Anda di halaman 1dari 15

CTU101

ASAS-ASAS ISLAM

ANALISA AYAT
( SURAH LUQMAN AYAT 1-19)

Disediakan untuk:

ENCIK MOHD RAZLAN BIN AHMAD

Disediakan oleh:

Kumpulan 4
SITI RUZANA BINTI ROSELY
(2021105905)
NUR ALIA NAZIRAH BINTI MOHD NAZRI
(2021116635)
LIA NURFATEHA ADREENA BINTI MOHD BUSTAMI
(2021104251)
NUR AQILAH HASHA BINTI ZAINUDIN
(2021131635)
ZAHRIN AIMAN BIN ZAHRUL NIZAM
(2021121147)

Untuk kegunaan pensyarah


Penilaian Markah (30%)
Struktur dan gaya penulisan
Ringkasan penting tentang
teks
Analisa kritis mengenai isu
Kualiti dan memenuhi syarat
Etika& Profesionalisme
Jumlah

1
(ANALISA AYAT:SURAH LUQMAN AYAT 1-19)

KANDUNGAN

1.0 PENDAHULUAN
1.1 Menjelaskan latar belakang

1.2.1 Menjelaskan latar belakang surah secara seluruhannya


1.2.2 Menjelaskan latar belakang ayat yang dipilih
1.2.3 Kaitan dengan surah/ ayat sebelum dan selepasnya
1.2.4 Keistimewaan/fadhilat surah atau ayat(jika ada)

2.0 SEBAB TURUNNYA AYAT/ASBABUL NUZUL AYAT


2.1 Menjelaskan sebab turunnya ayat(jika ada)

3.0 MAKSUD AYAT


3.1 Menjelaskan maksud ayat berdasarkan tafsir pimpinan Al-Rahman

4.0 TERJEMAHAN AYAT


4.1 Membincangkan tafsir ayat berdasarkan pandangan/pendapat ahli tafsir
berkaitan ayat/surah

5.0 KAITAN AYAT DENGAN REALITI MASA KINI


5.1 Mengupas isu-isu berkaitan dengan masa kini
5.2 Bagaima ibrah dari ayat memandu isu tersebut sebagai panduan hidup

6.0 PENGAJARAN AYAT


6.1 Menjelaskan ibrah/pengajaran yang boleh didapati menerusi surah/ayat

7.0 KESIMPULAN
7.1 Merumuskan keseluruhan hasil perbincangan

8.0 BIBLIOGRAFI/RUJUKAN
PENDAHULUAN

LATAR BELAKANG SURAH AL-LUQMAN

2
Surah Al-Luqman ini diturunkan di Makkah selepas Surah Al-Soffat dan Surah Saba’
diturunkan. Selain itu, Surah luqman juga diturunkan di Makkah kerana ia diturunkan selepas
peristiwa Isra’ Mikraj. Seterusnya, surah ini mengandungi 34 ayat dan dinamakan “Luqman”
( perihal luqman) kerana daripada sebuah kisah mengenainya yang disebutkan dalam ayat
yang ke-12 serta ayat-ayat yang berikutnya. Jika dilihat di setiap mashaf al-quran, ia berbeza-
beza mengikut mashaf iaitu di dalam mashaf Usmani, Surah Luqman terletak di antara Surah
Rum dengan Surah Al-Sajdah.Manakala dalam mashaf Ali pula, ia terletak diantara surah Al-
Rum dan Hamim Sajdah. Dan dalam Mashaf ibnu Abbas pula, surah Luqman terletak diantara
Surah Al-Soffat dengan Surah Saba’. Hal ini dapat dilihat , perbezaan mashaf yang berbeza
adalah kerana ia merujuk kepada ijtidat para sahabat.

Seterusnya, dalam surah Luqman ini telah menceritakan tentang kebijaksanaan Luqman
dalam mencegah perbuatan syirik dengan membawa orang lain supaya melakukan perbuatan
yang berakhlak mulia dan meninggalkan perbuatan yang mencelakan akhlak seseorang.
Seperti yang telah disampaikan oleh Allah melalui Nabi Muhammad di kitab al-quran dalam
surah ini pada ayat 1 hingga 11 menyatakan bahawa Al-quran merupakan petunjuk dan
pimpinan kepada semua manusia akhir zaman agar dapat menempuh kehidupan dengan baik
kerana al-quran menerangkan tentang untuk melaksanakan perkara yang dituntut syarat serta
kewajipan yang perlu dilaksanakan.

Dalam surah ini juga ada menceritakan tentang Luqman dalam ayat 12 hingga 19 menyatakan
bahawa kebijaksanaan Luqman yang Allah kurniakan.Disebabkan kurniaan itu, Luqman telah
terlepas daripada bahaya kesesatan itu. Hal ini dapat membuatkan beliau menggunakan ilmu
pengetahuan yang allah berikan kepadanya untuk menjalani kehidupan seharian tanpa berguru
dengan orang lain. Selain itu, di surah ini juga menceritakan kebijaksanaan Luqman itu
digunakan dengan mendidik dan menasihati anaknya dalam menuntut kewajipan yang allah
perintahkan. Luqman menasihati anaknya agar melakukan perintah dan kewajipan yang allah
perintahkan dan sentiasa mengingati allah dalam apa jua yang dilakukan

3
Surah Luqman mempunyai keistimewaannya.Keistimewaan yang terdapat dalam surah
Luqman yang dinyatakan di dalam tafsiran Abi Al-Suud yang menjelaskan bahawa “ sesiapa
yang membaca surah Luqman, maka pada hari kiamat kelak nescaya Luqman akan
menemaninya serta memberi sepuluh kebajikan dengan bilangan mereka yang ramai beramal
dengan melakukan perkara-perkara yang diperintahkan allah dan menjauhi larangan –nya.
Keistimewaan yang seterusnya pula ialah tafsiran dari kitab Imam Al-Tabrasi yang
diriwayatkan oleh Muhammad Bin Jabbir Al-Azrami iaitu bagi siapa yang membaca surah
Luqman pada setiap malam,Maka Allah akan mengutuskan malaikat-malaikat kepadanya dan
dijaga serta dilindungi daripada iblis dan syaitan sehingga ke pagi, dan sesiap yang membaca
surah Luqman pada setiap pagi, maka allah juga akan mengutuskan malaikat-malaikat untuk
menjaganya sehingga ke petang. Oleh itu, hadis diatas memberitahu agar umat islam
membaca surah ini kerana mempunyai keistimewaan yang dapat melindungi diri kita daripada
iblis dan syaitan yang sentiasa menggoda manusia agar melakukan perkara yang dilarang oleh
Allah SWT.

4
SEBAB TURUNNYA AYAT/ASBABUL NUZUL AYAT

Sebab turunnya ayat atau surah adalah disebabkan hal-hal tertentu yang diperintahkan oleh
allah melalui Nabi Muhammad SAW.Semua surah-surah yang ada di dalam al-quran
mempunyai sebab yang membuatkan Allah memerintahkan agar disampaikan kepada
umatnya iaitu umat islam mengikut maksud surah tersebut. Sebab turunnya surah ini adalah
kerana untuk memberi petunjuk kepada manusia agar sentiasa berada di jalan yang lurus serta
diredhai Allah SWT. Hal ini deikian kerana Allah telah menjanjikan barang siapa yang berada
di jalan yang lurus itu allah sentiasa membantunya ketika dalam kesusahan dan ketika dalam
kesenangan.

Seterusnya, surah seperti ini juga diturunkan adalah kerana ia mempunyai tafsiran yang boleh
menghuraikan isi kandungan yang ada dalam surah tersebut dan mempunyai sebab turunnya
ayat tersebut kerana ia tidak mungkin diturunkan kepada umatnya jika tiada sebab tertentu.Di
dalam surah Luqman ini menceritakan tentang Luqman dan anaknya begitu taat terhadap
kedua ibu bapanya.Surah ini diturunkan supaya umat manusia dapat membaca surah ini dan
memahami maksudnya dan dijadikan sebagai panduan dalam kehidupan. Hal ini kerana kita
mestilah mentaati kedua ibu bapa kita dalam apa jua yang kita lakukan kerana mereka telah
membesarkan kita dengan penuh kasih saying dan didikan agama.

Surah ini diturunkan kerana ingin menyampaikan tentang pendidikan yang Luqman ini
berikan kepada anaknya yang dinyatakan pada ayat 12 sehingga 19. Luqman telah
mewasiatkan kepada anaknya dalam ilmu pendidikan. Dalam ayat 12 sehingga 19 ini,
tersimpanlah unsur-unsur ilmu pendidikan di mana perkara ini tidak akan berubah selagi
manusia hidup di dunia ini.

5
MENJELASKAN MAKSUD AYAT BERDASARKAN TAFSIR PIMPINAN AL-
RAHMAN
Luqman al hakim merupakan seorang soleh yang bertakwa kepada Allah SWT dan
dianugerahkan ilmu pengetahuan yang luas dan kebijaksanaan berkata-kata oleh Allah
SWT.Nama beliau tercatat dalam al Quran dan menjadi contoh kepada semua umat Islam.
Antara kata-kata beliau yang dianggap berhikmah dalam Al Quran adalah sesiapa yang
bersyukur kepada Allah SWT akan memberi faedah kepada dirinya sendiri , jangan berlaku
syirik kerana perbuatan tersebut merupakan kezaliman yang besar dan manusia perlu berbuat
baik kepada kedua-dua ibu bapa.

Di dalam surah ini juga terdapat beberapa nasihat untuk anaknya untuk dijadikan panduan
kepada umat Islam untuk mendidik anak masing-masing. Antaranya adalah tidak bersikap
sombong dan takbur , bersabar menghadapi dugaan kehidupan , menunaikan solat lima waktu,
melakukan amar makruf dan nahi mungkar dalam hidup , dan tidak memandang rendah
kepada orang lain.

Surah Luqman telah diminta untuk umat-umatnya melaksanakan seeperti yang disuruh oleh
Luqman al hakim dalam kehidupan dan hukumnya wajib. Apabila tidak mengikuti nasihatnya
kepada masyarakat , masyarakat akan menjadi porak-peranda dan berlakunya hubungan yang
berpecah-belah , umat ilam juga akan dipandang rendah dan hina oleh masyarakat lain dan
perkara khurafat dan perbuatan syirik kian menular dalam kalangan masyarakat .

Selain itu juga ia mengajar kita untuk mengajak yang bermaksud melakukan kebaikan dan
mencegah kemungkaran dengan cara berdakwah , untuk menyeru , mengajak , dan menyuruh
orang ramai mengamalkan ajaran islam yang sebenar dan mencegah perkara yang buruk , keji,
dan mungkar . Berdakwah boleh dilakukan dengan melalui tutur kata yang sopan dan
menunjukkan tingkah laku dan sikap yang baik kepada masyarakat.

6
TERJEMAHAN AYAT SURAH AL-LUQMAN AYAT 1-19
AYAT 1

 ١ ۤ‫ۤالم‬
1.Alif,Laam,Miin.

ِ َ‫ت ْٱل ِك ٰت‬


 ‫ب ْٱل َح ِك ِيم‬ َ ‫تِ ْل‬
ُ َ‫ك َءا ٰي‬
2.Ini ialah ayat-ayat Kitab (Al-Qur’an) yang mengandungi hikmah –hikmah dan
kebenaran yang tetap kukuh.

َ ِ‫هُ ًدى َو َرحْ َمةً لِّ ْل ُمحْ ِسن‬


 ‫ين‬
3.Menjadi hidayah pertunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang sedia mengerjakan arnal-
arnal yang baik

ِ ‫ون ٱل َّز َك ٰوةَ َوهُم بِٱلْ َء‬


 ‫اخ َر ِة هُ ْم‬ َ ُ‫صلَ ٰوةَ َوي ُْؤت‬
َّ ‫ون ٱل‬ َ ‫ٱلَّ ِذ‬
َ ‫ين يُقِي ُم‬
َ ُ‫يُوقِن‬
‫ون‬
4. Iaitu orang-orang yang mendirikan sembayang ,dan memberi zakat,serta mereka yakin
tentang hari akhirat.
ٓ ٓ
َ ِ‫ك َعلَ ٰى هُ ًدى ِّمن َّربِّ ِه ْم َوأُ ۟و ٰلَئ‬
َ ‫ك هُ ُم ْٱل ُم ْفلِح‬
 ‫ُون‬ َ ِ‫أُ ۟و ٰلَئ‬
5. Mereka itulah yang tetap mendapat hidayah pertunjuk dari Tuhan mereka, dan
merekalah orang –orang yang Berjaya.

 ‫يل ٱهَّلل ِ بِ َغي ِْر‬


ِ ِ‫ُض َّل َعن َسب‬ ِ ‫اس َمن يَ ْشتَ ِرى لَ ْه َو ْٱل َح ِدي‬
ِ ‫ث لِي‬ ِ َّ‫َو ِم َن ٱلن‬
ٰٓ ۟ ُ ُ
ٌ‫ك لَهُ ْم َع َذابٌ ُّم ِهين‬َ ِ‫ِع ْل ٍم َويَتَّ ِخ َذهَا هُز ًوا أولئ‬
َ
6. Dan ada di antara manusia orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada
cerita –cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan;yang berakibat menyesatkan
(diri nya dan orang ramai)dari ugama Allah dengan tidak berdasarkan sebarang
pengetahuan; dan ada pula orang yang menjadikan ugama Allah itu sebagai ejek-ejekan;
merekalah orang-orang yang akan beroleh azab yang menghinakan.

 ‫َوإِ َذا تُ ْتلَ ٰى َعلَ ْي ِه َءا ٰيَتُنَا َولَّ ٰى ُم ْستَ ْكبِرًا َكأَن لَّ ْم يَ ْس َم ْعهَا َكأ َ َّن فِ ٓى‬
ٍ ‫أُ ُذنَ ْي ِه َو ْقرًا فَبَ ِّشرْ هُ ِب َع َذا‬
‫ب أَلِ ٍيم‬

7
7.Dan apabila dibacakan kepadanya ayat-ayat kami,berpalinglahdia dengan
angkuhnya,seolah-olah ada penyumbat pada kedua telinganya;maka gembirakanlah dia
dengan balasan azab dan tidak terperi sakitnya.

ُ َّ‫ت لَهُ ْم َج ٰن‬


 ‫ت ٱلنَّ ِع ِيم‬ ۟ ُ‫وا َو َع ِمل‬
َّ ٰ ‫وا ٱل‬
ِ ‫صلِ ٰ َح‬ ۟ ُ‫ين َءامن‬
َ َ ‫إِ َّن ٱلَّ ِذ‬
8.Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh,mereka akan beroleh
syurga yang penuh dengan berbagai nikmat

َ ‫ٰ َخلِ ِد‬
 ‫ين فِيهَا َو ْع َد ٱهَّلل ِ َحقًّا َوهُ َو ْٱل َع ِزي ُز ْٱل َح ِكي ُم‬
9.kekallah mereka di dalamnya,Demikian dijadikan Allah-janji yang tetap benar;dan
Dialah jua yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

 ‫ض َر ٰ َو ِس َى أَن‬ ِ ْ‫ت بِ َغي ِْر َع َم ٍد تَ َر ْونَهَا َوأَ ْلقَ ٰى فِى ٱأْل َر‬ ِ ‫ق ٱل َّس ٰ َم ٰ َو‬
َ َ‫َخل‬
‫ث فِيهَا ِمن ُك ِّل َدٓابَّ ٍة َوأَن َز ْلنَا ِم َن ٱل َّس َمٓا ِء َمٓا ًء فَأ َ ۢنبَ ْتنَا‬
َّ َ‫تَ ِمي َد بِ ُك ْم َوب‬
‫ج َك ِر ٍيم‬ ٍ ‫فِيهَا ِمن ُك ِّل َز ْو‬
10.Ia menciptakan langit dengan tidak bertiang sebagaimana yang kamu melihatnya;dan ia
mengadakan di bumi gunung ganang yang menetapnya supaya bumi itu tidak menghayun-
hayunkankamu;dan ia biakkan padanya berbagai jenis binatang .Dan Kami menurunkan
hujan dari langit,lalu kami tumbuhkan di bumi berbagai jenis tanaman yang memberi
banyak manfaat.
ٰ ُ ‫ٰهَ َذا َخ ْل‬
 ‫ون ِفى‬ َ ‫ين ِمن ُدونِ ِهۦ بَ ِل ٱلظَّلِ ُم‬ َ َ‫ق ٱهَّلل ِ فَأَرُونِى َما َذا َخل‬
َ ‫ق ٱلَّ ِذ‬
َٰ
ٍ ِ‫ضلَ ٍل ُّمب‬
‫ين‬
11.Ini (semuanya adalah)ciptaan Allah ,maka cubalah kamu tunjukkan kepadaku apakah
yang telah di ciptakan oleh makhluk-makhluk yang lain daripadanya(yang kamu sembah
itu?)(tidak ada sesuatu pun)bahkan orang-orang yang zalim (dengan perbuatan
syiriknya)itu berada dalam kesesatan yang jelas nyata.

 ‫َولَقَ ْد َءاتَ ْينَا لُ ْق ٰ َم َن ْٱل ِح ْك َمةَ أَ ِن ٱ ْش ُكرْ هَّلِل ِ َو َمن يَ ْش ُكرْ فَإِنَّ َما يَ ْش ُك ُر‬
‫لِنَ ْف ِسِۦه َو َمن َكفَ َر فَإِ َّن ٱهَّلل َ َغنِ ٌّى َح ِمي ٌد‬
12. Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman,hikmat kebijaksanaan ,(serta
kami perintah kepadanya);”bersyukurlah kepada Allah (akan segala nikmatnya
kepadamu)”.Dan sesiapa yang bersyukur maka faedahnya itu hanyalah terpulang kepada
dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada
Allah),kerana sesungguhnya Allah Maha Kaya ,lagi Maha Terpuji.

8
 ‫ك‬ َّ َ‫َوإِ ْذ قَا َل لُ ْق ٰ َم ُن ٱِل ْبنِِۦه َوهُ َو يَ ِعظُهۥُ ٰيَبُن‬
َ ْ‫ى اَل تُ ْش ِر ْك بِٱهَّلل ِ إِ َّن ٱل ِّشر‬
‫لَظُ ْل ٌم َع ِظي ٌم‬
13. Dan (ingatlah )tatkala Luqman berkata kepada anaknya,semasa ia memberi nasihat
kepadanya :”Wahai anak kesayanganku,janganlah engkau mempersekutukan Allah
(dengan sesuatu yang lain ),sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang
besar”.

َ ٰ ِ‫ص ْينَا ٱإْل ِ ن ٰ َس َن ِب ٰ َولِ َد ْي ِه َح َملَ ْتهُ أُ ُّم ۥهُ َو ْهنًا َعلَ ٰى َو ْه ٍن َوف‬
 ‫صلُهۥُ فِى‬ َّ ‫َو َو‬
ِ ‫ى ْٱل َم‬
‫صي ُر‬ َ ‫َعا َمي ِْن أَ ِن ٱ ْش ُكرْ لِى َولِ ٰ َولِ َد ْي‬
َّ َ‫ك إِل‬
14. Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya;ibunya telah
mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung
hingga akhir menyusunya ),dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua
tahun;(dengan yang demikian)bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu;dan
(ingatlah),kepada akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan ).

 ‫ك بِ ِهۦ ِع ْل ٌم فَاَل تُ ِط ْعهُ َما‬َ َ‫ْس ل‬َ ‫ك ِبى َما لَي‬ َ ‫ك َعلَ ٰ ٓى أَن تُ ْش ِر‬
َ ‫َوإِن ٰ َجهَ َدا‬
َّ َ‫ى ثُ َّم إِل‬
‫ى‬ َ َ‫اح ْبهُ َما فِى ٱل ُّد ْنيَا َم ْعرُوفًا َوٱتَّبِ ْع َسبِي َل َم ْن أَن‬
َّ َ‫اب إِل‬ ِ ‫ص‬ َ ‫َو‬
َ ُ‫َمرْ ِج ُع ُك ْم فَأُنَبِّئُ ُكم بِ َما ُكنتُ ْم تَ ْع َمل‬
‫ون‬
15.Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan denganKu
sesuatu yang engkau –dengan fikiran sihatmu-tidak mengetahui sungguh adanya,maka
janganlah engkau taat kepada mereka;dan bergaullah dengan mereka;di dunia dengan cara
yang baik.dan turutlah jalan orang-orang yang ruju ‘kembali kepadaKu (dengan tauhid
dan amal-amal yang soleh),kemudian kepada Akulah tempat kembali kamu
semuanya,maka Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan.

 ‫ص ْخ َر ٍة أَ ْو فِى‬
َ ‫ك ِم ْثقَا َل َحبَّ ٍة ِّم ْن خَرْ َد ٍل فَتَ ُكن فِى‬ ُ َ‫ى إِنَّهَٓا إِن ت‬َّ َ‫ٰيَبُن‬
ِ ْ‫ض يَأ‬
ٌ ‫ت بِهَا ٱهَّلل ُ إِ َّن ٱهَّلل َ لَ ِط‬
‫يف َخبِي ٌر‬ ِ ْ‫ت أَ ْو فِى ٱأْل َر‬ِ ‫ٱل َّس ٰ َم ٰ َو‬
16.(Luqman menasihati anaknya dengan berkata);”Wahai anak kesayanganku
,sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang baik atau yang buruk) sekalipun seberat
bijih sawi ,serta serta ia tersembunyi di dalam batu besar atau di langit atau atau pun di
bumi,sudah tetap akan dibawa oleh Allah (untuk dihakimi dan dibalas nya);kerana
sesungguhnya Allah Maha Halus pengetahuanNya;lagi Amat Meliputi akan segala yang
tersembunyi,

 ْ‫ُوف َوٱ ْنهَ َع ِن ْٱل ُمن َك ِر َوٱصْ بِر‬ ِ ‫صلَ ٰوةَ َو ْأ ُمرْ ِب ْٱل َم ْعر‬
َّ ‫ى أَقِ ِم ٱل‬
َّ َ‫ٰيَبُن‬
ُ
ِ ‫ك ِم ْن َع ْز ِم ٱأْل ُم‬
‫ور‬ َ ِ‫ك إِ َّن ٰ َذل‬ َ َ‫َعلَ ٰى َمٓا أ‬
َ َ‫صاب‬
9
17. “Wahai anak kesayanganku,dirkanlah sembahyang,dan suruhlah berbuat kebaikan
,serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar,dan bersabarlah atas segala
bala’bencana yang menimpamu .Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara –
perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya.

ِ ْ‫ش فِى ٱأْل َر‬


 ‫ض َم َرحًا إِ َّن ٱهَّلل َ اَل‬ ِ َّ‫ك لِلن‬
ِ ‫اس َواَل تَ ْم‬ َ ُ‫َواَل ت‬
َ ‫ص ِّعرْ َخ َّد‬
ٍ ‫ال فَ ُخ‬
‫ور‬ ٍ َ‫ي ُِحبُّ ُك َّل ُم ْخت‬
18. “Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah )kepada
manusia,dan janganlah engkau berlagak sombong;sesungguhnya,Allah tidak suka kepada
tiap-tiap orang yang sombong takbur ,lagi membanggakan diri.

 ‫ت‬ِ ‫ك إِ َّن أَن َك َر ٱأْل َصْ ٰ َو‬ َ ‫ك َوٱ ْغضُضْ ِمن‬


َ ِ‫ص ْوت‬ ِ ‫َوٱ ْق‬
َ ِ‫ص ْد فِى َم ْشي‬
ِ ‫ت ْٱل َح ِم‬
‫ير‬ ُ ‫ص ْو‬ َ َ‫ل‬
19.”Dan sederhanakanlah langlahmu semasa berjalan juga rendahkanlah suaramu
(semasa berkata –kata ),sesungguhnya seburuk –buruk suara ialah suara keldai:.

10
MENGUPAS ISU BERKAITAN PADA MASA KINI:-
Pandemic corona virus ini telah menyebabkan pelbagai keajaiban yang tidak pernah
dibayangkan ia akan berlaku di seluruh dunia ini. Sesuai dengan Pertubuhan Pendidikan,
Kebudayaan dan Ilmiah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), pada 18 Mac,
gabungan 107 negara di seluruh dunia ini telah melaksanakan penutupan sekolah. Ini
merangkumi 862 juta pelajar di seluruh dunia, yang secara praktikalnya adalah 50% daripada
populasi pelajar di seluruh dunia.

Di Malaysia, peningkatan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan penutupan sekolah yang
agak membimbangkan. Namun dari perspektif positif, ia seolah 'memulakan kembali'
terutamanya tugas ibubapa untuk mendidik anak anak.

Ibubapa yang sebelum ini terlalu sibuk untuk bekerja berpeluang untuk menghargai setiap
minit yang berharga dengan anak-anak mereka, menolong mereka dalam peperiksaan,
melakukan latihan yang berbeza setiap hari bersama-sama, melakukan solat berjemaah pada
awal waktu Bersama , dan bahkan berpeluang untuk mengurangkan kelebihan dan
pengalaman, perjumpaan, dan perkembangan kepada anak-anak kesayangan mereka.

Walau apa pun, keadaan ini mungkin akan berlaku sekiranya ibubapa memahami peluang
keemasan ini dan menggunakannya sebagaimana yang diharapkan.

Komunikasi yang konsisten dengan para pendidik dan sekolah sama seperti yang dikongsi
bersama adalah penting memandangkan pada masa ini pengajar benar-benar perlu bergantung
pada bantuan dan dorongan kedua ibubapa untuk menjamin bahawa anak mudah untuk
mengikuti semua pembelajaran, tugas dan penilaian yang diberikan.

tanpa dorongan kedua ibubapa, akan ada di mana anak tidak mengikuti pembelajaran yang
diberikan tanpa pendidik dan mempunyai pilihan untuk melakukan apa-apa sahaja yang
mereka ingini, sehingga merugikan anak anak.

Penjaga harus membantu meyakinkan anak-anak mereka dengan menjelaskan persiapan yang
diberikan antara latihan pembelajaran untuk membantu mereka melakukan latihan yang lebih
baik.

11
Sekiranya pelajaran itu dianggap menyusahkan, adalah wajar untuk membicarakannya dengan
bijak dengan para pengajar kerana penjaga adalah 'mata, kaki dan tangan' bagi pendidik untuk
menyaring, memperhatikan dan bekerja dengan pembelajaran anak di rumah.

Tanpa pertolongan ibu bapa, sukar bagi pengajar untuk mendapatkan maklumat, sentimen dan
aktiviti pelajar melalui interaksi pembelajaran.

Lebih-lebih lagi, penyusunan bilik untuk menjauhkan diri daripada gangguan sangat penting.
Inilah tempat di mana inovasi, usaha dan tanggungjawab ibu bapa diperlukan.

Satu perkara yang harus dipandang ialah PKP mungkin menimbulkan kerisauan di kalangan
pelajar yang akan mengambil penilaian seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Pentaksiran
Tingkatan 3 (PT3) atau Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Di sini adalah penting bagi ibubapa untuk mempertajam kemampuan mereka dalam
melaksanakan kawalan dan peraturan di rumah untuk menjamin permintaan dalam kehidupan
anak dijaga dengan baik

BAGAIMANA IBRAH AYAT MEMANDU ISU TERSEBUT SEBAGAI PANDUAN?


Ibrah ayat yang dapat kita perolehi dari kisah isi ialah, untuk melahirkan anak-anak yang taat
ibubapa perlu memainkan peranan yang amat penting dalam memberi pengajaran kepada
anak-anak, sama seperti dalam lingkungan keluarga juga dapat mempengaruhi keperibadian
anak-anak. Keluarga yang mesra dan sejahtera akan melahirkan watak dan persona yang
positif, meriah dan mantap. sementara itu yang keluarga berada dalam perselisihan, sering
bersikap pergaduhan dan berpisah sehingga sehingga menjadi suasana yang tidak tenang dan
membosankan. Sekiranya keadaan seperti itu wujud didalam system keluarga, ini
mempengaruhi perkembangan pemikiran anak-anak.

12
PENGAJARAN AYAT DARIPADA SURUH AL-LUQMAN

Kita mesti mengambil tahu dan sedar bahawa betapa besarnya erti kehidupan pada masa
ini.Selain itu, masa adalah usia. Waktu yang telah berlalu bererti usia yang sudah habis, tiada
ganti. Perkara besar dalam kehidup ini ialah membawa kepada kehidupan ini dan sesuai
dengan kehendak Allah SWT. Jadi kita mestilah berusaha mempelajarinya daripada petunjuk
Al-Quran dan Hadis Nabi S.A.W.

Selain itu,  Kita mestilah wajib membaca Al-Quran dan belajar memahami isi kandungannya.
Ia adalah salah satu Rahmat yang utama daripada Allah SWT. Al-Quran yang disampaikan
melalui Rasulullah SAW. Jadi semestinya kita mengikuti apa yang telah Rasulullah
sampaikan dan memberi contoh kepada kita sepanjang hidup baginda. Janganlah kita menolak
hadis, kerana tanpa Rasulullah SAW, bagaimana mungkin kita akan mendapat petunjuk dan
memahami Al-Quran.

Selepas itu, kita mestilah berusaha dengan menjaga solat dan menjadikannya sebagai salah
satu agenda utama dalam jadual hidup kita, begitu juga dengan membaca Al-Quran kita
boleh jadikannya sebagai salah satu panduan dalam kehidupan seharian kita.Dengan adanya
panduan dan pegangan agama yang kukuh kita tidak mudah terpesong dari ajaran Islam.

Walaubagaimanapun,kita juga perlu pasangkan niat untuk menjadi pembayar zakat yang
tegar. Ini akan mendorong kita supaya berusaha dengan lebih bersungguh-sungguh dalam
mencari kekayaan kerana Allah.Di Samping Itu,dengan bersedekah juga kita boleh
menghapuskan dosa dan kesalahan kita yang lepas. Tetapi kita perlulah bertaubat agar tidak
melakukan perkara itu lagi.Malah bersedekah dengan secara ikhlas juga akan memberi kita
ganjaran pahala yang paling besar. Setiap amalan baik yang dilakukan oleh kita akan diberi
ganjaran oleh Allah SWT.

Akhir sekali. yakin akan adanya hari akhirat mestilah sentiasa diingatkan di dalam diri
masing –masing . Ini akan lebih mudah apabila kita memahami setiap patah bacaan di dalam
solat.Dengan menghayati setiap maksud yang dibaca dalam solat,kita dapat
menyempurnakan solat dengan lebih khusyuk.

13
KESIMPULAN
Kita mestilah mengambil sikap teladan dari kisah Luqman yang diberi hikmah iaitu
bersyukur terhadap apa saja yang Tuhan anugerahkan kepada kita. Beriman atau bertauhid itu
merupakan hal yang sangat penting agar anak-anak mempunyai yayasan ketika menghadapi
dugaan pada masa hadapannya nanti. Apabila kita beriman kepada Allah, kita hendaklah
berbakti kepada orang tua, menghormati orang yang lebih tua dari kita, memiliki sikap
toleransi dalam hal keduniaan terhadap orang yang memiliki keyakinan berbeza dengan kita,
termasuk dengan ibu bapa kita sendiri, bertanggungjawab dalam menegakkan kebajikan dan
mencegah keburukan, mendirikan solat, bersabar dalam menghadapi ujian, dan bersikap
sederhana dalam ucapan mahupun ketika berjalan. Membiasakan anak solat sejak kecil adalah
hal yang mutlak dilakukan oleh kedua ibu bapa. Demikian juga, kita dapat menanamkan
budaya dan adat istiadat masyarakat yang tidak bertentangan dengan agama, bersikap sabar,
tabah, sopan santun dan rendah hati.

Seterusnya, sebagai ibu bapa kita semestinya pernah mengalami masa kecil atau masa yang
sedang dialami oleh anak-anak kita sekarang. Kita boleh membezakan mana yang baik dan
buruk. Maka, sebelum ia memasuki usia remaja, kita harus membekalkannya dengan ilmu
atau pelajaran asas yang benar sesuai dengan ajaran agama Islam. Pelajaran itu tidak boleh
memaksanya akan tetapi ia terikat dalam hati dan jiwanya, sehingga pelajaran itu akan selalu
menjadi pedomannya. Kita boleh mempelajari Al-Quran dengan memahami maknanya
melalui kitab-kitab tafsir dengan membaca kitab yang kita fahami bahasanya.

Namun begitu, sebagai seorang anak, kita hendaklah mempunyai semangat mahu belajar dan
menimba ilmu yang diberikan oleh orang lain kepada kita. Akan tetapi kita juga seharusnya
pandai memilih mana yang baik untuk kita yang sesuai dengan norma yang berlaku dan sesuai
dengan ajaran agama. Yang baik menuntut orang lain, belum tentu baik untuk kita, begitupun
sebaliknya.

Akhir sekali, pendidikan kepada anak-anak itu merupakan satu perkara yang sangat penting.
Malah di dalam Al-Quran juga sudah tertulis bahawa menuntut ilmu itu merupakan suatu
kewjipan untuk kita sebagai seorang umat Islam. Oleh itu, setiap ibu bapa bertanggungjawab

14
membekalkan ilmu atau pelajaran kepada anak-anak mereka supaya masa hadapan anak-anak
mereka akan terjamin.

BIBLIOGRAFI

 https://www.academia.edu/26422785/Surah_Luqman

 Oxford Fajar Whizz thru SPM pendidikan Islam, Johar Seman

 https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2020/04/676871/pkp-uji-kerjasama-
ibu-bapa-guru

 Tafsir Pimpinan Ar-Rahman

 https://zuraidahmuda.blogspot.com/2019/12/pengajaran-surah-luqman-ayat-12-
19.html

15

Anda mungkin juga menyukai