Anda di halaman 1dari 30

MPU21032

PENGHAYATAN
ETIKA DAN
PERADABAN
SAMBUTAN PERAYAAN MEMBENTUK
PERPADUAN DI KALANGAN
MASYARAKAT DI MALAYSIA
GAMBAR AHLI PEMBENTANGAN

NUR ZAHIDAH BINTI ZAINUDDIN NURSYUHADA BINTI WAHID NUR SYAHIEDATUL NAJWA
14DPM20F1034 14DPM20F1031 BINTI SHAMSUL BAHARI
14DPM20F1056

NURUL AUNI BINTI MOHD SUHAIMI NURUL SYAHIRAH BINTI MAHMUD


14DPM20F1038 14DPM20F1036
PENGENALAN
Malaysia ialah sebuah negara yang dihuni oleh pelbagai kaum. Oleh sebab itu, rakyat Malaysia
mempunyai kepelbagaian budaya dan cara hidup yang berbeza. Menurut Abdul Aziz (2000),
kebudayaan adalah himpunan kekayaan jasmaniah dan rohaniah yang dicipta oleh manusia
sebagai cara hidup. Kepelbagaian budaya memerlukan beberapa perkara asas bagi mewujudkan
keharmonian dalam hubungan sosial.

Perayaan adalah suatu aktiviti yang disambut oleh sesebuah masyarakat ataupun kaum.
Kebiasaannya sesuatu perayaan disambut oleh sesebuah masyarakat ataupun kaum adalah
bertujuan untuk memperingati peristiwa penting yang pernah berlaku pada sesuatu masa
dahulu. Ia juga disambut untuk mengeratkan hubungan antara satu sama lain. Sambutan hari
perayaan di negara ini meliputi perayaan Hari Raya Puasa dan Hari Raya Qurban buat orang
islam, Tahun Baru Cina buat orang Cina dan perayaan Deepavali buat orang India. Ketika
perayaan ini disambut suasananya pasti dengan kegembiraan dan sedikit hidangan makanan.
Semua rakyat negara ini menanti-nanti setiap perayaan dengan penuh debaran dan semangat
tinggi. Sambutan perayaan di Malaysia dapat melahirkan perpaduan antara semua kaum. Oleh
itu, memang ada banyak kebaikan jika sambutan perayaan dilaksanakan di negara ini.
OBJEKTI
OBJEKT
F
IF
• MENGENALPASTI PERAYAAN YANG TERDAPAT DI MALAYSIA.
• MENGETAHUI PERANAN KEPELBAGAIAN AGAMA TERHADAP
PEMBENTUKAN PEPRADUAN DI MALAYSIA.
• MEMERIHALKAN KONSEP DAN LATAR BELAKANG PERAYAAN-
PERAYAAN DI MALAYSIA.
• MENGKAJI KEUNIKAN YANG TERDAPAT DALAM SETIAP PERAYAAN DI
MALAYSIA.
• MENGENALPASTI BAGAIMANAKAH PERAYAAN-PERAYAAN INI DAPAT
MENGERATKAN HUBUNGAN ANTARA KAUM DI MALAYSIA.
Sambutan perayaan yang
disambut oleh kaum melayu di
Malaysia
HARI RAYA AIDILFITRI

• Disambut oleh golongan masyarakat beragama


Islam
• Disambut pada 1 Syawal tahun Hijrah, setelah
anak bulan dapat dilihat pada penghujung bulan
Ramadhan
• Amalan kunjung-mengunjung dan rumah
terbuka mengeratkan hubungan masyarakat
tanpa mengira bangsa
• Pelbagai juadah tradisional disediakan seperti
ketupat, lemang, nasi himpit dan sebagainya
• Amalan tradisi yang sentiasa diamalkan pada
hari raya adalah memberi duit raya kepada
HARI RAYA AIDILADHA

• Hari Raya Aidiladha juga dikenali sebagai, Hari Raya Korban atau Hari Raya Haji.
• Aidiladha disambut pada hari ke-10, ke-11, ke-12 dan ke-13 bulan Zulhijjah setiap
tahun.
• Perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati
kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dalam menunaikan perintah Allah dan
kesabaran anaknya Nabi Ismail a.s. dalam memenuhi perintah Allah SWT.
• Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah,
mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan.
Sambutan
perayaan kaum
cina di Malaysia
Perayaan tahun baru cina
– Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting orang Cina bagi menyambut tahun
baru dalam kalendar qamari Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12
tahun dan dinamakan sempena nama haiwan.
– Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan.
Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul.
Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak
sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru.  Mercun dibakar pada tengah
malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib
malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga
dan pokok limau.
SAMBUTAN PERAYAAN
– SEBELUM TAHUN BARU
– Pada hari-hari sebelum Tahun Baru Cina, keluarga-keluarga Cina membersihkan rumah mereka secara menyeluruh,
kerana mereka percaya bahawa pembersihan ini menghalau nasib malang dan musibah yang menimpa pada tahun
yang berlalu serta menyediakan rumah mereka untuk menjemput nasib baik. Penyapu dan pengumpul habuk
disimpan pada malam sebelum Tahun Baru dan hari pertama agar nasib baik itu tidak boleh disapu keluar. 
– HARI PERTAMA *hari bagi mengundang dewa-dewi dari kayangan dan bumi.
– *masa apabila keluarga cina menziarahi org tua mereka & ahli keluarga.
– *mengundang tarian singa sebagai upacara simbolik.
– HARI KEDUA *menyaksikan anak perempuan yang telah kahwin untuk menziarahi ibu
– bapa kandung mereka.
– HARI KETIGA *hari yang tidak sesuai untuk menziarahi saudara mara atas kepercayaan.
– HARI KELIMA *merupakan ulang tahun hari lahir Chai Shen di bahagian China Utara.
HARI KETUJUH *dikenali sebagai hari jadi orang ramai iaitu hari yang mana usia setiap orang ditambah lagi setahun
menurut pengiraan kalendar qamari Cina.
HARI KESEMBILAN * hari bagi kaum Cina untuk menyembah Maharaja Jed di tokong agama toa.
HARI KELIMA BELAS *hari terakhir perayaan Tahun Baru Cina.
AMALAN TAHUN BARU
 Angpau
 Pasar Tahun Baru Cina
 Bunga api
 Pakaian –melebihkan pemakaian berwarna merah kerana dipercayai akan
menakutkan roh jahat & nasib malang.
 Shoi Sui –berlangsung apabila ahli keluarga berkumpul pada malam sepas makan
malam & mengenangkan tahun yg telah berlalu.
 Simbol –poster merah dianggap bertuah yg dipamerkan di sekitar rumah & pintu
 Balik kampung
 Rumah Terbuka
PANTANG LARANG SEWAKTU
PERAYAAN
– TUAH BAIK
– 1)Membuka pintu dan tingkap dianggap menjemput masuk tuah pada tahun baru.
– 2)Membiarkan lampu menyala semalaman dipercayai menghalau hantu dan puaka pembawa musibah
yang mampu mempengaruhi nasib sekeluarga sepanjang tahun.
– 3)Gula-gula dan manisan dimakan untuk "memaniskan" nasib sepanjang tahun bagi pemakannya.
– NASIB MALANG
– 1)Mencuci rambut juga dianggap sebagai mencuci keluar kekayaan (namun perihal kebersihan sering
telah mengatasi tradisi ini.)
– 2)Menyapu lantai juga dilarang pada hari pertama kerana ini akan menyapu keluar tuah bagi tahun
baru.
– 3)Perbualan mengenai kematian juga kurang sesuai bagi beberapa hari terawal Tahun Baru Cina
kerana ini turut dianggap tidak bagus.
– 4)Membeli buku juga membawa malang kerana perkataan sesetengah dialek Cina bagi "buku" sebunyi
dengan perkataan bagi "kalah".
SAMBUTAN
PERAYAAN
KRISMAS
HARI KRISMAS
– Hari Krismas atau juga dikenali sebagai Hari Natal, adalah perayaan terbesar untuk penganut agama
Kristian, disambut setiap tahun pada Tarikh.25 Disember bagi memperingati kelahiran Jesus dari
Nazareth, pengasas ajaran Kristian.
– Hari Krismas disambut sebagai perayaan utama dan cuti umum di kebanyakan negara di dunia,
termasuk yang majoriti penduduknya bukan penganut Kristian. Krismas disambut di negara bukan
Kristian kerana diperkenalkan oleh bekas penjajah, diduduki oleh kelompok minoriti Kristian atau
menerima pengaruh budaya asing
– Adat resam moden perayaan ini termasuk:
1. Sambutan keagamaan di gereja seperti mengamalkan adat memaparkan babak kelahiran Jesus,mengadakan
sesi pembacaan kitab yang menceritakan kisah kelahiran Jesus dan mengamalkan upacara nyanyian karol
yang dipersembahkan di dalam suasana nyalaan lilin.
2. Peragaan pelbagai hiasan seperti menghias pokok Krismas, lampu hiasan dan daun mistletoe. Kawasan
sekitar bandaraya sentiasa dihias indah untuk menyambut Krismas, termasuk menggantung sepanduk,
panji-panji dan lampu berwarna-warni pada dinding bangunan, tiang-tiang lampu, dan pokok-pokok di
sekeliling bangunan..
KAUM INDIA

PERAYAAN-PERAYAAN YANG DISAMBUT OLEH KAUM INDIA


HARI DEEPAVALI

-Disambut oleh semua penganut agama Hindu dan merupakan hari cuti di Malaysia.

-Merupakan gabungan perkataan “Dipa” yang beerti cahaya dan perkataan “Gavali” yang beerti barisan.

-diterjemahkan sebagai Deretan Pelita atau Pesta Cahaya

-Menandakan kemenangan oleh kuasa kebaikan terhadap kuasa kejahatan, secara simboliknya ditujukan dalam erti cahaya
yang menerangi kegelapan.

-Disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalendar Tamil (antara bulan Oktober dan November)

-Pada pagi Deepavali , penganut Hindu akan menjalani mandi minyak yang melambangkan penyucian badan dan
semangat.Selepas upacara penyucian yang melambangkan permulaan yang baru,penganut Hindu akan mengujungi kuil di
mana patung Dewa Hindu akan dikalungkan dengan kalungan bunga.
-Pada pintu masuk rumah penganut Hindu,mereka akan membuat “kolam”
dengan hiasan bunga halus yang dilakarkan di atas tanah yang biasanya
diperbuat daripada bijiran pelbagai warna akan diletakkan.

-Pelita yang dipasang dalam barisan dinyalakan di


rumah penganut Hindu bagi melambangkan kejayaan
kebaikan mengatasi kejahatan yang dirayakan sebagai
perayaan Deepavali.

Hiasan “kolam” ini merupakan lambang penyembahan Dewa Lakshimi ,


Dewa Kekayaan yang dipercayai hanya akan mengunjungi rumah mereka
yang mempunyai hiasan “kolam” di pintu masuk rumah mereka.
THAIPUSAM

-Disambut secara besar-besaran oleh penganut agama Hindu


-Pada bulan kesepuluh dalam calendar Tamil yang dikenali juga sebagai bulan “Thai”
-Tiga tempat yang sangat terkenal :
 Batu Caves,Selangor
 Kuil Waterfall,Pulau Pinang
 Sungai Petani,Kedah
-Disambut bagi menghormati dewa Hindu iaitu Dewa Murugan atau Dewa Subramaniam
-Merupakan hari menunaikan nazar dan menebus dosa atau memohon ampun atas segala dosa yang dilakukan sepanjang
tahun.
-Tidak semua penganut Hindu menunaikan nazar.
-Nazar ialah memohon sesuatu hajat,jika permohonan dikabulkan maka acara tertentu diadakan sebagai tanda kesyukuran.
-Mereka akan membawa “kavadi “ iaitu sebuah kerangka besi yang dihiasi dengan bunga, kertas berwarna-warni dan buah-
buahan segar yang dijunjung di atas bahu sebagai tanda membayar nazar atau bertaubat kepada Dewa Subramaniam.
JENIS MAKANAN KAUM INDIA SEMPENA PERAYAAN

Kuih ladhu
Thosai

Muruku
Idhili
SAMBUTAN PERAYAAN KAUM KADAZAN-
DUSUN DI MALAYSIA
PESTA KAAMATAN

Pesta Kaamatan mempunyai nama lain iaitu (Tadau Kaamatan) atau


di dalam bahasa Kadazan "Magavau" 

Pesta Kaamatan merupakan acara perayaan khas untuk menghormati


"Bambazon" iaitu untuk menghormati semangat padi.

Perayaan "Magavau" ini biasanya diadakan selepas selesai


menuai padi.
SAMBUTAN MENARIK YANG DIADAKAN
TARIAN SUMAZAU yang ditarikan oleh kaum petani terdiri
daripada lelaki dan perempuan dengan memakai pakaian tradisional
mereka.

UNDUK NGADAU pula ialah sebuah pertandingan ratu cantik dan


merupakan acara yang paling ditunggu-tunggu ketika Pesta Ka’amatan.

SUGANDOI ialah pertandingan nyanyian yang diadakan ketika Pesta


Kaamatan.
MAKANAN POPULAR SEMASA PERAYAAN
HINAVA

NONSOON BAMBANGAN (JERUK)


SAMBUTAN PERAYAAN DI SARAWAK
PERAYAAN YANG DISAMBUT OLEH PERIBUMI SARAWAK
GAWAI DAYAK

 Merupakan hari menyambut tahun baru yang menandakan telah berakhirnya musim menuai padi dan bermulalah
musim menanam padi yang baru.
 disambut oleh kaum pribumi Sarawak, terutamanya kaum Iban, Bidayuh dan Orang Ulu seperti Kayan dan Kenyah, dan
juga masyarakat Dayak di Kalimantan Barat.
 Mengadakan upacara Ranyai sebagai tanda kesyukuran
 Memakai pakaian tradisional
 Menghidangkan makanan tradisional dan
air tuak
 Mengadakan pertandingan Kumang dan
Keling (pertandingan perempuan cantik
dan lelaki perkasa)
Dapat mengatasi semangat individualistik iaitu mengetepikan
kepentingan peribadi kaum masing-masing untuk mencapai
keamanan.

PERANAN PERAYAAN DALAM Mampu mengeratkan tali silaturahim sesama rakyat melalui
MENGERATKAN PERPADUAN budaya kunjung-mengunjung yang selalunya berlaku semasa
KAUM rumah terbuka.

Rakyat Malaysia dapat mengenali adat resam setiap kaum


dengan lebih mendalam sekali gus dapat menjana sikap
bertimbang rasa dan saling menghormati antara satu sama lain
KEPENTINGAN MENYAMBUT PERAYAAN-
PERAYAAN DI MALAYSIA

– Imej negara juga akan turut menjadi lebih baik pada mata masyarakat dunia
terutama pelancong asing
– Kepelbagaian perayaan ini menyebabkan ekonomi negara terus berkembang.
KEBAIKAN KEBAIKAN PERAYAAN DISAMBUT BERSAMA-SAMA

 Dapat meningkatkan hubungan dan interaksi antara penduduk yang


berbilang kaum.

 Golongan remaja mampu memahami erti perpaduan kepada negara


ini.
KESIMPULAN (PENUTUP)

Kesimpulannya, sambutan hari perayaan mestilah diamalkan oleh masyarakat di


negara ini. Pada masa yang sama sambutan ini hendaklah dijadikan satu perayaan
kebangsaan yang dinikmati bersama-sama. Generasi muda akan mendapat banyak
manfaat daripada sambutan sebegini. Masyarakat yang harmoni akan wujud menerusi
perayaan sebegini pada masa hadapan. Perayaan yang ada di negara kita bukanlah
sesuatu kekangan tetapi satu rahmat yang harus digunakan dengan sebaik mungkin.
Kita harus menjadikan perayaan itu sebagai cubaan untuk merapatkan hubungan dan
mengurangkan perbezaan antara kaum. Kalau itu mampu diccapai sudah pasti
kemakmuran negara akan berkekalan. Sememangnya Malaysia sebuah negara yang
melambang erti benua Asia kerana mempunyai pelbagai keturunan dan perayaan.
SKOP TUGASAN
NUR ZAHIDAH BINTI  menyediakan muka depan
ZAINUDDIN  menyediakan pengenalan pembentangan
(14DPM20F1034)  menyediakan objektif pembentangan
 menerangkan tentang perayaan yang disambut oleh kaum Melayu di Malaysia

NURUL AUNI BINTI SUHAIMI  membuat pengenalan


(14DPM20f1038)  menerangkan tentang perayaan yang disambut oleh kaum cina di Malaysia
 Menerangkan tentang sambutan hari krismas
NURUL SYAHIRAH BINTI  menyediakan gambar ahli pembentangan
MAHMUD  menerangkan tentang perayaan yang disambut oleh kaum India di Malaysia
(14DPM20F1036)  menerangkan peranan perayaan dalam mengeratkan perpaduan kaum

NUR SYAHIEDATUL NAJWA  menerangkan perayaan yang disambut oleh peribumi Sarawak
BINTI SHAMSUL BAHARI  menerangkan kepentingan perayaan ini terhadap perpaduan
(14DPM20F1056)  menerangkan kesimpulan (penutup)

NURSYUHADA BINTI WAHID  menyediakan skop tugasan


(14DPM20F1031)  menerangkan tentang perayaan yang disambut kaum Kadazan-Dusun di Malaysia
 menerangkan kebaikan-kebaikan perayaan disambut bersama-sama oleh seluruh kaum di
Malaysia

Anda mungkin juga menyukai