Anda di halaman 1dari 3

TELUK ANSON: PELABUHAN, PERTANIAN DAN HAKISAN

Sebuah artikel hasil nukilan Khoo Kay Kim yang berjudul Teluk Anson
:Pelabuhan, Pertanian dan Hakisan. Penulisan ini berkisarkan tentang sebuah daerah
yang diberi nama Teluk Anson atau kini lebih dikenali sebagai Teluk Intan. Menurut
beliau, Teluk Anson merupakan sebuah kawasan yang agak terpinggir dan kurang
mendapat perhatian umum pada suatu ketika dulu. Namun, setelah dikaji dengan lebih
mendalam, barulah masyarakat menyedari dan mengetahui tentang sejarah Teluk
Anson di mana tempat ini mempunyai keunikan dan keistimewaannya yang tersendiri.
Pada suatu ketika dulu , Teluk Anson ini agak terpinggir kerana sejarah hitam yang
melanda sehingga diberi gelaran “kota tenggelam” kerana berlakunya hakisan yang
tidak diketahui akan punca ianya terjadi. Bandar Teluk Anson ini telah menunjukkan
sedikit pembangunan serta kemajuan setelah merdeka. Kedudukan bandar Teluk
Anson terletak di kawasan yang agak strategik kerana kedudukannya antara Sungai
Perak dan Kinta Batang Padang mengalir di sepanjang pinggir bahagian timur laut
bandar: tiga perempat bandar bersempadan dengan sungai Perak. Di selatan, kira-kira
17 kilometer adalah sungai Bernam. Selat Melaka tidak jauh dari jalan raya sejauh 42
kilometer. Sebuah jambatan kini menjangkau sungai Perak, kurang dari 10 kilometer
ke selatan kota, menuju ke Sitiawan, yang terletak berhampiran dengan Pulau
Pangkor, sebuah tempat percutian terkenal. Di sebalik kelebihan terselit
kekurangannya dimana bandar ini dikatakan terletak di ceruk Perak terletak kira-kira
38 kilometer dari lebuh raya utara-selatan. Namun pada tahun 1982, Teluk Anson
telah mula mengalami perubahan nama kepada Teluk Intan.. Pada asalnya sebagai
“Teluk Mak Intan” yang mana diambil sempena seorang wanita yang kehilangan sepit
rambut intan. Hasil perbincangan Sultan Idris ibni Sultan Iskandar Shah, memutuskan
bahawa perkataan "Mak" harus digugurkan, oleh itu nama sekarang adalah "Teluk
Intan".

Selain itu, di dalam artikel ini turut menceritakan berkaitan negeri Perak yang
pada asalnya diasaskan oleh putera penguasa Melaka iaitu Sultan Mahmud pada tahun
1528. Sebelum tahun 1874, dapat diliha seorang penguasa iaitu Kapten James Low
yang melibatkan diri beliau ketika usaha campur tangan Siam yang telah melancarkan
serangan ke atas Kedah pada tahun 1821. Pada awal abad 19 dapat dilihat negeri
Perak terkenal dengan penghasilan bijih timah seperti di Bidor, Batang Padang dan
Chenderiang Menurut artikel ini lagi, telah dijelaskan secara terperinci berkaitan
pembinaan dan perkembangan Teluk Anson. Mulai April 1891, jalan kereta api telah
dimulakan yang menghubungkan daerah Kinta yang melalui daerah Larut dalam
pengeluaran bijih timah dengan Teluk Anson yang telah siap dibina pada Mei 1895.
dapat dilihat bahawa Perak juga pernah diperintah oleh pemimpin Barat bernama
Hugh Low yang berakhir dengan pimpinan Sultan Idris pada tahun 1887-1916 yang
pada masa itu Kuala Kangsar disebut sebagai ibu kota kerajaan. Namun, pemilihan
Taiping pula sebagai ibu negeri pentadbiran Perak yang merupakan bandar baharu
yang dibina hasil daripada gangguan Larut yang melibatkan kongsi gelap Cina.
Menurut artikel ini lagi, pada tahun 1896, kegunaan terusan semakin berkurangan.
Bermula tahun 1891, kerja-kerja di jalan kereta api yang menghubungkan daerah
Kinta dengan Teluk Anson dalam pengeluaran bijih timah mula dilaksanakan yang
akhirnya telah siap dibina pada Mei 1895.

Ketika F.A Swettenham menjadi Residen Perak pada tahun 1889, dia dan Spence
Moss (Penasihat Kejuruteraan di Jabatan Keretapi) mengesyorkan kepada Gabenor,
Sir Cecil Clementi Smith, agar Tapah dan Teluk Anson harus dihubungkan dengan
kereta api telah dipersetujui. Sebuah kereta api siap dibina pada tahun 1893 yang
menghubungkan Tapah dan Teluk Anson di mana ianya telah mendatangkan manfaat
kepada Teluk Anson disebabkan penambahan pelabuhan. Akhbar The Straits Times
Singapura telah melaporkan bahawa perdagangan antara Teluk Anson dengan
Singapura telah beransur meningkat dan berkemungkinan akan melebihi perdagangan
yang berlaku antara Perak dan Pulau Pinang. Selain itu, Perkembangan kapal wap
yang dilancarkan iaitu kapal wap Ban Ho Bee yang dijalankan antara Pangkor dan
Teluk Anson tiga kali seminggu telah menjadi sumber utama bagi masyararakat Teluk
Anson dalam mendapatkan bekalan ikan segar. Selain eksport bijih timah juga telah
dijangka meningkat dengan ketara berdasarkan perangkaan yang ditunjukkan dalam
artikel tersebut.

Orang Cina tidak lagi dikatakan penduduk yang majoriti menghuni Teluk Anson
apabila orang Melayu mula menduduki kampung-kampung yang terdapat di sana.
Misalnya terdapat orang Melayu yang mendiami kawasan di Bagan Datoh, Kota
Setia, dan Sungai Bahru dalam aktiviti menanam padi. Namun begitu, kajian
mendapati bahawa tanaman padi bukanlah aktiviti utama mereka kerana pada
sebelumnya masyarakat Melayu telah menjalankan aktiviti perlombongan melalui
jalan sungai yang menjadi medium pengangkutan utama mereka namun kemerosotan
dalam perdagangan telah menyebabkan orang Melayu beralih kepada aktiviti
penanaman padi selain penanaman buah-buahan. Malahan, orang Melayu dikatakan
sangat mahir dalam melakukan aktiviti kraftangan seperti kemahiran membuat tikar,
bakul dan bekas kacang. Pada akhir abad-9, terdapat orang Melayu yang berusaha
mengumpul hasil hutan seperti rotan, damar, getah perca untuk dieksport sehinggakan
orang Melayu berjaya muncul sebagai kakitangan kerajaan iaitu gur, polis dan lain-
lain pada tahun-tahun berikutnya. Selain Melayu, turut terdapat sebilangan kecil kaum
India yang tinggal di kawasan ladang yang kebanyakannya mempunyai jawatan dalam
pegawai kerajaan Etnik yang wujud di Teluk Anson ini secara tidak langsung telah
dipengaruhi oleh kewujudan sekolah-sekolah yang dibina. Dilihat sekolah-sekolah
seperti Sekolah Melayu, Madrasah, Sekolah Cina dan India didirikan yang mana
ianya mempunyai kepentingan yang tersendiri bagi membela nasib dan hak kaum
masing-masing. Dapat dilihat pengaruh Barat yang kuat di daerah Teluk Anson di
mana terdapat banyak sekolah-sekolah Inggeris didirikan untuk anak-anak tempatan
misalnya pembinaan sekolah lelaki Inggeris pada 1932 oleh Pendeta Bapa Bounomey,
Vicar, dari Gereja Katolik di mana terdapat 10 orang murid daftar pada awalnya.

Teluk Anson juga mengalami masalah hakisan yang menjejaskan sumber


pendapatan masyarakat . J.E Spring yang merupakan konsultan pada masa itu telah
mencadangkan dua perkara bagi mengurangkan hakisan yang berlaku antaranya
adalah dengan membina tembok pelindung dengan kos kira-kira setengah juta dolar,
maka hakisan dapat dibendung dan pelabuhan dapat berfungsi seperti biasa atau
memindahkan dermaga ke kawasan yang lebih selamat dan akhirnya cadangan kedua
dipilih. Hasilnya, telah dibuka terminal dermaga dan landasan kereta api pada 24 Mac
1909. Perkara ini sedikit sebanyak telah menarik perhatian pelabur luar ke Teluk
Anson

Konklusinya, Teluk Anson jika dapat diperhatikan adalah berlaku perkembangan


yang agak pesat dari pelbagai aspek sama ada ekonomi, sosial dan politik. Meskipun
begitu, Teluk Anson juga tidak terlepas daripada terpalit sedikit kekurangan atau
kelemahan dari pihak pemimpin mahupun masyarakat setempat yang menyebabkan
bandar itu mengalami perkembangan yang agak lambat berbanding bandar lain di
Perak.

Anda mungkin juga menyukai