Anda di halaman 1dari 14

CTU101

ASAS-ASAS I

PERANAN ZAKAT TERHADAP


PEMBANGUNAN NEGARA

Disediakan untuk:

ENCIK MOHD RAZLAN BIN AHMAD

Disediakan oleh:

Kumpulan 4

ZAHRIN AIMAN BIN ZAHRUL NIZAM(2021121147)


SITI RUZANA BINTI ROSELY(2021105905)
NUR ALIA NAZIRAH BINTI MOHD NAZRI(2021116635)
LIA NURFATEHA ADREENA BINTI MOHD BUSTAMI(2021104251)
NUR AQILAH HASHA BINTI ZAINUDIN(2021131635)

Untuk kegunaan pensyarah


Penilaian Markah (20%)
Pengenalan
Isi+ huraian
Cadangan & Kesimpulan
Rujukan (Bibliografi)
Etika& Profesionalisme
Jumlah
(PERANAN ZAKAT TERHADAP PEMBANGUNAN NEGARA)

KANDUNGAN

1.0 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan kepada zakat 1

1.2 Definisi Zakat


1.2.1 Bahasa 2

1.2.2 Istilah 2
1.2.3 Hukum zakat 2
1.3 Syarat yang diwajibkan berzakat 3
1.4 Jenis-jenis zakat 4
1.5 Orang yang berhak untuk menerima zakat 5

2.0 PERANAN ZAKAT TERHADAP PEMBANGUNAN NEGARA


Isi 1
2.1 Aspek agama 6

3.0 Isi 2
3.1 Aspek politik 7

4.0 Isi 3
4.1 Aspek ekonomi 8

5.0 Isi 4
5.1 Aspek social 9
10

6.0 CADANGAN & KESIMPULAN


6.1 Cadangan 11
6.2 Kesimpulan 12

7.0 RUJUKAN 13
1.1.PENGENALAN KEPADA ZAKAT

Al-quran dan hadis adalah pegangan agama dalam diri seseorang yang lengkap merangkumi segala aspek
iaitu hubungan seseorang itu dengan Allah SWT serta hubungan sesama manusia dan makhluk
lainnya.Selain itu, ia juga menyentuh kepada pelbagai aspek kerohanian dan kebendaan dalam pelbagai
perkara.Dalam tajuk ini,kami amat menekankan tentang tajuk yang berkaitan dengan zakat untuk
dikupaskan dengan lebih mendalam.Seperti yang kita semua ketahui bahawa zakat merupakan salah satu
ibadah yang islam menyeru umatnya untuk menigkut perintah allah ialah supaya umat islam dapat
mengikutinya serta juga berupaya membangunkan martabat islam. Zakat ini kita dapat kaitkan dengan
peristiwa zaman permulaan islam di Makkah lagi tetapi pada masa itu perintah yang mengatakan diwajibkan
zakat pada masa itu adalah umum.Sementara itu,ayat-ayat di dalam al-quran yang menerangkan perintah
wajib menunaikan zakat tidak dinyatakan secara terperinci tentang jenis-jenis harta benda dan jumlah yang
diwajibkan zakat.Pada masa itu,zakat ini ditunaikan hanyalah kerana belas kasihan orang islam yang
kehidupan mewah serta atas dasar timbang rasa sahaja.Selepas Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah dan
islam pada masa itu mula dibentuk dengan sempurna dan lengkap oleh baginda ,barulah zakat ini
diterangkan dengan lebih terperinci dari segi harta bendanya serta jumlah yang diwajibkan zakat.Seterusnya,
dengan lebih jelas diterangkan bahawa siapa yang perlu mambayar zakat ini dan yang akan mendapat zakat
ini.Hanya golongan tertentu sahaja yang akan mendapat bantuan zakat ini seperti golongan
asnaf.Sebenarnya,apabila seseorang yang berkemampuan itu boleh membayar zakat,Allah telah
mensyariatkan bahawa ia dapat mewujudkan sifat rasa bersyukur terhadap nikmat yang dikurniakan oleh
Allah SWT dikalangan golongan yang hidup mewah.Selain itu, dengan membayar zakat ini,ia dapat
mengurangkan perasaan iri hati di kalangan orang yang kurang bernasib baik.

1
1.2.DEFINISI ZAKAT

1.2.1.DARI SEGI BAHASANYA:

Zakat ialah dari satu perkataan arab yang bermula dengan kalimah ( ‫ )الزكاة‬yang bermaksud suci dan subur
serta bersih,berkat dan berkembang dengan baik kepada harta yang dizakatkan, pembayar zakat dan juga
penerima zakat.Dari erti kata lain pula,membersihkan diri dari sifat dengki yang ada dalam hati seseorang
yang berharta.

1.2.2.DARI SEGI ISTILAHNYA:

Dari segi istilah pula,zakat membawa maksud mengeluarkan sebahagian daripada harta seseorang yang
berkemampuan atau berharta dan diberikan kepada golongan asnaf yang berhak menerima harta tersebut
mengikut syarat-syarat yang telah ditentukan.

1.2.3.HUKUM ZAKAT

Zakat merupakan rukun islam yang ke-3 yang menjadikan ia adalah salah satu unsur yang penting dalam
syariat islam.Jadi,hukum membayar zakat adalah wajib ke atas seseorang umat islam yang memenuhi
syarat.Bagi sesiapa yang susah untuk membayar zakat ini walaupun kehidupannya mewah boleh diperangi
serta bagi sesiapa orang islam yang menolak perkara wajib menunaikan zakat adalah dianggap kafir.Dalam
satu peristiwa sejarah islam iaitu Khalifah Abu Bakar juga perangi orang yang tidak patuh arahan untuk
membayar zakat.

Allah SWT memerintahkan agar menunaikan zakat dalam firman-nya:

“Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat dan rukuklah kamu semua (berjemaah)
bersama-sama orang yang rukuk.”

( surah al-baqarah:ayat 43)

2
1.3. SYARAT YANG DIWAJIBKAN BERZAKAT

Apabila seseorang itu perlu membayar zakat,ia perlu mengetahui dahulu tentang syarat-syarat yang
diwajibkan untuk berzakat.Terdapat beberapa syarat yang mewajibkan seseorang itu berzakat serta perlu
difahami sebelum membuat apa-apa tindakan.Syarat-syarat wajib tersebut adalah seperti yang dinyatakan di
bawah:

1) Islam
Zakat ini hanya dikenakan dan perlu dibayar oleh semua orang islam dan tidak perlu untuk orang
yang bukan beragama islam.

2) Merdeka
Bagi orang yang bebas daripada menjadi hamba dan orang yang merdeka sahaja diwajibkan
berzakat.Walaupun pada masa sekarang tiada lagi hamba abdi,tetapi syarat ini masih tetap dalam
syarat wajib berzakat.

3) Milik sempurna
Milik sempurnakan dimaksudkan bahawa harta yang dimiliki itu jelas miliknya dan tiada kaitan
dengan orang lain selain dirinya sendiri.Pemilik itu mampu mengendalikan harta mereka tersebut
dengan bebas dan keuntungan daripadanya itu kembali kepada pemiliknya itu.

4) Cukup nisab
Harta yang dimilikinya haruslah cukup nisab iaitu pada paras minima kerana itu menentukan sama
ada wajib bayar zakat atau tidak perlu membayarnya.

5) Cukup haul
Cukup haul ini didefinisikan sebagai berlalu satu tahun ke atas harta yang dimilikinya dalam
perkiraan tahun hijrah iaitu 354 hari atau mengikut tahun masihi iaitu 365 hari.

3
1.4. Jenis-jenis zakat

Zakat dibahagi menjadi dua, iaitu:

a) Zakat Fitrah
b) Zakat Harta

Zakat fitrah

Zakat fitrah ialah perkara yang diwajibkan keatas semua umat yang bergelar islam sama ada lelaki
atau perempuan , besar atau kecil dan merdeka atau hamba. Zakat fitrah ini adalah bertujuan untuk
menyucikan diri bagi orang yang berpuasa dari berkata-kata yang tidak baik atau melakukan
perbuatan-perbuatan yang kurang baik.

Zakat harta

Zakat harta ialah seperti zakat emas dan perak.Kadar nisab zakat emas ialah 25 mayam 2.7108 saga
bersamaan dengan 85 gram akan dikenakan zakat 2½ peratus.Kadar zakat perak pula ialah 200
dirham=560 gram akan dikenakan zakat 2½ peratus juga sama seperti zakat emas.

4
1.5 Orang yang berhak menerima zakat

 Fakir
Orang yang tidak mempunyai harta atau mempunyai harta yang kurang seperdua daripada
keperluannya serta tiada orang-orang tertentu yang memberikan pertolongan.

 Miskin
Orang yang mempunyai harta tetapi hanya boleh menampung 50% sahaja untuk menampung
keperluan serta tanggungannya.

 Amil
Orang yang dilantik untuk memungut dan menguruskan pembahagian zakat.

 Mualaf
Orang yang baru sahaja memeluk islam yang dalam keaadan dirinya, imannya yang masih belum
kuat dan teguh.

 Hamba
Orang yang telah atau membebaskan dirinya dari tuannya.

 Orang yang berhutang


Orang yang mempunyai bebanan hutang yang tidak mampu untuk dijelaskan.

 Fisabilillah
Orang yang mempertahankan serta menegakkan dan berdakwah untuk agama islam seperti
menjalankan seruan dakwah di jalan allah.

 Musafir
Orang yang dalam perjalanan untuk tujuan yang baik seperti pergi ke negara yang memerlukan
bantuan.

5
2.0 PERANAN ZAKAT TERHADAP PEMBANGUNAN NEGARA
2.1 ASPEK AGAMA

Ibadah zakat bukan hanya melakukan ibadah kepada Allah SWT semata-mata, malah disebalik ibadah zakat
juga mempunyai banyak kepentingan dan kelebihan yang ada dalam pelbagai aspek seperti aspek agama,
politik, ekonomi dan sosial bukan sahaja kepada masyarakat Islam bahkan kepada manusia sejagat.Ibadah
zakat adalah rukun islam yang ketiga daripada lima rukun Islam yang wajib dilakukan oleh semua umat
islam.Selain itu, ada juga yang disebutkan dalam sebuah hadis bahawa Allah SWT tidak akan menerima
solat seseorang itu jika mereka tidak menunaikan zakat. Berdasarkan pendapat yang hebat bahawa Allah
SWT telah perintahkan supaya semua umat islam mendirikan solat dan mentaati segala perintahnya.

Selain itu,menunaikan zakat juga merupakan salah satu lambang kesyukuran kita kepada Allah SWT atas
segala nikmat yang ada serta harta yang dikurniakan oleh-Nya.Oleh yang demikian, nikmat yang
dikurniakan oleh Allah SWT seperti kesihatan yang baik,akal dan minda yang cergas serta rezeki yang
melimpah ruah dan yang paling besar ialah nikmat Islam dan iman merupakan tanda kasih sayang Allah
SWT kepada hamba-hamba-Nya. Oleh itu, bagi menunjukkan rasa bersyukur terhadap nikmat kurniaan-Nya,
maka sebagai umat islam kita wajib melaksanakan apa jua suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-
Nya.Di samping itu, zakat juga adalah salah satu jalan bagi manusia untuk mendekatkan diri mereka
terhadap Allah SWT sekaligus mereka dapat meningkatkan keimanan mereka terhadap agam Islam . Hal
ini demikian kerana zakat adalah salah satu ibadah dan hanya mereka yang benar-benar beriman sahaja rela
menunaikannya dalam erti kata dan semangat yang sebenarnya. Bahkan telah dinyatakan dalam Al-Quran
bahawa menunaikan ibadah zakat akan diberikan ganjaran syurga firdaus kelak nanti.

Selain itu, dalam menguruskan zakat yang berlandaskan syariat Islam ini mampu membantu untuk
memperkembangkan agama Islam di mana hasil zakat berkenaan boleh dibahagikan kepada golongan
muallaf atau mereka yang baru sahaja memeluk Islam dengan tujuan pemberian tersebut mampu untuk
membuat hati mereka sayang dan cinta terhadap agama Islam. Secara tidak langsung, keindahan dalam
Islam yang dapat menggalakkan sikap saling bantu-membantu antara golongan yang kehidupannya mewah
dengan golongan yang kurang senang kehidupannya.Di samping itu,agama Islam juga menjadi agama yang
semakin dihormati kerana umatnya tidak dihimpit dalam kemiskinan malah kemelaratan manakala
kehidupan umat Islam sendiri semakin terbela.Selain itu, Ekonomi umat Islam juga akan berkembang
sehingga disegani dan dihormati oleh semua penganut agama lain. Justeru itu, Islam juga akan lebih
dihormati dan pengikutnya pula semakin bertambah. Akhirnya zakat adalah satu peranan yang cukup besar
dalam melahirkan umat islam yang sentiasa mengikut perintah Allah SWT.
6
3.1 ASPEK POLITIK

Dari aspek politik pula,dalam pengurusan zakat ia telah mengalami satu perubahan yang luar biasa. Sebagai
contoh, Majlis Agama Islam telah membuat perubahan yang ketara dengan mengorporatkan sistem zakat
mereka melalui Baitulmal Wilayah Persekutuan untuk menguruskan kutipan dan pengagihan hasil zakat
dengan lebih cekap dan sistematik. Hasil daripada kerja yang sangat teliti ini telah menyumbang kepada
hasil peningkatan kutipan zakat dan jumlah pembayaran zakat. Kajian ini telah didapati Institusi zakat di
seluruh Malaysia.

Pengurusan zakat berdasarkan undang-undang Islam yang sebenar, ianya juga memberi kesan-kesan yang
positif . Hal ini kerana, pengurusan zakat dan pengagihannya dikendalikan oleh amil yang mempunyai
kemahiran dan kemampuan yang tinggi dan bersedia untuk memikul tanggungjawab kepada negara,
kepercayaan masyarakat Islam dan perintah Allah SWT.

Selain itu, hasil zakat yang diperoleh akan diagihkan kepada mereka yang tergolong daripada lapan asnaf
sebagaimana yang ditetapkan oleh syarak islam sahaja. Apabila pengurusan zakat mengikut undang-undang
Islam, maka orang-orang yang berada di bawah pemerintahan negara Islam akan mendapat peluang untuk
menikmati kehidupan yang sejahtera.

Di samping itu, pengurusan zakat masa kini dilihat dapat memberi penyumbangan ini kepada peningkatan
tersebut seperti tahap kecekapan dalam menguruskan sumber negara secara maksimum dan pelancaran
semula pentadbiran negeri. Melalui pengurusan zakat yang berdasarkan syariah islam ini, ia dapat memberi
bimbingan dan dorongan kepada masyarakat terutamanya yang memimpin cara menguruskan bidang
kewangan atau ekonomi mengikut prosedur yang diredhai oleh Allah SWT.Contohnya, pengurusan yang
cekap, sistematik dan teliti memerlukan carta organisasi untuk disusun dan dipegang oleh mereka yang
boleh dipercayai dan dan amanah dalam menjalankan tugas.

7
3.1 ASPEK EKONOMI

Dana zakat boleh boleh memberi banyak kebaikan bagi melakukan program pembangunan ekonomi
bertujuan meningkatkan taraf ekonomi golongan asnaf melalui penyediaan peluang-peluang perniagaan dan
keusahawanan. Dengan membantu golongan ini secara langsung mereka dapat bekerja dalam bidang-bidang
tersebut .Zakat memainkan peranan yang besar dalam bidang ekonomi masyarakat Islam dalam membantu
membasmi masalah kemiskinan dalam kalangan orang islam dan disekeliling kita .

Kemiskinan salah satu daripada tiga serangkai yang merujuk kepada penghancuran iaitu kejahilan ,
kemiskinan , dan penyakit .Ia juga dapat memberi seseorang itu menjadi tidak sombong dan merendah diri.
Seterusnya, ia juga dapat melakukan agihan ekonomi yang seimbang bagi mengurangkan kadar kemiskinan,
meningkatkan taraf dan kualiti kehidupan, menyediakan kehidupan yang selesa dan sejahtera kepada mereka
seterusnya membawa kepada pembentukan negara yang berprestasi pada masa hadapan .Proses pengagihan
semula kekayaan secara seimbang dalam masyarakat sebenarnya dapat merapatkan jurang kekayaan yang
terbentuk antara golongan kaya dan miskin.

Zakat merupakan sumber kewangan dalam mengatasi masalah kemiskinan dengan memperuntukkan dana
yang besar diperoleh untuk diberikan kepada orang yang fakir dan miskin terutamanya kepada yang
mempunyai masalah kekurangan atau masalah di anggota badan bagi membantu mereka untuk menyara
kehidupan. Selain itu,dapat dimanfaatkan sebagai modal untuk mereka menjalankan pekerjaan. Penyaraan
hidup yang diberi dengan kadar yang mencukupi sesuai mengikut keadaan kita dalam kehidupan seharian
seperti apa yang mereka perlukan iaitu makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal, pelajaran dan kesihatan.

Dalam hal ini, zakat merupakan perkara penting dalam mengawal perkembangan pendapatan setiap
individu agar tunduk di bawah asas kecukupan diri bagi setiap manusia. Hal ini dapat mengelakkan
berlakunya penumpuan harta pada kalangan golongan yang tertentu sahaja dalam masyarakat .Pelan
tindakan bersepadu boleh dirangka untuk memastikan keberkesanan dalam agihan zakat dapat
meningkatkan tahap ekonomi ummat islam.

8
4.1 ASPEK SOSIAL

Peranan zakat dari aspek sosial ialah zakat berperanan membantu dalam memenuhi keperluan harian dalam
hidup seseorang fakir miskin. Zakat juga memainkan amat penting dalam menaikkan lagi kebajikan dalam
masyarakat yang terdapat banyak perbezaan diantara golongan yang kaya dan golongan yang miskin ini.
Diantara diwajibkan zakat adalah, pengurusannya yang dapat membantu dan sentiasa menambah baik
kedudukan dalam masyarakat dari pandangan moral dan dimana ia dapat menyatukan seluruh masyarakat.
Selain itu, ia juga dapat membersihkan dan mensucikan jiwa dari sifat kedekut , riak dan meninggi diri. Ia
juga merupakan satu tiang keamanan didalam ekonomi islam dan penjamin ke arah kebaikan.

Isu perkahwinan juga turut diberi perhatian dalam pengurusan zakat seperti yang kita dapat lihat bahawa
golongan orang miskin yang ingin berkahwin akan diberi hasil zakat itu,tidak kira zakat itu berbentuk
sumbangan atau pinjaman tanpa riba.Ini kerana pada zaman nabi Muhammad SAW dahulu juga mengalami
masalah untuk berkahwin ini.Jadi dalam golongan yang fakir dan miskin ini berhak mendapat hak untuk
menuntut zakat.Seterusnya, zakat dapat memberikan hala tuju ke arah kecekalan dan kekuatan bagi kaum
islam untuk mengangkat kehadiran mereka. Hal ini juga dapat dilihat dalam golongan yang menerima zakat,
salah satunya perasaan rasa dengki dan cemburu di hati orang yang fakir miskin. Hal ini adalah kerana
masyarakat yang berada di bawahan biasanya berasa kurang suka apabila ia melihat orang yang
berkedudukan tinggi melaburkan hartanya untuk sesuatu yang tidak bermanfaat.

Selain itu juga, zakat juga dipandang sebagai pelaburan sosial, selain pahalanya disebut secara tegas dalam
kitab suci al-quran bahawa setiap harta yang kita dikeluarkan akan dapat balasan berkali-kali ganda, zakat
akan menuju ke arah pertumbuhan ekonomi.Jelas sekali berokahnya akan melimpah, dengan berzakat juga
kita secara terus menerus membasmi kemiskinan, terdapat agihan harta didalam kalangan masyarakat
dimana golongan miskin ini akan mendapat manfaatnya dengan adanya golongan yang kaya ini dan
golongan yang kaya pula akan mendapat sumbangan dari Kerjasama serta doa doa yang diberikan daripada
golongan miskin tersebut, inilah yang menunjukkan kepada kita semua tentang bertapa pentingnya sikap
tolong menolong ini diantara satu sama lain.Ia juga menunjukkan kita semua sama dari pandangan Allah.

Pengurusan zakat ini juga turut dapat membantu golongan “ibnu sabil” iaitu dengan tujuan asalnya untuk
membantu pengembara sudah habis perbelanjaan atau bekalannya semasa berada diperantauan untuk
teruskan perjalanannya yang bertujuan baik dan dibenarkan oleh syariat islam. Bantuan turut diberikan
kepada orang yang meminta minta sedekah dijalanan dan anak-anak terbiar yang tidak mempunyai ibubapa
kerana mereka turut tergolong dalam golongan asnaf ibnu sabil ini.

9
Dengan zakat ini juga, dakwah islam juga dapat diperluaskan lagi, termasuk untuk melembutkan hati orang
muallaf, misi sosial zakat yang begitu menarik tersebut tidak dapat dipenuhi dengan baik tanpa adanya
pengurus zakat yang dijalankan secara sistematik dan arif. Zakat merupakan salah satu dari aturan sosial
dalam islam yang dapat membaiki corak penggunaan, pengeluaran dan pengagihan wang dalam kalangan
masyarakat islam ini. Kepentingan zakat adalah zakat juga merupakan perlindungan sosial kepada manusia.
Professor F. Benham ada mengatakan di dalam bukunya yang bertajuk Economics, ada menjelaskan bahawa
penyediaan perlindungan ekonomi ini adalah tanggunggjawab sesebuah kerajaan walaupun kadar yang
diberikan adalah minimum sahaja.

10
CADANGAN & KESIMPULAN

Seterusnya sebagai cadangan yang boleh dilakukan untuk meningkatkan peranan zakat dalam pembangunan
negara adalah dengan mewaqafkan tanah kepada orang yang memerlukan supaya tiada orang yang hidup
secara merempat dan tiada perlindungan. Dengan adanya cara ini maka lebih ramai lagi orang orang islam
ini akan duduk didalam keadaan yang terjaga dan terperlihara. Selain itu, memberikan bantuan kewangan
kepada pelajar yang ingin melanjutkan pelajarannya ke peringkat yang lebih tinggi supaya boleh mengubah
kehidupan mereka kerana para pelajar ini akan lebih merdeka kerana dapat menyambung pelajaran yang
lebih tinggi lagi.Oleh itu,orang bukan islam tidak akan memandang rendah terhadap orang islam kerana
dipandang tidak cerdik kerana mereka mempunyai pendidikan pelajaran didalam dada mereka. Malah bukan
itu sahaja, dengan membantu fakir dan miskin keluar daripada lembah kemiskinan ini, perniagaan hasil
bantuan zakat ini juga akan meningkatkan juga peranan zakat ini untuk meningkatkan ekonomi umat islam.

Kesimpulannya, secara keseluruhannya ia dapat memberi sedikit sebanyak tentang peranan dan kepentingan
ibadah zakat ini dalam semua aspek. Ia merupakan salah satu ibadah yang diperintahkan dengan matlamat
tertentu tetapi berkait rapat antara satu sama lain secara lengkap dan sempurna serta jelas sekali yang
bahawa zakat ini memainkan peranan yang terlalu besar sekali terhadap pembangunan islam ini yang
diredhai Allah SWT. Sejarah islam telah jelas terbukti bahwasanya pengurusan zakat yang mengikut
kehendak syariah islam mampu memainkan peranan yang terus menerus dalam membangunkan dan
mengupayakan kesejahteraan ummah dari aspek agama dan moral, sosial dan ekonomi.Dari aspek moral
adalah , zakat dapat mengajar seseorang membuang sifat tamak bagi orang yang hidup mewah ini yang
mengejar harta, keduanya adalah dari aspek sosial, zakat ini juga dapat bertindak sebagai sesuatu perkara
Islam berikan untuk mengurangkan kadar kemiskinan masyarakat dan sekaligus akan menyebabkan orang
yang hidup mewah ini sedar bahawa sebahagian hartanya adalah kepunyaan orang lain. Manakala yang
ketiga pula iaitu dari segi ekonomi, zakat ini juga memainkan peranan untuk menangani terkumpulnya pada
pihak yang tertentu semata mata dan ia dapat mengeratkan jarak perbezaan ekonomi dalam masyarakat.

Oleh itu, pihak berkuasa haruslah bekerjasama bertanggungjawab untuk memastikan rakyatnya dapat
menunaikan kewajipan yang disyariatkan islam. Rasullullah SAW sendiri tidak pernah menyerahkan urusan
zakat kepada orang lain, walhal diserahkan menjadi tanggungjawab disyriatkan zakat tidak mampu dicapai
sekiranya ibadah tersebut tidak dilaksanakan secara keseluruhannya atau tidak mengikut cara syariat islam
itu sendiri. Secara keseluruhannya, masyarakat islam ini akan terus berjaya menuju kearah yang membangun
dengan strategik .

11
7.0 RUJUKAN

Ali Akhbar Osman (1997), Mengapa Perlu Membayar Zakat, Al-Hidayah Publisher, Kuala Lumpur

Asas-Asas Fardu Ain, Ustaz Sulaiman Endut

Dr.M.Yusuf Al-Qardawi (1987), Hukum Zakat : Penerbitan Pustaka Nasional Pte Ltd

Mahmood Zubdi Abd. Majid (2003), Pengurusan Zakat,Dewan Bahasa dan Pustaka,Kuala Lumpur

12

Anda mungkin juga menyukai