Anda di halaman 1dari 3

Pelbagai adat resam dan pantang larang tertentu diamalkan oleh masyarakat Cina

dalam aspek ini dan ia merangkumi peringkat sewaktu mengandung dan selepas
lahir.

Sewaktu Mengandung

Pelbagai bentuk adat resam dan pantang larang diamalkan oleh wanita masyarakat
Cina semasa mengandung dan juga selepas bersalin untuk memastikan bayi yang
bakal lahir itu tidak ditimpa kejadian buruk seperti keguguran, kecacatan atau
kematian. Wanita-wanita masyarakat Cina yang mengandung sentiasa diberikan
kawalan ketat di dalam setiap tindak-tanduk dan kegiatan seharian mereka. Dalam
masyarakat Cina ibu mertua bertanggungjawab menjaga wanita mengandung dan
bukannya suami. Masyarakat Cina juga amat mementingkan anak lelaki. Ini kerana
anak lelaki boleh melanjutkan keturunan mereka melalui pewarisan nama nenek
moyang. Anak perempuan hanya menjadi milik ibu bapa buat sementara waktu
sahaja dan apabila berkahwin, mereka dianggap menjadi milik keluarga suaminya.

Pantang Larang

Terdapat banyak pantang larang yang perlu dipatuhi semasa mengandung dan
diantaranya ialah tidak dibenarkan melakukan kerja-kerja seperti memaku kerana
dikhuatiri bayi yang lahir akan mengalami kecacatan. Wanita hamil juga perlu
mengawal tingkah laku seperti tidak mengeluarkan kata-kata kesat dan dilarang
memukul binatang. Ini bertujuan menghindari bayi dari terkena badi. Mereka juga
digalakkan bekerja supaya mudah bersalin. Sebarang konflik atau perselisihan perlu
dihindari supaya kandungan tidak mengalami sebarang gangguan. Memberi nama
kepada bayi yang belum lahir semasa mengandung juga adalah antara pantang
larang dalam masyarakat Cina. Ini adalah untuk mengelakkan perasaan kecewa bila
harapan tidak tercapai. Selain itu wanita hamil tersebut tidak digalakkan terlalu
kerap menggosok perut mereka kerana bayi yang lahir kelak akan mempunyai sifat
yang manja. Dari segi penjagaan makanan, wanita yang hamil dilarang sama sekali
makan makanan yang �tajam� seperti nenas dan mangga serta tidak digalakkan
makan banyak kerana ditakuti bayi akan menjadi besar dan ini akan membuatkan
ibu sukar untuk bersalin. Untuk menentukan samada kandungan itu lelaki atau
perempuan, maka masyarakat Cina melihat bentuk perut wanita yang hamil,
terutama apabila kandungan berusia empat bulan ke atas. Jika perut ibu agak bulat,
bayi yang dikandung adalah perempuan dan sebaliknya lelaki jika perut kelihatan
tajam.

Selepas Lahir

Adat-adat berikut diamalkan oleh masyarakat Cina selepas melahirkan bayi.

Berpantang

Wanita-wanita Cina yang baru melahirkan anak terpaksa berpantang selama empat
puluh hari hari. Ibu tidak dibenarkan mandi air sejuk kerana dibimbangi masuk
angin. Pusat bayi yang baru dilahirkan diikat dan dililit dengan sehelai kain pada
perutnya. Ini bertujuan untuk mengelakkan perut bayi dimasuki angin dan untuk
mengeringkan tali pusat. Pusat bayi yang tenggelam ke dalam adalah petanda bagi
masyarakat Cina. Anak tersebut dipercayai akan menjalani kehidupan yang senang
pada masa depan. Manakala pusat yang tersembul dikaitkan dengan hidup yang
kurang baik. Bayi yang baru lahir selalu diperhatikan bentuk fizikalnya oleh orang-
orang tua. Mereka akan mengaitkan telinga yang lebar dan tebal sebagai bakal
menjalani kehidupan yang kaya. Masyarakat Cina mempercayai sekiranya terdapat
lebih daripada satu pusar di atas kepala, bayi akan menjadi nakal dan tidak
mendengar kata.

Dari segi pemakanan, masyarakat Cina menggunakan sejenis arak yang dibuat
daripada beras yang diperam dalam masakan mereka. Arak tersebut dimasukkan
bersama-sama ayam, halia dan lada, kemudiannya digoreng. Masakan panas dan
pedas ini dipercayai dapat mengeluarkan angin daripada badan wanita yang bersalin
disamping menguatkan semula tenaga.

Kenduri

Seperti masyarakat Melayu, masyarakat Cina juga turut mengadakan kenduri iaitu
apabila bayi mencapai umur sebulan. Kuih khas yang berbentuk bulat berwarna
merah dan kuning yang berintikan kacang dan tau su serta telur yang diwarnai
merah kemudiannya diberikan kepada saudara-mara yang terdekat. Mereka yang
mendapat kuih dan telur ini akan membalasnya dengan membawa hadiah berupa
pakaian bayi dan pati ayam untuk ibu-ibu.

Mencukur Rambut

Seperti masyarakat Melayu, masyarakat Cina juga mengamalkan adat mencukur


rambut Mereka mencukur rambut bayi kerana beranggapan rambut bayi yang
dilahirkan adalah rambut sementara. Rambut yang tumbuh semasa dalam
kandungan perlu dicukur untuk menumbuhi rambut baru. Adat ini sebagai
pengiktirafan terhadap kelahiran orang baru ke dalam masyarakat.

Memberi Nama

Nama orang Cina terdiri dari 3 perkataan yang dimulai dengan nama keluarga. Patah
kata kedua mewakili nama segenerasi di kalangan adik-beradik dan sanak-saudara.
Nama ketiga pula merupakan nama bagi panggilan diri sendiri. Sistem nama yang
baik perlu mengambil kira makna , unsur Yin dan Yang serta dibuat mengikut
perhitungan matematik Cina. Terdapat lima aspek penting yang perlu diberi
perhatian dalam memberi nama bayi yang baru lahir.

Nama yang diberi haruslah mengandungi maksud yang baik seperti lambang
kekayaan, kemewahan dan kesejahteraan.

Bunyi nama mestilah sedap didengar.

Nama mestilah dibuat berdasarkan kiraan matematik iaitu angka yang terhasil tidak
bertentangan dan seelok-eloknya sepadan.
Nama yang diberikan patut mempunyai timbangan unsur Yin dan Yang yang sama
berat.

Nama mestilah mempunyai lima unsur iaitu emas, air, api, tanah dan kayu serta
saling melengkapi.

Oleh yang demikian, nama seseorang bayi harus disusun secara seimbang yang
mengandungi unsur Yin dan Yang. Kegagalan memberikan nama yang baik juga akan
mempengaruhi perjalanan hidup seseorang, samada akan ditimpa kecelakaan atau
mendapat kesejahteraan.

Kerumitan orang Cina memilih nama yang sesuai untuk seseorang bayi kadangkala
menyebabkan mereka mengambil masa yang agak lama, khususnya bagi mereka
yang masih terikat dengan adat yang terpaksa merujuk kepada kitab-kitab tertentu.

Kepentingan adat resam di dalam hidup


masyarakat tidak kira apa bangsa
sekalipun tidak dapat dinafikan. Adat
yang merangkumi seluruh aspek bermula
dari kelahiran, perkahwinan sehinggalah
kematian terdapat di dalam hidup semua
masyarakat di Malaysia. Adat resam
merupakan kebiasaan cara hidup yang
diamalkan oleh sesuatu masyarakat yang
dapat menggambarkan corak budaya
masyarakat tersebut.

Adat resam masyarakat di Malaysia boleh dilihat berasaskan ras berikut:

Adat Resam Masyarakat Melayu


Adat Resam Masyarakat Cina
Adat Resam Masyarakat India
Adat Resam Masyarakat Etnik Sarawak
Adat Resam Masyarakat Etnik Sabah
Adat Resam Masyarakat Orang Asli