Anda di halaman 1dari 2

Sejarah Sosial Masyarakat India Malaysia Selepas tahun 1957

Beberapa aspek perlu dilihat untuk membincangkan topik ini. Antaranya,

1. EKONOMI

Pelbagai dasar telah diubah selepas kemerdekaan, tidak begitu banyak perubahan jangka masa
panjang yang dialami oleh masyarakat India. Pertamanya, kita akan melihat perkembangan dari segi
ekonomi masyarakat India selepas merdeka. Mereka terus tinggal di kawasan ladang atau estet yang
diusahakan oleh mereka sendiri. Ketika masyarakat sudah mula hidup dengan lebih baik dikawasan
bandar, mereka terus tinggal dalam keadaan yang miskin di kawasan luar bandar. Ekonomi mereka
pula menjadi semakin merosot akibat pemerintah tempatan yang terus mengamalkan dasar pecah
dan perintah. Kesannya, hanya masyarakat Melayu dan Cina sahaja yang mendapat manfaat
manakala kaum India pula telah tercicir ke belakang.

2. PENDIDIKAN

Selepas mengecap kemerdekaan, pembangunan dalam sektor pendidikan negara adalah


semakin pesat apabila banyak sekolah dibina. Pada tahun 1956, Penyata Razak telah digubal sebagai
salah satu langkah penting untuk menggubal dasar pendidikan negara. Penggubalan dasar ini telah
meningkatkan status sekolah-sekolah Tamil di ladang apabila sekolah mereka dinaiktaraf kepada
Sekolah jenis Kebangsaan Tamil.

Hasil daripada kandungan Penyata Razak, Bahasa Tamil telah dibenarkan memasuki
matapelajaran peringkat sekolah menengah dan telah diwujudkan dalam matapelajaran peperiksaan
dalam SRP, SPM, HSC dan juga STPM.

3. STRUKTUR SOSIAL DAN POPULASI

Seperti yang telah diketahui, masyarakat India sememangnya satu bangsa yang sangat
mementingkan status sosial atau lebih dikenali sebagai kasta. Terdapat 4 kasta utama yang
diamalkan dalam hidup orang India iaitu Brahmin (kaum atasan yang dianggap mulia), Ksatriya
(pendekar dan pemerintah), Vaisya (pedagang dan pelukis ), Sudra (buruh atau petani) dan yang
paling sensitif untuk diperkatakan ialah Paria (golongan paling bawah dan tidak boleh disebut).
Golongan paling atas adalah dianggap tersangat mulia manakala golongan bawahan dipandang
dengan begitu hina sekali.

Namun begitu, sistem ini sudah mula tidak digunapakai setelah merdeka kerana pemikiran
masyarakat India yang sudah semakin terbuka. Masyarakat dibenarkan untuk bergaul sesama sendiri
kerana menganggap semua manusia semuanya adalah sama sebenarnya. Namun hakikatnya, ada
yang masih mengamalkannya di dalam upacara perkahwinan.
4. POLITIK

Politik berteraskan kaum mula mendapatkan tempat di dalam kehidupan orang Malaysia
khususnya selepas kemerdekaan. Pelbagai parti politik yang ditubuhkan untuk menguruskan
pelbagai urusan kaum di Malaysia pada ketika itu. Bagi kaum India, sebuah badan politik yang
bernama Kongres India Se-Malaysia telah diwujudkan.

Ia yang juga dikenali Sebagai Malaysian Indian Congress (MIC) adalah sebuah parti minoriti yang
ditunjangi oleh kaum India dan telah ditubuhkan pada Ogos 1946 oleh John Thivy.

Anda mungkin juga menyukai