Anda di halaman 1dari 14

PSIKOLOGI PENDIDIKAN

BBD10202
SEMESTER 2 2019/2020
SEKSYEN 1

TUGASAN INDIVIDU
TEORI CONNECTIVISM

NAMA & NO KAD MATRIK:


EDERN JEREMY ANAK SUNANG
DB190045

NAMA PENSYARAH:
DR. NORHASYIMAH BINTI HAMZAH

0
SENARAI KANDUNGAN

KANDUNGAN............................................................................................................................. 1

1.0 PENGENALAN KEPADA TEORI CONNECTIVISM..............................................................2

1.1 PRINSIP-PRINSIP TEORI CONNECTIVISM.............................................................................3

1.2 APLIKASI TEORI CONNECTIVISM DALAM SISTEM PENDIDIKAN (MOOC).....................4

1.3 KRITIKAN KEPADA TEORI CONNECTIVISM...........................................................................5

2.0 ISU SEMASA BERKAITAN DENGAN PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL.......6

2.1 PENERIMAAN MASYARAKAT TERHADAP PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN


VOKASIONAL.......................................................................................................................................6

2.2 IMPLIKASI PANDEMIK COVID-19 TERHADAP CORAK SISTEM PENDIDIKAN................7

3.0 CABARAN-CABARAN DALAM PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL................7

3.1 MENGUBAH PENERIMAAN MASYARAKAT TERHADAP SISTEM PENDIDIKAN


TEKNIKAL DAN VOKASIONAL..........................................................................................................8

3.2 CAPAIAN INTERNET PELAJAR TERHADAP PEMBELAJARAN ATAS TALIAN..................8

4.0 LANGKAH-LANGKAH MENGATASI CABARAN DALAM PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN


VOKASIONAL............................................................................................................................. 9

4.1 PENSTRUKTURAN KURIKULUM PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL..............9

4.2 PERSEDIAAN AWAL PENDIDIK DAN PELAJAR TERHADAP SISTEM PEMBELAJARAN


ATAS TALIAN........................................................................................................................................9

5.0 KESIMPULAN..................................................................................................................... 10

6.0 RUJUKAN...................................................................................................................... 11-13

1
1.0 PENGENALAN KEPADA TEORI CONNECTIVISM

Pada era yang penuh mencabar ini, kita mengetahui bahawa teori pembelajaran telah
berkembang seiring dengan arus pemodenan. Secara umumnya, kita mengetahui bahkan
secara tidak langsung menimba ilmu hasil daripada beberapa teori pembelajaran seperti
kognitivisme, konstrutivisme dan behaviorisme. Seiring dengan perkembangan era digital
yang kita lalui sekarang ini, maka berkembanglah teori pembelajaran yang baru digelar
sebagai teori connectivism. Teori connectivism pertama kali diperkenalkan oleh George
Siemens. Connectivism adalah teori pembelajaran di mana ia dapat menjelaskan
bagaimana kemudahan internet membuka satu peluang kepada kita untuk mempelajari dan
berkongsi segala maklumat tanpa batasan dari seluruh dunia. Pembelajaran adalah suatu
proses di mana kepelbagaian pemindahan unsur-unsur berlaku secara berterusan.
Teknologi seperti web browser, e-mel, perbincangan forum secara online, jaringan sosial,
Youtube dan sebagainya di mana ia membolehkan para pengguna untuk belajar dan
berkongsi ilmu atau maklumat dengan pengguna-pengguna lain. Kemunculan internet
khususnya Web 2.0 tanpa disedari memberikan akses kepada individu untuk meneroka
bentuk komunikasi dan ilmu pengetahuan yang baru di dalam dan di di luar insitusi
pendidikan formal. ‘Keupayaan untuk mengakses maklumat yang relevan dan
memanfaatkan sumber yang ditawarkan oleh pandangan dan pendapat orang lain menjadi
kemahiran yang penting terutamanya keperluan untuk pembelajaran sepanjang hayat, baik
secara formal dan tidak formal semakin dikenali oleh individu, organisasi dan insitusi’
(Cheston et al., 2013, Flynn et al., 2015). Para pendidik haruslah beradaptasi dengan
suasana pembelajaran yang baharu iaitu menguasai teori connectivism dalam memastikan
pengajaran dan pembelajaran berterusan dengan menjanjikan pengalaman yang lebih
menyeronokkan bagi para pelajar unruk menimba ilmu. Bukan bermaksud teori
pembelajaran yang sedia ada tidak lagi digunakan tetapi jika dilihat perkembangan teknologi
yang kian meningkat seiring dengan generasi baru yang sentiasa ‘up-to-date’ dalam media
sosial mereka, adalah penting teori connectivsm dipertengahkan
untuk digunakan dalam konteks pembelajaran.

2
RAJAH 1: EVOLUSI TEORI PEMEBELAJARAN

1.1 PRINSIP-PRINSIP TEORI CONNECTIVISM

Prinsip-prinsip Connectivism, George Siemens adalah:

1. Pembelajaran dan pengetahuan adalah variasi pendapat dan pandangan seseorang.


2. Pembelajaran berlaku melalui proses sumber-sumber maklumat yang berkaitan dalam
sesuatu nod.
3. Proses pembelajaran boleh juga terjadi di luar persekitaran pelajar.
4. Kebolehan untuk mengetahui sesuatu perkara lebih dititikberatkan daripada apa yang
difahami pada masa sekarang
5. Menjaga hubungan proses pembelajaran penting dalam memastikan proses
pembelajaran berlaku secara berterusan.
6. Keupayaan untuk menganalisis hubungan antara sesuatu idea, konsep serta pelbagai
bidang merupakan perkara paling penting
7. Memiliki ilmu pengetahuan baru merupakan satu proses dalam pembelajaran teori
connectivism.
8. Membuat sesuatu keputusan mengenai sesuatu adalah sebahagian cara pembelajaran
itu sendiri.
9. Keupayaan dalam menilai sesuatu ilmu yang dipelajari sangat penting semasa berdepan
dengan pelbagai maklumat.
10. Jika terjadinya perubahan terhadap sesuatu ilmu dengan kadar yang cepat akan
mempengaruhi sesuatu keputusan yang hendak diambil.

Memandangkan maklumat sentiasa berubah, kadar relevan akan dipengaruhi oleh kemaskini
maklumat baru bagi menggantikan atau memperbaiki kefahaman yang sedia ada dalam
sesuatu bidang ilmu pengetahuan. Oleh itu, para pelajar mestilah pandai dalam mengakses,
bijak mentafsir kadar relevan dan membuat keputusan dalam sesuatu maklumat yang
diperolehi. Keupayaan untuk mencari maklumat yang terkini dan penapisan maklumat sekunder
atau luaran dianggap kemahiran penting yang menyumbang kepada pelajaran. Proses
pembelajaran adalah bersifat kitaran iaitu pelajar melayari laman web untuk mencari dan
berkongsi maklumat. Ini dapat mengubah persepsi pelajar di mana teori pembelajaran baru
yang disemat dalam diri mereka dapat digunakan untuk memahami sesuatu perkara dengan
lebih mendalam lagi bahkan lebih menyeronokkan.

3
1.2 APLIKASI TEORI CONNECTIVISM DALAM SISTEM PENDIDIKAN (MOOC)

RAJAH 2: LOGO MOOCs MALAYSIA

Perkembangan teknologi yang begitu pesat membolehkan para pelajar mengakses maklumat
tanpa had untuk kegunaan pembelajaran tanpa bergantung sepenuhnya kepada buku atau
syarahan di dalam kuliah pada bila-bila masa sahaja. Perkembangan sedemikian telah
memberikan implikasi yang besar terhadap kaedah pembelajaran seperti pembelajaran teradun
(blended learning) atau pembelajaran berbalik (flipped learning) di mana penggunaan landasan
pembelajaran seperti Sistem Pengurusan Pembelajaran (Learning Management System-LMS).
Selain daripada itu, aplikasi teori connectivism telah mewujudkan satu pelantar kursus dalam
talian secara terbuka yang dikenali sebagai Massive Open Online Courses (MOOC).

MOOC didefinisikan sebagai pembelajaran atas talian yang boleh diakses oleh setiap orang di
seluruh dunia dengan percuma. Di negara kita, sistem MOOCs dapat memberi kebaikan
kepada sistem pendidikan tinggi di Malaysia kerana MOOCs dapat menambahkan jumlah
penglibatan khususnya kepada pelajar, memperbaiki kualiti pengajaran, mengharumkan nama
IPT dan dapat mengoptimumkan kos dari segi penyampaian kandungan kursus.

MOOCs membawa keunikan kepada Malaysia. Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia


(KPM), Malaysia MOOCs adalah usaha untuk menyatukan semua pelajar tahun pertama dari
20 buah universiti awam pada masa itu di bawah satu platform. Secara tidak langsung ia telah
merasmikan penglibatan pertama universiti awam Malaysia dalam MOOCs. Pada hari ini,
kesemua universiti awam, kolej komuniti dan juga beberapa buah IPTS di seluruh negara telah
menawarkan kursus MOOCs di platform OpenLearning. Open Learning menyediakan satu
platform yang menarik seperti aplikasi forum digunakan oleh pelajar dan pensyarah untuk
berkomunikasi secara dua hala di mana kedua-dua boleh memberi dan menerima komen dn
menggalakkan interaksi sambil belajar. Dalam konteks sistem pendidikan negara, MOOC
merupakan usaha utama kementerian pendidikan di bawah lonjakan 9 iaitu Pembelajaran
Dalam Talian Tahap Global atau (Globalised Online Learning) di bawah Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Dasar e-Pembelajaran Negara 2.0)

4
1.3 KRITIKAN KEPADA TEORI CONNECTIVISM

Seperti yang kita sedia maklum, semua teori yang baru berkaitan dengan connectivism telah
dijadikan sebagai subjek kritikan. Bukan hanya teori ini dikategorikan sebagai teori baru,
bahkan ianya ternyata berbeza dengan paradigma epistomologi yang sedia ada atau tradisional
kini telah dipersoalkan bahkan juga statusnya sebagai teori pembelajaran itu sendiri. Namun,
fakta-fakta yang menjadikannya salah satu teori pendidikan dan hubungannya dengan latihan
telah diuji keberkesanannya. Pemeriksaan terperinci dilakukan mengenai falsafah dan masalah
epistemologi dengan menggariskan beberapa bidang kritikan utama.

Teori Connectivism menuntut dirinya sebagai teori yang baru berikutan rangkaian
pembelajarannya kini telah dipersoal kerana banyak prinsip asas dipercayai diambil dari teori
paradigma epistemologi tradisional terutamanya dari teori konstruktivis di mana ia disesuaikan
agar dapat disebut sebagai connectivism itu sendiri. Kekurangan penjelasan untuk menegaskan
bahawa pembelajaran mungkin terletak pada alat yang digunakan dan bukannya kepada
manusia itu sendiri merupakan kritikan utama. Walaupun kita telah sedia maklum di mana
pembelajaran mesin atau dikenali sebagai Artificial Intelligence (AI) menunjukkan kemajuan,
ternyata konsep ini hangat diperdebatkan. Seseorang boleh menganggap bahawa kebolehan
pengecaman corak pembelajaran yang dilakukan oleh AI itu sendiri membolehkannya membuat
sambungan yang digunakan oleh manusia. Tetapi, hal ini tidak dapat dijelaskan oleh Siemens.

Kita dapat melihat kurangnya penjelasan tentang bagaimana pembelajaran mesin mengakses
pengetahuan tersebut. Tambahan pula, di bawah konseptualisasi tentang peranan orang lain
dalam rangkaian dan inginkan kesederhanaan terhadap evolusi interaksi pembelajaran yang
berlebihan dapat dikenal pasti. Kekurangan ujian yang empirikal terhadap teori connectivism
juga dikritik sama sekali. Satu kajian telah dibuat mengenai konteks MOOCs. Tinjauan literatur
yang dibuat oleh Kartensi pada tahun 2013 mencatatkan bahawa peratus kejayaan di kalangan
pengguna adalah rendah. Armstrong (2013) mencatatkan keadaan yang sama di mana kadar
yang tercicir adalah tinggi. Mackness, Mak dan William (2010) mengetahui bahawa teori
connectivism yang diaplikasikan pada cMOOC di mana ia merupakan prinsip-prinsip diversiti,
keterbukaan, autonomi dan pengetahuan yang timbul mungkin telah dikompromi. Walau
bagaimanapun, sebuah kajian mencatatkan bahawa MOOCs mempunyai potensi besar untuk
mengangkat autonomi pelajar and mencipta satu komuniti pembelajaran (Karsenti 2013).

5
2.0 ISU SEMASA BERKAITAN DENGAN PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL

Pendidikan Teknikal dan Vokasional (PTV) memainkan peranan yang penting dalam melahirkan
tenaga kerja manusia berkemahiran tinggi bagi memenuhi pasaran kerja di dalam industri
negara. Kementerian Pendidikan Malaysia telah membuat identifikasi tentang kepentingan
Pendidikan Teknikal dan Vokasional untuk memastikan Malaysia menjadi negara maju di mana
kita memiliki tenaga kerja kompeten. Jika kita menilai dari segi penerimaan masyarakat itu
sendiri terhadap PTV di Malaysia, apakah yang dapat kita simpulkan?

2.1 PENERIMAAN MASYARAKAT TERHADAP PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN


VOKASIONAL

Menurut Suliati Asri (2019), rata-rata masyarakat khasnya di Malaysia melihat PTV ini sebagai
kelas yang kedua berbanding dunia akademik. Sedangkan di negara yang jauh lebih maju
daripada kita, mereka melihat bahawa golongan “kelas kedua” ini dipandang tinggi serta
mendapat tempat yang sewajarnya dari segi pendapatan dan pengiktirafan.

Dr Ridzwan Che Rus merangkap Dekan Fakulti Teknikal Dan Vokasional Universiti Pendidikan
Sultan Idris menjelaskan bahawa perspektif negatif masyarakat terhadap bidang ini berlaku juga
dalam kalangan kakitangan kerajaan khususnya dalam organisasi yang menyelia segala
akademik serta polisi dalam IPT. Beliau juga mengatakan bahawa pelajar- pelajar yang
menceburi bidang ini adalah pelajar yang kurang cemerlang dari segi akademik dan tidak layak
menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Jika dilihat dari segi connectivism itu
sendiri, jelas sekali pemikiran masyarakat bertentangan dengan salah satu prinsip iaitu
kemampuan mereka untuk melihat hubungan antara pelbagai bidang, idea dan konsep
merupakan perkara yang utama iaitu setiap bidang pendidikan ada fungsi dan sumbangannya
tersendiri terhadap pembangunan negara.

6
2.2 IMPLIKASI PANDEMIK COVID-19 TERHADAP CORAK SISTEM PENDIDIKAN

Pandemik Covid-19 telah menyebabkan kerajaan menjalankan Perintah Kawalan Pergerakan


(PKP) di seluruh negara untuk memerangi wabak ini bermula 18 Mac 2020. Pelbagai sektor
kerajaan dan swasta mula terjejas terutamanya sektor ekonomi akibat perkara ini. Dalam
sekelip mata sahaja, Covid-19 telah mengubah perspektif kehidupan masyarakat dunia. Sistem
Pendidikan tidak ketinggalan juga.

Pembelajaran secara bersemuka kini tidak dapat dijalankan untuk mengelakkan kontak rapat
antara pendidik dan para pelajar di mana penyakit ini merebak secara sentuhan. Kini, insitusi
pendidikan khasnya UTHM mengambil langkah yang proaktif iaitu membatalkan kuliah secara
bersemuka dan menggalakkan penggunaan aplikasi pembelajaran atas talian (FOC) dan
menukar mod pengajian kepada mod Pembelajaran Jarak Jauh (PJJ). Menurut Naib Canselor
UTHM (2020) beliau telah memaklumkan penutupan sementara Kampus Induk Parit Raja dan
Pagoh. Hal ini memberikan kesan kepada Fakulti Pendidkan Teknikal dan Vokasional di mana
sebahagian struktur kursus memerlukan amali 100%. Aplikasi teori connectivism diperlukan
bagi menghadapi saat ini iaitu menggunakan sistem e-learning sebagai platform untuk
memastikan pengajian masih boleh dijalankan.

3.0 CABARAN-CABARAN DALAM PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL

Tidak dapat dinafikan bahawa Pendidikan Teknikal Dan Vokasional adalah tonggak utama
dalam menerajui pembangunan negara. Negara kita sedang memasuki revolusi perindustrian
4.0 di mana tenaga kerja yang mahir terutamanya dari kalangan kita amat diperlukan untuk
bersaing dengan negara- negara yang lain. Seperti yang kita ketahui, lambakan tenaga kerja
asing kini berleluasa di negara kita dan haruslah diselesaikan secepat mungkin. Namun, kita
harus akui terdapat beberapa halangan dalam proses melaksana sistem pendidikan teknikal
dan vokasional ke arah yang lebih baik dan jika tidak diberikan perhatian, ini akan
menyebabkan kerugian berdasarkan perspektif kualtiti tenaga kerja negara kita.

7
3.1 MENGUBAH PENERIMAAN MASYARAKAT TERHADAP SISTEM PENDIDIKAN
TEKNIKAL DAN VOKASIONAL

Seperti yang telah diketahui, bidang pendidikan ini merupakan pendidikan yang memfokuskan
lebih kepada amali. Para pendidik haruslah mengunakan ilmu connectivism mereka
sepenuhnya untuk menyampaikan pengajaran secara kreatif untuk menarik minat belajar dan
meningkatkan kefahaman mereka berpandukan kepada penggunan teknologi dalam kuliah.

Kalau dilihat dari segi falsafah pendidikan di negara kita, sistem pendidikan sepatutnya
membentuk seorang insan yang sedar dalam mengenal hakikat tentang diri sendiri dan belajar
untuk mengetahui kebenaran-kebenaran dalam hidupnya. Untuk melahirkan seseorang individu
seperti itu merupakan satu kewajipan yang agak mencabar bagi para pendidik. Hal ini demikian
kerana kurikulum pendidikan dalam bidang ini tertumpu lebih kepada kerja yang berkaitan
dengan amali berbanding kursus yang lain. Para pendidik haruslah mengaitkan nilai-nilai murni
atau aspek kerohanian semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku dalam kuliah.
Hasil daripada itu, tenaga kerja yang lahir hasil daripada acuan pendidikan teknikal dan
vokasional mempunyai peribadi yang mulia iaitu memiliki tahap kesedaran diri yang tinggi dan
sentiasa mencari kebenaran dalam hidup. Individu seperti ini sudah pasti akan membuka mata
masyarakat bahawa orang yang mereka anggap gagal dan tidak berguna sebaliknya adalah
seorang individu yang hebat.

3.2 CAPAIAN INTERNET PELAJAR TERHADAP PEMBELAJARAN ATAS TALIAN

Wabak Covid-19 merupakan tamparan yang hebat khasnya dalam sistem pendidikan teknikal
dan vokasional. Bagi pelajar yang mengambil kursus yang melibatkan amali pada semester ini
terpaksa menggunakan kaedah pembelajaran atas talian sebagai platform untuk meneruskan
pengajian. Cabaran pelajar yang utama ialah khasnya bagi pelajar di mana tempat tinggal nya
mempunyai capaian internet rendah sudah tentu akan menyukarkan proses pembelajaran
berlangsung. Faktor ini membantutkan usaha pendidik untuk menggunakan e-pembelajaran
sebagai salah satu platform connectivism secara optimal dengan pelajar. Hal yang sedemikian
menyebabkan para pelajar ini pergi ke suatu tempat di mana capaian internet cukup baik bagi
mengikuti kelas online yang dibuat oleh pensyarah. Bagi pihak pensyarah, mereka risau di
mana maklumat penting yang mereka cuba sampaikan kepada pelajar akhirnya tidak
kesampaian atau mengambil masa yang agak lama untuk mendapatkan respon pelajar
terhadap perancangan kuliah pada minggu tersebut.

8
4.0 LANGKAH-LANGKAH MENGATASI CABARAN DALAM PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN
VOKASIONAL

Langkah- langkah yang proaktif haruslah diambil bagi menyelesaikan pemasalahan yang
berlaku.

4.1 PENSTRUKTURAN KURIKULUM PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL

Asas kurikulum PTV hanya menekankan aspek teknikal dan vokasional kepada para pelajar.
Sebagai seorang pendidik, kita haruslah bekerjasama dalam mengusulkan perkara ini ke pihak
atasan iaitu kurikulum PTV haruslah disemak semula iaitu menambah aspek kerohanian bagi
memastikan falsafah pendidikan negara tercapai iaitu membentuk individu yang seimbang dari
kesemua aspek bukan hanya tertumpu kepada aspek kemahiran semata-mata. Pelajar yang
seimbang dari apek rohani sudah tentu mengenal konsep ketuhanan secara tidak langsung
menyukai kebenaran dan tidak melakukan perbuatan yang tidak sepatutnya. Kurikulum yang
lebih tertumpu kepada peperiksaan seharusnya di gantikan dengan kurikulum yang
berorientasikan industri. Kurikulum PTV haruslah digubal berpandukan pembangunan industri
semasa agar dapat memenuhi keperluan industri iaitu memiliki tenaga kerja mahir yang cukup
khasnya dari rakyat negara sendiri. Oleh itu, connectivism penting di mana kerajaan haruslah
peka terhadap perubahan semasa melalui kemaskini perkembangan dunia melalui platiform
sains dan teknologi. Justeru, masyarakat tidak lagi memandang rendah terhadap pelajar dari
aliran PTV keran mereka sepenuhnya telah dididik untuk menjadi individu yang hebat dari
aspek kemahiran dan jati diri yang mantap.

4.2 PERSEDIAAN AWAL PENDIDIK DAN PELAJAR TERHADAP SISTEM PEMBELAJARAN


ATAS TALIAN

Dari perspektif seorang pendidik, pelajar yang menghadapi masalah internet haruslah
membuat persediaan awal dalam memastikan proses pembelajaran mereka secara atas talian
dengan pendidik berjalan dengan lancar. Pelajar seharusnya sentiasa peka terhadap
tanngungjawabnya iaitu sentiasa memaklumkan keadaan semasa kepada pendidik lebih awal
untuk memudahkan pendidik menyelesaikan masalah tersebut seperti memberi kelonggaran
kepada pelajar. Bagi pihak pendidik pula, mereka haruslah memaklumkan lebih awal jika
membuat kelas secara online bagi memudahkan para pelajar bersedia dalam memastikan
kuliah secara atas talian dapat diikuti oleh smua pelajar. Sikap mementingkan sistem
pembelajaran atas talian haruslah disemat dalam diri pelajar bersesuaian dengan prinsip

9
connectivism di mana pembelajaran boleh berlaku di luar pelajar itu sendiri dan peka terhadap
perkembangan isu semasa.

5.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, teori connectivism adalah penting bagi generasi baru dalam memastikan
proses pengajaran dan pembelajaran berterusan tidak kira di mana pelajar itu sendiri
berada.Teori connectivism diperkenalkan oleh George Siemens telah membuka peluang
kepada pelajar untuk memahami betapa pentingnya internet sebagai alat untuk mempelajari
dan berkongsi ilmu tanpa batasan dari seluruh dunia. Aplikasi teori connectivism boleh
dianggap baru jika dibandingkan dengan teori pembelajaran yang lain. Oleh itu, pelajar haruslah
bijak dalam menilai kadar relevan sesebuah maklumat dalam internet disebabkan kemaskini
fahaman atau teori baru terhadap sesebuah maklumat itu telah mengubah mungkin secara
keseluruhannya terhadap konsep atau idea maklumat itu sendiri. Sebagai contoh, seorang
pelajar menggunakan sesuatu maklumat yang dia dapat dalam internet sebagai rujukan untuk
menyiapkan tugasannya walhal sumber maklumat itu diragui atau tidak digunakan lagi
menyebabkan keseluruhan tugasannya sia-sia sahaja. Oleh itu, para pelajar haruslah bijak
semasa mengakses dan mempunyai keupayaan untuk menilai serta menapis maklumat
sebelum digunakan dalam tujuan pembelajaran untuk mengelakkan diri sendiri terpesong dari
fahaman yang sebenar.

Kita sedar bahawa teori connectivism mendapat kritikan yang hebat dan kewujudannya
dipersoalkan pada prinsip asasnya kerana dipercayai banyak diambil dari teori konstruktivis itu
sendiri. Tetapi kita harus sedar connectivism itu memfokuskan lebih kepada pembelajaran atas
talian dan sekali gus merapatkan jurang antara kita dengan teknologi di mana proses belajar
tiada hadnya.

Beralih kepada sistem pendidikan teknikal dan vokasional (PTV), pelajar haruslah
mempersiapkan diri dari segi kemahiran dan aspek kerohanian untuk menjadi invidu yang hebat
dari segala apek dan seterusnya dapat menjadi tenaga kerja mahir untuk berbakti kepada
negara. Oleh itu, para pendidik haruslah menerapkan diri mereka dengan nilai-nilai yang baik
untuk menjadi seorang pemberi ilmu yang berjaya melahirkan tenaga kerja yang berkualiti di
samping memiliki hakikat kesedaran yang tinggi agar tidak dipandang remeh oleh masyarakat.
Walaupun wabak Covid-19 sekelip mata telah mengubah kehidupan normal masyarakat kini,
tetapi haruslah diingatkan dengan wujudnya connectivism seolah-olah memberi peluang
kepada pelajar untuk memahami betapa pentingnya kelangsungan ilmu itu terus berlaku melalui

10
platform pembelajaran atas talian dengan pendidik. Akhir sekali, kerajaan haruslah memainkan
peranan pentng iaitu berkolaborasi dengan industri demi memastikan pendidikan teknikal dan
vokasional sentiasa relevan dengan kehendak industri.

6.0 RUJUKAN

1. Cheston, C, Flickinger, T & Chisolm, M. (2013). Social Media Use in Medical Education: A
Systematic Review. Academic Medicine. 88: 893-901

https://journals.lww.com/aidsonline/00001888-201306000-00036.fulltext

2. Leslie Flynn, Alireza Jalali & Katherine A Moreau. (2015). Learning theory and its application
to the use of social media in medical education. Postgraduate Med. 91: 556-560

https://pmj.bmj.com/content/91/1080/556.short

3. Muhammad Firman Karim. (2013). Pembelajaran Entrepreneurship Melalui Online


Berdasarkan Connectivism

http://repository.ut.ac.id/2308/

4. RMMICT Group (2010): Prinsip-Prinsip Connectivism. Dimuat turun daripada

http://rmmict.blogspot.com/2010/08/prinsip-prinsip-teori-connectivism.html

5. John Gerard Scott Goldie, University of Glasgow (2016): A knowledge learning theory for the
digital age?

http://eprints.gla.ac.uk/118043/9/118043.pdf

6. Siyamta, Punaji Setyosari, Waras Kamdi, Saida Ufa: Teori Conectivism Dalam Pembelajaran
Sebagai Pendukung Sistem Adaptive E-Learning dan Big Data Personalized Learning

http://digilib.mercubuana.ac.id/manager/t!@file_artikel_abstrak/Isi_Artikel_411053189890.pdf

7. Adzhar, H., Khalid, F., & Karim, A. A. (2017): Penggunaan Massive Open Online Course
(MOOC) sebagai Kaedah Pembelajaran Baharu. Pembelajaran Abad ke-21: Trend Integrasi
Teknologi, 179-188

http://www.academia.edu/download/51955133/Penggunaan_Massive_Open_Online_Course.pdf

8. Armstrong L. (2013): the year of ups and downs for the MOOCs, Changing Higher Education

https://www.changinghighereducation.com/2014/01/2013-the-year-of-the-moocs.html

11
9. Jenny Mackness, Sui Fai John Mak, Roy Williams (2010): The Ideals and Reality of
Participating in a MOOC

https://www.researchgate.net/publication/235886519_The_Ideals_and_Reality_of_Participating
_in_a_MOOC

10.Thierry Karsenti (2013): MOOC: What the research says. International Journal of
Technologies in Higher Education,10:23-37

https://www.researchgate.net/publication/266374293_MOOC_What_the_research_says

11.Mohd Jalil Ahmad, Noor Hisham Jalani, Anas Akhmal Hasmori (2015): TEVT di Malaysia:
Cabaran dan Harapan. Seminar Kebangsaan Majlis Dekan-Dekan Pendidikan Universiti Awam
2015, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

https://www.researchgate.net/publication/282855369_TEVT_di_Malaysia_Cabaran_dan_Harap
an

12.Suliati Asri, Harian Metro (2019): Cungkil potensi kemahiran

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/10/502881/cungkil-potensi-kemahiran

13. Nurul Nadya, Abu Bakar, Rohana Hamzah & Amirmudin Udin (2011): Cabaran-cabaran
Dalam Pendidikan Teknikal Dan Vokasional Dalam membangunkan Sumber Manusia. Journal
of Edupress,1:159-164

http://eprints.utm.my/id/eprint/17060/1/JOE-1-2011-021.pdf

14. Kementerian Pendidikan Malaysia :Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal dan
Vokasional

https://www.moe.gov.my/korporat/bahagian-dan-unit/bahagian-pendidikan-dan-latihan-teknikal-
vokasional

15. Siti Syahirah (2011): Transformasi PTV: Kesediaan Guru-Guru Vokasional Terhadap
Perlaksanaan Kolej Vokasional KPM Dari Aspek Tahap Kemahiran. Persidangan Kebangsaan
Penyelidikan Dan Inovasi Dalam Pendidikan Teknikal Dan Vokasional

http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/2579/1/TRANSFORMASI_PTV_KESEDIAAN_GURU-
GURU_VOKASIONAL.pdf

12
16. Mohd. Amiruddin, Mudh Khaizer (2019): Meneroka Impak Dan Cabaran Pensyarah
Terhadap Pelaksanaan E- Pembelajaran Di Kolej Vokasional Zon Tengah, Malaysia. The 5 th
International Conference on Educational Research and Practice (ICERP) 2019 Educating the
Digital Society: Integrating Humanisitic And Scientific Values.

https://www.researchgate.net/publication/336770027_Meneroka_Impak_Dan_Cabaran_Pensyar
ah_Terhadap_Pelaksanaan_e-Pembelajaran_Di_Kolej_Vokasional_Zon_Tengah_Malaysia

13

Anda mungkin juga menyukai