Anda di halaman 1dari 3

SKRIP PENGACARAAN MAJLIS ZIARAH CAKNA 2020

CUE ANN

KATA-KATA BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM…
ALUAN
Mencari timba si anak dara,
Di bawah sarang burung tempua;
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.

Yang Dihormati En Khairuddin bin Ismail, Pengurus Felda


Sungai Koyan 1.

En Nordin b Ismail, Pengerusi JKK Koyan 1,


Pn Normah bt Meh, Pengerusi GPW,
Pn Siti Erna Aishah bt Deraman, SDA (W) Felda Sungai Koyan
1.

Yang berusaha Barisan Guru Penolong Kanan, Barisan Guru


serta murid-murid SK Felda Sungai Koyan Sekalian

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan Salam


Sejahtera..

Majlis mengucapkan selamat datang serta jutaan terima kasih


kepada En Khairuddin bin Ismail, Pengurus Felda Sungai
Koyan 1 atas kesudian bersama-sama memeriahkan Majlis
Perasmian Pelancaran Program Ziarah Cakna tahun 2020
pada pagi yang amat berbahagia ini.

Hadirin hadirat yang dikasihi sekalian,

Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke


hadrat Ilahi Tuhan yang Maha Agung kerana dengan limpah
kurniaNya maka kita diberikan luangan waktu, dianugerahkan
kesihatan yang baik untuk berkumpul dalam Majlis Perasmian
Pelancaran Program Ziarah Cakna tahun 2020.

Buat pengetahuan semua, program pada pagi ini dilaksanakan


serentak di seluruh Malaysia adalah bertujuan untuk :
 Memperkukuhkan konsep mutual distrust sebagaimana
dipraktikan di negara Jepun.
 Memperkukuhkan hubungan antara sekolah dengan ibu
bapa/penjaga.
 Menangani isu keciciran murid.
Secara ringkasnya, Program ini adalah salah satu elemen baharu
yang diserapkan dalam amalan sekolah penyayang yang
berfokuskan kepada lawatan guru dengan kerjasama agensi dan
komuniti ke rumah murid untuk bertemu dengan ibu bapa.

UCAPAN Sebagai pembuka tirai, majlis kita pada hari ini, majlis
GURU mempersilakan Yang Berusaha Pn Maimunah bt Hashim, Guru
PENOLONG Penolong Kanan Pentadbira bagi menyampaikan ucapan.
KANAN Diersilakan.

(WAKIL GURU
BESAR) ************UCAPAN GURU PENOLONG KANAN****************

Terima kasih diucapakan kepada Pn Maimunah atas ucapan


sebentar tadi.

UCAPAN Hadirin Sekalian,


PERASMI
Seterusnya, Majlis dengan sukacitanya mempersilakan Yang
Dihormati En Khairuddin bin Ismail, Pengurus Felda Sungai
Koyan 1 bagi menyampaikan ucapan dan sekaligus merasmikan
Program Ziarah Cakna Peringkat Sekolah SK Felda Sungai
Koyan bagi tahun 2020. Dipersilakan,

********************Ucapan PERASMI*************************

Majlis merakamkan ucapan Terima kasih kepada En Khairuddin


bin Ismail atas ucapan itu tadi.

GIMIK Hadirin hadirat yang dikasihi sekalian,


PELANCARAN
DAN Majlis diteruskan lagi dengan gimik pelancaran.
PENYAMPAIAN
CENDERAMAT Dengan ini, Majlis mempersilakan dif-dif jemputan dan barisan
A pentadbir mengiringi En Khairuddin bin Ismail untuk
melancarkan gimik pelancaran program pada hari ini.

Seterusnya, Dijemput Pn Maimunah untuk menyampaikan


cenderamata kepada En Khairuddin bin Ismail.
PENUTUP Dengan berakhirnya gimik perlancaran dan penyampaian
cenderamata itu tadi, maka berakhirlah pelancaran Program
Ziarah Cakna pada tahun 2020. Akhir kalam,

Songket biru tampak berseri,


Tenunan indah buat arjuna,
Tersilap bicara harap dimaafi,
Ketemu lagi di lain masa.

Sekian. Wabillahi Taufiq Walhidayah Wassalamualaikum


Warahmatullahi Wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai