Anda di halaman 1dari 20

10 Petua Meningkatkan Motivasi Diri 1. Senaraikan alasan-alasan kenapa anda inginkan kejayaan. Kenapa anda melakukan perkara tersebut?

Kenapakah ia penting untuk kejayaan hidup saya? Tuliskan semua alasan-alasan samada daripada rakan anda, daripada keluarga, boss, atau alasan daripada diri anda sendiri. Bandingkan alasan orang lain dengan alasan peribadi anda. 2. Alasan peribadi anda adalah yang terbaik. Walau seindah mana sekalipun alasan orang lain supaya anda bermotivasi, namun alasan anda sendiri adalah yang terbaik. Orang lain membuat alasan tanpa benar-benar memahami diri anda. Andalah yang paling layak untuk memotivasi diri anda sendiri, lebih-lebih lagi ketika anda sedang melalui saat-saat sukar dan genting. 3. Kerana saya suka tugasan ini! boleh dijadikan motivasi untuk anda terus melakukan kerja. Memang setiap tugasan ada yang tidak menyeronokkan, tetapi anggaplah kesukaran itu hanya muncul kemudian nanti. Apa yang penting, anda memang tidak sabar untuk melakukan tugasan anda sekarang! 4. Saya ingin buktikan bahawa saya BOLEH!. Ini adalah ungkapan yang biasa disebut oleh ahli sukan dan ramai lagi. Ia mungkin boleh menjadi sumber motivasi yang hebat, tetapi hanya jika anda mempraktikkannya. 5. Saya memang layak untuk ini!.Dengan kata-kata sebegini, anda akan mengiktiraf kemampuan dan kejayaan selama ini. Katakan anda sudah dilantik untuk menjadi eksekutif pemasaran, dan tugasan anda sekarang ialah tugasan kerja-kerja pemasaran. Anda semamgnya mempunyai kriteria untuk menjadi eksekutif pemasaran, jadi kenapa perlu takut untuk melakukan tugasan eksekutif pemasaran? Anda memang layak untuk melakukannya! 6.Ramai orang sudah berjaya melakukannya. Ini adalah untuk membuang rasa takut dan bimbang dalam tugasan harian. Membuat pembentangan projek bernilai RM30 juta bukanlah senang untuk eksekutif setahun jagung, tetapi bukankah sudah ramai yang telah berjaya melakukannya? Jika mereka boleh, mengapa tidak anda? 7.Kerana saya ingin menjadi eksekutif (atau apa-apa jawatan anda sekarang). Tegaskan bahawa anda sememangnya ingin menjadi apa yang anda jadi sekarang. Anggaplah jawatan dan kedudukan anda sekarang adalah milik anda. Oleh itu, jadilah seorang tuanpunya yang baik. Yakinlah bahawa anda boleh melakukannya. 8.Kerana saya ingin tingkatkan hidup saya. Lakukanlah kerana anda sentiasa mara ke hadapan. Jangan takut untuk melakukan kesilapan, kerana ia adalah proses biasa untuk meningkatkan keupayaan hidup. Tidak salah untuk berbuat kesilapan, tetapi yang salah ialah tidak belajar daripada kesilapan. Jangan ulangi kesilapan sama, dan renunglah dengan hati yang bijaksana.9.Kerana saya adalah khalifah Tuhan. Ini adalah motivasi yang diajar oleh Nabi Muhammad. Setiap manusia mesti memakmurkan alam ini dengan kebaikan dan kecemerlangan. Ia adalah satu kewajipan untuk setiap manusia. Bekerjalah sedaya upaya untuk melakukannya! 10.Pastikan anda sentiasa bersama dengan motivasi.Anda tidak perlukan kasetkaset ceramah motivasi untuk sentiasa bermotivasi. Cukuplah diri anda untuk

memberikan motivasi. Sentiasa mencari alasan kendiri kenapa anda perlu bermotivasi. Tetapkan diri anda di atas landasan yang betul, dan lakukannya sekarang! *** Tanpa semangat manusia tidak akan bangun dari tempat tidurnya untuk menapak kaki bergerak, berjalan, berlari atau berhenti. manusia jadi beku, lesu, malas dan sebagainya. Semangat ibarat kunci untuk menghidupkan enjin badan.Manusia hanya mampu memberi motivasi melalui strategi, pendekatan kaedah dan teknik tertentu. Tetapi tidak mampu untuk menolak atau menggerakkan roda motivasi dalaman seseorang jika dia sendiri tidak berusaha untuk menngerakkan roda itu.

*** Bandingkan Impian dengan Keadaan Semasa Salam Sukses. Anda kenal anak muda yang menjadi jutawan semasa berumur 26 tahun dengan bisnes di rumah sahaja? Menggunakan internet sebagai kaedah pemasaran, beliau akhirnya mendapat pelanggan dari seluruh dunia. Tidak percaya? layari laman ww.irfankhairi.com dan anda terpaksa mempercayai kehebatannya. Bagaimana beliau dapat menjadi Dr. Irfan Khairi seperti sekarang? Kenapa ya? Saya pernah bertanya sendiri kepadanya. Dia berkata, selepas tamat pengajian, dia bekerja makan gaji di sebuah syarikat IT di United Kingdom. Pada mulanya dia agak seronok dengan kerja-kerja membina sistem yang digunakan oleh pelanggan, namun lama-kelamaan dia rasa kedudukannya pada masa itu tidak membawanya pergi lebih jauh. Dia ingin sesuatu yang lebih dinamik, sesuatu yang lebih berbaloi dan bermakna. Yang menariknya, dia berkata dia mempunyai impian yang besar. Ingin menjadi seseorang. Dia bermuhasabah keadaan semasanya. Dia membandingkan rutin semasanya (lorong hidupnya) pada masa itu dengan apa yang dia harapkan daripada hidup ini. Dia melihat aktiviti harian, mingguan dan bulanan serta menjangka keadaannya 20 tahun akan datang jikalau dia berterusan sebegitu. Jawapannya? Tidak berbaloi. Sekiranya berterusan, mustahil bagi dia menjadi seseorang. Jadi, apa yang dia lakukan? Berhenti bekerja! Mungkin satu pilihan yang sukar! Saya tidak sarankan supaya anda berhenti. Apa yang saya sarankan adalah sentiasa memuhasabah diri kita. Bandingkan lorong hidup anda dengan apa yang kita inginkan dalam hidup ini. Kemudian tanya soalan, apakah lorong hidup saya sedang membawa saya menuju impian yang diimpikan? Jawapan ada pada anda. Selamat menuju sukses

Kenal Diri

Kita semua tahu siapa orang Melayu yang terkaya sekarang. Beliau adalah Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary. Daripada seorang anak dangau yang hanya bersekolah sehingga sekolah menengah sahaja, beliau bermula dari bawah membina empayar perniagaan yang pelbagai. Beliau juga pernah disenaraikan sebagai orang yang ke-7 terkaya di Malaysia dan ke-32 terkaya di Asia Tenggara oleh Majalag Forbes. Antara syarikat yang dikuasainya adalah seperti MMC, Pelabuhan Tg. Pelepas, BERNAS, Gardenia, DRB-HICOM, Bank Muamalat dan bermacam lagi. Bagaimana beliau boleh menjadi begitu kaya? Beliau mempunyai sikap dan kepercayaan yang positif, yang tidak dimiliki oleh mereka yang gagal dan sederhana dalam perniagaan. Antara perkara yang ingin saya kongsi dalam buku ini adalah apabila ditanya antara faktor kejayaannya, beliau berkata, Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu saya lakukan saya minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah namun itulah jalan yang kekal. Sekali lagi, kita lihat bagaimana orang yang cemerlang mengenali diri mereka sendiri. Mereka benar-benar menganalisa diri mereka. Merek tahu kelebihan dan kekurangan serta bertindak berdasarkan analisa itu. Orang yang lemah dan sederhana lebih suka berfikir berkenaan orang lain, artis-artis, pemain bola sepak, peserta rancangan realiti, gosip pejabat, mengumpat jiran dan seumpamanya. Apabila diminta berfikir berkenaan diri sendiri? Ahh buang masa! Itu kata mereka.

Buka Ruang dan Peluang Untuk Diri Kita

Orang yang gagal menyempitkan ruang diri mereka sendiri. Orang yang biasa-biasa tidak membuka ruang untuk diri mereka. Mereka membiarkan diri mereka seperti biasa. Sebab itu mereka hanya biasa-biasa. Bagaimana dengan orang yang cemerlang? Ada satu idea menarik daripada seorang tokoh pendidikan dan dakwah yang terkenal, Prof. Dr. Sidek Baba atau lebih senang dipanggil dengan panggilan cikgu. Pernah menjadi timbalan Presiden ABIM pada tahun 1980-an dan menjadi Timbalan Rektor (HEP) di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Jasanya dalam dakwah dan pembangunan insan besar sekali. SUatu petang, saya sempat bertandang ke rumahnya bersembang-sembang. Beliau menceritakan banyak latar belakang hidupnya yang susah sewaktu kecil. Berasal dari Kg. Masjid Tanah, Melaka, beliau berasal dari keluarga yang susah. Bapanya seorang penoreh getah yang berpendapatan RM2.50 sehari. Beliau terpaksa berbasikal sejauh 50 kilometer sehari hanya untuk pergi ke sekolah dan selepas itu ke hutan mengutip petai yang ada. Kemudian dia menjaja petai yang dikutip, sehingga dikenali sebagai budak petai. Adakah beliau terus membiarkan dirinya sekadar budak petai? Sudah tentu tidak. Antara petua yang beliau kongsi pada petang itu adalah, untuk berjaya, kita perlu membuka ruang dan peluang kepada diri kita sendiri bagi menjadi lebih baik. Bagaimana? Kenal pasti bakat dan minat yang ada, kemudian pelajari ilmu mengasah bakat tersebut dan lakukan secara bersungguh-sungguh. Secara mudah, saya gambarkan seperti rajah di bawah ini: Mungkin sebelum ini kita sering menghadkan keupayaan kita. Nah, ayuh kita buka ruang kepada diri kita, dengan membuat analisa diri dan merancang tindakan yang perlu bagi mencapai tahap kehidupan yang lebih baik. Semoga sukses!!

Petua Daripada Pengasas Fatihah Frozen

Salam sukses,

Saya ingin berkongsi sebuah cerita berkaitan dengan Minda orang cemerlang berfikir. Puan Fatihah Anis Ibrahim adalah antara Bumiputera terawal menceburi bidang makanan sejuk beku di negara kita. Fatihah Frozen mungkin tidak popular, namun mencipta nama dan standardnya yang tersendiri dalam industri ini. Syarikat Fatimah Frozen Sdn. Bhd. muncul sebagai pengusaha pelbagai makanan sejuk beku segera seperti karipap, popia, samosa, cucur badak, murtabak, pau mini, donat, nugget, roti bom, pai ayam, sardin roll dan cakoi. Yang lebih penting, bagi mereka yang pernah mencuba, pasti terbayang keenakan rasanya selepas itu. Berstatus ibu tunggal, beliau menempuhi bermacam dugaan dan rintangan. Pada peringkat awal sebelum memulakan perniagaan, beliau membuat kajian terhadap resipi terbaik bagi menghasilkan produk yang terbaik. Berguni-guni gandum dihabiskan bagi tujuan itu. Semasa zaman kemelesetan ekonomi, perniagaannya jatuh merudum, namun berkat kesungguhan, beliau berjaya bangkit dan memajukan bisnesnya. Apabila ditanya oleh wartawan, apakah rahsia dan pesanan yang ingin dikongsi dengan mereka yang mengekori jejak langkahnya, beliau berkata: ..janganlah meratapi nasib diri. Sudah tiba masanya mereka membuka minda dan berfikiran positif.. Lihatlah bagaimana minda orang yang cemerlang berfikir. Mereka tidak ada masa meratap dan merintih. Mereka tidak ada masa menyalahkan semua perkara. Apa yang mereka lakukan adalah berfikiran positif, bangkit daripada kesusahan dan melakukan sesuatu bagi mengubah keadaan diri mereka. Adakah anda juga memiliki kualiti sedemikian sebelum ini?

Gambarkan Matlamat Anda Dengan Jelas

Petua Conrad Hilton yang Mengharukan Siapa tidak kenal Conrad Hilton, tokoh lagenda dalam bidang perhotelan yang mempunyai cawangan di seluruh dunia termasuk di Malaysia. Semasa era kemerosotan ekonomi 1929, perniagaan beliau menjunam sehingga beliau berada dalam situasi kewangan yang sungguh menyedihkan. Para pemberi hutang mengugut hendak melelong hotelnya, kedai dobinya dicagarkan, bahkan dia terpaksa meminjam daripada budak penjaga pintu bagi membeli makanan. Kemudian Conrad Hilton terlihat foto Hotel Waldrof, yang mempunyai enam dapur, 200 tukang masak, 500 orang pelayan, 2000 buah bilik, hospital dan landasan kereta api persendirian di sebelah hotel itu. Hilton kemudiannya memotong gambar itu daripada majalah dan menulis di atasnya, Yang Terhebat Daripada Yang Lain. Hilton menyimpan foto itu dakam dompetnya, Tidak lama selepas itui, dia menyisipkannya di bawah pelapik cermin mejanya. Tiap kali bertukar meja yang lebih besar, beliau tetap meletakkan gambar itu di bawah sisipan kaca. Lapan belas tahun kemudian, dalam bulan Oktober 1949, Conrad Hilton membeli Hotel Waldrof! Hebat, bukan? Begitulah hebatnya kuasa matlamat dan sasaran yang jelas. Jadikan ia jelas di depan mata saudara. Sekiranya Conrad Hilton yang merudum suatu masa pun dapat membeli Hotel Waldrof, kenapa saudara tidak menggambarkan sasaran saudara hari ini dan esok? Gambarkan dengan jelas sekarang.

STOP BANGAUING (Berhenti Menjadi Bangau)

Pernahkah anda mendengar lagu Bangau oh Bangau? Lagu itu mengisahkan seekor bangau yang kurus, menyalahkan ikan yang tidak mahu timbul. Ikan pula menyalahkan rumput yang panjang, rumput menyalahkan lembu yang tidak makan rumput, lembu menyalahkan perutnya yang sakit, perut menyalahkan nasi mentah, kemudian nasi menyalahkan kayu api basah, kayu api basah menyalahkan hujan, hujan menyalahkan katak, katak menyalahkan ular dan ular dengan penuh yakin berkata, sudah menjadi fitrahnya memakan katak. Jadi apa masalahnya? Saudara Rizal Hassan, seorang jurulatih pembangunan diri dari Take Charge! Sdn. Bhd., mempunyai satu petua yang menarik. Dia sering menyarankan peserta programnya supaya berhenti daripada menjadi bangau jika hendak memiliki kuasa dalam mencorak hidup. Berhenti menuding jari ke arah orang lain bermaksud kita memberikan bidang kuasa yang sepenuhnya kepada diri kita sendiri. Apabila kita asyik menuding jari ke arah orang lain, maka kita menjadi lemah dan tidak bertenaga melakukan perubahan di dalam hidup kita. Kita hanya membiarkan apa yang telah berlaku, terus berlaku dan terus berlaku. Kerana kita tidak berdaya berbuat apa-apa.

Apapun Yang berlaku, Ingati Selalu Prinsip Itik Berenang

Ini adalah satu petua yang menarik bagi mereka yang selalu kalut dan resah dalam mengendalikan hidup. Apabila ada masalah dan kekurangan, minda mereka bercelaru, cepat tertekan, hilang kewarasan berfikir dan hilang keupayaan bertindak. Lebih teruk adalah kehidupan mereka menjadi semakin celaru kerana mereka gagal bertenang dan mengawal hidup mereka. Ada satu petua menarik daripada saudara Nizal Mohammad, pengacara terkenal yang mengendalikan rancangan Malaysia Hari Ini, Jejak Rasul dan banyak lagi. Beliau berkata, ada kalanya beliau merasa resah dan gelabah dalam situasi tertentu, contohnya semasa siaran langsung bersama VVIP. Memang berdebar, tetapi dia ingat satu prinsip yang dipegang selalu. Prinsip itu dinamakan sebagai , Prinsip Itik Berenang. Apakah dia? Anda pernah tengok itik berenang? Nampak tenang dan tersusun bukan? Seperti tidak ada apa yang berlaku. Kelihatan seakan-akan ia sedang meluncur dengan sendiri, bukan begitu? Tetapi mungkin anda tidak tahu, sebenarnya di bawah permukaan air, kaki itik sedang bekerja keras bagi memastikan badannya bergerak ke hadapan. Tetapi kita tidak nampak kerana ia berada di bawah permukaan air. Itik-itik bekerja keras bagi memastikan yang diri mereka tidak dibawa arus deras sunbgai yang direnanginya. Namun, adakah mereka merasakan itu satu bebanan? Tidak. Mereka tidak menganggap itu satu bebanan, kerana mereka memang suka berenang. Begitulah juga dengan mereka yang berjaya. Nampak tenang, tetapi minda dan fikiran mereka sebenarnya sentiasa bekerja bagi memastikan hidup mereka terus maju ke hadapan. Mereka selalu berfikir dan merancang hidup mereka. Mereka tidak biarkan hidup mereka dibawa arus kehidupan. Mereka sentiasa menganalisa dan merancang kehidupan. Adakah mereka merasakan itu satu bebanan? Tidak juga. bagi mereka, itu satu keseronokan seperti itik yang gembira kerana dapat berenang!

Pengasas YAHOO Meminati Kerjayanya Boleh dikatakan semua pengguna internet berjumlah kira-kira 1 billion tahu akan portal Yahoo!. Bagi ramai orang, ia adalah laman web kali pertama yang mereka gunakan. Ia hampir sinonim dengan internet itu sendiri. Bila tanya alamat email, ramainya yang menggunakan @yahoo.com. Bukan begitu? Tetapi ramai yang tidak tahu yang laman web yang memberikan perniagaan berjumlah USD11 bilion itu, sebenarnya diasaskan oleh seorang remaja Cina bernama Jerry Yang. Berhijrah dari Taiwan ke Amerika Syarikat, dan hanya tahu perkataan shoes sahaja pada ketika itu. Kemudian bertungkus lumus mempelajari bahasa Inggeris, dan berjaya mengambil jurusan kejuruteraan di Universiti Stamford. Bekerja sehingga 20 jam sehari, beliau tidak mengenal erti penat; kerana beliau sungguh minat dan ghairah dalam bidang yang diceburinya. Kerja adalah keseronokan baginya. Yahoo! kemudiannya berjaya menyaingi American Online dan Microsoft Network apabila Jerry Yang mengambil alih Geocities dan Broadcast.com. dalam usia yang muda, beliau berjaya berada dalam senarai antara yang terkaya dalam majalah Forbes. Bagaimana dengan anda? Adakah anda meminati apa yang anda lakukan sekarang? Jika anda ingin berjaya, buatlah apa yang anda minati. Jika tak dapat, minatilah apa yang anda sedang buat. Anda berhak untuk memilih!

meningkatkan motivasi potensi diri untuk meningkatkan percaya diri untuk sukses

Apakah Anda memiliki postur diri yang baik? Apakah Anda bangga dengan apa yang telah Anda hasilkan? Apakah Anda bersemangat untuk hidup Anda menggapai cita-cita Anda? Bagaimana kesan teman-teman Anda melihat keseharian Anda?
Percaya atau tidak, Anda adalah produk / hasil dari apa yang Anda pikirkan saat ini. Anda juga merupakan produk dari apa yang Anda putuskan lima sampai enam tahun yang lalu. Dan Anda adalah hasil dari kebersamaan Anda dengan orang-orangyang Anda selalu bergaul selama ini. Anda kaget? Namun begitulah adanya. Saya teringat akan kisah seekor anak elang yang terdampar dalam kumpulan anak-anak ayam. Sang induk ayam tidak menduga bahwa salah satu anaknya adalah seekor elang. Meski ia memperhatikan ada sesuatu yang berbeda baik dari suara maupun bentuk tubuh anaknya, karena ia seorang yang kasih sayang, maka ia tidak memperdulikannya. Namun demikian ia selalu mendidik semua anaknya - seperti hal induk ayam lainnya - untuk bertindak sebagai ayam dan berhati-hati dengan bangsa elang yang dapat sewaktuwaktu menyambar. Bila sang anak elang tidak merubah mindsetnya, mengubah motivasi dirinya, betapa sebenarnya ia memiliki potensi yang luar biasa, maka ia akan bertindak sebagai ayam. Kira-kira begitulah analogi kehidupan kita. Bila kita memiliki motivasi untuk berubah untuk menjadi lebih baik, maka kita mesti merubah nasib kita sendiri. Untuk mengubah hidup Anda, ubahlah diri Anda sendiri! Perbaiki dulu konsep diri Anda. Pertanyaan selanjutnya, Anda mesti mengenal konsep diri Anda yang sebenarnya. Bagaimana caranya? Mudah diutarakan, perlu waktu untuk menjabarkannya. Namun akan saya mulai dari hal yang sederhana. Semua ini bergantung kepada diri kita. Terserah Anda bila Anda ingin memiliki motivasi diri yang luar biasa, motivasi diri yang tinggi serta konsisten dalam berbagai macam arena kehidupan. Tentu saja ini berhubungan erat dengan pengembangan kepribadian Anda. Semakin besar kemampuan ada melakukan pengembangan kepribadian ini, semakin besar potensi sukses Anda. Anda bisa memilih diri Anda untuk memberikan motivasi potensi diri untuk lebih percaya diri dan menggapai hidup ini untuk lebih baik dan lebih indah, ataukah Anda memilih sebaliknya.

Terserah Anda apakah Anda memiliki motivasi sukses luar biasa ataukah hanya biasa-biasa saja. Saya hanya ingin menyodorkan satu hal *rahasia* yang selama ini disembunyikan oleh banyak orang tentang motivasi potensi diri ini. Apakah itu? Satu hal yang selama ini orang sukses ingin agar anda tidak tahu bagaimana cara meningkatkan rasa percaya diri ini adalah bahwa Anda mesti berani menghadapi kegagalan dan kesulitan hidup! Selama ini yang didengung-dengungkan banyak pembicara adalah hal-hal manis bagaimana caranya untuk bisa meningkatkan motivasi sukses diri. Saya tidak mengatakan hal ini salah, namun baru permukaan luarnya saja. Jam terbang Anda untuk mengasah motivasi potensi diri ini agar bisa meningkat, tidak lain adalah dengan menghadapi kesulitan hidup, tantangan dari orang, serta ejekan orang. Semua ini menurunkan semangat kita. Namun justru dengan kesulitan inilah, Anda ditantang untuk bangkit kembali, untuk meningkatkan rasa percaya diri Anda lebih tinggi lagi, serta lebih mengobarkan motivasi potensi diri ke level selanjutnya.

Kata-kata Motivasi

Fahami dan hayatilah setiap kata-kata peransang ini semoga anda dapat menyemarakkan semangat ingin terus berusaha dalam merealisasikan impian anda. Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang. - Samuel Johnson Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang. - Cecil B. DeMille Menyimpang seinci, rugi seribu batu. - Peribahasa Cina Sesiapa yang mempunyai kebolehan akan berjumpa landasan yang tepat. - Charles Cahier Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka. - Charles Cahier Semua yang dicapai oleh manusia dan yang gagal dicapai olehnya adalah kesan langsung pemikirannya. - James Allen Rahsia kejayaan adalah ketekalan matlamat. - Benjamin Disraeli Jika tujuan anda jelas, anda boleh mencapainya dengan mudah. - Lao Tze Nilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya. - Marcus Aurelius Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah. - Lao Tze

PENGENALAN Senario masyarakat pada masa kini yang lebih suka anak-anak mereka masuk ke universiti atau kolej berbanding ke Tingkatan Enam sememangnya realiti. Selain itu, segolongan besar dalam kalangan masyarakat kita beranggapan kelas Tingkatan Enam hanya membuang masa dan berisiko. Justeru, secara langsung menjadikan Tingkatan

Enam merupakan tempat atau pilihan terakhir untuk pelajar lepasan SPM melanjutkan pelajaran mereka. Pelajar-pelajar terutamanya pelajar Melayu didapati terkejar-kejar untuk mengikuti program matrikulasi dan universiti berbanding Tingkatan Enam. Selain itu kebanyakan pelajar cepat tergoda dengan label kolej dan universiti dan gelaran seorang mahasiswa berbanding gelaran pelajar Namun demikian secara rasionalnya tanggapan dari segelintir besar masyarakat ini adalah salah. Hal ini kerana lulusan Tingkatan Enam merupakan salah satu tiket utama untuk menyambung pelajaran ke IPTA. Kenyataan ini disokong melalui pengumuman Kementerian Pendidikan baru-baru ini yang menambah tempat bagi lulusan STPM iaitu 32752 kepada 36500 tempat bagi lepasan STPM sesi akademik. Sebenarnya Tingkatan Enam telah wujud sebelum program matrikulasi,justeru ia mempunyai kekuatannya sendiri sejak dahulu lagi, malah STPM memainkan peranan yang amat penting dalam melahirkan modal insan yang berkualiti dari segi akademik,kokurikulum dan cemerlang dari segi kepimpinan. Tegasnya nama bukanlah perkara penting dalam memberi pendidikan kepada generasi muda tetapi peluang untuk menambah ilmu itu lebih utama. Secara keseluruhannya Tingkatan Enam sejak dahulu sehingga sekarang masih relevan sebagai tempat pengajian kerana menyediakan banyak ruang dan peluang untuk pelajar melangkah lebih jauh dalam sistem pendidikan di negara ini. Walau bagaimanapun memang tidak dinafikan pelbagai cabaran yang terpaksa di hadapi oleh pelajar lepasan SPM yang melangkah masuk ke Tingkatan Enam. Namun di sebalik cabaran itu terdapat peluang yang perlu diraih oleh para pelajar Tingkatan Enam dalam sistem pendidikan.Tingkatan Enam sebenarnya katalisator dalam usaha ke IPTA serta penting dan mesti dijadikan saluran perdana ke IPTA serta mendapat jaminan yang telah ditawarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. DEFINISI KONSEP Secara khususnya konsep Tingkatan Enam dinamakan program prauniversiti STPM yang ditubuhkan dalam sistem Sekolah Menengah Kebangsaan. Pemilihan untuk penawaran bagi Tingkatan Enam adalah berdasarkan kebolehan sesebuah sekolah iaitu hanya sekolah yang berkebolehan sahaja yang dipilih untuk menawarkan Tingkatan Enam. Dari segi tempoh, Tingkatan Enam dijalankan selama setahun setengah yang meliputi 2 peringkat iaitu setengah tahun yang pertama dikenali sebagai Tingkatan Enam Bawah dan tahun kedua dikenali sebagai Tingkatan Enam Atas. Status Tingkatan Enam adalah berbeza berbanding pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 5 iaitu dari aspek pemakaian uniform yang berbeza dengan pelajar lain. Selain itu, perbezaan juga dapat dilihat dari segi pemberian jawatan yang tinggi sama ada dalam bidang organisasi atau aktiviti kokurikulum kepada pelajar tingkatan . Mata pelajaran yang boleh diambil bagi pelajar Tingkatan Enam adalah maksimun 5 mata pelajaran. Kertas peperiksaan bagi aliran Sains seperti Matematik S, Matematik T, Matematik T Lanjutan, Komputer, Fizik, Kimia dan Biologi ditawarkan dwibahasa iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu sehingga 2007 di mana kertas peperiksaan tersebut ditawarkan dalam Bahasa Inggeris sepenuhnya kecuali Pengajian Am dan bagi aliran Sains Kemanusiaan seperti Pengajian Am,Ekonomi,Pegurusan Perniagaan dan yang lain, kertas peperiksaan masih disediakan dalam Bahasa Melayu atau bahasa masing-masing bagi mata pelajaran bahasa seperti Bahasa Cina atau Bahasa Tamil. Bagi peperiksaan STPM, pengambilan sebarang mata pelajaran dibenarkan. Namun demikian mata pelajaran Pengajian Am adalah wajib untuk pelajar yang memohon universiti tempatan dan kebiasaaanya kebanyakan sekolah atau kolej menawarkan aliran Sains atau Kemanusiaan. Seterusnya, definisi Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau dalam Bahasa Inggeris Higher School Certificate merupakan peperiksaan prauniversiti yang diduduki oleh pelajar Malaysia. STPM ini disediakan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) yang juga menyediakan Malaysian University English English Test (MUET). STPM juga merupakan salah satu daripada dua sistem prauniversiti yang utama untuk kemasukan universiti awam Malaysia dan STPM turut diiktiraf oleh banyak universiti d i peringkat antarabangsa, terutamanya universiti di negara-negara Komanvel dan juga Amerika Syarikat serta Ireland yang menganggap keputusan STPM sama dengan A-level.

CABARAN BUKU RUJUKAN Para pelajar tingkatan enam memerlukan pelbagai sumber rujukan bagi mata pelajaran tertentu. Skim pinjaman Buku Teks yang tidak ditawarkan kepada pelajar Tingkatan Enam membebankan pelajar yang kurang berkemampuan. Hal ini kerana kos bagi buku rujukan adalah tinggi. Selain itu faktor kekurangan buku rujukan di pasaran turut merupakan cabaran besar kepada pelajar tingkatan enam yang perlu kelengkapan bahan rujukan yang menyeluruh. TERIKAT PADA PERATURAN SEKOLAH Disebabkan taraf Pra-U untuk Tingkatan Enam belum direalisasikan secara menyeluruh menyebabkan pelajar Tingkatan Enam masih ditempatkan di sekolah. Sehubungan itu pelajar Tingkatan Enam masih terikat dengan setiap peraturan yang ditetapkan sekolah seperti pemakaian baju seragam sekolah. Pada masa yang sama hukuman dan tindakan disiplin tetap dikenakan bagi pelajar Tingkatan Enam adalah setaraf dengan pelajar menengah bawahan, dengan kata lain mereka turut terikat dengan peraturan sekolah seperti murid-murid lain. KURANG INFRASTRUKTUR Hal ini dapat dilihat di setiap sesebuah institusi pendididkan yang jelas menempatkan para Pelajar Tingkatan Enam di tempatkan di tempat yang kurang selesa terutama bagi pelajar Tingkatan Enam Rendah. Di sini berlaku ketidak seimbangan dalam memberi kemudahan kepada pelajar yang lebih junior berbanding senior. Mereka perlu diberi pelbagai infrasturuktur yang selesa dan kondusif. Pelajar Tingkatan Enam yang lebih dikenali sebagai pelajar PRA-U iaitu mereka yang akan menjejaki IPTA perlu diberi kemudahan kelas,gelangang permainan,studio,bilik mesyuarat bagi membezakan mereka dengan murid dari tingkatan lain. PELUANG KUOTA LEPASAN STPM LEBIH CERAH KE UNIVERSITI Pelajar berprasangka bahawa mereka dari lepasan STPM tidak mempunyai peluang yang cerah kerana disaingi oleh pelajar-pelajar daripada matrikulasi yang sudah semestinya mempunyai keputusan yang memberangsangkan. Hal ini ternyata salah kerana pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah memberi kelebihan kepada pelajar lulusan STPM untuk ke IPTA. Hal ini adalah kerana pelajar Tingkatan Enam mempunyai saingan yang sedikit kerana tidak semua sekolah menawarkan Tingkatan Enam . Hanya segelintir sekolah sahaja ada Tingkatan Enam ini. Bilangan pelajar Tingkatan Enam juga kecil kerana kebanyakan pelajar lepasan SPM memilih untuk melanjutkan pelajaran mereka di matrikulasi, kolej mahupun politeknik kerana beranggapan Tingkatan Enam merupakan pilihan terakhir bagi mereka. PENGIKTIRAFAN SIJIL STPM Pelajar lepasan SPM tidak yakin dengan pengajian di Tingkatan Enam dan berasa khuatir jika sijil STPM tidak laku untuk digunakan. Sebenarnya kenyataan ini adalah tidak bernas kerana STPM telah diiktiraf oleh IPTA tempatan. Realitinya banyak universiti di peringkat antarabangsa, terutamanya universiti di negara-negara Komanwel dan juga Amerika Syarikat serta Ireland menyamakan STPM dengan A-Level. Hal ini sepatutnya telah mengetepikan prejudis terhadap pengiktirafan sijil STPM dan tidak khuatir untuk melanjutkan pelajaran mereka di Tingkatan Enam. Seharusnya pelajar belajar bersungguh-sungguh semasa di Tingkatan Enam dan mengambil peluang ini sebagai jalan terbaik ke IPTA PENJIMATAN KOS Kini, ibu bapa lebih suka dan menggalakkan anak mereka ke program matrikulasi, kolej atau mana-mana institusi pengajian berbanding ke Tingkatan Enam selepas SPM, tanpa

mereka sedari kos yang diperlukan adalah amat tinggi berbanding ke Tingkatan Enam. Menyertai Tingkatan Enam adalah cara yang paling bertepatan kerana tidak memerlukan kos yang banyak malahan mereka boleh mengitar semula barangan semasa tingkatan 5. Berbanding apabila memasuki institusi lain, ibu bapa terpaksa membelanjakan sejumlah wang bagi menampung kos keperluan kemasukan seperti baju,kasut bahan rujukan serta kos penginapan.Selain itu, mereka terpaksa menyediakan keperluan telefon bimbit malahan perlu menyediakan laptop sebagai satu kemudahan. Keadaan ini jauh berbeza dengan pelajar Tingkatan Enam iaitu telefon bimbit dan laptop bukanlah satu kemudahan yang perlu ada dan dibawa ke sekolah. HARAPAN STPM PATUT DIJADIKAN PASPORT UTAMA KE IPTA Pelajar Tingkatan Enam berpendapat bahawa STPM amat sukar dan banyak yang terpaksa dibaca menjadi suatu sindrom kepada mereka.Hal ini demikian kerana, mereka terpaksa belajar dalam tempoh hanya satu tahun setengah iaitu setengah tahun bagi Tingkatan Enam Rendah, dan setahun lagi bagi Tingkatan Enam Atas. Mereka beranggapan bahawa kegagalan meraih keputusan cemerlang pada peringkat STPM akan mengecewakan mereka jika hendak melanjutkan pelajaran ke Pusat Pengajian Tinggi Awam. Hanya calon yang mencatat keputusan cemerlang dan gemilang sahaja akan ditawarkan tempat disebabkan oleh kesempitan tempat di IPTA. Selain itu,majoriti IPTA sudah ada menawarkan program matrikulasi dan diploma tersendiri untuk diserapkan ke institusi mereka sekaligus mempersempitkan peluang calon yang kurang cemerlang untuk meneruskan pengajian mereka. Oleh itu,wajar dilaksanakan dengan penuh komited ialah menjadikan STPM sebagai pasport utama secara menyeluruh tidak terbatas kepada calon cemerlang dan gemilang sahaja. MEMPERUNTUKKAN BIASISWA KHAS BAGI PELAJAR TINGKATAN ENAM Peningkatan harga barang termasuk bahan rujukan telah menyusahkan para pelajar ini.Bahan rujukan banyak digunakan sepanjang tempoh pengajian untuk mendapat informasi bertepatan dengan format STPM. Oleh itu peruntukan biasiswa melalui Kementerian Pelajaran dapat membuka peluang kepada pelajar Tingkatan Enam untuk membeli buku rujukan serta bahan-bahan ilmiah memandangkan selama ini mereka hanya bergantung kepada pendapatan keluarga. Pemberian biasiswa ini amat bertepatan kerana secara tidak langsung dapat membantu pelajar sekaligus dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi keluarga pelajar yang terdiri daripada golongan yang berpendapatan rendah. RUMUSAN Tingkatan Enam merupakan salah satu daripada 2 sistem prauniversiti yang utama untuk kemasukan ke Universiti Awam Malaysia walaupun terdapat pelbagai permasalahan yang timbul tetapi jika difikir secara logik, kemasukan ke Tingkatan Enam adalah yang terbaik kerana sijil STPM amat bernilai dan ini terbukti kerana diiktiraf oleh universiti-universiti tempatan dan luar negara Pendidikan di peringkat STPM amat meluas kerana ingin menghasilkan bakal mahasiswa yang mampu dan lebih bersedia menghadapi cabaran dan beban tugas di IPTA kelak. Masyarakat diminta mengubah tanggapan dan persepsi terhadap Tingkatan Enam dan masyarakat juga diminta mengubah paradigma yang selama ini menganggap bahawa hanya matrikulasi dan kolej sebagai hala tuju anak-anak mereka selepas SPM, lalu mengetepikan keupayaan Tingkatan Enam dalam memberi pendidikan lanjut selepas SPM sebagai medan hala tuju ke IPTA. Hakikatnya, walaupun wujud banyak kekurangan terutama dari segi infrastruktur di Tingkatan Enam ia sepatutnya dijadikan pemangkin bagi membakar semangat pelajarpelajar supaya bersungguh-sungguh dalam pembelajaran bagi mencapai kejayaan terutamanya bagi pelajar lepasan SPM yang gagal meraih mana-mana tempat di matrikulasi atau kolej yang mana akhirnya memilih untuk meneruskan pembelajaran di Tingkatan Enam. Kini, kita harus berterima kasih kepada Kementerian Pelajaan Malaysia kerana bersedia

menjadikan Tingkatan Enam dan STPM sebagai laluan perdana ke IPTA dengan membuka luas kuota kemasukan bagi calon-calon lulusan STPM ke IPTA. Selain itu,sebenarnya sistem pengajaran dan pembelajaran di Tingkatan Enam yang sedia ada mampu melahirkan calon-calon STPM yang cemerlang asalkan beberapa perubahan dari segi identiti dan pendekatan pelaksanaan dilakukan pada bahagian yang difikirkan perlu. Perkara yang terpenting di sebalik perbincangan ini ialah masyarakat dan pelajar itu sendiri perlu mengubah paradigma mereka dengan tegasan dan jati diri yang tinggi untuk mengharung cabaran, rintangan dan pahit getir ke arah mempersiapkan diri sebagai bakal mahasiswa yang cemerlang di IPTA

http://hynadhz.blogspot.com/2008/10/dilema-pelajar-tingkatan-6antara.html

Pada 5 Mei 2010 ini dijangka tawaran kemasukan ke Tingkatan 6 2010 akan diumumkan. Mereka yang memenuhi Syarat Kelayakan Masuk Ke Tingkatan 6

2010 akan mendapat tawaran untuk memasuki Tingkatan 6 Bawah dan seterusnya menduduki peperiksaan STPM. Saban tahun tingkatan 6 ini seolah-olah menjadi pilihan terakhir bagi para pelajar lepasan SPM untuk menyambung pembelajaran mereka. Malah ada yang ragu-ragu untuk masuk semula ke sekolah bagi mengikuti kelas tingkatan 6. Sehubungan dengan itu sebagai panduan kepada mereka yang sedang menimbangkan mengenai Tingkatan 6, dipaparkan petikan artikel tulisan seorang guru yang pernah disiarkan di Harian Metro bertajuk Ubah Persepsi Tingkatan Enam seperti berikut; Pembelajaran di tingkatan enam adalah taraf tertinggi dalam sistem pendidikan sekolah di negara kita. Pelajar yang terpilih akan mengikuti pembelajaran mereka selama dua tahun dan diakhiri dengan peperiksaan awam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Namun demikian, sudah sekian lama masyarakat mahupun di kalangan pelajar sendiri yang menganggap belajar di tingkatan enam bertaraf rendah dan membuang masa. Pandangan negatif itu menjadi fobia kepada sesetengah pelajar dan mereka yang terpilih ke tingkatan enam seolah-olah mengalami perasaan rendah diri kerana rakan lain layak ke kolej matrikulasi, politeknik atau institusi pengajian lain. Tanggapan umum ialah pelajar tingkatan enam terdiri di kalangan mereka yang tercicir untuk ke IPTA. Sesungguhnya persepsi itu mesti dikikis segera kerana sistem pembelajaran di tingkatan enam adalah gerbang kedua untuk ke universiti. Pendapat mengatakan peluang pelajar tingkatan enam untuk melanjutkan pelajaran ke universiti adalah tipis boleh dipersoalkan. Jika kita perhatikan syarat kelayakan ke IPTA, kita dapati syarat minimum kelayakan masuk termasuk mempunyai STPM. Di samping itu, ada beberapa kelayakan lain yang setaraf dengannya seperti sijil matrikulasi, diploma, A-Level atau kelayakan lain yang diiktiraf. Jadi, di sini jelas menunjukkan kedudukan STPM dimiliki pelajar tingkatan enam diiktiraf kerajaan. Mungkin tanggapan negatif itu berpunca daripada kebanyakan pelajar cemerlang melanjutkan pelajaran ke pusat matrikulasi. Situasi sebegini menjadi sindrom kepada pelajar yang gagal ke matrikulasi untuk menerima kemasukan ke tingkatan enam lantaran berasa malu kepada rakan. Inilah fenomena saban tahun pelajar tingkatan enam, berasa diri terpinggir dan tercicir. Di samping itu, ada sesetengah pelajar beranggapan tempoh dua tahun di tingkatan enam terlalu lama dan mereka perlu benar-benar bersedia sama ada dari segi mental dan emosi untuk menghabiskan pembelajaran. Apatah lagi belajar di tingkatan enam pelajar masih terikat dengan peraturan dan disiplin sekolah sebagaimana pelajar junior lain.

Belajar dan berada di bawah satu bumbung yang sama dengan pelajar tingkatan lain meninggalkan rasa terpencil dalam sanubari mereka. Sebenarnya keadaan berkenaan tidak timbul langsung jika pelajar menyedari mereka sebenarnya berada di gerbang universiti. Soal di mana kita belajar tidak penting. Yang perlu pelajar fikirkan bagaimana untuk merangkul kecemerlangan. Kesedaran dan komitmen menjadi tunjang dalam menjana kejayaan dalam mana-mana sistem pembelajaran. Belajar di mana-mana sebenarnya sama saja kerana tiada jalan mudah mencapai kejayaan. Memang benar kejayaan itu milik semua, tetapi yang berusaha keras saja mampu mencapainya. Jika kita meninjau prestasi pencapaian pelajar STPM setiap tahun, ia menunjukkan kualiti sangat tinggi dan sentiasa berlaku peningkatan dari segi peratusan kelulusan. Hal ini menggambarkan pelajar tingkatan enam mampu muncul cemerlang sebagaimana rakan mereka di matrikulasi, politeknik atau kolej swasta. Belajar di tingkatan enam banyak kelebihan. Antaranya pelajar akan mengikuti pembelajaran secara sistematik berdasarkan kurikulum Kementerian Pelajaran bersesuaian dengan kehendak IPTA dan IPTS. Dokongan kuat dan sentiasa di bawah bimbingan guru juga adalah faktor utama membolehkan seseorang pelajar itu mencapai kejayaan cemerlang. Hal itu tidak ada pada rakan mereka di matrikulasi atau di pusat pengajian lain kerana mereka terpaksa lebih berdikari. Tingkatan enam adalah landasan terbaik untuk seseorang pelajar ke universiti. Sebenarnya peluang pelajar tingkatan enam melanjutkan pelajaran ke universiti lebih terbuka berbanding lepasan diploma. Ini kerana lepasan matrikulasi dan diploma tidak secara automatik layak ke universiti jika mereka gagal mencapai merit dan kelulusan ditetapkan. Perlu diingatkan, pembelajaran tingkatan enam diadakan bukan untuk menampung pelajar yang gagal ke IPT, sebaliknya sistem pembelajaran tingkatan enam itu adalah wadah terbaik untuk pelajar mempersiapkan diri bagi menghadapi cabaran lebih luas yang bakal mereka tempuh di IPTA/IPTS. Justeru, selama dua tahun di tingkatan enam membuka ruang dan peluang kepada pelajar untuk merenung diri dan menilai kemampuan sebenar ke arah masa depan yang lebih cerah. Halangan dan cabaran di tingkatan enam adalah jalan mudah ke universiti.

Ini kerana mereka yang memperoleh kejayaan cemerlang dalam STPM, laluan ke universiti amat mudah dan mampu menyesuaikan diri untuk mengikuti pembelajaran di universiti. Apa yang penting, pelajar harus bijak merancang pembelajaran dan mesti sentiasa bersedia dari awal. Kepahitan dan kegetiran pelajar mengharungi masa dua tahun di tingkatan enam memerlukan ketabahan dan kecekalan. Tetapi, semuanya adalah lumrah ketika belajar. Ingatlah wahai pelajar pesanan Imam Syafie yang antara lain berkata, Ilmu itu umpama ladang, maka berbanggalah kamu dengan ilmu. Dan jangan sampai kamu kehilangan ladang kebanggaan itu. Tuntutlah ilmu sebanyak-banyaknya walaupun terpaksa berkorban dan menderita. Mungkin suatu hari nanti apabila engkau menghadiri suatu majlis dan engkau yang memimpinnya, maka engkau akan menjadi kebanggaan majlis itu. Sesiapa yang tidak pernah merasakan pahit getir menuntut ilmu, meskipun sedetik, tentulah ia akan terjerumus ke dalam kejahilan seumur hidupnya. Demikianlah, betapa pengalaman getir ketika belajar adalah ubat mujarab untuk mencapai kejayaan cemerlang dalam pelajaran. Sesungguhnya sistem pembelajaran tingkatan enam masih boleh dipertingkatkan dengan lebih baik. Antaranya ialah mengadakan sistem kolej seperti pusat matrikulasi. Setiap negeri dibina satu kolej pra-U untuk menempatkan pelajar tingkatan enam. Ini tentu meninggikan imej dari segi fizikal dan mampu memantapkan emosi pelajar. Selain itu, pelajar tingkatan enam seharusnya lebih kerap dibawa melawat sambil belajar di universiti untuk memberi pendedahan awal kepada mereka mengenai suasana kampus universiti. Ini tentu merangsang minat pelajar untuk belajar bersungguh-sungguh. Di samping itu, tenaga pendidik ditugaskan di tingkatan enam hendaklah dipilih daripada kalangan guru yang berpengalaman luas. Ini penting untuk meyakinkan pelajar bahawa mereka berdepan dengan tenaga pengajar berkebolehan tinggi yang sekali gus mencambah semangat meneruskan pembelajaran. Hakikatnya, semua peluang belajar seharusnya dimanfaatkan sebaik mungkin dan jangan memperkecilkan keupayaan diri sendiri lantaran kita gagal masuk ke pusat matrikulasi. Tiada halangan, hanya peluang. Itulah yang boleh kita katakan mengenai kelebihan pelajar di tingkatan enam. Kata penulis motivasi Alias Muda, Setiap orang dilahirkan unik bukan saja dari segi rupa paras, tetapi juga dari segi potensi diri. Keunikan inilah yang menjadikan seseorang itu lain daripada yang lain, hebat dan istimewa.

http://eputra.com/pandangan-mengenai-tingkatan-enam/

Anda mungkin juga menyukai