Anda di halaman 1dari 5

Adat Perkahwinan Baba dan Nyonya MELAKA 829 views http://jochoo.blogspot.com/2007/04/melaka-trip-museum-shopping.

html Keturunan Baba dan Nyonya telah berada di Melaka sejak abad kelima belas. Golongan ini wujud hasil daripada perkahwinan orang-orang Cina dari negeri China yang datang untuk berdagang dengan orang Melayu tempatan. Adat perkahwinan Baba dan Nyonya merupakan adat perkahwinan yang paling unik di Malaysia. Unsur-unsur kebudayaan Cina dan Melayu memperngaruhi adat perkahwinan ini.

Pada masa dahulu perkahwinan merupakan suatu perkara yang amat penting di kalangan orang peranakan. Seseorang anak perempuan yang berumur lapan tahun biasanya telah mahir dalam masakmemasak, membuat sulaman, pertukangan tangan dan menjahit. Apabila si anak telah mencapai satu tahap yang memuaskan, ibu bapanya akan menyebarkan berita bahawa mereka sedang mencari bakal menantu. Biasanya, 'orang tengah' akan ditugaskan untuk mencari sebuah keluarga lain yang juga sedang mencari pasangan hidup untuk anak lelaki mereka.

http://sayangmelaka.blogspot.com/2010/11/people-baba-nyonya-community.html Sama seperti masyarakat Melayu, adak merisik adalah perlu. Wakil dari pihak lelaki biasanya seorang wanita tua akan pergi ke rumah pihak perempuan. Ini adalah kerana pihak lelaki ingin mengetahui sama ada gadis yang hendak dipinang mempunyai budi pekerti yang baik, bersopan-santun dan pandai menguruskan rumahtangga. Jika keluarga pihak lelaki berkenan dengan calon tersebut, satu rombongan meminang akan dihantr. Peminangan ini diketuai oleh 'Mueynang'.

Pihak lelaki perempuan akan berunding sesama mereka. Mereka akan berbincang mengenai identiti kedua-dua pengantin ini. Biasanya pertolongan seorang tukan tilik diperlukan. Butir-butir seperti tarikh lahir, masa lahir dan tahun mengikut kalendar Cina bagi kedua-dua penganting diambil kira. Misalnya, jika pengantin lelaki dilahirkan dalam Tahun Kambing manakala pengantin perempuan pula dalam Tahun Anjing, maka kedua-dua pihak akan berpendapat bahawa pasangan ini adalah tidak secocok. Kini, ia tidak lagi diamalkan oleh kebanyakan keluarga peranakan. Asalkan bakal menantu adalah pilihan anak mereka, perkahwinan tersebut dipersetujui.

http://doodooplease.blogspot.com/2010/06/baba-nyonya-facing-generation-blood.html Apabila peminangan diterima, pihak perempuan meminta tempoh sebulan untuk menguji sama ada perkahwinan ini akan berkekalan ataupun tidak. Sepanjang tempoh ini, pinggan mangkuk, periuk belanga serta perkakas-perkakas kaca tidak boleh pecah atau jatuh. Jika ini berlaku, maka ditakrifkan

perkahwinan tersebut tidak akan berkekalan. Majlis naik belanja ataupun 'hari tukar cincin' akan diadakan jika tidak ada apa-apa yang berlaku dalam tempoh ujian tersebut.

Pihak lelaki menyediakan separuh daripada jumlah wang hantaran yang sepatutnya diberi kepada pihak perempuan dalam majlis ini. Separuh lagi akan dijelaskan pada hari perkahwinan. Semasa majlis naik belanja ini, pihak lelaki akan menghantar dua pasang lilin, empat botol arak, daging babi panggang berserta dengan buah-buahan seperti limau dan epal. Buah-buahan ini diletakkan dalam 'bakul siah' yang bertingkat-tingkat. 'Mueynang' ditugaskan untuk menghantar barangan ini ke rumah pihak perempuan. Pihak perempuan akan mengambil separuh sahaja buah-buahan yang dihantar dan sepasang lilin. Dua botol air sirap dan sebungkus gula-gula akan diberi kepada pihak lelaki pula. Ini menandakan mereka amat gembira serta sukacita menerima barangan hantaran tersebut. Pertukaran cincin pun dilakukan.

http://tanjungmutiara.com/2011/07/22/melaka/ Perbincangan kedua-dua pihak akan diadakan bagi menentukan hari perkahwinan. Wakil pihak pengantin lelaki akan menghantar sekeping kertas merah bertulisan Cina membawa maksud di mana, waktu dan tempat majlis perkahwinan ini hendak dilangsungkan yang disertakan dengan sepasang lilin. Pihak pengantin lelaki diwakili oleh lilin bergambar naga dan lilin bergambar burung merak mewakili pihak pengantin perempuan.

Sebelum majlis perkahwinan diadakan, kedua-dua pengantin mesti menjalankan upacara 'cohtau' di rumah masing-masing. Pengantin lelaki akan duduk di atas gantang beras (dibalut dengan kertas merah) yang diletakkan di atas nyiru. Rambutnya disisir oleh seorang budak lelaki. Sementara itu, rambut pengantin perempuan di sisir oleh seorang wanita biasanya sanak-saudaranya sendiri. Kedua-dua penganting dikehendaki berpakaian serba putih. Mereka akan diberitahu bahawa mereka akan memasuki alam perkahwinan dan seharusnya dapat memjalankan tanggungjawab masing-masing.

Berbagai-bagai persediaan dijalankan di rumah masing-masing terutamanya pihak pengantin lelaki. Rumah dihiasi dengan indahnya dan beraneka jenis buah-buahan serta bunga diletakkan di meja sembahyang. Upacara menyiapkan bilik pengantin di rumah pihak lelaki diadakan seminggu sebelum hari perkahwinan. Seorang wanita berpengalaman dari ahli keluarga pihak lelaki akan menjalankan upacara ini. Bunga rampai ditaburkan di tengah tilam baru. Bantal-bantal disusun dan langsir baru dipasang. Di empat penjuru katil diletakkan 'angpau'. Perkakas baru dalam bilik tersebut juga diletakkan 'angpau'. Sepasang lampu minyak tanah dipasang dan perlu dipastikan ianya tidak padam sehingga dua belas hari selepas perkahwinan. Bilik ini sentiasa terkunci dan hanya akan dibuka untuk memastikan lampu tersebut tidak terpadam.

Pada hari perkahwinan, kedua-dua pengantin akan memakai pakaian perkahwinan tradisional Baba dan Nyonya yang boleh dilihat di Muzium Melaka. Pengantin lelaki akan meniaki kereta dengan diiringi oleh pengapit dan pengiringnya yang masing bujang.

http://melialissa.blogspot.com/2009/08/ah-tuan-yee-baba-nyonya.html Apabila sampai di rumah pengantin perempuan, pintu kereta pengantin lelaki dibuka oleh seorang pemuda, biasanya adik lelaki pengantin perempuan. Dia akan diberi 'angpau' oleh pengantin lelaki. Suatu jamuan ringan akan diadakan. Kedua-dua penganting akan bersembahyang dan dianggap sah sebagai suami isteri oleh ibu bapa pihak perempuan. Selepas itu mereka akan pergi ke rumah pengantin lelaki.

Upacara di rumah pihak lelaki diadakan secara besar-besaran. Ia dikenali sebagai upacara 'sembahyang samkai'. Adatnya pula dikenali sebagai 'Perkahwinan Tambo Seroni' kerana tiupan serunai dapat didengari di sepanjang majlis perkahwinan. Pihak keluarga pengantin lelaki akan sentiasa memandang gerak-geri pengantin perempuan semasa berjalan. Setiap langkah perlu diatur dengan rapi, lambut dan 'lembut' seolah-olah pengantin perempuan tersebut sedang menari. Mereka disuruh sembahyang. Selesai sembahyang, kedua-dua pengantin memohon maaf serta diminta halalkan segala makan minum mereka daripada kedua-dua belah ibu bapa mereka.

Ini disusuli pula oleh 'adat sojah'. Di dalam adat ini kedua-dua penganting akan menjamu teh kepada setiap ahli keluarga yang lebih tua daripada mereka. Jika mengikut tradisi, kedua-dua pengantin terpaksa melutut ketika memberi secawan teh kepada orang yang disojah. Pengantin lelaki akan dibantu oleh 'pak-chi-nek' sementara pengantin perempuan pula oleh 'sang-ke-um'. Tugas mereka adalah membantu kedua-dua pengantin ketika melutut dan membangun. Ini adalah kerana setiap kali keduadua melutut, mesti dipastikan pakaian mereka adalah kemas dan rapi. Kadangkala kedua-dua pembantu ini mesti melakukan tugas mereka berpuluh-puluh kali kerana terdapat banyak sanak-saudara. Walau bagaimanapun pada masa ini, kedua-dua pengantin tidak lagi dipaksa melutut ketiak 'adat sojah'. Mereka dibenarkan berdiri ketika melakukannya. Biasanya orang-orang yang 'disojah' memberi 'angpau' kepada mereka. Ada juga yang memberi barang-barang kemas berupa cincin ataupun rantai.

Jamuan makan perkahwinan akan diadakan pada sebelah petang. Kebanyakan orang-orang Baba dan Nyonya lebih suka jamuan makan ini diadakan di rumah. Ia diadakan di rumah pengantin lelaki. Jamuan ini akan hanya dimulakan apabila ahli keluarga pengantin perempuan sampai.

Pada keesokan harinya, pengantin perempuan akan menuang teh kepada kedua-dua mentuanya sebagai satu tanda bahawa dia sekarang adalah salah satu ahli keluarga tersebut dan akan mematuhi semua peraturan yang ditetapkan oleh keluarga itu.

Adat 'dua belas hari' akan diadakan dua belas hari selapas perkahwinan. Kedua-dua pengantin akan ke rumah pengantin perempuan untuk mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa pihak perempuan bagi merestui perkahwinan mereka. Satu jamuan diadakan di rumah pihak perempuan. Kedua-dua pengantin dijamu dengan nasi lemak bersama-sama dua belas jenis sambal. Pengantin lelaki berjanji kepada mentuanya bahawa dia akan menjaga isterinya dengan baik. Pengantin lelaki akan memberi 'angpau' kepada mentuanya sebagai tanda bahawa anak perempuan mereka kini adalah hak miliknya. Sebagainya balasan, ibu bapa pengantin perempuan akan memberi dua ekor ayam yang berbulu merah (seekor ayam jantan dan seekor ayam betina), dua batang tebu dan dua batang lilin untuk dibawa pulang bersama-sama. Kesemua barang-barang ini dibalut dengan kertas merah. Warna merah memainkan peranan yang penting dalam majlish perkahwinan Baba dan Nyonya kerana warna merah dipercayai membawa tuah, kebahagian dan kerharmonian. Ini juga dipercayai oleh masyarakat Cina.

Kedua-dua ekor ayam yang berbulu merah tadai dibawa balik oleh pihak pengantin lelaki dan dilepaskan di bawah katil pengantin. Kononnya, jika ayam jantan yang keluar dahulu dari bawah katil tersebut, maka anak lelaki akan diperolehi oleh kedua-dua mempelai itu. Jika ayam betina yang keluar dahulu, maka anak perempuan akan diperolehi. Adalah adat bahawa kedua-dua ekor ayam tadi tidak boleh disembelih atau dijual. Ianya hendak dipelihara selagi ada hayatnya. Jika semakin banyak ayam tersebut membiak, maka semakin ramai anak yang akan diperolehi. Ayam-ayam tersebut dipercayai membara kemakmuran dan kebahagian kepada keturunan kedua-dua pangantin tersebut.

Kita dapat membuat kesimpulan bahawa adat perkahwinan Baba dan Nyonya ini bukan sahaja memakan masa yang lama tetapi penuh dengan adat-istiadat. Justeru itu, ramai daripada kaum Baba dan Nyonya sekarang meringkaskan adat perkahwinan tersebut malahan ada segelintir masyarakat ini tidak mengamalkannya lagi. Namun demikian masih ada golongan orang peranakan yang menjalankan adat perkahwinan tradisional Baba dan Nyonya kerana mereka tidak mahu adat ini pupus ditelan zaman dan hanyut dibawa arus kemodenan. Ini ternyata bernar terutamanya di kalangan golongan peranakan di Melaka. http://optimistsekolahtinggimelaka.blogspot.com/2012/05/adat-perkahwinan-baba-dan-nyonyamelaka.html

Anda mungkin juga menyukai