Anda di halaman 1dari 24

1.

PENGENALAN

Aspek pengurusan adalah satu perkara yang tidak dapat dipisahkan dari manusia dalam dunia yang serba moden ini. Ini bermakna pengurusan adalah satu proses sosial selaras dengan perkembangan manusia dan komuniti di sekitarnya. Dalam hal ini pengurusan dikaitkan dari pengurusan sebuah keluarga, komuniti atau organisasi hinggalah kepada pengurusan sebuah negara. Pengurusan sering dikaitkan dengan pentadbiran dan apabila memperkatakan tentang konsep pengurusan pasti mencakupi tiga elemen utama iaitu pengurus, organisasi dan tatacara atau garis panduan pengurusan. Ketiga-tiga elemen ini bergantung antara satu sama lain dan mempunyai hubungkait yang seimbang. Pengurusan dikendalikan oleh pengurus yang adakalanya bertindak sebagai master-mind dan pada satu keadaan yang lain pengurus juga bertindak sebagai pelaksana.

Sebagai master-mind, pengurus bertindak memimpin kelompok subordinat yang bertindak menterjemah segala visi, misi dan objektif dalam bentuk pelaksanaan yang akan dijalankan mengikut jadual perancangan yang digariskan. Sehubungan itu, usaha untuk mengarah dan memantau perkembangan proses perlaksanaan dikendalikan oleh pengurus dengan pendekatan yang subjektif berdasarkan gaya kepimpinan dan kemampuan memanipulasikan kebolehan berkomunikasi yang unik dan tersendiri.

Sebagai pelaksana pula, pengurus bertindak membimbing dan pada masa yang sama bergerak seiring bersama subordinat untuk melaksanakan visi, misi dan objektif yang telah ditetapkan.Sama ada sebagai master-mind mahupun pelaksana pengurus harus bertindak berdasarkan tatacara dan garis panduan yang ditetapkan. Garis panduan atau tatacara berkenaan sama ada berasaskan contoh dan garis panduan dari organisasi lain, mahupun idea pengurus itu sendiri, ataupun ia digubal dengan persetujuan kolektif antara pengurus dan subordinat.

Selain itu, pengurus biasanya mempunyai kuasa bagi membolehkannya melaksanakan tanggungjawabnya mengemudi organisasi di samping menjalankan fungsinya mengetuai subordinatnya. Kuasa diperolehi sama ada sumber perundangan sepertimana yang ditetapkan oleh perlembagaan yang digubal semasa organisasi ditubuhkan atau kuasa diberikan dengan persetujuan kolektif semua ahli dalam organisasi tersebut. Kuasa yang ada pada pengurus secara idealnya dibayangi oleh etika yang sekiranya dikendalikan dengan

baik dan menghormati the spirit of ethic akan menjadikan pengurus dilihat mengemudi organisasinya dengan adil, penuh hormat dan berwibawa.

2.1

DEFINISI DAN KONSEP PENGURUSAN

Konsep-konsep pengurusan sebenarnya telah bermula sejak zaman purba lagi seperti zaman Mesir kuno, Zaman Jahiliyyah dan sebagainya. Secara umumnya, konsep pengurusan yang menjadi amalan organisasi pada masa kini boleh kita bahagikan kepada tiga kategori iaitu : a. Konsep Pengurusan Islam b. Konsep Pengurusan Barat c. Konsep Pengurusan Jepun 2.1.1 Konsep Pengurusan Islam Sebagaimana yang kita maklum, sistem pengurusan Islam adalah lengkap dan sistematik di mana ia berpandukan kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Prinsip pengurusannya jelas, penyusunan dan perancangan pengurusan yang teratur, pengawasan yang meyeluruh dan terperinci, dan motivasi yang mempunyai asas yang kukuh untuk mendapat keredhaan Allah SWT dan tidak semata-mata kebendaan dan keduniaan sahaja Definisi Pengurusan Islam Di dalam pengurusan Islam , terdapat beberapa sarjana-sarjana Islam telah mengutarakan definisi pengurusan. Di antaranya : a) Ahmad Ibrahim Abu Sin Pengurusan sebagai satu kajian ilmiah terhadap bakat dan kebolehan serta kemahiran kelompok seseorang menjadi pengurus. b) Profesor Syed Othman Alhabshi Pengurusan merupakan suatu proses mendapat dan mencantumkan sumber-sumber kewangan, modal, tenaga manusia dan sebagainya untuk mencapai matlamat organisasi sama ada dalam bentuk barangan atau perkhidmatan. c) Muhammad A. Al-Buraey

Pengurusan merupakan penyelarasan tenaga manusia untuk mencapai matlamat sebagai makhluk sosial yang perlu berinteraksi antara satu sama lain. Konsep Pengurusan Barat Pengurusan Barat lahir kerana wujudnya falsafah ekonomi rasional yang mana ia bergantung kepada kemampuan akal semata-mata. Di mana penekanan ia menjurus ke arah memaksimumkan produktiviti, kualiti dan keuntungan. Bagi menjelaskannya, kita akan meninjau pengurusan Barat dari aspek definisi, Sistem dan ciri-ciri nya. 2.1.2 Definisi Pengurusan Barat Di antara definisi-definisi pengurusan yang dihuraikan oleh sarjana-sarjana Barat ialah: a) Hilgert dan Leonard Pengurusan merupakan suatu proses di mana kerja-kerja dapat dilaksanakan dengan mengembeling sumber manusia serta membimbing dan memberi motivasi kepada usahausaha mereka ke arah pencapaian objektif organisasi. b) Boone dan Kurtz Pengurusan ialah usaha-usaha pencapaian objektif organisasi melalui sumber manusia dan sumber teknikal dengan cara yang paling efektif.

c) Gitman dan McDaniel Pengurusan sebagai suatu proses mengkoordinasikan sumber manusia dengan sumbersumber lain dalam sesebuah organisasi bagi mencapai tujuan dan matlamat organisasi tersebut. d) Wagner dan Hollenback Pengurusan ialah suatu proses perancangan, pelaksanaan, pengarahan dan kawalan perlakuan organisasi

2.2.3 Konsep Pengurusan Jepun Falsafah pengurusan Jepun adalah lebih mirip kepada golongan petani yang lebih mementingkan kerjasama, kerja berpasukan, saling bergantung, bekerja kuat, bergantung

kepada musim, bertapak di sesuatu tempat, memerlukan perancangan rapi, suka meniru dan membaiki ciptaan orang lain. Falsafah pengurusan Jepun di atas adalah untuk mencapai kemajuan korporat yang abadi dan menjamin keamanan negara, masyarakat Jepun dan dunia. Konsep pengurusan Jepun mempunyai tiga ciri utama iaitu :a) Pengurusan berorientasikan manusia (people oriented management ) iaitu pekerjaan adalah untuk seumur hidup pekerja di mana ganjaran dan penghargaan diberikan kepada mereka yang paling lama berkhidmat. b) Keharmonian, penyesuaian dan membuat keputusan di mana pihak pengurusan mengutamakan keharmonian dengan pekerja dan sentaisa meningkatkan kerjasama. Semangat pekerja sentiasa tinggi kerana mereka terlibat dalam membuat keputusan. c) Sikap terhadap pekerja yang mengutamakan dedikasi, kualiti, displin, inovatif, ketaatan dan etika.

Mahir bererti terlatih untuk mengerjakan sesuatu manakala Kemahiran membawa makna kecekapan atau kepandaian. Pengurusan yang diambil daripada perkataan urus bermakna menjaga supaya rapi, mengatur, mengemaskan atau menyususn (kamus Dewan, 2005). Secara umumnya pengurusan boleh ditakrifkan sebagai satu seni bagi melaksanakan proses kerja yang terancang melalui dan dilaksanakan secara bersistematik, teratur dan mempunyai garis panduan tertentu.

Kata kerja mengurus (management) pula berasal dari bahasa Itali maneggiare iaitu menangani dan kata nama ini diterbitkan daripada perkataan Latin manus (tangan). Perkataan bahasa Perancis mesnagement telah banyak mempengaruhi perkembangan maksud perkataan Bahasa Inggeris

management

pada

abad-abad

ke

17

dan

18.Sehubungan itu, merujuk kepada Ensiklopedia Bebas Wikipedia, pengurusan terdiri

daripada pengarahan dan pengawalan sebuah kumpulan yang terdiri daripada satu atau lebih orang atau entiti untuk tujuan menyelaraskan dan mengharmonikan kumpulan tersebut untuk mencapai sesuatu matlamat. Ia seringnya merangkumi sumber sumber

manusia, kewangan, teknologi serta juga sumber semula jadi. Pengurusan juga boleh merujuk kepada seorang atau sekumpulan orang yang menjalankan fungsi pengurusan.
Mary Parker Follet (1868 -1933) menyatakan bahawa pengurusan adalah sebagai seni

untuk

mencapai

sesuatu

melalui

orang

lain.Free-Content

Encyclopedia

Wikipedia

menyatakan pengurusan boleh ditakrifkan berdasarkan fungsinya sebagai tindakan untuk

mengukur sesuatu kuantiti pada tempoh-tempoh yang tetap dan berdasarkan kepentingan, mengubahsuai rancangan asal ataupun tindakan untuk mencapai maklumat yang dirancang.

Selain itu, James A.F Stoner & Charles Wienkel menyatakan bahawa pengurusan adalah

proses merancang, mengorganisasi , memimpin dan mengawal daya usaha anggota organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain dalam organisasi bagi mencapai matlamat organisasi yang ditetapkan.Wan Azmi Ramli merumuskan pengurusan adalah aktiviti
perancangan dan pergerakan atau panduan oleh sesuatu perusahaan atau organisasi berhubung dengan segala kaedah-kaedah, peraturan-peraturannya, juga tanggungjawab dan tugas-tugas kakitangannya itu.

Menurut Edward (1996), Pengurus adalah orang yang melaksanakan tugas melalui orang lain. Dengan definisinya pengurus sebagai orang yang tahu apa yang dkehendaki dan tahu penyebab yang membolehkan itu ia berlaku, pengurus pengurus turut juga adalah untuk orang yang bertanggungjawab mengawal sumber dan memastikan kegunaannya untuk kebaikan subordinatnya. Selain seorang berfungsi meningkatkan keberkesanan kerja yang sudah dilaksanakan dan mencari cara bagi pembaikan secara berterusan selain bertanggungjawab pada prestasi unit yang diuruskan serta mewujudkan suasana yang sesuai yang membolehkan individu melaksanakan tugas dengan cemerlang Oleh itu, pengurusan adalah kerja yang dilakukan bagi mencapai objektif melalui individu. Ia bermaksud pengurus bertanggungjawab ke atas kerja orang lain. Bush dan West- Burnham (1994) mendefinisikan prinsip pengurusan dengan meliputi aktiviti merancang, mengambil sumber, mengawal, menyusun, memimpin dan menilai. Secara ringkasnya ia melibatkanKepimpinan yang merangkumi nilai, visi dan misi. Dari aspek pengurusan ia mencakupi aspekmerancang, mengorganisasi, melaksanakan dan mengatur kedudukan manakala dalam aspek Pentadbiran ia melibatkanperincian operasi.

3.1SEJARAH AWAL PENGURUSAN

3.2Robert Owen ( 1771-1858) Pada awal tahun 1800an sebagai pengurus Fabrik Pemintalan Kapas di New Lanaark, Skotlandia, Robert Owen mencurahkan perhatiannya pada penggunaan faktor produk mesin dan faktor produk tenaga kerja. Hasil daripada pengamatan dapat disimpulkan bahawa, apabila mesin diberi penyelenggaraan yang baik akan memberi keuntungan kepada perusahaan, begitu juga kepada tenaga kerja, apabila tenaga kerja dipelihara dan dijaga seperti sentiasa memberi perhatian terhadap kebajikan pekerja oleh pemimpin perusahaan akan memberi keuntungan terhadap perusahaan. Seterusnya dikatakan bahawa kuantiti dan kualiti hasil pekerjaan dipengaruhi oleh situasi ekstrem dari pekerjaan. Hasil penelitiannya, Robert Owen dikenali sebagai Tunjang Pengurusan Personaliti.

3.3Charles Babbage (1792-1871) Charles Babbage adalah seorang professor Matematik dari Inggeris yang menaruh perhatian dan minat pada bidang pengurusan. Perhatiannya pada operasi-operasi fabrik yang dapat dilakukan secara efesien. Dia percaya bahawa aplikasi prinsip-prinsip ilmiah pada proses kerja akan menaikkan produktiviti dari tenaga kerja dan menurunkan biaya kerana pekerjaan-pekerjaan dilakukan secara efektif dan efisen. Beliau menyarankan agar semua pengurus bertukar-tukar pengalaman dan dalam penerapan prinsip-prnsip pengurusan.

Perhatiannya di-arahkan dalam hal pengagihan kerja (devision of labour) yang mempunyai keunggulan iaitu: i. Waktu yang diperlukan untuk belajar daripada pengalaman-pengalaman yang baru ii. Berlaku pembaziran masa bila seseorang berpindah dari satu pekerjaan ke pekerjaan yang lain dan pekerja tersebut terpaksa pula menyesuaikan diri dengan situasi baru sehingga menghambat kemajuan dan ketrampilan pekerja untuk itu diperlukan khususnya dalam pekerjaannya. iii. Kecekapan dan keahlian pekerja kerana seorang pekerja bekerja secara terus menerus dalam tugasnya. iv. Terdapat tumpuan yang lebih terhadap pekerjaan dengan adanya pengkhususan kerja.

Secara umumnya sejarah pengurusan bermula seiring dengan perkembangan manusia dari sebuah keluarga yang besar dan membentuk sebuah perkampungan dan komuniti yang melibatkan pengurusan kawasan setempat dan akhirnya pembentukan dan pengurusan sebuah negara bangsa.Mana-mana tamadun yang wujud di dunia pasti dikaitkan dengan sistem pentadbiran dan kaedah pemerintahan yang membolehkan ketua negara dan dinastinya meneruskan kesinambungan sebuah tamadun hingga ke saat akhirnya. Dengan adanya sistem pengurusan mereka mampu menguruskan perbendaharaan serta mengawal hasil mahsul negara, mengekalkan keadilan dengan pengurusan sistem dan badan kehakiman dan pengurusan ke atas upacara keagamaan atau adat istiadat rasmi di istana.

Seawal 8000 SM para paderi dari Ur telah menyimpan rekod aktiviti perniagaan, rekod lain dan peraturan pengurusan di atas kepingan tanah liat yang dibakar. Tamadun Sumeria mempunyai sistem demokrasi yang amat tersusun berdasarkan teks-teks yang ditemui di Telloh (Lagash) dab Fara (Shurappak). Sumber tenaga kerja didaftarkan dan kemudian dibahagi-bahagikan dalam pelbagai badan awam. (Sivachandralingam & Ayadurai)

Raja Hammurabi dari Babylon pula memperkenalkan kod Hammurabbi yang mengandungi 285 undang-undang yang turut merangkumi perkara-perkara yang berkaitan dengan peraturan pengurusan, perdagangan dan kewangan.Di Mesir, dinasti yang memerintah kerajaan Mesir Tua dengan diketuai oleh Firaun dan pembesar-pembesarnya menyimpan rekod pengurusan pembinaan pyramid, sphinx dan pelbagai kompleks makam mereka di atas daun papyrus yang telah diproses. Pembinaan piramid setinggi 20 hingga 25 tingkat dengan 2.5 juta blok batu ini memerlukan sistem pengurusan yang cekap dan sistematik untuk menguruskan kira-kira 100 000 orang pekerja setiap masa.

Sistem pengurusan Negara kota dalam Tamadun Yunani pula mempamerkan sistem pentadbiran Negara yang tersusun. Plato mengutarakan pendapatnya dalam bukunya Law, bahawa setiap kota secara idealnya mempunyai 5040 orang. Athens yang merupakan salah satu negara kota Yunani yang terkenal ditadbir berdasarkan sistem ala republik. Pemerintahan Athens dikendalikan oleh 3 buah institusi iaitu Dewan Perhimpunan, Majlis, Majistret & Juri. (Sivachandralingam & Ayadurai)

Maharaja Diolectian dari Rom (248M) telah menyusun semula pentadbiran Rom bagi membolehkannya mengawal keseluruhan empayar Rom yang luas dan terbentang dari Asia Barat hingga ke Eropah. Melalui kaedah pengurusannya, beliau membahagi-bahagikan empayarnya kepada beberapa daerah dan diketuai oleh seorang gabenor. Gabenor ini diberikan kuasa pemerintahan yang melibatkan hal-ehwal awam kecuali kuasa ketenteraan dan model Diolectian ini mirip sistem organisasi dan kerajaan berpusat. (Jaafar, Mohd Hizam & Zafir).

4.1TOKOH-TOKOH DALAM BIDANG PENGURUSAN Tokoh-tokoh awal yang menyumbang idea tentang pengurusan dengan mengutarakan pendapat yang menyatakan bahawa menjadi satu perkara yang umum bagi mana-mana pemimpin pada zaman itu memimpin organisasi mereka secara autokratik. Misalnya Adam Smith dalam bukunya The Wealth of Nation (1776) memberikan sumbangan dan pandangannya terhadap konsep pengurusan ekonomi dan sains politik. Charles Babbage memperkenalkan prinsip pembahagian dan pengkhususan kerja melalui pengeluaran produk melalui jabatan-jabatan yang dikhususkan dengan fungsi tertentu dan mengutarakan idea penubuhan line of production dengan penetapan fungsi kerja yang rutin.

Para pengkaji bidang pengurusan pasti biasa dengan seorang tokoh bernama Frederick Taylor yang digelar bapa pengurusan saintifik. Antara karya Frederick Taylor mengenai pengurusan yang terkenal adalah

Shop

Management

(1912),

Principles

of

ScientificManagement dan pernah membentangkan testimoninya di hadapan Jawatankuasa


Dewan Khas pada tahun 1912 (Harold Koontz & Heinz Weirich). Frederick Taylor memperkenalkan sistem ganjaran bagi pekerja yang telah memenuhi piawaian yang telah ditetapkan oleh organisasi masing-masing. Melalui konsep pengurusan yang diperkenalkan oleh Frederick Taylor, pekerja yang tidak memenuhi piawaian dan sasaran yang ditetapkan akan disingkirkan dari sistem kitaran kerja setelah berada dibawah pengawalan dalam jangka masa tertentu . Frederick Taylor turut memperkenalkan sistem waktu rehat berjadual bagi membantu mengurangkan kepenatan bekerja.

Henry Gantt pula membuat kajian ke atas teori yang diperkenalkan oleh Frederick Taylor dan mendapati teori ini kurang memberikan penekanan terhadap aspek kemanusiaan. Henry Gantt yang terkenal dengan sistem Carta Gantt memberikan penekanan terhadap perincian dalam jadual tugasan dan amat relevan hingga kini bagi membolehkan pengurusan menetapkan sasaran dan tarikh akhir (date-line) bagi setaip tugasan. Henry Gantt turut memperkenalkan sistem bonus bagi pekerja yang melepasi sasaran tugasan yang ditetapkan secara harian. Beliau turut menekankan kepentingan latihan dala memahirkan kakitangan dalam menjalankan tugas.

Frank dan Lillian Gilbreths pula banyak memberikan sumbangan dalam kajian tentang gerakan pengurusan saintifik. Melalui buku tulisan mereka bertajuk The Psychology of Management (1912), Lilian telah memberikan penekanan tentang aspek kebajikan pekerja secara individu selain hasil hipotesis atas kajiannya tentang kelesuan dan gerakan kerja. Frank memberikan tumpuan ke atas kajian yang menjurus kepada teknikl yang sesuai untuk meningkatkan produktiviti dan mengurangkan kelesuan dikalangan pekerja akibat tekanan dan tempat kerja yang tidak kondusif.

Henry Fayol dianggap sebagai pemikir Teori Pengurusan Moden dan antara karya beliau yang terkenal adalah Administration Industrielle et Generale (1916). Beliau memberikan penekanan kepada fungsi organisasi. Menurutnya fungsi organinasi ini haruslah mantap dan berkemampuan untuk menggerakkan organisasi untuk mencapai objektif yang ditekankan. Henry Fayol memperkenalkan 14 prinsip pengurusan yang wujud dalam sesebuah organisasi iaitu autoriti dan kewibawaan, displin, penyelarasan arahan, seorang ketua bagi satu organisasi, mementingkan kehendak masyarakat daripada kehendak individu, ganjaran berbentuk gaji, pemusatan kerja atau kuasa, hierarki,kebolehan sesuai dengan tugas, persamaan dan kestabilan kerja.

5.1 PERANAN UTAMA PENGURUS Pengurus adalah individu yang terlibat dalam mengurus perancangan, mengorganisasi, memimpin & mengawal semua aktiviti organisasi supaya segala matlamat yang ditetapkan dicapai. Antara tanggunjawab pengurus ialah : 1. Menyelaras & mengawasi proses kerja dan mengembeling tenaga kerja dibawah

seliaannya 2. Menggunakan segala sumber yang ada dengan cekap & berkesan 3. Menetapkan keutamaan projek/aktiviti 4. Mewujudkan dasar/perundangan/peraturan 5. Mengimplimentasikan strategi Mengikut Henry Minzberg (1973) terdapat tiga peranan utama pengurus yang saling melengkapi di antara satu dengan lain. Ketiga-tiga peranan yang dimaksudkan adalah:

5.1.1 Peranan Interpersonal Peranan ini melibatkan membangunkan, mengekalkan dan memastikan hubungan rapat di kalangan anggota dalam organisasi. Peranan interpersonal termasuklah: i. Simbol status- sebagai lambang kepada organisasi pengurus berperanan sebagi ketua simbol, tonggak, status, melaksanakan tugas rutin selaras dengan kehendak undang-undag dan keperluan sosial. Sebagai contoh, dalam organisasi sekolah, pengurus akan menyampaikan ucapan dalam majlis tertentu, melayani pelanggan dan menandatangani dokumen perundangan. ii. Pemimpin- Pengurus bertanggungjawab untuk memotivasi, membimbing, mengarah, menyediakan ganjaran dan mendisiplinkan pekerja. iii. Penghubung- menghubungi pihak luar untuk memperoleh maklumat dan berperanan untuk mengukuhkan jaringan organisasi dengan pelbagai pihak yang berkepentingan. Sebagai contoh dalam organisasi sekolah, mengadakan perbincangan mengenai sesuatu program antara sekolah dengan pihak Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) atau program keselamatan pelajar antara sekolah dengan pihak jabatan polis.

5.1.2 Peranan sebagai Penyampai Maklumat Antara tugas penyampai maklumat yang perlu dilakukan oleh pengurus adalah sebagai pemantau yang melibatkan penapisan penghantaran dan penerimaan maklumat sama ada dari luar dalam organisasi. Menghadiri konferen dan memastikan dasar-dasar kerajaan dapat di laksanakan dengan betul.

Pengurus

juga

berfungsi

sebagai

penyebaruntuk

menyampaikan

maklumat

yang diterima dari luardan dalam kepada ahli dalaman organisasi. Sebagai contoh dalam organisasi sekolah pengetua akan menyampaikan maklumat-maklumat yang didapati daripada seminar atau mesyuarat. Kemampuan menyebarkan maklumat terkini membolehkan sesebuah oraganisasi sentiasa kehadapan. Pada masa yang sama pengurus juga turut berperanan sebagai jurucakap yang melibatkan penyampaian maklumat kepada pihak luar bagi pihak organisasi berkaitan dengan perancangan, polisi, tindakan dan hasil. Sebagai pengurus, ia bertindak sebagai pakar dalam sesebuah organisasi yang diwakili sekaligus sebagai orang tengah yang memberikan maklumat kepada pihak yang memerlukan.

5.1.3 Peranan membuat keputusan Seseorang pengurus perlu berani, bersedia untuk membuat keputusan dan

bertanggungjawab terhadap keputusan yang telah dibuat. Pada masa yang sama mereka mesti bersedia menghadapi risiko akibat daripada keputusan yang telah dibuat. Walau bagaimanapun, setiap keputusan dibuat secara kalkulatif kerana setiap keputusan yang diambil melibatkan kos kewangan dan kos sosial. Antara peranan mereka berkaitan dengan membuat keputusan ialah:

i. Usahawan Antara peranan sebagai usahawan ialah mengenalpasti peluang yang boleh meningkatkan prestasi organisasi. Peranan pengurus termasuklah mencadangkan produk atau perkhidmatan baru yang akan memenuhi kehendak semasa pelanggan. Dalam konteks organisasi sekolah, pengurus harus tahu bagaimana memasarkan sekolah agar menjadi satu institusi yang digemari masyarakat.

ii. Penyelesai masalah Peranan sebagai penyelesai masalah melibatkan usaha-usaha yang diambil oleh pengurus untuk merapatkan jurang perbezaan yang terdapat sama ada di antara ahli, kumpulan atau jabatan dalam organisasi dan juga masalah yang timbul semasa berhubungan dengan

organisasi lain. Pengurus yang berpengalaman akan cuba menyelesaikan masalah secara bersendirian. Pengurus juga boleh melibatkan sumbangan idea daripada pekerja untuk berkongsi masalah dengan pekerja. Di samping itu, pengurus juga bertindak sebagai penyelesai masalah konflik yang berlaku di kalangan pekerja, konflik antara organisasi dengan masyarakat.

iii. Pengagihan sumber Pengurus berperanan unutk mengagihkan sumber tenaga, kewangan dan fizikal kepada individu, kumpulan dan jabatan. Mereka akan membuat jumlah yang layak diterima oleh setiap pihak. Misalnya dalam pengagihan sumber kewangan dalam organisasi sekolah, pengurus perlu mengikut arahan yang telah ditetapkan dan bukannya sewenang-wenang membuat keputusan sendiri. Ini dapat mengelakkan pekerja dapat menjalankan aktiviti yang sepatutnya mengikut sumber yang wajar.

iv. Perunding Pengurus juga sebagai perunding antara pihak organisasi dengan pihak luar. Mereka akan mengadakan perbincangan mengenai hal-hal yang perlu agar dapat mencapai kata sepakat. 5.2 Tahap-Tahap Pengurusan 1. Pengurusan Atasan Perancangan jangkapanjang, membuat dasar & analisa persekitaran & luaran (Pengurusan Strategik) 2. Pengurusan Pertengahan Penyelarasan & pengawalan kerja di peringkat bahagian/unit bagi mencapai matlamat di atas. 3. Pengurusan Bawahan Mengawasi kerja/operasi harian di unit masingmasingyang telah ditetapkan oleh pengurusan pertengahan (perancangan operasi)

5.5 Peranan Pengurus Dalam Pembangunan Teknologi Yang Berkesan

Seiring dengan peredaran masa yang terus berkembang dengan kecanggihan teknologi pada masa kini, maka tidak dinafikan pengurusan pada masa kini lebih mejurus kepada penggunaan teknologi dalam pengurusan yang melibatkan hampir kesemua bidang. Justeru, pengurus yang cekap seharusnya boleh memainkan peranan yang sewajarnya untuk memastikan organisasi pimpinannya bergerak bersama dengan perkembangan teknologi.Berikut merupakan antara peranan-peranan pengurus dalam membangunkan organisasi bersama teknologi dengan berkesan. i. Memahami Hubungan Antara Kegunaan Informasi dan Teknologi Dengan Pembentukan Kerja Aspek ini berkait rapat dengan cara pemprosesan data dan jaringan komunikasi. Pengurus seharusnya tahu menggunakan audio, video dan persidangan komputer serta memahami dan tahu menggunakan teknik-teknik terkini dalam aplikasi komputer. Selain itu, pengurus juga perlu mengikuti perkembangan teknologi maklumat yang berlaku dengan pantas dan memhami kesannya kepada pembentukan kerja dalam organisasi.

ii. Membangunkan Kemahiran Dalam Teknologi Perkomputeran dan Komunikasi Melalui Jaringan. Pengurus perlu bijak dalam menggunakan teknik-teknik dan teknologi teknologi baru dalam membangunkan organisasi. Perkara ini diperlukan untuk mengukuhkan dan mengekalkan aliran maklumat dan informasi melalui operasi secara maya seperti penggunaan e-mail, persidangan elektronik dan sebagainya. Kepakaran ini akan membantu pengurus dalam mereka bentuk operasi, mengukur prestasi kerja dan mewujudkan organisasi yang beroperasi secara maya sekaligus melibatkan bimbingan dan latihan kepada pekerja yang terlibat dengan kerja maya.

iii. Peka Terhadap Perubahan Untuk Menggantikan Proses Kerja Manual Kepada Organisasi Berteknologi Tinggi Secara amnya, teknologi telah menyediakan reka bentuk kerja yang lebih lengkap dan terperinci. Justeru, pengurus perlu menggunakan teknologi elektronik lebih daripada proses

kerja manual kerana dengan teknologi ia akan mempercepatkan lagi urusan pemprosesan data dan ini secara tidak langsung membolehkan organsasi bertindak dengan lebih efisien.

iv. Memastikan dan Menggalakkan Inovasi Yang Kreatif Sebagai seorang pengurus yang cekap, ia perlu mengeluarkan idea-idea yang kreatif dan berinovasi untuk menjayakan organisasinya. Sebagai contoh menggunakan operasi maya dalam perhubungan antara ahli dalam organisasi.

Secara dalam

ringkasnya, Oleh

teknologi

memainkan dalam

peranan teknologi

yang akan

penting

dalam

pembentukan kerja dan teknologi juga berperanan menyokong aktiviti dan proses kerja organisasi. kerana perubahan mempengaruhi pembentukan kerja maka pengurus seharusnya mengambil kira perubahan tersebut kepada pekerja yang terlibat dalam pembangunan teknologi dengan memastikan terdapatnya keserasian dan keharmonian antara pekerja dengan teknologi yang diperkenalkan, sebagai contoh tekanan yang mungkin dihadapi oleh pekerja kesan daripada pengenalan dan penggunaan teknologi.

6.0 FUNGSI-FUNGSI PENGURUSAN Jika kita perhatikan, pengurusan dilihat sebagai satu proses yang melibatkan fungsi keempat-empat elemen tersebut. Fungsi-fungsi elemen inilah yang menentukan berjaya atau tidak sesuatu organisasi ke arah mencapai matlamat organisasi. 6.1KEMAHIRAN MENGURUS Cabaran pengurusan kini kerap memerlukan pengurus menghasilkan lebih dengan sumber yang semakin mengurang. Semua orang mempunyai pengetahuan yang sama tetapi mungkin berbeza keupayaan dari segi kemahiran. Mempunyai kemahiran yang tinggi dapat memberikan kesan yang lebih produktif, bukan sahaja kemahiran tertumpu kepada kemahiran pengurusan sumber tetapi seluruh organisasi tersebut.

Dalam perbincangan ini, fokus utama yang dibincangkan ialah Kemahiran Mengurus iaitu bagaimana sesorang pengurus mahir mengendalikan sesuatu organisasi dengan cekap dan

berkesan. Sesuatu organisasi yang berprestasi tinggi semestinya mempunyai tunjang pengurus yang mahir. Kemahiran mengurus membolehkan pekerja lebih kompetitif, berpuashati, bersedia untuk meningkatkan pengeluaran dan keuntungan, membuktikan komitmen yang tinggi serta lebih bersedia untuk menyumbangkan melangkaui sasaran, spesifikasi dan deskripsi tugas yang telah ditetapkan.

Kemahiran mengurus juga meliputi kesedaran pengurus menyedari serta memahami potensi dan kekuatan sedia ada pekerja yang boleh digunakan sepenuhnya untuk kebaikan organisasi. Selain itu, kemahiran mengurus juga termasuklah mampu mengurus dan membangunkan pekerja supaya prestasi pekerja terus kekal dan meningkat. Kemahiran mengurus juga merujuk, bagaimana pengurus boleh memastikan setiap sumbangan pekerja dari segi kualiti,keberkesanan kos, ketepatan masa dan produktiviti mampu meningkatkan penambahan nilai kepada setiap aktiviti kos, ketepatan masa dan produktiviti mampu memberikan penambahan nilai kepada setiap aktiviti, proses, dan produk yang dikeluarkan oleh pekerja.

Oleh itu, kemahiran mengurus merupakan penggerak dan pemangkin kepada pembangunan sesuatu organisasi. Untuk mengekalkan daya saing sesebuah organisasi tahap kemahiran dalam pengurusan seharusnya sentiasa pada tahap yang tinggi.Jelas sekali kemahirankemahiran yang pelbagai amat diperlukan oleh seseorang pengurus terutamanya pengurus yang mengawasi pekerja-pekerja yang terdiri daripada pelbagai budaya yang menganggotai sesebuah organisasi. Oleh yang demikian, setiap pengurus samada organisasi satu budaya atau pun organisasi pelbagai budaya perlulah mempunyai kemahiran-kemahiran sebagaimana yang akan dibincangkan. Penyelesaian yang cepat dan sistematik terhadap permasalahan yang timbul akibat kurangnya kemahiran yang dimiliki oleh seseorang pengurus sepatutnya dititikberatkan oleh pihak pengurusan atasan organisasi demi menjamin kemajuan, kejayaan yang cemerlang. Menjadi seorang pengurus, keperluan untuk menyiapkan diri dengan pelbagai kemahiran dan pengetahuan untuk menjamin kejayaan organisasi.

Terdapat pelbagai kaedah yang digunakan oleh pengurus dalam usaha melengkapkan kemahiran dalam pengurusan. Antara panduan yang digunakan ialah melihat kepada piramid kemahiran pengurusan (management skills pyramid). Merujuk kepada piramid pengurusan kemahiran jelas sekali mempamerkan langkah-langkah untuk mencapai kejayaan dalam mengurus organisasi.

Raj ah1 : Pira mid Ke ma hira n Pen gur usa n

Untuk mencapai kejayaan terdapat banyak kemahiran yang perlu dikuasai oleh pengurus. Ini disesuaikan dengan struktur piramid Kammy Hatnes yang mana menunjukkan pengurusan yang agak sukar dilakukan dalam setiap peringkat piramid. Piramid tersebut juga memaparkan bagaimana membina kemahiran pengurusan untuk membantu manusia mencapai kecemerlangan dalam mana-mana organisasi.

Peringkat pertama merupakan asas dalam piramid kemahiran pengurusan kemahiran. Setiap pengurus perlu menguasai bahagian ini yang terdiri daripada merancang, mengorganisasi atau mengurus, mengarah dan mengawal.Peringkat kedua adalah bahagian yang membina kemahiran yang perlu dikuasai oleh mana-mana pengurus dalam usaha meningkatkan organisasi khususnya dalam pembangunan staf. Setiap bahagian saling berkait rapat ke arah mencapai kejayaan. Bahagian ini terdiri daripada motivasi, latihan dan penglibatan pekerja

Seterusnya, apabila pengurus telah mahir dalam membangunkan kakitangannya, inilah masanya untuk memberikan tumpuan kepada peringkat ketiga seperti yang ditunjukkan dalam Piramid kemahiran Pengurusan. Pada peringkat ini pengurus berada dalam tahap kemahiran yang menjurus kepada pembangunan kendiri iaitu pengurusan diri dan pengurusan masa. Kedua-duanya diletakkan di tahap ini kerana kemahiran dalam kategori ini sangat penting untuk mengukuhkan kemahiran yang lain. Peringkat kemuncak dalam piramid ialah peringkat keempat, iaitu meletakkan Kepimpinan sebagai kemahiran pengurusan yang akan mengalihkan pengurus sebagai pemimpin. Salah satu daripada faktor kecemerlangan organisasi adalah bergantung kepada gaya kepimpinan yang diamalkan oleh pengurus.

MenurutRobbins (2001), terdapat empat fungsi utama pengurusan yang harus diamalkan dalam sesuatu organisasi iaitu merancang, mengorganisasi, mengarah dan mengawal. Berkaitan dengan fungsi pengurusan, di sini terletaknya kemahiran seseorang pengurus untuk menjadi pengurus yang cemerlang. Berikut dihuraikan gabungan kemahiran sesorang pengurus untuk memperoleh prestasi tinggi dalam organisasi.

6.2Merancang Merancang ialah satu proses yang berterusan dalam menentukan apa yang perlu dibuat pada masa hadapan iaitu matlamat organisasi dimana ia perlu membuat persediaan in advance laluan yang perlu diikuti. Ia melibatkan perkara-perkara kritikal seperti dasar organisasi, objektif prosidur dan polisi. Kepentingan merancang dalam organisasi ialah bagi mengenalpasti bagaimana organisasi mendapatkan dan menggunakan sumber. pengurusan dengan berkesan. Sekiranya ingin menjadikan sesebuah organisasi itu berkesan, pengurusan secara keseluruhan keseluruhan perlulah dirancang dengan teliti. Merancang adalah aspek yang leceh, berulang-ulang dan mengelirukan dalam kehidupan pengurusan (Blandford, 1997). Merancang juga membolehkan sesebuah organisasi mengenalpasti aktiviti-aktiviti yang perlu dilakukan dan mengawal aktiviti-aktiviti

Jesteru, merancang melibatkan pembentukan strategi untuk mencapai matlamat. Organisasi perlu menentukan cara yang paling sesuai bagi mencapai matlamat yang telah ditentukan. Oleh itu, perancangan bermula dengan merancang matlamat diikuti dengan perancangan operasional membuat belanjawan mengawal dan mengukur serta melaporkan, menganalisis maklum balas. Dalam erti kata lain, aktiviti merancang mendefinisikan bahawa apa yang ingin dicapai oleh organisasi dan bagaimana mencapai matlamat yang dirancang. Kemahiran merancang dengan berkesan meliputi kemampuan mentafsir dan menjelaskan objektif organisasi. Seterusnya menyusun dan pembahagian sumber untuk mencapai objektif. Sehubungan dengan itu,perancangan harus diperhalusi dengan mengambil kira situasi-situasi yang sentiasa berubah.

Dalam konteks pendidikan misalnya, guru yang mempunyai kemahiran merancang sebelum melaksanakan pengajaran akan berupaya memilih bahan-bahan pengajaran yang sesuai, memilih strategi dan kaedah mengajar serta dapat merancang aktiviti pengajaran yang menjamin keberkesanan pengajaran tersebut dan seterusnya meningkatkan mutu perkhidmatannya. Kemahiran merancang merupakan prasyarat untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran.Kejayaan setiap aktiviti menentukan objektif pelajaran, memilih isi pengajaran, memilih strategik dan kaedah pengajaran, merancang aktiviti pengajaran pembelajaran, merancang aktiviti pengajaran-pembelajaran, memilih dan menyediakan bahan-bahan pelajaran serta menyediakan dan menguruskan kemudahankemudahan untuk menjalankan aktiviti pembelajaran.

Penentuan objektif pelajaran haruslah berdasarkan kepada saranan pelajaran, pengetahuan sedia ada murid dan kebolehan merekaObjektif pelajaran ini biasanya disediakan berdasarkan prinsip bertingkah laku.Pemilihan isi pelajaran yang dipilih untuk disampaikan hendaklah boleh membantu murid-murid mencapai objektif pelajaran mereka.Pemilihan strategi dan kaedah mengajar pula berkait rapat dengan pencapaian objektif pelajaran.Aktiviti merancang pengajaran juga meliputi usaha memilih dan menyediakan bahan-bahan pelajaran untuk digunakan oleh guru atau murid-muridnya. Kerja merancang pengajaran pula meliputi pengurusan kemudahan-kemudahan dalam bilik darjahpengajaran efektif

Ciri-ciri kemahiran merancang dalam pengajaran ialah pengajaran efektif, isi pelajaran dalam mengajar telah disusun, rancangan mengajar meliputi penggunaan pelbagai alat bantu mengajar, pendekatan pengajaran berpusat , rancangan mengajar mempunyai langkah-langkah mengajar yang lengkap dan strategi dan kaedah mengajar yang berkesan Kemahiran merancang termasuklah merancang belanjawan yang terlibat dalam mencapai sesuatu objektif. Belanjawan dalam sesuatu organisasi perlu di urus sebaik mungkin untuk mengelakkan pembaziran berlaku. Seseorang pengurus dalam organisasi sekolah misalnya, perlu melantik ahli jawatan khas untuk membincangkan khusus mengenai belanjawan sekolah bagi keperluan untuk jangka masa tertentu. Perancangan yang rapi bermula dengan mengadakan mesyuarat kewangan dalam kalangan ahli jawatankuasa yang di lantik. Akhir sekali, setiap ahli yang terlibat akan menyediakan belanjawan untuk mendapatkan belanjawan keseluruhan.

1.Perancangan matlamat dan objektif asas

2.Perancangan operasional

Kajian semula atau perubahan matlamat dan

3. membuat belanjawan

Belanjawan sudah dikaji semula

4. Mengawal dan mengukur

5.Melaporkan analisis maklum balas

Rajah 2: proses perancangan dan kawalan peringkat organisasi sektor awam

tindakan

Perancangan operasi sudah dikaji semula

(sumber: Jones dan Pendlebury, 1996)

Proses merancang objektif jangka pendek dan jangka panjang haruslah mengambil take of value semasa sebagai dasar untuk membuat perhitungan objektif yang ingin dicapai. Sebagi contoh dalam organisasi sekolah, satu perancangan rapi dibuat dalam jangka masa tertentu sebagai satu usaha memperkasakan bidang pendidikan amnya. Dalam Perancangan Strategik tersebut, sekolah mengambil take of value keputusanatau pencapaian semasa pelajar atau sekolah diletakkan sebagai asas untuk menentukan objektif. Key Performance

Indicator jugadinyatakan dalam perancangan untuk menentukan hasil yang dikehendaki.


(contoh perancangan strategik dan pelan taktikal dalam lampiran i)

6.3 Pengorganisasian Pengorganisasian merupakan penentuan corak penstrukturan organisasi dan penentuan tugas setiap individu dalam usaha untuk mencapai matlamat organisasi yang telah ditetapkan. Dalam membuat pengorganisasian, pengurus perlu libatkan beberapa persoalan seperti : i) Apakah yang perlu dilakukan? ii) Siapakah yang layak melakukannya? ii)Bagaimanakah kerja-kerja perlu digabungkan? iv) Bagaimanakah hendak melakukanya? v) Siapakah yang patut melaporkan kepada siapa? vi) Di peringkat manakah keputusan perlu dilakukan? Elemen-elemen yang terlibat dalam menggerakkan organisasi dalam mencapai sesuatu matlamat ialah manusia, struktur, teknologi dan persekitaran. manusia

struktur

organisasi

teknologi

persekitaran

Rajah 3: (Elemen-Elemen Yang Menjadi Kunci Dalam Kelakuan Organisasi)

i) Manusia Manusia membentuk sistem dalaman sosial mereka sendiri bagi sesebuah organisasi. Mereka terdiri daripada individu-individu, sama ada kumpulan besar atau kumpulan kecil. Kumpulan ini boleh dibentuk secara formal ataupun tidak formal. Kumpulan-kumpulan ini adalah bersifat dinamik iaitu terdapat kumpulan baru dibentuk, kumpulan yang telah berubah juga yang telah dibubarkan. Perubahan organisasi sentiasa berubah mengikut arus zaman. Ini kerana manusia begitu kompleks. Kini manusia suka berfikir, beremosi, gigih dan berpandangan jauh bekerja dalam organisasi bagi mencapai matlamat yang ditetapkan. Jesteru, manusia merupakan asas dalam pembentukan organisasi.

ii) Struktur Struktur adalah merupakan formal di kalangan individu di dalam organisasi. Sesebuah organisasi mengagihkan tugas-tugas untuk menghasilkan aktiviti. Oleh itu, wujudlah hierarki kakitangan yang terdiri daripada pengurus, ketua bahagian dan juga pekerja bagi menyelaraskan kerja yang dilakukan. Dalam kalangan pekerja yang terdiri pelbagai tahap kadangkala akan menimbulkan masalah bagi mewujudkan kerjasama, rundingan dan arah bagi mempercepatkan aktiviti organisasi. Oleh itu pelbagai peraturan dan standard kerja dibentuk untuk memudahkan aktiviti berjalan dengan lancar.

iii)Teknologi Teknologi menyediakan sumber-sumber di mana manusia boleh melakukan tugas dengan lebih berkesan. Segala kemahiran, alatan dan kemudahan dalam proses kerja adalah teknologi yang berperanan penting dalam menjalankan aktiviti. Teknologi membolehkan manusia menjalankan tugas dengan lebih mudah dan menjimatkan masa. Selain daripada memudahkan kerja, teknologi turutmembantu dalam menjimatkan kos. iv)Persekitaran

Sifat organisasi adalah beroperasi bersama-sama dengan persekitaran luaran. Walaupun organisasi itu tunggal kerana setiap organisasi tidak wujud secara bersendirian. Ia adalah sebahagian daripada sistem makro yang melibatkan banyak lagi elemen seperti undangundang dan peraturan, keluarga, persaingan, persatuan dan sebagainya. Kesemua elemen tersebut saling mempengaruhi alam antara sama lain di dalam satu sistem yang kompleks yang boleh menggugat perjalanan organisasi ataupun manusia. Sebagai contoh, sebuah organisasi sekolah tidak akan terlepas dari dipengaruhi oleh persekitaran kerana terdapat unsur-unsur luar yang terlibat secara langsung atau tidak langsung yang member kesan ke atas suasana kerja dalam kebanyakan organisasi sekolah. Elemen-elemen luar harus dikaji terutamanya jika melibatkan sikap dan kebolehan manusia di tempat kerja.

Dalam konteks pengurusan di sekolah, pengurus perlu menyusun organisasi sekolah mengikut opsyen dan kebolehan setiap individu yang terlibat dalam usaha mencapai perancangan yang telah dibuat. Kemahiran mengorganisasi mampu mengawal pertindihan tugas dalam kalangan pekerja sekaligus meningkatkan kelicinan perjalanan kerja.

6.4 Mengarah Mengarah melibatkan penentuan kaedah bagaimana hendak memastikan seseorang itu melakukan sesuatu sebagaimana yang dikehendaki oleh pengurus. Kemahiran memotivasikan seseorang dalam melakukan sesuatu tugas dan pada masa yang sama meningkatkan komitmen mereka ke atas kerja yang dilakukan. Mengarah melibatkan bagaimana seorang pengarah menyampaikan mesej dengan jelas kepada seluruh organisasi seterusnya bagaimana menangani konflik dalam organisasi. dalam organisasi. Seorang pengurus perlu mahir mengenalpasti tahap di mana pekerja menghargai kepentingan mencapai hasil melalui orang lain. Pengarah sentiasa memberi dorongan kepada pekerja dan mengagihkan kerja secara adil serta sumber. Pemantauan sentiasa dilakukan oleh pengurus untuk mengetahui sejauhmana pekerja menerima arahan yang telah diberikan. Oleh itu, bagi menjayakan sesuatu organisasi, pengurus perlu sentiasa berhubung dengan individu atau kumpulan

Dalam konteks organisasi sekolah, kemahiran mengarah membolehkan pekerja lebih jelas dengan sesuatu kerja yang akan dilaksanakan. Walaubagaimanapun pengurus perlu berhatihati dalam proses memberi arahan kerana proses pengorganisasian telah dilakukan mengikut bidang tugas masing-masing. Ini boleh mengelakkan kekeliruan pekerja berkaitan dengan arah tuju kerja yang dilakukan.

6.5 Mengawal Proses merancang, mengorganisasi dan mengarah antara elemen yang diperlukan dalam mekanisme bagi memastikan pelaksanaannya sepertimana yang dikehendaki oleh organisasi. Persoalan yang sering dipersoalkan ialah bagaimanakah hendak memastikan aktiviti yang dilakukan selaras dengan perancangan yang telah dilakukan. Bagaimana mengukur prestasi keberkesanan kerja dan apakah tindakan yang sesuai dilakukan sekiranya sasaran yang telah ditetapkan tidak tercapai. Pihak pengurusan perlu memastikan setiap elemen ditetapkan melalui pemantauan, perbandingan dan pembaikan.

Dalam hal ini, pengurus perlu sentiasa mengawal kerja pekerja secara berterusan

dan

bersedia membetulkan kesilapan dengan segera jika berlaku. Kaedah ini akan mewujudkan hubungan yang rapat antara pengurus dengan pekerja kerana mendapatkan maklum balas sekaligus menyedarkan mereka terhadap kesilapan yang berlaku. Hal ini juga membentuk sikap pekerja lebih bersedia untuk menerima tunjuk ajar atau teguran yang diberikan. Kemahiran mengawal pekerja juga termasuk menyuntik kesedaran pekerja untuk menerima teguran pengurus demi kebaikan bersama. Keadaan ini member peluang untuk merapatkan hubungan antara pengurus dengan pekerja seterusnya mewujudkan persefahaman yang tinggi kerana pengurus tidak akan membiarkan kesilapan yang dilakukan berterusan. Oleh itu, rasa tidak puas hati dan hasad dengki akan dapat dihapuskan dengan kawalan yang bijak daripada pengurus.

Kemahiran mengawal juga termasuklah pemilihan pekerja, pemeriksaan bahan, penilaian prestasi pekerja dan penganalisaan kewangan. Dalam organisasi sekolah misalnya, secara keseluruhannya pengurus perlu mengawal pembahagian tugas dalam kalangan guru-guru dan kakitangan bukan mengajar, penyusunan tugas berdasarkan bidang, kawalan pelajar,

kawalan bahan dan aset sekolah dan semua yang berkaitan dengan sekolah. Fungsi pengawalan ini adalah untuk memastikan keberkesanan pelaksanaan tugas di peringkat individu, kumpulan dan organisasi untuk mengelakkan daripada berlakunya percanggahan dengan matlamat asal yang telah ditetapkan, berlakunnya konflik dan pertindihan tugas yang boleh membazirkan sumber organisasi seperti masa, reputasi, manusia, peralatan dan kewangan.

Para pengurus bertugas memimpin, mengurus dan mentadbir. Penting bagi pengurus memastikansemua kerja terus berjalan, mengatasi masalah, memulakan aktiviti baru dan menyatukan pasukan aktiviti secara bersama.

Anda mungkin juga menyukai