Anda di halaman 1dari 13

Kegemilangan Kerajaan Johor

Pada tahun 1641,jajahan takluk Johor meliputi wilayah pantai barat Semenanjung Tanah Melayu termasuk Klang hingga Singapura seperti Bentan dan Lingga. Johor juga menguasai Bengkalis,Kampar,Siak,Klang,Batu Pahat,Muar, dan Pahang. Kecekapan sultan dan pembesar Johor mentadbir negeri merupakan faktor utama Johor mencapai kegemilangan. Terdapat juga faktor lain yang membantu kegemilangan kerajaan Johor. Antaranya ialah kemajuan dalam kegiatan perdagangan dan perkembangan bidang persuratan.

Johor sebagai Pusat Perdagangan


Johor dapat mengumpul pelbagai hasil dagangan kerana mempunyai jajahan takluk yang luas. Oleh yang demikian,Johor merupakan pelabuhan entreport bagi Kepulauan Melayu. Pada tahun 1623,kapal dagangan Johor telahpun berdagang hingga ke Maluku dan Makasar. Ramai pedagang asing datang berniaga di pelabuhan Johor. Pedagang China kebanyakannya datang dari Canton(Guangzao)dan Amoy.Selain itu, kapal Belanda dan Inggeris juga datang ke pelabuhan Johor. Semasa pemerintahan Sultan Mahmud Shah II pada tahun1685 hingga tahun 1699, pusat pentadbiran dan pelabuhan Johor telah berpindah dari Batu Sawar ke Riau. Kesibukan pelabuhan Riau misalnya,dilihat sendiri oleh Thomas Silcher,gabenor Belanda di Melaka.Beliau melawat Johor pada 1689 dan menyatakan bilangan kapal yang berlabuh di pelabuhan Johor terlalu banyak. Kemajuan perdagangan Johor adalah disebabkan oleh kepelbagaian barang dagangannya.Terdapat pelbagai barang tempatan dan luar negeri yang diperdagangkan di pelabuhan Johor. Barangan tempatan yang diperdagangkan termasuklah damar,tikar,biji timah,sagu,minyak,lada hitam,pinang,ikan masin,garam,kayu gaharu, dan beras. Johor terkenal sebagai pembekal kain corak baru.Barangan dari luar negeri pula termasuklah benang emas,kain,sutera putih,teh,barangb tembikar,tembaga dari China .

Di pelabuhan Johor,terdapat pelbagai kemudahan untuk pedagang seperti gudang dan khidmat membaiki kapal. Perdagangan dijalankan melalui dua cara iaitu secara tukar barang dan menggunakan mata wang. Johor memperkenalkan mata wang yang diperbuat daripada emas, perak, dan timah. Mata wang emas dikenali sebagai mas dan mata wang perak dikenali sebagai kupang. Manakala mata wang timah pula dinamakan katun. Mata wang ini dibuat semasa pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Shah II (1528-1564). Pada akhir abad ke-18,mata wang asing seperti Dolar Sepanyol,Dolar Mexico, dan duit Belanda turut digunakan di pelabuhan Johor.

Kerajaan Johor juga cekap mentadbir pelabuhan danmengamalkan sistem cukai yang berpatutan. Misalnya, setiap bahara lada hitam yang diperdagangkan akan dikenakan cukai sebanyak enam keping mas. Bagi setiap bahara timah cukainya ialah sepulu keping mas.

Kerajaan Johor telah mengamalkan sistem naungan bagi menjamin keselamatan pedagang asing. Dalam sistem ini, setiap pedagang asing dilindungi oleh Bendahara,Raja Indera Bongsu,Temenggung, dan Laksamana. Bagi menjamin keselamatan pedagang dan kapal yang berlabuh,kerajaan Johor mengerahkan Orang Laut supaya menjadi pengawal pelabuhan, pengawas pengairan Johor, penunda, dan penunjuk arah. Dari segi geografi,pelabuhan Johor telindung daripada tiupan angin monsun. Johor menjadi pintu masuk di bahagian selatan Selat Melaka. Oleh yang demikian,Johor dapat mengawal lalu lintas kapal dagang dari Barat dan Timur. Johor juga menjadi pusat membuat kapal persisiran pantai seperti banteng, baluk, kolek, pencalang, dan pencacap. Ini menunjukkan kemahiran membuat dan membaiki kapal telah lama wujud di negara kita. Jika kita mempunyai pengaruh dan dihormati, negara luar akan berasa yakin untuk berniaga di negara kita. Selain itu, jaminan keselamatan dan kemudahan juga perlu disediakan dalam menjalankan kegiatan perniagaan. Keadaan inilah yang telah menjadikan Johor mencapai zaman kegemilangannya.

Perkembangan Persuratan Melayu


Kegemilangan kerajaan Johor bukan sahaja dalam bidang politik dan ekonomi, malah dalam bidang persuratan Johor dikenali sebagai pusat persuratn Melayu sejak abad ke-17. Pada tahun 1621, Tun Sri Lanang berjaya menyusun Sejarah Melayu sebagai sumber sejarah kerajaan Melayu.

Pada abad ke-17, Hikayat Hang Tuah turut dihasilkan. Hikayat ini mengisahkan kepahlawanan orang Melayu yang ditonjolkan melalui watak Hang Tuah dan empat orang rakannya. Hikayat tersebut juga mengagungkan nama Kesultanan Melayu Melaka sebagai sebuah empayar Melayu yang agung pada ketika itu. Pada abad ke-18,Riau yang menjadi pusat kerajaan Johor telah menghasilkan banyak karya sejarah, bahasa, dan buku agama Islam.Pengarang yang terkenal pada masa itu ialah Raja Haji Ahmad dan Raja Ali Haji. Naskhah asal yang elah dihasilkan adalah dalam tulisan jawi bertulis tangan. Kemudian, naskhah tersebut dicetak pada abad ke-19 dengan menggunakan kaedah cap batu.

Johor juga dikenali sebagai pusat pengajian ilmu agama Islam sejak abad ke-17, terutamanya semasa Makam Tauhid menjadi pusat pemerintahan Johor. Pada abad berikutnya, tradisi itu diteruskan di Riau.

Kemerosotan Kerajaan Johor


Kegemilangan kerajaan Johor mulai merosot apabila berlakunya persengketaan di kalangan pembesr dan sultan. Terdapat empat faktor utama yang menyebabkan kemerosotan Johor iaitu Perang Johor-Jambi, perebutan kuasa, penglibatan Bugis dalam pemerintahan Johor, dan pengaruh Syarikat Hindia Timur Belanda(V.O.C).

Perang Johor-Jambi
Jambi yang terletak di pantai timur Sumatera merupakan jajahan takluk Johor. Pada pertengahan abad ke-17, Jambi muncul sebagai sebuah kuasa politik dan ekonomi yang baru di Selat Melaka. Jambi mula menyaingi Johor dalam kegiatan perdagangan dan berusaha mendapatkan kebebasan daripada Johor.

Dalam usahanya itu, Jambi telah meminta bantuan Belanda untuk menyerang Johor. Peperangan ini bermula pada tahun 1670. Pada tahun1673, Jambi sekali lagi menyerang Johor Lama dan BatuSawar. Peperangan ini telah menjejaskan perdagangan Johor. Sultan Abdul Jalil Riayat Shah III berundur dan bersemayam di Pahang mulai tahun 1677. Baginda berbuat demikian kerana pada pada masa itu Johor tidak lagi selama untuk diduki. Keadaan ini menyebabkan beberapa jajahan akluk Johor berusaha membebaskan diri daripada pengaruh Johor. Walaubagaimanapun,Laksamana Tun Abdul Jamil telah menyelamatkan Johor daripada terus merosot.Beliau dapat mengalahkan Jambi dengan bantuan askar upahan Bugis pada tahun 1679. Setelah mengalahkan Jambi, beliau dianugerahi gelaran Paduka Raja. Laksamana Tun Abdul Jamil amat berkuasa sehingga anak-anaknya dilantik memegang jawatan kanan dalam kerajaan Johor, seperti Temenggung, Sri Bija Diraja, dan Sri Amar Diraja.

Perebutan Kuasa
Laksamana Tun Abdul Jamil merupakan pembesar yang berpengaruh di Johor. Beliau juga merupakan seorang panglima perang yang gagah dan berani. Laksamana Tun Abdul Jamil mengambil alih tugas Bendahara sebagai pelantik dan pemangku raja pada tahun 1623. Pada tahun 1677, Laksamana Tun Abdul Jamil telah melantik menantunya menjadi sultan Johor dengan gelaran Sultan Ibrahim Shah.

Pengaruh dan kuasa Laksamana Tun Abdul Jamil tidak disenangi oleh Bendahara Tun Habib Abdul Majid yang dianggap sebagai pembesar negeri yang terkanan. Beliau telah mengenepikan Bendahara Tun Habib Abdul Majid semasa melantik Sultan Mahmud Shah II yang berusia sepuluh tahun menjadi sulan Johor pada tahun 1685. Anaknya iaitu bekas permaisuri Sultan Ibrahim Shah dilantik sebagai pemangku raja. Bendahara Tun Habib Abdul Majid yang sepatunya menjalankan tugas sultan berasa tidak puas hati. Persengketaan antara kedua-dua pembesar ini telah menjejaskan kestabilan poltik negeri Johor. Apabila Laksamana Tun Abdul Jamil meninggal dunia pada tahun 1688, Bendahara Tun Habib Abdul Majid mendapat semula kuasanya. Beliau berusaha menyatukan pembesar Johor. Apabila Bendahara Tun Habib Abdul Majid meninggal dunia, anaknya, Tun Abdul Jalil dilantik menjadi Bendahara Johor.

Perebutan Takhta
Sultan Mahmud Shah II dianggap sebagai seorang sultan yang zalim. Kezaliman tersebut menyebabkan baginda dibunuh oleh seorang pembesar. Peristiwa ini dikenali sebagai Sultan Mahmud Mangkat Dijulang. Sultan Mahmud Shah mangkat pada tahun 1699 tanpa meninggalkan zuriat. Bendahara Tun Abdul Jalil telah dilantik menjadi sultan Johor dengan sokongan pembesar dan rakyat. Pada tahun 1699, Tun Abdul Jalil memakai gelaran Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV (1699-1718). Pelantikan Tun Abdul Jalil sebagai telah memulakan kesultanan Johor dari keturunan Bendahara.

Penguasaan kesultanan Johor oleh keturunan Bendahara meninbulkan rasa tidak puas hati Raja Kechil dari Siak. Raja Kechil mendakwa dirinya sebagai putera almarhum Sultan Mahmud Shah. Oleh itu, Raja Kechil menuntut takhta kerajaan Johor. Pada tahun1717, Raja Kechil telah menyerang Johor dengan bantuan angkatan perang Minangkabau. Orang Laut mempercayai dakwaan Raja Kechil itu. Mereka menyokong Raja Kechil sebagai bukti taat setia mereka pada kesultanan Johor keturunan sultan Melaka. Pada 21 Mac 1718, Raja Kechil telah berjaya menguasai Johor. Baginda mengisytiharkan dirinya sebagai sultan Johor dengan memakai gelaran Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah. Akibat daripada perebutan takhta dan peperangan, kemakmuran Johor mulai merosot.

Penglibatan Bugis di Johor

Apabila Raja Kechil menjadi sultan Johor, Raja Sulaiman, putera Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV, telah membuat pakatan dengan anak raja Bugis lima bersaudara unuk mengusir Raja Kechil bagi mendapatkan semula kuasa. Pada tahun 1722, Raja Kechil dapat dikalahkan dan Raja Sulaiman ditabalkan menjadi sultan Johor yang baru. Daeng Merewah yang digelar sebagai Kelana Jaya Putera, dilantik sebagai Yamtuan Muda Riau dan Daeng Menampok dikurniakan gelaran Raja Tua. Pakatan antara orang Melayu Johor dengan Bugis tidak bertahan lama. Orang Melayu Johor berasa kuasa mereka terhakis. Manakala, orang Bugis pula mempertahankan kedudukan mereka. Yamtuan Muda Bugis mempertahankan haknya untuk melantik sultan Johor mengikut pilihannya. Orang Melayu Johor mula berasakan sultan dan pembesaar Melayu semakin lemah dan hilang kuasa.

Bugis cuba mengukuhkan kuasanya dengan menggalakkan perkahwinan antara antara suku Bugis dengan anak raja dan pembesar Melayu. Anak-anak mereka mengguna gelaran raja pada awal nama seperti Raja Haji, Raja Ali, dan Raja Jaafar. Pertikaian antara orang Melayu Johor dengan Bugis berterusan apabila hendak melantik sultan yang baru. Pertikaian yang berlanjutan itu telah melemahkan pentadbiran kerajaan Johor. Pembesar Johor telah meminta bantuan Belanda untuk mengusir orang Bugis dari Riau pada tahun 1784. Keadaan initelah memberi peluang kepada pembesar Melayu menguasai semula tampuk pemerintahan kerajaan. Namun demikian, pada tahun 1802, orang Bugis kembali semula ke Riau. Persaingan antara orang Melayu Johor dengan orang Bugis berlaku sekali lagi dan idak dapat diselesaikan. Pembesar Johor terus berusaha mengekalkan kuasa dan pengaruh di kawasan masing-masing. Temenggung Johor mula bertapak di Pulau Bulang dan menguasai Singapura serta tanah besar Johor. Manakala,Bendahara Johor pula bertapak di Pahang. Sementara sultan Johor bersemayam di Lingga, Riau terus dikuasai oleh Bugis. Orang Laut berpecah dan mengikut pembesar Melayu. Ramai di kalangan mereka yang menjauhkan diri daripada sultan dan pembesar. Keadaan ini menunjukkan perpecahan telah berlaku dalam kerajaan Johor.

Pengaruh Syarikat Hindia Timur Belanda


Pada abad ke-17, Syarikat Hindia Timur Belanda(Vereenidge Oostindische Compagnie,V.O.C) bertapak di Betawi. V.O.C ialah syarikat yang ditubuhkan oleh pedagang Belanda. Pada tahun 1602, V.O.C memulakan perdagangan di pelabuhan Batu Sawar. V.O.C bimbang penguasaan Bugis dalam kerajaan Johor akan mengancam kedudukan Belanda di Melaka. Beberapa pertempuran telah berlaku antara pihak Belanda dengan orang Bugis, antaranya di Teluk Ketapang dan Riau. Selepas itu, Belanda melantik David Ruhde menjadi gabenor Belanda di Riau. Oleh yang demikian, V.O.C dapat menawan dan mengusir orang Bugis. Ini menyebabkan orang Bugis memusuhi Belanda. Persengketaan antara V.O.C dengan orang Bugis sejak tahun 1667 memberi kesan buruk pada Johor. Belanda yang bertapak di Betawi dan Melaka mencari peluang untuk menguasai Johor. Apabila Belanda menguasai Riau, jawatan Yamtuan Muda dan sultan dihapuskan.

Kesimpulan
Menjelang awal abad ke-19, Johor menjadi lemah dan berpecah. Perebutan kuasa antara pembesar telah menimbulkan kacau-bilau dan melemahkan Johor. Selain itu, campur tangan kuasa luar dalam pemerintahan Johor juga telah menimbulkan pelbagai masalah yang akhirnya menyebabkan kejauhan kerajaan Johor. Oleh yang demikian, kita sewajarnyamengambil iktibar daripada kemerosotan dan kejatuhan kerajaan Johor supaya peristiwa ini tidak akan berulang lagi.

Anda mungkin juga menyukai