Anda di halaman 1dari 33

.

Pengenalan
Pada tahun 1824 sebuah perjanjian telah di termeterai antara kuasa belanda dan
juga kuasa british, perjanjian tersebut di kenali sebagai perjanjian British Belanda
1824.Melalui perjanjian tersebut telah menyebabkan kuasa british lebih kehadapan dalam
memperluaskan pengaruhnya ke atas Tanah Melayu pada masa tersebut, ini kerana
dalam perjanjian telah dinyatakan bahawa kawasan ke utara Singapura adalah berada di
bawah pantauan dan kawalan pihak british.Melalui isi perjanjian tersebut juga telah
membuktikan bahawa british berhak melakukan apa sahaja keatas Tanah Melayu ketika
itu tanpa sebarang gangguan mana –mana kuasa barat.1Dengan termeterainya perjanjian
tersebut telah membawa kepada penubuhan Negeri-Negeri selat yang menandakan
berakhirnya penguasaan perdagangangan masyarakat melayu pada waktu tersebut.2
Penubuhan Negeri selat pada mulanya di katakan adalah untuk menjadi pusat
perkembangan semua kegiatan ekonomi, namun perkembangan yang maju telah
menyebabkan banyak kepentingan-kepentingan pihak british yang terdapat di setiap
negeri-negeri selat telah membawa kepada campur tangan pihak british ke atas negeri –
negeri melayu yang lain termasuk sabah dan juga sarawakDan semua campur tangan
tersebut adalah bertujuan untuk menjaga kepentingan mereka di negeri-negeri selat
terutamanya dari segi kegiatan ekonomi dan perdanganggan mereka.
Latarbelakang Negeri-negeri selat dan penguasaan keatasnya oleh british.
Sebelum perbincangan diteruskan kepada kepentingan-kepentingan negeri-negeri
selat yang telah membawa kepada campur tangan pihak british sama ada melalui kegiatan
ekonomi atau melalui campur tangan politik ke atas sesebuah negeri-negeri melayu,
adalah lebih baik untuk mengetahui latar belakang negeri selat dan bagaimana
kronologinya sehingga ketiga-ketiga negeri ini di satukan sehingga menjadi sebuah
kesatuan dan gabungan negeri yang digelar sebagai Negeri-Negeri Selat.Sepertimana
yang dnyatakan Negeri-Negeri Selat merupakan gabungan negeri-negeri yang terdiri
daripada negeri Pulau Pinang ,Melaka dan juga Singapura, ketiga –tiga pentadbiran dan
pengurusan pada awalnya diletakkan di negeri Pulau Pinang dan serentak dengan

1
A Samad Ahmad, Kerajaan Johor Riau,1985,Kuala Lumpur ,Dewan Bahasa Dan Pustaka,hlm 148.
2
Tim Baker, ,Crossroads:A Popular History Of Malaysia And Singapore, 1999,Singapore,Time
Centre.hlm 113.

1
kedudukan Pulau Pinang yang berkedudukan di kawasan Selat Melaka telah
menyebabkan ia di namakan dengan nama Negeri-negeri selat.3

Negeri Pulau Pinang


Kekacauan yang berlaku ke atas kerajaan Negeri Kedah telah banyak
mempengaruhi penyerahan pulau Pinang kepada pihak british, Kerajaan Kedah pada
masa tersebut di perintah oleh sultan Muhammad Jiwa, semasa baginda memerintah
negeri kedah pada masa tersebu, Kedaht sedang mengalami gangguan dua kuasa yang
amat berpengaruh pada ketika itu, iaitu kuasa Bugis dan juga kuasa Siam.Punca
perbalahan yang timbul antara kuasa bugis dan juga kerajaan kedah adalah kerana
keputusan yang di ambil oleh sultan Muhammad Jiwa, kerana ingin melantik tengku
Abdullah yang bukan anak gahara sebagai pengantinya.4 Daripda tindakan yang diambil
oleh baginda sultan itu telah menimbulkan kemarahan dikalangan kerabat kerajaan
kedah dan melalui kedatangan pengaruh bugis ke tanah melayu, kerabat kerajaan kedah
telah mengambil kesempatan dengan meminta pertolongan dan campur tangan daripada
bugis untuk menentang sultan Muhammad Jiwa, tindakan yang di ambil oleh kerabat
kedah amat memeranjatkan sultan kedah dan ini telah menyebabkan sultan kedah untuk
meminta bantuan daripada Francis Light.Namun dengan kebijaksanaan Francis, Pulau
Pinang telah berjaya diambil dengan mudah tanpa dihulurkan sebarang bantuan
sepertimana yang telah di janjikan dan isu penetangan kerabat kedah yang memohon
bantuan bugis akhirnya telah berjaya diatasi dengan pertolongan belanda dengan
terbunuhnya Raja Haji di Teluk Ketapang.5
Tidak cukup dengan itu kerajaan kedah turut menerima ancaman daripada
kerajaaan siam yang ketika itu sedang berperang dengan kuasa Burma dan ini telah
menyebabkan kuasa siam untuk meminta bantuan daripada pihak kedah yang ketika itu di
bawah pimpinan Sultan Abdullah Mukarram Syah dan jika pihak kedah tidak

3
Lofti Ismail,Sejarah Malaysia 1400-1963, ,1976,Kuala Lumpur,Utusan Publication And Distributors.hlm
113.
4
Anak gahara merupakan gelaran yang di berikan kepada kerabat sultan yang dilahirkan oleh wanita yang
datang bukannya daripada golonggan kerabat diraja.
5
Raja Ají Ahmad Dan Raja Ali Ají(Edit Virginia Matheson) , ,Tuhfat Al-Nafis,1982,Kuala
Lumpur,Penerbit Fajar Bakti Sdn .Bhd.hlm 210.

2
membantunya ini akan menyebabkan kedah akan diserang. 6Dan sebelum kemasukan dan
penawaran Pulau Pinang kepada British lagi kedua-kedua masalah ini telah pun wujud
dan ini menyebabkan Sultan kedah terpaksa membuat perhubungan yang baik dengan
kuasa barat lebih-lebih lagi dengan Francis Light yang pada telah menaburkan janji manis
untuk membantu Sultan Kedah dalam menghadapi kuasa Bugis dan juga kuasa
Siam.Namun selang beberapa tahun penantian Sultan Kedah untuk menerima bantuan
daripada pihak Francis telah kemuncaknya, Sultan Kedah telah memerintahkan askarnya
untuk menyerang pihak Francis di Pulau Pinang dan ini telah menyebabkan Francis
menyerang terlebih dahulu askar Sultan kedah di Seberang Prai.7
Peperangan yang berlaku antara kuasa British dan juga sultan kedah itu telah
disudahi dengan kemenangan di pihak British.Melalui kemenangan tersebut telah
menyebabkan kerajaan kedah terpaksa akur dengan kekalahan yang berlaku dan mahu
atau tidak kerajaan kedah terpaksa menangung kerugian kerana melalui peperangan
tersebut, telah menyebabkan Pulau pinang telah di ambil secara rasmi oleh pihak
British dan melalui kepentingan yang terdapat di kawasan seberang prai iaitu sebagai
tempat membekalkan bahan makanan dan mentah kepada british telah menyebabkan
Britih berminat untuk mengambilnya daripada kerajaan kedah.8
Negeri Melaka
Pengambilan Negeri Melaka sebelum kemasukan British ke dalam Negeri-Negri
Selat, pada mulanya berlaku melalui termeterainya perjanjian British Belanda 1824,
perjanjian ini juga di kenali sebagai Perjanjian London, yang telah di persetujui antara
pihak belanda dan juga british.9Pada tahun 1795, telah berlakunya peperangan Napoleon
yang telah melibatkan dua kuasa iaitu kuasa belanda dan juga kuasa
Perancis.Pengunduran kuasa belanda daripada kawasan jajahannya di Asia Tenggara
ketika itu telah menyebabkan, Belanda mengeluarkan Surat-Surat Kew dan diberikan
kepada kuasa British.10 Penyerahan jajahan takluk belanda kepada pihak British buat

6
Jogindre Singh Jessy,Tawarikh Tanah Melayu (1400-1959), 1970,Kuala Lumpur,Dewan Bahasa Dan
Pustaka,hlm 83.
7
Wan Shamsudin –Arena Wati ,Sejarah Tanah Melayu Dan Sekitarnya 1400-1967,Kuala Lumpur,Pustaka
Antara,hlm 108.
8
Wan Shamsudin –Arena Wati ,Ibid,hlm 110.
9
L.A Mills ,British Malaya 1824-1867,2003,Selangor ,MBRAS Reprint 22,hlm 87.
10
Virginia Matheson Hooker, A Short Of Malaysia : Linking East And West.Allen And Unwin , 2003, hlm
102.

3
sementara waktu melalui surat-surat kew telah menyebabkan British berkeinginan untuk
terus meluaskan pengaruh mereka berikutan dengan kedudukan melaka yang berpotensi
sebagai kawasan perdaganggan dan pelabuhan yang baru.Namun selepas kembalinya
kuasa belanda ke kawasan Asia Tenggara telah menyebabkan timbulnya masalah diantara
dua kuasa ini, kerana pihak british tidak mahu menyerahkan melaka kembali kepada
belanda, Ini berikutan kerisauan british akan sikap belanda yang memonopoli
perdaganggan rempah di kawasan selat melaka.
Namun dengan pemaksaan daripada belanda yang meminta british untuk keluar
telah menyebabkan pihak british telah mengambil langkah dengan memusnahkan
perdaganggan di melaka,meruntuhkan kota A Famosa dan juga ingin memindahkan
penduduk di melaka ke Pulau Pinang, namun tindakan pihak british ini berjaya di
berhentikan oleh Stamford Raffles, ini kerana berdasarkan kepada pemerhatian yang di
buat oleh beliau, melaka mampu menjadi salah satu perlabuhan british yang
penting.Tindakan Stamford seterusnya adalah dengan menghantar surat kepada Lord
Minto, dan menyatakan kepentingan –kepentingan yang terdapat di melaka dan semua
kepentingan yang di nyatakan oleh Stamford adalah melalui kajiannya ke atas melaka. 11
Kepentingan yang dinyatakan oleh stamford telah membolehkan british telah berusaha
dengan lebih gigih lagi untuk mendapatkan melaka sehinggalah termeterainya perjanjian
British Belanda 1824, melalui kongres Viena yang telah di adakan di
Switzerland.12Melalui perjanjian ini telah menyebabkan kawasan Bengkahulu di
tukarkan dengan kawasan melaka dan pertukaran dua kawasan ini telah membantu british
untuk mendapatkan melaka daripada belanda disamping memecahkan monopoli
perdagnggangan belanda di kawasan selat melaka.
Singapura.
Singapura adalah antara kawasan baru yang diperolehi oleh british melalui
peranan yang dimainkan oleh Stamford Raffles, selepas beliau berjaya mengkukuhkan
kedudukan dan juga pengaruh british di melaka. 13sebelum berjumpa dan mengikat janji
dengan sultan Hussein Stamford terlebih dahulu menyusunan langkah awal dengan

11
J.Kenedy , ,History Of Malaya (Third Edition) ,1993,Kuala Lumpur,S.Abdul Majeed And
Cooperation,hlm 86.
12
D.G.E Hall , ,A History Of South –East Asia (Fourth Edition ), 1981,London:The Macmillan Press Ltd
.hlm 550.
13
Haji Buyong Adil, ,Sejarah Singapura, 1980,Kuala Lumpur,:Dewan Bahasa Dan Pustaka,,hlm 66.

4
mengadakan perjanjian dengan temenggung abdul rahman.14Memandangkan keadaan dan
situasi yang sedang berlaku dalam sistem politik johor yang mengalami masalah
perebutan tahkta telah memberikan peluang yang luas kepada Stamford Raflles untuk
mendapatkan singapura dengan lebih mudah lagi dengan menyokong dan juga
mengisytiharkan sultan hussein sebagai sultan di johor .
Melalui perjanjian yang telah di persetujui antara sultan Hussein dan juga
Stamford Raffles sedikit sebanyak telah menyebabkan timbulnya ketidakpuasan hati
pihak Belanda yang sekian lama sudah bertapak di kawasan Johor-Riau sebelum
kedatangan british lagi.Pihak Belanda melihat bahawa dengan pembukaan dan
penguasaan Singapura oleh pihak british dapat menyebabkan wujudnya persaingan
perdaganggan ke atas pihak Belanda.Tindakan yang di ambil oleh pihak belanda untuk
menangani masalah ini ialah dengan mengiktiraf Sultan Abdul Rahman sebagai sultan
johor, walaubagaimanapun pihak British telah mempertikaikan perlantikan tersebut
kerana seharusnya Sultan Hussein lah yang layak untuk menjadi sultan, kemudian pada
masa yang sama pihak Belanda juga tidak mengakui sebarang perjanjian yang telah di
buat antara kuasa British dengan Sultan Hussein dan menganggap perjanjian tersebut
tidak sah kerana pada masa tersebut pihaknya telah pun melantik sultan Abdul Rahman
sebagai sultan secara rasminya.15
Namun sebagai jalan penyelesaiannya pada tahun 1824, kedua-dua pihak telah
bersetuju untuk mengadakan sebuah kongres yang di adakan di Viena dan hasilnya,
perjanjian British Belanda telah dipersetujui bersama.Dalam perjanjian tersebut telah
menyebabkan pihak Belanda dan juga british telah memperolehi beberapa pembahagian
dari segi kawasan dan juga pembahagian perdaganggan yang telah membolehkan kedua-
dua kuasa ini bebas melakukan apa sahaja ke atas kawasan yang mereka perolehi. 16Salah
satu tindakan yang telah membuktikan british lebih menonjol dalam memperluaskan
pengaruhnya ke atas kawasan yang di perolehi dalam perjanjian Inggeris Belanda 1824
ialah dengan menubuhkan Negeri –Negeri Selat pada tahun 1826 sebagai salah satu
langkah perluasan kuasanya ke atas wilayah jajahan yang diperoleh dan dengan

14
Zainal Abidin Abdul Wahid et al, ,Malaysia Warisan Dan Perkembangan (Edisi Kedua), 1996,Kuala
Lumpur,Dewan Nahasa Dan Pustaka.,hlm 110.
15
Sejarah Menengah Malaysia , 1979,Kuala Lumpur,Kementerian Pelajaran Malaysia ,hlm 88.
16
J.Kennedy, ,History Of Malaya (Third Edition) ,Ibid,hlm 99.

5
penubuhan Negeri-Negeri Selat ini dapat di kaitkan juga sebagai salah satu kesan
perjanjian tersebut ke atas tanah Melayu.17
Perkembangan dan kepentingan Negeri-Negeri Selat Kepada Perluasan
Kuasa British Di Negeri Melayu Termasuk Sabah Dan Sarawak Pada Abad Ke 19.
Pada tahun 1946 iaitu dua tahun selepas termeterainya perjanjian Ingerís
Belanda, Negeri-Negeri melayu telah mula menerima pelbagai kesan terutamanya kepada
perkembangan sejarah tanah melayu.Penyebaranan pengaruh british sepenuhnya ke atas
semua negeri di tanah melayu termasuk sabah dan sarawak tanpa sebarang gangguan
kuasa luar merupakan antara kepentingan yang diperolehi oleh british dan tidak cukup
dengan itu juga aspek –aspek penting seperti aspek politik ,ekonomi dan juga aspek
sosial merupakan perkara utama mengapa mereka ingin terus menguasai tanah melayu.
Kewujudan dan penubuhan Negeri-Negeri Selat merupakan perubahan yang di
bawa oleh penjajah british ini kerana demi menjaga kepentingan politik dan juga
ekonomi mereka di negeri-negeri melayu , pihak british telah menganggap negeri-negeri
selat sebagai pangkalan mereka dalam menjayakan misi mereka.18Pada mulanya British
telah berjaya menguasai Pulau Pinang, Melaka dan di ikuti dengan Singapura kemudian
Pulau Pinang ditadbir oleh Leftenan Gabenor manakala singapura dan melaka di kawal
oleh residen namun pada tahun 1826 ketiga-tiga negeri ini diletakan di bawah kuasa
Gabebor Janeral yang bertugas di India.19Semasa pengurusan Negeri-Negeri Selat berada
di bawah pantauan Britisah di India, Pentadbiran nya di ketuai oleh Gabenor yang di
bantu oleh Residen Konsular.Pusat kerajaan Negeri-Negeri Selat pada mulanya diletakan
di Pulau Pinang namun pada tahun 1832 peralihan berlaku atas beberapa sebab, dan
antara peralihan tersebut ialah perkembangan Singapura yang maju dari segi
perdaganggan telah menyebabkan pusat Negeri-Negeri Selat di pindahkan ke Singapura
dan kedudukan Pulau Pinang yang jauh ke utara juga antara penyebab utama perubahan
tersebut.Akhirnya pada tahun 1867, pentadbiran Negeri Selat yang dahulunya terletak di
India, telah di pindahkan ke London, berikutan kerana beberapa faktor seperti
Kedudukan Negeri selat jauh daripada india, Pengaruh lanun yang memerlukan
pemantauan dan kawalan, desakan pedanggang yang inginkan campur tangan pihak
17
Tim Baker ,Ibid ,hlm 96.
18
Nicholas Tarling, ,British Policy In Malay Peninsula And Archipelago 1824-1871, 1969,Singapura:Open
University Press.hlm
19
Wan Shamsuddin –Arena Wati, Ibid,hlm 121.

6
penjajah,penyelarasan perundangan dan kehakiman ke atas negeri selat dan juga kerana
timbulnya masalah sistem mata wang di samping terdapat masalah petempatan tahanan
dan banduan yang ditempatkan di negeri selat telah memaksa British untuk memindahkan
pusat pebtadbiran British.20
Kepentingan Negeri-Negeri Selat.
Secara dasarnya negeri-negeri selat ini mempunyai kepentingan –kepentingan
yang tertentu dan memberikan faedah kepada pihak british, ini dapat di buktikan dengan
merujuk kepada motif utama pengambilan pulau pinang,singapura dan juga melaka iaitu
untuk menguasai perdaganggan di kawasan tanah melayu pada ketika itu.Antara
kelebihan atau kepentingan yang di miliki oleh negeri Pulau Pinang contohnya ialah
sebagai tempat persinggahan dan membaiki kapal –kapal yang dimiliki oleh pihak British
yang melalui kawasan laluan selat melaka.Seterusnya ialah dengan adanya pulau Pinang
juga british juga telah berjaya memberhentikan penggunaan pelabuhan pihak belanda
kerana sebelum ini pihak british terlalu bergantung kepada perlabuhan pihak Belanda di
Indonesia seperti di Maluku ,Ceribon dan juga Gerisik. 21Dan rata-rata nya semasa
pedagang British mengunakan perlabuhan ini, mereka telah dikenakan cukai yang tinggi
dan melalui tindakan pihak belanda ini memaksa british untuk lebih berusaha bagi
mendapatkan perlabuhan baru.Disamping itu pengambilan pulau ini juga berkepentingan
kepada pihak british, iaitu sebagai tapak untuk membekalkan bekalan bahan mentah
kepada british.
Pembukaan dan pengambilan Pulau Pinang oleh british pada 1786 dan juga
singapura di ikuti dengan melaka melalui Perjanjian Inggeris Belanda 1824 telah
memberikan kesan yang sangat penting terutamanya kepada negeri-negeri melayu yang
berada di persekitaran negeri Selat.Penubuhan negeri-negeri selat sesungguhnya
mempunyai kepentingan-kepentingan tertentu pihak british dalam menjaga pengaruh dan
perluasan kuasanya di negeri-negeri melayu.Dalam aspek kemajuan perdagangan negeri
selat dapat dikatakan ia amat bergantung kepada hasil daripada negeri melayu yang
berdekatan, sebaliknya kemajuan negeri melayu pula ialah dengan adanya peranan yang
dimainkan oleh negeri-negeri selat yang menyediakan pelabuhan untuk memperdagangan
hasil ekonomi tersebut.Pada masa yang sama dengan adanya penubuhan negeri-negeri
20
Wan Shamsuddin –Arena Wati ,Ibid hlm 122-124.
21
Virginia Matheson Hooker,Ibid,hlm 82.

7
Selat ini dapat menyebabkan segala potensi ekonomi negeri melayu terutamanya di
pantai barat dapat dieksploitasi dengan sebaik –sebaiknya, oleh itu pengaruh negeri selat
keatas perkembangan negeri-negeri melayu adalah sangat penting.22
Pentadbiran British telah menyebabkan semua-negeri selat terutamanya singapura
telah berkembang menjadi salah sebuah pelabuhan yang maju dan mampu membekalkan
keuntungan yang tinggi kepada penjajah british dan dalam masa yang singkat juga
pelabuhan yang terdapat dinegeri selat ini telah mampu menguasai eksport dan import
negeri-negeri melayu khususnya negeri di pantai barat.Pada masa yang sama juga telah
berlaku penanaman modal oleh pelabur dan juga saudagar yang telah menyebabkan
perkembangan negeri selat berlaku dengan pantas dan lancar.23 Melalui perkembangan
dan juga kemajuan yang di capai oleh negeri-negeri selat telah menyebabkan ia
menjadikan negeri selat amat penting kepada pihak British dalam mempengaruhi
urusan – urusan pentadbiran Negeri-Negeri Melayu yang lain sehingga membawa
kepada campur tangan pihak British melalui pelbagai aspek terutamanya dari aspek
politik,ekonomi dan juga sosial.Melalui kemajuan yang berlaku di negeri selat juga
telah berjaya menarik perhatian para perdagang dan juga pelabur asing yang
berkehendakkan keuntungan dan melalui perkembangan kegiatan ekonomi lah telah
menyebabkan para pelabur ini telah mendesak pihak british untuk mencampuri dan
menguasai negeri-negeri lain yang memberikan kepentingan –kepentingan ekonomi
kepada mereka terutamanya negeri-negeri di pantai barat.

Kepentingan Negeri –Negeri Selat Dari Aspek Politik


kemasukan dan kedatangan pihak british ke tanah melayu pada awalnya tidak
mahu mengamalkan dasar campur tangan keatas negeri-negeri melayu, kerana
berdasarkan motif atau tujuan yang telah dinyatakan, kedatangan mereka ke alam melayu
ini adalah untuk mengaut keuntungan ekonomi sahaja berikutan perkembangan kegiatan
sistem ekonomi bebas yang berlaku di kawasan negara-negara barat, tambahan pula
perdaganggan pihak british di timur terutamanya perdaganggan dari China amat
menguntungan dari segi perdaganggan teh dan juga sutera di samping rempah ratus yang

22
John Gullick Dan Bruce Gale, , Malaysia Its Political And Economic Development,1986,Selangor Darul
Ehsan,Pelanduk Publications,hlm23.
23
Joginder Singh Jessy,Ibid ,hlm 116.

8
dimiliki oleh negara-negara di nusantara seperti tanah melayu dan juga
Indonesia.24Namun, walaupun kehadiran British pada mulanya tidak mengamalkan
sebarang dasar campur tangan di negeri-negeri melayu, tetapi sebenarnya dengan
kehadiran mereka di dalam negeri-negeri melayu yang telah di gabungkan ke dalam
pentadbiran negeri-negeri selat telah menyebabkan pengaruh british telah banyak
memberikan pengaruh dalam perkembangan sistem politik dibeberapa negeri melayu
terutamanya negeri –negeri melayu yang berdekatan di negeri-negeri selat.Antara negeri-
negeri yang telah menerima campur tangan secara awal daripada pihak british ialah
johor,kedah,perak,selangor,pahang dan juga negeri sembilan.
Kebanyakkan punca utama yang dapat menyebabkan kuasa british dapat
mencampuri urusan dan pentadbiran negeri-negeri melayu yang lain selain dari negeri-
negeri selat adalah berpunca daripada beberapa perkara seperti perang saudara yang
berlaku diperak,selangor,pahang yang timbul daripada perebutan tahkta.Kedua atas
sebab pergaduhan kongsi gelap yang berlaku antara dua puak pendatang cina yang pada
masa tersebut dua puak yang sangat berpengaruh iaitu antara puak ghee hin dan puak
hai san,pergelutan kuasa antara pembesar melayu dan juga melalui perkembangan
pengaruh serta aktiviti lanun telah membolehkan british labih mudah menjadikan alasan
oleh pihak british untuk mencampuri negeri-negeri melayu .Melalui keadaan yang sangat
tidak tenteram ini lah telah menyebabkan para perdagang terutamanya yang berada di
negeri-negeri selat telah cuba sedaya upaya mendesak pihak penguasa british untuk
mengamankan keadaan supaya perniagaan para perdagang tidak terganggu kesan
daripada keadaan kacau bilau tersebut dan melalui desakan yang di terima dari para
pedagang negeri-negeri selat telah menyebabkan british yang berada di negeri-negeri
selat terpaksa akur terhadap desakan dan juga permintaan para pedagang negeri-negeri
selat .25
Pada masa yang sama juga kekuatan pihak british di negeri –negeri selat
semangkin kukuh untuk menjalankan perluasan kuasa dan campur tangan ke atas negeri –
negeri di pantai barat, ini dapat di buktikan dengan kenyataan yang di keluarkan oleh Sir
Andrew Clarke kepada pihak british di london kepada sebelum termeterainya perjanjian

24
Barbara Watson Andaya Dan Leornard Y.Andaya,s,Sejarah Malaysia,1982,Petaling Jaya,Macmillan
Press Ltd,hlm 103.
25
Joginder Singh Jessy,Ibid,hlm 129.

9
Pangkor.Dimana perjanjian Pangkor merupakan perjanjian yang menandakan campur
tangan british keatas tanah melayu secara rasmi.26
...”Saya meminta Tuan menyelidik dengan seberapa teliti yang dapat akan hal
keadaan yang sebenarnya di dalam tiap-tiap negeri, dan melaporkan kepada saya sama
ada, pada fikiran tuan , sesuatu langkah dapat diambil oleh kerajaan tanah kerajaan bagi
mempercepatkan pemulihan keamanan dan ketenteraman serta mendapatkan
perlindungan kepada perniagaan dan perdagangan dengan kawasan anak negeri...”
Situasi Di Johor.
Negeri johor merupakan antara senarai negeri melayu awal selain daripada
kedah, yang telah berjaya ditembusi oleh kuasa barat british, demi mendapatkan pulau
singapura, British telah memperluaskan kuasanya dan pengaruhnya ke atas johor.Dan
kemasukan pengaruh british ini keatas kerajaan johor dapat dikatakan ianya melalui
permasalahan yang wujud antara temenggung dan juga sultan Ali (anakanda Sultan
Hussien), telah menyebabkan dan membawa kepada perubahan takhta kerajaan johor
dan secara automatiknya tampuk pemerintahan telah bertukar ganti iaitu daripada
pemerintahan yang dahulunya kerajaan johor di tadbir oleh kerabat keluarga bendahara
sehingga di gelar sebagai sultan di johor dan kemudiannya selepas campurtangan pihak
british, telah menyebabkan tampuk pemerintahan kerajaan johor sudah berubah kepada
tangan keluarga Temenggung .Peralihan kuasa ini berlaku apabila kemangkatan Sultan
Hussein telah menyebabkan sultan Ali telah menerima tampuk pemerintahan kerajaan
johor dalam keadaan yang bermasalah kerana ayahandanya meninggalkan hutang yang
banyak kepada baginda.27Sultan ali mula meragui kekayaan yang dimiliki oleh
temenggung Ibrahim dan mempertikaikan pengaruh Temenggung yang telah
memperolehi pengaruh yang sangat luas dan kuat terutamanya di dalam sektor ekonomi.
Hubungan yang telah lama terjalin dan persahabatan yang baik antara
Temenggung Ibrahim dengan Pihak British telah menyebabkan pihak British telah
menyebelahi Temenggung Ibrahim.Melalui permasalahan yang timbul antara
temenggung dan juga sultan ali, pihak british telah melihat bahawa masalah ini dapat
menggangu perdaganggan dan juga kepentingannya di negeri selat terutamanya di
Singapura.Bagi menyelesaikan permasalahan yang timbul antara temenggung Ibrahim
26
Barbara Watson Andaya Dan Leonard Y.Andaya Ibid,hlm 180.
27
Joginder Singh Jessy,Ibid,hlm 180.

10
dan juga sultan Ali, pihak british telah mengadakan sebuah perjanjian pada tahun 1855
dan di dalam perjanjian tersebut telah dinyatakan bahawa seluruh negeri johor kecuali
daerah Muar di serahkan kepada temenggung Ibrahim dan sebagai balasan nya sultan Ali
akan menerima wang sagu hati sebanyak $5000 serta elaun bulanan sebanyak $500, dan
sesungguhnya dalam perjanjian tersebut british telah mula mencampuri urusan politik
negeri johor melalui perjanjian tersebut secara tidak langsung dan dasar ini dapat dilihat
dengan tindakan british yang telah mengiktiraf temenggung sebagai pemerintah negeri
johor.28 Perkembangan yang berlakunya ini adalah pengaruh british yang pada masa itu
yang menguasai negeri-negeri selat dan melalui perubahan ini telah menyebabkan
keturunan sultan Hussein tersisih daripada menjadi pemerintah johor.
Situasi di Kedah
Keadaan di kedah juga dapat dikaitkan dengan perkembangan Negeri-negeri selat,
ini dapat dilihat selepas kemangkatan sultan Muhamad Jiwa yang telah di gantikan oleh
Sultan Abdullah dan semasa kedah di bawah pentadbiran baginda negeri Kedah
menghadapi himpitan dua kuasa iaitu kuasa Siam dan juga Burma. 29Pada mulanya
peperangan yang berlaku antara siam dan juga burma telah membuka ruang bagi kedah
untuk membebaskan diri daripada cengkaman kedua-dua kuasa, namun sehinggalah
sultan kedah diminta untuk mengadap raja Siam namun sultan kedah hanya menghantar
adindanya sahaja dan ini diikuti dengan arahan daripada siam agar kedah menghantar
bantuan bagi memerangi burma, namun sultan kedah telah menolak arahan tersebut.
Dengan keengkaran yang telah dilakukan oleh Sultan Abdullah ini telah
menyebabkan baginda risau dengan ancaman yang bakal di hadapi dengan tindakannya
itu.Untuk itu Baginda melihat British sebagai pihak yang dapat membantunya, melalui
perundingan yang di adakan antara pihak baginda dan juga pihak british, kedua pihak
bersetuju untuk bantu –membantu antara satu sama lain, dimana pihak Kedah
berkehendakan bantuan dan perlindungan daripada ancaman musuhnya dan sebagai
balasannya pihak british akan memperolehi pulau pinang sepenuhnya dan juga kebebasan
berdagang di kedah.30Namun selepas perjanjian tersebut dimeterai tiada sebarang bantuan
pun disalurkan oleh pihak british di pulau pinang bagi melindungi kedah daripada
28
Zainal Abidin Abdul Wahid et al,LIbid ,hlm 174.
29
Mohammad Isa Othman, Politik Tradisional Kedah, 1990,Kuala Lumpur,Dewan Bahasa Dan Pustaka
hlm 19-21.
30
Booney, R,In Search For Security And Independence , 1971Kuala Lumpur,Oxford University,hlm 61-63.

11
serangan siam, dan selepas siam menang dalam peperangan melawan burma, siam telah
mengambil keputusan untuk menghukum negeri –negeri jajahannya dan kedah juga tidak
terkecuali menerima hukuman tersebut.Melalui tindakn siam ini telah menyebabkan
kedah risau dan segera memohon bantuan daripada pihak british di pulau pinang , namun
british tidak menyalurkan bantuan kepada british dan ini telah menyebabkan sultan kedah
mengambil keputusan untuk menyerang british di pualau pinang namun tindakan british
lebih cepat lagi dengan melakukan penyerangan ke atas pasukan peperengan sultan kedah
di seberang Prai dan kekalahan berlaku ke atas pasukan kerajaan kedah, melalui peristiwa
tersebut sultan Abdullah meminta perdamaian.31
Melalui kejayaan tersebut british sekali lagi menunjukkan bahawa dengan adanya
pulau pinang sebagai negeri selat yang serba kekurangan terutama nya makanan telah
menyebabkan pihak mereka memasuki dan mencampuri urusan dan masalah kerajaan
kedah hanya bermatlamat untuk menguasai seberang prai yang kaya dengan bekalan
makanan dan ini merupakan salah satu kepentingan penubuhan negeri selat kepada
british.Selepas pengambilan Pulau Pinang, pihak British yang mempunyai
kepentingannya dan lebih mementingkan hubungan persahabatan dengan siam telah
sanggup mengiktiraf negeri kedah sebagai salah satu negeri jajahan dan naungan kerajaan
siam dan ini bertambah perit apabila pengiktirafan tersebut di buat melalui Perjanjian
Burney 1826.Malah keadaan negeri turut bertambah malang apabila sebahagian daripada
negerinya telah dipisahkan daripada penguasaannya iaitu negeri Perlis.
Keadaan di Perak
Mengikut dasarnya kerajaan Perak juga menghantar bunga emas kepada siam dan
untuk mencapai motif untuk mendapatkan perak untuk diletakan di bawak penguasaan
siam, perintah untuk menyerangnya telah di keluarkan kepada kedah untuk memujuk
perak, Namur perak tidak menerima pujukan tersebut dan sebelum kedah diserang oleh
siam kerana gagal mendapatkan perak untuk nya, kedah terlebih dahulu telah menyerang
perak dan akhirnya perak telah menghantar bunga emas kepada siam.32Dalam usaha
untuk menyingkirkan kuasa siam ,perak telah memohon kuasa selangor untuk
melindunginya daripada kuasa siam, Namun kerajaan selangor memohon bayaran sebagai
perkhidmatan yang disediakan dan ini telah menyebabkan perak telah menghantar surat
31
Buyung Adil , ,Sejarah Kedah, 1980,Kuala Lumpur,Dewan Bahasa Dan Pustaka ,hlm115.
32
Booney R,Ibid ,hlm155.

12
kepada pihak siam di Bangkok untuk memohon pertolongan jika bayaran perkhidmatan
tersebut tidak bayar.33Dan melalui campurtangan siam keatas politik perak ini telah
menyebabkan british memandang tindakan siam dapat menyebabkan pengaruh siam
dapat disebarkan di selangor dan ini telah menyebabkan british telah mengunakan sedikit
ugutan keatas siam supaya tidak menyerang perak, sehinggalah membawa kepada
perjanjian Burney dan melalui perjanjian burney tersebut menunjukan bahawa
penglibatan british di negeri selat telah berjaya membebaskan perak daripada menjadi
negeri naungan siam.Pengakuan siam untuk tidak memaksa penghantaran bunga mas
oleh perak kepada siam dan pengakuan ini telah di buat di dalam perjanjian Burney dan
kesanggupan pihak british ini dalam mencampuri dan membela nasib perak adalah kerana
british mempunyai kepentingan perdaganggan di negeri perak.
Keadaan politik di negeri perak juga pada abad ke -19 juga memperlihatkan
masalah yang rumit sehingga telah memberikan ruang kepada british untuk berpeluang
mencampur tangan secara rasmi melalui dua pergolakan iaitu masalah perebutan takhta
dan juga pergaduhan kongis gelap dan sesungguhnya kedua-dua keadaan ini telah
menyebabkan perdaganggan di Negeri-Negeri Selat terganggu lantas menyebabkan
British terpaksa campurtangan untuk menyelesaikan masalah tersebut.Selepas
kemangkatan Sultan Jaafar perang saudara untuk mendapatkan tahkta semakin
memuncak apabila persaingan raja muda Ali dan juga Raja Abdullah semakin sengit
untuk mendapatkan gelaran sultan,dan sehinggalah sultan ali di tabalkan menjadi Sultan
Perak mengantikan Sultan Jaafar dan Sultan Abdullah yang merupakan anak kepada
Sultan Jaafar menjadi Raja Muda dan Raja Ismail kekal sebagai Raja Bendahara, dan
keadaan Raja Ismail tidak berganjak daripada jawatan dan gelaran yang sama kerana
baginda tidak beberapa dikenali atau dan beberapa popular dikalangan pembesar perak
ketika itu.
Pada tahun 1871 sultan Ali telah mangkat dan satu pergolakkan merebut takhta
telah berlaku sekali lagi antara tiga kerabat di raja iaitu Raja Abdullah ,Raja Yusuf dan
juga Raja Ismail.Namun, semasa pemakaman di raja raja ismail telah di lantik sebagai
sultan yang baru kerana tidak hadiran mana-mana penganti sultan yang lain seperti Raja

33
L.A Mills, Ibid, hlm 194.

13
Abdullah dan juga Raja Yusuf dan perlantikan Raja Ismail sebagai sultan hanya kerana
mengikut nasab keturunan ayahnya sahaja.34
Peristiwa lain yang berlaku diperak yang membawa kepada campurtangan British
ialah dengan adanya pergaduhan yang berlaku antara kongsi gelap cina yang terdiri puak
Ghee Hin dan juga puak Hai San dan pada kebiasaannya pergaduhan ini berpunca
daripada perebutan kawasan bijih timah dan beberapa perkara kecil yang telah membawa
pergaduhan yang besar.Perang Larut juga merupakan salah satu kesan dan kemuncak
pertelagahan yang telah membawa kepada campur tangan british dan di dalam
peperangan ini juga telah melibatkan pembesar melayu dan raja melayu, ini dapat dilihat
dengan pengambilan Kapten Speedy dan askar Sipahi untuk memulihkan semula
pengaruh Ngah Ibrahim.35 Melalui peperangan ini dikatakan ianya telah menjadi
pengerak kepada perjanjian Pangkor 1874 yang telah menandakan campur tangan pihak
british secara rasmi dalam politik,ekonomi dan juga sosial negeri-negeri melayu yang lain
di semenanjung termasuk sabah dan sarawak.Secara umumnya perebutan takhta dan
pergaduhan antara pihak kongsi gelap cina membuka jalan kepada campur tangan pihak
british di negeri selat ini penting supaya kepentingn perdagang mereka di negeri-negeri
selat tidak terganggu dengan kehadiran dan gangguan yang timbul di negeri perak.
Kedudukan politik Selangor
Pada awal abad ke 19 telah memperlihatkan keamanan ke atas kerajaan selangor,
namun, kerajaan selangor mula menunjukkan kekacauan di dalam sistem politiknya,
masalah kekacauan yang berlaku di dalam kerajaan selangor ini berlaku selepas
kemangkatan Sultan Muhammad Syah pada 1857 dan tahkta kerajaan telah menjadi
rebutan antara Sultan Abdul Samad dan juga Raja Muda Mahmud dan kemenangan telah
berpihak kepada Sultan Abdul Samad.36Walaupun baginda sultan yang telah menerajui
selangor namun pentadbiran ke atas daerah-daerah yang lain telah ditadbir oleh para
pembesar dan baginda hanya berkuasa di kawasan Langat sahaja.Semasa pemerintahan
baginda telah berlaku satu pergolakan yang dapat dilihat di daerah Klang, pentadbiran
di daerah klang pada awalnya di kawal oleh Raja Sulaiman, iaitu putera Sulung kepada

34
Khoo Kay Kim , ,Negeri Melayu Pantai Barat ,1850-1873,-Kesan Perkembangan Dagang Trehadap
Politik Melayu , 1984,Kuala Lumpur:Fajar Bakti, hlm 114-115.
35
Emily Sadka, ,The Protected Malay State 1874-1895, 1970,Kuala Lumpur,University Malay Press:hlm
44.
36
Haji Buyung Adil , ,Sejarah Selangor , 1981,Kuala Lumpur,Dewan Bahas Dan Pustaka,hlm 49.

14
Sultan Muhammad Syah dan selepas kemangkatan Raja Sulaiman, kawasan tersebut
telah di serahkan kepada raja Abdullah dan ini berlaku semasa sultan Muhammad
lagi.Dan ini telah menimbulkan iri hati Raja Mahadi, anak kepada Raja Sulaiman dan ini
telah meletusnya Perang Kelang yang telah melibatkan antara dua pihak iaitu Raja
Mahadi sendiri yang telah menerima sokongan daripada puak Ghee Hin dan juga Raja
Ismail yang telah menerima bantuan daripada Tunku kudin daripada kedah,ketua puak
hai san iaitu yap ah loy dan juga pihak British .37
Peperangan dan serangan di lakukan keatas satu sama lain namun pertahanan raja
mahadi amat kukuh dan kebal, untuk itu Tunku kudin telah menyedari kesukaran yang
timbul untuk mengalahkan raja mahadi, untuk itu bantuan daripada pihak british amat
diperlukan dan bagi pihak british juga telah memikirkan kepastian kepentingan mereka
akan lebih terjamin di negeri-negeri selat telah menyebabkan mereka sanggup untuk
menyalurkan bantuan kepada pihak tunku kudin dan melalui bantuan yang telah di
salurkan oleh british Peperangan Kelang telah berjaya di patahkan, kesan daripada ini
telah meembolehkan Tunku kudin lebih berpengaruh dan pihak British pula berada dalam
keadaan selesa di selangor apabila perdaganggannya di Negeri Selat selamat tanpa
sebarang gangguan dan kekacauan.
Situasi Di negeri sembilan.
Perkembangan dan keadaan di negeri sembilan yang sedikit sebanyak telah
mempengaruhi pihak british untuk mencampuri tangan berlaku disebabkan kerana
keadaan perebutan kuasa yang berlaku di Sungai Ujong di antara Dato kelana sendeng
dan juga Dato bandar kulop tunggal.Konflik yang berlaku antara mereka berdua ini
berpunca daripada perebutan ke atas hak untuk mengutip cukai di Sungai Ujong.
Berdasarkan kepada kedudukan Sungai Ujong yang amat sesuai sebagai laluan utama
pedagang bijih timah ini telah menyebabkan sungai ini di jadikan sebagai tempat untuk
mengutip cukai dan punca utama mengapa pergolakan antara kedua –kedua tokoh ini
ialah ekoran kerana tindakan dato bandar yang telah mengutip cukai di sungai Ujong dan
melalui pengutipan cukai tersebut ini telah menyebabkan Dato Kelana telah
mempertikaikan perkara tersebut.Melalui pertikaian tersebut telah menyebabkan Dato
Kelana untuk mendapatkan bantuan daripada Penghulu Rembau untuk meyelesaikan

37
Mohd Amin Hassan , ,Raja Mahadi Bin Raja Sulaiman ,Peninjau Sejarah , 1966,Vol .1(2),hlm 53.

15
masalah yang timbul diantara dirinya dan juga Dato Bandar, dan kematian Dato Kelana
Sendeng telah digantikan dengan Dato Kelana Sayyid Abdul Rahman dan sebagai
langkah drastik Dato Kelana Sayyid Abdul Rahman telah menandatanggani perjanjian
dengan pihak British pada 21 april 1874 untuk mendapatkan pengiktirafan sebagai
pemerintah Sungai Unjong yang sah dan kesannya Dato Bandar telah membantah
perjanjian tersebut dan berlakunya pertempuran antara mereka berdua .Dalam
pertempuran tersebut dato kelana telah di bantu oleh pihak british dengan sejumlah sipahi
seramai 160 orang manakala dato bandar pula telah menerima bantuan daripada
pemerintah tempatan seperti Raja Mahadi dari selangor dan juga Raja Mahmud.
Sesungguhnya perbalahan antara Dato kelana dan juga Dato Bandar telah
menyebabkan ekonomi negeri selat terutamanya dimelaka terjejas yang selama ini
bergantung kepada perdaganggan biji timah dari sungai ujong dan sungai
Linggi.Keadaannya semangkin rumit apabila Dato Kelana telah menaikkan kadar bayaran
cukai keatas pedagang yang melalui sungai Ujong, dan ini telah menyebabkan
pergaduhan dan rusuhan di kalangan masyarakat cina dan juga melayu di sungai
ujong.38Pada masa yang sama juga para perniaga dan pelabur negeri selat sekali lagi
mendesak british di singapura untuk campurtangan bagi mengelakan sebarang kerugian
ekonomi kesan daripada perbalahan yang berlaku di Negeri Sembilan.39
Keadaan Di Pahang
Perbalahan yang terjadi antara dua saudara iaitu Wan Mutakhir dan juga Wan
Ahmad, telah membolehkan British untuk meluaskan pengaruhnya ke atas sebuah lagi
negeri melayu yang sudah semestinya memberikan kepentingan kepada British, kerana
melalui pertapakan British di Negeri –Negeri Selat telah menyebabkan pahang
membekalkan sumber ekonomi kepada negeri selat.Selepas kematian Wan Ali, Wan
Ahmad berhajat untuk menduduki kawasan endau sehinggalah ke kawasan kuantan
Namur, permintaan tersebut ditolak oleh Wan Mutahir dan ini telah memaksa wan
Ahmad untuk mengunakan kekerasan dengan menggunakan peperangan bagi
mendapatkan kawasan tersebut.40

38
Barbara Watson Andaya Dan Leonard Y.Andaya,Ibid,hlm 170.
39
Khoo Kay Kim ,Ibid ,hlm 123-124.
40
Jang Aisjah Mutalib , ,Pemberontakan Pahang 1891-1895, 1972,Kota Bharu Pustaka Aman.hlm 67.

16
Peperangan tersebut menyaksikan banyak kuasa-kuasa luar yang telah
memberikan kerjasama yang Sangat padu kepada Wan Ahmad dan juga Wan Mutahir,
keadaan ini dapat dilihat di mana Wan Ahmad telah di bantu oleh bantuan daripada
pembesar-pembesar melayu seperti Mat Kilau ,Tok Gajah dan juga Sultan Ali dari Johor
dan begitu juga dengan Wan Mutahir yang telah cuba mendapatkan bantuan daripada
Temengguang Ibrahim di Johor dan pihak british namun british tidak mengalakkan sama
sekali temenggung untuk menyalurkan bantuan kepada wan mutahir dan initelah
memberikan kesan yang teruk kepada wan mutahir kerana pada tahun 1963 wan Ahmad
telah memenangai peperangan tersebut dan telah berjaya untuk menguasai pahang dengan
verja sama yang kyat daripada kuasa luar.41 Walaupun pada mulanya kuasa british tidak
beberapa menunjukan minat untuk mencampuri peperangan tersebut, namun perhatian
yang lebih serius untuk mencampuri urusan pahang telah berlaku berikutan dengan
kematian seorang warga cina berketurunan inggerís berdekatan dengan kawasan istana
terjadi.
Kepentingan negeri-negeri selat dari aspek Ekonomi.
Pada penghujung abad ke 19 di dapati bahawa dengan jelasnya banyak syarikat-
syarikat yang datangnya dari negeri-negeri selat telah terlibat kedalam kegiatan ekonomi
di negeri-negeri melayu .Dengan kemajuan dan perkembangan yang di capai dalam
kegiatan yang di usahakan oleh para pelabur yang datang melabur ke negeri negeri
melayu, telah menyebabkan mereka mendesak pihak british untuk mencampuri
pergolakan yang berlaku di negeri-negeri melayu yang mempunyai potensi ekonomi ini
bertujuan untuk menjaga kepentingan mereka dari segi kegiatan ekonomi, desakan demi
desakan telah di keluarkan oleh para pelabur dan perdagang di negeri selat kepada pihak
british untuk mengamankan keadaan yang berlaku akibat daripada perebutan
takhta,perang saudara dan juga pertelingkahan kongsi gelap yang berlaku antara puak
Ghee Hin dan juga Hai San.
Campurtangan yang berlaku di Kedah pada 1786, merupakan campurtangan
paling awal yang dilakukan oleh pihak british di negeri-negeri melayu secara tidak
rasmi.Walaubagaimanapun Pulau Pinang tidak memberikan sebarang kepentingan
ekonomi yang baik kepada pihak British tetapi, kependudukan mereka di kawasan pulau

41
R.O.Winstedt,1979,A History Of Johore,M.B.R.A.S Repprint, Selangor,hlm 105

17
pinang telah membolehkan pihak british untuk menguasai singapura pada tahun 1819
kemudian melaka pada tahun 1824.Penguasaan kuasa british keatas ketiga-tiga kawasan
ini telah menyebabkan kawasan ini telah bertukar dan muncul sebagai pelabuhan di
kawasan tanah melayu yang sangat penting.Keadaan ini berlaku kerana selepas
kedatangan dan pertapakan pihak british di tanah melayu terutamanya di negeri-negeri
selat telah menyebabkan banyak pola perdaganggan di tanah melayu telah mengalami
perubahan yang drastik . Ini dapat dilihat selepas perjanjian Inggeris Belanda yang telah
di meterai telah menyebabkan perdaganggan tradisional di kepulauan Riau- Lingga telah
mengalami kemorosotan sebagai pusat perdaganggan, dan kemerosotan ini di tambah
lagi dengan jalinan ekonomi yang berlaku antara negeri-negeri melayu dengan pelabuhan
–pelabuhan di Negeri Selat seperti perdaganggan di Pantai Timur dan negeri seperti
Johor,Negeri Sembilan dan juga Selangor akan berada di bawah kawalan pelabuhan
Singapura.Manakala perdagangan negeri seperti Perlis,Kedah dan juga Perak akan
berada di kawalan pelabuhan Pulau Pinang yang juga akan memainkan peranan sebagai
pelabuhan perantaraan di antara singapura dengan ekonomi negeri-negeri utara.Melaka
pula pada masa tersebut berperanan untuk mengumpulkan hasil yang datangnya daripada
negeri Selangor dan juga Negeri Sembilan.
Melalui perkembangan kegiatan ekonomi yang berlaku di dalam negeri-negeri
melayu telah menyebabkan perhubungan ekonomi antara negeri-negeri melayu sudah
wujud dan faktor penting yang telah mendorong kepada campur tangan british di tanah
melayu adalah kegiatan ekonomi.42Untuk mencapai kepentingan tersebut pihak british
telah mula membuka dan membawa masuk pelabur-pelabur yang kebanyakan mereka
terdiri daripada pelabur cina untuk mengambil alih peranan orang melayu yang
dahulunya terkenal dengan perdaganggan dan menjalankan kegiatan ekonomi dengan
kerajaan negeri-negeri melayu yang berada di sekitar negeri-negeri selat.Dalam kegiatan
ekonomi melayu, pihak British lebih memandang kepada tiga cabang iaitu kegitan
perdagangan,pertanian dan juga kegiatan pelombongan dan ketiga –ketiga kegiatan ini
merupakan kegiatan yang telah menjadi dorongan utama bagi mereka untuk campur
tangan.
Kegiatan Perdaganggan
42
P.j Drake ,”The Economic Development Of British Of British Malaya To 1914:an eassay inhistorians
“,jsas(x),1979,hlm 272.

18
Melalui penubuhan negeri-negeri selat ,pelbagai perubahan yang telah berlaku di
mana singapura pada masa tersebut telah menjadi salah satu pelabuhan yang boleh di
katakan sebagai salah sebuah pelabuhan yang sangat bebas dari segi keluar masuknya
pelabur dan juga perdagang dan keadaan ini telah berjaya menarik peniaga- peniaga luar
terutamanya dari cina dan juga perdagang dari British sendiri yang menjadikan Singapura
sebagai salah sebuah tempat untuk menyebarkan barang daganggan ke kawasan Asia
Tenggara dan pada masa yang sama juga Singapura juga telah menjadi tempat untuk
mengumpul semua barang dan hasil ekonomi untuk di hantar ke kawasan negara cina.43
Dengan peranan-peranan yang dimainkan oleh pelabuhan di negeri-negeri selat
tersebut telah membuktikan bahawa pelabuhan yang sedang maju di negeri selat iaitu
sebagai pusat perdagnggan di kepulauan melayu pada awal kurun ke -19 telah berjaya
membuatkan pihak britis lebih menjaga kepentingan mereka di negeri selat dengan cara
mencampuri hal ehwal negeri yang sedang bergolak.Melalui campurtangan yang di
lakukan oleh british telah membolehkan pihak british menjaga hubungan ekonomi antara
negeri-negeri melayu ini kerana perkembangan pelabuhan negeri selat terutamanya
pelabuhan singapura telah menjadi pelabuhan antarabangsa kerana adanya bekalan bahan
mentah dari negeri-negeri melayu dan ini telah menyebabkan ekonomi negeri melayu
yang lain telah menjadikan negeri selat sebagai tempat bagi mereka memperdagangkan
hasil ekonomi.
Kegiatan Pertanian
Perkembangan kegiatan ekonomi dalam sektor pertanian di negeri-negeri selat
turut mempengaruhi british untuk campurtangan ke dalam negeri melayu yang lain.Ini
dapat dilihat dalam usaha pihak british yang telah melihat kesempurnaan negeri selat
tidak mencukupi untuk membekalkan hasil pertanian yang komersial kepada mereka dan
keadaan ini telah memaksa mereka mencari tanah – tanah baru untuk mengusahakan
kegiatan pertanian terutamanya di negeri-negeri melayu yang subur dan sesuai untuk di
usahakan dengan tanaman komersial.Melalui keadaan itu pihak british telah mula
memperluaskan pengaruh mereka untuk mencari kawasan yang sesuai bagi
mengusahakan kegiatan pertanian komersial mereka dan antara tanaman pertanian yang
di komersialkan ialah seperti tebu,lada hitam,gambir,ubi kayu dan juga kopi disamping

43
Nicholas Tarling ,Ibid,hlm 13.

19
itu juga para pelabur dan british juga telah memperkenalkan tanaman baru seperti
tanaman getah dan juga kelapa sawit.44
Semasa perkembangan dan perluasan pertanian secara komersial britsh sentiasa
mencari negeri melayu yang sesuai untuk di usahakan dengan tanaman komersial tersebut
dan kerajaan johor merupakan antara kerajaan melayu pertama yang telah menjadi negeri
melayu yang telah dijadikan tumpuan british kerana negeri johor merupakan antara
negeri yang amat sesuai untuk di usahakan dengan tanaman gambir dan juga lada
hitam.Ini dapat dilihat keadaan pada tahun 1830-an dimana ramai petani,pelabur dari
china telah membuka tanah pertanian di dalam negeri johor untuk mengusahakan
penanaman ini.Dinegeri Johor British telah berjaya memujuk mempengaruhi temenggung
ibrahim supaya membuka negei tersebut kepada petani dan pelabur china di singapura
untuk tujuan pertanian dan melalui pemberian surat kangchu yang di berikan kepada
ketua sungai telah menyebabkan ramai orang cina telah mula memasuki negeri johor
untuk membuka ladang terutamanya di sepanjang sungai di negeri johor.Dan melalui
perkembangan pertanian tanaman lada hitam dan juga gambir yang berjaya telah
menyebabkan negeri johor telah mula maju dengan pelbagai keluaran hasil-hasil yang
amat menguntungkan pihak british di negeri selat.Melalui pencapaian yang tinggi inilah
telah menyebabkan pihak british dan Temenggung Ibrahim lebih menggalakan
kemasukan petani cina ke Johor ini kerana mereka percaya bahawa kegiatan pertanian ini
adalah kegiatan pendapatan yang menguntungkan.
Begitu juga dengan perkembangan ubi kayu,kopi dan juga tebu yang telah
mendapat pembiayaan dan perhatian yang serius oleh pihak pedagang di melaka dan juga
pulau pinang.Tanaman ubi kayu telah banyak di usahakan di negeri melayu terutamnya di
melaka dan juga di rembau serta di hantar kepelabuhan singapura untuk di pasarkan
secar komersial dan menjelang pada abad yang kedua puluh tanaman ini telah mengalami
kemunduran yang sangat teruk dan ditambah lagi dengan kenyataan british yang
menyatakan tanaman padi hanya bersifat pertanian pindah sahaja.45Bagi tanaman tebu
pula banyak di usahakan oleh pihak british di kawasan pulau pinang dan juga kawasan
kerian namun tanaman ini telah mengahadapi persaingan yang sangat tinggi kerana telah
mengahadapi persaingan dengan pasaran tebu di indonesia.Tanaman kopi mula di
44
Barbara Watson Andaya Dan Leornard Y.Andaya ,Ibid,hlm 245.
45
Barbara Watson Andaya Dan Leornard Y.Andaya ,Ibid,hlm 245.

20
usahakan secara komersial oleh pihak british di kawasan seperti di sungai ujong,johor
dan juga perak ,dan kebanyakan kawasan ini di usahakan kebanyakan oleh pemodal dari
british selepas kopi menjadi tanaman termahal apabila harganya mahal akibat
pengeluarannya kurang kesan dari kemusnahan ladang kopi di Brazil.
Dan di dalam perkembangan pertanian ini juga antara perkara yang penting ialah
di dapati melalui perluasan kuasa british melalui pertanian, ramai pemodal sebenarnya
telah melakukan pemajakan tanah di negeri-negeri melayu, kesan dari kegiatan ekonomi
di negeri selat yang telah membolehkan mereka untuk melakukan sedemikian.Sebagai
contohnya di perak ramai pedagang negeri selat terutamanya dari pulau pinang telah
memajak kawasan dari pembesar melayu yang merangkumi kawasan seperti di Bagan
Tiang ,kurau dan juga Krian.Dan mengikut Profesor Khoo Kay Kim dalam bukunya
bertajuk The Western Malay Statet 1850-1873 telah merumuskan bahawa, ’Inshort the
commercial flood was just beginning to rise in the western peninsular’.
Bijih Timah
Sebelum kedatangan british ke tanah melayu perusahaan bijih timah sudah mula
mengalami kemajuan yang sangat baik akibat daripada penerokaan dan juga kemajuan
yang telah di lakukan oleh masyarakat melayu pada waktu dahulu.Perusahaan bijih timah
di tanah melayu ketika itu adalah menjadi salah satu perusahaan dan eksport bagi negeri
kedah dan juga pahang merupakan antara kawasan yang paling awal di dapati
mengusahakan bijih timah ini sejak abad ke-8 lagi.Namun pada abad ke 19 perusahaan
ini telah mencapai kegemilangannya apabila masyarakat melayu telah mula menguasai
sendiri perusahaan ini secara tradisional dan antara pengusaha melayu yang dapat
dikatakan telah membangunkan perusahaan ini ialah Ngah Ibrahim di Larut dan juga Raja
Abdullah di Kelang.46
Memandangkan cara masyarakat melayu yang hanya menjadikan perusahaan ini
hanya sebagai perusahaan sambilan sahaja, pembesar melayu yang menjaga dan
mengusahakan perusahaan ini telah melihat bahawa dengan kedatangan kaum china
ketanah melayu sebagai satu cara penyelesaian untuk menambahkan lagi keuntungan
mereka dengan cara mengambil pekerja –pekerja china untuk bekerja di bawah mereka
dan pada kurun ke 19 juga adalah merupakan masa penglibatan kaum cina secara

46
Khoo Kay Kim ,Ibid,Kesan Perkembangan Politik Melayu, 1894 Kuala Lumpur,Fajar Bakti.

21
beramai-ramai dalam perusahaan ini.Permintaan yang tinggi daripada pihak pelabur barat
terutamanya daripada amerika Syarikat dan juga British dan ini telah menyebabkan pihak
british di negeri-negeri selat yang terdiri daripada mereka yang berkerja sebagai pelabur
telah mula memasuki negeri-negeri melayu yang kaya dengan bijih timah dan ditambah
lagi dengan kesanggupan banyak pembesar melayu telah mula memajakkan tanah yang
kaya dengan bijih timah kepada pihak pelabur british di negeri selat telah menyebabkan
pihak british lebih ingin mencampuri pergolakkan di negeri melayu kerana menjamin
perusahaan ini akan menjadi milik mereka apabila mereka dapat menguasai negeri-negeri
melayu.
Dan di katakan juga melalui penglibatan pengaruh luar terutamanya daripada
pihak british dari negeri-negeri selat dalam sektor ini telah menyebabkan Kuasa british
mempunyai alasan kukuh untuk campur tangan dalam pergolakan dan juga perbalahan
dalam kerajaan melayu kerana mereka punyai kepentingan ekonomi yang terjalin antara
negeri-negeri selat dengan negeri-negeri melayu yang berdekatanKesan daripada itu juga
pelabur dari negeri-negeri selat telah membawa lebih ramai lagi pekerja cina untuk
mengerjakan perlombongan bijih timah terutamanya yang terletak di Perak,Selangor dan
juga Negeri Sembilan dan pada keseluruhannya perkembangan kegiatan ekonomi negeri
melayu adalah bergantung kepada negeri selat , boleh dikatakan juga negeri selat juga
telah terlibat dalam perkembangan ekonomi tanah melayu secara intensif sebelum
berlakunya campurtangan inggeris di tanah melayu secara rasmi pada tahun 1874.

Kepentingan negeri-negeri selat dari segi sosial


Penubuhan Negeri-negeri selat sedikit sebanyak telah memberikan beberapa
kepentingan dan juga pengaruh yang sangat besar dari segi sosial kepada pihak british
untuk terus menjalankan campur tangan mereka keatas negeri –negeri melayu.Dan antara
kepentingan –kepentingan tersebut dari segi sosial ialah dari segi pembentukan
masyarakat yang berbilang kaum dan majmuk,kedua ialah kelangkapan kemudahan asas
dan ke tiga ialah pengenalan pendidikan dari barat.
Kelahiran masyarakat majmuk

22
Pembukaan negeri-negeri selat di tanah melayu merupakan titik tolak dalam
pemulaan kemasukan maasyarakat luar ke atas negeri melayu pada waktu
tersebut,walaupun semasa kerajaan melayu melaka dahulu pernah terdapat kemasukan
pedagang dari luar, namun jumlah kedatangan penghijrah ke atas tanah melayu semakin
bertambah semasa penjajahan pihak british dan bermula di negeri selat kemudian
penghijrah masyarakat luar berkembang ke Negeri perak,selangor dan negeri sembilan,
Melalui keadaan ini dapat lah di katakan dbahawa kelahiran masyarakat majmuk tanah
melayu adalah kesan peninggalan penjajahan yang mengalakan penjajahan kerana
kepentingan ekonomi dan pada masa yang sama masyarakat majmuk ini wujud adalah
kerana perbezaan yang wujud di kalangan mereka iaitu dari segi budaya,bahasa ,agama
dan juga ekonomi mereka.
Kemasukan masyarakat cina ke dalam alam melayu di katakan bermula apabila
kerajaan melaka melakukan perhubungan yang rapat dengan cina namun selepas
kemasukan dan pengambilan british ke atas negeri selat telah menyebabkan kemasukan
tidak dapat dikawal dari segi bilangan mereka.Melalui pembukaan pulau pinang telah
menyebabkan kemasukan penghijrahan cina dikatakan bermula ini kerana dengan
berbekalkan dengan semangat yang bersifat berdaya usaha, kedatangan mereka ini telah
mendapat galakkan yang sepenuhnya daripada pihak british untuk mengusahakan
kegiatan ekonomi terutamanya kegiatan pertanian.Pemangkin kegiatan ekonomi pada
masa awal kemasukan british ialah kegiatan pertanian dan anatara tanaman yang di
usahakan ialah lada hitam,gambir dan juga ubi kayu dan selain mengusahakan kegiatan
pertanian masyarakat cina juga menjalankan perdagangan serta perlombongan.Melalui
pengamalan kegiatan ekonomi yang bebas telah di lakukan oleh british menyebabkan
kemasukan orang cina semakin ramai.Dan apabila perluasan dilakukan oleh pihak
pelabur kaya yang terdiri daripada orang british dan juga cina ke atas negeri melayu lain
telah menyebabkan penghijrahan masyarakat telah menjadi semakin pesat berikutan
dengan faktor peluang pekerjaaan di dalam masyarakat melayu yang semakin luas.pada
masa yang sama juga masyarakat cina selepas kedatangan mereka juga telah di
bahagikan kepada beberapa bahagian iaitu di kawasan perlombongan,kawasan pertanian
dan juga di kawasan pelabuhan.47Pada kebiasaan nya kemasukan masyarakat cina ini
47
Khoo Kay Kim ,Latar Belakang Sejarah Masyarakat IndiaDan China Di Malaysia,1980, Kuala
Lumpur,Fajar Bakti,hlm 19-21.

23
berdasarkan sistem kontrak dan cara ini amat popular untuk mengambil pekerja cina di
lombong namun di johor cara pengambilan pekerja cina untuk berkerja di kawasan
pertanian pula adalah melalui sistem Kanggani
Kemasukan masyarakat India
Kedatangan masyrakat india juga di katakan bermula secara beramai-ramai
ketanah melayu adalah kerana terdapat faktor ekonomi, di samping itu juga pada mulanya
kerajaan british di India tidak mengalakkan penghijrahan masyarakat india namun apa
yang berlaku ialah selepas perjanjian Inggeris belanda 1824, banduan yang datangnya
daripada india yang di tempatkan di sumetera telah dihantar ketanah melayu sebagai
salah sokongan untuk mengalakan penghijrahan masyarakat india ke tanah
melayu.48Kebanyakkan masyarakat india yang datang secara awal ke tanah melayu pada
mulanya di letakan untuk membina bangunan dan jalan raya di sepanjang negeri-negeri
melayu terutamanya negeri melayu yang berpotensi sebagai kawasan ekonomi. Namun
selepas pengenalan sistem pengambilan masyarakat india secara Sistem Kanggani dan
juga secara kontrak telah menyebabkan masyarakat india kemudiannya telah di
tempatkan di kawasan estet-estet dan juga ladang-ladang yang mengkhusus dalam
bidang pertanian.
Perkembangan kemudahan perkhidmatan dan juga pendidikan
Kemudahan perkhidmatan dan pengenalan sistem pendidikan di tanah melayu
juga telah menjadi salah satu kepentingan kepada pihak british untuk mencampuri urusan
negeri –negeri melayu yang lain.Pemodenan dari pelbagai segi sememangnya mengalir
masuk ke negeri-negeri melayu yang lain menerusi pulau pinang dan juga singapura.Oleh
yang demikian negeri-negeri yang hampir dengan kedua-dua tempat ini merupakan antara
negeri-negeri melayu yang jelas memperlihatkan banyak pembangunan dan juga
pembaharuan dari aspek kemudahan asas,pendidikan dan juga pentadbiran.
Perkembangan perkhidmatan sebelum dan selepas pembukaan negeri-negeri selat
amat berbeza, sebagai contohnya sistem jaringan pengangkutan, sepertimana yang
diketahui sistem pengangkutan yang digunakan sebelum kemasukan british, masyarakat
hanya mengunakan sungai sebagai jalan perhubungan dan kemudian di darat pula
masyarakat hanya akan mengunakan haiwan tunggangan seperti lembu,kerbau dan gajah

48
Khoo Kay Kim,Ibid,hlm14

24
sebagai alat pengangkutan dan mengangkut barang.Perkembangan kegiatan ekonomi di
negeri-negeri melayu terutamanya sektor pertanian dan juga perlombongan telah
menyebabkan usaha untuk membina jaringan jalan raya dan juga jalan kereta api telah
mula di fikirkan oleh british supaya memudahkan pengangkutan hasil-hasil pertanian dan
juga perlombongan untuk di hantar dengan kadar yang segera ke pelabuhan.Percepatan
pembinaan jaringan jalan raya ini telah mendapat kerjasama yang baik daripada pemodal
dan juga pengusaha negeri selat, ini dapat dilihat sepertimana yang berlaku di kuala
lumpur dimana Yap AH Loy sendiri telah membina jalan di kuala lumpur bagi
memudahkan pengangkutan biji timah.
Kepentingan kegiatan ekonomi kepada pihak british menjadi semakin penting
apabila british telah memandang serius akan perkembangan perlombongan bijih timah di
negeri melayu.Perkembangan yang berlaku ke atas kegiatan perlombongan telah
mengalakan lagi pembinaan jalan kereta api dan ini berikutan kerana pengangkutan yang
lama dan tradisional sudah tidak sesuai lagi dengan kehendak dan keperluan
pengangkutan seharian dan pembinaan jalan kereta api ini telah mula di bina di negeri-
negeri yang terdapat hasil bijih timah dan hasil pertanian. Melalui perhubungan yang
dijalinkan antara negeri-negeri melalui jaringan kereta api telah menyebabkan pihak
british untuk terus membina jalinan kereta api ke semua negeri melayu berikutan negeri-
negeri melayu mempunyai ekonomi yang amat kaya dengan hasil pertanian dan juga hasil
perlombongan, sehinggalah di katakan negeri johor telah berjaya di hubungkan dengan
Sberang prai melalui jaringan jalan perhubungan yang baik .49
Perkhidmatan awam dan juga kemudahan asas telah muka di sediakan oleh pihak
britsh selepas berlakunya campur tangan mereka ke atas negeri –negeri melayu yang lain.
Kemasukan pihak british yang semakin meluas telah menyebabkan pelbagai kemudahan
telah mula di sediakan oleh mereka, ini kerana melalui kepentingan yang terdapat dari
aspek pentadbiran dan juga aspek ekonomi, telah menjadikan alasan untuk mencampuri
pergolakan dalam negeri melayu semakin kukuh dan ini telah memberikan kedudukan
yang selesa pihak british untuk campur tangan.Pembinaan dan penubuhan pejabat pos
telah mula dibina di negeri selat dan kemudiannya telah berkembangan sehingga ke
kawasan negeri melayu yang mempunyai kepentingan perlombongan dan juga

49
Khoo Kay Kim ,Ibid,hlm 15.

25
perdanggangan.50Selepas penubuhan dan pembinaan jalan raya, perkhidmatan telegraf
telah mula berkembangan maju kesan dari penyelarasan dan keberkesanan pentadbiran
yang ingin di lakukan oleh british ke atas tanah melayu ketika itu.Pada masa yang sama
juga perkembangan kegiatan ekonomi juga telah menyebabkan british untuk membina
perkhidmatan telegraf di tanah melayu Pembangunan dan juga perkembangan bandar –
bandar bandar turut menerima kesan dengan perkembangan campurtangan british ke atas
negeri melayu melayu.Kebanyakan bandar-bandar baru yang mengalami perubahan dari
segi kemajuan dan kepesatannya adalah kerana terdapat perkembangan kegiatan ekonomi
yang pesat ketika itu terutamanya bandar yang berperanan sebagai pusat pengumpulan
dan juga pengedaran hasil ekonomi serta sebagai sebagai pusat pentadbiran.
Selepas kemasukan british ke tanah melayu juga telah menyebabkan perubahan
yang besar ke atas sistem pendidikan di alam melayu, Pada mulanya masyarakat
tempatan di negeri-negeri melayu telah mengamalkan sistem pendidikan tradisional di
mana masyarakat hanya di dedahkan dengan ilmu-ilmu agama sahaja. 51Namun semua ini
telah di ubah oleh pihak british, kerana dari pendapat pihak british mereka merasakan
bahawa melalui penyebaran dan pembaharuan yang diperkenalkan dalam sistem
pendidikan telah membolehkan mereka merasakan bahawa kepentingan pendidikan untuk
membolehkan pihak british untuk mendapatkan pekerja kerani daripada rakyat yang
menerima pendidikan barat dan di samping itu juga melalui penggangan yang mereka
untuk mentamadunkan manusia serta mengangap bahawa tugas untuk mendidik mengikut
budaya barat adalah berada dalam tugas beban orang putih.Untuk itu pihak british telah
mula memperkenalkan dan membuka sekolah-sekolah yang berunsurkan kurikulum
barat yang dapat dilihat melalui pembukaan Penang free School yang telah di buka
kepada semua kaum ketika itu,selain daripada itu juga pihak british turut menyediakan
kemudahan pendidikan vernakular berdasarkan kaum kepada semua kaum dengan
membenarkan kaum - kaum membuka sistem persekolahan yang mengikut bahasa ibunda
masing-masing.Dan pada masa yang sama juga pendidikan sekolah bagi masyarakat
melayu pada awalnya tidak disediakan pendidikan sekolah menengah kerana pada british
kepentingan pihak british ke atas masyarakat melayu ketika itu ialah menerusi kemahiran

50
Zainal Abidin Abdul Wahid,Ibid,hlm 248.
51
Lihat Syed Muhammad Naquib Al-Attas , Islam Dalam Sejarah Dan Kebudayaan Melayu,1977.

26
–kemahiran yang dimiliki oleh masyarakat melayu dalam bidang pertanian dan juga di
kawasan kampung harus di kekalkan secara turun menurun dalam masyarakat melayu.52
Kesimpulan
Kesimpulannya secara dasarnya jika dilihat bahawa penubuhan negeri-negeri selat
merupakan salah satu titik tolak campurtangan pihak british dan juga pengaliran masuk
unsur-unsur british ke atas negeri- negeri melayu yang lain secara tidak rasmi.Melalui
kepentingan dan juga keistimewaan yang terdapat di setiap negeri-negeri melayu ketika
itu tidak kira sama ada dari aspek politik,ekonomi dan juga sosial telah membuka jalan
sepenuhnya kepada pihak british untuk meluaskan pengaruh mereka di negeri-negeri
melayu termasuk lah ke sabah dan sarawak.Kejadian-kejadian huru-hara yang berlaku
seperti perang saudara,perkelahian antara kongsi-kongsi gelap,kegiatan lanun dan juga
perebutan takhta di istana telah menyebabkan keadaan yang tidak tenteram telah wujud
dan ini telah menganggu perkembangan perusahaan para pelabur barat dan cina yang
datang untuk berniaga di tanah melayu dan keadaan ini telah menyebabkan kepentingan
ekonomi mereka di negeri selat.Sebagai tindak balasnya para pelabur telah mendesak
british untuk melindungi kegiatan ekonomi mereka daripada kekacauan yang berlaku di
negeri melayu ketika itu.Desakan yang di terima oleh pihak british daripada pelabur di
negeri selat telah menyebabkan pihak british untuk mengambil tindakan dengan cara
mencampuri urusan politik,ekonomi dan juga sosial negeri negeri melayu yang
berdekatan dengan negeri selat agar masalah kekacauan dapat diatasi dan di tambah lagi
pihak british harus mencampuri masalah yang di hadapi oleh negeri-negeri melayu
kerana british berpendapat bahawa dengan menyelasaikan masalah yang berlaku dapat
menyebabkan masalah negeri –negeri selat tidak akan menjadi masalah kepada kerajaan
british di london dan di samping itu juga dengan kepentingan negeri selat yang telah
membawa kepada campur tangan pihak british, ia bukan sahaja dapat membantu pihak
british dalam menjaga pelaburan british malah ia juga telah banyak menyediakan dan
membuka peluang pelaburan yang lebih besar kepada british ke atas negeri-negeri
melayu dan sabah sarawak.

52
Mohd Isa Othman ,Sejarah Malaysia(1800-1963) ,2000, Selangor Darul Ehsan,Utusan Publications
Distributors Sdn Bhd, hlm.216.
There are no sources in the current document.

27
BIBLIOGRAFI
A Samad Ahmad, (1985) Kerajaan Johor Riau, Kuala Lumpur ,Dewan Bahasa Dan

Pustaka.

Booney, R,( 1971),In Search For Security And Independence , Kuala Lumpur,Oxford

University.
D.G.E Hall , (1981) ,A History Of South –East Asia (Fourth Edition ), ,London:The

Macmillan Press Ltd


.

28
Emily Sadka, (1970) ,The Protected Malay State 1874-1895, ,Kuala Lumpur,University

Malay Press

Haji Buyong Adil ,(1981), Sejarah Selangor, ,Kuala Lumpur,Dewan Bahas Dan

Pustaka.

Haji Buyong Adil, (1980),Sejarah Singapura, ,Kuala Lumpur,:Dewan Bahasa Dan


Pustaka
Haji Buyong Adil , (1980),Sejarah Kedah, ,Kuala Lumpur,Dewan Bahasa Dan Pustaka

Jang Aisjah Mutalib , (1972) ,Pemberontakan Pahang 1891-1895, ,Kota Bharu Pustaka

Aman

John Gullick Dan Bruce Gale, (1986) , Malaysia Its Political And Economic
Development, ,Selangor Darul Ehsan,Pelanduk Publications.

Jogindre Singh Jessy, (1970)Tawarikh Tanah Melayu (1400-1959), ,Kuala

Lumpur,Dewan Bahasa Dan Pustaka.

J.Kenedy , 91993) ,History Of Malaya (Third Edition) , ,Kuala Lumpur,S.Abdul Majeed

And Cooperation.

Khoo Kay Kim (1984) ,Negeri Melayu Pantai Barat,1850-1873.,Kesan Perkembangan

Politik Melayu,Kuala Lumpur,Fajar Bakti.

Khoo Kay Kim (1980),Latar Belakang Sejarah Masyarakat IndiaDan China Di Malaysia,

Kuala Lumpur,Fajar Bakti.

L.A ,Mills, (1960)British Malaya 1824-1867 , ,MBRAS bil.XXXIII

Lofti Ismail, 1976)Sejarah Malaysia 1400-1963, , ,Kuala Lumpur,Utusan Publication

And Distributors.

Mohd Amin Hassan , (1966),Raja Mahadi Bin Raja Sulaiman ,Peninjau Sejarah , ,Vol

29
.1(2).
Mohammad Isa Othman(1990), Politik Tradisional Kedah, ,Kuala Lumpur,Dewan
Bahasa Dan Pustaka.
Nicholas Tarling , (1969),British Policy In The Malay Peninsula And Archipelago,Kuala

Lumpur :Oxford University Press

P.j Drake (1979),”The Economic Development Of British Of British Malaya To 1914:an


eassay inhistorians “,jsas(x)
Raja Alí Ahmad Dan Raja Ali Hají (1982) (Edit Virginia Matheson) ,Tuhfat Al-

Nafis, ,Kuala Lumpur,Penerbit Fajar Bakti Sdn .Bhd.

R.O.Winstedt,(1979),A History Of Johore,M.B.R.A.S Repprint, Selangor.


Syed Muhammad Naquib Al-Attas , (1977) ,Islam Dalam Sejarah Dan Kebudayaan

Melayu.

Sejarah Menengah Malaysia , (1979),Kuala Lumpur,Kementerian Pelajaran Malaysia.

Tim Baker, (1999) ,Crossroads:A Popular History Of Malaysia And Singapore,

,Singapore,Time Centre.

Virginia Matheson Hooker, (2003) A Short Of Malaysia : Linking East And West.Allen

And Unwin .

Wan Shamsudin –Arena Wati,(1964) ,Sejarah Tanah Melayu Dan Sekitarnya 1400-
1967,Kuala Lumpur,Pustaka Antara.

Zainal Abidin Abdul Wahid et al, (1996),Malaysia Warisan Dan Perkembangan (Edisi
Kedua), ,Kuala Lumpur,Dewan Bahasa Dan Pustaka

30
.

31
.

32
.

33

Anda mungkin juga menyukai