Anda di halaman 1dari 17

Soalan 1.a Huraikan tahap-tahap perkahwinan masyarakat Melayu. 1.

0 ADAT PERKAHWINAN MASYARAKAT MELAYU Adat perkahwinan Melayu merupakan adat resam yang paling disayangi dan yang paling dipegang teguh oleh kebanyakan orang Melayu. Namun pada zaman sekarang, tidak semua orang mengetahui apakah adat perkahwinan Melayu yang sebenar. Cara ataupun adat perkhawinan orang Melayu adalah hampir sama, cuma penambahan ciri budaya adalah berdasarkan kehendak semasa ataupun percampuran moden dan tradisional. 1.1 ADAT MERISIK Dalam adat perkahwinan masyarakat Melayu, terdapat beberapa peringkat penting. Pertama sekali adalah peringkat merisik. Adat ini juga dipanggil meninjau atau menengok. Dalam budaya Melayu, adat ini merupakan tahap awal menjodohkanteruna dan dara, yang melibatkan pertemuan antara wakil keluarga teruna dengan orang tua pihak dara. Pertemuan tersebut dianggap penting untuk menghormati keluarga pihak dara, sebagaimana ungkapan dalam adat Melayu kalau hendak meminang anaknya, pinanglah ibu bapaknya terlebih dahulu. Ungkapan tersebut menjelaskan bahwa pandangan dan restu orang tua perlu diperoleh terlebih dahulu dalam membuat keputusan yang besar seperti perkawinan. Tujuan adat ini dilakukan adalah untuk memastikan bahawa gadisyang dihajati oleh seorang lelaki itu masih belum berpunya. Ini penting, kerana dalam Islam seseorang itu dilarang meminang tunangan orang. Di samping itu, adat ini juga bertujuan untukmenyelidik latar belakang si gadis. Lazimnya adat ini akandijalankan oleh saudara mara terdekat pihak lelaki seperti ibu atau bapa saudaranya. Prosesi merisik dilakukan dengan tertib dan sopan untuk menjaga dan memelihara nama baik kedua belah pihak. Bagi pihak si gadis, terdapat beberapa kriteria yang perlu dipertimbangkan sebelum menerima lamaran pihak lelaki antaranya ialah lelaki tersebut perlulah mempunyai latar belakang agama serta mempunyai pekerjaan yang baik. Apabila wakil pihak lelaki sampai di rumah si dara, para wakil keluarga lelaki akan bercakap-cakap mengenai keadaan kehidupan, pekerjaan, mahupun isu-isu terkini sembil menikmati jamuan yang dihidangkan dan dihantarkan sendiri oleh si dara. Pada saat si dara menghidangkan jamuan itulah para wakil dari pihak lelaki berkesempatan untuk melihat wajah si dara. Setelah itu, topik pembicaraan mulai difokuskan untukmenyampaikan maksud

kedatangan pihak teruna, dan pantun untuk merisik mulai diperdengarkan oleh juru cakap mereka. Pada tahap ini, pihak teruna menyatakan kehendak hati untuk memetik bunga yang sedang menguntum apabila si dara belum memiliki pasangan. Pantun merisik ini diawali oleh pihak keluarga teruna yang kemudian akan dibalas oleh pihak keluarga dara yang menanyakan maksud kedatangan keluarga teruna.

1.2 Meminang Dan Bertunang Setelah kata persetujuan dicapai oleh keluarga di pihak lelaki, wakil dari pihak lelaki yang biasanya dipilih dari kalangan orang tua-tua akan diutuskan oleh ibu bapa lelaki tersebut untuk mewakili mereka meminang anak dara yang telah dipilih. Biasanya, ibu bapa kepada anak dara tersebut tidak akan memberi jawapan yang muktamad kepada pihak yang datang meminang kerana mengikut adat, mereka sepatutnya diberi tempoh untuk memberi jawapan atau dipanggil bertangguh. Ini kononnya kerana hendak berpakat dengan ahli-ahli keluarga dan waris yang rapat, walaupun sebenarnya mereka memang sudah bersedia untuk menerima pinangan itu. Sebenarnya, adat bertangguh ini mencerminkan budaya Melayu yang amat berhati-hati dalam menentukan jodoh dan menunjukkan kesopanan dalam setiap tingkahlaku. Sudah menjadi rutin dalam kehidupan seharian masyarakat Melayu untuk tidak tergopoh-gapah dalam mengendalikan apa sahaja dan adalah menjadi pegangan bahawa setiap hal yang dilaksanakan perlu dijalankan dengan rapi dan tersusun mengikut adat yang ditetapkan. Setelah tamat tempoh yang diberikan, biasanya 2 hari, ada juga yang sampai seminggu, pihak perempuan akan menghantar rombongan yang dihadiri oleh orang tua-tua yang mewakili pihak mereka untuk memberikan jawapan. Sekiranyapinangan diterima, pada pertemuan itu mereka akan berbincang tentang segala syarat berkenaan mas kahwin dan hantaran perbelanjaan majlis perkahwinan. Tarikhyang sesuai juga akan dipilih untuk melangsungkanperkahwinan. Sekiranya perkahwinan itu agak lambat dijalankan, pihak lelaki biasanya akan Menghantar Tanda terlebih dahulu kepada pihak perempuan. Konsep Menghantar Tanda adalah diertikan sebagai putus cakap. Ini bermaksud pinangan dari pihak lelaki sudah pun diterima oleh pihak perempuan. Oleh yang demikian, maka penghantaran tanda daripada lelaki kepada anak dara yang bakal dikahwininya akan dilakukan melalui upacara bertunang. Upacara ini membawa pengertian bahawa anak dara tersebut sudah pun dimiliki dan kini dipanggil tunangan orang. Tanda yang dihantar oleh lelaki tersebut mengikut adat lazimnya adalah sebentuk cincin sahaja, iaitu cincin berbatu intan atau berlian, besarnya mengikut citarasa dan kemampuan ibu bapa lelaki tersebut. Namun begitu, bagi masyarakat Melayu, selain cincin, beberapa barangan lain turut diberikan seperti sepasang kain dan selendang, selipar atau sepatu, kuih-muih, manisan, dan yang paling utama dan dianggap sakral, sirih junjung. Semuahantaran akan dihias dengan cantik dan menarik serta akan dibalas oleh pihak perempuan sebagai tanda setuju menerima pinangan. Jumlah hantaran yang dihantar oleh pihak lelaki akan dibuat dalam angka ganjil dan dibalas lebih oleh pihak perempuan, selalunya sebanyak dua dulang. Contohnya, jika pihak lelaki memberikan 7 hantaran dulang, biasanya pihak perempuan akan membalas 9 dulang. Hantaran dari pihak perempuan biasanya berupa sirih junjung, sepersalinan baju melayu, capal dan kuih-muih. Sekiranya dalam tempoh

menunggu diijabkabulkan, ikatan pertunangan diputuskan oleh pihak lelaki, maka cincin dan segala barang hantaran tidak boleh diminta semula dari pihak perempuan. Berbeza pula halnya jika ikatan pertunangan diputuskan oleh pihak perempuan. Jika ia diputuskan tanpa sebarang sebab yang dapat diterima umum, maka pihak perempuan hendaklah

mengembalikan semula segala hantaran yang telah diberikan oleh pihak lelaki itu dalam nilai sekali ganda banyaknya atau harganya. Selain dari adat pertunangan yang disebutkan di atas, terdapat 2 lagi cara pertunangan yang juga wujud dalam adat resam Melayu, iaitu : Pertunangan yang dilakukan oleh ibu bapa kedua-dua pihak sewaktu anak mereka

masih kecil lagi, dan ini tidak memerlukan penghantaran tanda. Hal ini berlaku mungkin kerana ikatan persahabatan yang erat dan mesra di antara ibu bapa kedua belah pihak dan ikatan itu diharapkan dapat merapatkan lagi ikatan silaturrahim antara mereka. Pertunangan yang demikian biasanya dihormati dan dilangsungkan sehingga kedua-dua anak itu berkahwin. Pertunangan mengikut wasiat salah seorang daripada ibu bapa yang telah meninggal

dunia di antara dua buah keluarga. Ini juga tidak memerlukan penghantaran tanda dan biasanya diakhiri dengan ikatan perkahwinan. Mengikut adatnya juga, sekiranya pihak gadis rupawan mempunyai kakak yang

masih belum berkahwin, hantaran untuknya juga turut diberikan. Adat ini dipanggil langkah bendul. Alangkah bagusnya nasib sang putera bahawa si gadis rupawan tidak mempunyai kakak. Bilangan hantaran agak unik kerana jumlahnya ganjil iaitu samada lima, tujuh, sembilan, sebelas atau tiga belas, kerana jumlah genap dikatakan memberi implikasi yang tidak baik.Jumlah hantaran yang diberi oleh pihak gadis rupawan pula akan melebihi jumlah hantaran pihak sang putera. Adat menghantar belanja turut diadakan semasa adat bertunang ini dijalankan. Namun begitu ada juga yang menjalankannya secara berasingan daripada adat bertunang iaitu mengadakannya beberapa minggu sebelum majlis persandingan dijalankan. 1.3 PERTUNANGAN DI SISI SYARAK Terbahagi kepada lima cara: Lelaki memberitahu hajatnya untuk meminang kepada seorang perempuan secara langsung. Lelaki memberitahu hajatnya untuk meminang kepada wali perempuan. Menggunakan pihak ketiga untuk meminang. Wali menawarkan anak perempuannya kepada seorang lelaki soleh. Perempuan menawarkan dirinya sendiri kepada seorang lelaki soleh.

Sekiranya kedua-dua pihak telah bersetuju dan menerima (menggunakan salah satu cara di atas) maka ini adalah sudah dikira bertunang di sisi syarak.

1.4 PERTUNANGAN DI SISI ADAT Kebiasaannya pihak lelaki akan memberikan barang-barang hantaran ke rumah pihak perempuan pada majlis pertunangan yang telah ditetapkan. Kemudian perempuan akan disarungkan cincin di jari manisnya sebagai tanda sudah bertunang oleh ibu/saudara pihak lelaki . Maka pihak perempuan akan menetapkan dan membincangkan hantaran untuk perkahwinan berdasarkan status seseorang perempuan itu. Dan diakhiri dengan bacaan doa dan sedikit jamuan ringan. Majlis pertunangan ini diadakan selepas kedua-dua pihak bersetuju untuk bertunang selepas adat merisik. Pemberian cincin semasa pertunangan adalah suatu adat yang diamalkan di Malaysia (mungkin diambil dari warisan orang bukan Islam) dan ia bukanlah satu syariat yang telah ditetapkan oleh Islam. Namun ia tidaklah menjadi satu kesalahan sekiranya pemberian cincin itu diberikan sekadar tanda pertunangan selagimana tidak menyalahi syariat. Perlu diketahui bahawa menganggap perbuatan menanggalkan cincin sebagai tanda pertunangan diputuskan maka ia adalah bercanggah dengan Islam. 1.5 HEBAHAN PERTUNANGAN Tidaklah digalakkan menghebahkan pertunangan sepertimana perkahwinan. Pada pendapat saya bahawa hebahan pertunangan sekadar perlu adalah terletak di atas budi bicara keluarga masing-masing. Adapun hebahan tentang perkahwinan adalah digalakkan (sunat) oleh Islam dan menghadirinya adalah wajib. 1.6 WAKTU PERTUNANGAN Berkaitan dengan pertunangan yang lama - terletak di atas diri kedua-dua pihak yang bertunang untuk menentukannya. Sekiranya kedua-dua (peminang lelaki dan perempuan) mampu melaluinya dan bersedia dalam tempoh masa pertunangan yang panjang maka tidaklah mengapa. Namun pertunangan yang panjang mungkin membawa sedikit masalah. Hakikatnya, pertunangan dalam Islam membawa seribu satu hikmah. Selain dapat mengenali pasangan dengan lebih dekat, hubungan keluarga 2 hala dapat dibina ketika ini. Kebolehterimaan, tolak-ansur dan saling memahami adalah kunci kepada kukuhnya ikatan yang terpatri. Kekuatan iman juga sering teruji ketika di alam pertunangan..Justeru, alam pertunangan juga boleh dijadikan kayu ukur terhadap rumahtangga yang bakal dibina. 1.7 MAS KAHWIN Mas kahwin dan hantaran adalah dua perkara yang berbeza. Mas kahwin telah ditetapkan mengikut negeri seperti yg ditunjukkan di atas tetapi hantaran pula terpulang kepadapersetujuan kedua-dua belah pihak pengantin. kebiasaannyajumlah

hantaran dihantar dengan nombor yang ganjil seperti lima, tujuh,sembilan dan sebelas. Jumlah hantaran daripada pihak pengantin lelaki adalah lebih kecil daripada jumlah hantaran pengantin perempuan. contohnya, jika pihak pengantin lelaki menghantar hantaran sebanyak tujuh dulang hantaran maka pihak pengantin perempuan akan membalasnya

dengan sembilan dulang hantaran. Gambar di bawah merupakan hantaran-hantaran yang selalunya dihantar. 1.8 ADAT BERINAI Majlis berinai di dalam masyarakat Melayu dijalankan secara berperingkat. Terdapat 3 peringkat berinai iaitu berinai curi,berinai kecil dan berinai besar. Pengantin perempuan akan memakai inai pada kesemua jari tangan dan kaki termasuklah pada tapak tangan. Sebaliknya, pengantin lelaki hanya memakai inai pada jari kelingking, jari manis dan jari hantupada sebelah tangan sahaja. Namun kini, masyarakat hanya membuat majlis berinai secara kecil-kecilan kerana faktor kos yang tinggi jika mahu melaksanakan adat berinai besar. 1.9 BERINAI CURI Berinai curi biasanya diadakan pada waktu petang hari selepas hari yang tangan dan tapak kaki bakal pengantin perempuan diinai. Bakal pengantin perempuan dihiasi dan didudukkan di atas pelamin. Ia juga dikatakan diadakan tiga malam sebelum hari langsung dan hanya untuk tatapan saudara mara terdekat sahaja. 1.10 BERINAI KECIL Berinai kecil juga diadakan pada waktu petang seperti berinai curi. Namun ia dilakukan selepas hari berinai curi. Adat ini diadakan dua malam sebelum hari langsung untuk saudara mara, jiran tetangga dan sahabat handai. 1.11 BERINAI BESAR Istiadat ini dijalankan pada malam sebelum majlis langsung atau selepas majlis akad nikah untuk para jemputan khas daripada kedua-dua belah pihak pengantin. Pada majlis tersebut, pengantin lelaki akan diinaikan terlebih dahulu di atas pelamin diikuti pengantin perempuan. Istiadat berinai sedikit besar bermula dengan nasi kunyit pada para tetamu sebelah kiri lelaki kanan naik ke

pelaminuntuk membuang

pengantin

lelaki. Kemudian dilakukan dengan bertih, diikuti oleh tangkai daun wangi yang dicelupkan ke dalam air daun setawar dan kemudian digunakan untuk menyentuh kedua-dua belakang tangan pengantin lelaki. Akhirnya, tetamu akan mengambil sedikit pes inai dari longgok di tengah dulang dan selepas meletakkannya pada daun sirih yang disediakan oleh emak pengantin,akan meletakkannya pada tapak tangan pengantin lelaki. Daun sirih itu

bertujuan untuk mengelakkan mengotorkan tangan pengantin. Sejurus selepas ini, emak pengantin akan merapatkan kedua-dua tangan pengantin dan menaikkannya pada aras dada sebagai tanda menyembah kepada tetamu yang melakukan istiadat ini. Istiadat ini biasanya dilakukan oleh semua tetamu yang minat, tetapi bilangan mereka harus merupakan bilangan ganjil dan bukannya genap. Ketika tetamu lelaki telah siap, para tetamu perempuan akan turut menjalankan istiadat ini dengan cara yang sama. Selepas semua tetamu yang minat telah menjalankan istiadat ini, seorang wakil daripada kalangan tetamu

lelaki

akan

ke

depan

untuk membaca

doa

selamat. Pengantin

lelakikemudian di atas biasa

akan pulang ke pelamin untuk

rumah

sendiri,

dan pengantin yang

perempuan turut didudukkan Istidat

menjalankan

istiadat

sama.

ini diakhiri seperti

dengan jamuan kari dan nasi. 1.12 AKAD NIKAH Upacara akad nikah merupakan kemuncak kepada kesahihansesebuah ikatan

perkahwinan dalam ajaran Islam. Akad nikah boleh dilakukan di masjid, di pejabat kadi atau pun di rumah pengantin perempuan dan dijalankan oleh tok kadi atau imam. Di dalam upacara akad nikah, bapa pengantin perempuan perlu menjadi wali untuk menikahkan anaknya. Walau bagaimanapun, dia juga boleh mewakilkannya kepada tok kadi atau imam. Majlis ini kebiasaannya akan dijalankan sehari sebelum majlis perkahwinan diadakan. Lazimnya sementara menanti kedatangan rombongan pengantin lelaki, majlis

berzanji ataupukulan kompang diadakan. Sebelum upacara dijalankan,wang belanja, mas kahwin dan lain-lain hantaran akan diperiksa oleh tuan kadi dan dua orang saksi bagi pihak perempuan. Seterusnya pengantin lelaki akan duduk di atas sebidang tikar di tengah-tengah majlis. Tok imam atau tok kadi akanmenemui pengantin perempuan di dalam bilik untuk bertanyakan samada dia bersetuju atau tidak dengan pernikahan itu. Tok kadi juga akan membacakan khutbah nikah dan menerangkan secara umum akan tanggung jawab suami isteri dan lain-lain hal berkaitan rumahtangga dari sudut agama. Selepas itu, tok kadi atau imam akan membacakan lafaz nikahsambil berjabat tangan dengan pengantin lelaki dan pengantin lelaki dikehendaki mengulangnya sebaik sahaja tok imam menggoncangkan tangannya. Lafaz nikah berbunyi "Aku nikahkan dikau.(nama pengantin perempuan) dengan mas kahwin sebanyak ..(mengikut negeri) tunai" dan disambut

oleh pengantin lelaki dengan lafaz berbunyi "Aku terima nikahnya..(sama seperti yang dilafazkan oleh tok kadi). Saksi akan mengesahkan samada lafaz tersebut jelas didengar atau tidak, sekiranya tidak jelas, pengantin lelaki tersebut akan mengulangnya sehingga saksi tersebut berpuas hati. Doa selamat akan dibaca sejurus selepas itu sebagai tanda kesyukuran kerana kedua-dua mempelai telah selamat diijabkabul. Selepas akad nikah, pengantin lelaki akan melakukan upacara membatalkan air sembahyang. Si suami akan menyarungkan cincin atau memakaikan rantai kepada isterinya yang menanti di dalam bilik yang dihias indah sambil keduanya bersalaman. Adat ini dilakukan sebagai satu simbolbahawa pasangan tersebut telah sah diijabkabulkan. 1.13 MAJLIS PERSANDINGAN Sebelum majlis persandingan dijalankan, pelamin akan disiapkan terlebih dahulu. Pelamin adalah berbentuk seperti suatu singgahsanayang dilengkapi dengan bangku atau

kaus atau dua buah kerusi yang dipanggil peterakna sebagai tempat duduk kedua-dua pengantin tersebut semasa bersanding. Di hadapan pelamin tersebut diletakkan satu pahar yang berisi nasi kunyityang dihiasi dengan bunga-bunga telur dan di kemuncak gubahan nasi kunyit itu dicacakkan sejambak karangan bunga. Pengantin lelaki yang juga sudah siap berpakaian selengkap pakaian cara Melayu asli iaitu bertengkolok, berbengkong dan berkeris, akan mula dibawa berarak dengan berjalan kaki. Pengantin lelaki serta

rombongannya yang diarak akan diiringi dengan selawat dan pukulan rebana dari rumahnya atau tempat persinggahannya ke rumah pengantin perempuan. Hantaran akan dibawa bersama jika ia belum dihantar terlebih dahulu. Di hadapan halaman rumah pengantin pula adalah tempat untuk orang-orang lelaki berhimpun untuk menyambut ketibaan mempelai. Mereka turut bersedia dengan paluan kompang dan rebana. Marhaban dan zikir turut dialunkan bagi memeriahkan suasana. Apabila rombongan mempelai telah tiba, mereka akan berhenti pada jarak lebih

kurang sepuluh ela dari rumah pengantin. Pertunjukan silat akan dijalankan dalam masa beberapa minit. Mempelai kemudiannya akan dipimpin ke pintu rumah dan sebelum masuk, salah seorang wakilnya akan membacakan selawat sebanyak tiga kali dengan alunan yang sedap dan kuat sebagai tanda memberi selamat kepada mempelaisebelum masuk ke rumah. Kedua-dua pengantin akan duduk bersanding di hadapan kesemua tetamu dan keadaan inilah yang disinonimkan dengan istilah raja sehari. Semasa bersanding, emak pengantin akan menjalankan adat bersuap-suapan di antara kedua-dua pengantin. Emak pengantin akan menjemput sedikit nasi kunyit daripada pahar astakona dan diletakkannya ke tangan pengantin perempuan. Dengan memegang nasi itu menggunakan dua jari, tangan pengantin perempuan akan diangkat oleh emak pengantin laludisuapkan ke mulut mempelai itu. Setelah itu, giliran pengantin lelaki pula.Setelah itu majlis diteruskan dengan adat merenjis atau menepung tawar pengantin. Adat ini merupakan simbolik kepada penyucian diri pengantin tersebut.

Antara bahan yang digunakan untuk upacara ini adalah air mawar, bunga rampai serta beras kunyit. Upacara ini biasanya dimulakan oleh kedua ibu bapa pengantin, kemudian diikuti oleh saudara-mara serta para tetamu yang lain. Bagi upacara ini, kedua-dua mempelai akan direnjis terlebih dahulu dengan air mawar. Kemudian,beras

kunyit akan ditabur pada pengantin dan diakhiri dengan meletakkan bunga rampai di atas kedua-dua tapak tanganpengantin. Setelah selesai merenjis pengantin, perenjis akan diberi bunga telur sebagai penghargaan terima kasih. 1.14 KENDURI KAHWIN (WALIMATUL URUS) Menurut kamus dewan, adat bermaksud peraturan yang lazimnya dijalankan sejak dahulu kala. Manakala istiadat pula bermaksud berbagai-bagai adat diikuti. Antara adat

perkahwinan yang lazimnya dilakukan oleh masyarakat Melayu ialah walimatul urus iaitu majlis perkahwinan. Tujuan diadakan kenduri perkahwinan atau walimatul urus ini adalah untuk memberitahu kepada masyarakat bahawa pasangan tersebut telah pun berkahwin seterusnya mengelakan fitnah. Terdapat beberapa adat yang dijalankan sebelum dan semasa walimatulurus, iaitu rewang, mandi limau, menyambut menantu, cukai pintu dan makan beradap. 1.15 MANDI LIMAU Terdapat satu lagi adat yang penting namun masyarakat pada zaman ini tidak ramai mengamalkannya . Adat yang dimaksudkan ialah mandi limau. Ketika adat ini dijalankan, pengantin akan duduk diatas pelamin dalam pakaian terbaik dihadapan para tetamu. Untuk istiadat ini, mereka tidak berpakaian pengantin tetapi memakai pakaian Melayu yang biasa. Selepas itu, emak pengantin akan memercikkan air sintuk atau limau purut pada pasangan pengantin. Tujuan adat ini dijalankan adalah untuk membuang sial pada pasangan pengantin. Adat ini dijalankan sebelum kenduri kahwin dijalankan. 1.16 MENYAMBUT MENANTU DAN CUKAI PINTU Adat atau acara yang popular ketika walimatul urus dijalankan ialah adat menyambut menantu. Ketika ini, suami atau isteri dan keluarganya akan membawa pengantin perempuan atau lelaki bertandang ke rumah mereka. Sebelum pengantin lelaki dibenarkan masuk ke rumah pengantin perempuan, adat cukai pintu dikenakan ke atas pengantin lelaki. Pengantin lelaki akan memberi wang kepada pengapitdan kaum keluarga terdekat si pengantin perempuan. Kebiasaanya, wang yang diberi bergantung kepada si pengantin lelaki. Selepas selesai upacara tersebut, barulah si pengantin lelaki di banarkan masuk dan melihat si pengantin perempuan . Sepanjang kenduri dijalankan , terdapat juga beberapa hiburan di jalankan. Iringan paluan kompang berkumandang mengiringi mempelai memeriahkan lagi majlis perkahwinan. Selain itu, seni silat turut dipersembahkan dihadapan pengantin di tambah dengan tarian yang dipersembahkan untuk menghiburkan pengantin dan para tetamu. Adat istiadat ini masih diamalkan oleh masyarakat Melayu sehingga ke hari ini. Namun, pada zaman sekarang, beberapa bentuk hiburan yang moden dipersembahkan seperti nyanyian karaoke dan ditambah dengan celoteh deejay yang dijemput khas bagi memeriahkan majlis perkahwinan. 1.17 MAKAN BERADAP Di samping itu, terdapat satu lagi adat yang wajib dilakukan ketika kenduri perkahwinan dijalankan, iaitu makan beradap. Makan beradap kebiasaanya dijalankan untuk pasangan pengantin dan turut ditemani oleh ibu bapa kedua-dua mempelai. Hidangan yang disediakan untuk adat makan beradap lebih istimewa berbanding makanan yang lain. Kemuncak untuk adat ini ialah pengantin lelaki dan perempuan akan menyuapkan makanan kepada pasangan mereka. Adat makan beradap diakhiri dengan

upacara memotong kek atau pulut kuning. Kemudian dihidangkan kepada para tetamu yang dijemput. 1.b Pilih satu isu Bahasa Melayu yang sering diperbahaskan masa kini. Isu: Penggunaan Bahasa Dalam Media 1.0 Latar Belakang isu. Dahulunya saban hari kita mendengar lagu yang terpapar di media televisyen mengandungi lirik Gunakanlah bahasa kebangsaan kita, marilah amalkan ramairamai.. ciptaan Dol Ramli sebagai usaha untuk memperjuangkan martabat Bahasa Melayu di negara kita . Walau bagaimanapun sejak akhir ini, isu pencemaran bahasa ini semakin menjadi-jadi berikutan pencemaran Bahasa Melayu melalui media. Definisi media menurut Dewan Bahasa dan Pustaka merujuk kepada pelbagai jenis saluran atau perantara komunikasi, alat atau saluran komunikasi amnya atau keseluruhannya. Seperti televisyen, radio, akhbar, majalah ,internet dan sebagainya yang boleh menyampaikan maklumat dengan pantas. Di sini terdapat beberapa contoh pencemaran Bahasa Melayu dalam media sebagai renungan bersama. Antaranya ialah penggunaan bahasa Rojak dalam media, buktinya apabila media penyiaran memilih bahasa rojak sebagai nama rancangan dan nama siaran mereka. Sebagai contoh, Memang power seperti dalam iklan Sony boleh digantikan dengan : Memang Berkuasa atau Memang Hebat. Dalam iklan Panasonic pula, Slogan Panasonic Ideas For Life boleh diterjemahkan kepada Panaconic, Ciptaan Sepanjang hayat. Selain itu terdapat penggunaan bahasa asing dalam pengiklanan. Contohnya, Iklan Produk Ellgy Plus menyatakan Ellgy Plus is uiterst wekzam.zaelfsmijn moeder is het daarmee eens yang bermakna Ellgy Plu Berkesan. Persoalannya adalah iklan ini berkesan dengan mengaplikasikan bahasa asing untuk penerimaan masyarakat tempatan. Begitu juga dari segi pemilihan kata yang kurang tepat dalam media pengiklanan. Contohnya Iklan Jacker, POTATO CRISPS Meriangkan selera, Dari segi kolokasi, Meriangkan tidak sesuai digandingkan dengan kata selera kerana riang ilaha kata sifat yang dikaitkan dengan suasana,situasi dan perasaan hati yang gembira. Kata sesuai yang dipadankan dengan selera seharusnya membangkitkan atau membuka selera. Oleh itu, lebih tepat kalau dikatakan POTATO CRISPS Membuka Selera. Kesalahan Bahasa Melayu pada Papan Tanda juga berlaku. Ini boleh kita ketahui apabila melihat mana-mana papan tanda premis-premis perniagaan atau nama kawasan mengabungkan bahasa asing dengan Bahasa Melayu. Contohnya perkataan Suiz Letrik seharusnya menggunakan Suis Elektrik. Begitu juga di dalam Perkataan Di Larang sebagaimana dalam contoh diatas, ialah awalan dan seharusnya dicantum Dilarang Bukannya Di Larang. Dilarang adalah bentuk pasif daripada kata melarang.

Menurut Kamus Dewan Edisi Empat pencemaran bahasa bermaksud penggunaan bahasa yang tidak betul di kalangan masyarakat. Malah definisi pencemaran bahasa ini turut disokong oleh Nik Safiah Karim (1986), menurut beliau pencemaran bahasa ialah penggunaan bahasa yang melanggar peraturan-peraturan bahasa yang telah dipersetujui, sama ada pada peringkat sebutan, pilihan kata atau susunan frasa dan ayat. Manakala menurut Hassan bin Ahmad (1979:20), pencemaran bahasa bermaksud bahasa yang amat buruk digunakan sehingga mencemarkan imej Bahasa Malaysia. Isu pencemaran bahasa ini khususnya kekerapan penggunaan bahasa rojak oleh media penyiaran ini juga telah dipandang serius oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) iaitu Datuk Seri Dr. Rais Yatim. Ini kerana beliau adalah seoarang yang antibahasa rojak dan menerusi teguran yang dibuat itu jelas memperlihatkan penggunaan bahasa rojak digunakan secara berleluasa dan beliau akan mengambil langkah segera untuk mengatasinya. Perkara sedemikian tuirut menjadi perhatian dan mengikut pendapat Shamsudin Othman dari Jabatan Bahasa dan Pengajian Kemanusiaan, Falkulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Menerusi artikel terbitan Berita Harian bertarikh 3 haribulan Mac 2011 yang menyatakan kecenderungan menggunakan lebih daripada satu bahasa selain Bahasa Melayu sebagai tidak wajar Lebih-lebih lagi jika ia dilakukan oleh syarikat gergasi milik negara kerana perbuatan terbabit memperlihatkan betapa tidak yakinnya mereka terhadap bahasa Melayu bagi mewakili produk masing-masing dan boleh disamakan dengan menjual maruah negara sendiri. Malaysia sudah mengakui Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan iklan untuk paparan rakyat negara ini, sewajarnya menggunakan Bahasa Melayu sepenuhnya. Tidak perlu menggunakan pelbagai bahasa untuk menjelaskan apa yang ingin disampaikan berhubung sesuatu produk. 2.0 Strategi / Penambahbaikkan Melalui terbitan Utusan Malaysia ytang bertarikh 15 Februari 2011 bertajuk Media Penting Angkat Martabat bahasa Melayu. menyatakan Media elektronik dan cetak berperanan penting dalam mengangkat martabat bahasa Melayu serta pematuhan kepada dasar penggunaannya sebagai bahasa kebangsaan seperti termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Penyandang Pertama Kursi Pengajian Melayu Kerajaan Malaysia di Universiti Beijing, China, Prof. Dr. Awang Sariyan berkata, media merupakan tunjang utama dalam pelaksanaan dasar bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di negara ini.Menurutnya, peranan itu boleh dilakukan dengan memastikan bahasa yang digunakan dalam penerbitan dan penyiaran berita adalah tepat dan sempurna serta mengambil kira kesantunan."Usaha peneguhan bahasa Melayu sebagai bahasa

kebangsaan adalah tanggungjawab semua pihak termasuk pengamal media kerana secara

amnya golongan ini menggunakannya secara meluas sebagai alat berkomunikasi dengan masyarakat."Komitmen ini perlu ketika penggunaan bahasa rojak atau bahasa pasar semakin berleluasa di kalangan masyarakat Malaysia sehingga menyebabkan bahasa kebangsaan itu terus dipinggirkan," katanya. Oleh yang demikian strategi dan penambahbaikan harus diketengahkan untuk mengatasi permasalahan ini. Antaranya ialah: 2.1 Perbincangan antara Badan-badan berkenaan Antara ialah sentiasa mengadakan forum ataupun dialog bersama dengan semua agensi yang berkaitan untuk mencari dan membahaskan penggunaan Bahasa Kebangsaan dalam pengiklanan. Seperti dialog bertajuk Penggunaan Bahasa Kebangsaan Dalam Pengiklnan Pada 26 Mei 2011, di Dewan Seminar, Menara DBP yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah DBP, YBhg.Dato Haji Termuzi Haji Abdul Aziz dan Dihadiri oleh seramai 150 peserta dari agensi pengiklanan, wakil kementerian,Pihak Berkuasa tempatan, Pengawal Media, Pengamal Media dan para wartawan. Tutur hadir Ahli majlis Agensi Pengiklanan Bertauliah Malaysia (4As),Encik Gary Tay, Pengarah Jabatan Pembinaan Bahasa dan Sastera, Encik Rusli Abdul Ghani dan Pengarah Pengembangan Bahasa dan Sastera, Encik Salehuddin Abg Shokeran. 2.2 Pemberian kuasa pantau kepada Pihak Dewan Bahasa dan Pustaka Selain daripada itu, pertimbangan pemberian kuasa pantau pihak Dewan Bahasa dan Pustaka dalam pengiklannan yang telah diumumkan oleh Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi melalui petikan terbitan Suara13 Online pada 27 Jun 2012. Melalui pendekatan ini, DBP akan berperanan sebagai penegur, penasihat dan mendidik manamana agensi media dalam memartabatkan Bahasa Melayu berbanding menghukum pihakpihak yang menggunakannya dengan betul. 2.3 Peranan Pihak berkuasa Negeri dan Tempatan serta agensi berkaitan Pihak berkuasa tempatan, negeri dan kerajaan, seperti Majlis Bandaraya, Majlis Perbandaran, Majlis Daerah ataupun pihak KDPNKK boleh memganding bahu dalam menyelaraskan pemberian lesen perniagaan dengan memastikan nama premis perniagaan menepati penggunaan Bahasa Melayu yang Betul. Melalui langkah ini, bukan sahaja semua peniagaan di dalam negara menggunakan Nama Premis dengan penggunaan Bahasa melayu yang betul malah ia dapat memartabatkan Bahasa Melayu ke seluruh dunia dengan pembabitan peniaga dari luar negara yang perlu mengikuti peraturan yang ditetapkan di Malaysia sekiranya ingin menjalankan perniagaan di sini. 2.4 Kerjasama penghasilan buku ilmiah dan bahan pelbagai media Begitu juga, kerjasama antara pihak Dewan Bahasa & Pustaka, para cendikiawan dan para Sasterawan tempatan boleh menjalankan usaha sama bagi melaksanakan penghasilan, penulisan, penterjemahan, penyebaran dan penggunaan buku dan bahan

pelbagai media Bagi membantu membenteras penyalahangunaan Bahasa melayu dalam media. 2.5 Peranan Para pemimpin dan artis Para pemimpin harus menggunakan Bahasa Melayu yang tepat terutamanya ketika berucap kepada media. Jika diperhatikan pengugunaan Bahasa Melayu sering kali dicampur adukkan dengan penggunaan Bahasa Inggeris. Jadi Persoalannya, jika pemimpin sendirinya tidak memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu yang betul inikan pula pula rakkat yang dipimpin. Turut di cadangkan juga kepada para artis hiburan terutamanya dalam telemovie dan sebagainya sentiasa menggunakan Bahasa Melayu yang Betul penggunaan tatabahasanya kerana peranan mereka sebagai artis dalam memartabatkan Bahasa Melayu amat penting dalam media. 2.6 Peranan penghasilan media berbentuk penggunaan Bahasa Melayu yang tepat Satu langkah yang telah dijalankan oleh pihak media ,Radio Televisyen Malaysia (TV) iaitu dengan cuba mengajak orang ramai peka terhadap kesalahan ejaan dan bahasa rojak yang dianggap memudahkan dalam kehidupan harian menerusi drama Osman Baku yang diarahkan oleh Dato'Rahim Razali sendiri yang menjadi Pakcik Osman dalam cerita tu,seorang pesara guru bahasa melayu. Di dalam drama ini dia membetulkan kesalahan ejaan,penggunaan bahasa melayu,bahasa rojak dalam kehidupan seharian disamping tu diselitkan juga dengan pengolahan jalan cerita yang menarik supaya penonton tak berasa bosan. Walaubagaimanapun, Drama ini hanya tamat sehingga 13 episod sahaja. Oleh yang demikian, usaha ini tidak harus terbantut disini sahaja, penambahbaikan harus di ketengahkan dengan memanjangkan lagi episode tersebut kerana jalan ceritanya mempunyai implikasi yang boleh dianggap sebagai sebuah langkah murni memartabatkan Bahasa Malaysia. 3.0 Implikasi isu kepada masyarakat. Pencemaran bahasa melalui media masa yang yang semakin berleluasa ini sudah pasti akan memberikan kesan negatif kepada bahasa itu sendiri. Antaranya ialah : 3.1 Penulisan Esei Pelajar tidak Berkualiti Kesan yang paling ketara adalah menyebabkan mutu Bahasa Melayu baku sama ada lisan atau tulisan merosot. Perkara ini dapat dilihat dalam bidang pendidikan khususnya dalam kalangan pelajar. Ramai pelajar yang tidak dapat menguasai bahasa Melayu dengan baik. Walhal bahasa Melayu merupakan bahasa bangsa dan bahasa Ibunda. Lebih-lebih lagi dengan keadaan sekarang yang timbul pelbagai perkara yang menyebabkan penyalahgunaan bahasa seterusnya mempengaruhi cara penulisan para pelajar. bagi

Terutamanya penulisan esei dalam peperiksaan. Sekiranya penggunaan bahasa rojak dan istilah-istilah remaja tidak dibendung dengan meluas, lama-kelamaan bahasa ini akan

menjadi sebati kepada seseorang individu tersebut. Pastinya pelajar yang sering disogok oleh perkataan dan istilah-istilah yang muncul setiap hari akan keliru dengan penggunaan bahasa yang betul. 3.2 Wujudnya Salah Faham Semantik dalam Masyarakat Salah faham semantik ialah kesukaran serta kegagalan penyampai dan penerima mesej mentafsirkan kod yang ingin dijelaskan. Ianya akan mengganggu komunikasi antara individu yang terlibat. Hal ini juga turut sama menjejaskan bahasa Melayu baku. Akibat daripada perbezaan dialek, kesan yang jelas kelihatan ialah berlakunya salah faham semantik. Ada sesetengah media yang menggunakan dialek tempat masing-masing. Contohnya adalah siaran radio bagi setiap negeri. Selain itu, penulisan dalam laman sosial iaitu blog. Sudah pastinya setiap individu mengarang penulisan mereka dengan bahasa Melayu yang betul, namun ada segelintir individu yang menggunakan dialek mereka mengikut negeri kelahiran. 3.3 kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan akan tergugat. Umumnya, Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan telah menetapkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. Walu bagaimanapun jika penggunaan bahasa rojak yang melibatkan bahasa Inggeris dalam perbualan tidak dibendung maka secara tidak langsung ia akan mengugat kedaulatan bahasa Melayu itu sendiri. INi akibat sikap kebanyakkan masyarakat menganggap penguasaan bBahasa asing terutamanya Bahasa Inggeris merupakan satu standard yang tinggi dalam kalangan masyarakat. Maka secara tidak langsung, Bahasa Melayu akan menjadi bahasa dipingirkan khususnya di Bandaraya metropolitan. Dengan menguasai Bahasa asing misalnya Bahasa Inggeris akan menaikkan taraf pergaulan mereka. 3.4 Kemerosotan Kualiti Bahasa Melayu Perkembangan media elektronik semakin maju ekoran perkembangan media siber atau media baharu iaitu internet sehingga mampu menghasilkan pengiklanan yang menarik.. Namun begitu, kemajuan elektronik yang sedang dicapai ini telah dicemari dengan bahasabahasa yang kurang menyenangkan. Ini kerana terdapat pelbagai bahasa yang digunakan, antaranya ialah bahasa Melayu. Jenis bahasa yang digunakan juga adalah pelbagai seperti bahasa baku, bahasa rojak, bahasa perbualan dan dialek. Bahasa rojak atau bahasa basahan telah menjejaskan kualiti bahasa melayu. Penggunaan bahasa dalam media ini sukar dikawal kerana tiada peraturan yang dibuat untuk menghalangnya terutamanya di media . Ianya hanya bergantung pada kesedaran dan tahap pengetahuan bahasa pengguna media tersebut. Kesannya pada suatu ketika nanti, Bahasa Melayu tidak akan dipandang tinggi lagi walaupun di Negara kita sendiri. 3.5 Bahasa Melayu diperlekehkan

Sikap peniaga atau pengiklan yang mengabaikan penggunaan bahasa Melayu yang betul, tepat dan berkesan menyebabkan martabat bahasa Melayu seolah-olah

diperlekehkan. Dalam hal ini, soal betul atau salah penggunaan bahasa Melayu pada papan tanda mahupun papan iklan bukan menjadi pertimbangan utama peniaga dan pengiklan, sebaliknya mereka hanya mementingkan bahasa yang digunakan pada papan tanda yang mereka anggap dapat difahami oleh pengguna. Justeru, dengan adanya sikap yang sedemikian, kita dapat menyimpulkan bahawa, tahap kesedaran tentang penggunaan Bahasa Melayu yang betul bukanlah suatu agenda yang penting. Akibatnya, generasi akan datang menganggap perkara semikian tidak perlu lagi diketengahkan menjadi isu. Maka Bahasa Melayu yang bertindak sebagai Bahasa Kebangsaan akan pupus menjadi sejarah Bahasa sahaja.

4.0 Kesimpulan Kesimpulannya, pencemaran bahasa ini menerusi media merupakan suatu isu atau perkara yang semakin meruncing sejak akhir-akhir ini. Namun, jika pihak-pihak yang bertanggungjawab menjalankan tugas dengan penuh teliti dan kerap, tidak mustahil bahasa kita akan menjadi bahasa antarabangsa yang berada di tahap terpenting khususnya dalam bidang pendidikan dan perniagaan. Pihak yang mempunyai kuasa yang besar seperti Perdana Menteri harus sentiasa menekankan penggunaan bahasa kebangsaan kita setiap masa sama ada dalam ucapan rasminya ataupun semasa ditemu bual oleh wartawan. Dengan ini, apabila beliau sentiasa menggunakan bahasa kabangsaan secara baik dan kerap, ini akan menjadi ikutan kepada orang bawahannya. Bahasa rojak dan bahasa pasar tidak seharusnya digunakan secara meluaskan walaupun bukan dalam situasi formal. Hal ini jelas membuktikan bahawa bahasa rojak atau pasar ini akan merosakkan Bahasa Melayu yang juga merupakan bahasa kebangsaan kita. Kekerapan menggunakan bahasa yang tercemar secara meluas akan menlahirkan rakyat yang buta bahasa sendiri. Tidak mustahil kegagalan pelajar-pelajar di sekolah dalam mata pelajaran Bahasa Melayu disebabkan mereka terlalu kerap menggunakan bahasa rojak dan pasar. Anak-anak muda kini juga kerap membaca majalah berupa bahasa rojak dan pasar. Oleh itu, bagi pihak-pihak media haruslah sedar yang mereka juga

bertanggungjawab membawa pembaharuan dan penambahbaikan dalam bidang bahasa. Janganlah sibuk mengejar keuntungan tetapi nilai dan tanggungjawab patriotisme diabaikan. Dari sinilah kita mendidik masyarakat agar menggunakan bahasa yang betul dari segi ejaan, sebutan, dan tatabahasa Bahasa Melayu. Masyarakat mudah menerima perkara yang positif andainya di keliling mereka penuh dengan perkara positif. Sebagaimana kata-kata Peribahasa Melayu iaitu bagaimana acuannya, begitulah kuihnya. Kata-kata ini sudah cukup memberitahu kepada kita agar setiap perkara yang ingin diubah atau dibuat perlulah

dari atas atau pemimpin dahulu. Jika pemimpin begitu prihatin dan bersungguh-sungguh dalam hal memartabatkan bahasa kebangsaan, rakyat juga akan mengikutinya terutamanya media masa.

Edwin @ujang anak sibau Kp: 690516135565 Ppg/bm/11/00966/2012/2/kic Ppg bahasa melayu

Sumber Rujukan Amran Kasimin. 1989. Istiadat Perkahwinan Melayu, Satu Kajian Perbandingan. DBP KUALA LUMPUR. H.M Sidin 1964. Asal Usul Adat Resam Melayu. PENERBIT PUSTAKA ANTARA, KUALA LUMPUR. Haji Mohtar H.Md. Dom 1977. Istiadat Perkahwinan Masyarakat Melayu. FEDERAL PUBLICATIONS, KUALA LUMPUR. DR Zainal Kling 1977. Masyarakat Melayu Antara Tradisi Dan Perubahan. UTUSAN PUBLICATIONS & DISTRIBUTORS. EDISI PERTAMA. Rahim Syam, Norhale 1985. Mendekati Kebudayaan Melayu. FAJAR BAKTI SDN BHD. Oktober 1998. Bertunang Mencari Rasi Dalam Perkahwinan. m/s 167-168. MAJALAH WANITA. Gulai Itik dan Pak Loong di Jitra (2012,Julai). Isu Penggunaan bahasa pada papan Tanda Premis Niaga sejauh mana keseriusan kita? Pelita Bahasa(DBP), m/s 6 http://www.pengantin.com.my http://malaysiana.pnm.my http://malaysiana.pnm.my http://melayuonline.com/culture/?a=Uk5aIC9zVEkvUXZ5bEpwRnNx= http://www.seripengantin.com/v1/page.php?154 http://www.utusan.com/utusan/info.asp?y=2011&dt=025&pub=utusan_Malaysia&sec= Dalam_Negeri&pg=dn_08.htm#izz2QyTnSHH6 :http://www.suara13.com/public/nasional/1428

Anda mungkin juga menyukai