Anda di halaman 1dari 61

http://jerunei.blogspot.com/2008/08/ciri-ciri-pemimpin-unggul.

html

Ciri-ciri Pemimpin Unggul


DALAM setiap negara, organisasi, syarikat, pasukan sukan mahupun keluarga mesti ada yang dilantik menjadi pemimpin. Malah apabila ada dua orang atau lebih mesti ada seorang dipilih atau bertindak sebagai pemimpin. Jawatan pemimpin amat penting yang bertanggungjawab mengawal, mengurus, mentadbir, merancang, membuat keputusan dan menjadi contoh kepada orang dipimpin. Individu yang bergelar sebagai pemimpin menanggung amanah kepimpinan yang berat. Setiap pemimpin akan menghadap Allah dan disoalkan apakah yang telah dilakukan sebagai pemimpin. Sabda Rasulullah bermaksud:Setiap daripada kamu adalah pemimpin dan kamu semua bertanggungjawab terhadap orang di bawah jagaanmu. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Justeru, jawatan pemimpin hanya layak disandang oleh orang yang benar-benar amanah. mempunyai kekuatan, kemampuan, kemahiran dan ketahanan dalam soal kepimpinan. Kelayakan ini paling penting bagi pemimpin peringkat negara dan organisasi besar. Mengasihi dan mengambil berat Pemimpin yang baik ialah mengasihi dan mengambil berat soal kebajikan orang yang dipimpin, menyediakan keadaan selamat, selesa dan sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat berbanding kepentingan peribadi. Oleh itu, setiap pemimpin perlu mempunyai visi dan misi untuk kepentingan semua pihak. Semua perancangan dilakukan dengan teliti, bijak, fleksibel, berasas dan memahami keperluan semasa bagi membantu kejayaan apa yang dilakukan. Tidak sekadar beretorik dan berjanji Pemimpin yang baik tidak sekadar melaungkan slogan retorik. Dia memahami kebenaran dan kesan terhadap setiap apa yang diucapkan. Firman Allah bermaksud: Wahai Daud! Sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu khalifah di bumi maka jalankanlah hukum (undang-undang) antara manusia dengan (hukum syariat) yang benar (yang wahyukan kepadamu), dan janganlah engkau

menurut hawa nafsu, kerana yang demikian itu akan menyesatkan kamu dari jalan Allah. (Surah Shad, ayat 26). Pemimpin perlu menjauhkan diri daripada melakukan amalan menabur fitnah dan janji dusta. Perbuatan itu wajib dijauhi kerana ia bersifat kezaliman lidah yang melenyapkan kebenaran dan menyembunyikan unsur-unsur kebenaran. Sesiapa yang berjanji sedangkan mengetahui tidak mampu melaksanakan apa yang dijanjikan itu adalah seburuk-buruk sifat pemimpin. Mereka melakukan sifat orang munafik yang berpura-pura baik sedangkan dalam hatinya tersimpan niat jahat. Sanggup menerima kritikan Satu sifat mulia yang perlu dimiliki setiap pemimpin ialah sanggup menerima kritikan daripada orang bawahan. Kritikan merupakan satu cara untuk memperbaiki keburukan yang dilakukan oleh pemimpin. Sebenarnya, pemimpin juga tidak terlepas daripada melakukan kesalahan.Kedudukan pemimpin amat penting sebagai tunjang kekuatan kepada organisasi atau negara. Tanpa pemimpin yang berhemah, berwibawa dan berwawasan akan mengakibatkan organisasi tidak mampu berkembang dan tidak mendatangkan kebiakan kepada ahli-ahlinya. Insan yang bergelar pemimpin tidak seharusnya menjadikan matlamat diri sendiri sebagai agenda perjuangan. Sebenarnya, jawatan yang disandang adalah satu bebanan amanah berat yang perlu dilaksanakan. Pemimpin layak meletakkan dirinya sebagai hamba kepada orang yang dipimpin. Sebab itu pemimpin perlu memberi sepenuh tumpuan dan tenaga untuk berkhidmat. Mengelak dari sikap mementingkan kroni Pemimpin yang baik juga perlu mengelak diri daripada mengamalkan sikap mementingkan kroni. Sepatutnya semua orang bawahan mesti dilayan sama rata. Tidak ada golongan yang mendapat keistimewaan atau diberi keutamaan untuk mendapat sesuatu yang bukan haknya. Dalam hal ini, pemimpin tawaduk tidak runsing hilang sokongan disebabkan tidak memberi layanan istimewa kepada penyokong setia. Pemimpin mengamalkan kroni biasanya tidak mempunyai kekuatan sendiri. Jadi terpaksalah memberi

keistimewaan kepada kroninya agar dia terus mendapat sokongan. Justeru, sikap pemimpin yang berwibawa tidak takut hilang populariti disebabkan menjalankan amanah dengan tegas termasuk kepada penyokongnya. Sebaliknya, dia lebih takut kepada pembalasan Allah berkaitan kecacatan kepimpinannya. Allah memberi peringatan agar setiap hamba-Nya melaksanakan setiap amanah dengan sempurna dan tidak sekali-kali menukar beli kebenaran disebabkan sedikit ganjaran dunia yang ingin diperoleh. Firman Allah bermaksud: Katakanlah, wahai Tuhan yang memberikan kerajaan. Engkau memberi kerajaan (kekuasaan) kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau gugurkan (jatuhkan) kerajaan daripada orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau muliakan dan Engkau hinakan orang yang dikehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.(Surah Al-Imran : ayat 26). Sentiasa melihat dan menilai diri sendiri Sesungguhnya, pemimpin yang baik akan sentiasa melihat dan menilai diri sendiri. Sekiranya dirasakan tidak mampu melaksanakan tugas. Maka jawatannya diserahkan kepada orang lain yang dirasakan mampu melaksanakan amanah kepimpinan lebih baik daripadanya. Memandangkan betapa beratnya tugas sebagai pemimpin, Rasulullah begitu teliti sebelum mengambil keputusan untuk melantik seseorang menjadi pemimpin. Perkara penting yang dinilai oleh Rasulullah ialah keupayaan bakal pemimpin itu untuk melaksanakan tugas dan amanah. Hal ini bertepatan dengan firrnan Allah dalam surah al-Qasas ayat 26 bermaksud: Sesungguhnya sebaik-baik orang yang hendak engkau ambil bekerja ialah yang kuat (berkemampuan) dan amanah (dipercayai). Daripada Abu Zar katanya: Aku bertanya: Wahai Rasulullah! Tidakkah mahu engkau melantikku? Baginda menepuk bahuku dan bersabda: Wahai Abu Zar. Sesungguhnya engkau ini lemah, sedangkan jawatan itu adalah amanah. Ia pada hari akhirat nanti adalah kerugian dan penyesalan, kecuali sesiapa yang mengambilnya dengan kelayakan dan menunaikan apa yang menjadi tuntutannya. (Hadis riwayat Muslim).

Daripada hadis itu menjelaskan bahawa Rasulullah tidak melantik Abu Zar, seorang sahabat yang warak dan zuhud serta dikasihi baginda tidak layak diserahkan sesuatu tugas kepimpinan kerana kurang kemampuannya. Jelas sekali, pemilihan pemimpin tidak sekadar dilihat pada keimanan dan ketakwaan seseorang, tetapi lebih berkaitan dengan keupayaan menjalankan tugas memimpin. Pemilihan pemimpin yang lebih layak Proses pemilihan pemimpin hendak dibuat dengan teliti dan memenuhi ciri-ciri kepimpinan seperti ikhlas, mempunyai kekuatan fizikal dan mental, amanah, berpengetahuan luas, berpandangan ke hadapan, yakin dan berani. Sabda Rasulullah bermaksud: Sesiapa ada melantik seseorang untuk mengetuai sesuatu kumpulan sedangkan ada orang lain yang lebih layak daripadanya di sisi Allah, sesungguhnya dia telah mengkhianati Allah dan RasulNya serta orangorang mukmin seluruhnya. (Hadis riwayat Hakim). Pemilihan pemimpin hendaklah berdasarkan kebolehan individu dan bukan secara kolektif mengikut kumpulan. Sikap berpuak-puak yang keterlaluan membawa kepada amalan asabiah yang amat ditegah. Ibnu Manzur mendefinisikan asabiah sebagai seseorang yang menyeru orang lain agar memberi sokongan padu, pertolongan serta kemenangan kepadanya dan bersama menentang mana-mana pihak yang tidak sehaluan dengannya. Amalan berpuak-puak dalam parti menyuburkan kembali amalan asabiah yang begitu tebal diamalkan masyarakat Arab jahiliah. Rasulullah membawa misi dan visi perpaduan menyatukan seluruh umat Islam yang membawa kepada keseimbangan sistem kehidupan manusia sesuai dengan fitrah manusia. Sabda Rasulullah bermaksud: Sesungguhnya Allah telah menghapuskan kecelaan adat jahiliah yang penuh dengan sifat asabiah, iaitu berbangga-bangga dengan keturunan ayah dan datuk daripada kehidupan kamu, tidak kira sama ada seorang mukmin yang takwa atau seorang kafir yang derhaka, mereka semuanya keturunan anak Adam dan Adam pula dijadikan danipada tanah. (Hadis riwayat Abu Daud). Pemimpin yang terbaik berjaya menyatukan orang di bawah pimpinannya ke arah

satu matlamat bersama dan mencapai kejayaan apa yang diharapkan. (Sumber : Al-Islam Mac 2007) http://kulanzsalleh.com/ciri-ciri-pemimpin-yang-baik/

Ciri-ciri Pemimpin Yang Baik


Kejayaan sesebuah organisasi bergantung ke atas prestasi kolektif pentadbirnya, iaitu orang yang mengarah kerja dan memimpin kakitangan keseluruhannya. Pemimpin (atau Ketua Jabatan) secara bersendirian mesti mendapatkan kerjasama secara sukarela daripada rakan sejawatnya kerana proses kepimpinan memang melibatkan dua orang atau lebih. Seorang daripadanya cuba membimbing dan mendorong yang lain dalam usaha mencapai matlamat sistem. Dalam proses perhubungan Ketua Jabatan dan kakitangan, terdapat banyak aspek yang perlu diberi perhatian. Misalnya, bagaimanakah seorang Ketua Jabatan mempengaruhi tingkah laku kakitangan supaya dapat menghasilkan output yang sempurna. Sebagai contoh dalam situasi sekolah misalnya, pengetua/guru besar dan guru-guru berusaha melahirkan pelajar yang sempurna dari segi mental, fizikal, rohani dan jasmani. Seorang pengetua/guru besar mesti mempunyai ciri-ciri kepimpinan, agar mendapat kerjasama dan diterima oleh semua kakitangan di sekolah. Apabila seseorang itu berjaya memimpin, ini bermakna dia berjaya mempengaruhi anggota-anggota yang lain di dalam organisasi itu. Kebolehan mempengaruhi bergantung kepada unsur yang penting iaitu kuasa yang ada pada seseorang itu. Mengikut Dr Robiah Sidin (1988), dalam bukunya Asas Pentadbiran Pendidikan, beliau menegaskan bahawa secara umumnya ada dua jenis kuasa yang boleh dipegang oleh seseorang pemimpin itu. Pertama, kuasa yang datang dengan jawatannya di dalam organisasi itu dan kedua, kuasa yang berpunca daripada keadaan dirinya sendiri atau kuasa individu. Kuasa yang

bersangkut paut dengan jawatan adalah penting kerana memberi kepercayaan kepada anggota-anggotanya. Walaubagaimanapun untuk seseorang itu kekal menjadi pemimpin dia mesti juga mempunyai kuasa yang berunsurkan kebolehan tersendirinya. Ini termasuklah: 1. Mentaliti

Kebijaksanaan atau kebolehan membuat perhitungan yang jauh

sebelum bertindak dengan menilai antara yang baik dan buruk berdasarkan pertimbangan ilmu dan pengalaman.

Keberanian atau kesungguhan serta kesanggupan menghadapi

cabaran dan masalah serta risiko, baik yang berpunca dari luar diri atau dalam diri sendiri.

Mempunyai inisiatif atau tindakan yang dimulakan sendiri tanpa Mempunyai kreativiti sendiri, terutamanya dalam menyelesaikan

menunggu orang lain datang kepadanya minta bertindak.

masalah-masalah yang wujud dalam organisasi. 2. Kemasyarakatan


Kesediaan memberi dan menerima pendapat. Sikap positif dan terbuka. Daya penggerak dan semangat juang yang kuat. Kebolehan berkomunikasi secara berkesan.

3. Moraliti

Mempunyai disiplin diri yang unggul. Kebersihan jiwa terutamanya dari segi keadilan, amanah,

ketenangan, kesabaran, keteguhan pendirian dan ketahanan diri.

Iman yang teguh, terutama orang yang beragama Islam.

Antara ketiga-tiga ciri yang dinyatakan, moraliti adalah yang terpenting untuk menilai seseorang pemimpin sama ada baik atau buruk, berkesan atau tidak, boleh bertahan lama atau tidak.

Pemimpin memerlukan juga sikap tertentu untuk mempengaruhi orang lain. Perkara yang paling penting ialah pemimpin harus mempunyai pengertian dan tanggapan yang tajam terhadap individu-individu yang saling berurusan dengannya. Selain daripada itu seorang pemimpin juga harus mempunyai:

Empati; iaitu kebolehan untuk memahami perasaan orang lain Kesedaran; akan kelemahan dan kekuatan dirinya sendiri. Sedar

dan bersimpati.

tentang bagaimanakah dirinya dianggap oleh orang lain. Hanya apabila ini berlaku maka barulah kepercayaan kebolehan dirinya akan timbul.

Kebolehan: untuk melihat secara objektif akan masalah-masalah

dan tingkah laku anggota-anggota lain. Pemimpin harus bersikap adil boleh memberi analisa yang adil dan tidak emosional. Selain itu, sekiranya seseorang itu ingin menjadi pemimpin yang baik, dia hendaklah mengamalkan perkara-perkara yang diketahui, dilihat dan diterima sebagai baik:

Seseorang pemimpin harus bersedia untuk belajar dari siapa

sekalipun apa yang dia tidak tahu kerana kepimpinan itu sesuatu yang boleh terus menerus dipelajari dari latihan dan pengalaman.

Seseorang pemimpin mesti berani memberi jawapan yang tegas

kepada sesuatu yang difikirkan baik atau tidak baik kepada organisasinya.

Seseorang pemimpin yang baik berupaya memudahkan semua

kerja, dengan menjadikannya kerja-kerja biasa yang boleh dilakukan oleh kebanyakkan orang bawahannya dan tidak memerlukan pakar khusus.

Seorang pemimpin yang baik mempunyai perhubungan baik yang mempunyai keistimewaan tersendiri.

dengan orang-orang bawahannya. Dia mengenali mereka sebagai individu-individu bawahannya. Pemimpin yang baik juga tidak berkasar dengan orang-orang

Seseorang pemimpin yang baik pandai membahagikan masa. Dia

tahu bila masa bertugas dan bila masa di luar tugas dan bertindak bersesuaian dengan keadaan. Pemimpin yang tidak cekap selalu merasa runsing dan bimbang dengan hal-hal tugas di mana juga dia berada.

Dalam sesebuah organisasi terdapat pelbagai jenis manusia: ada

yang malas, ada yang rajin dan ada yang boleh diharap serta ada yang tidak boleh diharap. Seorang pemimpin yang bijak tidak lemah semangat dengan keadaan ini. Dia menerima hakikat sedemikian dan menggunakan sebaik-baiknya apa yang ada.

Seorang

Pemimpin

yang

baik

tahu

dan

mahu

berbincang

denganorang-orang bawahannya mengenai sesuatu hal yang dia sendiri tidak pasti. Dia tidak hanya pandai mengeluarkan arahan saja.

Seorang pemimpin yang baik mempunyai banyak pengetahuan Seorang pemimpin yang baik pandai memperkembangkan

dan pengalaman mengenai tugas dan manusia.

kebolehan bekerja orang bawahannya. Dia tahu mengagihkan tugas kepada mereka.

Seorang pemimpin yang bijak tidak sekali-kali lemah semangat cepat mengaku kalah apabila berdepan dengan sesuatu

dan

masalah. Kalau masalah tidak dapat diselesaikan dengan satu cara, dia menggunakan cara lain. Dia sentiasa bersikap positif. Melalui perbincangan mengenai ciri-ciri pemimpin berkesan di atas, beberapa kesimpulan dapat dibuat. Diantaranya ialah kepimpinan ialah perlakuan seseorang yang boleh menggerakkan orang lain untuk berfikir, merasa, bertindak dengan cara-cara tertentu. Dalam hal ini seorang pemimpin harus mengetahui keperluan dan motif orang-orang yang berkerja dengannya dan harus menitikberatkan pencapaian matlamat kumpulan. Dia juga harus berjaya mengekalkan kekuatan yang ada pada kumpulannya untuk menyelesaikan masalah dan mencapai matlamat masa depan.

Seseorang pemimpin boleh menonjolkan kepimpinannya hanya melalui penglibatannya dalam kumpulan. Dalam kumpulan pula kekerapan interaksi biliknya bersama dan tidak kakitangan mempunyai membolehkan untuk keberkesanan dengan kepimpinannya. Kalau seorang pemimpin sentiasa bersembunyi dalam masa berinteraksi kakitangannya, maka kepimpinannya kurang berkesan. Kepimpinan bukan bergantung sepenuhnya kepada jawatan. Status jawatan yang disandang hanya satu daripada punca potensi kepimpinan. Kejayaan kepimpinan adalah fungsi kedua-dua kuasa; secara formal melalui jawatan dan secara tidak formal yang bukan kerana jawatan, iaitu penerimaan orang-orang bawahan . p/s: Sambungan daripada entri Model Kepimpinan http://kulanzsalleh.com/model-kepimpinan/

Model-Model Kepimpinan
by KULANZ on 17/02/2010 4 COMMENTS

Dalam pos Pengenalan Tentang Kepimpinan yang lepas, ada dibincangkan secara ringkas tentang definisi kepimpinan dan Teori-teori Kepimpinan. Berikut ini adalah sambungan daripada artikel berkenaan. Model-Model Kepimpinan Bagi mengukuhkan lagi teori-teori yang telah dibincangkan sebelum ini, adalah penting juga bagi setiap pemimpin mempunyai mengikuti model kepimpinan tertentu dalam mentadbir organisasi. Pelbagai model kepimpinan yang wujud dan di antara model yang dipilih untuk perbincangan ialah; i) Model Kepimpinan Top-Down

ii) Model Transformational iii) Model Fungsi Kepimpinan (John Adair) 1. Model Kepimpinan Top-Down Model ini berbentuk pyramid, iaitu dari pihak tertinggi menular ke subordinat-subordinat di bawahnya. Sumber arahan adalah dari satu sumber sahaja. Pihak subordinat melaksananakan arahan tanpa banyak persoalan. Dalam hal ini pihak atasan yang memberi arahan adalah mempunyai akauntabiliti sepenuhnya terhadap arahan yang diberikan. Carta organisasi memperincikan lagi model ini dengan memperlihatkan secara jelas hiraki dalam organisasi. Carta organisasi jabatan-jabatan kerajaan banyak menunjukkan model ini, termasuklah Kementerian Pendidikan. Dalam sesebuah organisasi ketua merupakan orang yang paling berkuasa. Sebagai contoh di sekolah menengah, Pengetua terletak di hierarki paling atas, kemudian diikuti oleh Penolong-penolong Kanan. Ketua Bidang, Ketua Panitia dan seterusnya guru-guru subjek. Begitu juga di sekolah rendah yang diketuai oleh Guru Besar. Model ini menunjukkan arah aliran kuasa dan arahan iaitu dari atas ke bawah. Model ini dengan jelas memperlihatkan dengan jelas aliran arahan dan otoriti dari pihak teratas kepada pihak pegawai pertengahan dan seterusnya kepada pihak pelaksana arahan berkenaan. Proses arahan dari pihak atas ke pihak perlaksana terpaksa melalui pelbagai peringkat dan memakan masa. Sebarang arahan untuk dilaksanakan terpaksa melalui pelbagai peringkat. Di sekolah misalnya arahan akan dikeluarkan oleh pengetua kepada Penolong Kanan seterusnya kepada Ketua Bidang, Ketua Panitia danbarulah kepada guru-guru subjek untuk melaksanakan arahan berkenaan. Penurunan

arahan dari satu paras ke satu paras memakan masa. Model Kepimpinan bercorak di atas ini lebih mengamalkan sistem birokrasi di mana terdapat banyak red-tape untuk sesuatu keputusan dibuat. Organisasi pendidikan di Malaysian adalah besar dan luas, maka proses membuat keputusan ini akan melibatkan banyak komponen dalam organisasi berkenaan. Ini akan mengakibatkan time-lag dalam aliran maklumatdari superdinat kepada subordinat. Timelag dalam aliran maklumat dan dalam membuat keputusan ini dikenali sebagai red-tape dalam birokrasi. Walaupun birokratik kelihatan tidak begitu baik tetapi sistem ini terdapat di kebanyakkan organisasi formal kerajaan. Corak pentadbiran ini didapati mempunyai kelebihan kerana tidak lentur kepada masalah peribadi, mempunyai penetapan tugas dan fungsi yang jelas dan dapat mengelakkan pembaziran akibat dari perubahan pucuk pimpinan. Arahan-arahan pihak atasan jarang dipersoalkan terutama oleh pihak perlaksana. Arahan-arahan yang datang dari superdinat kerapkali tidak dipersoalkan oleh pihak subordinat dan pihak perlaksana arahan kerana arahan berkenaan dianggap datang dari pembuat dasar atau polisi yang tertinggi. Oleh kerana itulah subordinat dan pelaksana arahan melaksanakan arahan tanpa banyak soal. agipun arahan yang diterima adalah diangagap sebagai satu tugas untuk dilaksanakan. Keberkesanan arahan susah dipantau oleh pegawai eksekutif. Dalam sistem birokrasi, pelbagai lapisan atau peringkat pengurusan terdapat dalam sesebuah organisasi terutamanya sebuah organisasi yang besar

seperti Kementerian Pendidikan. Oleh kerana terdapat pelbagai lapisan ini, maka adalah rumit dan sukar bagi pihak teratas untuk memantau keberkesanan arahan yang dikeluarkan. Jika sesuatu arahan itu perlu pentafsiran tertentu, maka akan terjadi pelbagai versi pelaksanaan akan berlaku. Jika ini berlaku maka matlamat atau objektif pengeluar arahan akan tersasar. Model ini lebih mirip kepada kepimpinan bercorak autokratik. Oleh kerana sesuatu arahan adalah dari atas ke bawah dan searah, serta arahan tanpa persoalan, maka trend ini akan membawa kepada corak pentadbiran berbentuk autokratik. Pandangan dan pendapat pihak atasan atau pembuat dasar. Sebagai contoh, baru-baru ini Kementerian Pendidikan telah mengarahkan supaya pihak sekolah melaksanakan pengajaran Sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Walaupun pelbagai pihak menyuarakan bantahan atau memohon penangguhan pelaksanaannya, namun pihak atas dan pembuat dasar di Kementerian Pendidikan seolah-olah memaksa program berkenaan diimplimentasikan pada tahun 2003 juga. Kebaikan Model Kepimpinan Top-Down Model ini sesuai diamalkan untuk organisasi baru dan belum matang. Model pengurusan top-down ini amat sesuai bagi sesebuah organisasi yang baru contohnya sebuah sekolah yang baru dibuka, kerana dalam sebuah organisasi baru kakitangannya secara relative adalah tidak matang dan dengan sendirinya organisasi berkenaan juga tidak matang. Oleh kerana kekurangan matang, terutamanya kakitangan dalam

organisasi berkenaan, maka bimbingan dan tunjukajar adalah amat diperlukan. Arahan dan pekelilingan dari pihak atasan yang mempunyai garis panduan tertentu dapat memandu pihak pelaksana melaksanakan arahan berkenaan dan secara langsung menanam dan memberikan pengalaman kepada para subordinat. Arahan sehala walaupun melalui pelbagai lapisan tetapi kurang berlaku penyelewengan arahan kerana setiap arahan disertai dengan garis panduan tertentu tentang pelaksaannya. 2. Model Transformational Terdapat banyak penulisan mengenai kepimpinan transformational antaranya termasuklah Tichy dan Devanna (1986) dan Burns (l978), dalam Abdul Aziz Yusof, (2003). Menurut Tichy dan Devanna, kepimpinan transformational melibatkan perubahan yang dramatik dalam sesebuah organisasi seperti pembentukan dan perlaksanaan visi, bertanggungjawab untuk menyedarkan para subordinat atau pengikutnya tentang nilai-nilai norma organisasi, dan memberi ruang serta mengalakkan perubahan sama ada dalaman mahupun luaran. Manakala Burns(1978), dalam Abdul Aziz Yusof (2003), telah mentakrifkan kepimpinan transformational sebagaimana berikut: Leadership as leaders inducing follower to act for certain goals that represent the values and motivations-the wants and the need, the Aspirations and expectation of both leaders and followers, and the Genius of leadership lies in the manner in which leaders see and act On their own and their followers values motivations (pg.19) .

Seterusnya Bass (l990) dalam Abdul Aziz Yusof ,2003, telah mendefinisikan kepimpinan transformational sebagai kepimpinan yang menunjukkan kecemarlangan yang luar biasa kerana mereka berjaya meluaskan dan mengembangkan minat subordinat dalam membangunkan kesedaran dan penerimaan terhadap tujuan dan misi kumpulan. Pemimpin juga bukan hanya mempunyai kebolehan membangunakan minat subordinat, tetapi minat yang dibangunkan melangkaui minat peribadi subordinat itu sendiri. Pandangan-pandangan yang diberikan di atas mengambarkan kepimpinan transformational memiliki keupayaan kepimpinan yang sangat luar biasa. Pemimpin seperti ini berupaya membangkitkan kesedaran pengikut ke arah merealisasikan perubahan untuk kepentingan organisasi, disamping membantu mereka meneroka dan menjangkau lebih daripada kepentingan peribadi. Mengikut Greenberg dan Baron (l997) dalam Abdul Aziz Yusof,2003, terdapat empat ciri utama yang digambarkan sebagai seorang pemimpin transformational iaitu: i) Memberi Pertimbangan Secara Individu Seseorang pemimpin transformational memberi perhatian terhadap keperluan para subordinatnya yang unik sama ada dari aspek jangkaan, aspirasi dan matlamat. Mereka juga bersedia mengakui hakikat bahawa semua subordinat mempunyai keinginan dan keperluan yang berbeza dan perlu ditangani dengan berkesan supaya organisasi menadapat manfaat daripada perbezaan yang wujud. Pemimpin seperti ini bersedia mendengar segala masalah dan pendapat yang dikemukakan oleh subordinatnya dan sentiasa

bersedia untuk memberi maklum balas serta membantu untuk membina keyakinan diri terhadap sebarang perubahan yang dilakukan. Dalam hal ini, seseorang pemimpin transformational perlu memainkan peranan sebagai seorang rakan pembimbing. ii) Stimulasi Intelektual Penerapan stimulasi intelektual merupakan satu factor yang menjadikan pemimpin transformational popular dan mendapat tempat di kalangan subordinat. Pemimpin transformational bersedia untuk memberi tunjuk ajar kepada subordinat dalam mengubah cara berfikir terutama mengenai masalah teknikal, masalah hubungan sesama sendiri dan pihak luar, dan tidak kurang pentingnya masalah-masalah peribadi. Pemimpin jenis ini akan mendidik dan mendorong subordinatnya untuk berfikir cara baru dengan menggunakan hujahan dan bukti dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Mereka bersedia berkongsi idea, pengalaman dan kekuatan bersama subordinat. Sikap keterbukaan menyebabkan subordinat tidak kekok untuk menyuarakan pandangan kerana subordinat tahu terdapatnya saling percaya (mutual trust) yang tinggi di antara mereka. Ciri-ciri stimulasi intelektual dibangunkan dengan mengutamakan komunikasi pelbagai hala dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang kompleks dan mencabar. Melalui cara ini, pemimpin akan mengalakkan para subordinat untuk mengemukakan idea dan pandangan mereka secara bebas dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Setiap pendapat yang dikemukakan akan mendapat sanjungan daripada pemimpin. Kesannya, subordinat akan berasa

dihargai dan situasi sebegini akan meningkatkan lagi komitmen mereka dalam mengenal pasti, memahami dan menyelesaikan masalah yang dihadapi. iii) Inspirasi Motivasi Dalam hal ini, pemimpin transformational akan memotivasikan subordinat dengan berkongsi visi dan matlamat organisasi. Pemimpin akan menunjukkan contoh-contoh terbaik dengan berkerja keras, bersikap optimistic apabila berhadapan dengan krisis, kesediaan untuk memikul tanggungjawab jika berlakunya sesuatu kesilapan dan tidak membebankan subordinat dengan perkara-perkara remeh. Apa yang penting bagi mereka ialah bagaimana hendak membangkitkan dan mengekalkan semangat kerja yang tinggi serta memaksimakan penggunaan setiap potensi yang ada di kalangan subordinat. Sekiranya motivasi subordinat ditingkatkan, pemimpin transformational akan mendapat kerjasama yang tinggi daripada pengikutnya. Subordinat lebih bersedia untuk menjalankan tugas dengan lebih bersungguhsungguh dan menjadikannya sebagai suatu keutamaan. Tanpa motivasi, subordinat tidak dapat menjalankan tugas mereka dengan baik akibat daripada fokus yang mencapah dan tersebar (divergence). Produk akhir daripada keadaan sebegini akanmenyebabkan mereka berasa terasing , tidak dihargai dan kewujudan mereka tidak sifnifikan. Oleh itu, meningkatkan motivasi subordinat adalah salah satu ciri utama yang perlu ada pada kepimpinan transformational. iv) Meningkatkan Pengaruh Dengan menunjukkan rasa hormat di antara pemimpin

dengan subordinat, akan membantu meningkatkan keyakinan subordinat terhadap pemimpin dan keadaan in akan membolehkan pemimpin meningkatkan pengaruhnya terhadap subordinat. Apabila seseorang pemimpin itu berjaya mencapai matlamat dan misinya, subordinat akan terpengaruh dengan kejayaan pemimpin dan akan berusaha untuk menjejaki kejayaan yang telah ditunjukkan oleh ketuanya. Pemimpin transformational akan mempengaruhi para subordinatnya untuk mempercayai bahawa mereka mempunyai potensi, peluang dan kehebatan yang sama untuk mencapai kejayaan. Mereka sentiasa mencabar subordiant jika, aku mampu melaksanakannya mengapa tidak kamu?. Pengaruh sedemikian amat penting bagi membolehkan subordinat mengambil inisiatif menjalankan tugas yang lebih mencabar kerana mereka mempunyai yang layak dicontohi (role model) untuk diikuti dalam usaha mencapai kejayaan. v) Karismatik Pemimpin transformational akan berusaha untuk menanamkan sifat keyakinan, hormat dan kebangaan kepada pengikut-pengikutnya. Mereka juga mempunyai misi yang jelas untuk dikomunikasikan kepada subordinatnya. Mereka juga sentiasa mendahului subordinat dalam mematuhi undangundang, peraturan dan prosedur yang ditetapkan secara bersama. Pada masa yang sama, mereka sentiasa berada di barisan hadapan apabila menghadapi cabaran dan bersedia menjadi benteng apabila subordinat mereka dicabar. Pada mereka, kelemahan yang ditunjukkan oleh subordinat adalah juga membuktikan kelemahan mereka. Oleh itu, pemimpin transformational lebih bersedia memikul

tanggungjawab di atas kelemahan yang ditunjukkan oleh subordinat adalah juga membuktikan kelemahan mereka. Oleh itu, pemimpin transformational lebih bersedia bertanggungjawab di atas kelemahan yang ditunjukkan oleh subordinat mereka. Selain itu, pemimpin transformational juga mempunyai kebolehan luar biasa untuk berucap, memujuk dan mempunyai kemahiran konseptual serta teknikal yang tinggi. Pengikut senang berada bersama pemimpin dan akan mengidentifikasikan diri mereka dengan pemimpin. Mereka bersedia untuk menjadikan ucapan dan tindak-tanduk sebagai sesuatu yang patut dicontohi. Pada masa yang sama mereka bersedia untuk mempertahankan pemimpin mereka apabila diancam. Seterusnya subordinat bersedia untuk melakukan perubahan yang drastic apabila diminta untuk bertindak sedemikian oleh pemimpin mereka kerana yakin dengan kebaikan yang akan diperolehi hasil perubahan yang diperkenalkan. Kesimpulannya pemimpin Transformational, memiliki pelbagai kemahiran iaitu kemahiran membuat jangkaan, kemahiran pujukan dan perbandingan,kemahiran memahami perubahan nilai, kemahiran pengupayaan dan kefahaman dalam memahami keperluan dan kehendak para pengikutnya. 3. Model Fungsi Kepimpinan (John Adair) Model kepimpinan ketenteraan yang cukup meyakinkan diperkenalkan oleh fil Marsyal William Slim. Beliau percaya kepimpinan dalam bidang ketenteraan dapat diterapkan dalam dunia perniagaan. Dalam bukunya Defea Into Victory, beliau menegaskan

bahawa semangat merupakan tenaga penting kea rah mencapai kejayaan. Menerusi kekuatan semangat akan membangkitkan kekuatan kerohanian, intelektual dan kebendaan. Model ketenteraan ini diperkukuhkan lago oleh John Adair dengan mengambil pendekatan fungsi Kepimpinan. Model ini sesuai digunakan bukan sahaja dalam bidang perniagaan tetapi juga dalam organisasi sekolah. Mengikut John Adair dalam (Chek Mat,2003), Keberkesanan kepimpinan seseorang itu diukur dari sudut penyempurnaan tanggungjawab pemimpin dan subordinat, membina pasukan kerja yang padu dan mengilap kekuatan individu dalam organisasi. Ketigatiga fungsi asas tersebut dikaitan jugan dengan fungsi pengurusan seperti merancang, memulakan, mengawal, menyokong, memaklumkan dan menilai kemajuan serta fungsi-fungsi pengurusan itu boleh dicapai. Model ketenteraan John Adair ini berteraskan konsep Action-Centeral Leadership, telah berkembang begitu luas dan diterima umum William ( 1998) dalam Chek Mat (2003), Ia juga turut dibincangkan dengan lebih mendalam oleh Aminuddin Mohd Yusof (1994) berdasarkan model guru dan tentera. Rajah1:Model Fungsi Kepimpinan JohnAdair

Walau bagaimanapun, pendekatan kepimpinan bercorak ketenteraan itu bukanlah sesuatu yang baru. Usaha-uasaha yang dilakukan oleh D.G. Krause (1996) dalam Chek Mat (2003), untuk memperkenalkan model seni peperangan Sun-Tzu dalam perniagaan telah memperlihatkan kemajuan. Terdapat sepuluh prinsip seni peperangan yang boleh digunakan dalam kepimpinan organisai iaitu belajar untuk menetang, tunjukkan jalan, buat dengan betul, mengetahui fakta, menjangkakan ketewasan, menentukan hari sesuai, buat dengan terbaik, bertindak sertentak dan membiarkan musuh dalam kebingungan. Sepuluh prinsip tersebut dapat dinilai keberkesanannya dari sudut: 1. Ketrampilan dan kesediaan untuk mencapai matlamat 2. Mengetahui tujuan dan komitmen untuk mencapai matlamat. 3. Kekuatan disiplin dan hormat diri. 4. Pencapaian tertinggi dan kesesuaian. 5. Rasa tanggungjawab dan akauntabiliti. 6. Kemampuan untuk membina perhubungan yang berkesan. 7. Kesediaan untuk menjadi pemimpin contoh.

Keberkesan model ini dapat menarik perhatian pemimpin organisasi untuk menjadikan model ini sebagai panduan dalam mentadbir organisasi. Walau bagaimanapun keberkesan kepimpinan tidak hanya bergantung kepada pemilihan model yang baik dalam kepimpinan sebaliknya seorang pemimpin perlu mempunyai ciri-ciri pemimpin dalam diri mereka sendiri. p/s: walaupun model ini banyak mengambil contoh dalam organisasi sekolah, namun model ini juga relevan dipraktikkan dalam oraganisasi yang lain. bersambung untuk siri akan datang (Lihat Ciri-Ciri Pemimpin yang Baik)

http://kulanzsalleh.com/pengenalan-tentang-kepimpinan/

Pengenalan Kepimpinan
Definisi Konsep

Tentang

Secara umumnya, pemimpin ialah seorang individu dalam sesuatu kumpulan yang diberi tanggungjawab mengarah dan menyelaraskan aktiviti-aktiviti untuk mencapai matlamat kumpulan itu. Ini bermakna kepimpinan ialah proses mempengaruhi kegiatan kumpulan ke arah pencapaian sesuatu hasil yang telah dirancang. Sesetengah orang menganggap pemimpin itu seseorang yang boleh mendorong pengikut untuk bekerja kuat,menghasilkan sesuatu yang agung dan orang yang membantu lebih daripada orang yang menaikkan semangat atau mengarah. Walau apa pun pandangan, pada asasnya pemimpin adalah gabungan semua sifat iaitu pengarah, pendorong dan pembantu.

Mengikut Katz dan Khan (1978) terdapat tiga perkara yang ditekankan dalam konteks kepimpinan, iaitu kedudukan atau jawatan, Sebagai peribadi seorang individu dan sebagai satu rangkaian tingkah laku tertentu. decisions. Berdasarkan definisi tersebut, kepimpinan merujuk kepada keupayaan serta kebijaksanaan seseorang ketua dalam menguruskan kakitangan bawahannya dan sumber yang ada. Ia juga bermaksud sesuatu kuasa yang ada pada seseorang pemimpin untuk menggerakkan anggota kumpulannya untuk mencapai matlamat tertentu.Untuk mempengaruhi kakitangan, biasanya seseorang pemimpin menggunakan pelbagai cara seperti memberi pujian, semangat, sokongan, ganjaran, menunjukkan model yang baik, menjelaskan matlamat yang dikehendaki dan sebagainya. Dalam pentadbiran pendidikan, peranan kepimpinan adalah sangat penting. Sekolah yang berjaya dalam bidang akademik dan juga kokurikulum adalah bergantung kepada tonggak kepimpinan dan kebolehan seseorang pengetua. Sekolah yang mempunyai pelbagai kelengkapan tetapi pengetuanya pula seorang yang lembap dalam menjalankan tugas menyebabkan sekolah yang berkenaan tidak akan menjadi cemerlang. Jadi, kepimpinan yang cekap adalah memainkan peranan penting dalam kepimpinan pendidikan. Untuk menjadi seorang pemimpin di sekolah dan juga seorang pemimpin di peringkat Jabatan Pendidikan Daerah, Negeri dan juga Persekutuan memerlukan ketokohan kepimpinan. Ia memerlukan pengetahuan dalam bidang akademik, latar belakang murid dan masyarakat, masalah tingkah laku pelajar dan kakitangan, kurikulum sekolah, pengurusan masalah pejabat, politik konsep semasa kepimpinan, dan hubungan Tanpa komunikasi, sebagainya. Robert Dubin (1958) menjelaskan iaitu; Leadership in organizations involves the exercise of autority and the making od

pengetahuan yang lengkap dalam bidang-bidang tersebut, seseorang

pentadbir pendidikan akan merasa tidak yakin ke atas keupayaan kepimpinannya. Teori-Teori sekarang berbagai-bagai sudut dikaji. Namun Kepimpinan pendapat-pendapat

Banyak teori mengenai kepimpinan dikemukakan. Dari dahulu hingga mengenainya tidak sekata. Hasilnya muncul pelbagai pandangan berkaitan dengan kepimpinan. Seorang pemimpin yang baik perlu mengetahui tentang teori, model dan konsep kepimpinan yang wujud. Dalam mengkaji kepimpinan, berbagai teori dikemukakan seperti teori sifat, teori perlakuan, teori kotegensi, teori karismatik, teori X, Y dan Z, dan sebagainya. Teori X dan Y Teori ini telah diasaskan oleh Douglas McGregor (1960) yang membuat dua set andaian terhadap manusia iaitu Teori X dan Teori Y. Teori X ialah pendekatan carrot and stick (Razali Mat Zin, 1966). Teori X mengandaikan bahawa pekerja semulajadinya malas dan akan mengelak daripada bekerja kecuali dipaksa, pekerja tidak mempunyai cita-cita dan tidak mahu memikul tanggungjawab, pekerja tidak mempunyai motivasi untuk menjayakan matlamat organisasi dan pekerja hanya mahu bekerja kerana dirangsang oleh psikologi dan keperluan keselamatan mereka sahaja. Teori Y pula lebih bercirikan motivasi dan pengiktirafan. Teori ini mengandaikan bahawa kerja sebagai satu perkara semulajadi iaitu suatu perkara biasa sama seperti bermain, bersukaria dan lain-lain jika keadaan kerja itu baik, tetapi mereka akan menganggap kerja sebagai beban jika pengalaman Selain itu, bekerjanya pekerja pada masa lepas mencari tidak dan menyenangkan. sememangnya keperluan

mahukan tanggungjawab kerana ia membawa kepada kepuasan jiwa. Teori Teori ini menjelaskan kelakuan mempengaruhi Perhubungan bahawa dan perhubungan antara manusia perlakuan Manusia boleh kedua-duanya.

Perlakuan pemimpin terutamanya, boleh memberi kesan terhadap

kepuasan hati pengikut dalam melaksanakan tugas. Kajian-kajian telah dibuat oleh pelopor-pelopor teori ini untuk mengenalpasti perlakuanperlakuan ini dan didapati ada dua corak perlakuan pemimpin yang sangat disukai orang-orang bawahan iaitu : 1. Perhatian dan penekanan terhadap tugas untuk mencapai matlamat organisasi (task-orientation). 2. Perhatian dan penekanan terhadap perhubungan baik antara pemimpin orientation). Kajian-kajian ke atas dua perlakuan ini membawa kepada kesimpulan bahawa pemimpin yang memberi perhatian berat kepada tugas dan orang-orang bawahannya boleh membawa kejayaan kepada organisasinya. Dalam erti kata lain, pemimpin yang berjaya ialah pemimpin yang mengambil berat tentang tugas dan yang menjaga perhubungan baik dengan pengikutnya. Teori Kepimpinan Mengikut Situasi (Situasional Leadership Theories) Bermula dari tahun 1940-an lagi penyelidik-penyelidik telah mencari faktor-faktor situasi yang boleh mempengaruhi peranan, kemahiran, dan tingkah laku pemimpin ke atas prestasi dan kepuasan bekerja.Fred Fiedlier telah mencadangkan satu model Kotegensi Kepimpinan yang efektif. Model ini mengandungi hubungan antara stail kepimpinan dengan suasana situasi yang menyenangkan. Kesesuaian situasi ini bergantung kepada 3 dimensi berikut: 1. Hubungan antara pemimpin dan pekerja berdasarkan kepada percaya dan hormat menghormati. 2. Darjah struktur tugas, iaitu sejauhmana tugas itu didefinisikan dengan jelas atau kabur. 3. Kedudukan dan kuasa pemimpin yang didapati melalui autoriti formal, sama ada pemimpin/ individu boleh mempertimbangkan untuk memberi ganjaran, dendaan, menilai atau menaikkan pangkat kakitangan. Situasi yang menyenangkan akan diperolehi sekiranya ketiga-tiga dimensi tersebut positif. Dengan kata lain, sekiranya ketua itu secara dengan orang-orang bawahan (human relations

amnya diterima kakitangan, struktur tugas jelas dan ketua mempunyai autoriti dan kuasa formal. Situasi ini menyenangkan dan digabungkan dengan gaya kepimpinan dapat menghasilkan keberkesanan. Dalam Teori Kepimpinan Mengikut Situasi, teori ini bermula dengan anggapan bahawa keadaan yang berbeza memerlukan cara memimpin yang berbeza, jika keberkesanan ingin diwujudkan. Rasionalnya ialah kepimpinan yang berkesan akan bukan sesuatu yang nyata yang boleh wujud tersendiri dengan bentuk yang sama, tetapi ianya bergantung kepada beberapa faktor lain berupa manusia dan persekitaran yang saling berinteraksi dan saling mempengaruhi. Intipati kepada teori-teori ini ialah : 1. Cara memimpin yang berbeza boleh berkesan, bergantung kepada kematangan orang-orang bawahan ; mereka yang matang kurang memerlukan penyeliaan, manakala mereka yang kurang matang memerlukan arahan dari ketua 2. Cara memimpin yang berbeza sesuai dalam keadaan yang berbeza ; cara paling baik hendaklah mengambil kira faktor-faktor penting sebelum sesuatu keputusan dibuat 3. Tidak ada hanya satu saja cara memimpin yang paling baik; keberkesanan seseorang pemimpin bergantung kepada persekitaran yang berupa manusia dan keadaan 4. Pemimpin yang berkesan adalah mereka yang mendorong dan menunjuk jalan kepada orang bawahan untuk menghasilkan sesuatu yang paling baik. Teori Teori ini menjelaskan bahawa dan perhubungan perlakuan mempengaruhi kelakuan antara Perlakuan kemanusiaan boleh kedua-duanya.

Perlakuan pemimpin terutamanya, boleh memberi kesan terhadap kepuasan hati pengikut dalam melaksanankan tugas. Kajian-kajian oleh pelopor-pelopor teori ini untuk mengenalpasti perlakuan-perlakuan ini dan didapati ada dua corak perlakuan pemimpin yang sangat mempengaruhi orang-orang bawahan iaitu perhatian dan penekanan

terhadap tugas untuk mencapai matlamat organisasi (task-orientation) dan perhatian dan penekanan terhadap perhubungan baik antara pemimpin dengan orang-orang bawahan (human relations orientation). Kajian-kajian ke atas dua perlakuan ini membawa kepada kesimpulan bahawa pemimpin yang memberi perhatian berat kepada tugas dan orang-orang bawahannya boleh membawa kejayaan kepada organisasinya. Pemimpin yang berjaya ialah pemimpin yang mengambil berat tentang tugas dan yang menjaga perhubungan baik dengan pengikutnya. Fungsi dan peranan pemimpin dilihat melalui dua kategori iaitu untuk menyelesaikan kedua-dua masalah dan pengendalian dalam kumpulan tuntutan pengikut. individu, Pemimpin yang berkesan lazimnya bijaksana dalam mengendalikan perkara tersebut memenuhi kumpulan dan organisasi. Pemimpin juga dinilai dari segi keupayaannya dalam melaksanakan tangungjawab berorientasikan pekerja atau tugas. Pemimpin yang mementingkan organisasi tugas lebih mengutamakan standard pencapaian dan daya pengeluaran tetapi hubungan kemanusiaan dan kebajikan pekerja kurang dititik beratikan. Pemimpin yang berorientasikan pekerja mendapat pujian dan popular tetapi mungkin menurun dari segi produktiviti dan kualiti. Kesan perlakuan pemimpin berdasarkan tangungjawab berorientasikan tugas dan orentasi pekerja telah memberi impak terhadap keberkesanan peranan kepimpinan mereka. Keseluruhannya, walaupun teori-teori yang dikemukakan ini berbeza dari segi pendekatan, Masing-masing isi dan kesimpulan, cara kesemuanya mereka. Ada mirip yang menyatakan ada satu saja cara yang terbaik untuk memimpin orang bawahan. mengutarakan mengatakan kejayaan bergantung kepada karisma seseorang, ada yang mengatakan bahawa kejayaan pemimpin bergantung kepada kelakuan dan perlakuan tertentu, dan ada pula yang mengatakan kejayaan

bergantung

kepada

anggapan

pemimpin

terhadap

orang-orang

bawahannya ( Ibrahim Mamat, 2001). Walau bagaimanapun, semuanya mempunyai kekuatan dan kelemahan tersendiri. Tidak ada satupun yang sempurna. Namun teori-teori ini sangat berguna untuk diteliti oleh orang-orang yang ingin menjadi pemimpin kerana mereka dapat mengetahui hal-hal yang boleh memberi kesan ke atas kepimpinan. Jenis-Jenis Kepimpinan Penyelidikan mengenai jenis kepimpinan ini masih berjalan dengan lancar dan selain dari jenis yang disebutkan di atas, ada berbagai-bagai lagi gaya kepimpinan. Reddin , 1970 (dalam Robiah Sidin, 1989) telah membahagikan gaya kepimpinan mengikut model dimensi yang mengandungi tiga gaya asas, empat gaya pengurusan yang berkesan dan empat lagi gaya pengurusan yang agak kurang berkesan. Manakala Boles dan Davenport, 1975, telah menyarankan beberapa gaya untuk kepimpinan dan cara dia menggunakan kuasa itu. Gaya kepimpinan itu yang pelbagai amat menunjukkan Seseorang bahawa pentadbir konsep yang

kepimpinan

adalah

rumit.

memegang sesuatu jawatan itu tidak semestinya terus dianggap menjadi seorang pemimpin. Pentadbir harus pertama sekali berupaya menggerakkan anggota-anggota lain di dalam sesuatu kumpulan itu, membimbing dan mengarahkan mereka menuju ke suatu matlamat tertentu. Dalam pada itu, pentadbir harus memastikan bahawa dia mematuhi norma-norma yang telah ada mengenai seseorang pemimpin. Segala langkah tindakannya juga harus memberi kepuasan kepada anggotaanggota secara individu. Untuk membolehkan pentadbir membuat penyesuaian terhadap keperluan-keperluan yang bermacam-macam lagi kompleks, seseorang pemimpin harus berupaya mengubahsuai gaya kepimpinannya mengikut keadaan yang timbul.

Kepimpinan membuat sesuatu

Demokratik

(Democratic Dia

Leadership)

Pemimpin demokratik percaya kepada penglibatan semua orang dalam keputusan/tindakan. juga percaya kepada musyawarah. Dia sering menurunkan kuasanya kepada orang-orang bawahan dan memberi kebebasan kepada mereka untuk membuat sesuatu keputusan berlandaskan kebijaksanaan dan kebolehan masingmasing. Pemimpin demokratik berperanan menjadi pembimbing yang baik kepada kumpulannya. Dia menginsafi peranannya sebagai penyelaras tugas anggotanya dengan mengutamakan rasa tanggungjawab dan kerjasama baik kepada setiap individu yang dipimpinnya. Dia juga tahu urusan kumpulan bukan masalah peribadinya. Kekuatan kumpulan bergantung kepada penglibatan semua pihak. Sebagai pemimpin, ia menyedari dia tidak mampu bekerja seorang diri. Dia memerlukan sokongan orang-orang bawahannya. Kuasa diagih-agihkan menyebabkan semua orang merasa yakin dan senang hati menunaikan tugas masing-masing. Dengan demikian kumpulan akan terus berjalan lancar dan bergerak maju. Menurut Ibrahim Mamat (2001), pemimpin demokratik berfungsi sebagai pemangkin yang mempercepatkan perjalanan proses menuju matlamat dengan cara yang paling sesuai. Disebabkan kepimpinannya bersifat membantu, dia dihormati dan dihargai serta dilihat sebagai lambang kebaikan. Orang bawahan tidak melihatnya sebagai majikan kerana apabila sesuatu hasil diperolehi, ia dianggap sebagai hasil dari komitmen bersama, buka hasil dari usahanya bersendirian kerana dia sedar bahawa dia buka superman. Para pemimpin jenis demokratik ini juga dikatakan mudah lentur dan bergantung kepada sumber-sumber kuasa yang tidak mendesak seperti kepakaran, memujuk, alasan-alasan yang kukuh dan ganjaran. Di samping itu, dia juga menekankan konsep perkongsian tanggungjawab apabila sesuai dan juga memberi kuasa. Jenks (1990) mengaitkan gaya kepimpinan ini juga dengan tingkah laku dan mengatakan bahawa

kepimpinan turut serta mementingkan kedua-dua pengeluaran dan manusia atau struktur tugas dan timbangrasa. Di antara matlamat stail kepimpinan ini adalah semangat kerja berpasukan. Kepimpinan Autokratik (Autocratic Leadership)

Individu autokrat percaya kuasa membuat keputusan mesti dipegang oleh pemimpin. Dia memberi perintah dan pengikut mesti patuh kepada arahan yang diberi tanpa banyak soal. Pemimpin autocrat dapat mempastikan tugas-tugas yang diberi dilaksanakan dengan sempurna oleh orang bawahannya, tetapi oleh kerana mereka hanya mengikut arahan dan tidak boleh bersuara, semangat kerjasama mereka lemah dan mereka tidak kreatif serta tidak mempunyai inisiatif. Para pemimpin autokrat lazimnya berfungsi secara autonomi memberi tunjuk ajar tentang apa dan bagaimana tugas-tugas harus dilakukan, membuat keputusan sendiri dan suka memberi arahan (Keith & Girling, 1991). Kepimpinan mereka dicirikan oleh penekanan yang kuat terhadap pengeluaran dan kurang terhad elemen manusia (Jenk, 1990). Orang-orang bawahan diharapkan mengikut dan membuat apa yang mereka diarahkan. Konflik atau masalah diselesaikan dengan pantas dan komunikasi lebih bersifat dari atas ke bawah. Mereka menggunakan ganjaran dan hukuman, memuji dan memberi penghargaan dan selalunya menggunakan kritikan tidak membina (Keith & Girling, 1991). Power & Power (1983) berpendapat, sekiranya pemimpin ini berketrampilan, tingkahlakunya yang autokratik itu akan dianggap sebagai beban yang terpaksa diterima. Jika tidak berketrampilan perasaan marah, kebencian dan kerisauan akan timbul dan ini akan melumpuhkan seluruh operasi organisasi. Stail kepimpinan autokratik diangggap berkesan dalam situasi yang terdesak kerana ia membenarkan proses membuat keputusan yang tepat. Kepimpinan bawahan untuk Lepas-Bebas bertindak atau (Laizssez-Faire membuat keputusan. Leadership) Dia tidak

Pemimpin jenis ini memberi sepenuh kebebasan kepada orang-orang

mencampuri langsung. Dia melihat mereka sudah matang, tahu yang mana baik dan yang mana buruk serta membezakan antara betul dan salah. Baginya mereka bertanggungjawab sepenuhnya ke atas tindakan yang dilakukan, Apa membiarkan yang mereka bersendirian matlamat dan yang jangan telah mengusik. diperlukan hanyalah

dipersetujuai tercapai. Keadaan yang sangat bebas dan liberal ini terkadang memperlihatkan sesebuah kumpulan itu seolah-olah tidak mempunyai pemimpin kerana setiap orang bekerja mengikut cara tersendiri. Seandainya orang-orang bawahan betul-betul matang, maka penghasilannya memang baik, tetapi jika ramai antara mereka yang kurang matang, maka hasilnya sangat tidak memuaskan kerana mereka seperti kehilangan pedoman sebab tiada pemandu/pembimbing yang menunjuk arah. Menurut Keith & Girling (1991), stail kepimpinan laissez-faire bersandar kepada falsafah membiarkan setiap individu dalam organisasi membuat kerjanya sendiri. Para pemimpin jenis ini tidak mempunyai matlamat dan objektif kerja yang jelas dan juga tidak mempunyai perancangan. Oleh kerana keadaan organisasi di bawah pemimpin-pemimpin itu tidak ada prosedur untuk membuat keputusan yang jelas, maka konflik antara berbagai kumpulan dinamik sama ada formal atau tidak formal akan wujud dan sukar untuk dikawal. Ikuti Sambungan artikel ini: - Model-Model - Ciri-Ciri Pemimpin yang Baik Kepimpinan

http://fahmi-ibrahim.blogspot.com/2009/06/ciri-ciri-pemimpin-unggul.htmlPertama, harus berpegang teguh kepada Islam yang di turunkan oleh Allah SWT. Ini ialah kerana dengan melaksanakan kewajipan agama (religious responsibilities) dan mengingati Pencipta mereka iaitu Allah SWT dalam hidup mereka setiap hari mereka akan sedia upaya mentaati apa yang di suruh dan menjauhi apa yang di larang oleh agama. Dengan cara ini akan memudahkan mereka menghayati dan melaksanakan sikap, perbuatan dan perkataan yang baik sebagaimana yang di ajar oleh agama mereka. Bad habits atau

kebiasaan yang buruk seperti berbohong, tidak amanah, memperkecilkan sumbangan orang lain, merasakan dirinya hebat atau riya, memfitnah dan memburukkan orang lain tidak adil dalam membuat keputusan, sombong, mempermainkan kelemahan orang lain, mementingkan diri sendiri dan sebagainya akan dijauhi sebagaimana yang dikehendaki oleh agama. Hari ini kita lihat bagaimana kebiasaan yang buruk atau bad habits ini merosakkan masyarakat dan organisasi dan ramai manusia menghadapi kesengsaraan dan kerugian. Oleh itu pemimpin haruslah mulai daripada sekarang membiasakan diri dengan sikap, percakapan dan perbuatan yang baik dan menjauhkan diri daripada kebiasaan dan perkara yang terlarang agar mereka mampu memberi sumbangan yang positif dan konstruktif dalam masyarakat dan organisasi di mana mereka berada. Rasulullah s.a.w bersabda `Aku tinggalkan kamu dua perkara, sekiranya kamu berpegang kepada keduaduanya kamu tidak akan sesat selama-lamanya iaitu Al-Quran dan Sunnah Nabi`. Oleh itu sebagai Muslim kita haruslah sentiasa membaca Al-Quran dan Hadis Nabi agar kita tahu apa yang di perintahkan kepada kita oleh Allah SWT dan berusaha untuk melaksanakannya. Kedua ialah mentaati dan menghargai kedua ibubapa. Pemimpin hebat tidak harus melupakan jasa dan pengorbanan ibu bapa mereka yang telah membesarkan mereka sehingga mereka berjaya. Mentaati ibubapa juga merupakan salah satu daripada kewajipan agama. Pemimpin haruslah membuktikan kepada ibu bapa mereka bahawa segala pengorbanan dan jasa yang telah mereka curahkan bukanlah satu yang sia-sia dengan memastikan kejayaan cemerlang serta tidak melakukan perbuatan yang boleh memalukan keluarga mereka. Jauhkanlah diri daripada lembah kehinaan agar kita tidak menyesal di kemudian hari. Ketiga ialah mampu mengawal nafsu. Nafsu sentiasa mendorong kita kepada perkara-perkara yang tidak baik sekiranya tidak di kawal. Kaedah yang betul untuk mengawalnya ialah melalui penghayatan ajaran agama Islam, mendekatkan hubungan kita dengan Maha Pencipta kita dan menanam perasaan malu dalam diri kita, malu kepada Maha Pencipta, ibu bapa, serta rakan-rakan kita. Manusia terdiri daripada jasad dan ruh. Untuk mampu mengawal nafsu, ruh manusia haruslah diberikan pengisian yang sewajarnya agar sikap, percakapan dan perbuatannya tidak bercanggah dengan norma-norma dan prinsip-prinsip yang ditentukan oleh agama dan masyarakat. Untuk menguatkan ruh ini, manusia haruslah sentiasa mengingati Penciptanya, membaca dan memahami Al-Quran (bagi orang Islam), melakukan perkara-perkara yang baik dan menjauhi segala yang dilarang. Mementingkan dunia semata-mata dan melupakan hari akhirat boleh merosakkan ruh kita. Allah berfirman `Tidakkah kamu perhatikan orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhan mereka?`. Kita haruslah sentiasa berzikir dan mengingati Allah SWT setiap masa dan merasa takut akan siksaan Allah SWT di hari akhirat nanti.

Keempat, pemimpin yang hebat ialah pemimpin yang sentiasa menghiasi dirinya dengan sikap, percakapan dan perbuatan yang baik sama ada dalam hubunganya dengan Penciptanya, dengan ibu bapanya, dengan rakannya atau dengan orang lain yang diperkenalkan kepadanya. Kita dapati orang yang mempunyai sikap, percakapan dan perbuatan yang baik akan dihormati dan disayangi oleh orang lain. Dia menjadi contoh dan inspirasi kepada orang lain dalam menjalani kehidupan ini yang penuh dengan onak dan duri sehingga dia mampu secara tidak langsung menjadi kaunselor kepada rakan-rakannya yang bertemu dengannya dan membantu menyelesaikan masalah mereka. Mereka berkewajipan menjadikan Rasulullah sebagai contoh tauladan dalam hidup mereka sebagaimana yang di sebut dalam Al-Quran `Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik baginya iaitu bagi orang yang mengharapkan (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari akhirat dan dia banyak menyebut Allah.` (Surah Al-Ahzab, 21)

Kelima, pemimpin yang hebat ialah pemimpin yang tegas dengan prinsipnya dan tidak bersedia untuk menggadaikan prinsipnya untuk kepentingan dirinya atau orang lain, atau memenuhi kehendak nafsunya. Kejayaannya adalah hasil usahanya dan bukan daripada titik peluh orang lain kerana dia adalah manusia yang berprinsip. Dia mahu orang menghormatinya bukan kerana kejayaan yang diperolehi melalui kaedah yang tidak bermoral tetapi kerana berpegang teguh kepada prinsip-prinsip agama Islam yang telah dihayatinya sekian lama. Mungkin manusia sekelilingnya akan menolaknya kerana sikap tegasnya tetapi lama kelamaan melalui perjalanan masa dan pengalaman, sikapnya akan diterima oleh masyarakat dan menjadi asas kepada pembentukan masyarakat yang bermoral. Hanya dengan cara ini, masyarakat dan organisasi yang berada dibawahnya akan mencapai matlamat unggul yang digariskan oleh pimpinannya. Keenam, pemimpin yang hebat ialah pemimpin yang tidak menjalankan aktiviti yang bertentangan dengan agama Islam . Mereka haruslah memikirkan serta melibatkan diri dan melaksanakan aktiviti yang mampu meningkatkan empat perkara iaitu minda, spiritual, fizikal dan emosi mereka agar mereka menjadi insan yang seimbang. Aktiviti yang boleh memudaratkan empat perkara ini haruslah dijauhi kerana ia dianggap merosakkan seseorang insan itu dan juga orang lain serta tergolong dalam perkara-perkara yang tidak bermoral. Kita juga tidak harus bersubahat dalam aktiviti-aktiviti ini. Apa yang kita harus lakukan ialah memastikan wujudnya suasana yang kondusif untuk membentuk pemimpin yang hebat melalui aktiviti-aktiviti yang terancang dan bermoral. Aktiviti yang tidak bermoral sudah tentu mempengaruhi kita kepada sikap, perbuatan dan percakapan yang tidak bermoral juga. Pemimpin boleh memikirkan, merancang dan melaksanakan pelbagai aktviti seperti menganjurkan seminar, forum, bengkel, diskusi untuk mencetus idea-idea membentuk dan meningkatkan tahap

pemikiran dan minda. Begitu juga menganjurkan kem kepimpinan, aktiviti kerohanian, jungle trekking, kaunseling, lawatan-lawatan, riadah asalkan ia tidak di campuri dengan unsur-unsur yang bercanggah dengan agama bagi memastikan matlamat setiap program ini tercapai. Apa yang perlu bagi seseorang pemimpin yang mahu menjadi pemimpin yang hebat ialah dengan memulakan perubahan daripada dalam dirinya.

http://azamri.tripod.com/r01konsp.htm

KONSEP KEPIMPINAN Kepimpinan mempunyai berbagai definisi mengikut takrifan seseorang. Walaubagaimanapun, satu definisi umum dapat di simpulkan, iaitu: "Kepimpinan ialah proses mempengaruhi individu dan kumpulan untuk mencapai sesuatu matlamat". Sebagai seorang pemimpin, tugas anda ialah untuk mengimbangi beberapa tuntutan atau keperluan, seperti keperluan diri, kumpulan dan organisasi. Mengikut John Adair pula, tugas pemimpin ialah untuk mengimbangi antara keperluan-keperluan tugas, pasukan dan individu. Pemimpin dikenali dengan berbagai istilah, misalnya ketua, kepala, pengetua, amir, imam dan sebagainya. Istilah lain bagi pengikut ialah orang bawahan, ahli-ahli, anggota-anggota, pekerja, staff atau kakitangan (dalam konteks pengurusan) dan sebagainya. Definisi Kepimpinan Di antara definisi-definisi yang diberi untuk istilah kepimpinan ialah: "Aktiviti untuk mempengaruhi individu supaya berusaha secara sukarela untuk mencapai objekti kumpulan dan organisasi."(Jaafar Muhammad). "Pengaruh interpersonal yang dilaksanakan dalam sesuatu situasi menerusi proses komunikasi ke arah pencapaian satu matlamat yang khas" (Tannenbaum & Massarik). "Satu usaha mempengaruhi individu untuk mengikut ke arah pencapaian matlamat yang sama". (Koontz & O'Donnell).

"Proses kepimpinan adalah bergantung kepada fungsi pemimpin, pengikut dan pembolehubah situasi." (Hersey & Blanchard). Cara Mengklasifikasikan Pemimpin Terdapat dua cara utama untuk mengklasifikasikan pemimpin. Pertama ialah dengan menggunakan pendekatan autokratik-demokratik-laissez-faire dan keduanya ialah pendekatan orientasi manusia-tugas. Pemimpin autokratik: memaksa pengikut membuat sesuatu tanpa mengambilkira keperluan individu pengikut. Beliau tidak prihatin pada perasaan pengikut, oleh itu beliau selalunya tidak digemari. Pengikut melakukan sesuatu kerja atas dasar takut (motivation by fear). Pemimpin demokratik: melibatkan pengikut dalam pembuatan keputusan. Biasanya disukai ramai kerana pengikut merasa mereka dihargai dan ada rasa pemilikan dan kekitaan. Pemimpin laissez-faire: menyerahkan kepad pengikut untuk membuat keputusan. Beliau hanya terlibat secara minimal. Keadaan mungkin huru-hara akibat struktur tugas yang tidak jelas dan tidak terarah. Pemimpin berorintasikan tugas: lebih mengutamakan soal-soal pencapaian pengeluaran atau hasil kerja dari hal ehwal pengikut. Pemimpin berorintasikan manusia: mengambilkira keperluan individu dalam melaksanakan kepimpinannya. Pendekatan Kajian Terdapat 3 pendekatan utama yang digunakan oleh para pengkaji iaitu [1] pendekatan sifat, [2] pendekatan kelakuan, [3] pendekatan situasi Pendekatan Sifat Adalah cubaan pertama untuk menghuraikan konsep kepimpinan. Pemimpin mempunyai sifat-sifat, ciri-ciri atau keistimewaan-keistimewaan tertentu yang membezakan mereka dengan orang-orang lain. Senarai sifat-sifat tersebut mungkin terlalu panjang, tetapi secara kasarnya kita boleh katakan bahawa sifat-sifat seperti ketinggian, perawakan, ilmu, kepintaran, kejujuran, keyakinan, kepetahan berbicara, keramahan dan kemesraan, keinginan, keberanian dan sebagainya.

Kajian-kajian Kajian awal banyak dilakukan dengan cara berikut: [1] mengkaji perbezaan antara sifat-sifat pemimpin dengan bukan pemimpin (pengikut); [2] mengkaji perbezaan antara sifat-sifat pemimpin efektif dengan tak efektif; Kajian yang membandingkan sifat-sifat pemimpin dengan bukan pemimpin mendapati bahawa pemimpin adalah lebih intelligent, lebih tinggi, lebih berkeyakinan dan lebih berkehendakkan kepada kuasa berbanding dengan bukan pemimpin. Walaubagaimanapun kombinasi sifat-sifat tersebut bukanlah menjadi sesutu yang membezakan antara pemimpin efektif dengan pemimpin tak efektif. Pengkaji yang menggunakan pendekatan ini kelihatannya membuat andaian bahawa pemimpin adalah dilahirkan dan bukannya dilatih. Kajian bagaimanapun masih tidak dapat menyimpulkan bahawa satu set sifat-sifat yang tertentu dapat membezakan pemimpin efektif dengan pemimpin tak efektif. Menurut kajian Stogdill, sifat-sifat kepimpinan efektif adalah seperti berikut: kemahiran sosial dan interpersonal, kemahiran teknikal, kemahiran pentadbiran, pencapaian dan keberkesanan pemimpin dan sebagainya. Seorang pengkaji lain, Edwin Ghiselli dihormati kerana mutu kajiannya yang bersifat saintifik. Kajian beliau menunjukkan sifat-sifat berikut adalah penting: [1] kebolehan untuk menyelia [2] keinginan untuk berjaya dalam kerjaya [3] intelligent [4] kebolehan untuk membuat keputusan [5] keyakinan diri [6] mempunyai inisiatif. Kelemahan Pendekatan Sifat Banyak dari pemimpin-pemimpin dunia yang kita sanjungi mempunyai sifatsifat tertentu yang menyebabkan mereka berjaya. Adalah sukar untuk mencari satu set sifat kepimpinan yang seragam yang ada pada setiap pemimpin. Lincoln dan Hitler, umpamanya, walaupun kedua-duanya adalah pemimpin mempunyai sifat-sifat yang berlainan. Winston Churchill adalah pemimpin cemerlang semasa Perang Dunia kedua. Siapa sangka beliau boleh kalah kepada seorang yang tidak terkenal ketika pilihanraya diadakan setyelah Perang Dunia Kedua tamat? Nampaknya situasi banyak memainkan peranan dalam menentukan kecemerlangan seseorang pemimpin. Pendekatan Kelakuan

Oleh kerana pendekatan sifat tidak berjaya menghuraikan apa itu kepimpinan berkesan, maka perhatian beralih pula pada pendekatan kelakuan. Dalam pendekatan ini, para pengkaji telah mengandaikan bahawa pemimpin adalah dilatih dan bukannya lahir dengan sifat kepimpinan. Terdapat beberapa implikasi penting hasil dari penggunaan pendekatan ini. Pertama, dengan menumpukan apa yang pemimpin buat dan bukannya siapa atau apa sifat mereka, adalah diandaikan bahawa terdapat satu cara terbaik untuk memimpin. Kedua, sungguhpun sufat adalah semulajadi, kelakuan kepimpinan hendaklah dipupuk. Pendekatan kelakuan membahagikan kelakuan manusia kepada 3 iaitu: [1] berorientasikan manusia; [2] berorientasikan tugas; [3] kombinasi kedua-dua sifat di atas. Di antara kajian-kajian dan teori-teori yang berasaskan pendekatan ini ialah: [1] kajian oleh Kurt Lewin; [2] Teori X dan Teori Y oleh McGregor; [3] Petak Kepengurusan oleh Blake dan Mouton. Pendekatan Situasi Kedua-dua pendekatan terdahulu masih tidak berkemampuan untuk menerangkan konsep kepimpinan. Para sarjana mula membuat andaian bahawa tidak ada satu gaya pun yang berkesan untuk setiap pemimpin dalam semua keadaan. Pendekatan situasi memberi kefahaman baru bahawa faktor-faktor seperti situasi, manusia, tugas, organisasi dan persekitaran memainkan peranan dalam menentukan keberkesanan seseorang pemimpin. Antara teori-teori popular yang menggunakan pendekatan ini ialah: [1] Kontinuum Kepimpinan Tannenbaum dan Schmidt; [2] Teori Konstigensi Fiedler; [3] Teori Kitaran Hidup Hersey dan Blanchard. Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Keberkesanan

Menurut Mary Parker Follet, terdapat tiga pembolehubah yang memberi kesan pada gaya kepimpinan iaitu: [1] pemimpin; [2] pengikut; dan [3] situasi. Ketiga-tiganya adalah saling berkaitan dan saling berhubungan. Kajian-kajian lain menunjukkan bahawa kepimpinan adalah sesuatu yang kompleks di mana banyak lagi faktor-fakto lain yang terlibat. Faktor-faktor itu boleh dibahagikan kepada dua, iaitu: [faktor makro; dan [2] faktor mikro. Faktor-faktor makro ialah: [1] keadaan ekonomi; [2] sejarah dan kebudayaan; [3] industri; dan [4] organisasi. Faktor-faktor mikro ialah: [1] latarbelakang dan personaliti pemimpin; dan [2] tingkat organisasi dan saiz kumpulan.
http://web.utm.my/registrar/attachments/category/64/02_Kepimpinan_Penyeliaan.pdf http://berita-harian-online.com/petua-jadi-pemimpin/

Petua Jadi Pemimpin


Petua Jadi Pemimpin Menjadi pemimpin yang dihormati dan berjaya di tempat kerja bukanlah sesuatu tugas yang senang? Seorang pemimpin haruslah menyiapkan diri dengan cabaran yang bakal ditempuhi kerana lain organisasi lain pulabudaya dan kerenah pegawai-pegawai serta staf bawahan. Hari ini, saya nak berkongsi tips dengan anda mengenai apa yang boleh dilakukan bagi membantu anda untuk jadi pemimpin yang disenangi oleh staf anda. 1. Jangan takut buat silap Kita kerap melakukan kesilapan. Jadi belajarlah dari kesilapan dari masa ke semasa. Elakkan dari mengulangi kesilapan yang sama. Anda jangan cuba menyorokkan sesuatu dengan menipu mereka. Lama kelamaan ia akan terbongkar juga. 2. Libatkan semua orang. Jangan buat kerja seorang diri. Ia bukan sahaja memenatkan kita, tetapi orang lain juga terasa mereka diabaikan. Mereka tidak akan rasa dihargai kewujudannya.Walau apapun jawatan dan kedudukan, mereka semua ada potensi untuk memberikan idea dan pendapat yang kreatif. Jadi libatkan semua orang dalam membuat sesuatu perancangan atau projek.

3. Jadilah seorang yang fleksibel dan adaptif Anda perlu ada kemahiran mempelajari sesuatu dengan pantas dan mengubahsuainya mengikut keperluan semasa. Bekerjasamalah dengan orang lain. Mereka mungkin dapat membantu. Tiada gunanya meninggi diri dan ego tidak bertempat. 4. Miliki visi yang berpandangan jauh. Ini termasuklah visi untuk diri sendiri, pasukan dan organisasi anda. Pakejkan visi ini dan berkongsilah dengan orang lain dalam organisasi. Berikan penekanan terhadap visi pada setiap peluang yang anda perolehi. Adakah ia selari ataupun sebaliknya? 5. Sanggup ambil risiko Anda seharusnya berani mencuba idea-idea baru yang berpotensi. Risiko sebanarnya ada dimana-mana. Yang membezakannya hanyalah adalah samada besar ataupun kecil. Menyahut cabaran bermakna anda bersedia mengambil risiko. Dan mereka yang gagal menyahut cabaran biasanya tidak akan melakukan perubahan dan tidak dipandang orang. 6. Berikan dorongan kepada orang lain untuk kreatif dan inovatif Ini adalah kunci perubahan jika anda ingin mara lebih jauh ke hadapan. Relakan diri anda untuk dipengaruhi oleh idea-idea baru. 7. Berilah latihan dan peningkatan diri Luangkan banyak masa untuk membuat kerja ini kerana ia seperti satu pelaburan jangka panjang. Kita boleh melatih mereka dengan cara seminar, bengkel, taklimat, pengalaman bersama, serta mengajaknya melakukan sesuatu yang baru. 8. Galakkan kerja berpasukan Jangan mengongkong dan menghalang mereka kerja bersama. Berilah autonomi dan autoriti jika mereka memerlukan sedemikian (dan jika keadaan mengizinkan). Dengan cara itu, mereka akan menjadi lebih berdikari. 9. Beri ganjaran Berilah ganjaran kepada mereka jika mereka dapat melakukan sesuatu tugas dengan baik. Ada banyak jenis ganjaran termasuk pujian, sanjungan, bonus, kenaikan pangkat, anugerah, tambah gaji dan sebagainya. Apa yang penting gunakan kuasa GANJARAN. Ini adalah satu bentuk motivasi yang amat berkesan.

http://shuhmy.multiply.com/journal/item/101?&show_interstitial=1&u=%2Fjournal %2Fitem

KEPIMPINAN

Dec 29, '07 7:15 PM for everyone

PEMIMPIN dan LEADERSHIP


Di sini kita sama-sama berkongsi pandangan bagaimana untuk menjadi pemimpin, tidak kira lah peringkat mana pun kita mempimpin, kita tetap seorang pemimpin. Bak sabda Rasulullah, "Setiap kamu adalah pemimpin dan bertanggungjawab ke atas pimpinannya" Tips Pertama: Jiwa pemimpin mesti kuat. Boleh ke kita nak jiwa kuat? Sebagai manusia, kita tetap ada emosi, kita tetap ada waktu semangat kita lemah. Kita mahu mengadu nasib, mengadu masalah. Pemimpin mesti jiwa kuat. Sebab orang akan mengadu nasib kepadanya. Tapi bagaimana pemimpin sendiri mahu mengadu nasib? Pemimpin yang kuat akan mengadu nasib kepada Yang Maha Kuat. Jiwa pemimpin mesti kental. Nak jiwa yang kenal kena lalui banyak dugaan hidup. Ada sedih, ada sakit, barulah jiwa kental. Walau bagaimanapun, Islam ada cara melatih jiwa menjadi bersedia untuk kuat. Nanti kita bagi Tips untuk jiwa kental dan kuat dalam ruangan2 akan datang pula... ia perlukan satu perbincangan yang khusus. Rasulullah pemimpin agung berjiwa kuat. Sahabat akan rasa selamat bersama baginda. Meluahkan masalah terasa sudah selesai masalah itu walaupun masih terkurung dengan masalah. Bahkan melihat wajahnya saja sudah terurai satu masalah dalam jiwa. Kadang-kadang bertemu dan berbincang dengan pemimpin berjiwa kental baru dapat idea untuk selesaikan masalah. TIPS KEDUA: Jiwa Mesti Berani Berani ialah maksudnya bersedia menghadapi risiko. Dalam Islam, kita berani bukan berani untuk mendapatkan risiko, tapi berani untuk berada di sekeliling risiko. Tidak siapa nak menaggung risiko, tapi sering berlaku, suatu kejayaan berada dalam celah-celah risiko. Kadang-kala risiko itu besar dan kadang kala risiko itu kecil. Beza antara orang yang boleh menjadi pemimpin besar dengan orang yang hanya boleh memimpin kelompok kecil ialah tahap keberanian untuk berdepan dengan risiko yang ada. Keberanian mesti di tanam dalam diri. Keberanian mesti dilatih. hanya orang yang berani boleh jadi pemimpin sejati. tanpa keberanian, bagaimana orang mahu berlindung di bawah panji panji pimpinan kita? Berani menghadapi dosa? Dalam kehidupan ini. Kita akan bertemu dengan ramai orang. Ada orang yang memang penakut. Dia memang tidak buat dosa, tetapi bukan kerana dia tidak mahu buat dosa, tapi jiwa dia memang penakut. Orang ini nilai taqwanya adalah sederhana. Ada orang yang berani. Orang ini memang keberanian yang tinggi. Tapi dia amat takut dengan dosa. Dia memang berani untuk mencuba perkara-perkara baru, tapi dia tetap takut dengan dosa. Orang ini memang benar-benar hatinya bertaqwa. Kerana dia berjaya mengawal keberaniannya dalam aspek dosa. Berani biar bertempat. Bukan berani tanpa ilmu dan berani tanpa akhlak. Pantang seorang pendekar menunjukkan keberanian semata-mata untuk dipuji. Rasulullah pernah bersabda dalam sebuah hadis. "Bukanlah seorang yang benar-benar berani dengan menunjukkan kekuatan. Tetapi orang yang benar-benar berani ialah berjaya mengawal diri sewaktu kemarahan!" Anda ada pendapat yang mahu diutarakan. Jangan takut untuk bersuara jika tiada risiko yang anda tanggung. Ada persoalan nak dilontarkan dalam seminar-seminar, jangan takut untuk berdiri dan bertanya. Ada pendapat yang anda rasa menarik untuk dikongsi, jangan takut untuk berdiri di hadapan bersuara. Jika untuk berada di khalayak pun anda gagal, jangan haraplah untuk berani menentang musuh.

Beranikan diri untuk melihat anda mendapat suntikan. Beranikan dengan jarum-jarum dengan menderma darah. Kecuali jika ada risiko-risiko yang anda rasa tidak berbaloi dengan keberanian anda. Contohnya jika anda bekerja dengan kerajaan dan anda menyara keluarga, jangan nak berlagak berani dengan menentang dasar-dasar kerajaan yang meranapkan periuk nasi untuk keluarga anda. Anda masih ada banyak cara untuk menunjukkan keberanian. Dan masih banyak cara untuk menyatakan tidak bersetuju anda itu selain daripada kemarahan yang meluap-luap. Rasulullah ialah orang yang berani berjuang. Mendepani libasan pedang-pedang serta panahan musuh yang tajan. Berani berjuang bertarung nyawa memimpin angkatan perang orang-orang Islam. Berani mengangkat pedang dan tombak untuk memerangi musuh di medan perang fizikal. Kita? Kita tanam keberanian kita untuk melawan nafsu. Kalahnya seorang pejuang bukan kerana ditikam dengan pedang, tetapi kerana ditikam oleh nafsunya sendiri. TIPS KETIGA: MENGUASAI EGOISME Pemimpin yang berwibawa ada egonya. EGOISME bukan bermaksud ego, angkuh, atau sombong. Egoisme bermaksud memiliki efikasi diri yang tinggi. Nak tahu anda punyai ego yang kuat ata tidak? Anda terasa kurang enak bila dikritik. Itu satu. Keduanya, anda bila berbicara, kalau boleh nak tonjolkan anda ada suatu kehebatan. Itu tandanya anda ada ego. Namun ego mesti dikawal jika mahu menjadi pemimpin yang baik. EGOISME membuahkan keberanian dan kekuatan. Tanpa ego, anda tidak berani berdepan dengan musuh yang hebat-hebat. Anda tidak berani mengepalai sesuatu organisasi dengan baik. Anda mungkin akan tewas dengan anak-anak buah anda dalam organisasi anda. Rasa berkeyakinan dengan kemampuan diri untuk melaksanakan kerja itu satu ego. Rasa hemah dalam diri, rasa diri berkebolehan itu ego. Ia membantu kerja-kerja anda untuk memimpin orang lain. Orang lain memerlukan anda. Tidak semua orang ada keyakinan diri yang kuat. Tapi awaslah dengan rasa-rasa tersebut. Syaitan sentiasa mempergunakan rasa-rasa itu untuk menjadikan anda lupa kepada PEMBERI ANUGERAH kepada anda. EGOISME menjadikan anda hanya mahu mempamerkan kehebatan anda bila bercakap. Hal ini menyebabkan orang lain boring dengan anda. Malah mungkin ada yang meluat... terutama rakan-rakan anda. Kawallah ia dengan sikap merendah diri. Tidak jatuh kepimpinan anda bila merendah diri sesama manusia. Rasulullah sangat tinggi egoismenya bila berdepan dengan musuh, tetapi sangat merendah diri dengan semua orang. Ingatlah merendah diri sesama insan, merendah hati dengan ALlah.. Allah akan naikkan anda pada mata orang. Egoisme hanya bertujuan untuk meningkatkan daya kepimpinan anda. Di hadapan Allah, rasakan anda sangat hina diri dan sentiasa bergantung kepada-Nya. Bila hati merendah dengan Allah. ALlah akan angkat pandangan manusia kepada kita. Itu sudah menjadi sunnatullah dalam kehidupan. TIPS YANG KEEMPAT: BERTANGGUNGJAWAB. Kalau diikutkan, dalam Islam, kepimpinan adalah tanggungjawab. Maka tidak kiralah anda berada di peringkat mana, anda bertanggungjawab terhadap apa yang anda pimpinan. Serendah-rendah tahap pemimpin pula hanya mampu memimpin diri sendiri. Perlu ingat, tak mampu pimpin diri, jangan harap nak pimpin orang lain. Arah tangan itu, arah kaki itu. Biar akal yang mengarahkan, bukan nafsu. Kalau nafsu yang memimpin maksudnya kita semua tak layak jadi pemimpin. Awal-awal Rasulullah menyatakan, "Setiap orang daripada kamu adalah pemimpin, dan setiap pemimpin akan dipertanggungjawabkan terhadap apa yang dipimpinnya."

Sikap bertanggungjawab merupakan sikap utama bagi pemimpin. Dalam cerita SpiderMan, ada ungkapan: "Great power comes with great responsibilities!!" Tak gitu? Birmbaum, seorang sarjana pengurusan pernah menyatakan bahawa sikap bertanggungjawab tanpa kuasa akan menjejaskan tindakan, manakala orang yang punyai kuasa yang tidak bertanggungjawab adalah sia-sia!" Justeru, bagi mereka yang ingin menjadi pemimpin yang baik laksana Umar bin al-Khattab, perlu ada sikap bertanggungjawab. Jangan ada sikap lepas tangan terutama ketika dilanda masalah. Ada orang, bila berlaku sesuatu yang baik, segera diutarakan bahawa dia bertanggung jawab. Tapi bila berlaku sesuatu yang buruk, cepat-cepat dia cuci tangan dan menunjukkan tangannya yang tidak pernah sentuh isu itu. Dia tak bertanggungjawab. Itu bukan pemimpin yang sebenar. Isu bertanggungjawab tidak timbul kalau berlaku sesuatu kejayaan, kerana semua orang nak mengaku kejayaan miliknya, usahanya. Tapi isu timbul bila berlaku kesilapan. Ramai yang cuba lari dari tanggungjawab. Anda nak jadi pemimpin? Bertanggungjawablah selagi ia di bawah pimpinan anda. Sebab itu, bagi pemimpin yang baik, dia sentiasa mengawasi orang bawahannya agar orang bawahannya tidak melakukan kesilapan. Bagi yang dipimpin, sekalipun anda dikerah tenaga dan usaha yang tinggi untuk melakukan sesuatu, janganlah kutuk boss anda kerana yang bertanggungjawab bukan anda tapi boss anda. Suami bertanggungjawab pada isteri. Kalau boleh ambil tahu perkara-perkara yang patut. Isteri bertanggungjawab pada suami. Jangan dedahkan aib suami. Bertanggungjawablah... nescaya anda akan menjadi pemimpin yang hebat! TIPS KELIMA: MESTI BOLEH CONTROL ORANG, BUKAN KONGKONG ORANG Asas utama pemimpin yang bagus ialah boleh dan mampu control orang. Mampu satukan ahli-ahli dalam organisasi untuk bersama-sama mencapai objektif organisasi. Bak kata mat saleh Donald Trumph.. kalau tak boleh control ahli, tandanya kurang leadership! Bagaimana nak control orang? Itu cerita lain pula.. kena baca tips2 yang diberikan secara berkaitan antara satu sama lain baru dapat tahu bagaimana nak control orang. Dalam organisasi, kalau semakin banyak orang yang pintar dan hebat, semakin banyak lah songeh yang kena hadapi dan semakin tinggi tahap konflik boleh berlaku. Dalam organisasi besar, part2 bawahan akan berlaku konflik berupa hubungan sosial dan emosi saja, tapi part2 atas organisasi berlaku konflik idea, dan konflik ego. Konflik2 inilah yang mesti di kawal oleh pemimpin. Bukan senang mengawal konflik. Pemimpin yang gagal akan gagal dengan konflik dalam organisasi. Bahkan salah satu cara menjatuhkan sesebuah organisasi bukanlah dengan membuat persaingan tetapi dengan mencipta konflik dari dalaman... mahu tak mahu pemimpin mesti boleh kawal anggota organisasi dengan baik dan berkesan. Cara mengawalnya ialah banyak cara. Undang-undang dan kod2 atau peraturan hanyalah salah satu untuk mengawal orang-orang bawahan. Undang2 tanpa penguatkuasaan akan gagal. Penguatkuasaan tanpa penyeliaan pun tak menjadi. Dalam islam kawalan boleh dilakukan dengan cara audit semasa. Atau dengan kaedah-kaedah seperti muhasabah atau namanya audit jugalah. Muhasabah ertinya check kembali segala apa yang berlaku, carilah kesilapan-kesilapan dan kekurangan. Apa yang penting kena amalkan ketelusan dan segala apa masalah jangan takut untuk berbicara secara slow talk. Jangan cakap-cakap belakang kerana ia boleh menimbulkan sistem umpatan (grapewine communication, kata org kelate) yang tidak elok pada agama dan tidak juga elok pada organisasi.

Selain itu, dalam Islam, untuk mengawal konflik Islam amalkan prinsip kasih sayang sebagai shared value.. yang ni lah orng cakap senang cakap daripada amal ni.. susah nak berkasih sayang sesama insan ni kalau kita rasa kita lebih dari orang... setiap orang ada egonya, kalau dikritik jatuhlah egonya.. untuk itu kena didik organisasi biar bermatlamatkan akhirat.. didikan ini penting.. supaya setiap apa yang lahir adalah berupa warna2 warni keikhlasan... dari itu lahir kasih sayang.. ..sahabatHijjaz.. sayele: Firman Allah SWT (yang bermaksud) : ..Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil.. (Surah An-Nisa, ayat 58)

FUNGSI KEPIMPINAN PENGURUSAN


Pengenalan Objektif Strategi Pengorganisasian Penstafan Komunikasi Fungsi Kepimpinan Perancangan Latihan

KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN Kepimpinan berlaku apabila seseorang itu mendorong, memujuk, dan mempengaruhi orang lain untuk berusaha ke arah pencapajan sesuatu objektif tertentu. Yang membezakan kepimpinan dengan fungsi pengurusan amnya ialah tugas-tugas mendorong, memujuk dan mempengaruhi yang bercorak peribadi. Umpamanya, di dalaxn tugas-tugas inerancang atau membaca laporan, mereka tidak melibatkan interaksi peribadi. Kepimpinanpula terdiri daripada interaksi-interaksi kelakuan dengan rakan-rakan sekerja, pekerja-pekerja b awahan, ketua, para pelanggan dan pihak-pihak lain. Boleh dikatakan bahawa di mana wujudnya seorang pengurus yang berkesan di

dalam suatu sistem pengurusan yang cekap, di situ juga akan terdapat seorang pemimpin yang berkesan. DEFINISI KEPIMPINAN Pada amnya, kepimpinan didefinisikan sebagai seni atau proses mempengaruhi kegiatan manusia yang berkaitan dengan tugas mereka, supaya mereka rela bergiat dan berusaha ke arah pencapaian gal organisasi. Sebaik-baiknya, manusia patut digalakkan untuk menanam kegigihan, keazaman dan keyakinan untuk bekerja. Para pemimpin tidak menekan atau mencucuk suatu kumpulan dan belakang; sebaliknya mereka meletakkan din di hadapan knitpulan itu sambil memajukan dan mengilhamkan ahli-ahli kumpulan itu untuk mencapai go1 organisasi. Misalnya, seorang pemimpin sebuah pancaragam (orkestra) yang bertugas untuk menghasilkan bunyi-bunyian yang diselaraskan dan irama lagu yang betul, melami usaha-usaha bersatu abli-abli inuzik di dalam orkestranya itu. Terdapat tiga faktor penting tentang definisi kepimpinan. Pertama,kepimpinan mesti melibatkan orang lain atau pihak lain sama ada pekenja-pekerja bawahan yang dipertanggungjawabkan atau para pengikut. Ahli-ahli kumpulan rnembantu mentakrifkan status pemimpin, dan mewujudkan proses kepimpinan melalni kesanggupan mereka untuk menenima pengagihan kuasa yang tidak seimbang di antara para pemimpin dan ahli-ahli kumpulan. Kedua, para pemimpin rnempunyai autoriti untuk memberi arahan berkenaan dengan setengab danipada kegiatan-kegiatan anggota kumpulan, manakala anggota-anggota pula tidak boich mengarab aktiviti-aktiviti pemimpin mereka. Ketiga, selain daripada berkuasa untuk mernbeni arahan tentang apa yang penlu dilakukan, pemimpin boich juga mempengaruhi melalui arahan yang dilaksanakan oleb pekerjapekerjanya. Misalnya, seorang pengurus mungkin dapat mengarah stafnya untuk melakukan sesuatu tugas, tetapi yang mungkin menentukan sampai ada tugas itu benar-benar dikendalikan dengan betul ialah tahap pengaruhnya terhadap pihak yang berkenaan. KELAKUAN DAN GAYA KEPIMPINAN Penerangan awal tentang gaya kepimpinan membahagikan gaya tersebut berasaskan kepada bagaimana pemimpin menggunakan autoritinya. Tiga gaya asas dapat dikenal pastid? Pemimpin yang autokratik merupakan sebrang yang dogmatik dan positif, memerlukan stafnya untuk menurut perintah yang diarahkannya, dan memimpin mengikut kebolehannya untuk meinberi atau rnenarik balik ganjaran keija serta hukuman Pemimpin yang demokratik pula menggalakkan penglibatan dan penyertaan dan staf mereka tentang tindakan dan pembuatan keputusanya Gaya kepimpinan yang ketiga bercorak laissez-faire yang melibatkan pemimpin yang sedikit sekali menggunakan kuasanya dan meinberi staf penuh kebebasan untuk mengendalikan kenja inereka. Pemimpin sedeinikian biasanya membeni kebebasan pekenja untuk menentukan matlamat mereka tersendiri serta cara-cara mencapainya. Ia juga melihat peranannya sebagai memberi panduan kepada terlaksananya operasi-operasi stafnya dengan memberi makiumat berhubung dengan persekitaran luaran kumpulan pekeijanya. Kebanyakan daripada kajian tentang gaya kepimpinan mengikut sistem pengurusan kiasik menunjukkan anggapan bahawa pekerja pada dasamya diihat oleh pemimpin

sebagai salah satu faktor pengeluaran. Dengan mi, gaya pengurusan untuk mencapai output biasanya berat sebelab sama ada mereka menekankan daya pengeluaran atatipun mereka menekankan kepuasan atau hal-ehwal pe kerja semata-mata. Pakar-pakar penyelidik di Pusat Penyelidikan Universiti Michigan, Amerika Syarikat, telah membentuk suatu model kelakuan kepimpinan berasaskan dua dimensi Mereka menggunakan konsep berorientasikan pengeluaran (kerja) dan berorientasikan pekerja untuk menerangkan model tersebuL Pemimprn yang berorientasikan kerja mementingkan kerja yang dilaikukan, manakala pemimpin yang berorientasikan pekerja lebih mengutamakan penubuhan kerja dan terjalinnya perhubungan penbadi di kalangan pekerja. KONSEP-KONSEP DI DALAM MODEL KEPIMPINAN DUA Dengan meneliti fungsi yang dilakukan oleh para pemimpin di dalam kumpulan mereka, didapati bahawa untuk sesuatu kumpulan itu beroperasi dengan berkesan, suatu pihak mesti mengendalikan dua fungsi utama, iaitu fungsi yang bersabit dengan penyelesaian masalah (berorientasikan tugas) dan fungsi penyelenggaraan kumpulan (fungsi-fungsi sosial). Di antara usaha yang cuba menyclidik mana satu di antara gayagayakepimpinan tersebut menghasilkan prestasi kumpulan yang paling berkesan, termasuklah kajian-kajian yang dilakukan di Universiti Ohio. Di sini, para penyclidik mengkaji keberkesanan kelakuan kepimpinan dua dimensi, iaitu mengikut struktur kerja dan mengutamakan hal ehwal pekerja. Dalam dimensi yang pertama, kelakuan pemimpin menekankan kegiatan penyusunan kerja, penjadualan penubuhan matlamat. pengelolaan dan segala hal struktur kerja. Para pernimpin lebih mengutamakan prestasi dan pengeluaran daripada hal-hal kerja yang lain dan bergiat mencapai peringkat-peringkat output yang tinggi. Mengikut dimensi kedua pula, para pemimpin menunjukkan kelakuan sosial dengan menitikberat dan menghormati idea-idea perasaan dan hal-ehwal pekerja dengan cara niendengar masalah peribadi pekerja dan membantu menyelesaikannya. Salah satu teknik terkenal yang menerangkan gaya-gaya kepimpinan secara dramatik ialah petak kepengurusan yang dicipta oleh Robert Blake dan Jane Mouton. petak ini digunakan di merata dunia sebagai suatu teknik melatih pengurusan dan mengenal pasti berbagai-bagai kombinasi gaya kepimpinan. Teknik inii berasaskan kepada penyelidikan penyelidikan awal yang menunjukkan betapa pentingnya seorang pengurus menitikberatkan kedua-dua aspek, iaitu mementingkan pengeluaran dan mementingkan pekerja. Mementingkan pengeluaran (di paksi mendatar) terdiri daripada sikap penyclia terhadap berbagai-bagai perkara, seperti mutu keputusan polisi yang diambil, prosedur kerja, mutu perkhidmatan staf, kecekapan kerja, daya kreativiti penyclidikan dan jumlah output. Mementingkan pekerja (di paksi inenegak) juga diberi pengertian yang luas. mi merangkumi perkara seperti darjah komitmen peribadi yang ditanamkan ke arah pencapaian sesuatu go1, mengekalkan kehormatan din para pekenja, pembenian tanggungjawab b erdasarkan kep erc ayaan dan bukan kesetiaan belaka, pemberian keadaan kerja yang baik dan menjaga agar perhubungan peribadi memuaskan.

Blake dan Mouton mengenal pasti empat gaya asas yang keterlaluan (tiap-tiap satu dinyatakan mengikut suatu kontinum berdasarkan skala dan 1 hingga 9). Mengikutgaya 1,1, (juga disebut pengurusan laissez-faire) pengurus-pengurus kurang menitikberatkan hal-hal pekerja ataupun pengeluaran dan memegang peranan yang minimum sebagai pemimpin dan pengurus. Yang paling bententangan dengan mi terletaknyagaya9, 9, (pengurusanberpasukan atau yang demokratik) yang menunjukkan melalui kegiatan pengurus, terdapat peningkat dedikasi yang tertinggi terhadap kedua-duanya, iaitu pekerja dan pengeluaran. Blake dan Mouton menegaskan bahawa gaya mi merupakan kelakuan kepimpinan yang paling berkesan yang dapat mempertingkatkan prestasi, merendahkan ketidakhadiran dan pusing ganti pekerja, serta memupuk kepuasan yang tmggi. Suatu lagi ialah gaya pengurusan 1, 9, disebut juga pengurusan country club, di mana pengurus-pengurus tidak ataupun paling kurang mementingkan pengeluaran, tetapi amat mementingkan pekerja sahaja. Apa yang diwujudkan ialah persekitaran di mana semua pekerja merasa gembira dan senang hati tanpa apa-apa komitmen terhadap pengeluaran usaha bersatu untuk mencapai matlamat organisasi. mi berbanding pula dengan gaya 9, 1, (kadangkala disebut penguins autokratik) yang hanya menitikberatkan penubuhan operasi cekap tanpa inengambil kira hal-eliwal pekerja. Dengan menggunakan keempat-empat titik yang keterlaluan mi, setiap teknik atan gaya kepengurusan boich ditempatkan di dalam petak ini. Dengan jelasnya, pengurus mengikut gaya 5, 5 secara sederhana mementingkan kedua-duanya, iaitu pengeluaran dan kepuasan staf. Pengurus-pengurus ini rnencapai tahap moral dan pengeluaran yang mencukupi dan memuaskan tetapi pada tahap yang tidak begitu tinggi, di mana penubuhan gol dan jangkaan tidak begitu tinggi. Meskipun petak kepengurusan ini merupakan hal yang berfaedah untuk mengenal pasti dan mengelaskan gaya kepengurusan, tetapi penggunaannya adalab terhad. ini disebabkan petak ini tidak dapat rnemberi sebab mengapa seseorang pengurus itu terletak di sesuatu bahagian tertentu di petak tersebut. Perlu diselidiki faktor-faktor seperti corak peribadi pemimpin tersebut atan pengikut-pengikutnya, kebolehan dan latihan pengurus dan lain-lain faktor situasi di sebaliknya, yang tuna mempengaruhi tingkah laku kedua-dua peniimpin dan pengikut itu. EMPAT SISTEM PENGURUSAN Dengan menggabungkan juga kelas-kelas asas tentang gaya kepimpinanyang berorientasikan tugas dan pekerja, Rensis Liken hersama rakan-rakannya di Universiti Michigan telab membentuk suatu model keberkesanan pengurusan yang mempunyai empat peringkat: Pengurusan bercorak sistem 1, mengikut Likert, dikatakan berkuasa melalui eksploitasi, iaitu pengurus-pengurusnya membuat sendiri semna keputusan tentang hal-hal kerja dan mengarahkan stafnya untuk menurut perintah. Ugutan atau hukuman diberi jika pekeria gagal untuk memenuhi matlamat dan standard yang dibentuknya dengan tegas. Pengunis kurang menaruh kepercayaan terhadap para pekerja di bawah arahannya dan pekerja pula merasa takut dan terasing daripada pengurus. Pengurusan gaya sistem 2 masih juga mengeluarkan arahan-arahan, tetapi pekerja diberi kebebasan untuk memberi komen tentang perintah-perintah tersebut. Mereka juga

diberi fleksibiliti untuk mengambil beberapa tindakan tertentu, m engikut kawalan polisi yang ketat dan prosedur-prosedur yang digariskan. Pengurusan sistem 3 pula menubuhkan gol-gol dan arahan-arahan am setelah berunding dan berbincang terdahulu dengan para pekerja bawahan. Pihak staf juga boleh mengambil keputusan sendiri tentang cara mengendalikan tugas-tugas mereka, oleh sebab hanya keputusan am dan yang menyeluruh sahaja diambil oleh para pengurus di peringkat- peringkat pengurusan atasan. Lebih banyak ganjaran digunakan daripada hukuman untuk mendorong staf, dan pekerja diberi kebebasan untuk membincangkan hal-hal kerja dengan pengurus-pengurus mereka yang lebih menaruh kepercayaan tentang kebolehan mereka untuk melakukan tugas masing-masing. Likert melihat pengurusan sistem 4 sebagai yang paling melibatkan penyertaan semua ahli dalam kumpulan pekerja di dalam perbentukan matlamat dan penilajan tentang matlamat, iaitu, penglibatan di da~am pengambilan keputusan di semua peringkat, dan pengendalian operasi mereka sendiri dan di dalam kumpulan masing-masing. Penguruspengurus sistem ini menanam keyakinan dan kepercayaan yang penub kepada staf mereka dalam segala hal, serta sering mendapat dan menggunakan idea-idea dan pendapat-pendapat yang dikemukakan oleh mereka. Para pengurus juga selalu memberi ganjaran ekonomi sebagai dorongan kerja, berasaskan kepada penyertaan berkumpulan. Pada amnya, Likert mendapati bahawa pengurus-pengurus yang menggunakan pendekatan sistem 4 di dalam kendalian operasi mereka terdiri daripada mereka yang paling berjaya sebagai pemimpin. Bagi organisasi dan firma yang mengamalkan pengurusan sistem 4,juga didapati paling berkesan di dalam penubuhan dan pencapaian gol-gol mereka, di samping menjadi lebih produktif. Kejayaan ini disebabkan pada dasarnya oleb darjah penglibatan pekerja di dalam pengurusan dan sokongan yang diberi kepada pekerja berkekalan. KEPIMPINAN SEBAGAI SUATU KONTINUM Melalui R. Tannenbaum dan W.H. Schmidt mengikut konsep kontinumkepimpinan, mereka merakamkan bahawa kepimnpinan melibatkan pelbagai jenis gaya, yang berkisar di antara gaya yang tertumpu kepada ketua sehinggalah kepada yang amat tertumpu kepada pekerja. Maka tidaklah semestinya wujud di antara yang bercorak autokratik, demokratik dan laissez-faire sahaja. Tannenbaum dan Schmidt rnenegaskan bahawa pengurus-pengurus perlu menimbangkan beberapa perkara yang praktik sebelum memutuskan bagaimana mereka akan melaksanakan tugas-tugas pengurusan mereka. Mereka mencadangkan bahawa elemen-elemen terpenting yang mempengaruhi gaya kepimpinan pengurus di sepanjang kontinum ini adalah seperti yang berikut. 1. Kuasa-kuasa yang menentukan personaliti pengurus. Ini termasuklah sistem nilai dan latar belakang serta pengalaman. Misalnya, seorang pengurus yang mempercayai bahawa keperluan-keperluan organisasilah yang perlu diutamakan daripada keperluankeperluan individu (pekerja), mungkin Iebih gemar memberi arahan dan kurang rnenggalakkan penglibatan pekerja dalam penentuan kegiatan-kegiatan pekerja sendiri

2. Sifat pekerja yang dipertanggungjawabkan kepada penguins. Ia juga inempengaruhi kelakuan pengurus. Mengikut Tannenbaum 1. Pengurus membuat keputusan dan mengumumkannya 2. Pengurus menjual keputusannya 3. Pengurus menyampaikan masalah dan menggalakkan komen-komen 4. Pengurus membiarkan kumpulan membuat keputusan sendiri 5. Pengurus meletakkan had-had dan meminta pekerja membuat keputusan Pengurus selaku pemimpin, boleh memberi kebebasan dan penglibatan yang lebih kepada staf di bawah arahannya apabila terdapat para pekerja tersebut mempanyai sifat berikut: a) Mahukan tanggungjawab membuat keputusan; b) Inginkan kebebasan bertindak dan berdikari; c) Mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang mencukupi untuk mengendalikan dan menyelesaikan masalah dengan cekap; d) Menanamkan komitmen dan menghayati matlamat organisasi. Tanpa sifat-sifat tersebut, para pengurus akan lebih mengamalkan gaya yang bermirip kepada corak autoritarian. Namun demikian, mereka boleh mengubahsuaikan gaya mereka apabila para pekerja mereka dapat memperoleh keyakinan diri setelah biasa bekerja bersama mereka. Gaya kepimpinan yang dipilih oleh pengurus perlu juga mengambil kira kuasa-kuasa yang wujud di dalam situasi. Ini termasuk nilai dan tradisi organisasi, kecekapan bekerjasama sebagai satu unit, keadaan tugas-tugas kerja kumpulan, sama ada pengendalian sesuatu masalah dapat didelegasikan atau tidak .Seperti juga manusia, organisasi rnempunyai nilai tertentu yang lama-kelamaan diterapkan ke dalam amalan bekerja. Kebanyakan pengurus baru cepat mempercayai bahawa terdapat beberapa tingkah laku yang diterima dan ada yang lain pula yang tidak diterima di dalam organisasi. Setengah-setengah organisasi, misalnya mempunyai struktur dan rangkaian komunikasi yang lebib formal dan sukar diubah-ubah, dengan adanya pembahagian dan perbezaan tugas yang jelas. Dalam keadaan demikian, gaya kepimpinan tentu sekali lagi berorientasikan tugas dan berasaskan pemberian arahan, danipada bergantung kepada penglibatan pekeija. MODEL KEPIMPINAN

Mengikut Vroom dan Vetton, terdapatlima bentuk perbezaan di dalam corakkepimpinan demokratik. Gaya atau bentuk kepimpinan yang tertentu bergantung kepada keadaan tertentu. Gaya kepimpinan mi adalah seperti berikut. 1. 2. Pemimpin sendiri yang membuat keputusan dengan menggunakan maklumat yang ada pada waktu tersebut. Pemimpin mendapatkan maklumat yang diperlukan dan staf di bawah arahannya, kemudian membuat keputusan sendiri. Peranan staf hanya setakat pemberian maklumat yang diperlukan sahaja dan mereka tidak terlibat di dalam persoalan menyelesaikan masalah. Pemimpin menyampaikan masalah kepada mana-mana staf bawahannya yang relevan, secara individu, untuk mengambil sesuatu keputusan. Sesuatu masalah disampaikan oleh pemimpin kepada staf bawahannya, untuk mendapatkan idea-idea dan cadangan-cadangan. Keputusan kemudiannya diambil tidak semestinya hasil daripada pengaruh staf. Pemimpin membincangkan sesuatu masalah bersaina staf bawahan untuk mencapai persetujuan tentang penyelesaian masalab tersebut. Pemimpin tidak cuba mempengaruhi apa juga keputusan yang perlu diambil, rnalah sanggup inenermia dan melaksanakan keputusan yang mendapat sokongan sekalian ahli kumpulan.

3.

4.

5.

PENDEKATAN KONTINGENSI TERHADAP KEPIMPINAN PENDEKATAN LALUAN MATLAMAT Salah seorang tokoh yang turut menyumbangkan kepada teon kepiinpinan dan sudut situasi ialah Profesor Robert House. Beliau menyatakan bahawa fungsi utama seorang pemimpin ialah inembentuk matlamat penting bagi para pengikut atau para pekerjanya serta menggariskan laluan-laluan ke arah pencapaian matlainat tersebut. Dengan inii teorinya dinamakan teori laluan matlamat. Secara lojik, teori ini adalah mudah difahami dan diamalkan. Dalam situasi-situasi di mana struktur kenja adalah kompleksdan mengelirukan, tugas pernimpin ialah membentuk kerja-kerja agar para pekeija dapat mengikuti suatu laluan yang jelas. Sebaliknya pula, jika tugas-tugas pekerja memang sudah jelas (umpamanya, di barisan pemasangan) seorang pemimpin autokratik dan yang herorientasikan tugas yang cuba menambahkan lagi struktur kerja, tentu sekali tidak akan menerima sambutan yang baik dan para pekerja bawahannya. Seorang pemimpin yang autokratik dan berorientasikan tugas biasanya disambut baik sebaliknya di dalam situasi-situasi di mana terdapatnya ketegangan individu, tekanan dan ketidakpuasan di kalangan pekerja. Jika kerja berkenaan dilakukan berulang-ulang dan berstruktur, laluan-laluan ke arah pencapaian matlamat adalah jelas. ini bermakna bahawa jika pemimpin cuba menambahkan lagi struktur kerja, ini tidak akan menambahkan lagi kepuasan atau mempertingkatkan lagi prestasi kerja. Namun, jika tugas itu tidakjelas, pemimpin memanglah perlu bertindak dan menyelesaikan mana mana kekeliruan yang timbul.

Dengan ini, pemimpin-pemimpin yang berkesan menggunakan dua dimensi kepimpinan sama ada untuk menjelaskan laluan ataupun memudahkannya untuk dijalankan. KEPIMPINAN YANG BERKESAN Ketiga-tiga komponen kepimpinan (sifat-sifat, gaya dan kelakuan sertakepimpinan mengikut situasi) memberi implikasi yang penting di dalam pengambilan dan latihan ke arah mewujudkan pemimpin-pemimpin yang berkaliber. Umpamanya, pemimpinpemimpin berkesan yang diketahui biasanya mempunyai sifatsifat kebijaksanaan dan keyakinan diri. Maka calon-calon bolehlah diuji untuk mencari sifat-sifat tersebut serta sifat-sifat lain yang dikaitkan dengan prestasi kerja. Apa yang diketahui tentang gaya-gaya kepimpinanjuga menunjukkan bahawa latihanlatihan boleh diadakan dengan jayanya untuk menjadikan pemimpin lebih bertimbang rasa dan beroriensekali, gaya pemimpin mestilali bersesuaian dengan tugas yang terlibat serta bersesuaian juga dengan staf bawahannya. Pernah dinyatakan oleh Fiedler bahawa biasanya lebih mudah untuk menyusun semula sesuatu tugas (kerja) daripada melatih semula pemimpin atau mengambil pemimpin baru. Berdasarkan keterangan yang dibincangkan di dalam bab ini, garis-garis panduan berikut boleh digunakan untuk menjadi pemimpin yang berkesan. 1. Mengetahui dan melatih diri anda. Kebanyakan pemimpin terdiri daripada mereka yang berpengaruh, pintar, agresif, herinisiatif dan mempunyai keyakinan diri dan kebolehan menyelia. Maka, bagi bakalbakal pemimpin dan juga pemimpin kini, Latihan latihan dalam membuat keputusan, penilaian diri dan peningkatan keyakinan diri adalah berfaedah. Mengetahui dan mengawal gaya anda. Gaya yang terbaik sekali bergantung kepada banyak faktor (selain daripada berorientasikan tugas dan berperikemanusiaan). Maka perlu bagi mereka menganalisis dan memahami gaya tersendiri untuk mengekalkan suatu keadaan fleksibel supaya dapat dipadankan kepada situasi berkenaan. Mempercayai perkara-perkara terbaik tentang orang lain. Bakal-bakal pemimpin harus mengikuti andaian-andaian Teori Y, McGregor. Dengan mempercayai bahawa manusia adalah pandai, kreatif, sanggup bekerja, bertanggungjawab dan ingin menyelesai kan masalah, dapat meningkatkan lagi pertumbuhan sifat pemimpin yang berkesan. Memenuhi keperluan-keperluan staf ini merupakan secara mudah kenyataan pemikiran Maslow dan McGregor. Tetapi di dalam amalannya, beraneka masalah dihadapi. Umpamanya, bagaimanakah dia mendorong pekerja yang keperluan mereka tidak dapat dipenuhi melalui kerja mereka? Bagaimanakah dia dapat meyakinkan staf supaya mempersetujui matlamat organisasi? McGregor telah mencadangkan suatu teknik seperti penyertaan staf dan

2.

3.

4.

5.

sesi-sesi dialog yang membincangkan perkara-perkara seperti matlamatmatlamat organisasi. 6. Sesuaikan kepada ciri-ciri kerja. Kajian-kajian Fiedler mencadangkan bahawa bagi tugas-tugas kreatif. dan yang berbentuk keusahawan (seperti mencipta keluaran baru atau membuka syarikat baru) adalah lebih wajar bagi anda untuk menubuhkan matlamat yang menyeluruh untuk dijadikan panduan oleh staf, dan kemudiannya ber~antung kepada budi bicara mereka untuk menjalankan kerja. Bagi kerja yang dilakukan secara berulang-ulang pula, pemimpin biasanya menguatkuasakan suatu set peraturan yang terancang dan rapi, untuk melaksanakan kerja. Bertindak sebagai pemimpin. Dalam semua hal, anda perlu bertindak sebagaimana yang dijangka dan diingini oleh pengikut atau staf, agar mendapat sanjungan yang setimpal dengan taraf pemimpin.

7.

KEPIMPINAN
Pendahuluan Penerimaan Islam secara meluas di Nusantara pada abad ke 13 masihi telah mengubah banyak nilai dalam masyarakat tempatan, termasuk yang berkait dengan "kepimpinan". Bermula daripada waktu itu Islam telah mengambil peranan kepimpinan yang meluas dan merangkumi hampir semua kegiatan hidup termasuk keagamaan, Ibadat, keilmuan, sosial, politik dan sebagainya. Asas utama kepada kepimpinan yang meluas ini 1alah sifat Islam sendiri yang menyeluruh. Misalnya, akidah atau pegangan hidup yang dibawa oleh Islam bukan sekadar menyentuh soal ketuhanan dan alam metafizika sahaja, tetapi juga merangkumi alam dan manusia. Dalam konsep yang luas ini, syirik iaitu pelanggaran terhadap prinsip tauhid yang menjadi asas aqidah berkenaan, bukan sahaja boleh berlaku disebabkan oleh penyembahan berhala atau memuja kuasa-kuasa ghaib semata-mata tetapi juga meliputi pemujaan terhadap sesama manusia dan kuasa-kuasa material dalam kehidupan biasa. Berasaskan akidah ini Islam menegaskan bahawa alam dan manusia bukan suatu mistri, tetapi boleh difahami. Manusia adalah hamba Tuhan yang diberi peranan sebagai khalifah dibumi ini. Sedangkan alam dicipta untuk faedah dan kepentingan manusia. Dalam hubungannya dengan hidup dan kebudayaan, akidah merupakan asas pemikiran bagi sistem keilmuan dan kemasyarakatan, termasuk sosial, ekonomi, politik dan sebagainya. Bagi melaksanakan kepimipinan tersebut, dari segi akidah dan kepercayaan, Islam mengubah pandangan orang Melayu daripada mempercayai dewa-dewa seperti yang mereka anuti di zaman Hindu kepada mempercayai tuhan yang Maha Esa. Disamping itu mereka dibimbing mempercayai Nabi-Nabi, Rasul, Malaikat, Kitab-Kitab Suci, Hari Kiamat dan Qadha dan Qadar. Kemudian diikuti oleh kepimpinan kearah menunaikan amal Ibadat seperti yang terkandung dalam rukun Islam yang lima dan yang selain daripada itu. Di bidang adat dan istiadat pula, bagi mengubah tradisi animisme dan Hinduisme, agama Islam telah memimpin orang-orang Melayu kearah mengenali dan mengamalkan adat istiadat Islam

sebagai ganti. Adat istiadat itu dilakukan sejak daripada individu itu lahir ke dunia hinggalah ke hari kematiannya. Dalam aspek keilmuan, Islam telah memimpin masyarakat Melayu kearah menenali pengetahuan yang bercorak falsafah.4 Dengan itu Islam telah memperkenalkan pemikiran yang bercorak rasional dan intelektual dalam masyarakat Melayu. Tamadun Islam telah mengubah penekanan daripada unsur-unsur estetika dalam kebudayaan Melayu seperti yang biasa berlaku pada zaman Hindu kepada pemikiran yang bercorak akliah.5 Dengan itu Islam mengubah tasawwur orang Melayu daripada yang bercorak metologi fantasi kepada pemikiran yang bercorak intelektual yang berdasarkan falsafah Islam dan mistik yang rasional dan ilmiah. Dengan itu Islam menekankan kedua-kedua aspek jasmani dan rohani untuk membangunkan masyarakat Melayu. Dari segi sosial pula Islam menekankan unsur-unsur persamaan, keadilan dan sebagainya. Dengan itu Islam telah membawa satu perubahan yang radikal sebagai ganti kepada sistem Kasta Hindu yang membahagikan penduduk alam Melayu kepada beberapa susun lapis seperti di India. Islam juga menghapuskan semangat kedaerahan dan membentuk perpaduan dikalangan penduduk alam Melayu melaui konsep ummah atau masyarakat Islam. Dari segi politik pula, Islam telah membawa banyak perubahan. Misalnya, sistem feudalisme Hindu digantikan dengan sistem feudalisme yang diperkenalkan pada zaman kerajaan Abbasiah. Islam telah memberi corak keislaman dalam sistem kesultanan Melayu. Misalnya konsep Diraja telah diubah sifatnya daripada penjelmaan dewa kepada seorang pemerintah atau pemimpin rakyat sahaja. Sultan dalam pengertian Islam seharusnya menjalankan pemerintahan dengan adil dan bertimbang rasa kepada rakyat serta bertindak mengikut perintah Allah, membuat kebaikan dan mencegah kejahatan. Dalam bidang kesenian Islam telah mempengaruhi semua bidang kesenian Melayu, baik dalam seni lagu, seni tari, seni ukir, seni bina, seni hiasan, maupun seni drama. Begitulah juga dalam hal kesusasteraan.

Kepimpinan Yang Menyeluruh


Kepimpinan biasa dihuraikan sebagai peranan sosial yang dimainkan oleh pemimpin dan diterima secara sepontan oleh pihak yang dipimpin berasaskan proses interaksi antara kedua belah pihak.9 Dalam konteks kertas kerja ini Islam dilihat sebagai suatu institusi kepimpinan yang memainkan peranannya berasaskan penerimaan masyarakat umum secara sepontan melaui proses interaksi yang tertentu. Ternyata daripada apa yang dihuraikan di atas bahawa Islam, sejak mula kedatangannya lagi ke Nusantara telah memainkan peranan kepimpinan yang meluas, bukan sekadar sebagai agama dalam konsepnya yang sempit tetapi juga sebagai cara hidup dalam konsepnya yang luas dan menyeluruh. Berdasarkan kepimpinan yang luas dan menyeluruh seperti itulah Islam berjaya menubuhkan masyarakat dan negara Islam di rantau ini. Di Malaysia, masyarakat dan negara Islam seperti itu mula ditubuhkan di Melaka pada awal abad ke Lima belas.10 Kemudian ia berkembang ke merata tempat diseluruh semenanjung, begitu juga keSabah dan Sarawak. Bagaimanapun, tempoh kepimpinan Islam yang menyeluruh ini tidak kekal lama. Bermula daripada kejatuhan Melaka ke tangan penjajah Portugis pada tahun 1511 M. Kepimpinan Islam di rantau ini mula tersingkir, bukan sahaja dalam aspek politik dan pemerintahan, tetapi juga dalam aspekaspek yang lain termasuk pendidikan dan tamadun.

Terutama di bawah penjajahan Inggeris, Islam tidak lagi memainkan peranan pemimpin di Malaysia kecuali dalam hal-hal Ibadat ritual dan pendidikan agama dalam konsepnya yang sempit. Malah, apabila Malaysia mencapai kemerdekaan dengan merdekanya Tanah Melayu pada tahun 1957, kepimpinan Islam di rantau ini gagal dibangkitkan kembali. Sebelum pemergian mereka, penjajah telah selesai menyiapkan pelapis dari kalangan pendudukMalaysia sendiri yang bakal mengambil alih kepimpinan berasaskan Sekularisme/Libralisme barat. Dengan itu kepimpinan Islam kekal di takok lama iaitu berfungsi hanya dalam aspek Ibadat ritual dan keagamaan dalam konsepnya yang sempit sahaja. Malah ia begitu terpingir dan tidak termasuk dalam "arus perdana". Penerimaan masyarkat Islam di Malaysia terhadap sekularisme barat telah meletakkan Islam sebagai satu "agama" pada suatu pihak disamping urusan kenegaraan di pihak yang satu lagi. Dualisme ini telah mempengaruhi corak umum kehidupan bermasyarakat dan bernegara dan menyukarkan kepimpinan Islam yang sebenarnya untuk berfungsi sepertimana sepatutnya. Fenomena ini bukan sahaja lahir akibat daripada pengaruh barat, tetapi diperkukuhkan lagi oleh masyarakat Islam sendiri, termasuk mereka yang komited dengan pengajaran Islam. Bagi menghadapi kekuasaan penjajahan di negara ini para pemimpin Islam sendiri telah membina benteng pemisah antara Islam dan kehidupan harian dalam negara dengan alasan bahawa apa yang diamalkan di bawah kuasa penjajahan itu bertentangan dengan ajaran Islam dan perlu dijauhi.

Usaha Kebangkitan Semula Kepimpinan Islam


Dengan lain perkataan, secara umumnya, sejak kekuasaan penjajah sampai sesudah merdeka, Islam di Malaysia telah diletakkan oleh para penganutnya pada kedudukan difensif. Kedudukan yang negatif ini telah menjadikan kepimpinan Islam seolah-olah kehilangan fungsi dan tidak berdaya lagi untuk kembali berperanan terutama kerana masyarakat telah jauh lebih maju daripada cita-cita kepimpinan Islam sendiri yang ada. Malah, apabila umat Islam sedar dan berhasrat untuk mengembalikan kepimpinan Islam ke tampuknya yang asal mereka berpecah kepada berbagai aliran pemikiran yang menjadi asas kepada corak kepimpinan yang mahu dipulihkan itu. Secara umumnya aliran-aliran tersebut biasa dikenali sebagai aliran tradisional, aliran moden dan aliran reformasi. Aliran tradisional bersikap konservatif dan mempertahankan yang lama. Bagi aliran ini sejarah adalah sumber aspirasi dan perlu dipertahankan. Kerana itu mereka bersikap negatif terhadap pembaharuan dan perubahan. Pada pandangan mereka ini kepimpinan Islam perlu berkait rapat dengan tradisi dan tidak boleh menyerap nilai-nilai baru yang dikatakan banyak dipengaruhi oleh Barat. Aliran moden banyak dipengaruhi oleh kebudayaan dan pemikiran Barat moden. Antara nilai yang menjadi asas kepada kepimpinan corak ini ialah penolakan terhadap soal-soal emosi, kekudusan dan tindakan yang tidak rasional. Sementara aliran reformasi pula menekankan perkembalian kepada ajaran Islam yang murni bagi membersihkan kepimpinan Islam daripada pemalsuan dan penyelewengan.Dari segi ini ia mempunyai banyak persamaan dengan aliran tradisional. Bagaimanapun, aliran ini berkait erat dengan ijtihad baru. Dalam konteks ini ia berbeza daripada aliran tradisional. Sehingga abad ke 19 kepimpinan Islam di Malaysia lebih bercorak tradisi. Aliran ini terus memainkan peranannya sehingga ke abad 20 melalui para ulama yang gigih menyambung tradisi

sebelumnya. la berasaskan kepada pemikiran tradisional yang disebarkan di pusat-pusat pengajian agama (pondok) yang berserakan di seluruh Malaysia.16 Kepimpinan corak ini menekankan nilainilai tradisi yang tersimpul dalam konsep fardhu ain, iaitu pembinaan peribadi muslim berasaskan akidah, fiqh, akhlak dan tasawuf. Dalam melalui proses perkembangan seterusnya aliran kepimpinan tradisional ini pernah mengalami pembaharuan. la terutama sekali dihasilkan oleh gerakan-gerakan dakwah, seperti Gerakan Jamaah Tabligh dan Pertubuhan al-Arqam. 8erbeza dengan kepimpinan tradisional konservatif sebelumnya, gerakan tradisional baru ini memberi tumpuan yang agak serius kepada soal-soal pembinaan masyarakat Islam. Mereka memberi tumpuan yang banyak kepada soal-soal pendidikan, sosial, ekonomi dan malah politik. Corak kepimpinan modermis pula lahir pada akhir abad ke Sembilan belas apabila pertubuhanpertubuhan Islam lahir di Tanah Melayu. Secara umumnya kepimpinan corak ini merupakan reaksi terhadap proses modernisasi yang dilaksanakan oleh penjajah barat di Tanah Melayu pada waktu itu. Kepimpinan corak ini lahir dalam bentuk pertubuhan-pertubuhan seperti pertubuhan-pertubuhan sosial dan pertubuhan-pertubuhan politik. Antara pertubuhan-pertubuhan sosial yang berpengaruh ialah gerakan sosial moden yang didokong atau dilindungi oleh kerajaan Inggeris. Selain daripada itu ialah pertubuhan bahasa dan sastera, persatuan guru dan persatuan pelajar. Dalam politik, kepimpinan bercorak modernis ini berkait rapat dengan faham kebangsaan atau nasionalisme.19 Di Malaysia, nasionalisme dapat dibahagikan kepada dua iaitu konservatif dan radikal. Di antara organisasi politik awal yang bercorak nasionalisme konservatif ialah pertubuhan Melayu Bersatu (UMNO) 1946. Sifat konservatif UMNO bukan hanya sekadar mempertahankan tradisi kebangsaan Melayu, tetapi juga mempertahankan tradisi kerjasama dengan pihak penjajah. Kerana corak kepimpinan yang konservatif inilah penjajah Inggeris bersetuju mengadakan perbincangan dengan UMNO yang kemudiannya menghasilkan perlembagaan persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948.20 Berasaskan corak kepimpinan seperti itulah juga UMNO menang mutlak dalam pilihanraya umum 1955. Sementara yang bercorak nasionalisme radikal pula ialah seperti Kesatuan Melayu Muda (KMM) (1937).21 Kerana coraknya yang radikal ini ia telah dihapuskan oleh penjajah Inggeris pada tahun 1941 dengan menangkap para pemimpinnya. Nasib yang sama dialami oleh pertubuhanpertubuhan radikal yang lain seperti Parti Kebangsaan Melayu Melayu (PKMM) (1945), Angkatan Pemuda Insaf (API) (1946) dan Parti Rakyat Malaya (PRM) (1955). Kepimpinan bercorak reformasi atau Islah pula tumbuh dan berkembang melalui tokoh-tokoh agama yang menerima perkembangan baru dalam pemikiran Islam. Antara mereka ialah Syekh Muhamad Tahir Jalaluddin (1869-1956), Syed Syekh al-Hadi, Tok Khurasan (1875-1944), Haji Wan Musa bin Abdul Samad (1895-1957) dan ramai lagi.22 Kepimpinan bercorak ini dikembangkan melalui penulisan, seperti Majalah al-Imam23 (1906-1908), al-Ikhwan (1926), Saudara (1928) dan Pengurusan (1918-sekarang).24 la juga dikembangkan melalui madrasah-madrasah atau sekolahsekolah agama yang mengajar ilmu-ilmu agama dan menawarkan juga ilmu-ilmu semasa. Kepimpinan bercorak ini kemudiannya berkembang melalui parti- parti politik Islam yang ditubuhkan. Paling awal ialah Hizbul Muslimin (HAMIM) yang ditubuhkan pada 1948 oleh Ustaz Abu Bakar al-Baqir. Bagaimanapun parti ini dibubarkan apabila tokoh-tokoh utamanya ditangkap di bawah perintah darurat 1948.

Pada tahun 1951 sayap agama dalam UMNO menubuhkan Persatuan Ulama Malaya yang kemudiannya berubah menjadi Persatuan Islam se Tanah Melayu (PAS) yang benar-benar terpisah daripada UMNO.27 Antara tokoh-tokoh utama yang pernah memimpin parti ini ialah Dr Burhanuddin al-Helmi, Ustaz Zulkifli Muhammad dan Dato' Muhammad Asri Haji Muda. Bagaimanapun, berbanding dengan UMNO parti ini kurang berjaya dalam perjuangan politiknya. Selain politik, kepimpinan bercorak reformasi ini juga terbentuk dalam gerakan dakwah dan pertubuhan-pertubuhan pelajar. Antaranya ialah gerakan al-Imam yang ditubuhkan pada 1928.28 Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) yang ditubuhkan pada 1956, Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) (1965), Pertubuhan al-Rahmaniyah (1963) dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) (1971).

Penutup
Nyatalah daripada huraian di atas bahawa kepimpinan Islam di Malaysia telah mengalami sejarah perkembangan yang tersendiri. Perkembangan ini tentu sekali didorong oleh berbagai-bagai faktor samada yang bersifat tempatan atau antara bangsa. Apa yang penting disebut disini ialah kepimpinan yang berbagai corak ini di Malaysia sekarang secara umumnya bertelingkah antara satu sama lain. Adalah suatu kenyataan yang tepat apabila dikatakan bahawa krisis yang dihadapi oleh umat Islam di Malaysia sekarang bukan berpunca daripada penerimaan atau penolakan terhadap Islam sebagai dasar hidup, tetapi lebih kepada krisis kepimpinan. Adalah menjadi tanggungjawab umat Islam yang insaf di Malaysia sekarang untuk mencari jalan kearah persefahaman diantara corak-corak kepimpinan yang ada ini.

MILIKI KUALITI DIRI


Bergerak menuju ke alam kerjaya bukanlah sesenang menelan liur yang sudah ada di kerongkong, tetapi setiap pekerja perlu mempersiapkan diri secukupnya untuk mengelakkan sebarang pengaruh negatif mempengaruhi cara bertindak para pekerja. Memang tidak dinafikan, sebagai seorang pekerja sudah tentunya nilai kebebasan adalah satu-satunya nilai yang paling dikehendaki. Namun para pekerja perlu ingat bahawa kebebasan bukanlah bererti mendapat peluang untuk berbuat apa sahaja.

Sebaliknya kebebasan itu adalah suatu tahap yang sepatutnya digunakan oleh para pekerja untuk merangka dan menyusun pertimbangan-pertimbangan dan tindakan, terutamanya pekerjaan yang sepatutnya dilakukan dalam usia yang masih muda. Kebebasan itu sudah semestinya bukan bermaksud pekerja boleh melepak. Kebebasan itu sebenarnya adalah masa yang diperuntukkan kepada pekerja berfikir secara rasional dan bertindak dengan matang untuk memperolehi kecemerlangan awal yang mungkin mengatasi pencapaian orang yang sudah lama bekerja. Adalah satu kerugian besar jika para pekerja tidak dapat membina diri, yakni syahsiah dan jasmani yang sempurna pada masa awal kerjaya ini. Sebagai bantuan kepada para pekerja dalam meneroka jalan ke arah mencapai kejayaan dalam hidup, maka setiap para pekerja perlu memiliki nilai kualiti diri. Mental dan jasmani iaitu, kualiti ilmu, kualiti susila, kualiti fikir, kualiti kerja dan kualiti kepimpinan. A: Kualiti Ilmu Setiap pekerja perlu memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi dan luas. Para pekerja mestilah sentiasa cuba untuk menambahkan pengetahuan dan pengalaman tentang apa sahaja perkara sebagai persediaan kerjaya. Pekerja perlulah menanamkan cita-cita menjadi pemimpin yang berguna dan cemerlang. Untuk mencapai kecemerlangan dan kejayaan ini sudah tentulah penilaian-penilaian yang bersifat pemilikan kualiti ilmu menjadi pertimbangan yang besar. Gabungan ilmu pengetahuan-pengalaman akan menjadikan pekerja sebagai satu kelompok masyarakat yang memiliki kualiti kemahiran yang tinggi. Dengan pemilikan kemahiran yang tinggi inilah pekerja akan merasakan dirinya amat berguna kepada masyarakat dan negara. Cara memiliki ilmu pengetahuan dan pengalaman yang luas, diantaranya:
Pertama, para pekerja perlu meyakini dengan berada di tempat kerja, dan jangan ponteng atau ? tuang kerja? sesuka hati. Kedua, sentiasa mepertingkatkan kemahiran kerja Ketiga, menanamkan sikap kritis dan aktif dalam suasana kerja. Keempat, menghidupkan sikap bersaing untuk mencapai kecemerlangan dalam kerjaya.

Setiap apa yang dilihat, yang didengar, yang dibaca, yang ditonton dan seumpamanya, dipertimbangkan secara kritis dan rasional seterusnya menerima yang baik dan membuang

yang buruk. Sentiasa berkerja membina kemahiran dan kecekapan. Dengan memiliki semua ini pekerja akan meletakkan dirinya sebagai insan berkualiti ilmu yang terbaik. B: Kualiti Susila Setiap pekerja perlu memiliki akhlak yang sempurna, budi yang mulia dan sikap yang toleran. Para pekerja perlu melatih diri dan berusaha membentuk diri yang dinamis dalam erti sentiasa melakukan perkara-perkara yang baik dan cuba mengelakkan dari berbuat sesuatu yang bersalahan dengan hukum agama, bertentangan dengan peraturan dan undangundang negara, serta tidak bersesuaian dengan adat dan etika hidup, khususnya di negara kita. Para pekerja mestilah meletakkan diri sebagai insan yang mampu meneruskan cita-cita dan kehendak keluarga dan masyarakat. Sikap seperti sayangkan diri sendiri, menghormati ibu bapa dan keluarga, menyayangi masyarakat dan cintakan negara serta menyanjung kemuliaan agama perlulah ditanam dan disuburkan berterusan. Dengan memiliki kualiti susila - berbudi bahasa dan berakhlak mulia - sajalah kedudukan pekerja di sudut pandangan masyarakat akan lebih terhormat. Bukannya susah untuk pekerja memiliki kualiti susila yang tinggi dan mulia.
Pertama, sentiasa cuba memperbaiki diri untuk berada di satu tahap keinsanan yang terbaik iaitu sabar, yakin, bertakwa dan patuh kepada ajaran agama. Kedua, sentiasa membuat pertimbangan di antara perangai dan kelakuan yang buruk dengan yang baik. Ketiga, meletakkan masa depan itu adalah lebih penting daripada keseronokan hari ini.

C: Kualiti Fikir Setiap pekerja perlu menyuburkan kemampuan berfikir pada setiap masa. Dengan memiliki ilmu pengetahuan dan pengalaman yang luas, kualiti susila yang terpelihara, sudah tentunya para pekerja dapat menghidupkan suasana berfikir secara rasional, matang dan berpandangan jauh. Sesuatu kerja yang hendak dilakukan dibuat pertimbangan. Setiap perbuatan yang hendak dikerjakan dipertimbangkan kesan baik dan buruknya. Sebelum memulakan langkah untuk bergerak, difikirkan cara-cara terbaik untuknya dan difikirkan apakah manfaat yang diperolehi daripadanya.

Dengan kata lain, kualiti fikir ialah satu proses di mana para pekerja membiasakan diri dengan mengesan kelemahan dan kebaikan, kelebihan dan keburukan, keuntungan dan kerugian. Caranya amat mudah, sebelum bertindak maka fikirkanlah? Apakah yang akan aku perolehi daripadanya? d: Kualiti Kerja Setiap pekerja perlu aktif, dinamik dan progresif. Sikap berusaha dan bekerja keras dalam memperolehi kejayaan adalah amat penting. Para pekerja perlulah meletakkan dirinya sebagai suatu kelompok masyarakat yang memiliki daya saing yang tinggi, daya tahan yang tinggi, serta kekuatan mental dan fizikal yang lebih baik berbanding orang yang telah meningkat usia. Untuk itu para pekerja mestilah mempercayai diri sendiri dengan meyakini bahawa berbuat kerja yang lebih bermanfaat itu adalah lebih banyak untungnya daripada melepaskan tenaga ke dinding-dinding pasar raya atau ke butang-butang mesin permainan video. Adalah lebih baik belajar berniaga dan membantu ahli keluarga. Suatu kerja yang dilakukan dengan minat, keinginan dan cita-cita akan membawa keuntungan bermanafaat. e: Kualiti kePimpinan Setiap pekerja perlu meletakkan dirinya sebagai manusia. Manusia dijadikan oleh Allah sebagai khalifah di muka bumi ini. Dengan ertinya sebagai Pemimpin dan Pengurus yang bertanggungjawab mentadbir, mengendali dan memajukan bumi Allah ini dengan sebaiknya. Untuk itu, para pekerja perlu melatih diri menjadi pemimpin seawal berada di dalam dunia. Di tempat kerja para pekerja boleh melatihkan diri menjadi pemimpin dengan menawarkan diri menjadi ketua pada setiap aktiviti yang diadakan. Dengan latihan menjadi pemimpin inilah para pekerja akan dapat membina keyakinan dan ketelusan diri sebagai persiapan menyahut cabaran masa depan. Untuk itu, para pekerja perlu sedar bahawa dunia pekerja itu bukanlah satu pentas untuk bebas seperti seekor katak yang baru keluar dari tempurungnya. Tetapi satu era untuk

pekerja membina diri dan kualiti diri agar dapat membina semangat waja yang sejati dengan gemilang dan terhormat.
Sila rujuk artikel ini bersama: http://shuhmy.multiply.com/journal/item/256/KEPIMPINAN_ISLAM

SOALAN TUGASAN SECARA BERKUMPULAN :


Huraikan tiga peringkat tahap pengurusan dalam sesebuah organisasi dan tunjukkan perbezaan yang terdapat di antara tahap-tahap pengurusan tersebut? Pengurusan bukanlah tanggungjawab seseorang Pengurus Besar atau Pengarah semata-mata tetapi juga tanggungjawab pentadbir bahagian. Dalam konteks ini, huraikan empat fungsi pengurusan yang perlu dilaksanakan. Terangkan maksud organisasi? Pada pandangan anda apakah kebaikan Carta Organisasi di sesebuah Jabatan? Gaya Kepimpinan adalah merujuk kepada cara seseorang pemimpin mempengaruhi pekerjanya. Huraikan tiga bentuk gaya kepimpinan yang biasa digunakan? Kuasa sering dikaitkan dengan pemimpin. Huraikan 5 jenis kuasa yang perlu ada pada seorang pemimpin bagi memimpin kakitangan bawahannya? Henry Mintzberg dalam bukunya, The Managers job, menjelaskan peranan Pengurus dibahagikan kepada tiga bahagian. Huraikan ketiga-tiga peranan itu?

Khalifah Umar bin Abdul Aziz


Khalifah Umar bin Abdul Aziz dilantik sebagai Khalifah menggantikan Sulaiman bin Abdul Malik dalam keadaan yang beliau sendiri tidak suka akan pelantikan tersebut. Lalu beliau memerintahkan supaya memanggil orang ramai untuk mendirikan sembahyang. Selepas itu orang ramai mula berpusu-pusu pergi ke masjid. Apabila mereka semua telah berkumpul, beliau bangun menyampaikan ucapan. Lantas beliau mengucapkan puji-pujian kepada Allah dan berselawat kepada Nabi s.a.w. kemudian beliau berkata: "Wahai sekalian umat manusia! Aku telah diuji untuk memegang tugas ini tanpa meminta pandangan daripada aku terlebih dahulu dan bukan juga permintaan daripada aku serta tidak dibincangkan bersama dengan umat Islam. Sekarang aku membatalkan baiah yang kamu berikan kepada aku dan pilihlah seorang Khalifah yang kamu reda.

Tiba-tiba orang ramai serentak berkata: Kami telah memilih kamu wahai Amirul Mukminin dan kami juga reda kepada kamu. Oleh yang demikian perintahlah kami dengan kebaikan dan keberkatan. Lalu beliau berpesan kepada orang ramai supaya bertakwa, jangan terlalu mencintai kekayaan dunia dan mendorong mereka supaya lebih mencintai akhirat. Kemudian beliau berkata pula kepada mereka: "Wahai sekalian umat manusia! Sesiapa yang taat kepada Allah, dia wajib ditaati dan sesiapa yang tidak taat kepada Allah, dia tidak wajib ditaati oleh sesiapapun. Wahai sekalian umat manusia! Taatlah kamu kepada aku selagi aku taat kepada Allah di dalam memimpin kamu dan sekiranya aku tidak taat kepada Allah, janganlah sesiapa mentaati aku". Setelah itu beliau turun dari mimbar. Dalam satu peristiwa Khalifah Umar bin Abdul Aziz, sewaktu sedang bekerja di rumahnya dia didatangi puteranya untuk membincangkan sesuatu hal yang berhubung dengan urusan keluarga. Khalifah Umar lantas memadamkan lampu yang terletak di meja yang menerangi bilik kerjanya itu. Puteranya hairan melihat sikap ayahnya itu lalu bertanya: "Kenapa ayah padamkan lampu itu?". Jawab Umar: Lampu yang digunakan adalah untuk bekerja dan ini kepunyaan kerajaan. Minyak yang digunakan itu dibeli dengan menggunakan wang kerajaan, sedang perkara yang hendak anakanda perbincangkan dengan ayahanda adalah perkara keluarga." Lantas baginda meminta pembantunya membawa lampu dari bilik dalam. "Sekarang lampu yang baru kita nyalakan ini adalah kepunyaan keluarga kita, minyak pun kita beli dengan wang kita sendiri." Demikianlah besarnya sifat amanah dari seorang pemimpin berkaliber yang berjiwa besar. Satu lagi peristiwa lain pula, Khalifah Umar pulang ke rumah kemudian beliau masuk ke tempat tidurnya. Sebelum sempat beliau membaringkan badan, tiba-tiba anaknya Abdul Malik masuk berjumpa dengan beliau. Pada masa tersebut anak beliau berumur 17, kemudian anak beliau berkata: "Apakah yang kamu ingin lakukan wahai Amirul Mukminin?" Lalu Umar menjawab: "Anakku! Aku ingin menghilangkan kepenatan seketika kerana aku terasa terlalu letih." Selepas itu Abdul Malik berkata: "Kamu ingin menghilangkan kepenatan sebelum kamu mengembalikan barang-barang yang diambil secara zalim kepada pemilik asalnya, wahai Amirul Mukminin?" Lantas Umar menjawab: "Anakku! Kelmarin aku telah berjaga malam untuk menyelesaikan permasalahan yang berkaitan dengan bapa saudara kamu, Sulaiman, nanti apabila tiba waktu Zuhur, aku akan mendirikan sembahyang

bersama-sama dengan orang ramai dan Insya Allah aku akan mengembalikan barang-barang yang diambil secara zalim kepada pemilik asalnya." Seterusnya Abdul Malik berkata lagi: "Siapakah yang dapat menjamin bahawa kamu akan terus hidup sehingga ke waktu Zuhur, wahai Amirul Mukminin?" Mendengar kata-kata tersebut Umar terus bangkit lalu beliau cium dan peluk anaknya kemudian beliau berkata: "Segala puji bagi Allah yang telah melahirkan seorang anak dari tulang salbi aku yang boleh membantu aku di dalam perkara agama aku." Setelah itu beliau memerintahkan supaya memanggil orang ramai dengan berkata: "Sesiapa yang barang-barang mereka pernah diambil secara zalim, sila laporkan." Kemudian Umar mengembalikan barang-barang yang diambil secara zalim kepada pemilik asalnya"

Pemimpin Yang Adil


Artist: Hijjaz Album: Damai Pemimpin yang adil sangat dikehendaki Memakmurkan umat dunia dan akhirat Tiada keadilan negara huru-hara Pemimpin membela nasib rakyatnya Pemimpin yang adil sifatnya amanah Mampu rasa resah susah rakyat-rakyatnya Keadilannya tanpa pilih kasih pada siapa Kepentingan rakyat lebih utama Didengari rintihan dari rakyat-rakyatnya Kasih sayang terserlah di wajahnya Sombong dan takbur tidak ada pada dirinya Rakyat hormat bukan takut padanya Pemimpin yang adil mengutamakan amanah Wang rakyat dan negara tidak disalah guna Rasuah dan kemungkaran sangat dijauhinya Rakyat diseru mentaati Allah Terdapat pemimpin di dunia kini Seringkali mencetus huru-hara Demi melindungi kepentingan dirinya Rela membiar rakyatnya derita

Pemimpin yang adil mengutamakan rakyatnya Melepaskan mereka dari sengsara Akhlak yang mulia pakaian dirinya Rakyat taat dan sayang padanya Tuhan, kurniakanlah pemimpin yang sejati Tuhan, kurniakanlah pemimpin yang begini Ya Allah, kurniakan kami pemimpin yang melaksanakan seluruh perintahMu. Pemimpin yang menegakkan syariatMu. Pemimpin yang mengamal Sunnah RasulMu. Pemimpin yang amanah dalam tanggungjawab yang diberikan oleh rakyatnya. Pemimpin yang menjadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai rujukan utama. Ya Allah. Bantulah kami dalam perjuangan ini. Permudahkan urusan kami. Amin..

Anda mungkin juga menyukai