Anda di halaman 1dari 25

FACULTY OF APPLIED AND CREATIVE ARTS

GKA 1073 CULTURE AND HERITAGE STUDEIS

FINAL GROUP PROJECT (20%)

Project Title: Preserving Cultural Heritage in [Belawai]


Tajuk Projek: Memelihara Warisan Budaya di [Belawai]

Bil. Nama No.Matrik

1. ASHLLEY BINTI JAIBI 83298

2. ASRINAWATI BINTI YASSIM 83301

3. CHERYLYN SARAT JAUBID 86361

4. CINDY CAREN ZATTONY 83532

5. CINDY STELLA BINTI LAJIM 83533

6. NUR AYUNI BINTI MUHAMAD MAIDIN 86793

7. OLGARACHEL BINTI ADNAN 85431

8. SITI AISYAH BINTI AZMAN 85709

9. SHALLEN ELVIRA ANAK DUNGGA 85633

10. SHARIFAH ERMIZZA ERMA BINTI WAN 85644


OSMAN
ANALISIS TERHADAP ADAT RESAM BAGI KAUM MELANAU DI SARAWAK 

ABSTRAK

Kaum Melanau merupakan kaum yang terdapat di Sarawak yang mempunyai adat resam

yang istimewa. Pada umumnya, kaum Melanau memiliki persamaan dengan kaum Melayu

tidak kira dari segi kepercayaan, budaya mahupun adat resam. Tidak dapat dinafikan bahawa

kaum Melanau tetap memiliki budaya dan adat resam mereka yang tersendiri. Kehidupan

seharian mereka, setiap perbuatan mahupun tingkah laku yang mereka amalkan mempunyai

kepercayaan termasuklah kepercayaan terhadap alam, asal kejadian manusia, cara perubatan

dan majlis keramaian. Keunikan adat resam kaum Melanau pula jelas terlihat dalam

kehidupan mereka seperti kelahiran, perkahwinan dan kematian. Diketahui bahawa adat

resam atau amalan ini telah diwarisi sejak dahulu lagi sehingga ke hari ini.

Pengenalan 

WARISAN BUDAYA DI KOMUNITI MASYARAKAT MELANAU

   Warisan budaya adalah warisan yang mewakili sistem nilai, kepercayaan, adat resam,

cara hidup, dan keturunan sesuatu budaya yang telah diwarisi secara berterusan daripada satu

generasi ke satu generasi. Cara hidup masyarakat melanau yang berkembang dan diwarisi

dari generasi ke generasi dinyatakan dalam warisan budayanya. Warisan budaya juga ialah

ciri-ciri bersama komuniti yang mencerminkan sejarah dan identitinya pada masa lalu, kini

dan masa depan tersirat.

   Kaum Melanau merupakan kumpulan etnik yang berbeza di Sarawak. Kaum Melanau

adalah antara yang terbesar di Sarawak, menduduki tempat keenam dari segi populasi.

Sebagai warisan budaya, ritual ini jelas terdapat dalam lingkungan hidup mereka. Tradisi
budaya ini telah diwarisi turun-temurun dan berterusan sehingga kini. Konsep ini

menggabungkan warisan budaya masyarakat Melanau.

Dalam kehidupan warisan budaya masyarakat melanau, mereka mempunyai adat

kepercayaan mereka tersendiri yang diwarisi secara turun temurun. Warisan budaya

masyarakat melanau mengekalkan budaya dan ritualnya sendiri supaya tidak dilupakan adat

tradisi mereka. Namun begitu, terdapat adat yang jelas terlihat dalam kaum melanau iaitu

adat perkahwinan dan adat kematian. Adat perkahwinan masyarakat Melanau dipercayai

menjadi tunjang kehidupan sesebuah keluarga. Setiap upacara dalam adat perkahwinan orang

Melanau dijalankan dengan penuh adatnya tersendiri. Begitu juga dengan adat

kematian,mengikut kepercayaan orang Melanau, upacara penguburan adalah upacara yang

penting. Dengan berpegang kepada tradisi tertentu dan mengambil kira darjat sosial si mati,

kematian harus ditangani sepermanusiaan yang mungkin. Warisan budaya masyarakat

melanau mempunyai keunikkan budaya mereka yang tersendiri lebih lebih lagi dengan adat

resam mereka. Berikut merupakan penjelasan adat yang terdapat di Melanau. 

Proses Perkahwinan Masyarakat Melanau

Adat merupakan satu kebiasaan daripada satu perbuatan yang diulang-ulang dan

diterima pakai oleh masyarakat sebagai peraturan dalam kehidupan mereka seharian. Adat

resam yang terdapat di Melanau adalah adat perkahwinan. Dalam masyarakat Melanau,

perkahwinan mengandungi beberapa syarat yang harus mereka patuhi kerana ini merupakan

implikasi sosial yang termaktub dalam adat mereka. Begitu juga, aspek pangkat atau status

sosial dititikberatkan dalam proses perkahwinan, iaitu mengikut pangkat bagi belah pihak

perempuan. Setiap pangkat memiliki perbezaan dari segi jumlah barang atau hantaran. Proses

perkahwinan memerlukan mereka untuk menyediakan barangan atau hadiah yang


menunjukkan “Tanda Tunang” dan barang yang mengiringi mas kahwin seperti “Adat

Menuga”, “Adet Mebin” dan “Pakan” berdasarkan status sosial tersebut. Oleh itu, proses adat

perkawinan Kaum Melanau adalah sama dengan masyarakat Melayu, iaitu merisik,

meminang dan majlis perkahwinan. 

Adat merisik atau Membawen 

Proses pertama dalam perkahwinan masyarakat Melanau adalah merisik ataupun

membawen dalam bahasa Melanau. Warisan budaya adat Melanau terdahulu adalah majlis

perkahwinan akan ditetapkan oleh ibu bapa masing-masing. Perkahwinan pasangan yang

mempunyai status sosial yang sama dikenali sebagai sama gara, manakala perkahwinan

antara pasangan yang berlainan status sosial dikenali sebagai sida adat. Dalam adat merisik

ini, wakil pihak lelaki akan mengunjungi rumah keluarga perempuan untuk mengetahui lebih

lanjut dan memastikan status sosial keluarga perempuan dan memastikan gadis itu

berpasangan ataupun belum. Gadis itu belum berpunya, gadis itu akan ditanya sama ada gadis

itu boleh dipinang ataupun tidak serta mas kahwinnya. Selepas proses ini, pihak perempuan

yang akan menetapkan masa dalam beberapa minggu atau bulan sevbelum memberikan

jawapan untuk risikan dareri pihak lelaki itu. 

Ada yang mengatakan bahawa, amalan kaum Melanau yang terdahulu adalah mereka

akan memilih pasangan dari kalangan saudara-mara mereka sendiri, iaitu orang yang saling

mereka kenali. Menurut kaum Melanau, sekiranya mereka berkahwin dalam keturunan

sendiri, hubungan itu dapat dilindungi dan mengelakkan daripada berlakunya perceraian.

Sekiranya mereka memilih daripada saudara-mara mereka, mereka tidak akan bercerai kerana

ia akan menjadi tanggungjawab untuk mereka menjaga hubungan antara keluarga masing-

masing. Perceraian yang berlaku menyebabkan keluarga berpecah-belah dan hilang


perpaduan. Tetapi pada zaman kini, adat ini tidak lagi diamalkan, di mana pasangan berhak

memilih pasangan masing-masing tanpa mengira pangkat atau latar belakang keluarga

masing-masing dan ibu bapa hanya perlu merestui pilihan pasangan anak-anak.

Adat pertunangan

Pertunangan akan dilakukan selepas adat merisik dilakukan. Pertunangan akan

dijalankan apabila kedua-dua pihak lelaki dan perempuan sudah bersetuju dan hari

pertunangkan akan dilakukan pada tarikh yang dipersetujui. Ini juga mengikut pangkat

keluarga pihak perempuan, maka pihak pengantin lelaki kenalah mematuhi segala permintaan

daripada keluarga perempuan. Sebagai contohnya, lelaki memiliki pangkat lima pikul,

manakala perempuan adalah sembilan pikul, majlis akan dilaksanakan mengikut adat

pengantin perempuan, iaitu sembilan pikul. 

Oleh itu, adat tanda tunang, wakil keluarga lelaki , iaitu beberapa orang lelaki dan

perempuan yang telah berumur akan menyerahkan hantaran kepada keluarga perempuan,

iaitu sebentuk cincin emas, sebilah senjata, segantang padi, sebiji kelapa dan satu pikul

barang tembaga. Hantaran yang diterima oleh keluarga perempuan menandakan bahawa

pertunangan itu sudah sah. kedua -dua pihak hendaklah mematuhi segala syarat yang telah

dipersetujui bersama. Syarat yang tidak dipatuhi boleh menyebabkan pertunangan itu

diputuskan. Sekiranya lelaki yang memutuskan, maka tanda tunang itu menjadi milik

perempuan tetapi jika perempuan yang memutuskan pertunangan, maka barang tanda tunang

mesti dikembalikan kepada pihak lelaki.  Ini akan menunjukkan bahawa ada sifat adil dalam

adat pertunangan Melanau ini. 


Gambar 1 : Contoh barang hantaran Perkahwinan adat Melanau

Bagi situasi ini, mana-mana pihak yang memutuskan pertunangan tersebut mereka

dikenakan “hukum adat”, iaitu satu pikul bersamaan dengan RM25 sahaja, dan kini dinaikkan

sebanyak RM100 (Nur Aqilah Binti Azlie, 2022). Upacara pertunangan ini dilakukan sekali

seumur hidup. Ini bermakna jika pasangan memiliki pasangan baru, mereka tidak layak

meminta “tunang adat” bagi kali kedua. Sebagai contohnya, pihak perempuan yang pernah

bertunang mengikut adat sebelum ini tidak boleh meminta barang adat penuh, tetapi dia akan

bertunang biasa sahaja. Gelaran oleh kaum Melanau bagi perempuan yang pernah putus

tunang adalah “janda berhias”.  

Adat Perkahwinan

Perkahwinan akan dijalankan secara besar-besaran kecuali perkahwinan jenis

peramasi, iaitu perkahwinan disebabkan ditangkap basah. Majlis akan diadakan apabila kedua

- dua pihak telah bersetuju. Persiapan majlis akan berlangsung beberapa hari lebih awal.

Pengantin lelaki akan menyerahkan hadiah mas kahwin, iaitu penyekab dan berian serta
hadiah lain seperti adat menuga, adat mebin dan juga pakan sehari. Dalam persiapan

perkahwinan, pengantin akan menyediakan makanan jemputan kepada keluarga terutamanya

secara bergotong-royong. Selain dari ahli keluarga, saudara mara yang terdekat serta ketua

adat, iaitu ketua kampung, ketua kaum, dan penghulu turut terlibat dalam majlis tersebut.

Proses yang terdapat dalam adat perkahwinan adat Melanau adalah Surueng Berian, terdapat

juga pakai pengantin dan pelamin yang sangat unik. 

a) Serueng Berian 

Gambar 2: Majlis Serueng Berian

Dalam adat Melanau ini, anak perempuan akn mengikuti keturunan lelaki,

iaitu bapa. Sekiranya seorang bapa itu sembilan pikul, maka anak-anak perempuan

mengikut adat sembilan pikul. Adat Sembilan Pikul ini adalah dimana pada hari

perkahwinan akan dilangsungkan dengan pemberian mas kahwin. Ada dua bahagian

yang sangat penting dalam adat ini, iaitu penyekab dan berian. Penyebab ini terdiri

daripada sembilan amas emas, sebilah pedang, sehelai persarakap betabor (sapu

tangan bereabng emas dengan corak tertentu) dan sebuah tumo (bekas yang diperbuat
daripada kayu dalam bentuk tertentu). Manakala Berian pula terdiri daripada barang-

barang seperti tembaga kuning yang diperlukan sebanyak sembilan pikul (133 paun x

9) atau harta yang senilai dengannya (Mohammad Husri Morni). 

Manik juga perlu dibawa oleh pengantin lelaki ke rumah perempuan. Adat

Sembilan Pikul ini perlu membawa sembilan biji manik Kahet atau manik tradisi.

Nilai manik tersebut mencecah sebanyak RM18, 000 ke RM25, 000. Sekiranya,

manik itu tiada, mereka boleh pinjam ataupun mereka boleh menggantikan dengan

bentuk nilai mata wang. Manik tersebut digunakan untuk majlis adat atau Pukad.

Apabila sudah lengkap, barulah pengantin lelaki dapat naik ke rumah pengantin

perempuan. Jika tidak lengkap, maka majlis itu tidak dapat dilaksanakan. Begitu juga,

barang-barang yang mesti disediakan untuk upacara Serureng berian ini adalah seperti

Sebuhueng, Jejug, menunggak barang tembaga, tempayan yang ditempah khas

lengkap dengan batu asah dan pinggan kecil atau Kanan Seni dan jenis alat Tema’ em

berupa penyepit.  

Terdapat proses perkahwinan adat Melanau yang menarik, iaitu sebelum

pengantin perempuan naik ke rumah, kakinya akan dicuci terlebih dahulu. Sebelum

memijak tangga pertama, kaki akan dicuci terlebih dahulu dengan air dalam

tempayan. Setelah itu, pengantin perempuan akan disarungkan dengan sejenis kain

pelikat. Kain pelikat yang digunakan itu mengikut pangkat. Bagi yang memiliki

pangkat sembilan pikul, mereka menggunakan Bideak Lugik. Pangkat tujuh pikul pula

dipakaikan Bideak Penakan dan pangkat tujuh bertirih atau lima pikul pula

menggunakan Bideak Limal. Setelah dipakaikan pelikat dan seblum duduk di pelamin,

manik diserahkan mengikut pangkat. Kemudian cincin disarungkan. Adat mencuci

kaki ini dilakukan untuk membuang segala nasib malang ataupun malapetaka ke

rumah mertua atau rumah suaminya. Cincin yang disarungkan tadi untuk menguatkan
semangat atau keteguhan hati. Manik pula apabila dah menjadi suami isteri yang sah,

maka lebih bagus lagi dihiaskan dengan cantik dengan barang yang mahal dan kemas

agar mendapat cahaya keberkatan. Tembaga pula untuk menguatkan tulang dan

semangat agar tidak lemah, tahan dengan cabaran dan dugaan. 

b) Pakaian Pengantin dan Pelamin

Segala aksesori dan proses perkahwinan Adat Melanau ini adalah mengikuti

pangkat dan darjat sendiri. Bagi pakaian pengantin perempuan semasa hari

bersanding, pengantin diwajibkan menggunakan pakaian mengikut pangkat.

Sekiranya mempunyai pangkat sembilan pikul, pengantin perempuan menggunakan

Serbang, iaitu perhiasaan yang banyak serta katil dihiaskan dengan Gatak bagi

melengkapkan adat tersebut. Masa yang diambil untuk membuat persiapan selama

setahun atau lebih dari setahun. 


Gambar 3: Baju pengantin orang Adat Melanau

c) Majlis Petudui

Hari persandingan yang berlangsung, pasangan pengantin belum disahkan

menjadi suami isteri lagi, tetapi hari persandingan itu menunjukkan bahawa mereka

sudah menamatkan zaman bujang. Selepas persandingan, terdapat satu majlis lagi

yang akan diadakan, iaitu Majlis Petudui. Majlis ini diadakan  Majlis petudui

merupakan majlis dimana mereka akan masuk bilik atau kelambok orang dan akan

dimasukkan manik, iaitu Manik Tileg, sebentuk cincin emas dan satu gelang

tembaga. 

Pengantin perempuan perlu memakai barang-barang tersebut sebelum masuk

kelambok bagi menguatkan semangatnya dan sebagai tanda untuk menjalani

kehidupan sebagai suami isteri. Begitu juga, pengantin perempuan juga perlu

memakai wangi-wangian dan memakai dua puluh lima barang lagi semasa masuk ke

kelambok. Barang tersebut terdiri daripada tiga bungkus damar (dibungkus dalam

bentuk khas), dua batang sumpit berbeza: sumpit lembing di hujung dan sumpit

kosong, lima kain sarung, Kasak, dan Selepeg untuk wangi.  

Pengantin baru akan mengadakan majlis buka kelambok selepas tiga hari

majlis perkahwinan. Kedua-dua belah keluarga akan datang ke rumah dan akan

mendoakan pasangan tersebut. Oleh itu, telah lengkap tanggungjawab mereka sebagai

kaum Melanau. Adat ini dipatuhi supaya asal usul orang Melanau tidak dilupakan. 

MEMAHAMI KONSEP WARISAN BUDAYA DAN KEPENTINGANNYA DALAM

MASYARAKAT KONTEMPORARI.

KONSEP WARISAN BUDAYA DALAM MASYARAKAT MELANAU


 Warisan budaya merujuk kepada artifak ketara (tangible) dan tidak ketara

(intangible), tapak dan amalan yang diwarisi daripada generasi terdahulu dan dihargai kerana

kepentingan budaya, sejarah dan sosialnya.Warisan budaya termasuk objek fizikal seperti

bangunan, monumen, karya seni, dan tapak arkeologi, serta amalan tidak ketara seperti

bahasa, muzik, ritual dan adat resam. Warisan budaya adalah komponen penting dalam

membentuk identiti manusia, penghubung jalin hubungan antara masa lalu, masa kini dan

masa depan. Warisan budaya berkemungkinan ditemui dalam pelbagai bentuk dan konteks,

dan ia wujud dalam keadaan yang berbeza antara budaya dan masyarakat yang berbeza.

  Adat resam merupakan jenis warisan budaya yang tidak ketara atau disebut

sebagai (Intangible Cultural Heritage). Bagi adat resam suku kaum Melanau dalam

masyarakat kontemporari mereka masih mengamalkan adat perkahwinan dalam masyarakat

melanau mengandungi beberapa istiadat yang sangat diambil berat kerana implikasi sosial

yang terdapat padanya. Namun begitu asas adat perkahwinan adalah sama seperti masyarakat

lain iaitu merisik, meminang, majlis perkahwinan dan peraturan dalam perkahwinan. Selain

itu juga adat resam yang diamalkan oleh suku melanau adalah adat kematian upacara

kematian merupakan satu upacara yang penting mengikut kepercayaan masyarakat Melanau.

Kematian perlu diuruskan dengan sebaik mungkin dengan mengikuti adat-adat tertentu.

Masyarakat Melanau juga percaya jika seseorang itu meninggal dunia, si mati perlu dibantu

dalam perjalanannya menuju ke akhirat atau dipanggil likow matai. Bantuan ini adalah dari

segi mengadakan majlis berkabung, kenduri dan sebagainya. Adat resam yang selalu

masyarakat melanau lakukan semasa adat kematian adalah pengurusan semasa kematian,

pengebumian, dan selepas kematian. Masyarakat Melanau juga perlu menjalani tempoh

berkabung atau maulid sebagai menghormati si mati. Ia memakan masa selama dua belas

hingga lima belas bulan. Sepanjang tempoh maulid, ahli keluarga perlu memakai baju serba

hitam dan terindak iaitu topi untuk mengelakkan sebarang kejadian buruk berlaku.
KEPENTINGAN KONSEP WARISAN BUDAYA DALAM MASYARAKAT

KONTEMPORARI

Kepentingan yang pertama adalah menjadi rujukan kepada masyarakat zaman

sekarang. Seperti mana yang kita ketahui pada zaman sekarang adat resam semakin lama

semakin dilupakan oleh generasi yang baru. Oleh itu, dengan adanya adat resam yang masih

diamalkan sehingga kini masyarakat zaman sekarang dapat untuk lebih memahami adat

resam khususnya suku kaum Melanau yang dimana masyarakat pada zaman sekarang

mempunyai kurang pengetahuan mengenai hal-hal yang berkaitan dengan adat resam.

Sebagai contoh, melalui adat resam iaitu adat sewaktu berlakunya sebuah kematian dalam

sesebuah keluarga. Daripada adat ini masyarakat zaman sekarang dapat mempelajari cara

bagaimana mayat tersebut diurus dan peraturan-peraturan daripada semasa kematian

sehinggalah semasa pengebumian dan selepas kematian .

Semasa kematian mayat tersebut akan dihias dengan manik dan dipakaikan pakaian

yang cantik. Seterusnya, bagi mayat wanita pula akan diletakkan kain Sebunong bersama-

sama yang merupakan kain yang diterima daripada perkawinan. Kemudian jari kaki mayat

akan diikat pada badan menggunakan kain manakala kepalanya pula akan ditudung

menggunakan kain yang diikat di bawah dagu.

Seterusnya, semasa pengebumian dua helai kain Lugi’ yang telah diletakkan pada

mayat akan diambil untuk digunakan dalam upacara Platow dan sehelai lagi akan dilapiskan

pada keranda si mati kemudian bendera akan dikibarkan mengikut taraf atau bangsa semasa

keranda di bawa ke pengebumian. Ikatan yang sebelumnya juga akan dibuka setelah sampai

ke perkuburan dan pakaian si mati akan diletakan selama tiga hari berturut-turut di atas

kuburan dan lilin akan dinyalakan bagi menerangi perjalanan roh si mati ke akhirat.
Selain itu, selepas kematian pula selepas tiga hari pengebumian keluarga si mati akan

mematuhi untuk memakai bukeang selama tujuh hari dan mereka juga dilarang untuk keluar

rumah dan melawat orang lain. Terdapat juga beberapa upacara yang dilakukan iaitu upacara

Pestow, Piyup dan Platow. Selain itu, masyarakat Melanau juga harus menjalani tempoh

berkabung atau maulid sebagai tanda menghormati si mati.

Akhirnya sekali, kesemua perkara di atas adalah amat penting untuk masyarakat pada

zaman sekarang untuk mengetahuinya kerana ini dapat menjadi satu rujukan yang amat

penting untuk mereka ketahui dan untuk menjadi satu rujukan yang amat diteruskan secara

turun-temurun kepada generasi zaman sekarang mahupun generasi yang akan datang.

Seterusnya, untuk pengetahuan lebih lanjut ini merupakan beberapa adat istiadat yang sangat

diambil berat oleh masyarakat Melanau kerana implikasi sosial yang terdapat padanya. Bagi

masyarakat Melanau mereka sangat menitik beratkan aspek pangkat. Selain itu, mereka juga

mementingkan status sosial mereka iaitu sembilan pikul,tujuh pikul,tujuh brtirih dan lima

bertirih. Dalam status sosial juga aspek yang diambil kira adalah adat menuga,adat mebin dan

pakan dalam barang yang mengiringi mas kahwin dan tanda tunaeng.

Disamping itu, peraturan dalam perkahwinan yang perlu diketahui juga adalah setelah

menjadi pasangan suami isteri, suami tidak dibenarkan untuk menetak bumbung rumah

dengan parang kerana menurut kepercayaan cara ini boleh menyebabkan hubungan antara

suami isteri renggang. Seterusnya, suami juga tidak boleh untuk memerah kelapa yang sudah

diparut kerana dipercayai boleh menyebabkan perut isteri sakit atau memulas. Pakaian yang

telah dipakai semasa upacara perkhawinan juga tidak boleh dijahit walaupun koyak kerana

boleh menyebabkan penyakit di kalangan suami dan isteri. Selain itu, isteri juga adalah
dilarang untuk keras memarut rumbia atau menyeberangi sungai kerana dipercayai juga akan

menyebabkan anak didalam kandungan akan gugur.

Akhir sekali, kesemua adat dan peraturan diatas adalah amat penting untuk diketahui

oleh generasi zaman sekarang kerana ini merupakan satu warisan turun-temurun yang amat

penting untuk diketahui dan tidak dilupakan serta hal ini juga dapat memberi pengajaran dan

pembelajaran kepada masyarakat zaman sekarang untuk lebih bersedia sebelum menginjak

fasa perkawinan.

Kepentingan yang ketiga adalah mengekalkan dan memelihara warisan tradisi turun-

temurun. Hal ini demikian agar setiap adat tradisi nenek moyang tidak dilupakan oleh

generasi muda zaman sekarang. Setiap adat istiadat yang masih dijalankan sehingga sekarang

adalah amat penting untuk generasi sekarang mengetahuinya dan mempelajarinya kerana

mereka merupakan pewaris yang mewarisi adat turun-temurun agar tidak tenggelam dimakan

zaman. Hal ini juga bagi meneruskan legasi turun-temurun agar adat resam dapat dikekalkan

dan dapat dipelihara walaupun zaman semakin berubah. Oleh itu, adalah amat penting untuk

generasi zaman sekarang untuk sentiasa mengambil tahu tentang setiap adat resam yang ada

khususnya adat Melanau bagi suku kaum Melanau agar adat mereka tidak mudah untuk

dilupakan begitu sahaja.

Seterusnya, ini juga akan dapat memberikan impak yang baik kepada generasi

sterusnya kerana mereka dapat mengenali adat resam suku kaum mereka dan dapat diteruskan

secara turun-temurun. Dengan itu, adat resam ini bukan hanya sekadar menjadi panduan

kepada generasi masa kini namun menjadi suatu yang dihormati dan diteruskan dari generasi

ke generasi.

Akhir sekali, hal ini demikian juga dapat meningkatkan semangat perpaduan dalam

sesebuah kaum dan dapat mewujudkan sifat cinta akan kaum sendiri. Dengan itu, adat resam
tidak akan dilupakan dan dapat dipelihara serta dikekalkan sehingga ke generasi yang akan

datang.

MENGKAJI CABARAN YANG DIHADAPI UNTUK MEMELIHARA WARISAN

BUDAYA DALAM KOMUNITI

Masyarakat Melanau merupakan kaum bumiputera dan merupakan kaum terbesar di

Sarawak selepas kaum Iban, Melayu dan Bidayuh. Namun, walaupun merupakan salah satu

kaum terbesar, tidak semua masyarakat mengetahui tentang Melanau kerana golongan ini

merupakan kaum minoriti dengan sejumlah 6% daripada 2.4 juta penduduk Sarawak.

Melanau juga merupakan penduduk asal asli Sarawak dan dikategorikan kepada Austronesia.

Mereka merupakan penduduk pedalaman Sarawak terawal.

Atas sebab faktor geografi, kebanyakan masyarakat Melanau kini mengubah cara

hidup dan lebih ke aras corak kehidupan masyarakat Melayu. Walaupun begitu, masyarakat

Melanau tetap dengan identiti mereka dan berbangga dengan jati diri sebagai orang Melanau.

Masyarakat ini memiliki identiti yang unik dan adat resam yang pelbagai. Sebahagiannya

masih dikekalkan sehingga hari ini yang tidak bertindih dengan ajaran agama dan norma

kehidupan manusia sejagat. Walaubagaimanapun, seni warisan budaya tradisional masyarakat

Melanau semakin hari dikikis oleh globalisasi dunia yang kian meluas di setiap lapisan

masyarakat.  

Salah satu cabaran utama untuk memelihara warisan budaya masyarakat Melanau

ialah disebabkan oleh cabaran globalisasi dunia. Menurut Osman Bakar (2008), globalisasi

yang berlaku dalam negara kita bukan sahaja memberikan impak yang besar terhadap system

politik, ekonomi, perdagangan dan teknologi maklumat malah turut mempengaruhi cara

hidup rakyat, hubungan sosio-budaya dan peradaban manusia. Generasi X dan generasi
Alpha dalam kalangan masyarakat Melanau sangat terkesan kerana mereka hidup pada zaman

dunia tanpa sempadan. Mereks terdedah dengan corak hidup budaya luar yang mengancam

kualiti kehidupan sebagai masyarakat Melanau. Media sosial seperti Facebook, Instagram,

dan Twitter menjadi pemangkin kepada perubahan ini. Implikasinya, budaya luar telah

mengubah identity mereka dan pegangan hidup sebagai anak jadi orang Melanau.

Selain itu, masyarakat Melanau turut menghadapi cabaran untuk memelihara warisan

budaya mereka yang berharga ini ialah apabila berlakunya proses perbandaran di beberapa

kawasan yang didiami mereka sehingga menyebabkan berlakukan perubahan yang drastic

dalam corak kehidupan mereka dari segi kegiatan ekonomi, sosial dan politik. Perubahan ini

telah menyebabkan mereka terpaksa menyelaraskan corak kehidupan mereka dengan keadaan

persekitaran yang baru. Sebagai contoh Pulau Bruit, yang merupakan salah satu penempatan

orang Melanau telah menjadi salah satu tempat tumpuan orang luar dengan keindahan

alamnya. Ini menyebabkan orang Melanau semakin berpandangan jauh dan mulai bermigrasi

untuk mendapat peluang yang lebih baik untuk memajukan diri. Kesannya, adat yang

diamalkan semakin pudar dan lama-kelamanaan tidak lagi dipraktikkan. 

     Cabaran yang seterusnya yang dihadapi oleh kaum Melananu dalam memelihara warisan

budaya mereka ialah dari segi perubahan sosial. Menurut  J.P Gillin dan J.L Gillin (1954)

mengatakan bahawa perubahan sosial merupakan perubahan yang terjadi Sebagai suatu

variasi dari cara hidup yang telah diterima kerana adanya perubahan kondisi, geografi,

kebudayaan material, komposis penduduk, ideologi maupun difusi atau penemuan- penemuan

baru dalam masyarakat. Seperti yang kita ketahui, budaya Barat pada zaman ini telah

berleluasa dan semakin berpengaruh dalam masyarakat kita begitu juga dengan masyarakat

kaum Melanau, Sebagai contoh, majoriti remaja daripada kaum Melanau lebih berminat dan

tertarik akan budaya muzik kaum Barat berbanding dengan seni muzik mereka iaitu lagu-lagu
tradisonal yang dihasikan oleh kaum mereka sendiri. Hal ini kerana, remaja daripada

masyarakat kaum Melanau mulai terjebak dengan budaya muzik seperti Black Metal. Punk,

dan juga Hip Hop. Perkara ini suda semestinya menjadi cabaran bagi kaum Melanau dalam

memelihara wariasan budaya mereka. 

Contoh yang seterusnya ialah dari seni tarian. Umumnya kita mengetahui bahawa

remaja pada masa kini mempunyai kertertarikan yang tinggi kepada seni tarian moden

berbanding dengan  tarian tradisional. Hal ini juga telah terjadi kepada remaja kaum melanau

itu sendiri dimana remaja ini lebih berminat dengan tarian moden seperti kpop, Hip Hop,

Balet dan banyak lagi. Hal ini telah menyebabkan seni tarian tradisonal kaum melanau iaitu

tarian Alu-Alu sedikit terancam dan terjejas. Tegasnya, perubahan sosial juga telah menjadi

salah satu cabaran masyarakat kaum Melanau dalam memelihara warisan budaya mereka.

CADANGAN YANG PRAKTIKAL UNTUK MELINDUNGI  DAN

MEMPROMOSIKAN WARISAN BUDAYA DALAM KOMUNITI. 

Kepelbagaian warisan dalam komuniti terdiri dari keanggunan seni bina bangunan

dan monumen ke seni dan kraf, seni persembahan dan acara perayaan, serta bahasa dan

tradisi. Warisan budaya yang terdiri daripada dua jenis iaitu warisan budaya yang tidak ketara

dan warisan budaya yang ketara. Kaum merupakan salah satu warisan budaya yang tidak

ketara, tidak dapat disentuh tetapi dapat dilihat. Kaum Melanau merupakan salah satu kaum

yang diamalkan di negeri Sarawak. Namun, kaum ini masih kabur dalam kalangan generasi

muda pada masa kini, dan masih belum dikenali lebih  dalam tentang kaum Melanau. Oleh

itu, terdapat pelbagai cadangan yang praktikal yang dapat memelihara warisan budaya ini di

dalam komuniti kita, terutama sekali generasi masa kini. 


    Antara cadangan yang dapat dilaksanakan dalam memelihara kaum Melanau ini

adalah, dengan mewujudkan pembangunan galeri Melanau. Pembinaan bangunan Galeri

Melanau, sebagai pusat untuk memelihara budaya Melanau di samping mewujudkan peluang

ekonomi melalui sektor pelancongan dan pemeliharaan sejarah berkaitan kaum ini. Dengan

memaparkan barangan melanau seperti kraf tangan, pakaian tradisional yang sering

digunakan semasa upacara perkawinan , topi melanau dan sebagainya. Barangan ini dapat

dipelihara di dalam galeri ini. Hal ini akan memberikan impak positif kepada generasi akan

datang. Selain itu, dapat memperagakan keunikan dan kekayaan kaum Melanau bukan sahaja

dikalangan komuniti tetapi diseluruh dunia. Hal ini dikatakan demikian kerana, apabila

pelancongan luar datang ke galeri ini, tidak mustahil mereka akan tertarik dan akan

mengambil gambar barangan tersebut, Secara tidak langsung mereka akan terus menghantar

gambar itu ke dalam akaun media sosial mereka. 

     Seterusnya, mewujudkan buku Melanau. Buku ini boleh dijadikan sebagai wahana

dan wacana khususnya oleh generasi kini dan akan datang, dalam usaha ini, dapat

menyebarkan atau meluaskan maklumat dan identiti kaum minoriti ini. Buku yang

menerangkan seluruh aspek kehidupan kaum melanau dengan lebih jelas dan terperinci . Hal

ini dapat memelihara warisan budaya dalam komuniti. Buku ini mengandungi undang-

undang kaum melanau. Contohnya pantang larang dalam kaum melanau, peraturan kaum

melanau, kepercayaan, cara adat perkawinan, jenis-jenis tarian yang sering diadakan,

makanan, pakaian tradisi dan sebagainya. Dengan adanya buku ini, generasi anak muda lebih

mudah untuk mendapatkan sumber dan pengetahuan tentang kaum melanau. Tambahan pula,

Memelihara budaya dan tradisi melalui teknologi dan inovasi.  Selain itu, warisan budaya ini

dapat dipelihara dengan menulis nota atau catatan karangan tentang kaum melanau di sosial

media seperti tiktok, facebook dan twitter. Oleh itu, generasi akan datang lebih mudah untuk

mencari tahu dan mengakses laman web tentang kaum ini.


     Selain itu, mengadakan program, acara atau majlis, dan aktiviti-aktiviti yang

berkaitan juga merupakan cadangan yang praktikel untuk memelihara warisan budaya dalam

komuniti. Program seperti pesta kebudayaan yang akan dianjurkan setiap tahun. Dengan

adanya situasi yang melakonkan cara perkahwinan orang melanau, merisik, pantang larang

kaum Melanau dan sebagainya. Hal ini, dapat mendedahkan keunikkan adat Melanau kepada

komuniti. Seterusnya, mengadakan acara atau majlis kaum melanau, seperti pesta kaul iaitu

untuk memelihara adat etnik melanau yang merupakan budaya warisan sejak berzaman. Pesta

kaul perlu terus diraikan oleh kaum melanau walaupun zaman sudah beredar serta

kepercayaan yang sudah berubah, pesta kaul tidak pernah dilupakan. Seterusnya, jika ada

acara rumah terbuka juga tetamu boleh digalakkan untuk memakai pakaian tradisi kaum

melanau semasa menghadiri  acara ini, demi memelihara warisan budaya di dalam komuniti.

Akhir sekali, mengadakan aktiviti di sekolah seperti  kelab dan persatuan yang berunsurkan

kebudayaan . Contohnya, sesi mempelajari tarian kaum Melanau dan pihak sekolah perlulah

menggalakkan pelajar untuk mengikuti dan mempelajarinya. Hal ini dapat memelihara

warisan budaya dalam komuniti.

Cadangan yang praktikal untuk mempromosikan warisan budaya dalam komuniti

kaum Melanau pula ialah melalui platform media massa. Platform media massa pada zaman

ini sangat luas. Dengan itu, platform media massa dapat menjadikan masyarakat luar

mengeksplorasi seni budaya kaum Melanau. Pihak dokumentasi wajar mengambil

kesempatan ini dengan menyajikan filem, drama, sketsa atau iklan yang berkaitan dengan

seni dan budaya masyarakat kaum Melanau. Pihak dokumentasi perlu membuat satu atau

lebih laman sesawang seperti aplikasi Facebook, Tik Tok, Instagram dan lain lagi untuk

memperkenalkan lagi budaya dan tradisi kaum Melanau. Kandungan yang dipaparkan

mestilah berkaitan dengan seni dan budaya masyarakat kaum Melanau agar orang luar tahu

akan keistimewaan budaya kaum Melanau. 


Dalam pada itu, cadangan untuk mempromosikan warisan budaya dalam komuniti

kaum Melanau ialah mementaskan seni persembahan dan pameran budaya. Seni

persembahan yang ditunjukkan adalah termasuk seni tarian, seni muzik, dan sebagainya.

Dalam masa yang sama masyarakat luar dapat memahami dan mengenali lebih mendalam

mengenai warisan budaya kaum Melanau. Selain itu, pameran yang dilaksanakan haruslah

ditambah baik agar dapat menarik minat pelancong luar untuk mengetahui sejarah seni

budaya kaum Melanau. 

Akhir sekali, bagi mempromosikan warisan budaya dalam komuniti kaum Melanau

adalah dengan menganjurkan festival kesenian dan kebudayaan. Pelbagai aktiviti yang boleh

dilaksanakan seperti peragaan pakaian kaum Melanau, memperkenalkan juadah makanan

kaum Melanau, alat muzik kaum Melanau dan lain lagi. Selain dapat mengekalkan etnik

kaum Melanau ia juga memberi ilmu pengetahuan kepada masyarakat lain yang berkunjung

di festival tersebut.

KESIMPULAN

Berdasarkan keterangan di atas dapat disimpulkan bahawa  adat resam yang telah

diamalkan sejak turun temurun ini hendaklah dikekalkan dan dipelajari oleh golongan

generasi pada masa ini agar tidak hilang ditelan zaman yang kian menuju ke arus kemodenan

ini. Hal ini kerana adat resam yang diamalkan ini merupakan identiti yang menunjukkan

bahawa kaum-kaum yang terdapat di Malaysia mempunyai pelbagai jenis adat resam yang

berlainan. Seperti yang diuraikan diatas, adat perkahwinan kaum melanau mempunyai gaya

dan keunikannya yang tersendiri. Dengan adanya kajian ini kita dapat melihat betapa indah

dan uniknya adat-adat perkahwinan yang diamalkan oleh kaum yang berbangsa Melanau ini.
  Namun, seperti yang kita lihat pada masa ini kebanyakkan kaum muda mahupun

generasi sekarang lebih tertarik dengan budaya-budaya luar menyebabkan mereka kurang

berminat untuk mendalami dan mempelajari  adat-adat resam yang terdapat di Malaysia.

Terdapat juga diantara mereka berfikir bahawa hal yang yang sedemikian adalah sangat kolot

kerana ianya hanya diamalkan pada zaman nenek moyang mereka sahaja. Diharapkan dengan

adanya hasil kajian yang kami lakukan ini dapat membuka mata dan meluaskan lagi fikiran

anak muda pada zaman ini untuk memahami dan mempelajari kenapa pentingnya kita

mengetahui adat-adat resam kaum yang terdapat di Malaysia ini. Oleh itu setiap, pihak

hendaklah mengambil inisiatif-inisiatif yang drastik bagi mengekalkan adat-adat resam yang

terdapat di negara kita supaya warisan turun-temurun ini dapat dikekalkan hingga akhir

zaman.
Reference

SUKU, A. R. D. P. L., & DI SABAH, K. A. U. M. Adat Resam Dan Pantang Larang.

Nur Aqilah Binti Azlie, Q. S. (2022). Mengenali Tradisi Adat Resam Perkahwinan Kaum

Melanau Di Sarawak . Jurnal Sejarah Lisan Malaysia, 72.

Morris, S. 1953. Report on a Melanau Sago Producing Community in Sarawak. London:


Colonial Office.

Malaysia aktif. (2023) pesta kaul adat warisan terpelihara etnik melanau. 

Utusan Borneo (2023, Mei 22). Pelancongan berasaskan komuniti di Sarawak akan
diperhebatkan lagi.

Osman Bakar. 2008. Pengaruh Globalisasi Terhadap Peradaban

Jeniri Amir. (2015). Masyarakat Melanau Di Sarawak. Kuala Lumpur:  Institusi Terjemahan
dan Buku Malaysia

Temu bual orang Melanau


Lampiran 1

Temu bual bersama Pn Normah Binti Akup.


SENARAI SEMAK SOALAN TEMU BUAL
BAHAGIAN A
1. Nama: Normah binti Akup
2. Umur: 40 Tahun
3. Pekerjaan: Suri Rumah
BAHAGIAN B
1. Apakah yang anda faham tentang Adat Melanau yang terdapat di Belawai
(a) Apakah keunikan Melanau menurut Pn?

Kaum melanau ini bersifat terbuka dan sangat ketara apabila ada keramaian
mahuaan peraayan agama yang pelbagai. Mereka mempunyai pelbagai
kepercayaan yang tersendiri terhadap alam asal usul dan lain-lain.

(b) Apakah ciri-ciri Melanau?

Melanau mempunyai ciri-ciri adat yang tertentu. Contohnya, dari segi adat
perkahwinan, kaum Melanau mereka menitikberatkan beberapa aspek, iaitu dari
segi pangkat serta dari aspek sosialnya, iaitu membawa pelbagai jenis barangan
hadiah seperti sembilan pikul, tujuh pikul, tujuh bertirih dan lima bertirih.

(c) Adat Perkahwinan


Bangsa Sembilan Pikul

Apabila hari perkahwinan akan dilangsungkan mas kahwin diberikan. Terdapat


dua bahagian yang penting iaitu penyekab dan berian. Penyekab terdiri daripada
sembilan amas emas, sebilah pedang, sehelai persarakap betabor (sapu tangan
berebang emas dengan corak tertentu) dan sebuah tumo' (bekas diperbuat daripada
kayu dalam bentuk tertentu). Berian pula terdiri daripada barang-barang tembaga
kuning sebanyak sembilan pikul (133 paun x 9) atau harta lain yang senilai
dengan harga barangan tersebut.

(d) Adat berbayuh


adat berbayuh adalah upacara “berhantu” Upacara in ialah penyeruan bantuan dan
rawatan jin-jin yang dipelihara ole bayuh untuk mengubat pesakit Upacara
berbayuh in merupakan satu dramatization atau pementasan oleh bayuh yang agak
sama dengan upacara 'menurun' di kalangan masyarakat Melanau

Anda mungkin juga menyukai