Anda di halaman 1dari 2

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera.

Bunga mawar si bunga rampai,


Harum mekar menghiasai taman,
Wakil AADK sudahlah sampai,
Selamat datang kami ucapkan.

Yang Berusaha En. Mohd Hafiz Bin Mohd Idris,


Penolong Pegawai Agensi Dadah Kebangsaan cawangan Kuala Kangsar.

barisan guru-guru serta rakan-rakan murid SKSMI yang dikasihi sekalian.

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi dengan limpah dan kurnianya dapat kita berkumpul pada hari ini untuk
sama-sama mendengar perkongsian dan ceramah ‘Bahaya dan Kesan Dadah’ dari wakil Agensi Anti
Dadah Kebangsaan (AADK).

Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita mengaminkan doa yang akan
dibaca oleh ................................................ Dipersilakan. *** Amin.. Amin Ya Robbal ‘Alamin.

Untuk makluman para guru dan rakan murid SKSMI sekalian, AADK merupakan sebuah organisasi
yang ditubuhkan untuk membantu memulihkan penagih dadah, mencegah masyarakat dari terlibat
dengan dadah serta membanteras pengedaran dan penyalahgunaan dadah dalam negara kita. Pada
hari ini kita amat bertuah kerana bakal mendengar ceramah daripada salah seorang Penolong
Pegawai Agensi Dadah Kebangsaan cawangan Kuala Kangsar yang pastinya lebih arif dan mempunyai
pelbagai pengalaman menarik dan penting untuk dikongsi dan seterusnya memberi pengajaran dan
iktibar kepada kita semua. Tanpa membuang masa, saya dengan sukacitanya mempersilakan En.
Mohd Hafiz Bin Mohd Idris tampil menyampaikan ceramah beliau . Dengan segala hormatnya
dipersilakan. ***

Terima kasih En. Mohd Hafiz Bin Mohd Idris , Semoga semua yang mendengar, khususnya rakan-
rakan murid SKSMI dapat mengambil iktibar dari perkongsian yang cukup bermakna ini. Dengan
kesedaran yang timbul insya-Allah kita harapkan mampu menghindarkan diri kita yang sangat
berharga sebagai aset negara di masa akan datang daripada terjebak ke kancah kehancuran akibat
penyalahgunaan najis dadah ini.
Ulasan:

Sebagai tanda penghargaan kepada pihak AADK, saya ingin mempersilakan En. Mohd Husaini Bin
Saad, Guru Besar SKSMI tampil ke pentas untuk menyampaikan cenderahati kepada penceramah
kita. Dipersilakan En. Mohd Hafiz Bin Mohd Idris untuk menerima cenderahati daripada pihak kami.
InsyaAllah di lain masa, kami akan menjemput lagi pihak AADK untuk program seterusnya nanti.
Dengan penyampaian cenderahati itu tadi, maka berakhirlah majlis kita pada hari ini.

Kalau ada jarum yang patah,


Jangan disimpan di dalam peti,
Majlis kita selesailah sudah,
Jumpa lagi di lain kali.

Tuan puteri pergi ke Lasah,


Pulang semula di sebelah pagi,
Yang baik itu datangnya dari Allah,
Yang buruk itu dari kelemahan sendiri.

Selepas ini, majlis mempersilakan kepada penceramah jemputan, En. Mohd Hafiz Bin Mohd Idris
diringi barisan pentadbir SKSMI ke kantin untuk jamuan yang disediakan manakala kepada rakan-
rakan murid, diminta tunggu sebentar di dalam dewan ini.

Terima kasih juga saya mewakili rakan-rakan murid sksmi kepada barisan guru-guru SKSMI yang
sentiasa bertungkus-lumus menyediakan program-program bermanfaat seperti ini kepada kami.
Kami mendoakan agar setiap khidmat bakti para guru khususnya di sekolah ini, terus menerus
dikurniakan ganjaran pahala dan digolongkan dengan insan-insan yang beruntung di sisi Allah di
dunia dan akhirat.

Akhir kalam, saya memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kesilapan sepanjang saya
mengendalikan majlis ini. Saya sudahi majlis dengan w.b.t wassalamualaikum warahmatullahi
wabaratuh.

Serah kepada Guru Bertugas….

Anda mungkin juga menyukai