Anda di halaman 1dari 16

PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN (PACE)

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

KOD DAN NAMA KURSUS


SCCA 1023 TEORI KOMUNIKASI

SEMESTER
JANUARI SESI 2021/2022 (JJ211)

PUSAT
PACE UUM (IPOH)

TUGASAN KUMPULAN
REFLEKSI TEORI PENGKAYAAN MEDIA DALAM OPERASI DI UNIVERSITI SULTAN
AZLAN SHAH (USAS)

DISEDIAKAN UNTUK
PUAN NURUL HAIYU SHAHIDAH BINTI NORDIN

DISEDIAKAN OLEH
SHARIFAH NURUL HIDAYU BINTI SYED HASSAN (276698)
NUR ZAHIRA BINTI MOHD BAKIR (276657)
MUHAMMAD FAKIMI BIN RADZALI (276751)

TARIKH HANTAR
15 APRIL 2021
ISI KANDUNGAN

ISI KANDUNGAN _________________________________________________________ 1

1.0 PENGENALAN ________________________________________________________ 2

2.0 PEMBANGUNAN TEKNOLOGI KOMUNIKASI DI UNIVERSITI SULTAN AZLAN


SHAH (USAS)_____________________________________________________________ 4
3.0 APLIKASI TEORI PENGKAYAAN MEDIA DALAM PENGOPERASIAN UNIVERSITI
SULTAN AZLAN SHAH___________________________________________________ 6
4.0 PERKAITAN TEORI DAN KOMUNIKASI DALAMAN UNIVERSITI SULTAN AZLAN
SHAH (USAS) ____________________________________________________________ 7
5.0 SUMBANGAN DAN KRITIKAN PENGGUNAAN TEORI PENGKAYAAN MEDIA
DALAM ORGANISASI____________________________________________________ 10

5.1 Sumbangan ________________________________________________________ 10

5.2 Kritikan ___________________________________________________________ 11


6.0 RUMUSAN___________________________________________________________ 12
7.0 LAMPIRAN __________________________________________________________ 13
8.0 RUJUKAN____________________________________________________________ 14

1
1.0 PENGENALAN

Perkembangan teknologi komunikasi dalam organisasi telah memberi pelbagai kesan terhadap
organisasi. Sehingga kini, penggunaan teknologi komunikasi dalam organisasi bukan lagi
sekadar memudahkan interaksi antara sesama kakitangan dalam organisasi, malahan telah
diperkemaskan sebagai perantara dalam menyampaikan maklumat di samping membantu
melancarkan lagi tugasan dalam organisasi. Dengan mengambil kira perkembangan teknologi
komunikasi dalam negara kini, artikel ini mengetengahkan kajian dan menghuraikan refleksi
Teori Pengkayaan Media dalam sistem pentadbiran dan pendidikan yang telah menyumbang
kepada proses komunikasi yang berkesan dalam sesebuah organisasi tersebut.

Amalan refleksi ini telah diperkenalkan oleh Donald Schon dalam bukunya “The
Reflective Practitioner” dalam tahun 1983. Menurut beliau, amalan refleksi merangkumi
pengalaman dalam minda apabila menggunakan pengetahuan teori yang berubah menjadi
aplikasi praktikal. Secara amnya, refleksi adalah pengalaman hidup peribadi seseorang itu.
Menurut Dewey (1910) pemikiran reflektif adalah proses mengimbas kembali sesuatu
peristiwa di dalam minda dan memberikan ianya pertimbangan yang serius dan teliti terhadap
peristiwa tersebut. Menurut Schon (1983) pula, proses refleksi yang dilakukan oleh ahli
profesional akan membolehkan mereka terlibat di dalam perkembangan profesionalisme yang
berterusan. Beberapa model refleksi yang boleh digunakan di dalam proses pengajaran dan
pembelajaran ialah Model Gibbs (1988).

Proses globalisasi telah mendorong pembangunan teknologi komunikasi dengan pesat


dan membawa banyak perubahan bukan hanya kepada organisasi, malahan turut memberi
kesan kepada masyarakat. Pada hari ini penggunaan dan adaptasi teknologi komunikasi telah
diterima pakai secara meluas oleh banyak organisasi yang menyedari manfaatnya.
Pembangunan teknologi komunikasi perlu dilakukan secara berperingkat sebelum sebuah
sistem yang holistik atau menyeluruh boleh dibangunkan. Situasi ini perlu disesuaikan dengan
kekuatan sumber tenaga manusia yang dimiliki oleh sesebuah organisasi tersebut. Penerapan
teknologi komunikasi dalam organisasi sejak beberapa tahun yang lalu telah membawa
pelbagai perubahan dalam organisasi. Teknologi komunikasi kini telah diterima sebagai
medium untuk memproses maklumat dan menguruskan organisasi bagi menyumbang ke arah
kecemerlangan organisasi (Goodall et al., 2010).

2
Pendidikan pada era teknologi maklumat dan moden perlu diselaraskan dengan
keperluan dan kehendak semasa (Rohani et al., 2015). Perkembangan teknologi maklumat dan
komunikasi (ICT) kini membuka lebih banyak peluang kepada pelajar dan pendidik untuk
meneroka maklumat dan pengetahuan. Perkembangan teknologi maklumat ini juga telah
menyebabkan pengaruh media sosial digunakan secara meluas dalam proses pengajaran dan
pembelajaran (P&P) di peringkat sekolah mahupun di IPTA. Teknologi kini mempunyai
manfaat motivasi yang berupaya untuk menarik golongan pelajar untuk menguasai ilmu
pengetahuan dan mereka akan lebih terdedah dengan pembelajaran kendiri. Para pelajar dapat
mengakses bahan-bahan sedia ada, maklumat terkini dan berkongsi info bersama rakan juga
pendidik dengan mudah dan pantas.

Penggunaan media teknologi secara langsung telah banyak mempengaruhi aktiviti


sosial organisasi dan bagaimana mereka berinteraksi antara satu sama lain. Malahan ianya turut
memudahkan pentadbiran dalam sesebuah organisasi dalam berkomunikasi sama ada di
peringkat dalaman mahupun luaran. Kajian mendapati bahawa sesebuah organisasi yang cekap
menggunakan teknologi komunikasi akan lebih cepat mencapai objektif dan mampu memberi
daya saing kepada organisasi yang lain. Teknologi komunikasi penting dalam memastikan
keberkesanan komunikasi dalam sesebuah organisasi itu.

3
2.0 PEMBANGUNAN TEKNOLOGI KOMUNIKASI DI UNIVERSITI SULTAN
AZLAN SHAH (USAS)

Universiti Sultan Azlan Shah atau dikenali sebagai USAS adalah salah sebuah organisasi
Pendidikan yang terdapat di Malaysia. Dalam era COVID-19 dan cabaran globalisasi
menjadikan pembangunan pendidikan di USAS amat menitikberatkan agar para pelajar dan
pensyarah dapat menguasai teknologi maklumat dalam proses P&P. Sistem pendidikan sedia
ada yang hanya bergantung sepenuhnya kepada pensyarah dan white board dirasakan kurang
sesuai digunakan dalam sistem pendidikan moden kini. Malahan, kaedah penyampaian
berbentuk satu hala seperti sedia ada telah menghalang pelajar untuk mengembangkan prestasi
pembelajaran mereka dan ini menyebabkan berlakunya implikasi yang kurang
memberangsangkan (Woolnough, 1993). Para pelajar dan pensyarah perlu didedahkan dengan
pengunaan media teknologi ICT yang dapat meningkatkan kemahiran untuk mendapatkan
informasi dan pengetahuan dalam proses P&P di dalam bilik kuliah dan juga di luar kampus.

Pengendalian proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) memerlukan para pensyarah


di USAS mempunyai daya kreatif dan inovatif supaya memupuk minat belajar di kalangan
pelajar. Kesungguhan dalam mengajar mengunakan alternatif teknologi terkini mampu
meningkatkan P&P yang berkesan dan secara tidak langsung ia membantu mempercepatkan
proses penghayatan pelajar. Penggunaan media teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)
akan mendorong minat pelajar untuk terlibat dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran
(P&P), keadaan ini akan menjadikan proses pembelajaran lebih menyeronokkan. Azwan et al
(2005) menyatakan dalam konteks pendidikan masa kini, teknologi maklumat ICT merupakan
satu rangkaian elektronik untuk mencari, mengumpul, menyimpan, memproses, menyalur dan
menyampai maklumat secara efektif, efisien, pantas dan meluas bagi membantu proses P&P.

Penggunaan media teknologi maklumat dalam pendidikan perlu dititikberatkan dalam


penyampaian kandungan pengajaran dan pembelajaran semasa oleh pensyarah. Keperluan ini
adalah selaras dengan gaya pembelajaran di era digital di mana para pelajar lebih berfikiran
kreatif dan inovatif dan mampu menghasilkan kualiti kerja yang tinggi dengan bantuan media
teknologi dalam P&P. Media ialah perantara dalam menyampaikan maklumat yang merupakan
saluran untuk manusia berkomunikasi atau berhubung. Media juga menjadi perantara untuk
pihak pemberi iaitu pensyarah dalam menyampaikan maklumat kepada penerima maklumat
iaitu para pelajar. Keperluan ini disebabkan media teknologi yang digunakan oleh pensyarah

4
dalam proses P&P mampu manjedi sebagai alat perantara atau alat bantu mengajar yang
berkesan dalam meningkatkan kualiti pembelajaran.

Penggunaan media sosial dalam komunikasi di peringkat pentadbiran juga adalah


penting seiring dengan perkembangan dunia moden pada masa kini. Pengintegrasian
penggunaan media teknologi dalam organisasi akan menjadikan ia lebih menarik dan produktif.
Pengunaan media teknologi maklumat yang menggabungkan teknik suara, bunyi, gambar,
video serta teks telah mewujudkan suasana komunikasi yang menyeronokan dan kondusif.
Penguasaan teknologi maklumat di kalangan kakitangannya adalah perlu bagi perubahan
paradigma membangunkan masyarakat berilmu dan mempunyai nilai tambah. Justeru
penggunaan media teknologi maklumat dalam proses komunikasi perlu dipertingkatkan dan
dipelbagaikan melalui beberapa medium elektronik teknologi terkini seperti berbantukan
komputer dan perisian, melalui sistem rangkaian (networking), perisian dan pangkalan data
atau melalui sistem internet. Rajah 1 menunjukkan tujuan penggunaan sosial media (Rujuk di
Lampiran)

5
3.0 APLIKASI TEORI PENGKAYAAN MEDIA DALAM PENGOPERASIAN
UNIVERSITI SULTAN AZLAN SHAH

Teori pengkayaan media atau Media Richness Theory menerangkan bagaimana sesebuah
organisasi yang terlibat memproses maklumat bagi mengurangkan risiko ketidakpastian dan
kelambakan maklumat yang terlibat. Penelitian seterusnya adalah berdasarkan bagaimana teori
ini mengulas berkenaan penggunaan media yang bertepatan bagi memastikan USAS dapat
menggunakan media yang sesuai dengan operasi organisasinya. Berdasarkan kepada teori
pengkayaan ini lagi, terdapat peringkat medium penyampaian maklumat yang menyentuh
tentang keberkesanan maklumat tersebut disampaikan kepada komuniti masyarakat (Daft &
Lengel, 1984). Teori Pengkayaan Media yang berasaskan kepada Contingency Theory dan
Information Processing Theory merupakan kajian yang menjelaskan tentang pelbagai medium
teknologi yang berbeza dapat memberikan impak kepada mesej yang ingin disampaikan oleh
pengirim dan ianya juga boleh mempengaruhi kefahaman dan kepuasan individu apabila
berkomunikasi (Galbraith, 1977).

Teori Pengkayaan Media telah digunakan dalam kebanyakan kajian untuk


menerangkan bagaimana penggunaan teknologi yang berlainan dapat memberi kesan terhadap
perbezaan dalam impak atau keberkesanan mesej dengan saluran yang berlainan dan
bagaimana impak yang berlaku akan mempengaruhi kepuasan individu berkomunikasi. Pada
asasnya media dan komunikasi adalah perkara yang sama kerana kedua-duanya membawa
mesej untuk disampaikan daripada pihak sumber kepada pihak penerima (Musa Abu Hasan,
1996).

Teori ini berdasarkan kepada empat kriteria iaitu maklum balas, isyarat pelbagai,
kepelbagaian bahasa dan fokus peribadi. Teori ini dapat dikaitkan dengan penggunaan media
sosial sebagai alat komunikasi media yang dapat menghubungkan di antara pensyarah dan
pelajar pada era COVID-19 ini. Rajah 2 di Lampiran menunjukkan hierarki teori pengkayaan
media ini. Menerusi rajah tersebut dapat diterangkan berkenaan hierarki pengkayaan media
yang digunakan. Teori ini menekankan kepada teknik penyampaian maklumat itu memberi
impak kepada mutu maklumat yang disampaikan menerusi kaedah-kaedah tertentu. Ini dapat
dikaitkan kepada USAS yang perlu memilih jenis media sosial yang sesuai dan bertepatan
untuk digunakan bagi meningkat kebolehlihatan.

6
4.0 PERKAITAN TEORI DAN KOMUNIKASI DALAMAN UNIVERSITI SULTAN
AZLAN SHAH (USAS)

Komunikasi merupakan elemen utama dalam setiap organisasi kerana ianya dapat membantu
proses kerja dalaman dengan lebih teratur dan cemerlang. Komunikasi membawa erti proses
efektif yang saling bertukar mesej antara dua orang atau lebih (Lee Thayer, 1968). Teori
Pengkayaan Media ini dipilih kerana ia berkait rapat dengan organisasi Pendidikan yang dipilih
dalam kajian ini iaitu Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Perak. Sistem pentadbiran dan
pendidikan organisasi ini banyak menggunakan saluran media massa dalam berkomunikasi.
Selari dengan peredaran teknologi yang semakin maju, organisasi ini tidak ketinggalan
menggunakan saluran komunikasi yang berkesan untuk masyarakat luar dan pentadbiran
dalaman. Justeru antara penggunaan media-media teknologi yang diaplikasikan di USAS,
seperti:

i. Laman Web Online


Laman web rasmi USAS merupakan medium yang digunakan oleh pentadbir USAS
dalam menyampaikan sesuatu maklumat berkaitan USAS seperti pengambilan
pelajar baharu, pengiklanan jawatan kosong atau tender, aktiviti-aktiviti dan kursus-
kursus yang ditawarkan oleh organisasi ini. Ia juga dapat digunakan oleh
masyarakat luar untuk memudahkan calon pelajar baharu mendaftar di pusat
pengajian tersebut. Di laman web tersebut para pelajar dan masyarakat juga dapat
mengetahui latar belakang dan profil universiti itu. Malahan, pengajaran dan
pembelajaran (P&P) berasaskan web juga merupakan kaedah integrasi teknologi
maklumat dan komunikasi dalam sistem pendidikan USAS. Selain daripada
penglibatan aktif pelajar dalam proses pembelajaran melalui medium web, ia juga
dapat mempertingkatkan tahap pembelajaran di kalangan pelajar dan melancarkan
proses pengajaran oleh pensyarah di IPTA (Chang, 2001).

ii. Facebook
Pihak universiti juga menggunakan akaun Facebook sebagai satu platform kepada
pelajar, pensyarah, kakitangan dan masyarakat untuk dengan lebih dekat dan mesra
dalam menigkatkan proses komunikasi. Melalui laman sosial Facebook segala
maklumat mengenai isu semasa, pendidikan dan teknologi amat mudah dan cepat
diakses. Kajian Robin, B. (2008) telah membuktikan para remaja pada masa kini

7
lebih selesa untuk berinteraksi dalam laman sosial Facebook daripada bersemuka
terutamanya bagi pelajar yang pendiam. Penggunaan Facebook secara tidak
langsung akan mendorong para pelajar untuk meningkatkan minat belajar dan aktif
serta berani menyuarakan pendapat dalam P&P.

iii. E-Learning
Suasana pembelajaran menerusi media E-Learning ini menggunakan perkakasan
mudah alih seperti telefon pintar atau komputer peribadi dan internet secara online.
E-Learning merupakan proses P&P yang menggunakan rangkaian elektronik LAN,
WAN atau internet untuk menyampaikan kandungan, maklumat dan juga
berinteraksi melaluinya yang memudahkan para penggunanya khususnya para
pensyarah dan pelajar. Media elektronik yang digunakan dalam kaedah E-Learning
adalah melibatkan internet, intranet, pita audio-video dan juga CD-rom. Kaedah ini
membolehkan pelajar mendapatkan maklumat yang dikehendaki dalam P&P
dengan lebih sistematik (Rader & Wilhelm, 2001). Pembelajaran menerusi E-
Learning ini juga boleh berlaku di rumah atau di universiti. E-Learning adalah satu
kaedah pembelajaran yang boleh diakses di lokasi yang bersambungan dengan
internet. Kelazimannya pembelajaran secara E-Learning ini mengandungi audio
dan visual yang disampai secara grafik untuk memudahkan kefahaman terhadap
kandungan pembelajaran. Selain itu P&P melalui media teknologi E-Learning
dapat membekalkan bahan-bahan pendidikan jarak jauh dan ia membolehkan
aktiviti dan tugasan dibentangkan serentak iaitu mewujudkan bilik kuliah pada
komputer secara online dan ini memudahkan para pensyarah dan pelajar untuk
berinteraksi.

iv. Portal Staf dan Pelajar


Portal staf dan pelajar yang terdapat di laman web rasmi USAS adalah merupakan
portal yang mengandungi bahan PdP berbentuk video dan audio pendidikan serta
slaid sumbangan para pensyarah yang boleh diakses oleh para pelajar. Portal ini
juga boleh digunakan oleh kakitangan lain selain pensyarah dalam berinteraksi
sesama sendiri di peringkat dalaman.

8
v. M-Learning
M-Learning merupakan kaedah pembelajaran dalam talian seperti pembelajaran
secara elektronik. Ia bermula dari konsep pembelajaran E-Learning dan telah
diperluaskan lagi kepada M-Learning. M-Learning merupakan suatu konsep baru
dalam proses P&P dan menekankan kepada keupayaan untuk memudah alih proses
pembelajaran tanpa terikat kepada lokasi fizikal semasa proses pembelajaran
berlaku (Kukulska-Hulme & Traxler, 2005). Pendidikan melalui M-learning
merupakan antara alternatif yang tidak dapat ditolak oleh USAS sesuai dengan gaya
hidup hari ini yang bersifat paperless, wifi dan terlalu bergantung kepada
perkakasan mudah alih. Aplikasi telefon pintar seperti WhatsApp dan Telegram
sebagai pelengkap kepada pengajaran secara bersemuka untuk meningkatkan
kualiti pendidikan serta keberkesanan pengurusan kewangan akibat daripada
kawalan terhadap keperluan fasiliti dan sumber manusia di USAS.

vi. Webmail
Selain dari penggunaan saluran bersemuka, USAS mengamalkan saluran
komunikasi satu hala seperti emel elektronik, surat, nota, memo dan laporan khas
di dalam webmail organisasinya. Komunikasi bertulis seperti ini dikategorikan
sebagai saluran komunikasi yang penting di semua organisasi. Kesemua bahan
bertulis tersebut boleh disimpan sebagai bahan rujukan untuk masa akan datang.
Cara penyimpanan juga lebih efisyen berbanding dengan penyimpanan manual
pada zaman terdahulu.

vii. Aplikasi Zoom atau Webex


Penggunaan platform online untuk melaksanakan P&P mahupun perbincangan
bersama pelajar dengan keberadaan rangkaian tanpa wayar untuk aplikasi seperti
Zoom atau Webex banyak membantu para pensyarah dalam menyampaikan ilmu.
Manakala pihak atasan dan kakitangan juga boleh berinteraksi dengan
menggunakan perkhidmatan ini bagi melaksanakan mesyuarat, mengemaskini
dokumen dan berkongsi maklumat berserta status kerja mereka yang terkini.

9
5.0 SUMBANGAN DAN KRITIKAN PENGGUNAAN TEORI PENGKAYAAN
MEDIA DALAM ORGANISASI

5.1 Sumbangan
Penggunaan teori pengkayaan media dalam organisasi di USAS telah memberi banyak
sumbangan penting kepada USAS. Pelaksanaan ini memberikan sumbangan besar
terhadap organisasi daripada sudut penyaluran maklumat dan membuat keputusan
daripada pihak pengurusan atasan kepada kakitangan bawahan dalam organisasi di
USAS. Jika terdapat permasalahan yang timbul atau krisis di dalam organisasi, pihak
pengurusan dapat berbincang dan membuat keputusan berkaitan masalah tersebut
dengan pantas. Dalam masa yang singkat, ianya dapat menyalur dan menyebarkan
maklumat kepada kakitangan bawahan dengan bantuan e-mail atau pun laman web
sosial tanpa perlu bersemuka.

Selain daripada itu, penggunaan data berasaskan web bagi membantu proses
pengambilan pelajar baru dan kakitangan di USAS dapat dibuat dengan mudah, iaitu
pengimplementasian laman web jaringan sosial sebagai kaedah pemilihan dan
pengambilan kakitangan juga telah digunapakai. Caers and Castelyns menyatakan
organisasi berpandangan bahawa laman web jaringan sosial menerusi akaun Facebook
dan LinkedIn banyak membantu dalam memilih calon kakitangan yang sesuai dengan
jawatan yang ditawarkan (Aziz, 2016).

Tambahan pula, sebelum ini pelajar di USAS mendaftar subjek secara manual
iaitu dengan membawa borang kepada pensyarah untuk menerima mereka sebagai
pelajar dalam sesebuah subjek, namun telah dinaiktaraf menggunakan teknologi
komunikasi melalui web side. Yang mana, pelajar perlu mendaftar subjek dan segala
hal penggurusan di portal pelajar. Jelas di sini, teknologi komunikasi memiliki potensi
besar dalam membantu meningkatkan kemampuan organisasi. Jabatan-jabatan yang
terlibat akan memastikan setiap aktiviti pengurusannya dibantu oleh teknologi
komunikasi bagi menjamin kelancaran organisasi demi memberi perkhidmatan yang
lebih baik kepada pelajar dan menjamin keselesaan kakitangan dalam menjalankan
tugasan. Kini dengan adanya media komunikasi, segala kerja dapat dilakukan dengan
lebih meluas, mudah dan cepat serta dapat menjimatkan masa seterusnya mengelakkan
pembaziran dari segi masa dan juga sumber.

10
5.2 Kritikan
Kritikan utama teori ini pada organisasi di USAS pula ialah teori ini tidak mengambil
kira kemahiran komunikasi setiap orang kerana tahap kuasa medium tetap sama
walaupun digunakan oleh orang yang berbeza. Contohnya di USAS yang biasa
menggunakan e-mail untuk memberi atau menerima maklumat pastinya berbeza dalam
keberkesanan komunikasi secara bersemuka kerana ianya dapat menghantar mesej
sama ada secara lisan atau bukan lisan dan ianya juga lebih berkesan. Komunikasi
melalui e-mel juga kurang memberi kesan kerana ia merupakan komunikasi sehala dan
lambat menerima maklum balas.

Menurut Trevino, Lengel dan Daft (1987) dalam buku “Komunikasi Dalam
Kepimpinan Organisasi” menyatakan kebanyakan pengkaji mendefinisikan
pengkayaan media (media richness) sebagai keupayaan saluran untuk menyampaikan
maklumat (Salleh, 2016). Oleh itu, kefahaman tentang Teori Pengkayaan Media
penting semasa mengkaji tentang impak penggunaan media komunikasi yang berbeza
terhadap mesej yang disampaikan

Selain itu, teknologi ini mampu menyumbang kepada berlakunya kebocoran


maklumat rahsia dalam sesebuah organisasi, maklumat-maklumat ini berkemungkinan
digodam oleh pengodam-pengodam dunia digital atau penyebaran oleh pekerja
dalaman dengan memanafaatkan kemudahan teknologi ini. Tertamanya di USAS, data
dan maklumat-maklumat penting yang disimpan dalam laman web rasmi USAS boleh
menyebabkan berlakunya kebocoran maklumat atau digodam jika tidak diselia dengan
keselamatan yang ketat.

Penggunaan teori ini juga boleh berlakunya penyampaian mesej atau maklumat
yang gagal dimana berkemungkinan mesej yang dihantar tidak dapat disampaikan
dengan baik seperti kekaburan sumber atau isi kandungan mesej dan masalah etika.
Dan ianya boleh menyebabkan wujudnya salah faham antara pihak penyampai dan
pihak penerima. Oleh itu, setiap saluran yang digunakan sering kali disesuaikan dengan
keadaan dan mesej yang ingin disampaikan. Gilman, dan Turner mengatakan bahawa
pemilihan media merupakan proses keputusan yang rasional daripada satu penyelarasan
antara ciri-ciri medium dengan keperluan isi dalam sesuatu mesej.

11
6.0 RUMUSAN
Pengenalan Teori Pengkayaan Media telah memberi impak yang besar dalam proses
komunikasi. Keupayaan ini membolehkan individu berkomunikasi pada satu jarah yang jauh
dengan lebih cepat dan memudahkan perolehan maklumat yang dahulunya tidak mungkin
didapati. Penggunaannya dalam sebuah organisasi pada masa kini telah menjadi satu keperluan.
Hal ini kerana ia mampu mengabungkan elemen visual, lisan, data dan bunyi dalam waktu
yang sama. Proses perbincangan dan penyampaian maklumat kepada warga organisasi dapat
dijalankan dengan mudah pantas dan tanpa dibebani dengan masa, tempat serta kos.
Kemudahan ini juga telah menfaatkan kemudahan-kemudahan yang wujud dalam komunikasi
ini tetapi haruslah berlandaskan etika media yang baik. Kemajuan pesat teknologi ini telah
mencetuskan penggunaan media dalam bidang organisasi dan pendidikan di USAS bagi
membantu sistem pentadbiran dan pendidikan dalam melaksanakan proses pengajaran dan
pembelajaran yang lebih berkesan. Hal demikian, dalam konteks pendidikan di USAS,
penggunaan teori ini dalam pendidikan adalah perlu dilakukan bagi menambahbaik kaedah dan
pendekatan yang sedia ada dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang lebih
sistematik dan efisien. Penggunaan media teknologi dalam P&P ini amat digalakkan kepada
warga pendidik dan para pelajar sebagai satu usaha memudahkan P&P bagi membantu
meningkatkan kefahaman pelajar terhadap pelajaran yang disampaikan. Tambahan pula
dengan adanya wabak COVID-19 ini pembelajaran dan urusan pentadbiran perlulah dilakukan
dengan jarah jauh melalui teori pengkayaan media. Secara keseluruhannya, teknologi
komunikasi ini telah memberi kesan yang positif terhadap organisasi pengurusan dan
pembelajaran P&P di USAS. Segala aktiviti dalam organisasi dapat dipertingkat dan
dipermudahkan dengan bantuan teknologi komunikasi. Yang mana, ia memerlukan kerjasama
serta komitmen dari semua pihak bagi memastikan teknologi yang dipilih akan memberi kesan
yang positif kepada organisasi. Banyak perkara yang sebelum ini sukar dilaksanakan dapat
dimudahkan dengan bantuan dan sumbangan daripada teknologi komunikasi ini.

12
7.0 LAMPIRAN

Rajah 1

Rajah 1 Tujuan utama


penggunaan Sosial Media
(Sumber: International Journal of
Accounting, Finance and
Business)

Rajah 2

Rajah 2 Hierarki Teori


Pengkayaan Media (Sumber:
Wikipedia)

13
8.0 RUJUKAN

Aziz, A. B. (2016). Peranan Teknologi Komunikasi Dan Sumbangannya Ke Arah


Perkembangan Komunikasi Dalam Organisasi Yang Berkesan. Universiti Teknologi
Mara, Malaysia.

Azwan Ahmad, Abdul Ghani Abdullah, Mohammad Zohir Ahmad & Abd. Rahman Hj. Abd
Aziz. (2005). Kesan Efikasi Kendiri Guru Sejarah Terhadap Amalan Pengajaran
BerbantukanTeknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Jurnal Penyelidikan
Pendidikan.

Chang, Chi Cheng. (2001). A Study on The Evaluation and Effectiveness Analysis Of Web-
based Learning Portfolio (WBLP). British Journal of Educational Technology; 32(4):
435-459.

Daft, R. L., & Lengel, R.H. (1984). Information Richness: A New Approach to Managerial
Behavior and Organizational Design. Organizational Behavior, 1, 191-233.

Dave Evans, J. M. (2010). Social Media Marketing: The Next Generation of Business
Engagement. Indiana: Wiley Publishing.

Dewey, John. (1910). How We Think. New York: Cossimo Classics.

Donald, A. Schon. (1984). The Reflective Practitioner: How Professionals Think in Action.
New York: Ashgate Publishing.

Goodall, H.L., Goodall, S., & Schiefelbein, J. (2010). Business and professional
communication in the global workplace. Boston. Wadsworth.

Jay, R. Galbraith. (1977). Organization Design Strategies. Wesley Publishing Company.

Kukulska-Hulme, A., & Traxler, J. (2005). Mobile Learning: A Handbook for Educators and
Trainers. London, UK: Routledge

Macnamara, J. (2003a). Media content analysis; It uses; benefits and best practice
methodology. Asia Pacific Public Relations Journal, 6(1), 1-34

Musa Abu Hassan. (1996). Pengunaan Media Komunikasi dalam Aktiviti pemindahan
Pengetahuan. Dlm. Mazanah Mohamad & Ezhar Tamam (peny). Rakan Kongsi,
Komunikasi dan Media dalam Pembangunan. Kuala Lumpur: Percetakan Watan Sdn. Bhd.

14
Rader, M., & Wilhelm, W. (2001). Needed Research in Business Education (6th Ed.). Little
Rock, AR: Deltha Pi Epsilon.

Rohani M.M Yusoff, Ahmad Shaharil Jamaludin & Abda Hamida D.Abdul Hameed. (2015).
Tahap Kesediaan Pelajar dalam Penggunaan Teknologi, Pedagogi, dan Kandungan
(TPACK) dalam Pembelajaran Kurikulum di IPT. Proceeding of the 3rd International
Conference on Artificial Intelligence and Computer Science (AICS2015), 12 - 13 October
2015, Penang, MALAYSIA. (e-ISBN 978-967-0792-06-4).

Salleh M. H. (2016). Pelaksanaan Komunikasi Kepemimpinan Dalam Organisasi Pengamal


Pengurusan. Kualiti Msiso 9001 Di Malaysia. Universiti Putra Malaysia.

Suhaimi, M. F., & Shiratuddin, N. (2013). Penggunaan media sosial: Elemen kebolehlihatan
usahawan Industri Kecil Sederhana (IKS). In Prosiding PERKEM VIII (pp. 1511–1520).

Teori Kekayaan Media. Capaian pada 10 April 2021 dari


http://mediamasbro.blogspot.com/2016/08/teori-kekayaan-media-media-richness.html

Thayer, Lee. (1968). Communication and Communication Systems: in Organization,


Management, and Interpersonal Relations, Illinois, Richard D. Irwin, Inc.

Trevino, L. K. Webster, J. & Stein, E. W. (2000). Making connections: Complementary


influences on communication media choice, attitudes and use. Organization Science,
11(2), 163 – 182.

Woolnaugh, B. E. (1993). Factors affecting students' choice of science and engineering.


International Journal of Science Education 19(6): 659-676.

Zurinah, M. N. (n.d.). Kepentingan Penggunaan Media Sosial Teknologi Maklumat Dalam


Pendidikan IPTA. e-Bangi, 8

15

Anda mungkin juga menyukai