Anda di halaman 1dari 4

Perkahwinan Masyarakat Cina

inShare

Perkahwinan Masyarakat Cina

Hari perkahwinan akan dilangsungkan setelah setahun bertunang atau mengikut


tempoh yang dipersetujui oleh kedua belah pihak. Sebelum tiba hari perkahwinan
sekiranya terdapat kematian di kalangan ahli keluarga bakal pengantin, perkahwinan
itu mesti ditangguhkan pada tahun hadapan ataupun selama seratus hari. Adalah tidak
manis mengadakan perkahwinan sewaktu orang lain sedang berkabung kesedihan.
Pada hari perkahwinan tersebut pengantin perempuan dan lelaki dihias indah.
Masyarakat Cina pada masa dahulu memakai pakaian pengantin yang diperbuat
daripada kain sutera dan disulam benang emas. Kemudian setiap pakaian dihias
dengan pelbagai aksesori. Baju pengantin sebaik-baiknya bewarna putih, merah atau
kuning. Adalah dilarang memakai baju hitam, biru dan kelabu kerana dipercayai
warna-warna tersebut melambangkan kematian dan kesedihan.

Seterusnya pengantin lelaki akan bertandang ke rumah pengantin perempuan dan pada
masa itulah pengantin lelaki dan perempuan akan duduk bersama buat kali pertama.
Mereka akan diiringi oleh pengiring masing-masing. Seterusnya pasangan pengantin
akan didudukkan di atas pelamin yang telah disediakan di ruang tamu. Selepas acara
bersanding, pasangan pengantin akan dibawa bertemu ahli keluarga masing-masing.
Pengantin lelaki akan memperkenalkan keluarga dan sauadara maranya kepada
isterinya dan ini begitulah sebaliknya di samping itu juga kedua pengantin akan
meminta restu daripada keluarga mertua masing-masing. Dalam masyarakat Cina juga,
upacara meminum teh sangat penting dan masih diamalkan. Ia merupakan tradisi
masyarakat Cina yang mempunyai maksud yang tersendiri. Adat ini melambangkan
penerimaan pasangan pengantin terutamanya si isteri dalam keluarga si suami di
samping bertujuan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan. Dalam upacara ini
pasangan pengantin akan memberi teh yang disediakan kepada saudara mara pihak
lelaki. Walau bagaimanapun adat bersanding dan upacara minum teh ini sudah kurang
diamalkan oleh masyarakat Cina hari ini.

Kemuncak upacara perkahwinan masyarakat Cina ialah pada sebelah malam iaitu
jamuan makan. Jamuan makan ini diadakan secara besar-besaran samada di rumah,
dewan, atau restoran. Tetamu-tetamu yang datang akan membawa ang-pau sebagai
hadiah kepada pasangan pengantin. Pada masa yang sama kedua pengantin akan cuba
mengenali dan beramah mesra dengan ahli keluarga kedua belah pihak. Akhir sekali,
sebagai bukti perkahwinan, pasangan pengantin akan menandatangani dua pucuk
surat perkahwinan iaitu Keat Foon Ching Su di hadapan beberapa orang saksi.
Pada hari ini masyarakat Cina kurang mengamalkan adat perkahwinan secara tradisi
sebaliknya menjalankan perkahwinan secara sivil iaitu dengan mendaftarkan
perkahwinan di gereja, terutamanya di kalangan mereka yang beragama Kristian.

Adat Perkahwinan Masyarakat Cina

Pengenalan

Perkahwinan dalam masyarakat Cina merupakan satu titik tolak yang membawa
perubahan besar dalam kehidupan mereka. Perkahwinan penting untuk mengekalkan
institusi keluarga dan melaluinya keturunan nenek moyang dapat diteruskan daripada
satu generasi kepada generasi yang lain. Dalam masyarakat Cina, sesuatu
perkahwinan itu dirancang dan diatur sebaik-baiknya. Mengikut kepercayaan mereka
juga, pasangan yang berkahwin tanpa mengikut aturan adat dianggap tidak sah.
Terdapat dua bentuk perkahwinan yang diamalkan oleh mereka iaitu eksplisit iaitu
perkahwinan yang diatur samada oleh ibu bapa atau orang tengah (moi-ngin) dan
implisit iaitu perkahwinan di mana kedua-dua lelaki dan perempuan diberi kebebasan
untuk memilih pasangan masing-masing. Pada asasnya adat resam perkahwiwan
masyarakat Cina merangkumi peringkat merisik, meminang, bertunang dan majlis
perkahwinan.

Merisik

Adat merisik dijalankan untuk mengetahui latar belakang gadis yang dihajati.
Masyarakat Cina terlalu mengambil berat tentang nama , keturunan, peribadi, watak
dan tingkah laku si gadis. Ciri-ciri ini penting untuk mewujudkan perkahwinan yang
berkekalan. Cara merisik terpulang kepada ibu bapa kerana pada lazimnya ibu bapa
pihak lelaki akan menanyakan kenalan dan rakan taulan yang kenal dengan keluarga
si gadis. Sebahagian masyarakat Cina lebih gemar mengadakan perbincangan tersebut
di restoran-restoran dengan disertai saudara mara lain. Tradisi makan bersama ini
amat penting dalam masyarakat Cina kerana ia dapat mengeratkan perhubungan di
antara kedua belah keluarga. Perbincangan ketika merisik adalah berkenaan
perkara-perkara umum terutama tentang latar belakang keluarga dan asal keturunan.

Meminang

Setelah kedua-dua pihak berpuas hati dengan latar belakang keluarga masing-masing
adat meminang akan dijalankan. Seorang wakil dipilih untuk berkunjung ke rumah si
gadis bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan perkahwinan. Ibu pengantin
pengantin perempuan pula akan berbincang dengan wakil tersebut berkenaan jumlah
mas kahwin, peruntukan meja dalam jamuan makan dan memilih hari yang paling
sesuai. Pihak lelaki tidak akan tawar menawar kerana bimbang akan menjatuhkan
maruah. Segala ketetapan yang telah dipersetujui, diberitahu kepada kedua ibu bapa
pihak lelaki. Ibu bapa pihak lelaki akan berbincang dengan anaknya untuk
menyediakan segala permintaan daripada pihak perempuan.. Setelah kedua-dua pihak
sudah saling mengenal dan bersetuju untuk berkahwin, barulah adat bertunang
dijalankan.

Bertunang

Hari pertunangan dilakukan berdasarkan kalendar Cina dan ia hendaklah bersesuaian


dengan bintang kelahiran kedua pasangan tersebut. Khidmat tukang tilik digunakan
untuk penetapan tarikh tersebut berpandukan kepada sebuah buku iaitu Toong-Su. Ini
penting kerana jika dilakukan pada waktu yang tidak sesuai dipercayai akan ditimpa
bencana dan perkahwinan akan menghalami kegagalan. Pada masa inilah bakal
pengantin lelaki berkunjung ke rumah perempuan untuk menunaikan permintaan.
Upacara bertukar cincin dilakukan mengikut masa yang ditetapkan . cincin disarung
di jari manis kiri oleh kedua-dua bakal pengantin sehingga hari perkahwinan. Bagi
membukitkan persetujuan, gadis berkenaan akan menyerahkan sekeping kertas merah
atau nyen-sang yang tertulis nama gadis, umur dan tarikh lahirnya yang didapati
daripada tukang tilik. Setelah nyen-sang diterima, pihak lelaki akan mengadakan
persediaan. Nyen-sang kepunyaan si gadis pula akan diberi kepada tukang tilik
bersama-sama maklumat yang sama tentang dirinya. Tukang tilik akan menghitung
hari dan masa yang sesuai berdasarkan kedua-dua nyen-sang dan dicatat pada sehelai
kertas merah yang dinamakan nyik-kor. Ketika menentukan hari yang sesuai, tukang
tilik membuat ramalan berdasarkan tahun kelahiran kedua pasangan. Setelah
mendapat tarikh dan masa yang sesuai, tukang tilik akan menyediakan dua keping
nyik-kor dan diberikan kepada lelaki dan perempuan yang hendak berkahwin.
Nyik-kor tersebut mengandungi peraturan-peraturan dan adat-adat yang perlu diikuti
oleh kedua bakal pengantin merangkumi adat-adat tertentu.

Hantaran dan mas kahwin lazimnya diberi semasa upacara bertukar cincin
perkahwinan atau pada hari lain seperti hari istiadat perkahwinan yang diadakan di
Pejabat Pendaftaran Perkahwinan. Di antara hantarannya ialah sebentuk cincin emas,
sepersalinan pakaian, kain dan wang tunai. Sekiranya pihak lelaki tidak menyediakan
barang hantaran yang cukup kepada pengantin perempuan, sejumlah besar wang tunai
akan diberi. Beserta dengan penghantaran mas kahwin, keluarga pengantin
perempuan diberitahu tarikh perkahwinan dan rundingan akan dibuat dengan
pengantin perempuan. Dalam masyarkat Cina, semakin besar mas kahwin yang
diberikan, semakin tinggi martabat dan kedudukan pihak lelaki.

Majlis Perkahwinan

Hari perkahwinan akan dilangsungkan setelah setahun bertunang atau mengikut


tempoh yang dipersetujui oleh kedua belah pihak. Sebelum tiba hari perkahwinan
sekiranya terdapat kematian di kalangan ahli keluarga bakal pengantin, perkahwinan
itu mesti ditangguhkan pada tahun hadapan ataupun selama seratus hari. Adalah tidak
manis mengadakan perkahwinan sewaktu orang lain sedang berkabung kesedihan.
Pada hari perkahwinan tersebut pengantin perempuan dan lelaki dihias indah.
Masyarakat Cina pada masa dahulu memakai pakaian pengantin yang diperbuat
daripada kain sutera dan disulam benang emas. Kemudian setiap pakaian dihias
dengan pelbagai aksesori. Baju pengantin sebaik-baiknya bewarna putih, merah atau
kuning. Adalah dilarang memakai baju hitam, biru dan kelabu kerana dipercayai
warna-warna tersebut melambangkan kematian dan kesedihan.

Seterusnya pengantin lelaki akan bertandang ke rumah pengantin perempuan dan pada
masa itulah pengantin lelaki dan perempuan akan duduk bersama buat kali pertama.
Mereka akan diiringi oleh pengiring masing-masing. Seterusnya pasangan pengantin
akan didudukkan di atas pelamin yang telah disediakan di ruang tamu. Selepas acara
bersanding, pasangan pengantin akan dibawa bertemu ahli keluarga masing-masing.
Pengantin lelaki akan memperkenalkan keluarga dan sauadara maranya kepada
isterinya dan ini begitulah sebaliknya di samping itu juga kedua pengantin akan
meminta restu daripada keluarga mertua masing-masing. Dalam masyarakat Cina juga,
upacara meminum teh sangat penting dan masih diamalkan. Ia merupakan tradisi
masyarakat Cina yang mempunyai maksud yang tersendiri. Adat ini melambangkan
penerimaan pasangan pengantin terutamanya si isteri dalam keluarga si suami di
samping bertujuan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan. Dalam upacara ini
pasangan pengantin akan memberi teh yang disediakan kepada saudara mara pihak
lelaki. Walau bagaimanapun adat bersanding dan upacara minum teh ini sudah kurang
diamalkan oleh masyarakat Cina hari ini.

Kemuncak upacara perkahwinan masyarakat Cina ialah pada sebelah malam iaitu
jamuan makan. Jamuan makan ini diadakan secara besar-besaran samada di rumah,
dewan, atau restoran. Tetamu-tetamu yang datang akan membawa ang-pau sebagai
hadiah kepada pasangan pengantin. Pada masa yang sama kedua pengantin akan cuba
mengenali dan beramah mesra dengan ahli keluarga kedua belah pihak. Akhir sekali,
sebagai bukti perkahwinan, pasangan pengantin akan menandatangani dua pucuk
surat perkahwinan iaitu Keat Foon Ching Su di hadapan beberapa orang saksi.

Pada hari ini masyarakat Cina kurang mengamalkan adat perkahwinan secara tradisi
sebaliknya menjalankan perkahwinan secara sivil iaitu dengan mendaftarkan
perkahwinan di gereja, terutamanya di kalangan mereka yang beragama Kristian.

Anda mungkin juga menyukai