Anda di halaman 1dari 10

MENJELASKAN MAKSUD AYAT BERDASARKAN TAFSIR PIMPINAN AL-RAHMAN

Luqman al hakim merupakan seorang soleh yang bertakwa kepada Allah SWT dan
dianugerahkan ilmu pengetahuan yang luas dan kebijaksanaan berkata-kata oleh Allah
SWT.Nama beliau tercatat dalam al Quran dan menjadi contoh kepada semua umat Islam.
Antara kata-kata beliau yang dianggap berhikmah dalam Al Quran adalah sesiapa yang
bersyukur kepada Allah SWT akan memberi faedah kepada dirinya sendiri , jangan berlaku
syirik kerana perbuatan tersebut merupakan kezaliman yang besar dan manusia perlu berbuat
baik kepada kedua-dua ibu bapa.

Di dalam surah ini juga terdapat beberapa nasihat untuk anaknya untuk dijadikan panduan
kepada umat Islam untuk mendidik anak masing-masing. Antaranya adalah tidak bersikap
sombong dan takbur , bersabar menghadapi dugaan kehidupan , menunaikan solat lima waktu,
melakukan amar makruf dan nahi mungkar dalam hidup , dan tidak memandang rendah kepada
orang lain.

Surah Luqman telah diminta untuk umat-umatnya melaksanakan seeperti yang disuruh oleh
Luqman al hakim dalam kehidupan dan hukumnya wajib. Apabila tidak mengikuti nasihatnya
kepada masyarakat , masyarakat akan menjadi porak-peranda dan berlakunya hubungan yang
berpecah-belah , umat ilam juga akan dipandang rendah dan hina oleh masyarakat lain dan
perkara khurafat dan perbuatan syirik kian menular dalam kalangan masyarakat .

Selain itu juga ia mengajar kita untuk mengajak yang bermaksud melakukan kebaikan dan
mencegah kemungkaran dengan cara berdakwah , untuk menyeru , mengajak , dan menyuruh
orang ramai mengamalkan ajaran islam yang sebenar dan mencegah perkara yang buruk , keji,
dan mungkar . Berdakwah boleh dilakukan dengan melalui tutur kata yang sopan dan
menunjukkan tingkah laku dan sikap yang baik kepada masyarakat.
TERJEMAHAN AYAT SURAH AL-LUQMAN AYAT 1-19
AYAT 1

 ١ ۤ‫ۤالم‬
1.Alif,Laam,Miin.

ِ َ‫ت ْٱل ِك ٰت‬


 ‫ب ْٱل َح ِك ِيم‬ َ ‫تِ ْل‬
ُ َ‫ك َءا ٰي‬
2.Ini ialah ayat-ayat Kitab (Al-Qur’an) yang mengandungi hikmah –hikmah dan kebenaran
yang tetap kukuh.

َ ِ‫هُ ًدى َو َرحْ َمةً لِّ ْل ُمحْ ِسن‬


 ‫ين‬
3.Menjadi hidayah pertunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang sedia mengerjakan arnal-
arnal yang baik

ِ ‫ون ٱل َّز َك ٰوةَ َوهُم بِٱلْ َء‬


َ ُ‫اخ َر ِة هُ ْم يُوقِن‬
 ‫ون‬ َ ُ‫صلَ ٰوةَ َويُْؤ ت‬
َّ ‫ون ٱل‬ َ ‫ٱلَّ ِذ‬
َ ‫ين يُقِي ُم‬
4. Iaitu orang-orang yang mendirikan sembayang ,dan memberi zakat,serta mereka yakin
tentang hari akhirat.
ٓ ٓ
َ ‫ك َعلَ ٰى هُ ًدى ِّمن َّربِّ ِه ْم َوُأ ۟و ٰلَِئ‬
َ ‫ك هُ ُم ْٱل ُم ْفلِح‬
 ‫ُون‬ َ ‫ُأ ۟و ٰلَِئ‬
5. Mereka itulah yang tetap mendapat hidayah pertunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah
orang –orang yang Berjaya.

 ‫يل ٱهَّلل ِ بِ َغي ِْر‬


ِ ِ‫ُض َّل َعن َسب‬ ِ ‫ث لِي‬ ِ ‫اس َمن يَ ْشتَ ِرى لَ ْه َو ْٱل َح ِدي‬
ِ َّ‫َو ِم َن ٱلن‬
ٓ
ٌ ‫ك لَهُ ْم َع َذابٌ ُّم ِه‬
‫ين‬ َ ‫ِع ْل ٍم َويَتَّ ِخ َذهَا هُ ُز ًوا ُأ ۟و ٰلَِئ‬
6. Dan ada di antara manusia orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada
cerita –cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan;yang berakibat menyesatkan (diri
nya dan orang ramai)dari ugama Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan; dan
ada pula orang yang menjadikan ugama Allah itu sebagai ejek-ejekan; merekalah orang-
orang yang akan beroleh azab yang menghinakan.

 ‫َوِإ َذا تُ ْتلَ ٰى َعلَ ْي ِه َءا ٰيَتُنَا َولَّ ٰى ُم ْستَ ْكبِرًا َكَأن لَّ ْم يَ ْس َم ْعهَا َكَأ َّن فِ ٓى ُأ ُذنَ ْي ِه‬
‫ب َألِ ٍيم‬ٍ ‫َو ْقرًا فَبَ ِّشرْ هُ ِب َع َذا‬
7.Dan apabila dibacakan kepadanya ayat-ayat kami,berpalinglahdia dengan
angkuhnya,seolah-olah ada penyumbat pada kedua telinganya;maka gembirakanlah dia
dengan balasan azab dan tidak terperi sakitnya.

ُ َّ‫ت لَهُ ْم َج ٰن‬


 ‫ت ٱلنَّ ِع ِيم‬ ۟ ُ‫وا َو َع ِمل‬
َّ ٰ ‫وا ٱل‬
ِ ‫صلِ ٰ َح‬ ۟ ُ‫ين َءامن‬
َ َ ‫ِإ َّن ٱلَّ ِذ‬
8.Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh,mereka akan beroleh syurga
yang penuh dengan berbagai nikmat

َ ‫ٰ َخلِ ِد‬
 ‫ين فِيهَا َو ْع َد ٱهَّلل ِ َحقًّا َوهُ َو ْٱل َع ِزي ُز ْٱل َح ِكي ُم‬
9.kekallah mereka di dalamnya,Demikian dijadikan Allah-janji yang tetap benar;dan Dialah
jua yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

 ‫ض َر ٰ َو ِس َى َأن‬ ِ ْ‫ت بِ َغي ِْر َع َم ٍد تَ َر ْونَهَا َوَأ ْلقَ ٰى فِى ٱَأْلر‬ ِ ‫ق ٱل َّس ٰ َم ٰ َو‬
َ َ‫َخل‬
‫ث فِيهَا ِمن ُك ِّل َدٓابَّ ٍة َوَأن َز ْلنَا ِم َن ٱل َّس َمٓا ِء َمٓا ًء فََأ ۢنبَ ْتنَا فِيهَا‬ َّ َ‫تَ ِمي َد بِ ُك ْم َوب‬
ٍ ‫ِمن ُكلِّ َز ْو‬
‫ج َك ِر ٍيم‬
10.Ia menciptakan langit dengan tidak bertiang sebagaimana yang kamu melihatnya;dan ia
mengadakan di bumi gunung ganang yang menetapnya supaya bumi itu tidak menghayun-
hayunkankamu;dan ia biakkan padanya berbagai jenis binatang .Dan Kami menurunkan
hujan dari langit,lalu kami tumbuhkan di bumi berbagai jenis tanaman yang memberi banyak
manfaat.
ٰ ُ ‫ٰهَ َذا َخ ْل‬
 ‫ون فِى‬ َ ‫ين ِمن ُدونِ ِهۦ بَ ِل ٱلظَّلِ ُم‬ َ َ‫ق ٱهَّلل ِ فََأرُونِى َما َذا َخل‬
َ ‫ق ٱلَّ ِذ‬
َٰ
ٍ ِ‫ضلَ ٍل ُّمب‬
‫ين‬
11.Ini (semuanya adalah)ciptaan Allah ,maka cubalah kamu tunjukkan kepadaku apakah
yang telah di ciptakan oleh makhluk-makhluk yang lain daripadanya(yang kamu sembah
itu?)(tidak ada sesuatu pun)bahkan orang-orang yang zalim (dengan perbuatan syiriknya)itu
berada dalam kesesatan yang jelas nyata.

 ‫َولَقَ ْد َءاتَ ْينَا لُ ْق ٰ َم َن ْٱل ِح ْك َمةَ َأ ِن ٱ ْش ُكرْ هَّلِل ِ َو َمن يَ ْش ُكرْ فَِإنَّ َما يَ ْش ُك ُر‬
‫لِنَ ْف ِسِۦه َو َمن َكفَ َر فَِإ َّن ٱهَّلل َ َغنِ ٌّى َح ِمي ٌد‬
12. Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman,hikmat kebijaksanaan ,(serta
kami perintah kepadanya);”bersyukurlah kepada Allah (akan segala nikmatnya
kepadamu)”.Dan sesiapa yang bersyukur maka faedahnya itu hanyalah terpulang kepada
dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada
Allah),kerana sesungguhnya Allah Maha Kaya ,lagi Maha Terpuji.
 ‫ك لَظُ ْل ٌم‬ َّ َ‫َوِإ ْذ قَا َل لُ ْق ٰ َم ُن ٱِل ْبنِِۦه َوهُ َو يَ ِعظُهۥُ ٰيَبُن‬
َ ْ‫ى اَل تُ ْش ِر ْك بِٱهَّلل ِ ِإ َّن ٱل ِّشر‬
‫َع ِظي ٌم‬
13. Dan (ingatlah )tatkala Luqman berkata kepada anaknya,semasa ia memberi nasihat
kepadanya :”Wahai anak kesayanganku,janganlah engkau mempersekutukan Allah
(dengan sesuatu yang lain ),sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang
besar”.

َ ٰ ِ‫ص ْينَا ٱِإْل ن ٰ َس َن بِ ٰ َولِ َد ْي ِه َح َملَ ْتهُ ُأ ُّم ۥهُ َو ْهنًا َعلَ ٰى َو ْه ٍن َوف‬
 ‫صلُهۥُ فِى‬ َّ ‫َو َو‬
ِ ‫ى ْٱل َم‬
‫صي ُر‬ َ ‫َعا َمي ِْن َأ ِن ٱ ْش ُكرْ لِى َولِ ٰ َولِ َد ْي‬
َّ َ‫ك ِإل‬
14. Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya;ibunya telah
mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung
hingga akhir menyusunya ),dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun;
(dengan yang demikian)bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu;dan
(ingatlah),kepada akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan ).

 ‫ك بِ ِهۦ ِع ْل ٌم فَاَل تُ ِط ْعهُ َما‬َ َ‫ْس ل‬َ ‫ك بِى َما لَي‬ َ ‫ك َعلَ ٰ ٓى َأن تُ ْش ِر‬
َ ‫َوِإن ٰ َجهَ َدا‬
َّ َ‫ى ثُ َّم ِإل‬
‫ى‬ َ َ‫اح ْبهُ َما فِى ٱل ُّد ْنيَا َم ْعرُوفًا َوٱتَّبِ ْع َسبِي َل َم ْن َأن‬
َّ َ‫اب ِإل‬ ِ ‫ص‬ َ ‫َو‬
َ ُ‫َمرْ ِج ُع ُك ْم فَُأنَبُِّئ ُكم بِ َما ُكنتُ ْم تَ ْع َمل‬
‫ون‬
15.Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan denganKu
sesuatu yang engkau –dengan fikiran sihatmu-tidak mengetahui sungguh adanya,maka
janganlah engkau taat kepada mereka;dan bergaullah dengan mereka;di dunia dengan cara
yang baik.dan turutlah jalan orang-orang yang ruju ‘kembali kepadaKu (dengan tauhid dan
amal-amal yang soleh),kemudian kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya,maka Aku
akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan.

 ‫ص ْخ َر ٍة َأ ْو فِى‬
َ ‫ك ِم ْثقَا َل َحبَّ ٍة ِّم ْن خَرْ َد ٍل فَتَ ُكن فِى‬ ُ َ‫ى ِإنَّهَٓا ِإن ت‬َّ َ‫ٰيَبُن‬
ِ ‫ض يَْأ‬
ٌ ‫ت بِهَا ٱهَّلل ُ ِإ َّن ٱهَّلل َ لَ ِط‬
‫يف َخبِي ٌر‬ ِ ْ‫ت َأ ْو فِى ٱَأْلر‬ِ ‫ٱل َّس ٰ َم ٰ َو‬
16.(Luqman menasihati anaknya dengan berkata);”Wahai anak kesayanganku ,sesungguhnya
jika ada sesuatu perkara (yang baik atau yang buruk) sekalipun seberat bijih sawi ,serta serta
ia tersembunyi di dalam batu besar atau di langit atau atau pun di bumi,sudah tetap akan
dibawa oleh Allah (untuk dihakimi dan dibalas nya);kerana sesungguhnya Allah Maha Halus
pengetahuanNya;lagi Amat Meliputi akan segala yang tersembunyi,
ِ ‫صلَ ٰوةَ َوْأ ُمرْ بِ ْٱل َم ْعر‬
 ‫ُوف َوٱ ْنهَ َع ِن ْٱل ُمن َك ِر َوٱصْ بِرْ َعلَ ٰى‬ َّ ‫ى َأقِ ِم ٱل‬
َّ َ‫ٰيَبُن‬
‫ُأْل‬
ِ ‫ك ِم ْن َع ْز ِم ٱ ُم‬
‫ور‬ َ ِ‫ك ِإ َّن ٰ َذل‬ َ ‫َمٓا َأ‬
َ َ‫صاب‬
17. “Wahai anak kesayanganku,dirkanlah sembahyang,dan suruhlah berbuat kebaikan ,serta
laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar,dan bersabarlah atas segala bala’bencana
yang menimpamu .Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara –perkara yang
dikehendaki diambil berat melakukannya.

ِ ْ‫ش فِى ٱَأْلر‬


 ‫ض َم َرحًا ِإ َّن ٱهَّلل َ اَل‬ ِ َّ‫ك لِلن‬
ِ ‫اس َواَل تَ ْم‬ َ ُ‫َواَل ت‬
َ ‫ص ِّعرْ َخ َّد‬
ٍ ‫ال فَ ُخ‬
‫ور‬ ٍ َ‫ي ُِحبُّ ُك َّل ُم ْخت‬
18. “Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah )kepada
manusia,dan janganlah engkau berlagak sombong;sesungguhnya,Allah tidak suka kepada
tiap-tiap orang yang sombong takbur ,lagi membanggakan diri.

 ‫ت‬ِ ‫ك ِإ َّن َأن َك َر ٱَأْلصْ ٰ َو‬ َ ‫ك َوٱ ْغضُضْ ِمن‬


َ ِ‫ص ْوت‬ ِ ‫َوٱ ْق‬
َ ِ‫ص ْد فِى َم ْشي‬
ِ ‫ت ْٱل َح ِم‬
‫ير‬ ُ ‫ص ْو‬ َ َ‫ل‬
19.”Dan sederhanakanlah langlahmu semasa berjalan juga rendahkanlah suaramu (semasa
berkata –kata ),sesungguhnya seburuk –buruk suara ialah suara keldai:.
MENGUPAS ISU BERKAITAN PADA MASA KINI:-
Pandemic corona virus ini telah menyebabkan pelbagai keajaiban yang tidak pernah dibayangkan
ia akan berlaku di seluruh dunia ini. Sesuai dengan Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan
Ilmiah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), pada 18 Mac, gabungan 107 negara di
seluruh dunia ini telah melaksanakan penutupan sekolah. Ini merangkumi 862 juta pelajar di
seluruh dunia, yang secara praktikalnya adalah 50% daripada populasi pelajar di seluruh dunia.

Di Malaysia, peningkatan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan penutupan sekolah yang agak
membimbangkan. Namun dari perspektif positif, ia seolah 'memulakan kembali' terutamanya
tugas ibubapa untuk mendidik anak anak.

Ibubapa yang sebelum ini terlalu sibuk untuk bekerja berpeluang untuk menghargai setiap minit
yang berharga dengan anak-anak mereka, menolong mereka dalam peperiksaan, melakukan
latihan yang berbeza setiap hari bersama-sama, melakukan solat berjemaah pada awal waktu
Bersama , dan bahkan berpeluang untuk mengurangkan kelebihan dan pengalaman, perjumpaan,
dan perkembangan kepada anak-anak kesayangan mereka.

Walau apa pun, keadaan ini mungkin akan berlaku sekiranya ibubapa memahami peluang
keemasan ini dan menggunakannya sebagaimana yang diharapkan.

Komunikasi yang konsisten dengan para pendidik dan sekolah sama seperti yang dikongsi
bersama adalah penting memandangkan pada masa ini pengajar benar-benar perlu bergantung
pada bantuan dan dorongan kedua ibubapa untuk menjamin bahawa anak mudah untuk
mengikuti semua pembelajaran, tugas dan penilaian yang diberikan.

tanpa dorongan kedua ibubapa, akan ada di mana anak tidak mengikuti pembelajaran yang
diberikan tanpa pendidik dan mempunyai pilihan untuk melakukan apa-apa sahaja yang mereka
ingini, sehingga merugikan anak anak.

Penjaga harus membantu meyakinkan anak-anak mereka dengan menjelaskan persiapan yang
diberikan antara latihan pembelajaran untuk membantu mereka melakukan latihan yang lebih
baik.
Sekiranya pelajaran itu dianggap menyusahkan, adalah wajar untuk membicarakannya dengan
bijak dengan para pengajar kerana penjaga adalah 'mata, kaki dan tangan' bagi pendidik untuk
menyaring, memperhatikan dan bekerja dengan pembelajaran anak di rumah.

Tanpa pertolongan ibu bapa, sukar bagi pengajar untuk mendapatkan maklumat, sentimen dan
aktiviti pelajar melalui interaksi pembelajaran.

Lebih-lebih lagi, penyusunan bilik untuk menjauhkan diri daripada gangguan sangat penting.
Inilah tempat di mana inovasi, usaha dan tanggungjawab ibu bapa diperlukan.

Satu perkara yang harus dipandang ialah PKP mungkin menimbulkan kerisauan di kalangan
pelajar yang akan mengambil penilaian seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Pentaksiran
Tingkatan 3 (PT3) atau Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Di sini adalah penting bagi ibubapa untuk mempertajam kemampuan mereka dalam
melaksanakan kawalan dan peraturan di rumah untuk menjamin permintaan dalam kehidupan
anak dijaga dengan baik

BAGAIMANA IBRAH AYAT MEMANDU ISU TERSEBUT SEBAGAI PANDUAN?


Ibrah ayat yang dapat kita perolehi dari kisah isi ialah, untuk melahirkan anak-anak yang taat
ibubapa perlu memainkan peranan yang amat penting dalam memberi pengajaran kepada anak-
anak, sama seperti dalam lingkungan keluarga juga dapat mempengaruhi keperibadian anak-
anak. Keluarga yang mesra dan sejahtera akan melahirkan watak dan persona yang positif,
meriah dan mantap. sementara itu yang keluarga berada dalam perselisihan, sering bersikap
pergaduhan dan berpisah sehingga sehingga menjadi suasana yang tidak tenang dan
membosankan. Sekiranya keadaan seperti itu wujud didalam system keluarga, ini mempengaruhi
perkembangan pemikiran anak-anak.
PENGAJARAN AYAT DARIPADA SURUH AL-LUQMAN

Kita mesti mengambil tahu dan sedar bahawa betapa besarnya erti kehidupan pada masa
ini.Selain itu, masa adalah usia. Waktu yang telah berlalu bererti usia yang sudah habis, tiada
ganti. Perkara besar dalam kehidup ini ialah membawa kepada kehidupan ini dan sesuai dengan
kehendak Allah SWT. Jadi kita mestilah berusaha mempelajarinya daripada petunjuk Al-Quran
dan Hadis Nabi S.A.W.

Selain itu,  Kita mestilah wajib membaca Al-Quran dan belajar memahami isi kandungannya. Ia
adalah salah satu Rahmat yang utama daripada Allah SWT. Al-Quran yang disampaikan melalui
Rasulullah SAW. Jadi semestinya kita mengikuti apa yang telah Rasulullah sampaikan dan
memberi contoh kepada kita sepanjang hidup baginda. Janganlah kita menolak hadis, kerana
tanpa Rasulullah SAW, bagaimana mungkin kita akan mendapat petunjuk dan memahami Al-
Quran.

Selepas itu, kita mestilah berusaha dengan menjaga solat dan menjadikannya sebagai salah satu
agenda utama dalam jadual hidup kita, begitu juga dengan membaca Al-Quran kita boleh
jadikannya sebagai salah satu panduan dalam kehidupan seharian kita.Dengan adanya panduan
dan pegangan agama yang kukuh kita tidak mudah terpesong dari ajaran Islam.

Walaubagaimanapun,kita juga perlu pasangkan niat untuk menjadi pembayar zakat yang tegar.
Ini akan mendorong kita supaya berusaha dengan lebih bersungguh-sungguh dalam mencari
kekayaan kerana Allah.Di Samping Itu,dengan bersedekah juga kita boleh menghapuskan dosa
dan kesalahan kita yang lepas. Tetapi kita perlulah bertaubat agar tidak melakukan perkara itu
lagi.Malah bersedekah dengan secara ikhlas juga akan memberi kita ganjaran pahala yang
paling besar. Setiap amalan baik yang dilakukan oleh kita akan diberi ganjaran oleh Allah SWT.

Akhir sekali. yakin akan adanya hari akhirat mestilah sentiasa diingatkan di dalam diri masing –
masing . Ini akan lebih mudah apabila kita memahami setiap patah bacaan di dalam solat.Dengan
menghayati setiap maksud yang dibaca dalam solat,kita dapat menyempurnakan solat dengan
lebih khusyuk.
KESIMPULAN
Kita mestilah mengambil sikap teladan dari kisah Luqman yang diberi hikmah iaitu bersyukur
terhadap apa saja yang Tuhan anugerahkan kepada kita. Beriman atau bertauhid itu merupakan
hal yang sangat penting agar anak-anak mempunyai yayasan ketika menghadapi dugaan pada
masa hadapannya nanti. Apabila kita beriman kepada Allah, kita hendaklah berbakti kepada
orang tua, menghormati orang yang lebih tua dari kita, memiliki sikap toleransi dalam hal
keduniaan terhadap orang yang memiliki keyakinan berbeza dengan kita, termasuk dengan ibu
bapa kita sendiri, bertanggungjawab dalam menegakkan kebajikan dan mencegah keburukan,
mendirikan solat, bersabar dalam menghadapi ujian, dan bersikap sederhana dalam ucapan
mahupun ketika berjalan. Membiasakan anak solat sejak kecil adalah hal yang mutlak dilakukan
oleh kedua ibu bapa. Demikian juga, kita dapat menanamkan budaya dan adat istiadat
masyarakat yang tidak bertentangan dengan agama, bersikap sabar, tabah, sopan santun dan
rendah hati.

Seterusnya, sebagai ibu bapa kita semestinya pernah mengalami masa kecil atau masa yang
sedang dialami oleh anak-anak kita sekarang. Kita boleh membezakan mana yang baik dan
buruk. Maka, sebelum ia memasuki usia remaja, kita harus membekalkannya dengan ilmu atau
pelajaran asas yang benar sesuai dengan ajaran agama Islam. Pelajaran itu tidak boleh
memaksanya akan tetapi ia terikat dalam hati dan jiwanya, sehingga pelajaran itu akan selalu
menjadi pedomannya. Kita boleh mempelajari Al-Quran dengan memahami maknanya melalui
kitab-kitab tafsir dengan membaca kitab yang kita fahami bahasanya.

Namun begitu, sebagai seorang anak, kita hendaklah mempunyai semangat mahu belajar dan
menimba ilmu yang diberikan oleh orang lain kepada kita. Akan tetapi kita juga seharusnya
pandai memilih mana yang baik untuk kita yang sesuai dengan norma yang berlaku dan sesuai
dengan ajaran agama. Yang baik menuntut orang lain, belum tentu baik untuk kita, begitupun
sebaliknya.

Akhir sekali, pendidikan kepada anak-anak itu merupakan satu perkara yang sangat penting.
Malah di dalam Al-Quran juga sudah tertulis bahawa menuntut ilmu itu merupakan suatu
kewjipan untuk kita sebagai seorang umat Islam. Oleh itu, setiap ibu bapa bertanggungjawab
membekalkan ilmu atau pelajaran kepada anak-anak mereka supaya masa hadapan anak-anak
mereka akan terjamin.
BIBLIOGRAFI

 https://www.academia.edu/26422785/Surah_Luqman

 Oxford Fajar Whizz thru SPM pendidikan Islam, Johar Seman

 https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2020/04/676871/pkp-uji-kerjasama-ibu-
bapa-guru

 Tafsir Pimpinan Ar-Rahman

 https://zuraidahmuda.blogspot.com/2019/12/pengajaran-surah-luqman-ayat-12-19.html

Anda mungkin juga menyukai