Anda di halaman 1dari 12

UCAPAN

Terima Kasih Pengacara Majlis,

1. Yang Berusaha;

Encik Mohd Redzuan Sanusi, Penolong Pengarah Kaunseling,

JPN Melaka

2. En Mohamad Ali bin Mohd Yunus, Penolong PPD Bimbingan dan

Kaunseling dan Kerjaya Murid, JPN Johor

3. En Saiful Effendi bin Mohd Zahari , Ketua Unit Kaunseling KPM


1
4. Penyelaras Program , En Mohd Jamil Ahmad dan Pn Yusnizal

5. Jawatankuasa program KURSUS KEBITARAAN PEMBIMBING

RAKAN SEBAYA (PRS) BONGSU PERINGKAT KEBANGSAAN

2018

2
Tuan-tuan/ Puan-puan yang dikasihi sekalian ,Selamat Pagi ,
Salam Perpaduan " Salam 1 Malaysia"Salam Melaka Maju Negeri Ku
Sayang, Melaka Maju Fasa II

Para peserta program,

Serta hadirin sekalian.

Salam Sejahtera, Salam Satu Malaysia

Salam Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau

Terlebih dahulu izinkan mengucapakan syukur ke hadrat Allah SWT


kerana dengan limpah kurnia dan izin Nya kita berjaya mengadakan
Kursus KEBITARAAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS)
3
BONGSU peringkat Kebangsaan 2018. Saya percaya program ini
amat bermakna kepada sekalian yang hadir khasnya para pelajar yang
terpilih mengambil bahagian pada hari ini.

Program Kursus KEBITARAAN PRS Bongsu Peringkat Kebangsaan


ini adalah siri yang kedua selepas siri yang pertama dilancarkan pada
tahun 2017. Ini adalah kesinambungan daripada program yang
dahulunya diadakan sebagai aktiviti tahunan sekolah kini dijadikan
sebagai program kebangsaan. Kandungan program telah mengalami
banyak perubahan sejajar dengan era teknologi yang semakin pesat.
Namun matlamatnya adalah sama iaitu untuk mendedahkan para
pelajar sebagai pembimbing dalam membina pasukan PRS yang

4
terlatih, dalam usaha membantu diri sendiri dan rakan-rakan di
sekolah yang lain.

Program ini merupakan tempat pertemuan murid-murid dari sekolah


rendah di Melaka, Johor dan Negeri Sembilan untuk berkenal-kenalan
dan bertukar-tukar pandangan selain mempelajari satu bidang baharu,
ilmu psikologi dan kaunseling yang dapat dijadikan panduan dalam
menjalani hidup sebagai seorang murid , merangkap Pembimbing
Rakan Sebaya di sekolah masing-masing

Saya telah meneliti buku program dan mendapati program ini sarat
dengan slot-slot berjudul menarik , yang telah disusun rapi sebagai
pengisian program . Saya yakin, apabila murid-murid pulang nanti,
dada-dada murid disarati dengan bidang ilmu baharu, yang bukan
5
sahaja dapat digunakan dalam komunikasi interpersonal bersama
rakan satu sekolah, malah juga dapat dimanfaatkan sebagai panduan
dalam menjalani kehidupan sehari-hari.

Bak kata pepatah Inggeris : A journey of a thaousand miles begin with


a single step. Kejayaan bagi sesuatu yang besar bermula dari
pemerhatian ke atas perkara yang kecil dan dianggap remeh. Seorang
pemimpin yang berjaya memimpin satu barisan kepimpinan Negara
juga adalah sebenarnya seorang yang begitu mengambil berat tentang
pembinaan diri dan keluarganya. Justeru, mempelajari sesuatu yang
dianggap peribadi, seperti meneroka dan mengenal diri adalah asas
kepada penerokaan perkara lain yang lebih besar. Seseorang pelajar
ang tidak mengenali dirinya sendiri akan mudah terjebak ke dunia
6
ikut-ikutan. Bermula dari mengikut kawan, kemudiannya mengikut
trand sehinggalah ke kancah yang lebih buruk lagi. Dalam program ini
, anda akan dibantu untuk meneroka diri anda sendiri, mengenali
kekuatan dan kelemahan diridan mebina fokus terhdap matlamat yang
ingin dicapai. Pengetahuan dan latihan seperti ini adalah penting
dalam usaha membina jati diri yang cemerlang di kalangan pelajar.

Golongan remaja adalah yang paling banyak dikaitkan dengan


masalah sosial. Pada umur ini jiwa remaja begitu rapuh dan mudah
terjebak dengan pelbagai gejala sosial. Kekurangan pengetahuan
mengenai psikologi remaja di kalangan ibu bapa dan masyrakat
merupakan satu punca remaja mencari alternative lain bagi
mengekspresikan perasaan mereka. Inilah merupakanpunca utama
7
mereka terjebak dengan perlakuan yang tidak bermoral. Sekiranya
pelajar-pelajar dapat menguasai ilmu komunikasi bersama kumpulan
sasaran, yang terdiri daripada kalangan rakan-rakan, pelajar-pelajar
mampumeyakini kumpulan ini untuk mengekspresikan perasaan
mereka dengan cara yang positif.

Yang kurik itu kendi

Yang merah itu saga

Yang baik itu budi

Yang indah itu bahasa

Selama 2 hari anda di sini, anda telah dididik untuk membina nilai-
nilai positif. Saya dapat lihat betapa bertuahnya anda sekalian, yang
8
akan pulang membawa berbagai-bagai pengalaman berserta
pemahaman nilai seperti ini.

‘manis bicara indah tutur kata, manis kalimah pengikat ukhwah’

Sebelum para pelajar pulang dan memulakan langkah sebagai


Pembimbing Rakan Sebaya, pelajar perlualah terlebih dahulu
memantapkan kemahiran komunikasi. Dalam menyampaikan sesuatu
kebaikan kita perlu melakukannya dengan penuh berhikmah, iaitu
penyampaian perlu menarik , tuturkata perlu bersopan, pandai
mengambil hati dan sebagainya.

9
Saya amat berharap agar persahabatan di kalangan anda , peserta
kursus prs ini akan berkekalan walaupun setelah anda semua kembali
ke sekolah masing-masing.

Alhamdulillah, dalam kesempatan ini saya ingin mengucapakan,


ucapan tahniah kepada negeri Melaka, kerana telah berjaya
mengajurkan program beperingkat kebangsaan seperti ini. Saya
berharap agar program seperti ini dapat kita jadikan acara tahunan
wajib sekaligus dapat melahirkan lebih ramai pasukan prs yang
berkemampuan membantu guru-guru kaunseling di sekolah.

Ucapan tahniah dan terima kasih saya ucapkan khas kepada jawatan
kuasa kerja yang telah bertungkus lumus menjadikan program yang
kita rancang ini satu realiti. Usaha dan komitmen yang anda curahkan
10
bagi menjayakan program ini telah memberikan kebaikan yang
banyak kepada semua pihak yang hadir pada hari ini. Mudah-mudahan
usaha anda ini mendapat keberkatan di sisi Allah SWT

Bagi melengkapkan lagi majlis pada hari yang berbahagia ini, dengan
lafaz bismillahirmanirrahim dan saya dengan sukacitanya
menyempurnakan majlis perasmian dan penutup program KURSUS
KEBITARAAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS) BONGSU
PERINGKAT KEBANGSAAN 2018.

11
12

Anda mungkin juga menyukai