Anda di halaman 1dari 10

Malaysia adalah sebuah negara berbilang kaum yang hidup dalam suasana yang penuh harmoni.

Upacara perkahwinan selalu mendapat perhatian penuh dari semua golongan di Malaysia. Di sebalik keramaian yang penuh warna warni, upacara ini melambangkan perpaduan kaum yang mempunyai latarbelakang budaya dan adat resam yang berbeza.

Masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India, Orang Asli, Iban, Kadazan, Bajau, Melanau dan lain-lain penuh warna-warni dalam mengamalkan adat resam yang diterima oleh mereka sejak zaman-berzaman. Salah satunya adalah melalui adat dan budaya bagi upacara perkahwinan yang mempunyai fungsi yang penting dalam memberi penyatuan suci bagi meneruskan kesinambungan pertalian ikatan perhubungan sosial masyarakat tersebut. Sebagai umum yang diketahui, satu-satu adat itu, kecil atau besar, adalah kuat pengaruhnya dalam masyarakat sesuatu kaum itu. Pada banyak masa dan tempatnya, adat itu dianggap sebagai undangundang kecil oleh masyarakat itu sendiri.

3.0 Perkahwinan Masyarakat India (Hindu) Perkahwinan seperti diungkapkan dalam Kita suci Veda ialah untuk mewujudkan kebahagian bersama lahir dan batin termasuk pula dalam pengertian untuk memperoleh keturunan yang suputra (anak-anak dan cucu-cucu) sebagai penerus kehidupan keluarga. Penyatuan suami isteri yang tidak dapat dipisahkan diibaratkan suami isteri itu satu jiwa dua badan. Dari perkahwinan mempelai diamanatkan untuk bergembira dan tinggal di rumah sendiri yang menunjukkan kepada kita seseorang yang telah sedia memasuki gerbang perkahwinan (Gahastha) hendaknya dapat menyiapkan rumah sendiri dan tidak bergantung kepada orang lain. Bagi masyarakat India perkahwinan adalah berbentuk perkahwinan monogami. Perkahwinan masyarakat India di Malaysia diklasifikasikan kepada beberapa jenis iaitu vaitiikat tirumanam, tamil tirumanam dan eliyat tirumanam. Perkahwinan masyarakat India biasanya dilaksnakan mengikut golongan etnik iaitu Tamil, Malayalam, Telugu dan sub etnik seperti Chetti, Mutaliyar, Veelaalar, Teevar dan sebagainya serta status ekonomi, pedanda iaitu Brahmin Gurukkal, Pandaaram dan sebagainya. Terdapat beberapa upacara yang perlu dilalui dalam sesebuah perkahwinan masyarakat India. 3.1 Merisik Apabila seseorang lelaki telah mengemukakan hasrat hati untuk berkahwin kepada ibu bapanya, ibu bapa lelaki atau saudara terdekat akan bertindak untuk merisik seseorang gadis yang akan diperisterikannya. Dalam upacara merisik, beberapa aspek perlu diberi perhatian seperti faktor etnik, sub etnik, kasta dan agama. Selain itu faktor-faktor lain seperti status ekonomi serta status sosial merangkumi aspek seperti umur, tahap pendidikan, jenis pekerjaan, etika dan moral, rupa paras dan latar belakang keluarga juga tidak dipandang ringan atau diabaikan. Biasanya maklumat-maklumat tersebut diperolehi secara langsung daripada pihak-pihak yang terlibat dan juga secara tidak langsung menerusi sahabat handai dan saudara-mara. Ada kalanya orang tengah yang dipanggil tirumana taraga

akan membantu dalam kerja-kerja merisik. 3.2 Kunjungan ke rumah pengantin Adat ini dilakukan selepas adat merisik dilakukan. Bakal pengantin lelaki akan mengunjungi rumah bakal pengantin perempuan untuk melihat sendiri paras rupa dan perawakan gadis yang menjadi calon isterinya. Adat ini dikenali sebagai pen paarttal atau melihat bakal isteri. Dalam upacara tersebut rombongan pihak pengantin lelaki perlu datang dalam jumlah yang ganjil walaupun dalam bilangan yang ramai. Rombongan pihak lelaki akan membawa bersama buah tangan dalam kunjungan tersebut seperti kelapa, sirih, pinang, cendana, buah-buahan, bunyi-bunyian serta serbuk kumkum untuk diserahkan kepada pihak perempuan. Buah tangan tersebut dibawa sebagai tanda kedatangan mereka atas niat yang baik dan untuk mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Pihak perempuan akan menerima buah tangan yang dibawa oleh pihak lelaki sekiranya bersetuju dengan maksud tersebut. Jika sebaliknya, mereka hanya melayan orang yang datang sebgai tetamu dan tidak boleh menerima barang-barang tersebut. Bakal pengantin perempuan akan memakai sari serta dipertanggungjawabkan untuk menghidangkan minuman. Ketika itu bakal pengantin lelaki berpeluang untuk melihat dan menilai calon isteri dengan lebih dekat lagi. Oleh itu, bakal pengantin perempuan perlu melayani para tetamu yang bertandang termasuklah bakal suami. Kemudian kunjungan itu dibalas pula oleh wakil perempuan. Bakal pengantin perempuan tidak turut serta. Dalam masyarakat India, adat pen paarttal juga bertujuan untuk mengetahui latar belakang bakal pengantin lelaki. Setelah berlakunya adat kunjung-mengunjung kedua-dua belak pihak, kedua-dua bakal pengantin akan mengkaji kesesuaian atau kecocokan antara mereka berdua untuk hidup sebagai sepasang suami isteri yang serasi. Adat penyesuaian bakal pengantin ini disebut sebagai Thairumanam Poruttam Paartal dijalankan terlebih dahulu, kerana dalam ajaran Hindu tidak terdapat konsep penceraian. Oleh yang demikian kedua-dua pihak berhati-hati untuk membuat keputusan untuk hidup bersama sebagai suami isteri. Terdapat 21 aspek yang perlu yang diambil kira untuk menentukan kesesuaian pasangan bakal pengantin dengan cara tilikan dimanak Hindu. Di antara yang masih diamalkan lagi dalam masyarakat Hindu ialah Tina poruttam, Natcattira poruttam, Kana poruttam, Mahentira poruttam, Pentiikka poruttam, Yooni poruttam, Raasi poruttam, Raasiyaati paati poruttam, Vaiya poruttam, Racau poruttam, dan Veetai poruttam. 3.3 Ikat janji / niccayam Upacara ikat janji atau niccayam akan dilakukan selepas mendapat persetujuan kedua-dua belah pihak. Wakil lelaki akan datang ke rumah bakal pengantin perempuan dengan jumlah yang ganjil serta membawa beberapa barangan seperti kelapa, sirih pinang, bunga-bungaan, buah-buahan, cendana dan kumkum untuk diberikan kepada wakil pihak perempuan. Sebaik sahaja sampai di rumah bakal pengantin perempuan, bapa kedua-dua belah pihak akan berbincang mengenai perkahwinan tersebut. Sekiranya bapa salah seorang bakal pengantin telah meninggal dunia, perbincangan akan diadakan dengan saudara-mara. Sekiranya kedua-dua pengantin bersetuju, mereka akan mengikat janji untuk bersatu.

Seterusnya bakal pengantin lelaki akan melafazkan ikat janji bagi menyatakan persetujuan untuk mengahwini bakal pengantin perempuan. Kemudian perkahwinan tersebut akan diumumkan kepada orang ramai. Sebagai tanda ikatan, kedua-dua pengantin akan menukar sirih pinang yang dinamakan taambuulan marrutal. Kemudian daripada itu, mereka akan membincangkan mengenai hari perkahwinan, juga tentang belanja untuk pengantin perempuan, kad jemputan dan sebagainya. Upacara niccayam akan dilakukan dan lazimnya akan dijalankan dengan bertukar-tukar kalungan bunga.

3.4 Parisam Setelah selesai upacara ikat janji, pasangan pengantin akan melakukan adat parisam. Adat parisam terbahagi kepada dua iaitu parisam biasa atau udan parisam. Parisam biasa adalah merupakan pemberian hadiah yang dijalankan lebih awal daripada hari perkahwinan, manakala udan parisam adalah pemberian hadiah yang dilakukan pada hari yang sama di sebelah pagi sebelum perkahwinan dilangsungkan. Dalam masyarakat India, parisam umpama sebuah majlis pertunangan. Adat pemberian parisam akan diadakan pada hari yang telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. Pihak pengantin lelaki akan menyediakan beberapa jenis hantaran dalam jumlah yang ganjil. Hantaran-hantaran tersebut perlu disediakan oleh wanita yang sudah bersuami sahaja dan mereka dipanggil cumanggali. Parisam akan dibawa ke rumah pengantin perempuan diketuai oleh bakal pengantin lelaki dengan memakai pakaian tradisional masyarakat India. Pada masa yang sama alat muzik tradisional seperti naatasawaram dan meelam dimainkan. Pihak perempuan akan menyediakan buyung yang dikenali sebagai puurana kumbum yang diletakkan di ruang tamu. Lampu minyak yang dipanggil kuttu vilakku diletakkan bersebelahan puuruna kumbum sebagai menunjukkan kurniaan tuhan. Bagi memulakan adat tersebut, upacara sembahyang yang akan dilakukan terlebih dahulu. Kemudian bapa pengantin perempuan akan membawa parisam yang mengandungi sari dan diberikan keapada anaknya. Ketika itu pengantin perempuan menulis sesuatu dengan menggunakan kunyit sebagai meminta restu daripada tuhan. Setelah itu barulah pihak lelaki dan jemputan lain boleh melihat puurana kumbum dengan lebih dekat lagi. Pada hari tersebut, bakal pengantin perempuan memakai sari parisam dan dipimpin keluar oleh seorang wanita lain ke ruang tamu. Pada masa ini beberapa orang saudara mara boleh mengalungkan kalungan bunga pada bakal pengantin perempuan. Ini dikenali sebagai orraimaalai atau kalungan tunggal. Pengiring akan memberikan kad jemputan kepada kedua-dua pihak pengantin. Tiga upacara penting iaitu mengunjungi rumah pengantin, adat ikat janji dan pemberian hadiah merupakan adat yang sering dilakukan oleh masyarakat India. Namun ada di kalangan mereka yang tidak lagi melakukan upacara tertsebut untuk mengelakkan pembaziran. 3.5 Majlis Perkahwinan Kemuncak kepada segala upacara yang panjang itu ialah diadakan majlis perkahwinan. Namun dalam masyarakat India, sebelum majlis perkahwinan berlangsung terdapat beberapa perkara penting yang

perlu dilaksnakan. Antaranya kad jemputan, penyediaan thaali atau tjrumaanggalyam dan mukuurtta kaal. Kad jemputan memainkan peranan yang penting dalam perkahwinan masyarakat India. Kad jemputan dibuat berdasrkan almanak Hindu. Sekiranya terdapat kesilapan, bermakna perkahwinan tidak dapat dijalankan dengan lancar. Kad jemputan yang telah dicetak disapu dengan serbuk kunyit cair sebagai lambang keharmonian. Beberapa keping kad jemputan dalam bilangan ganjil akan dibawa bersama ke kuil untuk dibawa bersembahyang. Kad diletakkan di atas dulang bersama sirih, wang, kelapa, pinang, dan sebagainya yang melambangkan kekayaan. Upacara ini dinamakan sebagai paanam paaku. Kemudian dulang dibawa ke rumah pengantin perempuan untuk diberi kepada pengantin lelaki dan begitulah sebaliknya. Pada masa yang sama sirih pinang akan diberikan sebagai tanda jemputan perkahwinan secara rasmi. Thaali atau tjrumaanggalyam merupakan lambang suci perkahwinan yang dikalungkan pada leher kedua-dua pengantin. Pada thaali itu diikat segumpal benang putih yang disapu dengan kunyit. Terdapat pelbagai jenis thaali yang digunakan oleh masyarakat India seperti lingath thaali, pottut thaali, tennant thaali dan sebagainya. Keadaan ini disebabkan terdapat pelbagai suku di kalangan masyarakat India. Adat penyediaan thaali ini dilakukan tujuh atau sembilan hari sebelum hari perkahwinan. Pihak lelaki akan membawa emas, cendana, kumkum, sirih pinang, kelapa dan bayaran untuk pembuat thaali. Tiga hari sebelum perkahwinan, thaali akan diambil dan diletakkan di tempat sembahyang atas suruhan pembuat thaali. Pihak pengantin adalah dilarang untuk menawarkan perkhidmatan yang dilakukan oleh pembuat thaali. Kemudian upacara sembahyang dilakukan dan ini dinamakan sebagai thaalippadaiya. Dalam upacara ini bubur manis dan nasi manis disediakan termasuklah dhoti dan sari untuk pasangan pengantin. Secara umumnya thaali tidak wajib diperbuat daripada emas, kerana thaali boleh dibuat daripada kunyit untuk mengelakkan daripada kecurian. Mukuurtta kaal pula diadakan lima hari sebelum hari perkahwinan dilangsungkan. Adat ini diadakan pada hari yang baik mengikut firasat masyarakat India. Untuk menjalankan adat tersebut sebatang pokok yang masih muda dan lurus akan ditebang untuk dijadikan mukuurtta kaal. Batang pokok tersebut berukuran antara dua atau tiga meter dan mempunyai lilitan batang antara 20 hingga 30 sentimeter. Adat mendirikan mukuurtta kaal adalah sebagai menandakan perkahwinan akan dilangsungkan di rumah tersebut. Bahan-bahan seperti sirih pinang, kumkum, kunyit dan sebagainya disediakan. Ahli-ahli keluarga pengantin akan berdoa kepada Tuhan supaya perkahwinan dapat dilangsungkan tanpa gangguan. Lima orang perempuan yang sudah berkahwin akan menyapukan kunyit cair dan kumkum pada batang kayu yang telah dibuang kulitnya. Hujung kayu tersebut diikat dengan daun ara atau mangga dengan menggunakan kain berwarna merah. Kemudian upacara sembahyang dilakukan oleh pengantin berserta lima orang perempuan tersebut. Sebanyak sembilan jenis bijirin ditabur pada batang kayu dan lampu minyak dinyalakan. Pengantin berikrar akan menjaga alam sekitar sebagai lambang persahabatan dengan alam sekitar. Lazimnya adat mendirikan mukuurtta kaal dilakukan di rumah pengantin lelaki. Terdapat tiga jenis perkahwinan dalam masyarakat India iaitu Vaitikat Thairumanam, Tamil

Thairumanam dan Diya Thairumanam, yang menunjukkan perkahwinan ini dijalankan adalah berdasarkan aspek suku kaum. Majlis perkahwinan dimulakan dengan upacara niccayam (ikat janji) dengan memberi hadiah seperti pakaian dan seumpamnya. Kad ucapan disapu dengan air kunyit di bawa ke kuil dalam jumlah ganjil sebagai tanda rasmi perkahwinan. Upacara kanggenam iaitu menanam sebatang pokok yang lurus yang disapu dengan kunyit tiga hari sebelum hari sebelum hari perkahwinan dilangsungkan. Pengantin lelaki tidak dibenarkan keluar selama tiga hari sebelum hari perkahwinan. Upacara perkahwinan dilakukan oleh Pedanda dengan berdoa supaya pengantin hidup bahagia hingga hari tua. Pedanda akan menabur sembilan jenis bijirin setelah selesai acara menyarung cincin. Pengantin lelaki akan mengalungkan thaali yang disapu dengan kunyit dan hujungnya diikat dengan seketul kunyit kepada pengantin perempuan hingga aras dada. Kedua mempelai memberi hormat kepada ibu bapa atau mertua dengan menukar dulang berisi buah-buahan dan menyapu debu suci pada dahi pengantin perempuan. Biasanya pasangan pengantin akan bertukar-tukar kalungan bunga sebanyak tiga kali dan berkongsi minum susu bercampur pisang di dalam sebiji gelas. Upacara ini menandakan pasangan ini secara rasmi telah menjadi suami ister. Adat dalam perkahwinan tidak berakhir dengan majlis perkahwinan sahaja. Masih terdapat beberapa adat yang dijalankan selepas berlangsungnya sesuatu perkahwinan. Antara adat selepas majlis perkahwinan ialah, pengantin perempuan dikehendaki pergi ke rumah pengantin lelaki. Kemudian pengantin lelaki pula dikehendaki pergi ke rumah pengantin perempuan selama tiga hari. Ketika itu ibu bapa mertua akan menghormati kedua-dua pengantin dengan mengadakan jamuan. Jamuan perkahwinan tidak ketinggalan diadakan selepas upacara perkahwinan dijalankan. Sekiranya perkahwinan dilakukan di kuil, sayur-sayuran akan dihidangkan kepada para tetamu. Makanan selain daripada sayur-sayuran dihidangkan, kecuali daging. 4.0 Ringkasan Upacara Perkahwinan 4.1 Adat perkahwinan dalam masyarakat Melayu : Merisik Dijalankan oleh saudara mara terdekat bagi pihak lelaki seperti ibu bapa. Bertujuan memastikan gadis yang dihajati itu belum atau sudah berpunya dan untuk menyelidiki latar belakang gadis serta keluarganya. Meminang Urusan meminang dilakukan oleh kaum keluarga terdekat bagi pihak lelaki. Bertujuan menetapkan tarikh, masa dan hari yang sesuai untuk bertunang, termasuk hantaran dan jumlah rombongan. Bertunang Pihak lelaki menyerahkan tepak sirih kepada wakil pihak perempuan dan menyatakan lamaran secara rasmi. Untuk berbincang mengenai belanja kahwin, tempoh pertunagan dan hal-hal lain. Akad nikah Selepas dilaksanakan segala perjanjian seperti wang belanja, mas kahwin, dan hantaran yang ditetapkan. Biasanya dilakukan di masjid atau surau. Majlis perkahwinan Kemuncak istiadat perkahwinan dan pengantin digelar raja sehari. Diadakan di rumah pengantin perempuan dengan diadakan kenduri yang sangat meriah. Bertujuan untuk

menyatakan kesyukuran kepada tuhan dan perkhabaran gembira kepada masyarakat 4.2 Adat perkahwinan dalam masyarakat India : Merisik Bertujuan untuk melihat beberapa aspek seperti fakator etnik, sub etnik, kasta dan agama. Juga untuk melihat faktor lain seperti status ekonomi dan sosial yang merangkumi umur, tahap pendidikan, pekerjaan, etika dan moral, rupa paras dan latar belakang keluarga. Melihat bakal isteri Selepas merisik, pengantin lelaki akan pergi ke rumah bakal pengantin perempuan untuk melihat sendiri. Pihak lelaki datang dengan jumlah yang ganjil. Kelapa, sirih pinang, cendana, buah-buahan, bunyi-bunyian serta kumkum dibawa sebagai buah tangan. Ikat janji / niccayam Bakal pengantin lelaki melafazkan ikat janji bagi menyatakan persetujuan untuk mengahwini bakal pengantin perempuan. Sebagai tanda ikatan kedua-dua bakal pengantin akan menukar sirih pinang yang disebut taambuulan marrutal. Parisam Adat parisam terbahagi dua, parisam biasa iaitu pemberian hadiah yang dijalankan lebih awal daripada hari perkahwinan, manakala udan parisam ialah pemberian hadiah pada hari yang sama sebelah pagi sebelum perkahwinan dilangsungkan. Upacara perkahwinan Upacara dilakukan oleh Pedanda dengan berdoa supaya pengantin hidup bahagia. Pedanda menabur sembilan jenis bijirin setelah selesai menyarung cincin. Pengantin lelaki mengalungkan thaali kepada pengantin perempuan hingga ke aras dada. Kedua mempelai memberi hormat kepada ibu bapa dengan menukar dulang berisi buah-buahan dan menyapu debu suci pada dahi pengantin 5.0 Persamaan dan Perbezaan Daripada huraian yang telah diberikan di atas, terdapat beberapa persamaan dan perbezaan dalam upacara atau istiadat perkahwinan dalam masyarakat Melayu mengikut lunas-lunas Islam serta perkahwinan masyarakat India yang menganut agama Hindu. 5.1 Adat Merisik Dari segi persamaan adat merisik ini ialah, adat merisik bagi kedua-dua masyarakat iaitu masyarakat Melayu (Islam) dan masyarakat India (Hindu) adalah merupakan langkah awal ke arah menyatukan dua hati antara si lelaki dan si perempuan. Adat merisik bagi kedua-dua masyarakat tersebut biasanya dilakukan oleh saudara terdekat yang menjadi wakil pihak lelaki ke atas si gadis yang menjadi pilihan si lelaki dengan niat untuk memperisterikannya. Kadang-kadang orang tengah atau jiran terdekat sebelah perempuan akan membantu pihak lelaki dalam mengenali si gadis serta keluarganya. Banyak maklumat dapat dicungkil daripada orang tengah tersebut. Dari segi perbezaannya pula, adat merisik bagi masyarakat Melayu dilakukan secara rahsia, yakni tidak diketahui oleh pihak perempuan. Tujuan merisik bagi masyarakat melayu ialah untuk mengetahui samada gadis yang menjadi pilihan hati si lelaki telah bertunang atau mempunyai teman yang istimewa atau tidak. Jika gadis tersebut telah bertunang atau mempunyai teman istimewa maka hasrat untuk mengahwininya akan terhenti setakat itu sahaja. Selain itu wakil pihak lelaki yang terlibat dalam upacara merisik juga membuat tinjauan tentang perwatakan gadis tersebut, latar belakang keluarga, serta keadaan rumah tempat tinggal keluarga gadis tersebut.

Sementara adat merisik bagi masyarakat India menekankan beberapa perkara seperti faktor etnik, sub etnik, kasta dan agama. Di samping itu faktor-faktor status ekonomi keluarga, umur, tahap pendidikan, jenis pekerjaan, etika dan moral, rupa paras si gadis diambil perhatian dan tidak ketinggalan tentang latar belakang keluarga. 5.2 Kunjungan ke rumah pengantin Adat berkunjung ke rumah perempuan oleh bakal pengantin lelaki untuk melihat sendiri paras rupa dan perwatakan gadis yang menjadi calon isterinya adalah amalan dalam masyarakat India. Dalam masyarakat Melayu adat tersebut amat jarang dilakukan, walaupun Islam mengharuskan seseorang lelaki untuk melihat pada muka dan dua tapak tangan gadis pilihannya sebelum upacara peminangan dijalankan. Bakal pengantin biasanya mendapatkan maklumat daripada wakil yang telah pergi merisik. 5.3 Melamar dan meminang atau ikat janji Dalam masyarakat Melayu, selepas adat merisik, jika pertimbangan dibuat bahawa gadis tersebut sesuai menjadi calon isteri bagi seseorang lelaki, maka upacara melamar dan meminang akan dilakukan. Melamar bermakna penyataan secara terus terang dari pihak lelaki terhadap pihak perempuan sama ada gadis tersebut sudah berpunya atau sebaliknya dan jika gadis belum berpunya maka persetujuan pihak perempuan untuk menerima kedatangan pihak lelaki untuk meminang dibincangkan. Pada hari yang dijanjikan, rombongan pihak lelaki yang terdiri beberapa orang wanita dan lelaki yang telah berumur akan berbincang dengan wakil pihak perempuan mengenai belanja hantaran, mas kahwin, tarikh untuk melangsungkan perkahwinan dan sebagainya. Sebentuk cincin pertunangan akan disarungkan ke jari gadis sebagai tanda rasmi pertunangan. Sejumlah hantaran yang dipersetujui yang dibawa oleh pihak lelaki akan dibalas pula dengan sejumlah hantaran dari pihak perempuan. Sementara dalam masyarakat India, upacara ikat janji atau niccayam dijalankan setelah kedua-dua pihak mendapati kedua-dua bakal pengantin secocok untuk hidup bersama sebagai pasangan suami isteri. Wakil pihak lelaki akan datang ke rumah bakal pengantin perempuan dengan jumlah yang ganjil berserta barangan seperti kelapa, sirih pinang, bunga-bungaan, buah-buahan, cendana, dan kumkum untuk diserahkan kepada pihak perempuan. Kedua-dua bapa akan berbincang mengenai perkahwinan tersebut. Dalam upacara ikat janji atau niccayam bakal pengantin akan melafazkan ikat janji menyatakan persetujuan untuk mengahwini bakal pengantin perempuan. Sebagai tanda ikatan kedua-dua bakal pengantin akan menukar sirih pinang yang dinamakan taambuulan marrutal. 5.4 Mas kahwin dan akad nikah atau Parisam Mas kahwin dan upacara akad nikah merupakan dua perkara yang wajib yang tidak dapat tidak mesti disempurnakan dalam sesebuah perkahwinan bagi masyarakat Melayu. Mas kahwin ialah pemberian wajib pengantin lelaki kepada gadis yang menjadi calon isterinya. Lazimnya pada masa kini, mas kahwin dibayar dalam bentuk wang sama ada tunai ataupun hutang, tetapi mas kahwin juga boleh diberikan dalam bentuk yang lain selain wang mengikut permintaan wali si gadis atau permintaan bakal pengantin yang status janda.

Akad nikah pula ialah satu bentuk lafaz atau ikrar yang dilakukan oleh wali atau wakilnya iaitu Imam atau Qadi dan disambut oleh pengantin lelaki. Sebelum akah nikah dilakukan pengantin lelaki hendaklah menyempurnakan hantaran belanja, dan mas kahwin terlebih dahulu. Selain kehadiran wali atau wakil wali, pengantin lelaki dan perempuan majlis akad nikah juga perlu disaksikan oleh dua orang saksi yang adil mengikut pandangan Islam. Imam atau Qadi akan membaca khutbah nikah kepada kedua-dua pasangan yang mendirikan rumah tangga. Dengan termetrinya lafaz akad nikah ini bererti rasmilah kedua-dua pengantin sebagai pasangan suami isteri. Lenyaplah segala yang diharamkan kepada lelaki dan perempuan yang ajnabi. Dalam masyarakat India, pemberian yang setara dengan mas kahwin yang dilakukan oleh masyarakat Islam disebut Dowry. Lazimnya ialah berupa pemberian wang atau barangan daripada keluarga isteri kepada pihak suami. Tetapi amalan tersebut sudah tidak diamalkan secara menyeluruh dalam masyarakat India moden. Dalam masyarakat India moden pengantin lelaki akan memberikan beberapa jenis hantaran yang disebut parisam dalam jumlah yang ganjil kepada pihak perempuan. Parisam ini disediakan oleh wanita yang sudah bersuami dan mereka dipanggil cumanggali. Bapa pengantin perempuan akan membawa parisam yang mengandungi sari dan diberikan anaknya. Ketika itu pengantin perempuan akan menulis sesuatu dengan menggunakan kunyit sebagai meminta restu daripada tuhan, dan beberapa orang saudara mara akan mengalungkan bunga pada bakal pengantin perempuan. Upacara perkahwinan dalam masyarakat India dilakukan oleh Pedanda dengan berdoa supaya pengantin akan menikmati kehidupan bahagia berumahtangga hingga ke hari tua. Pedanda akan menabur sembilan jenis bijirin selepas upacara menyarung cincin. Upacara tersebut diteruskan dengan pengantin lelaki mengalungkan thaali kepada pengantin perempuan. Kemudian mereka berdua memberi hormat kepada ibu bapa dan mertua dengan menukar dulang berisi buah-buahan serta menyapu debu suci di dahi pada pengantin perempuan. Biasanya pasangan pengantin akan bertukar-tukar kalungan bunga sebanyak tiga kali dan meminum susu bercampur pisang dalam sebiji gelas. Upacara tersebut menandakan pasangan ini secara rasmi telah menjadi suami isteri.

5.5 Majlis Perkahwinan Kemuncak kepada istiadat dan upacara perkahwinan bagi masyarakat Melayu dan India ialah mengadakan majlis perkahwinan. Bagi masyarakat melayu majlis perkahwinan juga dikenali sebagai walimah. Majlis seumpama ini adalah sunnah Rasullah s.a.w kerana tujuan majlis perkahwinan ialah untuk menghebahkan kepada masyarakat setempat bahawa sipolan dan sipolan telah mendirikan rumah tangga yang sah. Keadaan ini dapat mengelakkan berlakunya fitnah. Di samping itu majlis perkahwinan juga sebagai landasan untuk mengeratkan silaturrahim sesama saudara-mara, rakan dan taulan. Berbagai juadah atau hidangan disediakan kepada para jemputan tanpa mengira kedudukan atau darjat seseorang. Bagi masyarakat India pula, yang dititik beratkan ialah persiapan sebelum majlis perkahwinan berlangsung. Persiapan yang dimaksudkan ialah kad jemputan, penyediaan thaali dan mukuurtta kaal. Kad jemputan dalam bilangan yang ganjil akan dibawa ke kuil untuk bersembahyang bersama. Kemudian

kad tersebut akan dibawa ke rumah pengantin perempuan untuk diberi kepada pengantin lelaki dan sebaliknya. Thaali pula sebagai lambang kesucian perkahwinan yang dikalungkan ke leher kedua-dua pengantin, dilakukan tujuh atau sembilan hari sebelum majlis perkahwinan. Manakala mukuurtta kaal pula diadakan lima hari sebelum hari perkahwinan. Berbeza dengan masyarakat Melayu, majlis perkahwinan masyarakat India dilakukan dikuil dengan upacara-upacara keagamaan dengan niat memohon restu dari tuhan. Pasangan pengantin melakukan pelbagai upacara dengan disaksikan oleh saudara mara dari kedua-dua belah pihak. Kemuncaknya kedua-dua mempelai akan disandingkan dengan penuh adat dan amalan keagamaan. Jamuan seperti sayur-sayuran disediakan kepada para tetamu. 6.0 Kesimpulan Sesebuah perkahwinan yang menyatukan antara dua hati bagi mana-mana masyarakat di dunia ini akan melalui pelbagai upacara yang dipengaruhi oleh adat atau keagamaan. Dalam masyarakat Islam umpamanya terdapat upacara yang ditunjangi adat dan ada yang mengikut ajaran agama. Namun selagi adat tidak bertentangan dengan agama upacara tersebut adalah harus dilakukan. Jika upacara adat tersebut bertentangan dengan ajaran agama maka upacara tersebut tidak wajar lagi dilaksanakan di dalam sesebuah perkahwinan, umpamanya bersanding, menepung tawar dan sebagainya. Sebuah perkahwinan yang menempuh masa dan upacara yang panjang ini diharapkan ianya akan mendapat keberkatan, melahirkan zuriat keturunan yang akan menambahkan lagi kebahagian berumah tangga. Kesabaran dan kematangan dalam mengemudi bahtera berumahtangga amatlah penting sekali supaya mahligai yang dibina akan terus berdiri kukuh hingga ke akhir hayat. Pakaian Pengantin Di hari perkahwinan, pengantin lelaki India akan memakai dhoti dilengkapi dengan turban manakala wanitanya memakai sari yang digandingkan dengan choli ketat. Wanita remaja mengenakan skirt labuh 'Ihenga' juga dipadankan dengan baju pendek atau choli. Lelaki Punjabi menggayakan dhoti atau kurta dan wanitanya mengenakan salwar-khameez-dupatta iaitu seluar dengan baju labuh yang diperindah dengan sulaman benang emas dan labuci.

RUJUKAN Amran Kasimin. 2002. Perkahwinan Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Haji Mohtar H. Md Dom. 1977. Istiadat Perkahwinan Masyarakat Melayu. Petaling Jaya : Federal Publications Sdn Bhd. Hatta Sidi, Mohamed Hatta Shaharom dan Ramli Hassan. 2006. Seksualiti Manusia keharmonian jalinan antara jantina. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka Mohamad Som Sujimon dan Abdul Basir Mohamad. 2006. Fikah Kekeluargaan. Kuala Lumpur : Universiti

Islam Antarabangsa Malaysia. Shamsuddin Suhor dan Noor Aziah Mohd Awal. 2007. Undang-undang Keluarga Sivil Jilid 9. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. http://emjayjb.multiply.com/journal/item/155 http://idesa.net.my/modules/news/article.php?storyid=114 http://kebudayaan.kpkk.gov.my/about/perkhidmatan/?c5=473&menu_id=46&c3=40&click=1 http://malaysiana.pnm.my/01/01010201mel_merisik.htm http://malaysiana.pnm.my/01/01030201ind_merisik.htm http://www.malaysiabanner.com/wedding/lamaran/adatmeminang.html http://malaysianwedding.blogspot.com/ http://perkahwinanindia.blogspot.com/2007/09/perkahwunan-india.html http://pmr.penerangan.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=3244:perkahwinanmasayarakat-india&catid=185:masyarakat_majmuk http://syikinyahya.wordpress.com http://unitagamakmb.com/

Anda mungkin juga menyukai