Anda di halaman 1dari 6

1.

0 Pengenalan
Tahap perkembangan bahasa seseorang kanak-kanak dapat dilihat daripada segi
kemampuan menerima, memahami dan melahirkan semula bahasa. Kemampuan ini
berkembang beransur-ansur mengikut masa saling berkait antara satu sama lain. Dengan
perkembangan bahasa yang semakin meningkat ini, kanak-kanak tersebut akan dapat
membuat huraian dan penjelasan berkenaan sesuatu perkara dengan lebih baik dan cekap
dalam komunikasi seharian mereka.
Program pemulihan khas merupakan suatu usaha pendidikan untuk mengatasi kesulitan
murid-murid dalam pembelajaran. Tugasan kerja kursus pada semester ini adalah untuk
mengenalpasti tentang masalah-masalah yang dihadapi oleh murid-murid pemulihan. Setelah
mengenalpasti, akan mencari strategi, pendekatan dan kaedah yang sesuai untuk murid-murid
pemulihan.

Menurut Lamberg dan Lamb (1980), kefahaman sebagai keupayaan seseorang dalam
menterjemah idea daripada satu bentuk ke satu bentuk yang lain, menginterpretasi idea, kesan

dan akibat. Kefahaman merupakan proses membina, mentafsir, dan menilai sesuatu perkara
apa-apa sahaja yang dibaca. Dalam proses pembelajaran, murid perlu memahami kandungan
bahan yang dibaca sesuai mengikut tahap kematangan pemikirannya sama ada untuk
mendapatkan maklumat, pengetahuan atau sekadar untuk hiburan. Kefahaman tentang
kandungan bahan bacaan pula akan menjadi lebih bermakna sekiranya dapat dihubungkaitkan
dengan pengalaman sedia adanya.

Dengan cara ini seseorang itu mudah untuk membuat

andaian, telahan, penaakulan dan kesimpulan.

Dalam konteks ini, kefahaman dapat

dimengertikan sebagai keupayaan seseorang membuat penghuraian atau meninterpretasi idea


dan makna terhadap bahan bacaan yang dibaca. Bahasa Melayu merupakan subjek yang mesti
dikuasai bagi semua jenis aliran sekolah rendah. Apabila melanjutkan pelajaran di sekolah
menengah, murid-murid akan bertutur dan menulis dalam bahasa Melayu. Oleh yang demikian,
pengajaran bahasa Melayu di semua peringkat sentiasa menitikberatkan aspek penguasaan
bahasa supaya bahasa ini dapat digunakan dengan berkesan dalam kehidupan harian dan
dalam bidang ilmu. Penguasaan bahasa melibatkan beberapa kemahiran asas iaitu kemahiran
mendengar dan bertutur, membaca dan memaharnkan serta menulis. Kemahiran membaca dan
menulis merupakan kemahiran asas Bahasa Melayu untuk murid-murid sekolah rendah. Hal ini
amat penting untuk mereka mencapai kejayaan yang lebih cemerlang pada masa hadapan.
Boleh dikatakan bahawa dari hari ke hari pada masa kini, kemalasan murid untuk
bertanyakan soalan kepada guru semasa sesi pembelajaran akan dapat dilihat pada masa kini.
Tanpa mengira dalam kelas arus perdana atau kelas pemulihan, murid-murid selalunya tidak
mengambil bahagian dengan aktif untuk bertanya soalan kepada guru. Apabila diajurkan
dengan soalan Faham? oleh guru, pelajar akan memberi tindakbalas sama ada berdiam diri,
memandang siling seperti orang sedang berfikir, atau mengangguk kepala ataupun menjawab,
Faham atau Faham cikgu dengan nada suara yang biasanya tenggelam timbul, tidak
bersemangat dengan ton suara yang tidak seimbang dengan bilangan murid yang sepatutnya
ada di dalam kelas. Jawapan diberinya hampir sama iaitu tidak memberangsangkan atau
sangat kurang menerima soalan berbanding dengan jumlah soalan yang guru beri kepada
mereka. Ini menyukarkan guru untuk mengecam tahap kefahaman murid dengan isi pengajaran
yang disampaikan oleh guru. Dengan situasi yang disenaraikan, dapatlah kedua kemungkinan,
yamg pertama, murid tidak yakin atau segan untuk bertanya. Kedua, murid-murid kurang berfikir
kerana mereka tidak berkemahiran untuk memproses penerangan dan maklumat yang
disampaikan. Apabila guru mengajar, mereka tidak dapat menangkap isi penting yang hendak
disampaikan oleh guru.

Keupayaan membaca merupakan proses yang dinamik, iaitu memerlukan komunikasi


yang aktif dan bermakna antara pembaca dengan penulis. Membaca juga dikatakan sebagai
keupayaan seseorang mengecam bentuk visual dan menghubungkan antara bentuk dengan
bunyi dan melalui pengalaman serta berupaya mentafsirkan maksudnya Semasa membaca,
murid perlulah menguasai kemahiran kefahaman yang meliputi proses membina, mentafsir, dan
menilai sesuatu perkara apa-apa sahaja yang dibaca. Masalah kemahiran membaca yang biasa
dapat dikesan iaitu kegagalan murid-murid memahami kandungan maklumat dalam teks yang
dibaca dan tidak memahami maksud ayat yang dibaca. Selalunya, murid akan gagal
memahami maksud perkataan dan frasa yang berkaitan dengan waktu seperti selepas, sudah,
sebelum, pagi, sekejap dan sebagainya. Mereka akan tidak tahu bagaimana hendak
mengeluarkan fikiran mereka dan menyampaikan secara lisan atau bertulis. Mereka selalunya
akan tidak memahami maksud perkataan dalam pelbagai situasi, misalnya dalam ayat
panjatlah lagi pokok itu, yang bermaksud melarang seseorang itu daripada memanjat pokok
difahami sebagai ayat menyuruh seseorang itu memanjat pokok lagi. Murid pemulihan akan
lambat memberi tindak balas terutamanya apabila tidak memahami arahan yang dibaca.
Mereka akan gagal menghubungkan sebab dan akibat dalam bahan bacaan yang dibaca.
Mereka tidak dapat mengenal pasti perkara yang tidak munasabah dalam bahan yang dibaca.
Selain itu, perkataan dalam ayat juga kerap ditinggalkan semasa mengarang seperti buku itu
sangat tebal ditulis sebagai buku itu tebal.
Ditambah pula dengan tidak boleh bertutur dalam bahasa Melayu dan tidak memahami
apa yang dibaca oleh sendiri, maka ia mesti akan membawa kesan negatif dalam kemahiran
seterusnya iaitu menguasai kemahiran menulis. Kekurangan latihan tubi juga merupakan salah
satu punca gagal menguasai kemahiran membaca murid-murid kelas pemulihan yang
sebahagian besarnya mempunyai daya ingatan yang kurang baik. Rangsangan ingatan jangka
panjang merupakan salah satu yang perlu diambil kira dalam proses pengajaran yang tidak
boleh diabaikan oleh guru. Selain itu, permasalahan persekitaran merupakan suatu fenomena
luaran yang sering dapat dilihat akibat amalan sistem persekolahan dan pembentukan bahasa
murid. Demi untuk meningkatkan daya saing antara murid-murid, sistem persekolahan
selalunya mengamalkan kurikulum yang kompleks. Akibatnya yang dapat dilihat ialah keperluan
murid yang berbeza-beza keupayaann pun diabaikan. Dari segi masa mengajar pula, guru
selalunya terikat dengan waktu untuk menghabiskan sukatan pelajaran daripada menumpukan
pembelajaran. Ini telah menyebabkan mereka tidak ada masa untuk mengajar murid yang lebih
lemah secara perinci dalam menguasai kemahiran kefahaman. Semasa membaca, selalunya
murid tidak dapat mentafsirkan maklumat. Ini disebabkan mereka tidak memahami maksud

perkataan. Selain itu, murid-murid keliru dengan imbuhan-imbuhan bahasa Melayu. Mereka
tidak dapat mentafsir perbezaannya. Sebagai contohnya, berbasikal
Bagi murid-murid sekolah rendah jenis kebangsaan, selalunya menunjukkan motivasi
yang rendah ketika belajar Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dalam tempoh waktu yang
lebih lama berbanding mata pelajaran lain. Semasa berkomunikasi dengan ahli keluarga,
mereka akan bertutur menggunakan bahasa ibunda mereka sendiri. Kelemahan menguasai
kemahiran membaca dan menulis menjadikan murid berasa rendah diri dan masalah disiplin diri
merosot. Murid-murid ini beranggapan bahawa perlakuan yang melanggar norma amalan di
sekolah bertujuan menarik perhatian guru dan rakan-rakan. Sifat rendah diri akibat kegagalan
yang berterusan membawa kepada konsep kendiri yang rendah. Tingkah laku agresif, negatif,
kebudak-budakan serta bermuram adalah petunjuk-petunjuk masalah emosi yang serius. Ini
akan menjejaskan keupayaan mereka untuk menguasai kemahiran yang lebih berkesan.
Apabila seseorang murid tidak menguasai kemahiran membaca menyebabkan mereka
tidak menguasai kemahiran asas, iaitu kemahiran lisan. Antara kelemahan murid dalam
kemahiran lisan adalah seperti salah membunyikan huruf yang seakanakan sama bentuknya,
membunyikan huruf tertentu, keliru membunyikan nama huruf yang seakan-akan sama. Hal ini
pasti menjadikan murid salah faham menyebut susunan rangkai kata, ayat, intonasi dengan
gaya yang betul. Ketidakupayaan murid menguasai kedua-dua kemahiran ini pasti memberikan
masalah kepada mereka untuk melahirkanekspresi melalui tulisan.

Kanak-kanak pemulihan memang sering menghadapi masalah untuk berfikir secara


abstrak. Mereka selalunya memerlukan bahan maujud untuk memahami apa yang diajar oleh
guru. Oleh itu, guru pemulihan perlu membiasakan murid-murid denan bahan-bahan latihan
kefahaman inferens ini secara lisan sebelum kefahaman inferens secara bacaan dilaksanakan.
Untuk membantu perkembangan kefahaman ini, guru perlu menyediakan soalan-soalan yang
berstruktur serta petunjuk-petunjuk lisan ke arah menampakkan kepada murid-murid isi-isi
berkaitan agar mereka dapat menginterpretasi maklumat yang dibaca. Tujuan petunjukpetunjuk tersebut adalah untuk membantu dan membimbing pelajar ke arah jawapan yang
betul.

Kesimpulannya, bagi mengatasi masalah ini, pendidikan pemulihan merupakan satu wadah
yang dapat membantu meningkatkan potensi murid-murid yang mengalami masalah dalam
kemahiran membaca dan menulis. Program pemulihan peringkat awal akan memberi kesan
yang lebih efektif dalam usaha memperkasakan pendidikan di negara kita.

Kesimpulan
Pendidikan pemulihan berfokuskan objektif memulihkan sesuatu kekurangan atau
sesuatu kecacatan dalam membentuk kemahiran pembelajaran murid. Permasalahan muridmurid pemulihan amat merisaukan masyarakat dan kerajaan. Mereka selalunya diberi label
pencapaian rendah yang bermaksud bahawa mereka memperlihatkan taraf pendidikan yang
tidak memuaskan berbanding dengan taraf pencapaian purata rakan-rakan sebaya mereka. Ini
memangnya akan meyebabkan mereka kehilangan keyakinan diri dan akhirnya kemungkinan
akan tidak lagi berminat untuk belajar. Oelh itu, demi untuk memimpin mereka untuk balik
semula di landasan pembelajaran, guru pemulihan perlulah sentiasa berusaha membantu
murid-murid lambat dalam pembelajaran di sekolah agar mereka tidak terus ketinggalan dalam
proses pendidikan di sekolah dan dapat seiring dan setaraf dengan rakan mereka yang lain.
Seseorang

guru

pemulihan

juga

wajar

mempunyai

pengetahuan

yang

luas

dalam

menggunakan stertedi, pendekatan dan kaeadah yang sesuai untuk melaksanakan pengajaran
kepada murid-murid ini. Tidak adil sekiranya murid-murid yang mengalami masalah dalam
pembelajaran ini terus dibiarkan begitu sahaja.

Anda mungkin juga menyukai