Anda di halaman 1dari 3

 Penyalahgunaan Internet

Penggunaan internet adalah salah satu keperluan harian dalam kehidupan individu,
remaja, orang tua, kanak-kanak dan ahli perniagaan bagi memudahkan mereka
melayari internet pada setiap masa dengan begitu mudah. Di Samping Itu, penggunaan
telefon pintar juga telah membuatkan masyarakat kini boleh mendapat maklumat atau
berita-berita semasa hanya di hujung jari, malah mereka boleh mengakses laman web
dengan menggunakan internet yang mudah didapati di mana-mana. Kepentingan
internet dalam kehidupan manusia tidak boleh disangkal lagi.

Oleh demikian, terdapat banyak perkara yang boleh melalaikan dan menyeronokkan
terutamanya kepada golongan muda. Diantaranya ialah permainan atas talian yang
berbagai bentuk dan boleh dimuat turun secara percuma malah berbual di atas talian
yang membincangkan perkara-perkara yang tidak berfaedah seperti gossip, hiburan
dan sebagainya. Sekiranya para pelajar terlalu asyik dengan internet atau ketagihan
internet, ia akan memberi kesan yang tidak baik terhadap hubungan sosial di dalam
masyarakat. Selain itu,"Ketagihan ini akan menyebabkan seseorang individu merasa
terlalu ingin melakukannya, sehingga menjadi tabiat yang akan memberi kesan yang
menjejaskan pendidikan dan kerjaya," katanya. Kajian Morbiditi dan Kebangsaan 2017
yang dilaksanakan dalam kalangan remaja 13 hingga 17 tahun menunjukkan ketagihan
online berada pada 34.9 peratu, kata Beliau.

Selain itu, Internet juga memudahkan pelajar untuk mengakses berbagai laman
sesawang yang ada di internet seperti pronografi. Pendedahan sebegini juga boleh
menyebabkan keruntuhan moral seseorang, terutama golongan remaja yang belum
mampu memikirkan kesan buruk terhadap pendedahan keterlaluan mereka terhadap
bahan sebegitu. Remaja juga akan menganggap bahan-bahan sebegini merupakan
sesuatu yang lumrah, malah mereka berani melakukan perkara-perkara yang
bertentangan dengan moral budaya masyarakat. Menurut artikel yang dikeluarkan oleh
Harian Metro yang bertarikh 23 Ogos 2017 yang bertajuk “Statistik mengejutkan”,
Pengarah Love Myself Campaign Dr. Shamsuriani Md Jamal menyatakan bahawa
“statistik global yang dikeluarkan laman web lucah di Amerika Syarikat baru-baru ini
menyebut Malaysia antara negara paling tinggi di Asia yang menonton sumber
pornografi. Malah daripada statistik itu, kaum wanita negara ini dikatakan mendahului
kaum lelaki”. Menurutnya lagi Love Myself Campaign pernah melakukan kaji selidik
membabitkan kelompok remaja berusia antara 13 hingga 17 tahun pada tahun 2015
dan 2016. Pada tahun 2015, mereka telah melakukan kaji selidik terhadap 70
responden dan tahun 2016-pula membabitkan 377 responden
 Penggunaan media Sosial Dalam dunia tanpa ... - ilkap.gov.my. (n.d.). Retrieved
January 22, 2022, from
https://www.ilkap.gov.my/download/kertaspenyelidikan/PMSDDTS18122017.pdf

 Kerajaan Kaji Sekat remaja akses internet selepas 12 malam. BH Online. (2018,
August 13). Retrieved January 22, 2022, from
https://api.bharian.com.my/berita/nasional/2018/08/461362/kerajaan-kaji-sekat-
remaja-akses-internet-selepas-12-malam.

 . Alzahrin Alias dan Mohd Nasaruddin Parzi. (2015, April 30). Remaja
Terpengaruh media sosial. Berita Harian. Retrieved January 22, 2022, from
https://www.bharian.com.my/bhplus-old/2015/05/50941/remaja-terpengaruh-
media-sosial.

Anda mungkin juga menyukai