Anda di halaman 1dari 51

ADAT RESAM

KAUM DI MALAYSIA
Oleh : Azarina bt Arsat
Pengenalan

Perkahwinan

Perayaan

Kelahiran

Sebab perlu dikekalkan


ADAT
Aturan dan cara hidup/tingkah
laku/kepercayaan

Bersifat maya tidak dapat dilihat.


Timbul daripada suatu pemikiran berkenaan
cara hidup dan tidak dizahirkan.

Apabila dizahirkan dan dapat dilihat


pelaksanaannya akan menjadi satu budaya.

Adat resam ialah adat yang diwarisi secara


turun-temurun bagi mengekalkan tradisi
sesuatu kaum.

Adalah suatu ketetapan yang tidak boleh


berubah.
KEPERCAYAAN

Satu bentuk perlakuan yang


mencerminkan adat sesuatu masyarakat

Bersifat tidak tetap- boleh diubah.

Wujud pengkelasan budaya tradisional


dan
budaya moden.
PERKAHWINAN
MELAYU

CINA

INDIA

KADAZANDUSUN
Melayu
1) Merisik

Juga dipanggil meninjau atau menengok.


Ini penting, kerana dalam Islam seseorang itu
dilarang meminang tunangan orang.

Tujuan:-
a) untuk menyelidik latar belakang si gadis
berkaitan kemahiran rumahtangga, adab sopan,
tingkah laku, paras rupa serta pengetahuan
agamanya.
b) untuk pastikan si gadis belum berpunya

Lazimnya adat ini akan dijalankan oleh saudara mara


terdekat pihak lelaki seperti ibu atau bapa
saudaranya.

diberikan sebentuk cincin tanya berupa cincin belah


rotan dan jika pihak gadis bersetuju mereka akan
menetapkan tarikh untuk peminangan.
2) Pertunangan
Hanya dilakukan bila keluarga sigadis
menyatakan persetujuannya.

Tugas meminang biasanya dilakukan oleh


wakil kedua-dua belah pihak, biasanya ketua-
ketua adat dan syarak.

Semasa meminang akan ditetapkan tarikh


menghantar tanda. Juga dibincangkan semasa
upacara peminangan ialah hantaran belanja,
persalinan dan tempoh bertunang.

Jika putus tunang. Sekiranya pihak lelaki yang


memutuskan pertunangan tersebut, semua
wang hantaran dan belanja yang diberi kepada
pihak perempuan dikira hangus, sebaliknya
jika pihak perempuan yang berbuat demikian,
semua hantaran harus dikembalikan sebanyak
dua kali ganda.
3) Pernikahan

Akad nikah
Upacara akad nikah dijalankan sebelum upacara berinai
besar dan bersanding.

Imam mewakili wali perempuan menjadi jurunikah.


Dalam upacara ini juga disahkan hantaran dan lain-lain.

Mas kahwin disebut samada hutang atau tunai. Mas


kahwin akan diserahkan kepada pangantin perempuan
dan menjadi haknya. Dari saat ini sahlah mereka
menjadi suami isteri.

Berinai besar
Kedua pengantin memakai pakaian pengantin.
Pengantin lelaki datang ke rumah pengantin perempuan
dengan iringan arakan rebana.

Upacara berinai didahului oleh pengantin lelaki yang


duduk di pelamin. Ahli keluarga akan bergilir-gilir
menjalankan upacara itu. Pengantin perempuan akan
mengambil tempat selepas pengantin lelaki.
HARI PERSANDINGAN

Jamuan diadakan secara besar-besaran di rumah


pengantin perempuan.

Pengantin lelaki serta rombongannya akan diarak


dan diiringi dengan selawat dan pukulan rebana
dari rumahnya atau tempat persinggahannya ke
rumah pengantin perempuan.

Hantaran akan dibawa bersama sekiranya ia belum


dihantar terlebih dahulu.

JEMPUT MENANTU

Majlis jemput menantu atau menyambut menantu


diadakan di rumah pengantin lelaki. Pengantin
perempuan dijemput datang ke rumah pengantin
lelaki biasanya dibuat pada hari ketiga, kelima atau
seminggu selepas diadakan majlis persandingan
merisik bertunang akad nikah

mas kahwin bersanding hantaran


CINA
1) Merisik
untuk mengetahui latar belakang gadis yang
dihajati.

mengambil berat tentang nama , keturunan,


peribadi, watak dan tingkah laku si gadis. Penting
untuk mewujudkan perkahwinan yang berkekalan.

Cara merisik - lazimnya ibu bapa pihak lelaki akan


menanyakan kenalan dan rakan taulan yang kenal
dengan keluarga si gadis.

Gemar mengadakan perbincangan tersebut di


restoran-restoran dengan disertai saudara mara
lain- dapat mengeratkan perhubungan di antara
kedua belah keluarga.
2) Pertunangan
Hari pertunangan dilakukan berdasarkan
kalendar Cina - bersesuaian dengan bintang
kelahiran kedua pasangan.

Khidmat tukang tilik - penetapan tarikh


tersebut berpandukan kepada sebuah buku iaitu
Toong-Su - penting takut akan ditimpa
bencana dan perkahwinan akan menghalami
kegagalan.

Bakal pengantin lelaki berkunjung ke rumah


perempuan untuk menunaikan permintaan.
Upacara bertukar cincin.

Cincin disarung di jari manis kiri oleh kedua-dua


bakal pengantin sehingga hari perkahwinan.

Membuktikan gadis bersetuju - menyerahkan


sekeping kertas merah atau nyen-sang yang
tertulis nama gadis, umur dan tarikh lahirnya
yang didapati daripada tukang tilik.
Hantaran dan mas kahwin lazimnya diberi
semasa upacara bertukar cincin
perkahwinan atau pada hari lain seperti
hari istiadat perkahwinan yang diadakan di
Pejabat Pendaftaran Perkahwinan.

Hantaran: sebentuk cincin emas,


sepersalinan pakaian, kain dan wang tunai.
Jika tidak menyediakan barang hantaran
yang cukup kepada pengantin perempuan,
sejumlah besar wang tunai akan diberi.

Semakin besar mas kahwin yang diberikan,


semakin tinggi martabat dan kedudukan
pihak lelaki.
3) Pernikahan
Hari perkahwinan pengantin dihias indah.
Masyarakat Cina pada masa dahulu memakai
pakaian pengantin yang diperbuat daripada
kain sutera dan disulam benang emas.

Baju - bewarna putih, merah atau kuning.


Adalah dilarang memakai baju hitam, biru
dan kelabu kerana dipercayai warna-warna
tersebut melambangkan kematian dan
kesedihan.

Pengantin lelaki akan bertandang ke rumah


pengantin perempuan akan diiringi oleh
pengiring masing-masing.

Seterusnya pasangan pengantin akan


didudukkan di atas pelamin yang telah
disediakan di ruang tamu.
Selepasacara bersanding, pasangan
pengantin akan dibawa bertemu ahli
keluarga masing-masing. Untuk memohon
restu.

Upacara meminum teh sangat penting dan


masih diamalkan. Adat ini melambangkan
penerimaan pasangan pengantin
terutamanya si isteri dalam keluarga si
suami di samping bertujuan untuk
mengeratkan hubungan kekeluargaan

Kemuncak upacara perkahwinan masyarakat


Cina ialah pada sebelah malam iaitu jamuan
makan. Diadakan secara besar-besaran
samada di rumah, dewan, atau restoran.

Tetamu-tetamuyang datang akan membawa


ang-pau sebagai hadiah kepada pasangan
pengantin.
perkahwinan pengantin Mohon restu

Pemberian
teh
angpau
INDIA
1) Merisik

Diberi perhatian : faktor etnik, sub etnik, kasta


dan agama.

Juga : status ekonomi dan sosial merangkumi


aspek seperti umur, tahap pendidikan, jenis
pekerjaan, etika dan moral, rupa paras dan latar
belakang keluarga.
Maklumat diperolehi secara langsung dari pihak
yang terlibat dan juga secara tidak langsung
menerusi sahabat-handai dan saudara mara.

Ada kalanya orang tengah yang dipanggil


tirumana taraga akan membantu dalam kerja-
kerja merisik.
2) Parisam
adalah suatu adat seumpama pertunangan.

Adat memberi hadiah kepada bakal pengantin perempuan.


Terdapat dua jenis adat parisam iaitu parisam biasa dan
udan parisam.

Diadakan setelah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.


Parisam akan disediakan dalam jumlah yang ganjil oleh
pihak lelaki.

Ketibaan rombungan disambut bunyian alat-alat muzik


tradisional. Selepas upacara sembahyang dijalankan, bapa
pengantin perempuan akan membawa parisam (sari)
kepada anaknya.

Setelah memakai sari tersebut, bakal pengantin perempuan


akan dibawa keluar ke ruang tamu. Saudara mara akan
mengalungkan bunga yang dinamakan orrai-maalai, pada
masa yang sama kad jemputan akan diberikan kepada
kedua-dua belah pihak.
Kad jemputan

memainkan peranan yang penting. Ia


akan dibuat berpandukan kalender Hindu,
yang mana akan dipasti tidak berlaku
sebarang kesilapan.

Kad yang telah siap - menjalani beberapa


upacara keagamaan seperti disapukan
dengan cecair kunyit dan dibawa ke kuil,
kemudian barulah dibawa kerumah bakal
pengantin untuk diberikan kepadanya.
3) Pernikahan

Thaali atau Tjrumaanggalyam - kalungan berupa rantai leher


yang dikalungkan ke leher kedua-dua pengantin semasa
upacara perkahwinan lambang suci sesuatu perkahwinan itu.

mesti ditentukan oleh seorang ketua agama yang membuat


tilikan masa bertuah serta keserasian pasangan yang akan
berkahwin).

Masa perkahwinan yang dianggap bertuah amatlah penting


bagi menjalankan segala acara dan upacara untuk
mengelakkan berlakunya malapetaka ataupun nasib buruk.

Untuk mengelakkan dari keadaan buruk, maka biasanya


perkahwinan dilakukan pada waktu tengah malam atau waktu
matahari akan naik. Upacara perkahwinan dilakukan di rumah
pengantin perempuan ataupun di kuil oleh seorang ketua
agama.

Pada satu kawasan empat segi di kuil itu, sami akan


menyalakan api dan menyembah Tuhan untuk menyaksikan
perkahwinan itu.
Adat perkahwinan kaum India
KADAZAN
DUSUN
1) Merisik

Cincin ini menjadi tanda peminangan daripada


pihak lelaki.

Sebelum peminangan : pihak lelaki melantik


seorang tua( bukan keluarga terdekat ) . Segala
urusan merisik dan juga pinang-meminang ini
mesti dibuat pada waktu pagi. Waktu petang dan
malam tidak dibenarkan sama sekali.

Risikan berlaku berulang kali untuk mengetahui


susunan keluarga, kemampuan, pekerjaan dan
seumpamanya.
2) Meminang

Cincin pusaka (dibuat daripada tembaga). Juga digelar


'cincin menanti mimpi'. Cincin itu mesti dibawa pada waktu
pagi.

Ibu bapa terima cincin- bersihkan diri-tidak mabuk.

Cincin diletakkkan bawah bantal ibu bapa. Akan mendapat


mimpi.

Esoknya akan berbincang tentang mimpi dengan keluarga


terdekat- putuskan firasat mimpi.

Peminangan akan diterima jika mendapat mimpi yang baik.


3) Pertunangan

'cincin
menanti mimpi akan dipulangkan
tanda dan menyatakan keputusan.

Akanmenentukan syarat hantaran, tarikh


perkahwinan, kadar atau lamanya pesta
perkahwinan.

Tidakboleh ingkari pertunangan- jika


ingkar perlu bayar seluruh atau separuh
hantaran yang telah dipersetujui akan
dibuat dihadapan pengadilan adat.
3) Pernikahan
Barang hantaran makanan (babi atau kerbau) ,
alat istiadat (tinokol) dan barang perteguhkan
semangat/bekas pinang daripada tembaga atau
perak (tastor) dibawa pengantin pada hari
perkahwinan.

Linang (arak tapai) mesti dibawa pada hari


perkahwinan- akan diminum beramai-ramai.

Pasangan pengantin hanya boleh disatukan setelah


upacara khas dibuat-makan didalam pinggan dan
mangkuk yang sama.

Upacara paling penting ialah miohon pinisi (upacara


tukar gumpalan nasi) pengantin duduk ditengah
bulatan gadis sambil makan gumpalan nasi.
miohon pinisi Pasangan pengantin

Upacara minum arak


tapai
Perayaan

MELAYU

CINA

INDIA

KADAZANDUSUN
MELAYU
Sambutan Hari Raya Aidilfitri bermula
dengan ibadat puasa di bulan Ramadan.
Sepanjang bulan Ramadan umat islam
berpuasa pada siang hari dan mengerjakan
sembahyang terawih pada sebelah
malamnya.

Hari
Raya disambut dengan penuh
kesyukuran. Umat Islam saling bermaaf-
maafan dan kunjung mengunjungi untuk
mengeratkan silaturahim.

Rumah
terbuka akan diadakan bagi
mempersilakan tetamu datang berkunjung.
berpuasa tarawih Zakat fitrah

mengunjung
sembahyang menziarahi bermaafan
i
CINA
Percaya ada 12 binatang yang menaungi kalendar mereka
iaitu tikus , lembu, harimau, arnab, naga, ular, kuda,
kambing, monyet, ayam jantan, anjing dan babi. Setiap
binatang ini memberi signifikan dan tuahnya tersendiri.

Pada malam Tahun Baru ahli keluarga berkumpul untuk


makan bersama. Tujuannya untuk mengeratkan jalinan
hubungan .

Ahli keluarga yang telah berumahtangga akan memberi


'angpau' kepada saudara mara dan sahabat yang belum
berumahtangga.
'Angpau' = kesejahteraan yang berpanjangan.

Buah limau mandarin dan kuih bakul merupakan kemestian


yang perlu ada semasa merayakan Tahun Baru Cina.

Tarian singa dimainkan dari rumah ke rumah dan kedai-


kedai untuk memberi berkat kepada mereka. Penutup
kepada perayaan Tahun baru Cina ialah perayaan Chap Goh
Meh.
Pemberian ang
Makan besar kalendar
pau

Limau angpau Tarian singa


INDIA
Ianya dirayakan pada bulan gelap bernama aippasi pada
bulan Oktober dan November.

Deepavali bermaksud sebarisan pelita


- percaya bahawa kecerahan mengatasi kegelapan, kebaikan
mengatasi kejahatan, keadilan mengatasi kezaliman dan
kebijaksanaan mengatasi kejahilan.
- Juga percaya akan Dewa kekayaan dan kemakmuran iaitu
Dewi Laksmi akan datang melawat rumah mereka pada masa
itu

Di pagi hari, akan menyucikan tubuh badan dengan memakai


sedikit minyak di kepala dan mandi.- simbol membersihkan
diri daripada segala kejahatan dan sifat dengki.

Kemudian mereka bersembahyang di rumah atau dikuil-kuil.-


akan mengalungkan Patung Dewa Hindu dengan kalungan
bunga untuk mendapatkan kesejahteraan diri dan keluarga
Selepas bersembahyang, berkunjung ke rumah kaum
keluarga. Kebiasannya, surirumah akan menyediakan
kotak-kotak kecil berisi manisan dan membawa bersama
apabila berkunjung ke rumah saudara-mara mereka.

Di kebanyakan rumah, rangoli iaitu lukisan yang dibuat


daripada tepung beras berwarna-warni akan menyambut
tetamu di hadapan rumah. - tanda selamat dan rahmat
supaya setiap isi rumah mendapat kesejahteraan

Thaipusam pula adalah perayaan bulan Thai untuk


membersihkan diri dengan menggunakan susu, madu dan
bunga di kuil dan membuat persembahan kepada Dewa
Subramaniam. Pada masa perayaan ini diadakan, kavadi
yang berisi buah-buahan, susu dan akan dibawa pelbagai
persembahan.
pelita rangoli sembahyang

juadah Thaipusam pembersihan dosa


Kadazandus
un
Pesta Kaamatan /Tadau Kaamatan atau di dalam
bahasa kadazan "Magavau" ini merupakan upacara
perayaan khas untuk menghormati "Bambazon" iaitu
semangat padi.

mengenakan pakaian tradisi mereka dan bersuka-ria.


Selain menari Sumazau dengan alat muzik tradisi,
tapai (arak beras) dihidangkan sebagai minuman
istimewa.

Akan menyapa sesama mereka dengan ucapan


'Kopivosian Tadau Ka'amatan' atau 'Selamat Hari
Menuai'.

Arak tapai akan diminum beramai-ramai sebagai


meraikan pesta.
Semangat padi Minum tapai

Tarian
Pakaian tradisi
Sumazau
KELAHIRAN
MELAYU

CINA

INDIA

KADAZANDUSUN
MELAY
1. Melenggang Perut (Sewaktu Mengandung)

U
-Upacara ini dilakukan kepada wanita yang mengandung anak
sulung ketika kandungan berusia dalam lingkungan tujuh atau lapan
bulan.

2. Azan/Qamat
-merupakan tuntutan Islam untuk memulakan pendengaran
seseorang yang
baru dilahirkan itu dengan kalimat-kalimat yang mulia.

3. Adat membelah mulut


-menjadi (tradisi masyarakat Melayu dengan melalukan manisan ke
bibir bayi
yang baru dilahirkan

4.Cukur Rambut/ Potong Jambul


-dilakukan pada hari ketujuh selepas dilahirkan. Ia turut dipanggil
adat potong jambul. Kenduri nasi kunyit dan doa selamat diadakan
pada hari tersebut
5. Naik Buai
- bayi tersebut akan diletakkan di dalam buaian yang menggunakan
kain
songket atau batik dan dihias indah dengan bunga-bungaan

6. JejakTanah/TurunTanah
- Ia sebagai meraikan anak yang baru pandai berjalan sebagai lambang
meneruskan kehidupannya

7. Berpantang
- Sekiranya wanita tersebut melanggar pantang, mereka akan
mengalami bentan atau sakit sampingan. Tempoh berpantang lazimnya
berlangsung selama empat puluh empat hari dikira dari hari mula
bersalin dan ada juga yang berpantang selama seratus hari.

8. Bersunat / Berkhatan
- Adat berkhatan akan dijalankan oleh Tok Mudim. Di dalam ajaran
Islam, bersunat atau berkhatan adalah wajib kerana Islam
menitikberatkan kesucian lahir dan batin
MELAYU

Azan/iqamat Belah mulut Cukur jambul

Naik buai Pijak tanah Berkhatan


CINA
1. Apabila anak itu dilahirkan, anak itu dibersihkan dan
akan dibedung.

2. Pada hari ke 29 kelahiran, rambut si anak dicukur dan


rambutnya dibungkus dengan kain merah. Rambut itu
akan digantung berdekatan bantalnya selama 100 hari
dan kemudian rambut itu dibuang ke sungai. Anak itu
diharap akan menjadi berani pada masa hayatnya.

3. Setelah sebulan kelahiran anak itu, upacara Bulan Penuh


akan diadakan dengan meriah.

4. Ulang tahun kelahiran seseorang kaun Cina tidak akan


diperingati, kecuali diperingati oleh anaknya apabila
seseorang itu sudah tua dan ianya akan diadakan secara
besar-besaran).
INDIA
1. Semua saudara mara akan dimaklumkan apabila lahirnya
seorang bayi.

2. Pantang larang , Selama 16 hari selepas kelahiran bayi, ahli


keluarga tidak boleh melakukan sebarang upacara agama.

3. Pada hari ke 16 kelahiran, upacara penting diadakan untuk


menamakan anak. Ketika ini rumah dan buaian akan dihias
cantik dan jiran-jiran dijemput bersama meraikan upacara
tersebut.

4. Dalam aspek pemberian nama anak, nama seorang anak


diperolehi dari almanak Hindu mengikuti bintang dan hari
kelahirannya. Seorang ketua agama akan dirujuk untuk mencari
nama bertuah mengikuti aksara bintangnya.

5. Ketika menamakan itu, bayi dipangku oleh orang tua satu


persatu sambil dinyanyikan doa agama oleh kaum wanita
mereka.
USUN
1. Anak itu diberi nama sebanyak dua kali, iaitu nama
sementara dan nama sebenar.

2. Upacara rasmi memberi nama sebenar dibuat pada hari


kelapan di beranda rumah. Pada hari itu juga anak tersebut
dibawa keluar rumah buat pertama kalinya.

3. Setelah anak itu berusia kira-kira satu bulan, upacara turun


tanah atau disebut Mintuhun atau Minuhun dilakukan.

4. Sebelum memijak tanah, tapak anak tersebut diconteng


dengan arang kuali dengan satu garis lurus hingga ke atas
dahinya. Setelah selesai, barulah kaki anak itu dipijakkan
ke tanah. Ketika anak itu dibawa semula ke dalam rumah,
ibunya akan membawa bersama sedikit rumput-rampai dari
halaman rumah yang sudah dipijak oleh anaknya. Kemudian
rumput itu dicampurkan ke dalam air mandian tersebut.
KEMATIAN

MELAYU

CINA

INDIA

KADAZAN
MELAYU
Tidak boleh masak dan diadakan jamuan.

Kucing hitam dilarang melangkah mayat.

Semasa seseorang meninggal dunia Tok Bomoh akan


meletakkan gunting di atas mayat semasabaru meninggal
dunia.

Selepas kematian pula kenduri masukkubur, selepas 7 hari


kematian, diadakan kenduri pecah perut, selepas 14 hari di
adakan kenduri makan serabai ( sejenis kuih ).

Kenduri 40 hari sebagai tanda roh berpisah dari waris.


Kenduri 100hari sebagai kenduri turun batu nisan dan roh
si mati telah masuk ke dalam kumpulannya di alam kubur.
CINA
Pelawat pelawat seharusnya tidak memakai pakaian yang
berwarna warni sewaktu pergi ke rumah orang mati.
Sebaiknya baiknya pelawat itu memakai baju berwarna
muram seperti hitam atau kelabu dan sebagainya.

Apabila memasuki rumah si mati dia hendaklah membawa


sepasang lilin putih duit kertas dan lain lain alat
sembahyang untuk diberikan kepada keluarga si mati yang
kurang berada.

Kadang kala sekumpulan sahabat atau sesuatu persatuan


menyediakan panji panji yang ditulis dengan kata kata
pujian kepada si mati.

Ketika meninggalkan rumah si mati, pelawat biasanya


diberikan seutas benang merah atau gula gula berikat
benang merah sebagai tanda terima kasih.

Warna merah itu warna yang membawa nasib baik dan


menghalang hantu syaitan yang cuba mengacau. Gula
gula yang diberi itu boleh dimakan.
INDIA
gambar si mati tidak boleh digantung secara formal
tetapi terbalik.

barang perhiasan perlu dikeluarkan dari ruangtamu.

ahli keluarga perlu mengelilingi mayat sebanyak3


kali lawan jam sebagaitandapenghormatan.

sedikit makanan berupa beras disuapkan


sebagaipemberianterakhir.(Vaaikkarisi)
KADAZAND
ahli keluarga si mati akan memukul gong "Tontong sanang"yang
USUN
bertujuan memberitahu ada kematian - disertai turun dari
rumah atau "menuhon .

bertujuan cuba menahan roh simati atau kedwo-dwo melalui


benda-benda yang diambil dipersekitaran halaman rumah si
mati untuk disapukan di ubun-ubun kepala si mati dengan
harapan si mati hidup semula.

Semasa si mati dibawa ke kubur, ahli-ahli keluarga akan


meraung-raung dan memukul bekas letak si mati.

Pada malam pada hari perkuburan, ahli keluarga akan


mengadakan upacara memisah dengan menutup semua lampu
dalam rumah. Tujuannya ialah agar roh si mati akan balik ke
rumah untuk "megoit-megoit" atau membawa dan mengambil
barang-barang milik si mati
SEBAB PERLU
DIKEKALKAN
.
1. Sebagai teras identiti bangsa dan keperibadian Negara.

2. Sebagai perlambangan identiti sesuatu kaum.

3. Menghargai adat yang di tinggalkan oleh nenek moyang

4. Mempunyai nilai-nilai murni tersendiri

5. Mengekalkan adat resam dari satu generasi ke satu generasi

6. Tarikan kepada pelancong


RUJUKAN
www.zanas.wordpress.com/...dan.../adat-dalam-
masyara
www.jkkn.gov.my/.../index.php?...india...66%3Aadat-
resam
www.cikguyatieishere.blogspot.com/.../sej-9402-bhg-
tri
http://www.jkkn.gov.my/v4/index.php?
option=com_content&view=category&layout=blog&i
d=66&Itemid=105&lang=bm
http://myvoiceeheart.blogspot.com/2010/06/adat-
resam-suku-kaum-kadazan.html
http://bukuskrapbudaya.blogspot.com/2012/03/kebud
ayaan-kaum-kadazan-dusun.html
http://www.scribd.com/doc/17486353/Adat-Resam-
Masyarakat-Majmuk-di-Malaysia
http://zanas.wordpress.com/pembinaan-bangsa-dan-
negara-malaysia-yang-berdaulat/adat-dalam-
masyarakat-malaysia-dan-kepentinganya/

Anda mungkin juga menyukai