Anda di halaman 1dari 21

BAB SEBELAS

KESEIMBANGAN PENDAPATAN NEGARA


DAN PERBELANJAAN AGREGAT
(EKONOMI DUA DAN TIGA SEKTOR)

OBJEKTIF BAB

Selepas mempelajari bab ini, pelajar dapat :


1. Membezakan a n t a r a ekonomi dua sektor dan ekonomi tiga
sektor.
2. Menjelaskan konsep aliran pusingan pendapatan.
3. Mengenal pasti komponen yang terlibat dalam pencapaian
tingkat keseimbangan keluaran.
4. Mengira perubahan dalam tingkat keseimbangan dengan
menggunakan kaedah pengganda.
5. Melakarkan bagaimana tingkat keseimbangan keluaran dicapai.

11.1 PENGENALAN

Bab-bab sebelum ini telah mendedahkan pelajar dengan konsep-konsep


juga kaedah penghitungan pendapatan negara dengan secara terperinci. Bab
ini pula merupakan kesinambungan dari bab sebelumnya di mana pelajar
akan didedahkan dengan bagaimana aliran pusingan pendapatan berlaku di
bawah ekonomi dua sektor dan juga di bawah ekonomi tiga sektor. Di
bawah ekonomi dua sektor ekonomi hanya terdiri dari sektor firma dan dan
sektor isirumah. Manakala bagi ekonomi tiga sektor (ekonomi tertutup)
pula terdiri dari firma, isirumah dan kerajaan. Adapun ekonomi empat
sektor pula meliputi kegiatan perdagangan antarabangsa. Aliran pusingan
pendapatan ini melibatkan pasaran makroekonomi seperti pasaran
barangan dan perkhidmatan, pasaran kewangan (wang) dan pasaran buruh.
Ketiga-tiga pasaran ini mempunyai pengaruh ke atas tingkat pendapatan
negara, tingkat harga umum dan merupakan tumpuan utama oleh ahli
makroekonomi.

Di dalam aliran pusingan pendapatan ini akan terdapat suntikan yang terdiri
dari pelaburan dan perbelanjaan kerajaan manakala bocoran yang keluar
ialah simpanan dan cukai.

157
11.2 Ekonomi Dua Sektor

Aliran pusingan Pendapatan

Interaksi antara firma dan isirumah adalah melalui aliran fizikal dan aliran
wang. Antara ciri-ciri utama aliran pusingan pendapatan dalam ekonomi
dua sektor ialah ;

Kegiatan firma dalam mengeluarkan barangan dan perkhidmatan


memerlukan faktor-faktor pengeluaran. Isirumah pula akan
menyediakan faktor-faktor pengeluaran tersebut dan sebagai
ganjarannya isirumah akan memperolehi gaji atau upah atas
perkhidmatan, sewa bagi bangunan atau tanah, bunga atas modal yang
dilabur dan keuntungan atas pengusaha. Aliran ini dinamakan aliran
pendapatan faktor.

Pendapatan yang diperolehi oleh isirumah tadi akan dibelanjakan atau


digunakan untuk membeli barangan dan perkhidmatan. Aliran ini di
namakan aliran perbelanjaan penggunaan isirumah.

Pendapatan yang tidak dibelanjakan oleh isirumah akan ditabungkan di


institusi kewangan. Aliran ini di namakan aliran tabungan isirumah.

Institusi kewangan pula akan meminjamkan wang yang disimpan oleh


isirumah kepada pelabur. Ia juga merangkumi perbelanjaan firma ke
atas barangan modal bagi mengembangkan ekonomi.

Kegiatan ekonomi dua sektor ini dijalankan oleh isirumah dan firma sahaja
dan tiada sektor kerajaan dan sektor negara asing juga tidak wujud.

i. Aliran Pusingan Pendapatan


Aliran pusingan pendapatan bagi ekonomi dua sektor merujuk kepada
kegiatan ekonomi antara isi rumah dan firma melalui aliran fizikal dan
aliran wang
Kegiatan ekonomi antara isi rumah dan firma melalui Aliran Fizikal:
- Aliran Faktor : isi rumah menawarkan faktor-faktor
pengeluaran kepada firma melalui pasaran faktor.
- Aliran Barang : firma menjual barangan kepada isi rumah
melalui pasaran barang.
Kegiatan ekonomi antara isi rumah dan firma melalui Aliran Wang:
- Aliran Pendapatan (Y): firma membayar ganjaran kepada isi
rumah melalui pasaran faktor.
- Aliran Perbelanjaan Penggunaan (C): Isi rumah
membelanjakan pendapatan ke atas penggunaan barangan.

158
Rajah 11.1: Aliran Pusingan Pendapatan Dalam
Ekonomi Dua Sektor.
Aliran Penggunaan Aliran Penggunaan
(C) (C)
Pasaran
Barang
Aliran Aliran
Barang Barang

Tabungan Tabungan
Firma (S) Institusi (S) Isi rumah
Bocoran
Kewangan
Pelaburan
(I) Suntikan

Aliran Aliran
Faktor Faktor
Pasaran
Faktor
Aliran Pendapatan Aliran Pendapatan
(Y) (Y)

Aliran
wang
Aliran
Fizikal
ii. Suntikan dan Bocoran
Pendapatan faktor yang diterima oleh isi rumah akan digunakan untuk
tujuan penggunaan (C) dan tabungan (S), iaitu Y = C + S. Tabungan
oleh isi rumah dan firma di institusi kewangan membolehkan aktiviti
pelaburan (I).
Di dalam aliran pusingan pendapatan negara dua sektor ini akan wujud
bocoran dan suntikan. Tabungan (S) ialah bocoran atau aliran keluar
pendapatan yang akan mengecilkan pendapatan negara. Bocoran adalah
pendapatan yang keluar terdiri daripada simpanan pengguna.
Manakala suntikan pula ialah jumlah simpanan tadi akan disuntik
masuk dalam aliran pusingan pendapatan dalam bentuk pelaburan.
Pelaburan (I) dan penggunaan (C) ialah suntikan atau aliran masuk
pendapatan yang akan membesarkan pendapatan negara.

159
Jika bocoran melebihi suntikan (S > I), Y akan dikecilkan. Jika bocoran
kurang daripada suntikan (S < I), Y akan dibesarkan. Jika bocoran
sama dengan suntikan, (S = I), Y akan kekal tidak berubah (seimbang).
Oleh itu keseimbangan akan tercapai apabila S = I iaitu jumlah
simpanan sama dengan jumlah pelaburan.

11.2.1 Penggunaan Isirumah ( C )


Persamaan bagi satu fungsi penggunaan agregat boleh ditulis seperti
berikut:

C = a + bY

Seperti yang telah dinyatakan terdahulu, Y adalah mewakili keluaran


(pendapatan) agregat; dan C pula bertindak sebagai penggunaan. Huruf a
ialah titik di mana fungsi penggunaan bersilang dengan paksi C; dan a
adalah tetap (konstan). Huruf b pula ialah cerun (slop) garisan itu. Cerun
garisan itu diperoleh daripada C/Y (di mana penggunaan (C) diukur
di atas paksi menegak dan pendapatan (Y) diukur di atas paksi mendatar).
Setiap kali pendapatan bertambah, penggunaan juga bertambah.
Ringkasnya, C = b Y . Oleh itu MPC juga merupakan kecerunan
bagi keluk penggunaan.

Cerun Fungsi Penggunaan = b = C/Y

Rajah 11.2 : Keluk Fungsi Penggunaan

Penggunaan (C )
C = a+ bYd

Pendapatan agregat (Y)

160
Rajah 11.2 di atas menunjukkan fungsi penggunaan yang bergantung
kepada penggunaan autonomi dan juga pendapatan pengguna. Pendapatan
pengguna pula akan ditentukan oleh kecerunan mengguna marginal.

Dalam membincangkan mengenai penggunaan isirumah, pelajar akan turut


diperkenalkan tentang perkara-perkara berikut ;
hubungan di antara penggunaan dan pendapatan
kecenderungan mengguna dan menabung,
fungsi penggunaan dan tabungan
penentu-penentu lain bagi penggunaan dan tabungan.

11.2.2 Hubngan di antara Penggunaan ( C ) dan Pendapatan ( Y)


Faktor utama penentu kepada penggunaan individu adalah pendapatan.
Selain dari pendapatan, aset juga merupakan penentu kepada penggunaan
individu. Jadual yang menggambarkan hubungan di antara penggunaan isi
rumah dan pendapatan dinamakan jadual penggunaan. Jadual penggunaan
pada dasarnya menggambarkan besarnya penggunaan isirumah pada setiap
tingkat pendapatannya, iaitu seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 11.1.

Kolum (1) menunjukkan berbagai tingkat pendapatan boleh guna yang


mungkin diterima oleh isirumah sedangkan dalam kolum (2) ditunjukkan
berbagai jumlah perbelanjaan penggunaan yang dilakukan oleh isirumah
tersebut pada berbagai tingkat pendapatan yang diperolehinya. Jumlah
tabungan (atau lebihan pendapatan selepas penggunaan) yang akan
dilakukan oleh isirumah pada berbagai tingkat pendapatan yang mungkin
diterimanya ditunjukkan dalam kolum (3).

Contoh dalam Jadual 11.1 menunjukkan beberapa sifat hubungan di antara


perbelanjaan penggunaan dan pendapatan bolehguna. Ciri-ciri hubungan
tersebut adalah:

(a ) Pada pendapatan yang rendah atau kecil, isirumah menggunakan


tabungan bagi membiayai penggunaannya. Pada waktu pendapatan
bolehguna adalah Yd=0, penggunaan sebanyak RM125. Ini bererti
isirumah telah menggunakan harta atau tabungan masa lalu untuk
membiayai penggunaannya. Justeru tabungan akan menjadi
negatif, atau terma ekonomi di panggil sebagai makan tabungan,
ini dapat dilihat pada tingkat pendapatan yang berada di bawah
paras RM500.

(b) Kenaikan pendapatan meningkatkan perbelanjaan penggunaan.


Biasanya pertambahan pendapatan adalah lebih tinggi daripada
pertambahan penggunaan. Contoh dalam Jadual 11.1
menunjukkan, apabila pendapatan bertambah sebanyak RM100,
penggunaan juga akan turut bertambah sebanyak RM75. Baki
daripada pertambahan pendapatan, iaitu sebanyak RM25 akan
ditabungkan. Pada pendapatan yang tinggi isirumah akan
161
menabung. Oleh keran pertambahan pendapatan selalunya lebih
besar dari pertambahan penggunaan maka isirumah tidak
memakan tabungan lagi. Ia sudah mampu menabung
sebahagian dari pendapatannya. Contoh dalam Jadual 11.1
menunjukkan, apabila pendapatan isi rumah melebihi daripada
RM500, penggunaannya lebih rendah dari pendapatannya.
Contohnya, pada pendapatan RM900, penggunaan adalah RM800,
dan ini menunjukkan isi rumah sudah menabung sebanyak
RM100.

Jadual 11.1 : Hubungan Di antara Penggunaan Dan


Pendapatan Bolehguna

Pendapatan Penggunaan Tabungan


Bolehguna (Yd) Isirumah ( C ) Isirumah (S )

0 125 -125
100 200 -100
200 275 -75
300 350 -50
400 425 -25
500 500 0
600 575 25
700 650 50
800 725 75
900 800 100
Sumber : Makroekonomi : teori , masalah dan dasar (Sadono et all)

11.2.3 Tabungan ( S)

Dalam bahagian 11.2.2 yang lalu, kita telah membincangkan mengenai


fungsi penggunaan agregat atau C = a + bY. Sekarang kita akan beralih
kepada aspek tabungan pula iaitu, S = Y C (kerana Y = C + S).
Fungsi tabungan diberi sebagai ; S = - a + (1-b) Yd . Fungsi tabungan
dapat menerbitkan keluk tabungan seperti di bawah.

Rajah 11.3 : Keluk Fungsi Tabungan

Tabungan (S) S = -125 + 0.25Yd

0
Pendapatan Negara (Y)

-125

162
Berdasarkan kepada kepada Jadual 11.1 di atas pada tingkat pendapatan =0,
penggunaan autonomi adalah sebanyak 125 dan tabungan adalah = -125,
manakala pada tingkat pendapatan 400, penggunaan adalah 425 melebihi
dari tingkat pendapatan. Oleh itu tabungan pada ketika itu adalah -25.
Keseimbangan pendapatan penggunaan berada pada tingkat keseimbangan
pada tingkat pendapatan = 500, dan pada ketika itu tabungan = 0. Adapun
pada tingkat pendapatan 900, dengan penggunaan sebanyak 800 tabungan
adalah sebanyak 100. Penentuan kepada tingkat penggunaan pengguna
bergantung kepada kecenderungan mengguna, begitu juga simpanan
pengguna akan bergantung kepada kecenderungan menabung marginal.

11. 2.4 Kecenderungan Mengguna

Hubungan antara pendapatan bolehguna dengan penggunaan dan tabungan


dapat perolehi melalui kecenderungan mengguna dan kecenderungan
menabung.

Kecenderungan Mengguna Marginal (MPC) dan Kecenderungan


Mengguna Purata (APC)

Kecenderungan mengguna dapat di bahagikan kepada dua iaitu


kecenderungan mengguna marginal (MPC) dan kecenderungan mengguna
purata (APC).

i. Kecenderungan mengguna marginal, yang selalu dinyatakan sebagai


MPC (Marginal Propensity to Consume), didefinisikan sebagai
perbandingan diantara pertambahan penggunaan (C) yang
dilakukan dengan pertambahan pendapatan bolehguna (Yd) yang
diperolehi. Nilai MPC dihitung seperti berikut:

MPC = (C)/ (Yd) = b

Nilai MPC pada Jadual 11.1 ialah 0.75

ii. Kecenderungan mengguna purata, dinyatakan sebagai APC (Average


Propensity to Consume), didefinisikan sebagai perbandingan di antara
tingkat perbelanjaan penggunaan (c) dengan tingkat pendapatan
bolehguna pada ketika penggunaan tersebut dilakukan (Yd). Nilai
APC dihitung seperti berikut:

APC = C/Yd

iii. Untuk memahami dengan lebih baik konsep kecenderungan


mengguna marginal dan purata, rujuk pada Jadual 11.1 di mana pada
tingkat pendapatan boleh guna RM800 penggunaan adalah
sebanyak 725. Ini bererti nilai APC adalah: 725/800=0.9063. Oleh
163
itu bagi mendapatkan nilai MPC bahagikan perubahan dalam
penggunaan dengan perubahan dalam pendapatan. Ini bernakna
apabila pendapatan meningkat sebanyak RM100 (dari RM800
RM900) penggunaan akan meningkat sebanyak 75 (800 725).
Oleh itu MPC = 75/100 = 0.75.

11.2.5 Kecenderungan Menabung

Konsep kecenderungan menabung juga terbahagi kepada dua,iaitu


kecenderungan menabung marginal (MPS) dan kecenderungan menabung
purata (APS). Definisi konsep-konsep tersebut dinyatakan di bawah ini;

i. Kecenderungan menabung marginal, atau secara ringkas MPS


(Marginal Propensity to Save), didefinisikan sebagai perbandingan di
antara pertambahan tabungan (S) dengan pertambahan pendapatan
bolehguna (Yd). MPS juga adalah keceruanan bagi keluk tabungan.
Nilai MPS dapat dikira dengan menggunakan formula:

MPS=S/Yd

ii. Kecenderungan menabung purata, atau ringkasnya APS (Average


Propensity to Save) menunjukan perbandingan di antara tabungan (S)
dengan pendapatan bolehguna (Yd). Nilai APS dikira dengan kaedah
berikut:

APC=S/Yd

Untuk contoh mengira MPS dan APS perhatikan kembali pendapatan isi
rumah pada RM800 dan RM900. Pada RM800 tabungan adalah RM75.
Maka nilai APS adalah adalah: (75/800)=00938. Apabila pendapatan
meningkat dari RM800 ke RM900 tabungan turut meningkat adalah 25.
Oleh itu nilai MPS adalah : 25/100 = 0.25

11.2.6 Hubungan di antara MPC dan MPS, APC dan APS

Sepertimana yang telah dibincangkan sebelum ini pendapatan bolehguna


adalah sama dengan penggunaan isirumah ditambah dengan tabungan
isirumah. Dalam persamaan:

Yd= C + S

Apabila persamaan di atas dibahagi dengan Yd, maka,

Yd/Yd = C/Yd + S/Yd

164
Seperti telah dimaklumi APC= C/Yd dan APS= S/Yd. Maka persamaan di
atas dapat dituliskan seperti berikut:

1=APC + APS

Persamaan di atas menunjukkan jumlah APC dan APS bersamaan dengan


1. Apabila isirumah mengalami kenaikan pendapatan, maka penggunaan
dan tabungannya akan bertambah. Hubungan di antara pertambahan
pendapatan, pertambahan penggunaan dan pertambahan tabungan dapat
dinyatakan oleh persamaan berikut:

Yd= C + S

Apabila setiap komponen dari persamaan di atas dibahagi dengan Yd,


maka akan diperolehi:

Yd/Yd = C / Yd + S / Yd

Oleh kerana MPC adalah C/ Yd dan MPS adalah S/ Yd, maka


persamaan diatas boleh diubah menjadi:

1 = MPC + MPS

Daripada persamaan di atas dapat disimpulkan bahawa jumlah MPC dan


MPS selalu sama dengan satu.

11.2.7 Pelaburan (I)

Pelaburan adalah perbelanjaan yang dilakukan oleh firma ke atas barangan


modal. Pelaburan kasar merangkumi pelaburan bersih dan susutnilai.
Pelaburan bersih adalah pembelian perkakasan atau barangan modal seperti
mesin juga tambahan kepada inventori, manakala susutnilai pula adalah kos
yang terlibat atas barangan modal yang telah digunakan yang perlu dibaiki
setelah lama diguna atau mengalami kerosakan.

Perubahan dalam inventori juga merupakan satu bentuk pelaburan iaitu


dengan mengambil kira pengeluaran tolak jualan, contohnya Proton
mengeluarkan kereta model WAJA sebanyak 100 unit pada tahun 2010,
pada tahun 2011 jumlah kereta WAJA yang tidak habis dijual adalah
sebanyak 20 unit, oleh itu stok atau inventori adalah bernilai positif 20 unit.
Kesannya untuk tahun 2011 pelaburan terhadap kereta WAJA akan
berkurang sebanyak 20 unit.

Penentu utama kepada pelaburan ialah kadar bunga atau kadar pulangan,
selain dari itu pelaburan juga akan ditentukan oleh pendapatan negara,
perkembangan teknologi, prospek perkembangan ekonomi masa akan
datang, kestabilan ekonomi, kemudahan infrastruktur juga penawaran
buruh.
165
11.2.8 Perbelanjaan Agregat (AE)

Keseimbangan pendapatan negara akan tercapai apabila jumlah keseluruhan


perbelanjaan(perbelanjaan agregat) yang akan dilakukan dalam sesebuah
ekonomi adalah sama dengan keluaran negara yang ingin dihasilkan oleh
firma (penawaran agregat). Keseimbangan pendapatan negara dapat
digambarkan melalui tiga cara iaitu melalui jadual, keluk atau persamaan
algebra.

Keseimbangan pendapatan negara bagi ekonomi dua sektor ialah ;

kaedah perbelanjaan Y = AE = C + I

kaedah suntikan dan bocoran S = I .

Tiga pendekatan menggambarkan keseimbangan pendapatan negara:

i. Pendekatan Secara Jadual

Keseimbangan pendapatan negara dapat digambarkan melalui jadual iaitu


dengan melihat kepada fungsi perbelanjaan agregat (AE) dengan
pendapatan(Y). Sekiranya AE < Y menunjukkan kegiatan ekonomi
mengalami penurunan, ini kerana jumlah perbelanjaan yang dilakukan
dalam ekonomi adalah lebih rendah daripada jumlah barang dan
perkhidmatan yang dihasilkan dalam ekonomi. Justeru berlaku peningkatan
dalam inventori dan kesannya akan meyebabkan firma akan mengurangkan
pengeluaran. Sebaliknya jika AE>Y akan mendorong kearah
pengembangan dalam kegiatan ekonomi dan firma akan meningkatkan
pengeluaran mereka.

Keadaan keseimbangan berlaku apabila AE = Y, pada ketika ini tiada


lebihan dalam pengeluaran dan inventori = 0. Situasi ini dapat dilihat pada
Jadual 11.3 di bawah;

Jadual 11.3 : Keseimbangan Pendapatan Negara Pendekatan


Jadual

(Yd) (C) (S ) (I) (AE) Kedudukan


C+I ekonomi
0 200 -200 300 500
500 600 -100 300 900
1000 1000 0 300 1300 Berkembang
1500 1400 100 300 1700
2000 1800 200 300 2100
2500 2200 300 300 2500 Seimbang
3000 2600 400 300 2900
3500 3000 500 300 3300 Menguncup

166
Pada Jadual 11.3 di atas, keseimbangan pendapatan negara berada pada
tingkat pendapatan bersamaan 2500, kerana pada tingkat pendapatan
tersebut jumlah penggunaan dan pelaburan juga bersamaan dengan 2500.
Adapun pada tingkat pendapatan 500, perbelanjaan berada pada 900
melebihi tingkat pendapatan, sebaliknya pada tingkat pendapatan 3000
perbelanjaan berada pada tahap yang lebih rendah iaitu 2900 sahaja.

ii. Pendekatan Secara Rajah

Selain dari jadual, keseimbangan pendapatan negara dapat juga


digambarkan melalui rajah. Rajah yang digunakan ialah rajah yang
menunjukkan perbelanjaan agregat dan penawaran agregat dan rajah
bocoran suntikan. Keseimbangan tercapai apabila kedua-dua keluk AE dan
Y bersilang. Ini dapat ditunjukkan pada Rajah 11.4 di bawah.

Rajah 11.4 : Keseimbangan Pendapatan Negara bagi Ekonomi Dua


Sektor

Y
AE

C+I

C = a + bYd

500

200

1000 2500 Pendapatan negara


S=I
Bocoran
suntikan
e
500 I

0
1000 2500 Pendapatan negara

-200

167
Berdasarkan kepada Rajah 11.4 di atas, keseimbangan tercapai apabila
keluk AE bersilang dengan keluk penawaran agregat (pada e), iaitu pada
tingkat pendapatan 2500, penggunaan agregat bersamaan dengan
penawaran agregat dan menurut kaedah bocoran suntikan tabungan
bersamaan dengan pelaburan iaitu S = I = 300.

iii. Pendekatan Secara Pengiraan Algebra

Keseimbangan pendapatan dan penggunaan agregat secara algebra ialah


menggunakan fungsi penggunaan, dan menggunakan fungsi tabungan jika
menggunakan kaedah bocoran suntikan.

Berdasarkan Jadual 11.3 dapat diterbitkan fungsi penggunaan (C) dan


fungsi pelaburan (I) ( iaitu;
C = 200 + 0.8Yd
I = 300

Keseimbangan tercapai apabila ;


Y = C+I
Y = 200 + 0.8 Yd + 300
Y 0.8Y = 500
0.2 Y = 500
Y = 2500

Atau kaedah bocoran dan suntikan;


S = - 200 + 0.2 Y
I = 300

Jadi ; S = I
- 200 + 0.2 Y = 300
0.2Y = 300 + 200
Y = 2500

11.2.9 Pengganda Ekonomi Dua Sektor

Fungsi perbalanjaan akan mengalami perubahan apabila berlaku perubahan


kepada pelaburan. Oleh itu tingkat keseimbangan pendapatan juga akan
turut dipengaruhi. Bagi mengukur perubahan pendapatan keseimbangan
ini, pengganda digunakan. Pengganda ialah berapa kali pendapatan negara
akan meningkat atau berkurang apabila berlaku perubahan kepada
pelaburan. Nilai pengganda (m) dihitung menggunakan formula berikut;

m = 1/ 1- MPC
@
m = 1 / MPS

Contohnya jika berlaku perubahan kepada pelaburan sebanyak 100 maka


pendapatan negara akan meningkat sebanyak 500. Ianya ditunjukkan dalam
persamaan di bawah.
168
m = 1/MPS
m = 1 / 0.2 = 5

Oleh itu perubahan pendapatan = Y = M X I


Y = 5 X 100
Y = 500

Akibat dari peningkatan pelaburan sebanyak 100, maka keseimbangan


pendapatan akan meningkat sebanyak 500 menjadikan keseimbangan yang
baru 3000.

11.3 Keseimbangan Ekonomi Tiga Sektor

Sepertimana yang telah dibincangkan keseimbangan ekonomi dua sektor


mengambilkira perbelanjaan pengguna isirumah dan firma. Adapun di
dalam ekonimi tiga sektor jumlah perbelanjaan merangkumi isirumah, firma
dan kerajaan. Di sini perbelanjaan kerajaan merupakan suntikan kepada
aliran pendapatan negara dan cukai yang dipungut oleh kerajaan merupakan
bocoran dalam aliran. Oleh itu pendapatan bolehguna individu adalah
pendapatan selepas ditolak cukai. Ianya seperti di bawah;

Yd = Y Cukai ( T )

Dan fungsi penggunaan ditulis sebagai;

C = a + b ( Y T)
Fungsi bocoran suntikan ;

S+T = I+G

Keseimbangan bagi ekonomi tiga sektor dapat ditunjukkan di dalam Jadual


11.4 di bawah.

Jadual 11.4 : Jadual Keseimbangan Pendapatan Dalam Ekonomi


Tiga Sektor

(Y) (T) (Yd) (C) (S ) (I) (G) (AE)


C + I+
G
0 30 -30 20 -50 20 30 70
30 30 30 40 -40 20 30 90
60 30 30 60 -30 20 30 110
90 30 60 80 -20 20 30 130
120 30 90 100 -10 20 30 150
150 30 120 120 0 20 30 170
180 30 150 140 10 20 30 190
210 30 180 160 20 20 30 210
240 30 210 180 30 20 30 230
270 30 240 200 40 20 30 250
300 30 270 220 50 20 30 270
169
i. Analisis Secara Jadual

Keseimbangan pendapatan negara bagi ekonomi tiga sektor adalah pada


tingkat pendapatan negara 210 di mana pada ketika ini penawaran agregat
adalah sama dengan permintaan agregat (Y = C + I + G) dan bocoran
sama dengan suntikan iaitu (S + T = I + G). Bocoran ( S + T ) adalah 20
+30 = 50 dan suntikan ( I +G ) adalah 20 + 30 = 50.

Jika pendapatan negara berada pada 120, didapati tingkat penggunaan


agregat melebihi penawaran agregat, iaitu pada 150 dan sebaliknya jika
pendapatan negara berada pada 300, penggunaan pula hanyalah 270.
Ketidakseimbangan berlaku di sini, dalam masa yang sama bocoran juga
tidak sama dengan suntikan.

ii. Analisis Secara Pengiraan

Pada Jadual 11.4 di atas, dapat diterbitkan fungsi penggunaan, pelaburan


dan perbelanjaan kerajaan bagi ekonomi tiga sektor iaitu ;

C = 20 + 0.67 Y , I = 20 , G = 30

Keseimbangan pendapatan negara pendekatan perbelanjaan;

Y = C+I+G
Y = 20 + 0.67Y + 20 + 30
Y 0.67Y = 70
0.333Y = 70
Y = 210

Manakala pendekatan bocoran suntikan;

S+T = I +G
-50 + 0.333Y + 30 = 20 + 30
0.333Y = 70
Y = 210

iii. Analisis Secara Keluk

Rajah 11.5 di bawah menunjukkan kedudukan keseimbangan pendapatan


negara di bawah ekonomi tiga sektor (Y = C + I + G). Persilangan antara
penawaran agregat dan permintaan agregat yang terdiri dari gabungan
penggunaan isirumah, firma dan kerajaan. Keseimbangan berada pada
tingkat pendapatan bersamaan 210.

Jika mengikut pendekatan bocoran suntikan, pada tingkat pendapatan


keseimbangan bersamaan 210, jumlah simpanan ditambah cukai (S + T)
akan menyamai pelaburan tambah perbelanjaan kerajaan (I + G).

170
Rajah 11.5 : Keseimbangan Pendapatan Dalam Ekonomi Tiga Sektor

AE Y

C+I+G

C+I

C = a + bYd
70

40

20

60 120 210 Pendapatan


Bocoran negara
suntikan

S+T
50 I+G

20 I

0
Pendapatan
60 120 210 negara
-50

11.3.1 Pengganda Ekonomi Tiga Sektor

Pengganda bagi ekonomi tiga sektor akan dipengaruhi oleh nilai cukai,
samada cukai berkadar atau cukai tetap. Jika fungsi cukai hanyalah cukai
tetap maka ia tidak akan mempengaruhi nilai pengganda. Akan tetapi jika
dalam fungsi cukai terdapat cukai berkadar maka nilai pengganda akan
dipengaruhi. Ada pun pengganda bagi perbelanjaan kerajaan dan pelaburan
juga akan turut dipengaruhi sekiranya fungsi cukai mempunyai cukai
berkadar. Untuk menggambarkan situasi tersebut contoh berangka akan
diberikan.

171
Jika di beri fungsi seperti berikut;
C = 100 + 0.75 Y
I = 50
G = 100
T = 20

Di sini cukai hanyalah cukai tetap maka ia tidak akan mempengaruhi nilai
pengganda. Formula berikut digunakan bagi menghitung pengganda
perbelanjaan kerajaan dan pelaburan sekiranya cukai adalah cukai tetap.

m = 1/ (1-b) @ 1/ (1-MPC)
m = 1/0.25 @ 1/ MPS
m = 4

Pengganda bagi cukai pula adalah;

t = -b/(1-b) @ 1/ (1-MPC)
t = - 0.75/0.25
t = - 3

Sekiranya di dalam fungsi cukai terdapat cukai berkadar (t) maka


pengganda adalah seperti berikut;
Jika fungsi cukai diberikan seperti berikut;

T = 20 + 0.2Y

Pengganda perbelanjaan kerajaan dan pelaburan dengan cukai berkadar


adalah;
m = 1/ (1-b) + bt
m = 1/0.25 + (0.75 x 0.2)
m = 1/0.25 +0.15
m = 1/(0.4)
m = 2.5

Pengganda bagi cukai pula adalah;

t = -b/(1-b) + bt
t = - 0.75/0.25 + (0.75 x 0.2)
t = - 0.75/(0.4)
t = - 1.875

Nilai pengganda digunakan bagi menghitung perubahan kepada


pendapatan negara sekiranya kerajaan meningkatkan perbelanjaan kerajaan
atau pelaburan juga perubahan kepada tingkat cukai. Namun, kesan
pengurangan cukai adalah lebih kecil kesannya berbanding peningkatan
perbelanjaan kerajaan dan pelaburan, ini kerana pengganda cukai
dipengaruhi oleh kecenderungan berbelanja pengguna apabila cukai
dikurangkan atau dinaikkan. Oleh itu pengganda cukai adalah lebih kecil
172
berbanding pengganda perbelanjaan kerajaan dan pelaburan. Sebagai
contoh, andaikan pendapatan negara semasa adalah RM60 juta dan
kerajaan ingin meningkatkan pendapatan negara kepada RM100 juta,
berapa banyakkah perbelanjaan kerajaan atau pelaburan perlu ditingkatkan
dan berapa banyak cukai perlu dikurangkan bagi mencapai tingkat
pendapatan yang diinginkan? Andaikan cukai adalah cukai tetap, gunakan
maklumat di atas untuk menyelesaikannya.

Langkah pertama ialah kita perlu mendapatkan nilai pengganda kemudian


dapatkan perubahan pendapatan yang perlu ditingkatkan.

Nilai pengganda dengan cukai tetap ialah;

Pengganda perbelanjaan kerajaan atau pelaburan = 4

Pengganda bagi cukai = -3

Perubahan dalam pendapatan = RM100 juta RM60 juta


= RM 40 juta

Jumlah perbelanjaan kerajaan atau pelaburan yang diperlukan;

Y = m x G / I
RM40 = 4 x G / I
G / I = RM40 / 4
G / I = RM10 juta

Jumlah cukai yang perlu dikurangkan;

Y = t x T
RM60 = -3 x T
T = RM40 / -3
T = - RM13.3 juta

Tanda negatif menunjukkan hubungan songsang antara cukai dan


pendapatan negara, iaitu jika cukai dikurangkan pendapatan negara akan
meningkat dan sebaliknya. Kesimpulannya, untuk meningkatkan
pendapatan negara sebanyak RM40 juta, perbelanjaan kerajaan atau
pelaburan hanya perlu ditingkatkan sebanyak RM10 juta sahaja berbanding
jumlah cukai yang perlu dikurangkan adalah lebih banyak iaitu sebanyak
RM13.3 juta.

11.4 RUMUSAN

Dalam Bab 11 ini pelajar diperkenalkan tentang keseimbangan pendapatan


negara bagi ekonomi dua (firma dan isirumah) dan tiga sektor (firma,
isirumah dan kerajaan). Analisis secara jadual, rajah dan pengiraan algebra
turut diaplikasikan bagi memudahkan kefahaman pelajar tentang bab ini.
Keseimbangan pendapatan negara akan tercapai apabila perbelanjaan
173
agregat sama dengan penawaran agregat.

Di samping itu, pengganda perbelanjaan kerajaan, pelaburan dan cukai turut


diperkenalkan. Kepentingan pengganda adalah bagi menutup jurang
pendapatan semasa dengan pendapatan yang dikehendaki. Penggubal polisi
akan menggunakan kaedah ini bagi merancang perkembangan ekonomi
terutama ketika ekonomi mengalami kemelesetan.

SOALAN STRUKTUR

1. Diberi fungsi penggunaan C = 50 + 0.75Y.


(a) Jika tingkat pendapatan agregat (Y) ialah 0, berapakah
tingkat penggunaan agregat?
(b) Apakah kesimpulan yang boleh dinyatakan daripada
jawapan (a) di atas?
(c) Katakan pendapatan agregat (Y) meningkat daripada RM40
juta kepada RM60 juta. Berapakah perubahan dalam
tingkat penggunaan agregat?
(d) Apakah kesimpulan yang boleh dinyatakan daripada
jawapan (c) di atas.

2. Diberi MPC = 0.80.


(a) Cari nilai pengganda
(b) Andaikan perubahan I ialah RM20 juta, berapakah
perubahan dalam tingkat keseimbangan Y?
(c) Apakah kesimpulan yang boleh dinyatakan daripada
jawapan (b) di atas?

SOALAN OBJEKTIF

1. Di dalam sebuah ekonomi tiga sektor, fungsi penggunaan diberi sebagai


C = 125 + 0.75Y dan tingkat keseimbangan pendapatan negara adalah
RM1100 juta. Sekiranya keseimbangan pendapatan negara pada guna
tenaga penuh adalah RM1500 juta, berapakah jumlah perbelanjaan
kerajaan yang perlu ditambah?
A RM400 juta.
B RM200 juta.
C RM100 juta.
D RM50 juta.

2. Antara berikut, yang manakah BUKAN sektor utama dalam aliran


pusingan pendapatan bagi ekonomi tertutup?
A Sektor isi rumah.
B Sektor kewangan.
C Sektor firma.
D Sektor kerajaan.

174
3. Cukai sekaligus akan memberi kesan secara langsung terhadap
A kecenderungan mengguna sut (MPC).
B kecenderungan menabung sut (MPS).
C perbelanjaan autonomi.
D perbelanjaan kerajaan.

4. Jumlah penggunaan autonomi akan berubah apabila


A pendapatan negara meningkat.
B cukai tetap bertambah.
C cukai berkadar dikurangkan.
D nilai MPC meningkat.

5. Kecerunan keluk fungsi tabungan akan berubah apabila


A kerajaan menambahkan jumlah cukai.
B ekonomi sedang mengalami lompang deflasi.
C kerajaan menambahkan nilai cukai berkadar.
D Ekonomi sedang mengalami lompang inflasi.

6. Diberikan pendapatan negara sebenar ialah RM1175 juta, pendapatan


negara pada tingkat guna tenaga penuh ialah RM1800 juta, dan fungsi
penggunaan C = 200 + 0.6Y. Untuk mencapai tingkat guna tenaga
penuh ini, kerajaan negara harus menambahkan perbelanjaan sebanyak
A RM250 juta.
B RM270 juta.
C RM450 juta.
D RM470 juta.

7. Berapakah keperluan perbelanjaan kerajaan yang harus ditambah untuk


ekonomi mencapai tingkat guna tenaga penuh?
A RM0 juta.
B RM300 juta.
C RM330 juta.
D RM500 juta.

8. Tingkat keseimbangan pendapatan negara bagi sebuah ekonomi


tertutup ialah RM500 juta dan Kecendungan Menabung Marginal ialah
0.2. Kerajaan mengambil keputusan untuk menambahkan cukai lump
sum sebanyak RM30 juta tetapi pada masa yang sama, pelaburan swasta
naik sebanyak RM20 juta. Apakah tingkat keseimbangan pendapatan
negara yang baru?
A RM450 juta.
B RM480 juta.
C RM520 juta.
D RM550 juta.
175
9. Dalam sebuah ekonomi tiga sektor, maklumat diberikan seperti berikut:
C = 150 + 0.75Yd, I = 100, G = 200, T = 100. C, I, G dan T adalah
dalam sebutan RM juta. Hitung tingkat keseimbangan pendapatan
negara selepas kejatuhan cukai sebanyak RM50 juta.
A RM1200 juta.
B RM1400 juta.
C RM1650 juta.
D RM1600 juta.

10. Pengganda ekonomi akan semakin kecil apabila


A kecenderungan menabung sut besar.
B kecenderungan mencukai sut kecil.
C kecenderungan mengguna sut besar.
D kecenderungan mengguna purata kecil.

11. Manakah daripada yang berikut TIDAK BENAR tentang sebuah


ekonomi tiga sektor?
A Ia terdiri daripada sektor isi rumah, firma, dan kerajaan.
B Penawaran agregat terdiri daripada penggunaan, tabungan, dan
cukai.
C Perbelanjaan agregat terdiri daripada tabungan, pelaburan, dan
perbelanjaan kerajaan.
D Dalam keseimbangan, penawaran agregat = perbelanjaan
agregat.

Pada rajah di bawah ini, C = penggunaan, I = pelaburan, dan G =


perbelanjaan kerajaan.

12. Peranan kerajaan dalam kegiatan ekonomi tiga sektor itu membolehkan
pendapatan negara mencapai
A Y1.
B Y2.
C Y3.
D melebihi Y3.

176
13. Semakin curam kecerunan keluk perbelanjaan agregat,
A semakin kecil nilai MPC dan semakin kecil nilai pengganda.
B semakin kecil nilai MPC dan semakin besar nilai pengganda.
C semakin besar nilai MPC dan semakin besar nilai pengganda
D semakin besar nilai MPC dan semakin kecil nilai pengganda.

Rujuk rajah berikut untuk menjawab soalan.

C = f(Y)
300

280

200

100 200 Y

14. Persamaan fungsi penggunaan bagi pengguna ialah


A. 200 + 0.8Y.
B. 200 + 0.2Y.
C. 200 + 0.4Y.
D. 200 + 0.75Y.

15. Jika nilai pengganda adalah 4, MPC mestilah


A 1/5.
B 1/6.
C 3/4.
D 4/5.

177

Anda mungkin juga menyukai