Anda di halaman 1dari 52

PENGENALAN

Maklumat yang diperolehi daripada Pejabat Pendidikan Daerah Muar menunjukkan bahawa
seramai 141 orang pelajar yang telah dibuang sekolah atas pelbagai sebab telah diterima
semula bersekolah bagi daerah Muar untuk tahun 2009. Pelajar ini mempunyai rekod yang
kurang menyenangkan sekolah yang menerimanya semula. Penerimaan tanpa kerelaan
mungkin berlaku. Persoalannya adakah pelajar yang diterima semula itu benar-benar sudah
beruabah? Jika masalah disiplin punca ia dibuang, adakah dengan bersekolah semula perkara
lama tidak akan berulang? Persoalan inilah yang menjadi bebanan kepada sekolah yang
menerima mereka semula. Oleh itu, satu kaedah dan pendekatan cuba difikirkan bagi
membantu pelajar ini terus berubah melalui penekanan kerohanian sebagai dasar dan
psikologikal sebagai pengisian.

RASIONAL

Pelajar masa kini adalah pemimpin masa akan datang. Kita percaya bahawa semua manusia
ada potensi yang patut dikembangkan. Hanya mereka tidak mampu mengeluarkan potensi
diri sendiri. Kekuatan dan kelemahan diri adalah suatu aset penting dalam diri yang akan
memacu keharmonian hidup pada masa akan datang. Oleh itu, proses mentarbiah diri melalui
pelbagai kaedah adalah suatu cara mengesan kelemahan dan kekuatan diri. Kelemahan perlu
diperbaiki dan kekuatan perlu di ketengahkan sebagai potensi diri positif. Kejayaan
memperbaiki diri adalah kejayaan negara dan agama mencungkil potensi umat dan
rakyatnya. Kegagalan memperbaiki diri menyebabkan bebanan kepada umat dan negara.
Kesannya kepada semua rakyat sama ada baik atau buruk. Oleh itu suatu usaha memperbaiki
kelemahan pelajar yang pernah membuat onar perlu diusahakan.

MATLAMAT

Modul yang cuba diketengahkan ini bermatlamat serampang dua mata. Selain daripada
membantu pihak sekolah menerima semula pelajar ini dengan lebih bersedia, ia juga
bermatlamat membantu pelajar tersebut mengkoreksi diri untuk perubahan sikap melalui
pengalaman dibuang sekolah. Akhirnya, modul ini cuba memfokuskan hala tuju pelajar
tersebut bagi menghadapi dunia pendidikan formal, tidak formal dan kehidupan sebagai ahli
masyarakat yang berjaya mengikut hukum, undang-undang, norma dan tatasusila yang betul.
Ia sebagai persediaan menghadapi cabaran kehidupan yang sebenar pada masa akan datang.

1
OBJEKTIF

1. Menjelaskan proses penerimaan semula pelajar dengan lebih sistematik melibatkan


semua pihak bagi mencapai matlamat pelajar bersekolah semula
2. Meningkatkan yakin diri pelajar melalui fasa kedua persekolahan setelah melalui
hukuman
3. Mengubah paradigma pelajar tentang masa depan, hala tuju dan peraturan dalam
kehidupan mereka melalui kekuatan dan kelemahan diri
4. Mengurangkan risiko jangkitan masalah disiplin di kalangan pelajar yang berhadapan
dengan pelajar yang pernah membuat onar
5. Mewujudkan suasana sekolah yang kondusif melalui kerjasama semua pihak yang
mempunyai matlamat yang sama

SASARAN

Modul ini mensasarkan beberapa pihak untuk bertindak dengan proaktif bagi menjayakan
matlamat pembinaan modul. Ia menjadikan pelajar yang pernah dibuang sekolah sebagai
sasaran dan aset melalui kerjasama pihak berikut:

1. Pengetua sekolah yang menerima


2. Guru Penolong Kanan Hal Ehawal Murid
3. Guru Bimbingan dan Kaunseling
4. Guru Kanan Disiplin
5. Guru Kelas
6. Guru Pendidikan Islam/Moral
7. Ibubapa/penjaga pelajar terbabit
8. Rakan sekelas
9. Semua guru dan pelajar lain di sekolah yang sama

JANGKAMASA PELAKSANAAN

1. Modul tidak menghadkan jangkamasa pelaksanaan. Ia bergantung sejauhmana


perubahan diri pelajar berkaitan dan jangkamasa prioses dilalui. Namun sebelum
tamat sesi persekolahan, Guru Bimbingan dan Kaunseling perlu memaklumkan
perkembangan diri pelajar kepada Pengetua dan ibubapa pelajar.

2. Satu modul sesi khas kursus diadakan selama 3 hari 2 malam. Ia melibatkan semua
pelajar terlibat dalam sesebuah daerah dikumpulkan di satu tempat bagi mengalami
proses pentarbiahan.

2
SENARAI PEMBINA MODUL

Pengerusi: TN HJ MUSTAKIM BIN MUSTAMAT


GBK SMK Sagil

Ketua fasilitator: EN JAMALUDIN BIN HASRAN


GBK SMK Pekan Baru Muar

Setiausaha: EN MOHD FUAAD BIN HJ MOHD SARMIN


GBK SMK Tengku Mahmud Iskandar

Ahli Panel:
1. En. Mohamad Razi bin Asbihani
GBK SMK Raja Muda

2. En Khairul Azman bin Mokti


GBK SMK Tengku Temenggung Ahmad

3. Pn Hjh Norhuda binti Abdullah


GBK SMK(P) Sultan Abu Bakar

4. Vickgneshwari a/p Kanagaveloo


GBK SMK Ledang

5. Hjh Tina binti Naim @ Nian


GBK SMK Sultan Alaudin Riayat Shah

6. Pn Ropiah binti Mohamad


GBK SMK Bukit Gambir

7. En Paridul bin Talib


GBK SMK Jalan Junid

8. Pn Irene Chen Ai Lin


GBK SMK Jalan Junid

3
PROSEDUR PENERIMAAN SEMULA PELAJAR
YANG TELAH DIBUANG SEKOLAH
PEJABAT PELAJARAN DAERAH MUAR

_____________________________________________________________

TINDAKAN PENGETUA

1. Pengetua akan mendapatkan maklumat kes pelajar yang telah buang sekolah tetapi
diarahkan untuk terima semula daripada GPK HEM/ Guru Bimbingan
Kaunseling/Guru Disiplin/ Guru Kelas.
2. Pengetua akan keluarkan surat panggilan perjumpaan bersama ibu bapa / penjaga /
GPK HEM / Guru Bimbingan Kaunseling / Guru Disiplin / Guru Kelas.
3. Pengetua akan menjalankan runding cara bersama ibu bapa dan pelajar.
4. Pengetua akan memaklumkan kepada ibubapa tentang prosedur penerimaan semula
pelajar tiada kompromi bagi kes buang kali ke-2 perlu ditegaskan oleh pengetua.
5. Pelajar akan membuat surat aku janji di hadapan pengetua dan ibu bapa.
6. Pengetua perlu menyatakan harapannya terhadap pelajar tersebut di hadapan
ibubapanya.
7. Sesi Majlis penyerahan dan penerimaan pelajar oleh ibu bapa / penjaga kepada
pengetua (secara berakad).
8. Sesi penyerahan rotan (secara simbolik) oleh ibu bapa kepada pengetua.

TINDAKAN GPK HEM

1. GPK HEM akan membuat perjumpaan dengan pelajar terbabit bersama Guru
Disiplin/ GBK.
2. GPK HEM akan membacakan kesalahan-kesalahan lalu yang telah dilakukan oleh
relajar terlibat.
3. GPK HEM akan menerangkan semula tentang tatacara disiplin dan peraturan sekolah
kepada pelajar terlibat.
4. Pelajar akan membuat surat akujanji dengan GPK HEM.

TINDAKAN GURU BIMBINGAN KAUNSELING

4
1. Guru Bimbingan Kaunseling memanggil pelajar tersebut untuk sesi kali pertama.
2. Guru Bimbingan Kaunseling merasionalkan pelajar.
3. Guru Bimbingan Kaunseling membina hubungan dengan pelajar.
4. Pelajar akan membuat surat akujanji dengan Guru Bimbingan Kaunseling.
5. Guru Bimbingan Kaunseling bersama guru kelas akan bawa pelajar tersebut ke kelas
untuk dipertemukan /diperkenalkan dengan rakan-rakan sekelas.
6. Jika pelajar tersebut dari sekolah asal, dia dikehendaki membuat akujanji di hadapan
rakan-rakan berjanji untuk berubah dan tidak akan melakukan kesalahan lagi. Jika
pelajar tersebut bukan dari sekolah itu, memadai dengan membuat sesi
memperkenalkan diri dan harapannya berada di sekolah baru.

TINDAKAN GURU TINGKATAN

1. Memaklumkan prestasi akademik semasa pelajar melalui Laporan Headcount kepada


Guru Bimbingan Kaunseling.
2. Menyediakan laporan Adab Belajar pelajar semasa di dalam kelas untuk
dimaklumkan kepada Guru Bimbingan Kaunseling.

5
CARTA ALIR PROSEDUR PENERIMAAN SEMULA PELAJAR
YANG TELAH DIBUANG SEKOLAH

MULA Pihak sekolah menerima surat daripada JPN tentang kemasukan


semula pelajar yang dibuang sekolah.

Pengetua memanggil ibu bapa/GPK HEM/ Guru Bimbingan


Kaunseling(GBK)/Guru Disiplin/Guru Kelas untuk sesi runding
cara dan akujanji.

GPK HEM membuat perjumpaan bersama GBK/Guru


Disiplin dan pelajar berkaitan untuk sesi
pengukuhan disiplin.

GBK memangggil pelajar untuk sesi bimbingan kali pertama.

Guru tingkatan menyediakan dan melaporkan Headcount /


laporan adab belajar

GBK membuat bimbingan lanjutan.

Menghantar pelajar ke kursus peringkat daerah.

GBK membuat refleksi daripada kursus tersebut.

Hantar laporan kepada Pengetua.


Pengetua membuat pengesahan perubahan sikap pelajar

TAMAT
TAMAT Pemantauan berterusan oleh pihak sekolah.

6
PANDUAN TINDAKAN GURU BIMBINGAN KAUNSELING
BAGI KES PELAJAR YANG DITERIMA SEMULA SETELAH DIBUANG
SEKOLAH.

1. Langkah Pertama.

1.1 Jika pelajar tersebut beragama Islam, jalankan sesi kerohanian seperti
memeriksa bacaan sembahyang, mengucap syahadah dan melakukan solat-
solat sunat yang berkaitan.
1.2 Jika pelajar tersebut bukan beagama Islam, jalankan sesi yang menerapkan
nilai-nilai murni dan hubungan sesama manusia.

2. Langkah Kedua.

2.1 Perbincangan untuk membina matlamat dan pemilihan alternatif.

3. Langkah Ketiga

3.1 Penyemakan dan pemilihan alternatif bersama pelajar.

4. Langkah Keempat.

4.1. Hantar pelajar mengikuti kursus khas peringkat daerah.

5. Langkah Kelima.

5.1 Penyemakan dan penilaian keberkesanan kursus kepada diri pelajar.

6. Langkah Keenam

6.1 Menerima dan menganalisis Laporan semasa Headcount dan Laporan Adab
Belajar pelajar terlibat.

7. Langkah Ketujuh

7.1. Penamatan sesi dengan memberikan penghargaan dan ganjaran jika


berubah ke arah sikap positif
7.2. Hantar laporan secara lisan dan bertulis kepada pengetua.
7.3. Pemantauan secara berterusan oleh GPK.

7
Sebelum kaunseling lanjutan dijalankan, kaunselor perlu mendapatkan maklumat sulit
pelajar dari kaunselor sekolah asal pelajar melalui dokumen sulit.

TENTATIF PROGRAM KURSUS SAYANGI DAKU

Hari pertama.

3.00 - 4.00 ptg - Pendaftaran


4.00 - 5.00 ptg - Taklimat Urusetia/Solat Asar/ Minum Petang.
5.00 6.30 ptg - Ice Breaking
6.30 9.00 mlm - Urus Diri/Makan Malam/Solat Maghrib/Tazkirah/ Moral/Solat Isyak.
9.00 11.00 mlm - Slot 1 : LDK 1 Mengenal Diri
11.00 mlm - Tidur

Hari Kedua.

5.00 6.45 pagi - Solat Subuh/Tazkirah/Moral


7.00 8.00 pagi - Riadah / Sarapan pagi.
8.00 8.30 pagi - Urus Diri
8.30 9.30 pagi - Slot 2 : Ceramah PDRM
9.30-10.30 pagi - Slot 3 : LDK 2 Isu-isu remaja yang telah diutarakan oleh PDRM
10.30 11.00 pagi - Rehat
11.00 1.00 ptg - Slot 4 : LDK 3 Bina Matlamat Kendiri
1.00 2.00 ptg - Makan tengah hari / Solat Zuhor
2.00 6.30 ptg - Slot 5 : Kembara
6.30 9.00 mlm - Urus Diri/Makan Malam/Solat Maghrib/Tazkirah/ Moral/ Solat
Isyak.
9.00 11.00 mlm - Slot 6 : LDK 4 Pembedahan Kembara
11.00 mlm - Tidur

Hari Ketiga

4.00 pagi - Bangun pagi/ Urus Diri / Qiamullail


5.00 pagi - Bangun pagi (Bukan Islam) / Urus Diri / Slot Moral
6.45 8.00 pagi - Riadah / Sarapan pagi
8.00 9.00 pagi - Gotong Royong
9.00 10.30 pagi - Penilaian, Refleksi dan Resolusi Kursus
10.30 11.00 pagi - Rehat
11.00 12.30 tgh - Majlis Penutupan.

8
TAKLIMAT PESERTA

1. Peraturan dan peradaban am kursus


Patuh kepada semua peraturan, peradaban dan arahan
Mendahului atau sekurang-kurangnya menepati masa yang ditetapkan bagi setiap
aktiviti
Sentiasa memakai pakaian yang sopan, kemas dan sesuai mengikut aktiviti.
Sentiasa bersopan dalam tutur kata dan tingkah laku.

2. Tanda nama
Wajib dipakai sepanjang aktiviti berlangsung.

3. Tatacara ceramah dan aktiviti


Wajib mengikut aktiviti dengan sepenuh perhatian.
Hadir lebih awal daripada penceramah atau fasilitator.

4. Pakaian
Ceramah/LDK (siang)/ Majlis Penutupan Program :
Lelaki dan perempuan berpakaian uniform sekolah.
Ceramah/LDK (Malam)/ Taskirah/Moral
Lelaki : T-shirt berkolar dan seluar slack/track bottom
Perempuan : Baju Kurung / T-shirt berkolar dan track bottom
Aktiviti Riadah, Kembara dan Gotong royong : Pakaian sukan, Kasut sukan.

5. Keselamatan/Kecemasan/Sakit/Kecederaan.
Keselamatan diri adalah tanggungjawab sendiri.
Maklumkan kepada urus setia tentang masalah kesihatan yang dialami.

6. Sentiasa memberikan kerjasama kepada urusetia kursus


Sepanjang kursus berlangsung.
Menginap/tidur di bilik yang telah ditetapkan.

7. Waktu Makan dan Minum


Mengikut jadual yang ditetapkan.
Beradab dan beratur semasa mengambil makanan.

8. Keselamatan Hak Milik Peribadi


Keselamatan hak milik peribadi adalah tanggung jawab peserta.

9
Pihak urusetia tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang
kehilngan, kecurian dan sebagainya.
Barang-barang seperti telefon bimbit, kamera, barang kemas dan barang-barang
berharga yang lain hendaklah diserahkan kepada pihak urusetia selepas taklimat
urusetia.

ICE-BREAKING

AKTIVITI : Ice Breaking


FALSAFAH :
Tidak kenal maka tak cinta.
Setiap haiwan akur dengan ketentuan tuhan di muka bumi ini.

MATLAMAT:
Merapatkan hubungan dan mengelakkan jurang antara peserta yang berlainan sekolah.

OBJEKTIF :
1. Mewujudkan rasa kemesraan antara satu sama lain.
2. Menghilangkan rasa malu di kalangan ahli kumpulan.
3. Memberi peluang setiap pelajar mengambil bahagian dalam aktiviti yang dijalankan.

LOKASI : Dewan / Kawasan terbuka


JANGKAMASA : 1 jam 30 minit
LANGKAH
1. Fasilatator meminta pelajar berada di dalam satu kumpulan besar mengikut jantina
masing-masing
2. Fasilitator memberi arahan agar pelajar berkenalan dengan rakan sebelah kanan dan
kiri mereka tentang nama, sekolah dan kedudukan dalam keluarga.
3. Fasilitator memilih beberapa pelajar untuk memperkenalkan rakan yang baru
dikenalinya.
4. Fasilitator mengarahkan pelajar bergerak mencari rakan-rakan yang sama bulan
kelahiran dan membentuk satu kumpulan kecil.
5. Pelajar diminta berkenalan dengan kesemua ahli dalam kumpulan tersebut dari segi
nama, sekolah dan satu kelebihan diri mereka.
6. Seterusnya, fasilitator mengedarkan kad-kad yang mengandungi nama-nama binatang
seperti kucing, anjing, kambing, lembu, itik, ayam, cicak, katak, harimau dan kuda
kepada peserta.
7. Fasilitator meminta peserta membunyikan suara binatang mengikut kad masing-
masing serta mencari kumpulan yang sama bunyi dengannya dan membentuk satu
kumpulan baru.
8. Setiap kumpulan diminta melantik seorang ketua, penolong dan pembentang.
9. Fasilitator meminta peserta membuat perlantikan Penghulu, penghuluwati dan
setiausaha.

10
AKTIVITI : LDK 1: Kenal Diri
FALSAFAH : Kenali Diri Untuk Mengenali Masa Depan Mu
IMBANGAN:
IQ : Pengetahuan mengenai nilai-nilai murni.
EQ: Penerimaan dan kesedaran kendiri .
SQ: Hubungan diri dengan orang lain dan penciptanya.

MATLAMAT:
Melahirkan modal insan yang seimbang dan menyeluruh selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.

OBJEKTIF :
1. Menimbulkan kemesraan sesama peserta dan semangat kerjasama di dalam
kumpulan
2. Menilai kekuatan dan kelemahan diri untuk meningkatkan potensi diri dan
memperbaiki kelemahan diri.
3. Merasionalkan diri dalam setiap tindakan yang dilakukan.

LOKASI : Kelas / dewan / luar kelas


ALATAN: Edaran 1 (Nilai kendiri), Edaran 2 (corak), Lampiran 1 (Interpretasi Inventori
Corak)
JANGKAMASA : 9.00 11.00 malam (2 jam)

LANGKAH:
1. Peserta berada dalam satu bulatan
2. Salam perkenalan: Fasilitator mengenalkan diri dan menyatakan harapan dan tujuan
kelompok. Peserta mengenalkan diri dan menyatakan harapan menghadiri program.
3. Minta peserta menyatakan sebab mereka dibuang sekolah.
4. Edarkan borang kekuatan dan kelemahan kepada peserta. Peserta menulis kelemahan dan
kekuatan diri yang mereka sedari secara jujur.

11
5. Perbincangan mengenai kekuatan untuk meningkatkan potensi diri dan memperbaiki
kelemahan diri peserta
6. Fasilitator mempamerkan inventori corak dan mengedarkan edaran 2 kepada setiap
peserta. Peserta diminta memilih satu corak yang paling menarik perhatiannya.
7. Fasilitator membuat interpretasi personaliti berasaskan corak yang dipilih oleh peserta.
8. Perbincangan kearah tindakan dan perlakuan diri yang rasional yang perlu sentiasa
diamalkan pada setiap masa.

PENILAIAN:
Respon setiap ahli kumpulan

Edaran 1 (Nilai Kendiri)

Nilai Kendiri Kekuatan Kelemahan


1. Kepatuhan peraturan
2. Asertif /tegas diri
3. Membantu
4. Solat / Sembahyang
5. Kejujuran
6. Keegoan
7. Memberi maaf
8. Kerjasama
9. Tanggung jawab
10. Keyakinan diri

12
Edaran 2 (Corak)

1 2 3

4 5 6

7 8 9

13
Lampiran 1 (Interpretasi Inventori Corak)

Anda rela menerima risiko-risiko tertentu untuk mendapatkan kerja


yang menarik dan pelbagai. Sebaliknya, rutin berkecenderungan
untuk meninggalkan kesan lumpuh pada diri anda.
Anda suka sekali berupaya memainkan peranan aktif dalam
peristiwa dalam hidup anda. Dalam usaha anda yang berkenaan,
inisiatif diri sangat nyata.

Perasaan halus anda bermutu tinggi dan tahan lama. Akibatnya,


anda suka mengelilingi diri dengan "permata-permata" yang anda
temui sendiri apabila orang lain terlepas perhatian.
Justeru itu, kebudayaan memainkan peranan khas dalam hidup
anda. Anda telah menjumpai gaya peribadi sendiri, yang tampan
dan ekskusif - serta bebas daripada olahan fesyen. Kehidupan
anda adalah berlandaskan ideal diri iaitu kesukaan yang beradab.
Anda menghargai sesuatu tahap kebudayaan daripada orang yang
anda berkawan.

Anda seorang yang sensitif. Anda enggan memandang dari segi


rasional dan waras sahaja. Perasaan anda membawa erti yang
sama penting. Anda berpendapat bahawa harapan adalah penting
dalam hidup.
Anda menolak orang yang mencaci romantisme dan hanya
dipandukan oleh rasionaliti. Anda tidak membenarkan sebarang
kongkongan terhadap variasi perasaan hati dan emosi anda.

Anda dapat memahami diri dan persekitaran anda dengan lebih


kerap dan mendalam jika dibandingkan dengan kebanyakan
orang lain. Anda bencikan kedangkalan; anda lebih sanggup
bersendirian berbanding dengan bercakap perkara remeh.
Perhubunan anda dengan rakan-rakan adalah amat intensif; ini
memberikan harmoni dan ketenangan dalaman yang
mengakibatkan perasaan baik. Anda tidak keberatan bersendirian
bagi jangka masa yang panjang; anda jarang berasa bosan

14
Anda mengehendaki kehidupan bebas dan tak tersangkut untuk
membenarkan anda menentukan arah tuju sendiri. Anda
mempunyai kecenderungan seni dalam pekerjaan atau aktiviti
riadah. Kadang kala, deskan anda untuk kebebasan
menyebabkan anda melakukan perkara yang bertentangan
dengan apa yang dijangkakan daripada anda.
Gaya hidup anda amat individualis. Anda tidak meniru apa yang
popular, sebaliknya cuba hidup mengikut idea dan kepercayaan
diri - walaupun menentang pendapat umum.

Anda menghargai gaya natural dan suka perkara yang tak rumit.
Orang lain mengagumi anda kerana anda praktikal dan mereka
boleh bergantung kepada anda. Anda memberi orang yang rapat
dengan anda rasa selamat dan kelapangan. Anda dipersepsikan
sebagai orang yang mesra dan insani. Anda menolak segala yang
menyilaukan dan lapuk. Anda berkecenderungan untuk berasa
skeptik terhadap kehendak trenda fesyen. Bagi anda, pakaian
haruslah praktikal dan tampan tanpa menonjol.

Anda menguasai hidup anda dengan lebih mempercayai


usaha sendiri daripada nasib. Anda menyelesaikan masalah
dengan ragam yang praktikal dan tak rumit. Anda memandang
secara realistik unsur-unsur dalam hidup dan menanganinya
tanpa ragu-ragu. Anda diberi banyak tanggungjawab di tempat
kerja kerana orang lain boleh bergantung kepada anda.
Kekuatan azam anda yang menonjol menunjukkan sifat
keyakinan diri kepada orang lain. Anda tidak berpuas hati
sepenuhnya sehingga anda telah mencapai idea-idea anda.

15
Anda suka hidup yang bebas dan spontan. Anda cuba
menikmati hidup anda dengan sepunuhnya mengikut motto:
"Anda cuma hidup sekali."
Anda bersifat ingin tahu dan terbuka kepada segala yang baru;
anda memajukan diri atas perubahan. Tiada yang lebih buruk
daripada rasa diikat. Anda mengalami persekitaran sebagai
sesuatu yang versatil dan sering menakjubkan.

Anda mudah berbicara tetapi bersifat berhati-hati. Walaupun


anda berkawan dengan mudah anda menikmati persendirian dan
kebebasan. Anda suka memencilkan diri dari masa ke masa
untuk merenung tentang erti hidup serta menikmati sendirian diri.
Anda memerlukan kelapangan, jadi anda berlepas ke tempat
bersembunyi yang permai. Namun, anda bukan penyendiri. Anda
berdamai dengan diri sendiri dan dunia, serta anda menghargai
hidup anda dan apa yang ditawarkan oleh dunia ini.

16
AKTIVITI: LDK 2: CERAMAH POLIS DIRAJA MALAYSIA

FALSAFAH:

Membina matlamat adalah fasa yang penting dalam mengejar kecemerlangan


kehidupan. Matlamat diperlukan sebagai panduan untuk melaksanakan
perubahan ke arah yang lebih sempurna.

MATLAMAT:

Membina sasaran realistik dan sesuai dengan nilai murni yang diterapkan sepanjang
kursus dilaksanakan

OBJEKTIF:

1. Membantu pelajar memperoleh pengetahuan peraturan dan undang-undang


negera di dalam hidup bermasyarakat bagi kehidupan yang sihat dan sejahtera.
2. Menyumbang kepada perkembangan pelajar bagi meningkatkan kesejahteraan
dan tingkahlaku yang bertanggungjawab
3. Menerapkan nilai sayangkan diri dan negara dengan bertanggungjawab dan
penyayang di dalam perhubungan peribadi dan keahlian dalam komuniti

ISI KANDUNGAN:

1. Ceramah peraturan dan undang-undang negara


2. Soal jawab
3. Menghurai kepentingan mematuhi peraturan dan undang-undang
4. Menerangkan langkah untuk mencapai matlamat
5. Kesan sekiranya undang-undang tidak dipatuhi

LOKASI: Dewan

JANGKAMASA: 8.30 pg-10.30 pg

LANGKAH PELAKSANAAN:
1. PDRM memberikan input berkaitan salahlaku jenayah, dadah dan seksual
2. Soal jawab antara peserta dengan PDRM
3. Peserta membina dapatan secara peta minda
4. Minta peserta membincangkan nilai negatif dan positif
5. Fasi menerangkan kepentingannya mematuhi peraturan dalam kehidupan
6. Perpaduan 1 Malaysia

17
ALATAN:
1. Kertas Mahjong
2. Pen Marker

PENILAIAN DAN DAPATAN:


Peserta akan memahami kepentingan mematuhi undang-undang negara serta masyarakat
demi kesejahteraan diri dan masyarakat.

18
AKTIVITI: LDK 3: MEMBINA MATLAMAT ( SEMALAM, HARI INI, ESOK)

IMBANGAN AKTIVITI: Penekanan kepada EQ, SQ dan IQ

FALSAFAH:

Membina matlamat adalah fasa yang penting dalam mengejar kecemerlangan


kehidupan. Matlamat diperlukan sebagai panduan untuk melaksanakan perubahan ke
arah yang lebih sempurna.

MATLAMAT:

Membina sasaran realistik dan sesuai dengan nilai murni yang diterapkan sepanjang
kursus dilaksanakan

OBJEKTIF:

1 Membina matlamat untuk mencapai perubahan yang positif


2. Mengetahui langkah mencapai matlamat dengan cara yang betul
3. Menerapkan nilai murni dalam pembinaan matlamat

ISI KANDUNGAN:

1. Membina matlamat bagi setiap ahli kumpulan


2. Menyusun kata-kata nilai yang terbalik
3. Menghurai kepentingan setiap nilai dalam membina matlamat
4. Menerangkan langkah untuk mencapai matlamat
5. Kesan sekiranya matlamat yang dinyatakan tidak berjaya

LOKASI: Dewan atau kelas

JANGKAMASA: 11.00 pg 1.00 ptg (hari kedua)

LANGKAH PELAKSANAAN:

9. Fasi mengedarkan borang pernyataan matlamat dan garisan kehidupan.


10. Fasi meminta peserta menulis matlamat kehidupan dan melukis garisan
kehidupan
11. Fasi mengedarkan senarai nilai yang diterbalikkan perkataannya
12. Minta peserta membetulkan susunan perkataan dan menyebutkan perkataan
tersebut

19
13. Fasi minta peserta menerangkan sedikit maksud perkataan dan
kepentingannya dalam kehidupan
14. Peserta diminta menerangkan matlamat kehidupan dan garisan kehidupan
yang telah dilukis. Ahli kumpulan boleh bertanya sepanjang aktiviti
dilaksanakan.
15. Nyatakan falsafah membina matlamat di akhir aktiviti ini.

ALATAN:

Senarai nilai yang tunggang terbalik


Senarai nilai yang sebenar
Lampiran petikan

PENILAIAN DAN DAPATAN:

Peserta akan membina matlamat diri serta menilai peristiwa yang berlaku sepanjang
kehidupannya. Peserta berbincang mencari nilai yang diperlukan sebagai seorang yang
berjaya dalam kehidupan. Peserta juga perlu berkomunikasi dengan berkesan dalam setiap
aktiviti dan mengetahui kepentingan membina matlamat diri.

20
SENARAI NILAI
LINPISREBSID - BERDISIPLIN
TERIKABE - BERETIKA
GUNGWABREBJATANG - BERTANGGUNGJAWAB
HUTAGEPENANREB - BERPENGETAHUAN
RAKBEHLAK - BERAKHLAK
RANKIFIREB BERKATU - BERFIKIRAN TERBUKA
RAKBEHLAK - BERAKHLAK
RANKIFIREB BERKATU - BERFIKIRAN TERBUKA
KEREBHAMIRAN - BERKEMAHIRAN
TAREKIF - KREATIF
NOITIVAF - INOVATIF
TERMABERI SIHAK - BERTERIMA KASIH
NOLASRAI - RASIONAL
GORSIPFER - PROGRESIF
DARBEYA ISANG - BERDAYA SAING
RABASREB - BERSABAR
GANDANREBPAN JUAH - BERPANDANGAN JAUH
PILANTEKMARREB - BERKETERAMPILAN
HISAT - SIHAT
DERBEKASIDI - BERDEDIKASI
MEHAHREB - BERHEMAH
SURBEAHA - BERUSAHA
DERBIRIKA - BERDIKARI
LARMENGCE - CEMERLANG
LAMINGGE - GEMILANG
LABINGRET - TERBILANG
TABEH - HEBAT
DERCAS - CERDAS
GERSAC - CERGAS

21
SENARAI NILAI SILA SUSUN SEMULA
PERKATAAN

LINPISREBSID -
TERIKABE -
GUNGWABREBJATANG -
HUTAGEPENANREB -
RAKBEHLAK -
RANKIFIREB BERKATU -
RAKBEHLAK -
RANKIFIREB BERKATU -
KEREBHAMIRAN -
TAREKIF -
NOITIVAF -
TERMABERI SIHAK -
NOLASRAI -
GORSIPFER -
DARBEYA ISANG -
RABASREB -
GANDANREBPAN JUAH -
PILANTEKMARREB -
HISAT -
DERBEKASIDI -
MEHAHREB -
SURBEAHA -
DERBIRIKA -
LARMENGCE -
LAMINGGE -
LABINGRET -
TABEH -
DERCAS -
GERSAC -

22
Semalam, Hari Ini & Esok:

Matlamat Kehidupanku Hari Ini :


________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________

Matlamat Kehidupanku :
________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________
_____________________________________________________________

23
SLOT 4 : PERINCIAN MODUL AKTIVITI KEMBARA ILMU

NAMA AKTIVITI : KEMBARA ILMU


IMBANGAN AKTIVITI : SQ (25%), EQ (25%) IQ (25%) AQ (25%)
FALSAFAH : Jauh Perjalanan Luas Pengalaman
MATLAMAT : Melahirkan insan yang memahami etika, moral, nilai,
adab, adat dan undang-undang
OBJEKTIF
i. menanam rasa bertanggungjawab kepada diri, ahli kumpulan dan
masyarakat
ii. meningkatkan tahap disiplin melalui aktiviti secara tidak langsung
yang terkawal
iii. merasai sendiri perasaan dihargai, menghargai dan menghormati
orang lain secara langsung

ISI KANDUNGAN : CP1 hingga CP7


LOKASI : Kawasan Perkampungan
JANGKAMASA : 3 jam
LANGKAH PELAKSANAAN : Rujuk Dibawah
ALATAN : Rujuk Dibawah
PENILAIAN DAN DAPATAN : Rujuk Lampiran

CP 1: CAKNA

AKTIVITI: TAKLIMAT OLEH KETUA FASILITATOR DAN PEMBERIAN BARANG


AMANAH

TUJUAN: Setiap kumpulan tahu tugasan dan peranan mereka dalam perjalanan KEMBARA
ILMU

GERAK KERJA:

1. Memberikan tugas kepada ahli ketika kembara dan mengingatkan agar peserta Islam
mereka berzikir sepanjang perjalanan. Semua peserta Islam dimestikan dalam
keadaan berwuduk sepanjang perjalanan. Peserta bukan Islam diminta menghormati
peserta Islam yang berzikir dalam perjalanan
2. Setiap ahli kumpulan Islam wajib menunaikan solat asar di mana jua mereka berada
setelah masuk waktu. Setiap kumpulan dilarang melepasi sesuatu CP selagi mereka
tidak menunaikan solat asar setelah kedengaran suara azan.
3. Membuat tautan tali untuk ahli bersatu. Ahli wajib berjalan bersama-sama dalam
tautan tali yang diberi. Pasukan rondaan akan digerakkan untuk memantau
4. Memberikan ahli kad kembara dan ahli perlu memenuhkan ruangan kad tersebut
dengan tanda tangan fasilitator dan masa sampai di sesuatu CP

24
5. Memberikan ahli barang amanah dan ahli wajib menjaga barang amanah masing-
masing iaitu telur mentah dan belon berisi air. Jika barang amanah pecah, maka
kumpulan itu akan menghadapi denda di akhir sesi KEMBARA
6. Memberikan ahli sampul amanah. Ahli wajib simpan dan serah semula pada ketua
fasilitator seperti asal di akhir KEMBARA
- cth: sampul surat bergam berisi ucapan tahniah.
7. Memberikan ahli rangkaian kata-kata rangsangan untuk dihafal. Setiap kumpulan
wajib menghafal ayat-ayat yang ditentukan mengikut kreativiti masing-masing.
8. Mengingatkan peserta perlu melepasi semua 7 CP dengan jayanya. Sebarang
gangguan atau godaan perlulah dihindarkan.
9. Melepaskan perjalanan ahli. Setiap kumpulan akan diawasi oleh seorang fasilitator
terlatih atau urusetia kursus. Pasukan rondaan akan sering memerhati pergerakan
keumpulan demi keselamatan mereka.

ALATAN:
Sampul surat, kad kembara, belon berair, telur, tali, bendera kumpulan, lembaran ayat
hafazan

PETUGAS TAMBAHAN:
Pengganggu peserta dengan merampas, memecah atau membubarkan ahli kumpulan
serta alatan yang dibawa dengan cara yang berhikmah sebagai ujian untuk mereka.

CONTOH KATA-KATA RANGSANGAN

BERDISIPLIN SENTIASA DALAM PERJALANAN KAMI

TUHAN MELIHAT APA YANG KAMI LAKUKAN

KAMI AKAN BERUBAH MENJADI LEBIH BAIK

MASA DEPAN KAMI DITANGAN KAMI MELALUI USAHA KAMI

SAYA PERCAYA SAYA ADALAH MANUSIA YANG BERGUNA

SAYA YANG MAHU BERJAYA MAKA SAYA YANG KENA BELAJAR

SAYA MESTI MULAKAN LANGKAH PERTAMA UNTUK BERUBAH

IBU AYAH, SAYA ADALAH ANAK YANG BAIK

25
CP 2: PENYIASAT

AKTIVITI: KAJIAN KES

TUJUAN:
1. Melatih ahli untuk mendapatkan sesuatu maklum balas.
2. Memberanikan usaha menerima teguran dari orang lain dengan hati terbuka
dan bersedia menasihati rakan-rakan yang membuat kesilapan

GERAK KERJA:

1. Minta peserta bacakan 20 kesan melanggar disiplin ponteng sekolah, ponteng kelas
dan ponteng kokurikulum seperti di arah CP3 (bagi sesetengah kumpulan yang
bermula dari CP7 ke CP1)
2. Fasi akan memberikan arahan kepada peserta perkara berikut
3. Setiap kumpulan dikehendaki mendapatkan nama, umur, bangsa dan seorang
pengunjung warong atau kedai yang dilalui.
4. Setiap kumpulan perlu mendapatkan pendapat orang berkenaan kesan melanggar
disiplin sekolah, dan melakukan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan..
Bertanya dengan berhikmah dan cara terbaik
5. Tulis nama orang berkenaan dan pendapatnya dalam kertas A4 yang dibekalkan.
6. Dapatkan tanda tangan orang berkenaan pada kertas yang diberikan
7. Serahkan hasil bancian tersebut pada fasi CP2
8. Fasi CP2 perlu memantau perlakuan peserta dan tindakbalas orang awam
9. Catatkan nama kumpulan pada kertas laporan peserta

ALATAN: KERTAS A4, PEN

26
CP 3: KAMI BERSAMA

AKTIVITI : MEMPERCAYAI RAKAN

TUJUAN: MEMUPUK UKHUWAH DAN MEMBINA KEPERCAYAAN SESAMA


MANUSIA

GERAK KERJA:

1. Setiap kumpulan diminta menyediakankan 3 orang ahli untuk aktiviti ini.


2. Seorang peserta akan diikat mata manakala dua peserta lagi dihadapan dan
belakangnya
3. Peserta yang dibutakan diminta menumbangkan diri ke hadapan dan ke belakang
serta peserta dua lagi akan menolak secara bergilir gilir.
4. Buat aktiviti ini untuk semua ahli jika berkesempatan
5. Masa yang diperuntukan selama 5 minit bagi setiap kumpulan
6. Fasi minta mereka menyatakan perasaan ketika menjadi buta, ketika menahan badan
rakan dan ketika aktiviti dijalankan.
7. Fasi menjelaskan maksud kerjasama, pembinaan kepercayaan dan kejujuran dalam
kumpulan. Berikan ucapan tahniah dan motivasi kepada peserta serta kesyukuran atas
nikmat Allah menjadikan diri sempurna dan cantik.
8. Maklumkan tentang keperluan mempercayai dan memerlukan orang lain untuk
mengelakkan perkara buruk.
9. Sebelum peserta bergerak, minta mereka menyenaraikan 20 kesan ponteng sekolah,
ponteng kelas dan ponteng kokurikulum. Senarai perlu dibacakan di CP4 atau CP2

ALATAN: KAIN PENUTUP MATA

27
CP 4: MENCARI KEBESARAN ALLAH

AKTIVITI: MENINJAU SEKITAR KAMPUNG DAN MAKNA KEPADA


KEBESARAN ALLAH

GERAK KERJA:
1. Minta peserta membacakan senarai 20 kesan ponteng sekolah, ponteng kelas dan
ponteng kokurikulum seperti yang diarahkan di CP3 (bagi sesetengah kumpulan
yang bermula dari CP1 ke CP7)
2. Minta peserta mencatatkan 10 perkara/benda disekitar CP yang menunjukkan
kebesaran Allah (Rukun Negara Percaya Kepada Tuhan)
3. Catatkan pada kertas setiap perkara dan bukti kebesaran Allah pada benda itu seperti
pokok, membesar dengan izin Allah dan mati dengan izin Allah serta boleh berbuah
dengan izin Allah.
4. Catatkan semua 10 benda dan akan dibentangkan semasa bedah siasat KEMBARA
5. Minta mereka ciptakan 4 rangkap pantun berunsurkan kecintaan kepada negara,
bangsa dan kebesaran Allah untuk dibacakan malam ini

ALATAN: Kertas, Pen

CP5: CINTAI ILMU

AKTIVITI: MENAMAKAN MATA PELAJARAN DAN RINGKASAN KANDUNGANNYA

TUJUAN: MENGETAHUI MAKNA SESUATU MATA PELAJARAN

GERAK KERJA:

1. Setiap kumpulan perlu menulis 15 mata pelajaran yang pernah dipelajari di sekolah
menengah
2. Buat perbincangan ringkas dalam kumpulan untuk mencari makna dan ringkasan
pengisian mata pelajaran tersebut.
3. Minta setiap peserta menyatakan pengisian ringkas mata pelajaran yang mereka
ketahui
4. Denda ahli jika mereka gagal menyelesaikan tugasan dalam masa 10 minit.

ALATAN: Kertas catatan, pen

28
CP 6: KAMI BERAKAL

AKTIVITI: MENAMAKAN ANGGOTA BADAN MEREKA

TUJUAN: MEMBERI PENEKANAN KEPADA FUNGSI AKAL DAN ANGGOTA


BADAN DALAM KEHIDUPAN

GERAK KERJA:

1. Minta ahli menamakan anggota badan dan fungsinya secara bergilir-gilir


2. Minta mereka menyatakan perbezaan antara hati dan otak, fungsinya dan
perbandingan mereka sebagai manusia dengan haiwan.
3. Minta ahli teruskan perjalanan dengan zikir Alhamdulillah (Islam) atau terima kasih
Tuhan (Non Muslim) secara kuat.

ALATAN: TIADA

CP7: PENGAKUAN DIRI

AKTIVITI: SINGGAH DI SESEBUAH RUMAH DAN MEMBUAT PENGAKUAN


DIRI
TUJUAN: MENERIMA KELEMAHAN DAN KESILAPAN DIRI SENDIRI

GERAK KERJA:

1. Setiap kumpulan mesti singgah di sebuah rumah.


2. Jumpa dengan tuan rumah tersebut dan minta izin untuk membacakan ayat pengakuan
diri. Boleh dibaca serentak dalam kumpulan atau individu dengan kata-kata yang
berbeza
3. Minta tuan rumah memberikan biodata seperti nama penuh, nombor rumah dan
nasihat yang diberikan kepada peserta
4. Minta izin untuk meneruskan perjalan dengan bersopan santun
5. Fasi CP7 perlu memantau.pergerakan peserta dan respon tuan rumah yang dikunjungi
6. Kata-kata yang boleh dijadikan panduan untuk pengakuan diri rujuk senarai pada
lampiran

ALATAN: Senarai kata pengakuan diri

29
CONTOH SENARAI KATA PENGAKUAN DIRI

1. PAKCIK, SAYA PERNAH MELAKUKAN KESILAPAN DAHULU. MULAI


HARI INI SAYA TIDAK AKAN MENGULANGI KESILAPAN DAHULU
LAGI. SAYA AKAN BELAJAR BERSUNGGUH-SUNGGUH DEMI MASA
DEPAN SAYA. SAYA PERCAYA SEMUA ORANG SAYANGKAN SAYA,
TETAPI SAYA YANG TIDAK PANDAI MENGHARGAI DIRI SENDIRI.
MULAI HARI INI SAYA AKAN JADI MANUSIA YANG BERDISIPLIN DAN
SENTIASA MEMATUHI PERATURAN SEKOLAH

2. PAKCIK, SAYALAH MANUSIA YANG DAHULU TIDAK TAHU


MENGHARGAI JASA GURU DAN IBUBAPA. SAYA MEMBUAT SALAH
LAKU YANG TIDAK SEPATUTNYA. SEKARANG SAYA SUDAH INSAF
DAN MAHU MEMPERBAIKI DIRI SAYA. SAYA TAHU KEJAYAAN SAYA
ADALAH ATAS USAHA SAYA DENGAN BANTUAN GURU DAN IBUBAPA.
MOGA TUHAN BERIKAN KEKUATAN KEPADA SAYA UNTUK TERUS
BELAJAR DEMI MASA DEPAN SAYA

3. PAKCIK, BERIKANLAH DORONGAN DAN DOAKAN SAYA UNTUK


MENJADI INSAN BERGUNA MULAI SAAT INI SEHINGGA AKHIR HAYAT
SAYA. SAYA TAHU SUATU HARI NANTI SAYA AKAN DEWASA SEPERTI
PAKCIK. TETAPI KALAU SAYA GAGAL SEKARANG DAN TIDAK
BERUBAH SEKARANG, MAKA HANCURLAH MASA DEPAN SAYA. PADA
USIA REMAJA INI, SAYA BERJANJI AKAN BERUBAH UNTUK MENJADI
MANUSIA TERBAIK. SAYA AKAN DEWASA SEBAGAIMANA ORANG
LAIN YANG BERJAYA

30
PENUTUPAN KEMBARA

TEMPAT: DEWAN BESAR


MASA: JAM
AKTIVITI: MENGUMPUL BARANG AMANAH DAN KAD CHECK POINT

GERAK KERJA:

1. Fasi menyemak kata-kata rangsangan yang perlu diinagt setiap kumpulan


2. Fasi menulis skor hafazan dalam kad check point di ruangan catatan.
3. Fasi memeriksa barang amanah dan kad check point
4. Denda dengan menyanyikan lagu patriotik jika berlaku pecah amanah dan belon
pecah

ALATAN: BARANG AMANAH DAN KAD CHECK POINT

BEDAH SIASAT KEMBARA SUFI

AKTIVITI: BEDAH SIASAT KEMBARA SUFI

TUJUAN: REFLEKSI DAPATAN KEMBARA SUFI

MASA: 9.00 11.00 MALAM (malam kedua)

GERAK KERJA:

1. Setiap kumpulan akan dipanggil secara bergilir untuk membuat persembahan dan
membentangkan hasil KEMBARA ILMU mereka
2. Persembahan dimulakan dengan membacakan pengalaman KEMBARA ILMU dan
ANCHOR kumpulan.
3. Fasilitator perlu memantau masa persembahan agar tidak meleret-leret
4. Minta ketua kumpulan memberikan refleksi kepada semua check point dan kesannya
kepada ahli kumpulan
5. Ketua fasilitator bersama-sama fasilitator lain membuat ulasan positif kepada setiap
kumpulan di setiap check point. Nyatakan matlamat aktiviti yang mereka lakukan
6. Setiap kumpulan membuat Aku Janji dengan mengulangi semula kata-kata hikmah
yang dihafal sepanjang perjalanan KEMBARA ILMU

ALATAN: Tiada

31
CONTOH REKOD PERJALANAN KEMBARA

CHECK WAKTU T.TANGAN CATATAN CATATAN


POINT SAMPAI FASI FASILITATOR KETUA
KUMPULAN

TANDA TANGAN TANDA TANGAN


KETUA FASILITATOR KETUA KUMPULAN

........................................... ................................................

32
AKTIVITI: TAZKIRAH 1: Aktiviti selepas solat Isya (Hari Pertama)

IMBANGAN AKTIVITI: Penekanan kepada SQ

FALSAFAH: Kerohanian adalah teras kepada keperibadian yang unggul.

MATLAMAT: Pelajar rajin mengerjakan solat 5 kali sehari.

OBJEKTIF:
1. Pelajar sedar tanggungjawab mengerjakan solat.
2. Pelajar tahu solat dapat membantu diri menjadi insan yang soleh
3. Mengelakkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang mungkar.

ISI KANDUNGAN: 1. Allah Maha Besar, Pengampun dan Penyayang.


2. Rukun Islam: 5 perkara: Wajib dilaksanakan.
3. Cinta kepada Allah: Cinta yang sejati.
4. Keinsafan memberi ruang bagi kita untuk
bertaubat.

LOKASI: Surau/ Dewan

LANGKAH:
1. Pelajar di minta mendirikan sebuah rumah yang dengan menggunakan bahan
yang dibek
2. Pelajar diarahkan menarik tiang rumah yang telah siap dibina sebatang demi
sebatang dengan memelihara rumah tersebut daripada runtuh
3. Perhatikan tempoh yang diambil untuk menyelamatkan rumah tersebut dan hasil
terakhir daripada aktiviti ini.
4. Fasilitator meminta pandangan pelajar tentang perkara yang tersirat daripada
permainan tersebut dan kaitannya dengan kehidupan kita seharian sebagai umat
Islam: Nombor 5.
- Rumah yang terdiri daripada 5 tiang:
- Rukun Islam 5 perkara
- Solat 5 waktu sehari.
- Menarik tiang rumah satu persatu adalah umpama meninggalkan solat setiap
hari
- Rumah runtuh: Umpama akhlak runtuh/Peribadi yang tidak unggul.

5. Bacaan zikir munajat beramai-ramai


6. Nyanyian lagu berunsur kerohanian:
Lagu Andaiku tahu- Kumpulan Ungu
Lagu Ketulusan Hati- Anuar Zain.
ALATAN: Paku besar 5 batang
2 buah buku .
CD dan lirik lagu Andaiku Tahu dan Ketulusan Hati

33
AKTIVITI: PERBENGKELAN SOLAT 1: Aktiviti selepas solat Isya (Hari Kedua)

IMBANGAN AKTIVITI: Penekanan kepada SQ

FALSAFAH: Kerohanian adalah teras kepada keperibadian yang unggul.

MATLAMAT: Pelajar dapat mengerjakan solat 5 kali sehari dengan


cara pelakuan yang betul.

OBJEKTIF: 1. Pelajar dapat baiki cara pelakuan solat.


( Fokus pada pelakuan/ perbuatan sahaja )

ISI KANDUNGAN: 1. Demonstrasi pelakuan solat yang betul.

LOKASI: Surau/ Dewan

LANGKAH:
1. Fasilitator mendemonstrasikan cara pelakuan yang betul sewaktu solat: cara
mengangkat takbir, cara rukuk, cara sujud, duduk di antara dua sujud dan lain-
lain.
2. Pelajar diarahkan untuk melakukan demonstrasi solat secara beramai-ramai
mana-mana solat 4 rakaat, solat maghrib dan solat subuh.
3. Fasilitator memerhatikan setiap pelakuan solat pelajar.
4. Fasilitator menerangkan cara yang betul dalam setiap pelakuan solat dan
membetulkan kesilapan pelajar.
5. Fasilitator menerangkan tentang rahsia atau hikmah di sebalik setiap perbuatan
tersebut.

ALATAN: Sejadah.

34
AKTIVITI: PERBENGKELAN SOLAT 2: Aktiviti selepas solat Isya (Hari Kedua)

IMBANGAN AKTIVITI: Penekanan kepada SQ

FALSAFAH: Kerohanian adalah teras kepada keperibadian yang unggul.

MATLAMAT: Pelajar dapat mengerjakan solat 5 kali sehari dengan


cara bacaan yang betul.

OBJEKTIF: 1. Pelajar dapat baiki bacaan dalam solat.


( Fokus pada bacaan sahaja )

ISI KANDUNGAN: 1. Demonstrasi bacaan dalam solat yang betul.

LOKASI: Surau/ Dewan

LANGKAH:

1. Setiap pelajar diminta untuk membaca al-Fatihah


2. Fasilitator mendengar dan mengenalpasti kesalahan pelajar
3. Fasilitator menerangkan cara bacaan yang betul dalam solat terutamanya dalam
rukun-rukun Qauli
4. Fasilitator membetulkan bacaan Fatihah pelajar dan membetulkan bacaan setiap
tukun-rukun Qauli dan beberapa bacaan yang disunatkan dalam solat.
5. Fasilitator menerangkan bacaan dalam solat terutamanya dalam rukun-rukun
Qauli dan beberapa bacaan sunat.

ALATAN: Bahan edaran kepada pelajar:


Buku Asas Bimbingan Solat: Lelaki dan Perempuan.

35
SLOT MORAL 1 (2 jam)

TEMA : Everybody Can Be Superstar(Setiap orang boleh jadi Superstar)

IMBANGAN AKTIVITI :
Mengenali kelebihan dan kelemahan diri sendiri dan orang lain serta penekanan
kepada nilai-nilai murni yang akan menjamin kejayaan dalam kehidupan setiap
individu

FALSAFAH:
Mengenali dan menyesuaikan diri dengan alam persekolahan adalah penentu
kejayaan hidup

MATLAMAT:
Mencapai kejayaan dalam kehidupan yang bakal ditempuhi di sekolah

OBJEKTIF:
1. Dapat mengenali diri sendiri serta ahli-ahli dalam kelompok dengan lebih rapat
2. Merapatkan hubungan sesama ahli kelompok
3. Dapat menerapkan sikap kerjasama di kalangan ahli kelompok
4. Dapat mengenali mengenali kelemahan dan kekuatan diri masing-masing
5. Dapat mengetahui kepentingan dan tanggungjawab mematuhi peraturan sekolah

ISI KANDUNGAN:
Aktiviti 1: Siapakah Superstar Ini? (Sesi Kenal Mesra)
Aktiviti 2: Siapakah Aku ? ( LDK )

LOKASI: Dewan atau Kelas

JANGKAMASA: 7.00 - 9.00 malam (Hari pertama)

AKTIVITI 1 : Siapakah Superstar Ini ?( Sesi Kenal Mesra)

LANGKAH PELAKSANAAN:

1. Fasilitator mengarahkan semua ahli kelompok masukkan tanda nama (name tag) ke
dalam kotak yang disediakan .
2. Fasilitator meminta semua ahli kelompok mengambil tanda nama dari kotak tersebut
secara rawak (Pastikan pelajar tidak ambil tanda nama sendiri)
3. Fasilitator meminta setiap pelajar memanggil tanda nama pelajar yang dipegangnya untuk
tampil ke hadapan dan memperkenalkan diri masing-masing iatu nama,nama
sekolah,tingkatan dan tempat berasal

36
4. Ahli kelompok boleh mengemukakan soalan kepada pelajar-pelajar lain setelah selesai
memperkenalkan diri masing-masing

AKTIVITI 2: SIAPAKAH AKU ( LDK )

LANGKAH PERLAKSANAAN :

1. Fasilitator mengedarkan kertas (Lampiran 1) dan pensil kepada setiap pelajar.


2. Fasilatator meminta pelajar-pelajar menyenaraikan perkara-perkara yang mereka
gemar dan tidak gemar lakukan di sekolah.
3. Setiap pelajar bergilir-gilir untuk membentangkan hasil tugasan yang telah disiapkan.
4.Fasilitator meminta setiap pelajar memberi komen dan pendapat masing-masing
tentang hasil pembentangan yang telah dilakukan. Seterusnya, fasilitator berbincang
dengan ahli kelompok samada perkara yang mereka gemar dan tidak gemar lakukan di
sekolah itu merupakan satu kelemahan dan kekuatan diri masing-masing.
5.Fasilitator akan merasionalkan dan merumuskan perbincangan tentang aktiviti
lampiran 1.

ALATAN:
Kertas A4,pen,tanda nama,kotak,lembaran kerja(Lampiran 1 ).

PENILAIAN DAN DAPATAN:

Perbincangan dalam kumpulan akan membantu semua ahli kelompok dapat


bekerjasama dan mengenali antara satu sama lain. Di samping itu, ahli kelompok turut
mendapat ikhtibar daripada pendapat dan idea yang diperkongsikan oleh setiap ahli
kelompok melalui hasil perbentangan dan perbincangan tersebut. Keberkesanan aktiviti ini
diharapkan dapat membantu semua pelajar meningkatkan lagi sahsiah murni mereka.

37
SLOT MORAL 2 ( 1 jam )

TEMA : Apa Kata Survey ?

IMBANGAN AKTIVITI :

Membantu pelajar menghadapi realiti kegagalan dalam hidup dan membuat


persediaan menempuh alam kehidupan baru di sekolah dengan penuh keyakinan

FALSAFAH:

Individu yang berani menghadapi cabaran dan rintangan dalam hidup adalah
individu yang akan berjaya dalam hidup

MATLAMAT:

Membantu pelajar menyedari dan insaf sama ada sikap atau tingkahlaku yang
diamalkan sebelum ini mendatangkan faedah atau mudarat kepada diri sendiri
masing-masing.

OBJEKTIF:

1.Membimbing pelajar menjadi individu yang dapat mengembangkan watak, peribadi,


dan sahsiah unggul.
2.Membantu pelajar menerima realiti kegagalan dalam hidup (dibuang sekolah) dan
membuat persediaan psikologi menghadapi alam kehidupan baru di sekolah dengan
penuh keyakinan
3.Membentuk keperibadian yang tinggi agar menjadi pelajar contoh kepada rakan lain.

ISI KANDUNGAN:

1. Membantu pelajar menyedari sebab menghadiri kursus ini


2. Membantu pelajar menerima hakikat dibuang sekolah melalui perkongsian
pengalaman bersama tentang sejarah persekolahan masing-masing sebelum
menghadiri kursus ini
3. Menggalakkan ahli kelompok bertukar pendapat melalui sesi perbincangan
4. Fasilitator dapat menggalakkan luahan perasaan dan pendapat di kalangan ahli
kelompok berdasarkan sejarah persekolahan yang dikumpul (Lampiran 2)

LOKASI: Dewan atau Kelas

JANGKAMASA: 5.45 6.45pagi (Hari kedua)

38
AKTIVITI 1 : SEJARAH PERSEKOLAHAN SAYA?

LANGKAH PELAKSANAAN:

1. Fasilitator dan ahli kelompok akan duduk bersama dalam satu bulatan.
2. Fasilitator akan mengedarkan Lampiran 2 dan mengarahkan pelajar melengkapkan
lampiran tersebut dalam 15 minit.
3. Fasilitator akan mengumpul balik lampiran 2 tersebut
4. Fasilitator menjalankan perbincangan berdasarkan lampiran tersebut.
5. Fasilitator menemuramah ahli kelompok secara bergilir-gilir berdasarkan data yang
diperolehi dalam lampiran 2
Apakah perasaan anda apabila dipilih untuk menghadiri kursus ini ?
Bolehkah anda berkongsi pendapat sebab-sebab anda berpindah sekolah ?
Apakah perasaan anda apabila dibuang sekolah ?
Bagaimanakah perasaan anda setelah diterima balik oleh pihak sekolah untuk
menyambung belajar ?
6. Fasilitator akan merasionalkan dan merumuskan perbincangan tentang aktiviti
Lampiran 2

ALATAN : Lembaran kerja( Lampiran 2 ) dan pensil

PENILAIAN DAN DAPATAN :

Ini merupakan aktiviti permulaan untuk membantu mengurangkan masalah ponteng


kelas dan ponteng sekolah di kalangan pelajar.Keberkesanan aktiviti ini diharapkan dapat
membantu semua pelajar meningkatkan lagi sahsiah murni mereka.

39
SLOT MORAL 3 ( 2 jam )

TEMA : SEKOLAHKU SAYANG

IMBANGAN AKTIVITI :
Menyemai dan memupuk minat hadir ke sekolah dan minat terhadap pengajaran dan
pembelajaran serta menyingkirkan gejala ponteng di kalangan pelajar-pelajar.

FALSAFAH:
Jangan mudah mengalah dan cepat putus asa dalam mengejar cita-cita demi
mencapai masa depan yang cerah.

MATLAMAT:
Memupuk semangat cintakan sekolah serta minat terhadap pelajaran di kalangan
pelajar-pelajar

OBJEKTIF:

1. Pelajar lebih bersemangat untuk belajar


2. Mengurangkan gejala ponteng dan pelbagai gejala sosial yang lain di kalangan pelajar
sekolah menengah
3. Memberi kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan belajar dan menuntut ilmu
untuk menjamin kejayaan dalam hidup

ISI KANDUNGAN:

1. Secara tidak langsung menerapkan fungsi sekolah kepada pelajar-pelajar


2. Menitikberatkan funsi pelajar terhadap sekolah dan terhadap pembangunan
masyarakat serta negara
3. bertukar pendapat serta mengaju soalan kepada ahli kelompok untuk mendapatkan
penjelasan

LOKASI: Dewan atau Kelas

JANGKAMASA: 7.00-9.00malam (Hari kedua)

AKTIVITI 1 : MENGAPA AKU DI SINI?

LANGKAH PELAKSANAAN:

1.Fasilitator dan ahli kelompok akan duduk bersama dalam satu bulatan.

40
2.Fasilitator akan mengedarkan Lampiran 3 dan mengarahkan pelajar melengkapkan
lampiran tersebut dalam 15 minit.
3.Fasilitator akan mengumpul balik lampiran 3 tersebut
4.Fasilitator menjalankan perbincangan berdasarkan lampiran tersebut.
5.Fasilitator menemuramah ahli kelompok secara bergilir-gilir berdasarkan data yang
diperolehi dalam lampiran 3
Apakah perasaan anda apabila dibuang sekolah ?
Berapa kali anda telah berpindah sekolah ?
Berapa kali anda telah dibuang sekolah ?
Bolekah anda berkongsi penglaman mengapa anda telah dibuang sekolah ?
Mengapa anda ingin menyambung semula bersekolah setelah dibuang ?
Bagaimanakah perasaan anda setelah diterima balik oleh pihak sekolah untuk
menyambung belajar ?

6.Fasilitator akan merasionalkan dan merumuskan perbincangan tentang aktiviti
Lampiran 3

AKTIVITI 2 : TANGGUNG JAWAB SAYA

LANGKAH PELAKSANAAN:

1. Fasilitator meminta ahli kelompok duduk dalam bentuk bulatan.Fasilitator akan


mengagihkan mereka dalam kumpulan.Kemudian setiap kumpulan akan diberikan
keretas mahjong dan marker pen.
2. Fasilitator akan meminta setiap kumpulan menyenaraikan kepentingan pendidikan
dan tanggungjawab asas mereka sebagai pelajar
3. Fasilitator akan meminta ahli kelompok menceritakan sebab mereka ingin sambung
bersekolah
4. Fasilitator membimbing perbincangan kelompok dengan meminta ahli kelompok
Memberi pendapat / meluahkan perasaan ahli kelompok secara bergilir-gilir
Pada pendapat anda apakah perkara yang paling penting dalam hidup anda ?
Adakah anda rasa pendidikan / ilmu pengetahuan itu penting untuk diri anda?
Pada pendapat anda apakah tanggungjawab asas sebagai seorang pelajar ?
Pernakah anda mengamalkan tanggungjawab asas tersebut sebelum ini ?
Apakah perancangan anda setelah menyambung balik bersekolah ?
5. Fasilitator akan merasionalkan dan merumuskan perbincangan tentang aktiviti yang
dijalankan

ALATAN : Kertas Mahjong dan pensil

PENILAIAN DAN DAPATAN :

41
Individu yang mengamalkan sikap bertanggungjawab dalam setiap perkara yang
diceburi akan mencapai kejayaan serta dapat membentuk pelajar yang cemerlang dalam
akademik mahupun sahsiah.

SLOT MORAL 4 ( 1 jam )

TEMA : HALATUJU SAYA

IMBANGAN AKTIVITI :
Mengenalpasti dan mengembangkan potensi diri ke arah menjadi seorang individu
yang bertanggungjawab dan terdidik dalam aspek yang menyeluruh dengan
mengubah tabiat ponteng.

FALSAFAH:
Penentuan halatuju dalam kehidupan akan menetukan kejayaan seseorang individu

MATLAMAT:
Membentuk nilai kerohanian, akhlak, dan sahsiah yang tinggi di kalangan pelajar
seiring dengan usaha pencapaian yang cemerlang dalam aspek akademik.

OBJEKTIF:

1.Membimbing pelajar menjadi manusia yang terdidik dan terpelajar selaras dengan
Wawasan Pendidikan.
2.Memberi kesedaran kepada pelajar tentang tanggungjawab sebenar pelajar
3.Mengurangkan salah laku di kalangan semua pelajar.
4.Meningkatkan tahap motivasi pelajar dalam akademik.
5.Membantu pelajar mengenal pasti faktor-faktor kemerosotan (gejala sosial) dalam
akademik.

ISI KANDUNGAN:

1. Menekankan kepentingan program ini kepada pelajar-pelajar


2. Dapatkan rumusan / feedback keseluruhan kursus ini dari pelajar
3. Mengenalpasti perubahan yang dialami selepas mengikuti kursus
4. Bagaimana mereka akan berkelakuan di sekolah setelah pulang dari kursus ini
5. Apakah hala tujuan mereka
6. Adakah mereka akan memperbaiki kesilapan mereka yang pernah dilakukan?

LOKASI: Dewan atau Kelas

JANGKAMASA: 5.45-6.45pagi (Hari ketiga)

AKTIVITI 1 : AKU JANJI ?

42
LANGKAH PELAKSANAAN:
1. Fasilitator dan ahli kelompok akan duduk bersama dalam bentuk bulatan.
2. Fasilitator akan mengedarkan lembaran kerja (Lampiran 4) dan meminta pelajar
menyenaraikan tanggungjawab sebagai pelajar.
3. Fasilitator akan meminta ahli kelompok membuat rumusan tentang segala aktiviti
yang mereka telah jalani dan faedah yang telah diperolehi dalam kursus ini
Pada pendapat anda apa yang anda telah pelajari setelah mengikuti kursus
ini ?
Adakah anda akan ponteng kelas atau sekolah selepas mengikuti kursus ini?
Apakah hala tuju anda selepas ini ?
4. Setelah mereka menyenaraikan tanggungjawab,pelajar-pelajar, mereka juga akan
diminta membaca surat AKU JANJI seterusnya menandatangani surat tersebut
sebagai bukti mereka akan tidak ponteng kelas dan sekolah.

ALATAN : Lembaran kerja (Lampiran 4) dan pensil

PENILAIAN DAN DAPATAN :

Individu yang menentukan halatuju dalam kehidupan akan dapat mencapai matlamat
hidup yang ingin dicapai pada masa yang akan datang.

43
Lampiran 1
SIAPAKAH AKU ?

Nama Pelajar : __________________________________ Tingkatan ______________


Nama Sekolah :__________________________________________________________

Nyatakan perkara-perkara yang anda gemar dan tidak gemar lakukan di sekolah
sebelum ini :-

Perkara-perkara yang saya GEMAR Perkara-perkara yang saya TIDAK GEMAR


lakukan di sekolah lakukan di sekolah

44
Lampiran 2
Sejarah Persekolahan Saya
?
Nama Pelajar : _________________________________ Tingkatan : _____________
Nama Sekolah___________________________________________________________
Senaraikan nama-nama sekolah yang pernah anda belajar sebelum ini :

Bil Nama- nama Sekolah Rendah yang Darjah Tahun Sebab Catatan
pernah anda belajar sebelum ini berpindah
sekolah
1

Bil Nama- nama Sekolah Menengah Darjah Tahun Sebab Catatan


yang pernah anda belajar sebelum berpindah
ini sekolah
1

45
8

MENGAPAKAH AKU DI SINI ?

Lampiran 3

Nama Pelajar : ___________________________ Tingkatan : _______________


Nama Sekolah: ___________________________________________________

Senaraikan sebab-sebab ANDA DIBUANG SEKOLAH ?

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20

46
HALATUJU SAYA
Lampiran 4

Nama Pelajar : ____________________________ Tingkatan : _______________


Nama Sekolah : ________________________________________________________
Setelah menghadiri KURSUS SAYANGI DAKU ini , saya memahami
TANGGUNGJAWAB SEORANG PELAJAR SEKOLAH adalah seperti berikut :-

AKUJANJI

Dengan ini saya berjanji bahawa saya akan berusaha mengamalkan sikap dan
tanggungjawab berikut setelah saya balik semula ke sekolah nanti :
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10

Tandatangan Pelajar : _________________________________ Tarikh :


_________________
( Nama Pelajar : ___________________________________ )

47
AKTIVITI: Refleksi dan Resolusi Kursus

IMBANGAN AKTIVITI: Penekanan kepada EQ

FALSAFAH:
Refleksi dan resolusi merupakan elemen penting dalam kursus kerana ia akan
menunjukkan kejayaan atau pun kegagalan sesuatu kursus. Keberkesanan program
juga boleh diukur melalui refleksi daripada para peserta.

MATLAMAT:
Mendapatkan maklum balas daripada para peserta untuk dijadikan penanda aras
program.

OBJEKTIF:
1. Menerapkan nilai nilai positif dalam diri peserta melalui pengalaman orang
lain.
2. Mengetahui kepentingan nilai-nilai yang baik yang perlu diamalkan dalam
masyarakat.
3. Menimbulkan kesedaran dalam kalangan peserta supaya memilih nilai-nilai
yang baik dalam kehidupan.

ISI KANDUNGAN:
1. Pendedahan daripada bekas pelajar
2. Menyampaikan maklumat dengan berkesan
3. Maklum balas peserta.

LOKASI: Dewan atau kelas

JANGKAMASA: 9.00 10.30 (hari ketiga)

LANGKAH PELAKSANAAN:

1. Fasi meminta dua orang bekas pelajar yang mungkin dahulunya bermasalah
disiplin tetapi telah sedar akan kesilapannya dan berjaya dalam kehidupannya
supaya dapat berkongsi tentang beberpa perkara iaitu

- pengalaman semasa di sekolah


- bagaimana dia boleh mengatasi masalahnya
- bagaimana dia boleh berjaya dalam kehidupan

48
- pesanan kepada pelajar

2. Fasi mengedarkan sehelai kertas A4 kepada setiap peserta dan meminta dia
melukiskan gambaran perasaannya pada hari itu, contoh ; seronok, gembira
dan sedih. Lukis imej yang bersesuaian.

3. Memilih beberapa peserta secara rawak untuk membentangkan apa yang


dilukis.

4. Fasi minta setiap wakil kumpulan memberikan maklum balas (resolusi


kumpulan) daripada kursus yang mereka sertai.

5. Fasi membuat rumusan daripada aktiviti yang telah dijalankan.

ALATAN:
Kertas A4.
Alat tulis

PENILAIAN DAN DAPATAN:


Peserta kursus akan didedahkan dengan keperluan untuk mengamalkan nilai-nilai
yang baik dalam kehidupan.

49
BORANG PENILAIAN
PROGRAM SAYANGI DAKU

NAMA SEKOLAH: ..............................


JANTINA: L / P
TINGKATAN: .............................

Sila tandakan / pada petak yang anda rasakan sesuai berdasarkan penilaian dan
pemerhatian anda sepanjang program ini dilaksanakan berdasarkan skala berikut:

1 Sangat tak berkesan 2 Tidak berkesan 3 Berkesan


4 Tidak pasti 5 Sangat berkesan

Bil Tajuk Aktiviti Skala


1 2 3 4 5
1 Pendaftaran
2 Ice breaking
3 Slot 1: LDK 1 - mengenal diri
4 Slot 2: Ceramah PDRM
5 Slot 3: LDK 2 Isu remaja
6 Slot 4: LDK 3 Bina matlamat
7 Slot 5: Kembara Ilmu
8 Slot 6: Bedah Siasat Kembara
9 Makanan/minuman
10 Tempat Tinggal
11 Tempat mandi
12 Kantin

A. Pandangan anda secara keseluruhan tentang program ini

....................................................................................................................................................

....................................................................................................................................................

....................................................................................................................................................
B. Cadangan untuk memperbaiki program ini akan datang

....................................................................................................................................................

50
....................................................................................................................................................

............................................................................................................................................

51
MODUL PROGRAM

SAYANGI DAKU
(PELAJAR YANG DITERIMA BERSEKOLAH SEMULA)

OLEH

MAJLIS GURU KAUNSELING KEBANGSAAN


CAWANGAN MUAR
(MGKK)

DENGAN KERJASAMA

PEJABAT PELAJARAN DAERAH


MUAR

23 DISEMBER 2009

52

Anda mungkin juga menyukai