Anda di halaman 1dari 2

http://nizieskbm.blogspot.my/2011/11/refleksi-pengajaran-mikro.

html
Refleksi mikro teaching
Saya telah menjalankan pengajaran mikro terhadap murid-murid Tahun 1 Jed bagi mata
pelajaran Matematik dengan tajuk Bentuk Dua Matra dalam masa sepuluh minit. Saya
menggunakan bahan bantu belajar berbentuk gambar, kad gambar dan kad perkataan. Saya
memperkenalkan murid-murid kepada bentuk dua matra dengan menggunakan contoh bentuk
asal yang dibina sendiri oleh saya. Semasa memperkenalkan bentuk tersebut, saya meminta
murid menyebut nama bentuk tersebut dengan kuat, ini bertujuan supaya murid dapat
mengingati nama-nama bentuk tersebut dengan cepat. Seterusnya saya meminta semua murid
membaca kad perkataan bentuk dua matra bersama-sama.

Pada Saya telah memilih operasi tambah sebagai topik pengajaran kami. Saya dan
pasangan saya Nur Amalina Syamimi telah berbincang beberapa kali untuk merancang bagi
memilih tahun yang sesuai untuk dijadikan sebagai pengajaran dalam micro teaching. Akhirnya
kami memutuskan untuk memilih tahun 3 dan topiknya adalah operasi tambah dalam
lingkungan 10000.
Ini merupakan microteaching subjek matematik saya yang pertama. Saya berasa amat
gementar untuk sebelum menghadapi microteaching. Saya dan pasangan menghadapi
pelbagai rintangan sebelum dapat menyiapkan bahan untuk microteaching. Pada bulan ini,
jadual semester 5 agak padat dengan pelbagai aktiviti yang perlu dijalankan sebelum pelajar
semester 5 ke praktikum pada 1 April 2013. Kami perlu membahagikan masa sebijaknya untuk
menyiapkan bahan bantu mengajar untuk microteaching kali ini.

Saya dan pasangan ada juga berjumpa dengan En Nor Hawan untuk meminta pandangan dan
pendapat untuk isi pengajaran kami untuk mincroteaching. Kami sangat berterima kasih kepada
beliau kerana sudi meluangkan masa untuk kami dan memberikan nasihat, pandangan,
rangsangan untuk berusaha untuk menjayakan microteaching.

Pada hari microteaching saya berasa sangat gugup tetapi saya cuba kawal perasaan saya di
hadapan pensyarah pembimbing. Saya telah mengambil bahagian Langkah 1, langkah 2 dan
penutup dalam rancangan pengajaran harian yang telah kami siapkan. Kelemahan yang saya
rasa ada pada diri saya semasa microteaching adalah saya tidak bersedia dengan secukupnya
dan penggunaan kata-kata saya tidak teratur yang mungkin akan menyebabkan murid tidak
faham akan arahan.
Selain, saya juga sering terlupa apa yang ingin saya katakan semasa di hadapan dan
mengakibatkan ketengangan dalam kelas. Bukan itu sahaja, saya merasakan saya sangat kalut
semasa mengajar sambil menggunakan bahan bantu mengajar. Semasa saya menggunakan

manila kad yang perlu digantung pada paku, paku itu telah tercabut dan memakan masa saya
untuk mengajar serta kelas tidak terkawal pada masa itu kerana saya sibuk membetulkan
manila kad tersebut.
Kelebihan yang saya rasa saya ada semasa microteaching adalah saya dapat mengawal suara
saya yang gementar kepada suara saya yang normal dan saya masih boleh senyum semasa
berhadapan dengan para pelajar. Saya juga merasakan lontaran suara saya jelas dan boleh
didengar oleh satu kelas. Bukan itu sahaja, saya juga merasakan bahan bantu mengajar kami
agak menarik kerana bahan itu adalah bahan maujud dan boleh digunakan oleh murid itu
sendiri untuk lebih memahami konsep operasi tambah dengan lebih berkesan.
Penambahbaikan yang saya rasa perlu saya buat untuk microteaching akan datang adalah
saya perlu memperbaiki tutur kata dan kosa kata semasa saya mengajar. Selain itu, saya juga
perlu menanamkan dalam diri saya agar menjadi lebih tegas tetapi mesra dengan pelajar.

Selain itu, saya merasakan sebagai guru yang baik, guru perlu mempunyai unsur kecindan
pada diri agar kelas lebih ceria dan bermaya serta tidak dingin. Bukan itu sahaja, saya juga
merasakan saya perlu mempelbagaikan bahan bantu mengajar dan menggunakan sebaik
mungkin bahan bantu mengajar supaya memberikan kesan kepada yang positif kepada para
pelajar agar mereka lebih seronok dan lebih memahami konsep yang guru ingin pelajari.

Harapan saya agar saya akan lebih lancar semasa mengajar ketika di praktikum kelak kerana
sebagai seorang guru, guru perlu menjadi seorang yang kreatif untuk mempelbagaikan cara
sewaktu mengajar dan perlu bijak mengawal kelas tanpa menggunakan suara yang lantang dan
garang agar murid lebih mesra dan lebih dekat dengan guru.

Anda mungkin juga menyukai