuatu pelaburan akan hanya dilaksanakan sekiranya kadar pulangan dijangka sekurang-
kurangnya sama atau melebihi kadar pulangan perlu pelabur.

3.2.1 Bon
Anda telah pun mempelajari dalam unit ini cara untuk mengira nilai bagi
sekuriti –sekuriti seperti bon, saham terutama dan saham biasa. Pelabur yang
melabur dalam aset-aset tersebut, mengharapkan satu pulangan dalam bentuk
penerimaan aliran tunai pada masa hadapan. Beliau juga mengharapkan pulangan
yang diperoleh mestilah tidak kurang daripada pulangan yang boleh didapati daripada
pelaburan lain yang mempunyai risiko yang setara. Beliau mempunyai matlamat dari
segi pulangan yang diperlukan dan kadar inilah yang akan membantunya dalam
membuat sesuatu keputusan pelaburan.
Kadar pulangan yang dijangka atau kadar hasil hingga matang (YTM) oleh
pemegang-pemegang bon ini, merupakan kadar pulangan yang diperoleh sekiranya
bon tersebut dipegang hingga ke tarikh matang.

http://modul2poli.blogspot.com/
P 5127/ UNIT 3/ 16
PULANGAN DAN RISIKO

Kadar pulangan dijangka, Rb, adalah kadar yang menjadikan nilai bon
bersamaan dengan harga pasaran. Kadar ini boleh didapati dengan menggunakan
persamaan penilaian bon iaitu :

Vb = I ( PVIFA Rb, n ) + M ( PVIF Rb, n )

di mana , Vb = harga semasa bon.


Rb = kadar pulangan dijangka atau YTM yang akan dikira.
I = amaun faedah
n = bilangan tempoh bon akan matang
M = nilai muka bon

PVIF = faktor faedah nilai kini


PVIFA = faktor faedah nilai kini bagi anuiti

Pengiraan bagi kadar ini tidak dapat ditentukan secara langsung tetapi
memerlukan penggunaan kaedah cuba jaya ( trial and error method ) iaitu
beberapa kadar akan digunakan sehingga persamaan ini memberikan harga
bon tersebut.
Contoh :
Bon Trimax Berhad yang akan matang 20 tahun lagi kini berada di pasaran
dengan harga RM 945.00. Bon bernilai muka RM 1,000 ini mempunyai
kadar kupon 9% dengan bayaran faedah secara tahunan. Kirakan kadar
pulangan dijangka bagi bon Trimax Berhad.
Penyelesaian :
Dalam soalan di atas, yang dikehendaki ialah kadar diskaun yang digunakan
bagi menilaikinikan semua faedah serta nilai muka bon supaya jumlahnya
bersamaan dengan harga. Oleh itu :-
• Faedah = Kadar kupon x Nilai muka bon
= 9 % x RM 1000
= RM 90.00 ( setiap tahun sepanjang 20 tahun )
• Nilai muka bon ialah RM 1,000 pada akhir tahun kedua puluh.

http://modul2poli.blogspot.com/
P 5127/ UNIT 3/ 17
PULANGAN DAN RISIKO

Dengan menggunakan kaedah cuba jaya, nilai bon akan dikira menggunakan
kadar diskaun 9% . Ini adalah berasaskan kepada anggaran kadar yang
diperolehi dengan menggunakan formula berikut :
R b = I + ( M - Vb ) / N
__________________
( M + Vb ) / 2

= RM 90 + ( 1000 - 945 ) / 20
_________________________
( 1000 + 945 ) / 2

= 90 + 55 / 20
___________
1945 / 2
= 92.75 / 972.50
= 9.54 %
Dengan menggunakan kadar diskaun 9%, nilai bon ialah :
V b = I ( PVIFA 9% , 20 ) + M ( PVIF 9% , 20 )
= RM 90 ( 9.129 ) + RM 1000 ( 0.178 )
= RM 999.61
Harga pasaran bon ialah RM 945 dan mengikut konsep nilai masa wang,
kadar diskaun yang tinggi akan menghasilkan nilai kini yang rendah dan
begitu juga sebaliknya.
Oleh itu, untuk mengurangkan nilai bon menjurus kepada harga pasaran,
kadar diskaun perlu ditingkatkan kepada 10 %.
Oleh itu, nilai bon ialah :
V b = I ( PVIFA 10 % , 20 ) + M ( PVIF 10% , 20 )
= RM 90 ( 8.514 ) + RM 1000 ( 0.149 )
= RM 915.26

http://modul2poli.blogspot.com/
P 5127/ UNIT 3/ 18
PULANGAN DAN RISIKO

Berdasarkan kepada dua kadar diskaun yang dicuba, iaitu 9% dan


10%, kadar diskaun sebenar terletak di antara dua kadar diskaun tersebut di
atas. Kaedah cuba jaya perlu diikuti dengan interpolasi supaya kadar yang
lebih tepat dapat diperolehi.
Kaedah Interpolasi : Pada kadar diskaun ,
R b = 9% ; nilai bon = RM 999.61 Beza Beza

Rb = ? ; nilai bon = RM 945.00 54.61 84.35

R b = 10% ; nilai bon = RM 915.26

Rb = 9% + 54.61 x ( 1% ) Jarak kadar diskaun yang di


84.35 Interpolasikan (Beza 10% & 9%)

= 9% + ( 0.6474 )(1%)
= 9.65 %

Melalui kaedah interpolasi, Rb ( YTM) bagi bon Trimax Berhad yang harga
pasarannya RM 945.00 ialah 9.65%

3.2.2 Saham Terutama


Kadar pulangan dijangka bagi saham terutama adalah kadar pulangan yang
dijangka dapat diperolehi melalui pemilikan saham terutama sesebuah syarikat. Kadar
ini di dapati dengan mengambilkira potensi firma, risiko firma, keadaan pasaran saham
dan ekonomi negara. Oleh kerana dividennya yang tetap, dan ketiadaan tarikh matang,
saham terutama dinilaikan sama seperti menilaikinikan perpetuiti.
Berdasarkan kepada formula penilaian saham terutama, maka kadar pulangan
dijangka bagi saham terutama boleh dikira menggunakan persamaan berikut :

Rps = D di mana Rps = kadar pulangan dijangka


Vps D = dividen yang diterima pada
akhir tempoh
Vps = nilai saham terutama

http://modul2poli.blogspot.com/
P 5127/ UNIT 3/ 19
PULANGAN DAN RISIKO

Contoh ;
Saham terutama Syarikat Kenari sekarang dijual di pasaran pada harga
RM 33.00. Dividen tahunan saham ini ialah sebanyak RM 3.60. Kirakan
kadar pulangan dijangka bagi saham syarikat ini.

Penyelesaian :
Dengan menggunakan formula, Rps ialah :
Rps = D
___________
Vps

= RM 3.60
___________
RM 33.00

= 10.91%

Kadar pulangan dijangka daripada pelaburan adalah 10.91%. Keputusan


pelaburan bergantung kepada perbandingan antara kadar pulangan yang
diperlukan oleh pelabur pada masa yang tertentu dengan kadar pulangan
dijangka.

3.2.3 Saham Biasa


Kadar pulangan dijangka bagi saham biasa adalah berasaskan kepada nilai
atau harga saham, dan dividen-dividen yang dihasilkan. Terdapat dua situasi dalam
mencari kadar pulangan dijangka bagi saham biasa yang dipegang untuk tempoh
beberapa tahun.

http://modul2poli.blogspot.com/
P 5127/ UNIT 3/ 20
PULANGAN DAN RISIKO

(i) Saham yang mempunyai kadar pertumbuhan dividen sifar akan menggunakan
persamaan berikut :

Rcs = D di mana D = dividen

_______ Rcs = kadar pulangan dijangka

Vcs bagi saham biasa


Vcs = nilai saham biasa

Contoh;
Syarikat Amlo Berhad telah menawarkan saham biasa dengan harga
RM 29.00 persyer yang akan memberikan dividen sebanyak RM 2.55
setiap tahun selama syarikat tersebut wujud. Kirakan kadar pulangan
dijangka bagi saham biasa Amlo Berhad.
Penyelesaian;
Dengan menggunakan persamaan di atas,
Rcs = D
__________
Vcs

= 2.55
______
29.00
= 0.0879
= 8.79 %

Kadar pulangan yang dijangka daripada pelaburan ke atas saham biasa


syarikat tersebut ialah 8.79%. Jika pelabur menghendaki kadar pulangan yang
lebih tinggi, maka pelaburan dalam saham biasa ini adalah kurang menarik.

http://modul2poli.blogspot.com/
P 5127/ UNIT 3/ 21
PULANGAN DAN RISIKO

(ii) Saham yang mempunyai kadar pertumbuhan dividen malar atau


konstant akan menggunakan persamaan berikut :

Rcs = D1
________ + g di mana D1 = D0 ( 1 + g )

Vcs
Rcs = kadar pulangan dijangka
saham biasa
D1 = dividen tahun 1
D0 = dividen sekarang
Vcs = nilai saham biasa
g = kadar pertumbuhan dividen

Contoh;
Saham biasa Syarikat Kasturi yang kini berharga RM 32.84 persyer telah
membayar dividen sebanyak RM 2.94 baru-baru ini. Dividen Syarikat Kasturi
diramalkan meningkat setiap tahun pada kadar 9.5%.
Kirakan kadar pulangan dijangka bagi saham Syarikat Kasturi.
Maklumat-maklumat yang diperolehi :

Vcs = RM 32.84
g = 9.5 %
D0 = RM 2.94
Rcs = ?

Penyelesaian;
Dengan menggunakan persamaan di atas,

*
Rcs = D0 ( 1 + g )
__________ + 9.5%
RM 32.84

http://modul2poli.blogspot.com/
P 5127/ UNIT 3/ 22
PULANGAN DAN RISIKO

= RM 2.94 ( 1 + 0.095 ) + 0.095


RM 32.84

= 19.3 %

* D1 perlu ditentukan terlebih dahulu sebab dividen yang diberi adalah dividen yang lepas ;
D1 = D 0 ( 1 + g )

Berdasarkan pengiraan di atas, pelabur menjangkakan saham Syarikat Kasturi


akan memberikan pulangan sebanyak 19.3%. Jika kadar pulangan dijangka
saham tersebut dapat mengatasi kadar pulangan perlu para pelabur,
kemungkinan pelaburan ini akan diterima oleh pelabur.

3.3 Jenis-Jenis Risiko Dan Perkaitan Antara Risiko Dan Pulangan

3.3.1 Jenis-Jenis Risiko


Risiko bermaksud ketidakpastian, yang membawa erti ketidakstabilan dalam
jangkaan pulangan yang bakal diterima daripada sesuatu aset.Kadar pulangan purata
yang dibincangkan dan dikira di atas adalah angka anggaran atau dijangka dan
mungkin di dapati bahawa pulangan sebenar boleh melebihi atau kurang daripada
pulangan purata ini. Lebihan atau kurangan ini dikenali sebagai risiko yang perlu
ditanggung oleh pelabur.

Risiko, secara khususnya boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu :


• Risiko tidak sistematik dan
• Risiko sistematik

(i) Risiko tidak sistematik


Risiko ini juga dikenali sebagai risiko boleh diversifikasi atau risiko tertentu
syarikat, yang merupakan risiko yang unik bagi sesebuah syarikat dan tidak

http://modul2poli.blogspot.com/
P 5127/ UNIT 3/ 23
PULANGAN DAN RISIKO

mempengaruhi syarikat-syarikat lain dalam pasaran. Risiko jenis ini boleh


diminimumkan atau dielakkan. Salah satu cara untuk meminimumkan risiko
ini ialah melalui proses diversifikasi iaitu, mempelbagaikan portfolio
pelaburan pelabur. Contoh situasi bagi risiko jenis ini ialah mogok pekerja,
kehilangan kontrak jualan dan kebakaran premis kilang pengeluaran.

(ii) Risiko sistematik


Risiko jenis ini tidak dapat dihapuskan dengan cara diversifikasi dan ia juga
dikenali sebagai risiko pasaran. Ia merupakan risiko yang tidak dapat
dielakkan dan di luar kawalan syarikat serta kewujudannya akan
mempengaruhi keseluruhan syarikat dalam semua industri.
Contoh situasi yang menjadi faktor penyebabnya ialah inflasi, perubahan
dalam polisi kewangan, keadaan politik pada sesuatu masa dan lain-lain.

3.3.2 Perkaitan antara risiko dan pulangan


Hubungan antara risiko dan pulangan ada kaitannya dengan sifat pelabur. Pada
amnya, pelabur berkehendakkan pulangan yang tinggi dan risiko yang rendah.
Setiap pelabur mempunyai sikap yang berbeza terhadap risiko. Terdapat tiga sikap asas
terhadap risiko iaitu ;
o sikap cuba mengelak risiko ( risk-averse )
o sikap suka mengambil risiko (risk-taker) dan
o sikap tidak mengendahkan risiko (risk-indifferent)

Daripada sikap pelabur ini, pelaburan boleh dibezakan mengikut pulangan dan
risikonya.
(i) Bagi pelabur yang bersifat ‘risk-indifferent’ - sikap di mana kadar pulangan yang
diperlukan oleh pelabur tidak akan berubah dengan perubahan dalam risiko sesuatu
pelaburan.

http://modul2poli.blogspot.com/
P 5127/ UNIT 3/ 24
PULANGAN DAN RISIKO

(ii) Bagi pelabur yang bersikap ‘risk-taker’ - sanggup menerima penurunan dalam
pulangan untuk peningkatan dalam risiko. Pelabur ini menggemari pelaburan yang
berisiko dan sanggup menerima pengurangan dalam pulangan kerana sekiranya
pelaburan ini berjaya, pulangannya adalah tinggi.

(iii) Bagi pelabur yang bersikap ‘risk-averse’ - sanggup melabur dan menerima risiko
tambahan sekiranya penambahan risiko ini dipampaskan dengan peningkatan dalam
pulangan.

Pilihan pelaburan oleh pelabur berpandukan perkara berikut :


• Pada tingkat pulangan yang sama, pelabur akan memilih pelaburan yang
risikonya rendah.
• Pada tingkat risiko yang sama, pelabur akan memilih pelaburan yang
pulangannya tinggi.

http://modul2poli.blogspot.com/
P 5127/ UNIT 3/ 25
PULANGAN DAN RISIKO

AKTIVITI 3 (b)

Ujikan kefahaman anda sebelum meneruskan input selanjutnya.


Sila semak jawapan anda pada maklum balas di halaman berikutnya.

3.4 Bon Syarikat Azza kini dijual di pasaran dengan harga RM 1,045. Bon syarikat ini
yang akan matang 15 tahun lagi mempunyai kadar kupon 7% dengan bayaran faedah
secara tahunan. Bon ini mempunyai nilai muka RM1000.
Kirakan kadar pulangan dijangka bagi bon Syarikat Azza jika ia dibeli pada harga
pasaran. (5 markah)

3.5 Saham terutama Syarikat Solitron sekarang dijual pada harga RM42.16 dan membayar
dividen RM1.95.
Kirakan kadar pulangan dijangka jika saham dibeli pada harga pasaran. (3 markah)

3.6 Saham biasa Syarikat Jaya kini dijual pada harga RM32.84. Syarikat telah membayar
dividen sebanyak RM 2.94 sesyer baru-baru ini dan dividen Syarikat Jaya diramalkan
meningkat setiap tahun pada kadar 9.5%. Jika pelabur membeli saham ini pada harga
pasaran, kirakan kadar pulangan dijangka bagi saham biasa syarikat ini. (4 markah)

http://modul2poli.blogspot.com/
P 5127/ UNIT 3/ 26
PULANGAN DAN RISIKO

MAKLUM BALAS 3 (b)

3.4 Rb = 6% + 51.84 (1%)


96.84

= 6.54 % (5 markah)

3.5 Rps = RM 1.95


________
RM 42.16

= 4.63 % (3 markah)

3.6 Rc = RM 2.94 ( 1.095 )


_______________ + 0.095
RM 32.84

= 0.193
= 19.3 % (4 markah)

http://modul2poli.blogspot.com/
P 5127/ UNIT 3/ 27
PULANGAN DAN RISIKO

PENILAIAN KENDIRI

Anda telah menghampiri kejayaan. Sila cuba semua soalan dalam penilaian kendiri ini
dan semak jawapan anda pada maklum balas yang di sediakan.
Jika ada masalah yang timbul, sila berbincang dengan pensyarah anda.
Selamat mencuba semoga berjaya!!!

SOALAN 3-1
Pengurus Syarikat Bina Riang sedang menimbangkan tiga cadangan pelaburan.
Cadangan yang pertama ialah pelaburan di dalam saham keutamaan di mana nilai parnya
RM100 yang dijual pada harga RM85.00 dan membayar dividen tahunan sebanyak
RM10.00. Kadar pulangan perlu bagi saham tersebut adalah 11%.

Cadangan pelaburan ke dua adalah bon yang mana harga pasarannya pada masa itu ialah
RM1,200. Bon tersebut mempunyai nilai par RM1000 dan kadar faedah 13%. Ianya di
jangka matang dalam masa 15 tahun. Bon jenis ini mempunyai kadar pulangan perlu
sebanyak 12%.

Cadangan pelaburan yang terakhir yang dipertimbangkan adalah saham biasa yang
mempunyai nilai par RM30.00 di mana dividennya sebanyak RM2.00 telah dibayar pada
tahun lepas. Anggaran kadar pertumbuhan dividen adalah sebanyak 6% dan saham
tersebut dijual pada harga RM 25.00. Kadar pulangan perlu untuk saham ini ialah 19%.
Dikehendaki:
a. Kirakan nilai setiap sekuriti berdasarkan kepada kadar pulangan perlu yang di
berikan. (8 markah)
b. Cadangkan pelaburan yang manakah yang patut dipilih. Berikan alasan anda.
(2 markah)

http://modul2poli.blogspot.com/
P 5127/ UNIT 3/ 28
PULANGAN DAN RISIKO

SOALAN 3-2

a. Bon Almaz Berhad yang akan matang 12 tahun lagi kini berada di pasaran dengan
harga RM 1150.00. Bon bernilai muka RM 1000 ini, mempunyai kadar kupon 7%
dengan bayaran faedah secara tahunan.
Kirakan kadar pulangan dijangka bagi bon Almaz Berhad. (5 markah)

b. Saham terutama Syarikat Selayang yang kini dijual di pasaran pada harga RM 40
sesyer, membayar dividen tahunan sebanyak RM 3.40 sesyer.
(i) Kirakan kadar pulangan dijangka bagi saham terutama tersebut.
( 3 markah)
(ii) Jika pelabur memerlukan kadar pulangan sebanyak 8 %, dan berdasarkan
harga semasa, patutkah pelabur membeli atau menjual saham tersebut ?
(3 markah)

c. Saham biasa Syarikat Marigo kini berharga RM 22.50 sesyer di pasaran. Dividen
syarikat diramalkan meningkat setiap tahun pada kadar 10 % dan dijangka akan
membayar dividen sebanyak RM 2.00 pada penghujung tahun.
(i) Kirakan kadar pulangan dijangka bagi saham syarikat ini. (3 markah)
(ii) Jika kadar pulangan perlu pelabur ialah 17 %, patutkah pelabur membeli
saham tersebut ? (4 markah)

SOALAN 3-3
a. Terangkan secara ringkas jenis-jenis risiko dan perkaitan antara risiko dan pulangan.
(10 markah)

http://modul2poli.blogspot.com/
P 5127/ UNIT 3/ 29
PULANGAN DAN RISIKO

MAKLUM BALAS KEPADA PENILAIAN KENDIRI

Adakah anda telah mencuba dahulu?


Jika “YA” sila semak jawapan anda.

JAWAPAN 3-1
(a) Cadangan pertama;
Vp=D/Rp
= 10/11%
=RM 90.91 (2 markah)

Cadangan kedua;
Vb=I(PVIFA i,n)+ M(PVIF i,n)
= 130(6.811)+1000(0.1827)
=RM1068.12 (2 markah)

Cadangan ketiga;
D1=D0(1+g) Vc=D1/Rc-g
= 2(1+6%) =2.12 / 19%-16%
=RM 2.12 (2 markah) = RM 16.31 (2 markah)

(b) Cadangan pelaburan yang pertama iaitu pelaburan dalam stok keutamaan adalah
yang patut di pilih kerana nilai sekuritinya lebih tinggi daripada harga pasaran saham
tersebut. (2 markah)

http://modul2poli.blogspot.com/
P 5127/ UNIT 3/ 30
PULANGAN DAN RISIKO

JAWAPAN 3-2

a. Rb = 5% + 27.41 ( 1% )
93.53

= 5.29 % (5 markah)

b.(i) Rps = RM 3.40


_______
RM 40

= 0.085
= 8.50 % (3 markah)

(ii) Vps = RM 3.40


_______
0.08

= RM 42.50 (1 ½ markah)

Kadar pulangan dijangka yang diperolehi bagi saham terutama ialah


8.5% di mana ianya melebihi dari kadar pulangan perlu pelabur iaitu
8.0 %.
Keputusan : Pelabur wajar membeli saham terutama syarikat ini.

http://modul2poli.blogspot.com/
P 5127/ UNIT 3/ 31
PULANGAN DAN RISIKO

Keputusan juga boleh dibuat berasaskan harga pasaran saham iaitu harga
pasaran saham terutama ini adalah rendah ( RM 40 ) berbanding harga pada
penilaian pelabur
( RM 42.50 ). Oleh itu, pelabur wajar membeli saham terutama syarikat ini.
( 1 ½ markah)

c.(i) Rcs = RM 2.00


________ + 0.10
RM 22.50

= 0.1888
= 18.90 % (3 markah)

(ii) P0 = RM 2.00
___________
0.17 – 0.10

= RM 28.57 (2 markah)

Keputusan : Pelabur wajar membeli saham biasa syarikat ini.


Ini adalah kerana kadar pulangan dijangka, 18.9 %, saham
tersebut adalah lebih tinggi daripada kadar pulangan perlu /
dikehendaki pelabur - 17 %. Harga pasaran saham biasa ini
( RM 22.50 ) lebih rendah berbanding harga saham pada
penilaian pelabur ( RM 28.57 ). (2 markah)

http://modul2poli.blogspot.com/
P 5127/ UNIT 3/ 32
PULANGAN DAN RISIKO

JAWAPAN 3-3

a. Jenis-jenis risiko boleh dibahagikan kepada 2 iaitu :

(i) Risiko Tidak Sistematik


Risiko ini juga dikenali sebagai risiko tertentu syarikat, yang
merupakan risiko yang unik bagi sesebuah syarikat dan tidak mempengaruhi
syarikat-syarikat lain dalam pasaran. (3 markah)
Contoh situasi bagi risiko jenis ini ialah mogok pekerja, kehilangan kontrak
jualan dan kebakaran premis kilang pengeluaran.

(ii) Risiko Sistematik

Risiko jenis ini dikenali sebagai risiko pasaran. Ia merupakan risiko


yang tidak dapat dielakkan dan di luar kawalan syarikat serta kewujudannya
akan mempengaruhi keseluruhan syarikat dalam semua industri. (3 markah)

Contoh situasi yang menjadi faktor penyebabnya ialah inflasi, perubahan


dalam polisi kewangan, keadaan politik pada sesuatu masa dan lain-lain.

Perkaitan antara risiko dan pulangan :

Pilihan pelaburan oleh pelabur berpandukan perkara berikut :


• Pada tingkat pulangan yang sama, pelabur akan memilih pelaburan yang
risikonya rendah.
• Pada tingkat risiko yang sama, pelabur akan memilih pelaburan yang
pulangannya tinggi.

http://modul2poli.blogspot.com/
P 5127/ UNIT 3/ 33
PULANGAN DAN RISIKO

Bagi pelabur yang bersifat ‘risk-indifferent’ sikap di mana kadar pulangan


yang diperlukan oleh pelabur tidak akan berubah dengan perubahan dalam risiko
sesuatu pelaburan.
Bagi pelabur yang bersikap ‘risk-taker’ sanggup menerima penurunan
dalam pulangan untuk peningkatan dalam risiko. Pelabur ini menggemari pelaburan
yang berisiko dan sanggup menerima pengurangan dalam pulangan kerana sekiranya
pelaburan ini berjaya, pulangannya adalah tinggi.
Bagi pelabur yang bersikap ‘risk-averse’ - sanggup melabur dan menerima
risiko tambahan sekiranya penambahan risiko ini dipampaskan dengan peningkatan
dalam pulangan. (4 markah)

http://modul2poli.blogspot.com/
P 5127/ UNIT 4/ 1
ANALISIS KEWANGAN

OBJEKTIF

Objektif Am:
Mempelajari dan memahami bentuk penyata-penyata kewangan yang terkandung dalam
laporan tahunan syarikat. Menganalisa nisbah-nisbah kewangan dan mengenalpasti
kelebihan dan kelemahan nisbah kewangan. Mencadangkan cara-cara untuk membaiki
prestasi firma dan menerangkan limitasi dalam penggunaan nisbah.

Objektif Khusus:
Di akhir unit ini, anda sepatutnya dapat:
o Menyatakan bentuk-bentuk penyata kewangan.
o Menganalisa nisbah-nisbah kewangan iaitu nisbah kecairan, aktiviti, hutang
atau leveraj dan keberuntungan.
o Mengenalpasti kelebihan dan kelemahan nisbah serta cara-cara untuk membaiki
prestasi firma.
o Menerangkan limitasi dalam penggunaan nisbah.

http://modul2poli.blogspot.com/
P 5127/ UNIT 4/ 2
ANALISIS KEWANGAN

INPUT

4.0 Pengenalan
Analisis penyata kewangan merupakan satu proses menterjemahkan data yang
terdapat dalam penyata kewangan sesebuah organisasi perniagaan kepada maklumat yang
bermakna untuk kegunaan pihak-pihak yang berkepentingan ke atas perniagaan tersebut.
Terdapat beberapa pendekatan analisis penyata kewangan yang sering digunakan oleh
penganalisis untuk digunakan sebagai petunjuk kepada prestasi syarikat.
Organisasi khususnya pengurus kewangan harus memahami maklumat kewangan
untuk beberapa perkara. Di antaranya penyata-penyata kewangan digunakan untuk
berkomunikasi dengan pihak-pihak luar yang mempunyai kepentingan dalam syarikat
seperti pemegang saham, pemegang bon dan kreditor. Ia juga digunakan dalam syarikat
untuk merancang berbagai aktiviti. Penyata kewangan juga digunakan untuk mengawasi
pencapaian pekerja dan ia diperlukan untuk tujuan pencukaian.

4.1 Bentuk Penyata-Penyata Kewangan


Penyata–penyata kewangan adalah output utama proses perakaunan. Penyata –
penyata kewangan yang diterbitkan dalam laporan tahunan adalah lembaran imbangan,
penyata pendapatan, penyata aliran tunai dan nota-nota. Penyata-penyata ini dapat
menyampaikan maklumat tentang syarikat kepada para pengguna untuk membuat
keputusan.

4.1.1 Lembaran Imbangan


Lembaran Imbangan melaporkan kedudukan kewangan syarikat pada satu
titik masa tertentu. Contoh lembaran imbangan ditunjukkan dalam Jadual 4.1.

http://modul2poli.blogspot.com/
P 5127/ UNIT 4/ 3
ANALISIS KEWANGAN

Jadual 4.1
Syarikat Kenyalang Sdn. Bhd.
Lembaran Imbangan pada 31 Disember 2000
(dalam RM ‘000)

(RM ‘000)

2000
Aset
Tunai 9.5
Ak. Belum terima 233.2
Inventori 133.9

Jumlah aset semasa RM 376.6

Loji dan peralatan, bersih 203.8


Jumlah Aset RM 580.4

RM (‘000)
2000
Liabiliti dan Ekuiti Pemegang Saham
Akaun Belum Bayar 18.8
Nota Belumbayar 66.2
Belanja Terakru 77.7

Jumlah Liabiliti Semasa RM 162.7


Bon 74.4
Liabiliti jangka panjang 19.6

Jumlah Liabiliti RM 256.7

http://modul2poli.blogspot.com/
P 5127/ UNIT 4/ 4
ANALISIS KEWANGAN

Saham terutama 10.0


Saham biasa 45.4
Perolehan tertahan 268.3

Jumlah Ekuiti Biasa RM 323.7

Jumlah liabiliti dan ekuiti pemegang saham RM 580.4

4.1.2 Penyata Pendapatan


Penyata pendapatan syarikat menunjukkan operasi syarikat bagi suatu tempoh
masa. Ia melaporkan hasil, belanja dan untung (atau rugi) syarikat bagi suatu tempoh
masa. Contoh penyata pendapatan ditunjukkan dalam Jadual 4.2 di bawah.

http://modul2poli.blogspot.com/
P 5127/ UNIT 4/ 5
ANALISIS KEWANGAN

Jadual 4.2
Syarikat Kenyalang Sdn. Bhd.
Penyata Pendapatan bagi tahun berakhir 31 Disember 2000
RM ‘000

( RM ‘000 )
2000

Jualan 546.9
Kos barang dijual 286.3

Untung kasar RM 260.6


Belanja jualan, am dan pentadbiran 186.2
Susutnilai dan pelunasan 22.7

Untung sebelum faedah dan cukai RM 51.7


Belanja faedah 7.7

Untung sebelum cukai RM 44.0


Cukai 18.1

Untung bersih RM 25.9


Dividen saham terutama 1.0

Untung bersih yang ada bagi saham biasa RM 24.9


Dividen bagi saham biasa 4.5

Tambahan kepada perolehan tertahan RM 20.4

http://modul2poli.blogspot.com/
P 5127/ UNIT 4/ 6
ANALISIS KEWANGAN

Maklumat sesyer :
Pendapatan sesyer (EPS) RM 2.77
Dividen Sesyer RM 0.50
Syer ‘Outstanding’ (‘000) RM 9.000

4.1.3 Penyata Aliran Tunai


Penyata aliran tunai menunjukkan perubahan kedudukan tunai sepanjang
tempoh seperti yang diliputi oleh penyata pendapatan. Ia menjadi pelengkap kepada
penyata pendapatan dan lembaran imbangan. Perubahan dalam kedudukan tunai
boleh disebabkan oleh berbagai urusniaga syarikat. Contoh penyata aliran tunai di
tunjukkan dalam Jadual 4.3

Jadual 4.3

Syarikat Kenyalang Sdn. Bhd.


Penyata Aliran Tunai bagi tahun berakhir 31 Disember 2000
RM ‘000
( RM ‘000 )
2000

Aliran Tunai dari Aktiviti Operasi


Untung bersih RM 25.9
Susutnilai dan pelunasan 22.7
Pengurangan dalam Ak. Belum Terima (29.9)
Pengurangan dalam inventori (15.1)
Peningkatan dalam Ak. Belumbayar 4.1
Peningkatan dalam belanja akru 15.7
Tunai dari aktiviti operasi, bersih RM 23.4

http://modul2poli.blogspot.com/
P 5127/ UNIT 4/ 7
ANALISIS KEWANGAN

Aliran Tunai dari Aktiviti Pelaburan


Pembelian loji dan peralatan RM (59.5)

Tunai dari aktiviti pelaburan, bersih RM (59.5)

( RM ‘000 )
2000

Aliran Tunai dari Aktiviti Pembiayaan


Peningkatan dalam nota belumbayar RM 33.0
Penerbitan hutang jangkapanjang, bersih 4.2
Peningkatan dalam lain-lain liabiliti jangkapanjang 1.9
Dividen tunai (saham terutama dan biasa) (5.5)

Tunai dari aktiviti pembiayaan, bersih RM 33.6

Peningkatan (pengurangan) dalam tunai RM (2.5)


Baki tunai pada awal tahun 12.0

Baki tunai pada akhir tahun RM 9.5

http://modul2poli.blogspot.com/
P 5127/ UNIT 4/ 8
ANALISIS KEWANGAN

4.1.4 Nota-Nota Selepas Penyata Kewangan


Dalam laporan tahunan penyata-penyata kewangan selalunya diikuti oleh
nota-nota terperinci. Nota-nota ini menjelaskan atau memperluaskan maklumat
yang terkandung dalam penyata-penyata kewangan. Nota-nota ini menyampaikan
polisi-polisi perakaunan yang di gunakan dalam penyediaan penyata kewangan.
Nota juga menyediakan butiran tambahan tentang beberapa item dalam penyata
seperti kaedah pengiraan inventori dan susutnilai. Contoh nota penyata kewangan
ditunjukkan dalam Jadual 4.4.

Jadual 4.4
Syarikat Kenyalang Sdn. Bhd.
Nota-nota selepas Penyata Kewanagan

o Penjelasan tentang pengiraan perolehan sesyer.


o Pengkelasan inventori, pelaburan, loji dan peralatan dan aset-aset lain.
o Ringkasan secara perbandingan pencapaian kewangan dan kedudukan syarikat.
o Kos dan amaun pinjaman jangkapendek.
o Jadual hutang jangkapanjang, saham terutama dan lain-lain.
o Jadual saham biasa yang diterbitkan.
o Jadual perubahan perolehan tertahan.
o Maklumat terperinci tentang perolehan dan jualan asset.
o Maklumat perniagaan mengikut cawangan.

http://modul2poli.blogspot.com/
P 5127/ UNIT 4/ 9
ANALISIS KEWANGAN

AKTIVITI 4 (a)

Ujikan kefahaman anda sebelum meneruskan input selanjutnya.


Sila semak jawapan anda pada maklum balas di halaman berikutnya.

4.1 Nyatakan bentuk penyata-penyata kewangan yang terdapat di sesebuah syarikat


(6 markah)

http://modul2poli.blogspot.com/
P 5127/ UNIT 4/ 10
ANALISIS KEWANGAN

MAKLUM BALAS 4 (a)

4.1 Bentuk penyata-penyata kewangan yang terdapat di sesebuah syarikat adalah:

(i) Lembaran Imbangan - lembaran imbangan melaporkan kedudukan kewangan


syarikat pada satu titik masa.
(ii) Penyata pendapatan - penyata pendapatan syarikat menunjukkan operasi
syarikat bagi suatu tempoh masa.
(iii) Penyata Aliran Tunai - penyata aliran tunai menunjukkan perubahan
kedudukan tunai sepanjang tempoh seperti yang diliputi oleh penyata
pendapatan.
(iv) Nota-nota selepas penyata kewangan - nota- nota penyata pendapatan ini
menjelaskan maklumat yang terkandung dalam penyata-penyata kewangan.
Nota-nota ini menyampaikan polisi-polisi perakaunan yang digunakan dalam
penyediaan penyata kewangan.

( 1 ½ markah X 4 )

http://modul2poli.blogspot.com/
P 5127/ UNIT 4/ 11
ANALISIS KEWANGAN

INPUT

4.2 Analisa Nisbah-nisbah Kewangan


Nisbah kewangan amat berguna kepada pemegang saham, pengurusan, pelabur dan
jabatan percukaian. Ini adalah kerana nisbah kewangan dapat memberi gambaran kepada
kekuatan kewangan dan kelemahan syarikat. Nisbah ini membolehkan pihak-pihak
tertentu membandingkan data kewangan firma sekurang-kurangnya dalam tiga keadaan:
(i) Menilai nisbah firma untuk mengenalpasti corak dan arah firma ( misalnya
sepanjang tiga tahun yang lalu).
(ii) Membandingkan nisbah firma dengan firma lain.
(iii) Membandingkan nisbah firma dengan purata industri yang sama.

Empat persoalan yang boleh dijawab berdasarkan analisa nisbah kewangan firma
ialah:
(i) Sejauhmanakah tahap kecairan firma ?
(ii) Adakah pihak pengurusan dapat menghasilkan keuntungan operasi yang
memadai ke atas aset firma?
(iii) Bagaimanakah firma membiayai asetnya?
(iv) Adakah pemilik saham syarikat menerima pendapatan yang memadai ke
atas pelaburan mereka?

Pengukuran ini membahagikan persoalan di atas kepada 4 kategori iaitu:


(1) Kecairan
(2) Kecekapan/ Aktiviti
(3) Leveraj
(4) Keberuntungan

http://modul2poli.blogspot.com/
P 5127/ UNIT 4/ 12
ANALISIS KEWANGAN

Berikut adalah Lembaran Imbangan dan Penyata Pendapatan Syarikat Giat Selatan Bhd.
yang akan digunakan sebagai contoh untuk menerangkan 4 kategori nisbah kewangan di
atas:
Jadual 4.5

Giat Selatan Bhd.


Lembaran Imbangan pada 31.12.2000

RM
( ‘000)

Tunai 1,500
Akauan Belum terima 48,000
Inventori 136,500

Jumlah Aset Semasa 186,000

Tanah 78,000
Bangunan dan Peralatan (bersih) 186,000
( susutnilai – 114,000)

Jumlah Aset Tetap 264,000

450,000

Pinjaman Jangkapendek 66,000


Akaun belum bayar 71,000
Cukai belum bayar 70,000

Jumlah Liabiliti Semasa 207,000

Pinjaman jangka panjang 68,850


Saham Biasa 94,500
Pendapatan Tertahan 79,650

Jumlah Liabiliti dan Ekuiti 450,000

http://modul2poli.blogspot.com/
P 5127/ UNIT 4/ 13
ANALISIS KEWANGAN

Jadual 4.6
Giat Selatan Bhd.
Penyata Pendapatan bagi tahun berakhir 31.12.2000

RM
( ‘000)

Jualan 480,000
Kos barang-barang di jual 288,000

Untung Kasar 192,000

Belanja tetap mengurus 63,000


Belanja berubah mengurus 48,000
Susutnilai 30,000
Faedah 18,300

Untung sebelum cukai 32,700


Cukai 50% 16,350

Untung Bersih 16,350

http://modul2poli.blogspot.com/
P 5127/ UNIT 4/ 14
ANALISIS KEWANGAN

Nisbah-nisbah kewangan bagi tahun 2000 boleh dikira berdasarkan maklumat di


Jadual 4.5 dan Jadual 4.6

1. Nisbah Kecairan
Pengukuran ini di lakukan ke atas tunai dan aset yang boleh di tukarkan
kepada tunai dalam setahun dan liabiliti yang perlu di bayar dalam setahun. Oleh
itu untuk menganggarkan kecairan firma secara relatif:

(a) Nisbah Semasa

Nisbah Semasa= Aset Semasa


Liabiliti Semasa

Nisbah Semasa = 186,000

207,000
= 0.90 x
Purata industri = 1.80 x

Untuk tahun 2000, aset semasa Giat Selatan tidak mampu memenuhi tuntutan
untuk menyempurnakan tuntutan terhadap liabiliti semasanya. Nisbah ini
menunjukkan tahap kecairan yang tidak memuaskan.

(b) Nisbah Cepat


Oleh kerana inventori (stok) biasanya adalah yang paling tidak cair antara
aset firma, maka adalah wajar untuk menolaknya daripada aset semasa. Ini
membolehkan pengukuran kecairan yang lebih sempurna.

Nisbah Cepat = Aset Semasa - Inventori


Liabiliti Semasa

http://modul2poli.blogspot.com/
P 5127/ UNIT 4/ 15
ANALISIS KEWANGAN

Nisbah Cepat = 186,000 – 136,500


207,000
= 0.24 x
Purata Industri = 0.70 x

Setelah ditolak inventori, nisbah cepat Syarikat Giat Selatan berada di bawah
paras industri. Ini menunjukkan keadaan yang tidak memuaskan dari segi memenuhi
tuntutan semasa.

2. Nisbah Kecekapan / Aktiviti


Nisbah ini mengukur sejauhmana kecekapan firma menggunakan sumber-sumbernya
untuk menghasilkan jualan. Di antaranya ialah keberkesanan atau kecekapan firma
menguruskan pelaburannya dalam inventori ditunjukkan oleh bilangan kali inventori itu
dipusing ganti sepanjang tahun.

(a) Pusing ganti inventori

Pusing ganti inventori = Kos Barang Dijual

Inventori

Pusing ganti inventori = 288,000

136,500
= 2.1 x
Purata Industri = 2.5 x

http://modul2poli.blogspot.com/
P 5127/ UNIT 4/ 16
ANALISIS KEWANGAN

Giat Selatan Bhd. memusing ganti inventorinya 2.1x iaitu di bawah paras purata
industri. Nisbah pusing ganti Giat Selatan Bhd. ini tidak menunjukkan keadaan yang
baik dibandingkan dengan purata industri.

(b) Masa Pungutan Purata


Nisbah ini menggambarkan secepat mana akaun kredit firma dikutip. Semakin cekap
firma menguruskan pelaburan dalam akaun belum terimanya, semakin rendah hari
kutipan bagi akaun belum terimanya.

Masa Pungutan Purata = Akaun Belum Terima x 360 hari


Jualan

Masa Pungutan Purata = 48,000 x 360 hari

480,000
= 36 hari.
Purata Industri = 37 hari

Giat Selatan Bhd. secara puratanya mengutip jualan kreditnya setiap 36 hari. Ini adalah
lebih baik dari purata industri secara keseluruhannya.

(c ) Pusing ganti jumlah aset


Menunjukkan sebanyak mana jualan firma dihasilkan bagi setiap ringgit yang ia telah
laburkan dalam aset.

Pusing ganti jumlah aset = Jualan


Jumlah aset

http://modul2poli.blogspot.com/
P 5127/ UNIT 4/ 17
ANALISIS KEWANGAN

Pusing ganti jumlah aset = 480,000

450,000
= 1.07 x
Purata industri = 1.14 x

Pusing ganti jumlah aset bagi Giat Selatan Bhd. adalah memuaskan dibandingkan dengan
purata industri iaitu 1.14 x. Nisbah ini menggambarkan pihak pengurusan firma telah
menggunakan dengan cekap sumber-sumbernya untuk menjanakan jualan.

(d) Pusing ganti aset tetap


Nisbah ini mengukur sejauhmana kecekapan firma menggunakan pelaburannya
dalam aset tetap.

Pusing ganti aset tetap = Jualan


Aset tetap

Pusing ganti aset tetap = 480,000


264,000
= 1.8 x
Purata Industri = 1.4 x

Giat Selatan Bhd. mempunyai pelaburan dalam aset tetap yang lebih besar dibandingkan
secara relatif dengan purata industri. Ia menunjukkan kecekapan yang lebih tinggi iaitu
1.8 x di bandingkan dengan purata industri 1.4 x.

(e) Pusing ganti Ak. Belum Terima (ABT)


Pusing ganti ABT kerap kali digunakan bergantian dengan nisbah purata masa
kutipan kerana ia memberi maklumat yang lebih kurang sama.

http://modul2poli.blogspot.com/
P 5127/ UNIT 4/ 18
ANALISIS KEWANGAN

Pusing ganti ABT = Jualan kredit


ABT

Pusing ganti ABT = 480,000


48,000
= 10 x
Purata industri = 9.9 x

Nisbah ini menunjukkan bahawa ABT berpusing ganti pada kadar 10 x setahun.

3. Nisbah Leveraj
Leveraj kewangan atau hutang berlaku apabila firma membiayai pelaburannya dari
sumber selain daripada modal pemilik firma atau saham biasa dalam syarikat berhad.

(a) Nisbah Hutang


Nisbah ini megukur sejauhmana jumlah aset firma dibiayai dari pinjaman hutang.

Nisbah hutang = Jumlah liabiliti

Jumlah aset

Nisbah hutang = 207,000 + 68,850

450,000
= 61.3%
Purata industri = 50%

http://modul2poli.blogspot.com/
P 5127/ UNIT 4/ 19
ANALISIS KEWANGAN

Nisbah ini menunjukkan bagi setiap ringgit aset, 61.3 sen dibiayai oleh hutang. Nisbah
ini adalah agak tinggi dibandingkan dengan purata industri yang hanya 50% atau 50 sen
bagi setiap ringgit aset.

(b) Pulangan atas faedah


Nisbah ini menunjukkan sejauhmana firma mampu untuk memenuhi tuntutan
pembayaran faedah daripada pendapatan operasi tahunannya.

Pulangan atas faedah = Pendapatan sebelum faedah dan cukai (EBIT)


Belanja faedah

Pulangan atas faedah = 51,000

18,300
= 2.8 x
Purata industri = 3.8 x

Nisbah ini menunjukkan ia adalah lebih rendah daripada purata industri. Ini dapat
dijelaskan daripada penggunaan hutang/leveraj yang tinggi seperti yang ditunjukkan
dalam nisbah hutang.

(c) Nisbah hutang ekuiti


Nisbah hutang ekuiti mengukur amaun hutang bagi setiap ringgit ekuiti.

Nisbah hutang ekuiti = Jumlah liabiliti ( hutang)


Ekuiti pemegang saham

http://modul2poli.blogspot.com/
P 5127/ UNIT 4/ 20
ANALISIS KEWANGAN

Nisbah hutang ekuiti = 207000 + 68850


174150
= 1.58 x
Purata industri = 1.42 x

Nisbah firma ini menunjukkan bahawa bagi setiap ringgit ekuiti, amaun hutangnya ialah
RM1.58.

(d) Nisbah pengganda ekuiti


Nisbah pengganda ekuiti menunjukkan berapa banyak jumlah aset yang dimiliki
syarikat bagi setiap ringgit ekuiti.

Pengganda Ekuiti = Jumlah Aset


Ekuiti pemegang saham

Pengganda Ekuiti = 450,000


174 150
= 2.58 x
Purata industri = 2.60 x

Nisbah ini memberi gambaran sejauhmanakah aset dibiayai oleh ekuiti.

(e) Nisbah hutang jangka panjang ke atas jumlah permodalan


Nisbah ini menunjukkan sejauhmana firma menggunakan pinjaman jangkapanjang
dalam pembiayaan kekalnya.
Pinjaman jangkapanjang ke atas = Liabiliti jangka panjang
jumlah permodalan Liabiliti jangka panjang + stok terutama
+ ekuiti biasa

http://modul2poli.blogspot.com/
P 5127/ UNIT 4/ 21
ANALISIS KEWANGAN

Pinjaman jangkapanjang ke atas = 68,850


jumlah permodalan
68,850 + 94,500 + 79,650

= 68,850

243,000
= 28%
Purata industri = 35%

Giat Selatan Bhd membiayai hutangnya lebih kurang 28% daripada pembiayaan kekal
dari sumber hutangnya. Adalah terbukti Giat Selatan menggunakan hutang jangka
panjang yang lebih rendah jika dibandingkan dengan purata industri.

4. Nisbah Keberuntungan
Nisbah keberuntungan menunjukkan keberkesanan aktiviti urusniaga dan keupayaan
syarikat dalam menjanakan keuntungan. Nisbah ini menggambarkan pencapaian operasi,
risiko dan kesan leveraj.
Nisbah keberuntungan berguna untuk menjawab persoalan-persoalan berikut:
(i) Berapakah keuntungan yang dihasilkan oleh firma ke atas setiap ringgit aset?
(ii) Berapakah keuntungan yang dapat dihasilkan bagi setiap ringgit jualan?

(a) Nisbah margin untung kasar


Nisbah ini membandingkan untung kasar kepada jualan dan menerangkan
sebanyak mana setiap ringgit jualan menghasilkan untung kasar.

Margin untung kasar = Untung kasar


Jualan

http://modul2poli.blogspot.com/
P 5127/ UNIT 4/ 22
ANALISIS KEWANGAN

Margin untung kasar = 192,000

480,000
= 0.4 @ 40%

Purata industri = 38%

Margin untung kasar bagi Giat Selatan Bhd. adalah 40% atau 40 sen bagi setiap ringgit
jualan. Ia menggambarkan ‘ mark-up’ ke atas kos barang dijual. Ia juga menggambarkan
kemampuan pihak pengurusan untuk meminimumkan kos barang dijual firma
dibandingkan dengan jualan.

(b) Margin untung operasi


Margin untung operasi menggambarkan belanja operasi firma dan kos barang
dijual. Ia menunjukkan keberkesanan operasi secara menyeluruh.

Margin untung operasi = Pendapatan operasi bersih (EBIT)


Jualan

Margin untung operasi = 32700 + 18300

480,000

= 0.11 @ 11%
Purata industri = 10%

http://modul2poli.blogspot.com/
P 5127/ UNIT 4/ 23
ANALISIS KEWANGAN

Nisbah margin untung operasi firma adalah lebih tinggi daripada purata industri. Oleh itu
belanja operasi per ringgit jualan bagi syarikat adalah lebih rendah daripada purata
industri. Ini menandakan kedudukan syarikat adalah memuaskan.

( c) Margin untung bersih


Nisbah ini menunjukkan margin untung bersih selepas cukai firma sebagai
peratusan daripada jualan.

Margin untung bersih = Pendapatan bersih


Jualan

Margin untung bersih = 16350

480,000
= 0.034 @ 3.4%
Purata industri = 3.5 %

Ini menunjukkan bahawa 3.4 sen bagi setiap ringgit jualan menjadi keuntungan selepas
cukai. Nisbah ini menggambarkan kos barang di jual, belanja operasi, belanja faedah
dan cukai adalah di dalam kawalan pihak pengurusan.

(d) Pulangan atas jumlah aset (ROA)


Nisbah ini memberi gambaran perkaitan antara pendapatan selepas cukai kepada
jumlah aset firma.

Pulangan atas jumlah aset (ROA) = Pendapatan bersih

Jumlah aset

http://modul2poli.blogspot.com/
P 5127/ UNIT 4/ 24
ANALISIS KEWANGAN

Pulangan atas jumlah aset (ROA) = 16350

140,000
= 0.0363 @ 3.6%
Purata industri = 4.0 %

Keadaan nisbah syarikat menunjukkan pulangan daripada aset adalah rendah berbanding
purata industri iaitu 4.0 sen bagi setiap ringgit aset.

(e) Pulangan atas pemilik ekuiti (ROE)


Nisbah ini adalah pendapatan bersih setelah ditolak dividen saham terutama firma,
iaitu pendapatan untuk pemegang saham biasa. Ia mengukur kecekapan syarikat menjanakan
untung kepada pemegang-pemegang saham syarikat.

Pulangan atas pemilik ekuiti (ROE) = Untung bersih


Ekuiti pemilik

Pulangan atas pemilik ekuiti (ROE) = 16350


174150
= 0.094 @ 9.4%
Purata industri = 9.5%

Pulangan syarikat adalah rendah di bandingkan dengan purata industri, di mana


kedudukan pemegang saham adalah tidak begitu memuaskan.

http://modul2poli.blogspot.com/
P 5127/ UNIT 4/ 25
ANALISIS KEWANGAN

Jadual 4.7
Perbandingan nisbah kewangan Syarikat Giat Selatan Bhd. dengan purata industri.

Nisbah Giat
Nisbah-nisbah Selatan Purata Industri Komen
Bhd.

Nisbah Kecairan

1. Nisbah semasa 0.9 x 1.8 x Tidak memuaskan


2. Nisbah Cepat 0.24 x 0.7 x Tidak memuaskan

Nisbah Kecekapan/ aktiviti

3. Pusing ganti inventori 2.1x 2.5 x Tidak memuaskan


4. Masa pungutan purata 36 hari 37 hari Memuaskan
5. Pusing ganti jumlah aset 1.1 x 1.14 x Memuaskan
6. Pusing ganti aset tetap 1.8 x 1.4 x Memuaskan
7. Pusing ganti Ak. Belum terima 10 x 9.9 x Memuaskan

http://modul2poli.blogspot.com/
P 5127/ UNIT 4/ 26
ANALISIS KEWANGAN

Nisbah Giat
Nisbah-nisbah Selatan Purata Industri Komen
Bhd.

Nisbah Leveraj

8. Nisbah hutang 61.3% 50% Tidak memuaskan


9. Pulangan atas faedah 2.8 x 3.8 x Tidak memuaskan
10. Nisbah hutang ekuiti 1.58 x 1.42 x Tidak memuaskan
11. Pengganda ekuiti 2.58 x 2.60 x Tidak memuaskan
12. Hutang jangka panjang ke 28% 35% Memuaskan
atas jumlah permodalan

Nisbah Keberuntungan

13. Margin untung kasar 40% 38% Memuaskan


14. Margin untung operasi 11% 10% Memuaskan
15. Margin untung bersih 3.4% 3.5% Memuaskan
16. Pulangan atas jumlah aset 3.6% 4.0% Tidak memuaskan
(ROA)
17. Pulangan atas pemilik ekuiti 9.4% 9.5% Tidak memuaskan
(ROE)

Rumusan Nisbah Kewangan Syarikat Giat Selatan Bhd.


Jadual 4.7 di atas merumuskan nisbah Giat Selatan Bhd. dan perbandingan dengan
nisbah purata industri. Berikut ialah keputusan perbandingan tersebut:
(i) Kedudukan nisbah kecairan Giat Selatan Bhd. adalah lebih rendah daripada
nisbah purata industri dan secara keseluruhannya nisbah ini adalah tidak
memuaskan.

http://modul2poli.blogspot.com/
P 5127/ UNIT 4/ 27
ANALISIS KEWANGAN

(ii) Nisbah aktiviti ataupun kecekapan menunjukkan pihak pengurusan adalah


cekap dan berkesan menggunakan aset-aset melainkan pusing ganti inventori
yang agak rendah. Secara keseluruhannya nisbah ini adalah memuaskan.
(iii) Giat Selatan Bhd. telah menggunakan nisbah leveraj kewangan yang agak
tinggi iaitu 61.3% daripada aset syarikat dibiayai oleh hutang. Firma tidak
mampu lagi untuk membiayai asetnya dengan hutang kerana pulangan atas
faedah yang rendah di bandingkan dengan purata industri.Secara
keseluruhannya nisbah ini adalah tidak memuaskan.
(iv) Nisbah keberuntungan secara keseluruhannya adalah memuaskan dan
menunjukkan kecekapan pihak pengurusan memperolehi untung. Walau
bagaimanapun pulangan atas aset adalah agak rendah.

http://modul2poli.blogspot.com/
P 5127/ UNIT 4/ 28
ANALISIS KEWANGAN

AKTIVITI 4 ( b)

Ujikan kefahaman anda sebelum meneruskan input selanjutnya.


Sila semak jawapan anda pada maklum balas di halaman berikutnya.

4.2 Berikut adalah penyata kewangan Syarikat Maju Bhd.

Syarikat Maju Berhad


Lembaran Imbangan pada 31 Disember 2000

RM
Aset tetap:
Tanah 26000
Bangunan dan peralatan 100,000
( - ) susutnilai 38,000 62000

Jumlah aset tetap 88000


Aset Semasa:

Tunai 500
Ak. Belum terima 16000
Inventori 45500
62000

http://modul2poli.blogspot.com/
P 5127/ UNIT 4/ 29
ANALISIS KEWANGAN

Liabiliti Semasa:

Ak. Belum bayar 22000


Nota bank 47000
69000

Modalkerja (7000)

Jumlah aset 81,000

Di biayai oleh:

Saham biasa 31,500


Pendapatan tertahan 26,550
Pinjaman jangka panjang 22,950

Jumlah liabiliti jangka panjang 81,000


dan pemilik ekuiti

http://modul2poli.blogspot.com/
P 5127/ UNIT 4/ 30
ANALISIS KEWANGAN

Syarikat Maju Bhd.


Penyata Pendapatan bagi tahun berakhir 31 Disember 2000

RM

Jualan 160,000
(-) Kos barang dijual 96,000

Untung kasar 64,000

Belanja Operasi:

Belanja operasi tetap 21,000


Belanja operasi berubah 16,000
Belanja susutnilai 10,000

Pendapatan sebelum faedah dan cukai 17,000

Faedah 6100

Pendapatan sebelum cukai 10 900

Cukai (50%) 5450

Untung bersih 5450

http://modul2poli.blogspot.com/
P 5127/ UNIT 4/ 31
ANALISIS KEWANGAN

Nisbah-nisbah Nisbah Purata


Industri
Nisbah Semasa 1.80 x
Nisbah Cepat 0.70 x
Purata Masa Kutipan 37 hari
Pusing ganti inventori 2.50 x
Nisbah hutang 58%
Pinjaman jangka panjang atas jumlah permodalan 33%
Pulangan atas faedah 3.8 x
Margin untung kasar 38%
Margin untung operasi 10%
Margin untung bersih 3.5%
Pusing ganti aset tetap 1.4 x
Pusing ganti jumlah aset 1.14 x
Pulangan atas jumlah aset 4.0%
Pulangan atas pemilik ekuiti 9.5%

Di kehendaki:

(a) Berdasarkan penyata yang diberi, kirakan nisbah-nisbah bagi tahun 2000.
(14 markah)
(b) Berdasarkan pengiraan (a) di atas, apakah pandangan anda tentang nisbah kecairan,
leveraj(lindungan), kecekapan (aktiviti) dan keberuntungan Syarikat Maju Bhd.
(12 markah)

http://modul2poli.blogspot.com/
P 5127/ UNIT 4/ 32
ANALISIS KEWANGAN

MAKLUM BALAS 4 (b)


4.2 (a)
Nisbah-nisbah Purata Nisbah Komen
Industri Syarikat
Nisbah Kecairan
1.Nisbah Semasa 1.80 0.90 Tidak memuaskan
2.Nisbah Cepat 0.70 0.24 Tidak memuaskan

Nisbah Leveraj
3.Hutang atas jumlah aset 58% 61.3% Tidak memuaskan
(nisbah hutang)
4.Nisbah bunga 3.8% 2.79 x Tidak memuaskan
5.Pinjaman jangka panjang 33% 28.3% Baik
atas jumlah modal
Nisbah Aktiviti
6. Purata masa kutipan 37 hari 36 hari Baik
7. Pusing ganti inventori 2.50 x 2.11 x Memuaskan
8. Pusing ganti jumlah aset 1.14 x 1.07 x Memuaskan
9. Pusing ganti aset tetap 1.40 x 1.82 x Baik
Nisbah Keberuntungan
10. Margin untung kasar 38% 40% Baik
11. Margin untung operasi 10% 10.6% Baik
12.Margin untung bersih 3.5% 3.4% Memuaskan
13.Pulangan atas jumlah 4.0% 3.6% Tidak memuaskan
aset
14.Pulangan atas pemegang 9.5% 9.4% Memuaskan
ekuiti
(14 markah)

http://modul2poli.blogspot.com/
P 5127/ UNIT 4/ 33
ANALISIS KEWANGAN

4.2 (b) Ulasan perbandingan ke atas nisbah-nisbah kewangan mengikut kategori adalah
seperti berikut:
(i) Nisbah Kecairan
Tahap kecairan adalah rendah dan ini menunjukkan bahawa firma tidak
mampu menghadapi obligasi dalam memenuhi tuntutan jangka pendek dan
liabiliti semasanya.
(ii) Nisbah Leveraj
Hutang firma adalah lebih tinggi daripada purata industri iaitu syarikat
membiayai asetnya dengan menggunakan hutang. Tetapi pembiayaan melalui
hutang ini adalah lebih kepada pembiayaan jangka pendek kerana nisbah
pinjaman jangkapanjang atas jumlah modal adalah lebih baik di bandingkan
dengan purata industri.
(iii) Nisbah Aktiviti
Nisbah aktiviti syarikat ini menunjukkan kecekapan pengurusan kerana ia
adalah dalam lingkungan nisbah purata industri.
(iv) Nisbah Keberuntungan
Nisbah keberuntungan syarikat ini menunjukkan tahap yang memuaskan jika
di bandingkan dengan purata industri melainkan pulangan atas jumlah aset
yang agak rendah. Ini mungkin di sebabkan oleh kos-kos seperti kos barang
dijual dan belanja operasi yang agak rendah.

http://modul2poli.blogspot.com/
P 5127/ UNIT 4/ 34
ANALISIS KEWANGAN

INPUT
4.3 Kelebihan dan Kelemahan Nisbah Kewangan dan Cara Membaiki Prestasi
Firma
Nisbah dan peratus kewangan adalah cukup berguna dalam penilaian penyata
kewangan. Ia menghubungkan dan meringkaskan susunan angka menjadi satu bentuk
yang lebih mudah untuk difahami, ditafsir, dibandingkan dan digunakan untuk
merancang, mengawal dan melaksanakan keputusan kewangan. Nisbah kewangan juga
merupakan satu kaedah yang digunakan bagi menilai prestasi syarikat. Analisis nisbah
kewangan juga dapat membantu membuat keputusan-keputusan kewangan yang baik
apabila faktor-faktor persekitaran diberi perhatian yang sewajarnya. Ini adalah
merupakan antara kelebihan nisbah kewangan.
Nisbah kewangan juga mempunyai beberapa kelemahan. Antara kelemahan-
kelemahannya ialah penilaian yang dibuat dengan menggunakan analisis nisbah ini
adalah berbentuk kuantitatif dan adalah tidak wajar membuat sesuatu keputusan
kewangan dengan hanya berasaskan analisis kewangan tanpa mengambilkira faktor-
faktor kualitatif. Analisis nisbah-nisbah kewangan juga perlu dilaksanakan secara teliti
kerana ia merupakan maklumat mentah yang perlu diterjemahkan kepada maklumat yang
relevan kepada pembuatan keputusan kewangan.
Cara-cara memperbaiki prestasi firma ialah dengan mengawal aspek-aspek
kecairan, kecekapan (aktiviti) , leveraj dan keberuntungan firma. Pengawalan setiap
nisbah membolehkan pihak pengurusan firma memantau kedudukan kewangan dan
prestasi firma dari masa ke semasa. Pihak pengurusan juga dapat membandingkan
prestasi firma dan mengetahui kedudukan firma dalam industri secara keseluruhannya
dengan membandingkan nisbah firma dengan nisbah purata industri. Pihak pengurusan
dapat menjadikan ia sebagai pengukur bagi memperbaiki nisbah-nisbah yang tidak
memuaskan dalam firma.

http://modul2poli.blogspot.com/
P 5127/ UNIT 4/ 35
ANALISIS KEWANGAN

4.4 Limitasi Penggunaan Nisbah


o Amalan perakaunan adalah berbeza antara syarikat. Contoh, penggunaan
kaedah penilaian inventori dan kaedah susutnilai yang berbeza. Amalan
perakaunan ini akan mempengaruhi pengiraan nisbah-nisbah pengurusan
aset seperti pusinganti inventori, tempoh purata jualan inventori dan lain-
lain.
o Terdapat perbezaan dalam pengiraan nisbah antara satu syarikat dengan
syarikat lain. Dengan itu analisis perlu dilakukan dengan berhati-hati
dalam membuat sebarang perbandingan.
o Banyak syarikat besar yang mengeluarkan berbilang produk sehingga
sukar untuk dikelaskan ke dalam satu industri tertentu, ini menyukarkan
analisis antara syarikat kerana perbandingan yang mutlak tidak dapat
dilakukan.
o Data yang dihasilkan oleh penyata kewangan merupakan data sejarah
yang tidak mengambilkira inflasi dan peningkatan nilai sesuatu aset. Di
samping itu nilai-nilai kualitatif seperti kemahiran, produktiviti, reputasi
syarikat tentang kualiti keluaran dan lain-lain aspek tidak di
pertimbangkan.
o Angka-angka yang terdapat dalam penyata kewangan boleh di
manipulasikan mengikut kepentingan syarikat bagi menggambarkan
keadaan syarikat yang sempurna. Ini boleh dilakukan dengan
‘menghiaskan ’ penyata kewangan supaya kelihatan ‘ lebih menarik’.
o Nisbah purata industri yang di jadikan asas perbandingan hanyalah
merupakan anggaran sahaja.

http://modul2poli.blogspot.com/
P 5127/ UNIT 4/ 36
ANALISIS KEWANGAN

AKTIVITI 4 ( c )

Ujikan kefahaman anda sebelum meneruskan input selanjutnya.


Sila semak jawapan anda pada maklum balas di halaman berikutnya.

4.3 Berikan 2 kelebihan dan kelemahan penggunaan nisbah kewangan.


(4 markah)
4.4 Nyatakan 3 batasan atau limitasi dalam penggunaan nisah kewangan.
( 6 markah)

http://modul2poli.blogspot.com/
P 5127/ UNIT 4/ 37
ANALISIS KEWANGAN

MAKLUM BALAS 4 ( c)

4.3 2 Kelebihan penggunaan nisbah kewangan:


(i) Ia menghubungkan dan meringkaskan susunan angka menjadi satu bentuk
yang lebih mudah untuk di fahami, ditafsir, dibandingkan dan digunakan
untuk merancang, mengawal dan melaksanakan keputusan kewangan.
(2 markah)
(ii) Nisbah kewangan juga merupakan satu kaedah kualitatif dan kuantitatif yang
di gunakan bagi menilai prestasi syarikat dari aspek kecairan, kecekapan,
leveraj dan keberuntungan.
( 2 markah)

2 Kelemahan penggunaan nisbah kewangan:


(i) Penilaian ke atas analisis nisbah di buat secara kuantitatif tanpa mengambilkira
faktor-faktor kualitatif. (2 markah)
(ii) Analisis nisbah-nisbah kewangan merupakan maklumat mentah yang perlu
diterjemahkan kepada maklumat yang relevan kepada pembuatan keputusan
kewangan. (2 markah)

4.4 3 Limitasi dalam pengunaan nisbah kewangan


(i) Amalan perakaunan adalah berbeza antara syarikat. Amalan perakaunan ini
akan mempengaruhi pengiraan nisbah-nisbah pengurusan aset seperti
pusinganti inventori, tempoh purata jualan inventori dan lain-lain.
(iii) Terdapat perbezaan dalam pengiraan nisbah antara satu syarikat dengan
syarikat lain. Penyebut (denominator) yang di gunakan bagi mencari nisbah-
nisbah kewangan adalah berbeza antara syarikat.

http://modul2poli.blogspot.com/
P 5127/ UNIT 4/ 38
ANALISIS KEWANGAN

(iii) Banyak syarikat besar yang mengeluarkan berbilang produk sehingga sukar
untuk di kelaskan ke dalam satu industri tertentu, ini menyukarkan analisis
antara syarikat kerana perbandingan yang mutlak tidak dapat dilakukan.
( 6 markah)

http://modul2poli.blogspot.com/
P 5127/ UNIT 4/ 39
ANALISIS KEWANGAN

PENILAIAN KENDIRI

Anda telah menghampiri kejayaan. Sila cuba semua soalan dalam penilaian kendiri ini
dan semak jawapan anda pada maklum balas yang disediakan.
Jika ada masalah yang timbul, sila berbincang dengan pensyarah anda.
Selamat mencuba semoga berjaya.!!!

SOALAN 4-1

Nyatakan secara ringkas penyata-penyata kewangan asas bagi sesebuah firma.


(6 markah)

SOALAN 4-2

Berikut adalah Lembaran Imbangan / Kunci Kira-kira dan Penyata pendapatan Syarikat
Permata Sdn. Bhd.
Syarikat Permata Sdn. Bhd.
Lembaran Imbangan pada 31.Disember 2000

RM
Aset

Tunai 6080
Sekuriti boleh pasar 4600
Ak. Belum terima 36640
Inventori 56060

Jumlah aset semasa 103380

http://modul2poli.blogspot.com/
P 5127/ UNIT 4/ 40
ANALISIS KEWANGAN

Bangunan dan peralatan 88200


(-) Susutnilai (23800)

Aset tetap bersih 64400

Jumlah Aset 167780

Liabiliti dan Ekuiti Pemilik

Ak. Belum bayar 20442


Nota belum bayar 18000
Cukai belum bayar terakru 7400
Pinjaman jangka pendek 9204

Jumlah Liabiliti semasa 55040

Pinjaman jangka panjang 54000


Saham biasa 39367
Perolehan tertahan 19367

Ekuiti pemegang saham 58734

Jumlah Liabiliti dan ekuiti pemilik 167780

http://modul2poli.blogspot.com/
P 5127/ UNIT 4/ 41
ANALISIS KEWANGAN

Syarikat PermataSdn Bhd


Penyata pendapatan bagi tahun berakhir 31 Disember 2000

RM

Jualan Bersih 325520


Kos barang dijual (270600)

Untung kasar 54920

Perbelanjaan operasi

Jualan 12080
Pengurusan 17800

Jumlah perbelanjaan operasi (29880)

Perolehan sebelum faedah dan cukai(EBIT) 25040


Faedah bersih (7320)

Perolehan sebelum cukai (EBT) 17720


Cukai (6025)

Perolehan selepas cukai (EAT) 11694

Dividen saham biasa ( 5600)

Perolehan bersih 6094

http://modul2poli.blogspot.com/
P 5127/ UNIT 4/ 42
ANALISIS KEWANGAN

Jadual 1: Nisbah Purata Industri


Nisbah-nisbah Nisbah Purata Industri
Nisbah semasa 2.00 X
Nisbah cepat 0.92 X
Purata masa kutipan 42 hari
Pusing ganti inventori 4.00 X
Pusing ganti aset tetap 3.4 X
Pusing ganti jumlah aset 2.10 X
Nisbah hutang 63%
Hutang kepada ekuiti 156.2%
Nisbah liputan bunga 3.5 X
Margin untung kasar 15.64%
Margin untung bersih 1.42%
Pulangan atas pelaburan (ROA) 3.11%
Pulangan atas ekuiti (ROE) 12.79%

Di kehendaki:

(a) Mengira semua nisbah-nisbah yang terlibat bagi Syarikat Permata Sdn Bhd. dengan
merujuk kepada Jadual 1 di atas . (13 markah)
(b) Memberi komen terhadap prestasi syarikat berdasarkan kepada kecairan, aktiviti,
leveraj dan keberuntungan. (12 markah)

http://modul2poli.blogspot.com/
P 5127/ UNIT 4/ 43
ANALISIS KEWANGAN

SOALAN 4-3

Analisis penyata kewangan mempunyai beberapa limitasi atau batasan. Berikan 3


limitasi dalam penggunaan nisbah oleh firma.

(i)………………………………………………………………………………..
(ii)………………………………………………………………………………
(iii)……………………………………………………………………………..

(6 markah)

http://modul2poli.blogspot.com/
P 5127/ UNIT 4/ 44
ANALISIS KEWANGAN

MAKLUM BALAS KEPADA PENILAIAN KENDIRI

Adakah anda telah mencuba dahulu?


Jika ‘YA’ sila semak jawapan anda.

JAWAPAN 4-1
Penyata-penyata kewangan asas bagi sesebuah firma ialah:
(i) Lembaran imbangan/ Kunci kira-kira
Ia melapurkan kedudukan kewangan syarikat pada satu titik masa tertentu. Ia
menunjukkan aset, liabiliti dan ekuiti pemegang saham yang dimiliki oleh syarikat.
(ii) Penyata pendapatan
Ia menunujukkan pencapaian operasi syarikat bagi suatu tempoh masa. Ia
melaporkan hasil, belanja dan untung atau rugi syarikat bagi suatu tempoh masa iaitu
setahun atau suku tahun.
(iii) Penyata Aliran Tunai
Ia menunjukkan perubahan kedudukan tunai sepanjang tempoh seperti yang diliputi
oleh penyata pendapatan. Ia membahagikan sumber dan kegunaan tunai mengikut
tiga komponen: Aliran tunai dari aktiviti operasi, aliran tunai dari aktiviti pelaburan,
dan aliran tunai dari aktiviti pembiayaan. Peningkatan(pengurangan) tunai bersih
ialah jumlah aliran tunai dari aktiviti-aktiviti operasi, pelaburan dan pembiayaan.
(iv) Nota-nota selepas penyata kewangan
Penyata-penyata kewangan selalunya diikuti oleh nota-nota terperinci. Nota-nota ini
dapat menjelaskan atau memperluaskan maklumat yang terkandung dalam penyata-
penyata kewangan. (6 markah)

http://modul2poli.blogspot.com/
P 5127/ UNIT 4/ 45
ANALISIS KEWANGAN

JAWAPAN 4-2

(a) Jadual 1

Nisbah-nisbah Nisbah Nisbah Komen


Syarikat 2000 Purata
Industri
Nisbah semasa 1.88 x 2.00 x Tidak memuaskan
Nisbah cepat 0.86 x 0.92 x Tidak memuaskan
Purata masa kutipan 40.52 hari 42 hari Memuaskan
Pusing ganti inventori 4.83 x 4.00 x Memuaskan
Pusing ganti aset tetap 3.69 x 3.4 x Memuaskan
Pusing ganti jumlah aset 1.94 x 2.10 x Memuaskan
Nisbah hutang 64.99% 63% Tidak memuaskan
Hutang kepada ekuiti 185.66% 156.2% Tidak memuaskan
Nisbah liputan bunga 3.42 x 3.5 x Tidak memuaskan
Margin untung kasar 16.87% 15.64% Memuaskan
Margin untung bersih 1.87% 1.42% Memuaskan
Pulangan atas pelaburan 3.63% 3.11% Memuaskan
(ROA)
Pulangan atas ekuiti (ROE) 10.37% 12.79% Tidak memuaskan

(13 markah)

(b) Prestasi Syarikat Permata Sdn Bhd secara keseluruhannya berdasarkan kategori
nisbah-nisbah

(i) Nisbah kecairan


Secara umumnya tahap kecairan adalah kurang memuaskan bagi Syarikat Permata
Sdn Bhd. Ia mungkin sukar untuk memenuhi tuntutan jangka pendeknya.

http://modul2poli.blogspot.com/
P 5127/ UNIT 4/ 46
ANALISIS KEWANGAN

(ii) Nisbah aktiviti / kecekapan


Nisbah di bawah kategori aktiviti adalah memuaskan. Ini menunjukkan keberkesanan
pihak pengurusan dalam menguruskan aset-aset syarikat dengan cekap.

(iii) Nisbah Leveraj


Nisbah-nisbah leveraj keseluruhannya adalah tidak memuaskan kerana ia berada pada
tahap yang lebih lemah daripada purata industri. Oleh kerana leveraj yang tinggi,
kemampuan keuntungan sebelum faedah dan cukai adalah lebih rendah iaitu hanya
3.42 x di bandingkan dengan 3.5 x bagi purata industri.

(iv) Nisbah keberuntungan


Nisbah-nisbah di bawah kategori ini adalah baik secara umumnya. Pihak
pengurusan firma ini telah mampu untuk mengawal kos barang dijual, dan belanja
operasi sehingga menghasilkan nisbah keberuntungan yang lebih baik daripada
purata industri. Walaubagaimanapun pulangan atas ekuiti (ROE) adalah lebih
rendah daripada purata industri. Ini di sebabkan oleh pembiayaan daripada hutang
yang tinggi.
(4 x 3 markah = 12 markah)

JAWAPAN 4-3
Analisis penyata kewanagan mempunyai beberapa limitasi atau batasan. 3 limitasi
dalam penggunaan nisbah oleh firma ialah:

(i) Data yang dihasilkan oleh penyata kewangan merupakan data sejarah yang tidak
mengambil kira inflasi dan naik nilai sesuatu aset. Di samping itu nilai-nilai kualitatif
tidak dipertimbangkan.
(ii) Angka-angka yang terdapat dalam penyata kewangan boleh dimanipulasikan
mengikut kepentingan syarikat bagi menggambarkan keadaan syarikat yang baik. Ini

http://modul2poli.blogspot.com/
P 5127/ UNIT 4/ 47
ANALISIS KEWANGAN

boleh dilakukan dengan ‘menghiaskan’ penyata kewangan supaya kelihatan lebih


menarik.
(iii) Nisbah purata industri yang dijadikan sebagai asas perbandingan itu hanyalah
merupakan anggaran sahaja. Ini di sebabkan oleh banyak syarikat besar yang
mengeluarkan berbilang produk sehingga sukar untuk di kelaskan ke dalam satu
industri tertentu. Ini menyukarkan pihak pengurusan untuk menentukan kategori
nisbah purata industri yang perlu di pilih.
(6 markah)

http://modul2poli.blogspot.com/
P5127/UNIT5/ 1
PENGURUSAN MODALKERJA-
POLISI DAN PENGURUSAN MODALKERJA

OBJEKTIF

Objektif Am:
Mengetahui konsep modalkerja, modalkerja bersih serta komponen-komponen
modalkerja. Mempelajari pengurusan modalkerja, mengurus aset semasa dan liabiliti
semasa serta kesannya ke atas risiko dan pulangan. Mengetahui tahap modal kerja yang
sesuai iaitu ‘hedging’, konservatif dan agresif.

Objektif Khusus:
Di akhir unit ini, anda sepatutnya dapat:

o Menerangkan konsep modal kerja dan modal kerja bersih serta


komponen-komponen modal kerja.
o Menghuraikan pengurusan modal kerja, mengurus aset semasa dan
liabiliti semasa

http://modul2poli.blogspot.com/
P5127/UNIT5/ 2
PENGURUSAN MODALKERJA-
POLISI DAN PENGURUSAN MODALKERJA

o Menerangkan kesan keatas risiko dan pulangan dalam konteks


pengurusan modal kerja.
o Menghuraikan tahap modal kerja yang sesuai- hedging, konservatif dan
agresif.

http://modul2poli.blogspot.com/
P5127/UNIT5/ 3
PENGURUSAN MODALKERJA-
POLISI DAN PENGURUSAN MODALKERJA

INPUT

5.0 Pengenalan
Pengurusan modalkerja tertumpu kepada komponen-komponen syarikat yang akan
menentukan kecairan syarikat iaitu aset semasa dan liabiliti semasa. Pengendalian aset
semasa dan liabiliti semasa secara keseluruhan di kenali sebagai pengurusan modalkerja.
Pengurusan modalkerja berkisar kepada dua perkara utama iaitu untuk menentukan
pelaburan yang sesuai ke atas aset semasa dan untuk mengenalpasti sumber kewangan
bagi membiayai aset semasa yang di perlukan.

5.1 Konsep modalkerja dan modalkerja bersih serta komponen-komponen


modalkerja.
Modalkerja adalah pelaburan syarikat dalam aset-aset semasa yang digunakan dalam
operasi harian syarikat. Pengurusan modalkerja membincangkan tentang kedua-dua
komponen syarikat iaitu aset semasa dan liabiliti semasa. Liabiliti semasa termasuk
dalam modalkerja kerana ia merupakan sumber utama yang digunakan bagi membiayai
aset semasa. Perbezaan di antara aset semasa dan liabiliti semasa dikenali sebagai
modalkerja bersih (net working capital) iaitu:

Modalkerja bersih = Aset Semasa- Liabiliti Semasa

Modal kerja bersih yang positif menunjukkan terdapat lebihan aset semasa
berbanding liabiliti semasa. Ini menunjukkan sebahagian daripada aset semasa di biayai
dengan menggunakan sumber pembiayaan jangka panjang.
Komponen-komponen modalkerja terdiri daripada aset semasa dan liabiliti semasa. Aset
semasa merangkumi aset–aset milik syarikat yang dijangka boleh ditukarkan kepada

http://modul2poli.blogspot.com/
P5127/UNIT5/ 4
PENGURUSAN MODALKERJA-
POLISI DAN PENGURUSAN MODALKERJA

tunai dalam tempoh yang tidak melebihi satu tahun. Aset semasa syarikat terdiri daripada
tunai, sekuriti boleh pasar, akaun belum terima dan inventori.
Tunai adalah aset syarikat yang paling cair kerana ia dalam bentuk wang. Deposit
semasa juga adalah sebagai tunai kerana ia tersimpan di bank dan boleh ditukarkan pada
bila-bila masa. Manakala sekuriti boleh pasar adalah pelaburan jangka pendek yang
menggunakan lebihan tunai yang wujud sementara untuk tempoh yang singkat. Ia boleh
di pasarkan pada bila-bila masa dan kerana ini ia adalah aset yang paling hampir kepada
tunai. Akaun belum terima pula wujud di sebabkan oleh terdapatnya jualan kredit di
dalam akaun sesebuah perniagaan. Apabila syarikat memberikan kemudahan kredit
kepada pelanggan sebenarnya ia membuat pelaburan ke atas akaun belum terima.
Tempoh kredit yang singkat membuatkan akaun belum terima tergolong di dalam
komponen aset semasa.
Apabila pelanggan menjelaskan pembayaran maka akaun belum terima bertukar
kepada tunai. Manakala inventori pula adalah barang yang belum di jual atau sedang
menunggu proses penghantaran kepada pelanggan. Apabila jualan barang secara kredit
wujud maka timbullah akaun belum terima tetapi jika di jual secara tunai ia akan
menghasilkan aliran masuk tunai kepada syarikat.
Liabiliti semasa pula adalah obligasi jangka pendek syarikat yang perlu diselesaikan
dalam tempoh tidak lebih dari setahun. Komponen liabiliti jangka pendek adalah akaun
belum bayar, akruan dan hutang-hutang jangka pendek yang lain. Apabila syarikat
mendapatkan bekalan secara kredit, akaun belum bayar wujud dalam syarikat. Tempoh
kredit yang diberikan oleh pembekal tidak lebih daripada setahun.
Akruan pula adalah tanggungan syarikat yang terbentuk daripada wujudnya
perbezaan waktu sepatutnya aliran tunai berlaku dengan waktu aliran tunai sebenar.
Sebagai contoh, pekerja yang sepatutnya mendapat gaji pada akhir bulan tidak di bayar
gaji oleh pihak majikan. Maka dalam tempoh tersebut, gaji belum bayar ini merupakan
satu tanggungan syarikat untuk menunaikannya. Selain daripada akaun belum bayar dan
akruan, syarikat boleh mendapat pinjaman melalui institusi kewangan dalam bentuk
pinjaman ataupun overdraf.

http://modul2poli.blogspot.com/
P5127/UNIT5/ 5
PENGURUSAN MODALKERJA-
POLISI DAN PENGURUSAN MODALKERJA

5.2 Pengurusan modalkerja-mengurus aset semasa dan liabiliti semasa serta kesan
ke atas risiko dan pulangan
Pengurusan modalkerja adalah penting dalam pengurusan sesebuah syarikat kerana
modalkerja merupakan komponen utama yang di perlukan dalam menjalankan urusan
harian perniagaan syarikat. Aset semasa dan liabiliti semasa perlu diuruskan dengan
berkesan bagi memastikan kesinambungan hayat syarikat. Perubahan dalam modal kerja
dari semasa ke semasa menjadikan pengurusan modal kerja lebih dinamik. Contoh,
perubahan dalam jumlah jualan syarikat akan meninggalkan kesan kepada modalkerja.
Pengurus syarikat perlu peka kepada persekitaran yang mungkin mempengaruhi urusan
harian syarikat supaya segala tindakan berkaitan modal kerja dapat di buat dengan
bijaksana.
Kepentingan pengurusan modalkerja lebih ketara bagi syarikat kecil dan sederhana
terutamanya dari aspek pembiayaan. Ini kerana syarikat ini lebih banyak bergantung
kepada pembekal untuk mendapatkan kredit dagangan dan pinjaman daripada bank.
Manakala syarikat besar boleh mengumpulkan modal dengan menerbitkan saham-saham.
Oleh kerana sumber pembiayaan bagi syarikat kecil dan sederhana adalah terhad, maka
mereka lebih cenderung untuk bergantung kepada sumber-sumber pembiayaan jangka
pendek. Oleh sebab itulah liabiliti semasa perlu diselia dengan baik kerana kegagalan
pihak pengurusan menunaikan tanggungjawab kredit akan menjejaskan nama baik
syarikat dan akan mempengaruhi keupayaan syarikat untuk mendapatkan pembiayaan
pada masa depan.

http://modul2poli.blogspot.com/
P5127/UNIT5/ 6
PENGURUSAN MODALKERJA-
POLISI DAN PENGURUSAN MODALKERJA

Berikut adalah pengiraan bagi :


(i) Mengurus pelaburan syarikat dalam aset semasa dan kesan ke atas tahap kecairan dan
keberuntungan syarikat.
Jadual 5.1
Lembaran Imbangan pada 31 Disember 2000
Kesan pelaburan aset ke atas tahap kecairan dan keberuntungan syarikat

Syarikat ABC Syarikat XYZ


(RM) (RM)

Tunai 1,000 1,000


Sekuriti boleh pasar - 10,000
Akaun Belum terima 19,000 19,000
Inventori 30,000 30,000
Aset Semasa 50,000 60,000
Aset tetap bersih 100,000 100,000
Jumlah Aset 150,000 160,000

Liabiliti semasa 20,000 20,000


Hutang jangka panjang 30,000 30,000
Ekuiti biasa 100,000 110,000
Jumlah liabiliti dan 150,000 160,000
ekuiti pemilik

Pendapatan bersih 15,000 15,300*


* Dalam tahun tersebut Syarikat XYZ membuat pelaburan dalam sekuriti boleh pasar dengan memperolehi
kadar pulangan 6% atau RM600.00. Kadar cukai ialah 50% dan syarikat mendapat RM300.00 hasil dari
pelaburan tersebut.

http://modul2poli.blogspot.com/
P5127/UNIT5/ 7
PENGURUSAN MODALKERJA-
POLISI DAN PENGURUSAN MODALKERJA

Kesan pelaburan dalam aset semasa ke atas tahap kecairan dan keberuntungan syarikat.

Syarikat ABC Syarikat XYZ

Nisbah Semasa= 50,000 = 2.5 kali N.S = 60,000 = 3 kali


(N.S)
20,000 20,000

Modal kerja bersih = 30,000 M.K.B = 40,000


(M.K.B)

Pulangan atas jumlah aset = 15,000 = 10% ROA = 15,300 = 9.6%


(ROA) 150,000 160,000

Kesan modal kerja ke atas risiko dan pulangan syarikat adalah merujuk kepada tahap
kecairan sesuatu aset kepada syarikat . Syarikat yang mempunyai lebih banyak aset
tetap berbanding aset semasa adalah tidak cair. Kecairan yang rendah menyebabkan
syarikat berada dalam keadaan yang berisiko tinggi. Ini kerana syarikat kurang berupaya
untuk menukarkan asetnya kepada tunai apabila keadaan mendesak.Bagi syarikat yang
mempunyai lebih banyak aset semasa berbanding aset tetap, kecairan syarikat pada paras
yang tinggi dan oleh itu risikonya rendah.

http://modul2poli.blogspot.com/
P5127/UNIT5/ 8
PENGURUSAN MODALKERJA-
POLISI DAN PENGURUSAN MODALKERJA

Apabila perbandingan di buat berdasarkan pulangan, aset semasa memberikan kadar


pulangan yang lebih rendah berbanding aset tetap. Contohnya wang tunai di tangan tidak
akan menghasilkan sebarang pulangan. Jika digunakan untuk pelaburan ke atas aset tetap
yang melibatkan tempoh yang lama, pulangan mungkin lebih tinggi. Kesimpulannya
semakin cair sesuatu aset, semakin rendah pulangan yang di perolehi daripada aset
tersebut.

http://modul2poli.blogspot.com/
P5127/UNIT5/ 9
PENGURUSAN MODALKERJA-
POLISI DAN PENGURUSAN MODALKERJA

Berikut adalah pengiraan bagi :


(i) Mengurus pelaburan syarikat dalam liabiliti semasa dan liabiliti jangka panjang serta
kesan ke atas tahap kecairan dan keberuntungan syarikat.

Jadual 5.2
Lembaran Imbangan pada 31 Disember 2000
Kesan penggunaan liabiliti semasa dan liabiliti jangka panjang ke atas tahap kecairan dan
keberuntungan syarikat

Syarikat Kelana Syarikat Kelisa


(RM) (RM)
Aset Semasa 60,000 60,000
Aset tetap bersih 140,000 140,000
Jumlah Aset 200,000 200,000

Akaun Belumbayar 20,000 20,000


Nota Belumbayar - 40,000
Liabiliti Semasa 20,000 60,000

Liabiliti jangka panjang (10%) 40,000 -

Ekuiti biasa 140,000 140,000

Jumlah 200,000 200,000

http://modul2poli.blogspot.com/
P5127/UNIT5/ 10
PENGURUSAN MODALKERJA-
POLISI DAN PENGURUSAN MODALKERJA

Jadual 5.3
Penyata Pendapatan bagi tahun berakhir 31 Disember 2000
Kesan penggunaan liabiliti semasa dan liabiliti jangka panjang ke atas tahap kecairan dan
keberuntungan syarikat

Syarikat Kelana Syarikat Kelisa


(RM) (RM)

Pendapatan bersih operasi 44,000 44,000


(-) Belanja Faedah 4,000* 900**
Pendapatan sebelum cukai 40,000 43,100
(-) Cukai 50% 20,000 21,550
Pendapatan bersih 20,000 21,550

* Syarikat Kelana membayar faedah untuk tempoh setahun ke atas RM40,000 liabiliti jangkapanjang pada
kadar 10%. Belanja faedah = .10 X RM40,000= RM4,000

** Syarikat Kelisa membayar faedah ke atas RM 40,000 selama sebulan dan RM20,000 selama empat
bulan pada kadar 9% dalam tempoh setahun. Belanja faedah= RM40,000 x .09 x ½ + RM 20,000 x .09 x
4/12 = RM 300 +RM 600 = RM 900

http://modul2poli.blogspot.com/
P5127/UNIT5/ 11
PENGURUSAN MODALKERJA-
POLISI DAN PENGURUSAN MODALKERJA

Kesan penggunaan liabiliti semasa dan liabiliti jangkapanjang ke atas tahap kecairan dan
keberuntungan syarikat.

Syarikat Kelana Syarikat Kelisa

Nisbah Semasa= 60,000 = 3 kali N.S = 60,000 = 1 kali


(N.S)
20,000 60,000

Modal kerja bersih = 40,000 M.K.B = 0


(M.K.B)

Pulangan atas jumlah aset = 20,000 = 10% ROA = 21550 = 10.8%


(ROA) 200,000 200,000

Kesimpulan:
Syarikat Kelana yang menggunakan pinjaman jangka panjang memperolehi tahap
kecairan dan modal kerja bersih yang tinggi berbanding Syarikat Kelisa. Kesan timbal
balik (tradeoff) daripada situasi di atas, Syarikat Kelana memperolehi pulangan atas
jumlah aset yang rendah berbanding Syarikat Kelisa. Syarikat Kelisa yang menggunakan
pinjaman jangka pendek menanggung risiko tahap kecairan dan modal kerja bersih yang
rendah, manakala memperolehi pulangan atas jumlah aset yang tinggi.

http://modul2poli.blogspot.com/
P5127/UNIT5/ 12
PENGURUSAN MODALKERJA-
POLISI DAN PENGURUSAN MODALKERJA

AKTIVITI 5 (a)

Ujikan kefahaman anda sebelum meneruskan input selanjutnya.


Sila semak jawapan anda pada maklum balas di halaman berikutnya.

5.1 Huraikan hubungan di antara risiko dan pulangan dalam konteks modal kerja.
(4 markah)

5.2 Terangkan komponen-komponen yang terdapat dalam modal kerja.


(14 markah)

http://modul2poli.blogspot.com/
P5127/UNIT5/ 13
PENGURUSAN MODALKERJA-
POLISI DAN PENGURUSAN MODALKERJA

MAKLUM BALAS 5 (a)

5.1 (i) Syarikat yang mempunyai lebih banyak aset tetap berbanding aset semasa adalah
tidak cair. Kecairan yang rendah menyebabkan syarikat berada dalam keadaan
yang berisiko tinggi. Bagi syarikat yang mempunyai lebih banyak aset semasa
berbanding aset tetap, kecairan syarikat pada paras yang tinggi dan oleh itu
risikonya rendah. (2 markah)
(ii) Semakin cair sesuatu aset, semakin rendah pulangan yang di perolehi daripada
aset tersebut. Manakala aset yang kurang cair, pulangannya tinggi .(2 markah)

5.2 Komponen-komponen modal kerja terdiri daripada aset semasa dan liabiliti
semasa .Aset semasa terdiri daripada tunai, sekuriti boleh pasar, akaun belum terima
dan inventori. Tunai adalah aset syarikat dalam bentuk wang. Sekuriti boleh pasar
adalah pelaburan jangka pendek yang menggunakan lebihan tunai yang wujud
sementara untuk tempoh yang singkat, manakala akaun belum terima pula wujud
apabila syarikat memberikan kemudahan kredit kepada pelanggan. Inventori pula
adalah barang yang belum dijual dan sedang menunggu proses penghantaran kepada
pelanggan .
(8 markah)

Liabiliti semasa pila terdiri daripada akaun belum bayar, akruan dan hutang jangka
pendek yang lain. Apabila syarikat mendapatkan bekalan secara kredit, akaun belum
bayar wujud. Akruan pula adalah tanggungan syarikat yang terbentuk daripada
wujudnya perbezaan waktu sepatutnya aliran tunai berlaku dengan waktu aliran tunai
sebenar. Syarikat juga boleh mendapatkan pinjaman melalui institusi kewangan
dalam bentuk pinjaman atau overdraf . (6 markah)

http://modul2poli.blogspot.com/
P5127/UNIT5/ 14
PENGURUSAN MODALKERJA-
POLISI DAN PENGURUSAN MODALKERJA

INPUT
5.3 Tahap Modal Kerja - Hedging, Konservatif dan Agresif
Pengurusan modalkerja bersih melibatkan pembuatan keputusan-keputusan
kewangan secara serentak dan saling berkait antara pelaburan ke atas aset semasa dan
pembiayaan menggunakan liabiliti semasa. Salah satu kaedah yang sering digunakan
dalam pengurusan modalkerja adalah prinsip lindung nilai yang memadankan aset
dengan pembiayaan dari segi hayatnya. Terdapat tiga pendekatan berbeza dalam
penggunaan prinsip lindung nilai iaitu pendekatan hedging (sederhana), agresif dan
konservatif.
Pendekatan hedging (sederhana) menggunakan pendekatan sumber pembiayaan kekal
dan pembiayaan spontan untuk membiayai semua pelaburan ke atas aset kekal.
Pelaburan ke atas aset sementara pula di biayai menggunakan sumber pembiayaan
sementara.
Manakala pendekatan agresif menggunakan pembiayaan sementara yang melebihi aset
sementara. Ini bermakna sebahagian sumber sementara ini digunakan juga untuk
membiayai sebahagian daripada aset kekal. Dalam keadaan ini, syarikat akan
menghadapi risiko yang lebih tinggi, misalnya risiko kadar faedah yang tidak menentu
apabila syarikat berhasrat untuk memperbaharui semula pembiayaan jangka pendek.
Bagaimanapun syarikat berpotensi untuk meningkatkan pulangan kerana kos pembiayaan
jangka pendek adalah lebih rendah. Pendekatan ini dikatakan agresif kerana pengurus
kewangan menghadapi risiko yang lebih tinggi dan dengan itu, perlu sentiasa aktif
memantau pergerakan modal kerja syarikat supaya kecairan syarikat berada pada paras
yang selamat. Manakala amalan pendekatan konservatif dalam pengurusan modal kerja
pula melibatkan penggunaan sumber pembiayaan kekal yang melebihi aset kekal.

http://modul2poli.blogspot.com/
P5127/UNIT5/ 15
PENGURUSAN MODALKERJA-
POLISI DAN PENGURUSAN MODALKERJA

Melalui pendekatan ini, syarikat mengamalkan pengurusan yang lebih berhati-hati


apabila mendapatkan sumber pembiayaan kekal yang tinggi bukan sahaja untuk
membiayai aset kekal malah turut menanggung sebahagian daripada aset sementara.

Keadaan ini menyebabkan wujudnya kecairan yang berlebihan pada waktu-waktu


tertentu. Apabila terdapat lebihan tunai yang melampaui keperluan, pengurus kewangan
akan mengurangkan kecairan ke tahap yang lebih munasabah dengan membuat pelaburan
jangka pendek dalam sekuriti boleh pasar. Kesimpulannya, penentuan aras modal kerja
yang optimum menggunakan prinsip lindung nilai boleh diubahsuai mengikut sikap
pengurus kewangan itu sendiri terhadap risiko. Pendekatan agresif berisiko tinggi dengan
pulangan yang tinggi, manakala pendekatan konservatif berisiko rendah dengan
pulangan yang rendah. Jalan tengah kepada kedua-dua pendekatan di atas adalah
menggunakan pendekatan hedging (sederhana).

http://modul2poli.blogspot.com/
P5127/UNIT5/ 16
PENGURUSAN MODALKERJA-
POLISI DAN PENGURUSAN MODALKERJA

AKTIVITI 5(b)

Ujikan kefahaman anda sebelum meneruskan input selanjutnya.


Sila semak jawapan anda pada maklum balas di halaman berikutnya.

5.2 Huraikan secara ringkas tahap-tahap modal kerja berikut:


(a) Pendekatan hedging (sederhana)
(b) Pendekatan agresif
(c) Pendekatan konservatif (6 markah)

http://modul2poli.blogspot.com/
P5127/UNIT5/ 17
PENGURUSAN MODALKERJA-
POLISI DAN PENGURUSAN MODALKERJA

MAKLUM BALAS 5 (b)

5.2
(a) Pendekatan hedging (sederhana) menggunakan pendekatan sumber pembiayaan
kekal dan pembiayaan spontan untuk membiayai semua pelaburan ke atas aset
kekal. Pelaburan ke atas aset sementara pula dibiayai menggunakan sumber
pembiayaan sementara. (2 markah)
(b) Pendekatan agresif menggunakan pembiayaan sementara yang melebihi aset
sementara. Ini bermakna sebahagian sumber sementara ini digunakan juga untuk
membiayai sebahagian daripada aset kekal. (2 markah)
(c) Amalan pendekatan konservatif dalam pengurusan modal kerja pula melibatkan
penggunaan sumber pembiayaan kekal yang melebihi aset kekal. Sumber
pembiayaan kekal juga digunakan untuk menanggung sebahagian daripada
sumber sementara. (2 markah)

http://modul2poli.blogspot.com/
P5127/UNIT5/ 18
PENGURUSAN MODALKERJA-
POLISI DAN PENGURUSAN MODALKERJA

PENILAIAN KENDIRI

Anda telah menghampiri kejayaan. Sila cuba semua soalan dalam penilaian kendiri ini
dan semak jawapan anda pada maklum balas yang disediakan.
Jika ada masalah yang timbul, sila berbincang dengan pensyarah anda.
Selamat mencuba semoga berjaya!!!

SOALAN 5-1
Syarikat Kejora Sdn. Bhd.
Lembaran Imbangan pada 31.12.2000
(RM’000)
Aset semasa 100,000
Aset tetap bersih 200,000

Jumlah 300,000

Akaun Belum bayar 30,000


Nota Belum bayar (14%) * 40,000

Jumlah 70,000
Liabiliti jangka panjang (10%) 100,000
Ekuiti biasa 130,000

Jumlah 300,000

http://modul2poli.blogspot.com/
P5127/UNIT5/ 19
PENGURUSAN MODALKERJA-
POLISI DAN PENGURUSAN MODALKERJA

Syarikat Kejora Sdn. Bhd.


Penyata Pendapatan bagi tahun berakhir 31.12.2000

(RM)
Pendapatan bersih operasi 72,800
(-) Belanja faedah ** 12,800

Pendapatan sebelum cukai 60,000


(-) cukai (50%) 30,000

Pendapatan bersih 30,000

* Nota jangka pendek diterbitkan pada enam bulan kedua pada tahun tersebut.
** Jumlah belanja faedah untuk tahun tersebut ialah (0.14 x RM40,000 x ½ ) + (0.10 x 100,000)
= RM2800 + RM 10,000 = RM 12800

Nota: Ini merupakan sebahagian daripada penyata pendapatan Syarikat Kejora Sdn. Bhd.

(a) Kirakan nisbah semasa, modal kerja bersih dan pulangan atas jumlah aset bagi
Syarikat Kejora Sdn. Bhd. (3 markah)
(b) Syarikat mendapati nisbah semasanya berada di bawah paras par . Oleh itu
syarikat mencadangkan plan pengubahsuaian untuk meningkatkan tahap
kecairannya. Syarikat akan menerbitkan RM40,000 @ 13% hutang jangka
panjang dan membayar nota jangka pendeknya. Nota jangka pendek ini
masih belum dijelaskan untuk sepanjang tahun dan apabila dana tersebut tidak
digunakan untuk membiayai keperluan aset bermusim syarikat, ianya akan di
laburkan dalam sekuriti boleh pasar dengan pulangan 8% sebelum cukai.
( Nota:Pendapatan bersih syarikat dengan perlaksanaan plan tersebut ialah
RM29,600).

http://modul2poli.blogspot.com/
P5127/UNIT5/ 20
PENGURUSAN MODALKERJA-
POLISI DAN PENGURUSAN MODALKERJA

Kirakan nisbah semasa, modal kerja bersih dan pulangan atas jumlah aset
Syarikat Kejora setelah plan tersebut di laksanakan. (6 markah)
(c ) Adakah tahap kecairan syarikat meningkat berbanding sebelum perlaksanaan
plan tersebut? (2 markah)
(d) Bagaimanakah kesan tahap keberuntungan syarikat akibat daripada perubahan
polisi kewangan tersebut? (4 markah)

SOALAN 5-2

Lembaran Imbangan pada 31 Disember 1998 bagi Syarikat Bintang dan Syarikat
Berkat adalah seperti berikut:

Syarikat Bintang Syarikat Berkat


( ‘ 000) ( ‘000)

Aset semasa RM 100,000 RM 100,000


Aset tetap bersih 100,000 100,000

Jumlah Aset 200,000 200,000

Liabiliti semasa RM 20,000 RM 80,000


Hutang jangka panjang 80,000 20,000
Stok biasa 50,000 50,000
Pendapatan tertahan 50,000 50,000

Jumlah liabiliti dan Ekuiti 200,000 200,000

http://modul2poli.blogspot.com/
P5127/UNIT5/ 21
PENGURUSAN MODALKERJA-
POLISI DAN PENGURUSAN MODALKERJA

Pendapatan sebelum faedah dan cukai untuk kedua-dua syarikat ialah RM 30 juta dan
kadar purata cukai syarikat ialah 40%.

Kirakan:
(a) Pulangan dari ekuiti biasa (ROE) untuk kedua-dua syarikat jika kadar faedah
untuk liabiliti semasa ialah 10% dan kadar faedah untuk liabiliti jangka panjang
ialah 13%. (8 markah)
(b) Andaikan bahawa kadar faedah untuk liabiliti semasa meningkat ke 20%
manakala kadar faedah untuk liabiliti jangka panjang kekal tidak berubah,
kirakan pulangan dari ekuiti biasa (ROE) untuk kedua-dua syarikat tersebut.
(8 markah)
(c) Berdasarkan kepada pengiraan anda, kedudukan syarikat yang manakah yang
paling berisiko? Berikan alasan anda. (3 markah).

SOALAN 5-3

Terangkan secara ringkas konsep penggantian risiko pulangan. (4 markah)

http://modul2poli.blogspot.com/
P5127/UNIT5/ 22
PENGURUSAN MODALKERJA-
POLISI DAN PENGURUSAN MODALKERJA

MAKLUM BALAS KEPADA PENILAIAN KENDIRI

Adakah anda telah mencuba dahulu?


Jika “YA” sila semak jawapan anda

JAWAPAN 5-1
(a) Nisbah semasa = 100,000 = 1.43 x
70,000

Modal kerja bersih = 100,000-70,000


= 30,000

Pulangan atas jumlah aset = 30,000 = 10%


300,000
(3 markah)

(b) Nisbah semasa= 100,000 = 3.33 x


30,000
Modal kerja bersih = 100,000-30,000
= 70,000

Pulangan atas jumlah aset = 29,600 = 9.87%


300,000
( 6 markah)

http://modul2poli.blogspot.com/
P5127/UNIT5/ 23
PENGURUSAN MODALKERJA-
POLISI DAN PENGURUSAN MODALKERJA

( c) Ya , tahap kecairan syarikat meningkat kepada 3.33x berbanding sebelum


perlaksanaan plan tersebut iaitu 1.43x. (2 markah)
(d) Tahap keberuntungan syarikat menurun dari 10% kepada 9.87%. Ini di
sebabkan oleh penggunaan sumber pembiayaan jangka panjang syarikat untuk
menggantikan sumber pembiayaan jangka pendek yang lebih fleksibel.
(4 markah)

JAWAPAN 5-2
(a)
Syarikat Bintang Syarikat Berkat
( ‘ 000) ( ‘000)

EBIT RM 30,000 RM 30,000


Faedah 12,400 10,600
Pendapatan sebelum cukai 17,600 19,400
Cukai 40% 7,040 7,760
Pendapatan bersih 10,560 11,640

Ekuiti 100,000 100,000


Pulangan atas ekuiti 10.56% 11.64%
(ROE)

(8 markah)

http://modul2poli.blogspot.com/
P5127/UNIT5/ 24
PENGURUSAN MODALKERJA-
POLISI DAN PENGURUSAN MODALKERJA

(b)
Syarikat Bintang Syarikat Berkat
( ‘ 000) ( ‘000)

EBIT RM 30,000 RM 30,000


Faedah 14,400 18,600
Pendapatan sebelum cukai 15,600 11,400
Cukai 40% 6,240 4,560
Pendapatan bersih 9,360 6,840

Ekuiti 100,000 100,000


Pulangan atas ekuiti 9.36% 6.84%
(ROE)

(8 markah)

(c) Syarikat Berkat mempunyai ROE yang tinggi apabila kadar bunga ke atas
pinjaman jangka pendeknya rendah. Tetapi syarikat akan menanggung risiko jika
kadar bunga tinggi. Syarikat Berkat juga terpaksa membaharui pinjaman jangka
pendeknya setiap tahun. Jika tidak dapat menjelaskan pinjaman jangka pendeknya,
syarikat mungkin terpaksa menutup perniagaannya.
(3 markah)

http://modul2poli.blogspot.com/
P5127/UNIT5/ 25
PENGURUSAN MODALKERJA-
POLISI DAN PENGURUSAN MODALKERJA

JAWAPAN 5-3
Konsep penggantian risiko pulangan menerangkan hubungan antara risiko dan
pulangan. Semakin tinggi risiko yang dihadapi semakin tinggi pulangan yang di
harapkan oleh pelabur . Dalam konteks pengurusan modal kerja, risiko yang di
maksudkan di sini adalah risiko yang diakibatkan oleh tahap kecairan yang
rendah. Kecairan yang rendah menyebabkan syarikat berada dalam keadaan
yang berisiko tinggi dalam menepati obligasi-obligasi jangka pendeknya.
Sebaliknya tahap keberuntungan ( pulangan) syarikat adalah tinggi.
Kecairan yang tinggi menyebabkan syarikat berada dalam keadaan yang
berisiko rendah dalam menepati obligasi-obligasi jangka pendeknya.
Sebaliknya tahap keberuntungan (pulangan) syarikat adalah rendah.
(4 markah)

http://modul2poli.blogspot.com/
P 5127 /UNIT 6 /1
PENGURUSAN MODAL KERJA -
PENGURUSAN TUNAI DAN SEKURITI
BOLEH PASAR

OBJEKTIF

Objektif Am:
Mengenalpasti objektif dan fungsi pengurusan tunai, mengetahui aturcara dalam
pengutipan dan pembayaran tunai. Mengetahui jenis-jenis sekuriti boleh pasar dan
pelaburan dalam sekuriti boleh pasar. Mempelajari cara-cara untuk meningkatkan
kecekapan dalam pengurusan tunai dan memadankan kos dan faedah dalam pengurusan
kewangan.

Objektif Khusus:
Di akhir unit ini, anda sepatutnya dapat:
o Menerangkan objektif dan fungsi pengurusan tunai.
o Menghuraikan aturcara dalam pengutipan dan pembayaran tunai.
o Menerangkan jenis-jenis sekuriti boleh pasar dan pelaburan dalam sekuriti
boleh pasar.
o Menerangkan cara - cara untuk meningkatkan kecekapan dalam
pengurusan tunai dan memadankan kos dan faedah dalam pengurusan
kewangan.

http://modul2poli.blogspot.com/
P 5127 /UNIT 6 /2
PENGURUSAN MODAL KERJA -
PENGURUSAN TUNAI DAN SEKURITI
BOLEH PASAR

INPUT

6.0 Pengenalan

Pengurusan tunai dan sekuriti boleh pasar merupakan salah satu tanggungjawab
penting pengurus kewangan. Pengurusan tunai yang berkesan akan dapat menyumbang
kepada kesejahteraan sesebuah syarikat dan pada masa yang sama dapat mengekalkan
kecairan syarikat pada tahap yang sesuai. Tunai adalah wang kertas atau wang syiling
yang dimiliki oleh individu atau syarikat samada dalam simpanan, berbentuk cek,
dipegang atau dalam akaun syarikat. Manakala sekuriti boleh pasar pula adalah
pelaburan-pelaburan sekuriti berfaedah pasaran wang yang boleh digunakan oleh syarikat
untuk mendapatkan pulangan sementara atas dana-dana terbiar.

6.1 Objektif dan Fungsi Pengurusan Tunai


Objektif pengurusan tunai ialah mengadakan penyimpanan tahap baki-baki
tunai dan sekuriti boleh pasar yang dapat menyumbangkan kepada memperbaiki
nilai syarikat. Jika tahap tunai atau sekuriti boleh pasar sesebuah syarikat adalah
terlalu tinggi, keberuntungan syarikat akan berkurangan. Pada masa yang sama
juga, syarikat tidaklah seharusnya menyimpan terlalu sedikit tunai dan sekuriti
boleh pasar bagi mengelakkan kemungkinan berlakunya kerugian. Dua objektif
dan fungsi utama pengurusan tunai adalah:
o Syarikat seharusnya mempunyai tunai yang mencukupi untuk
memenuhi keperluan menjalankan perniagaan.

http://modul2poli.blogspot.com/
P 5127 /UNIT 6 /3
PENGURUSAN MODAL KERJA -
PENGURUSAN TUNAI DAN SEKURITI
BOLEH PASAR

o Syarikat seharusnya tidak terlalu menyimpan terlalu banyak tunai


sebaliknya membuat pelaburan supaya baki tunai yang tidak di
gunakan adalah minimum.

6.2 Aturcara-aturcara dalam Pengutipan dan Pembayaran Tunai

6.2.1 Aturcara Dalam Pengutipan Tunai

Terdapat pelbagai kaedah yang digunakan dalam pengutipan


tunai. Antaranya ialah pengutipan tunai mengikut sistem biasa. Sistem
biasa adalah salah satu kaedah yang digunakan untuk menjelaskan cek.
Berikut adalah prosedur pengutipan tunai melalui sistem biasa:
(i) Pelanggan menulis dan memasukkan cek ke dalam peti
surat.
(ii) Surat atau cek dihantar ke ibu pejabat syarikat.
(iii) Cek diproses dan dimasukkan ke dalam bank syarikat.
(iv) Dana atau wang telah dimasukkan ke dalam akaun bank
syarikat.
(v) Cek dihantar ke rumah penjelasan (clearing system) untuk
disemak dan dijelaskan.
(vi) Bank syarikat akan menghantar notis kepada syarikat
tersebut menyatakan cek-ceknya telah dijelaskan dan wang
atau dana boleh digunakan.

Terdapat pelbagai kaedah yang boleh digunakan bagi


mempercepatkan aliran masuk tunai Kaedah-kaedah yang dapat
digunakan untuk tujuan ini ialah sistem peti berkunci dan sistem
bayaran PAC (preauthorized cheques).

http://modul2poli.blogspot.com/
P 5127 /UNIT 6 /4
PENGURUSAN MODAL KERJA -
PENGURUSAN TUNAI DAN SEKURITI
BOLEH PASAR

(a) Sistem Peti Berkunci


Sistem peti berkunci (lock box system) ialah suatu
perkhidmatan yang selalu digunakan untuk mempercepatkan
pungutan tunai. Perkhidmatan ini ditawarkan oleh bank
komersial. Objektifnya ialah untuk mengurangkan kedua-dua
jenis apungan iaitu apungan mel dan apungan pemprosesan.
Aturcara kutipan yang digunakan adalah sangat mudah.
Syarikat penerima akan menyewa peti surat di pejabat pos dan
memberi kuasa kepada sebuah bank (di mana syarikat
mempunyai akaun) untuk mengambil kiriman-kiriman surat
dari peti surat tersebut. Berikut adalah prosedur pegutipan
tunai melalui sistem peti berkunci:
(i) Pelanggan diarahkan untuk membuat kiriman cek ke
peti surat bernombor ini (bukan kepada ibu
pejabat/cawangan pejabat syarikat).
(ii) Bank mengambil surat daripada peti surat tersebut dan
mendepositkan cek terus ke dalam akaun syarikat
berkenaan.
(iii) Bank boleh memaklumkan kepada syarikat akan jumlah
yang dideposit ke akaun bank setiap hari. Syarikat
akan menerima salinan deposit dan senarai pembayaran
bersama-sama dengan sebarang surat yang disertakan
dengan pembayaran. Syarikat yang menerima cek dari
seluruh negara akan mempunyai beberapa peti
berkunci.

http://modul2poli.blogspot.com/
P 5127 /UNIT 6 /5
PENGURUSAN MODAL KERJA -
PENGURUSAN TUNAI DAN SEKURITI
BOLEH PASAR

Sistem peti berkunci mempunyai beberapa kelebihan. Sistem


ini dapat:
o Meningkatkan tunai yang boleh digunakan oleh
syarikat.
o Menghapuskan fungsi-fungsi perkeranian, maka
kawalan odit yang lebih baik juga dapat dicapai
kerana pekerja syarikat tidak menerima cek.
o Syarikat dapat mengetahui dengan lebih cepat akan
cek-cek lambung(cek-cek ini akan dipulangkan oleh
bank kepada syarikat).

(b) Sistem Bayaran PAC ( Preauthorized cheques)


Dalam sistem PAC ini, amaun bayaran dan tarikh bayaran
telah ditetapkan terlebih dahulu. Apabila tiba tarikh tersebut,
amaun bayaran secara automatik akan ditolak daripada akaun
pelanggan bank masuk kepada akaun syarikat penerima.
Sistem ini berbeza daripada sistem cek biasa di mana ia tidak
mengandungi atau memerlukan tandatangan individu pemilik
akaun. Sistem ini wujud apabila individu berkenaan
memberikan kuasanya. Sistem ini digunakan apabila syarikat
menerima banyak bayaran daripada pelanggan yang sama.
Prosedur pengutipan tunai melalui sistem bayaran PAC ialah :
(i) Pelanggan memberikan kuasa kepada syarikat penerima
untuk menulis cek bagi pihak mereka atas akaun masing-
masing.

http://modul2poli.blogspot.com/
P 5127 /UNIT 6 /6
PENGURUSAN MODAL KERJA -
PENGURUSAN TUNAI DAN SEKURITI
BOLEH PASAR

(ii) Perjanjian jaminan ditandatangani oleh pelanggan dan


dimajukan kepada bank masing-masing. Perjanjian ini
memberikan kuasa kepada bank untuk membayar apabila
PAC dikemukakan bagi bayaran.
(iii) Syarikat menyediakan butiran tentang maklumat bayaran
(iv) Bank akan menerima maklumat daripada syarikat,
mengeluarkan PAC, mendepositkan cek kepada akaun
syarikat dan memajukan cek untuk dijelaskan melalui
sistem perbankan komersial.

Sistem bayaran PAC ini mempunyai beberapa kelebihan.


Sistem ini dapat:

o Meningkatkan ramalan aliran masuk tunai kerana


syarikat yang memulakan proses kutipan tunai
o Pelanggan tidak lagi perlu diganggu dengan bayaran
secara berkala, semuanya dilakukan untuk pihak beliau
oleh bank.
o Meningkatkan tunai yang boleh digunakan oleh
syarikat kerana apungan mel dan apungan pemprosesan
telah dipendekkan berbanding sistem lain.

6.2.2 Aturcara Dalam Pembayaran Tunai.


Terdapat pelbagai kaedah yang digunakan untuk pembayaran
tunai. Kaedah-kaedah yang digunakan ialah baki akaun sifar (zero
balance accounts) dan bayaran melalui draf.

http://modul2poli.blogspot.com/
P 5127 /UNIT 6 /7
PENGURUSAN MODAL KERJA -
PENGURUSAN TUNAI DAN SEKURITI
BOLEH PASAR

(a) Baki akaun sifar


Kaedah ini membenarkan kawalan pusat (ibu pejabat) ke atas
semua pembayaran tunai tetapi pada masa yang sama, kuasa
masih ada dengan syarikat diperingkat cawangan. Kaedah ini
dapat memberikan kawalan yang lebih baik atas pembayaran
tunai.
Berikut adalah prosedur pembayaran tunai melalui baki akaun
sifar:
(i) Pekerja syarikat yang diberi kuasa akan menulis cek seperti
biasa.
(ii) Cek-cek akan melalui sistem perbankan dan dimajukan
kepada bank pusat untuk dikeluarkan bayaran.
(iii)Cek-cek dibayar oleh bank dan baki-baki negatif akan
ditunjukkan dalam akaun-akaun berkenaan.
(iv) Di bank pusat jumlah yang sama akan dikurangkan
daripada akaun pusat yang merupakan akaun deposit
utama.

Sistem akaun baki sifar ini mempunyai beberapa kelebihan.


Sistem ini dapat:
o Membuat kawalan pusat bagi semua bayaran.
o Masa yang dihabiskan bagi aktiviti pengurusan tunai
yang tidak penting dapat dikurangkan.
o Baki-baki tunai yang berlebihan dalam akaun-akaun
dapat dikurangkan.
o Peningkatan dalam apungan pembayaran.

http://modul2poli.blogspot.com/
P 5127 /UNIT 6 /8
PENGURUSAN MODAL KERJA -
PENGURUSAN TUNAI DAN SEKURITI
BOLEH PASAR

(b) Pembayaran Melalui Draf


Pembayaran melalui draf adalah menyerupai cek biasa. Tetapi
ia tidak dijelaskan oleh bank. Draf ditulis dan kuasa untuk di
buat bayaran dikenakan oleh syarikat daripada akaunnya.
Bank merupakan pusat pungutan dan ia menyerahkan draf
kepada syarikat berkenaan untuk semakan dan kelulusan
pembayaran. Mana-mana draf yang tidak mahu dibuat bayaran
oleh syarikat akan di pulangkan kepada bank pada
keesokannya. Semua draf yang dipulangkan kepada bank akan
dibayar. Objektif utama sistem ini ialah untuk menyediakan
kawalan bayaran yang berkesan seperti arahan oleh ibu pejabat
mengarahkan untuk menahan bayaran atas mana-mana draf
yang difikirkan kurang sesuai. Bayaran bagi setiap draf
dilakukan selepas disemak dan diluluskan oleh syarikat.

http://modul2poli.blogspot.com/
P 5127 /UNIT 6 /9
PENGURUSAN MODAL KERJA -
PENGURUSAN TUNAI DAN SEKURITI
BOLEH PASAR

AKTIVITI 6 (a)

Ujikan kefahaman anda sebelum meneruskan input selanjutnya.


Sila semak jawapan anda pada maklum balas di halaman berikutnya.

6.1 Huraikan 2 objektif utama pengurusan tunai. (4 markah).


6.2 Huraikan 2 aturcara yang digunakan dalam pengutipan tunai dan 2 aturcara yang
digunakan dalam pembayaran tunai. (12 markah)

http://modul2poli.blogspot.com/
P 5127 /UNIT 6 /10
PENGURUSAN MODAL KERJA -
PENGURUSAN TUNAI DAN SEKURITI
BOLEH PASAR

MAKLUM BALAS 6 (a)

6.1 2 objektif pengurusan tunai:


o Syarikat harus mempunyai tunai yang mencukupi untuk memenuhi
keperluan menjalankan perniagaan. (2 markah).
o Syarikat seharusnya tidak terlalu menyimpan terlalu banyak tunai
sebaliknya membuat pelaburan supaya baki tunai yang tidak
digunakan adalah minimum. (2 markah).

6.2 2 aturcara pengutipan tunai:


o Sistem peti berkunci.
Sistem peti berkunci (lock box system) ialah suatu perkhidmatan yang
selalu digunakan untuk mempercepatkan pungutan tunai.
Perkhidmatan ini ditawarkan oleh bank komersial. Objektifnya ialah
untuk mengurangkan kedua-dua jenis apungan iaitu apungan mel dan
apungan pemprosesan. (3 markah)

o Sistem Bayaran PAC


Dalam sistem PAC ini, amaun bayaran dan tarikh bayaran telah
ditetapkan terlebih dahulu. Apabila tiba tarikh tersebut, amaun
bayaran secara automatik akan ditolak daripada akaun pelanggan
bank masuk kepada akaun syarikat penerima.
Sistem ini berbeza daripada sistem cek biasa di mana ia tidak
mengandungi atau memerlukan tandatangan individu pemilik
akaun. (3 markah).

http://modul2poli.blogspot.com/
P 5127 /UNIT 6 /11
PENGURUSAN MODAL KERJA -
PENGURUSAN TUNAI DAN SEKURITI
BOLEH PASAR

2 aturcara pembayaran tunai:


o Baki akaun sifar
Kaedah ini membenarkan kawalan pusat (ibu pejabat) ke atas
semua pembayaran tunai tetapi pada masa yang sama, kuasa
masih ada dengan syarikat di peringkat cawangan. Kaedah ini
dapat memberikan kawalan yang lebih baik atas pembayaran tunai.
(3 markah).

o Pembayaran melalui draf


Pembayaran melalui kaedah ini adalah menyerupai cek biasa.
Tetapi ia tidak dijelaskan oleh bank. Draf ditulis dan kuasa untuk
di buat bayaran dikenakan oleh syarikat daripada akaunnya. Bank
merupakan pusat pungutan dan ia menyerahkan draf kepada
syarikat berkenaan untuk semakan dan kelulusan pembayaran.
(3 markah).

http://modul2poli.blogspot.com/
P 5127 /UNIT 6 /12
PENGURUSAN MODAL KERJA -
PENGURUSAN TUNAI DAN SEKURITI
BOLEH PASAR

INPUT

6.3 Jenis-jenis Sekuriti Boleh Pasar dan Pelaburan Dalam Sekuriti Boleh Pasar

Sekuriti boleh pasar adalah pelaburan yang tidak berisiko dan boleh di tukarkan oleh
syarikat kepada tunai dalam jangkamasa pendek. Terdapat beberapa jenis sekuriti boleh
pasar seperti bil-bil perbendaharaan, penerimaan jurubank, sijil deposit bolehniaga,
perjanjian beli balik dan kertas perdagangan.

6.3.1 Jenis-jenis Sekuriti Bolehpasar:


(a) Bil Perbendaharaan
Ia merupakan salah satu instrumen pinjaman jangka pendek yang digunakan oleh
kerajaan yang menjanjikan pembayaran kepada pemegang dan pembawanya
sejumlah wang selepas tempoh yang tertentu. Di Malaysia, bil perbendaharaan
dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia bagi pihak kerajaan. Ia dijual pada
kadar diskaun (kurang daripada nilai muka). Bank sebagai pengeluar akan
menerimanya kembali apabila bil tersebut telah matang ( selalunya tempoh
matang antara 3 bulan hingga setahun) dan akan membayar kepada pemegang
atau pembawanya pada nilai muka. Contoh: Bil perbendaharaan dengan nilai
muka RM 1000 dijual pada harga RM 920 dan mempunyai tempoh matang
setahun. Ini bermakna, anda dapat membelinya hari ini pada harga RM 920 dan
selepas setahun bil ini dapat ditebus semula dengan harga RM 1000. Faedah yang
anda dapati adalah sebanyak RM 80.
(b) Penerimaan Jurubank
Ia merupakan satu kemudahan dana jangka pendek yang diberikan kepada
pengusaha industri impot dan ekspot.

http://modul2poli.blogspot.com/
P 5127 /UNIT 6 /13
PENGURUSAN MODAL KERJA -
PENGURUSAN TUNAI DAN SEKURITI
BOLEH PASAR

Ia bertujuan melancarkan urusniaga perdagangan antarabangsa. “Penerimaan”


wujud apabila pihak bank menerima perjanjian perdagangan untuk membayar.
Pelanggan bank menggunakan penerimaan jurubank ini untuk membiayai
urusniaga dengan memberikan sekuriti ini kepada pembekal sebagai pertukaran
untuk barangan atau perkhidmatan. Pembekal yang menerima sekuriti ini, boleh
memegang sekuriti tersebut hingga matang dan menebus pembayarannya di bank
atau menjualnya sebelum tarikh matang tamat pada harga diskaun kepada pihak
lain. Sekuriti ini merupakan obligasi antara dua pihak iaitu pelanggan bank dan
pihak bank.
(c) Sijil Deposit Bolehniaga (NCD)
Sijil deposit bolehniaga adalah sejenis deposit masa yang dikeluarkan oleh bank
perdagangan dan bank saudagar yang dibenarkan, mengesahkan yang sejumlah
wang telah disimpan sebagai deposit dengan bank berkenaan untuk tempoh
tertentu dengan kadar yang ditetapkan. Ia seperti deposit tetap tetapi
perbezaannya ialah ia boleh diniagakan dan hakmilik boleh dipindahkan. Nama
pendeposit tidak dinyatakan di dalam sijil dan bank pengeluar akan menjamin
pembayaran prinsipal beserta faedah kepada pembawanya pada tarikh matang sijil
ini. Setiap bank yang mengeluarkan sijil ini bebas untuk menetapkan kadar
faedah masing-masing.
(d) Perjanjian Beli Balik (REPO)
Ia merupakan sumber dana yang terpenting bagi bank-bank perdagangan.
Perjanjian ini merupakan satu perjanjian yang melibatkan penjualan sekuriti atau
aset-aset kewangan dengan jaminan untuk membelinya balik pada akhir tempoh
yang dijanjikan dengan harga yang ditentukan terlebih dahulu. Perjanjian ini
adalah untuk tempoh yang berjangka pendek seperti semalaman, 7 hari atau
beberapa bulan. Perjanjian ini melibatkan peminjam yang memerlukan dana
dalam jangka pendek dengan pelabur yang mempunyai dana yang berlebihan
untuk dipinjamkan. Dalam urusniaga ini, biasanya bank sebagai peminjam akan
mengadakan satu perjanjian dengan pelanggannya untuk menjual sesuatu sekuriti

http://modul2poli.blogspot.com/
P 5127 /UNIT 6 /14
PENGURUSAN MODAL KERJA -
PENGURUSAN TUNAI DAN SEKURITI
BOLEH PASAR

dengan persetujuan untuk membeli balik pada suatu tempoh dengan harga yang
lebih tinggi termasuk faedah yang telah ditentukan terlebih dahulu.
(e) Kertas Perdagangan
Ia merupakan satu nota janji yang selalunya diterbitkan oleh syarikat-syarikat
gergasi yang sememangnya telah terbukti kedudukan kredit mereka. Ia
merupakan satu instrumen pinjaman jangka pendek syarikat berkenaan di mana
tempoh matangnya di antara 1 hingga 270 hari atau 6 bulan. Ia mempunyai nilai
muka dan dijual pada harga diskaun. Syarikat-syarikat yang mengeluarkan
sekuriti ini selalunya mempunyai kemudahan pinjaman dengan pihak bank bagi
memudahkan urusan penebusan semula oleh pemegangnya apabila tiba tarikh
matang.

6.3.2 Pelaburan Dalam Sekuriti Bolehpasar


Sebelum membuat pelaburan dalam sekuriti boleh pasar, syarikat perlu
terlebih dahulu memilih portfolio sekuriti boleh pasar yang akan mendatangkan
pulangan yang baik kepada syarikat. Syarikat perlulah mempertimbangkan perkara-
perkara seperti berikut sebelum membuat pelaburan:

o Risiko kewangan
Ia melibatkan ketidaktepatan anggaran kadar pulangan daripada sekuriti
yang dilaburkan. Pada kebiasaanya, pengurus tidak berkehendakkan
risiko kewangan sekuriti boleh pasar yang tinggi apabila memilih aset-
aset tertentu untuk dimasukkan dalam portfolio pelaburan mereka.
o Risiko faedah
Ia melibatkan ketidaktepatan anggaran kadar pulangan disebabkan oleh
perubahan dalam kadar faedah akibat ketidakseimbangan persekitaran.

http://modul2poli.blogspot.com/
P 5127 /UNIT 6 /15
PENGURUSAN MODAL KERJA -
PENGURUSAN TUNAI DAN SEKURITI
BOLEH PASAR

o Kecairan
Syarikat perlu mengetahui samada sekuriti yang dicadangkan itu dapat
memenuhi kehendak syarikat supaya berada pada tahap kecairan tertentu
apabila pihak syarikat memerlukannya.
o Cukai
Syarikat perlu mengetahui jenis-jenis sekuriti boleh pasar yang dikenakan
cukai.
o Pulangan
Pulangan yang dianggarkan oleh syarikat yang dapat mendatangkan hasil
apabila firma membuat pelaburan dalam sekuriti tersebut. Pulangan ini
melibatkan pengukuran risiko dan keuntungan yang akan diperolehi
setelah syarikat melabur dalam sekuriti tersebut.

6.4 Cara-cara Untuk Meningkatkan Kecekapan Dalam Pengurusan Tunai dan


Memadankan Kos dan Faedah Dalam Pengurusan Kewangan

Di dalam pengurusan tunai, kita akan dapati amaun wang dalam buku cek
mungkin berbeza daripada amaun wang yang pihak bank fikirkan kita miliki. Ini kerana
sesetengah cek yang ditulis belum lagi di bawa ke bank untuk dijelaskan. Keadaan
seperti ini juga berlaku dalam perniagaan. Baki tunai yang ditunjukkan dalam buku
syarikat di sebut baki lejar manakala baki yang ditunjukkan dalam akaun bank ialah
amaun yang ada yang boleh dibelanjakan di sebut baki tersedia ada atau baki terkutip.
Perbezaan antara baki lejar dan baki tersedia ada di sebut “apungan” (float). Apungan
ini menggambarkan kesan bersih cek-cek dalam proses melalui sistem perbankan
(clearing). Kecekapan dalam pengurusan tunai boleh ditingkatkan dengan cara
mempercepatkan kutipan melalui sistem peti berkunci.

http://modul2poli.blogspot.com/
P 5127 /UNIT 6 /16
PENGURUSAN MODAL KERJA -
PENGURUSAN TUNAI DAN SEKURITI
BOLEH PASAR

Di dalam proses mempercepatkan kutipan melalui peti berkunci, terdapat satu


atau lebih pengurangan dalam komponen “apungan” akan terlibat. Melambat-lambatkan
pembayaran melibatkan peningkatan dalam mana-mana satu komponen “apungan”.

6.4.1 Jenis-jenis Apungan


Terdapat 4 jenis apungan:
(a) Apungan mel (mail float) adalah masa di antara mulanya pelanggan
mengirimkan cek sehingga cek itu sampai ke tangan penerima.
(b) Apungan pemprosesan (processing float) adalah masa yang diambil oleh
penerima dari mula ia menerima cek, memproses cek sehingga cek itu
didepositkan di bank.
(c) Apungan transit (transit float) adalah masa yang diambil di antara
mulanya cek didepositkan oleh syarikat penerima untuk melalui proses
penjelasan perbankan sehingga terdapat dana yang boleh digunakan oleh
syarikat. Apungan ini berlaku kerana cek tersebut perlu melalui sistem
bank sebelum cek dapat dijelaskan.
(d) Apungan pembayaran (disbursement float) merujuk kepada dana-dana
pelanggan yang ada dalam akaun bank syarikat sehingga cek bayaran
syarikat melalui sistem perbankan.

Jadual 6.1
Cek ditulis dan dipos Cek diterima Cek dideposit Cek dijelaskan

Apungan mel (3 hari) pemprosesan (1 hari) transit (5 hari) Pembayaran

Hari 0 3 4 9
Bilangan hari apungan (9 hari)

http://modul2poli.blogspot.com/
P 5127 /UNIT 6 /17
PENGURUSAN MODAL KERJA -
PENGURUSAN TUNAI DAN SEKURITI
BOLEH PASAR

6.4.2 Memadankan Kos Dan Faedah Dalam Pengurusan Tunai.


Pengurusan tunai yang berkesan amat menitikberatkan pemadanan
antara kos dan faedah yang terlibat di dalam sesuatu pengurusan tunai.
Terdapat pelbagai langkah yang digunakan untuk memadankan antara kos dan
faedah. Cara pengiraan adalah merujuk kepada contoh di bawah:

Contoh:
Syarikat Kitara adalah sebuah syarikat pengeluar aluminium yang digunakan
untuk pelbagai kegunaan membuat komponen kereta. Kesemua pengeluaran
komponen tersebut dihantar menggunakan kapal ke 10 buah wilayah
jualannya. Syarikat Kitara telah menyiapkan satu kajian mengenai sistem
pengutipan tunai yang akan meningkatkan pengurusan tunai syarikat tersebut.
Syarikat beranggapan bahawa ia boleh mengurangkan jumlah apungan
syarikat sebanyak 2.5 hari sekiranya syarikat tersebut menggunakan sistem
peti berkunci di setiap wilayah jualannya.
Jika syarikat menggunakan sistem peti berkunci, syarikat akan membayar
sewa sebanyak RM 300.00 sebulan ke atas semua peti berkunci tersebut.
Sebarang tambahan yuran akan dimasukkan ke dalam sekuriti boleh pasar
firma yang akan memberikan kadar pulangan sebanyak 10.5% setahun.
Purata jualan setahun (hasil) adalah sebanyak RM 5475,000.00 untuk setiap
wilayah jualannya. Di dalam menjalankan kajiannya, syarikat mengandaikan
terdapat 365 hari setahun. Kirakan kos penjimatan bersih tahunan syarikat
tersebut. Adakah syarikat patut menggunakan sistem peti berkunci tersebut?

http://modul2poli.blogspot.com/
P 5127 /UNIT 6 /18
PENGURUSAN MODAL KERJA -
PENGURUSAN TUNAI DAN SEKURITI
BOLEH PASAR

Penyelesaian:
Langkah 1:
Jumlah kutipan (Jualan setahun) = (Jualan setahun) x ( bilangan kawasan)
= RM 5475,000 x 10 wilayah
= RM 54750000
Langkah 2:
Kutipan harian ( jualan sehari) = Jumlah kutipan / bilangan hari setahun
= RM 54750000/ 365 hari
= RM 150,000

Apabila syarikat menggunakan sistem peti berkunci, ia akan mengurangkan apungan


sebanyak 2.5 hari. Nilai pengurangan apungan adalah berdasarkan kepada kadar
pulangan sebanyak 10.5% setahun.

Langkah 3:
Penjimatan bersih tahunan= (kutipan harian) x (jumlah pengurangan apungan) x
(kadar pulangan)
= RM 150, 000 x 2.5 hari x 10.5%
= RM 39375.00
Langkah 4:
Kos tahunan operasi
sistem peti berkunci = (sewa peti berkunci) x (bilangan wilayah) x (bulan)
= RM 300 x 10 x 12
= RM 36000

http://modul2poli.blogspot.com/
P 5127 /UNIT 6 /19
PENGURUSAN MODAL KERJA -
PENGURUSAN TUNAI DAN SEKURITI
BOLEH PASAR

Langkah 5:
Kos Penjimatan bersih tahunan = ( Jumlah penjimatan bersih tahunan) – ( kos
tahunan operasi
sistem peti
berkunci)

= RM 39375 – RM 36000
= RM 3375

Kesimpulan: Syarikat Kitara harus menggunakan sistem peti berkunci kerana ia


mendapat penjimatan sebanyak RM 3375 setahun.

http://modul2poli.blogspot.com/
P 5127 /UNIT 6 /20
PENGURUSAN MODAL KERJA -
PENGURUSAN TUNAI DAN SEKURITI
BOLEH PASAR

AKTIVITI 6 (b)

Ujikan kefahaman anda sebelum meneruskan input selanjutnya.


Sila semak jawapan anda pada maklum balas di halaman berikutnya.

6.3 Padankan penyataan-penyataan di bawah dengan jawapan yang sesuai merujuk


kepada contoh yang diberikan:

Butiran Penyataan
Kredit perniagaan
Diskaun tunai untuk pembayaran awal

Butiran Penyataan
(i). Kertas perdagangan melancarkan urusniaga perdagangan
antarabangsa dan menggunakan
urusniaga ini untuk membiayai
urusniaga dengan memberikaan sekuriti
ini kepada pembekal sebagai pertukaran
untuk barang dan perkhidmatan.

(ii). Bil perbendaharaan Ia boleh diniagakan dan hakmilik boleh


dipindahkan. Dikeluarkan oleh bank
perdagangan atau bank saudagar.

http://modul2poli.blogspot.com/
P 5127 /UNIT 6 /21
PENGURUSAN MODAL KERJA -
PENGURUSAN TUNAI DAN SEKURITI
BOLEH PASAR

(iii). Penerimaan jurubank Ia dijual pada kadar diskaun dan


pemegang sekuriti ini akan dibayar
sejumlah wang tertentu pada tarikh
matang

(iv). Sijil deposit bolehniaga satu perjanjian yang melibatkan


penjualan sekuriti dan aset kewangan
dengan jaminan untuk membeli balik
pada akhir tempoh yang ditetapkan.

(v). Perjanjian beli balik Nota janji yang diterbitkan oleh syarikat
besar. Syarikat yang mengeluarkan
sekuriti ini mempunyai kemudahan
pinjaman dengan pihak bank bagi
memudahkan urusan penebusan semula
oleh pemegang sekuriti pada tarikh
matang.
(10 markah)

http://modul2poli.blogspot.com/
P 5127 /UNIT 6 /22
PENGURUSAN MODAL KERJA -
PENGURUSAN TUNAI DAN SEKURITI
BOLEH PASAR

6.4 Syarikat Columbus akan menghasilkan jualan sebanyak RM 18000 000 pada tahun
depan. Hari bekerja Syarikat Columbus adalah dianggarkan sebanyak 270 hari setahun.
Pada masa kini, masa penghantaran cek mengambil masa selama 5 hari. Daripada
kajian yang dijalankan oleh firma tersebut, firma telah mengenalpasti bahawa satu
prosedur baru akan mengurangkan apungan pemprosesan selama 2 hari. Pelaburan
dalam sekuriti boleh pasar firma akan memberikan kadar pulangan sebanyak 8%
setahun. Berapakah penjimatan tahunan syarikat tersebut? (5 markah)

6.5 Syarikat Aman menganggarkan akan mendapat hasil sebanyak RM 80 000 000
setahun. Pelaburan dalam sekuriti boleh pasar firma akan memberikan kadar pulangan
sebanyak 6.5%. Firma telah mengenalpasti bahawa satu prosedur baru akan
mengurangkan apungan pemprosesan kepada satu hari. Berapakah penjimatan tahunan
syarikat tersebut? Syarikat mengandaikan terdapat 365 hari setahun dalam melakukan
analisa kewangannya. (5 markah)

http://modul2poli.blogspot.com/
P 5127 /UNIT 6 /23
PENGURUSAN MODAL KERJA -
PENGURUSAN TUNAI DAN SEKURITI
BOLEH PASAR

MAKLUM BALAS 6 (b)


6.3
Butiran Penyataan
(i). Kertas perdagangan Melancarkan urusniaga perdagangan
antarabangsa. Memmbiayai urusniaga
dengan memberikaan sekuriti ini
kepada pembekal sebagai pertukaran
untuk barang dan perkhidmatan.
(ii). Bil perbendaharaan Ia boleh diniagakan dan hakmilik
boleh dipindahkan. Dikeluarkan oleh
bank perdagangan atau bank saudagar.
(iii). Penerimaan jurubank Ia dijual pada kadar diskaun dan
pemegang sekuriti ini akan dibayar
sejumlah wang tertentu pada tarikh
matang
(iv). Sijil deposit bolehniaga Satu perjanjian yang melibatkan
penjualan sekuriti dan aset kewangan
dengan jaminan untuk membeli balik
pada akhir tempoh yang ditetapkan.
(v). Perjanjian beli balik Nota janji yang diterbitkan oleh
syarikat besar. Syarikat yang
mengeluarkan sekuriti ini mempunyai
kemudahan pinjaman dengan pihak
bank bagi memudahkan urusan
penebusan semula oleh pemegang
sekuriti pada tarikh matang.
( 5 x 2 markah = 10 markah)

http://modul2poli.blogspot.com/
P 5127 /UNIT 6 /24
PENGURUSAN MODAL KERJA -
PENGURUSAN TUNAI DAN SEKURITI
BOLEH PASAR

6.4 Kutipan harian/jualan sehari = RM 18000 000 / 270 hari


= RM 66, 667

Penjimatan tahunan = (RM 66, 667) x ( 8%) x ( 2 hari )


= RM 10667

(5 markah)

6.5 Kutipan harian/jualan harian = RM 80 000 000/ 365 hari


= RM 219178

Penjimatan tahunan = (RM 219178) x ( 1 hari ) x ( 6.5% )


= RM 14247

(5 markah)

http://modul2poli.blogspot.com/
P 5127 /UNIT 6 /25
PENGURUSAN MODAL KERJA -
PENGURUSAN TUNAI DAN SEKURITI
BOLEH PASAR

PENILAIAN KENDIRI

Anda telah menghampiri kejayaan. Sila cuba semua soalan dalam penilaian kendiri ini
dan semak jawapan anda pada maklum balas yang disediakan.
Jika ada masalah yang timbul, sila berbincang dengan pensyarah anda.
Selamat mencuba semoga berjaya !!!

SOALAN 6-1

Terdapat 4 jenis apungan (float) dalam pengurangan tunai. Huraikan setiap satu secara
ringkas. (8 markah)

SOALAN 6-2

Syarikat Akita sebuah syarikat pengeluar barangan elektrik menganggarkan akan


mendapat jualan sebanyak RM 4800 000 untuk setiap wilayah jualannya. Syarikat
tersebut mempunyai 10 wilayah jualan. Baru-baru ini syarikat telah membuat analisa
untuk meningkatkan prosedur pengurusan tunainya. Syarikat telah mengenalpasti
bahawa ia mengambil purata selama 3.2 hari untuk pelanggan menghantar ceknya kepada
ibu pejabat syarikat. Syarikat juga mengambil masa selama 1 hari untuk memproses cek.
Sebarang bentuk pelaburan akan memberikan kadar pulangan sebanyak 7% setahun.
Untuk mengatasi masalah apungan, syarikat menggunakan sistem peti berkunci di setiap
wilayah jualannya. Apabila syarikat menggunakan sistem peti berkunci ini, ia akan
mengurangkan apungan mail sebanyak 1.2 hari dan apungan pemprosesan selama 1 hari

http://modul2poli.blogspot.com/
P 5127 /UNIT 6 /26
PENGURUSAN MODAL KERJA -
PENGURUSAN TUNAI DAN SEKURITI
BOLEH PASAR

serta apungan transit juga selama 1 hari. Sewa peti berkunci adalah sebanyak
RM 250.00 sebulan untuk setiap wilayah jualannya.

(a) Kirakan kos penjimatan bersih tahunan syarikat. Adakah syarikat patut
menggunakan sistem peti berkunci ini? (Andaikan terdapat 365 hari dalam setahun).
(10 markah).

http://modul2poli.blogspot.com/
P 5127 /UNIT 6 /27
PENGURUSAN MODAL KERJA -
PENGURUSAN TUNAI DAN SEKURITI
BOLEH PASAR

MAKLUM BALAS KEPADA PENILAIAN KENDIRI

Adakah anda telah mencuba dahulu?


Jika “YA” sila semak jawapan anda.

JAWAPAN 6-1
4 jenis apungan (float) dalam pengurangan tunai adalah:
o Apungan mel (mail float) adalah masa di antara mulanya
pelanggan mengirimkan cek sehingga cek itu sampai ke tangan
penerima.
o Apungan pemprosesan (processing float) adalah masa yang
diambil oleh penerima dari mula ia menerima cek, memproses
cek sehingga cek itu didepositkan di bank.
o Apungan transit (transit float) adalah masa yang diambil di
antara mulanya cek didepositkan oleh syarikat penerima untuk
melalui proses penjelasan perbankan sehingga terdapat dana
yang boleh digunakan oleh syarikat.
o Apungan pembayaran (disbursement float) merujuk kepada
dana-dana pelanggan yang ada dalam akaun bank syarikat
sehingga cek bayaran syarikat melalui sistem perbankan.
(8 markah)

http://modul2poli.blogspot.com/
P 5127 /UNIT 6 /28
PENGURUSAN MODAL KERJA -
PENGURUSAN TUNAI DAN SEKURITI
BOLEH PASAR

JAWAPAN 6-2

Kutipan tahunan = (RM 48 00 000) (10) = RM 48 000 000


Kutipan harian/jualan sehari = RM 48 000 000 / 365 hari
= RM 131 506.85

Jika syarikat menggunakan sistem peti berkunci, ia akan mengurangkan apungan


sebanyak 3.2 hari. (1.2 hari apungan mail, 1 hari apungan transit dan 1 hari apungan
pemprosesan).

Penjimatan bersih tahunan syarikat= (RM 131 506.85) (3.2 hari) (7%) =RM 29, 457.53

Kos tahunan operasi sistem peti berkunci adalah:


(RM 250 sebulan) (10 wilayah) (12 bulan) = RM 30, 000

Kos Penjimatan bersih tahunan RM 29, 457.53- RM 30, 000 = RM -542.46

Kesimpulan: Syarikat tidak perlu menggunakan sistem ini kerana ia mendapat kos
penjimatan bersih yang negatif.
(10 markah)

http://modul2poli.blogspot.com/
P5127/UNIT 7/ 1
PENGURUSAN MODAL KERJA
PENGURUSAN PENGHUTANG

OBJEKTIF

Objektif Am :

Mempelajari dan memahami konsep penghutang dan polisi kredit serta kos efektif kredit.
Mengetahui kos perubahan polisi kredit dan memahami kesannya ke atas penghutang.

Objektif khusus :
Di akhir unit ini, anda sepatutnya dapat :
o Menerangkan konsep penghutang dan maksud polisi kredit.
o Mengira kos efektif bagi pemberian kredit.
o Mengira kos akibat dari perubahan polisi kredit dan menerangkan kesannya ke
atas penghutang.

http://modul2poli.blogspot.com/
P5127/UNIT 7/ 2
PENGURUSAN MODAL KERJA
PENGURUSAN PENGHUTANG

INPUT

7.0 Pengenalan
Semua syarikat pada dasarnya adalah terlibat secara langsung dalam urusan
penjualan produk barangan atau perkhidmatan. Apabila syarikat menjual barangannya
atau perkhidmatan, kaedah pembayaran biasanya dibuat dalam dua cara - secara tunai
atau kredit. Kebanyakan syarikat akan menawarkan pembayaran secara kredit kepada
pelanggannya kerana ia dapat memberikan kemudahan atau kelonggaran kepada
pelanggan dalam menjelaskan hutang mereka kepada syarikat dalam tempoh masa yang
tertentu. Di samping itu, tekanan persaingan juga merupakan salah satu faktor syarikat
memberikan kredit kepada pelanggannya.
Pengurusan kredit adalah penting kerana kawalan yang rapi dan sistem pungutan akaun
belum terima yang efisien akan dapat menambahkan keuntungan syarikat dan seterusnya
meningkatkan kecairan syarikat.

7.1 Konsep penghutang dan polisi kredit


Pemberian kredit ditakrifkan sebagai penghantaran barangan atau perkhidmatan
kepada pelanggan pada masa sekarang dan berdasarkan kepada janji dan syarat-syarat
pemberian kredit, pelanggan tersebut akan menjelaskan bayaran pada satu tarikh akan
datang yang ditetapkan. Pelanggan yang diberikan kredit tersebut di kenali sebagai
penghutang. Akaun belum terima merupakan sebahagian daripada aset semasa . Akaun
ini wujud apabila :
¾ Kredit diberi kepada pelanggan-pelanggan tertentu
¾ Nota belum terima yang diserahkan oleh pelanggan kepada syarikat masih
dianggap sebagai dana tertahan sehingga bayaran diterima.

http://modul2poli.blogspot.com/
P5127/UNIT 7/ 3
PENGURUSAN MODAL KERJA
PENGURUSAN PENGHUTANG

Kepentingan sebuah syarikat menguruskan akaun belum terimanya bergantung kepada


tahap jualan kredit yang dijalankan. Semakin banyak jualan kredit ditawarkan kepada
pelanggan, semakin banyak aset syarikat yang terikat dalam akaun belum terima.
Secara umumnya, terdapat beberapa faktor utama yang mempengaruhi tahap pelaburan
dalam akaun belum terima.
Ia termasuklah :
(i) Peratusan jualan kredit kepada jumlah jualan keseluruhannya
(ii) Tahap jualan
(iii) Polisi kredit dan kutipan

Penerangan bagi ketiga-tiga faktor di atas adalah seperti berikut :


(i) Peratusan jualan kredit kepada jumlah jualan keseluruhannya.
Faktor ini bukan di bawah kawalan pengurus kewangan syarikat. Jenis
perniagaan yang dijalankan oleh syarikat akan menentukan campuran antara
jualan kredit dan jualan tunai. Oleh itu sifat dan jenis perniagaan itu sendiri akan
menentukan peratusan jualan kredit keseluruhan.

(ii) Tahap jualan .


Semakin tinggi jualan yang dicapai oleh syarikat, maka semakin meningkat tahap
akaun belum terima syarikat tersebut. Saiz pelaburan akaun belum terima
syarikat yang menjalankan jualan bermusim dan pertumbuhan dalam jualan juga
akan meningkat selari dengan peningkatan dalam jualan. Faktor ini juga berada
di luar kawalan pengurus kewangan syarikat tetapi pengurus masih boleh
meramalkan tahap jualan.

(iii) Polisi Kredit dan Kutipan


Polisi ini yang merangkumi syarat jualan, kualiti pelanggan dan usaha kutipan
atau cara pungutan, akan mempengaruhi tempoh atau jangkamasa yang akan di
ambil oleh pelanggan untuk membayar ke atas belian kredit yang dilakukan.

http://modul2poli.blogspot.com/
P5127/UNIT 7/ 4
PENGURUSAN MODAL KERJA
PENGURUSAN PENGHUTANG

o Syarat Jualan atau Terma Kredit


Syarat jualan akan menekankan kepada tempoh kredit yang boleh diambil
oleh pelanggan dan sebarang denda yang akan dikenakan sekiranya
pembayaran lewat diterima. Beberapa syarat perlu ditetapkan oleh
pembekal kredit bagi memastikan terdapatnya inisiatif daripada pelanggan
untuk membuat pembayaran seawal mungkin. Syarat jualan akan
mengenalpasti
(i) peratusan diskaun yang boleh ditawarkan bagi menggalakkan
pembayaran awal
(ii) tempoh tertentu yang dikenali sebagai tempoh diskaun.
(iii) jumlah tempoh kredit yang layak diberikan kepada pelanggan.

Syarikat akan menawarkan diskaun yang banyak kepada pelanggan-


pelanggannya yang terpilih supaya membuat pembayaran awal jika
syarikat memerlukan aliran tunai masuk yang cepat.

Syarat kredit ditulis dalam bentuk :

a / b, bersih c

Ini bermakna pelanggan dapat “ a % ” diskaun tunai daripada harga invois


jika pembayaran dibuat dalam masa “ b ” hari iaitu tempoh diskaun. Jika
tidak akaunnya harus dijelaskan dalam masa “ c ” hari dari tarikh belian
iaitu tempoh kredit.
Diskaun tunai merupakan salah satu cara syarikat dapat menarik
pelanggan-pelanggan baru dan juga menggalakkan pembayaran awal oleh
pelanggan.
Tempoh diskaun atau tempoh kredit percuma merupakan jangkamasa yang
diberikan kepada pelanggan untuk mengambil tawaran diskaun tersebut.

http://modul2poli.blogspot.com/
P5127/UNIT 7/ 5
PENGURUSAN MODAL KERJA
PENGURUSAN PENGHUTANG

Perubahan tempoh kredit akan mempengaruhi keberuntungan syarikat


secara keseluruhan.

Contoh syarat jualan ialah :


‘2/10 bersih 30’ .
Pelanggan akan mendapat 2% diskaun tunai daripada harga invois jika
pembayaran dibuat dalam masa 10 hari pertama . Walaubagaimanapun
pembayaran mestilah dijelaskan dalam masa 30 hari. Contoh: Jika harga
invois yang bertarikh 1 Jun 2001 adalah sebanyak RM 100,000,
pelanggan yang membayar pada atau sebelum 11 Jun 2001 akan
membayar sebanyak RM 98,000 ( iaitu RM 100,000 ( 1 - 0.02) dengan
diskaun RM 2,000 ). Walaubagaimanapun pelanggan yang membayar
selepas tempoh tersebut akan membayar harga penuh invois dan bayaran
mestilah dilakukan selewat-lewatnya 30 Jun 2001.

o Kualiti Pelanggan
Syarikat tidak akan memberikan kredit kepada semua pelanggannya.
Kedudukan pelanggan dari segi kestabilan dan kekukuhan latarbelakang
kewangan mereka serta komitmen dan rekod pembayaran balik hutang
perlu dikaji terlebih dahulu. Syarikat kemudiannya akan menentukan jenis
pelanggan dan syarat kredit yang akan diberikan kepada pelanggan.
Kualiti pelanggan merujuk kepada kekuatan dan kepercayaan kredit yang
ditunjukkan oleh seseorang pelanggan untuk melayakkan dirinya
menerima kredit. Kaedah kualitatif yang merupakan kaedah tradisional
digunakan untuk mengukur kualiti kredit pelanggan yang memohon
kredit. 5 faktor utama yang dipertimbangkan termasuklah :

http://modul2poli.blogspot.com/
P5127/UNIT 7/ 6
PENGURUSAN MODAL KERJA
PENGURUSAN PENGHUTANG

(i) Perwatakan (Character)


(ii) Keupayaan (Capacity)
(iii) Modal (Capital)
(iv) Cagaran (Collateral)
(v) Keadaan (Conditions)

o Usaha Kutipan
Syarikat tidak seharusnya mengandaikan semua pelanggannya membayar
tepat pada masa yang ditetapkan oleh syarat kredit yang ditawarkan
kepada mereka. Oleh yang demikian syarikat perlu menentukan polisi dan
prosedur kutipan untuk menangani akaun belum terima yang lampau
tempoh. Polisi kutipan syarikat adalah satu set prosedur untuk mengutip
akaun belum terima apabila sampai tempoh. Syarikat boleh mengenakan
polisi kutipan yang ketat ataupun longgar bergantung kepada penilaian
yang telah dijalankan terhadap pelanggan-pelanggannya.

Antara langkah-langkah yang boleh diambil oleh syarikat apabila


pelanggannya sudah melampaui tempoh pembayaran termasuklah
menghantar surat peringatan, menghantar surat amaran, panggilan telefon
dan amaran keras atau akaun pelanggan diserahkan kepada agensi kutipan
( syarikat pemfaktoran). Syarikat haruslah berhati-hati dalam usaha untuk
mengutip hutang-hutangnya kerana ia mungkin akan menyebabkan
syarikat kehilangan jualan jika usaha kutipan yang dijalankan adalah
keterlaluan.

http://modul2poli.blogspot.com/
P5127/UNIT 7/ 7
PENGURUSAN MODAL KERJA
PENGURUSAN PENGHUTANG

7.2 Kos Efektif Pemberian Kredit


Syarat kredit yang diberikan oleh syarikat kepada pelanggan merupakan satu
insentif kepada mereka untuk mendapatkan diskaun jika membuat pembayaran awal.
Sesetengah pelanggan syarikat akan mengambil diskaun yang ditawarkan dan yang
lain mungkin akan menggunakan peluang kredit percuma ini untuk tujuan merebut
peluang-peluang yang lebih menguntungkan dan membuat pembayaran di akhir
tempoh kredit tersebut.
Pelanggan yang melepaskan peluang mengambil diskaun dan membuat
pembayaran di akhir tempoh kredit tersebut sebenarnya menanggung caj pembiayaan
yang terpaksa dibayar ke atas dana yang dipinjamkan. Merujuk kepada contoh syarat
kredit yang digunakan di atas, iaitu 2/10 bersih 30, jika pelanggan melepaskan
peluang untuk mengambil diskaun sebanyak RM 2,000 (2% x RM100,000) dan
membuat pembayaran pada hari ke 30 , ia sebenarnya merupakan caj pembiayaan
yang terpaksa dibayar ke atas dana yang dipinjamkan. Berdasarkan kepada contoh di
atas, pada 10 hari pertama, pelanggan menikmati kredit percuma sebanyak RM
98,000. Jika pelanggan gagal membayar dalam masa tersebut, pelanggan terpaksa
membayar harga penuh invois sebanyak RM100,000. Amaun tambahan sebanyak
RM2,000 di anggap sebagai caj tambahan kerana menangguhkan bayaran untuk
masa tambahan selama 20 hari.

Kos tahunan melepaskan diskaun (Kos Efektif Kredit) dikira seperti berikut:

Kos tahunan melepaskan diskaun = a x 360


(Kos Efektif Kredit) 1- a c-b

http://modul2poli.blogspot.com/
P5127/UNIT 7/ 8
PENGURUSAN MODAL KERJA
PENGURUSAN PENGHUTANG

Bagi contoh syarat kredit 2/10 bersih 30 di atas,

Kos tahunan melepaskan diskaun = 0.02 x 360


(Kos Efektif Kredit) 1- 0.02 30-10

= 36.73%

Dalam contoh di atas, sekiranya pelanggan membayar pada hari ke 30, pelanggan
menanggung kos tahunan sebanyak 36.73% kerana memerlukan 20 hari tambahan
untuk membuat pembayaran.

http://modul2poli.blogspot.com/
P5127/UNIT 7/ 9
PENGURUSAN MODAL KERJA
PENGURUSAN PENGHUTANG

AKTIVITI 7 (a)

Ujikan kefahaman anda sebelum meneruskan input selanjutnya.


Sila semak jawapan anda pada maklum balas di halaman berikutnya.

7.1 Nyatakan secara ringkas faktor-faktor yang mempengaruhi tingkat pelaburan


dalam akaun belum terima. (6 markah).

7.2 Berikan 5 faktor kaedah kualitatif yang digunakan untuk mengukur kualiti
kredit pelanggan yang memohon kredit. (5 markah)

7.3 Berikan maksud syarat kredit berikut:


(i) 1/ 20 bersih 50
(ii) 2/ 30 bersih 60
(4 markah)

7.4 Kirakan kos efektif kredit bagi syarat kredit berikut:


(i) 1/ 10 bersih 20
(ii) 2/ 10 bersih 30
(iii) 3/ 10 bersih 30
(iv) 3/ 10 bersih 60
( 8 markah )

http://modul2poli.blogspot.com/
P5127/UNIT 7/ 10
PENGURUSAN MODAL KERJA
PENGURUSAN PENGHUTANG

MAKLUM BALAS 7 (a)

7.1 Faktor-faktor yang mempengaruhi tingkat pelaburan dalam akaun belum


terima ialah :
(i) Peratusan jualan kredit kepada jumlah jualan keseluruhannya.
Jenis perniagaan yang dijalankan oleh syarikat akan menentukan
campuran antara jualan kredit dan jualan tunai. Sifat perniagaan itu
sendiri akan menentukan peratusan jualan kredit dan faktor ini bukan di
bawah kawalan syarikat.

(ii) Tahap jualan.


Semakin tinggi jualan yang dicapai oleh syarikat, maka semakin
meningkat tahap akaun belum terima syarikat. Jualan bermusim dan
pertumbuhan dalam jualan juga akan meningkat selari dengan
peningkatan dalam jualan

(iii) Polisi kredit dan kutipan.


Faktor ini merangkumi syarat jualan, kualiti pelanggan dan usaha
kutipan akan mempengaruhi tempoh atau jangkamasa yang akan diambil
oleh pelanggan untuk membayar ke atas belian kredit yang dilakukan.
(6 markah)

http://modul2poli.blogspot.com/
P5127/UNIT 7/ 11
PENGURUSAN MODAL KERJA
PENGURUSAN PENGHUTANG

7.2 5 faktor kaedah kualitatif yang digunakan untuk mengukur kualiti


kredit pelanggan yang memohon kredit ialah:
(i) Perwatakan (Character)
(ii) Keupayaan (Capacity)
(iii) Modal (Capital)
(iv) Cagaran (Collateral)
(v) Keadaan (Conditions)
(5 markah)

7.3 Maksud syarat kredit:


( i) 1/ 20 bersih 50
Pelanggan akan mendapat 1% diskaun daripada harga invois
sekiranya pembayaran dibuat dalam masa 20 hari. Jika tidak,
akaunnya itu harus dijelaskan dalam masa 50 hari dari tarikh belian.

(ii) 2/ 30 bersih 60
Pelanggan akan mendapat 2% diskaun daripada harga invois
sekiranya pembayaran di buat dalam masa 30 hari. Jika tidak,
akaunnya itu harus dijelaskan dalam masa 60 hari dari tarikh belian.
(4 markah)

7.4 Kos efektif kredit bagi syarat kredit.


(i) 1/ 10 bersih 20 = 36.36%
(ii) 2/ 10 bersih 30 = 36.73%
(iii) 3/ 10 bersih 30 = 55.67%
(iv) 3/ 10 bersih 60 = 22.27%
(8 markah)

http://modul2poli.blogspot.com/
P5127/UNIT 7/ 12
PENGURUSAN MODAL KERJA
PENGURUSAN PENGHUTANG

INPUT

7.3 Kos Perubahan Polisi Kredit Dan Kesannya Ke Atas Penghutang


Perubahan dalam polisi kredit melibatkan timbal balik di antara kos dan manafaat.
Jualan dan keuntungan akan meningkat apabila polisi kredit dilonggarkan tetapi
pelonggaran polisi kredit juga membawa kesan negatif iaitu pertambahan dalam hutang
lapuk dan dana tambahan terikat kepada akaun belum terima dan inventori. Kos
tambahan juga berlaku apabila pelanggan mengambil diskaun tunai. Oleh itu syarikat
perlu menentukan bilakah masa dan keadaan yang sesuai untuk melaksanakan
perubahan kepada polisi kredit. Keadaan dan masa yang sesuai ialah apabila jualan
akibat perubahan polisi adalah memadai untuk menghasilkan keuntungan tambahan
sehingga melebihi daripada kos yang meningkat akibat daripada perubahan tersebut.
Kaedah ini dipanggil analisis penambah atau marginal.

Contoh:
Andaikan Syarikat Nilam sedang mempertimbangkan perubahan polisi kredit daripada
1/ 10 bersih 40 kepada 2/ 10 bersih 60 sebagai usaha meningkatkan jualan syarikat.
Tujuan analisis marginal atau penambah untuk menentukan samada perubahan syarat
kredit ini patut dilaksanakan atau tidak, berikut adalah maklumat mengenai dasar
syarikat sebelum dan selepas perubahan.

http://modul2poli.blogspot.com/
P5127/UNIT 7/ 13
PENGURUSAN MODAL KERJA
PENGURUSAN PENGHUTANG

Polisi Kini (1/ 10 bersih 40) Polisi Dicadangkan (2/ 10 bersih 60)
Jualan kredit RM100,000 000. Jualan kredit di jangka RM130,000 000
50% pelanggan mengambil diskaun . 65% pelanggan mengambil diskaun
35% membayar pada hari ke 40. 25% membayar pada hari ke 60
15% membayar pada hari ke 50. 10% membayar pada hari ke 70
Hutang lapuk RM 3,000,000. Hutang lapuk RM5200 000
Tahap inventori RM 50,000 000 Tahap inventori RM 55 000 000

* Andaian: Kos berubah adalah 75% dan kadar pulangan perlu sebelum cukai adalah
sebanyak 14%.
Adakah perubahan polisi kredit ini perlu ditukar kepada yang dicadangkan?

Prosedur Am:
Terdapat 4 langkah untuk melaksanakan analisis marginal ke atas perubahan polisi kredit.
(i) Langkah 1 - Anggarkan perubahan keuntungan
(ii) Langkah 2 - Anggarkan kos tambahan pelaburan dalam akaun belum terima
dan inventori
(iii) Langkah 3 - Anggarkan perubahan kos diskaun (jika diskaun tunai berubah)
(iv) Langkah 4 - Bandingkan peningkatan keuntungan dengan peningkatan kos.

Pengiraan Analisis Marginal

Langkah 1: Anggarkan perubahan keuntungan


= ( peningkatan jualan x margin sumbangan) – ( peningkatan jualan x % hutang
lapuk atas jualan baru )
= ( 30 000 000 x 0.25 ) – ( 5,200,000 – 3,000 000)
= 7,500,000 - 2,200,000
= 5,300,000

http://modul2poli.blogspot.com/
P5127/UNIT 7/ 14
PENGURUSAN MODAL KERJA
PENGURUSAN PENGHUTANG

Langkah 2 : Anggarkan kos tambahan pelaburan dalam akaun belum terima (ABT) dan
inventori

= (tambahan ABT + tambahan inventori ) x ( kadar pulangan perlu sebelum


cukai)
( i) Mula-mula kirakan tambahan pelaburan dalam ABT
(Tambahan ABT) = (tahap baru jualan harian) x (tempoh purata kutipan baru *)
-
(tahap asal jualan harian) x ( tempoh purata kutipan asal **)

* Pengiraan tempoh purata kutipan yang baru = 0.65 (10 hari ) + 0.25 (60 )+ 0.10 (70 )
= 28.5 hari
** Pengiraan tempoh purata kutipan asal = 0.50 (10 hari) + 0.35 (40) + 0.15 (50)
= 26. 5 hari

Oleh itu:
Tambahan ABT= 130,000,000 x 28.5 - 100,000,000 x 26.5
360 360

= 10, 291,667 - 7361111


= 2930556

(ii) Jumlah pelaburan tambahan ABT dan tambahan inventori


= 2930556 + 5,000,000
= 7930556

http://modul2poli.blogspot.com/
P5127/UNIT 7/ 15
PENGURUSAN MODAL KERJA
PENGURUSAN PENGHUTANG

(iii) Kirakan kos tambahan


= 7930556 x 14%
= RM 1110277.84

Langkah 3: Anggarkan perubahan kos diskaun tunai


= (tahap jualan baru) x ( % diskaun tunai baru ) x
( % yang mengambil diskaun ) - ( tahap jualan asal ) x
(% diskaun tunai asal ) x ( % yang mengambil diskaun )
= (130, 000 000 x 0.02 x 0.65 ) - (100,000 000 x 0.01 x 0.50 )
= 1, 690, 000 – 500,000
= 1, 190, 000

Langkah 4: Bandingkan peningkatan pendapatan dengan peningkatan kos

Perubahan bersih keuntungan sebelum cukai = ( perubahan dalam keuntungan ) –


( kos pelaburan baru dalam ABT dan
inventori + kos perubahan dalam
diskaun tunai )
= Langkah 1 – ( Langkah 2 + Langkah 3 )
= 5,300,000 – ( 1110277.84 + 1,190,000 )
= RM 2 999 722.16

Berdasarkan analisis marginal yang telah dilakukan, perubahan bersih dalam keuntungan
sebelum cukai adalah RM 2 999 722.16 iaitu menguntungkan. Oleh itu perubahan
dalam polisi kredit seperti yang dicadangkan wajar dilaksanakan.

http://modul2poli.blogspot.com/
P5127/UNIT 7/ 16
PENGURUSAN MODAL KERJA
PENGURUSAN PENGHUTANG

Secara umumnya analisis marginal ini adalah untuk menganalisis pulangan marginal atau
tambahan yang diakibatkan oleh perubahan polisi kredit dan dibandingkan dengan kos
marginal atau tambahan sebelum perubahan polisi kredit. Jika perubahan polisi kredit ini
memberi kesan lebihan pulangan dibandingkan dengan kos , maka polisi kredit itu perlu
diubah. Jika kos marginal melebihi pulangan marginal, maka polisi kredit yang sedia
ada perlu di kekalkan.

http://modul2poli.blogspot.com/
P5127/UNIT 7/ 17
PENGURUSAN MODAL KERJA
PENGURUSAN PENGHUTANG

AKTIVITI 7 ( b)

Ujikan kefahaman anda sebelum meneruskan input selanjutnya.


Sila semak jawapan anda pada maklum balas di halaman berikutnya.

7.5 Andaikan Syarikat Cempaka kini mempunyai jualan kredit tahunan RM 16 juta
dan jangkamasa kutipan purata 40 hari. Tahap hutang lapuk kini ialah RM
480,000 dan kadar pulangan dikehendaki (kos melepas) sebelum cukai ialah 16%.
Dengan andaian firma mengeluarkan hanya satu keluaran, ia mempunyai kos
berubah 70% daripada harga jualan. Firma sedang menimbangkan perubahan
polisi kredit semasa syarikat daripada bersih 40 kepada 1/ 20 bersih 60 .
Sekiranya perubahan ini dilaksanakan adalah dijangkakan 40% pelanggan akan
mengambil diskaun dan membayar pada hari ke 20, sedangkan 60% lagi
mengabaikan diskaun dan membayar pada hari ke 60. Ini akan meningkatkan
jangkamasa kutipan purata daripada 40 hari ke 44 hari. Tujuan Syarikat Cempaka
menimbangkan untuk membuat perubahan adalah kerana ia dijangka
menghasilkan jualan kredit tambahan sebanyak RM 2 juta. Walaupun jualan
daripada pelanggan baru akan meningkatkan keuntungan tambahan, ia juga akan
meningkatkan hutang lapuk. Adalah diandaikan hutang lapuk ke atas jualan asal
adalah konsisten, hutang lapuk ke atas jualan tambahan ialah 6%. Tambahan
pula, tahap purata inventori adalah daripada RM 2 juta kepada RM 2,050 000.
Analisakan dengan menggunakan kaedah analisis marginal samada perubahan
polisi kredit perlu dilaksanakan seperti yang dicadangkan atau sebaliknya.
(15 markah)

http://modul2poli.blogspot.com/
P5127/UNIT 7/ 18
PENGURUSAN MODAL KERJA
PENGURUSAN PENGHUTANG

MAKLUM BALAS 7 (b)

7.5 Maklumat-maklumat berikut telah diringkaskan berdasarkan kepada maklumat


yang diberikan pada asalnya.

Tahap jualan kredit baru RM 18 juta


Tahap jualan kredit asal RM 16 juta
Margin Sumbangan 30%
Peratus kerugian hutang lapuk atas jualan baru 6%
Jangkamasa kutipan purata baru 44 hari
Jangkamasa kutipan purata asal 40 hari
Tambahan pelaburan ke atas inventori RM 50,000
Kadar pulangan di kehendaki sebelum cukai 16%
Peratus diskaun tunai baru 1%
Peratus pelanggan mengambil diskaun 40%

Langkah 1: Anggarkan perubahan dalam keuntungan


Perubahan dalam keuntungan = (2,000 000 x 0.30 ) – ( 2,000 000 x 0.06)
= 600 000 – 120, 000
= RM 480 000
Langkah 2:
Anggarkan kos tambahan pelaburan dalam akaun belum terima (ABT) dan inventori.
(i) Kirakan pelaburan tambahan ke atas ABT
Pelaburan tambahan = 18,000 000 x 44 - 16,000 000 x 40
ke atas ABT 360 360

http://modul2poli.blogspot.com/
P5127/UNIT 7/ 19
PENGURUSAN MODAL KERJA
PENGURUSAN PENGHUTANG

= RM 2200, 000 - 1,777 778


= RM422,222

(ii) Kirakan jumlah pelaburan tambahan ke atas ABT dan inventori


Jumlah pelaburan tambahan
ke atas ABT dan inventori = RM 422, 222 + 50,000
= RM 472,222

(iii) Kirakan kos tambahan = 472222 x 16%


= RM 75, 555

Langkah 3:
Anggarkan perubahan kos tunai
Perubahan kos tunai = (18,000 000 x 0.01 x 0.40 ) – ( 16,000 000 x 0 x 0 )
= 72,000 - 0
= RM 72,000
Langkah 4:
Bandingkan peningkatan pendapatan dengan pendapatan kos
Perubahan bersih keuntungan
sebelum cukai = Langkah 1 – ( Langkah 2 + Langkah 3 )
= 480 000 – ( 75, 555 + 72,000)
= RM 332 445

Kesimpulan: Oleh itu perubahan dalam polisi kredit perlu dilaksanakan seperti yang
dicadangkan kerana perubahan bersih keuntungan adalah positif.
(15 markah)

http://modul2poli.blogspot.com/
P5127/UNIT 7/ 20
PENGURUSAN MODAL KERJA
PENGURUSAN PENGHUTANG

PENILAIAN KENDIRI

Anda telah menghampiri kejayaan. Sila cuba semua soalan dalam penilaian kendiri ini
dan semak jawapan anda pada maklum balas yang disediakan.
Jika ada masalah yang timbul, sila berbincang dengan pensyarah anda.
Selamat mencuba semoga berjaya!!

SOALAN 7-1
Berikan maksud syarat kredit berikut:
( i ) 5/ 20 bersih 30
(ii) 3/ 15 bersih 60
(iii) bersih 30
( 6 markah)

SOALAN 7-2
Kirakan kos efektif kredit bagi syarat kredit berikut:
(i) 5/ 10 bersih 60
(ii) 3/ 10 bersih 90
(iii) 1/ 15 bersih 30
(6 markah)

SOALAN 7-3
Nyatakan beberapa langkah yang boleh di ambil oleh pihak syarikat jika pelanggan
melampaui tempoh pembayaran yang telah ditetapkan. ( 4 markah).

http://modul2poli.blogspot.com/
P5127/UNIT 7/ 21
PENGURUSAN MODAL KERJA
PENGURUSAN PENGHUTANG

SOALAN 7-4
Syarikat Jutawan sedang menimbangkan untuk melonggarkan polisi kredit semasanya.
Ketika ini firma mempunyai jualan kredit tahunan sebanyak RM 7 juta dan jangkamasa
kutipan purata ialah 30 hari . Di bawah cadangan perubahan polisi kredit, syarat kredit
syarikat akan ditukar daripada bersih 30 hari kepada bersih 90 hari dan kredit akan
dillonggarkan kepada pelanggan yang lebih berisiko. Adalah di andaikan bahawa
kerugian hutang lapuk ke atas pelanggan semasa akan kekal pada tahap asal. Dengan
perubahan polisi ini, adalah dijangkakan jualan akan meningkat sebanyak RM 8 juta.
(Andaikan terdapat 360 hari dalam setahun). Dengan maklumat berikut adakah polisi
kredit baru ini patut dilaksanakan?

Tahap jualan kredit baru RM 8 juta


Tahap jualan kredit asal RM 7 juta
Margin Sumbangan 20%
Peratus kerugian hutang lapuk atas jualan baru 7%
Jangkamasa kutipan purata baru 90 hari
Jangkamasa kutipan purata asal 30 hari
Tambahan pelaburan ke atas inventori RM 50,000
Kadar pulangan di kehendaki sebelum cukai 15%
Peratus diskaun tunai baru 0%

(15 markah)

http://modul2poli.blogspot.com/
P5127/UNIT 7/ 22
PENGURUSAN MODAL KERJA
PENGURUSAN PENGHUTANG

MAKLUM BALAS KEPADA PENILAIAN KENDIRI

Adakah anda telah mencuba dahulu?


Jika “YA”, sila semak jawapan anda.

JAWAPAN 7-1
Maksud syarat kredit berikut:
( i ) 5/ 20 bersih 30
Pelanggan akan mendapat 5% diskaun daripada harga invois sekiranya
pembayaran dibuat dalam masa 20 hari. Jika tidak, akaunnya itu harus dijelaskan
dalam masa 30 hari dari tarikh belian.
(ii) 3/ 15 bersih 60
Pelanggan akan mendapat 3% diskaun daripada harga invois sekiranya
pembayaran dibuat dalam masa 15 hari. Jika tidak, akaunnya itu harus dijelaskan
dalam masa 60 hari dari tarikh belian.
(iii) bersih 30
Tiada diskaun ditawarkan kepada pelanggan dan pelanggan harus menjelaskan
akaunnya dalam masa 30 hari dari tarikh belian.
(6 markah)

JAWAPAN 7-2

Kos efektif kredit bagi syarat kredit berikut:


(i) 5/ 10 bersih 60 = 37.89%
(ii) 3/ 10 bersih 90 = 13.92%
(iii) 1/ 15 bersih 30 = 24.24%
(6 markah)

http://modul2poli.blogspot.com/
P5127/UNIT 7/ 23
PENGURUSAN MODAL KERJA
PENGURUSAN PENGHUTANG

JAWAPAN 7-3
Langkah yang boleh diambil oleh pihak syarikat jika pelanggan melampaui tempoh
pembayaran yang telah ditetapkan termasuklah :
o Menghantar surat peringatan
o Menghantar surat amaran
o Panggilan telefon dan amaran keras
o Akaun diserahkan kepada agensi kutipan (syarikat pemfaktoran dan lain-
lain )
( 4 markah)

JAWAPAN 7- 4
Langkah 1: Anggarkan perubahan keuntungan
Perubahan dalam keuntungan = (1,000 000 x 0.20 ) – ( 1,000 000 x 0.07)
= 200,000 – 70, 000
= RM 130, 000
Langkah 2:
Anggarkan kos tambahan pelaburan dalam akaun belum terima (ABT) dan inventori.
(i ) Kirakan pelaburan tambahan ke atas ABT
Pelaburan tambahan = 8,000 000 x 90 - 7,000 000 x 30
ke atas ABT 360 360

= RM 2,000 000 - 583,333


= RM 1,416,667

(ii) Kirakan jumlah pelaburan tambahan ke atas ABT dan inventori


Jumlah pelaburan tambahan
ke atas ABT dan inventori = RM 1,416,667 + 50,000
= RM 1,466,667

http://modul2poli.blogspot.com/
P5127/UNIT 7/ 24
PENGURUSAN MODAL KERJA
PENGURUSAN PENGHUTANG

(iii) Kos ke atas ABT dan inventori


= 1466 667 x 15%
= 220 000

Langkah 3:
Anggarkan perubahan dalam kos diskaun tunai sekiranya ada.
Perubahan kos tunai = tiada

Langkah 4:
Bandingkan peningkatan pendapatan dengan pendapatan kos
Perubahan bersih keuntungan
sebelum cukai = Langkah 1 – ( Langkah 2 + Langkah 3 )
= 130,000 – 220 000
= RM ( 90 000)

Kesimpulan: Oleh kerana penambahan kos adalah lebih daripada penambahan


pendapatan, iaitu ( RM 90 000), polisi baru tidak patut dilaksanakan.
( 15 markah)

http://modul2poli.blogspot.com/
P5127/UNIT 8/ 1

PENGURUSAN MODALKERJA
PENGURUSAN INVENTORI

OBJEKTIF

Objektif Am :
Mempelajari dan memahami jenis-jenis, keperluan serta kepentingan inventori yang terdapat
dalam sesebuah syarikat dan mengetahui teknik pengurusan inventori.

Objektif Khusus :
Di akhir unit ini, anda sepatutnya dapat :

o Menerangkan jenis-jenis inventori.


o Menghuraikan keperluan inventori perniagaan serta kepentingan kawalan
inventori.
o Mengenalpasti teknik pengurusan inventori dengan mengira kos-kos yang
berkaitan dengan inventori - iaitu kos penyimpanan, kos pemesanan dan jumlah
kos inventori, kuantiti pesanan ekonomi (EOQ), tingkat pesanan semula, inventori
purata dan bilangan pesanan tahunan.

http://modul2poli.blogspot.com/
P5127/UNIT 8/ 2

PENGURUSAN MODALKERJA
PENGURUSAN INVENTORI

INPUT

8.0 Pengenalan
Sesebuah syarikat yang menjalankan perniagaan samada besar atau kecil perlu
menyimpan inventori / stok. Inventori adalah aset semasa yang dipegang oleh sesebuah syarikat
dan aset ini digunakan untuk menghasilkan jualan. Inventori menghubungkaitkan proses
pengeluaran kepada jualan. Inventori bagi sesebuah syarikat pada kebiasaannya mengambil masa
yang agak lama untuk dicairkan, iaitu dijual untuk mendapatkan tunai, berbanding dengan item-
item lain seperti sekuriti bolehpasar dan akaun belum terima.
Apabila sesebuah syarikat melaburkan wang di dalam inventori, maka kuranglah tunai yang ada
untuk menampung perbelanjaan operasi harian seperti untuk membayar kepada kreditor , untuk
keperluan pengembangan syarikat, untuk merebut peluang-peluang yang berharga dan lain-lain.

(i) Inventori Bahan Mentah


Tujuan utama penyimpanan inventori jenis ini adalah untuk mengelakkan kerja-
kerja pengilangan tergendala disebabkan kelambatan mendapatkan bekalan bahan
mentah. Dengan menyimpan inventori bahan mentah, kerja mengilang tidak
bergantung pada kerja-kerja sebelumnya dan kerja pengilangan dapat dilakukan
dengan berterusan.

(ii) Inventori Kerja dalam Proses


Inventori kerja dalam proses merupakan barangan peringkat perantaraan iaitu bahan-
bahan yang telah mengalami sebahagian saja proses pengilangan dan ia merupakan
barang-barang separuh siap. Tujuan utama menyimpan inventori ini adalah untuk

http://modul2poli.blogspot.com/
P5127/UNIT 8/ 3
PENGURUSAN MODALKERJA
PENGURUSAN INVENTORI

mengelakkan kerja-kerja pengilangan seterusnya tergendala.Syarikat perlu memastikan


supaya proses terawal tidak menghalang kerja-kerja diproses seterusnya.

(iii) Inventori Barang Siap


Inventori barang siap ialah barang-barang yang telah mengalami proses pengilangan
seluruhnya, iaitu barang-barang yang telah pun tersedia untuk dijual kepada pelanggan.
Tujuan utama menyimpan inventori ini adalah sebagai persediaan untuk menghadapi
permintaan pelanggan. Syarikat harus memastikan bekalan barang-barang adalah
mencukupi supaya proses penjualan tidak tergendala disebabkan oleh kelambatan
pemprosesan di kilang akibat kerosakan mesin, mogok pekerja dan lain-lain. Inventori
barang siap membolehkan penjualan bebas daripada kelambatan proses pengilangan.

Sebagai kesimpulan, inventori perlu diwujudkan pada semua peringkat pengeluaran


bagi memastikan proses pengeluaran dapat berjalan dengan lancar dan berkesan.
Penyimpanan inventori bertujuan menjadikan bahagian-bahagian operasi / fungsi
pengeluaran adalah bebas antara satu dengan yang lain. Sebarang masalah luar jangka
yang mungkin berlaku dan melibatkan salah satu fungsi di mana –mana peringkat,
tidak akan menjejaskan fungsi yang lain. Pengurusan inventori yang efisien dapat
mempercekapkan proses pengeluaran dan membantu dalam mempertingkatkan lagi
jualan syarikat.

http://modul2poli.blogspot.com/
P5127/UNIT 8/ 4

PENGURUSAN MODALKERJA
PENGURUSAN INVENTORI

8.1 Kepentingan kawalan inventori


Pengurus kewangan sesebuah syarikat memainkan peranan yang penting dalam
pengurusan dan pengawalan inventori bagi syarikatnya. Beliau harus sentiasa mengurus serta
memantau tahap setiap jenis inventori syarikat supaya aktiviti-aktiviti syarikat dapat berjalan
dengan lancar dan berkesan. Pengurusan / kawalan terhadap inventori bagi sesebuah syarikat
adalah penting atas sebab-sebab berikut :

• Ia dapat membantu dalam meminimumkan kos yang terlibat dan dengan ini dapat
meningkatkan pengeluaran syarikat secara langsung.
• Syarikat harus mengetahui berapa banyakkah inventori yang harus dipesan pada satu
tempoh tertentu untuk menggantikan inventori yang telah digunakan untuk jualan
• Pengurus perlu mengetahui bilakah inventori mesti dipesan supaya dapat mengelakkan
daripada simpanan inventori yang terlalu banyak atau terlalu kurang.
• Pengurus juga perlu mengetahui jenis inventori yang sesuai untuk proses pengeluaran
syarikat
• Pengurus juga perlu memastikan kos-kos yang terlibat yang boleh dikurangkan atau
boleh dilindungnilai (hedge) , iaitu dilindungi daripada peningkatan kos pada masa
akan datang.
• Pelaburan dalam inventori yang seimbang adalah perlu bagi syarikat untuk
memaksimumkan pulangan atas asetnya.

http://modul2poli.blogspot.com/
P5127/UNIT 8/ 5

PENGURUSAN MODALKERJA
PENGURUSAN INVENTORI

AKTIVITI 8 (a)

Ujikan kefahaman anda sebelum meneruskan input selanjutnya.


Sila semak jawapan anda pada maklum balas di halaman berikutnya.

8.1 Berikan maksud inventori. (3 markah)


8.2 Terangkan dengan ringkas 3 jenis inventori. ( 6 markah)
8.3 Berikan 4 kepentingan kawalan inventori bagi sesebuah syarikat. ( 6 markah)

http://modul2poli.blogspot.com/
P5127/UNIT 8/6
PENGURUSAN MODALKERJA
PENGURUSAN INVENTORI

MAKLUM BALAS 8 (a)

8.1 Inventori adalah aset semasa yang di pegang oleh sesebuah syarikat dan aset ini
digunakan untuk menghasilkan jualan. (3 markah)

8.2 3 jenis inventori ialah:


• Inventori bahan mentah
Inventori jenis ini adalah untuk mengelakkan kerja-kerja pengilangan
tergendala disebabkan kelambatan mendapatkan bekalan bahan mentah.
Dengan menyimpan inventori bahan mentah, kerja mengilang tidak
bergantung pada kerja-kerja sebelumnya dan kerja pengilangan dapat
dilakukan dengan berterusan. (2 markah)
• Inventori kerja dalam proses
Inventori kerja dalam proses merupakan barangan peringkat perantaraan
iaitu bahan-bahan yang telah mengalami sebahagian saja proses
pengilangan dan ia merupakan barang-barang separuh siap. Tujuan utama
menyimpan inventori ini adalah untuk mengelakkan kerja-kerja
pengilangan seterusnya tergendala. (2 markah)
• Inventori barang siap
Inventori barang siap ialah barang-barang yang telah mengalami proses
pengilangan seluruhnya, iaitu barang-barang yang telah pun tersedia untuk
dijual kepada pelanggan. Tujuan utama menyimpan inventori ini adalah
sebagai persediaan untuk menghadapi permintaan pelanggan. (2 markah)

http://modul2poli.blogspot.com/
P5127/UNIT 8/7
PENGURUSAN MODALKERJA
PENGURUSAN INVENTORI

8.3 4 kepentingan kawalan inventori ialah:

• Ia dapat membantu dalam meminimumkan kos yang terlibat dan dengan ini dapat
meningkatkan pengeluaran syarikat secara langsung.
• Syarikat harus mengetahui berapa banyakkah inventori yang harus dipesan pada satu
tempoh tertentu untuk menggantikan inventori yang telah digunakan untuk jualan
• Pengurus perlu mengetahui bilakah inventori mesti dipesan supaya dapat mengelakkan
daripada simpanan inventori yang terlalu banyak atau terlalu kurang.
• Pengurus juga perlu mengetahui jenis inventori yang sesuai untuk proses pengeluaran
syarikat.

(1 ½ @ 4 = 6 markah)

http://modul2poli.blogspot.com/
P5127/UNIT 8/8
PENGURUSAN MODALKERJA
PENGURUSAN INVENTORI

INPUT

8.2 Teknik Pengurusan Inventori


Pengurusan inventori yang efektif adalah berkait dengan saiz inventori yang dilaburkan
oleh syarikat terhadapnya. Bagi mengawal paras inventori ini dengan baik, beberapa perkara perlu
diberi pertimbangan iaitu, jumlah penggunaannya, kos penyimpanan dan kos pemesanannya.
Setelah itu, syarikat akan dapat menentukan jumlah bilangan yang perlu
disimpan, bilangan yang perlu dipesan dan tingkat pesanan semula.

Teknik bagi mengira kos-kos tersebut adalah seperti berikut :


Jadual 8.1

(i) Jumlah Kos Penyimpanan = ( purata inventori ) (kos penyimpanan seunit)

= Q
____ C
2

di mana Q = saiz pesanan inventori dalam unit


C = kos penyimpanan per unit

Kos penyimpanan inventori termasuklah kos melepas, kos gudang, insurans


gudang dan barang-barang, gaji pekerja gudang dan kos yang berkaitan dengan
penurunan nilai barang-barang, kos yang terlibat akibat dari kekurangan inventori
dan lain-lain .

http://modul2poli.blogspot.com/
P5127/UNIT 8/9
PENGURUSAN MODALKERJA
PENGURUSAN INVENTORI
(ii)
Jadual 8.2

Jumlah kos pemesanan = ( bilangan kali dipesan ) ( kos setiap pesanan )

= S
____ O
Q

di mana S = jumlah permintaan dalam unit


Q = saiz pesanan inventori dalam unit
O = kos satu pesanan

Kos memesan termasuklah semua kos untuk menyediakan pesanan, menyampaikan


pesanan dan kos-kos berkaitan yang lain.
Oleh yang demikian,

Jadual 8.3
(iii)
Jumlah kos inventori = Kos penyimpanan + Kos pemesanan

= Q S
2 C + Q O

Jumlah inventori yang dipegang oleh sesebuah syarikat dapat menentukan tahap
keuntungan syarikat tersebut. Operasi syarikat akan dipengaruhi oleh tahap inventori

http://modul2poli.blogspot.com/
P5127/UNIT 8/10
PENGURUSAN MODALKERJA
PENGURUSAN INVENTORI

samada terlalu banyak inventori atau terlalu sedikit inventori. Semakin tinggi purata
inventori yang disimpan, semakin tinggi nilai pelaburan dan kos yang terlibat dalam
penyimpanannya dan sebaliknya. Pelaburan dalam inventori adalah wajar jika
keuntungan daripada pelaburan melebihi kos yang dialami.
Oleh itu, adalah penting bagi syarikat untuk menentukan tahap inventori / saiz pesanan
yang optimum supaya jumlah kos inventori yang terlibat dapat diminimumkan. Dengan
ini, syarikat pada kebiasaannya akan menggunakan Model Kuantiti Pesanan Ekonomi.
(EOQ).
Jadual 8.4

(iv)
EOQ = 2 (S) (O)
C

di mana EOQ = kuantiti pesanan ekonomi


S = jualan tahunan ( unit )
O = kos yang terlibat dalam membuat pemesanan
C = kos penyimpanan inventori

Model EOQ adalah tertakluk kepada beberapa andaian iaitu :


• Permintaan yang konstant - jualan tahunan syarikat dapat diramalkan
dengan tepat
• Jualan dijangka sekata sepanjang tahun
• Pesanan inventori akan diterima seperti yang dijangka dan dengan serta
merta
• Kos penyimpanan dan kos pemesanan adalah malar

http://modul2poli.blogspot.com/
P5127/UNIT 8/11
PENGURUSAN MODALKERJA
PENGURUSAN INVENTORI

Dalam menguruskan inventori , sesebuah syarikat perlu tahu bilakah patut dibuat pesanan baru
bagi inventorinya. Sebelum sesuatu pesanan baru dibuat, syarikat perlu mengambilkira masa
menunggu pesanan dan barangan dalam transit – di mana masa menunggu lebih lama daripada
masa antara pesanan.
Adalah tidak wajar syarikat menunggu sehingga paras inventorinya menjadi 0 sebelum membuat
pesanan baru. Jika berlaku demikian, kerja-kerja pengilangan akan tergendala sementara
menunggu ketibaan bekalan baru kerana pada kebiasaannya, pembekal bahan mentah mengambil
masa beberapa hari / minggu untuk proses pembungkusan dan penghantaran bekalan baru . Oleh
yang demikian, syarikat perlu memberi ruang / margin penggunaan inventori bagi menunggu
ketibaan bekalan baru itu.

Salah satu cara syarikat dapat mengatasi masalah kekurangan inventori ini adalah dengan
menyediakan stok / inventori keselamatan. Ia diwujudkan bagi menangani masalah kehilangan
jualan apabila permintaan pelanggan tidak dapat dipenuhi akibat dari kehabisan inventori dan
juga untuk memenuhi sebarang keperluan / permintaan di luar jangkaan / jika berlakunya
kelewatan dalam menerima pesanan yang dibuat. Stok keselamatan akan menyebabkan purata
inventori meningkat. Bila mana purata inventori meningkat, kos membawanya juga akan turut
meningkat dan ini menyebabkan perubahan pada pengiraan jumlah kos inventori.
Dalam mengendalikan inventori, syarikat juga perlu mengetahui berapa kerapkah (kali) pesanan
inventori perlu dibuat dalam setahun.

Oleh yang demikian, berikut disenaraikan formula bagi mengira Titik / Tingkat Pesanan Semula,
Purata Inventori, Bilangan Pesanan Tahunan dan Jumlah Kos Inventori (dengan stok
keselamatan ) :

http://modul2poli.blogspot.com/
P5127/UNIT 8/12
PENGURUSAN MODALKERJA
PENGURUSAN INVENTORI

Jadual 8.5

(v) * Titik / tingkat = Inventori + Keperluan bagi


Pesanan Semula Keselamatan Tempoh Hantaran

= Inventori +
Keselamatan Tempoh Keperluan
Hantaran x (unit)
X hari
Hari dalam
setahun

* Buat pesanan baru jika inventori jatuh ke paras ini

Jadual 8.6
(vi)
Purata Inventori = EOQ + Inventori
2 Keselamatan

Jadual 8.7
(vii)
Bilangan Pesanan = Keperluan Tahunan
Tahunan
Bilangan setiap pesanan (EOQ)

http://modul2poli.blogspot.com/
P5127/UNIT 8/13
PENGURUSAN MODALKERJA
PENGURUSAN INVENTORI

Jadual 8.8

(viii)
Jumlah Kos Inventori = Jumlah kos + Jumlah kos
Penyimpanan Pemesanan

= Q + Inventori S
2 Keselamatan C + Q O

Keputusan berhubung dengan pengurusan inventori melibatkan proses timbal balik


(tradeoff) iaitu pengimbangan di antara risiko dengan pulangan.

¾ Apabila paras inventori rendah, risiko yang mungkin dihadapi oleh


syarikat ialah dari segi kelewatan pengeluaran yang akan menyebabkan
bekalan lewat sampai kepada pelanggan dan syarikat mungkin akan
kehilangan pelanggan. Sebaliknya, dari aspek pulangan, paras inventori
yang rendah, boleh mengurangkan kos. Kos yang dimaksudkan ialah wang
yang terikat kepada inventori tersebut. Syarikat boleh menggunakan wang
tersebut untuk dilaburkan ke dalam aset yang lebih menguntungkan.

¾ Apabila paras inventori tinggi, risiko kelambatan pengeluaran dan bekalan


mungkin dapat dielakkan dan pelanggan akan sentiasa mendapat barangan
mereka tetapi kos pula akan meningkat. Syarikat perlu melaburkan
sejumlah besar wang untuk membiayai inventori tersebut di samping
menanggung kos penyimpanan - gudang dan insurans serta kos-kos lain

http://modul2poli.blogspot.com/
P5127/UNIT 8/14
PENGURUSAN MODALKERJA
PENGURUSAN INVENTORI

yang terlibat. Dana syarikat terikat dan syarikat mungkin terlepas peluang-
peluang yang menguntungkan.

Oleh itu, pengurus syarikat perlu mamainkan peranan dalam menentukan tahap inventori
yang sesuai pada sesuatu masa . Ini adalah supaya ia dapat mengimbangkan antara kos
dengan manfaat.

http://modul2poli.blogspot.com/
P5127/UNIT 8/15
PENGURUSAN MODALKERJA
PENGURUSAN INVENTORI

AKTIVITI 8(b)

Ujikan kefahaman anda sebelum meneruskan input selanjutnya.


Sila semak jawapan anda pada maklum balas di halaman berikutnya.

8.4 Berikut adalah maklumat-maklumat yang diperolehi dari Syarikat Indah :


Permintaan setiap tahun = 75,000 unit
Kos memesan = RM 20 setiap pesanan
Kos penyimpanan = RM 0.077 setiap unit setiap tahun
Inventori minima = 0

Dikehendaki :
i) Mengira kos penyimpanan, kos memesan dan jumlah kos dari kuantiti pesanan
bermula pada tingkat 1000, 2000 hinggalah ke tingkat 10,000. (dalam jarak 1000)
ii) Mengira Kuantiti Pesanan Ekonomi (EOQ)
iii) Mengira jumlah kos inventori pada tahap EOQ.
( 20 markah )

8.5 Syarikat ABC mengeluarkan unit-unit kamera dan memerlukan 500,000 unit bahan
mentah setahun. Kos penyimpanan ialah 20% daripada harga belian. Setiap pesanan akan
melibatkan kos sebanyak RM 90.00. Harga belian bahan tersebut ialah RM 2.00 seunit.
Pihak pengurusan membuat keputusan untuk menyimpan stok keselamatan sebanyak
15,000 unit. Tempoh hantaran bagi setiap pesanan ialah 7 hari. Andaikan Syarikat ABC
menjalankan operasinya 50 minggu setahun.

http://modul2poli.blogspot.com/
P5127/UNIT 8/16
PENGURUSAN MODALKERJA
PENGURUSAN INVENTORI

Kirakan :
i) Kuantiti Pesanan Ekonomi (EOQ)
ii) Bilangan Pesanan Tahunan
iii) Tingkat Pesanan Semula
iv) Inventori Purata
( 8 markah )

http://modul2poli.blogspot.com/
P5127/UNIT 8/17
PENGURUSAN MODALKERJA
PENGURUSAN INVENTORI

MAKLUM BALAS 8(b)

8.4 (i)
Kuantiti Inventori Kos
Pesanan Purata Penyimpanan Kos Pemesanan Jumlah Kos
(Q) ( Q/2) (RM) (RM) (RM)

1000 500 38.50 1500.00 1538.50


2000 1000 77.00 750.00 827.00
3000 1500 115.50 500.00 615.50
4000 2000 154.00 375.00 529.00
5000 2500 192.50 300.00 492.50
6000 3000 231.00 250.00 481.00
7000 3500 269.50 214.00 483.50
8000 4000 308.00 187.00 495.00
9000 4500 346.50 167.00 513.50
10000 5000 385.00 150.00 535.00

( 15 markah )
(ii) EOQ = 2 (S) (O)
C

= 2 x 75,000 x RM 20
RM 0.077
= 6,242 units
( 2 markah )

http://modul2poli.blogspot.com/
P5127/UNIT 8/18
PENGURUSAN MODALKERJA
PENGURUSAN INVENTORI

(iii) Jumlah kos inventori = 6242 0.077 + 75000 20


2 6242

= RM 240.32 + RM 240.31
= RM 480.63
( 3 markah )
8.5 i)
EOQ = 2 ( 500,000 ) ( 90 )
0.40
= 15,000 unit

ii) Bilangan pesanan tahunan = 500,000


15,000
= 33 kali

iii) Tingkat Pesanan Semula = 15,000 + 7 x 500,000


350
= 15,000 + 10,000
= 25,000 unit

iv) Inventori Purata = 15,000 + 15,000


2
= 22,500 unit
( 8 markah )

http://modul2poli.blogspot.com/
P5127/UNIT 8/19
PENGURUSAN MODALKERJA
PENGURUSAN INVENTORI

PENILAIAN KENDIRI

Anda telah menghampiri kejayaan. Sila cuba semua soalan dalam penilaian kendiri ini dan
semak jawapan anda pada maklum balas yang disediakan.
Jika ada masalah yang timbul, sila berbincang dengan pensyarah anda.
Selamat mencuba semoga berjaya !!

SOALAN 8-1

Sebuah firma pengilangan yang mengeluarkan produk Y memerlukan 500,000 paun bahan
mentah setahun. Harga belian bahan tersebut ialah RM 2.20 sepaun. Kos penyimpanan inventori
dinyatakan sebagai 20% daripada harga belian. Setiap pesanan melibatkan kos sebanyak RM
1000. Firma membuat keputusan untuk menyimpan 20,000 paun sebagai inventori keselamatan.
Tempoh hantaran setiap pesanan adalah 10 hari. Firma bekerja selama 365 hari setahun.
Kirakan :
a) Kuantiti Pesanan Ekonomi (EOQ)
b) Inventori purata
c) Tingkat pesanan semula
d) Jumlah kos inventori tahunan
( 10 markah )

SOALAN 8-2

Syarikat Selesa Sdn. Bhd. menjual sebanyak 90,000 pasang kasut setahun. Kos penyimpanan
bagi sepasang kasut ialah RM 2.00 dan kos memesan ialah RM 100.00 bagi setiap pesanan.

http://modul2poli.blogspot.com/
P5127/UNIT 8/20
PENGURUSAN MODALKERJA
PENGURUSAN INVENTORI

Syarikat sentiasa mengekalkan stok keselamatan sebanyak 1,000 pasang kasut. Penghantaran
akan mengambil masa selama 3 hari. Andaikan syarikat beroperasi selama 360 hari setahun.

a) Kirakan :
i) Kuantiti Pesanan Ekonomi (EOQ)
ii) Bilangan pesanan optima tahunan
iii) Jumlah kos inventori tahunan
iv) Tingkat pesanan semula

b) Syarikat mendapat tawaran diskaun sebanyak RM 0.02 bagi setiap pasang kasut jika saiz
pesanan dinaikkan kepada 5,000 pasang.
Wajarkah syarikat menerima tawaran diskaun tersebut ? Buktikan jawapan anda dengan
menunjukkan jalan kerja.
( 15 markah )

SOALAN 8-3

Keputusan berhubung dengan pengurusan inventori melibatkan proses timbal balik (tradeoff)
antara risiko dan pulangan. Terangkan.
( 8 markah )

http://modul2poli.blogspot.com/
P5127/UNIT 8/21
PENGURUSAN MODALKERJA
PENGURUSAN INVENTORI

MAKLUM BALAS KEPADA PENILAIAN KENDIRI

Adakah anda telah mencuba dahulu ?


Jika “YA” , sila semak jawapan anda.

JAWAPAN 8 – 1
i) Kuantiti Pesanan Ekonomi (EOQ) = 47,673 paun
ii) Inventori purata = 43,836.50 paun
iii) Tingkat pesanan semula = 33,699 paun
iv) Jumlah kos inventori tahunan = RM 29,776.18
( 10 markah )

JAWAPAN 8 - 2
a) i) Kuantiti Pesanan Ekonomi (EOQ) = 3,000 unit
ii) Bilangan pesanan optima tahunan = 30 kali
iii) Jumlah kos inventori tahunan = RM 8,000
iv) Tingkat pesanan semula = 1,750 unit

( 10 markah )

b) Jumlah diskaun yang akan diperolehi jika = 0.02 x 90,000


syarikat menjual sebanyak 90,000 pasang kasut
= RM 1,800

http://modul2poli.blogspot.com/
P5127/UNIT 8/22
PENGURUSAN MODALKERJA
PENGURUSAN INVENTORI

Jumlah kos inventori tahunan jika syarikat membuat pesanan sebanyak 5,000 pasang :

Kos Inventori = 5,000 + 1000 2 + 90,000 100


2 5,000

= RM 8,800

Tambahan kos inventori = RM 8,800 - RM 8,000


= RM 800

¾ Keputusan :
Syarikat wajar menerima tawaran diskaun kerana jumlah diskaun melebihi tambahan
kos inventori sebanyak RM 1,000 iaitu RM 1,800 - RM 800.

( 5 markah )
JAWAPAN 8 – 3
Keputusan berhubung dengan pengurusan inventori melibatkan proses timbal balik (tradeoff)
antara risiko dan pulangan iaitu :
¾ Apabila paras inventori rendah, risiko yang mungkin dihadapi oleh
syarikat ialah dari segi kelewatan pengeluaran yang akan menyebabkan
bekalan lewat sampai kepada pelanggan dan syarikat mungkin akan
kehilangan pelanggan. Sebaliknya, dari aspek pulangan, paras inventori
yang rendah, boleh mengurangkan kos. Kos yang dimaksudkan ialah wang
yang terikat kepada inventori tersebut. Syarikat boleh menggunakan wang
tersebut untuk dilaburkan ke dalam aset yang lebih menguntungkan.

http://modul2poli.blogspot.com/
P5127/UNIT 8/23
PENGURUSAN MODALKERJA
PENGURUSAN INVENTORI

¾ Apabila paras inventori tinggi, risiko kelambatan pengeluaran dan bekalan


mungkin dapat dielakkan dan pelanggan akan sentiasa mendapat barangan
mereka tetapi kos pula akan meningkat. Syarikat perlu melaburkan
sejumlah besar wang untuk membiayai inventori tersebut di samping
menanggung kos penyimpanan - gudang dan insurans serta kos-kos lain
yang terlibat. Dana syarikat terikat dan syarikat mungkin terlepas peluang-
peluang yang menguntungkan.
( 8 markah )

http://modul2poli.blogspot.com/
PEMBIAYAAN JANGKA PENDEK P5127/UNIT9/1
DAN JANGKA PANJANG

OBJEKTIF

Objektif Am:
Mempelajari dan memahami sumber pembiayaan yang berjangka pendek dan jangka
panjang.

Objektif Khusus:
Di akhir unit ini, anda sepatutnya dapat:
o Menerangkan sumber-sumber pembiayaan jangka pendek – pembiayaan
bercagaran dan pinjaman tidak bercagaran.
o Mengira kos kredit – pembiayaan jangka pendek.
o Menerangkan kelebihan dan kelemahan pembiayaan jangka pendek.

http://modul2poli.blogspot.com/
PEMBIAYAAN JANGKA PENDEK P5127/UNIT9/2
DAN JANGKA PANJANG

INPUT

9.0 Pengenalan
Isu utama yang terlibat dalam pengurusan penggunaan pembiayaan jangka pendek
firma:
i. Sebanyak manakah pembiayaan jangka pendek sebaiknya di gunakan
oleh firma ?
ii. Apakah sumber khusus yang firma perlu pilih dalam pembiayaan jangka
pendeknya?

9.1 Sumber-Sumber Pembiayaan Jangka Pendek dan Jangka Panjang


Secara umumnya, tiga faktor asas perlu dipertimbangkan dalam memilih sumber
kredit jangka pendek:
i. Kos efektif kredit
ii. Kredit yang sedia ada mengikut amaun yang diperlukan dan untuk masa ia
diperlukan.
iii. Pengaruh penggunaan sumber kredit berkenaan ke atas kos dan kewujudan
sumber pembiayaan yang lain.

Sumber jangka pendek adalah terdiri daripada hutang yang kurang daripada setahun
dan hutang jangka panjang adalah terdiri daripada hutang yang melebihi setahun.

Sumber- sumber kredit jangka pendek pula boleh dikategorikan kepada dua kategori
iaitu:
i. Pembiayaan tidak bercagaran
ii. Pembiayaan bercagaran

http://modul2poli.blogspot.com/
PEMBIAYAAN JANGKA PENDEK P5127/UNIT9/3
DAN JANGKA PANJANG

Pembiayaan tidak bercagaran adalah pembiayaan yang diberikan oleh pihak bank
dan kemudahan-kemudahan yang tidak di kenakan sebarang bentuk cagaran. Dalam hal
ini bank hanya sekadar memerlukan jaminan peribadi peminjam sahaja. Pembiayaan
jenis ini juga ditawarkan kepada pelanggan atas sebab-sebab persaingan antara bank.
Contoh pembiayaan tidak bercagaran termasuklah kertas perdagangan, akruan dan
kredit perdagangan.

Manakala pembiayaan bercagaran pula memerlukan syarikat penghutang


menyediakan cagaran sebelum boleh mendapatkan pembiayaan. Sebagai langkah
berjaga-jaga dalam menangani risiko yang mungkin di hadapi, pihak bank pada
kebiasaannya akan mengenakan cagaran terhadap pinjaman yang di buat. Contoh
pembiayaan bercagaran termasuklah pemfaktoran – cagaran dalam bentuk akaun belum
terima.

http://modul2poli.blogspot.com/
PEMBIAYAAN JANGKA PENDEK P5127/UNIT9/4
DAN JANGKA PANJANG

AKTIVITI 9 (a)

Ujikan kefahaman anda sebelum meneruskan input selanjutnya.


Sila semak jawapan anda pada maklum balas di halaman berikutnya.

9.1 Apakah yang membezakan hutang jangka pendek dengan hutang jangka panjang?
(3 markah)

http://modul2poli.blogspot.com/
PEMBIAYAAN JANGKA PENDEK P5127/UNIT9/5
DAN JANGKA PANJANG

MAKLUM BALAS 9(a)

9.1 Yang membezakan antara hutang jangka pendek dan hutang jangka panjang ialah dari
segi jangka masa. Hutang jangka pendek adalah hutang yang tidak melebihi satu tahun
dan hutang jangka panjang ialah hutang yang melebihi satu tahun. (3 markah)

http://modul2poli.blogspot.com/
PEMBIAYAAN JANGKA PENDEK P5127/UNIT9/6
DAN JANGKA PANJANG

INPUT

9.3 Kos Kredit – Pembiayaan Jangka Pendek


Prosedur menganggarkan kos jangka pendek ialah seperti berikut:

Faedah = Pokok x Kadar x Masa

Misalnya, pinjaman 6 bulan untuk RM 10 000 pada kadar 7% akan memerlukan


pembayaran faedah seperti berikut:-

Faedah = RM 10 000 x .07 x ½


= RM 350

Kita menggunakan perhubungan asas ini untuk mengira kadar efektif tahunan di
mana amaun faedah, amaun pokok dan jangka masa untuk pembiayaan diketahui.
Formula adalah seperti berikut:

Kadar = Faedah x 1
Pokok Masa

http://modul2poli.blogspot.com/
PEMBIAYAAN JANGKA PENDEK P5127/UNIT9/7
DAN JANGKA PANJANG

Contoh:
Syarikat XYZ bercadang untuk meminjam RM 2 000 selama 90 hari. Pada tarikh
matang ia akan membayar RM 2 000 amaun pokok campur faedah RM 60. Kadar
faedah efektif tahunan ialah:

Kadar = 60 x 1
2 000 90/360
= 12%

Kadar efektif tahunan dana yang dipinjam ialah 12%.

9.3.1 Pembiayaan tidak bercagaran

a. Gaji dan Cukai Terakru


Biasanya firma membayar gaji secara berkala (mingguan atau
bulanan). Oleh itu, firma mempunyai gaji yang terakru, iaitu seolah-
olah pinjaman daripada pekerja. Begitu juga firma membayar
pembayaran cukai untuk tempoh tertentu pada tarikh yang ditentukan
di masa hadapan.

b. Kredit perniagaan
Kredit perniagaan wujud apabila firma membuat pembelian. Biasanya
kredit perniagaan yang ditawarkan melibatkan diskaun tunai untuk
pembayaran awal. Misalnya, pembekal mungkin menawarkan syarat
2/10 bersih 45, yang bermaksud diskaun 2% ditawarkan untuk
pembayaran dalam tempoh 10 hari atau dibayar penuh dalam tempoh
45 hari.

http://modul2poli.blogspot.com/
PEMBIAYAAN JANGKA PENDEK P5127/UNIT9/8
DAN JANGKA PANJANG

Oleh itu, 2% penalti perlu dibayar kerana tidak membayar dalam


tempoh 10 hari. Dengan menggunakan amaun invois RM 1, kos efektif
kerana tidak mengambil diskaun adalah:

Kadar = Faedah x 1
Pokok Masa

= 0.02 x 1
0.98 45/360

= 16.3 %

c. Kredit Bank
Kredit Bank ialah perjanjian tidak rasmi atau kefahaman antara
peminjam dan bank yang ditawarkan oleh bank pada tahap
maksima yang boleh ditawarkan kepada peminjam pada satu-satu
masa. Kredit Bank ini memerlukan peminjam mengekalkan baki
minimum dalam bank sepanjang tempoh pinjaman iaitu baki
pampasan. Baki yang diperlukan ini (yang dinyatakan dalam
peratus amaun pinjaman) meningkatkan kos efektif pinjaman
melainkan baki deposit yang diperlukan itu dari sumber peminjam.
Kos efektif kredit jangka pendek bank boleh dianggarkan
menggunakan pengiraan kadar.

http://modul2poli.blogspot.com/
PEMBIAYAAN JANGKA PENDEK P5127/UNIT9/9
DAN JANGKA PANJANG

Contoh:
Syarikat ABC mempunyai barisan kredit RM 400 000 yang memerlukan baki
pampasan 10% daripada amaun pinjaman. Kadar yang dikenakan ke atas
pinjaman ialah 12% setahun, RM 300 000 dipinjam untuk jangkamasa 6 bulan,
dan firma tidak mempunyai deposit di bank tersebut. Untuk membiayai keperluan
baki pampasan, firma tersebut perlu meminjam tambahan dan disimpan dalam
akaun cek bank tersebut. Oleh itu, pinjaman sebenarnya iaitu (P) adalah lebih
besar daripada RM 300 000 yang diperlukan. Malah, RM 300 000 itu hanya 90%
daripada jumlah yang dipinjam kerana 10% digunakan untuk keperluan baki
pampasan. Untuk mengira jumlah yang perlu dipinjam iaitu (P):

0.90P = RM 300 000


P = RM 300 000
0.90
= RM 333 666
Oleh itu, faedah dibayar atas pinjaman RM 333 666 (RM 333 666 x 12% x ½ =
RM 20 020) di mana hanya RM 300 000 yang boleh digunakan oleh firma.

Kos efektif kredit adalah:

Kadar = Faedah x 1
Pokok Masa

= RM 20 020 x 1
RM 300 000 180/360

= 13.35%

http://modul2poli.blogspot.com/
PEMBIAYAAN JANGKA PENDEK P5127/UNIT9/10
DAN JANGKA PANJANG

Sekiranya firma mengekalkan sekurang-kurangnya RM 30 000 (10% daripada


pinjaman untuk baki pampasan) di bank tersebut daripada dananya sendiri, kos
kredit adalah seperti berikut:

Kadar = 18 000 x 1
300 000 180/360

= 12%

Faedah RM 18 000 diperolehi melalui pengiraan berikut:


RM 300 000 x 12% x ½ = RM 18 000

Dalam kes di atas, keperluan pembayaran pokok (RM 333 666) campur faedah
(RM 20 020) adalah dibayar pada akhir tempoh 6 bulan tersebut.Tetapi biasanya
pinjaman bank dibuat berasakan terdiskaun, iaitu faedah pinjaman akan ditolak
daripada amaun pinjaman sebelum dana diberikepada peminjam. Berdasarkan
keadaan ini, faedah yang didiskaun melibatkan mengurangkan amaun pinjaman
(RM 300 000) sebanyak faedah untuk tempoh 6 bulan tersebut iaitu RM 20 020.
Kos efektif faedah pinjaman ialah:

Kadar = RM 20 020 x 1
300 000 – 20 020 180/360

= 14.3%
Kesan faedah terdiskaun meningkatkan kos pinjaman daripada 13.33% kepada
14.3%. Firma membayar faedah ke atas dana RM 333 666 seperti sebelumnya
tetapi ia hanya dapat menggunakan RM 300 000 – RM 20 020 = RM 279 980
sahaja.

http://modul2poli.blogspot.com/
PEMBIAYAAN JANGKA PENDEK P5127/UNIT9/11
DAN JANGKA PANJANG

d. Kertas Perdagangan
Hanya syarikat yang besar dan kukuh dari segi kewangan layak
untuk mengambil manfaat dari kertas perdagangan. Ia adalah “janji
untuk bayar” jangka pendek yang dijual dalam pasaran untuk
sekuriti hutang jangka pendek. Kos kertas perdagangan boleh
dianggarkan menggunakan formula kredit kos efektif (kadar).
Perkara yang penting perlu diberi perhatian ialah faedah yang
dikenakan ke atas kertas perdagangan adalah didiskaunkan dan
wakil penjual (dealer) digunakan dan ini dikenakan yuran.

Contoh:
Syarikat Giat menggunakan kertas perdagangan untuk membiayai
keperluan jangka pendeknya. Syarikat ini bercadang menjual RM
100 juta kertas perdagangan dalam tempoh matang 270 hari di
mana ia menjangka perlu membayar faedah terdiskaun pada kasar
tahunan 12% setahun. Disamping itu, Syarikat Giat dijangka
dikenakan kos sebanyak RM 100 000 pada wakil penjual sebagai
yuran dan lain-lain belanja mengeluarkan kertas perdagangan ini.
Kos efektif Syarikat Guat boleh dikira seperti berikut:
Kadar = Faedah x 1
Pokok Masa

= 9 000 000 + 100 000 x 1


100 000 000 – 9 000 000 – 100 000 270/360
= 13.35%

Kos faedah dikira seperti berikut:


Faedah = RM 100 juta x 12% x 270/360 = RM 9 000 000

http://modul2poli.blogspot.com/
PEMBIAYAAN JANGKA PENDEK P5127/UNIT9/12
DAN JANGKA PANJANG

9.3.2 Pembiayaan Bercagaran


Sumber kredit jangka pendek bercagaran adalah aset tertentu dicagarkan
sebagai cagaran untuk mendapat pinjaman. Sekiranya pinjaman tidak terbayar,
bank atau pemberi pinjaman merupakan pihak yang pertama menuntut ke atas aset
yang dicagarkan. Oleh itu, kredit secara cagaran menawarkan marjin keselamatan
tambahan kepada pemberi pinjaman.

a. Pinjaman Akaun Belum Terima


Secara amnya, Akaun Belum Terima firma adalah aset yang paling cair. Oleh
itu, ia menjadi cagaran utama untuk pinjaman bercagaran.
Contoh:
Syarikat Xora menjual alat pembinaan kepada kontraktor atas syarat net 60.
Jualan purata bulanan adalah RM 200 000. Oleh itu, dengan syarat kredit 2
bulan (60 hari), Akaun Belum Terima purata ialah RM 400 000. Firma
mencagar semua Akaun Belum Terima kepada bank, yang mana bank memberi
pendahuluan 70% nilai muka. Akaun Belum Terima pada 3% ke atas prima dan
1% yuran proses ke atas Akaun Belum Terima yang dicagar. Xora meminjam
pada kadar 10% dan ia meminjam semaksimumnya. Kos efektif ialah:

Kadar = RM 36 400 + RM 24 000 x 1


RM 280 000 360/360
= 21.6%

http://modul2poli.blogspot.com/
PEMBIAYAAN JANGKA PENDEK P5127/UNIT9/13
DAN JANGKA PANJANG

Pengiraan:
Faedah = ( .13 x .70 x RM 400 000) = RM 36 400
Yuran proses tahunan = (.01 x RM 200 000 x 12) = RM 24 000
Kredit yang diberi = 0.70 x RM 400 000 = RM 280 000

b. Pemfaktoran Akaun Belum Terima


Memfaktorkan Akaun Belum Terima melibatkan jualan Akaun Belum
Terima firma kepada institusi kewangan yang dipanggil pemfaktoran.
Faktor ialah sebuah firma yang mengambilalih Akaun Belum Terima
sesebuah firma lain.
Contoh:
Sekiranya RM 200 000 difaktorkan yang membawa syarat kredit 60
hari. Yuran faktor 2% dikenakan; 6% rezab dan faedah 1% sebulan
atas pendahuluan. Oleh itu, pinjaman maksima firma boleh dapat
ialah:

Amaun muka Akaun Belum Terima difaktor RM 200 000


Tolak: Yuran (0.02 x RM 200 000) ( 4 000)
Rezab (.06 x RM 200 000) ( 12 000)
Faedah (.01 x RM 184 000 x 2 bulan) ( 3 680)
---------------
Pendahuluan maksima RM 180 320
=========
Perhatian: Faedah didiskaun dan dikira ke atas amaun maksimum untuk
pendahuluan (RM 200 000 – 4 000 – 12 000 = RM 184 000)

http://modul2poli.blogspot.com/
PEMBIAYAAN JANGKA PENDEK P5127/UNIT9/14
DAN JANGKA PANJANG

Kos efektif kredit:

Kadar = Faedah x 1
Pokok Masa
= RM 3 680 + RM 4 000 x 1
RM 180 320 60/360
= 25.55%

http://modul2poli.blogspot.com/
PEMBIAYAAN JANGKA PENDEK P5127/UNIT9/15
DAN JANGKA PANJANG

AKTIVITI 9(b)

Ujikan kefahaman anda sebelum meneruskan input selanjutnya.


Sila semak jawapan anda pada maklum balas di halaman berikutnya.

9.2 Syarikat MTD ialah syarikat pemborong yang telah mengembangkan aktivitinya
yang menyebabkan peningkatan dalam jualannya. Syarikat telah menentukan bahawa
ia perlu tambahan RM 100 juta dalam dana jangka pendek untuk membiayai jualan
musim kemuncak sepanjang 6 bulan tahun tersebut. Bendahari MTD telah
mencadangkan bahawa firma menggunakan tawaran kertas perdagangan untuk
mendapatkan dana. Secara khususnya dia telah menentukan bahawa tawaran RM 100
juta tersebut dikenakan faedah 10% (dibayar terdahulu atau terdiskaun) di campur
yuran RM 62 500. Kertas perdagangan tersebut akan matang dalam tempoh 6 bulan.
Kirakan kadar kos efektif kredit bagi syarikat tersebut. (5 markah)

http://modul2poli.blogspot.com/
PEMBIAYAAN JANGKA PENDEK P5127/UNIT9/16
DAN JANGKA PANJANG

MAKLUM BALAS 9(b)

9.2 Belanja faedah = 0.10 x RM 100 juta x 180


360
= RM 5 juta (2 markah)

Kadar = RM 5 juta + RM 62 500 x 1


RM 100 juta – RM 62 500 – RM 5 juta 180/360

= RM 5 062 500 x 1
RM 94 937 500 180/360

= 10.7% (3 markah)

http://modul2poli.blogspot.com/
PEMBIAYAAN JANGKA PENDEK P5127/UNIT9/17
DAN JANGKA PANJANG

INPUT

9.4 Kelebihan dan Kelemahan pembiayaan jangkapendek

9.4.1 Kelebihan pembiayaan jangka pendek


Kelebihan pembiayaan jangka pendek perlu dilihat daripada item-item
pembiayaan yang terlibat. Misalnya:

i. Dalam pinjaman Akaun Belum Terima yang dicagarkan, kelebihannya


ialah:
a. Ia memberikan keanjalan kepada peminjam.
b. Pembiayaan adalah berterusan.
c. Akaun-akaun baru yang diwujudkan melalui jualan kredit boleh
menjadi cagaran untuk membiayai pengeluaran barangan baru.

ii. Kelebihan kredit perniagaan pula:


a. Kredit perniagaan mudah diperolehi sebagai proses biasa operasi
firma.
b. Tiada perjanjian yang khusus dilibatkan dalam memberi kredit.
c. Amaun kredit yang diberi bertambah atau berkurang dengan
keperluan firma.

iii. Kelebihan menggunakan kertas perdagangan:


a. Kadar faedah menggunakan kertas perdagangan secara umumnya
adalah lebih rendah.
b. Tiada keperluan minima untuk baki pampasan.

http://modul2poli.blogspot.com/
PEMBIAYAAN JANGKA PENDEK P5127/UNIT9/18
DAN JANGKA PANJANG

c. Amaun kredit kertas perdagangan adalah lebih besar.


d. Kerana ia memerlukan peminjam yang kukuh dari segi kewangan,
adalah menjadi prestij kepada firma.

9.4.2 Kelemahan Pembiayaan Jangka Pendek


Kelemahan utama pembiayaan jangka pendek ialah:

a. Kos yang lebih tinggi terutama jika menggunakan cagaran Akaun


Belum Terima. Ini adalah kerana caj kadar faedah ke atas pinjaman
dan yuran prosesan ke atas akaun yang dicagar.
b. Melepaskan kecairan. Bagi pencagaran Akaun Belum Terima, aset cair
terpaksa digunakan sebagai cagaran.

http://modul2poli.blogspot.com/
PEMBIAYAAN JANGKA PENDEK P5127/UNIT9/19
DAN JANGKA PANJANG

AKTIVITI 9(c)

Ujikan kefahaman anda sebelum meneruskan input selanjutnya.


Sila semak jawapan anda pada maklum balas di halaman berikutnya.

9.3 Senaraikan 4 kelebihan penggunaan kertas perdagangan. (6 markah)

http://modul2poli.blogspot.com/
PEMBIAYAAN JANGKA PENDEK P5127/UNIT9/20
DAN JANGKA PANJANG

MAKLUM BALAS 9(c)

9.3 Kelebihan menggunakan kertas perdagangan adalah seperti berikut:

a. tiada diperlukan syarat minimum untuk baki pampasan.


b. biasanya firma boleh menjadikan kredit ini sebagai sumber utama kerana ia
menawarkan kredit yang lebih besar.
c. kadar faedah yang dikenakan ke atas pembiayaan ini adalah lebih rendah.
d. ia merupakan prestij kepada firma yang menggunakan kertas perdagangan.
(6 markah)

http://modul2poli.blogspot.com/
PEMBIAYAAN JANGKA PENDEK P5127/UNIT9/21
DAN JANGKA PANJANG

PENILAIAN KENDIRI

Anda telah menghampiri kejayaan. Sila cuba soalan dalam penilaian kendiri ini dan
semak jawapan anda pada maklum balas yang disediakan.
Jika ada masalah yang timbul, sila berbincang dengan pensyarah anda. Selamat mencuba
semoga berjaya.

Soalan 9-1.

Kedai runcit Panorama sedang berunding dengan Bank Affin untuk pinjam RM 20 000
selama setahun. Bank Affin menawarkan kepada Panorama alternatif berikut:

a. Kadar tahunan 16% ke atas pinjaman biasa, tanpa baki pampasan diperlukan
dan faedah perlu dibayar pada akhir tahun.
b. Kadar tahunan 12% ke atas pinjaman, dengan 15% baki pampasan diperlukan
dan faedah perlu dibayar pada akhir tahun.
c. Kadar tahunan 11% dengan pinjaman terdiskaun dan baki pampasan 10%.
Alternatif manakah yang mepunyai kadar faedah efektif yang paling rendah?
(8 markah)

http://modul2poli.blogspot.com/
PEMBIAYAAN JANGKA PENDEK P5127/UNIT9/22
DAN JANGKA PANJANG

MAKLUM BALAS KEPADA PENILAIAN KENDIRI

Adakah anda telah mencuba dahulu?


Jika “YA”, sila semak jawapan anda.

Jawapan 9-1

Alternatif a: Kadar efektif = 16%

Alternatif b: Kadar efektif = 0.12 x 1


1-0.15 360/360
= 14.11%

Alternatif c: Kadar efektif = 0.11 x 1


1 – 0.10 – 0.11 360/360
= 13.92%

Alternatif c yang mempunyai kadar faedah efektif yang terendah. (8 markah)

http://modul2poli.blogspot.com/
P5127/UNIT10/ 1

PEMBIAYAAN JANGKA PENDEK


DAN JANGKA PANJANG

OBJEKTIF:

Objektif Am:
Mempelajari dan memahami bagaimana firma-firma boleh memperolehi modal luar melalui pembiayaan
jangka panjang. Mengetahui tiga jenis pembiayaan jangka panjang utama iaitu bon, saham terutama dan
saham biasa.

Objektif Khusus:
Di akhir unit ini, anda sepatutnya dapat:
o Mengetahui tiga daripada pembiayaan jangka panjang utama.
o Mengenalpasti ciri-ciri alat hutang jangka panjang- bon, saham biasa dan saham
terutama.
o Mengetahui kelebihan dan kelemahan alat-alat hutang jangka panjang ini.

http://modul2poli.blogspot.com/
P5127/UNIT10/ 2

PEMBIAYAAN JANGKA PENDEK


DAN JANGKA PANJANG

INPUT

10.0 Pengenalan
Bon, saham biasa dan saham terutama di anggap sebagai pembiayaan jangka panjang.
Walaupun bon mempunyai tarikh matang dan tamatnya pembiayaan tersebut, tetapi saham biasa
dan saham terutama ( juga dianggap pembiayaan jangka panjang) tiada mempunyai tarikh
matang. Pemilik akan dapat memperolehi dana mereka kembali apabila saham biasa dan saham
terutama itu berpindah tangan. Saham biasa dan saham terutama di anggap sebagai pasaran
ekuiti. Dengan berlakunya kegawatan ekonomi pada tahun 1990 an di Asia dan di Malaysia,
firma-firma mula berminat untuk mengeluarkan bon. Ini kerana pasaran ekuiti sudah menjadi
kurang menarik dan sukar untuk memperolehi dana. Kerajaan melalui institusi-institusi seperti
Suruhanjaya Sekuriti membantu membangunkan pasaran bon agar berkembang pesat sebagai
alternatif kepada firma-firma untuk memperolehi modal.

10.1 Bon
Bon ialah nota janji jangka panjang ( 10 tahun atau lebih) yang dikeluarkan oleh firma
ataupun pihak awam. Ia dianggap mempunyai peluang untuk berkembang pesat terutama
selepas kegawatan ekonomi Asia pada akhir abad ke 20. Ini kerana ia menjadi alternatif kepada
pasaran ekuiti dan pinjaman bank yang tidak dapat lagi memenuhi keperluan modal syarikat.
Kesan daripada krisis ekonomi, pasaran modal mula melihat potensi pasaran bon tempatan
untuk mempelbagaikan risiko kepada pelabur.

http://modul2poli.blogspot.com/
P5127/UNIT10/ 3

PEMBIAYAAN JANGKA PENDEK


DAN JANGKA PANJANG

10.1.1Ciri- ciri Alat Hutang Jangka Panjang- Bon Serta Kelebihan Dan
Kelemahan Bon.
a. Ciri-ciri Bon
(i) Nilai Par
Nilai par bon ialah nilai muka atau jumlah pembayaran yang dibayar kepada
pemegang bon setelah ia matang. Biasanya kebanyakan bon korporat dikeluarkan
dengan nilai muka RM 1000. Apabila harga bon dinyatakan, samada oleh pengurus
kewangan atau media kewangan, harganya disebut dalam peratusan daripada nilai
par bon., misalnya bon yang membayar faedah RM 85.00 setahun dan matang pada
tahun 2005 dijual pada 96 1/8. Ini bermakna ia dijual pada 95 1/8 peratus nilai
muka (iaitu RM1000). Oleh itu harga pasaran bon tersebut ialah RM 961.25. Pada
tarikh matang pemegang bon akan menerima RM 1000.

(ii)Kadar Faedah Kupon


Kadar faedah kupon ke atas bon bermaksud berapa peratus kah daripada nilai par
bon itu akan dibayar dalam bentuk faedah. Oleh itu, walaupun berapa harga pasaran
bon itu yang mempunyai kadar faedah kupon 7% dan nilai par RM 1000, ia akan
membayar RM 70.00 setahun atas faedah sehingga matang.

(iii) Matang
Kematangan bon bermaksud jangkamasa sehingga pengeluar bon membayar balik
nilai par kepada pemegang bon dan menamatkan bon itu.

(iv)Indentur
Indentur ialah perjanjian undang-undang antara firma yang mengeluarkan bon
dan pemegang amanah bon yang mewakili pemegang bon. Indentur menyatakan
bahawa syarat khusus perjanjian pinjaman itu, termasuk perincian tentang bon itu,
hak pemegang bon, hak firma pengeluar dan tanggungjawab pemegang amanah
(biasanyahttp://modul2poli.blogspot.com/
bank atau syarikat amanah).
P5127/UNIT10/ 4

PEMBIAYAAN JANGKA PENDEK


DAN JANGKA PANJANG

(v)Hasil semasa
Hasil semasa bon merujuk kepada nisbah pembayar faedah tahunan dibandingkan
dengan harga pasaran bon. Misalnya, jika kita menilai bon yang mempunyai kadar
faedah kupon 7%, nilai par RM 1000 dan harga pasaran RM 650.00, ia akan
mepunyai hasil semasa:

Hasil semasa= Pembayaran faedah tahunan

Harga pasaran bon

= 7% x 1000 = 70
650 650
= 10.8%

(vi)Hasil Sehingga Matang


Hasil hingga matang merujuk kepada kadar pulangan dalaman bon. Dalam
analisisnya ia melibatkan kedua-dua pembayaran faedah tahunan dan keuntungan atau
kerugian modal. Secara khususnya, hasil sehingga matang ialah kadar diskaun yang
membandingkan nilai kini pembayaran faedah dan pokok dengan harga pasaran semasa
bon.

(vii)Penarafan bon
Penarafan korporat bon dilakukan oleh 3 agensi iaitu Moody, Standard and Poor
dan Fitch Investor Services. Penarafan ini melibatkan penilaian mengenai potensi risiko
satu-satu bon itu memberi kesan kepada kadar pulangan yang dikehendaki oleh pelabur.
Semakin rendah bon itu ditarafkan, semakin tinggi kadar pulangan yang dikehendaki
oleh pasaran modal. Selain daripada penarafan antarabangsa yang dilakukan oleh agensi
luar, Malaysia juga mempunyai penarafan sendiri iaitu Rating Agency Malaysia Berhad
(RAM) dan Malaysian Rating Corporation Berhad (MARC).

http://modul2poli.blogspot.com/
P5127/UNIT10/ 5

PEMBIAYAAN JANGKA PENDEK


DAN JANGKA PANJANG

Kedua-dua buah agensi penarafan ini mempunyai pasaran untuk membuat penilaian ke atas
syarikat-syarikat yang mahu menerbitkan bon.

10.1.2 Kelebihan dan Kelemahan Bon


Di antara kelebihan-kelebihan bon kepada pengeluar ialah:
(a) Hutang jangka panjang ini secara umumnya adalah lebih murah.
(b) Pemegang bon tidak mempunyai hak mengundi
(c) Kos apungan ke atas bon adalah lebih rendah daripada saham
biasa.
(d) Pemegang bon tidak terlibat dengan keuntungan luar biasa. Mereka
hanya terhad kepada faedah.

Di antara kelemahan –kelemahan bon kepada pengeluar bon ialah:


(a) Faedah mesti dibayar, sekiranya tidak dibayar boleh membawa
kepada muflis.
(b) Pengeluaran indentur akan menghadkan keanjalan kewangan masa
depan firma.
(c) Hutang mesti dibayar pada tarikh matang dan ia melibatkan alit
tunai keluar yang tinggi.
(d) Hutang ini menyebabkan caj yang tetap. Ini meningkatkan leveraj
kewangan firma. Ia merupakan kelemahan kepada firma yang
mempunyai pendapatan yang tidak stabil.

http://modul2poli.blogspot.com/
P5127/UNIT10/ 6

PEMBIAYAAN JANGKA PENDEK


DAN JANGKA PANJANG

AKTIVITI 10 (a)

Ujikan kefahaman anda sebelum meneruskan input selanjutnya.


Sila semak jawapan anda pada maklum balas di halaman berikutnya.

10.1 Berikan definisi bon dan 5 ciri-cirinya. (11 markah)

10.2 Nyatakan 2 kelebihan dan kelemahan bon. ( 4 markah)

http://modul2poli.blogspot.com/
P5127/UNIT10/ 7

PEMBIAYAAN JANGKA PENDEK


DAN JANGKA PANJANG

MAKLUM BALAS 10 (a)

10.1 Bon ialah nota janji jangka panjang ( 10 tahun atau lebih) yang dikeluarkan oleh firma
ataupun pihak awam. . Ia menjadi alternatif kepada pasaran ekuiti dan pinjaman bank
yang tidak dapat lagi memenuhi keperluan modal syarikat. (2 markah).

5 ciri-ciri Bon:
(i) Nilai Par
Nilai par bon ialah nilai muka atau jumlah pembayaran yang dibayar kepada
pemegang bon setelah ia matang.

(ii) Kadar Faedah Kupon


Kadar faedah kupon ke atas bon bermaksud berapa peratuskah daripada nilai par
bon itu akan dibayar dalam bentuk faedah.

(iii) Matang
Kematangan bon bermaksud jangkamasa sehingga pengeluar bon membayar
balik nilai par kepada pemegang bon dan menamatkan bon itu.

(v) Hasil semasa


Hasil semasa bon merujuk kepada nisbah pembayar faedah tahunan
dibandingkan dengan harga pasaran bon.

(vi) Hasil Sehingga Matang


Hasil hingga matang merujuk kepada kadar pulangan dalaman bon. Hasil
sehingga matang ialah kadar diskaun yang membandingkan nilai kini pembayaran
faedah dan pokok dengan harga pasaran semasa bon.
http://modul2poli.blogspot.com/
P5127/UNIT10/ 8

PEMBIAYAAN JANGKA PENDEK


DAN JANGKA PANJANG

10.2 2 kelebihan dan 2 kelemahan bon ialah:

Di antara kelebihan-kelebihan bon kepada pengeluar ialah:


(a) Hutang jangka panjang ini secara umumnya adalah lebih murah.
(b) Pemegang bon tidak mempunyai hak mengundi (2 markah)

Di antara kelemahan –kelemahan bon kepada pengeluar bon ialah:


(a) Faedah mesti dibayar, sekiranya tidak dibayar boleh membawa kepada
muflis. Hutang mesti dibayar pada tarikh matang dan ia melibatkan alir tunai
keluar yang tinggi.
(b) Hutang ini menyebabkan caj yang tetap. Ini meningkatkan leveraj kewangan
firma. Ia merupakan kelemahan kepada firma yang mempunyai pendapatan
yang tidak stabil. (2 markah)

http://modul2poli.blogspot.com/
P5127/UNIT10/ 9

PEMBIAYAAN JANGKA PENDEK


DAN JANGKA PANJANG

INPUT

10.2 Saham Terutama


Saham terutama mempunyai pelbagai persamaan dengan saham biasa dan bon.
Persamaanya dengan saham biasa ialah ia tidak mempunyai tarikh matang yang tetap dan
sekiranya tiada dividen dibayar tidak membawa kepada muflis. Persamaan dengan bon pula
ialah dividen adalah dalam amaun yang tetap. Dividen saham terutama adalah ditetapkan
dalam ringgit atau peratusan daripada nilai muka . Jenis-jenis saham terutama termasuklah
Saham terutama biasa, saham terutama bolehtukar, saham terutama penyertaan dan saham
terutama terkumpul.

10.2.1. Ciri ciri Saham Terutama.


Walaupun saham terutama yang pelbagai jenis adalah unik di antara satu sama
lain, terdapat beberapa ciri yang hampir sama di anatara saham- saham tersebut.

(i) Kelas yang pelbagai


Terdapat pelbagai kelas saham terutama yang boleh dikeluarkan oleh syarikat
dan setiap kelas ini mempunyai ciri yang berbeza. Misalnya ada di antara saham
terutama yang boleh ditukarkan kepada saham biasa dan ada yang mempunyai
keutamaan yang berbeza berkaitan dengan aset jika berlakunya kemuflisan.

(ii)Keboleh Tukaran
Kebanyakan saham terutama yang dikeluarkan hari ini boleh ditukarkan kepada
satu jumlah saham biasa. Ia boleh mengurangkan kos saham terutama kepada
pengeluar.

http://modul2poli.blogspot.com/
P5127/UNIT10/ 10

PEMBIAYAAN JANGKA PENDEK


DAN JANGKA PANJANG

(iii) Tuntutan Ke Atas Aset dan Pendapatan


Saham terutama mempunyai keutamaan dibandingkan dengan saham biasa ke
atas tuntutan aset sekiranya berlaku kemuflisan. Tuntutan saham terutama akan
dipenuhi selepas bon dan sebelum saham biasa. Ia juga mempunyai keutamaan ke
atas tuntutan individu dibandingkan saham biasa. Ini bermaksud, firma mesti
membayar dividen saham terutama dahulu sebelum dividen saham biasa. Oleh itu,
dari segi risiko, ia adalah lebih selamat bagi pemegang.

(iv) Ciri Kumulatif


Kebanyakan saham terutama mempunyai ciri kumulatif yang memerlukan
dividen yang terdahulu yang belum dibayar perlu dijelaskan sebelum dividen
saham biasa boleh diisytiharkan. Tujuannya adalah untuk memberikan satu tahap
perlindungan untuk pemegang saham terutama.

(v) Peruntukan Perlindungan


Peruntukan perlindungan adalah membenarkan hak mengundi kepada pemegang
saham terutama sekiranya terhenti/tiadanya pembayaran dividen. Misalnya hak
mengundi ini diberikan setelah dividen saham terutama tidak dibayar beberapa kali.

(vi) Penyertaan
Walaupun ciri penyertaan ini jarang terdapat, tetapi ia meningkatkan kos. Ciri
ini membolehkan pemegang saham terutama memperolehi pembayaran dividen
melebihi yang ditentukan. Walau bagaimanapun, ia bergantung kepada pendapatan.

(vii) Dibayar Dengan Saham Terutama


Dalam ciri ini, pelabur tidak dibayar dividen pada awalnya tetapi mereka
memperolehi tambahan saham terutama. Setelah beberapa tahun barulah dividen
tunai diberi.

http://modul2poli.blogspot.com/
P5127/UNIT10/ 11

PEMBIAYAAN JANGKA PENDEK


DAN JANGKA PANJANG

10.2.2 Kelebihan Dan Kelemahan Saham Terutama

Di antara kelebihan saham terutama kepada firma/pengeluar ialah :-


(i) Saham terutama tidak mempunyai tarikh matang. Tetapi ciri ia boleh dipanggil
dan dana terikat (dana yang diasingkan) memberika kelebihan iaitu
menggantikannya sekiranya kadar faedah merosot.
(ii) Pemegang saham terutama tiada hak mengundi melainkan jika berlakunya
kelebihan kerana ia tidak akan menggugat pemilik firma.
(iii) Saham terutama tidak menyebabkan kemuflisan sekiranya dividen tidak dibayar
(sepertimana tidak pembayaran faedah ke atas hutang)
(iv) Pembayaran dividen adalah terhad kepada amaun dinyatakan. Ia berbeza dengan
saham biasa di mana ia tertakluk kepada pendapatan.

Kelemahan saham Terutama kepada pengeluar :-


(i) Walaupun dividen saham terutama boleh tidak dibayar, tetapi cirinya yang
kumulatif menjadi isu pembayaran adalah wajib.
(ii) Kos saham terutama adalah lebih tinggi daripada bon dan ia adalah lebih
berisiko.

http://modul2poli.blogspot.com/
P5127/UNIT10/ 12

PEMBIAYAAN JANGKA PENDEK


DAN JANGKA PANJANG

10.3.1 Saham Biasa


Pemegang saham biasa merupakan pemilik syarikat. Ia tiada mempunyai tarikh matang
dan akan wujud selagi syarikat tersebut wujud. Selain daripada itu, ia tiada hak ke atas
pembayaran dividen dan ia hanya bergantung kepada keputusan lembaga pengarah. Sekiranya
berlaku kemuflisan, pemegang saham biasa adalah orang yang terakhir mendapat tuntutan ke
atas aset.

(i) Ciri-ciri Tuntutan Ke Atas Pendapatan


Setelah faedah pemegang bon dan dividen saham utama dibayar, pemegang saham biasa
sebagai pemilik mempunyai hak ke atas baki pendapatan. Ia boleh dibayar sebagai dividen atau
dikekalkan sebagai pendapatan tertahan. Pendapatan tertahan syarikat akan dilabur semula dan
ini akan meningkatkan nilai saham syarikat. Oleh itu, pemegang saham biasa akan mendapat
dividen atau keuntungan modal.

(ii) Tuntutan Ke Atas Aset


Sekiranya berlaku pembubaran, pemegang saham biasa akan mendapat tuntutannya
setelah tuntutan oleh pemegang saham utama dan pemiutang lain.

(iii) Hak Mengundi


Pemegang saham biasa mempunyai hak mengundi untuk memilih lembaga pengarah.
Mereka juga berkuasa untuk meluluskan perubahan piagam (charter) syarikat.

(iv) Liabiliti Terhad


Liabiliti pemegang saham biasa adalah terhad kepada jumlah pelaburan mereka sahaja
sekiranya berlaku kemuflisan.

http://modul2poli.blogspot.com/
P5127/UNIT10/ 13

PEMBIAYAAN JANGKA PENDEK


DAN JANGKA PANJANG

(v) Hak Keutamaan Beli Dulu


Dengan hak ini, pemegang saham biasa boleh mengekalkan sekadar bahagian pemilikan
dalam firma. Ini bermaksud, sekiranya saham biasa dikeluarkan, mereka mempunyai hak
untuk menolaknya atau membelinya. misalnya, sekiranya seorang pemegang saham itu
mempunyai 20% saham syarikat, dia berhak untuk membeli 20% daripada saham biasa
yang akan diterbitkan.

10.3.2 Kelebihan dan Kelemahan Saham Biasa

Kelebihan kepada firma


(i) Tidak akan berlaku alir tunai yang tinggi. Ini bermaksud saham biasa tidak
mempunyai tarikh matang dan ini menyebabkan tiada pembayaran untuk
menamatkannya.
(ii) Dengan mengeluarkan saham biasa akan mengukuhkan kewangannya dan ini
meningkatkan kapasiti meminjam.
(iii) Firma tidak semestinya mengeluarkan dividen kepada pemegang saham biasa. Oleh
itu, ia mempunyai kelebihan kerana firma tidak perlu alir tunai keluar yang tinggi
semasa kemerosotan.

Kelemahan kepada firma


(i) Dividen adalah dikenakan cukai dan kos mengapungkan saham biasa adalah tinggi
dibandingkan dengan hutang.
(ii) Pengeluaran saham biasa yang baru boleh menyebabkan perubahan dalam pemilikan
dan kawalan ke atas firma.

http://modul2poli.blogspot.com/
P5127/UNIT10/ 14

PEMBIAYAAN JANGKA PENDEK


DAN JANGKA PANJANG

AKTIVITI 10 (b)

Ujikan kefahaman anda sebelum meneruskan input selanjutnya.


Sila semak jawapan anda pada maklum balas di halaman berikutnya.

10.3 Berikan definisi saham terutama dan 4 ciri-cirinya. ( 6 markah)


10.4 Berikan definisi saham biasa dan 4 ciri-cirinya. ( 6 markah)
10.5 Berikan 2 kelebihan dan 2 kelemahan bagi saham biasa dan saham terutama.
( 8 markah)

http://modul2poli.blogspot.com/
P5127/UNIT10/ 15

PEMBIAYAAN JANGKA PENDEK


DAN JANGKA PANJANG

MAKLUM BALAS 10 (b)

10.3 Definisi saham terutama


Saham terutama ialah aset kewangan yang tidak bertarikh matang dan membayar
pemegangnya dividen pada kadar yang tetap dan dalam jarak tempoh yang sama. Ia
merupakan sekuriti yang menggabungkan sebahagian daripada cirri-ciri saham biasa
dengan cirri-ciri bon. (2 markah)

4 ciri-ciri saham terutama:

(j) Kelas yang pelbagai


Terdapat pelbagai kelas saham terutama yang boleh dikeluarkan oleh syarikat
dan setiap kelas ini mempunyai ciri yang berbeza. Misalnya ada di antara saham
terutama yang boleh ditukarkan kepada saham biasa dan ada yang mempunyai
keutamaan yang berbeza berkaitan dengan aset jika berlakunya kemuflisan.

(ii)Keboleh Tukaran
Kebanyakan saham terutama yang dikeluarkan hari ini boleh ditukarkan kepada
satu jumlah saham biasa. Ia boleh mengurangkan kos saham terutama kepada
pengeluar.

(iii) Tuntutan Ke Atas Aset dan Pendapatan


Saham terutama mempunyai keutamaan dibandingkan dengan saham biasa ke
atas tuntutan aset sekiranya berlaku kemuflisan. Tuntutan saham terutama akan
dipenuhi selepas bon dan sebelum saham biasa. Ia juga mempunyai keutamaan ke
atas tuntutan individu dibandingkan saham biasa. Ini bermaksud, firma mesti
membayar dividen saham terutama dahulu sebelum dividen saham biasa. Oleh itu,
dari segihttp://modul2poli.blogspot.com/
risiko, ia adalah lebih selamat bagi pemegang.
P5127/UNIT10/ 16

PEMBIAYAAN JANGKA PENDEK


DAN JANGKA PANJANG

(iv) Peruntukan Perlindungan


Peruntukan perlindungan adalah membenarkan hak mengundi kepada pemegang
saham terutama sekiranya terhenti/tiadanya pembayaran dividen. Misalnya hak
mengundi ini diberikan setelah dividen saham terutama tidak dibayar beberapa kali.
( 4 markah)

10.4 Definisi saham biasa


Saham biasa adalah salah satu sumber pembiayaan utama bagi syarikat. Instumen
kewangan ini melambangkan pemilikan ke atas syarikat. Ia tiada mempunyai tarikh
matang dan akan wujud selagi syarikat tersebut wujud . Ia tiada hak ke atas pembayaran
dividen dan ia hanya bergantung kepada keputusan lembaga pengarah. (2 markah)

4 ciri-ciri saham biasa:

(i) Ciri-ciri Tuntutan Ke Atas Pendapatan


Setelah faedah pemegang bon dan dividen saham utama dibayar, pemegang saham
biasa sebagai pemilik mempunyai hak ke atas baki pendapatan. Ia boleh dibayar sebagai
dividen atau dikekalkan sebagai pendapatan tertahan. Pendapatan tertahan syarikat akan
dilabur semula dan ini akan meningkatkan nilai saham syarikat. Oleh itu, pemegang
saham biasa akan mendapat dividen atau keuntungan modal.

(ii) Hak Mengundi


Pemegang saham biasa mempunyai hak mengundi untuk memilih lembaga pengarah.
Mereka juga berkuasa untuk meluluskan perubahan piagam (charter) syarikat.

(iii) Liabiliti Terhad


Liabiliti pemegang saham biasa adalah terhad kepada jumlah pelaburan mereka
sahaja sekiranya berlaku kemuflisan.

http://modul2poli.blogspot.com/
P5127/UNIT10/ 17

PEMBIAYAAN JANGKA PENDEK


DAN JANGKA PANJANG

(iv) Hak Keutamaan Beli Dulu


Dengan hak ini, pemegang saham biasa boleh mengekalkan sekadar bahagian
pemilikan dalam firma. Ini bermaksud, sekiranya saham biasa dikeluarkan, mereka
mempunyai hak untuk menolaknya atau membelinya. misalnya, sekiranya seorang
pemegang saham itu mempunyai 20% saham syarikat, dia berhak untuk membeli 20%
daripada saham biasa yang akan diterbitkan.
(4 markah)

10.5 2 Kelebihan saham biasa :


o Tidak akan berlaku alir tunai yang tinggi. Ini bermaksud saham biasa tidak
mempunyai tarikh matang dan ini menyebabkan tiada pembayaran untuk
menamatkannya.
o Firma tidak semestinya mengeluarkan dividen kepada pemegang saham biasa.
Oleh itu, ia mempunyai kelebihan kerana firma tidak perlu alir tunai keluar yang
tinggi semasa kemerosotan. (2 markah)

2 Kelemahan saham biasa :


o Dividen adalah dikenakan cukai dan kos mengapungkan saham biasa adalah tinggi
dibandingkan dengan hutang.
o Pengeluaran saham biasa yang baru boleh menyebabkan perubahan dalam pemilikan
dan kawalan ke atas firma. (2 markah)

http://modul2poli.blogspot.com/
P5127/UNIT10/ 18

PEMBIAYAAN JANGKA PENDEK


DAN JANGKA PANJANG

2 Kelebihan Saham Terutama:


o Saham terutama tidak mempunyai tarikh matang. Tetapi ciri ia boleh dipanggil
dan dana terikat (dana yang diasingkan) memberika kelebihan iaitu
menggantikannya sekiranya kadar faedah merosot.
o Saham terutama tidak menyebabkan kemuflisan sekiranya dividen tidak dibayar
(sepertimana tidak pembayaran faedah ke atas hutang). Pembayaran dividen
adalah terhad kepada amaun dinyatakan. Ia berbeza dengan saham biasa di mana
ia tertakluk kepada pendapatan. (2 markah)

2 Kelemahan Saham Terutama:


o Walaupun dividen saham terutama boleh tidak dibayar, tetapi cirinya yang
kumulatif menjadi isu pembayaran adalah wajib.
o Kos saham terutama adalah lebih tinggi daripada bon dan ia adalah lebih
berisiko. (2 markah)

http://modul2poli.blogspot.com/
P5127/UNIT10/ 19

PEMBIAYAAN JANGKA PENDEK


DAN JANGKA PANJANG

PENILAIAN KENDIRI

Anda telah menghampiri kejayaan. Sila cuba semua soalan dalam penilaian kendiri ini dan
semak jawapan anda pada maklum balas yang disediakan.
Jika ada masalah yang timbul, sila berbincang dengan pensyarah anda.
Selamat mencuba, semoga berjaya!!

SOALAN 10-1

Apakah kelebihan dan kelemahan ke atas pemegang saham biasa terhadap tuntutan ke atas
lebihan/baki pendapatan? (6 markah)

SOALAN 10-2

Saham terutama dianggap sekuriti hybrid. Ia mempunyai beberapa persamaan kepada saham
terutama dan saham biasa. Apakah persamaan tersebut? (6 markah)

SOALAN 10-3
Mengapakah pemegang bon lebih suka disertakan dana terikat dalam pengeluaran bon?
(5 markah).

SOALAN 10-4
Berikan 2 jenis saham terutama dan terangkan secara ringkas 3 persamaan saham terutama
dengan bon dan saham biasa.
(10 markah)

http://modul2poli.blogspot.com/
P5127/UNIT10/ 20

PEMBIAYAAN JANGKA PENDEK


DAN JANGKA PANJANG

MAKLUM BALAS KEPADA PENILAIAN KENDIRI

Adakah anda telah mencuba dahulu?


Jika “YA”, sila semak jawapan anda.

JAWAPAN 10-1
Tuntuan pemegang saham biasa ke atas lebihan /baki pendapatan setelah dijelaskan faedah bon
dan dividen saham utama mempunyai kelebihan. Ini ialah pemegang saham biasa dapat
menikmati dividen yang lebih tinggi sekiranya baki pendapatan ini adalah tinggi. Juga,
sekiranya dividen tidak tinggi, maka pendapatan itu akan dianggap pendapatan tertahan.
Pelaburan semula ini akan mendatangkan pulangan dan ini juga akan meningkat nilai saham dan
membawa keuntungan modal kepada syarikat.
Kelemahannya pula ialah sekiranya pendapatan adalah rendah, iaitu ketika firma merosot, faedah
bon dan dividen utama akan diutamakan dan ini akan meninggalkan baki yang sedikit atau tiada
langsung untuk dividen saham biasa. Pemegang saham akan kerugian ketika pendapatan
merosot. (6 markah)

JAWAPAN 10-2
Di antara persamaan bon kepada dividen adalah terhad kepada amaun atau peratus yang
ditetapkan. Ini adalah sama dengan faedah yang diperolehi oleh bon yang tetap sehingga
matang.
Persamaan saham terutama kepada saham biasa pula ialah kedua-duanya tidak mempunyai tarikh
matang yang tetap. Kedua-duanya akan kekal selagi syarikat itu wujud. Walau bagaimana pun
terdapat juga saham terutama yang boleh dipanggil oleh firma. Sekiranya dividen tidak dibayar
ia tidak akan membawa kepada kemuflisan. Dividen tidak boleh ditolak daripada pendapatan
untuk tujuan cukai. (6 markah).

http://modul2poli.blogspot.com/
P5127/UNIT10/ 21

PEMBIAYAAN JANGKA PENDEK


DAN JANGKA PANJANG

JAWAPAN 10.3

Peruntukan dana terikat adalah memerlukan firma mengenepikan satu amaun wang untuk
penamatan bon atau saham terutama. Dengan adanya peruntukan ini, adalah lebih terjamin
pemegang bon akan dapat pembayaran ke atas bon mereka setelah matang. Oleh kerana alir
tunai yang keluar apabila bon matang adalah tinggi, maka perlulah firma merancang untuk
membayar pada tarikh tersebut. (5 markah)

JAWAPAN 10-4

2 jenis saham terutama:


o Saham terutama biasa
o Saham terutama boleh tukar
(1 markah)

3 Persamaan saham terutama dengan bon dan saham biasa

Bon Saham biasa


Dividen adalah tetap, iaitu seperti bon yang Sama seperti saham biasa, dividen adalah
mempunyai kadar kupon yang tetap , kadar daripada pendapatan bersih, iaitu keuntungan
dividen saham terutama juga adalah tetap. selepas ditolak cukai.
Tuntutan pendapatan dan aset adalah lebih Kegagalan membayar dividen tidak akan
diutamakan berbanding saham biasa. membawa kepada tindakan kebankrapan.
Kebiasaannya pemegang saham terutama tidak Dividen saham terutama, sama seperti dividen
mempunyai hak untuk mengundi. saham biasa, tidak mendapat pengecualian
cukai.
( 9 markah)

http://modul2poli.blogspot.com/
P5127/ UNIT 11/1
BELANJAWAN MODAL

OBJEKTIF

Objektif Am:
Memahami maksud belanjawan modal dan mengetahui proses pembelanjawanan modal.
Mengetahui dan memahami kaedah-kaedah menilai projek.

Objektif Khusus:

Di akhir unit ini, anda sepatutnya dapat:


o Memahami konsep belanjawan modal
o Memahami maksud proses pembelanjawanan modal
o Mengira menggunakan kaedah-kaedah menilai projek – kaedah tempoh bayar balik,
kaedad nilai kini bersih, kaedah kadar pulangan dalaman dan kaedah indeks
keberuntungan.
o Memahami kelebihan dan kelemahan setiap kaedah penilaian projek.

http://modul2poli.blogspot.com/
P5127/ UNIT 11/2
BELANJAWAN MODAL

INPUT

11.0 Pengenalan
Proses membuat keputusan untuk melabur dalam aset tetap ( pelaburan wang dalam aset
jangka panjang) di panggil belanjawan modal. Biasanya ia melibatkan perbelanjaan tunai yang
banyak dan dalam jangka masa yang panjang. Oleh itu ketepatan keputusan adalah penting.

11.1 Garis Panduan Belanjawan Modal


Pelaburan ke atas aset tetap perlu dinilai berdasarkan garis panduan berikut:

(a) Mengambilkira alir tunai tanpa mengambilkira keuntungan perakaunan sebagai alat
pengukuran.
(b) Mengambilkira penambahan belanja.
(c) Alir tunai keluar disalurkan daripada keluaran sedia ada.
(d) Hanya alir tunai yang berlaku akibat daripada keputusan yang dibuat sahaja yang di
ambilkira dalam belanjawan modal.
(e) Mengambilkira hanya penambahan alir tunai (incremental).
(f) Mengambilkira kos melepas.

http://modul2poli.blogspot.com/
P5127/ UNIT 11/3
BELANJAWAN MODAL

AKTIVITI 11 (a)

Ujikan kefahaman anda sebelum meneruskan input selanjtnya.


Sila semak jawapan anda pada maklum balas di halaman berikutnya.

11.1 Apakah garis panduan belanjawan modal yang perlu diambilkira apabila pelaburan aset
tetap hendak dilaksanakan? (6 markah)

http://modul2poli.blogspot.com/
P5127/ UNIT 11/4
BELANJAWAN MODAL

MAKLUM BALAS 11 (a)

11.1
Garis panduan belanjawan modal yang perlu diambilkira apabila pelaburan ke atas asset tetap
hendak dibuat ialah:

(a) Mengambilkira alir tunai tanpa mengambilkira keuntungan perakaunan sebagai alat
pengukuran.
(b) Mengambilkira penambahan belanja.
(c) Alir tunai keluar disalurkan daripada keluaran sedia ada.
(d) Hanya alir tunai yang berlaku akibat daripada keputusan yang dibuat sahaja yang di
ambilkira dalam belanjawan modal.
(e) Mengambilkira hanya penambahan alir tunai (incremental).
(f) Mengambilkira kos melepas.
(6 markah)

http://modul2poli.blogspot.com/
P5127/ UNIT 11/5
BELANJAWAN MODAL

INPUT

11.2 Kaedah-kaedah Menilai Projek


Terdapat lima kaedah yang biasa digunakan untuk menentukan penerimaan sesuatu cadangan
pelaburan.
(a) Kaedah Tempoh Bayar Balik.(TBB)
Kaedah ini tidak mengambilkira nilai masa wang. Ia merupakan bilangan tahun diperlukan
untuk memperolehi semula aliran keluar tunai permulaan. Sesuatu projek itu diterima atau
ditolak berdasarkan sama ada tempoh bayar balik tidak melebihi tempoh maksima bayar
balik.
Contoh:
Andaikan tempoh bayar balik maksima firma ialah 4 tahun dan cadangan pelaburan ialah
alit tunai keluar permulaan ialah sebanyak RM 11000. Pelaburan ini menghasilkan alir
tunai tahunan seperti berikut:

Tahun Alir tunai selepas cukai


1 RM 3000
2 RM 1000
3 RM 2000
4 RM 2000
5 RM 4000

Kirakan tempoh bayar balik dan adakah pelaburan itu wajar diterima?

http://modul2poli.blogspot.com/
P5127/ UNIT 11/6
BELANJAWAN MODAL

Jawapan: Firma ini akan memperolehi alir tunai semula sebanyak RM 8000 dalam
tempoh 4 tahun yang ditentukan. Oleh itu firma hanya dapat memperolehi semula
pelaburannya dalam tempoh 4 tahun 9 bulan.
( RM 3000/ 4000 X 12 = 9 bulan)
Oleh itu dengan menggunakan kaedah tempoh bayar balik firma perlu menolak cadangan
projek.

(b) Nilai Kini Bersih .(NKB)


Kaedah nilai kini bersih ialah nilai kini alir tunai bersih tahunan selepas cukai ditolak
dengan pelaburan permulaan. Formula adalah seperti berikut:

n Dimana ATT t = Alir tunai tahunan selepas cukai dalam jangkamasa t


NKB = ∑ ATT t k = kadar diskaun
t=1 - PP PP = pelaburan permulaan
(1 + k)t n = jangka hayat projek

Keputusan sesuatu projek itu diterima atau ditolak adalah berdasarkan kepada kriteria berikut:

NKB ≥ 0 - Cadangan diterima

NKB < 0 - Cadangan di tolak

http://modul2poli.blogspot.com/
P5127/ UNIT 11/7
BELANJAWAN MODAL

Contoh:

Syarikat X sedang mempertimbangkan untuk membeli sebuah mesin baru. Alir tunai selepas
cukainya adalah seperti berikut:

Alir tunai selepas cukai


Pelaburan Permulaan - RM 80 000
Alir tunai masuk tahun 1 RM 29 000
Alir tunai masuk tahun 2 RM 30 000
Alir tunai masuk tahun 3 RM 25 000
Alir tunai masuk tahun 4 RM 22 000
Alir tunai masuk tahun 5 RM 20 000

Sekiranya firma mempunyai kadar pulangan dikehendaki 11%, kirakan nilai kini bersih alir tunai
selepas cukai syarikat tersebut.

Faktor Nilai
Alir tunai masuk Alir tunai selepas cukai kini pada Nilai kini
11%
Alir tunai masuk tahun 1 RM 29 000 0.901 RM 26 129
Alir tunai masuk tahun 2 RM 30 000 0.812 RM 24 360
Alir tunai masuk tahun 3 RM 25 000 0.731 RM 18 275
Alir tunai masuk tahun 4 RM 22 000 0.659 RM 14 498
Alir tunai masuk tahun 5 RM 20 000 0.593 RM 11 860
Nilai kini alir tunai RM 95 122
Pelaburan permulaan (RM 80 000)
Nilai kini bersih RM 15 122

http://modul2poli.blogspot.com/
P5127/ UNIT 11/8
BELANJAWAN MODAL

Oleh kerana nilai kini bersih (NKB) mesin baru tersebut lebih daripada 0 iaitu RM 15 122 , firma
wajar menerima projek tersebut.

(c) Kadar Pulangan Dalaman. (KPD)


Kadar pulangan dalaman merupakan kaedah mencari nilai kadar pulangan yang diperolehi
oleh sesuatu projek. Formulanya adalah seperti berikut:

n Dimana ATT t = Alir tunai tahunan selepas cukai dalam jangkamasa t


PP = ∑ ATT t KPD = kadar pulangan dalaman projek
i=1 PP = pelaburan permulaan
(1 + KPD)t n = jangka hayat projek

Sama ada sesuatu projek itu di terima atau ditolak adalah berdasarkan kepada criteria berikut:

KPD projek ≥ Kadar pulangan dikehendaki - cadangan di terima

KPD projek < Kadar pulangan dikehendaki - cadangan di tolak

Dalam mengira kadar pulangan dalaman bagi sesuatu projek terdapat dua keadaan yang
berbeza:
(i) Mengira kadar pulangan dalaman (KPD) untuk alir tunai yang seragam.
(ii) Mengira kadar pulangan dalaman (KPD) untuk alir tunai yang berbeza.

(i) Mengira Kadar Pulangan Dalaman (KPD) Untuk Alir Tunai yang Seragam.
Contoh: Andaikan sebuah projek memerlukan pelaburan permulaan RM 135 000. Ia
mempunyai kadar pulangan dikehendaki sebanyak 9% . Sekiranya projek ini di
laksanakan, alir tunai selepas cukai di jangka sebanyak RM 45 000 setahun selama 4
tahun jangka hayat projek. Kirakan KPD projek.

http://modul2poli.blogspot.com/
P5127/ UNIT 11/9
BELANJAWAN MODAL

n
PP = ∑ ATT t
i=1
(1 + KPD)t

RM 135 000 = RM 45 000 RM 45 000 RM 45 000 RM 45 000


(1+KPD)1 (1+KPD)2 (1+KPD)3 (1+KPD)4

RM 135 000 = RM 45 000 ( ∑ 1 / ( 1+ KPD)t )

RM 135 000 = RM 45 000 ( PVIFAi,4 )

RM 135 000 / RM 45 000 = PVIFA i,4

3.000 12% - Dirujuk dari jadual PVIFA

Oleh kerana KPD projek ialah 12% dan melebihi daripada kadar pulangan dikehendaki iaitu 9% ,
maka projek ini wajar diterima.

(ii) Mengira Kadar Pulangan Dalaman (KPD) Untuk Alir Tunai yang Berbeza.
Untuk mengira kadar pulangan dalaman bagi projek yang mempunyai alir tunai yang
berbeza agak sukar sedikit iaitu ia perlu menggunakan kaedah ‘trial and error’ atau
kaedah cuba jaya di ikuti dengan kaedah interpolasi.

Dalam mencari KPD untuk sesuatu projek, kita perlu tentukan nilai kini alir tunai
selepas cukai masa depan menggunakan kadar diskaun yang di perolehi secara rawak.
Sekiranya nilai kini masa depan pada kadar diskaun ini adalah lebih tinggi daripada
pelaburan permulaan, kadar itu ditingkatkan; sekiranya sebaliknya, ia diturunkan.
Proses ini akan diteruskan sehingga nilai kini alir tunai yang diperolehi adalah sama
atau berhampiran dengan pelaburan permulaan.

http://modul2poli.blogspot.com/
P5127/ UNIT 11/10
BELANJAWAN MODAL

Contoh:
Andaikan perbelanjaan permulaan modal untuk sesuatu projek adalah seperti berikut:

Perbelanjaan permulaan (PP) RM( 7000)


Alir tunai tahun 1 RM 2000
Alir tunai tahun 2 RM 4000
Alir tunai tahun 3 RM 6000

Langkah-langkah yang perlu diambil adalah seperti berikut:

o Pilih satu kadar diskaun yang dijangka secara rawak dan tentukan nilai kini alir tunai .
o Bandingkan nilai kini alir tunai dengan perbelanjaan permulaan.
** Sekiranya alir tunai sama dengan PP , kita telah mendapat KPD.
** Sekiranya alir tunai lebih besar dari PP , tingkatkan kadar diskaun.
** Sekiranya alir tunai lebih kecil dari PP, kurangkan kadar diskaun.
o Gunakan kaedah interpolasi untuk memperolehi KPD.
Berdasarkan contoh di atas,
Cuba i = 14%

Faktor Nilai
Alir tunai masuk Alir tunai selepas cukai kini pada Nilai kini
14%
Alir tunai masuk tahun 1 RM 2 000 0.877 RM 1754
Alir tunai masuk tahun 2 RM 4 000 0.770 RM 3080
Alir tunai masuk tahun 3 RM 6 000 0.675 RM 4000
Nilai kini alir tunai RM 8884
Perbelanjaan permulaan (RM 7 000)
Nilai kini bersih RM 1884

http://modul2poli.blogspot.com/
P5127/ UNIT 11/11
BELANJAWAN MODAL

Oleh kerana nilai kini alir tunai lebih besar daripada PP, dan berdasarkan kepada langkah-langkah
yang perlu diambil seterusnya, maka kadar diskaun perlu ditingkatkan.

Cuba i = 28%
Faktor Nilai kini
Alir tunai masuk Alir tunai selepas cukai pada 28% Nilai kini
Alir tunai masuk tahun 1 RM 2 000 0.781 RM 1562
Alir tunai masuk tahun 2 RM 4 000 0.610 RM 2440
Alir tunai masuk tahun 3 RM 6 000 0.477 RM 2862
Nilai kini alir tunai RM 6864
Pelaburan permulaan (RM 7 000)
Nilai kini bersih (RM 136)

Oleh kerana nilai kini bersih alir tunai lebih kecil daripada PP , kadar diskaun perlu dikurangkan.
Dengan ini KPD projek adalah di antara 14% dan 28%. Melalui kaedah interpolasi, KPD lebih
mudah untuk diperolehi.

Kadar diskaun Nilai kini bersih


14 % 8884
28% 6864
Beza 14% Beza 2020

14% + 8884 – 7000 x ( 28% - 14% )


2020

= 14% + 13.05 %
= 27 .05 %
Seperti dinyatakan sebelum ini, KPD projek adalah di antara 14% dan 28%.

http://modul2poli.blogspot.com/
P5127/ UNIT 11/12
BELANJAWAN MODAL

(d) Indeks Keberuntungan ( IK)


Indeks keberuntungan merupakan nisbah nilai kini alir tunai masa depan kepada pelaburan
permulaan. Formula indeks keberuntungan adalah seperti berikut:

n
IK = ∑ ATT t
t=1
(1 + k )t

PP

Dimana ATT t = Alir tunai tahunan selepas cukai dalam jangkamasa t


k = kadar diskaun iaitu kadar pulangan dikehendaki atau kos modal.
PP = pelaburan permulaan
n = jangka hayat projek

Kriteria sama ada sesuatu projek itu diterima atau tidak adalah seperti berikut:

IK ≥ 1.0 - cadangan di terima

IK < 1.0 - cadangan di tolak

Contoh:
Sebuah Syarikat X dengan kadar pulangan di kehendaki 10% sedang menimbangkan suatu projek
yang mempunyai jangka hayat selama 5 tahun. Maklumat projek adalah seperti berikut:
Alir tunai selepas cukai
Pelaburan Permulaan - RM 40 000
Alir tunai masuk tahun 1 RM 13 000
Alir tunai masuk tahun 2 RM 10 000
Alir tunai masuk tahun 3 RM 8 000
Alir tunai masuk tahun 4 RM 11 000
Alir tunai masuk tahun 5 RM 12 000

http://modul2poli.blogspot.com/
P5127/ UNIT 11/13
BELANJAWAN MODAL

Kirakan indeks keberuntungan (IK) bagi cadangan projek ini.

Faktor Nilai
Alir tunai masuk Alir tunai selepas cukai kini pada Nilai kini
11%
Alir tunai masuk tahun 1 RM 13 000 0.909 RM 11 817
Alir tunai masuk tahun 2 RM 10 000 0.826 RM 8260
Alir tunai masuk tahun 3 RM 8 000 0.751 RM 6008
Alir tunai masuk tahun 4 RM 11 000 0.683 RM 7513
Alir tunai masuk tahun 5 RM 12 000 0.621 RM 7452

n
IK = ∑ ATT t
t=1
(1 + k )t

PP

= 11817 + 8260 + 6008 + 7513 + 7452 = 1.03

40 000

Berdasarkan kepada kriteria penilaian projek, projek tersebut wajar diterima.

http://modul2poli.blogspot.com/
P5127/ UNIT 11/14
BELANJAWAN MODAL

AKTIVITI 11 (b)

Ujikan kefahaman anda sebelum meneruskan input selanjutnya.


Sila semak jawapan anda pada maklum balas di halaman berikutnya.

11.2 Syarikat Beta Berhad sedang mempertimbangkan pelaburannya dalam dua projek, X dan Y
yang berlainan tetapi memerlukan perbelanjaan permulaan yang sama iaitu RM 50 000.
Berikut adalah aliran tunai masuk Syarikat Beta selama 5 tahun bagi kedua-dua projek
berkenaan.

Tahun Projek A (RM) Projek B (RM)


0 (50 000) (50 000)
1 15625 0
2 15625 0
3 15625 0
4 15625 0
5 15625 100 000

Kadar pulangan perlu bagi projek ialah 10%.


Dikehendaki:
(a) Kirakan bagi setiap projek
(i) Tempoh Bayar Balik (TBB)
(ii) Nilai Kini Bersih (NKB)
(iii) Kadar Pulangan Dalaman (KPD) (9 markah)

(b) Projek manakah yang patut di pilih? Berikan alasan anda. (6 markah)

http://modul2poli.blogspot.com/
P5127/ UNIT 11/15
BELANJAWAN MODAL

MAKLUM BALAS 11 (b)

11.2 (a)
(i) Tempoh bayar balik (TBB)
Projek A = 3.2 tahun atau 3 tahun 2.4 bulan (1 ½ markah)
Projek B = 4 .5 tahun atau 4 tahun 6 bulan. (1 ½ markah)

(ii) Nilai kini bersih (NKB)


Projek A = RM 9234 (1 ½ markah)
Projek B = RM 12 100 (1 ½ markah)

(iii) Kadar Pulangan Dalaman (KPD)


Projek A = 17 % (1 ½ markah)
Projek B = 15 % (1 ½ markah)

(b) Keputusan: Pilih Projek A.


Alasan: Tempoh bayar balik adalah lebih cepat dan kadar pulangan dalaman pula adalah
lebih tinggi daripada projek B.

http://modul2poli.blogspot.com/
P5127/ UNIT 11/16
BELANJAWAN MODAL

PENILAIAN KENDIRI

Anda telah menghampiri kejayaan. Sila cuba semua soalan dalam penilaian kendiri ini dan
semak jawapan anda pada maklum balas yang disediakan.
Jika ada masalah yang timbul, sila berbincang dengan pensyarah anda.
Selamat mencuba semoga berjaya!!!

SOALAN 11-1

Syarikat Reebox sedang membuat keputusan untuk menandatangani kontrak selama 10


tahun dengan salah sebuah daripada 2 syarikat pembekal perisian komputer. Kedua-dua
pilihan adalah bersifat saling menyingkir. Kadar pulangan yang di kehendaki ialah 12%.
Aliran tunai selepas cukai tahun pertama bagi kedua-dua pilihan adalah seperti berikut:

Tahun Syarikat X (RM) Syarikat Y (RM)


0 (50 000) (100 000)
1 70 000 130 000

Anda dikehendaki mengira:


(i) Nilai kini bersih
(ii) Indeks keberuntungan
bagi tahun pertama kedua-dua projek serta berikan komen anda. (10 markah)

http://modul2poli.blogspot.com/
P5127/ UNIT 11/17
BELANJAWAN MODAL

SOALAN 11-2

Berikut adalah data-data yang disediakan bagi menentukan sama ada projek ini sesuai
untuk dipilih oleh Syarikat Powerhouse Bhd.

Tahun Alir Tunai Masuk (RM)


0 (54 200)
1 20 608
2 20 608
3 20 608
4 20 608
5 33 808

Dengan 15% kadar pulangan yang di kehendaki, kirakan:


(i) Tempoh bayar balik
(ii) Kadar Pulangan Dalaman

Adakah projek ini sesuai untuk dipilih? (10 markah)

http://modul2poli.blogspot.com/
P5127/ UNIT 11/18
BELANJAWAN MODAL

MAKLUM BALAS KEPADA PENILAIAN KENDIRI

Adakah anda telah mencuba dahulu?


Jika “ YA”, sila semak jawapan anda.

JAWAPAN 11-1

(i) Nilai kini bersih


Syarikat X = RM 12503 (1 ½ markah)
Syarikat Y = RM 16077 (1 ½ markah)

(ii) Indeks Keberuntungan


Syarikat X = 1.25 (1 ½ markah)
Syarikat Y = 1.16 (1 ½ markah)

Berdasarkan nilai kini bersih, Syarikat Y dipilih kerana memberikan pulangan yang lebih
berbanding Syarikat X. Pertimbangan juga perlu diberikan kerana kos untuk kedua-dua projek
ini adalah berbeza. Pertambahan kos sebanyak RM 50 000 perlu diambilkira. Sekiranya
terdapat ‘constant capital rationing’. (4 markah).

http://modul2poli.blogspot.com/
P5127/ UNIT 11/19
BELANJAWAN MODAL

JAWAPAN 11-2

(i) Tempoh Bayar Balik (TBB) = 2.63 tahun (2 markah)


(ii) Kadar Pulangan Dalaman (KPD) = 29.7% (5 markah)

KPD adalah 29.7% dan ia adalah melebihi daripada kadar pulangan dikehendaki iaitu 15%; oleh
itu projek ini wajar dipilih. (3 markah)

http://modul2poli.blogspot.com/
P5127/UNIT 12/1
BELANJAWAN MODAL

OBJEKTIF

Objektif Am:

Mempelajari dan memahami cara menilai cadangan pelaburan modal dengan


membandingkan kos dan manfaat setiap pelaburan dengan pelbagai kaedah.

Objektif Khusus:

Di akhir unit ini, anda sepatutnya dapat:

o Mengukur manfaat dan kos sesuatu projek baru dengan menggunakan


aliran tunai.
o Dapat mebuat keputusan terhadap pelaburan baru yang hendak
dilaksanakan.
o Dapat menggunakan kaedah-kaedah samada alir tunai terdiskaun atau
kaedah alir tunai tanpa terdiskaun.

http://modul2poli.blogspot.com/
P5127/UNIT 12/2
BELANJAWAN MODAL

INPUT

12.0 Pengenalan
Perbelanjawan modal adalah proses membuat keputusan untuk pelaburan aset
tetap. Ia melibatkan mengukur alir tunai penambahan yang berkait dengan cadangan
pelaburan dan menilai kelebihan alir tunai tersebut berbanding dengan kos projek.
Pelaburan ini melibatkan perlaburan awal yang besar dan memerlukan komitmen yang
tinggi dalam jangka masa yang panjang.

12.1 Mengukur manfaat dan kos projek


Dalam mengukur alir tunai, pengukuran yang dilakukan adalah terhadap
perbezaan atau penambahan/pengurangan alir tunai selepas cukai. Dengan cara ini
membolehkan cadangan dinilai. Kita akan menumpukan kepada perbezaan alir tunai
selepas cukai dengan projek dan tanpa projek. Untuk itu, kita perlu pastikan alir tunai
yang manakah relevan. Alir tunai yang terlibat dibahagikan kepada 3 kategori:-
i. Perbelanjaan permulaan.
ii. Perbezaan alir tunai sepanjang hayat projek.
iii. Alir tunai penamat,

12.1.1 Perbelanjaan Permulaan


Perbelanjaan permulaan melibatkan alir tunai keluar di awal projek dan dalam
keadaan ia boleh dilaksanakan/digunakan. Alir tunai keluar dan masuk yang boleh
diambilkira dalam perbelanjaan permulaan adalah seperti berikut:-
i. Alir tunai keluar pembelian aset.
ii. Kos pemasangan aset.
iii. Belanja tambahan berasaskan selepas cukai – misalnya, belanja latihan.
iv. Jika penggantian aset, alir tunai selepas cukai seperti penjualan aset lama.

http://modul2poli.blogspot.com/
P5127/UNIT 12/3
BELANJAWAN MODAL

Kesan cukai – penjualan ke atas aset lama


Terdapat 3 kemungkinan kesan ke atas cukai jika berlakunya penjualan ke atas
mesin lama:-
i. Jika aset dijual lebih daripada nilai yang telah disusutnilaikan. Misalnya,
mesin lama (asal) tersebut telah dibeli pada harga RM 20 000 dan
mempunyai harga buku RM 12 000 dan ia dijual pada harga RM 18 000.
Dengan andaian cukai korporat ialah 30%, cukai yang dikenakan (alir
tunai keluar) ialah:-

(RM 18 000 – RM 12 000) x 0.30 = RM 1 800

ii. Jika mesin lama telah dijual pada nilai yang telah disusutnilaikan. Dalam
hal ini, tiada cukai terlibat kerana penjualan ini tidak melibatkan
keuntungan/kerugian.

iii. Jika mesin lama telah dijual pada harga lebih rendah dalam nilai yang
telah disusutnilaikan. Dalam hal ini, perbezaan antara nilai buku dan nilai
skrap itu adalah ditolak daripada pendapatan biasa untuk mengurangkan
cukai. Di sini berlakunya penjimatan cukai. Contohnya:

Andaikan syarikat mempunyai aset yang bernilai buku RM 15 000


dan ia dijual pada harga RM 10 000. Jika cukai syarikat ialah 30%
penjimatan cukai ddengan alir tunai masuk ialah:

(RM 15 000 – RM 10 000) x .30 = RM 1 500


RM 1 500 dapat dikurangkan daripada ke atas cukai syarikat.

http://modul2poli.blogspot.com/
P5127/UNIT 12/4
BELANJAWAN MODAL

Contoh:
Andaikan syarikat sedang mempertimbangkan pembelian mesin baru bernilai RM
28 000 yang mempunyai jangka hayat 5 tahun. Ia akan disusutnilaikan menggunakan
kaedah garis lurus selama 5 tahun. Mesin baru tersebut akan menggantikan mesin lama
yang dibeli pada harga RM 40 000, 10 tahun lalu. Ia masih mempunyai 5 tahun jangka
hayat. Mesin lama tersebut perlu disusutnilaikan pada RM 4 000 setahun dimana ia akan
menjadi nilai buku kosong di akhir hayatnya. Oleh kerana mesin baru adalah lebih pantas
daripada mesin lama, ia memerlukan penambahan inventori kerja dalam proses sebanyak
RM 5 000. Mesin lama boleh dijual sebagai skrap sebanyak RM 25 000.
Untuk menjalankan mesin baru, ia membayar RM 3 000 kos pengangkutan dan RM 4
000 kos pemasangan dan menjadikanya RM 35 000. Tambahan alir tunai keluar ialah
berkaitan dengan cukai yang dikenakan ke atas penjualan mesin lama dan penambahan
pelaburan dalam inventori. Walaupun mesin lama mempunyai nilai buku RM 20 000, ia
boleh dijual untuk RM 25 000. Peningkatan cukai ke atas lebihan harga jualan daripada
nilai buku ialah:-

(RM 25 000 – RM 20 000) x 0.30* = RM 1 500

Andaian: Cukai korporat ialah 30%..

Peningkatan inventori kerja dalam proses (RM 5 000) juga dianggap


pelaburan permulaan (alir tunai keluar) dan menjadi alir tunai masuk apabila projek ini
ditamatkan kelak. Oleh itu, secara ringkasnya pengiraan pelaburan permulaan ini boleh
dirumuskan seperti berikut:-

http://modul2poli.blogspot.com/
P5127/UNIT 12/5
BELANJAWAN MODAL

_______________________________________________________________________
Alir tunai keluar:
Harga belian RM 28 000
Kos pengangkutan 3 000
Kos pemasangan 4 000
_________
Kos mesin yang siap dipasang RM 35 000
Penambahan cukai daripada jualan mesin lama
(25 000 – 20 000) x 0.30 1 500
Penambahan pelaburan inventori 5 000
_________
Jumlah alir tunai keluar RM 41 500
Alir tunai masuk 25 000
_________
Pelaburan permulaan RM 16 500
========
________________________________________________________________________

12.1.2 Alir tunai perbezaan sepanjang hayat projek


Perbezaan alir tunai sepanjang hayat projek melibatkan peningkatan alir tunai
selepas cukai akibat daripada peningkatan pendapatan, penjimatan bahan atau buruh dan
penurunan belanja jualan. Pengubahsuaian kerana perubahan peningkatan dalam cukai
juga perlu diambilkira iaitu peningkatan cukai akibat daripada peningkatan keuntungan
atau penjimatan cukai akibat daripada peningkatan dalam belanja susutnilai. Berikut ialah
beberapa factor yang perlu diambilkira dalam menentukan alir tunai perbezaan sepanjang
hayat projek:-

i. Tambahan pendapatan ditimbalbalik oleh peningkatan perbelanjaan.


ii. Penjimatan kos buruh dan bahan
iii. Peningkatan kos overhed yang dikenakan
iv. Perlindungan cukai susutnilai berasaskan peningkatan dalam keputusan
penggantian.
v. Tidak mengambilkira belanja susutnilai sekiranya pembiayaan melalui
hutang kerana ia telah diambilkira oleh kadar pulangan dikehendaki.

http://modul2poli.blogspot.com/
P5127/UNIT 12/6
BELANJAWAN MODAL

Contoh:
Dengan menyambung contoh sebelum ini yang mengira pelaburan
permulaaan, andaikan maklumat berikut diperolehi apabila aset baru dibeli menggantikan
aset lama:-
i. Mengurangkan gaji sebanyak RM 8 000 setahun.
ii. Mengurangkan kemudahan manfaat sebanyak RM 2 000.
iii. Kos kerosakan produk turun dari RM 9 000 kepada RM 5 000.
iv. Belanja penyelenggaraan meningkat sebanyak RM 5 000 setahun.
v. Susutnilai mesin baru adalah RM 7 000 setahun.*
vi. Belanja susutnilai yang terhapus dengan penjualan mesin lama ialah
RM 4 000 untuk 5 tahun berbaki.

*Kaedah susutnilai atas mesin baru ialah garis lurus. Cara pengiraan adalah seperti
berikut:
Harga mesin baru RM 28 000
Kos pengangkutan 3 000
Kos pemasangan 4 000
_________
Jumlah nilai susutnilai 35 000

Dibahagikan dengan jangka hayat susutnilai 35 000


-----------
5

= RM 7 000

http://modul2poli.blogspot.com/
P5127/UNIT 12/7
BELANJAWAN MODAL

Cara pengiraan alir tunai perbezaan sepanjang hayat projek adalah seperti berikut:-
______________________________________________________________________
Keuntungan Alir
Buku Tunai

Penjimatan:
Gaji yang dikurangkan RM 8 000 RM 8 000
Kemudahan manfaat dikurangkan 2 000 2 000
Kerosakan dikurangkan (9 000 – 5 000) 4 000 4 000

Kos:
Peningkatan belanja penyelenggaraan - 5 000 -5 000
Peningkatan belanja susutnilai (7 000 – 4 000) - 3 000
________ ________
Penjimatan bersih sebelum cukai 6 000 9 000
Cukai (30%) - 1 800 - 1 800
________
Alir tunai bersih selepas cukai RM 7 200
=======
_______________________________________________________________________

12.1.3 Alir tunai penamat


Alir tunai penamat termasuk nilai skrap mesin/projek dan dicampur I
keuntungan cukai atau ditolak kerugian cukai. Begitu juga modal kerja yang berlaku di
awal projek akan diperolehi kembali (alir tunai masuk) di penamat projek. Di antara
faktor yang memberi kesan kepada alir tunai penamat projek ialah:-
i. Nilai skrap selepas cukai projek.
ii. Tunai masuk berkaitan dengan penamatan projek.
iii. Mendapat kembali alir tunai bukan belanja yang berlaku di awal projek
(misalnya, pelaburan modal kerja).

http://modul2poli.blogspot.com/
P5127/UNIT 12/8
BELANJAWAN MODAL

Contoh:
Sambungan semula contoh sebelum ini, maklumat seterusnya adalah seperti
berikut:-
i. Nilai buku yang telah disusutnilai dan nilai skrap adalah kosong.
ii. Alir tunai masuk dengan mendapat semula inventori kerja dalam proses
yang berlaku di pelaburan awal, iaitu RM 5 000 di mana inventori ini
ditunaikan kembali.
Dengan m,elukis gambar rajah alir tunai, ia adalah seperti berikut:-

7 200 7 200 7 200 7 200 12 200


. . . . . .
1 2 3 4 5
16 500

http://modul2poli.blogspot.com/
P5127/UNIT 12/9
BELANJAWAN MODAL

AKTIVITI 12 (a)

Ujikan kefahaman anda sebelum meneruskan input selanjutnya.


Sila semak jawapan anda pada maklum balas di halaman berikutnya.

12.1 Syarikat Zainuddin Perabot, pembuat perabot kayu sedang mempertimbangkan


penggantian satu daripada mesin manualnya dengan mesin yang berautomasi
sepenuhnya. Penggantian ini mengakibatkan penghapusan satu pekerjaan, yang
mengakibatkan penjimatan gaji dan manfaat. Dengan maklumat berikut, tentukan alir
tunai yang berkaitan dengan penggantian ini:-

Keadaan kini:
Seorang operator mesin sepenuh masa – gaji dan manfaat RM 2 000 setahun
Kos penyelenggaraan 3 000 setahun
Kos kerosakan 5 000 setahun
Kos mesin 40 000
Susutnilai tahunan 4 000 setahun
Jangka hayat 10 tahun
Umur mesin 5 tahun
Jangkaan nilai skrap dalam 5 tahun RM 0
Nilai skrap semasa RM 6 000
Kadar cukai marjinal 30%

http://modul2poli.blogspot.com/
P5127/UNIT 12/10
BELANJAWAN MODAL

Keadaan dicadangkan:
Mesin yang automasi sepenuhnya
Kos mesin RM 50 000
Kos pengangkutan 8 000
Kos pemasangan 8 000
Kos penyelenggaraan 3 000
Kos kerosaakan produk 4 000
Jangkaan hayat 5 tahun
Nilai skrap RM 20 000
Kaedah susutnilai Kaedah garis lurus

( 20 markah )

http://modul2poli.blogspot.com/
P5127/UNIT 12/11
BELANJAWAN MODAL

MAKLUM BALAS 12(a)

12.1 Mengira pelaburan permulaan:

Alir tunai keluar:


Kos mesin RM 50 000
Kos pemasangan 8 000
Kos pengangkutan 8 000
Alir tunai masuk:
Nilai skrap mesin lama - 6 000
Penjimatan cukai ke atas jualan mesin lama
(RM 20 000 – RM 6 000) x .30 - 4 200
__________
Pelaburan permulaan RM 55 800
=========

Mengira alir tunai perbezaan sepanjang jangka hayat projek:


Keuntungan Alir
Buku Tunai
Penjimatan: Pengurangan gaji RM 20 000 RM 20 000
Pengurangan kerosakan 1 000 1 000
Kos: Peningkatan penyelenggaraan 0 0
Peningkatan susUtnilai (13 200 – 4 000) - 9 200
__________ _________
Penjimatan bersih sebelum cukai 11 800 21 000
Cukai (30%) - 3 540 - 3 540
_________
Alir tunai bersih tahunan selepas cukai RM 17 460
========

http://modul2poli.blogspot.com/
P5127/UNIT 12/12
BELANJAWAN MODAL

Mengira alir tunai penamat:


Nilai skrap – mesin baru RM 20 000
(-) Cukai: perolehan semula susutnilai (20 000 x .30) 6 000
_________
RM 14 000
========
( 20 markah )

http://modul2poli.blogspot.com/
P5127/UNIT 12/13
BELANJAWAN MODAL

INPUT

12.2 Aliran tunai projek, penyediaan dan pengiraan


12.2.1 Tempoh bayar balik
12.2.2 Nilai kini bersih
12.2.3 Kadar pulangan dalaman
12.2.4 Indeks keberuntungan

Contoh yang menyeluruh:


Dengan menggunakan contoh di 12.1, gambar rajah berdasarkan kepada pelaburan
permulaan, alir tunai perbezaan dan alir tunai penamat boleh dibina seperti berikut:-

7 200 7 200 7 200 7 200 12 200


.
1 2 3 4 5
16 500

12.2.1 Tempoh bayar balik


16 500
Tempoh bayar balik = _________ = 2.29 tahun
7 200

12.2.2 Nilai kini bersih


Kadar pulangan dikehendaki ialah 15%.
n ATTt
Nilai kini bersih = ∑ __________ = PP
t=1 (1 + k)t

http://modul2poli.blogspot.com/
P5127/UNIT 12/14
BELANJAWAN MODAL

n 7 200 12 200
= ∑ __________ + __________ - 16 500
t=1 (1 + .15)4 (1 + .15)5

= 7 200 (2.855) + 12 200 (.497) - 16 500

= (20 556 + 6063) – 16 500


= RM 10 119
Nilai kini bersih adalah positif. Oleh itu projek ini patut diterima.

12.2.3 Kadar pulangan dalaman


n ATTt
PP = ∑ __________
t=1 (1 + KDP)t

16 500 = 7 200 (PVIFAKPD, 4) + 12 200 (PVIF KPD, 5)


16 500 = 7 200 (2.203) + 12 200 (.280)
= 19 278
Oleh kerana pada cubaan 29%, nilai kini alir tunai adalah lebih besar daripada pelaburan
permulaan, maka kadar diskaun perlu ditingkatkan kepada yang lebih daripada 29%.
Oleh itu, kadar pulangan dalaman adalah lebih tinggi daripada 29%, maka projek ini
wajar diterima kerana ia adalah lebih daripada 15% (kadar pulangan dikehendaki).

12.2.4 Indeks keberuntungan


n ATTt
Indeks keberuntungan = ∑ _____________
t=1 (1 + k)t
_____________
PP
= 7 200 (PVIFA15%, 4) + 12 200 (PVIF15%, 5)
____________________________________
16 500

http://modul2poli.blogspot.com/
P5127/UNIT 12/15
BELANJAWAN MODAL

7 200 (2.855) + 12 200 (0.497)


= _________________________
16 500

26 619
= _______
16 500
= 1.613

Indeks keberuntungan adalah lebih daripada 1, oleh itu projek ini wajar diteruskan.

http://modul2poli.blogspot.com/
P5127/UNIT 12/16
BELANJAWAN MODAL

AKTIVITI 12(b)

Ujikan kefahaman anda sebelum meneruskan input selanjutnya.


Sila semak jawapan anda pada maklum balas di halaman berikutnya.

12.2 Gummy Berhad sedang mempertimbangkan penggantian mesin berusia 5 tahun


yang berkos RM 50 000 dan mempunyai nilai buku RM 25 000. Ia dijual pada harga
RM6 000. Ia disusutnilaikan menggunakan kaedah garis lurus sehingga nilai penamat
kosong, untuk 5 tahun mendatang yang menjanakan susutnialai RM 5 000 setahun.

Mesin pengganti berkos RM 110 000 dan mempunyai jangka hayat 5 tahun dan ia akan
disusutnilaikan menggunakan kaedah garis lurus dan nilai salvaj pada akhir 5 tahun ialah
RM 1 000. Mesin baru boleh menjimatkan RM 45 000 setahun sebelum cukai. Andaikan
kadar cukai ialah 30% dan kadar pulangan dikehendaki ialah 15%, kirakan:-
i. Tempoh bayar balik
ii. Nilai kini bersih
iii. Indeks keberuntungan
iv. Kadar pulangan dalaman
( 20 markah )

http://modul2poli.blogspot.com/
P5127/UNIT 12/17
BELANJAWAN MODAL

MAKLUM BALAS 12(b)

12.2
i. Tempoh bayar balik = 3.49 tahun (3m)

ii. Nilai kini bersih = - RM 3459


Oleh kerana nilai kini bersih adalah negatif, projek ini wajar ditolak. (6m)

iii. Indeks keberuntungan = 0.97


Oleh kerana Indeks keberuntungan adalah lebih rendah daripada 1, oleh itu ia
wajar ditolak. (5m)

iv. Kadar pulangan dalaman = Melebihi 15%.


Apabila dicuba secara rawak menggunakan kadar 16%, didapati nilai kini alir
tunai masa depan adalah lebih kecil daripada pelaburan permulaan. Oleh itu,
ini menunjukkan kadar pulangan dalaman adalah melebihi 15%. Dengan ini,
projek ini wajar diterima. (6m)

http://modul2poli.blogspot.com/
P5127/UNIT 12/18
BELANJAWAN MODAL

PENILAIAN KENDIRI

Anda telah menghampiri kejayaan. Sila cuba semua soalan dalam penilaian kendiri ini
dan semak jawapan anda pada maklum balas yang disediakan.
Jika ada masalah yang timbul, sila berbincang dengan pensyarah anda.
Selamat mencuba, semoga berjaya!!!

SOALAN 12-1

Andaikan sebuah syarikat Bolay Berhad mempunyai kadar pulangan yang dikehendaki
15%. Syarikat dikenakan cuaki korporat 28%. Syarikat bercadang untuk menggantikan
mesin yang lama kepada yang berautomasi. Maklumat adalah seperti berikut:-

Keadaan yang asal:


Seorang operator – gaji RM 10 000
Lebih masa 2 000 setahun
Manfaat tambahan 1 000 setahun
Kos kerosakan produk 5 000 setahun
Nilai buku semasa 12 000
Jangka hayat 15 tahun
Jangkaan nilai salvaj 0
Umur 10 tahun
Susutnilai tahunan 2 000 setahun
Nilai salvaj semasa – mesin lama 14 000
Penyelenggaraan tahunan 0
Cukai 28%
Kadar pulangan dikehendaki 15%

http://modul2poli.blogspot.com/
P5127/UNIT 12/19
BELANJAWAN MODAL

Keadaan yang dicadangkan:


Operasi secara automasi – tiada operator diperlukan
Kos mesin RM 50 000
Kos pengangkutan 3 000
Kos pemasangan 3 000
Jangka hayat ekonomik 5 tahun
Kaedah sustnilai Garis lurus

Nilai salvaj selepas 5 tahun RM 0


Penyelenggaraan tahunan 1 000
Kos kerosakan produk 1 000

(a) Kirakan:-
i. Pelaburan permulaan
ii. Alir tunai perbezaan
iii. Alir tunai penamat

(b) Berdasarkan maklumat di atas, kirakan:-


i. Tempoh bayar balik
ii. Nilai kini bersih
iii. Indeks keberuntungan
iv. Kadar pulangan dalaman
Adakah wajar projek ini diteruskan?
(25 markah)

http://modul2poli.blogspot.com/
P5127/UNIT 12/20
BELANJAWAN MODAL

MAKLUM BALAS KEPADA PENILAIAN KENDIRI

Adakah anda telah mencuba dahulu?


Jika “YA”, sila semakan jawapan anda.

JAWAPAN 12-1
(a)
(i) Pelaburan permulaan = RM 42 560
(ii) Alir tunai perbezaan = RM 14 096
(iii) Alir tunai penamat = RM 0
(15 markah)

(b)
(i) Tempoh bayar balik = 3.02 tahun
(ii) Nilai kini bersih = RM 4 690
(iii) Indeks keberuntungan = 1.1
(iv) Kadar pulangan dalaman = 19%

Kesemua kaedah menunjukkan penerimaan terhadap projek.


(10 markah)

http://modul2poli.blogspot.com/
P 5127/ UNIT 13/ 1
LEVERAJ

OBJEKTIF

Objektif Am :

Mempelajari dan memahami konsep leveraj dan kesan penggunaan kos tetap dalam
aktiviti operasi dan pembiayaan syarikat serta mengenalpasti kesannya terhadap risiko
dan pulangan keseluruhan syarikat.

Objektif Khusus :

Di akhir unit ini, anda sepatutnya dapat :

o Menghuraikan perkaitan antara risiko perniagaan dengan leveraj operasi dan


risiko kewangan dengan leveraj kewangan
o Menghuraikan peranan Analisis Pulang Modal dalam operasi syarikat
o Mengira Titik Pulang Modal (TPM) dalam unit dan dari hasil jualan (RM)
berdasarkan Analisis Margin Sumbangan dan Analisis Algebra.

http://modul2poli.blogspot.com/
P 5127/ UNIT 13/ 2
LEVERAJ

INPUT

13.0 Pengenalan
Konsep leveraj merujuk kepada penggunaan kos tetap dalam usaha untuk
meningkatkan keuntungan secara berlipat kali ganda. Dengan kewujudan kos tetap ini,
hanya sedikit perubahan perlu dilakukan ke atas jualan dan pendapatan operasi bagi
menambahkan perubahan yang lebih besar ke atas keuntungan keseluruhan syarikat.

13.1 Perkaitan antara leveraj operasi dengan risiko perniagaan dan leveraj
kewangan dengan risiko kewangan

Leveraj operasi merujuk kepada penggunaan kos tetap operasi dalam proses
pengeluaran barangan atau perkhidmatan. Pada kebiasaannya, kos operasi bagi sesebuah
perniagaan dapat dibahagikan kepada dua jenis kos iaitu kos berubah dan kos tetap. Kos
berubah, seperti kos bahan mentah, kos buruh langsung, komisen jualan dan lain-lain,
akan berubah secara langsung dan berkadar terus dengan perubahan dalam pengeluaran.
Manakala kos tetap pula, yang terdiri daripada kos susutnilai, belanja insurans, kos
overhed dan lain-lain, tidak akan berubah secara langsung dengan perubahan dalam
volum pengeluaran atau jualan.
Leveraj operasi tertumpu kepada kewujudan kos tetap ini yang dapat memberikan kesan
berlebihan kepada perubahan dalam pendapatan operasi apabila sedikit perubahan
dirangsangkan ke atas jualan. Selagi syarikat menggunakan kos tetap dalam operasinya,
leveraj operasi akan sentiasa wujud.

Risiko merupakan satu elemen yang tidak dapat dielakkan dalam sesebuah perniagaan.
Risiko yang ditanggung oleh pemegang saham syarikat merupakan

http://modul2poli.blogspot.com/
P 5127/ UNIT 13/ 3
LEVERAJ

gabungan risiko perniagaan dan risiko kewangan. Dalam konteks leveraj operasi, risiko
perniagaan lebih ditekankan. Risiko perniagaan adalah risiko yang wujud dalam
operasi syarikat tanpa syarikat menggunakan apa-apa pinjaman sebagai sumber
pembiayaannya.

Risiko ini dapat didefinisikan sebagai ketidakpastian dalam ramalan syarikat terhadap
pulangan atas aset (ROA) yang bakal diterima. Risiko perniagaan ini timbul daripada
operasi harian syarikat dan merupakan kesan langsung daripada keputusan pelaburan aset
syarikat. Risiko perniagaan berbeza antara industri dan mengalami perubahan mengikut
peredaran masa. Sehubungan dengan itu, struktur operasi syarikat mungkin berubah dan
menyebabkan perubahan dalam pulangan yang bakal diterima.

Risiko perniagaan bergantung kepada beberapa faktor :


o Perubahan dalam permintaan produk jualan
o Perubahan dalam harga jualan.
o Perubahan harga input
o Keupayaan menyesuaikan harga output terhadap perubahan dalam harga input
o Penggunaan kos tetap operasi ( l everaj operasi)

Perubahan dalam kos tetap operasi akan mempengaruhi leveraj operasi sesebuah syarikat
dan kesannya terhadap pendapatan operasi (EBIT) syarikat dapat dilihat dari aspek :
o Peningkatan dalam kos tetap
o Penurunan dalam tahap jualan
o Peningkatan dalam tahap jualan

Sesebuah syarikat dikatakan mempunyai leveraj operasi yang tinggi sekiranya ia


menggunakan kos tetap dalam peratusan yang tinggi berbanding dengan kos yang lain.
Implikasi daripada ini menunjukkan bahawa sedikit perubahan dalam jualan akan
menghasilkan perubahan yang lebih besar dalam pendapatan operasi syarikat.

http://modul2poli.blogspot.com/
P 5127/ UNIT 13/ 4
LEVERAJ

Leveraj kewangan adalah kesan secara langsung akibat daripada kewujudan kos / caj
kewangan tetap (hasil daripada pembiayaan yang terpaksa ditanggung oleh syarikat
apabila pembiayaan modal diperolehi samaada melalui pinjaman ataupun saham
terutama) dalam aliran perolehan syarikat. Caj pembiayaan kewangan tetap adalah
samaada dalam bentuk pembayaran faedah yang tetap kepada pihak pemiutang atau
melalui pembayaran dividen tetap kepada pemegang saham terutama syarikat.
Pembayaran caj yang tetap seperti yang dinyatakan di atas, perlu dibayar dalam satu
jumlah yang tetap dan dalam tempoh yang tertentu serta tidak berdasarkan kepada jumlah
keuntungan yang diperolehi.

Dengan kewujudan caj kewangan tetap dalam struktur kewangan syarikat, dan apabila
syarikat menambahkan hutangnya, maka nisbah hutang akan meningkat dan pemilik
syarikat akan terdedah kepada peningkatan dalam jumlah risiko keseluruhan , iaitu risiko
perniagaan dan risiko kewangan, yang terpaksa ditanggung oleh mereka.
Peningkatan risiko yang ditanggung oleh pemilik syarikat ini dikenali sebagai risiko
kewangan.

Leveraj kewangan dikaitkan dengan risiko kewangan kerana kewujudannya akan


memberikan kesan yang lebih besar kepada perolehan sesyer pemegang saham apabila
berlaku perubahan kepada pendapatan operasi. Ini boleh digambarkan apabila wujudnya
leveraj kewangan, perubahan yang sedikit ke atas pendapatan operasi (EBIT) akan
menyebabkan perolehan sesyer (EPS) berubah pada kadar yang lebih besar. Secara
umumnya, peningkatan / penurunan dalam EBIT akan menyebabkan peningkatan /
penurunan yang besar ke atas EPS.

http://modul2poli.blogspot.com/
P 5127/ UNIT 13/ 5
LEVERAJ

AKTIVITI 13 (a)

Ujikan kefahaman anda sebelum meneruskan input selanjutnya.


Sila semak jawapan anda pada maklum balas di halaman berikutnya.

13.1 Huraikan dengan ringkas maksud leveraj dan nyatakan jenis-jenis leveraj.
(5 markah)

13.2 Terangkan dengan ringkas maksud risiko perniagaan dan risiko kewangan.
(5 markah)

http://modul2poli.blogspot.com/
P 5127/ UNIT 13/ 6
LEVERAJ

MAKLUM BALAS 13 (a)

13.1 Leveraj bermaksud penggunaan kos tetap yang akan mempengaruhi aliran
pendapatan syarikat. Berdasarkan kewujudan kos tetap ini, sedikit perubahan
yang berlaku ke atas jualan dan pendapatan operasi, akan memberikan
perubahan yang lebih besar ke atas keuntungan keseluruhan syarikat.
(3m)
Leveraj terbahagi kepada dua jenis iaitu :
o Leveraj Operasi
o Leveraj Kewangan
( 2m )

13.2 Risiko perniagaan bermaksud ketidakpastian dalam pulangan daripada


keputusan pelaburan aset syarikat. Risiko jenis ini wujud dalam operasi
syarikat tanpa syarikat menggunakan apa-apa pinjaman sebagai sumber
pembiayaan. Risiko perniagaan berbeza antara industri dan berubah dengan
peredaran masa. (2 ½ m)

Risiko kewangan adalah risiko tambahan yang ditanggung oleh pemegang


saham biasa syarikat apabila pinjaman mula digunakan atau saham terutama
digunakan sebagai sumber pembiayaan modal. (2 ½ m)

http://modul2poli.blogspot.com/
P 5127/ UNIT 13/ 7
LEVERAJ

INPUT

13.3 Peranan Analisis Pulang Modal dan Titik Pulang Modal (TPM)
Analisis pulang modal merupakan satu analisis yang digunakan oleh syarikat
dalam menentukan hasil yang dapat meliputi semua kos operasi yang terlibat. Analisis ini
juga digunakan untuk menilai keuntungan (EBIT) yang dapat dihasilkan oleh setiap tahap
jualan. Pada tahap / titik pulang modal, pendapatan operasi adalah sifar.
Ini boleh digambarkan dengan persamaan berikut :

( Harga jualan /unit x kuantiti jualan ) - kos berubah / u


x kuantiti jualan + Kos Tetap

= EBIT = 0

Untuk mendapatkan TPM dalam unit dan dari hasil jualan (RM) :
(i) Kaedah margin sumbangan atau
(ii) Kaedah algebra
boleh digunakan.

Dengan menggunakan kaedah margin sumbangan, formula berikut akan digunakan :

TPM @ Q = F
(unit) di mana P = harga jualan seunit
P - V V = kos berubah seunit
Q = kuantiti output
F = kos tetap operasi

TPM ($) = TPM (unit) x Harga Jualan

http://modul2poli.blogspot.com/
P 5127/ UNIT 13/ 8
LEVERAJ

Dengan kaedah algebra, TPM boleh diperolehi dengan menggunakan formula berikut

* S ($) = F di mana * S = hasil jualan ($)


F = kos tetap
V V = kos berubah
1 - S = jualan
S

TPM (unit ) = TPM ($)

Harga Jualan / unit

Titik pulang modal dipengaruhi oleh tiga pemboleh ubah iaitu : kos tetap (F), harga
jualan seunit (P) dan kos berubah seunit (V). Ketiga –tiga pemboleh ubah di atas,
memainkan peranan yang penting dalam penentuan ( iaitu peningkatan atau penurunan )
titik pulang modal (TPM) bagi sesebuah syarikat.

o Sesebuah syarikat dikatakan pulang modal apabila tahap jualan syarikat adalah
sama dengan TPM di mana jumlah hasil akan sama dengan jumlah kos operasi
yang menjadikan EBIT = 0.
o Apabila tahap jualan syarikat melebihi TPM, ia akan menjanakan jumlah jualan
yang lebih tinggi daripada kos operasi dan syarikat dikatakan memperolehi
keuntungan daripada pendapatan operasinya (EBIT > 0 ).
o Apabila tahap jualan syarikat kurang daripada TPM, ia akan menghasilkan kos
operasi yang lebih tinggi daripada jumlah jualan dan syarikat ini dikatakan
mengalami kerugian daripada pendapatan operasinya (EBIT < 0 ).

http://modul2poli.blogspot.com/
P 5127/ UNIT 13/ 9
LEVERAJ

AKTIVITI 13 (b)

Ujikan kefahaman anda sebelum meneruskan input selanjutnya.


Sila semak jawapan anda pada maklum balas di halaman berikutnya.

13.3 Maklumat-maklumat berikut adalah berkaitan dengan Syarikat Waja .


Hasil selepas cukai pada tahun hadapan RM80,000
Jualan RM 2 juta
Harga jualan per/unit bagi produk X RM80
Kos berubah RM56
Kadar cukai 40%

Kirakan :
(i) Kos tetap syarikat pada tahun hadapan
(ii) TPM dalam unit dan dari hasil jualan bagi syarikat.
(6 m)

13.4 Syarikat Jayamaju bercadang untuk menjual produk Y sebanyak RM200,000


unit pada tahun hadapan. Kos tetap dianggarkan sebanyak RM300,000 dan kos berubah
ialah 60% daripada jualan.

(i) Jika syarikat bercadang untuk memperolehi pendapatan sebelum faedah


dan cukai (EBIT) sebanyak RM250,000, kirakan harga jualan /unit bagi
produk Y yang perlu dijual oleh syarikat.
(ii) Sediakan satu penyata pendapatan analitikal bagi membuktikan jawapan
anda di bahagian (i) di atas.
(9 m)

http://modul2poli.blogspot.com/
P 5127/ UNIT 13/ 10
LEVERAJ

MAKLUM BALAS 13 (b)

13.3

(i) ⎨( P x Q ) - ( V x Q + (F) ) ⎬ ( 1 - T ) = RM 80,000

[( RM 2,000,000 ) - ( 1,400,000 ) - F ] (0.6) = RM 80,000

( RM 600,000 - F ) (0.6) = RM 80,000


( RM 360,000 - 0.6F ) = RM 80,000
F = RM 466,666.67 (2 m)

(ii) QB = F
P-V
= RM 466,666.67 24 = RM 19,444 unit (2 m)

S* = F = RM 466,666.67 1 – 0.7
1 - V/S
= RM 1,555,555.57 (2 m)

13.4 (i) S ( 1 – 0.6 ) - RM 300,000 = RM250,000


S = RM 1,375,000
S = PxQ
Selesaikan P iaitu harga jualan / unit bagi persamaan di atas :
RM 200,000 (P) = RM 1,375,000
P = RM 6.88 (4 m)

http://modul2poli.blogspot.com/
P 5127/ UNIT 13/ 11
LEVERAJ

(ii) Penyata Pendapatan analitikal :

RM
Jualan 1,375,000
(-) Kos Berubah 825,000
Hasil sebelum kos
tetap 550,000
(-) Kos Tetap 300,000

EBIT 250,000
_________________
(5m)

http://modul2poli.blogspot.com/
P 5127/ UNIT 13/ 12
LEVERAJ

PENILAIAN KENDIRI

Anda telah menghampiri kejayaan. Sila cuba semua soalan dalam penilaian kendiri ini
dan semak jawapan anda pada maklum balas yang disediakan.
Jika ada masalah yang timbul, sila berbincang dengan pensyarah anda.
Selamat mencuba semoga berjaya !!!

SOALAN 13-1

Terangkan secara ringkas perkaitan antara leveraj operasi dengan risiko perniagaan dan
antara leveraj kewangan dengan risiko kewangan. (8 m)

SOALAN 13-2

Huraikan objektif analisis pulang modal. (2 m)

SOALAN 13-3

Maklumat-maklumat berikut adalah berkaitan Syarikat Induk :


Margin untung operasi 28%
Margin sumbangan/ unit 50% daripada jualan
Purata jualan tahunan RM3,750,000

Kirakan :
(i) Amaun maksima bagi kos tetap syarikat dan pada masa yang sama,
masih membenarkan margin untung operasi sebanyak 28% dicapai.
(ii) Titik Pulang Modal (TPM) dari hasil jualan ($) bagi Syarikat Induk.
(10 m)

http://modul2poli.blogspot.com/
P 5127/ UNIT 13/ 13
LEVERAJ

MAKLUM BALAS KEPADA PENILAIAN KENDIRI

Adakah anda telah mencuba dahulu ?


Jika “YA” sila semak jawapan anda.

JAWAPAN 13-1

Leveraj operasi merujuk kepada penggunaan kos tetap operasi dalam proses pengeluaran
barangan atau perkhidmatan.
Leveraj operasi tertumpu kepada kewujudan kos tetap ini yang dapat memberikan kesan
berlebihan kepada perubahan dalam pendapatan operasi apabila sedikit perubahan
dirangsangkan ke atas jualan.
Dalam konteks leveraj operasi, risiko perniagaan lebih ditekankan. Risiko perniagaan
adalah risiko yang wujud dalam operasi syarikat tanpa syarikat menggunakan apa-apa
pinjaman sebagai sumber pembiayaannya.
Risiko ini dapat didefinisikan sebagai ketidakpastian dalam ramalan syarikat terhadap
pulangan atas aset (ROA) yang bakal diterima.
Risiko perniagaan bergantung kepada beberapa faktor :
o Perubahan dalam permintaan produk jualan
o Perubahan dalam harga jualan.
o Perubahan harga input
o Keupayaan menyesuaikan harga output terhadap perubahan dalam harga input
o Penggunaan kos tetap operasi ( l everaj operasi)

http://modul2poli.blogspot.com/
P 5127/ UNIT 13/ 14
LEVERAJ

Perubahan dalam kos tetap operasi akan mempengaruhi leveraj operasi sesebuah syarikat
dan kesannya terhadap pendapatan operasi (EBIT) syarikat dapat dilihat dari aspek :
o Peningkatan dalam kos tetap
o Penurunan dalam tahap jualan
o Peningkatan dalam tahap jualan (4 m)

Leveraj kewangan adalah kesan secara langsung akibat daripada kewujudan kos / caj
kewangan tetap (hasil daripada pembiayaan yang terpaksa ditanggung oleh syarikat
apabila pembiayaan modal diperolehi samaada melalui pinjaman ataupun saham
terutama) dalam aliran perolehan syarikat.
Dengan kewujudan caj kewangan tetap dalam struktur kewangan syarikat, syarikat akan
terdedah kepada peningkatan dalam jumlah risiko keseluruhan , iaitu risiko perniagaan
dan risiko kewangan, yang terpaksa ditanggung oleh mereka.
Peningkatan risiko yang ditanggung oleh pemilik syarikat ini dikenali sebagai risiko
kewangan.
Leveraj kewangan dikaitkan dengan risiko kewangan kerana kewujudannya akan
memberikan kesan yang lebih besar kepada perolehan sesyer pemegang saham apabila
berlaku perubahan kepada pendapatan operasi. (4 m )

JAWAPAN 13-2

Objektif analisis pulang modal adalah :


Analisis pulang modal merupakan satu analisis yang digunakan oleh syarikat dalam
menentukan hasil yang dapat meliputi semua kos operasi yang terlibat. Analisis ini juga
digunakan untuk menilai keuntungan (EBIT) yang dapat dihasilkan oleh setiap tahap
jualan. Pada tahap :
o TPM = tahap jualan, EBIT = 0
o TPM < tahap jualan, EBIT adalah positif
o TPM > tahap jualan , EBIT adalah negatif
(2 m)

http://modul2poli.blogspot.com/
P 5127/ UNIT 13/ 15
LEVERAJ

JAWAPAN 13-3

(i) EBIT S = 0.28

EBIT = ( 0.28 ) RM 3,750,000 = RM 1,050,000

V S = 0.5

V = ( 0.5) RM 3,750,000 = RM 1,875,000

Selesaikan untuk kos tetap maksima :

S - (V + F) = RM 1,050,000
RM 3,750,000 - ( RM 1,875,000 + F ) = RM 1,050,000
F = RM 825,000
(6 m)

(ii) S* ($) = RM 825,000 1 – 0.5 = RM 1,650,000 (4 m)

http://modul2poli.blogspot.com/
P5127/ UNIT 14/ 1
LEVERAJ

OBJEKTIF

Objektif Am :

Mempelajari dan memahami konsep leveraj operasi, leveraj kewangan dan leveraj
gabungan. Mengetahui pengiraan bagi indeks pengukuran leveraj dan implikasinya
kepada syarikat.

Objektif Khusus :
Di akhir unit ini, anda sepatutnya dapat :

o Memahami konsep leveraj operasi, leveraj kewangan dan leveraj gabungan.


o Mengira indeks pengukuran leveraj :
(i) Darjah Leveraj Operasi (DLO)
(ii) Darjah Leveraj Kewangan (DLK)
(iii) Darjah Leveraj Gabungan (DLG)
o Menghuraikan implikasi kesan leveraj terhadap syarikat.

http://modul2poli.blogspot.com/
P5127/ UNIT 14/ 2
LEVERAJ

INPUT

14.0 Pengenalan

Tujuan utama sesebuah syarikat beroperasi adalah untuk memaksimakan


kekayaan pemegang saham syarikat di samping memperolehi keuntungan. Dalam
menguruskan aktiviti pengurusan kewangan syarikat, aspek pembiayaan modal
merupakan salah satu aspek yang perlu diberi perhatian yang sewajarnya. Ini adalah
kerana syarikat perlu memilih sumber pembiayaan modal yang dapat meminimumkan
kos di samping memaksimumkan pulangan.
Oleh itu, analisis dan kesan leveraj ke atas perolehan syarikat menjadi aspek yang
penting dalam pemilihan sumber pembiayaan yang optimum bagi syarikat.

14.1 Konsep Leveraj Operasi, Leveraj Kewangan dan Leveraj Gabungan

o Leveraj Operasi
Ia merujuk kepada penggunaan kos tetap operasi dalam proses
pengeluaran barangan atau perkhidmatan. Kewujudan kos tetap operasi
akan memberikan kesan perubahan yang besar dalam pendapatan
operasi (EBIT) apabila terdapat sedikit perubahan dalam jualan.
Gambaran tentang Leveraj Operasi adalah seperti Jadual 14.1 :
Jadual 14.1 : Leveraj Operasi

Jualan PQ
(-) Kos Operasi :
Kos Berubah - VQ Leveraj Operasi
Kos Tetap Operasi - F

Pendapatan Operasi EBIT

http://modul2poli.blogspot.com/
P5127/ UNIT 14/ 3
LEVERAJ

o Leveraj Kewangan
Ia adalah kesan daripada kewujudan kos / caj kewangan tetap hasil
daripada pembiayaan modal samaada melalui pinjaman ataupun saham
terutama dalam aliran pendapatan syarikat.
Dengan kewujudan caj kewangan tetap ini, risiko pemilik syarikat akan
meningkat dan tambahan risiko ini dikenali sebagai risiko kewangan.
Dengan ini, ia akan memberikan kesan (peningkatan / penurunan)
yang lebih besar kepada perolehan sesyer (EPS) pemilik syarikat
apabila berlaku perubahan (peningkatan / penurunan) kepada
pendapatan operasi (EBIT).

Gambaran tentang Leveraj Kewangan adalah seperti Jadual 14.2 :


Jadual 14.2 : Leveraj Kewangan

Pendapatan Operasi EBIT


(-) Faedah (-) I
Pendapatan Sebelum Cukai (-) EBT
(-) Cukai (-) EBT (T)
Pendapatan Bersih NI
(-) Dividen Saham Terutama (-) PD Leveraj
Perolehan Pemegang S / Biasa EAC Kewangan

Perolehan sesyer (EPS) = EAC


Bilangan saham biasa
telah terbit

http://modul2poli.blogspot.com/
P5127/ UNIT 14/ 4
LEVERAJ

o Leveraj Gabungan

Leveraj ini merupakan kombinasi leveraj operasi dan leveraj kewangan


Leveraj gabungan merangkumi penggunaan semua jenis kos tetap,
samaada kos tetap operasi ataupun kos kewangan tetap, di mana
perubahan dalam jualan akan menghasilkan perubahan yang besar
dalam perolehan sesyer (EPS) pemilik syarikat.
Ini akan mempengaruhi risiko dan pulangan keseluruhan syarikat yang
seterusnya akan memberi kesan kepada harga saham biasa syarikat
tersebut. Leveraj gabungan mengambilkira keseluruhan aspek operasi
dan pembiayaan syarikat dalam menghasilkan perolehan.
Gambaran tentang Leveraj Gabungan adalah seperti Jadual 14.3 :

Jadual 14.3 : Leveraj Gabungan

Jualan PQ
(-) Kos Operasi :
Kos Berubah - VQ Leveraj

Kos Tetap Operasi - F Operasi

Pendapatan Operasi EBIT


(-) Faedah (-) I Leveraj

Pendapatan Sebelum Cukai (-) EBT Gabungan

(-) Cukai (-) EBT (T)


Pendapatan Bersih NI
(-) Dividen Saham Terutama (-) PD Leveraj

Perolehan Pemegang S / Biasa EAC Kewangan

Perolehan sesyer (EPS) = EAC


Bilangan saham biasa
telah terbit

http://modul2poli.blogspot.com/
P5127/ UNIT 14/ 5
LEVERAJ

AKTIVITI 14 (a)

Ujikan kefahaman anda sebelum meneruskan input selanjutnya.


Sila semak jawapan anda pada maklum balas di halaman berikutnya.

14.1 Terangkan dengan ringkas konsep leveraj operasi, leveraj kewangan dan
leveraj gabungan .
( 9 markah )

14.2 Berikan pendapat anda tentang kaitan kewujudan leveraj kewangan dalam
struktur syarikat dan kemampuan pembayaran balik caj-caj kewangan yang
berkaitan.
( 6 markah )

http://modul2poli.blogspot.com/
P5127/ UNIT 14/ 6
LEVERAJ

MAKLUM BALAS 14 (a)

14.1 Konsep Leveraj Operasi :


Ia merujuk kepada penggunaan kos tetap operasi dalam proses
pengeluaran barangan atau perkhidmatan. Kewujudan kos tetap operasi
akan memberikan kesan perubahan yang besar dalam pendapatan operasi
(EBIT) apabila terdapat sedikit perubahan dalam jualan.

Konsep Leveraj Kewangan :


Ia adalah kesan daripada kewujudan kos / caj kewangan tetap hasil
daripada pembiayaan modal samaada melalui pinjaman ataupun saham
terutama dalam aliran pendapatan syarikat.
Ia akan memberikan kesan (peningkatan / penurunan) yang lebih besar
kepada perolehan sesyer (EPS) pemilik syarikat apabila berlaku
perubahan (peningkatan / penurunan) kepada pendapatan operasi (EBIT).

Konsep Leveraj Gabungan :


Leveraj gabungan merangkumi penggunaan semua jenis kos tetap,
samaada kos tetap operasi ataupun kos kewangan tetap, di mana
perubahan dalam jualan akan menghasilkan perubahan yang besar dalam
perolehan sesyer (EPS) pemilik syarikat. Leveraj gabungan
mengambilkira keseluruhan aspek operasi dan pembiayaan syarikat dalam
menghasilkan perolehan.
( 9 markah )

http://modul2poli.blogspot.com/
P5127/ UNIT 14/ 7
LEVERAJ

14.2 Satu aspek yang perlu diberi perhatian ialah keupayaan aliran tunai yang
dijanakan oleh syarikat untuk membayar semua caj kewangan yang berkaitan.
Oleh itu, semakin tinggi nilai sekuriti pinjaman yang diterbitkan oleh
syarikat, dan semakin panjang tempoh matang sekuriti itu, maka semakin
tinggi caj kewangan ( yang terdiri daripada bayaran balik prinsipal dan faedah
ke atas pinjaman, bayaran pajakan, dividen saham terutama dan lain-lain )
yang akan ditanggung oleh syarikat.

Dalam keadaan ini, syarikat perlu melakukan suatu analisis yang menyeluruh
ke atas aliran tunai dijangkanya bagi memastikan aliran tunainya mencukupi
sebelum melakukan sebarang penambahan dalam leveraj kewangan.

Sebarang ketidakmampuan tunai yang mungkin akan dihadapi oleh syarikat


untuk membayar semua caj kewangan tetap akan mengakibatkan berlakunya
ketidakmampuan kewangan yang akhirnya akan menyebabkan syarikat
tersebut muflis.
( 6 markah )

http://modul2poli.blogspot.com/
P5127/ UNIT 14/ 8
LEVERAJ

INPUT

14.2 Pengiraan Darjah Leveraj Operasi, Darjah Leveraj Kewangan dan


Darjah Leveraj Gabungan melalui indeks pengukuran leveraj dan
implikasinya kepada syarikat.

Kesemua leveraj yang di nyatakan di atas, dapat diukur kesannya dengan


menggunakan indeks pengukuran leveraj.

(i) Kesan leveraj operasi ke atas pendapatan operasi (EBIT) sesebuah syarikat
boleh diukur melalui indeks yang dikenali sebagai Darjah Leveraj Operasi (DLO) @
Degree of Operating Leverage (DOL).
Persamaan DLO adalah seperti berikut :

DLO = Peratus (%) perubahan dalam EBIT


Peratus (%) perubahan dalam jualan

Persamaan DLO berdasarkan tahap kuantiti jualan (Q) :

DLO pada tahap Q = Q x (P–V)


Q x (P - V) - F

Persamaan DLO berdasarkan tahap jualan (S) :

DLO pada tahap S = S - VQ di mana :


Q = kuantiti jualan (u)
P = harga jualan / unit
S - VQ - F S = jumlah jualan
V = kos berubah / unit
VQ = jumlah kos
berubah
FC = jumlah kos tetap

http://modul2poli.blogspot.com/
P5127/ UNIT 14/ 9
LEVERAJ

Apabila persamaan di atas digunakan bagi mengira DLO, kesan perubahan dalam
leveraj operasi dapat diperhatikan dengan perubahan dalam :
o penggunaan kos tetap operasi,
o peningkatan atau penurunan dalam tahap jualan.

Contoh 14.1 : Penyata Pendapatan

Penyata Pendapatan Analitikal Syarikat Daya Sdn Bhd.

RM
Jualan 45,750,000
Kos Berubah 22,800,000
Hasil sebelum kos tetap 22,950,000
Kos Tetap 9,200,000
EBIT 13,750,000
Belanja Faedah 1,350,000
Pendapatan sebelum cukai 12,400,000
Cukai (50%) 6,200,000
Pendapatan Bersih 6,200,000

Bagi contoh di atas, kirakan Darjah Leveraj Operasi (DLO) Syarikat Ilham Sdn Bhd.
DLO syarikat boleh dikira dengan menggunakan persamaan berikut :

DLOpada tahap jualan = S - VQ


S - VQ - FC

http://modul2poli.blogspot.com/
P5127/ UNIT 14/ 10
LEVERAJ

DLOpada tahap jualan = S - VQ


S - VQ - FC

= RM 45,750,000 - 22,800,000

RM 45,750,000 - 22,800,000 - 9,200,000

= 1.67 x

Ketiga-tiga persamaan di atas boleh digunakan untuk mengira DLO bagi sesebuah
syarikat. Penggunaan mana-mana satu persamaan DLO di atas bergantung kepada
kesesuaian maklumat yang diperolehi pada ketika itu.

Implikasi leveraj operasi kepada syarikat :


Dalam contoh di atas, DLO = 1.67x. Ini bermaksud, bagi setiap x % perubahan
dalam jualan, EBIT akan berubah 1.67 darab x %. Ini dapat dibuktikan dengan :

Jika jualan meningkat 20%, maka EBIT akan turut sama berubah sebanyak 1.67
darab 20% yakni perubahan sebanyak 33.4% . Berikut merupakan penyata
pendapatan syarikat yang berdasarkan kepada peningkatan jualan sebanyak 20%.

Contoh 14.2 : Kesan Darjah Leveraj Operasi


Penyata Pendapatan Analitikal Syarikat Ilham Sdn Bhd.
Jualan 20%
Jualan RM 54,900,000 20%
Kos Berubah 27,360,000
Hasil sebelum kos tetap 27,540,000
Kos Tetap 9,200,000
EBIT 18,340,000 33.4
Belanja Faedah x
Pendapatan sebelum cukai x
Cukai (50%) x
Pendapatan Bersih x

http://modul2poli.blogspot.com/
P5127/ UNIT 14/ 11
LEVERAJ

Oleh yang demikian, jika sesebuah syarikat menggunakan kos tetap dalam peratusan
yang tinggi, maka syarikat dikatakan mempunyai leveraj operasi yang tinggi.
Implikasi daripada ini, menunjukkan bahawa sedikit perubahan dalam jualan, (20%),
akan menghasilkan perubahan yang lebih besar dalam pendapatan operasi (EBIT),
( 33.4% ).

Leveraj operasi memberi kesan yang sama pada kedua-dua arah samaada pada
penurunan dalam jualan mahupun pada peningkatan dalam jualan dengan andaian
bahawa kadar peningkatan / penurunan dalam jualan adalah sama.

(ii) Kesan leveraj kewangan ke atas pendapatan sesyer (EPS) pemilik syarikat
boleh diukur melalui indeks yang dikenali sebagai Darjah Leveraj Kewangan (DLK)
@ Degree of Financial Leverage (DFL).
Dengan kewujudan leveraj kewangan, perolehan sesyer (EPS) akan lebih sensitif
kepada perubahan dalam pendapatan operasi (EBIT).

Persamaan DLK adalah seperti berikut :

DLK = Peratus perubahan dalam EPS


Peratus perubahan dalam EBIT

Persamaan DLK berdasarkan tahap EBIT :

DLKpada tahap EBIT = EBIT

EBIT - I - [ PD x 1 / ( 1 – T ) ]

http://modul2poli.blogspot.com/
P5127/ UNIT 14/ 12
LEVERAJ

Persamaan DLK pada tahap kuantiti jualan (unit) Q :

DLKpada tahap Q = Q ( P – V ) - FC

Q ( P - V ) - FC - I - [ PD x 1/ ( 1 – T ) ]

Persamaan DLK pada tahap jumlah jualan (RM) S :

DLKpada tahap jualan = S - VQ - FC

S - VQ - FC - I - [ PD x 1/ ( 1 – T ) ]

Darjah leveraj kewangan (DLK) boleh didapati dengan menggunakan salah satu
daripada persamaan di atas, bergantung kepada kesesuaian maklumat yang diperolehi
pada masa itu.

http://modul2poli.blogspot.com/
P5127/ UNIT 14/ 13
LEVERAJ

Untuk mengaplikasikan salah satu daripada persamaan di atas, data-data berikut


akan digunakan :

Penyata Pendapatan Analitikal Syarikat Ilham Sdn. Bhd.


Contoh 14.3 : Pengiraan Darjah Leveraj Kewangan

RM
Jualan 45,750,000
Kos Berubah 22,800,000

Hasil sebelum kos tetap 22,950,000


Kos Tetap 9,200,000

EBIT 13,750,000
Belanja Faedah 1,350,000
Pendapatan sebelum cukai 12,400,000
Cukai (50%) 6,200,000
Pendapatan Bersih 6,200,000
Dividen Saham Terutama 0
Perolehan Pemegang Saham Biasa 6,200,000

Bil saham telah terbit 1,000,000


Perolehan sesyer (EPS) = RM 6,200,000

1,000,000

= RM 6.20

DLKpada tahap EBIT = EBIT

EBIT - I - [ PD x 1 / ( 1 – T ) ]

= RM 13,750,000
RM 13,750,000 - 1,350,000 - 0
= 1.11 x

http://modul2poli.blogspot.com/
P5127/ UNIT 14/ 14
LEVERAJ

Implikasi leveraj kewangan kepada syarikat :

Dalam contoh di atas, DLK = 1.11 x. Ini bermakna, setiap perubahan x % dalam
pendapatan operasi (EBIT) , perolehan sesyer (EPS) akan berubah sebanyak 1.11
darab x % . Ini dapat dibuktikan dengan :

Jika EBIT meningkat sebanyak 33.4%, maka EPS akan turut sama berubah
sebanyak 1.11 darab 33.4% yakni perubahan sebanyak 37.1% . Berikut merupakan
penyata pendapatan syarikat yang berdasarkan kepada peningkatan EBIT sebanyak
33.4%.
Contoh 14.4 : Kesan Darjah Leveraj Kewangan
Penyata Pendapatan Analitikal Syarikat Ilham Sdn Bhd.

RM RM
Jualan 45,750,000 54,900,000 20%

Kos Berubah 22,800,000 27,360,000

Hasil sebelum kos tetap 22,950,000 27,540,000


Kos Tetap 9,200,000 9,200,000

EBIT 13,750,000 18,340,000 33.4 %

Belanja Faedah 1,350,000 1,350,000


Pendapatan sebelum cukai 12,400,000 16,990,000
Cukai (50%) 6,200,000 8,495,000
Pendapatan Bersih 6,200,000 8,495,000
Dividen Saham Terutama 0 0
Perolehan Pemegang Saham Biasa 6,200,000 8,495,000

Bil saham telah terbit 1,000,000 1,000,000


Perolehan sesyer (EPS) = RM 6,200,000 8,495,000

1,000,000 1,000,000

= RM 6.20 RM 8.50 37.1 %

http://modul2poli.blogspot.com/
P5127/ UNIT 14/ 15
LEVERAJ

Oleh yang demikian, jika sesebuah syarikat mengalami DLK yang tinggi, maka akan
semakin besarlah kesan leveraj kewangan ke atas syarikat tersebut. Jika nilai darjah
leveraj kewangan lebih besar daripada 1, iaitu DFL > 1, leveraj kewangan akan
wujud dalam aliran perolehan syarikat.
Implikasi daripada ini, menunjukkan bahawa sedikit perubahan ke atas pendapatan
operasi (EBIT) iaitu, (33.4%), akan menyebabkan perolehan sesyer (EPS) berubah
pada kadar yang lebih besar iaitu, (37.1%).
Seperti juga leveraj operasi, leveraj kewangan memberi kesan yang sama pada kedua-
dua arah samaada pada peningkatan atau penurunan dalam EBIT dengan andaian
bahawa kadar peningkatan / penurunan dalam EBIT adalah sama.

(iii) Kesan gabungan leveraj operasi dan leveraj kewangan dikenali sebagai leveraj
gabungan dan ianya boleh diukur dengan menggunakan indeks kuantitatif iaitu
Darjah Leveraj Gabungan (DLG) @ Degree of Combined Leverage (DCL).
Dengan kewujudan leveraj gabungan ini, kesan perubahan yang besar akan berlaku
dalam perolehan sesyer (EPS) apabila sedikit perubahan berlaku ke atas jualan.

Persamaan DLG adalah seperti berikut :

DLG = Peratus perubahan dalam EPS


Peratus perubahan dalam jualan

Persamaan DLG hasil daripada gabungan leveraj operasi dan leveraj kewangan :

DLG = DLO x DLK

http://modul2poli.blogspot.com/
P5127/ UNIT 14/ 16
LEVERAJ

Persamaan DLG pada tahap jumlah jualan (RM), S.

DLGpada tahap jualan = S - VQ

S - VQ - FC - I - [ PD / ( 1 – T ) ]

Darjah leveraj gabungan (DLG) boleh diperolehi dengan menggunakan salah satu
daripada persamaan di atas, bergantung kepada kesesuaian maklumat yang diperolehi
pada masa itu.

Untuk mengaplikasikan konsep leveraj gabungan ini, ikuti contoh berikut :

Penyata Pendapatan Analitikal Syarikat Ilham Sdn. Bhd.


Contoh 14.5 : Pengiraan Darjah Leveraj Gabungan

RM
Jualan 45,750,000
Kos Berubah 22,800,000
Hasil sebelum kos tetap 22,950,000
Kos Tetap 9,200,000
EBIT 13,750,000
Belanja Faedah 1,350,000
Pendapatan sebelum cukai 12,400,000
Cukai (50%) 6,200,000
Pendapatan Bersih 6,200,000

Bil saham telah terbit 1,000,000


Perolehan sesyer (EPS) = RM 6,200,000

1,000,000

= RM 6.20

http://modul2poli.blogspot.com/
P5127/ UNIT 14/ 17
LEVERAJ

Berdasarkan penyata pendapatan di atas, Darjah Leveraj Gabungan boleh dikira


dengan menggunakan persamaan berikut :

(i) DLGpada tahap jualan = S - VQ

S - VQ - FC - I - [ PD / ( 1 – T ) ]

= RM 45,750,000 - 22,800,000

RM 45,750,000 - 22,800,000 - 9,200,000 - 1,350,000 – 0

= 1.85x

(ii) DLG = DLO x DLK

= 1.67 x 1.11

= 1.85x

Implikasi leveraj gabungan kepada syarikat :

Dalam contoh di atas, DLG = 1.85x. Ini bermaksud, bagi setiap x % perubahan
dalam jualan, EPS akan berubah 1.85 darab x % . Ini dapat dibuktikan dengan :

Jika jualan meningkat 20%, maka EPS akan turut sama berubah sebanyak 1.85 darab
20% yakni perubahan sebanyak 37.1%.
Oleh yang demikian, apabila nilai DLG yang diperolehi adalah lebih besar daripada
satu, maka wujudlah leveraj gabungan dalam struktur syarikat. Semakin tinggi nilai
DLG, semakin sensitif EPS terhadap perubahan dalam jualan.
Semakin tinggi kos atau caj kewangan yang digunakan oleh syarikat, semakin tinggi
jugalah Darjah Leveraj Gabungan yang ditanggung oleh syarikat.

http://modul2poli.blogspot.com/
P5127/ UNIT 14/ 18
LEVERAJ

AKTIVITI 14 (b)

Ujikan kefahaman anda sebelum meneruskan input selanjutnya.


Sila semak jawapan anda pada maklum balas di halaman berikutnya.

14.3 Penolong pengurus kewangan di tempat anda bekerja telah menghantar satu
memorandum kepada anda, meminta anda membuat pengiraan atas perkara-
perkara berikut :

Jualan RM 20,000,000
( - ) Kos Berubah 12,000,000

Perolehan sebelum kos tetap 8,000,000


( - ) Kos Tetap 5,000,000

Perolehan sebelum faedah dan cukai 3,000,000


( - ) Faedah 1,000,000

Perolehan sebelum cukai 2,000,000


( - ) Cukai (50%) 1,000,000

Pendapatan Bersih 1,000,000

Anda dikehendaki mengira yang berikut :

(i) Darjah Leveraj Operasi pada tahap pengeluaran yang diberikan.

( ii ) Darjah Leveraj Kewangan

( iii ) Darjah Leveraj Gabungan

( iv) Jika jualan meningkat sebanyak 30 %, berapa peratuskah perolehan


sebelum cukai meningkat ?

http://modul2poli.blogspot.com/
P5127/ UNIT 14/ 19
LEVERAJ

Tunjukkan pengiraan anda dengan menyediakan satu penyata


pendapatan yang baru berdasarkan kepada kriteria yang diberikan di
atas
( 20 markah )

14.4 Syarikat Gemilang Bhd. adalah sebuah syarikat pengeluar basikal kanak-
kanak. Harga jualan purata basikal yang telah siap ialah RM 200.00 seunit.
Kos berubah seunit ialah RM 140.00 manakala kos tetap keseluruhan ialah
RM 600,000 setahun.

Anda dikehendaki mengira :

a) (i) nilai titik pulang modal dalam unit


(ii) amaun volum jualan dalam ringgit bagi syarikat ini untuk
mencapai nilai titik pulang modal
(iii) untung rugi syarikat jika jualan adalah pada tahap 12,000 unit,
15,000 unit dan 20,000 unit.
(iv) Darjah Leveraj Operasi (DLO) syarikat mengikut tiga tahap
jualan yang berbeza seperti di bahagian (iii) diatas

b) Berikan komen anda bagi jawapan di bahagian (iv) di atas.


( 20 markah )

http://modul2poli.blogspot.com/
P5127/ UNIT 14/ 20
LEVERAJ

MAKLUM BALAS 14 (b)

14.3 a) DOL = 2.67


b) DFL = 1.50
c) DCL = 4.00
d) Jika jualan meningkat 30%,
Perolehan sebelum cukai = 30% X 4.00
= 120%

e) Jualan RM 26,000,000
( - ) Kos Berubah 15,600,000

Perolehan sebelum kos tetap 10,400,000


( - ) Kos Tetap 5,000,000

Perolehan sebelum faedah dan cukai 5,400,000


( - ) Faedah 1,000,000

Perolehan sebelum cukai 4,400,000


( - ) Cukai (50%) 2,200,000

Pendapatan Bersih 2,200,000

( 20 markah )

14.4 (a) (i) QB = 10,000 unit


( ii ) SB = RM 2,000,000

http://modul2poli.blogspot.com/
P5127/ UNIT 14/ 21
LEVERAJ

( iii ) Keluaran
12,000 u 15,000 u 20,000 u

Jualan RM 2,400,000 3,000,000 4,000,000


Kos Berubah 1,680,000 2,100,000 2,820,000

Untung sebelum kos 720,000 900,000 1,200,000


tetap
Kos Tetap 600,000 600,000 600,000

EBIT 120,000 300,000 600,000

( iv ) DOL 6x 3x 2x

(b) Darjah Leveraj Operasi ( DLO ) akan berkurangan sejajar dengan


peningkatan dalam tahap jualan syarikat dalam keadaan melebihi nilai titik
pulang modal.
( 20 markah )

http://modul2poli.blogspot.com/
P5127/ UNIT 14/ 22
LEVERAJ

PENILAIAN KENDIRI

Anda telah menghampiri kejayaan. Sila cuba semua soalan dalam penilaian kendiri ini
dan semak jawapan anda pada maklum balas yang disediakan.
Jika ada masalah yang timbul, sila berbincang dengan pensyarah anda.
Selamat mencuba semoga berjaya !!!

SOALAN 14-1

Berikut adalah penyata pendapatan Syarikat Indah Bhd. bagi tahun 2001.

SYARIKAT INDAH BHD


Penyata Pendapatan bagi tahun berakhir 31 Disember 2001
RM
Jualan 3,000,000
(-) Belanja Operasi :
Gaji dan upah 1,200,000
Bahan mentah 600,000
Susutnilai 300,000
Belanja Am 300,000
2,400,000
Perolehan sebelum faedah dan cukai (EBIT) 600,000
(-) Belanja Faedah 150,000
Perolehan sebelum cukai 450,000
( - ) Cukai ( 40% ) 180,000
Perolehan selepas cukai 270,000
(-) Dividen saham utama 50,000
Perolehan Bersih 220,000

Perolehan seunit saham biasa ( 100,000 unit saham ) RM 2.20

http://modul2poli.blogspot.com/
P5127/ UNIT 14/ 23
LEVERAJ

Sekiranya semua susutnilai dan 70% daripada belanja am syarikat merupakan kos
tetap, sementara baki belanja operasi lain adalah kos berubah ;

(a) Kirakan :
(i) Kos tetap dan kos berubah Syarikat Indah Bhd.
(ii) Titik pulang modal dalam nilai ringgit jualan ($)
(iii) Darjah Leveraj Operasi (DLO)
(iv) Darjah Leveraj Kewangan (DLK)
(v) Darjah Leveraj Gabungan (DLG)
( 13 m )

(b) Jika jualan tahun hadapan dijangka meningkat 10 %, sementara kos tetap
operasi dan kewangan, nisbah kos berubah serta kadar cukai tidak berubah,
anggarkan perolehan sesaham (EPS) tahun hadapan dengan menggunakan
nilai leveraj dari bahagian ( a ) di atas.
(2m)

(c) Sediakan unjuran penyata pendapatan bagi tahun hadapan sebagai bukti kiraan
anda di bahagian ( b ) di atas. (5m)
( Jumlah 20 m )

SOALAN 14-2

Syarikat Nadi Jaya Bhd. meramalkan kos tetapnya akan meningkat kepada RM
120,000 pada tahun berikutnya . Produk Syarikat Nadi Jaya Bhd. dijual pada harga
RM 12 seunit yang mana RM 7 merupakan kos berubah.
Pihak pengurusan syarikat sedang menimbangkan pembelian sebuah mesin baru yang
akan mengurangkan kos berubah syarikat kepada RM 5 seunit.

http://modul2poli.blogspot.com/
P5127/ UNIT 14/ 24
LEVERAJ

Walaubagaimanapun, mesin baru ini akan meningkatkan kos tetap syarikat melalui
peningkatan dalam perbelanjaan susutnilai.
Berikut adalah penyata pendapatan Syarikat Nadi Jaya Bhd. Ia adalah berasaskan
kepada tahap jualan sebanyak 40,000 unit.

SYARIKAT NADI JAYA BHD


Penyata Pendapatan bagi tahun berakhir 31 Disember 2001

RM
Jualan 480,000
(-) Kos Berubah 280,000
Perolehan sebelum kos tetap 200,000
Kos Tetap 120,000

Perolehan sebelum faedah dan cukai (EBIT) 80,000


(-) Belanja Faedah 30,000
Perolehan sebelum cukai 50,000
( - ) Cukai 25,000
Perolehan Bersih 25,000

Kirakan :
(a) Pertambahan ke atas amaun kos tetap yang tidak akan mengubah nilai titik
pulang modal syarikat (unit).
(b) Darjah Leveraj Operasi ( DLO )
(c) Darjah Leveraj Kewangan ( DLK )
(d) Darjah Leveraj Gabungan ( DLG )
( Jumlah 15 m )

http://modul2poli.blogspot.com/
P5127/ UNIT 14/ 25
LEVERAJ

MAKLUM BALAS KEPADA PENILAIAN KENDIRI

Adakah anda telah mencuba dahulu ?


Jika “YA” sila semak jawapan anda.

JAWAPAN 14-1

(a) (i) Kos tetap = susutnilai + 70% ( belanja am )


= RM 510,000 (2m)

Kos berubah = belanja operasi - kos tetap


= RM 1,890,000 (2m)

( ii ) Titik Pulang Modal (TPM) dalam $ :


SB = RM 1,378,378.38 (3m)

( iii ) DLO = 1.85x (2m)

( iv ) DLK = 1.64x (2m)

(v) DLG = DLO x DLK


= 3.03x (2m)

(b) Jika jualan meningkat 10%, EPS dijangka meningkat sebanyak :


10% x DCL = 10% x 3.03 = 30.3%
anggaran EPS = EPS 2001 x ( 1 + 30.3% )
= RM 2.87 (2m)

http://modul2poli.blogspot.com/
P5127/ UNIT 14/ 26
LEVERAJ

(c) Unjuran penyata pendapatan Syarikat Indah Bhd.

SYARIKAT INDAH BHD


Penyata Pendapatan bagi tahun berakhir 31 Disember 2001
RM
Jualan 3,300,000
(-) Kos Berubah 2,079,000
Kos Tetap 510,000

Perolehan sebelum faedah dan cukai (EBIT) 711,000


(-) Belanja Faedah 150,000
Perolehan sebelum cukai 561,000
( - ) Cukai ( 40% ) 224,400
Perolehan selepas cukai 336,600
(-) Dividen saham utama 50,000
Perolehan Bersih 286,600

Perolehan seunit saham biasa (EPS) RM 2.87


( 100,000 unit saham )

( 5m )
( Jumlah 20 m )

http://modul2poli.blogspot.com/
P5127/ UNIT 14/ 27
LEVERAJ

JAWAPAN 14-2

(a) QB = 24,000 unit (1m)

Pengiraan kos tetap :


( RM 12 ) ( 24,000 ) = ( RM 5 ) ( 24,000 ) + Kos tetap
RM 288,000 = 120,000 + Kos tetap
Kos tetap = RM 168,000 (3m)

Oleh itu,
Pertambahan kos tetap = RM 168,000 - 120,000
= RM 48,000 (2m)

(b) DLO = 200,000


80,000
= 2.5 x (3m)

(c) DLK = 80,000


50,000
= 1.6 x (3m)

(d) DLG = DLO x DLK


= 2.5 x x 1.6 x
= 4.0 x (3m)
( Jumlah 15 m )

http://modul2poli.blogspot.com/

Anda mungkin juga menyukai