Anda di halaman 1dari 23

Bab 4

Teori Terapi
Individu Adler

Objektif
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Memahami andaian dan prinsip asas yang menjadi landasan teori terapi
individu.
2. Mengetahui matlamat yang perlu dicapai dalam sesi kaunseling terapi
individu.
3. Memahami peranan dan tanggungjawab anda sebagai kaunselor terapi
individu
4. Memahami proses terapi individu
5. Mengaplikasikan teknik-teknik terapi individu dengan baik.

Pengenalan
Pendekatan Terapi Individu ini diasaskan oleh Alfred Adler dan kemudiannya
dimurnikan oleh rakan seperjuangannya Rudolf Dreikurs (1969). Pendekatan
ini berlandaskan kefahaman terhadap motivasi dan tingkah laku individu. Adler
berminat mengkaji mengapa individu bertindak balas secara berbeza terhadap
sesuatu peristiwa dalam kehidupan. Walaupun Adler pada asalnya adalah
pengikut Freud yang mengamalkan psikoanalisis, beliau kemudiannya beralih
arah dan mengasaskan terapinya sendiri kerana bercanggah pendapat tentang
beberapa aspek dalam psikoanalisis. Dalam topik ini, anda akan mempelajari
tentang pendekatan terapi individu dan membandingkan keunikannya dengan
pendekatan psikoanalisis yang telah anda pelajari dalam Bab 1.

4 Teori Kaunseling.indd 59 05/06/2014 9:23:16


60 Teori Kaunseling dan Psikoterapi

Gambaran Keseluruhan Teori

Teori Adler

Pengasas Teori

Pandangan Tentang Sifat


Semula jadi Manusia

Andaian Asas Dan Prinsip


Teori

Matlamat Terapi

Peranan Kaunselor

Mewujudkan Hubungan
Terapeutik
Proses Terapi

Memahami Klien

Teknik-teknik
Kefahaman Kendiri
dan Celik Akal

Aplikasi Teori kepada Seting Membuat


Silang Budaya Keputusan Baru

Kelebihan dan Kelemahan


Teori

Rajah 4.1: Gambaran Keseluruhan

4 Teori Kaunseling.indd 60 05/06/2014 9:23:16


Teori Terapi Individu Adler 61

Pengasas Teori
Alfred Adler dilahirkan di Penziq,
sebuah kawasan pedalaman di Vienna,
Austria pada tahun 1870. Beliau
merupakan anak kedua daripada enam
adikberadik dari sebuah keluarga
Yahudi kelas pertengahan. Beliau
mempunyai hubungan yang rapat
dengan ibunya hinggalah kelahiran
adiknya menyebabkan beliau mula
rapat dengan bapanya pula. Semasa
kecilnya beliau sering sakit dan
mengalami kecederaan. Beliau hampir
meninggal dunia akibat pneumonia
pada usia 5 tahun. Untuk mengimbangi
kekurangan fizikalnya yang sering
sakit, beliau menjalin persahabatan
Rajah 4.2: Alfred Adler (1870-1937) dengan ramai kawan dan berusaha
bersungguh-sungguh dalam pelajaran.
Semua pengalaman ini menimbulkan minatnya terhadap profesion perubatan.
Alfred Adler mendapat ijazah dalam bidang perubatan dari University
of Vienna pada tahun 1895 dan kemudiannya melibatkan diri dalam bidang
neurologi dan psikiatri. Beliau telah dijemput menyertai Vienna Psychoanalytic
Society yang diasaskan oleh Freud dan memperoleh pengaruh dalam masa
yang singkat. Walaupun bermula dengan pendekatan psikoanalisis, beliau
tidak mempersetujui pendapat Freud berkaitan faktor seksualiti yang
mempengaruhi manusia. Beliau berpendapat bahawa perasaan adalah lebih
penting daripada dorongan biologi. Berikutan itu, beliau meletak jawatan
dari Vienna Psychoanalytic Society pada 1910 dan mengasaskan Society of
Individual Psychology.
Selepas Perang Dunia Pertama Adler menubuhkan klinik bimbingan
kanak-kanak di sekolah-sekolah di Vienna. Beliau memurnikan teorinya
dan memperkenalkan ke seluruh Eropah dan Amerika Syarikat. Pada tahun
1935 beliau meninggalkan Jerman dan berhijrah ke Amerika Syarikat dan
mengasaskan Society of Adlerian Psychology di Amerika Utara. Tugas terakhir
beliau ialah sebagai ahli psikologi di Long Island College of Medicine. Beliau
meninggal dunia akibat serangan sakit jantung semasa lawatan untuk memberi
syarahan di Aberdeen, Scotland pada tahun 1937.

4 Teori Kaunseling.indd 61 05/06/2014 9:23:16


62 Teori Kaunseling dan Psikoterapi

Pandangan Tentang Sifat Semula Jadi Manusia


Perkembangan awal
Pendekatan ini percaya bahawa keluarga memainkan peranan penting dalam
pembentukan personaliti semasa zaman kanak-kanak. Adler berpendapat bahawa
kasih sayang dan minat ibu bapa adalah penting bagi membantu perkembangan
personaliti yang sihat. Namun gaya ibu bapa menunjukkan kasih sayang boleh
menyebabkan anak-anak menjadi terlalu bergantung kepada mereka. Anak-anak
yang terlalu dimanjakan akan berasa tidak berdaya dan perlu bergantung kepada
orang lain menyebabkan anak-anak ini berasakan diri mereka serba kekurangan
dan mengalami kompleks inferior (rendah diri). Namun kompleks inferior
boleh dibaiki sekiranya anak-anak ini diberi peluang memperkembangkan
kemahirannya untuk mengimbangi atau mengurangkan perasaan inferiornya.
Kanak-kanak meningkatkan perasaan superior melalui interaksi sosial yang bakal
mengembangkan minat sosial dan tahap empati mereka terhadap masyarakat.
Di samping meningkatkan kemahiran dalam perkara-perkara yang
mereka mampu lakukan, kanak-kanak akan memerhatikan segala peristiwa dan
persekitaran mereka di samping membentuk kepercayaan tentang kehidupan.
Mereka akan bertindak balas kepada persekitaran berdasarkan penilaian sendiri
terhadap pengalaman dan pemerhatian mereka. Kanak-kanak bertindak balas
kepada pengalaman awal dalam suasana unit keluarga dan membentuk gaya
pendekatan mereka terhadap tugasan asas dalam kehidupan, termasuklah di
sekolah, dalam persahabatan dan masyarakat.
Semua pengalaman awal kehidupan ini akan membentuk logik peribadi
tersendiri bagi individu apabila mereka dewasa. Logik peribadi merujuk kepada
corak pemikiran, perasaan dan sikap individu unik yang akan membimbing
seseorang untuk memahami, menjangkakan dan menguruskan pengalaman dan
tingkah laku mereka. Contohnya, jika anda mengalami kompleks inferior, anda
akan percaya bahawa semua orang memandang rendah pada anda, anda akan
menjangkakan bahawa anda akan gagal dalam tugas anda, sering mengalami
kerisauan dan ini akan mempengaruhi tingkah laku anda seterusnya. Apabila
anda berjaya mengatasi kompleks inferior tersebut, anda akan menyesuaikan
perasaan dan tingkah laku anda dengan kehendak sosial.

Konstelasi keluarga
Konstelasi keluarga merujuk kepada sistem hubungan dalam keluarga di
mana kesedaran kendiri terbentuk. Ciri-ciri personaliti setiap individu dalam
keluarga, hubungan emosi antara ahli keluarga, saiz keluarga dan jantina
adik-beradik semuanya merupakan faktor kepada konstelasi keluarga. Taraf
dan peranan seorang anak dalam sesebuah keluarga akan mempengaruhi
perkembangan personalitinya semasa dewasa (Powers & Griffith 1987).
Menurut Adler (1958) adalah salah untuk menganggap bahawa anak-anak
yang dibesarkan dalam keluarga yang sama akan membentuk personaliti yang

4 Teori Kaunseling.indd 62 05/06/2014 9:23:16


Teori Terapi Individu Adler 63

sama. Walaupun konstelasi keluarga adalah sama tetapi penerimaan psikologi


setiap anak akan bergantung kepada susunan kelahiran dan layanan yang
mereka terima semasa membesar. Anda boleh menganalisis personaliti klien
sekiranya mereka anak pertama, kedua, tengah, bongsu atau tunggal. Mengikut
kajian, susunan kelahiran klien akan membentuk personaliti tertentu dalam
diri klien dan mempengaruhi kepercayaan klien terhadap kehidupan. Berikut
adalah penerangan tentang personaliti individu yang dilahirkan dalam susunan
kelahiran yang berbeza menurut penulisan Ansbacher (1964), Dreikurs (1953)
dan Adler (1958).
1. Anak pertama – Pada awalnya diberikan perhatian dan dimanjakan
sebagai satu-satunya anak pada waktu itu. Anak pertama lazimnya
boleh diharapkan dan bekerja keras untuk mencapai sesuatu dalam
kehidupannya. Selepas kehadiran adiknya maka dia akan ‘kehilangan
takhtanya’ sebagai anak tunggal dan berasakan perhatian sudah beralih
kepada adik. Maka anak pertama akan membentuk diri sebagai seorang
yang sentiasa cuba berada di atas dan sentiasa ada keinginan untuk menjadi
model kepada adik-adiknya serta lebih bersifat mengarah seperti ketua.
2. Anak kedua – sekiranya cuma ada dua orang adik-beradik, dia akan
berasa sentiasa perlu bersaing dengan abang/kakaknya. Menurut Adler
(1958) sikap bersaing ini mungkin berlanjutan sehingga dewasa dan
boleh merosakkan hubungan sekiranya anak kedua sentiasa mencari
kelemahan anak pertama dalam usaha ‘mengalahkannya’. Sekiranya
seorang daripada mereka mahir dalam satu bidang maka seorang lagi akan
mencari bidang lain untuk dikuasai untuk membuktikan kebolehannya.
3. Anak tengah – Lazimnya anak ini akan berasa ‘tersepit’ dan tidak
mendapat layanan yang sepatutnya. Anak ini berasakan perlu bersaing
untuk membuktikan pencapaian berbanding anak pertama dan pada masa
sama juga berusaha mendapatkan perhatian ibu dan bapa yang sering
diberikan kepada anak bongsu. Anak tengah yang mempunyai pemikiran
negatif biasanya cenderung menjadi anak yang bermasalah. Anak tengah
dikatakan mudah terasa hati, tetapi lebih sensitif dan mudah berempati
dengan orang lain. Ini menjadikannya orang yang lebih mendengar dan
suka memerhatikan orang lain sebelum bertindak.
4. Anak bongsu – Merupakan ‘bayi’ kepada ibu bapa walaupun sudah
mencapai usia dewasa. Ada kalanya masih dianggap tidak mampu
menjalankan sesuatu dengan baik, sering diberi kelonggaran dalam
menjalankan tanggungjawab, dan dimanjakan oleh ibu bapa. Dari
sudut negatifnya anak bongsu mungkin tidak pandai berdikari atau
menyelesaikan masalah dengan sendiri. Dari aspek positif pula, anak
bongsu yang diberi lebih kebebasan akan berpeluang meneroka perkara-
perkara baru yang adik-beradik lainnya mungkin tidak mendapat peluang.
5. Anak tunggal – Walaupun anak tunggal mendapat perhatian penuh
daripada ibu bapa dan sentiasa bersikap sukakan pencapaian, namun

4 Teori Kaunseling.indd 63 05/06/2014 9:23:16


64 Teori Kaunseling dan Psikoterapi

dia tidak mempunyai peluang untuk belajar berkongsi atau bekerjasama


dengan anak-anak lain. Mereka lebih mahir bergaul dengan orang dewasa
kerana persekitaran yang tiada adik-beradik lain. Anak tunggal sangat
sukakan perhatian dan sekiranya kedudukannya tercabar dia akan rasa
tergugat dan tidak adil.

Kaunselor yang mengamalkan teori psikologi individu perlu memahami


kesan susunan kelahiran terhadap aspek kehidupan klien yang ingin dibantunya.

Andaian Asas dan Prinsip Teori


Berikut adalah beberapa prinsip asas terapi individu yang telah dipelopori
oleh Adler.
1. Manusia dimotivasikan oleh minat sosial. Minat sosial merupakan
sikap positif manusia terhadap manusia lain dalam kehidupannya. Adler
menyifatkan minat sosial sebagai rasa persamaan dan empati sesama
manusia. Sebagai makhluk sosial, kita perlu berguna kepada orang lain
dan mewujudkan hubungan yang bermakna dalam masyarakat.
2. Manusia adalah bersifat holistik atau lengkap. Manusia bukan terdiri
daripada bahagian-bahagian yang boleh dipisahkan. Antara ciri-ciri yang
melengkapi manusia ialah perasaan, kepercayaan, tingkah laku, tret dan
karakteristik, sikap dan banyak lagi. Di samping itu, Adler percaya bahawa
kita merupakan sebahagian daripada sistem sosial tempat kita beroperasi.
3. Persepsi manusia adalah subjektif antara satu sama lain oleh sebab
manusia melihat kehidupan berdasarkan pengalaman mereka sendiri.
Manusia memberikan maksud kepada pengalaman yang dilaluinya.
Sekiranya pengalaman hidup anda adalah pahit sudah tentu anda
beranggapan negatif terhadap kehidupan secara keseluruhan. Namun
sekiranya pengalaman anda kebanyakannya manis, maka anda akan lebih
beranggapan positif terhadap kehidupan.
4. Setiap tindakan manusia mempunyai tujuannya sendiri. Manusia sentiasa
mempunyai matlamat walaupun adakalanya mereka tidak menyedari
kewujudan matlamat tersebut. Matlamat utama manusia ialah bergerak
dari perasaan inferior kepada perasaan superior. Manusia akan memberi
pampasan kepada perasaan inferioriti dengan mencari cara untuk
mengawal faktor-faktor dalam kehidupan. Adler menekankan kepentingan
untuk mencapai perasaan superior dalam semangat minat sosial.
5. Manusia adalah kreatif dan mempunyai keazaman kendiri untuk
merancang masa depan berdasarkan tingkah laku yang boleh dijangka.
Tingkah laku yang tidak bersesuaian biasanya berpunca daripada
kegagalan membuat pemilihan yang tepat. Manusia mempunyai
keupayaan untuk mempengaruhi dan mencipta peristiwa. Menurut
Adler, manusia sentiasa cuba mencapai kesempurnaan, namun mereka

4 Teori Kaunseling.indd 64 05/06/2014 9:23:16


Teori Terapi Individu Adler 65

tidak semestinya menjadi seorang yang sempurna. Manusia berasakan


kesempurnaan apabila mereka mampu menentukan takdir hidup sendiri
menggunakan kreativiti dan keazaman diri.
6. Gaya hidup yang sihat adalah penting dalam kehidupan. Gaya hidup
termasuklah cara bersosialisasi dan berhubung dengan orang lain. Gaya
kehidupan boleh dibaiki dari masa ke semasa walaupun kebanyakannya
berkembang semasa kecil. Pengalaman awal dalam kalangan ahli keluarga
terutamanya adik-beradik akan menyumbang kepada pembentukan garis
panduan memahami kehidupan yang akhirnya menjadi gaya hidup
seseorang (Sherman & Dinkmeyer 1987).

Matlamat Terapi
Matlamat utama kaunselor melalui terapi individu ini ialah untuk mendidik
klien, dan membantunya memperolehnilai-nilai sesuai berdasarkan kepentingan
sosial mereka dalam masyarakat. Terapi ini juga bertujuan memberi maklumat,
mengajar, membimbing dan memberi galakan kepada klien untuk berubah.
Sepanjang sesi kaunseling terapi individu, kaunselor perlu mewujudkan dan
mengekalkan hubungan kaunseling yang egalitarian berteraskan kerjasama
dan komitmen.
Matlamat utama yang lain ialah menganalisis dinamik yang terdapat
dalam hidup klien. Oleh itu kaunselor perlu menganalisis gaya hidup klien,
matlamat hidupnya dan faktor-faktor yang mempengaruhi kehidupan klien.
Kaunselor juga perlu mahir membuat interpretasi bagi menghasilkan celik akal.
Matlamat akhir terapi ini ialah untuk mengajar klien membuat orientasi semula
kepada gaya hidupnya agar klien mencapai perubahan tingkah laku yang sihat.
Untuk menganalisis dan mentafsirkan dinamik kehidupan klien,
kaunselor perlu memahami life tasks utama dalam hidup manusia. Adler
percaya bahawa setiap individu perlu menghadapi sekurangnya tiga tugasan
utama dalam kehidupan; Kerja, Persahabatan dan Cinta (kasih sayang). Mosak
dan Dreikurs (1967) menambah dua lagi tugasan iaitu dari segi kerohanian dan
kejayaan individu untuk mengurus atau menjaga diri sendiri. Matlamat terapi
individu ialah untuk membantu individu untuk memenuhi tugasan kehidupan
ini dengan cara yang lebih bermakna dan memuaskan hatinya.
Gambar rajah berikutnya mewakili model kesejahteraan diri (Model
of Wellness) yang menggabungkan konsep Adler (1970) dan Mosak dan
Dreikurs (1967). Dalam model ini tugasan kehidupan dilihat berinteraksi secara
dinamik dengan faktor-faktor lain dalam kehidupan seperti agama, keluarga,
masyarakat, dan lain-lain. Setiap tugasan kehidupan ini amat penting dalam
mempromosikan kesihatan dan kesejahteraan mental yang baik buat individu.
Oleh itu, kaunselor perlu menganalisis setiap aspek ini semasa sesi kaunseling
untuk membentuk pelan rawatan yang komprehensif untuk klien anda.

4 Teori Kaunseling.indd 65 05/06/2014 9:23:16


66 Teori Kaunseling dan Psikoterapi

Rajah 4.3: Model of Wellness oleh Witmer, Sweeney and Myers (1998)

Peranan Kaunselor
Sebagai kaunselor terapi individu, kaunselor berperanan membuat diagnosis,
menjadi guru dan model kepada klien anda. Kaunselor akan banyak membuat
penilaian terhadap klien dan gaya hidupnya dan ini termasuklah penilaian
berdasarkan susunan keluarga, kisah hidup awal, mimpi dan keutamaan yang
diberikan kepada klien dalam hidupnya. Sehubungan itu kaunselor akan
berkongsi interpretasi, pandangan, pendapat dan perasaan dengan klien.
Kaunselor juga perlu meningkatkan dan mengekalkan hubungan
terapeutik yang terbentuk sepanjang sesi. Kaunselor perlu menjadi model untuk
mendorong minat sosial yang positif dalam kalangan klien. Ini disebabkan
klien menghadapi kesukaran kerana tidak dapat menyesuaikan diri dengan
kehidupan sosialnya kini. Kaunselor boleh melaksanakan peranan ini dengan
mengarahkan klien agar ’berkelakuan seperti’ yang dia inginkan untuk
berjaya dalam kehidupan sosialnya. Kaunselor juga bertanggungjawab untk
meningkatkan tahap motivasi klien untuk berubah ke arah positif.

Proses Terapi
Untuk melaksanakan terapi ini dengan baik, kaunselor perlu mengetahui
proses dan peringkat-peringkat yang terlibat. Ini akan memudahkan kaunselor

4 Teori Kaunseling.indd 66 05/06/2014 9:23:16


Teori Terapi Individu Adler 67

mengatur strategi sepanjang proses kaunseling tersebut. Terdapatempat langkah


atau tahap dalam kelompok terapi Adler seperti yang digariskan oleh Dreikurs
(1969):
1. Membina dan mengekalkan hubungan terapeutik dengan cara
menggalakkan kejelekitan kelompok.
2. Meneroka dinamik yang beroperasi dalam diri individu dari segi motivasi
dan interaksi melalui proses penilaian.
3. Menyampaikan kepada individu kefahaman tentang dirinya dan membina
celik akal.
4. Membuat orientasi semula dengan memilih alternatif dan pilihan baru
yang lebih bersesuaian dalam kehidupan klien.

Membina Hubungan
Terapeutik

Konstelasi keluarga

Ingatan kisah awal hidup


Membuat analisis dan
penilaian
Mimpi

Keutamaan dalam hidup


Kefahaman kendiri dan
mencapai celik akal

Membuat orientasi semula

Rajah 4.4: Proses Terapi Individu

Peringkat pertama: Membina hubungan dan mengekalkan


hubungan terapeutik dengan ahli
Di peringkat awal, kaunselor mesti menumpukan usaha membina hubungan
terapeutik dengan klien berasaskan kerjasama dan hormat-menghormati.
Klien perlu digalakkan melibatkan diri dengan aktif dalam proses kaunseling.
Kaunselor mesti menjemput klien meneroka gaya hidupnya sendiri dan

4 Teori Kaunseling.indd 67 05/06/2014 9:23:16


68 Teori Kaunseling dan Psikoterapi

memahami bagaimana tingkah laku tersebut dapat membantu atau mengganggu


fungsi dalam kehidupannya (Mosak 2000). Sebagai ahli terapi Adlerian,
kaunselor perlu mementingkan hubungan setaraf antara klien dengan kaunselor.
Dalam terapi ini, kaunselor mesti membuatkan klien sedar bahawa dirinya
sebagai manusia memainkan peranan tertentu dalam masalah tersebut dan
perlu bertanggungjawab ke atas diri sendiri. Klien mesti menyedari bahawa
masalahnya disebabkan oleh nilai-nilai sosial yang salah, pembelajaran
salah atau tidak mencukupi dan anggapan yang salah. Sepanjang peringkat
ini kaunselor perlu menggalakkan klien memberikan sepenuh kerjasamanya
dalam sesi kaunseling tersebut. Klien mungkin cuba memerangkap kaunselor
melalui tindakan-tindakan yang tidak sesuai tetapi kaunselor perlu peka dan
fokus kepada proses kaunseling ini.

Peringkat kedua: Analisis dan Penilaian


Tahap kedua ini bertujuan untuk memahami gaya hidup klien dan menilai
sejauh mana ianya memberikan kesan kepada fungsinya dalam kehidupan.
Kaunselor akan meneroka dan membuat interpretasi dalam usaha memahami
masalah klien. Penilaian ini juga akan melihat interpretasi klien terhadap diri
sendiri dan sebahagian daripada andaian-andaian salah yang berkait dengan
interpretasi ini (Sonsteguard1998).
Kaunselor mesti menjalankan penerokaan berdasarkan beberapa perkara
seperti:
1. Konstelasi keluarga dan susunan kelahiran
Konstelasi keluarga merujuk kepada corak psikologi sosial sesebuah
keluarga. Antara yang dinilai termasuklah keadaan keluarga semasa
klien membesar, kedudukan klien dalam adik-beradiknya dan bagaimana
keadaan ini membentuk gaya hidup ahli sekarang. Adler percaya bahawa
persepsi individu terhadap kedudukan diri dalam keluarga sangat
signifikan terhadap cara mereka memahami kehidupan. Seperti yang telah
digariskan, Adler mengenal pasti lima susunan kelahiran yang mampu
mempengaruhi personaliti seseorang iaitu, anak sulung, anak kedua, anak
tengah, anak bongsu dan anak tunggal. Anak-anak dari susunan kelahiran
yang berbeza akan mempamerkan ciri-ciri personaliti dan gaya yang
berbeza dalam kehidupan mereka. Untuk memahami tret personaliti ini
kaunselor digalakkan membaca dengan lebih lanjut tentang kajian-kajian
berkait dengan impak susunan kelahiran terhadap individu.
Semasa meneroka personaliti klien berdasarkan susunan kelahirannya,
kaunselor perlu mengaitkannya dengan permasalahan yang sedang
dihadapinya dan melihat apakah faktor personalitinya yang menyumbang
kepada permasalahan tersebut.

4 Teori Kaunseling.indd 68 05/06/2014 9:23:16


Teori Terapi Individu Adler 69

2. Ingatan awal zaman kanak-kanak dan kesilapan-kesilapan asas


Klien diminta menyatakan perasaan dan pemikirannya yang berkait
dengan kejadian-kejadian di zaman kanak-kanaknya. Ingatan-ingatan
awal ini biasanya mengandungi sistem kepercayaan, persepsi yang
merosakkan diri serta kesilapan-kesilapan asas yang dilakukan oleh klien.
Individu mempunyai kecenderungan untuk mengekalkan kepercayaan
asas ini walaupun terdapat kesilapan kerana mereka mencipta logik
peribadi sendiri semenjak awal kanak-kanak.
Mosak (1995) menyenaraikan lima jenis kesilapan asas yang sering
berlaku:
a) Overgeneralization atau andaian am.
Contoh: “Semua orang jahat”. “ Hidup ini sukar”.
b) Matlamat untuk mencapai keselamatan yang salah atau mustahil.
Contoh: “Saya mesti puaskan hati semua orang”
c) Persepsi dan tuntutan yang salah terhadap kehidupan
Contoh: “Saya sentiasa bernasib malang”. “Suami saya mesti
sentiasa membahagiakan saya”.
d) Pengurangan atau penafian harga diri seseorang.
Contoh: “Saya ni memang tak berguna”. “Apa daya, saya ni cuma
seorang wanita”
e) Nilai-nilai yang salah
Contoh: “Buatlah kerja apapun asal dapat kumpul harta yang banyak”

3. Mimpi
Menurut pendapat Adler, mimpi merupakan aktiviti penyelesaian masalah
yang bakal berlaku. Mimpi dianggap sebagai petunjuk kepada sesuatu
tindakan. Kaunselor boleh mengajak klien meneroka mimpinya. Kaedah
adalah lebih kurang sama dengan kaedah analisis mimpi Freud. Klien
akan mentafsir dan membincangkan mimpi yang dikongsikan dengan
anda. Adler menamakan mimpi sebagai ’gudang perasaan’ seseorang.
Dengan menganalisis mimpi, kaunselor mengajak klien mendapatkan
beberapa jawapan untuk menghadapi masalah dengan segera. Tafsiran
mimpi boleh dianggap sebagai latihan untuk tindakan akan datang yang
berguna dan unik bagi klien.

4. Keutamaan dalam hidup


Kaunselor perlu meneroka keutamaan yang diletakkan klien kepada
hidupnya. Kaunselor mesti menganalisis setakat mana keutamaan-
keutamaan ini mendatangkan masalah kepada klien. Tiga jenis keutamaan
utama yang lazimnya dipentingkan oleh manusia ialah:
a) Superiority (Perasaan berkuasa/ memiliki kelebihan berbanding
orang lain)

4 Teori Kaunseling.indd 69 05/06/2014 9:23:16


70 Teori Kaunseling dan Psikoterapi

b) Kawalan yang dimiliki atas diri dan orang lain


c) Keselesaan yang diingini dalam kehidupan

Apabila semua maklumat 1, 2, 3, dan 4 telah dikumpul, kaunselor perlu


membuat kesimpulan berkaitan gaya hidup ahli. Pemimpin perlu mencabar
kesimpulan-kesimpulan tersebut dan memerhatikan aset, kekuatan dan bakat
klien.

Peringkat ketiga: Kefahaman diri dan celik akal


Selepas perkara-perkara di atas dianalisis, klien akan memasuki peringkat
mencapai celik akal dan membuat orientasi semula. Di peringkat celik akal,
kaunselor membantu ahli memahami kenapa dia membuat keputusan tertentu
dalam kehidupan. Kaunselor boleh menggunakan kemahiran interpretasi untuk
mencari makna di sebalik kelakuan klien. Kaunselor akan mengkonfrontasi
dan mencabar self defeating actions iaitu tingkah laku yang merosakkan diri
serta kepercayaan silap yang dimiliki oleh klien.
Kaunselor boleh melakukan pentafsiran berdasarkan maklumat yang
diberikan oleh klien mereka tentang tugas-tugas dalam kehidupannya iaitu:
1. Persahabatan: kerjasama, tolak ansur dan hubungan dalam persahabatan
2. Kasih sayang: Pemilihan pasangan, peranan, tanggungjawab dan sikap
dalam hubungan dan lain-lain.
3. Pekerjaan: keutamaan, kejayaan atau kegagalan yang dihadapi dalam
pekerjaan.
4. Kerohanian: kepercayaan, amalan kerohanian dan lain-lain.
5. Pengurusan diri: Gaya menangani masalah, penjagaan kendiri dan
pembentukan identiti dan lain-lain.

Pada masa sama, kaunselor perlu menyokong usaha klien untuk


mencapai celik akal. Fokus diberikan kepada isu here and now. Kaunselor
juga bertanggungjawab membantu klien memikirkan alternatif-alternatif yang
boleh dilakukan bagi membetulkan keadaan tersebut.

Peringkat keempat: Membuat orientasi semula


Peringkat ini lebih berorientasikan tindakan di mana celik akal tadi akan
diikuti dengan perbuatan yang mampu membantu klien memperbaiki keadaan.
Klien akan melaksanakan alternatif-altenatif baru yang lebih berfungsi untuk
menangani kelima-lima ’life-tasks’ tadi. Kaunselor perlu mencabar klien untuk
berusaha di samping memberi sokongan untuk berubah.
Dalam peringkat orientasi semula ini, klien digalakkan untuk mengubah
tingkah laku dan mengawal hidupnya dengan lebih baik. Klien perlu

4 Teori Kaunseling.indd 70 05/06/2014 9:23:17


Teori Terapi Individu Adler 71

berani mengambil risiko dan sedia bertingkah laku ‘seolah-olah’. Klien


mesti menyedari sebarang tingkah laku yang memudaratkan dan segera
membaikinya. Sebagai kaunselor, boleh menggunakan pelbagai teknik terapi
individu untuk membantu klien menjadi individu sosial yang lebih baik.

Teknik-Teknik
Untuk melaksanakan terapi individu dengan baik kaunselor juga perlu
mengetahui beberapa teknik khas yang boleh dilaksanakan dalam sesi
kaunseling terapi individu ini. Berikut ialah antara teknik-teknik terapi individu
yang kaunselor perlu fahami dan amalkan.

Jadual 4.1: Teknik-teknik Terapi Individu Adler

Teknik-teknik Penjelasan
Kesegeraan Klien digalakkan menangani masalah yang perlu
(Immediacy) disegerakan atau masalah yang paling signifikan dahulu.
Contoh: Sekiranya klien mempunyai banyak masalah yang
dirasakan mengganggu dirinya, kaunselor perlu meminta
klien memilih salah satu masalah yang dia rasa perlu
diselesaikan dengan segera agar klien dapat berasa lebih
tenang untuk menangani masalah lain.
Paradoxical Kaunselor mesti peka terhadap sebarang cubaan untuk
intention menarik perhatian, mendapatkan kuasa, sifat dendam dan
kompleks inferior dalam diri klien.
Contoh: Klien mungkin mencari simpati kaunselor dengan
menceritakan perkara yang menyebabkan kaunselor
menyebelahi dirinya walaupun tindakannya jelas salah.
Kaunselor perlu peka dan tidak terpengaruh dengan sikap
klien. Sebaliknya kaunselor mesti bersikap objektif.
Galakan Kaunselor menggalakkan klien dengan menyokong sebarang
(encouragement) usaha atau pemikiran positif yang ditunjukkan oleh klien.
Galakan adalah kunci utama untuk mencapai pilihan hidup
yang produktif.
Contoh: Kaunselor memuji sikap klien yang berani
mengambil risiko dengan memulakan langkah untuk
berubah.
Berlagak ‘seperti’ Klien diarah untuk berlagak seperti seseorang yang mereka
(Acting ‘as if’) ingin jadi (diri yang ideal). Boleh dilakukan secara role play.

4 Teori Kaunseling.indd 71 05/06/2014 9:23:17


72 Teori Kaunseling dan Psikoterapi

Teknik-teknik Penjelasan
Contoh: Jika ingin jadi orang berjaya dalam kerjaya klien perlu
berlagak seperti seorang yang benar-benar berjaya contohnya
dengan menukar cara berpakaian kepada pakaian yang nampak
profesional dan sesuai dengan kerjaya, bukannya berpakaian
selekeh setiap kali ke pejabat.
Mencabar Kaunselor mencabar klien untuk mempertimbangkan logik
(Confrontation) peribadi mereka. Lazimnya setelah klien menganalisis cara
pemikiran mereka, mereka akan mendapati bahawa mereka
mampu mengubah cara pemikiran dan tingkahlaku mereka.
Contoh: Sekiranya klien sering memberi alasan atau
menangguhkan usaha untuk berubah maka kaunselor perlu
mempersoalkan / mengkonfrontasikan kesungguhannya
untuk benar-benar berjaya.
Memerangkap diri Klien belajar menjadi lebih peka terhadap tingkah laku serta
(catching oneself) pemikiran yang boleh memudaratkan diri mereka apabila
ianya berlaku. Klien akan memberhentikan tingkah laku atau
pemikiran tersebut sebaik sahaja menyedarinya.
Contoh: Biasanya jika anda berasa gementar, anda akan
mula menggigil. Tetapi kali ini apabila menyedari anda
gementar, anda mengawal diri dari menggigil dengan
menarik nafas dan memikirkan perkara yang membuat anda
lebih selesa.
Menekan Butang Klien digalakkan menyedari bahawa mereka mempunyai
(pushing the pilihan untuk memilih rangsangan yang ingin diberikan
button) tumpuan. Ini bermaksud klien boleh memilih untuk
mengingati pengalaman negatif atau positif.
Contoh: Jika anda ditipu orang, anda boleh memilih
untuk berasa sedih dan kecewa atau bersifat tenang dan
menganggapnya sebagai suratan takdir dan lebih berhati-
hati.

Meludah ke dalam Kaunselor menyatakan pemerhatiannya terhadap tingkah


sup (Spitting in the laku maladaptif klien yang dikesan dan menyebabkan klien
client’s soup) tidak mendapat kepuasan yang diinginkan daripada tingkah
laku tersebut.
Contohnya: Apabila klien cuba menarik perhatian kaunselor
dengan bersifat mengada-ngada dalam sesi. Kaunselor boleh
menyatakan “Saya tahu anda menunjukkan sikap sebegini
untuk menagih simpati saya”. Ini akan menyedarkan
klien bahawa kaunselor menyedari motifnya dan dia akan
memberhentikan tindakan tersebut.

4 Teori Kaunseling.indd 72 05/06/2014 9:23:17


Teori Terapi Individu Adler 73

Teknik-teknik Penjelasan
Beri tugasan Klien akan menetapkan matlamat jangka pendek yang
dan dapatkan mampu dicapai dan seterusnya menetapkan pula matlamat
komitmen jangka panjang yang lebih realistik. Kaunselor pula cuba
(task setting and mendapatkan komitmen klien untuk melaksanakan tugas
commitment) yang dirancang.
Contohnya pernyataan kaunselor: “Kita telah belah bersetuju
dalam sesi ini bahawa anda akan memulakan komunikasi
dengan ibu mertua anda semasa pulang ke kampung minggu
ini. Walaupun anda menganggarkan anda tidak dapat
berbincang panjang tetapi anda berjanji untuk memperbaiki
komunikasi ini lagi dari masa ke semasa sehingga anda dan
dia sudah bersedia bercakap dari hati ke hati tentang masalah
ini. Saya harap anda akan beri komitmen sepenuhnya”

Merumus dan Kaunselor perlu membuat rumusan keseluruhan sesi dan


menamatkan sesi menamatkan sesi tersebut apabila matlamat telah tercapai
Contoh pernyataan kaunselor: “Nampaknya kita telah
sampai ke akhir sesi. Sepanjang sesi ini saya telah
mendengar luahan hati anda yang kurang selesa dengan
layanan rakan sekerja di tempat baru. Kita juga telah
membincangkan halangan-halangan yang anda hadapi dalam
menjalankan tugas serta cara cara yang anda rasakan boleh
dijalankan untuk mengatasi masalah ini. Jadi menurut anda,
anda sudah mendapat celik akal tentang tindakan yang ingin
anda segerakan setelah pulang dari sesi ini. Dengan itu saya
rasa saya sudah boleh menamatkan buat hari ini tetapi saya
perlu dapatkan maklum balas anda dahulu tentang sesi kita”.

Aplikasi Teori dalam Seting Silang Budaya


Secara amnya, pendapat teori psikologi individu yang lebih melihat kepada
minat sosial berbanding minat seksual membuatkannya lebih diterima dalam
budaya-budaya lain. Dalam masyarakat Asia khasnya apabila kepentingan
sosial melebihi kepentingan individu, teori ini dilihat sebagai lebih serasi.
Namun penggunaan teori ini untuk melihat gaya hidup berdasarkan konsep
inferior dan superior perlu dilakukan dengan berhati-hati. Dalam masyarakat
yang lebih suka bersikap rendah hati, kemungkinan konsep menggapai
superioriti dianggap agak keterlaluan, terutama bagi kaum wanita yang berasal
dari masyarakat yang kaum lelaki lazimnya lebih superior berbanding wanita.
Dari aspek positif, teori Adlerian yang menekankan kepada pembentukan
hubungan sama rata, kerjasama dan kemahiran bertanggungjawab ke atas diri
sendiri dan orang lain serta sikap sokong menyokong sesama individu. Ini

4 Teori Kaunseling.indd 73 05/06/2014 9:23:17


74 Teori Kaunseling dan Psikoterapi

menyebabkan ianya lebih sesuai dan diterima pakai dalam pelbagai budaya.
Teori psikologi individu menerapkan celik akal kepada keperluan sikap
bertoleransi dan minat sosial yang positif. Ini banyak membantu masyarakat
berbilang kaum untuk lebih menyeimbangkan keperluan individu dan
keperluan masyarakat secara amnya.
Teori ini secara tidak langsung meletakkan stereotaip terhadap individu
berdasarkan susunan kelahirannya. Ini mungkin selari atau tidak selari dengan
perspektif klien dari latar belakang yang berlainan. Ciri-ciri personaliti
yang digariskan oleh Adler berdasarkan susunan kelahiran juga banyak
mencerminkan personaliti golongan tertentu dalam masyarakatnya sahaja dan
tidak semestinya sama dengan golongan individu yang lain. Ini secara tidak
langsung boleh menimbulkan kekeliruan kepada klien sekiranya dia berasakan
ciri-ciri personaliti dirinya tidak sama seperti yang ‘sepatutnya’. Walaupun
pengamal teori Adler menyangkal dakwaan bahawa mereka meletakkan
stereotaip tertentu berdasarkan susunan kelahiran namun ianya adalah sesuatu
yang sukar diketepikan.

Kelebihan dan Kelemahan Teori


Teori psikologi individu merupakan salah satu teori yang berkembang dengan
pesat. Sumbangan terbesar Adler kepada dunia psikologi ialah menambah
satu lagi teori yang membantu ahli psikologi memahami klien. Teori ini juga
dikatakan sesuai untuk masyarakat berbilang bangsa. Tumpuannya terhadap
kesempurnaan insan melalui minat sosial menjadikan ia satu teori yang unik
dan menarik. Banyak kajian yang telah dijalankan terhadap pengaruh susunan
kelahiran terhadap personaliti seperti yang diketengahkan oleh Adler.
Teori Adler juga telah mengubah pandangan am yang berpendapat
bahawa manusia ini cenderung kepada minat seksual semata-mata kepada
pandangan yang lebih diterima oleh masyarakat, iaitu manusia adalah lebih
cenderung kepada minat sosial. Ia juga telah membawa terapi keluar dari
kepompong yang sempit iaitu klien hanya berbaring di atas sofa panjang
melayan pemikiran bawah sedarnya kepada kaedah kaunseling yang lebih
dinamik di mana ia juga digunakan dalam kaunseling kelompok, pendidikan
ibu bapa, dan digabungkan dalam prosedur kaunseling keluarga. Secara amnya
teori ini lebih terbuka dan sesuai dalam seting yang berlainan.
Namun teori Adler telah dikritik atas dasar ianya terlalu am, iaitu tidak
menerangkan kerangka personaliti individu dengan mendalam. Ada juga
berpendapat ianya satu pendekatan yang cuba memuatkan segalanya. Minat
sosial dilihat sebagai tonggak kepada semua perlakuan manusia namun minat
sosial itu sendiri tidak dikupas dengan mendalam. Di samping itu, tidak banyak
kajian telah dijalankan terhadap keberkesanan teori ini untuk menyokong
penggunaannya secara menyeluruh.

4 Teori Kaunseling.indd 74 05/06/2014 9:23:17


Teori Terapi Individu Adler 75

Ada juga yang menganggap terlalu banyak maklumat konstelasi


keluarga yang perlu diterokai semasa dalam sesi kaunseling, namun kaedah
pengumpulan maklumat tersebut tidak dijelaskan dengan terang serta cara
penggunaan maklumat yang telah dikumpul juga agak kabur. Teori Adler
dikatakan hanya sesuai untuk klien yang mampu berkomunikasi dengan baik
tentang diri mereka kerana keperluan mengumpulkan maklumat tersebut,
sedangkan tidak semua klien dapat berbuat demikian.
Walaupun teori Adler turut dipersoalkan dari segi kaedah dan
pelaksanaannya, namun kebolehpakaian teori ini untuk masyarakat berbilang
latar belakang dan pelbagai seting menjadikannya salah satu teori yang menarik
untuk diterokai dan dilaksanakan.

Aplikasi Kes Laila


Kaunselor memulakan sesi bersama Laila dengan membina hubungan
terapeutik. Laila diterima dengan ikhlas dan dilayan dengan penuh rasa
hormat. Kaunselor akan menerangkan kepada klien tentang proses kaunseling
yang akan dilaksanakan termasuk tentang etika kerahsiaan dan batasannya,
jangka masa sesi, peranan kaunselor yang akan melaksanakan diagnosis
dan menjadi guru kepada klien, serta meminta klien memberikan sepenuh
komitmennya terhadap terapi. Klien digalakkan untuk melibatkan diri dengan
aktif sepanjang sesi kaunseling kerana kaunselor akan berkongsi interpretasi,
pandangan, pendapat dan perasaan dengan klien berdasarkan perkongsian
klien sepanjang sesi. Kaunselor bertanggungjawab mengekalkan hubungan
terapeutik sepanjang proses kaunseling.
Seterusnya kaunselor akan meneroka gaya hidup klien dan persepsinya
terhadap kehidupan. Empat aspek utama yang akan ditumpukan ialah a)
Konstelasi keluarga dan susunan kelahiran b) Ingatan awal zaman kanak-kanak
dan kesilapan-kesilapan asas c) Mimpi dan d) Keutamaan dalam hidup. Dari
segi konstelasi keluarga dan susunan kelahiran, kaunselor telah meneroka
cara ibu bapa Laila mendidiknya semasa kecil. Berdasarkan cerita Laila,
kaunselor dapat membuat interpretasi bahawa ibu bapa Laila sangat sayang
kepadanya tetapi kurang menumpukan perhatian kepada Laila akibat kesibukan
tugas. Sebagai anak pertama, Laila dianggap pandai menjaga dirinya sendiri.
Ini ditambah lagi dengan personaliti Laila yang pintar, peramah, senang
bersosial, sukakan pencapaian dan sering mendapat perhatian dalam aktiviti
sekolahnya. Semua ini boleh dikaitkan personaliti Laila sebagai anak pertama
yang dianggap sangat berdikari dan bermotivasi tinggi. Hasil daripada gaya
didikan ibu bapanya, Laila sudah terbiasa mencari dan amat sukakan perhatian
dari pihak-pihak lain. Dalam hal ini Laila nampaknya mencari kasih sayang
daripada lelaki hingga terlibat dalam masalah ketagihan seks.

4 Teori Kaunseling.indd 75 05/06/2014 9:23:17


76 Teori Kaunseling dan Psikoterapi

Kaunselor: “Baiklah Laila, saya perlu mengetahui serba sedikit tentang


zaman kanak-kanak Laila dari segi layanan yang diberikan
oleh ibu bapa Laila. Boleh Laila jelaskan sedikit? Ini
mungkin dapat membantu saya memahami apa yang Laila
rasakan”.

Laila: “Emak bapa saya ok, apa yang saya minta biasanya saya
dapat. Cuma mereka kurang bercakap dengan saya kerana
banyak kerja. Saya rasa saya faham keadaan mereka. Sebab
itu saya cuba sibukkan diri di sekolah dengan pelbagai
aktiviti. Jadi saya tidak berasa sunyi sangat sekiranya tak
dapat bercakap dengan emak dan bapa. Mereka percayakan
saya jadi saya boleh buat apa saya suka sedangkan adik-
adik saya agak dikawal oleh mereka. Cikgu dan kawan-
kawan selalu beri semangat kepada saya, jadi saya tidak
rasa saya perlu bergantung kepada emak dan bapa. Lagipun
ramai rakan-rakan lelaki suka berkawan dengan saya sebab
saya agak terkenal di sekolah.

Seterusnya Laila diminta berkongsi tentang perasaannya tentang apa yang


berlaku semasa zaman kanak-kanaknya untuk mengenal pasti persepsi Laila
dan bagaimana persepsi ini membentuk kepercayaannya terhadap kehidupan.
Pengalaman hidup Laila membuatnya percaya bahawa dia memerlukan lelaki
untuk memberikannya perhatian yang diperlukan. Laila juga mempunyai
kepercayaan bahawa dia tidak mampu mengelak daripada kejadian-kejadian
seksual berlaku ke atas dirinya kerana inferioritinya sebagai perempuan.
Sebaliknya, semenjak zaman kanak-kanak lagi, Laila cuba menutup kelemahan
ini dengan mencapai superioriti dari segi sukan, kelab, akademik dan kerjaya
kerana ini membenarkannya berasa kepuasan mengawal hidupnya dengan baik.
Dalam proses terapi ini juga kaunselor akan meneroka mimpi-mimpi Laila yang
sering mengganggunya. Kaunselor akan mentafsirkan mimpi Laila sebagai
satu petunjuk keinginannya untuk bebas daripada masalah ketagihan seksual.
Berdasarkan mimpi ini, kaunselor dan klien akan berbincang cara-cara yang
boleh diambil untuk menghadapi masalah Laila dengan lebih baik. Kaunselor
Adlerian percaya bahawa mimpi dapat memberikan petunjuk-petunjuk yang
berguna dalam penyelesaian masalah. Selain meneroka kepentingan yang Laila
letakkan ke atas nilai superioriti, kaunselor juga meminta Laila berkongsi
sejauh mana dia rasa telah dapat mengawal dirinya serta orang lain dalam
kehidupannya. Kaunselor juga meneroka tahap keselesaan yang dirasakan oleh
Laila sekarang serta tahap keselesaan yang ingin dicapai dari segi kehidupan
peribadinya terutamanya dalam hubungannya dengan suami, anak-anak dan
adik-beradiknya.

4 Teori Kaunseling.indd 76 05/06/2014 9:23:17


Teori Terapi Individu Adler 77

Setelah meneliti kesemua aspek ini, kaunselor akan membantu klien


untuk celik dengan membuat orientasi semua terhadap gaya kehidupannya.
Berdasarkan maklumat kehidupan klien, kaunselor membantu Laila melihat
beberapa aspek yang penting dalam kehidupannya sambil memikirkan
alternatif yang sesuai dalam membantu orientasi semua.
1. Persahabatan: Laila didapati mampu menjalinkan hubungan yang baik
dengan orang lain kerana mempunyai kemahiran komunikasi yang
baik dan memiliki personaliti yang menyenangkan. Namun kelemahan
Laila ialah dia mungkin membuat pilihan yang salah dengan bergaul
dengan lelaki-lelaki yang mengambil kesempatan ke atas dirinya dari
segi seksual. Laila digalakkan membina hubungan persahabatan dengan
orang positif yang dapat membantunya berubah.
2. Kasih sayang: Laila pernah memilih lelaki yang kurang sesuai semasa
perkahwinan pertamanya, mengamalkan kehidupan seksual yang
tidak bermoral sebelum perkahwinan dan akhirnya bercerai kerana dia
dan pasangan tidak memainkan peranan dengan baik. Tindakannya
pada masa lalu disebabkan pemilihan keputusan yang kurang sesuai,
tetapi terapi psikologi individu percaya manusia mampu berusaha
mencapai kesempurnaan dengan cara yang kreatif. Oleh itu kaunselor
meminta Laila menumpukan kepada here and now bagi menyelesaikan
masalahnya. Dalam perkahwinannya sekarang dia memiliki suami
yang sabar, penyayang dan sentiasa menyokongnya. Laila juga sedang
cuba menguruskan kehidupannya sebagai isteri dan ibu dengan lebih
baik. Kesedaran Laila untuk berubah membuktikan dia seorang yang
bertanggungjawab dan boleh menjadi lebih kreatif dalam usahanya
meningkatkan kasih sayang dengan orang yang signifikan dalam
hidupnya.
3. Pekerjaan: Bagi Laila, membina superioriti dalam pekerjaan menjadi
salah satu keutamaan dalam hidup kerana melaluinya Laila berasakan
sense of control yang lebih bermakna. Kaunselor menggalakkan Laila
terus mengamalkan kaedah ini supaya dia sentiasa rasa bersemangat
dalam aspek kerjayanya
4. Kerohanian: Walaupun pada masa mudanya Laila kurang kesedaran
rohani, namun sekarang dia telah mula menyedari keperluan untuk
menjadi individu yang lebih kuat dari segi rohani, ini digambarkan
melalui keinginannya untuk memiliki suami yang boleh membimbingnya
dari segi agama dan mencari penyelesaian kepada masalah ketagihan
seksnya, serta menjadi isteri dan ibu yang lebih baik.
5. Pengurusan diri: Laila perlu belajar kaedah menguruskan emosinya
dengan lebih baik sekiranya dia ingin mempunyai gaya kehidupan yang
lebih sihat. Ini termasuklah menguruskan emosi panas barannya terhadap
anak-anak dan emosi cemburunya terhadap adik sendiri. Dia juga perlu

4 Teori Kaunseling.indd 77 05/06/2014 9:23:17


78 Teori Kaunseling dan Psikoterapi

mencari cara untuk merapatkan hubungan yang semakin renggang dengan


suaminya dengan mempelajari cara menguruskan komunikasi intim
antara pasangan. Laila juga boleh lebih kreatif dalam pengurusan diri
dengan mengamalkan aktiviti-aktiviti santai dan relaksasi bagi diri sendiri
atau turut melibatkan ahli keluarganya agar mereka dapat menikmati
gaya kehidupan yang lebih berkualiti.

Dalam peringkat akhir terapi ini, Laila akan dibantu merancang


sebarang pelan tindakan hasil dari celik akalnya terdahulu dan digalakkan
melaksanakannya di luar sesi. Kaunselor akan mencabar sebarang kepercayaan
negatif klien, menggalakkannya mengambil risiko serta memberikan sokongan
padu kepada Laila dalam usahanya. Sebagai langkah utama, Laila digalakkan
‘berlagak seperti’ dia sudah berjaya mempunyai kawalan yang baik terhadap
dirinya dan cuba sebaiknya melakukannya dalam menyelesaikan masalahnya.
Laila diminta memberi keutamaan kepada masalah yang perlu disegerakan
supaya dapat mengurangkan ketegangan yang dihadapinya. Sepanjang proses
ini, kaunselor akan sentiasa peka terhadap sebarang paradoxical intention
yang melibatkan unsur dendam, mencari perhatian, atau mencari helah yang
mungkin digunakan oleh Laila untuk mengelakkan diri daripada menyelesaikan
masalah dengan baik.

Kaunselor: “Dari apa yang saya lihat, Laila sudah boleh mengawal
perasaan Laila sedikit sebanyak apabila berhadapan dengan
anak-anak dan suami. Ini satu petanda yang sangat baik.
Saya harap Laila akan meneruskan sikap positif seolah-
olah Laila sudah berjaya sepenuhnya menangani perasan
Laila. Saya Laila memang bersungguh-sungguh ingin
berubah. Sekiranya Laila rasa tertekan, fikirkan segera cara
untuk bertenang dan kurangkan perasaan negatif itu”.

Laila juga diajar cara untuk mengenal pasti pencetus kemarahannya


terhadap anak-anak dan suami supaya Laila lebih peka apabila ianya berlaku.
Ini akan memudahkan Laila mengamalkan teknik pengurusan emosi dan
relaksasi bagi meredakan kemarahan tersebut. Kaunselor membuatkan Laila
menyedari bahawa dia boleh memilih tindak balas yang lebih berkesan apabila
masalah ini berlaku. Dengan memilih tingkah laku atau tindak balas yang lebih
sesuai, kualiti kehidupan Laila akan dapat diperbaiki.

Kaunselor: “Saya ingin Laila kenalpasti apa situasi atau keadaan yang
menimbulkan ketegangan antara awak dan anak-anak atau
suami. Ada sebarang keadaan yang selalunya membuat
awak tertekan dan marah?”

4 Teori Kaunseling.indd 78 05/06/2014 9:23:17


Teori Terapi Individu Adler 79

Laila: (Klien mengambil masa untuk berfikir) “Biasanya saya


akan marah kepada anak-anak sekiranya mereka selalu
mengharapkan saya untuk melayan semua soalan mereka.
Saya rasa saya bukannya seorang yang serba tahu. Malah
saya rasa saya serba kekurangan. Saya tertekan kerana
mereka anggap saya sempurna”.

Kaunselor: “Biasanya apa tindak balas awak kepada mereka?”

Laila: “Saya sama ada berdiam diri dan serahkan kepada suami
saya, atau saya akan memarahi mereka tetapi kemudiannya
berasa menyesal”.

Kaunselor: “Antara dua tindakan itu mana yang awak rasa lebih
baik? Rasanya ada atau tidak cara yang lebih sesuai untuk
mengatasi mereka?”.

Laila: “Memang lebih elok sekiranya saya serahkan kepada bapa


mereka untuk menjawab soalan mereka. Tapi saya rasa itu
tidak membantu komunikasi saya dengan mereka kerana
mereka mula rasa jauh dari saya. Selepas ini, saya akan
cuba menjawab apa yang saya mampu. Sekiranya saya
tidak tahu, maka saya dan suami akan sama-sama melayan
mereka. Saya amat berharap hubungan kami akan rapat dan
saya tahu menjauhkan diri dari mereka bukan jawapannya”.

Sebelum mengakhiri sesi kaunseling psikologi individu ini, kaunselor


membincangkan beberapa tugasan yang boleh Laila jalankan dalam usaha
mengatasi masalahnya. Sekiranya kaunselor memberikan galakan dan
sokongan yang baik sepanjang sesi kaunseling, lazimnya klien akan lebih
cepat mencapai celik akal dan membuat orientasi semula gaya kehidupannya
dengan berkesan. Kaunselor boleh mengaturkan sesi susulan dengan Laila
untuk menilai perkembangannya dalam masa yang terdekat

Rumusan
Bab ini telah membincangkan tentang terapi Individu Adler yang boleh
anda gunakan sebagai salah satu pendekatan kaunseling individu. Terapi ini
menekankan kepada kepentingan minat sosial dalam kehidupan individu.
Individu dilihat sebagai kreatif dan mampu menentukan arah kehidupannya
sendiri dan sentiasa bergerak dari sikap inferior ke superior. Tugas anda sebagai
kaunselor ialah untuk mendidik klien dalam usaha memenuhi life tasks dengan

4 Teori Kaunseling.indd 79 05/06/2014 9:23:17


80 Teori Kaunseling dan Psikoterapi

cara yang lebih berkesan. Untuk itu, anda mesti mengenal pasti gaya hidup
klien melalui proses terapi individu yang melibatkan langkah-langkah berikut:
1. Membina hubungan dan mengekalkan hubungan terapeutik dengan ahli
2. Analisis dan penilaian
3. Kefahaman diri dan celik akal
4. Membuat orientasi semula

Pendekatan ini mempunyai beberapa teknik yang unik yang anda


boleh gunakan semasa menjalankan sesi kaunseling. Bab seterusnya akan
membincangkan berkaitan teori kewujudan.

Glosari
Gaya hidup Satu set kepercayaan yang bersepadu yang
membenarkan seseorang individu menilai,
mengurus dan menjangkakan peristiwa yang
berlaku terhadap mereka. Adler melihat gaya
hidup sebagai peta minda individu yang unik
dan tidak disedari yang memfasilitasikan
individu dalam kehidupannya.
Konstelasi keluarga Sistem hubungan dalam keluarga di mana
kesedaran kendiri terbentuk. Ini meliputi
ciri-ciri personaliti ahli keluarga hubungan,
emosi antara ahli keluarga, saiz keluarga dan
jantina adik-beradik.
Kompleks Inferior Merujuk kepada perasaan serba kekurangan
yang ada dalam diri klien
Kompleks Superior Merujuk kepada perasaan kesempurnaan
dalam diri klien
Ingatan Kisah Awal Peristiwa spesifik yang berlaku di bawah
umur 8 tahun. Terapi Individu melihatnya
sebagai metafora yang mendedahkan
keinginan, pentafsiran dan sikap terhadap
kehidupan.
Spitting In The Client’s Soup Teknik menghalang tingkah laku maladaptif
klien dengan menyatakan pemerhatian
kaunselor secara berterus-terang kepadanya.
Menekan Butang Teknik memilih rangsangan yang ingin
diberikan tumpuan.

4 Teori Kaunseling.indd 80 05/06/2014 9:23:17


Teori Terapi Individu Adler 81

Berlagak ‘seperti’ Teknik di mana klien berlagak seperti


seseorang yang mereka ingin jadi.
Paradoxical Intention Sebarang cubaan untuk menarik perhatian,
mendapatkan kuasa, sifat dendam dan
kompleks inferior dalam diri klien.

4 Teori Kaunseling.indd 81 05/06/2014 9:23:17

Anda mungkin juga menyukai