Anda di halaman 1dari 1

Filem ‘Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan’, memaparkan keunggulan Mat Kilau,

pahlawan Melayu di zamannya sewaktu penjajahan British di Pahang. Ianya adalah sebuah
filem biografi epik sejarah Malaysia 2022 yang mengisahkan tentang Mat Kilau bersama
ayahndanya, Tok Gajah dan sahabatnya berjuang bermati-matian menentang penjajahan
British satu ketika dahulu. Filem ini mampu memberi impak yang sangat hebat kepada rakyat
jelata kerana mereka bukan sahaja menonton epik sejarah perjuangan tanah air, tetapi banyak
adegan yang boleh dikaitkan dengan suasana kehidupan semasa. Filem ini mempunyai ciri-
ciri kenegaraan seperti patriotisme melalui pengucapan dialog padat dengan elemen cinta
kepada agama dan tanah air sangat menyentuh sanubari khususnya watak mat kilau
lakonan adi putra.

Antara impak filem Mat Kilau ini kepada masyakat yang menonton adalah sikap
suami isteri yang saling memahami dan memberi dorongan mampu membina keluarga
yang utuh. Bijak mengawal emosi, sentiasa bersabar menghadapi konflik atau ujian,
berakhlak dalam tutur kata menjadi sebahagian resepi keukuhan rumah tangga. Hal ini dapat
dilihat melalui lakonan mantap Beto Kusyairy yang berjaya menjiwai watak Wahid, sentiasa
bersabar dan tidak menaikkan tangan ketika isterinya menghalang beliau untuk meneruskan
perjuangan menentang British.

Selain itu, filem Mat Kilau ini mengajar generasi muda khususnya para pelajar
tentang Bahasa. Filem ini dikayakan dengan lontaran Bahasa Melayu indah dan tiada
dialog sampah serta penggunaan peribahasa, pantun dan simpulan Bahasa yang banyak
digunakan. Contohya, seperti dialog Mat Kilau “Keris yang menyilau, aku dipanggil Mat
Kilau”. Setiap butir tutur dan kata sangat bermakna dan membasahi jiwa anak didik sekaligus
mendidik mereka dalam penggunaan Bahasa yang betul dan menerapkannya semasa
membuat karangan dan sebagainya.

Kesimpulannya, penerbitan filem ‘Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan’ yang


berinspirasikan sejarah pahlawan adalah satu usaha yang amat baik walaupun ada
kekurangannya, bahkan sambungan kisah-kisah perjuangan beliau wajar difilemkan pada
masa akan datang. Walaupun begitu, karya sebegini perlu diperbanyakkan lagi oleh para
penggiat filem negara kerana ini penting bagi mendidik rakyat bahawa kita mempunyai
sejarah, keunikan dan identiti kita sendiri yang akan membentuk jati diri bangsa dan negara.

320 patah perkataan.

Anda mungkin juga menyukai