Anda di halaman 1dari 29

MELANAU

LATAR BELAKANG
Masyarakat Melanau merupakan masyarakat etnik yang terdapat di Sarawak. Umumnya
masyarakat Melanau mempunyai persamaan dengan masyarakat Melayu baik dari segi
kepercayaan, kebudayaan dan adat resam. Justeru itu masyarakat ini merupakan satu cabang
dalam masyarakat Melayu. Namun begitu masyarakat Melanau tetap mempunyai budaya dan adat
resam mereka yang tersendiri. Adat resam ini jelas terlihat dalam aspek kehidupan mereka seperti
kelahiran, perkahwinan dan juga kematian. Adat resam atau amalan ini diwarisi sejak zaman
berzaman dan masih diteruskan hingga ke hari ini.
Masyarakat Melanau adalah antara masyarakat yang terdapat di Sarawak. Umumnya
masyarakat Melanau mempunyai persamaan dengan masyarakat Melayu baik dari segi
kepercayaan, kebudayaan dan adat resam. Justeru itu masyarakat ini merupakan satu cabang
dalam masyarakat Melayu. Namun begitu masyarakat Melanau tetap mempunyai budaya dan adat
resam mereka yang tersendiri dan antaranya dalam aspek kelahiran. Adat dan pantang larang
tersebut adalah seperti berikut:

KEGIATAN EKONOMI
Kegiatan ekonomi utama mereka adalah menangkap hasil laut dan menjadi petani padi sawah bagi
sebahagian kecil daripada mereka yang tinggl di kawasan pendalaman. Selain itu, perusahaan sagu
juga diusahakan oleh kaum ini. Pokok sagu tumbuh di kawasan yang berpaya. Pokok Sagu hanya
boleh ditebang selepas sepuluh tahun. Tepung sagu atau lemantak diperoleh daripada isi pokok sagu
yang dipanggil ripo. Ripo dijemur sehingga kering dan diproses sebelum dijadikan lemantak, iaitu
tepung sagu. Teknik pembuatan sagu juga diselitkan di dalam tarian Melanau seperti Mengarang.
Sarawak merupakan pengeksport sagu yang terbesar di Malaysia.

PERKATAAN MELANAU

pagi = Song, ,suab


Makan = Keman
Minum = Tuteng
Air = Nya'am, Anum
Siapa = Sai, Yai
Awak = Mo,Ka'au, Nou, Kan
Nama = Ngadan,Radan
Rumah = Lebok, Kubou,Lebuk, lamin
Apa = Inou, Nau
Khabar = Dengah
Bagus = Da'au,Dao, diak
Bila = Pidan ,Paya
Siapa = Yai, sai
Kenapa = Inauhal,Wakno, minew
kamu = mo, kan ,ka'au
tidur = tudui,Tudoy,Tudoi
kentut = petut,pangai
jalan = sibal,Makau

Tarian Masyarakat Melanau


Tarian masyarakat melanau amat berlainan dengan masyarakat lain di Malaysia.
Kebanyakan tarian masyarakat melanau bersifat pemujaan. Mungkin diadaptasi dari tradisi
pebayoh bagi memuja ipok untuk menyembuhkan sesuatu penyakit. Pada zaman dahulu, tarian
ini hanya dilakukan pada masa-masa tertentu sahaja. Antaranya ialah semasa perayaan Kaul bagi
meminta keberkatan dari ipok agar memurahkan rezeki mereka.
Tarian masyarakat melanau juga berkait dengan tradisi bertani oleh masyarakat melanau.
Antaranya bagi meminta keberkatan untuk menebang mulung atau rumbia yang menurut
kepercayaan masyarakat melanau terdapat penunggu di kelopak dahan pokok palma ini. Jadi bagi
memudahkan proses menebang terdapat satu tarian yang dilakukan bagi melembutkan hati makluk
halus itu meninggalkan pohon itu dan memberi ruang kepada petani untuk menebang pokok rumbia
itu.
Sebenarnya banyak lagi tarian masyarakat melanau yang kita tidak ketahui. Mungkin
sudah ditelah masa kerana kurangnya penari tradisional. Mungkin juga golongaan penari pada
masa dahulu adalah golongan elit dan tidak berkongsi bakat mereka dengan orang lain. Atau
mungking kita terpaksa mencodok tarian masyarat lain kerana kita adalah serumpun.

Makanan Tradisi Kaum Melanau

SELISIH
Makanan ini adalah dari kaum org Melanau.yang dorang panggil Selisih.. sago si simbah dgn
kauh kari ikan atau pun ayam. Dimakan masa masih panas2..terliur lah .

ULAT MULONG
Yang ini ulat mulong, dalam bahasa melanau dipanggil Siet. Semestinya teman-teman kenal
gambar diatas. Inilah adalah makanan eksotik yang paling digemari masyarakat melanau Umai
dan Siet atau makanan laut adalah trademark bagi masyarakat melanau. Harga umai satu porsi
dari RM15 dan terserah permintaan kita. Manakala harga siet satu porsi RM20 hingga RM30.

Pakaian Tradisional
Pakaian lelaki Melanau pula daripada satin berwarna gelap dipadankan dengan kain songket
bunga tabur dan pakaian kepala sengkulon dari Jawa. Wanita Melanau menggayakan baju baldu
hitam dengan sarung songket Brunei tenunan Sarawak, bertali pinggang pending besar, diserikan
dokoh dan perhiasan kepala kepih sanggul.

Wanita berbaju Kurung Teluk Belanga, kepala dihiasi selayah diserikan selempang sarung di
bahu. Wanita Melayu Sarawak mengenakan Baju Kurung broked, sarung songket bunga tabur,
selayah kerengkam dan selempang songket.

Seni dan Craftangan Melanau


Terendak Matu

Bandar Mukah di Sarawak sangat menonjol dengan seni bina bangunan berbumbungkan terendak
gergasi suatu identiti etnik Melanau iaitu salah satu kaum di Bumi Kenyalang. Di sebalik keunikan
bentuk kon terbalik itu di puncak bangunan utama seperti Menara Pehin Setia Raja, bangunan
RECODA, Masjid Setia Raja dan beberapa bangunan komersial, ideanya datang dari terendak.

Tiga saiz berbeza adalah untuk disesuaikan bagi tujuan cenderahati atau buah tangan kepada
pelancong terutama dari Semenanjung Malaysia dan Sabah.
Produk kraftangan yang diwarisi dari generasi ke generasi keluarga Melanau itu dipasarkan
secara meluas melalui pameran dan jualan dalam pelbagai upacara rasmi kerajaan.
Dari segi buatan hasil kerja tangan terhadap terendak ini berkelebihan dari segi seni dan corak boleh
juga dijadikan perhiasan dinding dalam rumah, hotel, restoran dan lapangan terbang.
Sementara yang kecil boleh digantung dalam kereta atau sebagai rantai kunci. Dengan itu,
tidak hairanlah ia menjadi antara barangan cenderahati pilihan ramai.

Perkahwinan
Perkahwinan dalam masyarakat Melanau mengandungi beberapa istiadat yang
sangat diambil berat kerana implikasi sosial yang terdapat padanya. Aspek pangkat
dititikberatkan dalam institusi perkahwinan berbanding dengan institusi yang lain.
Masyarakat Melanau juga begitu mementingkan status sosial mereka iaitu sembilan
pikul, tujuh pikul, tujuh betirih dan lima betirih. Jenis barangan dan hadiah yang perlu
dibawa untuk tanda tunaeng dan barang yang mengiringi mas kahwin seperti adat
menuga, adat mebin dan pakan juga dikira berdasarkan status sosial ini. Namun begitu,
asas adat perkahwinan adalah sama seperti masyarakat lain iaitu merisik, meminang dan
majlis perkahwinan.

>> Merisik
Di kalangan masyarakat Melanau, perkahwinan antara pasangan daripada status sosial yang
sama dikenali dengan sama gara. Perkahwinan antara pasangan yang berlainan status sosialnya
dikenali sebagai sida adat. Wakil pihak lelaki mengunjungi rumah keluarga perempuan untuk
mengetahui lebih lanjut dan memastikan status sosial keluarga perempuan dan untuk menentukan
sama ada gadis itu sudah berpunya atau belum. Sekiranya gadis itu belum berpunya, ditanyakan
sama ada gadis itu boleh dipinang ataupun tidak serta mas kahwinnya.

>> Meminang
Pada hari yang telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak keluarga lelaki dan perempuan,
maka diadakanlah adat tanda tunang, wakil keluarga lelaki, iaitu beberapa orang lelaki dan
perempuan yang telah berumur akan menyerahkan barang hantaran peminangan iaitu sebentuk
cincin emas, sebilah senjata, segantang padi, sebiji kelapa dan satu pikul barang tembaga. Dengan
penyerahan barang tersebut oleh wakil keluarga lelaki dan diterima oleh wakil keluarga perempuan
maka rasmilah pertunangan itu. Kedua-dua pihak hendaklah mematuhi segala syarat yang telah
dipersetujui bersama. Jika persetujuan dilanggar, pertunangan boleh diputuskan. Sekiranya pihak
perempuan yang memutuskannya, barang tanda tunang mesti dikembalikan kepada pihak lelaki
tetapi jika pihak lelaki yang memutuskannya, tanda tunang itu menjadi milik pihak perempuan.

Majlis Perkahwinan
Majlis perkahwinan diadakan secara besar-besaran kecuali perkahwinan jenis 'peramas' iaitu
per-kahwinan kerana ditangkap basah. Persiapan untuk majlis ini berlangsung beberapa hari lebih
awal. Bakal pengantin lelaki dikehendaki menyerahkan hadiah mas kahwin iaitu 'penyekab' dan
'berian' dan hadiah lain seperti 'adat menuga', 'adat mebin' dan 'pakan' sehari sebelum majlis itu
diadakan. Penyerahan ini disusul dengan acara pernikahan. Pernikahan boleh juga di-adakan pada
pagi keesokannya iaitu pada hari diadakan majlis perkahwinan. Kenduri perkahwinan diadakan di
rumah kedua-dua belah pihak pengantin lelaki dan pengantin perempuan yang dihadiri oleh sanak
saudara, jiran dan sahabat handai.Kemuncak acara majlis ialah persandingan yang biasanya
diadakan pada tengah hari.
Selesai bersanding di rumah pengantin lelaki, diada-kan pula persandingan di rumah pengantin
perempuan untuk menjalani 'adat petudui' iaitu penyerahan pelbagai barang, antaranya
termasuklah sebentuk cincin emas dan seutas gelang perak oleh pengantin lelaki kepada pengantin
perempuan. Semasa menjalani adat ini, kedua-dua pengantin dikenakan pelbagai pantang larang,
misal-nya tidak boleh mandi di sungai dan tidak boleh tidur pada waktu siang.Pada sebelah malam,
di rumah pengantin perempuan diadakan pula upacara makan nasi temuan.

Adat Rumah Tangga


Oleh kerana perkahwinan merupakan satu institusi yang penting, terdapat beberapa peraturan
dalam kehidupan mereka yang perlu diikuti oleh kedua-dua pasangan pengantin sama ada lelaki
atau perempuan. Antara peraturan yang perlu diikuti oleh mereka ialah:
Setelah menjadi pasangan suami isteri, suami tidak boleh menetak bumbung rumah dengan parang
kerana cara ini boleh menyebabkan hubungan renggang antara suami dan isteri.
Suami tidak boleh memerah kelapa yang sudah diparut kerana boleh menyebabkan perut isteri sakit
atau memulas.
Pakaian yang dipakai semasa upacara perkahwinan tidak boleh dijahit walaupun koyak kerana
boleh menyebabkan penyakit di kalangan suami isteri.
Isteri dilarang keras memarut rumbia atau menyeberangi sungai kerana akan jatuh sakit sehingga
boleh menyebabkan anak di dalam kandungan keguguran.

BUDAYA MELANAU
PAKAIAN TRADISIONAL(LELAKI)
1)Pakaian lelaki Melanau dari satin berwarna gelap dipadankan dengan kain songket bunga tabur
dan pakaian kepala sengkulon dari Jawa. 2)Lelaki menggayakan baju potongan moden bersamping
broked oren keemasan, pinggang berikat selendang sifon berkopiah Jawa.

PAKAIAN TRADISIONAL(WANITA)
1)Wanita Melanau menggayakan baju baldu hitam dengan sarung songket Brunei tenunan Sarawak,
bertali pinggang pending besar, diserikan dokoh dan perhiasan kepala kepih sanggul.2) Wanita
Melanau menggayakan Baju Baban asal pakaian pengantin Melanau. Baju kurung pendek warna
hitam dipadankan dengan kain songket. Di dada memakai 2 helai selendang merah dan perhiasan
diri kepih dada dan kepih sanggul.

Pakaian Wanita

Pakaian Lelaki

KELAHIRAN
>> Sewaktu Mengandung
Tiada sebarang adat khusus yang diamalkan oleh wanita hamil di kalangan masyarakat
Melanau, namun begitu mereka juga terikat daripada mengamalkan pantang larang. Kebanyakan
larangan yang dikenakan banyak bergantung kepada faktor pemakanan seperti tidak boleh
memakan buah-buahan yang berbau kuat seperti durian atau ulam seperti petai kerana badan
akan menjadi busuk. Wanita hamil tersebut juga tidak boleh makan pucuk-pucuk paku kerana susu
badan akan menjadi masam. Haiwan buruan yang dibunuh di dalam hutan tidak boleh diberikan
kepada wanita hamil kerana diyakini anak dalam kandungan akan melecur seluruh badan.
Larangan ini juga tidak terhad kepada wanita hamil tersebut sahaja, malah si suami juga
dikehendaki menjauhi beberapa perkara. Si suami tidak boleh memotong kayu yang bertindan atau
memakan ikan pari kerana dikhuatiri bibir anak akan menjadi sumbing. Si suami juga tidak boleh
mengecat kerana dikhuatiri anak di dalam kandungan akan diiringi minyak. Sekiranya terdapat
sebarang kematian, si suami tidak boleh melihat kerana anak di dalam kandungan akan mendapat
penyakit. Suami juga tidak boleh memotong akar temalet kerana anak akan meninggal dunia tanpa
sebab. Semasa mengandung juga wanita tersebut tidak boleh ditakut-takutkan kerana dikhuatiri
akan menyebabkan anak dalam kandungan cacat ataupun gugur.

>> Selepas Lahir

Apabila si ibu melahirkan anak, orang kampung dan saudara mara akan datang
melawat. Mereka lazimnya akan membawa hadiah bersama. Masyarakat Melanau juga dilarang
daripada memuji bayi yang baru dilahirkan. Sebaliknya mereka lebih senang jika bayi itu dikatakan
hodoh dan sebagainya. Selepas bersalin, ibu tersebut dikehendaki mengeringkan badannya di puyan
dan tidak boleh makan sembarangan. Sesiapa yang ingin bermalam di dalam rumah tersebut
hendaklah bermalam selama tiga hari. makanan dan barang-barang di dalam rumah tidak boleh
dipinjam atau dibawa keluar, jika tidak anak akan jatuh sakit atau meninggal.
Dalam tempoh berpantang juga, si ayah tidak dibenarkan memegang anak itu selepas
balik dari hutan atau balik dari laut kerana bau laut dan hutan masih melekat di badannya
sehingga boleh menjejaskan kesihatan anak tersebut.
Bagi bayi perempuan, semasa kecilnya dahinya dipipihkan dengan sejenis alat iaitu jak.
Ini bertujuan untuk mencantikkan dahinya. Proses ini sudah menjadi identiti khas di kalangan
masyarakat Melanau.

Latar Belakang

Kegiatan Ekonomi

Perkataan Melanau

Tarian Masyarakat
Melanau

Makanan Tradisi
Kaum Melanau

Pakaian Tradisional

Seni dan Craftangan


Melanau

Perkahwinan

Adat Rumah Tangga

Budaya Melanau

Kelahiran

Anda mungkin juga menyukai