Anda di halaman 1dari 5

NAMA: xxx

NO. MATRIK: xxx


NO & TAJUK SOALAN:
NO.2: ANALISISKAN FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBAWA KEPADA PERSETIAAN
BURNEY 1826 DAN PERJANJIAN BANGKOK 1909 ANTARA BRITISH DAN PIHAK
SIAM

Komen: Menjawab soalan dengan kritis, tersusun dan relevan. Setiap perenggan ada unsur
kesinambungan. Teruskan usaha.

PERSETIAAN BURNEY 1826 & PERJANJIAN BANGKOK 1909


ANTARA BRITISH DAN SIAM

Kelantan, Terangganu, Kedah, Perlis dan Pulau Pinang merupakan negeri-negeri

Melayu utara yang dahulunya berada dibawah pengaruh Siam. Raja-raja Melayu utara telah

menghantar ufti yang berupa Bunga Emas dan Perak demi untuk mengelakkan diri dari

ancaman Siam dan sebagai tanda persahabatan dengan kerajaan Siam dan bukan sesekali

bersifat ketuanan. Sebagai contoh, setiap tiga tahun sekali Kedah akan menghantar bunga emas

dan perak kepada kerajaan Thailand dan menyalurkan bekalan makanan dan senjata ketika

perang.1 Namun keadaan mula mengalami detik perubahan pada penghujung abad ke-18

apabila Siam telah memaksa Raja-raja Melayu untuk melibatkan diri dalam peperangan demi

membantu Siam mengatasi ancaman dari Burma. Keengganan Raja-raja Melayu untuk

membantunya telah menyebabkan Kedah diserang oleh kerajaan Siam pada tahun 1821.

Serangan turut dilakukan di Perak dan Selangor tetapi berjaya dihalang oleh British yang pada

ketika telah bertapak di Pulau Pinang dan Seberang Perai.

Pada 20 Jun 1826 termenterailah sebuah perjanjian yang ditandatangani antara Siam

dan wakil British Kapten Burney yang dinamakan Perjanjian Burney bagi menyelesaikan

permasalahan antara negeri Kedah dan negeri-negeri Melayu Utara yang lain. Terdapat

beberapa faktor yang membawa kepada perjanjian ini, pertamanya adalah untuk

mengembalikan semula kuasa Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II di takhta kerajaan

1
Ghazali, Abdullah Zakaria. ‘’Negeri Melayu dan Thailand 1781-1945: Hubungan dan Pentadbiran.’’ Malaysia
Dari Segi Sejarah, 24 (1996): 89
Kedah.2 Hal ini berlaku kerana terdapat perebutan takhta dalam kerajaan Kedah itu sendiri

menyebabkan Sultan Ahmad terpaksa melarikan diri ke Pulau Pinang. Beliau diburu oleh Siam

hasil persepakatan Raja Muda iaitu Tunku Yaakub dan Gabenor Nakorn Si Tammarat untuk

menggulingkan Sultan Ahmad.Namun perjanjian ini tidak memberi sebarang manfaat kepada

Kedah, malah Kedah pula telah menjadi mangsa penipuan British yang memperlihatkan British

sebagai ‘’gunting dalam lipatan’’. Akhirnya Kedah kekal sebagai tanah jajahan Siam dan

Sultan Ahmad terpaksa hidup dalam pembuangan selama hampir 18 tahun.

Faktor kedua adalah pihak Inggeris ingin terus mengekalkan persahabatan dan

perdagangan dengan Siam.3 Disebalik perjanjian itu, British sebenarnya menzahirkan

kebimbangan keatas pengaruh Siam di negeri-negeri Melayu yang mungkin akan menganggu

gugat pemilikan dan kedudukan strategik mereka di Pulau Pinang dan Seberang Perai. Hal ini

membawa kepada syarat-syarat yang dipersetujui di dalam Perjanjian Burney antaranya para

pedagang British dibenarkan untuk menjalankan perdagangan di Bangkok tetapi akan

dikenakan cukai yang bersesuaian, Kedah kekal sebagai tanah jajahan Siam dan sebagai timbal

balas kerajaan Siam perlu mengiktiraf Pulau Pinang dan Seberang Perai sebagai hak pemilikan

British.

Faktor ketiga adalah untuk memastikan kemerdekaan Perak dan Selangor supaya tidak

lagi diganggu oleh Siam. Namun keberadaan Henry Burney selama 6 bulan di Siam turut

mengheret persetujuan ketuanan Siam ke atas Kedah, Kelantan dan Terengganu. Syarat tertulis

dimana setiap tiga tahun sekali Kelantan dan Terengganu akan terus menghantar ufti dalam

bentuk bunga emas kepada Siam. Dengan penghantaran bunga emas ini kerajaan Thailand telah

mendakwa pertuanan ke atas Terengganu tetapi pernyataan ini dipersoal oleh Sultan dan

pembesar kerana ia tidak pernah menganggap bunga emas itu sebagai upti.4 Hugh Clifford

mengatakan dalam Perjanjian Burney 20 Jun 1826, Terengganu adalah bebas dan kerajaan

2
Saari, Hasim, Rohani Abd Ghani, dan Ahmad Jama’Amin Yang. ‘’Tragedi dalam Perang Kedah-Siam, 1821-
1842: Suatu Sorotan Sejarah-Tragedy of Kedah-Siam War, 1821-1842: A Historical Review.’’ Malaysia and
International History Review 1 (2020): 68
3
Ibid, 68
4
Ghazali, Abdullah Zakaria. ‘’Negeri Melayu dan Thailand 1781-1945: Hubungan dan Pentadbiran.’’ Malaysia
Dari Segi Sejarah, 24 (1996): 98
Thailand tidak boleh datang dan menghalang atau menganggu perdagangan dalam negeri

Kelantan dan Terengganu.5

Perjanjian Burney yang dikatakan tidak adil dan tidak jelas ini telah membawa kepada

pergolakan kerajaan Siam terutama di Kedah dan Perak. Campur tangan Siam yang semakin

hari semakin meluas ke atas negeri-negeri Melayu telah mendatangkan kebimbangan pada

British. Pada 10 Mar 1909, kerajaan Siam telah bersetuju untuk menandatangani satu lagi

perjanjian dengan British di Bangkok dan dikenali sebagai Perjanjian Bangkok 1909. Artikel I

dalam perjanjian ini mengatakan Siam bersetuju untuk menyerahkan hak kedaulatan,

pertahanan, pentadbiran dan segala hak miliknya ke atas negeri-negeri Melayu Utara iaitu

Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis, termasuk pulau-pulau berdekatan kepada British.6

Pendorong utama yang membawa kepada perjanjian ini adalah berpunca dari

persetujuan yang dibuat antara Inggeris dan Perancis pada 1904, kuasa imperialis ini bersetuju

untuk mendapatkan beberapa kawasan Siam yang berhampiran dengan jajahan mereka bagi

mendapatkan kepentingan masing-masing.7 Perjanjian ini telah meletakkan Siam dalam bahaya

apabila Perancis mula merampas jajahan takluk Siam di Battambang dan Siem Reap yang

sememangnya telah menjadi matlamat utama Perancis untuk memperluaskan tanah jajahan

Indochina Perancis. Semasa proses penaklukan ini berlaku pihak Inggeris telah bersikap

berkecuali dan tidak menghantar sebarang bentuk bantuan kepada kerajaan Siam.

Kebimbangan British akan campur tangan kuasa asing di negeri-negeri Melayu utara

yang wujud antara tahun 1899 dengan 1902 telah menjadi pendorong kedua berlakunya

perjanjian Bangkok 1909. Ini dikatakan apabila Foreign Office Inggeris mula bimbang

sekiranya Jerman campur tangan dalam hal-hal negeri Melayu Utara. Hal ini termasuklah isu

berkaitan Tentera Laut Jerman yang sedang membangun dan mereka sedang mencari tempat-

5
Ibid, 98
6
Mahmud, Nik Anuar Nik. ‘’Sejarah Penggarisan dan Pemantapan Sempadan Negeri-Negeri Melayu Utara
Dengan Siam 1907-1912.’’ Malaysia Dari Segi Sejarah, 22 (1994): 120
7
Chandran, J. ‘’ Perjanjian 1909 antara Inggeris dengan Siam serta Latar Belakangnya.’’ Jebat:Malaysian
Journal of History, Politics & Strategic Studies, 72 (1971): 5-6
tempat yang sesuai untuk dijadikan pelabuhan bagi menyaingi kuasa laut Inggeris.8 Selain itu

juga, perkara utama yang menjadi kegusaran pihak Inggeris apabila terdapat kegagalan pada

Perjanjian Rahsia 1897 yang beberapa kali membawa perkelahian antara Inggeris dan Siam.

Sumber tempatan juga membawa khabar bahawa semakin ramai penglibatan orang asing dalam

sektor perlombongan dan perdagangan di negeri-negeri Melayu utara.

Perkara ini berlaku kerana permohonan telah dibuat terus kepada raja-raja Melayu

tanpa melalui kerajaan Siam di Bangkok.9 Ini menyebabkan pihak Inggeris mula mencari

alternatif baru supaya Siam tidak akan bersekongkol dengan Jerman dan jika ini berlaku pihak

Inggeris akan hilang kepentingan di negeri-negeri Melayu Utara. Maka dalam isi perjanjian ini

antara salah satu syarat yang ditetapkan adalah Siam bersetuju untuk mendapatkan kebenaran

dari pihak Inggeris dahulu sebelum menyewakan mana-mana wilayahnya kepada kuasa asing

dan secara tidak langsung Perjanjian Sulit Inggeris Siam 1897 terbatal.

Kesimpulannya, kedua-dua perjanjian ini telah menjadi titik tolak kepada penaklukan

sepenuhnya kuasa Inggeris di Semenanjung Tanah Melayu. British pada awal kemunculan

sememangnya berniat untuk mendapatkan jajahan takluk Tanah Melayu demi memonopoli

kuasa perdagangan mereka. Perjanjian Burney 1826 adalah untuk melibatkan kuasa British di

Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu dan akhirnya Perjanjian Bangkok 1909 telah

membawa kemenangan terbesar Inggeris apabila berjaya menakluk negeri-negeri Melayu

utara. Perjanjian Bangkok ini juga turut dilampirkan bersama Protokol Sempadan yang

menggariskan sempadan baru antara Negeri-Negeri Melayu Utara dengan Siam yang kekal

sehingga ke hari ini.10 Ingatlah bahawa sejarah itu adalah masa lampau itu sendiri dan kisah

dalam sejarah itu tidak memberikan kemuliaan melainkan pelajaran.

8
Ibid, 8
9
Ibid, 9
10
Mahmud, Nik Anuar Nik. ‘’Sejarah Penggarisan dan Pemantapan Sempadan Negeri-Negeri Melayu Utara
Dengan Siam 1907-1912.’’ Malaysia Dari Segi Sejarah, 22 (1994): 120
RUJUKAN

Ghazali, Abdullah Zakaria. ‘’Negeri Melayu dan Thailand 1781-1945: Hubungan dan
Pentadbiran.’’ Malaysia Dari Segi Sejarah, 24 (1996): 88-115

Saari, Hasim, Rohani Abd Ghani, dan Ahmad Jama’Amin Yang. ‘’Tragedi dalam Perang
Kedah-Siam, 1821-1842: Suatu Sorotan Sejarah-Tragedy of Kedah-Siam War, 1821-
1842: A Historical Review.’’ Malaysia and International History Review 1 (2020): 64-79

Mahmud, Nik Anuar Nik. ‘’Sejarah Penggarisan dan Pemantapan Sempadan Negeri-Negeri
Melayu Utara Dengan Siam 1907-1912.’’ Malaysia Dari Segi Sejarah, 22 (1994): 107-
136

Chandran, J. ‘’Perjanjian 1909 antara Inggeris dengan Siam serta Latar Belakangnya.’’
Jebat:Malaysian Journal of History, Politics & Strategic Studies, 72 (1971): 4-13

Anda mungkin juga menyukai