Anda di halaman 1dari 33

Definisi, Pengertian Dan Takrifan Motivasi.

Artikel ini menjelaskan pengertian, definisi dan takrifan motivasi dengan cara yang lebih mudah difahami. Motivasi
Sebagai Pengarah Tuju dan Penggerak Tindakan
Perkataan MOTIVASI adalah berasal daripada perkataan Bahasa Inggeris - "MOTIVATION". Perkataan asalnya
ialah
"MOTIVE" yang juga telah dipinjam oleh Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia kepada MOTIF, yakni bermaksud
TUJUAN.
Di dalam surat khabar, kerap pemberita menulis ayat "motif pembunuhan". Perkataan motif di sini boleh kita fahami
sebagai sebab atau tujuan yang mendorong sesuatu pembunuhan itu dilakukan. Jadi, ringkasnya, oleh kerana
perkataan
motivasi adalah bermaksud sebab, tujuan atau pendorong, maka tujuan seseorang itulah sebenarnya yang menjadi
penggerak utama baginya berusaha keras mencapai atau mendapat apa juga yang diinginkannya sama ada secara
negatif atau positif.
Oleh itu kita boleh definisikan bahawa:
1. Motivasi adalah sesuatu yang menggerak dan mengarahtuju seseorang dalam tindakan-tindakannya sama ada
secara negatif atau positif.
Motivasi Sebagai Pendorong Tujuan atau motif adalah sama fungsinya dengan matlamat, wawasan, aspirasi,
hasrat
atau cita-cita. Jadi, wawasan, cita-cita, impian, keinginan atau keperluan seseorang itu malah bagi sesebuah
negara
merupakan pendorong utama yang menggerakkan usaha bersungguh-sungguh untuk mencapai apa yang
dihajatkan.
Lebih penting sesuatu yang ingin dicapai, dimiliki, diselesaikan atau ditujui, lebih serius dan lebih kuatlah usaha
seseorang, sesebuah keluarga, organisasi, masyarakat atau negara untuk mencapai apa juga matlamat yang telah
ditetapkan. Jadi, dengan matlamat atau hasrat yang lebih penting atau besar, lebih kuatlah pula dorongan atau
motivasi
seseorang itu untuk berusaha bagi mencapai matlamatnya.
Oleh itu, bolehlah kita buat kesimpulan di sini bahawa:
2. Motivasi adalah suatu bentuk dorongan minda dan hati yang menjadi penggerak utama seseorang, sesebuah
keluarga atau organisasi untuk mencapai apa yang diinginkan.
(Definisi kedua saya di atas ada kesamaan sedikit dengan definisi pertama).
Motivasi Sebagai Darjah Kesungguhan Tahap kepentingan sesuatu yang seseorang ingin capai, memberi kesan
terhadap tahap kesungguhannya berusaha. Sungguhpun masa untuk mencapainya agak lama, tetapi jika apa yang
dihasratkan itu amat penting, ia akan terus tetap mempunyai keinginan atau kesungguhan untuk berusaha
sehinggalah
matlamatnya tercapai.
Oleh itu, bolehlah juga kita buat kesimpulan di sini bahawa: 3. Motivasi adalah darjah atau tahap kesungguhan dan
tempoh keterusan seseorang, berusaha untuk mencapai tujuan atau matlamat.
Motivasi Sebagai Stimulator Untuk menjelaskan maksud ini, saya ingin ambil kisah berikut:
Seseorang lelaki dan wanita yang sedang saling amat cinta mencintai sehingga telah berjanji untuk hidup bersama,
akan
berusaha dengan penuh kesungguhan untuk menjadi suami isteri walaupun menghadapi pelbagai halangan untuk
berbuat demikian. Itulah sebabnya, ramai pasangan yang kita dengar pergi bernikah ke luar negara apabila ada
halangan yang tidak membolehkan mereka mendapat sijil perkahwinan di dalam negara atas sebab halangan
undangundang.
Seperti kata pepatah Melayu "Nak, seribu daya. Tak nak, seribu dalih."
Di sini dapatlah kita simpulkan bahawa:
4. Motivasi adalah stimulasi atau semangat akibat rangsangan atau keghairahan terhadap sesuatu yang benarbenar
diingini.
5. Motivasi adalah suatu mangkin yang menimbul dan menyeramakkan keinginan, keberanian dan kesungguhan
untuk
mencapai sesuatu matlamat mencabar yang diyakini boleh dicapai.

(Definisi kelima ini pula ada kesamaan sedikit dengan definisi keempat).
Kritikan Terhadap Pendapat Tentang Motivasi Ramai ahli psikologi yang menyatakan bahawa, apabila sesuatu
matlamat sudah tercapai, ianya tidaklah berfungsi lagi sebagai pemotivasi. Ini kerana, bila yang diinginkan sudah
tercapai, ia akan berpuas hati dan tidak lagi menjadi perangsang kepadanya; ianya tidak lagi menjadi sesuatu yang
mendorong atau memotivasikan dirinya untuk terus berusaha mendapatkannya.
Pusat Latihan Telekom di Kundasang, Ranau, Sabah, Malaysia Saya kurang bersetuju dengan pendapat ini.
Sesuatu
yang dahulunya menjadi pemotivasi, sebelum kita miliki, sebenarnya tetap berperanan sebagai pemotivasi. Yang
berubah ialah peranannya. Motivasi seseorang terhadap perkara itu akan berubah kepada keperluan untuk
memastikan
apa yang dimiliki itu kekal atau lama dimilikinya. Misalnya, seorang ahli politik yang bercita-cita nak jadi menteri;
cita-cita
tercapai; ia dilantik sebagai menteri. Apakah apabila sudah jadi menteri, menjadi kekal sebagai menteri tidak lagi
menjadi pemotivasinya? Kalau menteri itu lupa akan kepentingan untuk terus kekal sebagai menteri, besar
kemungkinan
perdana menteri atau presiden akan menggugurkannya pada rombakan atau pembentukan kabinet yang akan
datang.
Mungkin juga dalam pilihanraya akan datang, rakyat tidak akan mengundinya lagi. Malah jika majoriti wakil-wakil
rakyatnya lupa akan kepentingan memotivasinya diri mereka untuk terus menjadi pilihan rakyat, pertukaran
kerajaan
Portal Soalan Peperiksaan UPSR 5A 2008, Online Learning.
http://upsr-5a.com Powered by Joomla! Generated: 18 March, 2009, 15:23

akan pula mengambil alih.


Jadi, pendapat yang mengatakan "a satisfied need doesn't motivate", boleh dipertikaikan. A satisfied need, in
actuality
still has its motivational functions. The motivational functions shall be: to nurture and sustain what is or are being
possessed or hold. Semoga definisi-definisi motivasi yang saya berikan di atas dapat sedikit sebanyak membantu
anda
memahami dengan lebih mudah / mendalam makna atau erti perkataan motivasi. Terima Kasih.
Portal Soalan Peperiksaan UPSR 5A 2008, Online Learning.
http://

HURAIAN KANDUNGAN
1.0 JENIS DAN PENDEKATAN MOTIVASI
Bahagian ini membincangkan definisi motivasi, jenis-jenis motivasi dan pelbagai pendekatan
untuk memahami motivasi dan pengaruhnya dalam usaha memahami proses pengajaran
dan pembelajaran pelajar.
1.1 Definisi Motivasi
Secara umumnya pengertian konsep motivasi dapat dijelaskan sebagai keadaan
dalaman diri yang membangkit, menguasai dan mengekalkan sesuatu tingkah laku dalam
diri seseorang itu (Woolfolk, 1998).

Apabila membincangkan konsep motivasi, ahli

Psikologi memberi fokus kepada beberapa persoalan asas (Graham & Weiner, 1996;

Pintrich, Marx, & Boyle, 1993) seperti berikut:

Bagaimanakah pemilihan ke atas sesuatu itu dibuat yang kemudiannya menentukan


tingkahlaku? Sebagai contohnya mengapakah sebahagian daripada pelajar memilih
untuk belajar, dan dalam masa yang sama ada pula yang memilih untuk menonton tv?

Apabila seseorang itu telah mengambil keputusan untuk membuat sesuatu, berapa
lamakah masa yang diambil untuk memulakannya? Mengapakah ada pelajar yang
terus bertindak apabila telah membuat keputusan untuk belajar, tetapi ada pula yang
menangguh tindakan setelah membuat keputusan?

Apakah tahap penglibatan, atau kesungguhan seseorang pelajar itu dalam


melaksanakan aktiviti yang telah dipilih? Adakah pelajar memberi konsentrasi
sepenuhnya atau sebaliknya buat sambil lewa sahaja?

Apakah yang menyebabkan seseorang pelajar itu terus berusaha dan yang lain pula
mudah menyerah kalah?

Apakah yang dirasa dan difikirkan semasa seseorang itu sedang belajar? Adakah dia
merasa tenang dan dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada apa yang sedang
dipelajarinya, atau lebih banyak memikirkan tentang masalah kewangannya yang
belum juga dapat diselesaikan itu?

1.2

Konsep dan Jenis Motivasi: Motivasi Intrinsik dan Ekstrinsik


Apakah perkara yang menggerak dan menentukan tingkah laku seseorang itu? Antara
traits yang selalu dikaitkan dengan konsep motivasi ialah : Keinginan (drives), keperluan
(needs), insentif, rasa takut (fears), matlamat (goals), tekanan sosial (social pressure),
kepercayan diri (self-confidence), minat (interests), rasa ingin tahu (curiousity),
kepercayaan (beliefs), nilai (values), pengharapan (expectations), dan berbagai lagi.
Konsep motivasi juga dapat dijelaskan berdasarkan ciri-ciri individu atau traits. Sebagai
contohnya, ada pelajar yang bertindak melakukan sesuatu disebabkan keinginan yang
tinggi untuk berjaya; tetapi ada pula yang bertindak disebabkan takut untuk gagal;
mungkin juga mereka bertindak kerana minat yang sangat mendalam dalam perkara itu,
dan mungkin

pula semata-mata disebabkan rasa bertanggung jawab kepada kedua

ibubapa yang menaruh harapan begitu tinggi terhadap mereka.

Ada pula ahli Psikologi yang berpendapat bahawa konsep motivasi dirujukkan kepada
keadaan diri seseorang buat masa itu sahaja. Sebagai contoh, semua pensyarah yang
mengikuti kelas psikologi berusaha memberi sepenuh perhatian terhadap kuliah hari itu
kerana mereka tahu apa yang diajar penting untuk ujian kenaikan pangkat. Pada
dasarnya, motivasi yang terbentuk pada sesuatu ketika itu adalah gabungan antara traits
diri dan keperluan pada masa itu. Persoalan yang boleh diajukan kepada diri sendiri:
Adakah saya berada dalam bilik kuliah hari ini disebabkan saya menghargai ilmu, atau
adakah kerana saya perlu menduduki ujian?
Satu kesimpulan boleh dibuat bahawa motivasi bergantung kepada dua faktor, iaitu faktor
dalaman dan faktor luaran yang masing-masing dikenali sebagai motivasi intrinsik dan
motivasi ekstrinsik.
a)

Motivasi Intrinsik

Jenis motivasi ini dikaitkan dengan faktor dalaman diri seperti keperluan, minat, rasa ingin
tahu, dan rasa kepuasan diri. Jenis motivasi ini dikenali sebagai motivasi dalaman
(intrinsik). Ia juga merupakan ciri semula jadi manusia, atau tabii manusia, untuk cuba
mengatasi segala cabaran dalam proses mendapatkan sesuatu yang diingininya (Reeve,
1996). Apabila seseorang itu mempunyai keinginan yang intrinsik, dia tidak memerlukan
apa-apa insentif atau hukuman untuk melakukannya kerana aktiviti itu sendiri sudah
dapat memenuhi kepuasan dan keperluan dalaman individu itu. Mengikut Raffini (1996),
motivasi intrinsik merupakan what motivates us to do something when we dont have
to do anything (p.3).
b)

Motivasi Ekstrinsik

Jenis motivasi ini dikaitkan dengan faktor luaran diri atau faktor persekitaran seperti
hadiah atau ganjaran, tekanan sosial, hukuman, dan lain-lain. Jenis motivasi ini dikenali
sebagai ekstrinsik atau motivasi luaran. Motivasi ekstrinsik adalah berlawanan dengan
motivasi intrinsik di mana aktiviti yang dibuat adalah bertujuan untuk mendapatkan
ganjaran, atau untuk dipuji, atau untuk mengelak daripada hukuman, atau untuk

mendapatkan perhatian seseorang yang disayangi, atau apa sahaja sebab selain
daripada untuk pemenuhan kendiri. Hakikatnya seseorang itu tidak sebenarnya berminat
untuk melakukan aktiviti itu, tetapi sebaliknya semata-mata untuk mendapat ganjaran.

1.2.1 Bagaimanakah Kita Dapat Membezakan Antara Kedua-Dua Jenis Motivasi Ini?
Pada dasarnya tidak mungkin kita dapat membezakan kedua-dua jenis motivasi ini hanya
dengan melihat kepada tingkahlaku. Sebaliknya kita boleh memahaminya dengan
mencuba melihat dari aspek sebab mengapa seseorang itu melakukan perbuatan itu,
yang dikenali sebagai lokas sebab-musabab (locus of causality). Jikalau seseorang itu
sentiasa berada di perpustakaan kerana minatnya yang suka membaca, maka dikatakan
dia mempunyai lokas sebab-musabab dalaman, iaitu motivasi dalaman. Sebaliknya
jikalau dia berada di perpustakaan kerana satu-satunya cara dia boleh bersama
kawannya,

maka

kita

boleh

buat

kesimpulan

bahawa

faktor

luaran

yang

mempengaruhinya berada di perpustakaan dan ini dikenali sebagai lokas sebabmusabab luaran, atau motivasi ekstrinsik.
1.2.2 Bagaimanakah Kita Dapat Mengenalpasti Samaada Lokas Sebab-Musabab Kita
Berbentuk Dalaman Atau Luaran?
Dalam proses menjawab soalan ini, kemungkinan besar kita akan menyedari bahawa
pada dasarnya dikotomi antara motivasi intrinsik dan ekstrinsik ini adalah tidak begitu
jelas iaitu setiap aktiviti tidak akan berlandaskan sepenuhnya kepada motivasi intrinsik
atau sepenuhnya kepada motivasi ekstrinsik. Sebagai contoh, seorang mahasiswa
bidang perubatan menghabiskan beberapa jam belajar anatomi dengan tekunnya
walaupun dia tidak begitu meminati kursus ini. Adakah mahasiswa ini belajar disebabkan
motivasi intrinsiknya untuk mendapatkan ilmu, atau sebaliknya motivasi ekstrinsik untuk
mendapatkan ijazah? Jawapannya adalah kedua-duanya. Mahasiswa ini telah menerima
tekanan luar, iaitu dia perlu belajar untuk lulus kursus anatomi jikalau dia mahu dapat
ijazah dalam bidang perubatan, dan dalam masa yang sama dia belajar adalah secara
sukarela kerana keinginannya untuk berjaya. Dengan perkataan lain, mahasiswa ini telah
menjadikan faktor luaran sebagai faktor dalaman untuk berjaya (internalized an external

cause).
Dalam bilik kuliah peranan kedua-dua motivasi intrinsik dan ekstrinsik adalah penting.
Persoalannya, bagaimanakah seorang pensyarah dapat menanamkan motivasi intrinsik
dalam diri pelajar melalui pengajarannya? Jawapannya ialah dengan menjadikan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran lebih menarik, iaitu dengan cara menggerakkan keinginan
untuk mengetahui dan menjadikan mereka merasa lebih kompeten dalam proses
pembelajaran; dan dalam masa yang sama menjadikan motivasi ekstrinsik (seperti usaha
yang lebih akan lulus dengan gred cemerlang) menyokong pembelajarannya dalam
usaha mendapat keputusan yang cemerlang (Brophy, 1988; Ryan & Deci, 1996).
1.3

Pendekatan Dalam Kajian Motivasi

Terdapat pelbagai teori dan kajian untuk membincangkan konsep motivasi. Ada kajian yang
dibuat dalam makmal dengan menggunakan binatang; ada pula kajian yang dibuat ke atas
manusia dalam makmal atau klinik psikologi. Perbincangan di sini akan hanya memfokaskan
kepada kajian yang boleh diaplikasikan kepada pembelajaran dalam bilik kuliah.
Terdapat EMPAT pendekatan utama dalam mengkaji konsep motivasi:

a)

Pendekatan Behaviourisme atau Tingkahlaku

Pendekatan Humanistik atau Kemanusiaan

Pendekatan Kognitivisme

Pendekatan Pembelajaran Sosial


Motivasi dan Pendekatan Behaviuorisme atau Tingkahlaku
Dalam pendekatan ini, konsep motivasi dikaitkan secara jelas dengan prinsip ganjaran
dan peneguhan.Tingkahlaku yang telah diberikan peneguhan pada masa yang lalu
diandaikan lebih berkemungkinan diulangi berbanding dengan tingkahlaku yang tidak
diberikan peneguhan atau yang telah dikenakan hukuman.
Dalam pendekatan ini, soalan-soalan yang selalu ditanyakan adalah seperti berikut:
Mengapakah ada di kalangan mahasiswa yang semakin tercabar dan semakin gigih

berusaha apablia menghadapi kegagalan, tetapi sebaliknya ada pula yang terus merasa
kecewa dan mengundur diri? Mengapakah pula ada di kalangan mahasiswa yang
berusaha keras hanya semata-mata untuk memenuhi harapan kedua ibu bapa, dan ada
pula yang belajar semata-mata kerana minat terhadap mata pelajaran itu? Mengapakah
ada mahasiswa yang berjaya mencapai kejayaan lebih baik daripada jangkaan
kemampuannya, dan ada pula yang sebaliknya?
Untuk memahami persoalan seperti ini, ahli-ahli kaji behaviourisme menerangkan
motivasi melalui konsep peneguhan/ganjaran dan insentif. Ganjaran ialah objek atau
situasi yang menarik yang diperolehi hasil daripada sesuatu perbuatan atau tingkahlaku.
Insentif pula ialah objek atau situasi yang menggalakkan atau tidak menggalakkan
tingkah laku itu diulang. Sebagai contoh, janji untuk memberi Sijil Dekan kepada
mahasiswa yang berusaha dengan gigih dan mendapat PNGK 3.5 ke atas adalah satu
insentif kepada pelajar. Mendapat gred A juga adalah merupakan satu ganjaran dari
usaha yang gigih. Oleh itu dari kacamata ahli behaviourisme, bagi memahami motivasi
mahasiswa untuk mencapai gred cemerlang, maka perlulah dibuat satu analisis yang teliti
berkenaan dengan sistem insentif dan ganjaran yang terdapat dalam masyarakat,
sebagai contoh, kaitan antara peluang kerjaya dengan pencapaian akademik yang
cemerlang.
Seterusnya, jikalau kita secara konsisten memberi ganjaran kepada sesuatu tingkahlaku
yang diharapkan, dengan secara tidak langsung kita akan membentuk kebiasaan dalam
diri pelajar untuk bertindak dengan cara yang tertentu. Sebagai contoh, jikalau
mahasiswa-mahasiswa yang aktif dalam bidang sukan diberikan ganjaran dalam bentuk
pujian, wang ringgit, privilege, atau kedudukan tertentu kerana peranan mereka sebagai
juara sukan di peringkat universiti, maka dengan sendirinya mereka akan berusaha
mempergiatkan usahanya dalam bidang sukan berbanding dengan bidang akademik bagi
tujuan mendapatkan segala ganjaran itu.
b)

Motivasi dan Pendekatan Humanistik


Pendekatan ini juga dikenali sebagai third-force di awal tahun 1940an sebagai gerak

balas terhadap dua pendekatan yang dominan pada masa itu, iaitu behaviuorisme dan
psikoanalisis Freud.

Pelopor bidang humanistik seperti Abraham Maslow dan Carl

Rogers berpendapat bahawa kedua-dua pendekatan behaviuorisme dan psikoanalisis


tidak dapat menerangkan dengan sepenuhnya mengapa seseorang itu bertindak.
Pendekatan humanistik mencuba menunjukkan bahawa keinginan intrinsik seseorang itu
adalah digerakkan oleh keperluan untuk mencapai self-actualization (Maslow, 1968,
1970), inborn actualizing tendency (Rogers & Freiberg, 1994), atau keperluan kepada
self-determination (Deci, Vallerand, Pelletier, & Ryan, 1991).
Pada dasarnya teori ini berpegang kepada kepercayaan bahawa manusia dilahirkan
dengan keinginan untuk berusaha memenuhi potensi yang ada pada mereka. Dalam
pendekatan ini, memotivasikan pelajar adalah bermakna memberi ransangan kepada
resos dalaman yang ada pada setiap orang, iaitu antaranya rasa kompeten diri, harga
diri, autonomi, dan pemenuhan kendiri. Kajian mendapati pendekatan ini mencuba
menonjol self-esteem movement, iaitu satu pendekatan yang kontroversi dalam
memenuhi keperluan pelajar untuk mendapatkan kedudukan sosial melalui persoalan
harga diri dan digniti para pelajar.
c) Motivasi dan Teori Kognitivisme
Pendekatan ini mencuba menunjukkan bahawa keinginan mengekalkan imej kendiri
adalah merupakan satu kuasa motivasi yang kental. Banyak daripada tingkahlaku kita
adalah bertujuan untuk mengekalkan standard yang kita kenakan pada diri kita sendiri.
Contohnya jikalau kita merasa diri kita orang yang amanah dan bertanggungjawab, maka
kemungkinan besar segala perbuatan kita akan mengambilkira nilai dalam diri kita ini,
walau pun dalam keadaan di mana tidak ada seorang pun yang memerhatikan kita,
kerana kita mahu kekalkan imej kendiri kita itu. Jikalau kita percaya diri kita cerdik dan
berkebolehan tinggi, maka kita akan bertindak cara yang sepatutnya bagi menentukan
kita sentiasa dalam keadaan selesa dengan imej kendiri itu. Walau bagaimanapun tidak
dinafikan adakalanya dalam keadaan tertentu perbuatan kita bercanggah dengan imej
kendiri serta nilai dan kepercayaan kita kerana menjaga sesuatu kepentingan.

Pendekatan ini juga adalah hasil daripada rasa tidak puas hati terhadap pendekatan
behavioursme. Ahli-ahli dalam bidang ini percaya bahawa setiap tindakan kita adalah
ditentukan oleh pemikiran kita, bukan hanya disebabkan oleh kita diberikan ganjaran atau
telah dihukum dengan melakukan perbuatan itu (Schunk, 1996; Stipek, 1993). Setiap
tingkah laku yang dibuat adalah hasil daripada perancangan (Miller, Galanter, & Pribram,
1960), matlamat (Locke & Latham, 1990), skema (Ortony, Clore, & Collins, 1988),
pengharapan (Vroom, 1964), dan atribusi (Weiner, 1992). Andaian yang dibuat dalam
pendekatan ini ialah respon yang diberikan oleh kita bukan disebabkan oleh situasi luaran
atau keadaan fizikal tetapi sebaliknya berdasarkan interpretasi ke atas situasi dan
kejadian ini. Sebagai contoh, apabila kita begitu terlibat dalam sesuatu projek kita lupa
makan, dan tidak pula terasa lapar sehinggalah kita melihat jam pada masa itu. Dalam
pendekatan ini manusia dilihat sebagai aktif dan tinggi rasa ingin tahu, dan sentiasa
mendapatkan maklumat untuk menyelesaikan persoalan personal yang relevan. Manusia
bekerja keras kerana mereka suka bekerja dan kerana mereka ingin memahami apa
yang berlaku di sekeliling mereka. Ini bermakna pendekatan kognitif menekankan
motivasi intrinsik yang ada dalam diri seseorang itu.

d)

Motivasi dan Pendekatan Pembelajaran Sosial atau Teori Personaliti


Pendekatan ini adalah gabungan antara pendekatan behaviourisme dan kognitivisme. Ia
mengambilkira penekanan ahli behaviorisme ke atas kesan atau hasil sesuatu
tingkahlaku, dan minat ahli kognitif pula ke atas impak hasil dari kepercayaan dan
pengharapan seseorang itu.
pengharapan

Pendekatan ini boleh diringkaskan sebagai teori

nilai. Ini bermakna bahawa motivasi adalah gabungan antara dua

kekuatan, iaitu pengharapan seseorang itu untuk sampai ke matlamat yang ditujunya,
dan nilai matlamat itu untuk dirinya. Dengan lain perkataan, persoalan yang mungkin
akan ditanya ialah Jikalau saya sungguh-sungguh berusaha, bolehkah saya berjaya?
dan Jikalau saya berjaya, adakah hasilnya akan membawa kebahagiaan kepada
kehidupan saya?. Di sini, motivasi dilihat sebagai gabungan antara dua elemen penting,
iaitu kejayaan dan kebahagiaan hidup, dan jikalau salah satu daripadanya tidak ada,

maka kemungkinan besar motivasi untuk berusaha mencapai matlamat itu akan menjadi
lemah dan tidak signifikan lagi.
RUMUSAN EMPAT PENDEKATAN MOTIVASI
Behaviouristik

Humanistik

Kognitivisme

Pembelajaran
Sosial

Sumber
Motivasi

Ransangan
Ekstrinsik

Ransangan

Pengaruh
Penting

Ganjaran,
insentif
dan hukuman

Keperluan
harga
diri,
pemenuhan
kendiri
dan
kekuatan diri

Pelopor
Skinner
Teori
Diubahsuai dari Woolfolk, 1998

Intrinsik

Maslow, Deci

Ransangan
Intrinsik
Kepercayaan,
ciri-ciri kejayaan
dan kegagalan,
serta
pengharapan
Weiner,
Covington

Ransangan
Ekstrinsik
dan
Intrinsik
Pengharapan dan
nilai
sesuatu
matlamat
yang
hendak dicapai
Bandura

MATLAMAT, KEPERLUAN DAN MOTIVASI


Matlamat ialah sesuatu benda atau perkara, atau tujuan, atau keinginan atau kejayaan atau apa
sahaja yang individu akan berusaha untuk mendapatkannya (Locke & Latham, 1990). Sebagai
contoh, apabila seorang pelajar bercita-cita hendak menghabiskan membaca satu bab dalam
satu hari, maka dengan sendiri tingkahlakunya akan dikawal oleh matlamat yang dirancangkan
itu. Matlamat ini seterusnya akan memberi motivasi baginya bertindak untuk menentukan citacitanya tercapai dan dengan sendirinya mengurangkan diskrepansi di antara di mana dia
berada sekarang dan di mana dia ingin berada dalam jangka masa tertentu seperti yang
dirancangkan.
Seterusnya mengikut Locke dan Latham (1990), terdapat EMPAT sebab mengapa penentuan
matlamat dapat memperbaiki prestasi seseorang itu:

Matlamat menentukan tumpuan kepada tugas yang perlu dibuat

Matlamat menggerakkan usaha

Matlamat meningkatkan keinginan

Matlamat menghidupkan perkembangan strategi baru apabila strategi lama tidak

berjaya
Jenis Matlamat
Jenis matlamat yang kita pilih akan mempengaruhi kekuatan motivasi untuk berjaya. Matlamat
yang spesifik, sederhana sukar, dan berkemungkinan dicapai dalam jangka masa yang terdekat
akan lebih memeransangkan motivasi dan kesungguhan untuk mencuba (Pintrich & Schunk,
1996; Stripek, 1996). Matlamat yang spesifik juga memberi standard yang jelas dalam membuat
penilaian ke atas prestasi atau pencapaian.
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, terdapat dua kategori utama matlamat, iaitu
matlamat pembelajaran dan matlamat pencapaian.

Matlamat pembelajaran ialah bertujuan untuk memperbaiki dan meningkatkan


ilmu pengetahuan tanpa mengira berapa banyak kesalahan yang telah dibuat.
Pelajar yang mempunyai matlamat pembelajaran seperti ini tidak akan gentar
dengan cabaran dan akan tetap berusaha untuk mencapai matlamatnya walau pun
menghadapi banyak masalah dan rintangan.

Matlamat pencapaian pula adalah lebih menitikberatkan bagaimana penilaian


oleh orang lain ke atas dirinya. Dalam konteks seorang pelajar, dia mahu dilihat
sebagai seorang pelajar yang cerdik dan pintar dan tidak mahu dilihat sebagai
seorang yang tidak kompeten. Jikalau sesuatu matlamat itu dianggap terlalu sukar
dan tidak mungkin dapat dicapai olehnya, maka ia akan menjadi defensif dan
berkemungkinan besar dia akan mengambil strategi mencuba mengelakkan dari
kegagalan. Mereka berlagak sebagai tidak mengambil endah, tidak mencuba
dengan bersungguh-sungguh, atau juga seolah-olah mereka tidak ingin mencuba
langsung. Pelajar seperti ini terlalu memikirkan tentang dirinya dan pandangan
orang lain terhadap dirinya. Dia dinamakan oleh Miller (1984) sebagai egoinvolved learner.

Mengikut Stipek pula (1996), antara tingkahlaku pelajar yang boleh digolongkan di
bawah kategori ini ialah mereka yang menunjukkan ciri-ciri berikut:

Mengambil jalan pintas untuk menyiapkan sesuatu tugasan

Menipu dengan meniru kertas tugasan kawan yang cemerlang

Menunjukkan

prestasi pembelajaran yang baik semata-mata bagi mendapat

perhatian

Berusaha keras hanya apabila tugasan akan diberikan gred

Menunjukkan marah dan kesal apabila mendapat gred rendah

Terlalu mementingkan persaingan dalam semua aspek kerja dan suka membuat
perbandingan dengan rakan lain

Memilih tugasan yang akan mendapatkan penilaian yang positif

Merasa tidak senang dengan tugasan yang tidak mempunyai kriteria penilaian dan
ganjaran yang jelas

2.1

Motivasi Dan Keperluan Manusia

Apakah itu keperluan?

Pada dasarnya ia merupakan

a biological or psychological

requirement; a state of deprivation that motivates a person to take action toward a goal (Darley,
Glucksberg, & Kinchla, 1991). Pada hakikatnya keperluan manusia tidak pernah dapat dipenuhi
secukupnya, sebaliknya memerlukan pembaikan yang berpanjangan.
a)

Hirarki Keperluan Maslow


Manusia dipercayai mempunyai banyak dan pelbagai keperluan. Persoalannya, daripada
keperluan yang banyak dan pelbagai itu, yang mana satukah keperluan asas yang perlu
dipenuhi dahulu? Mengikut Maslow, keperluan manusia bermula dari yang paling rendah
iaitu asas untuk hidup, seperti makan dan minum serta tempat tinggal, kepada keperluan
yang lebih tinggi, seperti pencapaian intelek, sehinggalah ke peringkat yang paling tinggi,
iaitu pemenuhan kendiri.
Maslow menamakan keempat-empat keperluan ini sebagai keperluan untuk hidup,
keperluan fizikal, keselamatan, rasa dipunyai dan dihargai, serta pemenuhan keperluan
diri yang lain. Keempat-empat ini diletakkan di bawah kategori keperluan defisien. Apabila
semua keperluan ini sudah berjaya dipenuhi, maka keperluan ini akan menurun dan

motivasi

untuk

mencapainya

akan

berkurangan.

Sebaliknya

bagi

keperluan

perkembangan dan peningkatan keintelektualan serta estetika, seperti keperluan untuk


mendapatkan serta meningkatkan ilmu pengetahuan, menghayati keindahan dalam apa
jua bentuk, tidak akan dapat dipenuhi sepenuhnya oleh sesiapa pada bila-bila masa pun.
Malah semakin banyak seseorang itu mencari ilmu untuk cuba memahami kejadian di
sekelilingnya, maka semakin kurang dia merasa akan dirinya dan semakin tinggi
keinginannya untuk mencari dan meneroka.
Maslow juga membincangkan tentang tahap pemenuhan kendiri atau self-actualization
yang didefinisikan sebagai the desire to become everything that one is capable of
becoming (Maslow, 1954). Tahap pemenuhan kendiri ini dapat dilihat apabila seseorang
itu telah berjaya menunjukkan pembentukan sifat kendiri yang mantap atau jati diri,
unggul atau juga dalam istilah yang digunakan oleh YAB Perdana Menteri sebagai
Towering Personality seperti tahap penerimaan diri dan orang lain dalam semua
keadaan, jati diri, ketrampilan diri, keterbukaan, ramah mesra, berdaya menjalinkan
hubungan yang sihat dan positif, kreatif, inovatif dan berdikari. Dengan lain perkataan
sifat seseorang yang telah berjaya menunjukkan kemantapan psikologi dan kesihatan
mental yang tinggi. Walau pun mengikut Maslow terdapat kurang daripada 1% manusia
yang berjaya sampai ke tahap ini, tetapi adalah tidak mustahil bagi kita semua mencuba
sampai ke puncak ini.
b)

Implikasi Teori Maslow ke atas pendidikan.


Kepentingann teori Maslow ini dapat dilihat daripada aspek hubungan antara keperluan
difisien dengan keperluan perkembangan seseorang pelajar itu. Sebagai contoh, seorang
pelajar yang berada dalam serba kekurangan fizikal sudah tentu tidak ada kekuatan
emosi dan psikologi untuk belajar dengan baik. Semua pendidik menerima hakikat
bahawa jikalau keperluan asas pelajar tidak dipenuhi, maka proses pembelajaran mereka
sudah tentu akan terjejas. Pelajar yang merasa dirinya tidak disayangi, tidak dihargai, dan
tidak mempunyai kebolehan, agak sukar untuk membentuk motivasi yang tinggi untuk
berjaya tanpa usaha, dorongan dan bantuan daripada pensyarahnya.

2.2

Pencapaian dan Motivasi


Ahli-ahli psikologi juga cuba menunjukkan bahawa seseorang pelajar yang berusaha
mendapatkan

kejayaan

dalam

pelajarannya

semata-mata

untuk

mencapai

kecemerlangan bagi memenuhi keperluan dirinya, dan sebaliknya bukan untuk


mendapatkan ganjaran atau pujian, adalah dianggap mereka ini mempunyai keinginan
untuk berjaya yang tinggi. Teori ini telah diperkenalkan oleh David McClelland dan John
Atkinson dalam tahun 1950an. Mereka membuat andaian bahawa motivasi untuk berjaya
ini adalah bermula dari keluarga dan budaya di mana anak itu dibesarkan. Jikalau dalam
sesuatu keluarga itu telah ada budaya yang menggalak serta menghargai kejayaan, yang
mana dilihat dari penekanan ciri-ciri seperti mementingkan usaha dan inisiatif, memberi
ruang untuk persaingan positif, berusaha, berdikari serta

melatih mereka dalam

kemahiran menyelesai masalah, maka kemungkinan besar pelajar akan dapat


membentuk nilai pencapaian yang tinggi dalam diri masing-masing dan tidak mudah
berputus asa dan menyerah kalah.
Atkinson (1954) telah menggariskan beberapa dimensi baru kepada persoalan hubungan
motivasi dan pencapaian apabila beliau membuat saranan bahawa semua manusia pada
hakikatnya mempunyai keinginan untuk berjaya yang tinggi, dan juga keinginan untuk
mengelak dari kegagalan. Mengikutnya lagi, jikalau keinginan untuk berjaya adalah lebih
tinggi daripada perasaan takutkan kegagalan, maka akan timbul motivasi untuk
menghadapi apa sahaja risiko bagi tujuan mencapai kejayaan itu. Sebaliknya jikalau
keinginan untuk mengelakkan kegagalan adalah lebih besar daripada keinginan untuk
berjaya, maka risiko yang akan diambil lebih berfungsi sebagai ugutan untuk mengelak
daripada menghadapi situasi itu; dan ia bukan lagi bertindak sebagai cabaran untuk
mencapai kejayaan.
Seterusnya, jikalau motivasi untuk berjaya lebih tinggi daripada motivasi untuk mengelak
daripada kegagalan, maka kegagalan di peringkat awal akan meninggikan lagi usahanya
untuk mencapai kejayaan itu. Tetapi sebaliknya jikalau dia mendapat kejayaan dengan
senang tanpa banyak berusaha, maka hal ini akan mengurangkan motivasinya untuk
berusaha dengan lebih giat lagi. Pelajar yang mempunyai motivasi yang tinggi untuk

mengelak kegagalan, maka kegagalan pada peringkat awal akan terus mematikan
semangatnya untuk berusaha, sebaliknya jikalau dia memperolehi kejayaan, ini akan
membantu meninggikan lagi semangat dan motivasinya untuk berjaya.
2.3

Keperluan Membuat Penentuan Kendiri


Penentuan kendiri ialah keperluan untuk membuat pilihan sendiri dalam apa sahaja
perkara yang hendak dilakukan. Segala tindakan yang dibuat oleh seseorang itu
sepatutnya menunjukkan keinginannya, dan bukan disebabkan ganjaran atau tekanan
dari luar (Deci & Ryan, 1985). Seseorang itu seharusnya bertanggungjawab ke atas
tingkahlaku dan tindakannya. Dan seharusnya juga berusaha mengelak daripada tekanan
luar seperti peraturan-peraturan yang mengongkong, dan dia juga perlu berani dalam
menyatakan pendiriannya.

3. 0

TEORI ATRIBUSI, KEPERCAYAAN DAN MOTIVASI

Teori atribusi adalah merupakan sebahagian daripada pendekatan kognitif. Persoalan asas yang
ditimbulkan ialah bagaimanakah kita berjaya memahami faktor yang menyebabkan kejayaan
dan kegagalan seseorang itu. Soalan yang selalu ditanyakan

ialah

mengapa?. Sebagai

contoh, pelajar yang gagal mungkin bertanya kepada dirinya seperti ini Mengapakah saya
gagal dalam ujian akhir tahun? dan Mengapakah saya lupa mengingati semua yang telah saya
pelajari? Pelajar-pelajar ini mungkin meletakkan sebab atau atribut kegagalan dan kejayaan
mereka ke atas beberapa perkara seperti kebolehan atau keupayaan intelek, usaha, mood,
pengetahuan, nasib, bimbingan, minat, kejelasan arahan, interpretasi yang dibuat, polisi dan
sebagainya. Teori atribusi menjelaskan bagaimana penerangan, justifikasi, dan alasan yang
dibuat oleh seseorang itu akan mempengaruhi motivasinya.
3.1

Dimensi Lokas, Kestabilan dan Tanggungjawab


Weiner merupakan salah seorang ahli psikologi pendidikan yang mengaitkan atribusi
dengan pencapaian pembelajaran. Mengikut beliau, beberapa sebab yang selalu
dikaitkan dengan kejayaan dan kegagalan dalam pembelajaran oleh pelajar-pelajar pada
amnya boleh dibahagikan kepada tiga dimensi:

Lokas atau tumpuan: lokas kawalan dalaman dan luaran yang dikaitkan dengan sebab
sesuatu itu terjadi

Kestabilan: sama ada sebab-sebab yang diberikan itu tekal untuk beberapa masa atau
sentiasa berubah

Tanggungjawab: sama ada sebab yang diberikan itu boleh dikawal atau di luar dari
kawalan

Terdapat berbagai sebab yang diberikan oleh pelajar mengapa mereka gagal dalam
dalam peperiksaannya. Weiner telah menyarankan lapan sebab hasil dari gabungan
ketiga-tiga dimensi ini, iaitu lokas kawalan, kestabilan, dan tanggungjawab (Weiner,
1992).

MOTIVASI BERSAMA DR. ISMAIL ZAIN (ARTIKEL MOTIVASI)


Menjana Modal Insan Gemilang
Oleh DR. ISMAIL ZAIN (driszain@yahoo.com)
[Bahagian 2 - 1 Jun 2007]

GURU diberi tugas untuk menjana modal insan gemilang bukanlah satu perkara yang baru tetapi ia adalah
matlamat atau impian bagi setiap guru terhadap pelajar-pelajarnya dalam mengharungi proses pengajaran dan
pembelajaran.
Insan gemilang adalah puncak daripada kejayaan-kejayaan yang membawanya ke arah kecemerlangan. Kejayaan
pula ialah penggunaan secara maksimum kebolehan yang ada pada diri seseorang untuk menghasilkan
pencapaian. Dalam hal ini kebolehan ialah potensi atau fitrah yang dikurniakan oleh Allah yang harus
diperkembangkan secara menyeluruh, bersepadu dan berterusan sepertimana yang ditekankan dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Justeru, untuk membawa seseorang pelajar itu ke arah kegemilangan, maka ia harus
bermula lebih awal iaitu melalui proses memperkembangkan potensi individu secara berterusan. Melentur buluh
biarlah dari rebung!
Potensi individu mampu diperkembangkan secara berterusan melalui aktiviti kurikulum maupun kokurikulum. Guru
harus mengintegrasi dan menggandingkan pelbagai kemahiran dengan ilmu yang diperlukan oleh pelajar dalam
proses pengajaran dan pembelajarannya. Inilah modal yang perlu dimiliki oleh setiap insan dalam kehidupan yang
serba mencabar. Ilmu dan kemahiran bagaikan irama dan lagu yang tidak dapat dipisahkan.
Kita tidak mahu melahirkan pelajar hanya bersifat ulat buku tetapi perlu melahirkan pelajar yang diumpamakan
akar pokok yang sentiasa menjalar meniti zaman bagi mengukuhkan pohon tersebut. Ulat buku adalah hasil
daripada perpindahan ilmu daripada pelbagai sumber ke otak manusia tanpa melalui proses transformasi yang
akhirnya akan mati kekenyangang. Akar pokok ialah perpindahan ilmu yang membawa kepada penerokaan,
inovasi yang berlandaskan survival atau keinginan untuk hidup serta memahami falsafah kehidupan secara lebih

bermakna.
Garis panduan tentang pengintegrasian kemahiran sudahpun dibuat dalam kurikulum kebangsaan. Ia merangkumi
pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran, strategi penjanaan minda kritis & kreatif, pengintegrasian teknologi
maklumat dan komunikasi dalam pengajaran serta pelbagai kaedah dalam pemupukan nilai-nilai murni yang
merangkumi semangat patriotik.
Persoalannya sekarang sejauhmanakah pengintegrasian ini dapat diwujudkan serta dilaksanakan secara berkesan.
Pada pandangan saya guru harus memahami proses pengintegrasian ini agar pengajaran dan pembelajaran tidak
hanya berperanan sebagai pemindahan ilmu tetapi mampu menerapkan kemahiran melalui perkembangan potensi
yang akan membawa perubahan ke atas dirinya.
Sebagai contoh sesuatu aktiviti pembelajaran sama ada dalam bentuk kurikulum maupun kokurikulum perlu
mempunyai unsur pengintegrasian seperti berikut yang merangkumi aspek ilmu dan kemahiran:

Perkembangan ilmu: pendedahan ilmu merangkumi teori, prinsip, konsep terhadap sesuatu topik
pembelajaran.
Perkaitan dengan kehidupan: guru harus mampu menyedarkan pelajar perkaitan antara ilmu yang dipelajari
dengan kehidupan masa sekarang serta kehidupan masa depan yang merangkumi kepentingan ilmu yang
dipelajari, bidang kerjaya yang boleh diceburi, sumbangan yang boleh diberi, keperluan serta penyelidikan
yang perlu dicari, inovasi yang perlu dibuat, kesan dan akhibat yang akan diterima serta keperluannya
kepada negara.
Perkembangan kemahiran belajar: Dalam proses penimbaan ilmu guru harus menggalakkan penggunaan
pelbagai strategi, kaedah yang merangkumi kemampuan menggunakan alat berfikir (thinking tools) dalam
menganalisis atau mentafsir yang membawa kepada penyelesaian sesuatu masalah serta aplikasi pelbagai
mod pengintegrasian teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dalam proses mengakses atau
memproses maklumat.
Perkembangan kemahiran generik: melalui langkah-langkah atau prosedur sesuatu aktiviti pelajar mampu
membina sahsiah seperti keyakinan diri, toleransi, pengurusan masa, bekerjasama, sayang menyayangi
yang membawa ke arah menghargai nilai kehidupan.

Pengintegrasian di atas mampu menjadikan insan lebih bermodal bukan setakat bermodalkan ilmu pengetahuan
tetapi bermodalkan kemahiran yang menjadi faktor penggerak ke arah tindakan yang membawa makna dalam
kehidupan.

Design by: Ocsic IT (IP0229270-D)

PENGHORMATAN PADA DIRI SENDIRI - FAKTOR KE ARAH KEJAYAAN


Oleh: DR. ISMAIL ZAIN
[Selamat Pagi Cikgu: Utusan Malaysia]

PENGGAL persekolahan masih berjalan dan seperti biasa pelajar-pelajar yang akan menduduki
peperiksaan pada akhir tahun ini akan berusaha memantapkan diri dan semangat mereka
dalam menghadapi peperiksaan

Terdapat sebilangan pelajar-pelajar berasa begitu gembira kerana pada hujung tahun ini
mereka akan menamatkan pengajian mereka dan seterusnya akan melangkah ke tahap yang
lain pula. Manakala tidak kurang pula yang tidak begitu yakin pada diri mereka sama ada
mereka dapat menghadapi segala cabaran dengan jayanya.
Ivan Burnell, (1995) seorang ahli korporat dan pakar motivasi barat dalam penulisannya
bertajuk "The Power of Positive Doing", mengatakan bahawa satu cara untuk memberi
keyakinan pada diri sendiri ialah dengan menghormati diri kita serta menganggap bahawa diri
kita adalah penting.
Oleh itu kita harus mengurus diri kita sendiri dengan sebaik mungkin bukan hanya pada aspek
fizikal sahaja tetapi juga pada aspek mental dan emosi.
Seterusnya kita harus bertanya pada diri kita sendiri SIAPA kah diri kita ini? Di sini saya ingin
mengupasnya pada setiap huruf yang terbentuknya perkataan SIAPA:S - membawa pengertian "saya". Dalam semua urusan kita harus berbangga dengan diri kita.
Allah telah berfirman dalam suruh Al-Baqarah yang bermaksud . Kamu dilahirkan sebagai
umat yang terbaik.
Berpandukan maksud ayat ini maka kita harus berbangga pada diri sendiri serta bersyukur
kerana kita telah dilahirkan dan dapat menaikmati kehidupan di dunia ini serta berjaya
mengharungi zaman-zaman yang lampau hinggalah ke hari ini. Oleh kerana manusia adalah
ciptaan Allah yang terbaik, maka wajarlah kita menghormati diri kita sendiri dengan
melakukan perkara-perkara yang boleh memberi faedah kepada diri serta kelauarga kita.
I membawa pengertian "insan". Saya adalah seorang insan dan bukannya robot atau
komputer yang perlu di arah untuk melakukan sesuatu tindakan. Sebagai seorang insan kita
dilengkapi dengan pancaindera yang berfungsi mengikut keperluan-keperluan tertentu.
A membawa pengertian "amalan". Sebagai seorang insan yang hidup di dunia ini, kita
seharusnya mengamalkan segala ilmu yang kita pelajari. Sesuatu ilmu itu akan pudar
sekiranya ianya tidak diamalkan.
Setiap pagi atau petang kita akan mengamalkan latihan menyegarkan badan supaya ianya
sihat dan terjauh daripada penyakit. Oleh itu amalan adalah asas kepada tindakan manusia
dan ianya adalah merupakan sebagai "pasport" ke arah kejayaan. Tidak ada kejayaan tanpa
amalan.
P membawa pengertian "peribadi". Setiap manusia mempunyai peribadi. Jika kita seorang
pelajar setiap tingkah laku kita haruslah bercirikan seorang pelajar sama ada di sekolah, di
rumah atau di mana-mana sahaja. Peribadi yang mulia dapat mengelakkan daripada
tercetusnya masalah-masalah yang boleh menganggu ketenteraman fikiran. Fikiran yang
tenteram membolehkan kita belajar serta menjalani kehidupan yang lebih sempurna
A membawa pengertian "adil". Kita sering kali menyalahkan kepada orang lain dengan
mengatakan mereka tidak adil pada diri kita. Tetapi pernahkah kita bertanya kepada diri kita
sendiri apakah kita telah berlaku adil pada diri sendiri?
Kita dikurniakan oleh Allah lengkap dengan anggota tubuh badan. Sejauhmanakan kita telah
menggunakan segala angota kita dalam melaksanakan seala tindakan dan tugas kita setiap
hari? Ramai di antara kita yang mempunyai "penyakit" tidak yakin pada diri kita sendiri. Kita
seolah-olah menolak hakikat bahawa diri kita yang dicipta oleh Allah mempunyai pelbagai
potensi sama seperti orang lain.

Dalam hadith nabi ada menyebut..tidak ada suatu kurnia yang diberikan oleh Allah kepada
manusia lebih utama dari keselamatan, kecuali keyakinan (diri) sahaja..Hadith ini
memperingatkan kepada kita bahawa keyakinan diri adalah merupakan faktor yang penting ke
arah menggerakkan diri kita ke arah yang lebih dinamik serta berwawasan.
Menyedari bahawa diri kita adalah seorang insan yang perlu mengamalkan segala ilmu yang
kita dipelajari serta mempunyai peribadi maka kita seharusnya berlaku adil pada diri sendiri.
Oleh itu bagi para pelajar mulai sekarang berilah keyakinan yang sepenuhnya kepada diri kita
sendiri. Anggaplah segala anggota yang ada pada tubuh badan kita ini adalah sesuatu yang
istimewa serta di antara yang terbaik.
Jangan biarkan perasaan dan emosi kita mengongkong serta menjadi penghalang ke arah
tindakan dan hasrat kita yang murni itu. Anggapkan bahawa apa sahaja yang dapat dilakukan
oleh orang lain, kita juga dapat melakukannya.
Kebolehan seseorang itu bukannya terletak pada bangsa, agama ataupun saiz badannya tetapi
kebolehan seseorang itu diukur dari segi tindakan dan hasilannya. Tindakan adalah hasil
daripada semangat yang kental serta dari jiwa yang cekal.
Hormatilah diri sendiri serta hadapilah segala cabaran pada setiap hari dengan penuh
keyakinan. Kejayaan sentiasa bersama kita!

PENENTUAN MATLAMAT
[Selamat Pagi Cikgu - Utusan Malaysia]

SETIAP individu mempunyai matlamat hidup masing-masing. Jika ditanya apakah matlamat
hidup kita, seorang peniaga akan mengatakan matlamatnya ialah untuk maju dalam
perniagaannya. Seorang guru akan mengatakan agar ia dapat meningkatkan prestasi pelajarpelajarnya dan seorang pelajar pula akan mengatakan tentang harapannya untuk beroleh
kecemerlangan dalam pelajarannya.
Sejauhmanakah matlamat itu akan tercapai? Semua matlamat yang dinyatakan di atas ialah
matlamat jangka panjang iaitu suatu hasil daripada tindakan yang dilakukan.
Tetapi pada saya mempunyai matlamat jangka panjang sahaja belum tentu kita akan dapat
merealisasikannya. Apa yang saya hendak berkongsi pengalaman dengan para pembaca hari
ini ialah setiap individu perlu juga mempunyai matlamat jangka pendek iaitu merupai tindakan
serta keperluan yang harus dilaksanakan setiap hari.
Matlamat jangka pendek ialah segala tindakan yang kita perlu ambil setiap hari demi untuk
memenuhi matlamat jangka panjang kita iaitu ke arah kecemerlangan.
Jika ia seorang ahli perniagaan, ia perlulah mempunyai satu matlamat bagi setiap hari atau
minggu atau bulan. Contohnya seorang ahli perniagaan akan menyusun satu jadual atau pelan
yang menunjukkan jumlah dan target barangan yang perlu dijual serta pelanggan-pelanggan
yang perlu ditemui untuk tujuan urusniaga.
Bagi seorang guru mereka mempunyai rancangan mingguan dan harian yang menjadi
panduan ke arah melaksanakan tugasan mereka dalam proses pembelajaran di bilik darjah.
Rancangan inilah yang merupakan matlamat jangka pendek bagi seorang guru ke arah

memenuhi matlamatnya untuk melahirkan anak-anak didik yang cemerlang dalam


peperiksaan nanti.
Bagaimanakah pula dengan seorang pelajar? Menetapkan satu matlamat di akhir persekolahan
adalah sesuatu yang baik kerana ianya merupakan satu destinasi dalam penentuan arah
kehidupan.
Tetapi matlamat ini terlalu umum dan tidak mungkin tercapai sekiranya kita tidak berusaha
memperolehinya. Setiap usaha memerlukan perancangan sama ada harian atau mingguan dan
ianya merupakan satu keperluan bagi kita.
Perancangan dan keperluan inilah yang kita namakan sebagai matlamat jangka pendek seperti
kata pepatah melayu, "Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit". Ianya merupakan satu susunan
kerja yang perlu kita lakukan dan mencapainya setiap minggu secara beransur-ansur, sedikit
demi sedikit ke arah kejayaan diri.
Sebagai contoh matlamat-matlamat jangka pendek ini boleh dibuat dalam bentuk seperti
berikut: Jadual kerja: Jadual kerja adalah merupakan satu jadual masa yang menyenaraikan
segala kerja sama ada yang berkaitan dengan kegiatan kurikulum dan ko-kurikulum di
sekolah ataupun kerja-kerja yang kita rancang sendiri. Jadual ini akan memberi satu
maklumat kepada pelajar-pelajar tentang apa yang harus dilakukan dan dicapai pada
hari tersebut.
Lembaran Analisis Pelajaran: Ianya merupakan satu helaian yang memuatkan topiktopik bagi satu-satu mata pelajaran yang tertentu yang telah diajar oleh guru
sepanjang minggu. Di dalam helaian ini pelajar-pelajar akan mencatat perkaraperkara yang mereka masih tidak faham dan menetapkan satu target masa untuk
menyelesaikannya.
Melalui Jadual Kerja dan Lembaran Analisis Pelajaran, pelajar-pelajar akan sentiasa
mempunyai satu matlamat jangka pendek dalam proses pembelajaran. Matlamat inilah yang
merupakan tindakan-tindakan yang harus diambil dalam menyelesaikan satu-satu tugasan.
Memenuhi matlamat jangka pendek adalah jalan ke arah mencapai matlamat jangka panjang.
Sesungguhnya seorang yang mempunyai matlamat jangka pendek yang jelas serta berusaha
mencapainya adalah lebih baik daripada seorang yang mempunyai matlamat jangka panjang
tetapi tidak berusaha untuk membuat perancangan dan tindakan untuk mencapainya.
Matlamat jangka pendek adalah merupakan jambatan emas ke arah memenuhi matlamat
jangka panjang. Manakala matlamat jangka panjang akan terus menjadi satu angan-angan
sekirannya ianya tidak disusuli dengan tindakan.

PENGORBANAN KE ARAH KEJAYAAN


Oleh DR. ISMAIL ZAIN
[Selamat Pagi Cikgu - akhbar Utusan Malaysia]

PADA tahun lepas ada di antara pelajar-pelajar berasa sangat gembira kerana gambar mereka
tersiar di akhbar-akhbar kerana berjaya menempah kecemerlangan dalam peperiksaan STPM
yang lalu. Bagaimana pula dengan pelajar-pelajar yang lain? Tidakkah merasa "cemburu"
terhadap kejayaan rakan-rakan kita itu? Bayangkan betapa seronoknya perasaan mereka
serta ibu bapa mereka apabila mendapat tahu bahawa anak-anak mereka telah mendapat
kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan!

Sebenarnya anda juga boleh menjadi pelajar cemerlang sama seperti pelajar-pelajar yang
terpapar di akhbar-akhbar. Kejayaan tidak mengenal siapa anda, lelaki atau perempuan, tinggi
atau rendah, kaya atau miskin, agama atau bangsa. Potensi dan fitrah manusia yang diberikan
oleh Tuhan adalah sama. Perbezaannya adalah lahir dari tindakan kita. Manakala tindakan kita
pula dipengaruhi oleh beberapa faktor yang lain seperti sikap dan perasaan.
Rata-rata pelajar-pelajar yang memperolehi kecemerlangan dalam peperiksaan mengatakan
rahsia kejayaan mereka adalah terletak kepada usaha mereka yang gigih, tabah serta
keazaman yang tinggi. Kejayaan tidak boleh datang secara spontan sahaja tanpa berusaha.
Kejayaan merupakan hasil daripada proses pembelajaran.
Jika kita ambil contoh pembelajaran ini sebagai sebuah kilang, maka sebelum kilang itu dapat
mengeluarkan sesuatu produk (hasil barangan) kilang itu terpaksa mendapat pelbagi bahan
mentah sebagai bahan adunannya. Bahan-bahan mentah itu kadangkalanya senang diperolehi
dan kadangkalanya pula sukar dan terpaksa mengimportnya dari luar negeri. Tetapi demi
untuk mempastikan produknya berkualiti tinggi maka pengeluarnya akan berusaha
mendapatkan bahan mentah tersebut walaupun terpaksa menanggung risiko yang tinggi.
Setelah memperolehi bahan mentah ianya akan diproses melalui beberapa pemeringkatan.
Pihak pengeluar akan berusaha mempastikan sistem pemerosesannya beroperasi dengan baik
demi untuk menjamin hasilan barangannya kerana bahan mentah yang diperolehi itu mahal.
Hasilnya sudah tentulah barangan tersebut akan mendapat pasaran yang baik oleh para
pembeli.
Sekiranya kita ibaratkan pelajar itu sebagai pengeluar barangan maka sudah tentulah pada
peringkat permulaannya ia akan berusaha mencari pelbagai sumber ilmu sepertimana yang
dilakukan oleh pengeluar kilang yang cuba mencari bahan mentahnya. Ilmu tidak akan datang
menggolek tetapi kita harus mencarinya dan dalam proses pencarian kita perlulah sanggup
menempuhi pelbagai cabaran dan tekanan sama ada dari aspek mental, rohani dan jasmani.
Ilmu yang diperolehi tidak akan memberi makna apa-apa kepada kita sekiranya ilmu itu tidak
dihayati dan dimenafaatkan sebaik mungkin. Dalam hal ini pengusaha kilang cuba
mempastikan bahan mentahnya di proses dengan baik ke arah penghasilan barangan yang
bermutu, maka seorang pelajar juga harus mempastikan ilmu yang didapati itu perlu diproses
dalam ertikata ilmu itu patut dihayati, dianalisis dan disebatikan dalam kehidupan pelajarpelajar .
Mutu kawalan yang tinggi dalam pemprosesan akan menghasilkan barangan yang bermutu.
Begitu juga dengan pelajar yang dapat menghayati pelajarannya dengan sistematik akan
menjamin kecemerlangan dalam bidang akademiknya.
Sehubungan dengan perkara ini Bob Budler (1992) dalam bukunya bertajuk "You Can Do
It !" telah menyunting beberapa pendapat dan padangan pakar-pakar motivasi. Salah satu
kata-kata yang menarik perhatian saya yang terdapat dalam buku ini ialah berbunyi "You
Have to Pay the Price".
Ini bermakna kejayaan itu tiada ternilai harganya. Oleh itu keseluruhan kata-kata di atas
bermaksud seseorang itu perlulah bersedia mengorbankan tenaga, berdedikasi dan berusaha
dengan gigih sebagai bayaran ke arah menempah kejayaan iaitu ganjaran yang yang ingin
dicapainya. Dalam erti kata yang lain tiada kejayaan tanpa usaha dan usaha adalah menjadi
tanggungjawab bagi setiap diri pelajar-pelajar. Tiada siapa yang dapat membantu kita selagi
diri kita tidak mahu bergerak untuk membantu diri sendiri.
Sekarang cubalah renung dan lihat diri sendiri. Kemukakanlah soalan ini kepada diri sendiri.
"Sudahkah saya bersedia berkorban dalam proses pembelajaran saya?" Jika sudah apakah
tindakan saya seterusnya? Jika belum apakah perancangan yang harus saya lakukan? Semoga

dengan persoalan ini dapat menyedarkan kita di manakah kedudukan kita sebenarnya serta
mengatur langkah untuk membuat persediaan sebelum terlambat.
Bersedialah untuk berkorban demi untuk kecemerlangan masa hadapan. Usaha itu tangga
kejayaan!
Semoga pada keputusan peperiksaan tahun hadapan wajah anda yang tersenyum lebar akan
terpapar di akhbar-akhbar. InsyaAllah!

KESEDARAN POTENSI DIRI


Oleh DR. ISMAIL ZAIN
[Gelanggang Guru - Utusan Malaysia]

DI antara faktor yang menyebabkan berlakunya masalah disiplin di kalangan pelajar sekolah
ialah kurangnya rasa minat untuk belajar di bilik darjah. Dalam hal ini guru memainkan
peranan yang penting ke arah mewujudkan satu suasana yang menyeronokkan yang dapat
memberi satu impak kepada pelajar-pelajarnya dalam proses pembelajaran.
Sesungguhnya pembelajaran yang berkesan itu seharusnya mempunyai ciri-ciri di mana
pelajar-pelajarnya berada dalam keadaan yang ceria serta berminat terhadap apa yang
dipelajarinya serta bergerak aktif berinteraksi dengan menggabungkan aspek mental, rohani
dan jasmani dalam apa jua aktiviti yang diadakan.
Tetapi walau bagaimanapun kadang kala timbul suasana bosan bukan sahaja pelajar tetapi
juga di kalangan guru. Dalam keadaan tertentu guru bukan sahaja menganggapkan bahawa
pelajarnya sudah tidak mampu menerima apa yang diajar malah sudah "kekeringan idea"
untuk menyampaikan ilmu kepada pelajar. Maka suasana bilik darjah menjadi tegang, tidak
dinamik dan proses penerimaan ilmu kepada pelajar-pelajar bertukar menjadi keadaan yang
"memaksa".
Untuk memulihkan keadaan ini guru harus berpegang kepada prinsip yang terdapat dalam
falsafah pendidikan negara di antara lain menyebut proses pendidikan adalah untuk
"memperkembangkan potensi individu."
Pada hakikatnya seorang insan itu apabila ianya dilahirkan ke dunia sudah dilengkapi dengan
pelbagai potensi. Potensi akan menyerlah sekiranya ada usaha yang dilakukan untuk
meransangkannya.
Dalam hal ini guru harus menganggapkan bahawa kedua-dua pihak iaitu dirinya sebagai
seorang guru dan pelajarnya mempunyai potensi.
Potensi Pelajar: Menyedari bahawa pelajar mempunyai potensi maka usaha harus dijalankan
ke arah memperkembangkan potensi yang ada pada mereka. Pelbagai program, aktiviti dan
strategi harus dimasukkan ke dalam pakej pembelajaran untuk diberi bimbingan sehingga
potensi mereka itu menyerlah ke arah mecapai hasilan pembelajaran yang dirancang.
Potensi guru: Kekeringan idea yang berlaku pada guru dapat dielakkan sekiranya guru
menyedari dan menerima hakikat bahawa guru juga mempunyai potensi ke arah penyampaian
ilmu dengan lebih berkesan. Potensi yang ada pada guru harus digunakan dengan
sepenuhnya. Teori yang dipelajari di dalam kuliah serta ilmu yang didapati melalui kursus
dalam perkhidmatan, latihan kemajuan staf, seminar dan penyelidikan harus dapat dijadikan

input untuk diaplikasikan dalam situasi sebenar dalam bilik darjah dengan lebih kreatif dan
inovatif.
Seiringan dengan usaha memperkembangkan potensi pelajar ini, sistem penilaian juga sama
ada di peringkat sekolah atau di peringkat kebangsaan haruslah bersifat anjal. Penilaian harus
mempunyai elemen ke arah mencungkil aspek perkembangan potensi diri secara lebih luas,
menyeluruh dan bersepadu dan bukannya terlalu rigid yang berfokus pada satu aspek
kecemerlangan akademik sahaja.
Sesungguhnya negara memerlukan generasi muda yang berpotensi, kreatif , inovatif dan
dinamik dalam proses pembangunan negara dalam menempuh alaf baru.

KEKUATAN & KELEMAHAN MANUSIA


Oleh: DR. ISMAIL ZAIN
[Jendela Minda, Titian Mesra: Berita Perak]

"Dua sifat semula jadi manusia yang ada pada setiap individu ialah kekuatan dan kelemahan.
Kekuatan dan kelemahan ini mempengaruhi kehidupan manusia melalui tiga aspek iaitu aspek
mental (fikiran), fizikal (anggota) dan spiritual (semangat)."
Kerapkali kekuatan seseorang itu dikaitkan dengan saiz dan bentuk tubuh badannya. Dari
penilaian di atas maka satu tanggapan akan dibuat bahawa seseorang yang berbadan besar
dan tegap mempunyai keistimewaan yang lebih jika dibandingkan dengan diri sendiri.
Ada pula yang melihat kekuatan seseorang individu dari segi bangsa dan warna kulit. Sesuatu
bangsa itu dianggap mempunyai keistimewaan yang tertentu berbanding dengan bangsa yang
lain. Apabila kita melihat seorang yang berketurunan dari negeri barat, kita beranggapan ianya
lebih istimewa dari kita.
Sebenarnya tangapan kita adalah salah. Kekuatan dan kelemahan diri bukannya terletak pada
aspek fizikal sahaja tetapi terletak pada mental dan spiritual.
Dalam hal ini Rasulallah S.A.W bersabda "Tidak dihitung kaya dan kuat dan yang banyak
harta, tetapi kekayaan dan kekuatan itu ialah yang kaya jiwanya.." .
Banyak pepatah, bidalan dan cerita rakyat yang dianggap dongeng itu mempunyai nilai moral
yang tinggi. Sejauhmanakah cerita arnab dan kura-kura yang boleh dikatakan telah dibaca
oleh setiap individu sejak kecil lagi, begitu juga dengan perumpamaan seperti "Kecil jangan
disangkakan anak, besar jangan disangkakan bapak", dan "Sedikit-sedikit lama-lama jadi
bukit", dapat dijadikan satu ikhtibar untuk dicontohi sewaktu kita membuat muhasabah diri
terutamanya dalam tugas kita seharian.
Implikasi cerita dan pepatah melayu itu dapatlah dijadikan satu refleksi terhadap kehidupan
kita seharian bahawa:
Setiap manusia mempunyai kekuatan dan kelemah. Kita harus menerima hakikat
bahawa setiap individu mempunyai kekuatan dan kelemahan. Kedua-duanya wujud
dalam setiap diri manusia tidak mengira bangsa serta asal keturunannya.
Kekuatan dan kelemahan bukan sahaja dari aspek fizikal tetapi juga mental dan
spiritual. Kekuatan fizikal adalah lahir dari kekuatan mental dan spiritual (rohani,
kejiwaan, keimanan). Seseorang tidak akan dapat melaksanakan sesuatu tugas

dengan baik sekiranya fikiran dan jiwa tidak digabung dan dimantapkan. Kata-kata
seperti "berkerja dengan sepenuh jiwa dan raga" membuktikan kepentingan kekuatan
spiritual dalam kehiduapan manusia.
Jangan persia-siakan kekuatan yang ada pada diri . Kekuatan merupakan
keistimewaan, kebolehan atau potensi yang ada pada diri kita. Ianya haruslah
dicungkil serta digunakan ke arah yang boleh membawa kebaikan kepada diri,
keluarga, bangsa, agama, masyarakat dan juga negara.
Jangan biarkan kelemahan membawa kekecewaan pada diri. Apa yang harus dilakukan
ialah setiap kelemahan haruslah dijadikan sebagai satu panduan ke arah
memperbaikinya. Dalam proses memperbaiki kita tidak boleh lepas dari cabaran
sebelum menemui kejayaan. Kebanyakan kejayaan yang kita tempuhi adalah hasil
daripada kelemahan yang telah kita lalui dan diperbaiki. Kejayaan akan tercapai
melalui perancangan yang rapi yang harus dilaksanakan. Kejayaan tidak boleh dicapai
dengan sekelip mata tanpa adanya perancangan. Tidak siapa pun yang "merancang
untuk gagal tetapi ramai yang gagal merancang."
Dari huraian di atas maka kita haruslah membuat satu tanggapan bahawa setiap kekuatan
dan kelemahan yang ada pada diri kita ini haruslah dilihat secara positif. Kekuatan dan
kelemahan adalah merupakan sumber kemantapan ke arah kecemerlangan diri.
Kekuatan fizikal sahaja tidak menjamin membawa kejayaan bagi seseorang individu. Dua
aspek lagi iaitu mental dan spiritual harus digabungkan ke arah mewujudkan insan yang
seimbang.

PEMIKIRAN MEMPENGARUHI TINDAKAN DAN HARGA DIRI INDIVIDU


Oleh DR. ISMAIL ZAIN

[Jendela Minda, Titian Mesra, Berita Perak]

KUNCI ke arah kejayaan adalah bergantung kepada cara pemikiran seseorang individu!.
Begitulah pendapat yang dikemukakan oleh Walter Doyle Staples, 1991 dalam bukunya
berjodol "Think Like A Winner!". Pemikiran dapat menentu dan mencorak destinasi kehidupan
seseorang individu. Kata-kata"engkaulah apa yang engkau fikirkan, terkandung dalam
pemikiran" menunjukkan bahawa diri kita ini ditentukan oleh keputusan yang dibuat
berdasarkan proses penjanaan minda yang berlaku dalam otak kita.
Setiap orang inginkan kejayaan. Dalam erti kata yang lain setiap orang inginkan
"kemenangan" dalam kehidupan masing-masing. Tetapi tahukah anda bahawa tindakan kita
setiap hari telah membawa diri kita ke arah yang berlawanan iaitu ke arah kekalahan"?
Setiap orang inginkan ianya dihormati, dipuji dan disanjung tinggi. Tetapi tahukah anda
bahawa setiap hari diri kita ini dikeji dan dihina oleh kita sendiri! Bagaimanakah situasi ini
berlaku?
Dalam sebarang tindakan yang dilakukan dalam kehidupan seharian sama ada sebagai
seorang pelajar, pekerja, peniaga dan sebagainya, sering kali kita berhadapan dengan situasi
berikut yang merupakan punca ke arah "penghinaan" dan "kekalahan" diri.
Mengelak atau menolak tugas. Keadaan ini berlaku apabila seseorang itu cuba
mengelak atau menolak sesuatu tugas yang diberikan dengan alasan "tidak tahu"
"tidak mahir" atau "tidak boleh". Perkataan "tidak" pada situasi di atas adalah
merupakan perkataan yang membawa implikasi yang statik, bercorak negatif, serta
tidak akan membawa apa-apa perubahan dan perkembangan yang positif.
Perkataan-perkataan di atas yang dilahirkan oleh seseorang individu itu sebenarnya dengan
secara tidak langsung cuba "membuka pekong di dada" masing-masing atau dengan lain

perkataan cuma menghina di atas kejahilan yang ada pada dirinya sendiri. Perkataan "tidak"
seharusnya ditukar kepada perkataan "ingin" yang lebih dinamik serta lebih menuju ke arah
pemantapan dan pengukuhan diri dari aspek kepercayaan, keyakinan dan harapan terhadap
potensi dan prestasi diri sendiri selagi tugasan yang diberikan itu tidak bercanggah dengan
suruhan agama, etika kerja dan etika sosial .
Mengagongkan kebolehan orang lain. Menghargai kebolehan orang lain adalah
sesuatu yang baik tetapi ada batasannya. Kadangkala akan terjadi di mana kerana
terlalu mengagongkan kebolehan orang lain seseorang individu itu akan menyerah
bulat-bulat sesuatu tugasan itu kepadanya dengan alasan"dia lebih best!.dia boleh!
..dia pasti berjaya!." Maka oleh kerana kita mengatakan dia lebih best, dia boleh
dan dia pasti berjaya maka kata-kata itu menjadikan dia lebih bersemangat dan
akhirnya berjayalah dia dalam tugasan tersebut.
Apakah yang terjadi pada kita? Tahukah anda setiap kali kita mengatakan .".dia lebih
best.dia boleh..dia pasti berjaya." dengan secara tidak langsung kita mengatakan pada
diri kita ".saya tak best.saya tak boleh.saya gagal". Maka kita tidak akan bergerak
untuk melakukan sebarang tindakan dan pasti segalanya akan menemui jalan buntu yang
berakhir dengan kegagalan dalam kehidupan. Ini adalah satu penghinaan yang dilakukan pada
diri kita sendiri! Alangkah rugi dan teraniaya diri kita mangsa dari pemikiran kita sendiri.
Oleh itu sesuatu perubahan perlu dilakukan terhadap pemikiran kita. Mengikut Walter Doyle
Staples:
APABILA ANDA MENGUBAH PEMIKIRAN ANDA
Anda mengubah kepercayaan anda,
Apabila anda mengubah kepercayaan anda.
Anda mengubah harapan anda,
Apabila anda mengubah harapan anda.
Anda mengubah sikap anda,
Apabila anda mengubah sikap anda.
Anda mengubah tindakan anda,
Apabila anda mengubah tindakan anda.
Anda mengubah prestasi anda,
Apabila anda mengubah prestasi anda..
ANDA MENGUBAH KEHIDUPAN ANDA !
Cuba kita renungi kata-kata di atas dan membuat refleksi terhadap setiap tindakan yang telah
berlaku pada diri kita dan juga pada setiap tindakan yang akan dilakukan berdasarkan apa
yang sedang difikirkan dalam minda kita sekarang. Apakah anda perlu mengubah pemikiran
anda? Jawapannya terdapat di dalam fikiran anda!

KECERDASAN EMOSI MENSTABILKAN DIRI INDIVIDU


Oleh: DR. ISMAIL ZAIN
[Jendela Minda, Titian Mesra: Berita Perak]

MASALAH kegawatan ekonomi, masalah alam sekitar serta masalah peribadi merupakan di
antara beberapa faktor yang dapat mempengaruhi "mood" seseorang dalam menjalani tugas
harian.
"Mood" ini boleh mengubah peribadi seseorang yang akhirnya dapat menjejas kedudukan dan
hubungan mesra antara individu. Mengikut Daniel Goleman (1995) pengarang buku "The
Emotional Intelligence", penilaian seseorang individu bukan sahaja diasaskan kepada
kecerdasan yang ada pada keintelektualannya (IQ) sahaja tetapi yang lebih penting adalah
kecerdasan emosi (EQ) yang ada pada dirinya.

Mengikutnya lagi keceredasan intelek (IQ) tidak dapat menjamin kesejahteraan dan
keharmonian diri serta hubungannya dengan masyarakat. Kecerdasan Emosi (EQ) mengikut
kajian meninggalkan kesan yang mendalam dalam keseluruhan aspek dalam kehidupan
termasuk aspek kesihatan dan sosial.
Dalam bidang pekerjaan mengikut Goleman "... people of high IQ flounder and those of
moderate IQ do surprisingly well... Lack of emotional intelligence can sabotage the intellect
and ruin careers..." Ini membawa maksud kejayaan diri dalam pekerjaan perlulah juga
diimbangi dengan aspek emosi.
Mengikut Daniel, kecerdasan emosi adalah situasi di mana aspek rohaniah perlu diberi
keutamaan dalam kehidupan kita terutamanya dalam situasi bekerja. Kecerdasan emosi
melibatkan proses:-

Kesedaran kendiri (self-awareness)


Disiplin kendiri

Memahami perasaan dan isi hati orang lain .

Mempunyai kemahiran intra dan inter personal yang baik untuk berkomunikasi.

Dapat mengawal perasaan

Proses yang disebutkan diatas adalah penting ke arah mewujudkan suasana kerja yang
menyeronakkan serta melahirkan masyarakat penyayang.
Ketenangan dan keseronokan adalah merupakan salah satu daripada keperluan asas manusia.
Perasaan tenang dan seronok bukan sahaja ingin dikecapi di rumah tetapi juga di tempat
kerja. Ini boleh dikecapi melalui suasana mesra yang dapat dijalinkan dalam satu pasukan
yang mempunyai semangat kekitaan.
Ungkapan "masyarakat penyayang" serta "masyarakat perihatin" bukan hanya sekadar
menanam tebu dibibir mulut atau sekadar memenuhi ruang hiasan di pejabat-pejabat tetapi
harus direalisasikan melalui amalan dan tindakan dalam pekerjaan. Kelembutan, ketegasan
dan kemesraan dalam menjalankan tugas akan lebih dihormati daripada kekerasan dan
paksaan.
Aspek emosi ini tidak memerlukan seseorang itu berpangkat tinggi atau berpelajaran tinggi
untuk mencapainya. Ianya dapat dicapai melalui perhubungan yang mesra, bertindak tidak
mengikut perasaan, menghormati orang lain, serta menyedari bahawa setiap insan
mempunyai kekuatan dan kelemahan masing-masing.
Setiap kekuatan yang ada pada diri seseorang itu perlulah diperkembangkan dan dihormati
manakala setiap kelemahan itu perlulah dibimbing, didorong dan diperbaiki agar dapat
memenuhi satu hala tuju yang diingini. Kesemuanya ini perlulah dilakukan dalam suasana
yang mesra serta tidak mempunyai tujuan yang negatif disebaliknya.
Sama ada anda seorang boss atau seorang pekerja bawahan sejauhmanakah emosi anda
dapat dicerdaskan? Bersama-samalah kita membuat refleksi diri agar keselesaan dan
keharmonian di tempat kerja dapat dikekalkan ke arah mencapai masyarakat penyayang.

MEOPTIMUMKAN MASA BEKERJA MELALUI PRINSIP 80/20


Oleh DR. ISMAIL ZAIN
[Selamat Pagi Cikgu - Utusan Malaysia]

KADANGKALA apabila kita balik ke rumah setelah bekerja atau belajar di sekolah kita berasa
penat serta berada dalam keletihan. Apa yang menyedihkan lagi ialah segala tenaga yang kita
keluarkan sepanjang hari tidak dapat membuahkan hasil yang banyak.
Masalah di atas selalu sahaja dihadapi oleh individu. Justru, lahir pula istilah "work smart" di
mana individu dapat menjalankan sesuatu tugas dengan lebih bijak tanpa terlalu banyak
membazirkan guna tenaga.
Richard Koch, 1997 seorang ahli korporat dalam bukunya "The 80/20 Principle The Secret of
Achieving More with Less" telah menghurai prinsip yang telah dikemukakan oleh Vilfred Pareto
seorang ahli ekonomi berbangsa Itali 100 tahun yang lalu. Richard Koch yang juga merupakan
pengamal bagi Prinsip 80/20 cuba menghurai implimentasi dan kesannya dalam pelbagai
bidang dalam kehidupan manusia.
Apakah yang dimaksud dengan Prinsip 80/20? Ianya memberi pengertian bahawa sesuatu
keputusan, hasilan (output) dan ganjaran yang banyak yang diterima adalah hasil daripada
sebahagian kecil daripada tenaga atau input. Tujuannya ialah untuk meningkatkan
keberkesanan dan kebahgiaan individu.
Prinsip 80/20 mempercayai bahawa terdapatnya ketidak-seimbangan dalaman (inbuilt
imbalance) antara sebab dan akhibat, input dan output serta usaha dan ganjaran.
Beberapa contoh dapat dilihat pertalian antara 80/20 dalam kehidupan manusia. Misalnya,
80% keuntungan adalah datangnya daripada 20% nilai produk. Seterusnya 20% penunggang
dijalanraya mengakhibatkan 80% kemalangan, 20% penggunaan kertas dalam suratkhabar
mengandungai 80% berita dan 20% masa menyuarat menghasilkan 80% keputusan.
Sejauhmanakah Prinsip 80/20 yang telah menunjukkan kejayaan terutamanya dalam sektor
korporat dapat diimplementasikan dalam bidang pendidikan?
Dalam hal ini cuba kita lihat semula 2 aspek yang kita gunakan dalam menjalankan tugas
seharian kita iaitu aspek masa dan tenaga. Kedua-dua aspek ini di antaranya merangkumi
beberapa aktiviti-aktiviti berikut:
Masa mengajar: Tambahan masa dan waktu mengajar tidak akan memberi apa-apa
makna jika apa yang diajar tidak dapat dimenafaatkan oleh pelajar. Apa yang akan
terhasil nanti ialah sebaliknya iatu rasa penat di pihak guru dan bosan di pihak pelajar.
Masa mesyuarat: Berapa banyak masakah yang digunakan oleh anda dalam
mengendalikan sesuatu mesyuarat dan banyak manakah pula hasil yang didapati
dalam menyuarat ini? Tidak ada gunanya sesuatu menyuarat itu dijalankan berjamjam tetapi tidak dapat membuahkan keputusan serta idea-idea yang bernas.
Masa belajar: Bagi golongan pelajar pula tidak ada gunanya kita belajar berjam-jam
tetapi masih tidak dapat memahami apa yang kita belajar.
Walau bagaimanapun kita perlulah berhati-hati supaya tidak membuat sebarang andaian yang
salah terhadap Prinsip 80/20 ini.
Tiga contoh yang diberikan di atas adalah di antara aktiviti yang kita lakukan setiap hari.
Setiap individu inginkan kepuasan Oleh kerana masa itu adalah tetap dan tidak boleh
ditambah lagi maka setiap individu cuba berusaha untuk mendapat ganjaran yang banyak dari
masa yang tetap itu. Begitu juga setiap individu ingin membeli barangan yang banyak dengan
mengeluarkan wang yang sedikit.

Dalam situasi pembelajaran, Prinsip 80/20 memberi panduan kepada kita supaya dapat
membuat persiapan dan perancangan yang rapi supaya apa yang diajar berkesan dan dapat
difahami oleh pelajar-pelajar tanpa terlalu banyak menggunakan masa.
Begitu juga dalam menjalankan aktiviti-aktiviti lain seperti dalam mengendalikan mesyuarat.
Mesyuarat yang baik ialah yang dapat mengeluarkan keputusan, idea dan persefahaman
dalam masa yang ditetapkan. Mesyuarat yang panjang, meleret-leret akan menimbulkan
kebosanan serta tidak memberi kepuasan dan keseronokan.
Istilah seperti "smart learning" adalah di antara teknik mengajar bagaimana untuk belajar.
Prinsip 80/20 memberi panduan kepada kita bagaimana kita dapat belajar dengan
menggunakan teknik-teknik yang tertentu agar segala tenaga yang kita gunakan dapat
mengeluarakan hasil yang memuaskan.
Akhirnya cubalah kita buat satu renungan sejauhmanakah Prinsip 80/20 ini dapat kita
gunakan khususnya dalam profesion perguruan. Sesungguhnya prinsip ini cuba mengelakkan
rasa ketidakpuasan, penggunaan masa dan sumber yang tidak ekonomikal ke arah melahirkan
kehidupan yang lebih produktif, sempurna dan bahagia.

PENDIDIKAN BERTARAF DUNIA


KE ARAH PEMBESTARIAN DALAM PROSES PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
Oleh DR. ISMAIL ZAIN
PENDIDIKAN bertaraf dunia sebagai wacana dalam dasar pendidikan negara meletakkan
proses pendidikan sebagai satu bidang yang penting dalam kehidupan seharian khususnya di
sekolah-sekolah yang berfungsi sebagai institusi perkembangan ilmu. Pengiktirafan yang
diberikan terhadap bidang pendidikan membawa satu implikasi dan impak yang serius
terhadap profesion perguruan yang secara langsung terlibat di dalam sistem penyampaian
ilmu.
Pendidikan bertaraf dunia mempunyai wawasan ke arah melahirkan generasi mengamalkan
budaya fikir, kritis, kreatif dan inovatif. Hanya manusia yang berbudaya fikir dapat bersaing di
medan antarabangsa serta menjanakan idea ke arah pembangunan tamadun ilmu,
masyarakat, budaya, bangsa dan negara.
Tahun 2000 bukan sahaja berkehendakkan manusia mengamalkan budaya fikir tetapi
bersama-sama menggabungkan penggunaan teknologi dalam sebarang bentuk tindakan.
Perkembangan dalam bidang teknologi maklumat dengan adanya penggunaan komputer
dalam bidang pendidikan menjadikan ilmu lebih mudah diakses, disebar dan disimpan.
Manakala kecanggihan serta kemampuannya menyampaikan sesuatu maklumat secara cepat,
tepat dan menarik dalam bentuk multimedia menjadikannya sebagai satu daya tarikan ke arah
mewujudkan satu senario belajar yang lebih menyeronokkan.
Dalam hal ini profesion perguruan di alaf baru ini haruslah mampu menguasai dan
menggabungkan kemahiran-kemahiran yang berkaitan untuk melahirkan satu bentuk
pendidikan yang lebih bermakna dan bestari. Kebestarian sesuatu pengajaran itu bergantung
kepada sejauhmanakah seseorang guru dapat mengintegrasikan aspek pedagogi, psikologi
dan teknologi dalam proses penyampaian ilmu ke arah melahirkan seorang pelajar yang
berfikiran kritis dan kreatif, seimbang dari segi intelek, rohani dan jasmani serta dapat hidup
dalam keadaan yang harmonis yang berpegang teguh pada agama dan kepercayaan pada
Tuhan sepertimana yang terdapat dalam falsafah pendidikan negara.
Anjakan Paradigam
Sehubungan dengan hasrat ini konsep sekolah bestari telah diperkenalkan dan guru-guru pula
haruslah memberi satu respons yang positif ke arah mengimplementasikannya. Dalam situasi
ini guru-guru harus membuat sedikit anjakan paradigma terhadap pemikiran serta tanggapan

yang akan melibatkan penyusunan strategi pengajaran begitu juga dalam amalan di bilik
darjah:
Kita perlu berkisar dan berganjak daripada norma dan kebiasaan dalam melaksanakan
tugas-tugas kita yang lazim, rutin dan reasonable kepada yang lain:
yang inovatif dan imaginatif; yang bersifat non-linear,
dan lateral yang menggunakan budaya reflective rationality
dan yang unreasonable
(Wan Mohd. Zahid Mohd. Nordin)
Dari petikan di atas membawa implikasi bahawa guru tidak seharusnya berpuas hati dengan
apa yang mereka perolehi sekarang. Guru harus meneroka dengan lebih giat lagi serta
sanggup menerima segala cabaran dalam arena mencari dan menyampai ilmu. Guru
seharunya lebih bersifat responsif, proaktif serta dapat membuat penyesuaian terhadap apa
sahaja perubahan yang berlaku dalam sistem pendidikan akhibat daripada perkembangan
teknologi dan perledakan maklumat.
Perkembangan Teknologi Dalam Pendidikan
Pembelajaran berkesan adalah pembelajaran yang menyeronokkan (Dick & Reiser, 1989).
Keseronokan belajar adalah sesuatu yang diharapkan oleh semua golongan guru terhadap
pelajar-pelajarnya. Keseronokan membawa implikasi pelajar tertarik dan berminat hendak
belajar, manakala guru pula mempunyai strategi yang boleh mendorong pelajar-pelajarnya
memberi tumpuan serta mengambil bahagian yang menyeluruh dalam proses pengajaran
pembelajaran.
Situasi ini dapat diwujudkan sekiranya guru dapat menyampaikan pengajaranya dengan
bantuan bahan atau media. Perkembangan teknologi telah dapat mempelbagaikan
perkakasan dan perisian dalam sistem penyampaian. Bermula dengan interaksi secara lisan,
manusia mula berkomunikasi dengan mencatat di atas bahan yang bermula dengan daun
hinggalah berlakunya perkembangan teknologi kertas dan percetakan. Seterusnya teknologi
fotografi telah berkembang yang menyebabkan terdapatnya gambar-gambar yang dapat
digunakan sebagai satu rujukan disusuli pula dengan media elektronik seperti radio, TV, filem,
video, VCD, DVD dan perkembangan terakhir dengan ada teknologi maklumat seperti
telesidang dan komputer terutamanya dalam bidang multimedia.
Walaupun perkembangan seumpama ini banyak memberi sumbangan terhadap dunia hiburan
tetapi tidak dapat disangkal dalam pendidikan perkembangan ini dapat memberi kesan yang
positif dalam proses pembelajaran. Sebagai seorang guru perkembangan yang begitu
mencabar ini harus dianggap sebagai satu peluang ke arah mempelbagaikan strategi dan
mempermantapkan sistem penyampaian ke arah yang lebih berkesan, dinamik, menyeronokan
dan menghiburkan.
Sekolah Bestari
Pengenalan kepada Sekolah Bestari adalah merupakan satu senario dalam pendidikan alaf
baru di Malaysia bersesuaian dengan perkembangan teknologi, sosial dan budaya masa kini.
Perkembangan seumpama ini memerlukan sesebuah institusi pendidikan dapat menggabung
serta memberi penekanan terhadap:
Pembelajaran berbudaya fikir
Pemusatan kepada pelajar
Penggunaan pelbagai media secara bijak
Strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai
Pengurusan persekolahan yang efektif
Usaha ini adalah ke arah mewujudkan suasana pembelajaran dan persekolahan yang lebih
bermakna dan berkesan di mana guru-guru bukan lagi pendeta di atas pentas (sage by the
stage) tetapi sebagai pembimbing di sisi (guide by the side) untuk menyampaikan pengajaran
secara lebih berkesan .

delivers education in a dramatically better way to significantly enhance the achievement


of the goals of the National Philosophy of Education, utilizing technology as the enabler,
and supported by appropriate people, skills, policies and processes. It uses information to
select and
implement effective tools and practices accompanied by necessary organizational support and
continous professional development
(Smart School task Force, May 1997)
Keberkesanan pendidikan ini dapat dilihat melalui peranan guru dan pelajar dalam proses
pembelajaran melalui kurikulum yang lebih mantap dab bersepadu. Pengajaran guru yang
bersifat pembimbingan di sisi harus mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

Berfokuskan pelbagai domain untuk membolehkan pelajar berkembang secara


menyeluruh dan seimbang.
Mengintegrasikan ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai dan penggunaan bahasa yang
tepat merentasi kurikulum
Pencapaian pembelajaran (intended learning outcomes) dinyatakan secara eksplisit
bagi membolehkan pelajar memperolehi akses kepada pembelajaran berkualiti dan
pembelajaran berlaku secara self-paced merentasi tahun dan tingkatan
Mengintegrasikan ilmu pengetahuan, kemahiran dan sikap sejajar dengan era
maklumat.

Dalam hal ini guru haruslah berusaha untuk menggunakan pelbagai pendekatan seperti:
Pendekatan berfokuskan pelajar
Pendekatan berfokuskan pembelajaran
Pendekatan berpusatkan pemikiran
Pendekatan berorientasikan proses
Ke arah mengoptimumkan potensi pelajar dalam proses mencari ilmu yang lebih bersifat:
Pembelajaran terarah kendiri (self-directed)
Bergerak pada kemampuan kendiri (self-paced)
Pemerolehan resos secara akses kendiri (self-accessed)
Dalam hal ini amalan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah
seharusnyalah tidak lagi tertumpu hanya dengan membekal maklumat dan memberi jawapan
berdasarkan soalan serta menggunakan bahan yang terhad sahaja. Apa yang harus
dilakukan ialah membekal tugasan yang lebih mencabar terhadap aktiviti-aktiviti yang
dijalankan dalam sesutau pakej pembelajaran yang memerlukan analisis dan penyiasatan
secara kolaboratif dan koperatif dalam menyelesaikannya, mengemukan soalan-soalan yang
berkehendak lebih banyak berfikir dan menjanakan minda serta menggunakan banyak bahan
dari sumber-sumber yang mudah didapati hasil dari perkembangan teknologi ke arah
memenuhi dan mencapai hasilan pembelajaran.
Rumusan
Pendidikan di alaf baru hasil daripada perledakan dan perkembangan teknologi maklumat
mempunyai cabaran yang harus ditangani dengan bijak. Guru di bilik darjah harus memahami
fenomena perubahan ini dan berusaha menggabungkan pelbagai ilmu, kemahiran dan
kreativiti ke arah melahirkan satu corak penyampaian yang berkesan dan bermakna.

Guru Penjana Modal Insan Gemilang Terima Kasih Guru


Oleh DR. ISMAIL ZAIN (driszain@yahoo.com)
[Bahagian 1 - Mei 2007]

KITA baru sahaja meraikan ulang tahun Perayaan Hari Guru yang bertemakan Guru Penjana
Modal Insan Gemilang Terima Kasih Guru Tema ini harus dilihat secara kritikal agar apa
yang tersurat dan tersirat dapat dimanfaatkan bersama bukan sahaja untuk golongan pendidik
maupun pelajar tetapi juga untuk masyarakat umum.
Kemahiran dan keilmuan merupakan dua aspek yang penting yang perlu dimiliki oleh setiap
insan sebagai modal untuk bergerak mencapai kejayaan. Kecemerlangan pula ialah aras
kejayaan yang maksimum dalam sesuatu pencapaian. Manakala kegemilangan adalah puncak
kecemerlangan yang dilakukan secara berterusan dalam pelbagai aspek kehidupan. Dalam
ruang lingkup ini sejauhmanakah pengukuran kita terhadap insan yang kita didik ini untuk
mencapai taraf kegemilangan yang menjadi aspirasi negara?
Mungkin ada yang meletakkan jumlah bilangan pencapaian status A dalam satu-satu
keputusan peperiksaan atau penggondolan hadiah atau anugerah dalam sesuatu acara sebagai
taraf kegemilangan. Memang tidak dapat dinafikan bahawa pengikhtirafan perlu diberi
setimpal dengan pencapaian. Tetapi pada saya taraf kegemilangan harus dilihat sebagai
kecemerlangan yang berterusan yang mampu membawa perubahan diri serta memberi
sumbangan dan manfaat kepada masyarakat, agama dan negara.
Sebagai contoh negara kita telah mencapai kecemerlangan bermula dengan kejayaan
mencapai kemerdekaan, kejayaan dalam bidang pertanian, kejayaan dalam bidang
perindustrian, kejayaan dalam bidang pendidikan, kejayaan dalam bidang sukan serta akhirakhir ini kejayaan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi. Kejayaan-kejayaan ini
yang membawa kepada kecemerlangan pembangunan bukan berakhir begitu sahaja dalam
satu-satu era pembangunan tetapi ia harus melalui proses penambahbaikan yang dijalankan
secara berterusan. Kejayaan melalui proses penambahbaikan secara berterusan inilah yang
boleh dianggap sebagai kegemilangan.
Dengan ertikata yang lain taraf kegemilangan adalah merupakan beberapa siri kecemerlangan
berdasarkan kejayaan secara total dalam pelbagai bidang yang diperoleh melalui beberapa
penambahbaikan secara berterusan.
Dalam menjana modal insan yang gemilang, penelitian harus dibuat terhadap sejauhmanakah
modal yang ada pada seseorang itu mampu membawa kegemilangan dan bukan sekadar
kejayaan dan kecemerlangan. Negara tidak hanya mahu mempunyai pelajar atau guru yang
cemerlang diatas kejayaannya sehinggakan pula ada pihak yang tertentu cuba mengambil
kesempatan di atas kecemerlangan itu, tetapi pada saya negara pasti inginkan insan yang
mampu mencapai kecemerlangan ini secara berterusan, mencari idea, membuat inovasi,
membuat penambahbaikan supaya akhirnya mampu memberi sumbangan secara ikhlas
kepada anak-anak bangsa. Inilah dikatakan kegemilangan!
Kita bimbang jika dengan hanya beberapa kejayaan dan kecemerlangan yang dicapai oleh
seseorang itu sudah dianggap mencapai taraf kegemilangan, berkemungkinan pengikhtirafan
ini menjadikan seseorang insan itu riak, lupa daratan serta terpengaruh dengan unsur yang
boleh memesongkan niat, keikhlasan dan wawasan pada usia yang masih muda. Dengan itu
taraf gemilang akan tercemar dan usaha untuk mewujudkan modal insan gemilang tidak
tercapai.
Dalam hal ini saya ingin menyeru pada golongan pelajar khususnya agar berusaha dengan
lebih gigih lagi untuk mencapai kejayaan yang tiada noktahnya., Setiap kejayaan harus
digandakan usaha untuk mencapai kecemerlangan dan kecemerlangan ini harus dapat
dimanfaat bersama ke arah kegemilangan! Janganlah kerana jumlah A atau sebarang gred
yang diperoleh melemahkan semangat kita atau menjadikan kita lupa daratan. Gred hanya
sebagai satu petanda peringatan untuk terus berusaha mencapai kejayaan. Kesyukuran

terhadap sebarang kejayaan harus menjadi amalan tetapi ini bukan bermakna sudah berpuas
hati serta menganggap diri kita sudah berada di tahap tinggi.
Dalam usia yang masih muda janganlah jadi seperti kacang lupakan kulit selepas mencapai
kejayaan. Setiap pengorbanan yang dilakukan oleh ayah dan ibu, guru serta masyarakat harus
dikenang seumur hidup. Janganlah kerana mengajar kejayaan mereka ini diabaikan.
Semoga kegemilangan dalam erti kata yang sebenarnya dapat dicapai oleh setiap insan.

PENGHORMATAN PADA DIRI SENDIRI - FAKTOR KE ARAH KEJAYAAN


Oleh: DR. ISMAIL ZAIN
[Selamat Pagi Cikgu: Utusan Malaysia]

PENGGAL persekolahan masih berjalan dan seperti biasa pelajar-pelajar yang akan menduduki
peperiksaan pada akhir tahun ini akan berusaha memantapkan diri dan semangat mereka
dalam menghadapi peperiksaan
Terdapat sebilangan pelajar-pelajar berasa begitu gembira kerana pada hujung tahun ini
mereka akan menamatkan pengajian mereka dan seterusnya akan melangkah ke tahap yang
lain pula. Manakala tidak kurang pula yang tidak begitu yakin pada diri mereka sama ada
mereka dapat menghadapi segala cabaran dengan jayanya.
Ivan Burnell, (1995) seorang ahli korporat dan pakar motivasi barat dalam penulisannya
bertajuk "The Power of Positive Doing", mengatakan bahawa satu cara untuk memberi
keyakinan pada diri sendiri ialah dengan menghormati diri kita serta menganggap bahawa diri
kita adalah penting.
Oleh itu kita harus mengurus diri kita sendiri dengan sebaik mungkin bukan hanya pada aspek
fizikal sahaja tetapi juga pada aspek mental dan emosi.
Seterusnya kita harus bertanya pada diri kita sendiri SIAPA kah diri kita ini? Di sini saya ingin
mengupasnya pada setiap huruf yang terbentuknya perkataan SIAPA:S - membawa pengertian "saya". Dalam semua urusan kita harus berbangga dengan diri kita.
Allah telah berfirman dalam suruh Al-Baqarah yang bermaksud . Kamu dilahirkan sebagai
umat yang terbaik.
Berpandukan maksud ayat ini maka kita harus berbangga pada diri sendiri serta bersyukur
kerana kita telah dilahirkan dan dapat menaikmati kehidupan di dunia ini serta berjaya
mengharungi zaman-zaman yang lampau hinggalah ke hari ini. Oleh kerana manusia adalah
ciptaan Allah yang terbaik, maka wajarlah kita menghormati diri kita sendiri dengan
melakukan perkara-perkara yang boleh memberi faedah kepada diri serta kelauarga kita.
I membawa pengertian "insan". Saya adalah seorang insan dan bukannya robot atau
komputer yang perlu di arah untuk melakukan sesuatu tindakan. Sebagai seorang insan kita
dilengkapi dengan pancaindera yang berfungsi mengikut keperluan-keperluan tertentu.
A membawa pengertian "amalan". Sebagai seorang insan yang hidup di dunia ini, kita
seharusnya mengamalkan segala ilmu yang kita pelajari. Sesuatu ilmu itu akan pudar
sekiranya ianya tidak diamalkan.

Setiap pagi atau petang kita akan mengamalkan latihan menyegarkan badan supaya ianya
sihat dan terjauh daripada penyakit. Oleh itu amalan adalah asas kepada tindakan manusia
dan ianya adalah merupakan sebagai "pasport" ke arah kejayaan. Tidak ada kejayaan tanpa
amalan.
P membawa pengertian "peribadi". Setiap manusia mempunyai peribadi. Jika kita seorang
pelajar setiap tingkah laku kita haruslah bercirikan seorang pelajar sama ada di sekolah, di
rumah atau di mana-mana sahaja. Peribadi yang mulia dapat mengelakkan daripada
tercetusnya masalah-masalah yang boleh menganggu ketenteraman fikiran. Fikiran yang
tenteram membolehkan kita belajar serta menjalani kehidupan yang lebih sempurna
A membawa pengertian "adil". Kita sering kali menyalahkan kepada orang lain dengan
mengatakan mereka tidak adil pada diri kita. Tetapi pernahkah kita bertanya kepada diri kita
sendiri apakah kita telah berlaku adil pada diri sendiri?
Kita dikurniakan oleh Allah lengkap dengan anggota tubuh badan. Sejauhmanakan kita telah
menggunakan segala angota kita dalam melaksanakan seala tindakan dan tugas kita setiap
hari? Ramai di antara kita yang mempunyai "penyakit" tidak yakin pada diri kita sendiri. Kita
seolah-olah menolak hakikat bahawa diri kita yang dicipta oleh Allah mempunyai pelbagai
potensi sama seperti orang lain.
Dalam hadith nabi ada menyebut..tidak ada suatu kurnia yang diberikan oleh Allah kepada
manusia lebih utama dari keselamatan, kecuali keyakinan (diri) sahaja..Hadith ini
memperingatkan kepada kita bahawa keyakinan diri adalah merupakan faktor yang penting ke
arah menggerakkan diri kita ke arah yang lebih dinamik serta berwawasan.
Menyedari bahawa diri kita adalah seorang insan yang perlu mengamalkan segala ilmu yang
kita dipelajari serta mempunyai peribadi maka kita seharusnya berlaku adil pada diri sendiri.
Oleh itu bagi para pelajar mulai sekarang berilah keyakinan yang sepenuhnya kepada diri kita
sendiri. Anggaplah segala anggota yang ada pada tubuh badan kita ini adalah sesuatu yang
istimewa serta di antara yang terbaik.
Jangan biarkan perasaan dan emosi kita mengongkong serta menjadi penghalang ke arah
tindakan dan hasrat kita yang murni itu. Anggapkan bahawa apa sahaja yang dapat dilakukan
oleh orang lain, kita juga dapat melakukannya.
Kebolehan seseorang itu bukannya terletak pada bangsa, agama ataupun saiz badannya tetapi
kebolehan seseorang itu diukur dari segi tindakan dan hasilannya. Tindakan adalah hasil
daripada semangat yang kental serta dari jiwa yang cekal.
Hormatilah diri sendiri serta hadapilah segala cabaran pada setiap hari dengan penuh
keyakinan. Kejayaan sentiasa bersama kita!

Anda mungkin juga menyukai