Anda di halaman 1dari 2

PENERANGAN INVENTORI KEMATANGAN KERJAYA (IKK)

DOMAIN SIKAP
BIL SUBDOMAIN KETERANGAN
1. Ketentuan dalam membuat Individu berkemampuan untuk menetapkan pilihan kerjaya yang dikehendaki tanpa
keputusan kerjaya keraguan.
2. Penglibatan dalam membuat Individu melibatkan diri dalam aktiviti pemilihan kerjaya seperti membuat pembacaan,
keputusan kerjaya penerokaan, kajian berkaitan bidang kerjaya dan tokoh-tokoh kerjaya.
3. Kebebasan dalam membuat Individu membuat pemilihan kerjaya sendiri tanpa dipengaruhi oleh persekitaran.
keputusan kerjaya Contohnya pengaruh ibu bapa, ahli keluarga, guru, rakan sebaya atau orang dewasa
yang signifikan.
4. Orientasi dalam membuat Individu jelas dengan kecenderungan minat kerjaya dalam membuat pemilihan kerjaya
keputusan kerjaya seperti hala tuju, penyediaan perancangan, mengkaji kekuatan dan kelemahan dan
membuat strategi.
5. Kompromi dalam membuat Individu boleh bertolak ansur dalam membuat pemilihan kerjaya dari aspek kehendak
keputusan kerjaya kelayakan akedemik, peluang dan prospek kerjaya.

DOMAIN KECEKAPAN
BIL SUBDOMAIN KETERANGAN
1. Mengenal Diri Sendiri Individu berupaya membuat keputusan kerjaya berdasarkan kelebihan diri, kebolehan
dan minat kerjaya.
2. Maklumat Pekerjaan Individu yang mengetahui tentang maklumat pra pekerjaan dengan tepat seperti
kelayakan, latihan, gaji, risiko dan kelebihan bidang kerjaya.
3. Pemilihan Matlamat/ Pekerjaan Individu mampu membuat keputusan kerjaya berdasarkan latar belakang pendidikan,
minat, kebolehan dan pengalaman.
4. Rancangan Kerjaya Individu mampu merancang kerjaya berdasarkan maklumat dalam pekerjaan.
Merancang dan menentukan halatuju kerjaya seperti persediaan pendidikan, kemahiran
yang diperlukan dalam bidang kerjaya.
5. Penyelesaian Masalah Kerjaya Individu mampu menangani konflik dalam membuat keputusan kerjaya. Persediaan
kendiri seperti surat menyurat, resume, temuduga, latihan dan lain-lain.

INTERPRETASI SKOR :

SKOR INTERPRETASI PENERANGAN


PERATUSAN SKOR
Murid mempunyai keyakinan diri yang tinggi dalam menentukan pilihan kerjaya. Murid
melibatkan diri secara aktif dalam mencari maklumat mengenai kerjaya yang diminati
75% -100% TINGGI seperti kelayakan, gaji, latihan, persekitaran kerja dan risiko pekerjaan. Hasil daripada
maklumat yang diperoleh, murid merancang kerjaya dan bersedia berhadapan risiko dan
konflik dalam membuat keputusan kerjaya.

Murid mempunyai keyakinan diri yang sederhana dalam menentukan pilihan kerjaya.
Murid kurang aktif melibatkan diri dalam mencari maklumat mengenai kerjaya yang
50% - 74% SEDERHANA diminati seperti kelayakan, gaji, latihan, persekitaran kerja dan risiko pekerjaan. Hasil
daripada maklumat kerjaya yang sedikit, murid kurang keyakinan merancang kerjaya dan
kurang bersedia berhadapan risiko serta mempunyai konflik dalam membuat keputusan
kerjaya.
Murid tidak mempunyai keyakinan diri yang tinggi dalam menentukan pilihan kerjaya.
Murid tidak melibatkan diri dalam mencari maklumat mengenai kerjaya yang diminati
0% - 49% RENDAH seperti kelayakan, gaji, latihan, persekitaran kerja dan risiko pekerjaan. Murid tidak
mempunyai maklumat kerjaya, tidak mampu murid merancang kerjaya dan akan
berhadapan risiko dan konflik dalam membuat keputusan kerjaya.

Anda mungkin juga menyukai