Anda di halaman 1dari 53

Adat perkahwinan Melayu suatu adat yang begitu unik dalam masyarakat melayu.

Masyarakat Melayu begitu berpegang teguh dengan adat resam, adat perkahwinan
melayu , kerana ia dipercayai mempunyai kesan dalam kehidupan. Bagi masyarakat
Melayu, adat perkahwinan melayu begitu dititikberatkan. Sesuatu upacara dalam
peringkat perkahwinan itu akan dijalankan dengan meriah dan penuh adat istiadat.
Adat perkahwinan Melayu merupakan adat resam yang paling disayangi dan yang
paling dipegang teguh oleh kebanyakan orang Melayu. Namun pada zaman sekarang,
tidak semua orang mengetahui apakah adat perkahwinan Melayu yang sebenar.
Sejurus itu perkara pokok yang  diketengahkan untuk perlu diketahui oleh jenerasi
sekarang  adalah melibatkan pendedahan yang mendalam terhadap adat perkahwinan
melayu kepada masyarakat, mengajak masyarakat mengenal adat perkahwinan Melayu
dan memelihara warisan nenek moyang ini tak luput ditelan zaman.
Berikut adalah peringkat adat perkahwinan melayu yang masih diamalkan sehingga
kini.
 
ADAT MERISIK.
Dalam adat perkahwinan masyarakat Melayu, terdapat beberapa peringkat penting.
Pertama sekali adalah peringkat merisik . Adat ini juga dipanggil meninjau atau
menengok. Dalam budaya Melayu, adat ini merupakan tahap awal menjodohkan teruna
dan dara, yang melibatkan pertemuan antara wakil keluarga teruna dengan orang tua
pihak dara. Pertemuan tersebut dianggap penting untuk menghormati keluarga pihak
dara. Sebagaimana ungkapan dalam adat Melayu kalau hendak meminang anaknya,
pinanglah ibu bapanya terlebih dahulu. Ungkapan tersebut menjelaskan bahwa
pandangan dan restu orang tua perlu diperoleh terlebih dahulu dalam membuat
keputusan yang besar seperti perkawinan. Tujuan adat ini dilakukan adalah untuk
memastikan bahawa gadis yang dihajati oleh seorang lelaki itu masih belum berpunya.
Ini penting, kerana dalam Islam seseorang itu dilarang meminang tunangan orang. Di
samping itu, adat ini juga bertujuan untuk menyelidik latar belakang si gadis. Lazimnya
adat ini akan dijalankan oleh saudara mara terdekat pihak lelaki seperti ibu atau bapa
saudaranya. Prosesi merisik dilakukan dengan tertib dan sopan untuk menjaga dan
memelihara nama baik kedua belah pihak.
Bagi pihak si gadis, terdapat beberapa kriteria yang perlu dipertimbangkan sebelum
menerima lamaran pihak lelaki antaranya ialah lelaki tersebut perlulah mempunyai latar
belakang agama serta mempunyai pekerjaan yang baik.
Apabila wakil pihak lelaki sampai di rumah si dara, para wakil keluarga lelaki akan
bercakap-cakap mengenai keadaan kehidupan, pekerjaan, maupun isu-isu terkini
sembil menikmati jamuan yang dihidangkan dan dihantarkan sendiri oleh si dara. Pada
saat si dara menghidangkan jamuan itulah para wakil dari pihak lelaki berkesempatan
untuk melihat wajah si dara. Setelah itu, topik pembicaraan mulai difokuskan untuk
menyampaikan maksud kedatangan pihak teruna, dan pantun untuk merisik mulai
diperdengarkan oleh juru cakap mereka. Pada tahap ini, pihak teruna menyatakan
kehendak hati untuk “memetik bunga yang sedang menguntum” apabila si dara belum
memiliki pasangan.
 
Pantun merisik ini diawali oleh pihak keluarga teruna yang kemudian akan dibalas oleh
pihak keluarga dara yang menanyakan maksud kedatangan keluarga teruna.  Antara
contoh pantunnya berbunyi seperti berikut :-
Dari Pauh singgah Permatang
Singgah merapat papan kemudi
Dari jauh saya datang
Karena tuan yang baik budi
 
Kalau gugur buah setandan
Sampai ke tanah baru tergolek
Kami bersyukur kepada Tuhan
Datang kami disambut baik
 
Antara pantun yang diungkapkan sebagai membalas pantun dari pihak lelaki adalah
seperti berikut :
 
Malam-malam pasang pelita
Pelita dipasang atas peti
Kalau sudah bagai dikata
Sila terangkan hajat di hati
 
Tidak pernah rotan merentang
Kayu cendana dijilat api
Tidak pernah tuan bertandang
Tentu ada maksud di hati
 
Kemudian, pihak lelaki akan membalas pantun tersebut dengan lantunan pantun yang
menyiratkan kehendak untuk ”memetik bunga di taman”.
 
Daun raya di atas bukit
Tempat raja menanam pala
Harap kami bukan sedikit
Sebanyak rambut di atas kepala
 
Sudah lama kami ke tasik
Tali perahu terap belaka
Sudah lama kami merisik
Baru kini bertatap muka
 
Dalam adat Melayu, pihak si dara biasanya tidak langsung menjawab apa yang menjadi
kehendak pihak lelaki sebagai tanda setuju dari pihak perempuan. Sesudah berpantun
wakil lelaki tersebut akan memberikan sebentuk cincin tanya berupa CINCIN BELAH
ROTAN dan jika pihak gadis bersetuju mereka akan menetapkan tarikh peminangan.
Walau bagaimanapun adat merisik jarang dilakukan pada zaman ini kerana pasangan
tersebut telah berkenalan terlebih dahulu. Bagi tujuan untuk menjimatkan kos dan
masa, adat berikut menjadi pilihan.
 
ADAT MEMINANG
Setelah diketahui bahawa gadis tersebut belum berpunya, pihak keluarga lelaki akan
menetapkan hari untuk menghantar satu rombongan peminangan.Wakil dari pihak lelaki
yang biasanya dipilih dari kalangan orang tua-tua akan diutuskan oleh ibu bapa lelaki
tersebut untuk mewakili mereka meminang anak dara yang telah dipilih. Biasanya, ibu
bapa kepada anak dara tersebut tidak akan memberi jawapan yang muktamad kepada
pihak yang datang meminang kerana mengikut adat, mereka sepatutnya diberi tempoh
untuk memberi jawapan atau dipanggil bertangguh. Sebenarnya, adat bertangguh ini
mencerminkan budaya Melayu yang amat berhati-hati dalam menentukan jodoh dan
menunjukkan kesopanan dalam setiap tingkahlaku. Sudah menjadi rutin dalam
kehidupan seharian masyarakat Melayu untuk tidak tergopoh-gapah dalam
mengendalikan apa sahaja dan adalah menjadi pegangan bahawa setiap hal yang
dilaksanakan perlu dijalankan dengan rapi dan tersusun mengikut adat yang ditetapkan.
 

Setelah tamat tempoh yang diberikan, biasanya 2 hari, ada juga yang sampai
seminggu, pihak perempuan akan menghantar rombongan yang dihadiri oleh orang tua-
tua yang mewakili pihak mereka untuk memberikan jawapan. Sekiranya pinangan
diterima, pada pertemuan itu mereka akan berbincang tentang segala syarat berkenaan
mas kahwin dan hantaran perbelanjaan majlis perkahwinan. Perbincangan tarikh yang
sesuai juga akan ditentukan untuk melangsungkan perkahwinan. Sekiranya
perkahwinan itu agak lambat dijalankan, pihak lelaki biasanya akan Menghantar Tanda
terlebih dahulu kepada pihak perempuan.
Konsep Menghantar Tanda adalah diertikan sebagai “putus cakap”. Ini bermaksud
pinangan dari pihak lelaki sudah pun diterima oleh pihak perempuan.
 
ADAT BERTUNANG
Oleh yang demikian, maka penghantaran tanda daripada lelaki kepada anak dara yang
bakal dikahwininya akan dilakukan melalui upacara bertunang. Upacara ini membawa
pengertian bahawa anak dara tersebut sudah pun dimiliki dan kini dipanggil tunangan
orang. Tanda yang dihantar oleh lelaki tersebut mengikut adat lazimnya adalah
sebentuk cincin sahaja mengikut citarasa dan kemampuan ibu bapa lelaki tersebut.
Namun begitu, bagi masyarakat Melayu, selain cincin, beberapa barangan lain turut
diberikan seperti sepasang kain dan selendang, selipar atau sepatu, kuih-muih,
manisan, dan yang paling utama dan dianggap sakral, sirih junjung. Semua hantaran
akan dihias dengan cantik dan menarik serta akan dibalas oleh pihak perempuan
sebagai tanda setuju menerima pinangan. Jumlah hantaran yang dihantar oleh pihak
lelaki akan dibuat dalam angka ganjil dan dibalas lebih oleh pihak perempuan,
selalunya sebanyak dua dulang. Contohnya, jika pihak lelaki memberikan 7 hantaran
dulang, biasanya pihak perempuan akan membalas 9 dulang. Hantaran dari pihak
perempuan biasanya berupa sirih junjung, sepersalinan baju melayu, capal dan kuih-
muih.

Sekiranya dalam tempoh menunggu diijabkabulkan, ikatan


pertunangan diputuskan oleh pihak lelaki, maka cincin dan segala barang hantaran
tidak boleh diminta semula dari pihak perempuan. Berbeza pula halnya jika ikatan
pertunangan diputuskan oleh pihak perempuan. Jika ia diputuskan tanpa sebarang
sebab yang dapat diterima umum, maka pihak perempuan hendaklah mengembalikan
semula segala hantaran yang telah diberikan oleh pihak lelaki itu dalam nilai sekali
ganda banyaknya atau harganya.
Acara kemuncak majlis pertunangan adalah adat sarung cincin di mana wakil pihak
lelaki yang terdiri dari ibu atau saudara perempuannya akan menyarungkan cincin
pertunangan atau cincin tanda ke jari manis gadis yang dilamar. Setelah itu rasmilah
sudah pertunangan tersebut.
 
 
ADAT BERINAI
Majlis berinai di dalam masyarakat Melayu dijalankan secara berperingkat. Terdapat 3
peringkat berinai iaitu berinai curi, berinai kecil dan berinai besar. Secara
ringkasnya berinai curi ini biasanya diadakan pada waktu petang hari selepas hari
yang tangan dan tapak kaki bakal pengantin perempuan diinai. Bakal pengantin
perempuan dihiasi dan didudukkan di atas pelamin. Ia juga dikatakan diadakan tiga
malam sebelum hari langsung dan hanya untuk tatapan saudara mara terdekat sahaja.

Manalaka berinai kecil pula dilakukan selepas berinai


curi. Dan ia selalu dilakukan disebelah petang. Bakal pengantin perempuan dihiasi dan
didudukkan di atas pelamin. Ia juga dikatakan diadakan tiga malam sebelum hari
langsung dan hanya untuk tatapan saudara mara terdekat sahaja.
Bagi istiadat berinai besar pula, ianya dijalankan pada malam sebelum majlis langsung
atau selepas majlis akad nikah untuk para jemputan khas daripada kedua-dua belah
pihak pengantin. Pengantin perempuan akan memakai inai pada kesemua jari tangan
dan kaki termasuklah pada tapak tangan. Sebaliknya, pengantin lelaki hanya memakai
inai pada jari kelingking, jari manis dan jari hantu pada sebelah tangan sahaja. Istiadat
berinai besar bermula dengan para tetamu lelaki naik ke pelamin untuk membuang
sedikit nasi kunyit pada sebelah kiri kanan pengantin lelaki. Kemudian dilakukan
dengan bertih, diikuti oleh tangkai daun wangi yang dicelupkan ke dalam air daun
setawar dan kemudian digunakan untuk menyentuh kedua-dua belakang tangan
pengantin lelaki. Akhirnya, tetamu akan mengambil sedikit pes inai dari longgok di
tengah dulang dan selepas meletakkannya pada daun sirih yang disediakan oleh emak
pengantin, akan meletakkannya pada tapak tangan pengantin lelaki.
Pada zaman ini, perkahwinan melayu hanya membuat majlis berinai secara kecil-
kecilan kerana faktor kos yang tinggi. Jika dilihat 
pada masa sekarang, ramai yang kurang tahu negenai adat-adat yang dinyatakan di
atas terutamanya dari golongan para beliawan dan beliawati. Adalah elok adat resam
ini tetap dikekalkan dan diketahui oleh mereka.

ACARA-ACARA LAIN YANG BERKAITAN


AKAD NIKAH
Akad nikah merupakan satu acara penting dalam perkahwinan masyarakat Melayu. Ia
bukan suatu adat tetapi lebih kepada ajaran agama dan merupakan kemuncak
kesahihan sesuatu perkahwinan. Upacara ini dijalankan selepas segala perjanjian yang
dikenakan kepada pihak lelaki telah dilaksanakan seperti wang belanja, mas kahwin
dan barangan lain sepertimana yang dipersetujui oleh kedua belah pihak.
Akad nikah boleh dilakukan di masjid, di pejabat kadi atau pun di rumah pengantin
perempuan dan dijalankan oleh tok kadi atau imam. Di dalam upacara akad nikah, bapa
pengantin perempuan perlu menjadi wali untuk menikahkan anaknya. Walau
bagaimanapun, dia juga boleh mewakilkannya kepada tok kadi atau imam.
Kebiasaannya majlis akad nikah akan dijalankan di rumah pengantin perempuan sehari
sebelum majlis perkahwinan diadakan. Pada hari tersebut, pengantin lelaki akan
mengenakan baju melayu berwarna cerah dan majlis diadakan menyerupai majlis
pertunangan.

Lazimnya sementara menanti


kedatangan rombongan pengantin lelaki, majlis berzanji atau pukulan kompang
diadakan. Sebelum upacara dijalankan, wang belanja, mas kahwin dan lain-lain
hantaran akan diperiksa oleh tuan kadi dan dua orang saksi bagi pihak perempuan.
Seterusnya pengantin lelaki akan duduk di atas sebidang tikar di tengah-tengah majlis.
Tok imam atau tok kadi akan menemui pengantin perempuan di dalam bilik untuk
bertanyakan samada dia bersetuju atau tidak dengan pernikahan itu. Tok kadi juga
akan membacakan khutbah nikah dan menerangkan secara umum akan tanggung
jawab suami isteri dan lain-lain hal berkaitan rumahtangga dari sudut agama. Selepas
itu, tok kadi atau imam akan membacakan lafaz nikah sambil berjabat tangan dengan
pengantin lelaki dan pengantin lelaki dikehendaki mengulangnya sebaik sahaja tok
imam menggoncangkan tangannya.
 Lafaz nikah berbunyi "Aku nikahkan dikau.(nama pengantin perempuan) dengan mas
kahwin sebanyak ..(mengikut negeri) tunai" dan disambut oleh pengantin lelaki dengan
lafaz berbunyi "Aku terima nikahnya..(sama seperti yang dilafazkan oleh tok kadi). Saksi
akan mengesahkan samada lafaz tersebut jelas didengar atau tidak, sekiranya tidak
jelas, pengantin lelaki tersebut akan mengulangnya sehingga saksi tersebut berpuas
hati. Doa selamat akan dibaca sejurus selepas itu sebagai tanda kesyukuran kerana
kedua-dua mempelai telah selamat diijabkabul.

Selepas akad nikah, pengantin lelaki akan melakukan upacara membatalkan air
sembahyang. Si suami akan menyarungkan cincin atau memakaikan rantai kepada
isterinya yang menanti di dalam bilik yang dihias indah sambil keduanya bersalaman.
Adat ini dilakukan sebagai satu simbol bahawa pasangan tersebut telah sah
diijabkabulkan.
Selepas itu adat berinai akan dijalankan di mana kedua mempelai ditepung tawar.
Peralatan yang digunakan untuk upacara ini ialah semangkuk bertih, semangkuk beras
kunyit, sepiring inai, beberapa tangkai daun seribu yang diikat dan semangkuk air
tepung tawar. Wakil kedua-dua pihak akan menjalankan adat tepung tawar ini dengan
cara mencalitkan sedikit inai dan air tepung tawar ke tapak tangan pengantin. Beras
kunyit dan bertih tadi pula ditabur di hadapan pengantin dan juga kepada para hadirin.
Bunga telur akan diberi kepada mereka yang menepung tawar. Jumlah orang yang
menepung tawar lazimnya dalam bilangan ganjil.
 
MAJLIS PERKAHWINAN
Sebelum majlis perkahwinan dijalankan, berbagai persiapan akan dijalankan
termasuklah mendirikan bangsal penanggah, khemah tetamu, menyiapkan pelamin dan
bilik pengantin serta menyediakan bunga telur. Majlis perkahwinan juga dikenali
sebagai hari langsung atau hari bersanding. Ia merupakan kemuncak istiadat
perkahwinan dan pada hari inilah pengantin digelar raja sehari.
Pada hari tersebut, majlis diadakan secara meriah dengan dihadiri oleh sanak saudara,
jiran tetangga dan sahabat handai. Kedua-dua mempelai akan memakai dengan
pakaian pengantin, lazimnya baju songket dan dihias indah dengan perhiasannya
sekali. Pengantin perempuan akan diandam oleh mak andam sebelum majlis
persandingan bermula. Bagi mak andam tradisional, solekan pengantin didahului
dengan jampi serapah untuk menaikkan seri muka pengantin dan diberi makan sireh
untuk membuang perasaan gemuruh.

Ada juga pengantin yang dicukur bulu kening dan


dipotong anak rambutnya supaya kelihatan lebih menarik. Adat mengasah gigi juga
dilakukan bertujuan untuk meratakan gigi. Namun adat ini sudah tidak lagi diamalkan
oleh masyarakat Melayu hari ini.
Pengantin lelaki akan diarak dengan paluan kompang dan diiringi dengan bunga
manggar dari rumah penanggak menuju ke rumah pengantin perempuan. Kedatangan
rombongan pengantin lelaki akan disambut dengan taburan beras kunyit. Pengantin
perempuan akan menyambut kedatangan pengantin lelaki dan kemudiannya pasangan
pengantin akan dibawa ke halaman rumah dan duduk di tempat khas yang sediakan.
Pada kebiasaannya, persembahan pencak silat atau juga dipanggil menyembah
pengantin akan diadakan. Selepas itu, pengantin akan akan dibawa naik ke rumah
untuk adat bersanding pula.
Di sesetengah tempat, pengantin lelaki terpaksa melalui beberapa halangan di hadapan
tangga, di muka pintu atau di atas pelamin untuk mendapatkan pengantin perempuan.
Oleh itu wakil pengantin lelaki perlu membayar tebus pintu atau tebus pelamin.
Pengantin akan bersanding di atas pelamin yang dihias indah dan antara yang terdapat
di atas pelamin ialah bunga pahar. Semasa adat bersanding diadakan, adat menepung
tawar turut dilakukan. Para tetamu dan jemputan yang hadir juga akan diberi bunga
telur pada hari tersebut.
pengenalan 
Dalam maysarakat melayu, kepentingan adat sangat diutamakan dalam kehidupan mereka.Setiap
perlakuan mereka akan dipengaruhi dengan adatnya yang tersendiri terutama dalam majlis
perkahwinan masyarakat melayu. Adat akan memainkan peranan dalam memastikan kelancran
sesebuah majlis tersebut. Perkahwinan bermaksud menyatukan hubungan antara lelaki dan
perempuan dalam satu ikatan yang sah. Sebelum majlis perkahwinan berlangsung, beberapa adat
akan dilakukan seperti merisik,meminang,bersanding dan sebagainya. selain itu, perkahwinan
masyarakat melayu juga akan diselitkan beberapa aktiviti hiburan untuk para tetamu.

Lau Ghee Hoong     204917


di 6:16 AM 7 comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
MERISIK(MENENGOK)

Merisik atau menengok merupakan adat tradisi masyarakat Melayu kita yang makin jarang
diamalkan oleh generasi sekarang. Ianya bertujuan untuk menengok atau sinonim dengan
'meninjau' keadaan si gadis yang menjadi idaman si teruna. Meninjau keadaan disini bererti
memastikan status sebenar gadis berkenaan serta berkenal-kenal dengan sikap dan kemahiran
yang dimilikinya. Hal ini biasanya diuruskan oleh orang-orang lama yang lebih berpengalaman
dalam menilai seseorang misalnya ibubapa pihak lelaki dan saudara mara yang terdekat. Orang
kata 'tak kenal maka tak cinta'. Jika mengikut tradisinya, waktu untuk bertandang ke rumah pihak
perempuan dirahsiakan namun kini sebaliknya pula berlaku.Adat ini sebenarnya wajar diteruskan
oleh generasi masa kini agar tidak di telan dek zaman disamping manfaatnya yang baik bagi
semua pihak. Sesuatu perkara haruslah bermula dengan baik barulah ianya berakhir dengan
baik.InsyaALLAH. Setelah selesainya adat ini, barulah beralih ke adat bertunang.Berikut
merupakan sebuah pantun lama yang memiliki perkaitan maknanya dengan pertunangan individu
yang berjauhan.
               Pucuk pauh delima batu,
               Anak seluang di tapak tangan,
               Walaupun jauh beribu batu,
               Hilang dimata di hati jangan.

Nurul `Izzati Binti Shaari        203561


di 6:13 AM 2 comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
MEMINANG (HANTAR TANDA)

Pada zaman silam, adat mengantar tanda akan didahului dengan adat mengantar mas kahwin dan
wang belanja kepada pihak pengantin perempuan terutama apabila upacara perkahwinan itu
ditangguhkan untuk beberapa bulan. Antara barang tanda yang diserahkan kepada pihak
perempuan ialah cincin emas atau berlin serts diiringi dengan barang-barang smpingan seperti
buah-buahan,kasut,baju dan sebagainya. Barang-barang yang diterima oleh pihak perempuan
melambangakan pihak perempuan telah menyetujui syarat-syarat perkahwinan tersebut. Antara
syaratnya :
 jika pihak lelaki gagal untuk berkahwin dengan gadis yang ditunangkan,pihak perempuan
tidak berhak untuk menuntut semula.
 jika pihak perempuan gagal memenuhi pertunangan tersebut maka harus dikembalikan
semula kepada pihak lelaki dengan kadar sekali ganda baik dari segi bilangan ataupun nilainya.

Dalam masyarakat melayu, terdapat dua cara ikatan pertunangan dilakukan seperti pertunangan
antara dua keluarga yang rapat atau saudara dari usia kecil atau bayi dan seterusnya petunangan
dibuat secara wasiat bagi memenuhi permintaan mendiang ibu bapa.
Khairul Azri Bin Ahmad Robert    204889
di 1:19 AM 2 comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
AKAD NIKAH
Upacara akad nikah merupakan istiadat yang diperlukan oleh agama dan undang-undang untuk
menghalalkan perkahwinan.Dalam upacara tersebut, pengantin lelaki akan berpakaian haji atau
berpakaian bangsa melayu manakala rombongan pihak lelaki pula akan membawa barang
hantaran dan disusun di hadapan tetamu yang hadir. Imam yang dikenali sebagai tukang kadi
akan memilih dua orang dari tetamu tersebut untuk dijadikan saksi serta memeriksa barang-
barang yang dibawa termasuklah mas kahwin. Manakala imam tersebut akan menyemak
kesemua maklumat pengantin untuk ditandatangani oleh kedua-dua mempelai. Seterusnya, akad
akan dimulakan.
      
        "..........bin.....aku nikahkan dikau dengan......binti......yang telah memperwakili ia akan daku
dengan mas kahwinnya sebanyak .....dan belanjanya." 

Ayat bagi lelaki untuk menjawab 


   
     " aku terima nikahnya ..........binti......dengan mas kahwinya ......dan belanjanya."

Jika jawapan pengantin lelaki disebut dengan jelas untuk didengari oleh para saksi dan para
tetamuyang hadir, maka upacara akad nikah adalah sah.

Siti Nur Hidayah Binti Rahman   204977


di 1:15 AM 3 comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
BERANDAM DAN BERASAH GIGI
Adat ini akan dilakukan sebelum upacara akad nikah berlangsung. Tujuan adat ini dilakukan
adalah untuk meningkatkan lagi seri pengantin perempuan itu. Oleh itu, ranbut dibahagian dahi
dan juga bulu kening pengantin perempuan akan dipepat oleh mak pengantin(tukang solek).
Selain itu, gigi pengantin akan diasah dan dikilap supaya menjadi rata serta berkilat. Selepas
berandam ,pengantin perempuan akan dimandikan dengan air sintok-limau bagi membuang nasib
malang yang terdapat pada pengantin tersebut.Manakala sebelum tidur pula,pengantin
perempuan akan dipakaikan inai di setiap jari tangan dan juga kaki sebagai menampakan lagi
keserian pengantin tersebut.

Khoo Cheng ling   206746


di 1:14 AM 1 comment:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
ISTIADAT BERINAI

Terdapat tiga adat berinai dalam masyarakat melayu iaitu berinai mencuri yang dilakukan pada
waktu petang selepas pengantin berinai waktu malam berandam. Kedua, berinai kecil dan berinai
besar.Istiadat berinai besar akan dilakukan pada hari persandingan pengantin tersebut. Berinai
besar ini memerlukan beberapa jenis bahan seperti nasi kunyit, bertih,air daun setawar, inai dan
tangkai daun wangi. Antara cara untuk melakukan berinai ini ialah mengambil sedikit nasi kunyit
dan bertih dibalingkan kepada pasangan tersebut. Kemudian tangkai daun wangi dicelupkan
dengan air daun setawar serta meletakan sedikit inai dibahagian tengah tapak tangan pengantin
lelaki dan perempuan. Selesai berinai seorang daripada tetamu atau orang yang paling tua akan
membacakan doa kesyukuran dan kebahagian pasangan pengantin tersebut.

Lee Kar Yan    206839


di 1:14 AM 2 comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
BERSANDING
Pada hari persandingan,pihak pengantin lelaki akan diringi oleh sekumpulan kompang atau
rebana bagi menyambut kedatangan pengantin lelaki ke rumah pengantin perempuan.Kedatangan
pengantin lelaki akan disambut oleh pengantin perempuan sambil beriringan berpimpin tangan
untuk masuk ke rumah pengantin. Sebelum masuk ke rumah pengantin tersebut akan dihiburkan
zapin ataupun silat yang ditarikan oleh pemuda-pemudi kampung tersebut. Selain itu, pengantin
lelaki akan ditahan oleh pemuda dihadapan pintu sebelum masuk ke rumah jika pengantin lelaki
tersebut ingin masuk beliau terpaksa membayar sejumlah yang kecil setiap orang sama juga
seperti di hadapan pelamin yang ditahan oleh pemudi. Manakala ibu pengantin juga akan turut
sama seperti mereka tapi bayaran yang perlu diberi lebih besar dari mereka. Selepas itu barulah
pengantin lelaki dibenarkan duduk bersebelahan dengan pengantin perempuan di atas pelamin
yang dihiasi dengn indah. Di atas pelamin, mempelai akan amalan adat makan bersuap kemudian
pengantin diberi ruang untuk bersama dengan rakan-rakannya.
 Selepas beberapa minit, pengantin akan dibawa oleh ibu pengantin ke dalam biliknya untuk 
memberi peluang kepada pengantin tersebut sebagai tanda perkenalan alam perkahwian
mereka. Kedua- dua pengantin akan menjamu selara bersama ahli keluarga pihak lelaki yang
dipanggil makan beradap atau berdamai. Pada malamnya, pengantin perempuan tidak dibenarkan
bersama pasangannya selama 2 hari 2 malam kecuali pada waktu makan malam pengantin
perempuan  dibenarkan masuk ke bilik untuk menemani dan melayani pengantin lelaki makan.
Pada malam ketiga, barulah pengantin perempuan dibenarkan tidur sebilik bersama pasangannya
dengan berpakaian serba putih.

Nur Afiqah Binti Ibrahim   204925


di 1:12 AM 1 comment:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
ADAT MANDI LIMAU
Adat mandi limau dilakukan adalah untuk memastikan keperawanan pengantin perempuan
tersebut. Adat ini dilakukan pada awal pagi selepas malam bersatu pengantin tersebut. Emak
pengantin akan memastikan keperawanan pengantin perenpuan tersebut melalui pengantin lelaki
yang di bekalkan dengan sehelai sapu tangan putih.Sapu tangan tersebut akan ditunjukan kepada
kedua-dua keluarga terutama keluarga lelaki. Setelah memastikan keperawanan pengantin
tersebut, adat mandi limau dilakukan dengan memercikkan air sintok dan limau purut kepada
kedua-dua pengantin tersebut. Selepas selesainya upacara tersebut, kedua-dua pengantin dibawa
masuk ke bilik dan memegang salah satu hujung sapu tangan . Sarung yang digunakan dalam
istiadat mandi akan diberikan kepada emak pengantin bukan sahaja sebagai hadiah tetapi untuk
tolak bala dan buang geruh. Kedua-dua pengantin diingat tidak dibenarkan memerah air dari
sarung tersebut.

Mohd Firdaus Bin Manaf   206843


di 12:45 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
HIBURAN DALAM PERKAHWINAN
Dalam majlis perkahwinan, hiburan akan diadakan bagi menghiburkan pasangan pengantin
mahupun masyarakat setempat. Hiburan ini diadakan bagi hiburkan hati pengantin yang gemuruh
menghadapi alam perkahwinan dan juga bagi menghilangkan penat masyarakat setempat yang
telah bergotong-royong dalam melancaran majlis perkahwinan  seperti makanan, membasuh
pinggan dan sebagainya serta memeriahkan lagi majlis tersebut.Antara hiburan yang diadakan
adalah zapin, ghazal, kuda kepang, dikir barat dan sebagai.

Aeefi alghazali Binti Mohd Idrus  204945


di 12:29 AM 1 comment:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
PANTANG LARANGAN SEORANG PENGANTIN
Dalam masyarakat melayu terdapat pantang larangan yang ditujukan kepada bakal pengantin
baru. Antara pantang larang yang sentiasa dilakukan dalam masyarakat melayu adalah pengantin
perempaun dilarang keluar bersama pasangannya selama 40 hari sebelum diijabkabulkan.
Pantang larangan ini dilakukan untuk mengelakkan daripada tohmah masyarakat sekeliling
dan juga uantuk mengawal nafsu pasangan pengantin tersebut. selain itu, akan menimbulkan
perasaan rindu dendam dalam diri masing-masing. Bagi masyarakat melayu, rindu yang timbul
akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri seperti biasa. Pantang larang yang dilakukan
dalam masyarakat melayu mempunyai tujuan yang tersendiri terutama menjaga maruah bakal
pengantin dan juga ahli leluarga. Terdapat juga pantang larang lain yang dilakukan iaitu jangan
tidur di rumah orang kerana takut dikena ilmu dan juga disantau dan sebaganya. Hal ini
sedemikian menunjukan bahawa masyarakat melayu kaya dengan adat dan juga pantang larang.

Pantang larang bakal pengantin Melayu

APAKAH anda sudah bertemu pasangan yang serasi dengan diri anda?

Bagi yang bertunang atau bakal bergelar raja sehari, ada banyak pantang
larang yang harus diikuti.

Dalam masyarakat Melayu, sebaik ditetapkan hari perkahwinan, bermakna


bermulalah pantang larang buat bakal mempelai itu.

Apa yang ditetapkan harus diikuti demi kebaikan diri mereka. Orang Melayu
yang terkenal dengan adat resamnya yang tinggi mempunyai amalan
tertentu untuk kebaikan semua pihak.
Ia bukanlah menjadi kewajipan tetapi satu budaya masyarakat Melayu.
Walaupun bakal pengantin masa kini jarang mengamalkan petua itu, tidak
rugi jika ia diikuti.

Cuba selami betul-betul supaya anda dapat mendalaminya. Jika anda


merasakan ia bersesuaian, mungkin anda bersetuju dengan apa yang
dikemukakan. Jika sebaliknya, abaikan saja.

 Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijab kabul


untuk mengelakkan tohmahan masyarakat. Selain itu ia bertujuan untuk
mengawal nafsu. Ia juga untuk menimbulkan perasaan rindu dendam.
Perasaan yang timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri.

 Jangan tidur di rumah orang takut terkena ilmu. Ia juga adalah untuk
menjaga nama baik keluarga.

 Jangan bebas keluar ke mana-mana kerana takut disantau oleh mereka


yang mempunyai niat tidak baik.

 Jangan makan nasi dengan gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik
pelamin bagi mengelakkan perut buncit.

 Elakkan makan ulam yang berbau busuk seperti petai dan jering.

 Jangan bercermin terutama selepas Maghrib ke atas bagi mengelak diri


dari terkena sihir.

 Jangan membuang air kecil dan air besar serentak di dalam air
contohnya dalam sungai, kolah kerana ia boleh melemahkan organ seks.

 Elakkan minum air mengandungi gas kerana ia mempunyai gula dan gas
yang tinggi dan boleh menyebabkan kencing manis.

 Kurangkan makan makanan yang manis kerana jika terkena kencing


manis, lelaki akan menghadapi masalah ketika bersama.

 Elakkan mandi malam kerana tidak elok untuk sendi-sendi.

 Kawal makan iaitu sekali makan setiap hari (mengikut sesetengah adat).

 Kaum lelaki elakkan memakai seluar dalam yang ketat pada waktu
malam dan tidur meniarap kerana tidak bagus untuk organ seks kerana
darah tidak mengalir.
 Elakkan terlalu banyak makan makanan laut kerana ia mengandungi
banyak toksid.

 Tiga bulan sebelum berkahwin, mula membuat urutan supaya pengantin


mempunyai tenaga yang cukup sebagai persiapan.

 Amalkan makan telur ayam kampung dua kali seminggu yang dicampur
madu dan lada hitam yang ditumbuk untuk menambah tenaga.

 Bagi mereka yang banyak angin, minum air halia untuk membuang
angin.

 Belajar ilmu rumah tangga daripada orang yang berpengalaman dan


sudah berkahwin tentang rahsia memikat isteri supaya rumah tangga aman
dan damai.

 Jangan memuaskan nafsu dengan cara sendiri.

 Cukupkan waktu tidur tujuh hingga lapan jam sehari.

 Elakkan minum minuman keras dan merokok.

 Elakkan terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak


berseri pada hari perkahwinan.

 Elakkan minum air soya kerana ia sejuk dan tidak elok untuk alat
kelamin.

 Amalkan makan jamu supaya malam pengantin tidak mengecewakan.

 Banyakkan baca surah-surah bagi mengelakkan gangguan syaitan.


Sentiasa mengingati Allah.

 Jangan makan sebebas-bebasnya kerana ketika ini sistem dalaman tidak


stabil.

 Jangan terlalu terdedah kepada keluarga lelaki (simpan diri).

 Jangan berembun atau keluar malam bagi mengelak unsur jahat.

 Jangan bercelak serta memotong rambut seminggu sebelum ijab kabul.

 Jika sudah nikah gantung tidak boleh bersama.


 Selepas nikah mesti ada peneman tidur sebelum bersama. Ia bertujuan
menghangatkan lagi kemesraan.

 Bilik lelaki atau wanita jangan dikosongkan. Mesti ada orang atau ahli
keluarga terdekat tidur di dalam bagi mengelak daripada dikhianati.

 Jangan buat kerja yang berat kerana apabila pengantin membuat kerja
berat, dia akan berasa penat dan mudah terjadinya gangguan emosi.

 Jaga pertuturan agar tidak menimbulkan rasa sakit hati.

 Elakkan makan dan minum seperti sayur bersifat sejuk seperti kangkung,
bayam, timun, jambu batu dan air kelapa agar muka nampak segar.

 Jangan cukur kening ditakuti akan menghilangkan seri muka.

 Sebelum menjadi pengantin, katil kelamin tidak boleh ditiduri oleh


pengantin kerana tidak manis.

 Lempar baju di atas bumbung rumah tanpa diketahui orang lain bagi
mengelak hujan turun ketika majlis berlangsung.

 Dilarang memandang cermin ketika disolek kerana dikhuatiri hilang seri.

 Kedua pengantin dilarang bercakap ketika bersanding kerana kurang


manis dipandang tetamu.

 Jangan makan leher ayam nanti dikhuatiri kepala senget masa


bersanding.

 Dilarang membuang alis kerana perbuatan tersebut akan menghilangkan


seri wajah buat pengantin lelaki.

 Elakkan keluar rumah tanpa tujuan menjelang perkahwinan dikhuatiri


bakal pengantin mengalami kemalangan jika berada di luar.

Disini Dunia Maklumat (DM) akan berkongsi sedikit pantang larang bagi bakal
pengantin yang akan mendirikan rumah tangga,Percaya atau tidak terpulanglah kepada
anda. Namun setiap pantang larang orang dulu-dulu pastinya ada hikmah dan
kebenarannya. Disini terdapat 43 pantang larang untuk bakal pengantin lelaki and
perempuan.
1- Jangan makan nasi dengan gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelamin
bagi mengelakkan perut buncit.
2- Elakkan makan ulam yang berbau busuk seperti petai dan jering.
3- Elakkan minum air berkarbonat kerana ia mempunyai gula dan gas yang tinggi dan
boleh menyebabkan kencing manis.
4- Kurangkan makan makanan yang manis kerana jika terkena kencing manis, lelaki
tersebut menghadapi masalah berat ketika bersama.
5- Kawal makan iaitu sekali makan setiap hari (mengikut sesetengah adat)
6- Elakkan terlalu banyak makan makanan laut kerana ia mengandungi banyak toksid.
7- Amalkan makan telur ayam kampung 2 kali seminggu yang dicampur madu dan ada
hitam yang ditumbuk untuk menambah tenaga.
8- Bagi mereka yang banyak angin, minum air halia utk membuang angin.
9- Elakkan minum air soya kerana ia sejuk dan tidak elok untuk alat kelamin.
10- Elakkan minum minuman keras dan merokok.
11- Amalkan makan jamu supaya malam pengantin tidak mengecewakan.
12- Jangan makan sebebas-bebasnya kerana ketika ini sistem dalaman tidak stabil.
13- Elakkan makan dan minum seperti sayur bersifat sejuk seperti kangkung, bayam,
timun, jambu batu dan air kelapa agar muka nampak segar.
14- Jangan makan kepala ayam nanti mengantuk masa bersanding.
15- Jangan makan bersulam air kerana dikhuatiri menyebabkan perut menjadi buncit.
16- Jangan bercermin terutama selepas maghrib ke atas bagi mengelak diri dari
perkara sihir.
17- Dilarang memandang cermin ketika disolek oleh juruandam kerana dikhuatiri hilang
seri.

18- Dilarang membuang alis kerana perbuatan tersebut akan menghilangkan seri wajah
buat pengantin lelaki.
19- Elakkan terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak berseri pada
hari perkahwinan.
20- Jangan bercelak atau berlangir serta memotong rambut seminggu sebelum

ijabkabul.
21- Jangan cukur kening ditakuti akan menghilangkan seri muka.
22- Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul untuk
mengelakkan tohmahan masyarakat. Selain itu ia bertujuan untuk mengawal nafsu dan
menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yang timbul akan membuatkan wajah
pengantin lebih berseri.
23- Elakkan keluar rumah tanpa tujuan kerana angan-angan yang tinggi menjelang
perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin mengalami kemalangan jika berada di luar.
24- Jangan bebas keluar ke mana-mana kerana takut di santau oleh mereka yang
mempunyai niat yang tidak baik.
25- Jangan tidur di rumah orang kerana takut terkena ilmu yang tidak baik. Ia juga untuk
menjaga nama baik keluarga.
26- Jangan terlalu terdedah kepada keluarga lelaki (simpan diri).
27- Jangan berembun atau keluar malam bagi mengelakkan unsur jahat.
28- Elakkan mandi malam kerana tidak elok untuk sendi-sendi.
29- Jangan membuang air kecil dan air besar serentak di dalam air contohnya dalam
sungai atau kolah kerana ia boleh melemahkan organ seks.
30- Kaum lelaki elakkan memakai seluar dalam yg ketat pada waktu malam dan tidur
meniarap kerana tidak bagus untuk organ seks kerana darah tidak mengalir.
31- Tiga bulan sebelum berkahwin, mula membuat urutan supaya pengantin
mempunyai tenaga.
32- Jangan memuaskan nafsu dengan cara sendiri.
33- Cukupkan waktu tidur tujuh hingga lapan jam sehari.
34- Banyakkan baca surah-surah bagi mengelakkan gangguan syaitan. Sentiasa
mengingati Allah.
35- Belajar ilmu rumahtangga daripada orang yang berpengalaman dan sudah
berkahwin tentang rahsia memikat isteri supaya rumahtangga aman dan damai.
36- Sebelum menjadi pengantin, katil kelamin tidak boleh ditiduri oleh pengantin kerana
tidak manis.
37- Bilik lelaki atau wanita jangan dikosongkan. Mesti ada orang atau ahli keluarga
terdekat tidur di dalam bagi mengelak dari dikhianati orang lain.
38- Selepas nikah mesti ada peneman tidur sebelum bersama. Ia bertujuan untuk
menghangatkan lagi kemesraan.
39- Jika telah nikah gantung tidak boleh bersama.
40- Jangan buat kerja yang berat. Bila pengantin membuat kerja berat, dia akan berasa

penat dan mudah mengalami gangguan emosi.


41- Jaga pertuturan agar tidak menimbulkan rasa sakit hati.
42- Kedua pengantin dilarang bercakap ketika bersanding kerana kurang manis
dipandang tetamu.
43- Lempar baju di atas bumbung rumah tanpa diketahui oleh orang lain bagi
mengelakkan hujan turun ketika majlis berlangsung.
Percaya atau tidak terpulanglah kepada anda. Namun setiap pantang larang orang
dulu-dulu pastinya ada hikmah dan kebenarannya.Yang baik kita ikut yang buruk kita
tinggalkan.

Pantang larang Perkahwinan Kaum Melayu


Apabila telah ditetapkan hari perkahwinan beemakna bermulalah pantang
larang buat bakal mempelai itu. Apa yang ditetapkan harus diikuti utk
kebaikan diri mereka. Ia bukanlah menjaid kewajipan tetapi sudah menjadi
satu budaya dlm masyarakat melayu. Walaupun bakal pengantin zaman sekarang jarang
disebutkan perkara ini kepada mereka, tidak rugi jika apa-apa
pantang larang yg difikirkan sesuai masih boleh diikuti.

Pantang larang bermula dengan jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum
diijabkabul untuk mengelakkan tohmahan masyarakat. Selain itu ia bertujuan untuk mengawal
nafsu. Ia juga untuk menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yang timbul akan
membuatkan wajah pengantin lebih berseri.Psangan tersebut juga tidak dirumah orang takut
terkena ilmu. Ia juga untuk menjaga nama baik keluarga.

Selain itu, pasangan dilarang bebas keluar kemana-mana kerana takut dissantau oleh mereka
yang mempunyai niat tidak baik. Jangan makan nasi dengan gulai berkuah beberapa bulan
sebelum naik pelbagai mengelakkan perut buncit. Pengantin juga dilarang bercermin terutama
selepas maghrib ke atas bagi mengelakkan diri dari perkara sihir.Pasangan juga dilarang
membuang air kecil dan air besar serentak di dalam air contohnya dalam sungai, kerana ia boleh
melemahkan organ seks.

Pasangan perlu elakkan diri daripada terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan
tidak berseri pada hari perkahwinan. Mereka juga elakkan keluar rumah tanpa rujuan kerana
angan-angan yang tinggi menjelang perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin mengalami
kemalangan jika berada diluar.

Orang-orang tua melayu dahulu selalu mengingatkan anak cucunya supaya tidak melanggar
pantang larang .Pantang larang perlu dipatuhi untuk mengelakkan berlaku sesuatu kejadian yang
tidak baik.

Masyarakat Melayu begitu berpegang teguh dengan adat resam kerana ia


dipercayai mempunyai kesan dalam kehidupan. Bagi masyarakat Melayu, adat resam
perkahwinan begitu dititikberatkan. Sesuatu upacara dalam peringkat perkahwinan itu
akan dijalankan dengan meriah dan penuh adat istiadat.

Adat perkahwinan Melayu merupakan adat resam yang paling disayangi dan
yang paling dipegang teguh oleh kebanyakan orang Melayu. Namun pada zaman
sekarang, tidak semua orang mengetahui apakah adat perkahwinan Melayu yang
sebenar.

Antara objektif yang telah dibincangkan adalah:


1. untuk memberi pendedahan yang mendalam terhadap adat perkahwinan Melayu
kepada masyarakat.

2.Mengajak masyarakat mengenal adat perkahwinan Melayu.

3.Mengajak masyarakat sama-sama memeliharawarisan nenek moyang

4.Memberi petunjuk dan sedikit pengetahuan kepada golongan yang bakal


mengakiri zaman bujang mereka.

5.Memupuk semangat kerjasama antara ahli kumpulan

6.Membina keyakinan diri serta meningkatkan kemahiran sosial setiap ahli


kumpulan

P O ST ED B Y  HT T P://T IT A SS EMT WO .B L O GS PO T .C O M  A T  12:41 A M  5


C O MMEN TS :  

WEDNESDAY, MARCH 11, 2009


ADAT MERISIK
Dalam adat perkahwinan masyarakat Melayu, terdapat beberapa peringkat
penting. Pertama sekali adalah peringkatmerisik. 

Adat ini juga dipanggil meninjau atau menengok. Dalam budaya Melayu,


adat ini merupakan tahap awal menjodohkanteruna dan dara, yang
melibatkan pertemuan antara wakil keluarga teruna dengan orang tua pihak
dara. Pertemuan tersebut dianggap penting untuk menghormati keluarga
pihak dara, sebagaimana ungkapan dalam adat Melayu kalau hendak
meminang anaknya, pinanglah ibu bapaknya terlebih dahulu. Ungkapan
tersebut menjelaskan bahwa pandangan dan restu orang tua perlu diperoleh
terlebih dahulu dalam membuat keputusan yang besar seperti
perkawinan. Tujuanadat ini dilakukan adalah untuk memastikan bahawa
gadisyang dihajati oleh seorang lelaki itu masih belum berpunya. Ini
penting, kerana dalam Islam seseorang itu dilarang meminang tunangan
orang. Di samping itu, adat ini juga bertujuan untukmenyelidik latar
belakang si gadis. Lazimnya adat ini akandijalankan oleh saudara
mara terdekat pihak lelaki seperti ibu atau bapa saudaranya. Prosesi merisik
dilakukan dengan tertib dan sopan untuk menjaga dan memelihara nama
baik kedua belah pihak. 

Bagi pihak si gadis, terdapat beberapa kriteria yang perlu dipertimbangkan


sebelum menerima lamaran pihak lelaki antaranya ialah lelaki tersebut
perlulah mempunyai latar belakang agama serta mempunyai pekerjaan yang
baik. 

Apabila wakil pihak lelaki sampai di rumah si dara, para wakil keluarga


lelaki akan bercakap-cakap mengenai keadaan kehidupan, pekerjaan,
maupun isu-isu terkini sembil menikmati jamuan yang dihidangkan dan
dihantarkan sendiri oleh si dara. Pada saat si dara menghidangkan jamuan
itulah para wakil dari pihak lelaki berkesempatan untuk melihat wajah si
dara. Setelah itu, topik pembicaraan mulai difokuskan untukmenyampaikan
maksud kedatangan pihak teruna, dan pantununtuk merisik mulai
diperdengarkan oleh juru cakap mereka. Pada tahap ini, pihak
teruna menyatakan kehendak hati untuk “memetik bunga yang sedang
menguntum” apabila si dara belum memiliki pasangan.

Pantun merisik ini diawali oleh pihak keluarga teruna yang kemudian
akan dibalas oleh pihak keluarga dara yang menanyakan maksud
kedatangan keluarga teruna. 

Sudah lama langsatnya condong

Barulah kini batangnya rebah 


Sudah lama niat dikandung 
Baru sekarang diizinkan Allah 
Dari Pauh singgah Permatang 
Singgah merapat papan kemudi 
Dari jauh saya datang 
Karena tuan yang baik budi 

Kalau gugur buah setandan 


Sampai ke tanah baru tergolek 
Kami bersyukur kepada Tuhan 
Datang kami disambut baik 

Berapa tinggi pucuk pisang 


Tinggi lagi asap api 
Berapa tinggi Gunung Ledang 
Tinggi lagi harapan hati 

Kabung enau tebang satu 


Tebang sekali dengan sigainya 
Tinggi gunung tinggi lagi harapanku 
Harapan dalam tutur katanya 

Besar api Teluk Gadung 


Anak buaya mengonggong bangkai 
Niat hati nak peluk gunung 
Apakan daya tangan tak sampai 

Sudah lama langsatnya condong 


Dahannya rebah ke ampaian 
Sudah lama niat dikandung 
Baru sekarang disampaikan 

Setelah pihak teruna selesai melantunkan pantun yang mengungkapkan


maksud hati mereka, maka pihak dara akan membalas pantun sebagaimana
berikut ini: 

Perahu kolek ke hilir tanjung 


Sarat bermuat tali temali 
Salam tersusun sirih junjung 
Apa hajat sampai kemari? 

Malam-malam pasang pelita 

Pelita dipasang atas peti  


Kalau sudah bagai dikata 
Sila terangkan hajat di hati 

Tidak pernah rotan merentang 


Kayu cendana dijilat api 
Tidak pernah tuan bertandang 
Tentu ada maksud di hati 

Tumbuk lada di atas para 


Ada kasut simpan di hati 
Tepuk dada tanya selera 
Apa maksud di dalam hati 

Kemudian, pihak lelaki akan membalas pantun tersebut dengan lantunan


pantun yang menyiratkan kehendak untuk ”memetik bunga di taman”. 

Daun raya di atas bukit 


Tempat raja menanam pala 
Harap kami bukan sedikit 
Sebanyak rambut di atas kepala 

Sudah lama kami ke tasik 


Tali perahu terap belaka 
Sudah lama kami merisik 
Baru kini bertatap muka 

Tinggi-tinggi si matahari 
Anak kerbau mati tertambat 
Sekian lama kami mencari 
Baru sekarang kami mendapat 

Raja Hindu raja di Sailan 


Singgah berenang di persiraman 
Bagai pungguk rindukan bulan 
Kumbang merindu bunga di taman 

Cendrawasih burung yang sakti 


Singgah hinggap di atas karang 
Kasih berputik di dalam hati 
Dari dahulu sampai sekarang 

Singgah berenang di persiraman 


Mayang terendam di dalam tasik 
Kumbang merindu bunga di taman 
Bintang merindu cendrawasih 

Dalam adat Melayu, pihak si dara biasanya tidak langsung menjawab apa
yang menjadi kehendak pihak lelaki. Sesudah berpantun wakil
lelaki tersebut akan memberikan sebentuk cincin tanya berupa cincin belah
rotan dan jika pihak gadis bersetuju mereka akan menetapkan tarikh untuk
peminangan. Walau bagaimanapun adat merisik jarang dilakukan lagi
kerana pasangan tersebut telah berkenalan terlebih dahulu, justeru itu
mereka akan terus menjalankan adat meminang untuk menjimatkan kos
dan masa. 

http://malaysiana.pnm.my/01/01010201mel_merisik.htm

http://melayuonline.com/culture/?a=Uk5aIC9zVEkvUXZ5bEpwRnNx=

P O ST ED B Y  HT T P://T IT A SS EMT WO .B L O GS PO T .C O M  A T  11:46 PM  9


C O MMEN TS :  

MEMINANG & BERTUNANG


Setelah kata persetujuan dicapai oleh keluarga di pihak lelaki, wakil
dari pihak lelaki yang biasanya dipilih dari kalangan orang tua-tua akan
diutuskan oleh ibu bapa lelaki tersebut untuk mewakili mereka meminang
anak dara yang telah dipilih. Biasanya, ibu bapa kepada anak dara tersebut
tidak akan memberi jawapan yang muktamad kepada pihak yang datang
meminang kerana mengikut adat, mereka sepatutnya diberi tempoh untuk
memberi jawapan atau dipanggil bertangguh. Ini kononnya kerana hendak
berpakat dengan ahli-ahli keluarga dan waris yang rapat, walaupun
sebenarnya mereka memang sudah bersedia untuk menerima pinangan itu.
Sebenarnya, adat bertangguh ini mencerminkan budaya Melayu yang
amat berhati-hati dalam menentukan jodoh dan menunjukkan
kesopanan dalam setiap tingkahlaku. Sudah menjadi rutin dalam
kehidupan seharian masyarakat Melayu untuk tidak tergopoh-gapah dalam
mengendalikan apa sahaja dan adalah menjadi pegangan bahawa setiap hal
yang dilaksanakan perlu dijalankan dengan rapi dan tersusun mengikut adat
yang ditetapkan.

Setelah tamat tempoh yang diberikan, biasanya 2 hari, ada juga yang
sampai seminggu, pihak perempuan akan menghantar rombongan yang
dihadiri oleh orang tua-tua yang mewakili pihak mereka untuk memberikan
jawapan. Sekiranyapinangan diterima, pada pertemuan itu mereka akan
berbincang tentang segala syarat berkenaan mas kahwin dan hantaran
perbelanjaan majlis perkahwinan. Tarikhyang sesuai juga akan dipilih
untuk melangsungkanperkahwinan. Sekiranya perkahwinan itu agak
lambat dijalankan, pihak lelaki biasanya akan Menghantar Tanda
terlebih dahulu kepada pihak perempuan.
Konsep Menghantar Tanda adalah diertikan sebagai “putus cakap”. Ini
bermaksud pinangan dari pihak lelaki sudah pun diterima oleh pihak
perempuan. Oleh yang demikian, maka penghantaran tanda daripada lelaki
kepada anak dara yang bakal dikahwininya akan dilakukan melalui upacara
bertunang. Upacara ini membawa pengertian bahawa anak dara tersebut
sudah pun dimiliki dan kini dipanggil tunangan orang. Tanda yang dihantar
oleh lelaki tersebut mengikut adat lazimnya adalah sebentuk cincin
sahaja, iaitu cincin berbatu intan atau berlian, besarnya mengikut citarasa
dan kemampuan ibu bapa lelaki tersebut.

Namun begitu, bagi masyarakat


Melayu, selain cincin, beberapa barangan lain turut diberikan seperti
sepasang kain dan selendang, selipar atau sepatu, kuih-muih, manisan, dan
yang paling utama dan dianggap sakral, sirih junjung. Semuahantaran
akan dihias dengan cantik dan menarik serta akan dibalas oleh pihak
perempuan sebagai tanda setuju menerima pinangan. Jumlah hantaran
yang dihantar oleh pihak lelaki akan dibuat dalam angka ganjil dan
dibalas lebih oleh pihak perempuan, selalunya sebanyak dua
dulang. Contohnya, jika pihak lelaki memberikan 7 hantaran dulang,
biasanya pihak perempuan akan membalas 9 dulang. Hantaran dari pihak
perempuan biasanya berupa sirih junjung, sepersalinan baju melayu, capal
dan kuih-muih.

Sekiranya dalam tempoh menunggu diijabkabulkan, ikatan pertunangan


diputuskan oleh pihak lelaki, maka cincin dan segala barang
hantaran tidak boleh diminta semula dari pihak perempuan. Berbeza
pula halnya jika ikatan pertunangan diputuskan oleh pihak
perempuan. Jika ia diputuskan tanpa sebarang sebab yang dapat diterima
umum, maka pihak perempuan hendaklah mengembalikan semula
segala hantaran yang telah diberikan oleh pihak lelaki itu dalam nilai
sekali ganda banyaknya atau harganya.

Selain dari adat pertunangan yang disebutkan di atas, terdapat 2 lagi cara
pertunangan yang juga wujud dalam adat resam Melayu, iaitu :

• Pertunangan yang dilakukan oleh ibu bapa kedua-dua pihak sewaktu


anak mereka masih kecil lagi, dan ini tidak memerlukan penghantaran
tanda. Hal ini berlaku mungkin kerana ikatan persahabatan yang erat dan
mesra di antara ibu bapa kedua belah pihak dan ikatan itu diharapkan dapat
merapatkan lagi ikatan silaturrahim antara mereka. Pertunangan yang
demikian biasanya dihormati dan dilangsungkan sehingga kedua-dua anak
itu berkahwin.
• Pertunangan mengikut wasiat salah seorang daripada ibu bapa yang
telah meninggal dunia di antara dua buah keluarga. Ini juga tidak
memerlukan penghantaran tanda dan biasanya diakhiri dengan ikatan
perkahwinan.

Mengikut adatnya juga, sekiranya pihak gadis rupawan mempunyai


kakak yang masih belum berkahwin, hantaran untuknya juga turut
diberikan. Adat ini dipanggillangkah bendul. Alangkah bagusnya nasib
sang putera bahawa si gadis rupawan tidak mempunyai kakak. Bilangan
hantaran agak unik kerana jumlahnya ganjil iaitu samada lima, tujuh,
sembilan, sebelas atau tiga belas, kerana jumlah genap dikatakan
memberi implikasi yang tidak baik.Jumlah hantaran yang diberi oleh
pihak gadis rupawan pula akan melebihi jumlah hantaran pihak sang putera.
Adat menghantar belanja turut diadakan semasa adat bertunang ini
dijalankan. Namun begitu ada juga yang menjalankannya secara berasingan
daripada adat bertunang iaitu mengadakannya beberapa minggu sebelum
majlis persandingan dijalankan.
*PERTUNANGAN DI SISI SYARAK*
Terbahagi kepada lima cara:
- Lelaki memberitahu hajatnya untuk meminang kepada seorang perempuan
secara langsung.
- Lelaki memberitahu hajatnya untuk meminang kepada wali perempuan.
- Menggunakan pihak ketiga untuk meminang.
- Wali menawarkan anak perempuannya kepada seorang lelaki soleh.
- Perempuan menawarkan dirinya sendiri kepada seorang lelaki soleh.
Sekiranya kedua-dua pihak telah bersetuju dan menerima (menggunakan
salah satu cara di atas) maka ini adalah sudah dikira bertunang di sisi
syarak.

*PERTUNANGAN DI SISI ADAT*


Kebiasaannya pihak lelaki akan memberikan barang-barang hantaran ke
rumah pihak perempuan pada majlis pertunangan yang telah ditetapkan.
Kemudian perempuan akan disarungkan cincin di jari manisnya sebagai
tanda sudah bertunang oleh ibu/saudara pihak lelaki . Maka pihak
perempuan akan menetapkan dan membincangkan hantaran untuk
perkahwinan berdasarkan status seseorang perempuan itu. Dan diakhiri
dengan bacaan doa dan sedikit jamuan ringan. Majlis pertunangan ini
diadakan selepas kedua-dua pihak bersetuju untuk bertunang selepas adat
merisik.
Pemberian cincin semasa pertunangan adalah suatu adat yang
diamalkan di Malaysia (mungkin diambil dari warisan orang bukan Islam)
dan ia bukanlah satu syariat yang telah ditetapkan oleh Islam. Namun ia
tidaklah menjadi satu kesalahan sekiranya pemberian cincin itu diberikan
sekadar tanda pertunangan selagimana tidak menyalahi syariat. Perlu
diketahui bahawa menganggap perbuatan menanggalkan cincin sebagai
tanda pertunangan diputuskan maka ia adalah bercanggah dengan
Islam.
HEBAHAN PERTUNANGAN
Tidaklah digalakkan menghebahkan pertunangan sepertimana perkahwinan.
Pada pendapat saya bahawa hebahan pertunangan sekadar perlu adalah
terletak di atas budi bicara keluarga masing-masing. Adapun hebahan
tentang perkahwinan adalah digalakkan (sunat) oleh Islam dan
menghadirinya adalah wajib.

WAKTU PERTUNANGAN
Berkaitan dengan pertunangan yang lama - terletak di atas diri kedua-dua
pihak yang bertunang untuk menentukannya. Sekiranya kedua-dua
(peminang lelaki dan perempuan) mampu melaluinya dan bersedia dalam
tempoh masa pertunangan yang panjang maka tidaklah mengapa. Namun
pertunangan yang panjang mungkin membawa sedikit masalah.

Hakikatnya, pertunangan dalam Islam membawa seribu satu hikmah.


Selain dapat mengenali pasangan dengan lebih dekat, hubungan keluarga 2
hala dapat dibina ketika ini. Kebolehterimaan, tolak-ansur dan saling
memahami adalah kunci kepada kukuhnya ikatan yang terpatri. Kekuatan
iman juga sering teruji ketika di alam pertunangan..Justeru, alam
pertunangan juga boleh dijadikan kayu ukur terhadap rumahtangga yang
bakal dibina..Moga Allah sentiasa memberi hidayah dan membimbing
hambaNYA ke jalan yang benar..

'RAHSIAKAN PERTUNANGAN SEBARKAN PERKAHWINAN'


P O ST ED B Y  HT T P://T IT A SS EMT WO .B L O GS PO T .C O M  A T  3:58 PM  13
C O MMEN TS :  

MAS KAHWIN MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

1.JOHOR
ANAK DARA
RM 22.50
JANDA
RM 22.50

2.MELAKA
ANAK DARA
RM 40
JANDA
RM 40

3.NEGERI SEMBILAN
-BUKAN WARIS
ANAK DARA
RM 24
JANDA
RM 12

-AHLI WARIS
ANAK DARA
RM 48
JANDA
RM 24
-KERABAT DIRAJA
RM 725

4.SELANGOR

-PUTERI SULTAN
ANAK DARA
RM 2500
JANDA
RM 625

-PUTERI RAJA MUDA ATAU PUTERI KEPADA PUTERA SULTAN


ANAK DARA
RM 2000
JANDA
RM 500

-PUTERI KERABAT DIRAJA


ANAK DARA
RM 1000
JANDA
RM 250

-PUTERI ANAK RAJA (WARIS)


ANAK DARA
RM 550
JANDA
RM 137.50

-PUTERI ANAK RAJA (YANG LAIN)


ANAK DARA
RM 300
JANDA
RM 75

-ANAK PEREMPUAN ORANG-ORANG BESAR


ANAK DARA
RM 300
JANDA
RM 75

-CUCU ORANG-ORANG BESAR


ANAK DARA
RM 200
JANDA
RM 50

-ORANG KEBANYAKKAN
ANAK DARA
RM 80
JANDA
RM40

5.KUALA LUMPUR
ANAK DARA
RM 80
JANDA
RM 40

6.PERAK
ANAK DARA
RM 101
7.PULAU PINANG
ANAK DARA
RM 24
JANDA
RM 24

8.PAHANG
ANAK DARA
RM 22.50
JANDA
RM 22.50

9.KEDAH
-TIDAK DITETAPKAN

10.PERLIS
-TIDAK DITETAPKAN

11.TERENGGANU
-TIDAK DITETAPKAN

12.KELANTAN
-TIDAK DITETAPKAN

13.SABAH
ANAK DARA
RM 100
JANDA
RM 80

14.SARAWAK
ANAK DARA
RM 120
JANDA
RM 120

15.WILAYAH PERSEKUTUAN
ANAK DARA
RM 80
JANDA
RM 80

Mas kahwin dan hantaran adalah dua perkara yang berbeza. Mas kahwin


telah ditetapkan mengikut negeri seperti yg ditunjukkan di atas
tetapi hantaran pula terpulang kepadapersetujuan kedua-dua belah pihak
pengantin. kebiasaannyajumlah hantaran dihantar dengan nombor yang
ganjil seperti lima, tujuh,sembilan dan sebelas. Jumlah hantaran daripada
pihak pengantin lelaki adalah lebih kecil daripada jumlah hantaran pengantin
perempuan. contohnya, jika pihak pengantin lelaki menghantar hantaran
sebanyak tujuh dulang hantaran maka pihak pengantin perempuan akan
membalasnya dengan sembilan dulang hantaran. Gambar di bawah
merupakan hantaran-hantaran yang selalunya dihantar.
al-Quran

perfume set
Alat penjagaan diri
Jam tangan

Make up
Chocolate

cake
pelbagai variasi hantaran

P O ST ED B Y  HT T P://T IT A SS EMT WO .B L O GS PO T .C O M  A T  3:42 PM  2


C O MMEN TS :  
ADAT BERINAI
Majlis berinai di dalam masyarakat Melayu dijalankan secara berperingkat.
Terdapat 3 peringkat berinai iaitu berinai curi,berinai kecil dan berinai
besar. Pengantin perempuan akan memakai inai pada kesemua jari tangan
dan kaki termasuklah pada tapak tangan. Sebaliknya, pengantin lelaki hanya
memakai inai pada jari kelingking, jari manis dan jari
hantupada sebelah tangan sahaja. Namun kini, masyarakat hanya membuat
majlis berinai secara kecil-kecilan kerana faktor kos yang tinggi jika mahu
melaksanakan adat berinai besar.
 

BERINAI CURI
Berinai curi biasanya diadakan pada waktu petang hari selepas hari yang
tangan dan tapak kaki bakal pengantin perempuan diinai. Bakal pengantin
perempuan dihiasi dan didudukkan di atas pelamin. Ia juga dikatakan
diadakan tiga malam sebelum hari langsung dan hanya untuk tatapan
saudara mara terdekat sahaja.
BERINAI KECIL
Berinai kecil juga diadakan pada waktu petang seperti berinai curi. Namun ia
dilakukan selepas hari berinai curi. Adat ini diadakan dua malam sebelum
hari langsung untuk saudara mara, jiran tetangga dan sahabat handai.
BERINAI BESAR
Istiadat ini dijalankan pada malam sebelum majlis langsung atau selepas
majlis akad nikah untuk para jemputan khas daripada kedua-dua belah
pihak pengantin. Pada majlis tersebut, pengantin lelaki akan
diinaikan terlebih dahulu di atas pelamin diikuti pengantin perempuan.
Istiadat berinai besar bermula dengan para tetamu lelaki naik ke
pelaminuntuk membuang sedikit nasi kunyit pada sebelah kiri kanan
pengantin lelaki. Kemudian dilakukan dengan bertih, diikuti oleh tangkai
daun wangi yang dicelupkan ke dalam air daun setawar dan kemudian
digunakan untuk menyentuh kedua-dua belakang tangan pengantin lelaki.
Akhirnya, tetamu akan mengambil sedikit pes inai dari longgok di tengah
dulang dan selepas meletakkannya pada daun sirih yang disediakan oleh
emak pengantin, akan meletakkannya pada tapak tangan pengantin
lelaki. Daun sirih itu bertujuan untuk mengelakkan mengotorkan tangan
pengantin. Sejurus selepas ini, emak pengantin akan merapatkan kedua-dua
tangan pengantin dan menaikkannya pada aras dada sebagai tanda
menyembah kepada tetamu yang melakukan istiadat ini. Istiadat ini
biasanya dilakukan oleh semua tetamu yang minat, tetapi bilangan mereka
harus merupakan bilangan ganjil dan bukannya genap.
Ketika tetamu lelaki telah siap, para tetamu perempuan akan turut
menjalankan istiadat ini dengan cara yang sama. Selepas semua tetamu
yang minat telah menjalankan istiadat ini, seorang wakil daripada kalangan
tetamu lelaki akan ke depan untuk membaca doa selamat. Pengantin
lelakikemudian akan pulang ke rumah sendiri, dan pengantin
perempuan turut didudukkan di atas pelamin untuk menjalankan istiadat
yang sama. Istidat ini diakhiri seperti biasa dengan jamuan kari dan nasi.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Adat_resam_kahwin_Melayu#Berinai

http://www.ashtech.com.my/adat/berinai.html

P O ST ED B Y  HT T P://T IT A SS EMT WO .B L O GS PO T .C O M  A T  12:08 A M  5


C O MMEN TS :  
ADAT PERKAHWINAN MASYARAKAT MELAYU
MERISIK

Adat ini juga dikenali sebagai meninjau atau menengok. Ianya adalah bagi memastikan
gadis yang hendak dipinang masih belum berpunya. Ini adalah kerana Islam melarang
meminang gadis yang telah bertunang. Ia juga bertujuan untuk menyelidik latar
belakang keluarga gadis, kemahiran berumahtangga, adab sopan, tingksh laku, rupa
paras serta pengetahuan agamanya. Biasanya adat ini dijalankan oleh saudara mara
terdekat pihak lelaki.

Semasa merisik, biasanya pihak lelaki akan memberikan sebentuk cincin tanya berupa
cincin belah rotan dan sekiranya pihak gadis bersetuju, tarikh peminangan akan di
tetapkan. Namun begitu, adat merisik sudah jarang dilkukan kerama mereka sudah
saling mengenali di samping untuk menjimatkan kos.

MEMINANG
Setelah merisik dan diketahui bahawa si gadis masih belum berpunya, pihak lelaki akan
menetapkan satu tarikh untuk menghantar rombongan peminangan. Urusan
peminangan ini juga akan dilakukan oleh keluarga terdekat pihak lelaki. Adat
meminang ini adalah bagi pihak lelaki menyatakan hasrat mereka secara rasmi. Turut
dibincangkan di dalam adat meminang ini adalah berkenaan jumlah hantaran dan
bilangan  ahli rombongan yang akan datang pada majlis pertunangan bagi
memudahkan pihak gadis membuaat persiapan.

PERTUNANGAN

Setelah majlis meminang di selesaikan, maka majlis pertunangan diadakan. Pihak lelaki
akan di wakili oleh saudara mara terdekat. Sempena majlis pertunangan, satu kenduri
diadakan di rumah pihak perempuan. Hantaran yang terdiri daripada tepak sireh atau
sireh junjung sebagai bingkisn utama, sebentuk cincin beserta hantaran lain seperti
bunga rampai, kuih muih, buah - buahan , pakaian dan lain-lain yang digubah cantik
akan diberikan kepada pihak perempuan.

Mengikut adat, hantaran akan turut diberikan kepada kakak si gadis jika si kakak masih
belum berkahwin. Ini dinamakan langkah bendul. Bilangan hantaran juga di hantar
dalam bilangan ganjil seperti lima, tujuh, sembilan, sebelas dan tiga belas kerana
bilangan genap membawa implikasi yang tidak baik. Bilangan hantaran pihk
perempuan juga akan melebihi hantaran daripada pihak lelaki.

Antara contoh barangan hantaran pada majlis pertunangan adalah seperti berikut :
AKAD NIKAH

Akad nikah bukanlah suatu adat tetapi adalah merupakan ajaran agama dan merupakan
kemuncak kesahihan sebuah perkahwinan. Akad nikah dilaksanakan selepas semua
perjanjian yang dibuat dengan pihak perempuan telah disempurnakan seperti wang
hantaran, mas kawin dan barangan lain.
Upacara ini boleh dilakukan di masjid, pejabat kadi atau di rumah pengantin
perempuan. Di dalam upacara ini, bapa pengantin prempuan perlu menjadi wli untuk
menikahkan anaknya. Namun begitu, dia boleh mewakilkan kepada jurunikah untuk
menjalankan bagi pihaknya. Kebiasaanny, majlis akad nikah akan diadakan sehari
sebelum majlis perkahwinan dilangsungkan. Pada majlis itu, pengantin lelaki akan
mengenakan pakaian berwarna cerah seperti majlis pertunangan. Sebelum akad nikah,
Tuan Kadhi akan memeriksa wang belanja dan hantaran lain bersama dua orang saksi
dari pihak pengantin perempuan. Pengantin lelaki akan duduk di atas sebuah hamparan
sementara Tuan Kadhi akan masuk menemui pengantin perempuan bagi mendapatkan
persetujuan untuk dinikahkan. Selepas itu, Tuan Kadhi akan membacakan khutbah
nikah dan menerangkan secara umum hal-hal berkaitan rumahtangga dari sudut
agama. Kemudian, Tuan Kadhi akan membacakan lafaz nikah sambil berjabat tangan
dengan pengantin lelaki. Lapafaz nikah adalah berbunyi "Aku nikahkan dikau
dengan (nama pengantin perempuan) dengan mas kawin
sebanyak( mengikut negeri) tunai."Pengantin lelaki akan menjawab, " Aku
terima nikahnya (nama pengantin perempuan) dengan mas kawin
sebanyak( mengikut negeri) tunai".  Saksi akan mengesahkan lafaz nikah itu
jelas atau tidak. Jika tidak, akad nikah akan dilakukan semula sehingga saksi berpuas
hati. Selepas itu, doa selamat di bacakan sebagai tand kesyukuran.

Selepas itu, pengantin lelaki akan menyarungkan cincin perkahwinan ke jari pengantin
perempuan sebagai tanda membatalkan air sembahyang. Si isteri akan menunggu di
bilik yang dihias indah. Sesudah itu, mereka akan bersalaman sebagai tanda mereka
telah diijabkabulkan. Kemudian , adat berinai dijalankan dimana kedua mempelai di
tepung tawar. Peralatan yang digunakan adalah seperti  semangkuk bertih, semangkuk
beras kunyit,sepiring ini, beberapa tangkai daun seribu yang diikat dan semangkuk air
tepung tawar. Wakil kedua pihak akan melakukan upacara tepung tawar dengan cara
mencalitkan sedikit inai dan air tepung tawar ke tpk tsngan pengantin. Beras kunyit dan
bertih akan di tabur di hadapan pengantin dan orang ramai. Bunga telur akan diberi
kepada orang yang menepung tawar.

Upacara Akad Nikah


PERKAHWINAN

ADAT BERINAI

Majlis berinai biasanya diadakan berpingkat-peringkat.

BERINAI CURI - biasanya diadakan tiga malam sebelu hari langsung untuk saudara
mara terdekat sahaja.

BERINAI KECIL - biasanya diadakan dua malam sebelum hari langsung untuk
jiran,saudara mara dan sahabat handai sahaja.

BERINAI BESAR - biasanya diadakan satu malam sebelum hari langsung atau selepas
akad nikah untuk para jemputan khas daripada pihak lelaki dan perempuan.

Selepas adar Berinai Besar dilakukan, pengantin lelaki tidak akan bermalam di rumah
pengantin perempuan.. Sebaliknya pengantin lelaki akan pulang terus kerumahnya atau
bermalam di rumah penanggak, iaitu rumah yang berhampiran dengan rumah
pengantin perempuan.
1.0PENGENALAN
Masyarakat Melayu sering dikaitkan dengan pelbagai amalan dan tradisi
serta adat budaya masing-masing sama ada yang masih kekal ataupun
yang semakin dilupakan.H a l  i ni   ju ga   te rm as uk la h  d al am   s o al  p er ka hw in an .   M as ya r
a ka t   M e la yu   be gi tu  berpegang teguh dengan adat resam kerana ia dipercayai mempunyai ke
san dalamkehidupan. Bagi masyarakat Melayu, adat resam perkahwinan begitu
dititikberatkan.Jadi tidak hairanlah sekiranya masyarakat Melayu amat terkenal dengan
pegangannyaiaitu ‘Biar Mati Anak Jangan Mati Adat’.Dalam adat perkahwinan masyarakat Melayu,
terdapat beberapa peringkat pentingseperti merisik, meminang, bertunang, akad nikah dan
bersanding. Tujuan tinjauan inidijalankan adalah untuk mengetahui sejauh mana masyarakat
Melayu sekarang benar- benar berpegang dengan amalan dan tradisi yang diwarisi sejak turun-
temurun, namunada juga tradisi dan adat-adat yang semakin dilupakan. Antaranya ialah mandi-mandianatau
berlimau, berinai di pelamin, berandam dan berasah gigi, mandi berhias, dan jugaadat berpantun
Sehingga kini tidak dapat dinafikan, masih terdapat segelintir masyarakat
yangtidak begitu memahami kewajaran dan logiknya mempelajari adat tersebut secara
mendalam. Dalam tinjauan ini, perkara yang akan diketengahkan terbahagi kepada dua bahagian
iaitu:
a)
Amalan dan tradisi yang masih diamalkan.
b)
Amalan dan tradisi yang sudah jarang diamalkan.
Adat istiadat perkahwinan Melayu merupakan adat yang paling menarik. Adat tersebutdapat digambarkan
secara teratur dari satu tahap ke satu tahap, bermula dari seorang lelakihendak memperisteri seorang
perempuan sehinggalah berakhir dengan majlis perkahwinan,iaitu saat pasangan itu menjadi suami isteri
yang sah.Adat istiadat tersebut merupakan adunan daripada unsur-unsur
animisme, Buddha,Islam dan Barat. Secara terperincinya, ia sebenarnya melambangka
n identi ti dalamkelompok masyarakat itu. 3.1 Mandi-mandian atau Berlimau 

Setelah sempurna kedua-dua pengantin suami isteri itu menunaikan satu daripadahikmah
perkahwinan, maka akan diadakan sekali lagi persandingan di atas
pelamin. Namun, pengantin tidak akan dipakaikan dengan pakaian pengantin dan persandingan in
i hanya melibatkan sanak saudara sahaja. Setelah bersanding,kedua-duanya akan turun duduk di
bangku yang terletak di tengah tengah rumah itudan di sinilah dijalankan upacara mandi-
mandian dan bersintok limau sebagaimenandakan persatuan antara kedua pengantin suami
isteri itu telah sempurna danselamat. Setelah kedua-duanya selesai
dimandi dan disintok limaukan mengikutsyarat, mereka akan
dibawa oleh emak pengantin ke bilik peraduan pengantin
dengan keadaan suami memimpin isterinya dengan memegang sehelai sapu tanganmasuk ke
bilik. Manakala di luar, sekalian hadirin yang ada akan menyiram air  tersebut sesama
mereka sambil bersuka ria. Air yang digunakan untuk upacara inidisediakan dalam pelbagai
warna bagi menambah kecantikannya dan ianya jugadianggap sakral bagi masyarakat Melayu. 3.4
Mandi Berhias
Dijalankan ke atas kedua pasangan pengantin dan biasanya dibuat di serambi
atau pelantar tengah berhadapan dengan pintu luar rumah didahului oleh pengantinlelaki dan
diikuti oleh pengantin perempuan. Pengantin akan duduk menghala ke pintu luar dan di
depannya disediakan dulang beras basuh serta tepung tawar. Sanak saudara dan waris akan menabur
beras basuh dan menepung tawar pengantin itu.
3.5 Adat Berpantun
Pantun lazimnya digunakan untuk menyampaikan hasrat rombongan ketika
majlis peminangan dan perkahwinan. Ini bertepatan dengan sikap masyarakat Melayuyang penuh
dengan adab ketimuran. Melalui tradisi berpantun ini, warisan
turunt e m u r u n   d a p a t   d i k e k a l k a n   d a n   i a   j u g a   m e r u p a k a n   s a l a h   s a t u   c a r a   u
ntuk 
menunjukkan kreativiti masyarakat Melayu. Antara perkara-
perkara yang wajar di a m bi l  k i r a  m e ng e na i   pa n tu n  y an g  h e n da k   di s am pa i k an   ad a l
a h  k e uni k a n  bahasanya, aspek estetika dan etikanya, nilai, pemikiran dan falsafahnya, jati diri
dan pandangan serta persepsi dan akal budi. 3.6 Adat Merasi

 Merasi adalah merupakan salah satu cabang menilik nasib. Ianya diamalkan olehorang zaman
dahulu. Adat ini memerlukan bantuan bomoh atau pawang keranagolongan ini merupakan golongan
yang sangat dipercayai oleh masyarakat
Melayu pada zaman dahulu. Walaubagaimanapun, adat ini sudah dilupakan pada zamansekarang
kerana berkurangnya bomoh dan pawang yang dipercayai pandai dalamupacara merasi ini
dan masyarakat Melayu kini juga sudah tidak lagi percayakepada pawang dan bomoh.
L a m a n   W e b Pengkaji melayari beberapa laman web untuk mendapatkan lebih
maklumattentang isu yang dikaji. Berikut ialah senarai laman web tersebut :

http://xinniralubayna.blogspot.com/2009/06/bersanding-dalam-amalan-tradisi.html 

http://www.pengantin.com.my/

http://malaysiana.pnm.my/01/01010205mel_berinai.htm

http://ms.wikipedia.org/wiki/Perkahwinan#Tradisi_lapuk
d ) P e r p u s t a k a a n Penyelidik menjadikan buku sebagai sumber rujukan.

Buku - 1989. Amran Kasimin. Adat Perkahwinan Melayu. DewanBahasa Dan Pustaka
2002.

Buku - 1994. Denyse
Tessensohan. Adab Sopan Moden : Panduanle ng ka p   te nt an g   ad at  r es am ,  e ti ke t  d a
n  a da b   s o pa n.   Ti me s   Bo ok  Intenational 1992.

Buku – 2001. Drs. A. Munir, Drs. Sudarsono, S.H.M.Si. Dasar – dasar Agama Islam. PT Rineka
Cipta 2001.
Buku - 1989. Amran Kasimin. Adat Perkahwinan Melayu. DewanBahasa Dan Pustaka
2002.

Buku - 1994. Denyse
Tessensohan. Adab Sopan Moden : Panduanle ng ka p   te nt an g   ad at  r es am ,  e ti ke t  d a
n  a da b   s o pa n.   Ti me s   Bo ok  Intenational 1992.

Buku – 2001. Drs. A. Munir, Drs. Sudarsono, S.H.M.Si. Dasar – dasar Agama Islam. PT Rineka
Cipta 2001

http://xinniralubayna.blogspot.com/2009/06/bersanding-dalam-amalan-tradisi.html 

http://www.pengantin.com.my/

http://malaysiana.pnm.my/01/01010205mel_berinai.htm
  Kursus Kenegaraan (ULP 1023)
22

Anda mungkin juga menyukai