Anda di halaman 1dari 2

SOROTAN KAJIAN

Kemunculan ICT meletakkan golongan remaja dan belia sebagai kelompok yang berpotensi

dan penting dalam pembangunan negara. Terdapat banyak kajian yang dilakukan berkaitan

teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) kepada golongan belia dan remaja. Antara kajian

yang berkaitan adalah oleh Dr.Muhamad Sham bin Shahkat Ali (2006) membincangkan

peranan ICT dalam pembangunan belia khususnya pelajar dan mengupas isu jurang digital

yang masih lagi agak kritikal dalam pembangunan ICT di Malaysia. Usaha menyerapkan ICT

ke dalam sektor pendidikan akan dapat menghasilkan golongan guru dan pelajar yang bijak

komputer dan seterusnya menjadi penyumbang kepada pembangunan ekonomi di masa

depan.

Naquiah Nahar (2017) menjalankan kajian yang bertajuk impak negatif teknologi moden

dalam kehidupan dan perkembangan kanak-kanak hingga usia remaja. Kajian ini bertujuan

untuk mengupas isu bagaimana ledakan teknologi boleh membawa kesan negatif dalam

kehidupan kanak-kanak hingga remaja yang merupakan aset penting kepada masa depan

negara. Objektif kajian ini ialah untuk mengenal pasti kesan negatif penggunaan teknologi

moden terhadap perkembangan fizikal, interaksi, dan perkembangan sosial serta

perkembangan akademik mereka. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan teknologi

moden yang tidak terkawal telah memberi kesan negatif kepada perkembangan fizikal dan otot,

kemahiran interpersonal, serta kemerosotan prestasi akademik.

Seterusnya adalah kajian yang dijalankan oleh Mohd. Noorhadi Mohd. Yusof & Zurinah

Tahir berkaitan kepentingan penggunaan media sosial teknologi maklumat dalam pendidikan

IPTA. Artikel ini bertujuan untuk mengenalpasti medium teknologi media yang digunakan dalam

pengajaran dan pembelajaran yang memberikan impak berkesan di kalangan pelajar dan pendidik.

Dapatan kajian dapat membantu warga pendidik dan pelajar dalam mengenalpasti medium utama

penggunaan media teknologi bagi meneroka, menguasai dan mendalami ilmu dengan lebih sistematik.

This study source was downloaded by 100000849000304 from CourseHero.com on 12-29-2022 10:22:05 GMT -06:00

https://www.coursehero.com/file/99122740/SOROTAN-KAJIAn-tasyadocx/
Penggunaan media teknologi amat penting dalam pengajaran dan pembelajaran kerana ia mampu

menjadi pemangkin dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang lestari. Oleh itu, kemajuan ini

dalah penting bagi membolehkan negara mencapai status negara maju dan berdaya saing dengan

modal insan yang berpengetahuan tinggi yang akhirnya dapat menyumbang terhadap kemajuan

pendidikan dan sosio ekonomi negara.

This study source was downloaded by 100000849000304 from CourseHero.com on 12-29-2022 10:22:05 GMT -06:00

https://www.coursehero.com/file/99122740/SOROTAN-KAJIAn-tasyadocx/
Powered by TCPDF (www.tcpdf.org)

Anda mungkin juga menyukai