Anda di halaman 1dari 12

PERLIS

BAHASA MELAYU
Negeri Perlis Indera Kayangan merupakan negeri yang terkecil diMalaysia. Ia terletak di utara Semenanjung Malaysia dan
bersempadan dengan Provinsi Satun dan Songkhla, Thailand di sebelah utara, dan Kedah di sebelah selatan. Perlis pernah
dipanggil Palit (Bahasa Thai: ) dalam masyarakat Siam ketika Perlis pernah berada dibawah pengaruh Siam dahulu.
Perlis menjadi sebuah negeri yang berdaulat pada 20 Mei 1843 apabila Siam melantik Syed Hussain Jamalullailsebagai Raja
Perlis. Bermula dari tarikh itu, Perlis yang asalnya sebuah daerah jajahan Kedah bertukar menjadi sebuah negeri naungan yang
berdaulat.

Pada tahun 2000, jumlah penduduknya dianggarkan seramai 198,335 orang. Pembahagian etnik: Melayu (166,200 atau
78%),Cina (24,000 atau 17%), India (3,700), lain-lain (5,400), bumiputeralain (600).


Perlis Indera Kayangan

Bendera

Lambang
Lagu negeri: Amin amin ya Rabaljalil

Peta Perlis

Ibu Negeri : Perlis


Bandar Diraja : Arau
Parti Memerintah : Barisan Nasional (UMNO)
Raja : Tuanku Syed Sirajuddin
Menteri Besar : Azlan Man

Asal-usul nama negeri Perlis


Sejarah mengenai asal-usul nama negeri Perlis adalah kurang jelas. Terdapat banyak kisah atau andaian yang menceritakan
tentang asal-usul nama Perlis. Berikut merupakan beberapa andaian atau kisah yang diketahui:-

Menurut seorang tokoh sejarawan Malaysia iaitu Haji Buyong Adil, terdapat beberapa cerita yang mengisahkan
kononnya nama Perlis itu berasal daripada perkataan Siam iaitu Phrau Loi (Maphrau Loi ) yang bermaksud
kelapa hanyut. Perkataan tersebut telah dipelat dan dipendekkan bunyinya oleh orang Melayu lalu menjadi pereleh atau
Perlis.

Sumber kedua menyatakan bahawa kononnya nama negeri Perlis berasal daripada perkataan peroleh yang membawa
maksud kurnia daripada kerajaan Kedah. Perkataan itu disingkatkan lalu menjadi Perlis.

Sumber yang ketiga pula menyebut negeri Perlis mendapat namanya daripada nama sebuah kubur di Bukit Mengulang
iaitu kubur Tok Perlis. Kubur tersebut adalah milik seorang tokoh ulama yang terkemuka di Nusantara iaitu Tok Perlis.

Sumber yang keempat mengatakan nama negeri Perlis berasal daripada perkataan perlus. Kebanyakan tanah dalam di
Perlis ialah tanah sawah. Pada musim kemarau, tanah sawah akan merekah. Sesiapa yang berjalan akan terperlus. Dari
perkataan perlus itulah, Perlis mendapat namanya.

Menurut sebuah buku yang tulis oleh Ahmad Ismail dan Yazid Mat, dipercayai bahawa nama negeri Perlis berasal
daripada nama sejenis pokok yang dikenali sebagai pokok perlis. Pokok ini dahulunya tumbuh dengan begitu banyak di
negeri tersebut, terutama sekali di kawasan pinggir sungai. Kini, pokok perlis ini telah pun pupus.

Meskipun terdapat banyak kisah atau andaian tentang asal-usul nama negeri Perlis, kebanyakan sejarawan percaya bahawa negeri
Perlis dinamakan bersempena dengan nama pokok perlis.

Sejarah Negeri Perlis

Dari segi sejarah, Perlis adalah negeri di bawah naungan negeri Kedah. Bukti-bukti pra-sejarah yang terdapat di Bukit Tengku
Lembu di Beseri menunjukkan kewujudan negeri ini. Tempoh selepas pra-sejarah menunjukkan pengaruh ideologiIslam yang
mengambil alih pengaruh Hindu dan Buddha pada akhir abad ke-12 kerana berdasarkan cara hidup masyarakat tempatan.

Ideologi ini juga dipengaruhi oleh sultan Kedah yang menunjukkan imej negeri tersebut. Terdapat beberapa pendapat yang
berlainan mengenai sejarah pembentukan negeri Perlis. Menurut Ahmad Ismail dan YB Dato' Yazid bin Mat dalam buku mereka
iaitu "Negeri Perlis Indera Kayangan: Sejarah Pembentukan Sebuah Negeri Berdaulat" nama Perlis diambil dari nama pokok iaitu
"Pokok Perlis". Ketika itu, jajahan Perlis adalah di tenggara sempadan Satun, di barat daya daerahKubang Pasu, bertentangan
dengan Selat Melaka dibarat, di timur laut Songkhla. Namun terdapat fakta sejarah bahawa kawasan jajahan negeri Perlis
sebenarnya lebih luas dari itu.

Ekonomi
Untuk rencana lanjutan, lihat Ekonomi Negeri Perlis
Ekonomi negeri didominasi oleh pertanian, terutamanya beras, gula dan buah-buahan. Perhutanan dan perikanan juga
merupakan industri yang mustahak, dan negeri ini sedang mengambil tindakan untuk menarik perusahaan kecil dan sederhana.

Pendudukan Siam ke atas Kedah dan jajahannya pada tahun 1821 menyebabkan serangan dan tindakbalas penduduk tempatan
secara besar-besaran, akhirnya telah membawa kepada pengunduran Siam dan penyerahan kuasa mentadbir kepada pembesar
tempatan bagi mentadbir Kedah, Setul, Kubang Pasu dan Perlis.
Kebudayaan
Negeri Perlis sememangnya terkenal dengan kesenian Melayunya seperti Jikey Perlis, Makyong Laut dan Wayang Kulit Gedek
Bagi negeri Perlis, Raja Long Krok dilantik sebagai Gabenor, manakala Syed Hussin Jamalullail sebagai timbalannya. Detik ini
(atau Wayang Gedek).
Kebaya
Perlis merupakan
pakaianbagi
tradisional
yang yang
terkenal
di mendapat
negeri Perlis.
merupakan
detik bersejarah
negeri Perlis
telah
pengiktirafan dari status tanah jajahan kepada status sebuah
negeri naungan.

Demograf
Komposisi etnik pada tahun 2000 di Malaysia adalah seperti berikut: Melayu (174,805 atau 79.74%), Cina (21,058 atau 9.6%),
India (2,658 atau 1.21%) dan lain-lain (20,690 atau 9.45%).
Agama di Perlis - Banci 2010[2]
Manakala pada tahun 2010 pula, penduduk di negeri Perlis secara peratusan telah menganut pelbagai kepercayaan atau agama,
agama
peratusan
seperti 87.9% Muslim, 10.0% Buddha, 0.8% Hindu, 0.6% Kristian, 0.2% Taoism atau agama masyarakat Cina, 0.3% yang menganut
Islam

87.9%
lain-lain agama dan 0.2% pula tidak mempunyai agama.
Buddhism

10.0%
Hinduism

0.8%

Kristian

0.6%

Agama masyarakat Cina

0.2%

Lain-lain

0.3%

Tiada agama

0.2%

Beseri merupakan sebuah pekan dan mukim yang terletak di Perlis,Malaysia.

Ekonomi

Kegiatan ekonomi utama penduduk Beseri ialah berniaga. Kepesatan aktiviti perniagaan dan penempatan di Beseri menjadikan
kawasan ini sebagai aktiviti perniagaan dan penempatan kakitangan.

Dengan kepesatan aktiviti perniagaan di Beseri menyebabkan pembangunan bangunan kerajaan dan bangunan kedai yang
baru.

1.

Mukim Chuping

Chuping merupakan sebuah pekan dan mukim yang terletak di Perlis, Malaysia. Penanaman tebu yang terbesar di Malaysia
terletak di sini.

Semasa dahulu Bukit Chuping menjadi punca pengeluaran baja tahi kelawar. Bukit Chuping adalah bukit batu mendap batu
kapur yang mempunyai gua yang terdapat kelawar. Semasa dahulu baja tahi kelawar ini satu baja yang ada untuk tanaman
terutama tanaman padi kerana ia mengandungi kalsium dan besi yang mengikat fosfat. Apabila baja ini dibubuh pada sawah
yang terendam pembebasan fosfat dan kalsium menyuburkan lagi tanaman.

Chuping menjadi lokasi pengambaran flem KL Menjerit dan KL Menjerit 1.

Pada 9 April 1998, Chuping telah merekodkan suhu tertinggi dan terpanas di Malaysia iaitu 40.1 C (104.2 F).[1]

Chuping menerima lebihan purata hujan sedikit lebih daripada 2,000 mm (79 in) setahun dan kumulatif hujan jika dibandingkan
di lain-lain tempat di Malaysia, kerana itu Chuping dikategori salah satu tempat paling kering di Malaysia. Musim panas kering

Ladang Tebu Chuping


Chuping di ambil sempena nama sebuah bukit batu kapur yang mana dengan panggilan biasanya ialah Bukit Chuping. Di sini
terdapat 22,000 hektar kawasan penanaman tebu bag itujuan pembuatan gula. Ladang tebu terletak 23 km ke Utara Kangar, Perlis
danmengambil masa lebihkurang 30 minit perjalanan dari Pusat Bandar Kangar.
Empangan Timah Tasoh
Ada kahanda seorang pencinta alam? Jika benar, EmpanganTimah Tasoh sudahpasti tersenarai dalam daftar minda anda sebagai
tempat yang mendamaikan.empangan_timahEmpangan bernilai RM77 juta itu yang mula dibina pada 1987 membentuk tasik
buatan manusia seluas 13.3 kilometer persegi di kawasanBeseriapabila ia mula beroperasi pada 1992. Iaber tujuan sebagai pusat
tadahan air hujan bagi kegunaan penduduk Negeri Perlis. Di empanga niniiadapat menadah air sebanyak 33.3 juta meter padu
TAMAN REKREASI BUKIT AYER
Bukit Ayer terletak di Sungai Batu Pahat, Perlis. Bersesuaian dengan kesegaran persekitaran dan kesuburan tumbuhan hijau serta
kedinginan air terjun, Bukit Ayer lengkap untuk dijadikan tarikan kepada sesiapa yang sememangnya cintakan alam semulajadi. Ia
merupakan tempat yang paling baik untuk pengunjung sekeluarga menjalankan aktiviti perkemahan serta berkelah di sini.
Disamping itu juga terdapat kemudahan awam disediakan bagi memudahkan pengunjung yang berkunjung ke sini.
Hutan Lipur Bukit Ayer terletak 12 km dari Bandar Kangar. Beberapa kemudahan disediakan untuk seperti pusat penerangan, chalet,
tapak perkemahan, taman permainan kanak-kanak dan kemudahan tempat letak kereta. Untuk sampai ke hutan lipur ini
pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau pengangkutan awam seperti bas atau teksi dari Bandar Kangar.
Air terjun dan sungai yang mengalir jernih secara semulajadi mengindahkan suasana. Pada bahagian hilirnya pula terdapat sebuah
kolam mandi yang cantik untuk para pengunjung.
Di sini juga dikhaskan tapak perkhemahan yang menampung kira-kira 100 orang peserta dilengkapi dengan tempat memasak dan
sumber air yang bersih. Bagi mereka yang menggemari aktiviti lasak terdapat denai yang boleh digunakan bagi tujuan tersebut.
Disini juga terdapat tempat permainan kanak-kanak, gerai makanan, bilik air, surau dan pondok-pondok rehat.

TASIK MELATI
Tasik Melati terletak 8 km ke utara Kangar di dalam kawasan seluas 10 hektar. Sementara tasik seluas 4.5 hektar ini terletak di
kawasan tanah jenis paya / gambut. Terdapat lebih dari 150 buah pulau kecil di sekitarnya yang boleh dilawati dengan

menggunakan bot atau sampan.


Tasik Melati juga merupakan satu tasik yang kecil dengan airnya yang cetek dan sangat menarik. Lebih dari 150 buah pulau-pulau
beting pasir boleh dilihat bertaburan ditasik ini. Siarkaki telah dibina merintangi tasik ini untuk membolehkan pengunjung
menikmati pemandangan yang menarik, di sepanjang siarkaki ini juga disediakan tempat beristirehat.
Tasik Melati terletak di utara Kota Kangar, Perlis. Ia adalah sebuah tasik yang kecil tapi indah. Ia mendapat namanya melalui bunga
teratai yang terapung-apung di atas air. Tasik buatan manusia ini menjadi kesukaan orang ramai untuk berkelah, dan juga agak
sesuai untuk menenangkan fkiran.

GUA KELAM
Gua Kelam adalah merupakan salah satu gua yang paling menarik di Malaysia iaitu gua yang berukuran 370-meter panjang yang
berhampiran dengan pekan kecil Kaki Bukit. Gua Kelam terletak di Kaki Bukit yang jauh lebih kurang 36 km dari Bandar Kangar. Gua
Kelam dahulunya terkenal dengan lombong bijih yang menghasilkan bijih yang bermutu tinggi.Gua ini juga menjadi jalan
penghubung antara penduduk Wang Kelian dan Kaki Bukit. Terbaru, Gua Kelam bakal menjadi tarikan baru di Perlis. Meliputi 370m
gua batu kapur dan terletak di sebuah bandar kecil di Kaki Bukit. Gua Kelam di namakan sempena dengan keadaannya di mana
kedudukannya di kaki bukit dan suasana kelam yang sentiasa menyelubungi gua ini. Untuk merentasi ke dalam gua ini, disediakan
sebuah jambatan gantung untuk pelawat. Taman Rekreasi Gua Kelam adalah terkenal dengan jalan gua (cave walk)
Sungai bawah tanah yang panjangnya lebih kurang 400 meter mengalir melalui banjaran batu kapur dapat dilihat semasa melalui
gua ini. Sungai bawah tanah ini adalah fenomena kejadian semulajadi. Bekalan elektrik disediakan untuk pelawat menikmati
keindahan dalam gua. Pada tahun 1935, seorang warga Inggeris menyedari bahawa laluan sungai di sini adalah cara yang baik
untuk mengangkut bijih timah dari sebuah lombong berhampiran sungai ini menerusi gua bawah tanah ke Kaki Bukit. Kini pelawat
tempatan dan asing boleh berjalan menerusi gua ini menggunakan sebuah laluan kayu yang diterangi cahaya lampu.

TAMAN NEGERI
Taman Negeri terletak di Sempadan Barat Negeri Perlis di mana Semenanjung Malaysia bercantum dengan Thailand. Ia
berkedudukan di atas Banjaran Bukit Batu Kapur yang terpanjang di Malaysia (Banjaran Nakawan). Ia mempunyai lereng bukit yang
diselubungi hutan tebal, dinding batu yang curam, anak sungai dan gua yang terpanjang. Taman Negeri terdiri dari hutan simpan
Mata Ayer dan Hutan Simpan Wang Mu.
Tarikan Unggul

Keindahan flora dan fauna

Trek Kambing Gurun

Air Terjun Lata Kasih

Penghijrahan pelbagai spesies burung

Pemandangan Panaroma tasik

Kemudahan

Jalan raya

Titian

Tandas

Wakaf

Tapak Perkhemahan

Kemudahan Berekreasi seperti kayak

TAMAN HERBA
Letaknya hanya beberapa kilometer dari Taman Ular dan juga bersebelahan dengan Hutan Lipur Bukit Ayer. Taman Herba ini
merangkumi kawasan seluas 12 hektar. Ianya ditubuhkan oleh Pejabat Perhutanan Perlis pada tahun 1998. Ia dibuka kepada orang
awam pada tahun 1999. Taman ini kini berfungsi sebagai muzium etnobotani dan juga sebagai takungan gen bagi kebanyakan
sumber tumbuhan yang boleh didapati di negara ini. Perlis merupakan sebuah negeri yang terletak paling utara di Semenanjung
Malaysia dan bersempadan dengan negara Thailand di bahagian barat lautnya. Dengan keluasan 81,086 hektar, ia adalah sebuah
negeri terkecil di Malaysia dan merupakan sebuah negeri pertanian berdasarkan kepada kawasan pertanian dan jumlah tenaga
pekerja dalam bidang ini. Mengalami iklim bermusim yang ketara,di mana ia menerima jumlah hujan yang paling banyak di dalam
bulan Oktober dan April hingga Mei, manakala musim keringnya ialah di antara bulan Disember hingga Mac.
Perubahan musim ini banyak mempengaruhi jenis tumbuhan di Perlis. Ini termasuklah tumbuh-tumbuhan yang unik dari segi ciricirinya berbanding tumbuhan di negeri lain di Semenanjung Malaysia. Kedudukannya yang berdekatan dengan Thailand juga
menyebabkan negeri ini mempunyai spesies-spesies tumbuhan yang mempunyai perkaitan rapat dari segi ciri-ciri dengan spesiesspesies yang sama terdapat di Thailand dan Myanmar. Walaupun hanya 14% daripada keluasan Negeri Perlis diliputi hutan, negeri
ini terkenal sebagai salah sebuah negeri di Malaysia yang sentiasa memelihara sumber-sumber hutannya dari pelbagai aspek.
Taman Herba Negeri Perlis merupakan satu lagi projek Jabatan Perhutanan Negeri Perlis di dalam usaha untuk mempelbagaikan
potensi tumbuhan herba supaya dapat dimanfaatkan oleh generasi pada masa kini dan akan datang. Limpahan keaslian herba ini
telah menjadi inspirasi kepada penyelidik taman ini untuk mengetahui warisan dan kemujaraban sistem perawatan tradisional yang
telah diamalkan oleh nenek moyang sejak ratusan tahun dahulu. Sesungguhnya herba merupakan ubat untuk penyembuhan
pelbagai jenis penyakit.
Ditubuhkan pada tahun 1998 dengan keluasan 12 hektar, Taman Herba berfungsi untuk menempatkan koleksi tumbuh-tumbuhan
ubatan yang digunakan oleh penduduk setempat khasnya dan tumbuhan ubatan lain amnya. Ianya juga boleh dijadikan sebuah
muzium tumbuhan ubatan di mana taman ini dibuka kepada pelawat seluruh negara yang ingin mengenali dan mengetahui jenis
dan kegunaan tumbuh-tumbuhan ini. Koleksi tumbuhan yang terdapat di sini terdiri dari tumbuhan liar yang sedia ada di taman ini
(in-situ), tumbuh-tumbuhan ubatan yang didatangkan dari tempat lain (ex-situ) dan tumbuh-tumbuhan ubatan yang berasal dari
negara lain yang telah lama diperkenalkan di negeri ini.Sehingga tahun 2000. koleksi Taman Herba telah menjangkau sehingga 600
spesies. Di antara tumbuhan ubatan terkenal yang terdapat di sini ialah Tongkat Ali, Kacip Fatimah, Cekor, Halia, Serai, Mengkudu,
Selasih, Kayu Manis dan lain-lain lagi. Sesetengah tumbuhan di sini merupakan tanaman yang lazimnya ditemui di sekeliling rumah
anda seperti Bunga Raya, Bunga Tahi Ayam, Senduduk, Pokok Kapal Terbang, Sireh, Kesom, Pinang dan Pisang. Ianya dipamerkan di
sini untuk memberi kefahaman kepada pelawat terhadap nilai sebenar tumbuh-tumbuhan ubatan kepada manusia

TAMAN BUNGA KERTAS

Taman bunga kertas Tuanku Lailatul Shahreen merupakan salah satu destinasi terbaru pelancongan yang ditonjolkan dan menjadi
satu daya tarikan pelancong yang datang ke Negeri Perlis. Taman yang dibina di Laman Cenderawasih, pinggir Bukit Lagi
bersebelahan Taman Budaya Negeri itu adalah diambil sempena nama Raja Puan Muda, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah.

MUZIUM KOTA KAYANG


Muzium Kota Kayang merupakan sebuah muzium yang terletak di Perlis. Muzium Kota Kayang terletak bersekitaran Bukit Kayang,
Bukit Lambong Panah, Bukit Jagat Hutang, Bukit Wai dan Bukit Menara dalam mukim Kayang iaitu berhampiran terusan buatan
manusia yang tertua di Semenanjung. Di sini ia banyak menceritakan sejarah Kota Kayang.Ia terletak di tapak pengebumian Sultan
Kedah pada kurun ke16. Segalanya berkisar penemuan arkeologi di sekitar Negeri Perlis. Selain itu, koleksi simpanan raja raja
juga terdapat di sini.
Di sini juga pengunjung dapat melihat binaan Makam DiRaja dimana ia menggunakan kayu raja sebagai tanda dan diberi mana
Makam Al-Marhum Kayang. Terdapat tiga galeri iaitu galeri am yang mempamerkan kronologi pembinaan Kota Kayang, peralatan
harian golongan bangsawan di Perlis, galeri arkeologi yang mempamerkan hasil penyelidikan Kota Kayang dan sekitar negeri Perlis

serta galeri Perlis yang mempamerkan salasilah diraja negeri Perlis bermula dari Nabi Muhammad s.a.w dan replika bunga emas,
kesan pendudukan penjajah dan pelbagai koleksi yang menarik

BANDAR DIRAJA ARAU


Bandar diraja yang menjadi bandar kedua terpenting selepas ibu negeri sering dirujuk sebagai tempat bersemayam Sultan dan
Raja negeri di Malaysia. Mungkin ramai dari kita kurang perasan, sebenarnya bandar diraja adalah ibu negeri yang pertama kepada
negeri berkenaan kerana kedudukan strategik di muara sungai. Lazimnya, di sini tarikan pelancongan utama yang seharusnya
dikunjungi khususnya ketika musim cuti sekolah kerana menempatkan sejarah dan warisan bangsa yang perlu diteroka oleh
generasi muda.
Bandar Arau terletak kira-kira 10 kilometer dari Kangar ialah bandar diraja bagi negeri Perlis. Di sini ada istana, makam diraja,
masjid negeri dan bangunan awam seperti pejabat pos, bomba dan stesen keretapi. Bandar Arau ini juga dikenali sebagai bandar
ilmu kerana di sini ada beberapa pusat pengajian tinggi seperti Universiti Teknologi Mara (UiTM), Kolej Matrikulasi, Sekolah
Menengah Teknik dan Sekolah Agama Alwiah Ad Diniah iaitu sebuah sekolah agama yang mula-mula dibina di Perlis. Tarikan utama
ke Arau ialah Galeri Diraja Arau menjadi antara tarikan terbaru di Bandar Diraja Arau kerana menempatkan pelbagai barangan
koleksi kesayangan Raja Perlis.

KESENIAN DAN WARISAN

NEGERI PERLIS merupakan sebuah negeri yang sungguh kaya dengan kebudayaan tradisional. Menurut sejarah, negeri yang 'Permai
Lagi Indah' ini amat bertuah kerana penyebaran dan perkembangan kebudayaan tradisionalnya dipelopori oleh dua orang raja yang
begitu berminat dengan kesenian. Berbagai aspek kesenian berkembang dan tersebar luas dari istana hinggan ke desa-desa hasil
kreatif para aktivis budaya.

Dalam pemerintahan Tuanku Syed Saffi Ibni Almarhum Syed Alwi Jamalullail (1897-1905) baginda berusaha mengcungkil berbagai
kesenian yang kemudoannya dipopularkan oleh putera baginda Syed Alwi Ibni Almarhum Syed Saffi Jamalullail (1905-3 Februari
1943). Kesenian-kesenian itu bukan saja dipersembahkan di istana,malah juga kepada rakyat jelata, seluruh pelusuk desa
khususnya kesenian yang berunsurkan persembahan Tarian dan muzik Tarinai, Hadrah, Bangsawan dan Beduan.

Semenjak itu kebudayaan tradisional ini terus berkembang, di samping itu muncul pula kesenian-kesenian baru dalam zaman Jepun
yang terus di pupuk dan dibajai sehingga masakini.Kesenian-kesenian ini dipersembahkan dalam majlis-majlis keramain di kota dan
di desa ketika masa-masa tertentu sepanjang tahun. Berbagai aspek kebudayaan yang terdapat di negeri ini begitu popular dan
menarik perhatian antaranya kesenian dan permainan tradisional, kraftangan dan rumah, juga makanan dan pakaian tradisional.
Kebudayaan tradisional ini terus dipelihara dan dipopularkan oleh badan-badan kebudyaan, institusi-institusi yang berkenaan dan
pemerintah sendiri.

MAKANAN
Laksa Kuala Perlis
Laksa Kuala Perlis merupakan laksa yang terkenal di negeri Perlis.Laksa ini diperbuat daripada tepung beras, berkuahkan ikan begitu
berselera dimakan.
Laksa boleh dimakan sepanjang masa, samada pagi, petang ataupun malam bersama daun putat atau selom, bawang besar,
mentimun yang dihiris halus-halus dan telur rebus.
Makanan ini begitu terkenal di sepanjang pantai khususnya di Kuala Perlis. Mereka mengunakan acuan tertentu bagi menghasilkan
juraian-juraian laksa. Kuahnya diperbuat daripada ikan yang direbus, dilumatkan dan dimasak dengan perencahnya.
Makanan Laut
Makanan laut sangat terkenal di persisiran pantai kuala Perlis. Makanan laut yang dihidangkan di sini semuanya berkeadaan
segar.Pelbagai pilihan makanan disediakan untuk memenuhi selera pengunjung. Kebiasaanya makanan laut ini dinikmati pada
waktu malam sambil ditiup bayu angin laut.

Pulut Mempelam
Pulut yang dimakan dengan buah mempelam, ciku atau pisang merupakan makanan yang agak luar biasa bagi setengah-tengah
tempat, tapi bagi penduduk negeri Perlis khususnya para petani, makanan tersebut merupakan makanan biasa. Buah mempelam
bemban, mempelam telur atau mangga, kini mempelam harum manis yang masak dan manis isinya, dipotong kecik-kecik,dimakan
dengan pulut sibar atau pulut lemak, sungguh menyelerakan. Pulut sibar ialah pulut yang disibar atau digaul dengan santan
kemidian diratakan. Ladang mempelam harum manis di Sungai Batu Pahat, Perlis, menyediakan makanan tersebut ketika musim
mempelam,lumrahnya dalam bulan April hingga Jun saban tahun. Silalah berkunjung untuk menikmati Pulut Mempelam.
Nasi Ulam
Nasi Ulam, iaitu nasi yang dicampur dengan beberapa jenis daun merupakan makanan tradisi penduduk Perlis. Beberapa jenis
tumbuhan seperti mengkudu, putat, sekentut, cemumar,selom, dan mentalun diambil pucuknya, dihiris halus-halus dan digaul
dengan nasi. Lada dan ikan kering yang dilumatkan dicampur bersama, bagi menambahkan kelazatan nasi tersebut.
Nasi ulam biasanya dimakn ketika berbuka puasa. Rasanya bercampur pahit, lemak dan pedas begitu enak dimakan bersama
dengan sayur keladi sebagai pembuka selera.

Pekasam
Makanan pekasam ini diperbuat daripada ikan ataupun udang, bagi masyarakat negeri ini pekasam ikan lebih terkenal berbanding
dengan pekasam yang diperbuat daripada udang. Kebiasaannya ikan air tawar (ikan darat) seperti ikan puyu, lampam jawa, sepat
siam, sepat jawa dan ikan talapia digunakan untuk menyediakan pekasam.
Pekasam disediakan melalui proses pemeraman ikan yang digaul bersama garam, serbuk beras goreng dan boleh juga dimasukkan
asam keping atau asam jawa serta gula merah. Pekasam ikan ini biasanya digoreng dan dimakan bersama nasi sebagai hidangan
tengahari ataupun makan malam. Ada pula yang memakannya dengan pulut kukus dan kelapa parut (nyiur kukur). Masak lemak
pekasam juga terkenal di negeri ini.

MEMBELI-BELAH
Padang Besar
Padang Besar adalah antara lokasi terkenal yang menawarkan pasar terbuka di negara ini. Di sini, terdapat banyak gerai yang
menjual pelbagai barangan dengan harga yang murah. Ini kerana kebanyakan barangan yang dijual disini diimport dari negara
Thailand. Antaranya ialah pakaian, barangan perhiasan, kelengkapan rumah, permainan, barangan kulit dan juga makanan.
Begitupun, tarikan pengunjung kesiniImage tentulah kepada kedaikedai yang menjual barangan tiruan yang berjenama terkenal.
Waktu urusan bagi urusan keluar masuk sempadan adalah dari jam 8.00 pagi hingga 10.30 malam bagi pintu Padang Besar.
Pasar Ahad Wang Kelian
Selain Padang Besar, Wang Kelian adalah merupakan salah satu tarikan membeli-belah di sempadan negeri ini. Pekan kecil yang
terletak sempadan dengan Wang Prachan, Thailand yang sememangnya terkenal dengan gerai-gerai jualan yang dibuka setiap hari.
Aktiviti jualan lebih rancak diadakan pada pagi Ahad setiap minggu.
Salah satu tarikan di Pekan Wang Kelian ialah Nat Wang Kelian. Ia diadakan pada hari Sabtu dan Ahad. Lazimnya, kemeriahan dan
kemunculan lebih banyak gerai dapat dilihat pada pagi hari Sabtu dan berlanjutan hingga ke hari Ahad. Namun pasar ini juga telah
dibuka setiap hari.

Keistimewaan pasar pada hari Ahad pula ialah pelancong tempatan berpeluang menyeberang tembok batu sempadan MalaysiaThailand tanpa perlu menggunakan dokumen perjalanan.

Ladang Tebu Chuping


Chuping diambil sempena nama sebuah bukit batu kapur yang mana dengan panggilan biasanya ialah Bukit Chuping. Di sini
terdapat 22,000 hektar kawasan penanaman tebu bagi tujuan pembuatan gula. Ladang tebu terletak 23 km ke Utara Kangar, Perlis

dan mengambil masa lebih kurang 30 minit perjalanan dari Pusat Bandar Kangar.

Empangan Timah Tasoh


Adakah anda seorang pencinta alam? Jika benar, Empangan Timah Tasoh sudah pasti tersenarai dalam daftar minda anda sebagai
tempat yang mendamaikan.empangan_timah Empangan bernilai RM77 juta itu yang mula dibina pada 1987 membentuk tasik
buatan manusia seluas 13.3 kilometer persegi di kawasan Beseri apabila ia mula beroperasi pada 1992. Ia bertujuan sebagai pusat
tadahan air hujan bagi kegunaan penduduk Negeri Perlis. Di empangan ini ia dapat menadah air sebanyak 33.3 juta meter padu

Taman Ular Dan Reptilia


Taman Ular ini diwujudkan hasil daripada penyelidikan mengenai habitat spesies ular yang terdapat di Malaysia. Ia merupakan
Taman Pembiakan dan Penyelidikan Ular terbesar di Malaysia. Di Taman Ular ini, terdapat lebih daripada 20 spesis ular dan juga
spesies-spesies lain seperti buaya, biawak, kuda, kura-kura, memerang, dan lain-lain.

Harumanis
Ladang mempelam harumanis merupakan salah satu produk pelancongan utama di negeri Perlis. Ianya terletak di kawasan Bukit
Bintang, Sungai Batu Pahat. pic7Ladang mempelam ini amat unik sekali kerana tidak terdapat di negeri negeri lain . Selain itu
rasa dan aroma buahnya yang tersendiri telah menarik pelawat untuk berkunjung ke ladang ini. Ianya hanya boleh dinikmati
setahun sekali sekitar bulan Mac Jun.

Laksa Kuala Perlis


Laksa Kuala Perlis merupakan laksa yang terkenal di negeri Perlis. Laksa ini diperbuat daripada tepung beras, berkuahkan ikan
begitu berselera dimakan. Makanan ini begitu terkenal di sepanjang pantai khususnya di Kuala Perlis. Mereka mengunakan acuan
tertentu bagi menghasilkan juraian-juraian laksa. Kuahnya diperbuat daripada ikan yang direbus, dilumatkan dan dimasak dengan
perencahnya.

Makanan Laut
Makanan laut sangat terkenal di persisiran pantai kuala Perlis. Makanan laut yang dihidangkan di sini semuanya berkeadaan segar.
Pelbagai pilihan makanan disediakan untuk memenuhi selera pengunjung. Kebiasaannya makanan laut ini dinikmati pada waktu
malam sambil ditiup bayu angin laut.

Padang Besar
Padang Besar terletak 37 km dari bandar Kangar, Perlis dan bersempadan dengan Thailand. Ia merupakan salah satu pintu masuk
dan keluar utama penduduk negara ini ke negara jiran. Padang Besar adalah antara lokasi terkenal yang menawarkan pasar
terbuka di negara ini. Di sini, terdapat banyak gerai yang menjual pelbagai barangan dengan harga yang murah. Ini kerana
kebanyakan barangan yang dijual disini diimport dari negara Thailand. Antaranya ialah pakaian, barangan perhiasan, kelengkapan
rumah, permainan, barangan kulit dan juga makanan.

BAHASA PERLIS BAHASA UTARA

Bahasa Melayu Kedah merupakan salah satu dialek yang dituturkan oleh masyarakat Malaysia di Negeri Kedah, Pulau
Pinang, Perak, dan Perlis. Bahasa Melayu Kedah juga dipertuturkan di Wilayah Selatan Thailand iaituSatun.

Penduduk di Trang, Thailand juga menuturkan bahasa Melayu Kedah dengan pengaruh bahasa Thailand [1] Penutur dialek Melayu ini
keseluruhannya dianggarkan lebih 4 juta (sekitar 3,1 juta penutur bahasa ibunda dan selebihnya digunakan sebagai bahasa kedua).
Selain negari-negari tersebut, dialek ini juga dituturkan di selatan Myanmar dan sebuah tempat di utaraSumatera. Masyarakat
setempat merujuk kepada Bahasa Melayu Kedah ini sebagai loghat utara (dialek Utara-oleh Malaysia) dan pelet Kedah (dialek
Kedah di Negeri Kedah).

Bahasa Melayu Dialek Kedah juga boleh dibahagikan kepada beberapa subdialek yang diterdiri daripada Kedah Persisiran
(standard), Bahasa Kedah Pattani ataupun Kedah Hulu iaitu di Baling, Kedah Utara, Perlis-Langkawi, Pulau Pinang dan lain - lain (Luar
Malaysia).

Contoh Bahasa Melayu Kedah:

Dialek Kedah (Subdialek Piawai)

Bahasa Melayu Piawai (Malaysia)

Hang

Kamu, Engkau

Cek

Saya, Kamu

Depa

Mereka

Hangpa

Kalian

Sepa (Hanya digunakan disesetengah tempat)

Kami

Pi

Pergi

Mai

Datang, Mari

Awat, Pasepa

Mengapa

La

Sekarang

Sat

Sebentar, Sekejap

Mengkala

Bila, Apabila

KetegaR

Degil, Keras Kepala

Jom (digunakan secara meluas dalam Bahasa Melayu)

Ayuh, Mari

Kot (digunakan secara meluas dalam Bahasa Melayu)

Mungkin, Barangkali

GeRek

Basikal (juga digunakan oleh Masyarakat dikawasan bandar)

Mertun

Tukul

Tenggalung

Baling

Ghabat

Panjat

Ligan

Kejar

Loq Laq

Tak senonoh

Ketit

Gigit kecil

Tokak

Gigit

Berlemuih

Comot

Cemuih

Bosan

Pelancongan di Negeri Perlis


Untuk menarik lebih ramai pelancong dengan mengekploitasi potensi dan sumber semulajadi negeri Perlis, Jabatan Pelancongan
telahpun memperkenalkan Tujuh Pesona Perlis (Antaranya termasuklah Panorama, Taman Ular, Harumanis, Makanan dan Makanan
Laut, Tarikan Sempadan, Mengintip Burung Pengembaraan Hutan .
"Negeri Permai Lagi Mempesona", merupakan ungkapan yang paling tepat untuk mengambarkan keindahan dan kedamaian negeri
Perlis. Berbekalkan Landskapnya yang menghijau dan permai, menawarkan sesuatu yang menarik buat pencinta kedamaian alam.
Berikut merupakan tempat-tempat pelancongan di Perlis.
Taman & Hutan
Hutan Lipur Bukit Ayer
Hutan Lipur Bukit Kubu
Taman Negeri Wang Kelian
Taman Rekreasi Bukit Jernih
Taman Rekreasi Gua Kelam
Taman Rekreasi Sungai Batu Pahat
Taman Rekreasi Tasik Melati
Taman Rekreasi Tasik Timah Tasoh
Taman Ular dan Reptilia

Makanan
Harumanis
Laksa Perlis

Anda mungkin juga menyukai