Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN SOAP SESI 1

Nama Klien: KI/K2/S1/010419


Tarikh Dijalankan: 01/04/2019
Masa Sesi Dijalankan: 9:00 malam
No Telefon: 019-9678147
Alamat Perhubungan: UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN (UNISZA)
Subjektif
1. Bagi permulaan sesi ini, kaunselor telah membina hubungan dengan klien untuk
mengenali dirinya dengan mendalam lagi.
2. Kaunselor juga telah berkongsikan kepada klien tentang kaunseling dengan lebih
mendalam supaya klien dapat memahami tentang kaunseling.
3. Selain itu, kaunselor juga menerangkan perbezaan antara kaunseling dengan
psikologi kepada klien kerana perkara tersebut sangat menarik perhatian klien.
4. Pada sesi ini, klien telah membawa isu tentang perhubungan antara dirinya dengan
rakan-rakan.
5. Maka, dengan perkara itu kaunselor telah meneroka dengan melihat kepada empat
perkara iaitu pemikiran, perasaan, pengalaman, dan tingkah laku dirinya.
6. Penilaian pada sesi tersebut adalah berjalan dengan baik apabila kaunselor dapat
menerangkan dengan lebih baik tentang penggunaan sesi kaunseling tersebut.
Objektif
Daripada permulaan sesi tersebut, kaunselor dapat melihat:
1. Klien memberikan kerjasama yang baik walaupun ianya merupakan sesi pertama.
2. Walaupun begitu, klien masih merasakan kekok dan gementar untuk
menceritakan sesuatu perkara tersebut.
3. Klien menunjukkan perasaan sedih dan kecewa terhadap isu perhubungan yang
dibincangkan bersama-sama dengan kaunselor.
Penilaian
Pada sesi ini, kaunselor dapat:
1. Membina hubungan yang baik dengan kaunselor walaupun baru sahaja
berkenalan.
2. Meneroka diri klien melalui pemikiran, tingkah laku, perasaan, dan
pengalamannya.
3. Mewujudkan suasana yang selesa antara kaunselor dengan klien.
Perancangan
1. Pada sesi kedua yang akan datang, kaunselor akan meneroka dengan lebih
mendalam terhadap prinsip yang terdapat di dalam isu perhubungan klien.
2. Sesi kedua tersebut akan dijalankan pada tarikh iaitu 17/04/2019.
3. Pada sesi tersebut, kaunselor akan melakukan penilaian terhadap sesi lepas.
Nama Kaunselor:
NURUL ATIKAH BINTI ALI
Tandatangan dan Tarikh:

03/04/2019

Anda mungkin juga menyukai