Anda di halaman 1dari 7

PERKAHWINAN MASYARAKAT BABA DAN NYONYA Masyarakat Baba Nyonya atau dikenali juga sebagai masyarakat cina peranakan

telah wujud di Malaysia iaitu di Melaka sejak abad kelima belas. Golongan ini wujud hasil perkahwinan campur antara orang-orang dari China dengan orang Melayu tempatan. Ini termasuklah perkahwinan campur antara Sultan Mansor Syah dari Melakan dengan Puteri Hang Li Po da China pada tahun 1445 yang mana telah menghasilkan ramai keturunan baba dan nyonya yang merupakan identiti negeri Melaka ( Rozumah Baharudin, Rumaya Juhari, Tan Jo-Pei, 2003). Pada masa dahulu, perkahwinan merupakan suatu perkara yang amat penting bagi masyarakat Baba dan Nyonya. Bagi masyarakat Baba dan Nyonya, perempuan yang belum berkahwin selepas usia 20 tahun dianggap sebagai anak dara tua. Bagi lelaki pula, mereka digalakkan berkahwin dalam usia 20 tahun. Seorang anak perempuan yang berumur lapan tahun biasanya telah mahir memasak, membuat sulaman, pertukangan tangan dan menjahit. Apabila sudah mencapai tahap yang memuaskan, ibu bapanya akan menyebarkan berita bahawa mereka sedang mencari bakal menantu. Tugas mencari menantu (merisik) akan dibuat oleh ibu bapa sendiri atau kebiasaannya mengunakan orang tengah untuk mencari pasangan kepada anak mereka. Wakil pihak lelaki akan datangke rumah pihak perempuan untuk melihat sendiri budi pekerti seta ciri-ciri gadis yang hendak dipinang. Jika pihak lelaki berkenan dengan calon tersebut, satu rombongan meminang akan dihantar. Rombongan meminang akan diketuai oleh seorang ketua yang dipanggil Mueynang. Dalam proses peminangan, kedua-dua belah pihak akan berbincang sesama mereka mengenai identiti kedua-dua bakal pengantin. Kebiasaannya, pertolongan seorang tukan tilik diperlukan untuk membuat ramalan tentang hubungan mereka berdasarkan tarikh lahir, masa lahir dan tahun lahir berdasarkan kalendar cina. Walaubagaimanapun, amalan ini tidak lagi diamalkan.

Jika dahulu anak-anak perlu mengikut sepenuhnya pilihan ibu bapa, namun kini, ibu bapa menerima siapa sahaja pilihan anak mereka. Apabila peminangan diterima, pihak perempauan akan meminta tempoh selama sebulan untuk menguji hubungan tersebut sama ada akan berkekalan atau tidak. Sepanjang tempoh ini, pinggan mangkuk, periuk belanga serta barang-barang kaca tidak boleh jatuh atau pecah. Jika berlaku, ianya menandakan perkahwinan mereka nanti tidak akan berkekalan. Sekiranya tiada apa-apa yang berlaku sepanjang tempoh tersebut, majlis naik belanja atau hari tukar cincin akan dijalankan. Pada majlis ini, pihak lelaki akan menyediakan separuh daripada jumlah wang hantaran manakala separuh lagi akan diserahkan pada hari

perkahwinan. Semasa majlis tersebut juga, pihak lelaki yang diwakili oleh Mueynang akan menghantar dua pasang lilin, empat botol arak, daging babi panggang beserta buah-buahan seperti limau dan epal. Pihak perempuan hanya akan mengambil separuh sahaja buah-buahan dan sepasang lilin. Pihak perempuan pula akan membalas dengan memberikan dua botol air sirap dan sebungkus gula-gula kepada pihak lelaki tanda mereka bersetuju dan pertukaran cincin pun dilakukan. Perbincangan kedua-dua pihak akan diadakan bagi menentukan hari perkahwinan. Wakil pihak pengantin lelaki akan menghantar sekeping kertas merah bertulisan Cina membawa maksud di mana, waktu dan tempat majlis perkahwinan ini hendak dilangsungkan yang disertakan dengan sepasang lilin. Pihak pengantin lelaki diwakili oleh lilin bergambar naga dan lilin bergambar burung merak mewakili pihak pengantin perempuan. Sebelum majlis perkahwinan diadakan, kedua-dua pengantin mesti menjalankan upacara 'cohtau' di rumah masing-masing. Pengantin lelaki akan duduk di atas gantang beras (dibalut dengan kertas merah) yang diletakkan di atas nyiru. Rambutnya disisir oleh seorang budak lelaki. Sementara itu, rambut pengantin perempuan di sisir oleh seorang wanita

biasanya sanak-saudaranya sendiri. Kedua-dua penganting dikehendaki berpakaian serba putih. Mereka akan diberitahu bahawa mereka akan memasuki alam perkahwinan dan seharusnya dapat memjalankan tanggungjawab masing-masing. Berbagai-bagai persediaan dijalankan di rumah masing-masing terutamanya pihak pengantin lelaki. Rumah dihiasi dengan indahnya dan beraneka jenis buah-buahan serta bunga diletakkan di meja sembahyang. Upacara menyiapkan bilik pengantin di rumah pihak lelaki diadakan seminggu sebelum hari perkahwinan. Seorang wanita berpengalaman dari ahli keluarga pihak lelaki akan menjalankan upacara ini. Bunga rampai ditaburkan di tengah tilam baru. Bantal-bantal disusun dan langsir baru dipasang. Di empat penjuru katil diletakkan 'angpau'. Perkakas baru dalam bilik tersebut juga diletakkan 'angpau'. Sepasang lampu minyak tanah dipasang dan perlu dipastikan ianya tidak padam sehingga dua belas hari selepas perkahwinan. Bilik ini sentiasa terkunci dan hanya akan dibuka untuk memastikan lampu tersebut tidak terpadam.

Rajah 1 Katil pengantin bagi Baba dan Nyonya

Pada hari perkahwinan, kedua-dua pengantin akan memakai pakaian perkahwinan tradisional Baba dan Nyonya yang boleh dilihat di Muzium Melaka. Pengantin lelaki akan meniaki kereta dengan diiringi oleh pengapit dan pengiringnya yang masing bujang. Apabila sampai di rumah pengantin perempuan, pintu kereta pengantin lelaki dibuka oleh seorang pemuda, biasanya adik lelaki pengantin perempuan. Dia akan diberi 'angpau' oleh pengantin lelaki. Suatu jamuan ringan akan diadakan. Kedua-dua penganting akan bersembahyang dan dianggap sah sebagai suami isteri oleh ibu bapa pihak perempuan. Selepas itu mereka akan pergi ke rumah pengantin lelaki.

Rajah 2 Pakaian pengantin bagi Baba dan Nyonya

Upacara di rumah pihak lelaki diadakan secara besar-besaran. Ia dikenali sebagai upacara 'sembahyang samkai'. Adatnya pula dikenali sebagai 'Perkahwinan Tambo Seroni' kerana tiupan serunai dapat didengari di sepanjang majlis perkahwinan. Pihak keluarga pengantin lelaki akan sentiasa memandang gerak-geri pengantin perempuan semasa berjalan. Setiap langkah perlu diatur dengan rapi, lambut dan 'lembut' seolah-olah pengantin perempuan tersebut sedang menari. Mereka disuruh sembahyang. Selesai sembahyang, keduadua pengantin memohon maaf serta diminta halalkan segala makan minum mereka daripada kedua-dua belah ibu bapa mereka.

Ini disusuli pula oleh 'adat sojah'. Di dalam adat ini kedua-dua penganting akan menjamu teh kepada setiap ahli keluarga yang lebih tua daripada mereka. Jika mengikut tradisi, kedua-dua pengantin terpaksa melutut ketika memberi secawan teh kepada orang yang disojah. Pengantin lelaki akan dibantu oleh 'pak-chi-nek' sementara pengantin perempuan pula oleh 'sang-ke-um'. Tugas mereka adalah membantu kedua-dua pengantin ketika melutut dan membangun. Ini adalah kerana setiap kali kedua-dua melutut, mesti dipastikan pakaian mereka adalah kemas dan rapi. Kadangkala kedua-dua pembantu ini mesti melakukan tugas mereka berpuluh-puluh kali kerana terdapat banyak sanak-saudara. Walau bagaimanapun pada masa ini, kedua-dua pengantin tidak lagi dipaksa melutut ketiak 'adat sojah'. Mereka dibenarkan berdiri ketika melakukannya. Biasanya orang-orang yang 'disojah' memberi 'angpau' kepada mereka. Ada juga yang memberi barang-barang kemas berupa cincin ataupun rantai. Jamuan makan perkahwinan akan diadakan pada sebelah petang. Kebanyakan orangorang Baba dan Nyonya lebih suka jamuan makan ini diadakan di rumah. Ia diadakan di rumah pengantin lelaki. Jamuan ini akan hanya dimulakan apabila ahli keluarga pengantin perempuan sampai. Pada keesokan harinya, pengantin perempuan akan menuang teh kepada kedua-dua mentuanya sebagai satu tanda bahawa dia sekarang adalah salah satu ahli keluarga tersebut dan akan mematuhi semua peraturan yang ditetapkan oleh keluarga itu. Adat 'dua belas hari' akan diadakan dua belas hari selapas perkahwinan. Kedua-dua pengantin akan ke rumah pengantin perempuan untuk mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa pihak perempuan bagi merestui perkahwinan mereka. Satu jamuan diadakan di rumah pihak perempuan. Kedua-dua pengantin dijamu dengan nasi lemak bersama-sama dua belas jenis sambal. Pengantin lelaki berjanji kepada mentuanya bahawa dia akan menjaga isterinya dengan baik. Pengantin lelaki akan memberi 'angpau' kepada mentuanya sebagai tanda bahawa anak perempuan mereka kini adalah hak miliknya. Sebagainya balasan, ibu bapa

pengantin perempuan akan memberi dua ekor ayam yang berbulu merah (seekor ayam jantan dan seekor ayam betina), dua batang tebu dan dua batang lilin untuk dibawa pulang bersamasama. Kesemua barang-barang ini dibalut dengan kertas merah. Warna merah memainkan peranan yang penting dalam majlish perkahwinan Baba dan Nyonya kerana warna merah dipercayai membawa tuah, kebahagian dan kerharmonian. Ini juga dipercayai oleh masyarakat Cina.

Rajah 3 Bakul siah yang digunakan untuk mengisi barangan(makanan) kepada pengantin

Kedua-dua ekor ayam yang berbulu merah tadi dibawa balik oleh pihak pengantin lelaki dan dilepaskan di bawah katil pengantin. Kononnya, jika ayam jantan yang keluar dahulu dari bawah katil tersebut, maka anak lelaki akan diperolehi oleh kedua-dua mempelai itu. Jika ayam betina yang keluar dahulu, maka anak perempuan akan diperolehi. Adalah adat bahawa kedua-dua ekor ayam tadi tidak boleh disembelih atau dijual. Ianya hendak dipelihara selagi ada hayatnya. Jika semakin banyak ayam tersebut membiak, maka semakin ramai anak yang akan diperolehi. Ayam-ayam tersebut dipercayai membara kemakmuran dan kebahagian kepada keturunan kedua-dua pangantin tersebut.

Kita dapat membuat kesimpulan bahawa adat perkahwinan Baba dan Nyonya ini bukan sahaja memakan masa yang lama tetapi penuh dengan adat-istiadat. Justeru itu, ramai daripada kaum Baba dan Nyonya sekarang meringkaskan adat perkahwinan tersebut malahan ada segelintir masyarakat ini tidak mengamalkannya lagi. Namun demikian masih ada golongan orang peranakan yang menjalankan adat perkahwinan tradisional Baba dan Nyonya kerana mereka tidak mahu adat ini pupus ditelan zaman dan hanyut dibawa arus kemodenan. Ini ternyata bernar terutamanya di kalangan golongan peranakan di Melaka.

Bibliografi

Anda mungkin juga menyukai