Anda di halaman 1dari 6

TAJUK KURSUS:

GGGB 3263

KEMAHIRAN INTRAPERSONAL DAN INTERPERSONAL DALAM

PENGAJARAN

TUGASAN INDIVIDU

TAJUK TUGASAN:

REFLEKSI KEPENTINGAN KEMAHIRAN INTERPERSONAL DAN

INTRAPERSONAL DI DALAM PERHUBUNGAN SOSIAL

NAMA PELAJAR:

NURUL ASHIKIN BINTI OTHMAN

NO. MATRIK:

A177885

NAMA PENSYARAH:

DR. NOORHAYATI MOHD NOOR


DR. ALIZA BINTI ALIAS

This study source was downloaded by 100000849000304 from CourseHero.com on 12-30-2022 13:56:15 GMT -06:00

https://www.coursehero.com/file/185137413/A177885-NURUL-ASHIKIN-BINTI-OTHMAN-TUGASAN-INDIVIDU-docx/
Kemahiran intrapersonal merupakan salah satu aspek kemahiran emosi yang
membenarkan seseorang memahami dirinya sendiri. Menurut Gardner (1983)
mendefiniskan kemahiran intrapersonal adalah suatu kebolehan membentuk model
diri sendiri yang jitu dan menggunakan model tersebut untuk hidup secara berkesan.
Beliau menegaskan pengetahuan kendiri (self-knowledge) adalah kunci untuk
mengakses perasaan sendiri dan kunci kepada keupayaan membezakan perasaan-
perasaan yang dialaminya, lalu menggunakan pengetahuan tersebut untuk
membimbing tingkahlakunya. BarOn (2003) menyatakan kekuatan kemahiran
intrapersonal dapat mengimbangkan kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam diri
seseorang individu. Parker (2016) mencadangkan pelajar abad ke-21 boleh maju
dalam akademik apabila mereka meningkatkan kemahiran intrapersonal.

Berdasarkan kursus yang telah dipelajari oleh saya berkaitan kemahiran


intrapersonal dan interpersonal ini telah memberikan pendedahan mengenai
kemahiran kesedaran kendiri dan kemahiran pengurusan kendiri. Hal ini kerana,
kemahiran kesedaran kendiri yang telah saya pelajari merupakan kemahiran
mengetahui perasaan yang hadir dan menggunakan maklumat tersebut untuk
membimbing seseorang membuat keputusan, kemahiran penilaian kendiri yang
realistik dan keyakinan diri. Malah, bagi kemahiran pengurusan kendiri pula pada
pendapat saya, kemahiran ini adalah kebolehan mengawalatur emosi,
kebolehpercayaan, menangguhkan keputusan untuk mencapai matlamat dan memulih
emosi.

This study source was downloaded by 100000849000304 from CourseHero.com on 12-30-2022 13:56:15 GMT -06:00

https://www.coursehero.com/file/185137413/A177885-NURUL-ASHIKIN-BINTI-OTHMAN-TUGASAN-INDIVIDU-docx/
Selain daripada itu, melalui kursus ini juga saya telah dapat mengenalpasti
kekuatan dan kelemahan diri saya sendiri berdasarkan pelbagai aspek dalam
kehidupan. Sebagai contohnya, kekuatan dan kelemahan saya dalam mengikuti kursus
ini dan menyiapkan tugasan secara dalam talian. Hal ini kerana, bagi saya kelas yang
dilaksanakan secara dalam talian sedikit memberikan tekanan dalam diri saya
disebabkan oleh beberapa faktor. Salah satu faktor tersebut adalah tahap capaian
internet yang rendah di kawasan tempat tinggal saya menyukarkan saya untuk
mengikuti kelas dengan fokus. Oleh itu, salah satu kelemahan saya dalam mengikuti
kursus ini adalah menghadapi tekanan apabila tidak dapat menumpukan sepenuh
perhatian semasa kelas berlangsung disebabkan oleh tahap capaian internet yang
rendah. Oleh itu, kursus ini telah membantu saya untuk mengawal emosi yang
dihadapi dengan sebaiknya mengikut situasi yang dialami.

Seterusnya, dari segi kemahiran interpersonal yang dapat dikenal pasti dalam
diri saya sepanjang mengikuti kursus ini ialah saya sudah mula belajar untuk
memahami orang lain. Kebolehan yang saya perolehi ini dapat membantu saya untuk
berinteraksi dengan orang lain sekaligus dapat berkomunikasi dengan baik. Sebagai
contohnya, tugasan kumpulan yang diberikan oleh pensyarah memerlukan interaksi
yang baik oleh setiap ahli kumpulan disebabkan kelas dilaksanakan secara dalam
talian. Oleh itu, komunikasi dan interaksi yang baik antara setiap ahli kumpulan
sangat penting dalam menyiapkan tugasan tersebut. Walau bagaimanapun,
pelaksanaan tugasan secara berkumpulan berjaya dilakukan disebabkan setiap ahli
sangat komited dan bertanggungjawab dalam melengkapkan tugasan sehingga selesai.
Hal ini disebabkan oleh komunikasi dan interaksi yang berkesan antara ahli kumpulan
serta sikap yang saling memahami antara ahli kumpulan mendorong tugasan dapat
disiapkan mengikut masa yang ditetapkan. Saya sebagai ahli kumpulan juga
memahami serta memberikan ruang dan waktu yang secukupnya kepada ahli lain
apabila saya sudah menyiapkan tugasan pada bahagian saya. Malah, saya juga sering
membantu ahli lain untuk menyiapkan tugasan untuk memudahkan kerja mereka.

This study source was downloaded by 100000849000304 from CourseHero.com on 12-30-2022 13:56:15 GMT -06:00

https://www.coursehero.com/file/185137413/A177885-NURUL-ASHIKIN-BINTI-OTHMAN-TUGASAN-INDIVIDU-docx/
Melalui kursus ini juga, saya telah mengenal pasti kesejahteraan personaliti
dalam diri saya iaitu dari segi konsep kesejahteraan sosial. Hal ini kerana, saya dapat
bergaul dengan rakan yang tidak rapat dan jarang bersama dalam satu kumpulan.
Berdasarkan konsep kesejahteraan sosial yang dikenal pasti dalam diri saya, konsep
ini membantu saya dalam menyesuaikan diri dalam ahli kumpulan yang jarang
melakukan tugasan bersama. Saya juga berjaya menyesuaikan diri dengan mereka
walaupun daripada program yang berbeza. Malah, dari sudut komunikasi pula saya
sering merespon pertanyaan rakan-rakan ahli kumpulan yang bertanyakan mengenai
tugasan yang perlu dilakukan terutamanya di dalam Group Whatsapp. Selain itu,
pengalaman yang saya perolehi dalam kesejahteraan sosial ialah saya melibatkan diri
dalam Persatuan Mahasiswa Fakulti Pendidikan (PENDIDIK) di mana persatuan ini
mempunyai pelbagai jawatankuasa yang berbeza program pengajian. Oleh itu, saya
berjaya menjalankan program dengan lancar melalui perhubungan sosial yang saya
perolehi di dalam persatuan tersebut. Saya juga memperoleh ramai kawan baru
daripada Fakulti yang berlainan disebabkan saya aktif dalam Program Kolej. Secara
tidak langsung, saya dapat mengenali ramai kenalan daripada fakulti lain. Malah, saya
juga sering melakukan kerja separuh masa yang mendorong saya untuk mengenali
lebih ramai kenalan di sekitar kampus. Saya juga mudah mesra dengan rakan yang
baru dikenali dan boleh memberikan kerjasama yang baik walaupun baru sahaja
berkenalan dengan mereka.

Seterusnya, kelemahan saya dalam konsep kesejahteraan sosial yang telah


dikenal pasti ialah saya sukar untuk memulakan perbualan sekiranya saya berasa tidak
selesa dengan orang yang baru dikenali. Hal ini kerana, saya perlu menunggu mereka
terlebih dahulu memulakan perbincangan disebabkan perasaan malu untuk
memulakan perbualan dalam diri saya. Sebagai contohnya, disebabkan perasaan malu
untuk memulakan komunikasi terlebih dahulu, saya pernah menaiki bas yang salah
untuk menuju ke pulang ke kolej kediaman akibat tidak bertanya kepada pemandu bas
kemana hala tuju bas tersebut.

This study source was downloaded by 100000849000304 from CourseHero.com on 12-30-2022 13:56:15 GMT -06:00

https://www.coursehero.com/file/185137413/A177885-NURUL-ASHIKIN-BINTI-OTHMAN-TUGASAN-INDIVIDU-docx/
Berdasarkan tekanan yang dihadapi oleh saya sepanjang mengikuti kursus ini
secara dalam talian adalah tugasan yang mengelirukan saya disebabkan kursus ini
mempunyai dua pensyarah yang menyampaikan kuliah. Saya sering tertukar tugasan
yang diminta oleh kedua-dua pensyarah sehingga memberikan tekanan kepada saya.
Malah, sebagai ahli persatuan PENDIDIK pula, tekanan yang dialami oleh saya
apabila terdapat ahli kumpulan yang tidak memberikan komitmen dengan baik
terutamanya apabila ingin melakukan program. Saya juga sering berasa terbeban
apabila saya perlu menyiapkan dan membetulkan kertas kerja berkali-kali mengikut
arahan Penasihat. Akhir sekali, saya juga mengalami tekanan baru baru ini apabila
seluruh ahli keluarga saya menghidap Covid-19 dan terpaksa menjalankan kuarantin
dirumah. Hal ini kerana, ibu saya mempunyai penyakit asma menyebabkan dia sering
kekurangan oksigen dan membimbangkan saya disebabkan perlu kuarantin di rumah
yang tiada peralatan lengkap seperti mesin sedut oksigen. Saya juga berasa tertekan
kerana sebagai anak sepatutnya saya mampu menjaga ibu tetapi sebaliknya dan saya
juga perlu kuarantin di rumah.

Antara cara saya mengatasi segala tekanan yang dihadapi dalam diri saya ialah
saya menanyakan soalan kepada rakan lain untuk membezakan jenis tugasan yang
diberikan oleh kedua-dua pensyarah yang mengelirukan saya. Saya juga akan
beriadah pada setiap petang untuk mengurangkan tekanan yang dihadapi berkaitan
tugasan. Selain itu, bagi pengurusan tekanan apabila perlu membetulkan berkali kertas
kerja bagi program PENDIDIK, saya telah mengambil keputusan untuk merujuk
kertas kerja daripada PENDIDIK semester yang lepas dan saya juga belajar mengawal
emosi supaya tidak marah terhadap Penasihat yang sering memberikan komen
terhadap kertas kerja yang dihantar. Saya juga berbincang dengan Penasihat mengenai
kertas kerja yang diinginkan untuk mengelakkan sebarang pembetulan dilakukan.
Akhir sekali, cara saya menghadapi tekanan semasa ahli keluarga saya menghidap
Covid-19 pula, saya sering mendekatkan diri dengan Tuhan dan sentiasa berdoa untuk
kesembuhan kesemua ahli keluarga yang sakit. Malah, saya juga sering mengikuti
perkembangan di dalam MySejahtera yang meminta saya untuk sentiasa
mengemaskini maklumat kesihatan sepanjang proses kuarantin. Saya juga sering
menyediakan minuman lemon untuk mengurangkan sakit semasa menghidap Covid-
19. Rutin harian saya semasa Covid-19 tersebut sedikit sebanyak dapat membantu
saya mengatasi tekanan semasa menghidap Covid-19.

This study source was downloaded by 100000849000304 from CourseHero.com on 12-30-2022 13:56:15 GMT -06:00

https://www.coursehero.com/file/185137413/A177885-NURUL-ASHIKIN-BINTI-OTHMAN-TUGASAN-INDIVIDU-docx/
Sebagai seorang pelajar yang sudah mengambil kursus kemahiran
intrapersonal dan interpersonal dalam pengajaran di Universiti, saya mencadangkan
beberapa tips untuk menangani stress semasa melanjutkan pelajar di peringkat Ijazah.
Salah satu cadangan tersebut adalah setiap pelajar haruslah mengamalkan gaya hidup
sihat dengan bersukan atau beriadah pada waktu petang. Hal ini kerana, aktiviti riadah
dapat mengurangkan stress sekaligus dapat mencerdaskan minta kita serta
mencergaskan badan. Secara tidak langsung, pelajar akan mendapat kesihatan yang
baik jika mengamalkan gaya hidup yang sihat. Selain itu, pelajar haruslah bergaul
dengan orang lain untuk meluahkan perasaan kerana perbuatan tersebut dapat
melahirkan rasa lega seterusnya mengurangkan tekanan yang dialami.

Kesimpulannya, sebagai seorang bakal guru, saya berpendapat bahawa


kemahiran intrapersonal dan interpersonal sangat penting dalam diri seorang bakal
guru. Hal ini kerana, kemahiran tersebut sangat penting untuk menyampaikan
maklumat yang berkesan kepada pelajar sekaligus pelajar mudah memahami arahan
yang disampaikan oleh guru. Saya juga haruslah menilai setiap pengajaran yang
dilakukan oleh saya supaya isi pengajaran dapat disampaikan dengan baik kepada
para pelajar lebih-lebih lagi kepada pelajar Pendidikan Khas yang sangat memerlukan
sokongan dan bimbingan daripada guru. Malah, kemahiran intrapersonal yang perlu
dilihat dalam diri saya untuk menjadi seorang guru kelak adalah mengawal tekanan.
Kemahiran mengawal tekanan sangat perlu dilatih dalam diri guru-guru agar kejadian
yang tidak diingini dapat dielakkan. Contohnya, sekiranya guru gagal mengawal
tekanan, perkara ini akan menyebabkan para pelajar yang akan menjadi mangsa untuk
melepaskan tekanan yang dihadapi dalam diri guru tersebut. Tambahan lagi, sebagai
seorang bakal guru juga saya perlulah sentiasa bersemangat agar pelajar lebih
bersemagat untuk menuntut ilmu. Akhir sekali, kemahiran interpersonal yang perlu
saya tingkatkan dalam diri sebagai seorang bakal guru adalah sentiasa belajar untuk
memahami perasaan dan pandangan pelajar sewaktu sesi pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas. Oleh itu, kemahiran interpersonal yang tinggi dalam diri
saya dapat memudahkan proses penyampaian maklumat kepada pelajar lebih-lebih
lagi semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Secara tidak
langsung, kemahiran ini dapat meningkatkan profesionalisme saya sebagai seorang
guru pada masa akan datang sekiranya kemahiran intrapersonal dan interpersonal
yang dipelajari digunakan dengan sebaiknya.

This study source was downloaded by 100000849000304 from CourseHero.com on 12-30-2022 13:56:15 GMT -06:00

https://www.coursehero.com/file/185137413/A177885-NURUL-ASHIKIN-BINTI-OTHMAN-TUGASAN-INDIVIDU-docx/
Powered by TCPDF (www.tcpdf.org)

Anda mungkin juga menyukai